Saturday, March 20, 2010

Krisis MCA: "Ong"kah Ong Lwn Ong?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[Mutakhir, 28 Mac] -- PRESIDEN baru MCA, Dr Chua Soi Lek (901 undi) menewaskan Ong Ka Ting (833 undi) dan Ong Tee Keat (578 undi). Timbalan Presiden, Liow Tiong Lai (1,171 undi) mengalahkan Kong Cho Ha (1,106 undi).

[Posting Asal]

BEKAS Presiden MCA, Ong Ka Ting, dikatakan akan masuk gelanggang semula manakala Ong Tee Keat akan pertahankan jawatannya.

Gara-gara Ong Ka Ting lawan Ong Tee Keat ini cukup menarik. Peluang dan risiko sama besar dan sama berat.

Ong Tee Keat mustahil akan berpakat dengan bekas Timbalan Presiden, Dr Chua Soi Lek. Sebaliknya adalah pelik kalau Dr Chua Soi Lek tidak cuba rebut jawatan daripada Ong Tee Keat.

Ong Tee Keat dan Dr Chua musuh ketat. Dari awal lagi Ong Tee Keat tidak mahukan Dr Chua Soi Lek. Itulah pun punca pecah-belah dalam parti Cina Barisan Nasional itu.

Tetapi ada ura-ura yang dua musuh itu akan berpakat untuk menyekat Ong Ka Ting kalau dia benar-benar bertanding.

Soalnya, adakah perlawanan Ong dengan Ong ini akan membawa “ong” (tuah) kepada Persatuan Cina Malaysia atau memburukkan lagi nasib buruknya?

Ong Ka Ting kata, dia keluar daripada persaraan untuk menyelamatkan MCA. Ong Tee Keat kata, dia berhak mempertahankan jawatannya.

Ong Ka Chuan, saudara darah daging Ong Ka Ting kata, kepulangan saudara kandungnya itu meluaskan lagi pilihan perwakilan.

Soalnya, apakah akan muncul semula abang-adik Ka Ting dan Ka Chuan itu nanti akan menenteramkan keadaan atau menambah kekacauan?

Ong Ka Chuan tentu tidak mahu lepas peluang mengekang harapan Dr Chua Soi Lek yang mengalahkannya dalam pertandingan Timbalan Presiden dua tahun lalu.

Pepatah Cina berkata, tidak mungkin dua ekor harimau (jantan) boleh berkongsi sebuah bukit (melainkan di bukit kenang-kenangan macam Bukit Cina).

Menyebut Bukit Cina, teringat saya kepada Allahyarham datuk saya, seorang haji, yang menyertai perarakan jenazah kawan-kawan Cinanya atas semangat kejiranan dan kerakanan.

Dr Chua, yang tidak syak lagi harimau jantan hebat, tentu tidak akan membiarkan harimau lain berkongsi bukit dengannya.

Kalau ada calon yang layak menggunakan lambang harimau, orang itu tidak lain tidak bukan adalah Dr Chua dari Batu Pahat.

Meminjam ungkapan kegemaran Ali G (alter ego pelawak Inggeris, Baron Sasha Cohen) saya “respect” Dr Chua. Dalam bahasa basahan, kita kata tabik spring.

Apa tidaknya. Walaupun disekat dan disensasikan sebagai pelaku seks bebas, namun dia menang besar jawatan Timbalan Presiden pada tahun 2008.

Jadi, siapakah agaknya yang akan menjadi Wu Song, pembunuh harimau tersohor dalam cerita rakyat Cina, untuk menyembelih Dr Chua?

Sedikit lagi mengenai Wu Song. Walaupun dia seorang pemabuk, tetapi hatinya mulia. Selain membunuh harimau, dia juga membunuh kakak ipar dan kekasih kakak iparnya bagi membela kematian abangnya yang dikhianati.

Ironinya, kerana wira rakyat macam Wu Songlah, hampir habis harimau di Negeri China dibunuh dan dimakan. Menurut stesen televisyen Discovery Channel, tidak sampai 50 ekor harimau liar tinggal di Negeri China.

Harimau dilindungi di Negeri China manakala undang-undang sedang diperkenalkan untuk mengharamkan anjing dan kucing daripada dijadikan makanan.

Berbalik kepada pertandingan baru MCA, ramalan oleh akhbar Nanyang Siang Pau meletakkan Dr Chua di hadapan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting. Pemecahan undi 2,400 perwakilan oleh dua Ong diramalkan memberi kelebihan kepada Dr Chua.

Soalnya, bolehkah sesiapa pun yang memenangi pertandingan tiga penjuru ini menjadi presiden yang kuat, dihormati dan boleh menyatupadukan semula MCA atau parti itu akan berpecah tiga?

MCA memerlukan kepemimpinan yang kuat dan dihormati kawan serta lawan. Pencabar MCA adalah DAP dan sedikit sebanyak, PKR.

Perbezaan antara MCA dengan DAP ialah MCA demokratik dan DAP autokratik. Lazimnya, parti Cina atau yang majoriti penyokongnya orang Cina lebih kuat apabila ketuanya autokratik macam Lim Kit Siang atau Lee Kuan Yew di Singapura.

Sebab itulah Negeri China bersedia membebaskan sistem ekonomi, tetapi tetap mempertahankan sistem satu parti. Pemimpin Singapura dan China sudah nampak betapa kacau-bilaunya Taiwan apabila didemokrasikan – bertumbuk dan berkuntau tidak habis-habis dalam Parlimen.

Situasi di Negeri China, 99 tahun selepas direpublikkan, masih jauh tersimpang daripada “Tiga Prinsip Rakyat” (Three Principles of the People) yang diidamkan oleh pengasasnya Dr Sun Yat-Sen iaitu nasionalisme, demokrasi dan kehidupan rakyat.

72 comments:

kluangman said...

Sepak terajang politik kaum cina seperti MCA hanya sekadar ribut dicawan..ribut seminggu dua sebelum pertandingan dan sehari dua selepas pertandingan semuanya kembali berjalan dengan lancar seolah olah tidak ada apa yang berlaku.

Walaupun berpolitik tetapi keutamaan mereka tetap kepada kemantapan ekonomi dan kebajikan kaum dijaga rapi walau siapapun menang.

Perangai ribut politik orang cina ini sedikit sebanyak ada dipakai oleh kaum India walaupun gendangnya lebih bising macam nak perang dunia. Tetapi itu ketika 'mabuk' - lepas itu semuanya ok.

Tapi kalau politik orang Melayu... tak payah cerita kot.

Bleacher said...

Interesting to read your comparison on Democracy in China and Taiwan.

Back in Malaysia, our democracy seems like combination with tribal mentality. Thou shalt do what I tell thou to do and, listen what I have to say and take I shalt give to thou.

Will that work best for Malaysia? Michael Porter the competitive strategy guru would probably disagree.

amarneng said...

ASSALAMUALAIKUM Datuk...

Kerana saya di Sarawak, agak kurang mendapat pendedahan mengenai kemelut parti MCA,cuma dapat maklumat menerusi media sahaja...

Tetapi bagi hemat saya,beginilah keadaanya apabila kemantangan bukan pengukur kejayaan jika tidak dilangiri dengan hakikat.

Maksud saya hakikat itu ialah sesuatu perjalanan hidup manusia seperti kita samada di selak dari aspek politik hendaklah ianya dirujuk dari hakikat sebenar iaitu tujuan atau matlamat politik itu sekaligus matlamat pendukong dan penyokong.

Samada pemimpin MCA maupun pemimpin parti-parti lain pendukong dan penyokong hendaklah bersatu agar hakikat itu dapat dicapai. Misalnya kekuatan pendukong akan ditentu oleh penyokong, tak kira ia orang lama maupun sebaliknya.

Misalnya, jika nahoda tua terpaksa menyerahkan tanggungjawab mengemudi kapal dan bahtera kepada nahoda muda atas alasan peribadi samada ia sudah tidak mampu atau untuk menguji kemampuan penggantinya.

Apabila bahtera dikemudi oleh nahoda penggantinya dalam keadaan hampir karam dan hilang arah,tidak salah nahoda tua yang berbekal pengalaman terpaksa mengambil langkah menyelamatnya.

Oleh itu kemelut MCA boleh kita jadikan iktibar dan pengajaran kepada kita dan parti-parti lain, yang mana kita harus akur dengan takdir dan hakikat bukan prasangka.

Seperti Tun Abdullah, sanggup memindahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib, jika orang Umno dan kepimpinan BN sanggup menerima hakikat pemidahan itu perlu selamatlah kita....

Jika di Sarawak kepimpinan Pehin Seri Taib masih diperlukan atas hakikat masih perlu diteruskan atas kemampuanya, kita harus menerima hakikat. Tentu pusingan hakikat dan takdir ada hikmahnya Amarneng.

Roti Planta said...

Dato',

Puak-puak dan juak-juak politik ini tak ada kerja lain selain buat kacau dan berterusan berpolitik. Betulkah kita ini menghormati demokrasi? Selepas menang, tindak atau cantas yang kalah. Selepas kalah, jentik dan usik yang menang.

Senang cerita, puak-puak ini tidak pernah menghormati demokrasi. Mereka hanya menggunakan demokrasi untuk terus 'berpolitik'.

Bukan MCA sahaja Dato', UMNO pun kalau semasa pemilihan bukan main teruk mencabul demokrasi. MIC jangan ceritalah, tak ada langsung demokrasi. Apa mereka buat ialah Undi itu Samy, Samy itu Undi.

Bye/ Roti Planta

Roti Planta said...

Dato',

Dalam MCA kalau terlalu ramai 'ong' maka akan jadi ong, ong, ong, ong. Macam bunyi katak panggil hujan.

Bye/ Roti Planta

George Choo said...

Sokongan kepada MCA mula merosot dengan teruknya sejak "CHA KUEH TEOW" Ling Liong Sik yang merupakan BUDAK SURUHAN TUN M menjadi presidennya. Matlamat MCA adalah mempertahankan hak orang cina seperti umno yang matlamatnya ialah untuk mempertahankan hak ornag melayu.Tetapi kedua dua parti BN ini tidak menjalankan
tanggung jawab mereka kerana mereka telah terdiri daripada KAKI RASUAH YANG BUAT KERJA TIPU.Sekarang kesemua pemimpin MCA sedang merebut kuasa untuk kepentingan sendiri.Siapa yang menang dalam pilihanraya MCA tidak
penting kerana mereka berada didalam untuk kepentingan peribadi.Sekarang kerajaan Malaysia sedang menghadapi KRISIS KEWANGAN dan ekonomi Malaysia tidak bagus tetapi ahli politik tidak fikir cara untuk menyelesaikan masalah ini kecauli untuk mempertahankan kedudukan individu sendiri.

pengkaji said...

Masalahnya walaupun Dr Chua Soi Lek memang seorang pemimpin yang bagus dan di senangi oleh ramai grassroot mahupun orang ramai, tetapi persepsi sebagai pemimpin yang mempunyai sejarah salah laku tetap akan menjadi liabiliti kepada semua termasuk BN.

Setipa dari 3 orang ini ada kekuatan dan kelemahan masing masing tetapi secara kasar tidak dapat membawa MCA sebagai satu kuasa yang padu menentang DAP

Apakah tidak ada lagi pemimpin lain selain dari 3 orang ini yang boleh di tonjolkan sebagai pilihan ahli demi perpaduan dan suvival MCA ?

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

The MCA Dilemma?
(apa punca krisis mca)

Saya sebenarnya tenggelam punca dalam hal krisis mca ini. Maka saya ceduk cerita lama:

1. MCA on road to recovery or oblivion?
...Technically, the party represents the Chinese community only in name. Current leaders are less revered and respected compared to predecessors such as Tan Cheng Lock, Tan Siew Sin, Lee San Choon and Lim Ah Lek..
Years of racial politics have taken a toll of all parties representing the minorities in Barisan Nasional (BN). Most have lost the support of their respective communities because they were seen as conceding too much to the dominant racial party, Umno...

2. MCA dilemma

3. Can Ong Ka Ting or any other ex this or that save MCA?

Rencana #3 adalah agak mendalam.

Terma Kasih Hang Li Po

abdullahngah said...

krisis MCA tidak sama dengan krisis UMNO, kerana orang china ada banyak parti sebagai saluran untuk memperjuangkan bangsa itu.

Sebab itu mereka tidak kisah sangat dengan krisis yang berlaku.

Siapa bertanding presiden tidak menjadi isu, kerana prinsip orang china tidak sama dengan orang Melayu.

Orang Melayu hanya hendak mengumpulkan harta. Tapi orang china hendak menguasai negara.

Atau dengan kata lain mereka mahu memerintah nnegara ini macam apa yang berlaku di Singapura.

Orang China Melihat BN merupakan jalan sukar untuk merintah negera ini.

Maka terpaksa mencari saluran lain sebagai jalan mudah untuk memerintah.

Sebab itu krisis MCA diselesaikan secara kura kura agar BN tercalar dek krisis itu.

Orang China sudah nampak Pakatan Rakyat merupakan saluran jalan mudah untuk ke Putrajaya dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sekarang Pakatan rakyat telah dikuasai oleh DAP. Dari segi demokrasi pakatan rakyat sudah berada dalam genggaman DAP yang medomenasikan orang China.

Parti Keadilan rakyat sudah hilang power kerana kehilangan empat orang ahli parlimen dan mungkin ramai lagi yang akan melompat parti dalam masa terdekat ini.

Oleh itu pakatan rakyat adalah alternantif yang sangat positif untuk orang china jadikan wadah perjuangan.

Suatu yang jelas dan nyata kerusi orang china akan bertanding dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Dari segi demokrasi majoritilah yang menjadi ketua dan kuasa besar, miskpin jawatan perdana menteri barangkali masih orang melayu.

Tetapi jawatan timbalan perdana menteri pasti terdiri daripada orang China yang barangkali juga tidak mustahil negara malaysia ini dikuasai oleh orang China.

Siapa presiden MCA bukan isunya, kerana mereka akan melangkah lebih jauh iaitu untuk memerintah malaysia jika Pakatan rakyat menang dalam musim pilihanraya akan datang.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Human nature is such that people are born with a love of profit If they follow these inclinations, they will struggle and snatch from each other, and inclinations to defer or yield will die.- Xun Zi 310-237 bc


Never contract friendship with a man that is not better than thyself. -Confucius 551-479 bc

Betui jugak Confucius ni,Melayu kata 'Baik ada makna'

tk

linda said...

UMNO adalah "pariahkratik" with you as their spin doctor

Orang Lama said...

Dato

MCA sepatutnya mengambilkira pengorbanan UMNO terutama TSMY dan rakan2 yang cukup berani dan bersusah payah mengambil risiko untuk menurunkan PAk LAH sebagai liabiliti dari tampuk UMNO dan BN demi survival BN keseluruhannya.

Meraka terpaksa berdepan dengan risiko kuasa PAK LAH sebagai PM, KJ dan kuncu kuncu yang menjadi tok dalang wayang kulit dengan skrip di tulis oleh musuh BN didalam dan luar negara.

Kini jalan terbuka luas untuk mereka merapatkan barisan setelah PAk LAh di pencenkan dan KJ hanya memanaskan kerusi simpanan.

Ingat bahawa gigitan pengundi diluar adalah lebih berbisa dari ngauman harimau di dalam.

Jangan pandang dengan mata, tetapi teliti di sebalik yang nyata.

Melayu Pasir Gudang said...

Salam Datuk.

Pertembungan ini tidak harus di lihat sebagai pertembungan ong lawan ong. mesti juga melihat pasukan tentera mana yang di bawa oleh kedua-dua ong itu untuk menuju MCA yang Ong.

Siapa pun yang menerajui MCA saya dan mungkin juga rakyat marhain yang lain mengharapkan agar MCA baru ini dapat berkerjasama di dalam BARISAN NASIONAL jangan menjadi kiasu atau ultra kiasu seperti DAP. Kita tidak mahu hipokratis di dalam di dalam BN, tikam belakang dan talam dua muka. MCA mesti segera pulih bagi membantu BN atau paling tidak pun dapat bersama-sama BN menikmati "fajar sidiq" yang semakin menampakkan sirna nya. Kegagalan MCA menyelesaikan kemelutnya akan merealiasasikan perumpaman melayu "Siang akan tetap datang walaupun ayam lupa berkokok".

Rakyat menyaksikan bagaimana UMNO sendirian bergelut untuk mempertahankan BN tanpa bantuan signifikan dari komponen-komponen yang lain, tidak seperti Pakatan Pembangkang yang saling bantu membantu, sokong menyokong walaupun prinsip perjuangan yang jauh berbeza.Ingatlah bahawa rakyat itu adalah "Raja".yang memilih kerajaan.

asyMok_Aambo said...

PASti ada Ong Punya!

dan kajang said...

Assamualikum Dato',

1. Kita tidak pasti samada formula mereka mengadakan pemilihan semula pucuk kepimpinan MCA ini ada ONG atau tidak. Yang pasti lebih lama masalah MCA ni berterusan maka lebih kusutlah akan terjadi kepada BN, terutamanya Umno.

2. Bagi Umno kita lihat sejak DS Najib ambil alih, Umno sudah nampak keutuhannya. Rakyat, khususnya orang Melayu yang dahulunya (semasa PRU 12) mengenepi dan "belot" kepada BN telah mula kembali ke pangkuan Umno di bawah kepimpinan DS Najib. Saya percaya Umno akan dapat bawa balik penyokong asal dan baru dalam masa terdekat jika mereka terus insaf.

3. Namun dengan masalah yang dihadapi oleh parti komponannya, khususnya MCA, BN belum tentu dapat jamin kemenangan mutlak pada PRU 13 nanti. Kita lihat kepimpinan MCA ini agak selfish. Mereka terlalu pentingkan diri sendiri dan tidak ada unsur pengorbanan demi untuk kepentingan MCA dan BN. Mereka nampaknya ikut prinsip "winner takes all and the loser loses all".

4. Kita tidak nampak formula MCA ini akan mampu menyelesai masalaah mereka. MCA ini " are too complaisant" dalam BN. Mereka patut dikejutkan dari mimpi mereka. Oleh itu jika MCA benar2 mahu selesaikan masalah, mereka harus dikeluarkan dahulu dari BN dan selesai masalah mereka dari luar dan bukan within BN. Dengan cara ini sahaja mereka lebih sedar kedudukan mereka. Jika telah selesai masalah maka terpulanglah kepada mereka untuk samada nak masuk balik BN atau tidak.

5. But I have a strong feeling they will have to come back to BN with the new image if they were to survive as a Chinese dorminant party. Mark my words.

pakbelalang said...

Oil Royalty Issue Should Be Resolved Quickly -Tengku Razaleigh




KUALA LUMPUR, March 20 (Bernama) -- Gua Musang Member of Parliament Tengku Razaleigh Hamzah wants the oil royalty issue resolved "as quickly as possible" in the interest of the people.



"I don't know why people dispute my interpretation of the laws...I am the one who worded it," said Tengku Razaleigh, who is the founding chairman of Petronas.


comment:

There is no need to claim credit about his involvement in drafting the law relating to oil royalty. I just wonder why he makes this issue as if as a platform to project his image by going around town to have huge rallies. What is actually his hidden agenda?

Yes, the govt. should resolve this issue quickly.Why let the oppositions capitalise it to the maximum advantage? Don't drag the matter any longer until it is being blown out of proportion. It would be damaging to the credibility of the govt.

Tinta Hitam said...

Datuk,

UMNO had brainwashed the malays that MCA/Gerakan are malay friendly chinese but the DAP is sworn enemy of the malays.It have evil aim to wrested control of the nation from malays.Th DAP in Penang had been very cruel to the malays

Anyway I dont believes those words because they came from UMNO's mouth

Anonymous said...

Salam Dato',

Kemelut MCA, dan juga kemelut parti2 politik yg lain, adalah manifestasi lebihnya perjuangan peribadi berbanding perjuangan idelogi. One Tee Keat membuat kesilapan politik yg paling besar apabila mengambil ringan kekuatan Chua Soil Lek (CSL). Apabila CSL cepat mengaku skandal seksnya, meletak jawatan bermakna dia yakin dengan dirinya. Dan apabila dia menang bertanding jawatan Timb. Presiden dengan reputasi yg sudah tercalar dan tidak ada apa2 jawatan kerajaan untuk jadi patron politik, bermakna dia adalah a hell of a person. Pengundi MCA telah memaafkan CSL, sebab itu dia menang.

MCA yg kacau bilau memang berkemungkinan membahayakan BN dalam PRU13. Saya katakan "kemungkinan" kerana mengikut faham saya, yg utama mengatur minda pengundi Cina bukannya parti politik MCA/DAP/Gerakan tapi Chinese Chambers of Commerce (CCC) dan Dhu Zhong.

Secara mutlak undi Cina bukannya kuat tetapi proses persempadanan kawasan pilihanraya oleh SPR (yg saya yakin dipengaruhi/didalangi oleh kegelojohan UMNO) menyebabkan undi Cina secara teknikal menjadi undi penentu yang kuat. Tak semena-mena CCC mendapati dirinya ada kuasa menentukan lanskap politik Malaysia.

DAP dan PKR tak ada jentera kempen yang berkesan..tak cukup kakitangan dan duit. Yang ada jentera kempen ialah PAS...tak cukup duit tapi ada penyokong kental. UMNO dan MCA ada duit untuk hidupkan jentera kempennya. Gerakan..tak cukup duit dan kakitangan macam DAP/PKR.

BN ada RTM dan akhbar lawan PR yang cuma ada akhbar terhad bi-monthly serta buletin parti. Dua-dua ada internet untuk berkempen tapi PR ada kelebihan dalam internet kerana yang mula-mula gunakannya.

Balik kpd pertandingan MCA. Saya suka CSL menang...Biarlah dia pun ada ong kerana yang dua lagi memang dah Ong.

Pak Hj JB

pakbelalang said...

‘Big oil field find by Petronas’


KUALA LUMPUR: Petronas has discovered a huge tract of oil reserves that could significantly reduce oil prices, claimed former Petronas chairman Tengku Razaleigh Hamzah.

Meanwhile, another panellist, Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, said parts of the Petroleum Deve­lopment Act were unconstitutional.

“For example, if oil is found inland, it is unconstitutional for the federal government to stake claim on it. But according to the Act, it gets 5%, which is unconstitutional,” he said.


comment:

It seems Tengku Razaleigh knows better than the Prime Minister or the Chairman of Petronas.

Saya heran apa sebenarnya muslihat Tengku Razaleigh mengembar-gemburkan perkara royalty minyak hinggakan macam dia tahu semua hal ehwal Petronas sampai boleh membuat kenyataan bahawa Petronas telah menemui kawasan minyak yang banyak. Dimana agaknya, tidak pula dinyatakan!

If the Petroleum Development Act is unconstitutional then Tengku Razaleigh is responsible directly for the blunder. He keeps on proudly telling the whole world that he was the"mastermind" who drafted the Act.

Tengku Razaleigh nampak gayanya dah melatah. Mungkin "never too late" for him to continue eyeing for premiership position or just " nak syok sendiri" diakhir-akhir career politiknya.

Anonymous said...

salam dakj,

saya nak sebut satu je.

baru dengar berita chua soi lek nak bertanding jawatan presiden mca.

chua soi lek ni adalah satu beban dan kemaluan bukan sahaja kepada parti politik di Malaysia tetapi kepada rakyat Malaysia. kalau dia menang, saya sebagai rakyat malaysia tak tau nak letak muka di mana. dah terbukti ada skandal pun masih nak jadi pemimpin. kalau pemimpin kongsi gelap tu lantak la. kemenangan chua soi lek bermaksud rakyat malaysia menerima pakai gaya hidup yang diamalkannya secara rasmi.

aku bukan politician

looes74 said...

Amarneng,
Saya ketawa terbahak2 apabila engkau kata "Tun Abdullah sanggup memindahkan kuasa kepada najib"

Amarnemg,
Sanggup ke? Macam Tun Husein Onn sanggup memindah kuasa kepada Tun Mahathir. Sama jugak dengan setiap PM Malaysia. Oh, sudah lupa, ya Pemuda UMNO sekarang sanggup melepaskan peluang untuk menampuk jawatan Menteri.
Sampai bilakah orang2 melayu masih lagi bodoh, banggang. Ya betoi lah, kerana kebodohan setengah2 orang2 melayu, mereka terang2 kenna tipu

Kadir,
Kau ni betul separuh sahaja mengenai PAP ataupun DAP. Saya harap pergi bookstore, baca The Men in White.....
Mana ada satu parti kenna dibahagi dua. Termasuk perabot2, kerusi2 & meja2.

Kadir,
Di mana negara yang lebih autokratik? Di Malaysia, bapa kenna tangkap tak apa.....Anak pun ditangkap.....Adapun isteri seorang ahli politik di character assinatedkan. HANYALAH DI MALAYSIA, BOLEH BIKIN MACAM TU.
Kes Memali......Orang melayu bunuh orang melayu.....Kadir Oh Kadir.....

Kadir,
Ya, JBJ dihukum tapi ikut lunas undang2......Tahu tak, kedua2 anak takdak diusik oleh PAP Singapore.....

Kenneth Jeyaratnam, a banker earning USD500K a year. Philips Jeyaratnam,Singapore President Law Society

Kesemua orang2 yang diharamkan masuk ke Singapore termasuk Nuirani punya bapak dibenar masuk dalam Singapore. Tanyalah Nuirana.....

Kadir,
Apa pulak dengan Chin Peng, orang Sitiawan? Dijanji oleh Kerajaan BN-UMNO yang angguh & bonggak ini masuk melalui Perjanjian Hatyai......Sampai sekarang tak boleh
Siapa yang autokratik? Malaysia dalam pemerintahan UMNO.....Betoi kah Kadir......
Ya, sampai sekarang Bangunan UMNO di Geylang Serai masih berdiri.....Kalau PAP autokratik, baik kerajaan Singapura merobohkan bangunan too

P.S : Nuirani punya bapak pun kenna diISAkan di Malaysia

Shahimah said...

Federated Teochew Assoc. sec-gen Lim Keh Kuam said that the three gentlemen are just slugging it out for their own benefit and "not for us".

Siapa tak nak jadi political leader terutamanya untuk kaum Cina yang menguasai ekonomi negara? anak bini cucu cicit boleh makan tak habis la kata org.

Melayu Daif said...

Jika Chua adalah harimau, Ong Tee Keat pula buaya.

Yang pasti sokongan kaum Cina terhadap MCA/BN akan terus merudum pada PRU13 nanti.

Jadi harap UMNO/Najib terus fokus untuk meraih sokongan oarang Melayu, bukan dengan slogan atau ungkapan rethorik sahaja tetapi mendengar dan mengambil tindakan.

Jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong lesap.

Orang Cina dah cukup bijak untuk melepasi mulut harimau dan buaya, malah telah bersedia untuk tidak dibelit oleh si ular sawa, mantan presiden.

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

Pavlov & Classical Conditioning

'Ong' tak 'ong' nanti, boleh dicuba test try dengan pure refine malay politics of Perkasa: controlled amok. Semacam thermonuclear.

Who is controlling the rage?
(lord, make it 40 thousand or more
and not just 10 thousand on the 27th)

looes74 said...

Ini memang pelik. Saya tak faham mengapa UMNO dipaparkan sebagai sebuah parti yang mempertahankan BN dari apa2 pengelutan.

Ya ke, apa macam dengan PENGHARAMAN UMNO di tahun 1987. MCA selaku pengerusi BN boleh laku sewenang2nya. Adakah MCA tak berjasa

Betul kah semuanya ok di UMNO? Ini memang pelik. Sampai sekarang Kadir Jasin tak berani menulis tentang Pengelutan UMNO di berapa tempat.

1) Perlis
2) Terengganu
3) N9
4) Selangor (antara Nor Omar dengan Khir Toyo)
5) UMNO Perak dalam kegawatan
6) Mukhriz vs Khairy
7) Last sekali, Muhyiddin vs Najib

Tak apalah, bagi saya siapa jadi President MCA tak bermakna lagi. Tengok Najib telah mempelawakan NGO macam Perkasa & Makhal Sakti Party. Dan jugak persatuan2 Cina. Hahaha, konsep UMNO yang benar2 mempertahankan kengkawannya. Apa pun mengikut keadaan semasa dengan menpaling tadah kepada kawan2 yang setia.

Ya lah, UMNO masih berura2 untuk mendapat KM Penang walaupun hakikatnya tak boleh kerana majoriti bukan melayu begitu besar. 25 kerusi berbanding dengan 15 kerusi UMNO yang dapat dipertandingkan.

Kadir,
Tolonglah jangan memperbodohkan orang2 melayu. Kalaulah orang2 melayu macam Rahim Ishak boleh bersama2 dengan LKY yang menjayakan konsep sejagat, orang2 melayu bersama dengan rakan2 kaum yang lain untuk membina satu bangsa Malaysia. Inilah erti sebenar Malaysian Malaysia.
Seingat saya lagu yang diterbit oleh Subir Zaid bagi lagu city council bagi Singapura & lagu kebangsaan Singapura lebih bermakna

Mari Kita Rakyat Malaysia
Sama2 Menuju BAHAGIA
Dengan CITA2 yang MULIA
Berjaya Malaysia

Marilah Kita BERSATU (antara semua kaum2)
DENGAN SEMANGAT YANG BARU (KETUANAN MALAYSIA)
SEMOGA KITA BERSERU
MAJULAH MALAYSIA, MAJULAH MALAYSIA

Kadir,
Apa macam! Najib pun copy 1 people, 1 nation, 1 Singapore bagi 1 Malaysia. Apa macam tak boleh copy lagu dia? Kan lebih bermakna......Kan Najib Kata, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Saya Anak Bangsa Malaysia

Anonymous said...

ROBOH GERAI MELAYU , KENAPA TAK MELALAK SEPERTI DI PULAU PINANG ? – harakah daily

Tulisan :ANAK LABU

Utusan Malaysia dengan megahnya di muka depan menunjukkan gerai orang Melayu dirobohkan sedikit masa lalu di P.Pinang.

Nah, sekarang ini di Taman Gadong Jaya, Labu, Negeri Sembilan notis merobohkan gerai telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Nilai.

Menariknya notis dikeluarkan sehari sebelum berlansungnya program JUARA RAKYAT bersebelahan dengan kawasan gerai tersebut pada 6 Mac 2010.

Di Negeri Sembilan, Kerajaan, MBnya orang Melayu , semua gerai ( 15 orang lebih kurang ) semuanya Orang Melayu dan majoriti di Labu ni orang Melayu. Tak kan berdiam diri sahaja.

Kalau di P.Pinang, Utusan Malaysia mengaung, "Pahlawan Melayu" rasa terhina, NGO atau Dewan Melayu melalak tentang ketidakperihatin Ketua Menteri Cina, apakah di N. Sembilan, nada yang sama tidak diutarakan?

Pelik dan Ajaibnya, notis berbunyi ....kacau ganggu iaitu meletakkan dan menjalankan perniagaan di atas jalan masuk ke balai raya Taman Gadong Jaya. ( Tempat berlangsung Program Juara Rakyat.)

Sedihnya, hampir 5 hingga 6 tahun mereka berniaga di situ, hanya kerana kononnya Program JUARA RAKYAT yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri ( itupun tak jadi datang..), mata pencarian mereka direntap sedemikian rupa... JUara Rakyat apakah ini?

Lebih menyedihkan, Ketua Pemuda UMNO Negeri adalah anak watan Labu sendiri.

Kita cabar beliau untuk mempertahankan Gerai2 Melayu ini dan mempertahankan penjaja melayu di Taman Gadong ini daripada tindakan MPN.Adun Labu tak payah nak cakap.

Beliau lebih arif dan mungkin terlalu sibuk untuk mengambil tahun hal-hal kecil sebegini agaknya?


nota:
inilah cara gerombolan buat kerja.
kalau di Pulau Pinang atau kerjaaan pakatan
heboh macam nak rak
kalau mereka buat kerja yang lebih jahat menikus senyap

langitbiru said...

Andai kata Soi Lek jadi Menteri Kesihatan lagi sekali, apa peranan Kementerian Kesihatan untuk membendung kelahiran anak-anak luar nikah?

Tentu Soi Lek akan suruh buat promosi besar-besaran, "SAFE SEX" , tiru MACAM SAYA!!!

Orang UMNO tak kesah kalau Soi Lek menang, sanggup dok bawah orang yang tak bermoral,pelaku seks bebas. Sebab itu UMNO terima Behrang dan Changkat Jering yang Utusan Malaysia kata depa terima rasuah sex!!!!!

Dapat restu Mufta HarusSemua!

Anonymous said...

Salam DAKJ dan rakan pendebat,

Setuju dengan Langitbiru. Tapi inilah dilema Umno dengan BN dan Pas dengan PR.

Pas parti Islam. Umno parti Melayu/Bumiputera yang majoriti ahli dan penyokong adalah Islam.

Parti-parti lain dalam BN dan PR adalah parti sekular yang peranan agama dan nilai moral sangat kecil atau tidak ada langsung.

Bagi orang Cina sebagai bangsa peniaga, semuanya halal dan sah asalkan di hujungnya ada keuntungan dan kekayaan.

Sebab itulah orang Cina sanggup jadi pengusaha pelacuran yang melacurkan perempuan Cina sendiri. Bagi orang Cina, tak guna jadi orang baik kalau miskin dan dihina. Ramai pelacur Cina jadi pelacur sebagai batu loncatan dapat suami kaya atau cari duit buka salun atau rumah urut.

Inilah nilai moral yang berasaskan praktikaliti oleh parti-parti kaum BN dan PR yang terpaksa ditangani oleh Umno dan Pas. Bagainama mengenakan hukum dan ukuran moral Islam/Melayu ke atas parti-parti komponen mereka yang berlainan nilai moral.

Akhirnya Umno jadi koro kerana tunduk kepada MCA, MIC dan Gerakaran dan Pas jadi korup menyokong Adun PKR bogel dan macam-macam lagi kekakuan yang bercanggah dengan Islam dan susila manusia bertamadun.

Jawabannya semua parti politik, tidak kira kebangsaan, Islam, perkauman, perseorangan (ala AI) wajib mengamalkan nilai moral yang sempurna yang selari dengan negara bagsa Malaysia yang beragama dan bermoral, bermula dengan penolakan pelasahlaku seks dan lain-lain jenayah.

Anak Pulai Chondong

amarneng said...

Salam Dato'

Perkembangan MCA amat menarik,kerusi nombor wahid parti itu ditandingi 3 tokoh,masing-masing ada kelebihan dan kelemahan.

Yang menarik bagi saya ialah keterbukaan MCA dalam pemilihan pemimpin mereka berbanding dengan parti-parti BN lain.

Kaum penyokong Cina diberi pilihan yang terbuka untuk memilih pendokong(pemimpin) perjuangan dan hala tuju kaum mereka untuk negara.

Pendekatan kaum Cina itu turut mengelakkan parti itu dipimpin oleh golongan kekeluargaan berbanding dengan parti-parti lain.

Politik Cina berbeza dengan politik Melayu sebagaimana komentar kluangman,ribut dunia melayu apabila pemimpin nombor satu mereka dicabar.sekian amarneng.

LIN LIANI said...

Salam,

Ternyata Dato telah baca dan faham siapa itu Wu Song. Kagum dengan Dato yang banyak membaca apa jua jenis buku termasuk cerita rakyat Cina ini.

Masyarakat Cina sememangnya inginkan semangat kepahlawanan dan keberanian seperti Wu Song. Sama ada namanya Ong atau tidak, itu tidak penting.

Siapa jua jadi Presiden MCA, kalau tidak bersedia dengar suara dan hasrat hati Cina, lebih baik berundur sahajalah. Kerusi Presiden MCA bukan untuk tempat untuk cari kuasa, wang dan pangkat, tapi adalah berkhidmat kepada rakyat.

Selain ada semangat keberanian menyuarakan pandangan hasrat kaum Cina, sedia berkhidmat, satu lagi prinsip yang perlu ada pada Presiden MCA ialah tidak tunduk kepada tekanan daripada UMNO.

Dua bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik dan Ong Ka Ting telah membuktikan mereka kerap kali mengalah kepada UMNO. Itu rata-rata masyarakat Cina sudah memaklumi.

Jadi ke mana hala tuju masyarkat Cina selepas berakhirnya pemilihan MCA pada minggu depan? Tidak kiralah siapa jadi Presiden MCA, rasanya tidak akan nampak sebarang perubahan dan pembaharuan yang jelas.

Begitulah betapa malangnya kaum Cina di bawah pimpinan MCA. Pemimpin lebih suka bercakaran dan bertikam lidah. Tidak hairanlah pilihan raya umum, MCA kecundang teruk. Tapi yang pelik,
muka mereka masih tidak rasa malu.

Sebab itulah majoriti Cina lebih suka undi pembangkang, walaupun tahu calon pembangkang tidak mampu membawa pembangunan kepada mereka. Orang Cina kata MCA pengecut bila dalam BN.

Dalam pemilihan MCA yang sedang rancak berkempen ini, ramai juga rakyat Cina rasa muak dan malu. Mereka tidak hairan siapa jadi Presiden MCA, kerana mereka sudah betul-betul kecewa dan putus asa -hanya tahu gaduh sahaja, kerja tak buat.

parley said...

Ahli Umno mengambil peluang yang ada untuk menurunkan presiden yang tidak disukai rakyat

Ahli MIC gagal untuk mendengar dan memenuhi kehendak kaumnya

Diharap kali ini ahli MIC mengambilkira sentimen rakyat dan bukannya keperluan peribadi.

saji said...

Salam Dato'

1. Saya pernah kerja dengan orang Melayu dan bukan Melayu yang lebih muda daripada saya yang pandai cari duit tetapi tidak sepandai saya membuat kerja. Memang ada masalah.

2. Masalah Ong Tee Keat ialah kesukarannya berkerja dengan orang yang lebih tua, pandai dan berpengalaman di bawahnya seperti Chua Soi Lek, walau pun beliau tahu orang Cina, secara tradisinya, senag berkerja atau dipimpin oleh pemimpin tua seperti LKY.

alunbm said...

Zaman telah berubah!!!
MCA sudah hilang kekuatan
Walau sapa pun menjadi kepala nya
Hati pengundi cina telah ditawan oleh DAP
Jangan mimpi la Pulau Pinang dapat jatuh semula ke tangan Be End !!!

pengkaji said...

Adakah siapa yang di pilih oleh perwakilan MCA mencerminkan apa yang
di harapkan oleh pengundi Cina ke atas MCA ?

Mintak Dato ulas sedikit. Tq

OKJ said...

Salam DAKJ

Terima kasih Dato’ kerana ucapan selamat bercuti tempoh hari. Alhamdulillah, memang seronok bercuti sama anak-anak dan isteri. Sepanjang percutian saya, semuanya selamat, highway OK, tiada jambatan runtuh, tiada bangunan mendap, tiada atap hotel tercabut, tiada stadium roboh dan sebagainya. Pendek kata semuanya OKje, taklah seperti yg selalu diperlekehkan oleh pembangkang yg kerjanya hanya nak bangkang dan bangkang. Cuma saya terlepas satu je iaitu pendedahan YB Zahrin hingga macam biasalah, Chiefnya terus cabut. So, yg runtuh adalah moral penyokong fanatiknya yg ditingggalkan terkontang-kanting hingga tak tahu nak kata apa. KESIAN DIA.

Yg kedua, maaf cakaplah tapi kalau nak tunjuk pandai pun biarlah kena pada tempatnya. Trend sekarang bercakap mengenai “Scientific research, evidence based, level of evidence, grade of recommendation, the future direction.” Tapi, ada juga yg masih bercakap mengenai “who, when, what, where and how”. Takpalah, janji hati senang.

Rasanya, dunia ni dah nak kiamat kot. Bila bercakap je disertakan sekali dengan ayat Quran, tapi sifat MENIPU dan FITNAH tu tak lepas-lepas dari mulut. Gila. Kalau dulu kata UMNO tolak hudud, sekarang kata UMNO sokong ‘pesalah sex’ terkenal pula. Susah jugak di padang masyar nanti kena minta maaf dengan setiap ahli, Itupun kalaulah terpikir nak masuk syurga dan kalaulah semua 3.5 juta maafkan. Satu lagi, tentang gambar tekangkang siap makcik-makcik nangiskan, buat buta lupa ke. ‘Jangan main-main sama saya’, kata the king…..

Dan yg terakhir, president MCA yg sepatutnya adalah Dato’ Seri Liow Tiong Lai. Tapi sayang beliau tak bertanding jawatan presiden. Sekian TQ.

INDIGO said...

Scribe,
Salaams.

Langit Biru
(said such wonderful things)

alhamdulillah.
on old hand slowhand
so claps

salaams

sharat said...

Salam Datuk,

I am just wondering... will MCA start a new thinking in BN....

Let the MPs serve the Rakyat as that is what they suppose to do anyway..

With regards to their leaders 'post' in the Cabinet... appoint good 'neutral' professionals who knows best about the industry that they suppose to lead in respective ministries...

just a tot of a dream country

http://sharat-s.blogspot.com

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

Tumpang Tanya
(sikit sahaja mahunya)

Tiga line apa benda?
adalah si-saad janggut
ceritakan kita tentng ayah-nda
apa benda tiga line itu?
setengah ceti calit tiga line
bunga jangan cakaplah

-tiga line tu semacam
bendera belanda atau jerman

dan apa ada lagi melayu
togak tok-yu perak lane?

nah, kita yang melayu totok ini
cukup ambil bau cukuplah


Terima Kasih Sejambak Mawar Merak
(yang putih comel itu si-syed punya
-lawalah, Scribe)

langitbiru said...

Pak Hj JB,

Alhamdulillah Pak Hj dah pi Mekah, tunai rukun Islam ke 5. Tiada balasan Haji yang Mabrur melainkan Syurga. Tiada balasan Haji yang Mardud melainkan penat lelah,wang ringgit habis belanja. Sama-sama kita berdoa, yang menunaikan Haji, akan dapat Haji yang mabrur.

Sanggupkah Pak Hj, yang tawaf mengelilingi Kaabah mengikut sifir 7, berada dibawah kepimpinan CSL yang dihadapan umum tampak hebat,karismatik,berprinsip tetapi dibelakang semua orang termasuk isteri dan anak-anak asyik melampias “makan luar”.

Saya katakan “dibawah kepimpinan CSL”, bermaksud sekiranya CSL jadi Presiden MCA, sudah tentu CSL nak tak nak, Najib terpaksa lantik jadi menteri Kabinet, dan Pak Hj akan bernaung dibawah kepimpinannya. Depan dia baik, belakang kalau dia “jual” negara,mana Pak Hj nak tahu? Pak Hj, orang Islam tak boleh dipatuk ular yang sama dari lubang yang sama dua kali!!

Ong Tee Kiat tu sebenarnya terlalu idealistik untuk mengubah haluan MCA. Pendedahan Ong Tee Kiat serta komitmennya terhadap skandal PKFZ sudah makan diri! PKFZ yang memakan Perbendaharaan Negara sebanyak 12.8Billion tu bukan saja Taukeh Cina dan orang politik MCA yang dapaty tetapi juga sebahagian besarnya “dibayar tol” kepada pembesar UMNO. Maknanya, ketegasan Tee Kiat untuk “melondeh” perasuah PKFZ terkena batang hidung MCA dan UMNO.

Jadi, Najib sudah berbulu dengan Tee Kiat, walaupun Mahathir suka. Mahathir sangat berbulu dengan Soi Lek sebab Soi Lek bijak, lebih bijak dari kebanyakan Pemimpin UMNO!!! Mahathir lebih suka Tee Kiat, sebab Tee Kiat suka jalan lurus, tak reti sangat nak belok kiri kanan!!!

Ka Ting tu pulak, dulu jadi Presiden pun nasib baik je! Tapi, Ka Ting pun UMNO suka, boleh jadi Yes men UMNO dalam banyak hal.
Kalau CSL menang pun tak apa, nanti kita balun UMNO habis-habisan!!!

langitbiru said...

Assalamualaikum,

OKJ,

Tahu lah YOU dah jadi somebody di MOH, seorang Doktor Pakar, Medical Consultant, bolehlah cakap, “Scientific research, evidence based, level of evidence, grade of recommendation, the future direction.”

Kalau gitu bawalah banyak-banyak bersyukur, jangan pandang remeh,pandang rendah orang yang bertanya dengan permulaan “who, when, what, where and how”

Dah jadi Consultant (Medical), kena lah sokong Tiong Lai!

3.5 juta tu ramai, tapi 1.5 juta yang dituduh Puak Khawarij pun ramai.

Tapi saya yakin, Puak 1.5 juta ni takkan "gadai jual" negara sebagaimana Puak 3.5 juta ni.

Saudara Dr.OKJ kerap sangat sebut bab Syurga, Neraka. Baguslah untuk peringatan bersama TAPI jangan jadi macam Puak Khawarij yang ambil kata-kata yang benar(ayat Al-Quran), tapi dimaksudkan dengan batil!

YAng Doktor dok cakap,“Scientific research, evidence based, level of evidence, grade of recommendation, the future direction”, berapa kerat Ketua UMNO Bhg,Timbalan,Setiausaha,Bendahari,Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri PAHAM?

Yang saya nampak, tubuh syarikat mee maggi hari ni, esok masuk tender.....macam ni lah cara zaman berzaman UMNO dok buat!. TAPI SAYA AMAT YAKIN Doktor OKJ akan kata ini semua FITNAH,TIPU,NIAT JAHAT

"evidence based, level of evidence, grade of recommendation, the future direction" tak ada ke dalam Al-Quran?

Tak apa lah Doktor OKJ, kita ni sama-sama dok atas mukabumi ni sementara je,masuk liang lahad masing-masing akan jawab!

TAPI kita juga kena ingat, setiap manusia tu akan dibangkitkan bersama-sama pemimpin mereka. Firaun dibangkitkan bersama-sama seluruh pengikutnya, Nauzubillah!

Anonymous said...

Dato,
Perpecahan dalam MCA tidak membawa apa-apa kesan kepada dominasi ekonomi masyarakat Cina di Malaysia. Orang Cina ada banyak platform untuk mereka bersatu saperti dalam pelbagai persatuan sehingga penanam sayur cina pun ada persataun saperti Persataun Penanam Sayur di Cameron highlands. Orang melayu hanya ada UMNO yang nak perjuangkan segalanya untuk masa depan dan nasib bangsa melayu termasuklah mempertahankan kedaulatan Raja Melayu dan kesucian Islam. PAS hanya memperjuangkan bagaimana nak mendapat kuasa untuk memerentah dan sanggup membiarkan kan pengikutnya tidor atas jalan raya menyekat kenderaan VIP saperti yang kita lihat di Kuala Kangsar tidak berapa lama dulu.
2. Harapan kita supaya MCA kembali kuat untuk bersama UMNO membentuk Kerajaan Barisan Nasional dan kembali kepada persetujuan asal kepada asas pembentyukan negara ini ia itu hak keistemewaan Melayu dipertahankan tanpa mengenepikan hak kaum lain. Negara ini hanya akan stabil sekiranya taraf ekonomi orang Melayu tidak bagitu jauh berbanding kaum lain dan tidak ada gulongan yang dipinggirkan dari proses pembangunan negara.
3. Hak Ketuanan Melayu dipertahankan suapaya institusi Melayu saperti Kedudukan Raja-Raja Melayu senantiasa kukoh dan memainkan peranannya secara efektif.
4. Sekiranya orang Melayu berjaya, seluroh negara akan dapat faidah kerana pernioagaan masih dimonopoli oleg orang Cina yang sememangnya pintar dalam perniagaan kerana tamadun mereka dalam perniagaan jauh lebih lama dari tamadun perniagaan orang Melayu.
5. Semua pihak mesti guna otak dan jangan ikut perasaan. Musoh utama negara adalah keinginan beberapa individu tertentu yang terlalu rakus untuk berkuasa dan memperjuangkan keadilan yang mereka sendiri tidak faham konsep keadilan. Keutamaan mereka adalah untuk berkuasa dan sanggup menjual maruah negara diluar negeri. Mereka lupa kepada sejrah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka akibat perpecahan dalaman membawa kepada serangan mudah Portugis.

6. Musoh sebenar orang Melayu adalah petualang-petualang yang sanggup melihat orang Melayu bersatu dibawah satu bendera saperti perpaduan Melayu menentang Malayan Union melalui UMNO. Mungkin PERKASA boleh menggerakan semula perpaduan Melayu sekiranya parti-parti politik Melayu gagal mempertahankan hak-hak dan ketuanan Melayu di negara ini.

Iklas dan Insaf

saji said...

Salam Dato'

Nampaknya gaya pemikiran politik kaum Cina tempatan dah jadi macam akaun perniagaan Cina yang bukan satu rahsia lagi iaitu akaun untung dan rugi.

Akaun untung: DAP dan PKR

Akaun rugi: MCA dan GERAKAN

Anonymous said...

Salam Datuk,

Saya bersetuju 100% dengan pandangan abdullahngah. His comment is worth reading and for me he got (political) wisdom that the majority of Malays lacked.

MCA tidak akan rugi jika ianya terus-terusan dilanda 'masalah', yang penting AGENDA bangsa mereka tetap diteruskan samada dari 'luar atau dari 'dalam'.

Umno perlu bijak membaca rentak 'permainan' ini serta mengukuhkan perpaduan sesama sendiri untuk mengharung PRU13 akan datang dan bukannya terpekik terlolong mengharapkan MCA segera selesaikan kemelut tersebut.

Samada MCA kuat atau lemah, atau siapa saja yang dipilih kaum Cina, mereka takkan rugi apa-apa pun. Semua kepentingan mereka tetap terpelihara malah sempat lagi menuntut beberapa resolusi dari kerajaan. Afterall that's politic all about. It is so unfortunate that Umno/Pas/PKR and the Malays failed to realise that for the sake of their own interests.

Jimizul

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato’AKJ,

Tak nak ulas ke Dato’, ADUN(MCA) Titi Tinggi Perlis, Yip Sum Onn letak jawatan? Seperti biasalah Tok, mediamassa milik BN tak sensasikan isu ini, sekadar melapor sebagai berita biasa saja, ambil syarat buat lapuran berita!

Ya lah Tok, kalau ADUN PR letak jawatan, MESTI jadi tajuk utama muka depan surat khabar BN, tak cukup satu hari, 3 , 4 hari jadi tajuk utama. Tak cukup dengan itu, mukasurat dalam siap dengan interview lagi, penuh mukasurat. Tak cukup lagi, panggil temuramah ‘live’ dalam TV. Pendek kata, riuh rendah macam halilintar memecah awan hitam lagaknya.

Dah tentu sekali soalan pertama, Betul ke? Kalau ADUN PR letak jawatan, cepat-cepat secepat kilat surat perletakan jawatan sudah sampai ke SPR!! Soalan kedua, Jadi tak tarik balik? Soalan ketiga, Kenapa?

Yang ketiga ni, surat khabar kroni takkan ulas panjang lebar. Hakikat sebenarnya adalah Kepimpinan Isa Sabu sebagai MB, lembik dan lesu, tak bermaya. Alah Tok, Tok sendiri pun lebih sediamaklum!

Orang Perlis dok teringat-ingat lagi dekat Shahidan. Kayu ukur Shahidan dengan Isa Sabu, nak kata langit dengan bumi tu teruk sangat bunyinya! Akan tetapi, Shahidan ni pun ramai rakyat Perlis suka, orang PAS pun suka. Memanglah Shahidan bijak berpolitik dengan rakyat, pandai jaga hati rakyat Perlis tak kira UMNO atau PAS. Sampai Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Harun Din pun kecundang di Perlis dalam PRU lepas.

Gerakan ‘guling’ Isa Sabu ni pun dah lama berjalan, sekarang baru mula menampakkan taringnya!

Sekarang, Azizan di Kedah boleh disamakan seperti Shahidan Di Perlis, ramai rakyat suka. Dek kerana gah dan glamournya pentadbiran Azizan di Kedah, tempiasnya cukup terasa di Perlis.

Amat jelas, YB-YB UMNO majoriti nak Shahidan. Sebahagian menganggap Isa Sabu seperti ulu kapak mengapak pokoknya sendiri!

Tapi, saya percaya, ADUN MCA itu cuma buat gempaq je, merajuk tak dilantik semula sebagai EXCO oleh Isa Sabu. Esok lusa, tarik balik lah tu surat letak jawatan. Kalaulah surat letak jawatan dah sampai ke SPRpun, SPR ‘bekukan’ sementara waktu!

UMNO Gunakan RTM? said...

Seorang pengulas di sini berkata "BN ada RTM dan akhbar lawan PR yang cuma ada akhbar terhad bi-monthly serta buletin parti."

BN ADA RTM???

RTM TU BUKAN MILIK BARISAN NASIONAL!

RTM MILIK RAKYAT!!!

ADAKAH SAUDARA MENGAKUI BAHAWA UMNO-BN MENYALAHGUNAKAN HAK MILIK RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN PARTI??

INI BERITA MENGGEMPARKAN NI!!!

mustapha ong said...

Salam DAKJ,

Terima kasih dan masa sudah sampai saya memberi sedikit komen fasal kemelutan dalaman politik MCA dari sedut seorang perjuang yang pernah membantu MCA pada tahun2 enampulohan di Johor.

Saya pun ada Ong juga tetapi ONG ini anak kacokan dan mungkin salah didaftarkan pada masa lelahiran saya. Kata Tok Hisham nama i sebenar nya Mustapha Onn!!!kos i memang rapat dengan keluarga arwah Tun Hussein Onn semasa berkampung di JB.

Namun demikian, disini tegaslah saya bukan menyokong politik Kah Ting mahupun Tee Kiat yang saya kenali sejak tahun 1978 semasa saya bergerak saraf di Ampang Jaya.
Memang kita tidak dapat menafikan bahawa krisis MCA kali ini tidak boleh disamakan hangat nya jika dibanding dengan kemelutan MCA dahulu.

Dulu saya rasa mereka semua "gila kuasa" dan perebutan kuasa telah memakan badan dan jiwa semua yang terlibat.Nak salah siapa itu kuasa Tuhan.Satu penarikan yang saya imbang kembali Tan Koon Suan yang memimpin MCA dalam jangka amat singkat kerana beliau bukan main politik ketika itu. Koon Suan was more interested in business and his vested interest had caused his own political downfall. tetapi tak rugi lah kerana Koon Suan mempunyai seorang isteri yang begitu cantik molek dari Taiwan!

Pada analysis saya, kemelutan politik kali ini tidak akan berakhir dengan kemenangan Ka Ting mahupun Tee Kiat. Kah Ting bolih berjanji seribu janji dan takkanlah penyokong2 Tee Kiat dan Chua Soi Lek nak peluk tubuh dan membisu? Kah Ting temberang besar kut.

Namun demikian harapan saya bahwa BN tidak kira siapa yang akan memimpin MCA mulai 28 Mac, tetapi yang penting bolih kompromi dan kerjasama dengan Liow Tiong Lai yang pastikan akan dipilih sebagai Deputy President yang baru. Kong bolih pencen dan tolong merapatkan ahli2 MCA dari luar sahaja sudahpun cukup.

Dengan demikian, keputusan mungkin memihakkan Tee Kiat yang harus merapatkan barisan tertinggi MCA melalui Liow Tiong Lai.

Saya pernah mengikuti kempen Liow Tiong Lai yang ada style dan kaliber sebagai seorang pemimpin muda yang ada X-Factor.MCA hanya akan dapat pulih semula jika Liow dikekalkan sebagai president MCA yang baru dengan adanya sokongan padu barisan pemuda dan wanita MCA yang lebih kuat dan berkompromi.

Saya rasa jika saya jadi pemimpin MCA sudah tentu saya memilih Mak Perak timbalan pemuda untuk merajui pemuda MCA.Chew Mei Fun di wanita memang hebat tetapi sayang seribu sayang beliau main politik dengan emosi yang terpesong daripada kebenaran.itu sebab populariti beliau semakin merosot. agak Chew kenalah berkawin barulah saham nya akan melonjat naik kut!

Anonymous said...

Maaf ... nak bertanya tuan OKJ sikit.

Ye ke ahli UMNO sampai 3.5 juta tu daftar dgn rela hati. Saya ni disahkan ahli UMNO.Bila saya mendaftar pun tak ingat, sebab rasanya tak pernah isi borang. Rupanya dulu 15 tahun lepas semasa saya masih belajar di salah sebuah universiti awam, ayah saya ada meminta salinan k/p.Bila ditanya...adalah untuk buat pendaftaran BORANG.Org yg tak fikir panjang masa tu bagi je la.Masa belajar ni byk sgt borang....borang bantuan pelajaran paling disukai.Rupa²nya ketua cawangan UMNO kg la yg tolong isikan borang....dan daftarkan saya sebagai ahli UMNO.Tu la agaknya ahli UMNO ni ramai ...sampai 3.5 juta!Ramai gak yg tak tahu dia telah didaftarkan sebagai ahli UMNO.Jadi tak salah la jika saya suka² nak pangkah parti mana setiap kali hari pengundian agaknya.........

Ahli Parti YANG KELIRU!

Anonymous said...

salam....

looes 74 ni singaporean ke?

takpon malaysian yg teringin sgt jadi singaporean?

tapi, saya rasa looes ni melayu yg malu menjadi melayu...

looes,takpala...saya rasa melayu lebih senang di malaysia banding di singapore...

saya rasa cina, india pon lebih senang disini,loose...

paling2 kita dapat bakar mercun, makan chewing gum, tegur pemimpin kita terang2 etc2 (depa dengar, tu lain crita)

yg paling penting loose...pemimpin kita bukan dtg dr 1 famili..

kami pon benci kronisme & corruption di malaysia, loose..tapi takdela sampai kami nk 'singapore'kan malaysia...

orang bengap macam kamu ni loose, belambak kat malaysia skang..nak 'amerika'kan malaysia, 'britain'kan malaysia, australia'kan malaysia, etc etc

hujung cerita loose, bukan kemajuan depa kita dapat...tapi penyakit depa kita dapat..

loose,lain kali cuba2la pakai kepala otak ye..loose,loose

hehe

-adli-

Melayu Pasir Gudang said...

Salam
Mengulas UMNO gunakan RTM

RTM hak Kerajaan
Kerajaan itu Barisan Nasional
Barisan Nasional di pilih oleh rakyat
so apa masalah kerajaan guna hak kerajaan yang di pilih rakyat

Anonymous said...

Salam Dato',

Izinkan saya relate dengan pembahas langitbiru. Saya amat sedar bahawa Dato' tidak berhajat jadikan blog dato ini medan polemik.

CSL pada hemat saya BUKAN seorang yang karismatik. Dia seorang yg boleh buat kerja. Dalam tempoh yg singkat sebagai Menteri Kesihatan dia dapat buat perubahan kepada Kementeriam Kesihatan. Dia yg instrumental dalam mempercepatkan kenaikan pangkat doktor. He instrumental to bring the traditional medical practiotioner to some sort of accountability knowing very well that by doing so he hurts the business of many seng-sehs (and the towkeys who import the medicines). Those who understand how bussiness operates can appreciate the risk CSL put himself in. Maybe he had gone too far (this is just my guess) by trying to dismantle the monopoly of medical supply to govt hospitals.

Adakah CSL seorang womaniser? I dont think so kerana tak nampak tampang romeo padanya. Ada perempuan simpanan? Maybe he is (or he was). Kena tanya CSL in person lah kalau nak tahu dia ada mistress atau adakah skandal hari itu satu perangkap? Rekodnya CSL telah buat pengakuan dan letak jawatan. Dia dah jalani hukumannya...malu dan hilang jawatan.

Bolehkah seorang menteri Cina, CSL atau siapa saja jual negara? Tak ada rekod orang Cina jual negara di Malaysia. Kalau boleh mereka nak beli negara ni. Yg terbukti dalam sejarah ialah Orang Melayu pajakkan (jual lah tu) Singapura kepada Inggeris (1819). Pembesar Melayu yg instrumental menjual pasir ke Singapura, yg jual balak secara berleluasa, yg instrumental sehingga Maybank beli bank tenat kat Indonesia dari Temasek hingga Maybank rugi RM500 juta dalam transaksi tu, yg instrumental beri pinjaman kepada George Tan sehingga BMF rugi RM2.7 bilion, yg uruskan pembelian kapalselam yg baru2 ni tak boleh menyelam? yg jual engin jet, yang jual Pantai Medical ke Temasek. The list is next to endless! Akhbar2 kita hanya memulukkan imej pembesar2 Melayu sehingga nampak mereka orang mulia.

Saya rasa Ong Ka Ting seorang yg ada sindrom withdrawl. Lari tinggalkan MCA semasa khidmatnya diperlukan parti. So why comeback now? If you want to run, run dont come back. Ong Tee Keat seorang yg tak hormati keputusan perwakilan MCA. Fasal apa cari fasal nak kuis CSL yg sah dipilih perwakilan sedangkan BN sedang bingung dengan keputusan PRU12. Nampak sangat tidak bijaksana. Hasilnya MCA bergolak. I wish CSL win the contest, I'd like to see how he pacify MCA. I believe he can.

As for sdr langitbiru, doakan saya dapat buat umrah tahun ni untuk tajdidkan iman.

Pak Hj JB

Anonymous said...

Wah! OKJ sambung kat artikel ni pula ya.

Saya pun sambung juga la.

“who, when, what, where and how” tu ilmu dah basi ke?


“Scientific research, evidence based, level of evidence, grade of recommendation, the future direction” adalah mengikut trend. Trend apa?

Tidakkah itu semua juga ditanya dengan “who, when, what, where and how”?

Plot cerita sama, skrip je lain-lain OKJ oiii!

Runtuh ke bocor ke, semua ada dalam MSM yang semuanya dimiliki parti dalam BN.

Masih lagi kata fitnah?

Seperti kata Langit Biru, dah banyak kali OKJ dok ulang mantra "Rasanya, dunia ni dah nak kiamat kot. Bila bercakap je disertakan sekali dengan ayat Quran, tapi sifat MENIPU dan FITNAH tu tak lepas-lepas dari mulut."

Kalau tak percaya rujuk tulisan saya dan OKJ pada artikel PENGAJARAN DARI PENANGGUHAN GST dan beberapa artikel sebelumnya.

Mana “Scientific research, evidence based, level of evidence, grade of recommendation, the future direction” nya?

Menambahkan tanda soal pada “who, when, what, where and how” adalah!

Ooooo Tuan Doktor ke? Kalau Doktor Konsultan salah diagnos, salah pulak bagi ubat...bahaya tu...

Fed Up

langitbiru said...

Assalamualaikum,

Saudara Melayu Pasir Gudang,

Jangan campur adukkan hak/harta Parti dengan hak/harta kerajaan.

Hak/harta kerajaan adalah hak/harta rakyat. Semuanya dibeli guna duit rakyat.

Kalau pemimpin kerajaan guna hak/harta kerajaan untuk rakyat memang sah dan tak salah.

Kalau pemimpin UMNO guna hak/harta kerajaan untuk program UMNO, itu memang SAH HARAM dan SALAH!

Assalamualaikum Pak Hj JB,

Tkasih bagi maklumbalas. Menarik Pah Hj JB tulis peranan CSL dalam MOH. Kenaikan pangkat doktor.....kebetulan CSL berada dalam kotak penalti,penjaga gol dah terjatuh! Kenaikan PAngkat doktor ni dah zaman berzaman diperjuangkan oleh para doktor melalui persatuan mereka. Yang saya tahu dari 2 , 3 orang sahabat saya (doktor), memorandum demi memorandum dihantar. Sahabat saya ni dulu katanya, pada zaman mereka, elaun on-call cuma RM15 satu hari!!!!!

Kalau Saudara Pak Hj JB perasan, sebelum ini Utusan Malaysia dok siarkan keluhan Dewan Perniagaan Melayu dan Usahawan Melayu, tender bekalan ubat-ubatan dan peralatan perubatan, Melayu dapat tak sampai 10%!!! MAsa sapa jadi Menteri Kesihatan tu??? Rakan saya dapat tender satu jenis ubat saja, sebut harga RM10juta!! Ribuan jenis ubat tu siapa yang dapat tender?

Orang PAS kata JIHAD tu maksudnya luas, bukan terhad pi perang fisabilillah sahaja. Sama lah dengan "jual negara", maksudnya pun luas!

Setuju dengan Pak Hj JB, Melayu jual negara. Itu cara Melayu, Melayu UMNO!. Cara Taukeh Cina macammana??? Betul mereka MAMPU beli negara, depa kaya,kalau BELI dan JUAL macammana??? Yang duk dibelakang Melayu jual negara tu siapa? Kita kena ingat, Taukeh Cina tu "bisness-minded cara orang Cina"!! Berapa banyak syarikat-syarikat besar Taukeh Cina dah pindah HQ dari KL ke Singapore, Taiwan,Hong Kong!!!! HAsil ambil di bumi Malaysia, cukai bayar di luar Malaysia!!! Bayar cukai "celah gigi" kpd Malaysia!! Apa dah jadi dengan BERNAS? Pak Tani semua Melayu, Taukeh besar Cina!

Yang dok belakang Palestin jual negara tu Siapa?

Konsepnya lebih kurang sama!

BUKAN anti-Cina, tapi anti siapa saja tak kira Melayu, Cina yang jual negara!!!

Pak Hj JB,

MCA ada aset RM2Billion. UMNO ada berapa??

Pak Hj JB, sama-sama kita doa dapat buat umrah tahun ini untuk kita sama-sama muhasabah diri. Antara umrah ke umrah (yang mabrur)menghapuskan segala dosa (kecuali dosa dengan sesama manusia)

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

Di Mana Wu Song
(bersama che det)

interesting read:
Theodor Herzl: His last literary work, Altneuland (in English: The Old New Land, 1902), is a novel devoted to Zionism...Altneuland was written both for Jews and non-Jews...


Terima Kasih Melayu Perkasa

mad said...

RTM bukannya hak umno. kerajaan demokrasi tertubuh oleh parti2 politik yg memenangi pilihanraya tak kira menang majoriti ataupun minoriti. parti bebas yg menang juga merupakan sebahagian daripada kerajaan. parti2 ini ada hak bersuara di dalam parlimen kerajaan demokrasi. dalam kerajaan demokrasi yang tulin, semua parti yg menang ada hak menggunakan badan2 kerajaan tak kira mereka menang majoriti atau menang satu kerusi sahaja. parti yg menang majoriti ada kuasa membentuk kabinet kerajaan dan bebas memilih individu utk menjadi menteri2 kerajaan. menteri kerajaan tidak semestinya terdiri daripada ahli politik tetapi di malaysia sudah menjadi adat umno melantik ahli parti menjadi menteri. rtm dan semua jabatan kerajaan lain merupakan hak kerajaan yang terdiri daripada parti2 yg menang ini, di malaysia sekarang kerajaan adalah bn dan pr dimana bn merupakan majoriti. oleh itu rtm, polis, tentera, mahkamah, spr dan lain2 badan kerajaan bukanlah hak bn. bn hanyalah parti politik.

ini hanyalah pendapat saya rakyat biasa yg tiada kajian mendalam tentang perlembagaan dan undang2 tubuh negara. saya pasti datuk dan pembahas2 lain lebih arif tentang perkara ini. namun saya yakin ada pembahas yang silap bila mengatakan rtm adalah hak bn. saya rasa ianya hanya benar di negara yang berteraskan komunisma dan diktatorian.

saji said...

Salam Dato'

Sampai kiamat sdr langitbiru dan sdr Fed Up tak akan bersetuju dengan cara dan apa yang dihujah oleh sdr OKJ, dan sebaliknya. Mengapa?

Kerana satu pihak, menguasai ilmu kemanusiaan (dianggap miliputi ilmu agama), dan satu pihak lagi, menguasi ilmu teknikal(dianggap meliputi ilmu sains) hasil daripada proses sekularisme Barat dalam semua bidang kehidupan.

Saya merujuk pembahasan mereka bertiga yang dicetuskan oleh sdr OLJ yang hanya menerima pandangan
yang disokong oleh “Scientific research, evidence based, level of evidence, grade of recommendation, the future direction”, dan menolak pandangan sdr langitbiru kerana,pertama, sering berhujah menggunakan ayat2 al Quran dan tidak bertempat, dan kedua, kritikan terhadap isu tempatan yang dimulakan dengan pertanyaan “who, when, what, where and how”.

Tidakkah jalan keluar titik pertemuannya ialah, kembali kepada tradisi keilmuan Islam yang telah membuktikan pentingnya individu Muslim menguasai ilmu ukhrawi ciptaan Ilahi dan duniawi ciptaan manusia sekali gus?

pakbelalang said...

Actually, there is no cause for concern about the MCA affairs. They are all jokers!!!

Their community has written them off. Leave it to them to decide their own fate. It is either they are with BN or they don't, period. They don't seem to be bothered much about the status of their component partners, particularly UMNO. So why must UMNO be concerned about MCA.

Mereka main "wayang kulit" je !!!! At the end of the day the Chinese community has already decided to marginalised MCA.

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

Perhimpunan Perkasa
(on line and live tv)

sek fun sek sup
sek ngoi sek chap

Boleh tak tanya ibrahim ali sekiranya perhimpunan perkasa di pwtc pada 27hb mac dapat dapat disaksikan live on line and foc.

sek sup ngoi chap
sek fun sek sup
masuk angin keluar asap


terima kasih Kuda Kepang

Anonymous said...

Melayu Pasir Gudang,

Betul ke tafsirnya macam itu.

Yang saya faham, kerajaan itu jemaah menteri manakala Barisan Nasional itu UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti gabungannya.

Harta UMNO, hak UMNO; terpulang lah UMNO nak guna cara apa.

Harta kerajaan, hak rakyat. Menteri di amanahkan oleh rakyat untuk urus harta kerajaan.

Jangan kerana orang di BN dan orang dalam jemaah menteri adalah orang yang sama, jadi keliru pulak.

Fed Up

A KADIR JASIN said...

Sdr Pakbelalang,

Rasanya orang Cina kurang main wayang kulit. Wayang kulit mainan Melayu, Jawa dan Siam.

Orang Cina main Opera. Masa kecil saya kaki Opera atau wayang Cina. Ikut nenek dan member Cina dan Siamnya yang gilakan opera.

Bermalam-malam nak habis satu cerita. Banyak berkuntau, menyanyi, menari dan menangis.

Terima kasih.

Mustapha Ong said...

salam DAKJ,

Masa telah lalu begitu cepat dan sekelip mata pandang, hari ini dah Jumaat untuk kita ummat Islam mengadap Illahi.Tetapi it's an exciting month in March.

Namun demikian selepas komen saya mengenai Zulkifly dan wayang kulit anwar dan kuncu2 nya di blog sdr Rocky Bru, biarlah saya komen jua fasal wayang kulit dan Opera Cina.

Wayang kulit berbudaya Hindu dan tidak bernyawa. Opera Cina berbudaya Cina dan bernyawa. Waktu kecil di Singapura saya jua peminat Opera Cina. Sekarang Opera Cina di Singapura sudah diinggeriskan. (Opera Cina dalam dialog Inggeris).

Tentang OKT dan OTK, Merdeka Center telah menjangkakan bahawa OTK ada "Ong" dan akan dapat mengekalkan jawatan nya sebagai President MCA.Begitu juga dengan ramalan Lillian Too yang dimuatkan di Straits Times kelmarin.

Liow yang mencabar Kong akan jua menang dengan pertandingan yang agar senget.Liow adalah pemimpin muda yang sederhana dan boleh diterima oleh pemimpin UMNO dan BN.

OTK kata beliau akan memberi kerjasama kapada Timbalan nya Liow yang dijangka akan menang.Kita harap OKT akan memperkotakan janji nya dan seterus nya memberi laluan kepada Liow untuk merajui MCA selepas pilihan raya umum yang ke13 nanti.

Kita sama-sama tunggu dan lihat keputusan nya pada malam ahad ini.

Anonymous said...

Dato'

Sebenarnya pertandingan 3 penjuru bukan antara 2 Ong lawan 1 Chua, ianya lebih siapa yang disokong oleh "tangan ghaib", sekiranya presiden yang menang bukan sokongan 'tangan ghaib" tersebut dan manakala timbalannya merupakan sokongan "tangan ghaib" maka MCA tetap menjadi kacau bilau.

Presiden sebelum ini bukan merupakan sokongan pihak ketiga manakala timbalannya merupakan boneka pihak ketiga..itulah sebabnya MCA kacau bilau.

OKT dan CKC sebelum ini merupakan calon sokongan tangan ghaib, maka MCA aman sekejap tetapi selepas PRU 12 , MCA kalah teruk maka golongan seperti OTK mula tunjukkan jalan keluar untuk OKT dan CKC.

MCA akan aman sekiranya CSL dan KCH jadi Presiden dan Timbalan dan sekiranya LTL dan jadi timbalan MCA akan terus berkecamuk walaupun CSL jadi presiden.

Hanya sekadar analisis kedai kopi.

Anak Parit/Bota

pakbelalang said...

Dato'

Ok, I agree with you. Orang Cina main Opera. Di Johor kita panggil Opera Pek Gi. Serupa macam pentas jalanan bangsawan Melayu zaman 50han. Saya beruntung juga dapat merasai pengalaman melihat pentas bangsawan Melayu di kampong saya Parit Jamil, Muar.

Anonymous said...

Saji,

Saya pernah komen dalam artikel terdahulu, ada isu di istana Kelantan makanya tidak boleh senang-senang nak heret Sultan dalam isu minyak.

Nah sekarang ada baca MSM dua tiga hari ini?

Saya faham benar politik orang Kelantan. Saya hampir pasti OKJ tak faham langsung politik di kelantan.

Memang betul OKJ tidak mewakili UMNO/BN tapi dia bagi pendapat. Maka saya sanggah pendapatnya dengan pendapat saya tentang politik di Kelantan.

Bila dah bangkrap kata-kata, tuduh balas dengan mantra "Rasanya, dunia ni dah nak kiamat kot. Bila bercakap je disertakan sekali dengan ayat Quran, tapi sifat MENIPU dan FITNAH tu tak lepas-lepas dari mulut."

Itu bukan berhujah namanya.

Langsung dari itu lah drama bermulanya hikayat....

Fed Up

pundit said...

ong ka ting masuk bertanding hanya untuk memecahkan undi mca johor dan negeri lain ke atas chua soi lek.

OKT kan seorang MP di johor dan juga bekas presiden mca yang sedikit sebanyak ada pengaruh di sana. Dan dia juga yang menurunkan jawatan presidennya kepada OTK tanpa pertandingan yang sengit.

walaupun chua soi lek ni bagus sebagai ahli politik, tetapi sejarah peribadinya tetap menghantui mca dan bn bila berdepan dengan DAP/PR

ramalan saya

OTK presiden
LTL timbalan presiden

LTL akan bertanding jawatan presiden 2011 setelah mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya menjelang 2011.

langitbiru said...

Dewan Rakyat, Parlimen, sepatutnya menjadi gelanggang yang paling bersih, paling baik, tiada yang benar melainkan yang benar, sebab segala yang dibincangkan untuk kesejahteraan rakyat jelata dan negara.

Malangnya,

Parlimen hari ini disalahgunakan oleh MP-MP, memanipulasi Kekebalan atau immuniti MP dalam Parlimen, dan Parlimen dijadikan medan tuduh menuduh, maki hamun, fitnah-memfitnah,cabar-mencabar TAPI diluar parlimen lidah dikelukan, bibir dizipkan rapat-rapat dek takut disaman satu sama lain.

Tiada banyak manfaat untuk rakyat dan negara sidang Parlimen akhir-akhir ini!

TIBA MASANYA KEKEBALAN INI DIHAPUSKAN,DEBAT DI PARLIMEN PERLU DILAKUKAN SECARA LIVE.

Rakyat AMAT WAJAR dapat melihat dan mendengar wakil-wakil mereka berdebat di Parlimen, bukannya mengetahui melalui mediamassa!!

nujum said...

ramalan saya gandingan OKT dan LTL akan menang.

OTK = lone ranger tak dapat banyak support.

CSL = ada kes peribadi + undi terpecah bila OKT masuk bertanding.

OKT = ambil tempat sementara waktu untuk ujudkan cooling period sehingga LTL bertanding presiden 2011 - idea ini mungkin di beli oleh musuh CSL dan OTK. Juga untuk pecahkan undi CSL.

LTL = belum boleh bertanding presiden sekarang sebab belum kukuh dalam MCA walaupun ramai penyokong dan admirer. di beri duu ruang bertanding pos timbalan untuk tunjuk kebolehan dan raih kepercayaan MCA menjelang 2011.

siapa berani bertaruh.

Mustapha Ong said...

Salam DAKJ,

Tak payahlah kita risau sangat sekira nya roh arwah Zainal masih bertapak di Ulu Selangor. Kita semua mengambil maklum bahwa kenapa arwah Zainal meninggalkan UMNO dan masuk PKR serta bertanding atas tikit PKR dengan kemenangan undi yang tipis pada Mac 2008.

Arwah Zainal sayangkan parti UMNO, tetapi beliau yang ada cita-cita besar untuk menjadi MB Selangor di bawah BN, telah dipermainkan oleh kuncu-kuncu UMNO yang tertentu di Selangor.

Saya berpendapat samy velu tidak sepatut nya menguji kesabaran Najib sebagai president BN, dengan tiba-tiba menonjolkan anak buah nya Palanivel sebagai calun MIC/BN di Ulu Selangor.

Cara politik samy velu dan Palanivel sudah lapuk dan tak mungkin calun MIC boleh menang kali ini. Saya yakin PKR akan "parachute" seorang calun yang berkaliber jika mahu dibandingkan dengan palanevil.

Apa Datuk fikir, UMNO tidak ada calun yang sesuai untuk dipertandingkan di Ulu Selangor? Itu kawasan Jawa dan sudah tentu Noh Omar akan memilih seorang yang setanding dengan calun PKR yang keturunan Jawa.Walau bagaimana pun dan siapa pun calun yang dipilih nanti, saya yakin BN akan menang di Ulu Selangor kali ini. Sila tunggu dan lihat Datuk!

Anonymous said...

salam dakj,

baru dapat tahu keputusan pemilihan mca.

tahniah dan terima kasih kepada najib dan muhyidin yang menghadiahkan negara ini dengan pemimpin dari kalangan mereka yang suci dalam debu. pengerusi dan timbalan pengerusi bn konon. berani berubah konon. huhu.

hai la nasibbbbbbbbbb.

p/s: mungkin lepas mendengar berita ini bill clinton pun akan segera menemui csl untuk mengetahui rahsia bagaimana dia membuat comeback.

aku bukan politician

Anonymous said...

Dato'

Akhirnya CSL dan LTL jadi presiden dan timbalan MCA. CSL merupakan calon presiden yang disokong kuat oleh pihak ketiga, manakala LTL adalah calon timbalan yang bukan merupakan sokongan pihak ketiga.

Dalam MCA sejak Tun Ling Liong Sik menjadi presiden, timbalannya bukan sebulu dengannya iaitu Lim Ah Lek, namun demikian perwakilan MCA memang mahukannya begitu supaya ada "check and balance", LLS merupakan boneka pihak ketiga tetapi LAL bukan pilihan pihak ketiga. Mereka berdua melepaskan jawatan masing-masing kepada orang pilihan mereka iaitu OKT dan CKC, namun disebabkan beberapa masalah dalam parti dan prestasi buruk PRU 12 mereka melepaskan jawatan tetapi bukan kepada puak masing-masing kerana mereka membiarkan perwakilan MCA membuat pilihan, akhirnya perwakilan memilih OTK dan CSL sebagai Presiden dan timbalan.
OTK merupakan tokoh MCA yang terlalu "ambitious" dan tidak pandai berpolitik , cuba membawa perubahan secara mendadak dan cuba mendesak pihak ketiga supaya memenuhi tuntutan kaum Cina,akhirnya undi tak percaya dilakukan dan beliau sendiri tak mengotakan janji selepas EGM MCA dilakukan.
CSL lebih matang berpolitik dan licik dalam tindakan serta berhati-hati setelah musuh politik beliau mendedahkan skandal video, beliau lebih tenang tetapi masih terikat dengan "dalang" pihak ketiga. Namun beliau dijangka akan memegang jawatan presiden untuk tempoh maksimum iaitu tiga penggal.
LTL pula sekiranya menunjukkan belang pada awal tempoh jawatan timbalan akan ditunjukkan jalan keluar oleh puak yang menyokong CSL.Beliau bukan calon favourite pihak ketiga dan sekiranya beliau tak mengikut skrip yang telah ditulis , beliau pasti tersingkir.
Untuk jawatan-jawatan naib presiden, tiada kejutan yang berlaku kerana muka seperti LTL dan KCH telah bertanding timbalan , hanya NYY yang mengekalkan jawatan termasuk tiga muka baru.(sila betulkan sekiranya saya silap).
Namun untuk masyarakat Cina, pemilihan MCA bukan merupakan masalah mereka kerana mereka masih ada DAP,PKR dan Gerakan untuk memperjuangkan nasib mereka sedangkan untuk orang-orang melayu pemilihan UMNO merupakan suatu debaran bila keputusan diumumkan kerana ia mencorak senario politik Melayu dan Malaysia seandainya jawatan Presiden ditandingi.

Apapun MCA hanya akan aman damai sekiranya LTL tak buka banyak mulut, beliau kena pandai menari mengikut rentak musik yang didendangkan oleh CSL.

Analisis kedai kopi.

Anak Parit/Bota

Ab Razak Hj Ahmad said...

Lepas ni, takkan CSL tak tanding kerusi parlimen...??? Then lepas ni takkan CSL tak demand sebagai Menteri kabinet...???

affendi hussain said...

Tak menang 2/3 majoriti..?

Terima kasih kpd pinggan tambah (calon ke 3)

Elok pun doktor menang..Pening kepala boleh preskripsi paracetemol...kalau teruk tahap kritikal terus telan morphine..

("/)

Anonymous said...

begini politik di Malaysia tanpa mengira kaum dan persatuan. oleh sebab nak mendapat kuasa yang lebih tinggi,saling memburukkan nama lawan.
Tetapi saya berharap selepas keputusan pemilihan MCA ini berlepas, pemimpin yang baharu dapat menjaga kutamaan rakyat dan negara.

Little Twitty

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).