Tuesday, February 23, 2010

Khalid Samad Pertikai Keadilan Kepemimpinan Pas

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KEWIBAWAAN kepemimpinan Pas terus dipertikaikan dari dalam apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, menggesa kepemimpinan parti itu menghukum semua ahli yang “mensabotaj Pakatan Rakyat.”

Sementara itu Ketua de fakto PR, Anwar Ibrahim, mengumumkan pelan menyegarkan semula PR yang termasuk penubuhan Panel Disiplin bagi menangani pergaduhan di kalangan ahli parti-parti komponen.

Kenyataan beliau dibuat ketika pertikaman lidah secara terbuka sedang memuncak antara ahli partinya, PKR dengan DAP di Pulau Pinang.

Khalid dilaporkan oleh laman berita bebas The Malaysian Insider sebagai berkata kepemimpinan sedang diadili kerana menggantung beliau selama enam bukan, tetapi membebaskan Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya Pas Selangor, dengan hanya amaran.

Lembaga Disiplin Pas pada 29 Januari lalu mengambil tindakan ke atas Hasan kerana membuat kenyataan terbuka mengkritik Selcat, badan pengawasan pelaksanaan kerajaan PR Selangor.

Manakala Khalid dihukum kerana dituduh mendedahkan rahsia parti dalam pergaduhannya dengan Dr Hassan. Khalid mahu Dr Hassan ikut dasar parti atau meletakkan jawatan.

“Bukan saya sahaja yang sedang diadili tetapi parti juga kerana orang ramai sedang memerhatikan bagaimana kita menguruskan diri kita,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Beliau mendakwa Pas telah gagal memastikan keadilan dilakukan dan berkata dia belum dimaklumkan apakah rahsia parti yang didedahkannya itu. Katanya Lembaga Disiplin tidak menyatakan apa kesalahan beliau selain mengatakan dia didapati bersalah.

Khalid berkata beliau akan merayu kepada kepemimpinan Pas supaya membuktikan keikhlasan dan komitmen mereka kepada PR. Katanya keikhlasan dan komitmen Pas kepada PR sedang dipersoalkan.

Katanya Islam menyeru pengikutnya menunaikan janji sambil merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada tahun 2008 bahawa Pas wajib meletakkan kedua-dua belah kaki di dalam sebuah sampan dan bukan sebelah kaki dalam dua buah sampan.

Khalid mengulangi kenyataan yang dia tidak akan merayu hukuman yang dijatuhkan ke atasnya oleh Lembaga Disiplin.

31 comments:

saji said...

Salam DAKJ

PAS sesuai, UMNO sesuai, tetapi menjadi BN dan PR tak sesuai pulak.Macam orang Melayu kita ini seperti Kalid Samad, Zulkifli Nordin,Hasan Ali dan YB2 PR yang melompat menjadi YB Bebas perlukan satu parti baru yang paling ideal bagi orang Melayu Dato'

abe MIE 'TERJAH' said...

Buat apa letak kaki dalam sampan kalau badannya di luar sampan. akhirnya sampan itu akan terbalik....


pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

1. Dato OKU (orang kuat UMNO) jadi kami tak nampak kaitan isu orang PAS ini nak di bahaskan di blog Dato.
2. Kami cadangkan Dato tulis "SPRM tiada bukti Dato Ali Rustam terlibat rasuah"
3. Jadi kami boleh pertikai dan bincangkan keadilan lembaga displin UMNO yg mendapati Dato Ali Rustam bersalah.
4. Apakah standard yang digunapakai SPRM dan Lembaga Displin UMNO khas kes Dato Ali ini?
5. Khalid Samad orang PAS dan tidak menjadi kesalahan beliau pertikai hak dia dalam PAS.

-Anti Liwat-

Quantum Metal Consultant said...

Mengadili bijak pandai PAS ini bukanlah senang, tersepit sikit depa dah keluarkan nas dan hadis, terdesak sahaja, berlori depa import fatwa dan kitab lama dari luar negara. Sekarang ni depa dok 'bertekak' sesama depa, mungkin lebih aman kalau tak masuk campuq.

Jawatankuasa disiplin Pakatan kelak merupakan syerif2 yang bersidang untuk menetukan antara kuda dan koboi, mana yang patut dipersalahkan..

langit biru said...

Khalid Samad liabiliti kpd PAS.
Zulkifli Nordin liabiliti kpd PKR.

Kepimpinan PAS patut ambil tindakan tegas kpd Khalid.

Kepimpinan PKR patut ambil tindakan tegas kpd Zul Nordin.

Bukan menidakkan kebebasan bersuara, tapi kedua-dua insan ini bersuara bukan pada tempatnya, lebih kepada ingin menonjolkan diri masing-masing, DAN TAK RETI hidup berorganisasi.

PAS dan PKR tak rugi apa-apa pun tanpa 2 insan ini.

pakbelalang said...

There is nothing much to admire the Pakatan leadership. As far as I am concernerd they have not reached to a level that can be comfortable enough to consider them to replace the BN government in the next PR13.

Most of Pakatan leaders are having split personality whose integrity and credibility are rather questionable. Their characters are too "colourful". Sometimes they act like intellectual and at other times they act like clown.

Setakat ini saya anggap mereka seperti satu keluarga pelakon dalam "panggong jalanan bangsawan" menjelajahi dari satu daerah ke satu daerah.
Akhirnya, mereka akan fade away kerana keletihan!!

Anonymous said...

"Katanya Lembaga Disiplin tidak menyatakan apa kesalahan beliau selain mengatakan dia didapati bersalah."

Mungkin ini menyebabkan Khalid berasa tidak adil.

Sememangnya pelik sebab dah lama keputusan dan hukuman dijatuhkan tetapi belum ada huraian lagi.

Fed Up

Rakyat said...

Dato,

Orang politik ni bila berlaku ketidakadilan keaas dirinya, maka dengan pantas dia akan melenting didalalm media dan meminta mahkamah rakyat membuat keputusan

Tetapi bila ketidakadilan berlaku kepada rakyat, dan jika tiada mendapat liputan media, maka nasib rakyat belum lah tentu akan
di pertikaikan.

Ini lah belang sebenar orang politik - periuk nasi dan ideologi mereka juga tetap menjadi keutamaan

puaka said...

Salam Datuk AKJ,

Percakaran dalam PR semakin memuncak sekarang. Mereka sebenarnya memang tak serasi duduk sebumbung. Hala tuju mereka tak sama. Kita semua tahu. Mereka terpaksa bergabung sebagai membayangi BN yang juga berbentuk gabungan. Setiap mereka i.e PAS, DAP dan PKR tak mampu berdiri sendiri untuk menentang BN. Mereka akan kalah kalau bersendirian. Sebab itu mereka terpaksa 'menjilat' antara satu sama lain walupun rasanya pahit. Bila dah terlampau pahit maka ada juga antara mereka yang termuntah. Tak boleh nak telan. Pahit sangat. Anwar Ibrahim pula ada masalah sendiri. Susah nak tumpu perhatian pada kemelut ini. Sekarang baru mereka sedar yang mereka juga perlukan Jawatankuasa Disiplin. Selama ini mereka rasa mereka 'perfect' agaknya.

Pada saya, kita semua memang mempunyai kepercayaan, pendapat dan aliran masing-masing dalam politik, tetapi jauh dalam hati dan jiwa kita adalah semata-mata tentang bangsa dan agama. Kalau aspek ini ditekan, tercabar atau diperlekehkan, maka kita akan jadi marah. Saya harap pemimpin-pemimpin PKR dan PAS di Pulau Pinang tahu apa yang sedang dibuat oleh DAP di sana.

Salam Datuk AKJ.

abdullahngah said...

PAS pusat cuba jolok sarang tebuan.

Ini juga ujian yang didatang khusus oleh Allah untuk menguji setelah betapa banyak diuji.

Banyak sudah ujian yang lulus dan banyak juga yang tidak lulus.

Sebab itu sudah acapkali PAS diuji dengan ujian melalui karenah ahli dan karenah kepimpinan.

Kita tidak tahu sejauh mana Khlaid Samad mempertikai keadilan kepimpinan.

Tetapi suatu masa tidak lama dahulu Abangnya Datuk Shahrir Samad pernah sarankan supaya masuk UMNO saja.

Khliad Samad adalah manusia "idealis" yang pasti tidak akan mengaku dirinya berada dipihak yang bersalah.

Realitiya jarang manusia mengaku dia "berak ditengah jalan".

Inilah yang yang membuat sesiapa saja yang dijatuhkan hukuman tidak akan puashati.

oleh itu, jangan cuba cuba jolok sarang tebuan. Jika dijolok nahaslah nanti.

Macam Khalid Samad yang jelas tidak puashati dengan hukuman yang dijatuhkan.

Ini juga sebagai barah yang membuat PAS gagal dalam banyak ujian hasil dari tindakan dari fikiran sempit kepemimpinan.

syed putra ahmad said...

bagi saya, isu khalid samad lwn hasan ali ini atau isu-isu lain yang seumpamanya adalah manifestasi budaya zaman kini, iaitu budaya superman, wonderwoman dan puluhan wira jagat lain - budaya memakai seluar dan baju dalam di luar pakaian.

apabila diri terasa dicabar atau diperkecilkan atau tidak puas hati, maka tunggang-terbalikkan dunia untuk membela diri atau membuktikan kebenarannya.

budaya anak-anak hingusan. ini tidak jauh bezanya dengan gelagat dr mahathir mohamad, baik dahulu maupun sekarang. dunia boleh musnah asalkan saya puas hati.

ramai yang mungkin beranggapan inilah sikap berani atau jujur yang akan 'memajukan' dunia.

berani atau jujur tidak bermakna kita harus bertelanjang atau menelanjangkan ibu-bapa kita di hadapan khalayak atau memusnahkan rumah tempat berteduh.

apatah lagi apabila individu yang berbuat demikian bukanlah orang kecil dari hulu tembeling yang tidak berada pada kedudukan yang memungkinkan beliau berbuat banyak, tetapi terdesak untuk berbuat sesuatu.

malang sekali, setelah sekian umur, pengalaman, pendidikan dan kedudukan mereka, individu sebegini masih tidak dapat menangkap idea bahawa seluar dan baju dalam adalah dipakai di bawah seluar dan baju, bukan di luarnya.

mengambil wuduk tidak cukup hanya dengan mematuhi rukun-rukun perbuatannya. tanpa tertib semuanya terbatal biar betapa sempurnanya niat dan perbuatan itu dilakukan.

barangkali tertib dan adab inilah yang hilang kini daripada budaya kita dalam ghairah usaha menjadi orang dan masyarakat yang lebih baik (?).

salam.

asyMok_Aambo said...

betul gesaan ir khalid tu.

A KADIR JASIN said...

Sdra Anonymous (Anti Liwat) antara lain menulis:

"1. Dato OKU (orang kuat UMNO) jadi kami tak nampak kaitan isu orang PAS ini nak di bahaskan di blog Dato.
2. Kami cadangkan Dato tulis "SPRM tiada bukti Dato Ali Rustam terlibat rasuah"
3. Jadi kami boleh pertikai dan bincangkan keadilan lembaga displin UMNO yg mendapati Dato Ali Rustam bersalah."

Saya setuju.

Marilah kita bincang.

Saya pun musykil juga bila dua ketua kerajaan negeri -- seorang BN (Umno) dan seorang PR (PKR) -- disiasat serentak oleh SPRM dan kedua-duanya dikatakan tiada kes.

Macam mana agaknya kalau hanya seorang disiasat? Tak kiralah dari BN atau PR.

Mengenai Ali, kalau SPRM kata tak ada bukti rasuah politik wang sedangkan Lembaga Disiplin kata ada dan hukum beliau, Ali boleh minta hukuman ke atasnya ditarik balik atau dia boleh saman Lembaga Disiplin.

Atau Umno bubarkan saja Lembaga Disiplin dan lupakan saja usaha membanteras pilitik wang.

Terima kasih.

Mordecai Kucai said...

Menteri Besar kena mengadap lembaga disiplin.

Ertinya ini lah menteri besar yang tiada keupayaan.

Menteri Besar Selangor tapi kena tunduk di bawah PR yang mempunyai undang undang seperti budak sekolah.

Bila matlamat perjuangan kabur pentafsirannya sudah tentu pelbagai. Ini membawa kepada pertembungan pendirian masing masing yang berbeza.

Selamat bertinju!

Excel Bindery said...

salam..

Saya gagal melihat SPRM yang telus dan cekap..terlalu banyak isu yang menjadikan kredibilitinya dipertikaikan..saya lebih yakin dengan Lembaga Displin UMNO dalam isu Ali Rustam..

pakbelalang said...

Dato',

I think it is good idea to have the Disciplinary Board of UMNO dissolved. It is no more relevent if the objective is solely to determine whether UMNO leaders who are contesting for position are "playing money politics".

Since the constitution of UMNO has been amended to allow 140,000 members eligible to vote, it is therfore, just impossible for the aspiring candidates to corrupt the voters . They have to fight their way up the ladder of UMNO leadership strictly based on merit. No two way about it.

UMNO can now claim to be practising true democracy without being tainted with corrupt practice.

So now is the best opportunity for UMNO members to really choose the right leaders who are really capabale to lead them during the next party election.

UMNO masih terus ada harapan untuk berkhidmat dan berjuang untuk rakyat dulu. kini dan selamanya. Insya'allah !!

Anonymous said...

Datuk,

Ini semua kes mistaken identity.

Zul Nordin sepatutnya masuk PAS.
Hassan Ali sepatutnya masuk UMNO.
Khalid Samad pula sepatutnya masuk PKR/DAP.


-sinbad-

said said...

Salam 1 agama, assalamualaikum, Dato'

Senangnya jadi pemerintah Malaysia, sejak habis PRU dulu hingga sekarang tak ada pun projek yang berfaedah bagi rakyat. Yang dok heboh ialah JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI, TINDAKAN DISIPLIN, GANTUNG KEAHLIAN, MASUK PARTI, KELUAR PARTI (tambah satu lagi, LOMPAT PARTI). Cuma satu saja projek besar yang ada TUDUHAN liwat.
Mana ada projek untuk faedah rakyat. Yang sering dapat didengar barang itu akan naik harga, subsidi itu dan ini akan dipotong.

Nampak sangat la politik nak cari makan. Cukup penggal masuklah ke segenap ceruk menagih undi. Ada pula tu sampai GHONOT bawah penyidai kain pun sanggup. Kereta besar2 sembunyikan dan naik motor saja nak tunjukkan berjiwa Sekarang mana ada wakil rakyat masuk kampung. Dasar hipokrit. Pemerintah = Pembangkang.

Tinta Hitam said...

Datuk

perhatikan disini bahawa bahwa didalam PAS pemimpin pemimpin hanya bertindak sebagai "guidance" shj dan tidak bersifat kuu besi.

Ahli ahli pula adalah tegar dan tak boleh dibeli.Mereka bebas mengeluarkan pendapat tanpa perlu rasa takut terhadap tindakan disiplin.Apa sebabnya? Ianya adalah kerana ahli ahli PAS tidak bergantung kepada pimpinan PAS dalam segala hal.Mereka berdiri diatas kaki sendiri.

Tu sebab sesiap shj tidak boleh menguasai mereka.Persoalannya adakah ahli ahli UMNO menikmati kebebasan minda ini?

affendi hussain said...

Mensabotaj Pakatan Rakyat?

Anwar Ibrahim should top up the list for his 16 September fiasco.

Apa yg menyegarkan sgt dgn Panel Displin? Dia sendiri yg bagi geng pakatan semakin kecut selepas Mac 2008..


("/)

adieu1999 said...

saya sokong sinbad tapi tambaha lagi satu - Zahid Hamidi masuk PKR

borhan said...

Saya tetarik kepada apa yang Langit Biru kata ...
Khalid Samad liabiliti kpd PAS
Zulkifli Nordin liabiliti kpd PKR

satu lagi tertinggal

Ibrahim Ali asset kepada UMNO

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

"And remember, where you have a concentration of power in a few hands, all too frequently men with the mentality of gangsters get control. History has proven that"
Lord Acton

Mempertikai kan apa saja isu dah jadi darah daging PAS PKR dan DAP.Misi mereka meruntuh kan bukan membina.

Siapa yang kuat menyalak akan terpilih jadi calon.Lagi otak gangster lagi baguih.

Tup tup hampir menang pilihanraya,semua pakat terkejut berok.Ada yang mcm kadok naik junjung,ada yang ghapla tak torah nak buat apa.

Ibarat main bola,dulu depa dok hingaq dari tepi,tup tup dah jadi striker.Pasti gabra dan melucukan.
Terutama gangster yang tak ada kuasa.

Pakatan Rakyat nampak huru hara.Berceramah di pendalaman, kelentong pun orang tak paham pasti tak sama berucap di UN misalnya.

Bukan pemimpin PR tak bijak cuma belum pandai.Depa kena cepat pandai
pasai mungkin depa akan perintah negara ini 3 thn lagi.

Bila gangster tanpa kuasa mcm Khalid dan Zul menyalak,pimpinan PR gabra tak tau nak buat apa.

DRAMA LUCU BOLEH JADI TRAGEDI JIKA PR DITAKUK LAMA MEMERINTAH NEGARA.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,
Bagi sesiapa yang retibase, Khalid Samad ialah seorang insan yang sangat hebat. Beliau seorang yang tinggi faham agamanya. Maka, setakat ini, apa-apa pendapat dan pandangan beliau yang dapat diikuti melalui media, amatlah tepat dan benar.

Selamat berjuang kerana Allah, wahai saudaraku Khalid Abdul Samad.

Wassalam.

Tamingsari said...

Asalamualaikum Datuk,

Kalau diamati kenyataan yg dibuat Khalid Samad dia dah tak mau berada dalam PAS lagi. He wants out. Bila dia sering mengatakan dia tdk akan merayu dan terus menghentam kepimpinan PAS mesti dia minta dipecat. Nak istihar keluar parti si isteri pula kena cerai automatik talak tiga.

PAS jgn zalim pada Khalid. Dia dah tak sesuai duduk dalam keluarga lepaskan dia baik2. Dia dah teringin sangat nak ikut Ibrahim Ali dan yg lain2. Atau ada orang PAS sengaja nak tunggu peluang jadi cina buta (istilah melayu)
kot.

Unknown said...

Sebenarnya bukan mudah untuk blend 3 kepala dgn fahaman & prinsip berbeza.

PKR menerusi anwar masih gagal mencari titik high & low bukan saja utk membentuk identiti tetapi intipati perjuangan.

Apa yg dikesalkan adalah nasib rakyat yg diperjudikan kerana terpedaya dgn kata2 manis yg dilemparkan sewaktu memancing undi.

Apajua alasan, anda layak menerima ucapan TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA TELAH BERJAYA MENIPU PENGUNDI PADA PRU12.

Anonymous said...

Dato,

Bila orang politik terlalu berpolitik inilah jadinya...Tanggungjawab kepada pengundi entah kemana dan asyik menuding jari keatas kesalahan orang lain sedangkan diri sendiri dah terbukti bersalah.
Malaysia tidak mampu untuk maju seperti yang diharapkan oleh rakyat bila wakil yang dipilih asyik berpolitik dan mengabaikan tanggungjawab.
ingat!!! KPI kamu semua akan ditentukan bila PRU 13 datang..
Buatlah kerja...BN atau PR...tunaikan tanggungjawab sebelum pengundi membuat pilihan.

Anak Bota/Parit

Sha said...

Saya tak berapa minat dgn Khalid Samad ni sebenarnya tapi bila dia kata Pas sepatutnya meletakkan dua2 kaki dalam satu sampan tu saya rasa ada betulnya.

From my personal perspective, there's no way two (or three) parties can achieve perfect symmetry in political mindset. Pas will be a better party when stand alone. No need for PKR, and especially not with DAP. Saya rasa tak lama PR ni kot.

Anonymous said...

Saya nak tambah..

Najib sepatutnya masuk DAP
(1Malaysia=Middle Malaysia)



minah ronggeng

langit biru said...

Ini semua kes mistaken identity.

Zul Nordin sepatutnya masuk PAS.
Hassan Ali sepatutnya masuk UMNO.
Khalid Samad pula sepatutnya masuk PKR/DAP.

-sinbad-

Sekurang-kurangnya 3 soalan saya boleh kemukakan kpd Saudara Sinbad:

1. Kenapa Zul Nordin saudara nampak sesuai masuk PAS?

2. Kenapa Hassan Ali saudara nampak sesuai masuk UMNO?

3. Kenapa Khalid Samad saudara nampak sesuai masuk PKR/DAP?

Sekurang-kurangnya 3 soalan tambahan saya boleh kemukakan:

1. Kenapa Zul Nordin saudara fikir dah tak sesuai dok dalam PKR?

2. Kenapa Hassan Ali saudara fikir dah tak sesuai dok dalam PAS?

3. Kenapa Khalid Samad saudara fikir dah tak sesuai dok dalam PAS?

Sekurang-kurangnya 3 soalan lagi saya boleh kemukakan:

1.Kenapa Zul Nordin saudara fikirkan serasi dengan PAS, tidak UMNO?

2.Kenapa Hassan Ali saudara fikirkan serasi dengan UMNO,tidak PKR?

3.Kenapa Khalid Samad saudara fikirkan serasi dengan PKR/DAP tidak UMNO?

Sekurang-kurangnya satu soalan bonus saya boleh kemukakan:

Apakah Saudara mengenali Zul Nordin, Hassan Ali, Khalid Samad sebagaimana arifnya saudara mengenali Adun Bota, Perak?

affendi hussain said...

Khalid Samad sendiri meletakkan kaki dlm 2 sampan..

Patut tengok cermin..muhasabah diri..jgn main sedap ckp saja..

Tengok & nilai isu 'Allah', gereja dibakar, kepala lembu & surau/masjid letak kepala babi..

Kenapa tidak konsisten dlm pendirian? Lebih2 lg persoalan akidah, maruah Islam & perpaduan ummah?

Org Shah Alam terutamanya Sek23 & Batu 3 dah siap nak tenggalung kepala hang dgn kepala lembu PRU13 nnt kalau braannnii..

Row..row..row your boats, drowning down the stream..

("/)

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).