Tuesday, March 30, 2010

PM: MEB Untuk Manfaat Semua

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PERDANA MENTERI Mohd Najib Abdul Razak hari ini mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia daripada berpendapatan sederhana kepada tinggi.

Menurut Bernama, MEB meletakkan Malaysia di atas landasan yang betul untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Mohd Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata model baru itu akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif di peringkat serantau dan antarabangsa.

Kejayaan model ini akan menaikkan pendapatan per kapita daripada AS$7,000 sekarang kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad ini.

Di bawah model itu, kerajaan tidak akan membenarkan lagi amalan “memungut sewa” (rentier) dan "penauangan” (patronage) yang telah mencemar matlamat membantu golongan sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Selaras dengan gagasan 1Malaysia beliau, Mohd Najib dilaporkan berkata bahawa model baru ini adalah untuk semua (inclusive), di mana semua rakyat Malaysia menyumbang dan mendapat manfaat.

Namun, saya ingin menyebut semula sebagai mempertahankan DEB bahawa ia mempunyai matlamat dan pendekatan yang sama iaitu “membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum” dan “menyusun semula masyarakat agar kegiatan ekonomi tidak lagi dikaitkan dengan kaum.”

Begitu jugalah pendekatan Mohd Najib yang menjadikan pertumbuhan sebagai elemen pokok kepada semua pendekatan ekonomi.

Inilah juga inti pati DEB yang menekankan konsep perkembangan ekonomi yang disertai oleh pembahagian (growth with distribution). Yang diperlukan sekarang adalah pembahagian yang lebih adil dan saksama.

Tidak apalah kalau Perdana Menteri dan para penasihatnya berasa ada stigma kepada identiti kaum atau bangsa.

Namun itu pun bukan salah DEB, tetapi salah pelaksana dan pelapornya yang sengaja melupakan ikrar keramat Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein iaitu “tanpa mengira kaum.”

Akan tetapi, satu perkara pokok yang wajib kita akui dan terima adalah, sama ada pada era Abdul Razak atau era anaknya, situasi masih belum berubah. Majoriti daripada yang miskin dan memerlukan bantuan masih Bumiputera.

Meskipun atas tuntutan 1Malaysia, Perdana Menteri akan mengelak identiti kaum, namun program dan pembahagian sumber ekonomi di bawah MEB akan hanya berkesan jika kemiskinan dan ketidakseimbangan dihapuskan tanpa mengira kaum dan lokasi.

Lagipun, Perdana Menteri sebagai orang Melayu dan Presiden Umno tentu lebih daripada mengerti bahawa tidak ada suatu apa pun yang beliau lakukan – biar sesuci mana pun niat beliau – akan sah dan sempurna jika perintah dan semangat Perlembagaan tidak dipatuhi.

Tidak perlulah kita mengingatkan beliau dan para penasihat beliau yang merangka MEB itu mengenai peruntukan Perlembagaan yang memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak sambil menjamin hak kaum-kaum lain.

Saya harap tindakan Perdana Menteri melancarkan dokumen yang sangat penting ini dalam persidangan "Invest Malaysia 2010" tidak memberi gambaran MEM adalah untuk pelabur dan kapitalis semata-mata.

Mungkin dalam kesempatan dan upacara lain yang lebih mesra rakyat beliau akan mengulangi pembentangan MEB agar ia benar-benar menjadi hak semua rakyat dan penduduk Malaysia.

Seperkara lagi, pelaksanaan MEB akan hanya berkesan dan mengatasi pencapaian DEB jika disertai oleh penyelarasan dan pemantauan yang rapi serta bebas daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Berikut adalah sedutan lanjut laporan Bernama:-

*Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dibenar melabur lebih bahyak lagi di dalam aset di seberang laut;

* Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan;

* Kerajaan dan KWSP akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang;

* Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jln Ampang, Jln Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos Penyelenggaraannya;

* Pembangunan tanah di Sungai Buloh dan pembangunan beberapa bidang tanah di banda raya ini dijangka menjana pelaburan baharu bernilai lebih RM5 bilion;

* Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio kemungkinan diswastakan;

* Petronas telah mengenal pasti dua subsidari yang agak besar dengan rekod prestasi yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan sektor swasta; dan

* Khazanah Nasional Bhd akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat.

Khazanah Nasional perlu mencapai kemajuan yang lebih laju untuk melupuskan aset bukan teras bagi meningkatkan kecairan kaunter berkenaan, kata Najib.

Katanya kerajaan juga akan menilai semula sistem subsidi dan melebarkan asas mengumpul perolehan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ini akan menempatkan Malaysia sebaris dengan norma antarabangsa dan mengurangkan kebergantungan tidak mampan pada sebilangan kecil industri, perniagaan dan pembayar cukai.

Katanya Malaysia juga perlu keluar dari perangkap berpendapatan pertengahan yang akan menjadi satu kedudukan tidak menentu bagi sebarang negara di dalam ekonomi global yang baharu, yang bermakna mengejar dasar ekonomi industri berpengetahuan pada masa depan yang menawarkan pekerjaan yang menawarkan upah yang tinggi dan kemakmuran yang boleh dikongsi oleh semua pihak.

Perdana Menteri berkata MEB yang digubal oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang bebas, akan diintegrasikan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-sepuluh dengan wawasan jangka panjang yang akan dipanjangkan sehingga ke Rancangan Malaysia Ke-sebelas.

"Ini boleh mentransformasikan ekonomi untuk menjadi satu dengan berpendapatan tinggi dan pertumbuhan berkualiti bagi tempoh dekad akan datang," katanya.

Mohd Najib berkata Malaysia perlu melakukan lonjakan kuantum dari pendapatan tahunan per kapita AS$7,000 sekarang ini kepada AS$15,000 di dalam tempoh 10 tahun.

"Ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini...cabarannya ialah bagaimana kita melakukannya," katanya.
Katanya usaha mewujudkan negara berpendapatan tinggi bermakna upah yang tinggi pada keseluruhan ekonomi kerana pertumbuhan dicapai bukan sahaja melalui modal malah daripada peningkatan produktiviti melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, penyelarasan yang bertambah baik, penjenamaan yang lebih kukuh dan pematuhan dengan standard antarabangsa dan hak harta intelek.

Mohd Najib melahirkan rasa dukacitanya bahawa 80 peratus daripada tenaga kerja berpendidikan hanya setakat kelayakan SPM sahaja -- kelayakan Malaysia yang bersamaan "O-levels," yang tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan oleh Malaysia."

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa di bawah MEB tiada siapa pun akan ketinggalan bagi menyumbang dan berkongsi usaha mewujudkan kekayaan apabila negara ini berkembang.

"Saya bukan sahaja mahu rakyat mendapat pendapatan yang lebih baik, mereka juga perlu turut menikmati kehidupan yang lebih baik" yang menjelaskan sebab usaha meningkatkan kualiti perlu menjadi sebahagian model ekonomi, katanya.

Najib berkata Malaysia perlu melakukan lonjakan kuantum dari pendapatan tahunan per kapita AS$7,000 sekarang ini kepada AS$15,000 di dalam tempoh 10 tahun.

"Ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini...cabarannya ialah bagaimana kita melakukannya," katanya.
Katanya usaha mewujudkan negara berpendapatan tinggi bermakna upah yang tinggi pada keseluruhan ekonomi kerana pertumbuhan dicapai bukan sahaja melalui modal malah daripada peningkatan produktiviti melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, penyelarasan yang bertambah baik, penjenamaan yang lebih kukuh dan pematuhan dengan standard antarabangsa dan hak harta intelek.

Najib melahirkan rasa dukacitanya bahawa 80 peratus daripada tenaga kerja berpendidikan hanya setakat kelayakan SPM sahaja -- kelayakan Malaysia yang bersamaan "O-levels," yang tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan oleh Malaysia."

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa di bawah MEB tiada siapa pun akan ketinggalan bagi menyumbang dan berkongsi usaha mewujudkan kekayaan apabila negara ini berkembang.

"Saya bukan sahaja mahu rakyat mendapat pendapatan yang lebih baik, mereka juga perlu turut menikmati kehidupan yang lebih baik" yang menjelaskan sebab usaha meningkatkan kualiti perlu menjadi sebahagian model ekonomi, katanya.

Najib turut memberi peringatan bahawa rakyat Malaysia akan mengalami sedikit keperitan jangka pendek bagi memperoleh manfaat jangka panjang kerana sektor ekonomi tertentu kemungkinan mengalami kesan buruk.

"Proses perubahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ada masanya ia memeritkan. Tetapi, bagi mencapai kekukuhan jangka panjang negara kita, kita tidak dapat mengelakkan lagi isu-isu berkenaan," katanya.

Katanya, sambil dasar asal DEB masih relevan, kini tiba masanya untuk menyemak semula pelaksanaannya. "Kita akan mengejar matlamat yang sama tetapi mentransformasikan cara kita melaksanakan usaha mencapainya."

Dasar tindakan afirmatif yang digunakan semula akan menjadi mesra pasaran, berdasarkan merit, telus dan berdasarkan keperluan.

Sebagai contoh, salah satu pertimbangan penting adalah mewujudkan proses tender yang kompetitif dan telus dengan peraturan yang tetap dan jelas bagi seluruh komuniti Bumiputera yang terdiri daripada kedua-dua kaum Melayu dan pribumi lain, kata Najib.

Katanya akan wujud satu dasar tindakan afirmatif yang diperbaharui semula di dalam MEB dengan fokus menaikkan paras pendapatan kesemua kumpulan yang kurang bernasib baik.

Mereka termasuk kumpulan yang tinggal di rumah-rumah panjang di Sabah dan Sarawak, isi rumah yang miskin di Semenanjung Malaysia dan nelayan, peniaga kecil dan petani kecil serta "tidak melupakan Orang Asli dan golongan miskin di kawasan bandar yang mahu mendapatkan kehidupan lebih baik di dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

Katanya laporan Neac menunjukkan bahawa fokus perlu diberikan kepada kumpulan 40 peratus rakyat Malaysia pada peringkat bawah -- secara individu dan mengikut wilayah. Mereka merupakan kumpulan yang kurang bernasib baik yang masih memerlukan perhatian khas.

"Matlamat akhirnya ialah tiada rakyat Malaysia hidup di dalam kemiskinan, bahawa kesemuanya mendapat peluang untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran," katanya.

Laporan Neac menggariskan pandangan bahawa mekanisme sebelum ini yang menumpukan pada penetapan sasaran kini perlu memberi fokus kepada pelaburan biaya upaya yang berdedikasi dan berstruktur di mana ia membolehkan Bumiputera meraih manfaat daripada peluang-peluang baharu di dalam ekonomi.

63 comments:

Roti Planta said...

Dato',

Pendapatan tahunan per kapita AS$7,000 sekarang ini kepada AS$15,000 di dalam tempoh 10 tahun diharap membawa kesejahteraan kepada semua rakyat bukannya untuk dibolot oleh pemimpin dan kroni BN sepertimana sekarang.

Perkara penting yang tercicir adalah mengurangkan jurang pendapatan antara rakyat dan bangsa. Jurang yang semakin melebar sekarang ini akan mengundang ketidakseimbangan sosial masyarakat. Jika 1969 Melayu cemburu dengan kuasa ekonomi masyarakat Cina, dibimbangi pada 2020 si-miskin Melayu dan si-papa India mengamuk kepada si-kaya Melayu dan si-lagak India pula.

Bye/ Roti Planta

Anonymous said...

Dato'!
Kita tunggu dan lihat. It is about political will, leadership and vision!!!
Setakat ini apa yang di cakapkan olih PM kita ni tak bolih pakai and knowing this guy yang selalu nak main selamat dan suka buat U turn-can this man be trusted?
ORGHuluSel53!!!

Nik said...

Dato'

"Najib turut memberi peringatan bahawa rakyat Malaysia akan mengalami sedikit keperitan jangka pendek bagi memperoleh manfaat jangka panjang kerana sektor ekonomi tertentu kemungkinan mengalami kesan buruk."

Boleh kah Dato' beri sedikit pandangan sektor ekonomi mana yang akan mengalami kesan buruk dalam jangka pendek?

Jika betul 80% pekerja Malaysia hanya lulus setakat SPM....Apa dah jadi pada beratus ribu yang dapat kelulusan Diploma dan Degree (ramai yang masih menggangur)? Berapa % dari 80% adalah pekerja Asing?

Sepatutnya beliau mesti berusaha lebih keras untuk menolong pelajar Bumiputra yang telah lulus yang masih menggangur...Kalau tidak mereka tidak akan menyumbang kepada transformasi yang diperlukan olih Negara.

"Katanya laporan Neac menunjukkan bahawa fokus perlu diberikan kepada kumpulan 40 peratus rakyat Malaysia pada peringkat bawah -- secara individu dan mengikut wilayah. Mereka merupakan kumpulan yang kurang bernasib baik yang masih memerlukan perhatian khas."

Memang tepat pandangan Dato' bahawa Matlamat DEB belum sampai dan saranan NEAC mengesahkan kedudukan ini.... Yang penting nya jangan terlampau ghairah nak buat upper middle class kaya sampai yang miskin ketinggalan.

zainal abidin awang kechik said...

9 BIO..rugi 2 billion ..siap yang bertanggungjawab..
KWSP lebih suka aset di singapore..awat..MALAYSIA ni dah tak bernilai..
PETRONAS hak malaysia nak di beri kepada orang asing
AWAT CIMB kurang peka..
PM..perlu kaji semula
salam

saji said...

Salam Dato'

Untuk masa ini, MEB kekurangan detail bagaikan bentuk seni bina early moden. Khasnya dari segi butiran mengenai semakan semula yang bakal dilakukan terhadap aspek2 pelaksanaannya (yang mengagalkan DEB) dan transformasi yang bakal dilakukan terhadapnnya bagi mengejar matlamat DEB yang dikekalkan berkenaan.

Maksud saya, MEB perlu memberikan sebanyak mungkin contoh2 lain selain daripada contoh tunggal yang diberikan iaitu mewujudkan proses tender yang kompetitif dan telus dengan peraturan yang tetap dan jelas bagi seluruh komuniti Bumiputera yang terdiri daripada kedua-dua kaum Melayu dan pribumi lain.

Bahkan contoh di atas juga kekurangan butiran yang menjelaskan maksud proses tender yang kompititif dan telus dengan peraturan yang tetap dan jelas.

Anonymous said...

Really why still harbouring on DEB DEB DEB.

Actually i do not understand, those pple drafted the DEB are pple living in the past.

Is it still relevant today? If yes, we are in touble, becos, we simply do not progress.

You know how DEB works, pple at large look at it as a mechanism to enrich the selected ones.

Wait, let me ask around any of u wtf is DEB and how it benefits you in you, your family, work, education.

I say we should just move on. Just look at our neighbours, how far they overtake us.

Sadman

mack said...

Salam dato= MEB menjana pendapatan tinggi itu ungkapan perdana menteri.Mai turun kekilang pendapatan mereka dalam lingkungan Rm 800 sebulan adakah ini tinggi mungkin pendapatan orang macam dato kot tinggi melangit tapi bagi pekerja kilang yang jumlah nya hampir 8 juta begitulah lucu betul ya bila cakap pendapatan tinggi.... habuk pun tak ada.....boleh belah MEB.

ab said...

Salam Dato,


Nampak idea tu bagus.

Yang tak nampak ialah:-

1.60-70% dari orang melayu dah pindah kebandar.

2.Dalam 80-90% urban poor adalah orang Melayu.


Macamana generasi kedua atau ke 3 dari urban poors ni bolih melepasi
pendapatan purata setahun USD7000.00, atau RM3000.00 sebulan?
REMEMBER, they are poor to begin with...!.


Bolih ka generasi penduduk miskin dibandar ini mendapat gaji RM6000.00 sebulan seorang dalam 10 tahun ni?


Maknanya semua majikan mesti mendapat keuntungan berlipatganda
untuk memberi gaji sebulan dalam RM6000.00 lebih kurang....


INI TERMASUK GAJI SEMUA kakitangan kerajaan dan pesara.


BOLIH KA..MACAMANA??

Kapitalism hampir bungkus dikalangan terlalu ramai orang miskin,bila ramai yang miskin kerajaan kena lebihkan sosialist
approaches!

New renter seekers dan patronage pasti beroperasi lebih canggih...termasuk hanger ons.

Tak nampak dimata kasar sebab tansparent!



Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Saya berasa kecewa.

EPF, MIDA, Sungai Buloh selain penswastaan/me"liberal"kan syarikat di bawah MoF Inc, Khazanah Nasional, Petronas, Pos Malaysia dan beberapa hartanah di KL semuanya seperti dari buku bajet tahunan sahaja.

Sedangkan pelan USD 7,000 ke USD 15,000 terang-terang dinyatakan SEBAGAI pelan 10 tahun.

Penilaian semula sistem subsidi, GST, peningkatan produktiviti, dan K-Ekonomi, ini semua isu yang dikitar semula yang kekal sebagai matlamat atas kertas yang tidak pernah lahir jasadnya.

Mungkin saya terlalu pesimis dan cepat melatah.

Mungkin juga saya sendiri yang terbayang-bayang kononnya Mohd Najib Razak sejak jadi PM, tidak pernah berkisah secara lengkap dengan rakyat; dari 1Malaysia, Bajet Tahunan, KPI, GST dan kini MEB.

Opps! Masa jadi TPM dulu pun dah biasa kata ekonomi OK dan rakyat perlu tukar gaya hidup.

DAKJ, sekali lagi saya tanya (untuk entah keberapa kali) kenapa tiada usaha jati dalam sektor pemakanan bagi mengurangkan import.

Bukankah bila bahan makanan murah (dan lain-lain pengeluaran industri kecil dan sederhana), maka pendapatan boleh belanja juga tinggi (walaupun kadar upah tak naik)?

Fed Up

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum. Pada saya banyak yang tidak kenanya dengan dasar ekonomi yang baru dibentang ini.Sepatutnya kita mengkaji keperluan sebenar ekonomi negara dari pada membuta tuli cuba mencapai matlamat vision 2020 yang sudah nyata tidak tercapai dalam masa 10 tahun ini. Apa logiknya hendak mencapai per kapita RM 15,000 manakala permintaan untuk menetapkan gaji minimum RM 1000 tidak tercapai lagi walau pun banyak pihak telah berbuih mulut memperakukannya.

Mengapa kita gagal menceritakan pengswastaan telah gagal sehingga kerajaan terpaksa mengenakan cukai GST dimana setiap rakyat akan dibebankan dengan cukai yang sebelum ini mereka tidak perlu bayar. Mana untung syarikat-syarikat yang diswastakan dahulu seperti Tenaga Nasional , Telekom dan sebagainya yang dikatakan akan menjadi lebih cekap dan membayar cukai yang tinggi kepada Kerajaan untuk membiayai pembangunan. Yang kita alami adalah kenaikan kadar dari masa kemasa yang membebankan rakyat.Mengapa pula KWSP akan dibenarkan melabur diluar negara sementara negara ini laparkan pelaburan.Tidak tahukah kita bahawa setiap kali kita melabur diluar negara besar kemungkinan keuntungan akan "dipark" di luar negara yang tidak memberi faedah kepada Malaysia.

Perlukah kita menggadai tanah yang bernilai tinggi didalam bandar kepada pihak swasta.Tidak bolehkah kita bersabar sehingga masa yang sesuai dimana ianya boleh dimajukan oleh anakbangsa sendiri. Allahyarham Tun Abdul Razak akan dikenang kerana pandangan jauh beliau dengan memajukan sesuatu melalui agensi kerajaan supaya ianya kekal diwarisi bersama rakyat yang belum mampu.Hanya agak menyedihkan semuanya dijual kemudiannya melalui pengswastaan. Sekarang apa kita ada.Untung yang diharapkan jauh panggang dari api dan kerajaan pula tiada punca menjana pendapatan sendiri seperti dahulu dan terpaksa mengenakan cukai tambahan.

Nasihat saya ucapkanlah terima kasih kepada pakar ekonomi yang telah membuat perakuan yang tidak langsung dengan bersungguh-sungguh memperakukan cara menaikkan sara hidup orang diluar bandar. Baliklah ke pangkal jalan.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision
Petaling Jaya.

adi_fimiyun said...

Dato' AKJ,

Model Ekonomi Baru adalah perencanaan kerajaan yang mahu membangunkan kapasiti semua entiti asas ekonomi termasuk sektor modal insan.

Suatu perkara runcing yang saya lihat adalah perancangan modal insan yang berkesan, Gen Y yang penuh dengan kreativiti dan idea baru sering diabaikan oleh beberapa sektor ekonomi negara ini. Gen Y rata-ratanya punya idea bernas yang membangun, cuma jalan dan tunjuk arah yang kabur.

Syarikat saya baharu sahaja selesai melancarkan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi, tetapi rata-rata pendapatan bersih permulaan agak kecil, oleh yang demikian saya tidak nampak dimana dasar berpendatapan tinggi kerajaan tersebut boleh dicapai.

Harap Dato' selaku senior yang mengajar Gen Y dapat memberi komen.

Tq.

OKJ said...

Salam DAKJ

Tahniah YAB PM kerana telah memperkenalkan satu dasar yg begitu elok. Dari anggaran purata gaji RM 2000 sebulan nak dinaikkan ke RM 4000 sebulan seorang. Molek sangat tu. Tapi kalau boleh biarlah sama taraf dengan US iaitu RM10000 sebulan.

9 dari 10 rezeki dari perniagaan. Jadi langkah membenarkan KWSP melabor di luar negara memang kena pada masanya terutama pada bidang yg menjadi kepakaran negara seperti perladangan, carigali minyak dan gas, sivil engineering malah bidang perubatan kita juga diiktiraf di dunia.

Belajar tu takkan habis hingga ke liang lahat. Maknanya, eloklah universiti-universiti kita membuka pintu seluas luasnya kepada mahasiswa orang lama. Kalau dulu 80% kelayakan SPM diharap dapat diupgrade jadi ijazah. Kalau yg dah ada ijazah sambung lagi hingga Master atau PhD. Kalau boleh dapatkan pengiktirafan fellowship dan jua ‘accreditation & privillage’. Barulah bila bercakap tu sama standardnya.

Lepas tu, hasrat kerajaan nak beri pekerjaan kepada semua warganegara juga memang bagus. Kurangkan semaksima penggantungan warga kerja asing supaya kurang pengaliran duit keluar. Macam kat Eropah, tukang sapu, buruh binaan pun mat salleh. Cuma satu tambahan dari saya, pengenalan ‘Flexi hours dan Working from home’ supaya tiadalah ibu – ibu berhenti kerja sebab nak jaga anak dan kurangkan keperluan ‘maid’ molek juga rasanya. Satu lagi galakkan DIY ; setakat mesin rumput, gardening, cat rumah, tukar kepala paip, bancuh simen, tukar tiles yg pecah, tukar langsir, wiring yg simple-simple, korek pembentung tersumbat buatlah sendiri. Bukan susah sangat pun.

Pelaburan berasaskan teknologi supaya cepat, efective dan kurangkan tenaga kerja juga mengujakan. Macam kat Paris, pagi-pagi lagi mereka basuh bandar mereka guna lori ‘waterjet’ dan sapu sampah pakai lori mini vacum sampah. Kerja cepat, tak perlu ramai orang dan bersih.
Pendek kata, menang baguslah MEB ni. Tahniah sekali lagi. Sekian TQ.

pakbelalang said...

Najib has got to simplify his MEB. Preferably, he should innitiate country wide roadshow to explain the rationale of his MEB.Or else I am afraid the rakyat simply won't be able to understand the basic principles of MEB. At the end of the day, Najib will find that there is no positive political impact at all to his MEB. Syok sendiri sahaja with all the economic jargons which the majority of the people might not be able to absorb what MEB is all about.

I would like to propose to Najib to have a simple FAQ (frequently ask questions) phamplet in order to make the rakyat particularly the kampong folks who do not know about economics to appreciate and support his MEB. There shouldn't be any confusion among the rakyat over this new MEB policy.

Saya sendiri pun "kelabu" to digest the contents of MEB.

Anonymous said...

Datuk,
What is this? Will the petrol price increase or not after this? Thanks.

Lim

Anonymous said...

MEB ibarat kicap lama dalam botol baru serta mendapat rebranding baru.

melayu malang

abdullahngah said...

Dasar ekonomi Baru (DEB) dahulu pun tidak mencapai matlamat yang diharap harapkan.

Apatah lagi Model ekonomi baru (MEB) yang diumumkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak kemarian.

Apabila dikatakan begitu pasti ada yang berkata ini "prejudis".

Saya tidak tahu apa yang orang lain nampak. Tapi itulah yang saya nampak.

Yang saya nampak MEB ini hanya suatu "nada".

Nadanya memang positif dan ramai yang setuju dengan nada MEB dikumandangkan oleg perdana menteri ke enam ini.

Persoalanya bagaimana pula dengan praktisnya.

Adakah MEB akan memlih jalan yang betul sepertimana yang diharap harapkan oleh semua rakyat.

Terutama sekali rakyat Melayu yang nampak dibiarkan terpinggir, kerana citarasa pemimpin begitu rakus dengan kebendaan.

Bukan itu sahaja nampak dengan jelas dan nyata orang melayu ditinggalkan bersama laungan enak dan saksama oleh kalangan kepimpinan.

Orang melayu/ islam dibiarkan menjadi bukan Islam dalam banyak perkara.

OKJ said...

(sambungan)

Sekarang kita lihat pulak pembangkang. Pertamanya berprasangka buruk tu tebal sangat dalam hati. Cakap nak ikut Al Quran, tapi adake dalam Quran suruh kita berprasangka buruk terutama sesama umat Islam. Bila MP mereka keluar je dituduhnya dibeli oleh kerajaan atau tak dapat projek. Lepastu, wakil sendiri pun dah tak percaya hingga kena baiah talak tiga.

PM umumkan MEB, pembangkang mula mula dulu umumkan nak buat Kandang BABI terbesar. Sebab nak tegakkan benang yg basah, terpaksalah diputar belit fakta hingga ‘tak salah nak bela tapi umat Islam janganlah makan daging BABI sudahlah’. Lepastu, habis benda nak dirobohkan termasuk Kg Buah Pala dan kedai.

MAHA fitnah dah menjadi darah daging sampai boleh dikatakan setiap ahli yg keluar dari pakatan akan mengatakan benda yg sama. Nauzubillah. Fitnah terlampau kepada PM, superimpose gambar, menggunakan nama DYMM dan tentera, fitnah terhadap polis, SPRM sampai mahkamah pun dituduh begitu. Yg peliknya, To’ Guru dan To’ Haji pun boleh tumpang percaya sampai masih sanggup bersekongkol lagi. Ini tak termasuk penyokong fanatic. Berilah evidence based yg paling tinggi pun, akan dicampaknya dalam longkang.

U turn ni dah jadi perkara biasa.Mula mula tak boleh, lepas tu boleh. Cuma ditukar nama sikit je macam rasuah ditukar kepada sedekah, kroni ditukar kepada para sahabat, jom heboh kepada jom heboh secara islamiah sampai kalau dulu berkawan dengan kafir haram tapi sekarang kafir baca surah aura dan berminpi jumpa rasullullah pun percaya. Orang kena tipu sekali sekala, ini kena kencing setiap masa.

Cukup sampai sini dulu kita buat perbandingan. Ini belum lagi isu moral, bawak lari anak dara orang, sex bebas, terkangkang, bini berbisul pun dibantainya dan sebagainya. Sekian TQ.

Anonymous said...

NAJIB : TIDAK BOLEH AMAL PERBUATAN MERENTIR, PATRONAGE - malaysianinsider

Najib Razak hari ini mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang sememangnya dinanti-nantikan yang akan mengubah ekonomi menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif serta menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Najib, berkata MEB akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif pada peringkat serantau dan global yang menghasilkan manfaat bagi semua rakyat Malaysia di mana pendapatan per kapita masing-masing boleh meningkat kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad, daripada AS$7,000 sekarang ini.

Di bawah MEB itu, katanya kerajaan tidak lagi boleh menerima amalan perbuatan merentir dan “patronage”, yang telah lama mencemar matlamat membantu golongan sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).



INI BETUL BERITA LAWAK SERAM….

TAK BOLEH RENTIR…


BELI KAPAL SELAM ITU APA?.... ITU RENTIR LAAA AMBIL KOMISEN….

AMBIL KOMISEN ITU KERJA RENTIR LAAA...

HANYA PUNGUT UNTUNG... KERJA TARAAAK..

TAK BOLEH PATRONAGE?...

RAZAK BAGINDO TU APA?.... MALAON ITU ADALAH HASIL PATRONAGE…..

nota:
tak ada rentir?
tak ada patronage?
biar betul!
ini ertinya gerombolan sudah pupus kah kah kah


man remos

Anonymous said...

Datok,
saya juga skeptik dalam hal ini.amat acap kali saya dengar PM mengumumkan pelan,strategi,visi.misi dan gagasan yang molek-molek.anehnya tak dan habis satu gagasan datang pulak gagasan yang lain.konsep 1malaysia pun tak sempat nak faham mai pulak model ekonomi baru.saya nampak macam hangat2 tahit ayam saja.kerana berwawasan itu bagus tapi kalau terlebih wawasan dia jadi kahyalan dan rakyat akan bosan.BN kalah dalam pru 12 bukan kerana tidak ada wawasan/gagasan tapai kerana rasuah,salahguna kuasa,kronisme dan lain-lain. saya tak jumpa dalam model baru kerajaan bersungguh2 nak telus dan hapuskan rasuah.ambil contoh apa rasional PM beri wang ehsan kepada umno kelantan dan bukan kepada kerajaan kelantan?.jawapan umno kelantan adalah kerana kerajaan negeri tidak telus!.kes2 sebegini membunuh aura dan kepercayaan ramai terhadap model ekonomi baru.contoh lain.dikedah saya selalu mendengar radio kedah.dan setiap hari pukul4.30ptg ada berita daerah/negeri yang menghebahkan peristewa di kedah.tapi malangnya siaran berita tersebut hanya memuatkan berita dan cerita umno kedah,aktiviti wakil rakyat umno,majlis tahlil umno,sukan rakyat umno dan sebgainya.seolah-olah MB kedah tak pernah buat apa2.tak dak berita langsung bukan sehari dah bertahun duduk macam ini.cakap nak buat model baru ekonomi.bukahkah pelik.sekali tengok nampak cerdik,antarabangsa ,profesional tapi bila fikir lama sikit model ekonomi ini tak akan kemana-mana.

zmy

alunbm said...

Dato' kata,

Sepekara lagi pelaksanaan MEB akan hanya berkesan dan mengatasi DEB jika disertai oleh penyelarasan dan pemantauan yang rapi serta BEBAS daripada RASUAH,PENYELEWENGAN dan SALAH GUNA KUASA.

Saya cuma ingin bertanya adakah pekara seperti RASUAH,PENYElEWENGAN dan SALAH GUNA KUASA mampu diatasi???.

Kalau pekara seperti itu masih berlaku apa akan jadi pada MEB?
Adakah masih suci murni seperti yang diwar-warkan!!!.

alaikaya.com said...

Salam Dato',

Saya dah hidup 42 tahun sebagai rakyat Malaysia. Dari DEB ke MEB hanyalah wawasan pemimpin. Kebiasaannya wakil-wakil pemimpin diperingkat kawasan tak paham dan tak tahu bagaimana nak melaksankannya.

go head go stan aje la..

www.alaikaya.com

al-Din-amin said...

Syabas Datuk kerana gigih mengenengahkan isu2 kecetekan polisi dan pemikiran pemimpin2 kita dalam memperjuangkan hak Melayu. Entah apa boleh buat - mereka dah lali, pekak, sombong, terpengaruh nak dengar buah fikiran lain.

Najib orang Pahang. Tengoklah sendiri keadaan orang Melayu CHighlands.Usahlah rebranding sana sini. MEB, GST, 1Malaysia.

Nak naikan taraf pendapatan tinggi seperti negara maju. Dengan apa, kalau makan tak cukup duit untuk sekolah anak tak cukup. Duit untuk PERMATA beratus juta! Apa realitinya. Nak tanding global tapi PPSMI diketepikan.

Keluarga dia bolehlah cakap banyak. Yang paling tinggi gaji GLC siapa? Kalau nak cepat dapatkan taraf pendapatan tinggi serahkan sebulan-dua gajinya kapada penduduk Melayu CH.

saji said...

Sdr Nik

Najib turut memberi peringatan bahawa rakyat Malaysia akan mengalami sedikit keperitan jangka pendek bagi memperoleh manfaat jangka panjang kerana sektor ekonomi tertentu kemungkinan mengalami kesan buruk."

Boleh kah Dato' beri sedikit pandangan sektor ekonomi mana yang akan mengalami kesan buruk dalam jangka pendek?

Yang saya nampak, sektor2 ekonomi yang ramai mengajikan pekerja asing dengan kadar upah yang rendah sekitar RM 800 sebulan berdasarkan andaian kadar gaji minima pekerja akan ditetapkan sekitar RM 1200 lengkap dengan caruman sosco dan EPF bagi menarik minat pekerja tempatan. Jika pekerja tempatan masih tak minat, upah akan dinaikan kepada RM 1500.

bleacher said...

Keputusan kerajaan melabur keluar negara menguna dana EPF menimbulkan banyak persoalan dan agak mencemaskan sebagai pelabur.

Apakah yang membuat kerajaan yakin perlaburan EPF diluar negara itu mempunyai potensi berjaya dan apakah bentuk perlaburan yang diutamakan? Hartanah? Banks? Stock market? Bond? Currency?

Sebanyak mana dana akan diperuntukan untuk perlaburan dan apakah safety net jika sesuatu perlaburan itu gagal?

Tidak kah kerajaan ada vehicle lain untuk membuat perlaburan lain ke luar negara selain mengunakan perlaburan terus dari EPF? Khazanah? MOF Inc Co?

Kita perlu belajar apa yang terjadi kepada Singapore mempunyai pengalaman yang lebih dan juga kepakaran dari selok belok perlaburan yang memgalami kerugian besar apabila dilanda Financial Crisis baru2 ini.

Sebagai contoh kerugian yang terbaru:-
1. Jumlah kerugian investment Temasek dengan perlaburan dengan Merrill Lynch dan Barclay - USD 5.5 billion

2. Investment oleh GIC di UBS Bank - kerugian USD 5 billion

Tidak kah juga kita tahu dari financial crisis di Dubai dimana pakar Ekonomi mengatakan ini satu petanda yang mana gelombang krisis baru "in the making".

Rakyat Malaysia perlu diyakinkan EPF sebagai penjaga dana mempunyai kepakaran yang cukup dari segi selok belok perlaburan diluar negara. Apa yang mungkin berlaku ialah mereka akan menyerah pelaburan kepada sesuatu investment fund company diluar negara yang tidak mempunyai kepentingan total untuk Malaysia.

langitbiru said...

3 orang ahli NAEC adalah dari Bank Dunia.

Selepas isu APCO Worlwide, Asero Worldwide, datang 3 orang dari Bank Dunia untuk memberi nasihat kepada Yusuf Kadir bagaimana nak tambah pendapatan melalui beruknya ,Beruk Kadir, nak tukar basikal tua kepada Merc S Class!

Saya fikir Kadir Jasin lebih relevan jadi ahli penasihat untuk mengubah nasib jutaan "Yusuf Kadir" yang bergantung kepada "Beruk Kadir".

Memang betui kata Kadir Jasin, bagi kerja kepada Beruk Mak Yeh, apa tak jadi!!

amarneng said...

Assalamulaikum Dato'

Alhamdulilah, Dato perdana menteri kita sudah pun menjanjikan dasar dan matlamat MEB adalah demi memberi kesahteraan rakyat tanpa mengira perbezaan kaum...

Bagi saya, sasaran utama antaranya ialah membela nasib warganegara miskin di kawasan pedalaman dan desa di negeri Sarawak dan Sabah amat penting dan dinanti-nanti selama ini.

Bagaimanapun pelaksanaan 10 tahun untuk mencapai matlamat pendapatan perkapita AS7,000 kepada AS15,000 agak tidak meyakinkan untuk dicapai.

Jika di Sarawak pendapatan penduduk luar bandar sekarang ini dianggarkan hanya dibawah paras RM6,000 setahun apatahlagi nak capai AS$7,000 setahun, alamak Dato saya rasa ini mustahil untuk tempoh 10 tahun lagi.

Sementara itu,projek mega kearah yang diharapkan itu hanya tertumpu di semenanjung,manakala di Sarawak tak jelas, cuma ada SCORE yang mana ketua menteri Sarawak Pehin Sri mengharapkan ianya akan menjadi nuklies atau peledak ekonomi Sarawak dalam memenuhi gelombang kedua pelan pembangunan ekonomi Sarawak yang diilhamkan oleh Pehin Sri Taib.

Menyentuh mengenbai SCORE pula, saya tak nampak ada Pelan Induk Pembangunan SCORE yang merancang dan melaksanakan strategi pembangunan rakyat secara khusus dan terus serta telus.

Dato,untuk melonjakkan pendapatan perkapita warganegara Malaysia ke tahap itu, terutama penduduk dan warga luar bandar dan bandar sudah tentu memerlukan pelaburan secara terus,jika untuk memajukan warga luar bandar, tanah menjadi faktor utama, misalnya jika sebuah keluarga memiliki sekurang-kurangnya 10 ekar tanah dan di tanam kelapa sawit, dalam tempoh sepuluh tahun agak logik pendapatan petani akan melonjak 5 ribu ringgit sebulan,tetapi malangnya penduduk kampong dan golongan miskin, adakah mereka memiliki tanah seluas itu ?
Apatahlagi di Sarawak tanah memang banyak dan luas tapi yang menjadi milik yang sah oleh rakyat...alamak tanyalah Pehin Sri yang jadi ketua menteri hampir tiga dekad...nak tolong orang Melanau pun susah...

Bagi hemat saya,hasrat murni perdana menteri kita,memang disokong tetapi janganlah terlalu tidak logik...dan ianya hanya memberi keuntungan kepada golongan peraku ekonomi dan kroni subsidi..

Saya agak lega sedikit, kerana janji Najib ialah Semua warganegara akan menerima nikmat dan berkongsi kejayaan"

Sekian amarneng.

Anonymous said...

Salam Dato'.

DEB tu bagus dan Wawasan 2020 tu bagus. MEB pun bagus. Yang tak bagus ialah implementasinya..selalu lari daripada landasannya. Kegagalan disebabkan rasuah dan salahguna kuasa tetapi diungkapkan dalam bahasa yang lunak (dan bunyi bergaya) sebagai berpunca daripada "ketirisan dan mekanisme penyampaian yang kurang efisyen".

Belum ap2 pun disini dah nampak kekeliruan...USD15,000 tu pendapatan per kapita (maksudnya setahun) tapi ada yg faham pendapatan sebulan. Istilah "per kapita" pun perlu dijelaskan..ada yg kira guna GDP/population dan ada yg kira Nett GDP/population. Bukan apa, supaya tidak salah meletakkan harapan.

Apa pun, pendapatan rakyat akan naik hanya jika kek ekonomi turut naik. Kek ekonomi naik jika aktiviti ekonomi naik. Perkembangan ekonomi tak boleh dipaksa-paksa melainkan memang wujud (atau lebih tepat, diwujudkan) iklim dan environmennya, yakni, the chemistry must be right. Perkembangan ekonomi yg kosmetik tak akan bertahan. Sekadar mewar-warkan "economic region" tak akan kemana kita.

Inilah cabaran terbesar kerajaan (tak kira parti mana yg memerintah):
(i) Iklim pelaburan yg kondusif
(ii) Meningkatkan modal insan rakyat negara ini sehingga mampu menjadikan Malaysia negara pengekspot barangan jenama sendiri, hub perkhidmatan kewangan dan insurans yg kuat. Ekspot kita yang besar sekarang ni masih dalam bentuk petroleum, barangan syarikat multinasional (MNC) dan bahan mentah (termasuk pasir tu...heheheh). Bayangkan kalau Malaysia menjadi negara pengeluar silicon wafer (pasir yg dah diproses) berapa agaknya gaji pekerja kilang tu? Tentu lebih besar dari gaji kaut pasir masukkan ke dalam tongkang. Bayangkan jika rakyat Malaysia sendiri jadi pengeluar oleo-chemical products dan pharmaceutical products jenama Malaysia. Tentu lebih banyak sumbangannya kepada GDP negara berbanding ekspot produk jenama luar (ia ler orang punya modal, teknologi dan kepakaran).

Sejujurnya, saya tak ada pengetahuan praktikal bagaimana nak kembangkan kek ekonomi negara. Saya harap MEB mencapai matlamatnya. Sumbangan saya hanya dengan mempastikan anak2 saya "fit the requirement of MEB" dengan mempunyai pendidikan sains dan teknologi setinggi mungkin. Pun begitu saya masih juga memikirkan cara-cara untuk meningkatkan pendapatan per kapita saya walaupun umur dah nak masuk senja.

Pak Hj JB

bodoh.pandai said...

Sila teka siape yang sebut ini.

The Malays should stop sending memorandum after memorandum to the government asking for aid and other things for themselves. Such an approach is no longer suitable because the time has come for them to stand on their own feet.”


“How much longer must the Malays depend on the government and the privileges accorded to them? How much longer must they remain mediocre?”


.

‘How do you view the beggars on the street and then ask yourself what is the difference between their circumstances and yours? The government has done so much to elevate the position of the Malays, be it in business or education so that their achievement would be on par with the races, yet these efforts are never enough.”


“If the Malays could compete on the same level with other races there would no longer be a need for them to restrict themselves to the quota for everything. Must we lower the eligibility standard to the point where even useless students can go to the university just so that we can fill up the 55% bumiputra quota in the local public universities?”

“If so, we must remember that some of the students who go to the university in this manner will some day become doctors and engineers. How can we entrust our life to such doctors or what will be the quality of our infrastructures if they are built by such engineers? It would be much easier to tackle the problem affecting the Malays if they are proven stupid because all that is required would be to encourage them to study harder.”

“However, the underlying reason is much more difficult to address because it is caused by negative attitude and their reluctance to work hard.”

Ucapan Tun Dr Mahathir
(The Star, 2 July, 2001)

(PS: Kalau saya tersilap dalam reference , tolong clarify . thanks )

Orang Jerlun said...

Dato'
Sebenarnya saya tak jelas tentang kerangka MEB ini. Macamana yang dikatakan Model itu. Adakah sasaran peningkatan pendapatan itu suatu model? Adakah penjualan Pos Malaysia itu juga satu model... pembangunan tanah di bahagian utara lembah Klang.... penyenaraian dua syarikat Petronas sebagai Model? Saya memang menunggu pelancaran MEB oleh YAB PM, tetapi saya sebenarnya tidak jelas apakah yang dikatakan sebagai Model Ekonomi Baru itu? Membaca tulisan Dato' juga tidak membantu menjelaskan MEB ini. Tidak ada modelnya dan tidak ada barunya. Minta tolong Dato' mempermudahkan supaya saya dan orang kampung dapat mudah memahaminya.... yang saya tahu Nasha Aziz itu seorang model. MEB tu macam dia ka?... cantik tapi kurus.
Orang Jerlun

A KADIR JASIN said...

Para pembaca dan pembahas yang saya hormati,

Saya faham kekeliruan dan ketidakfahaman saudara dan saudari mengenai apakah matlamat MEB.

Berasaskan apa yang saya baca, kefahaman saya mengenai matlamat/pendekatan MEB (tertakluk kepada penjelasan rasmi daripada kerajaan) adalah seperti berikut:

1.Memperbaiki taraf hidup rakyat dengan melipatgandakan pendapatan per kapita (seorang) daripada RM23,000 setahun sekarang kepada RM49,000 menjelang tahun 2020;

2.Melandaskan pembahagian sumber kekayaan negara mengikut keperluan tanpa mengira kaum. (Tidak menekan identiti kaum);

3.Memberi tumpuan kepada 40 peratus anggota masyarakat yang terkebawah di segi pendapatan;

4.Meneruskan proses penswastaan dengan menjual, melalui penyenaraian di pasaran saham, syarikat-syarikat milik kerajaan atau agensinya, dan memperbadankan beberapa agensi pelaburan;

5.Memudahkan lagi proses pelaburan bagi menarik modal asing;

6.Membenarkan Khazanah dan KWSP (EPF) melabur lebih banyak modal di luar negara.

7.Mempertingkat mutu pendidikan dengan memberi keutamaan yang lebih besar kepada latihan kemahiran bagi mewujudkan lebih banyak tenaga mahir; dan

8.Mengkaji semula sistem subsidi dan melebarkan asas hasil melalui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Mungkin dalam kesempatan lain dan dalam jangka masa singkat, kerajaan boleh meringkas dan memudahkan MEB agar lebih mudah difahami seperti DEB atau Wawasan 2020 yang menyatakan dengan jelas matlamat dan cabarannya.

Bagi saya ini adalah soal komunikasi. Kalau komunikasi tidak jelas, orang tidak faham. Bila tidak faham, mereka akan buat macam-macam andaian dan mudah dipesongkan.

Khabar sama penting dengan rupa. Rupa akan mengambil masa untuk dibentuk. Sehingga rupa dibentuk, orang ramai akan berpegang kepada khabar.

Kalau mereka faham dan percaya khabar itu, mereka akan tunggu rupanya. Jadi eloklah mereka diyakinkan mengenai MEB melalui perkhabaran yang jelas serta mudah difahami.

Terima kasih

Anonymous said...

Datuk AKJ, salam,

Pada pengamatan saya, as a former banker, the poor 40 per cent who are mostly Malays, other Bumis and Orang Asli, will continue to be left behind and even further.

Satu cara ialah dengan memperkasakan PNB yang sekarang sudahpun terbuka kepada bukan Bumiputera melalui sekim saham amanahnya.

Saya tengok begini, bagi satu ekar tanah kepada syarikat melayu atau bukan melayu dalam bandar, satu ekar itu boleh jika 10 atau 20 ekar mengikut density atau kepadatan.

Berapa ramai orang melayu dan 40 persen golongan pendapatan rendah tak kira Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan yang mampu milik kondo atau shop lots dalam projek macam itu?

Tapi kalau PNB dibagi tanah macam itu, hasilnya boleh dikongsi dengan semua rakyat jelata melalui sekim saham amanah atau kerajaan tubuh amanah hartanah (property trust) kebangsaan yang sahamnya boleh dimiliki oleh semua rakyat malaysia khasnya golongan 40 peratus terkebawah itu.

Kalau tidak habis tanah kerjaan dan tanah awam jadi perumahan dan kompleks tetapi golongan 40 peratus tidak dapat apa-apas kerana sebagai individu mereka memang tidak mampu membeli aset hartanah itu.

Ex-Banker

Politik69 said...

Saya tidak ada masalah dengan kesamarataan dalam membantu golongan miskin. Malah menyokong.

Masalahnya ialah kesamarataan dalam peluang perniagaan untuk bersaing.

Bidang saya (perisian komputer) misalnya, terang-terang tiada kesamarataan. Dalam bidang ini, tiada tawaran tender khas untuk Bumiputera.

Kalau ada kerja pun, semuanya di peringkat negeri atau kementerian. Kena bersaing dengan syarikat multinasional dan syarikat yang ada ahli lembaga pengarah orang yang berpangkat.

Bila dapat projek, mereka ini akan menggaji pekerja-pekerja asing dari Cina dan India. Kononnya pekerja ini lebih mahir. Kononnya negara ini kekurangan pakar. Sedangkan, yang sebenarnya mahu keuntungan berlipat-ganda.

Sepatutnya, kementerian hanya membuat masterplan dan pembelian boleh dibuat di peringkat daerah supaya pengagihan kerja dapat dirasai semua peringkat.

/MANTOL/
politik69.blogspot.com

ps.
Calon MIC dikatakan sudah pasti akan menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor. Alasan yang diberikan ialah kuota MIC dan semangat komponen BN.

Dulu tempat tersebut memang kerusi UMNO. Kuota MIC sudah diberi kepada MIC pada PRU yg lalu. Dan BN kalah. Kalau hendak cerita pasal kuota pun, tunggulah PRU akan datang. Pilihanraya kecil kali ini mesti menang.

Pencapaian diutamakan. Tidak faham-faham atau memang "dumb dumb dumb" ??

//Dumb may refer to: Muteness, a speech disorder in which the person cannot or will not speak; Stupidity, the lack of intelligence//

mack said...

Hanya dato sahaja yang faham tentang MEB kerana dato pasti dapat menfaat kerana saya yakin pendapatan dato lebih tinggi dari kami yang bekerja kilang....mungkin pekerja NST atau BERITA HARIAN pun sama dengan pekerja kilang ditempat saya bertugas....nak dapat Rm 30.000 pun terkial-kial...saya rasa pendapatan saya biar banyak ini sahaja kalau banyak maka banyak la saya membayar cukai pendapatan...ok lah dato hulu selangor jadi penentu dasar umno karat diterima rakyat atau tidak...ok dato terima kasih

Shahimah said...

Either I'm in a non-optimistic mood today or I think this MEB is just another load of political crap. In the end, semua tak kemana. Cerita pasal ekonomi tinggi melangit tapi takde perbezaan langsung to the people at the lower end of society. Polisi memang cantik tapi dasar perlaksanaan atau enforcement lemah. Itu belum cerita pasal rasuah merasuah lagi. Memang in the papers say it will benefit people of all levels tapi realitinya, dari dulu sampai sekarang, hanya benefit segelintir or the chosen few i.e the proxies, cronies, and the corrupt.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Masa kecik dulu,arwah mak saya kata saya suka berangan macam Mat Jenin.

Bila tgk Najib bentang MEB,saya pun cukup syok.Awat tak syok bila pendapatan naik 2 kali ganda!

Silap silap berganda ganda,pasai 40%
orang susah yang la ni dok naik bas atau motor, dah mampu beli viva atau saga baru.

Bila pikiaq balik tang mana pulak nak mai duit ganda ganda ni?Ada la kot strategi Najib tu,dia cakap orang putih,saya tak paham kot!

Dak pun ,memang betui kata Ku Li,
Petronas dah jumpa telaga minyak
paling besaq di dunia.Kaya la kita.

Kuat berangan jugak Najib ni nampaknya.Tapi kira baguih la jugak dari PM yang dok tidoq saja.

Apa pun byk kejayaan bermula dari angan angan dan memang boleh jadi kenyataan untuk kesejahteraan kita semua terutama yg 40% tak kira Melayu,Kadazan,Iban,Cina,India dan lain lain.

tk

Masam Manis said...

Dato,

Setuju dengan komen Dato yang akhir. Banyak juga pembahas memberi beberapa pendapat yang bernas yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan jika mahu MEB berjaya. Cuma yang hambar ialah komen2 dari ahli politik sudah di jangka samada menerima bulat2 serta memuji melangit atau menolak habis2. Tidak ada dengar pulak ahli MP yang memberi pendapat dan idea baru.

yes said...

Assalamualaikum Dato'

Saya seorang pesara. Apa yang dapat saya katakan tahun demi tahun kehidupan semakin sempit. Pesara seolah olah di pinggirkan. Kuasa wang semakin kecil.

Cerita cerita tentang pembangunan tidak lansung menyentuh kehidupan saya. Apa yang jelas harga barang semakin melambung. Ini adalah suatu realiti bagi seorang pesara. Bagi warga emas yang tidak mempunyai pencen sudah pasti lebih parah.

Salam hormat dari saya.

LGE said...

Stupid Malays ... always fighting with each other. That's why Malaysia never and will never fully develop. You guys just know to fight, call people names and make fun of your own leaders. Stupid ...
Have ever see Chinese people call other Chinese people with bad names? Even if we are in different political parties we never do that. Our leaders respect each other and they constantly advise us not to disgrace our own people. Lim Kit Siang never call MCA leaders with bad names and never fitnah.
Shame on you Malays ... that is why you never succeed in life. You just busy to topple your own people.

Middle Malaysia

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

Panjang Dan Pendek
(watak puppet opera melayu)

Panjang berkata: Ini akan menempatkan Malaysia sebaris dengan norma antarabangsa dan mengurangkan kebergantungan tidak mampan pada sebilangan kecil industri, perniagaan dan pembayar cukai.

Katanya Malaysia juga perlu keluar dari perangkap berpendapatan pertengahan yang akan menjadi satu kedudukan tidak menentu bagi sebarang negara di dalam ekonomi global yang baharu, yang bermakna mengejar dasar ekonomi industri berpengetahuan pada masa depan yang menawarkan pekerjaan...

"Saya bukan sahaja mahu rakyat mendapat pendapatan yang lebih baik, mereka juga perlu turut menikmati kehidupan yang lebih baik"...

Najib turut memberi peringatan bahawa rakyat Malaysia akan mengalami sedikit keperitan jangka pendek bagi memperoleh manfaat jangka panjang kerana sektor ekonomi tertentu kemungkinan mengalami kesan buruk.

"Proses perubahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ada masanya ia memeritkan. Tetapi, bagi mencapai kekukuhan jangka panjang negara kita, kita tidak dapat mengelakkan lagi isu-isu berkenaan," katanya.

Katanya, sambil dasar asal DEB masih relevan, kini tiba masanya untuk menyemak semula pelaksanaannya. "Kita akan mengejar matlamat yang sama tetapi mentransformasikan cara kita melaksanakan usaha mencapainya."

Dipertengahan hanya diam diam kalam: Terima Kasih bebanyak, Scribe, sekiranya kita tahu apa yang tersirat sambil di hati kita:
Try looking at it inside out and outside in; from the dust of wall street to the freeze in mongolia: where are the sukuks; pendek kata?

Anonymous said...

DAKJ,

Saya rujuk tulisan DAKJ dalam ruang komen :

1.Matlamat secara objektif
2.Konsep perlaksanaan
3.Konsep perlaksanaan
4.Perlanjutan dasar penswataan yang terbukti gagal mencapai objektif kerana keperluan untuk memuaskan pemegang saham lebih diutamakan berbanding manfaat orang awam
5.Bagi saya songsang kerana tidak cuba mengenengahkan ekonomi lebih berdikari.
6.Pelaburan modal di luar negara akan menyebabkan kawalan kepada modal sendiri menjadi terhad. EPF tidak boleh dipandang sebagai sumber pendapatan kerajaan tetapi "simpanan hari tua anda". Sila juga semak tujuan asal penubuhan Khazanah.
7.Rahsia Umum yang diketahui, Kementerian Pendidikan ada masalah bajet. Salah menteri pendidikan atau menteri kewangan; ada yang tunjuk jari kat PM, ada juga yang pasang telunjuk ke TPM. Yang pasti pra sekolah tak ada komplen.
8.Dari duduk saya berdiri membaca yang ini. Sila ambil contoh berikut : Dari US7,000 ke US15,000, itu adalah 114% kenaikan. Buang subsidi minyak maka kenaikannya dijangka (dari bacaan peribadi) tidak kurang dari 40%. Adakah fahaman ini diambil kira?

Saya kira ini bukan masalah faham. Manakala tunggu rupa, tetap kena tunggu.

Yang dipersoalkan ramai, pada pendapat saya adalah,

MEB INI SESUATU YANG BARU, LEBIH BAIK DAN SESUAI DENGAN KEPERLUAN SEMASA.

Jadi, mana yang barunya? Apakah yang lebih baik? Apakah kerajaan benar-benar faham dengan keperluan semasa?

Terutama soalan yang ketiga itu.

Fed Up

Anonymous said...

MEB : PERKASA PERSOAL SURUHANJAYA KESAKSAMAAN PELUANG – malaysianinsider

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), badan bukan kerajaan Melayu terbesar, menyambut baik Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan semalam tetapi mempertikaikan langkah penubuhan Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang (EOC).

Ibrahim Ali berkata ini kerana setelah diteliti, suruhanjaya itu jelas menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai peluang yang sama dan ini sangat bertentangan dengan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak keistimewaan dan melindungi kepentingan orang Melayu dan penduduk asal.

INI BETUL… INI TEPAT….

MANA BOLEH KITA SEMUA SAMA…

ADA MULUT BESAR…. ADA TELINGA BESAR….

ADA KATAK AYAM…. ADA KATAK PURU…ADA KATAK HIJAU…

SEMUA TAK SAMA….

ADA KETUANAN KATAK...

ADA KETUANAN MELAYU... SEMUA TAK SAMA...

man remos

Tinta Hitam said...

Persoalan yang sering saya tanya adalah adakah MEB ini menjanjikan keadialan kepada semua rakyat Malaysia.Tiada lagi diskriminasi antara UMNO dan bukan UMNO.Maksud saya tiada lagi UMNOPUTRA mendapat segala galanya "free of Charge".Kaya serta merta.Hanya lebihan yang mereka tak mahu shj diberikan kepada rakyat jelata.

Jika keadilan menjadi teras perlaksanaan MEB maka ianya patut disokong.But I am very sceptical.UMNO reputation had never come close to it..

Without fairness a brilliant ideas will go to the drain in no time.I believes MEB fate will be similar to DEB..Please prove me wrong,UMNO

saji said...

Salam Dato' dan pembalas

7.Mempertingkat mutu pendidikan dengan memberi keutamaan yang lebih besar kepada latihan kemahiran bagi mewujudkan lebih banyak tenaga mahir;

a) Yang saya tahu sudah banyak institut kemahiran ketukngan yang ditubuhkan oleh kerajaan semenjak DEB dilancarkan melalui pelbagai agensinya seperti MARA, termasuk yang terbaru IKBN milik CIDB.

b)Tetapi sudahkah dibuat kajian oleh mana2 pihak termasuk institut2 kemahiran berkenaan, ke mana akhirnya anak2 kita yang diberikan latihan kemahiran dalam pelbagai bidang ketukangan itu meneruskan kerjayanya, di samping bidang2 ketukangan yang mereka berjaya tembusi dan tidak berjaya tembusi dan sebagai apa, berdasarkan latihan kemahiran yang mereka miliki masing2.


c) Saya timbulkan perkara di atas, kerana rata2 tapak projek yang saya jaga akhir2 ini menunjukan bahawa, pekerja asing membabitkan warga Indonesia, Bangladesh, India, Burma didapati sudah berjaya menguasai hampir keseluruhan bidang kemahiran bangunaan, termasuk bidang2 yang pernah dikuasai kaum Cina selama ini seperti mengecat, pendawaian, kerja besi, aircond dan kaum India seperti pemasangan paip najis dan pembinaan jalan

saji said...

Sdr ab

Kapitalism hampir bungkus dikalangan terlalu ramai orang miskin,bila ramai yang miskin kerajaan kena lebihkan sosialist
approaches!

Di mana lebihnya sosialist approaches berbanding dengan lawannya kapitalism approaches dalam mengurangkan orang miskin?

sujini said...

YB Scribe,

Saya warga emas,baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.

Kalau ikut fahaman saya, MEB adalah nama baru bagi DEB.
Cuma MEB akan ikut Merit bukan ikut Perlembagaan.

Contohnya;
1. Modal Insan
30 pelajar lepasan SPM yang memperolehi A+ dlm semua mata pelajaran yg diduduki telah pun ditawarkan BIASISWA khas drp JPA. Mereka terdiri drp 15 Melayu,13 China & 2 India.
Biasiswa bermakna mereka tidak perlu bayar balik selepas tamat pengajian.

Saya ucapkan syabas kpd mereka dan diharap mereka akan membalas jasa baik kerajaan dengan bekerja di tanah air sendiri selepas tamat pengajian.

Jangan pulak 5 tahun kemudian mereka yang dihantar belajar keluar negara dengan BIASISWA JPA tak nak balik bekerja di tanah air sendiri,kononnya gaji rendah.

2. Penswastaan dan Pelaburan

Kalau sekiranya CEO-CEO jerung sekarang ini yang masih memegang tampuk syarikat-syarikat kerajaan maka saya rasa lepas 10 tahun MEB dilaksanakan kita boleh kira dengan jari sepuluh berapa kerat usahawan/rakyat Malaysia yang akan jadi jutawan.(Samalah juga nasib macam DEB sekarang ini).

Benar,PM kita sudah kota apa yang dikata.
Selepas ini, kalau ada lagi bunyi bising macam katak panggil hujan, memang dasar tak tahu bersyukur.

Walau bagaimanapun bak kata Tun Dr Mahathir kita hanya dapat menilai kejayaan MEB setelah dilaksanakan.
Tunggulah 10 tahun dari sekarang. Munkin pada masa tu saya pun dah jadi penghuni alam kubur.

Setakat ini saya hanya mampu berdoa 5 x 1 hari agar cucu cicit saya menjadi manusia yang berjaya lagi soleh.
Amin.

Indahdesa said...

MEB is a farce. Orang Aslis are earning below RM100 a month. The pribumis of Sarawak and Sabah in the interior and are eaning RM300 and so are the hardcore poor. The poor are getting RM500. Improve their lot before leaping to RM4500pm (why quote in USD? Yuan rules in 10 years time). The Orang Asli don’t even own land!

Growth by all means but let it be fulfilling, sustainable and humanistic. Be a dream chaser but let not the dream chase you.

MEB is a farce. Estimates – Orang Aslis are earning below RM100 a month. The pribumis of Sarawak and Sabah in the interior and are eaning RM300 and so are the hardcore poor. The poor are getting RM500. Improve their lot before leaping to RM4500pm (why quote in USD? Yuan rules in 10 years time). The Orang Asli don’t even own land!

MEB is unnatural and virtual. The world is not fair. Greed rules. Might is right. Corruption reeks. In any place and society in the world there exists economic stratification. Alleviate the poor and weak and try reduce the economic gaps. The law of averages don’t work here. Whats the use of statistics when 20% of the people are super rich and 1% are supernumerical rich?

Middle income trap. So what? There will be always middle incomers. That’s their acrument based on skills, education, opportunities, inputs and preferred lifestyle.

Artificial forcing for high income bracket promotes get rich quick attitude, pillaging, corruption, destruction, societal breakdown and ills.

Rebranding and copycat IMalaysia is the work of a weak mind. When challenged and scrutenised it reveals the Zionist connection. Like all copycats they must go.

saji said...

Salam Dato'

"Mungkin dalam kesempatan lain dan dalam jangka masa singkat, kerajaan boleh meringkas dan memudahkan MEB agar lebih mudah difahami seperti DEB atau Wawasan 2020 yang menyatakan dengan jelas matlamat dan cabarannya.

Bagi saya (DAKJ) ini adalah soal komunikasi. Kalau komunikasi tidak jelas, orang tidak faham. Bila tidak faham, mereka akan buat macam-macam andaian dan mudah dipesongkan.

Khabar sama penting dengan rupa. Rupa akan mengambil masa untuk dibentuk. Sehingga rupa dibentuk, orang ramai akan berpegang kepada khabar.

Kalau mereka faham dan percaya khabar itu, mereka akan tunggu rupanya. Jadi eloklah mereka diyakinkan mengenai MEB melalui perkhabaran yang jelas serta mudah difahami."

1. MSN sudah mula menjelaskan MEB yang ramai rakyat tak faham itu. Tetapi, tebok sana tebok sini. Orang putih kata, piece meal. Silap2 bukan sahaja rakyat terus tak faham, malah tambah keliru!

2. Bagi saya, ucapan DSN mengenai MEB seperti yang dijanjikannya itu lebih kepada mengariskan pelbagai cabaran dan kekangan yang saya anggap luar biasa yang bakal didepani dan perlu dilepasi oleh rakyat dan negara di era globalisasi ini sebagai prasayarat untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Cabaran dan kekangan luar biasa yang dimaksudkan ialah.

a) Memperbaiki taraf hidup rakyat dengan melipatgandakan pendapatan per kapita (seorang) daripada RM23,000 setahun sekarang kepada RM49,000 menjelang tahun 2020;

b.Melandaskan pembahagian sumber kekayaan negara mengikut keperluan tanpa mengira kaum. (Tidak menekan identiti kaum);

c.Memberi tumpuan kepada 40 peratus anggota masyarakat yang terkebawah di segi pendapatan;

d.Mempertingkat mutu pendidikan dengan memberi keutamaan yang lebih besar kepada latihan kemahiran bagi mewujudkan lebih banyak tenaga mahir; dan

e.Mengkaji semula sistem subsidi dan melebarkan asas hasil melalui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Dianggap luar biasa kerana,pertama, memerlukan pemikiran di tahap stretch to the limit untuk mendepani dan melepasinya, dan kedua, pemimpin negara lain belum melakukannya dalam satu pakej, khasnya.

OKJ said...

Salam DAKJ

Penubuhan MPN

Tahniah sekali lagi kepada YAB PM kerana telah menubuhkan Majlis Professor Negara dan cadangan penambahan Prof Diraja dimasa akan datang. Tahniah juga kepada semua professor kerana kerajaan telah mengiktirafkan Tuan-tuan professor ke perigkat nasional.

Satu cadangan penambahbaikan saya ialah naikkan sikit budget setiap bidang tu sebab setiap satu IRPA grant pun dah lebih 1 juta. Kalau RM 3 juta, hanya mungkin 2 IRPA study je yg boleh dilakukan pada setiap bidang pengkhususan. Kalau boleh setiap bidang ada 5 atau lebih IRPA study.

Satu lagi, kalau boleh, percepatkan kenaikan pangkat professor kita dari Jusa ke Turus. Sebab jasa tuan professor kita tiada tolok bandingannya. Tidak lupa juga kepada jasa-jasa tuan professor yg dah pencen. Saya sebagai Orang Kampong Je (OKJ) iaitu sebagai bekas anak murid tuan-tuan professor sekali lagi mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Sekian TQ.

Abu Faiq said...

Salam,

1 Sepanjang tempoh sepuluh tahun dari sekarang, akan berlaku berapa banyak kali harga barang naik, harga petrol naik, tarif elektrik naik, tarif air naik, bayaran kesihatan semakin bertambah mahal, basisiswa semakin kuncup atau tak ada lngusng, cukai perkhidmatan direview, tol akan berapa kali naik, dan insurans2 wajib kena dibeli. Aahh.. pada akhirnya pedapatan bertambah pun kecil juga nilainya. Betullah kata seorang kawan itu, cantik pada nada...

2 Setiap PM baru memang akan ada saja komestik baru, lagu baru, tapi liriknya.. lirik lama juga.
lni kan kerja para konsultan imej -untuk pembina imej baru. Tak lebih.

3 Orang tak nak faham-faham juga bahawa sistem ekonomi Kapitalis ini
tak akan pernah membawa kepada kestabilan. Berapa banyak pakar ekonomi yang handal-handal yang lahir dari perut negara Kapitalis tulen di Barat yang terus muncul dan hilang dengan berbagai-bagai teori baru untuk 'meluruskan' jalan ekonomi Kapitalis ini... hancur juga setiap pusingan 8-10 tahun.

4 Sebenarnya, sistem Kapitalis ini rosak sejak dari mula, dari dasar pemikirannya lagi; tak ubah bayi yang cacat sejak dari janin, sejak wktu diconceive. Keccatannya
kekal di sepanjang tumbesarannya. Tak ada ubat yg dapat memperbaiki.

5 Yang sudah pasti kenyang dari sistem ekonomi Kapitalis ini cuma dua golongan: [1] pemodal atau
kapitalis [baca: swasta/korperat]. [2] penguasa/pemerintah. Rakyat?
Rakyat hanya alat bagi proses
menumpuk kekayaan oleh kedua-dua
kelompok itu.

6 Dengan MEB ini akan lebih banyak pemodal datang dengan kocek kecil, tapi balik negeri masing-masing dengan poket buncit-buncit. Rakyat... terjeghe juga.

borhan said...

rga getah, harga kelapa sawit, harga padi, harga ikan dan harga sayur juga perlu dinaikkan untuk membolehkan petani, nelayan dan pekebun kecil kiat menikmati taraf pendapatan yang baik pada 2020 nanti.
Kalau tidak susahlah mereka nanti fahamam komunis baru pula timbul yang di anuti oleh gulungan bawahan.Saya tak mahu ada perang gerila lagi. Rakyat miskin mengamuk habis harta benda dibakar dan orang tidak berdosa dibom. Gulungan terpinggir boleh berbuat apa saja sebab mereka tidak mempunyai apa-apa untuk diselamatkan.

pakbelalang said...

Nazri stressed that the Constitution did not state that bumiputera share in the national economy must be at 30%.

comment:

So what is the ideal percentage? 30%, 50%, 60%.......or "ground zero percentage" !!!
So it looks like the govt. is withdrawing its commitment to be specific in terms of percentage of bumiputra share of the national economy.

So what is the government strategy now? How is the govt. going to position its commitment to comply with the provision of Article 153 of the Constitution.Or is the govt. going to just ignore the 153 provision like " hidup segan, mati tak mahu" in order to get political support from the non-bumiputra.

I hope the govt. is not behaving like "PONDAN SIAM" !!

langitbiru said...

"SAYA TETAP MELAYU DAHULU", Muhyidin

RM-NAJIB mahu, "1Malaysia pertama dan Melayu kedua".

Muhyiddin mahu, "Melayu pertama, 1Malaysia kedua"?.


(Utusan Malaysia) PUTRAJAYA 1 April – Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ‘saya tetap Melayu dahulu’ sebagai suatu yang bercanggah dengan gagasan 1Malaysia.

“Dengan menjadi seorang Melayu, itu tidak bermakna anda seorang yang berlawanan dengan 1Malaysia atau anda tidak berfikir sebagai seorang rakyat Malaysia". Najib.

Makna nya, Najib mahu Melayu jadi BANGSA 1MALAYSIA. Seperti Bahasa Melayu, jadi Bahasa Malaysia. BAHASA JIWA BANGSA, Bahasa Melayu Bangsa Melayu, Bahasa Malaysia Bangsa 1Malaysia.

Jadi, kalau ikut trend hari ini, sepertimana Najib mahu, Bangsa Melayu "dah pupus". Semua Melayu dah jadi Bangsa 1Malaysia.

Kesian lah UMNO! Semua orang UMNO dah TAK BOLEH MENGAKU,TAK BOLEH SEBUT, AKU MELAYU!!! Ini tak selari dengan acuan 1MALAYSIA.

BUKTINYA, Ketua UMNO Bukit Bendera dan setiausaha Najib sendiri dah kena akibatnya.

DAN saya amat yakin, PERKASA akan bangkit pertahankan Muhyiddin. PERKASA ibarat PERKAKAS DAPUR UMNO! Akan tetapi, PERKASA akan jadi sokong membawa rebah kepada UMNO, juga api dalam sekam kepada UMNO. OLEH KERANA orang UMNO DAH TAK BOLEH SEBUT AKU MELAYU, maka PERKASA akan bangkit dan menjulang 'AKULAH MELAYU'. Jadi maknanya UMNO dah tak relevan untuk MELAYU!

PERKASA satu masa jadi JURUCAKAP UMNO, satu masa TIKAM BELAKNG UMNO.

p/s saya fikir Muhyiddin perlu seorang setiausaha akhbar yang lebih berpengalaman!!

langitbiru said...

Salam Pak Belalang,

"Nazri stressed that the Constitution did not state that bumiputera share in the national economy must be at 30%".

Mak Bapak pesan kat anak-anak pi sekolah, "belajar rajin-rajin, kena berjaya dlam pelajaran, jadi budak yang baik-baik".

Seorang anak yang faham, dia tahu apa yang perlu dilakukan. Dia tak tanya pula dari mak bapak bagaimana untuk melakukannya!

Article 153 pun macam tu jugak, macam mak bapak pesan. Tak pulak 153 cakap cara terperinci bagaimana untuk melakukannya! Terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah.

So, dalam bab ini, saya fikir Nazri tak faham apa itu 153!

Orang PAS pun sokong 153, pun sokong 30%.

SEBENARNYA, hari ni RM-Najib dah terdesak untuk cari sokongan NON-MALAY. INGAT PRU 1999? Mahathir ubah persempadanan kawasan pilihanraya, memecahbelahkan kawasan dominasi majoriti Melayu, kerana sentimen Melayu masa itu anti-Mahathir kerana kes Anwar. Bukan Melayu menjadi penentu kepada satu-satu kawasan pilihanraya, DAN BN menang kecuali di Kelantan dan Terengganu.

Hari ini, kawasan persempadanan pilihanraya masih kekal, sekali lagi BUKAN MELAYU jadi penentu, kerana Melayu dah berpecah dua BN dan PR!

Jadi, RM-NAjib dah nampak menggelabah untuk PRU13. Nak ubah semula kawasan persempadanan pilihanraya, kena 2/3 sokong parlimen. "4 katak" tu belum mencukupi!!!

Jadi, plan seterusnya, "JUAL MELAYU".....

Tahniah MIC jadi calun Hulu Selangor! UMNO dah hilang 2teloq, jadi tak produktif dah....he he he

A KADIR JASIN said...

For Information

(From Malaysian Insider)

KUALA LUMPUR, April 2 — Datuk Seri Najib Razak is in a stronger position today than he was 12 months ago, when he was appointed Malaysia’s sixth prime minister, a recent survey has shown.

Then, his approval rating was a dismal 44 per cent; the economy was slipping into unforgiving negative territory, and he seemed vulnerable as he was pelted by bad news everywhere he turned.

Today, the proportion of Malaysians satisfied with his performance as the PM stands at 68 per cent, the highest it has been since the Merdeka Center for Opinion Research began tracking his approval ratings in April 2009, the month he replaced Tun Abdullah Ahmad Badawi in Putrajaya.

Merdeka Center polled 883 registered voters in West Malaysia between March 11 and March 27, and the questions covered the direction of the country, public satisfaction with the prime minister, and perception of some of his key initiatives.

A summary of the survey was obtained by The Malaysian Insider.

Thank you

Anonymous said...

DAKJ,

Malaysian Insider kata Merdeka Centre yang kaji tapi kat website Merdeka Centre tak ada pulak.

Kajian pasal Perak, MCA dan Media adalah.

http://www.merdeka.org/pages/02_research.html

Fed Up

mardhiah said...

"Kejayaan model ini akan menaikkan pendapatan per kapita daripada AS$7,000 sekarang kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad ini."


Mak oi terbelik mato den negok angka AS$7,000 tu. 7 x 3 dah 21, 21/12 dah nak dekat 2,000 sebulan. Kat Melaka ni kerja kilang gaji RM700 pun budak-budak dah kembang hidung dah. C'onlah weh, dah ada komputer, super computer macam itu ajelah figurenya.


Mathematical data yang cetek dan tak mendalam boleh bikin kita employed method/policy yang salah.


Ntahlah kalu kita suka nak sangat jadi macam orang Amerika, kalau kaya tu, nak cakap pun kena bayar ribu-ribu satu jam, kalu dah miskin, langsung tak de rumah tinggal dalam kotak-kotak. Tak kisah nak mandi, nak sembahyang, nak mengaji, cari makan dalam tong sampah, tak taulah saya.

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Kalaulah saya orang yang percaya dengan MEB, maka saya minta PM simpatilah dengan saya mewakili rakyat yang tak tahu "menda", lakukanlah ianya sebaiknya berdasarkan cadangan-cadangan positif dari participants sebelumnya.

Kalaulah saya orang yang tidak percaya dengan MEB, maka saya minta PM yakinkan saya dan rakyat akan BENARNYA MEB untuk mendapat pendapat tinggi kepada RAKYAT; bukan KAPITALIS-KAPITALIS ASING, SYARIKAT-SYARIKAT SWASTA KRONI, PENCARUM-PENCARUM SYER ALI-BABA LAMA DAPAT DUIT TANPA KERJA,PENGAMPU-PENGAMPU dengan duit EHSAN yang bukannya royalti, perasuah-perasuah dalam dan LUAR NEGERI TERUTAMANYA LOBI YAHUDI. Cukup di situ, senarainya tidak perlu dipanjangkan.

Kata putus, PM haruslah menyediakan prasarana Negara dan Industri yang benar-benar baik serta MODAL INSAN yang bukan pegawai kerajaan di siang hari, perompak bertauliah di malam hari.Semua rakyat faham BESARNYA TANGGUNG JAWAB PM. Cuma itulah yang boleh diharapkan. Sekali bahtera telah belayar, SEKALIPUN TERNYATA SENGET DAN BOCOR, ia tidak akan berpatah balik kecuali bersedialah untuk TENGGELAM BERSAMA-SAMA. Saya mohon hal ini tidak berlaku kepada MEB.

PM perlu buktikan hasrat beliau itu suci dengan mengadakan BADAN PENGAWAS DAN SURUHAN JAYA (spt IMF memantau prestasi negara-negara yang mengambil pinjaman darinya)bagi mengaudit dan memantau PERJALANAN MEB dalam jangka masa 10 tahun itu. Laporannya dibentangkan di PARLIMEN agar rakyat mengikuti perjalannan dari tahun ke tahun. Mudah-mudahan niat suci PM terlaksana demi negara dan rakyat tercinta.

Dungun MALAYSIA

cmk said...

Salam

1Muslim vs 1Melayu vs 1Malaysia vs 1MEB vs 1Makkal Sakhti vs 1MIC vs 1MCA vs 1Muhyidin vs 1Mohd Najib vs 1MQA vs 1Mongolia vs 1Mahkamah vs 1Mediamassa vs 1Majilis Raja-Raja vs 1Majlis Fatwa vs 1Macam-macam hal...

Mana satu pilihan kita..?

Patut le kita makin bingung...!

A KADIR JASIN said...

KUALA LUMPUR, April 4 — The government will not do away with its affirmative action policy, but it will be carried out in a fairer and more transparent manner to improve the lives of Malaysians in the bottom 40 per cent of the population, Datuk Seri Najib Razak (picture) said tonight.

The Prime Minister said the implementation of the policy would be more market-friendly, more merit-based and also more on needs basis.

“For example, I say if you want to eradicate poverty, if you want to address the lower 40 per cent population with income below RM1,500 a month, you must also take care of the non-Malays or non-bumiputras as well.

“When you talk about bumiputras, it is not synonymous with Malays. What about the Iban, Kadazan, Bidayuh and the like? They are also bumiputras and they have the same rights,” he said in an exclusive interview aired by Bernama TV tonight in conjunction with his first year in office.

---Malaysian Insider

saji said...

Salam Sdr OKJ


Penubuhan MPN

Tahniah sekali lagi kepada YAB PM kerana telah menubuhkan Majlis Professor Negara (MPN) dan cadangan penambahan Prof Diraja dimasa akan datang. Tahniah juga kepada semua professor kerana kerajaan telah mengiktirafkan Tuan-tuan professor ke perigkat nasional.

Satu cadangan penambahbaikan saya ialah naikkan sikit budget setiap bidang tu sebab setiap satu IRPA grant pun dah lebih 1 juta. Kalau RM 3 juta, hanya mungkin 2 IRPA study je yg boleh dilakukan pada setiap bidang pengkhususan. Kalau boleh setiap bidang ada 5 atau lebih IRPA study.


Komen:
1. Antara objektif penubuhan Majlis Professor Negara ialah untuk menyokong MEB dalam menghasilkan inovasi ilmu di kalangan professor IPTA kita dengan cara menggabungkan tenaga dan pemikiran professor2 tersebut dalam pelbagai bidang kepakaran dalam beberapa wadah kajian yang sudah dikenalpasti.

2.Mungkin sdr tidak tahu saya merupakan jemaah pengkaji lima orang ahli pengkaji dalam pelbagai bidang kepakaran masing2 - seni bina, ukur bahan, pengurusan projek, muamalat Islam dan sains sosial yang ditubuhkan di ISDEV, USM pada bulan Jun 2006 dan mendapat dana kajian IPT sebanyak RM 66,000.00 kira2 setahuan kemudian yang insyallah pada akhir tahun ini akan penghasilkan dua produk berikut:

a) Sistem Penguruasan Projek Islam (SPPI) sebagai alternatif kepada Sistem Pengurusan Project Konvensional (SPPK) yang seadanya.
b) Graduan PHD (SPPI)rakyat Palastin.

3. Saya merupakan satu2nya wakil swasta yang dianggap penting dalam penghasilan produk inovatif bertaraf dunia, tetapi tertanya2 sama ada pakar2 daripada pihak swasta akan diambil untuk menyertai mana2 kajian yang bakal dilakukan oleh MPN tersebut.

Amarneng said...

Assalamulaikum Dato'

Miskin atau kaya sebenarnya itulah kehidupan kita yang bergelar manusia..sejak zaman berzaman..itulah hakikat hidup yang berlawanan, untuk mencari dan mencapai ke samarataan agak sukar tetapi tidak mustahil.

Dato' MEB adalah kesinambungan formula negara dan sekarang era Najib.Sepanjang tempoh satu tahu menjadi perdana menteri,beliau sudah memulakan sesuatu..kita perlu menyokong beliau...dan kita sebagai warganegara perlu memastikan semua jentera kerajaan berfungsi dan melipatgandakan usaha demi memastikan pelaksanaan sebarang dasar dan program meningkatkan ekonomi warganegara Malaysia tercapai.

SAYA SETUJU KAKITANGAN KERAJAAN PERLU BEKERJA KERAS UNTUK MEREALISASIKAN MEB...ITULAH CABARANNYA.Habuan kakitangan kerajaan sudah dijanjikan tetapi untuk rakyat belum lagi.

Jika di semenanjung banyak cara untuk meningkakan pendapatan per kapitan warga, tetapi tidak di Sarawak...

Untuk mengutip pendapatan rm600 sebulan bagi rakyat biasa memang sukar kerana taukey Cina di Sarawak memang tak mahu bagi orang Melayu dan Bumiputera senang,mereka berhak dan berkuasa menentu gaji yang hendak diberi kepada kuli mereka..

Jika petani di luar bandar...bergantung kepada hasil padi setahun sekali sudah pasti mustahil lagi...nak tangkap ikan di laut dalam adoh...sekarang ini hanya kapal besar pelabur asing sahaja yang monopoli...sehingga ikan gelamak pun susah nanti terlepas ke tebing pantai...semenjak 30 tahun lalu saya lihat nelayan Sarawak masih di takuk lama..

Saya bagi contoh di kawasan parlimen Igan Sarawak,kaum Melanau rata-rata majoritinya masih di belenggu kemiskinan.Mereka kurang memiliki tanah yang baik untuk pertanian,selain itu ketergantungan kepada sungai pula semakin merosot,sungai sudah tercemar,ikan kian pupus entah ke mana.Hendak makan gaji di ladang sehari cuma dibayar rm15.Hendak membelah kayu untuk ramok rumah pun dah tak ada,nak ke laut cuma ada sampan kecil.Nak ke bandar tidak ada pengalaman dan usia semakin tua..mereka seakan ikut nasib dan takdir.

Sebenarnya rakyat Sarawak saya rasa tak peduli dasar apa yang hendak di laksanakan,saya rasa golongan yang tinggal dibandar pun tak faham apatahlagi di kampong.Mereka masih bergelut mencari sesuap pagi dan petang.Mereka masih susah...dan miskin...parti PBB yang mereka sokong dianggap gagal.. kemenangan bukan bermakna kemenangan rakyat yang mengundi dan menyokong.Sekian Amarneng.

Anonymous said...

har?membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum? saya tak percaya. jika model ini dapat dibuktikan sejak 1990an, saya tiada apa nak cakap. tetapi sampai masa sekarang, masih banyak orang yang susah dalam keadaan kemiskinan ini.

pendapatan per kapita sekarang ialah AS$7,000 dalam M阿laysia? tanya siapa-siapa yang kuat bekerja siapa dapat gaji yang lumayan tersebut setiap tahun.

kepada kerajaan, jangan hanya bercakap tanpa membuat kerja.

Little Twitty

Anonymous said...

'Interesting' discussion on Che Det's Facebook:

Biofuel R&D.

Terima Kasih

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).