Friday, April 30, 2010

Misteri Kehilangan Dua Blok Padang Minyak

A kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

ADAKAH benar dakwaan bekas Pardana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan akhbar The Edge bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi telah secara diam-diam menyerahkan dua blok padang minyak (oil fields) kepada negara Brunei?

Dr Mahathir menulis dalam blongnya semalam bahawa Blok L dan M telah secara diam-diam dan tanpa pengetahuan Petronas diserahkan kepada Brunei walaupun Petronas telah menandatangani perjanjian perkongsian pengeluaran dengan syarikat minyak Amerika, Murphy Oil.

Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas berkata dua blok itu dituntut oleh Malaysia berasaskan fakta sejarah dan dianggarkan mempunyai simpanan minyak mentah mutu tinggi sebanyak 1 bilion tong.

Laporan The Edge dan The Brunei Times mendakwa dua blok padang minyak itu tidak lagi dimiliki Malaysia.

Akhbar ekonomi The Edge pada 22 April memetik Murphy Oil sebagai berkata Petronas telah menamatkan kontrak perkongsian pengeluaran untuk Blok L dan M kerana padang minyak itu “bukan sebahagian daripada Malaysia lagi".

Murphy Oil berkata Petronas telah memaklumkan kepadanya pada 21 April bahawa “berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009, kawasan penerokaan luar pantai yang diberi nama Blok L dan M bukan lagi sebahagian daripada Malaysia.”

Kerajaan wajib menjawab sama ada dakwaan Dr Mahathir dan laporan media massa itu benar atau sebaliknya. Kalau benar, ini adalah perbuatan menyembunyikan maklumat yang boleh dianggap satu pengkhianatan.

Kalau benar, kenapakah padang minyak itu tiba-tiba bukan lagi milik kita dan adakah benar pemilik barunya adalah Brunei?

Adakah ini ada kena mengena dengan penyelesaian yang kononnya telah dicapai dengan Brunei mengenai tuntutan negara itun ke atas Limbang, Sarawak?

Pada 16, 2009 Bernama memetik Abdullah sebagai berkata di Bandar Seri Bengawan bahawa “Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutannya yang lama ke atas Limbang.”

Abdullah berkata pengguguran tuntutan oleh Brunei itu adalah sebahagian daripada Pertukaran Surat-Surat yang dimeterai beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

Tetapi dua hari kemudian, pada 18 Mac, Menteri Luar dan Perdadangan Kedua Brunei, Lim Jock Seng, dipetik oleh akhbar The Brunei Times sebagai berkata “isu tuntutan wilayah ke atas Limbang tidak dibincangkan dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani pada hari Isnin yang menyelesaikan isu dua-hala yang tertangguh antara Brunei Darussalam dan Malaysia.”

Dr Mahathir dalam blognya berkata Kementerian Luar Negeri Malaysia tidak pernah menafikan kenyataan Brunei itu.

Jadi adakah kita kehilangan dua padang minyak kepada Brunei tetapi Brunei tidak menggugurkan tuntutan ke atas Limbang?

Kerajaan Mohd Najib Abdul Razak perlu memberi penjelasan tanpa sebarang percubaan “cover-up”.

Setelah kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada zaman singkat pemerintahan Abdulllah, kita berhak untuk tahu apakah kepentingan dan kedaulatan kita di Sarawak juga telah disabotaj akibat kedangkalan pemerintah waktu itu.

Kita takut padang minyak yang kita kendong telah berciciran dan pembebasan Limbang daripada tuntutan Brunei yang kita kejar tak dapat.

Kita tidak mahu cerita si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya terjadi kepada kita. Si Luncai tak apalah. Labu-labu itu miliknya. Tapi dua padang minyak dengan potensi hasilnya dianggarkan RM320 bilion itu milik kita. Ia bukan milik mana-mana Luncai.

Saya telah beberapa kali menyuarakan secara terbuka keraguan saya terhadap kemampuan penasihat-penasihat hal ehwal luar dan perundangan Abdullah, khasnya dalam hal Pulau Batu Putih. Keraguan itu terbukti apabila kita kalah perbicaraan menuntut pulau strategik itu pada 23 Mei, 2008.

Soalnya, kalau betul dua padang minyak itu diserahkan kepada Brunei oleh Abdullah, apa yang menteri-menteri dan penasihat-penasihat beliau ketika itu buat? Adakah mereka bersubahat (complicit) atau mereka tertidur?

Kita juga ingin tahu kepada siapa kontrak pengeluaran minyak di dua blok itu diberikan oleh pemilik barunya. Bukan apa, tetapi takut-takut si Luncai terjun ke sungai sambil itu mimum air. Manalah tahu, di depan kita si Luncai buat bodoh, tetapi di belakang dia sapu.

119 comments:

AJAI62 said...

Salam Dato

Kalau setakat Dollah dengan penasihat setengah masak dia tu saya memang tak hairan kalau dua blok pelantar minyak tu hilang. Cuma kita masih bernasib baik Negeri Johor tak dijualnya pada S'pore. Pulau yang dalam wilayah sendiri pun boleh hilang. Apa yang tak hilang zaman Dollah...! Melayu pun hampir kehilangan kuasa POLITIK...

Tinta Hitam said...

Satu aje pengesahannya.Jika Kerajaan Malaysia berdolak dalik menjawab isu ini maka tuduhan tuduhan tersebut adalah betul..

al-Din-amin said...

Kisah si LucaiLah ini tidak habis. Satu demi satu terbongkar. LuncaiLah pandai main silap mata, depan main agama dan imam, belakang main derhaka negara menggadaikan Blok L dan M, Batu Putih, RM178 billion duit Petronas dll.

Tentu dia bukan main seorang sekurang2nya anak, menantu dan kroninya terlibat. Wisma Putra dan pegawai2 tertinggi kerajaan beliau turut bertanggung jawab. Mereka patut dihadapkan kemahkamah. Adakan Royal Commission, MACC ambil tindakan. Laporan polis sudah dibuat?

Bahana kedurjanaan ini akan di tanggung oleh generasi2 sehingga akhir dunia. Sumpahan rakyat keatas penderhaka2 negara tidak akan putus2. LuncaiLah memang tebal muka.

Shah Firdaus said...

Salam Dato'

isu mengenai kehilangan hak khazanah negara di dalam bentuk blok padang minyak di lautan cina selatan merupakan satu perkara yang amat serius...

setelah negara kehilangan hak kedaulatan di pulau batu putih kini satu lagi sumber kekayaan dan kedaulatan telah hilang...

di manakah silapnya?..siapakah yang harus dipertanggungjawabkan?...mananya hero2(kononnya la) seperti Perkasa,Pemuda UMNO,NGO Melayu yang sering melabelkan pihak pembangkang sebagai mencabul dan menjual kedaulatan negara..

adakah kerana kerajaan Malaysia skrg di bawah pimpinan BN maka segalanya tidak menjadi masalah...siapakah kini yang menderhaka terhadap rakyat?...siapakah kini yang 'menjual' negara kepada pihak luar?...

adakah kita ingin terus melihat kepentingan dan kedaulatan negara ini dicabar?...sebaliknya hero2 ini hanya pandai 'bising' bila ada isu melibatkan pihak pembangkang tetapi sunyi sepi bila ia melibatkan sendiri kerajaan pimpinan BN?..

setuju dengan Dato'..yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran

terima kasih kerana terus menjual negara ini...

MalaysianKita said...

TYPICAL UMNO..........PENGKHIANAT NEGARA.

KALAU ANWARLAH BUAT SEDEMIKIAN, SUDAH TENTU TIAP-TIAP HARI, TV,BERITA HENTAM TAK HABIS-HABIS SBG PENGKHIANAT NEGARA.

SIAPA PENGKHIANAT NEGARA???

YA....JAWAPANNYA, UMNO!!!

Anonymous said...

Nak komen apa ha. Terima kasih ja la Datuk kerana bagi tau. Kalau betoi la, ni baru la nama dia kes juai negara yang sebenarnya.
Jom kita pi tanya Khairy. Kot kot la dia tau. Dia mesti tau punya. Tanya ja tak salahkan?

SBR

Puyot said...

Aslkm tok,

Tu dia aih.. tu PM Malaysia yang mai daripada parti UMNO. Tu yang kata nak mintak orang Melayu berpayung bawah UMNO? Reta (harta) hak kerajaan (dibaca: rakyat Malaysia) pun depa 'sau kiu' cantek (kalau betui tuduhan Tun M).

Saya makin tak percaya kat UMNO la tok. Maap cakap lah. Dah la UMNO hat selama ni kita dok bagi kepercayaan jaga amanah, depa pecah habih.

Nak masuk 53 tahun memerintah, Melayu makin teruk. Teruk dalam pegangan ekuiti, teruk dan huduh kelaku. Ni kes percaya kat UMNO la ni. Lepaih ni apa pulak lagi yang Tun nak selak bagi nampak kayap gajah dalam kain UMNO. Bodo sapa yang masih dan nak percaya kat UMNO.

Cerdik-cerdik Tun, kena pebodo ngan PakLah ja. Kira cerdik lagi la PakLah.

Sam 2010 said...

Dato'.

Kalaulah benar isu ini, Sesiapa pemimpin ketika mala petaka itu terjadi tidak jadi hal, tapi rakyat akan diberitahu bahawa itu kerja BN, pemerentah yang tak tahu diuntong, asyik buat kerja gila yang akan turut menjejaskan pemerentahan masa kini.

Kalau DS Najib pemimpin yang bertanggung jawab, siasat isu ini hingga keakar umbi, jangan cuba nak cover up, jgn cuba nak berlagak baik dan seandainya dakwaan Tun DM tidak berasas, beri amaran padanya jangan cuba nak mengkucar kacir kan umno secara tersirat. Zaman sekarang rakyat bukan lagi duduk atas pokok yang telan apa sahaja yang pemimpin cerita, mereka cukup info utk menilainya, jadi berterus terang secara ilmiah untuk menjelaskan sesuatu isu..

Sekian.

DBA student

amarneng said...

Salam Dato,

Isu mengenai perkara itu sudah ramai yang memperoalkannya.Isu tuntutan kerajaan Brunei terhadap sebahagian Limbang adalah sebahagian gimik pemimpin masa lalu samada semasa era Tun Mahathir maupun Tun Abdullah.

Semasa tahun 90 an lagi,apabila saya dengan beberapa rakan perisik kerajaan membuat kajian di Limbang,memang betul sebahagian beberapa kampong di Limbang mengibarkan bendera Brunei dan mendakwa mereka mahu ikut kerajaan Brunei,isu itu seakan dibuat-buat.....

Mengenai dua blok telaga atau padang minyak kemungkinan ada kaitan dengan persefahman dua negara ini.Memang isu sebegini rakyat biasa tidak tahu sehinggalah kita akan kehilangan apa yang kita sifatkan sebagai hak negara...pemimpin kitalah yang bertanggungjawab.

Pelayar dan bloger di Sarawak juga ada yang sudah menyentuh perkara itu,kerana ia berkait dengan kepentingan negeri Sarawak juga.

Itulah Dato,apabila saya dan rakan-rakan bersembang mengenai kerajaan persekutuan dan kepentingan Umno...banyak isu akan timbul sehinggalah pada satu tahap kebanyakan pemimpin Umno dan persekutuan terlalu termakan budi kepada kerajaan Sarawak. Rakyat Sarawak sudah banyak berkorban untuk semenanjung.Kebenaran jelas dan sering diperkatakan kerajaan Umno merampas hak orang Sarawak.

Mahaf Dato,saya sedikit teruja mengenai tajuk tulisan dato kali ini.Kerana ianya ada kaitan dengan beberapa agenda yang tersembunyi diantara pemimpin persekutuan dengan pemimpin Sarawak.Sekian Amarneng.

Anonymous said...

Buat baik berpadapada buat jahat jangan sekali!Stotthard yang PR baru d Petronas tu mesti kerja kuat la untuk mendapat balik Blok L dan M dari Brunai.


.....wawa

ab said...

Salam Dato',

YA ALLAH, YA RABBI, YA RASUL!!..


Kalau betul, tida perkataan yang dapat menerangi perasaan saya.


KALAU BETUI, sepatut nya dibunuh sampai mati,mayatnya dibuang kelautan jauh dari perairan negara!......jangan satu titis pun tinggal disini...


KALAU betul, dia KEJAM,ZALIM, PENGKHIANAT....


Abu Bakar Ab Rahman

Quantum Metal Consultant said...

Ini bukan Misteri Nusantara TV3, alam maya, alam ghaib yang tidak tahu asal usul dan puncanya.

Ini adalah realiti, ada permulaan dan ada penghujungnya, ada agenda, ada perancangan, ada individu, ada kumpulan, ada petualang, ada pengkhianat, ada penjual dan ada pembeli.

Ada perjanjian, ada dokumen, ada saksi.

Paklah telah menunjukkan kemampuannya bekerja semasa 'tidor' dan sekaligus menolak persepsi dia lembik dan lembab dalam membuat tugasan dan keputusan.

Dalam masa yang paling singkat sebagai PM, Paklah menunjukkan kehebatannya sebagai seorang jurujual, dari sebuah pulau, industri permotoran dan kini padang minyak..

Ini yang kita tahu...yang belum?

Seperti yang kita tahu, kes ini dan kes2 sebelumnya, Najib akan mendahulukan rakyat dengan jawapan2 lemak manis.

Unknown said...

Salam Dato',
Inilah fenomena abad ke-21 akhir zaman... "ulama" dan "murshidul" cakap saja bercita2 nak jadi Al-Ghazali & Al-Shafie... tak nak kumpul harta konon... tapi belakang cerita, habis disapu... tanah balak... now minyak hak rakyat... anak & menantu dah jadi macam hantu!

alunbm said...

Terima kasih Dato' kerana sudi untuk menulis tentang isu ini.
Isu sensitif yang seluruh rakyat Malaysia patut tahu dan ambil tahu.Kepada rakan-rakan diluar sana sebarkan lah isu ini untuk pengahtahuan semua orang.

Isu ini juga sensitif buat pembesar-pembesar Umno yang selepas ini terpaksa memasang kuda-kuda untuk bersilat dan menepis segala peluru yang bertubi-tubi menghala kearah mereka terutama Najib dan Rais Yatim[menteri luar waktu itu].Kita tunggu apa kata Rais Yatim...

Amat menyedihkan dan malang sekali buat Malaysia punya pemimpin yang begitu bermurah hati menyerahkan khazanah berharga kita semudah itu.
Apakah mereka sudah tidak mempunyai semangat patriotik lagi kerna sudah juling matanya dengan kipasan wang ringgit dimuka mereka.
Memang benarlah seperti ramai orang kata Mat ngantuk tu Bodoh!!!

Anonymous said...

SALAM DATO DAN SEMUA.

LAGI KEBODOHAN. KEBENGGONGAN DAN KEBANGGANGAN PEMIMPIN2 UMNO.

DAH LAH PADA PILIHANRAYA HULU SELANGOR CINA TAK UNDI BN PUN DAPAT 3 JUTA.

MELAYU YG UNDI BN DAPAT 50K ITU MEMANG DUIT DEPA.

ASYIK2 MALAYU AJE YG KENA BERTOLAK ANSUR. PATUTLAH MELAYU DIBODOHKAN ..RUPANYA PEMIMPIN MELAYU BODOH... DAH KENA DAHHHHHH..KATA P RAMLEE..
PENYAMUN TIPU PEROMPAK...

P/S -
INDIGO,
orang kerdil bila berdalil
tanpa fakta merbahaya.
You got the facts?
HEHEHEHEHEH
IKHLAS,

zainal abidin awang kechik said...

MISTERI NUSANTARA'...

Anonymous said...

Salam
Tun Dr Mahathir tidak akan membuat kenyataan tanpa mempunyai fakta dan bukti yang jelas, itu adalah trade mark beliau. Oleh itu saya amat yakin bahawa Abdullah Badawi telah melakukan salah tadbir urus yang amat besar atau sebotaj yang maha dahsyat kepada negara ini dengan menyerahkan dua blok padang minyak (oil fields) kepada negara Brunei.
Apakah Abdullah akan tetap dengan stregiknya iaitu dengan memekakkan telinga atas pendedahan ini, apakah beliau berkhayal akan ada yang bakal menyanjung beliau sebagai elegant silent lagi.Terlalu banyak rentetan legasi memusnahkan negara yang ditinggalkan oleh PM ke -5 Abdullah Badawi.
Negara kecil Malaysia ini tidak lagi sanggup menerima bahana akibat tindakan sembrono Abdullah Badawi. Oleh itu saya berpendapat bukanlah satu cadangan yang nakal sekiranya ada yang mencadangkan agar satu suruhanjaya diraja ditubuhkan khusus untuk menyiasat salah laku ini.
Mungkin ini satu pra syarat untuk mengembalikan keyakinan penuh rakyat kepada kerajaan DS Najib.Dengan menyiasat bekas PM Abdullah Badawi, mungkin akan mengubat jutaan hari rakyat tanpa hipokrit menyimpan rasa terkilan dan kecewa semasa era pemerintahan beliau, kecewa kerana 22 tahun Tun Dr Mahathir membina Negara ini tetapi telah dimusnahkan dalam tempoh 6 tahun pemerintahan beliau.
Rakyat marhaen.

Donplaypuks® said...

Dato

DR.M is Petronas ADVISOR!!

So, how come this news has broken out only now although AAB did the deal with Brunei in 2009? Hassan Merican did not inform Dr.M then?

Did the NST, STAR, Utusan, BH etc., all practice "voluntary censorship" and black out that part about surrendering the two oil fields?

Also, who was the beneficiary of the oil field contract from Brunei after Petronas/Murphy's contract was terminated?

dpp
we are all of 1 race, the Human Race

tamingsari said...

Is this possible? Lets hope Mr.Clean can come up with an explanation. Aku pun dah mula ragu dengan kerajaan kita. Macam2 yg timbul. Tak tau nak percaya siapa. Orang perancis datang siasat pasal kapal selam. Kerajaan kata takde apa2. Susah nak percaya orang politik. Pembangkang pun sama jugak. nampaknya dua2 kena kutuk. Sokong tetap sokong kutuk tetap kutuk. Penat keluar masuk blog mangkin lama mangkin hancussssss.

Anonymous said...

PM kita kan suka "play save". Sebab itu sampai la ni senyap sahaja tanpa ada response.

Malahan Petronas sendiri pun dok diam sahaja.

Sedangkan The Edge dan Brunei Times dah siar pada 22 April 2010 manakala TDM post kat blog pada jam 6 petang 29 April 2010.

Kita sama-sama tengok samada jari-jari akan menunjuk kearah Pak Lah saja,Khairy, Tingkat 4 atau seluruh kabinet.

Ironi pecahnya berita selepas berakhirnya PRK HS. (Agaknya?) MSM tak lapur perkara ini sebab tengah sibuk buat laporan kempen PRK HS.

Fed Up

Anonymous said...

Tok,

Saya tak terkejut kalau Pak Lah kena kelentong. Brunei memanglah untung dapat dua padang minyak buta-buta kalau pandai kelentong. Tapi yang saya takut, pegawai kita macan dari Wisma Putera pun kelentong Pak Lah.

Kalau mereka pandai atau mereka bukan kaki kelentong, mereka boleh buat macam zaman Tun M atau Tun Hussein bila kita buat JDA (joint development authority) bila ada dispute tentang padang dan telaga minyak. Itulah yang kita buat dengan Siam.

Saya ingat Pak Lah nak tunjuk pandai dan nak jadi hero. Dia ingat diam-diam bagi dua blok padang minyak tu kepada Brunei, Sultan Brunei pun gugor tuntutan ke atas Limbang.

Bunyi macam bagi gula-gula dan ikut kehendak Singapura konon nak lembutkan hati Singapura tentang Pulau Batu Putih. Tengok apa jadi? Semua rundingan dengan Singapura batal, tapi PBP terlepas dari milik kita.

Itulah bila percaya sangat kepada anak cucu ulamak dan taksub sangat kepada orang yang boleh imamkan sembahyang. Islam hadari, gadai hak milik negeri. Najib wajib siasat tanpa fear or favor.

Penyokong Perkasa

Ab Razak Hj Ahmad said...

Kalau enjin hilang, C4 hilang, fail sulit hilang, anak hilang tu boleh lah bagi alasan and adalah unsur logikanya... Kalau structure sebesar alam macam tu boleh hilang mesti ada yang tak kena...

Kalau di US or Europe ada kes 'hilang' or disyaki scandal mcm ni maka setiap hari akan keluar newspaper of TV tak kira yang buat dari parti mana... Tapi kalau kat Malaysia ni cuma kesalahan puak satu lagi akan dapat liputan meluas and the rest swept under capert.....

Anonymous said...

To' Kadiaq,

I think there was some side deals made during both the Limbang and Augusta fiasco. Maybe somebody or some close family members siphoned off a couple of billions buck for this deal. It is not impossible when you think of it. I am sure Pak Lah bukan nya bodoh sangat. Dim-witted and slow maybe lah but for sure not stupid. He was surrounded by 'brilliant' advisers and family members.

The question is will PM Najib do something about it or as usual play safe and does nothing with regards to taking action against anything that could implicate Pak Lah.

Whatever it is, the results of Pak Lah 5 years legacy is for all to see. Lost 4/5states, no leadership, minimum developments, opposition becomes stronger, UMNO got worse, etc etc.

Same as people blaming Mahathir for 22 years. At least the positives are more than negatives. However, Pak Lah 5 years have resulted in Malaysia becoming almost a pariah state.

Frustrated

akupunyablog said...

Salam Dato'...

"Kita juga ingin tahu kepada siapa kontrak pengeluaran minyak di dua blok itu diberikan oleh pemilik barunya. Bukan apa, tetapi takut-takut si Luncai terjun ke sungai sambil itu mimum air. Manalah tahu, di depan kita si Luncai buat bodoh, tetapi di belakang dia sapu."

Hah...! Inilah salah satu punca kenapa orang Melayu (orang muda benci- orang2 tua masih sayang) bencikan UMNO, ni la sebab...

OKJ said...

Salam DAKJ

Sebuah kisah satu ketika dulu

Rasanya masih terngiang-ngiang lagi di kepala semasa PM dulu nak turun, siapakah golongan yg beriya-iya yg nak beliau dipertahankan. Katanya lagi, PM dulu adalah bapa demokrasi, bapa kebebasan dan macam-macam bapak lagi. Pada masa yg sama, kumpulan tandatangan dihantar ke YDP Agong supaya jangan membenarkan YAB Dato’ Seri Presiden, Dato' Seri Najib digantikan. Inilah kisahnya satu ketika dulu.

Cuma PM lebih dulu saja mengatakan pelik bila musuh tiba-tiba menyokong beliau. Dan pada masa yg sama, selain TUN, yg LEBIH hendak melihat penurunan tahta beliau HANYA dan HANYAlah ahli-ahli akar umbi UMNO!!! Yg lebih sayangkan agama, bangsa dan negara yg tercinta ini.

Tapi, bila harini, mereka-mereka yg mempertahankan PM dulu dari turun tahta jugalah akan menyerang beliau habis habisan. Pada masa yg sama menyalahkan UMNO pulak. Inilah sifat sebenar MUNAFIK. Melayu Munafik MEMANG mudah buat-buat lupa. Bak kata orang tua-tua; bukan semua orang boleh dikelentong. Sejarah tidak akan menipu. Sekian TQ.

Bleacher said...

Dato,

Saya seperti pembaca yang lain tidak faham mengenai proses perundangan mengenai perkara2 perjanjian strategic harta negara seperti ini. Tidakkah ia sepatutnya di bawa ke parlimen untuk di bincang sebelum diluluskan? Jika betul, tidak kah perjanjian yang dibuat itu boleh dianggap tidak sah dan cara jalan penyelesaian ialah menerusi perundangan antarabangsa.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Ini kot maksud ELEGANT SILENCE.

Hebat jugak orang Melayu ni.

TK

bulat said...

Saya terpaksa menyalahkan najib dalam hal ini. Sikap 'control macho' beliau mengakibatkan malapetaka ini.

Sampai sekarang, beliau masih lagi dengan 'kontol macho'nya.

Nampak beliau hilang kawalan apabila orang2 di bawah bermaharajalela menghuru-harakan negara.

INDIGO said...

SCribe,
Salaams

Dengan Izin

Abdullah Says Cabinet Approved Boundary Pact With Brunei

KUALA LUMPUR, April 30 (Bernama) -- Tun Abdullah Ahmad Badawi said he signed a land and sea boundary agreement with Brunei in March 2009 in which two overlapping offshore exploration fields came under Brunei after it was approved by the Malaysian Cabinet a month earlier.

In a statement on Friday, the former prime minister confirmed that Block L and Block M concessions now belonged to Brunei but the agreement provided that Malaysia would be allowed to participate in joint development of oil and gas on a commercial basis in the two areas for a period of 40 years.

"The financial and operational modalities for giving effect to this arrangement will be further discussed by the two sides. This means that in so far as the oil and gas resources are concerned, the agreement is not a loss for Malaysia," said Abdullah who had visited Bandar Seri Begawan for a two-day working visit on March 15 and 16 last year before he stepped down as prime minister two weeks later on April 3.

Abdullah was responding to questions raised by his predecessor, Tun Dr Mahathir Mohamad, who said Abdullah had surrendered the two blocks in negotiations with the Sultan of Brunei in exchange for Limbang which straddles the Sarawak-Brunei border.

Dr Mahathir said the loss of the two blocks cost Malaysia at least US$100 billion dollars (RM320 billion) from an estimated reserves of almost one billion barrels of oil...

"Sovereign rights to the resources in this area now belongs to Brunei.

However, for this area the agreement includes a commercial arrangement under which Malaysia will be allowed to participate, on a commercial basis, to jointly develop the oil and gas resources in this area for a period of 40 years," he said.

Details of this would be further discussed and thus, in so far as oil and gas resources, the agreement was not a loss for Malaysia, he added.
-- BERNAMA


Nota:

Saya setuju dengan anda supaya
Kerajaan Mohd Najib Abdul Razak perlu memberi penjelasan tanpa sebarang percubaan “cover-up”.


Jangannya nanti ini 'family fued'.

Saya cuma nak tahu di mana berdirinya syarikat yang di terajui Mokhzani dan syarikat yang diterajui Kamarudin dalam hal ini.

Dan jangan pula ada orang yang mengadu domba untuk kepentingannya sendiri dan semua negara kita - rakyat yang rugi sebenarnya.

Abdullah baru sahaja cadangkan Islam Hadharinya disekalikan dengan 1Malaysia.

Yang sungguh jeleknya berita Finland menjadi model bagi NEM.

Apa beranikah diadakan siasatan menyeluruh dalam hal ini?

Salam Hormat

Hazrey said...

Salam dato.

Well it is easy. Kalau it is proven that Pak Lah has done that, itu satu pengkhianatan kepada negara and someone ought to drag him to the court of law, but can we do that (or should I say, will that be done?) Takkan forever pemimpin buat salah, they are just being cited atas dasar moral jek?

INDIGO said...

Sdr Amarneng,

boleh tanya sikit?

kalau BN menang di Sibu apa maknanya?

kalau PR menang apa ertinya?

Apakah Ketua Menteri Sarawak masih dihormati?

Terims Kasih.

INDIGO said...

Zabri Mokhtar,

anda orang Melayu?
jangan meludah ke langit.

the sexy bugger said...

Kenyataan Pak lah mengenai latarbelakang isu ini menimbulkan persoalan yang sukar difahmai. Bagaimana perkara begitu besar yang diluluskan oleh kabinet tidak diumumkan ketika itu. Apakah jemaah menteri tidak fahaman tentang implikasinya.Atau mereka tidak faham langsung kedudukan sebenar.Tidak masuk akal. Natijahnya, penjelasan yang lebih tertib sangat perlu.

Mohd Faizal said...

Salam Dato'

Sebagai orang muda, saya sangat kecewa dengan tindak tanduk kepimpinan negara akhir-akhir ini. Selepas satu, satu pendedahan yang mengejutkan rakyat.

Apa lagi yang tinggal boleh diharapkan

Anonymous said...

aku memang tabek hormat habis kat Tun M. aku sanjung beliau. tapi dalam soal ini aku salahkan beliau kerana letakkan pak lah sebagai ganti. tak lama lepas pak lah naik dia jam kan perojek jambatan selat tebrau. lepas tu mangkok hayun dia bagi pulau batu putih kat lee kuan yew. lepas tu padang minyak pula. ini semua salah Tun M kerana pilih pak lah. tapi, aku tetap sanjung dan hormat kat Tun.

anak johor.

mtgbertam said...

Moral of the story :

1. Mmg ini kerja pemimpin UMNO, balun duit negara.

2. Yg balun banyak akan buat bising untuk tutup kisahnya yg mungkin akan lebih misteri.

3. Ada ke orang masuk UMNO yang ikhlas nak membangunkan bangsa? Yang ada, nak kebas duit negara banyak la.

4. Slogan hanya selling point.

5. Otai mcm dato' mmg karat dgn saki baki fahaman nasionalis palsu.

Mana dia saji?

pakbelalang said...

One blunder after another made by Pak Lah administration. That was the quality of a sleeping Prime Minister.

I had earlier mentioned in your blog that we really need technocrats to run the govt. We can't afford to have haprak and HP6people to administer the govt.

It is time for PSD to get a pool of highly qualified administrators to advise stupid Ministers particularly in the Foreign Minstry. If you get a Prime Minister like Pak Lah this is what we get. All KOYAK !!! Habis negara dijualnya!!!

Anonymous said...

Salam Dato'

Ini adalah tragedi MAHA dahsyat pada abad ini yang berlaku di negara kita. Memang sah UMNO/BN dah tak layak memerintah lagi! Apa lagi yang boleh UMNO/BN nak gadai selepas ni?

Nah nyata sekarang siapa pengkianat negara yang sebenar!

Segera tubuhkan Suruhanjaya Diraja siasat sampai ke lubang cacing.

Jangan nak berDOLLAH dalih lagi.Rakyat dah bosan dengan sikap bermuka2 pemimpin UMNO/BN sekarang.

Kalau pembangkang buat hal, bukan main lagi hentam dia orang. Bila kena batang hidung sendiri baru tau. Boleh blah.

Ali Baba Bujang Lapok said...

Kita kena bersatu jika benarlah perkara ini berlaku maka kita semua sebagai rakyat malaysia kena bersama-sama menuntut perkara ini disiasat secara terperinci.. tak kiralah siapa yang terlibat.. Tun Lah ker KJ ke.. kalau mereka terlibat.. dakwa dan hukum mereka dengan hukuman yang paling berat yakni sebagai penderhaka kepada negara..

pemerhati said...

bloggers,

baca lah dulu blog TDM sebelum buat komen membabi buta.

sewaktu rundingan, tiada wakil petronas hadir mahupun di beritahu terlebih dahulu.

Yang hadir cuma orang wisma putra. Tanya lah syed Hamid yang pernah di khabarkan akan dilantik menjadi chairman Petronas.........

jadi apa relevan syed hamid di war warkan akan jadi chairman petronas waktu zaman Dollah nak pencen dulu?

ehemm


p/s saya sokong 100% buat royal comm tentang hal ini.
Kenapa orang PR senyap aje bila isu berkait dengan dollah.

Anonymous said...

Seawal Kesultanan Melaka dulu pun Hang Tuah telah memberi omen secara "reverse psychology" tentang survival orang Melayu akan datang.

Sebelum blok minyak dan Limbang kan banyak dah hilang?

Immigration records, enjin jet, entah dah berapa trillion RM melalui songlap, very incriminating photo (VIP), Nurin....

Dan banyak lagi yang akan hilang sebelum firasat "antithesis" Hang Tuah itu berlaku dalam ertikata grand finale.

Malang sekali Hang Tuah tidak berkata sedikit pun kenapa firasat "antithesisnya" itu akan berlaku.

Amat mustahil bagi orang yang berfirasat seperti Hang Tuah tidak tahu langsung di manakah punca-puncanya.

mat royan

Ibrahim Perkasa said...

Dear Kadir.

Dato Rais was the foreign Minister and he attend the meeting with Sultan balkiah and he is still in Najib Cabinate.Rais should be able to give batter explanation to us.

Wajasetia said...

Salam Dato'
Hebat sungguh kuasa magik negara kita ni. Kita ingat enjin jet sudah cukup besar untuk dihilangkan, rupanya ada lagi yang lebih besar? Agak-agak la, lepas ni siapa yang akan jadi kambing hitam? Peon? Despatch? atau mekanik kereta?

Nikmat sungguh jadi pemimpin di negara yang makmur ini.

jebat said...

Salam Dato'.

Sekiranya benar mengapa tak ditubuhkan SURUHANJAYA DIRAJA.
Biar jelas Siapa yang bertanggungjawab.
Kenapa pemimpin UMNO sunyi sepi .. kelu lidah macam kena pukau Atau.... ada apa-apa ke ?
Kalau ini gayanya ... awas 2013 nanti Jangankan dapat 2/3 majoriti,kalau dapat 1/3 pun untung.

Aku menyampah pemimpin yang bermuka muka..

Anonymous said...

Dia kasi kat Brunei dan dapat banyak komisyen utk biayai KJ menjadi PM.

Mat Sabun

A KADIR JASIN said...

Berikut adalah penjelasan Petronas seperti dilaporkan oleh The Star hari ini, Sabtu 1 Mei.

Petronas clarifies on the two oil-rich blocks

KUALA LUMPUR: Petronas has been invited by the government of Brunei to enter into an agreement to develop the two blocks of oil rich areas in the South China Sea on a commercial arrangement basis.

In a statement here on Saturday, the national oil company said it had since set up a team that had begun negotiations with Brunei to work out the terms of this commercial arrangement.

"Both parties are committed to arriving at a mutually beneficial arrangement as soon as possible," it said.

Petronas said it also wished to clarify reports on the offshore exploration areas designated as Blocks L and M following the execution of the Exchange of Letters between Malaysia and Brunei on March 16, 2009.

"This exchange was a culmination of a long-standing issue between the two countries to arrive at a mutually beneficial arrangement, which allowed Petronas to enter into new production sharing contracts for both blocks.

"Petronas confirms that following the exchange of letters, the production sharing contracts covering Blocks L and M, which were awarded in 2003 to Petronas Carigali Sdn Bhd and Murphy Sabah Oil Co Ltd were formally terminated on April 7 this year as these are no longer part of Malaysia.

"Blocks L and M are redesignated as Blocks CA1 and CA2 respectively," it said.

The controversy over the two blocks have arisen after former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad had in a blog posting asked why the two blocks no longer belonged to Malaysia.

Dr Mahathir said the two blocks had been claimed by Malaysia based on historical facts.

In response, former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi had refuted claims that he signed away Malaysia's rights over the two blocks.

Abdullah had said that he signed the agreement after the Malaysian Cabinet approved the deal on Feb 11, which stated that while sovereign rights over these two areas belonged to Brunei, it also allowed Malaysia to participate in jointly developing the areas for 40 years.

Anonymous said...

Datuk, kalau betul Kabinet lulus perkongsian telaga minyak itu dengan Brunei, pasal apa kerajaan diam tak bagi tahu rakyat jelata sampai Tun Dr M dan media massa serta Murphy Oil Corporation, laporkan hal itu?

Inilah yang buat saya susah nak percaya berita bernama berikut.

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau telah menandatangani perjanjian persempadanan laut dan darat dengan Brunei pada Mac 2009 di mana pertindihan dua medan eksplorasi menjadi milik Brunei selepas ia diluluskan Kabinet Malaysia sebulan sebelum itu.

Dalam satu kenyataan pada hari Jumaat, bekas perdana menteri mengesahkan bahawa konsesi Blok L dan Blok M kini adalah milik Brunei tetapi perjanjian itu meliputi persetujuan komersial yang membolehkan Malaysia menyertai dan membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan itu untuk tempoh 40 tahun.

"Kaedah kewangan dan operasi bagi melaksanakan persetujuan ini akan dibincangkan lagi oleh kedua-dua pihak. Ini bermakna bahawa bahawa dari segi sumber minyak dan gas, perjanjian ini bukan satu kerugian bagi Malaysia, kata Abdullah yang melakukan lawatan kerja dua hari ke Bandar Seri Begawan pada 15 dan 16 Mac tahun lepas sebelum meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dua minggu kemudian pada 3 April.

Saya nak tanya Dollah dan Najib pasal apa diam-diam? Kita pun bukan tak biasa dengan perkara macam ini. Kita pun dah lama ada JDA dengan Thailand di Pantai Timor Semenanjung.

Pasal apa kerajaan Abdullah dan sekarang kerajaan Najib buat diam-diam saja?

Nak pakat dengan Brunei bagi kontrak Blok L dan M ni kepada anak, menantu dan adik-beradik lagi ka?

Apa jadi dengan PR Najib? Kalau rakyat didahulukan, bagilah tahu kepada Rakyat supaya rakyat tak keliru. Tun Dr M pun silap juga. Dia Penasihat Petronas, apa pasal tak soal-selidik dulu? Hassan Merican tak bagi tahu Tun ka? Jangan main kayu tiga dengan rakyat buruk padahnya.

Tengok Hulu Selangor, curah duit pun banyak lagi rakyat tak undi BN.
Orang tak percaya pasal suka sangat sembunyi maklumat dan cakap putar-belit.

Ex-Banker

Anonymous said...

Datuk,

When a PM, in this case Sleep Apnia Dollah Hadhari, entered into a major agreement with another sovereign nation, and kept quiet until it was exposed by the media, there must be something fishy he and Najib were trying to hide.

Clearly now Brunei gets to share in the renevue of the two blocks without having to renounce its claim on Limbang. So Brunei had taken Abdullah for a ride and Abdullah led us up the garden path with his false promises of settlement with Brunei.

We lost to Singapore and we lost to Brunei, bullied by two small neighbours because our former sleeping PM relied on family members and inept civil servants for advice.

Lawgiver

Bleacher said...

The recent statement by Petronas still requires the government to explain why the sovereignty rights of that area given to Brunei. Fight for natural resources yes but it has finite capacity. Defending your land/sea/air sovereignty is like patriotic duty. There shouldn't be any compromise that none can be use as bargaining chip. Is the government missing the point here?

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

Dengan Izin.

Najib: Malaysia Hopes Trade With China Will Double In 5-6 Years

KUALA LUMPUR, April 28 (Bernama) -- Malaysia would like to see trade between Malaysia and China double in the next five to six years, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said here on Wednesday.

Even in the midst of a global economic recession, trade between China and Malaysia still achieved US$51.96 billion in 2009.

"Over the past several years, bilateral trade has grown by an average of RM11.3 billion per year," he said at the launch of the Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Bhd (ICBC), here, which is the largest commercial bank in the world.

Also present was vice chairman and president of ICBC Group, Dr Yang Kaisheng. ICBC Malaysia will have four branches with the main office located at Menara Maxis...


Nota:

Saya kira soalan saya ini berkaitan dengan 'strategic assets' negara:

Dengan NEM yang diuar-uarkan, apakah menghalang GLC kita dari dibaham ICBC?

Dan saya setuju dengan komen Sdr Ex-Banker

Salam Takzim

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum

Tidak adakah mana-mana pihak dapat memujuk bekas pemimpin kita tidak cuba jatuh-menjatuhkan air muka rakan sekerja dahulu dikhalayak ramai kerana buruk implikasinya terhadap Kerajaan khasnya dan orang Melayu umumnya.Kepada rakan pembahas yang menyoal mengapa pihak Petronas dan lain-lain orang tidak melaporkan perkara ini jawabnya tiada ruang untuk berbuat demikian kerana adanya undang- undang seperti Akta Rahsia (OSA) ,Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA)dan lain-lain peraturan melindungi pihak Kerajaan.

Kepada pihak yang menyarankan siasatan dilakukan dan hukuman berat dikenakan kepada pesalah implikasinya terlalu besar kerana ia melibatkan seluruh ahli Kabinet pada masa tersebut termasuklah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekarang. Sanggupkah ahli UMNO melihat tumbangnya Kerajaan UMNO dengan tidak terlibih dahulu mengkaji apa yang dilakukan Kerajaan itu wajar atau tidak mengikut undang-undang Negara dan Antarabangsa.Kerajaan Negeri Kelantan boleh mengambil iktibar dari peristiwa ini dimana sesuatu telaga minyak itu terletak disempadan perairan sesebuah negeri maka haknya dipunyai oleh Negeri berkenaan dengan memberi option kepada Kerajaan Persekutuan/Petronas mengusahakannya.

Betulkah PM ke 5 seorang sahaja bersalah dalam kes Batu Putih. Kalau tidak salah saya persetujuan membawah kes tersebut ke Mahkamah Antarabangsa berlaku sebelum beliau menjadi PM .Kalau tidak salah saya salah satu peta yang digunakan dalam perbicaraan tersebut yang dikeluarkan Malaysia dimana tercatit nota mengatakan pulau tersebut dikendalikan Singapura.

Marilah kita bersama-sama berusaha membaiki keadaan yang berkecelaru sekarang supaya ianya tidak bertambah buruk.Kita hendaklah berfikir dahulu semasak-masaknya sebelum membuat kenyataan.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Pencetus Strategik Vision
Petaling Jaya.

Unknown said...

semoga sihat dato kadir,

Ayat akhir dato - 'depan kita buat bodoh, belakang kita dia sapu'

itu ayat bikin tak boleh tidor lah dato.....

buyong said...

Kenapa isu ini tak menjadi tajuk besar muka depan media tempatan?

Mana Najib punya media management?

Cetusan said...

macam2 berlaku bila rakyat tak nampak..

Anonymous said...

SALAM DATO DAN SEMUA,

INDIGO,
orang kerdil bila berdalil
tanpa fakta merbahaya.
You got the facts?
HA HA HA HA HA

INDIGO,
anda orang Melayu?
jangan meludah ke langit.
KAH KAH KAH KAH

IKHLAS,

Roti Planta said...

Dato',

Saya doakan semoga sehari dua sebelum Najib bersara, dia tandatangan serahkan minyak Kelantan kepada Kelantan secara senyap2... Amin

Bye/Roti Planta

saji said...

Sdr mtgbertam

1. Saya cukup takut ketua menyandar tidur ketika anak buahnya buat bising

2. Satu kontra deal menutup pekong masing2 di antara Pak Lah dengan DS Najib sebagai balasan peralihan kuasa yang lancar.

oil man said...

Dato

dulu Petronas label blok ini sebagai L dan M.

Tapi lepas Dol sign dengan brunei, gomen brunei label blok ini sebagai J dan K

Bunyi dekat dekat dengan K J.

Apa kah dato dan scomi ada kepentingan juga di sana.

Mintak penjelasan sikit, dato KJ

pengkaji said...

Dato

Saya tak percaya Petronas lalai dalam hal ini. Kalau mereka boleh berjaya secure job di merata dunia - asean, afrika, timur tengah, asia tengah dan pelbagai lagi hingga termasuk dalam Fortune 500.

manakan mereka boleh terlalai dengan blok di sempadan Malaysia / Brunei jika tiada campurtangan pihak yang berkepentingan di zaman Abdullah Incorporated.

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

Dengan Izin


Invested Interest
(pertanyaan kita kepada ex-banker)

Dalam IPO apakah perlu kepada 'underwriters'?

dan, underwriters ini untung mereka macamana?

Siapa underwriter yang termasyhur di negara kita? Si-maverick yang menjayakan Sime M&A?

Di Barat, selain dari tidak gemar orang berburka, mereka pun kurang gemar dengan 'fat bonuses', apakah benar jalan fikir kita: sepasang kekasih SPRM dan LHDN jujur mahu pergi memancing tetapi berkail sejengkal?

Apa pun pelaburan dalam amanah saham-amanah saham kita mestinya berbaloi, bukan?

Ex-Banker, di mana Khazanah Equities, Al-Rajhi, Citibank, Hong Kong & Shanghai dan ICBC dalam cerita NEM kita?


Terima Kasih dan Salam Takzim

Unknown said...

Asm..
Cantik. sapu lagi ada .Inilah akibat apabila menyerahkan kerpimpinan kepada yang bukan ahlinya.Tunggulah kebinasaan.

abdullahngah said...

Berckapa pasal misteri kehilangan dua blok padang minyak ini teringat saya dengan apa yang pernah berlaku pada zaman mahathir jadi perdana menteri dulu.

Dulu hebuh pasal Mahathir hendak jual limbang kepada Berunai.

Begitulah apa yang berlaku dan dilakukan oleh pemimpin UMNO yang diberi amanah untuk memerintah negara ini.

berpakat ratah dua rakyat, lepasa cari duit kerana tidak cukup duit untuk memerintah negera.

Maklum sahajalah perolehan negara rendah belanjanya lebih besar.

Peranagi mereka ini macam beli baju tidak ukur badan sendiri.

Lepas buat apa sahaja, hatta jual negara sekalipun.

Mereka tidak kisah apa yang berlaku pada negara ini asalkan mereka dapat bucetkan perut mereka sudahlah.

hantu raya ramai dan menguasai pemikiran pemimpin melayu UMNO sejak dari daulu lagi.

Hantu raya baru mungkin lebih licik untuk menguasa harta negara, sebab itu slogan rakyat didahulukan dimomok momokan.

INDIGO said...

Zabri Mokhtar,

Thank you.
I couldn't pull it off without you.

Salam Takzim

A KADIR JASIN said...

Sdr/Sdri Lawgiver, I don't think our ex Pm suffers from Sleep Apnea (Apnea not Apnia).

His symptoms are different from Sleep Apnea. According to American Heritage Dictionary, Sleep Apnea is a temporary suspension of breathing occurring repeatedly during sleep that often affects overweight people or those having an obstruction in the breathing tract, an abnormally small throat opening, or a neurological disorder.

Our former PM is more likely to suffer from EDS (Excessive Daytime Sleepiness)which is defined by Wikipedia as being characterized by persistent sleepiness, and often a general lack of energy, even after apparently adequate night time sleep. Sudden involuntary sleep onset, and microsleeps are common complications.[citation needed]

EDS is a symptom of one of the two forms of the sleep disorder hypersomnia, the other being prolonged nighttime sleep.

Some persons with EDS, including those with narcolepsy, are compelled to nap repeatedly during the day; fighting off increasingly strong urges to sleep during inappropriate times such as while driving, while at work, during a meal, or in conversations. As the compulsion to sleep intensifies, the ability to competently complete tasks sharply diminishes, often mimicking the appearance of intoxication.

Thank You

Anonymous said...

DAKJ,

Kesimpulannya, Petronas dah jelaskan 4 perkara:

1."Petronas confirms that following the exchange of letters, the production sharing contracts covering Blocks L and M, which were awarded in 2003 to Petronas Carigali Sdn Bhd and Murphy Sabah Oil Co Ltd were formally terminated on April 7 this year as these are no longer part of Malaysia.

2."Blocks L and M are redesignated as Blocks CA1 and CA2 respectively," it said.

3.Petronas has been invited by the government of Brunei to enter into an agreement to develop the two blocks of oil rich areas in the South China Sea on a commercial arrangement basis.

4.Petronas said it also wished to clarify reports on the offshore exploration areas designated as Blocks L and M following the execution of the Exchange of Letters between Malaysia and Brunei on March 16, 2009.

Apa lagi yang kurang jelas?

@ Blok minyak itu telahpun diserah kepada Brunei. Usaha dimulakan oleh Abdullah Badawi dan dilengkapkan oleh Mohd Najib.

Datang PRK/PRU, masih lagi ramai yang akan kata BN/UMNO sahaja yang boleh diharap.

Kalau kata saya bodoh, saya diam saja sebab saya tak sekolah tinggi.

TAPI,

Kalau kata "yang undi BN adalah mereka yang ludah kelangit" nanti ramai pulak yang marah-marah.

Itulah bahananya undi ikut arus perdana!

Fed Up

Anonymous said...

Menteri-menteri kabinet yang bertunjangkan parti Umno sebenarnya tidak boleh dipercayai 100% samaada dari cakap mereka atau perbuatan mereka.

Mereka mempunyai strategi serampang lima mata hanya satu mata untuk rakyat dan empat mata untuk diri sendiri dan kroni-kroni.

Harap Dato' risik-risik lah dan pasang telinga mana tau ada lagi benda tak masuk akal yang telah depa buat atau akan depa buat.

Kalau pembesar-pembesar umno ni nak jual teloq depa atau teloq depa hilang itu depa punya halll tapi harus diingat rakyat marhaen juga punya hak keatas bumi Malaysia ini.jangan pikir mereka punya kuasa maka mereka bebas melakukan apa saja seolah -olah Malaysia ini bapak mereka yang punya!!!!!.
p/s Harap maaf sedikit emotional...

dari Man Ngantuk

mad said...

inilah akibatnya bila bn dapat 2/3 majoriti di parlimen. masih lagi mahu bn mendapat majoriti ini? sistem 2 parti adalah arah terbaik buat negara ini agar skandal besar seperti ini tidak berulang lagi.

namun begitu saya yakin penduduk limbang akan lebih selesa jika berada dibawah pemerintahan brunei.

saji said...

Salam Dato'

Agaknya mantan PM Pak Lah terbawa2dengan dasar kompromi UMNO di kalangan parti2 komponen BN dan dasar luar mengkaya dan memakmurkan negara2 jiran.

Tidak dinafikan ada kebaikannya. Tetapi, jangalah sampai negara kecil membuli negara besar dan parti kerdil membuli parti besar!

Apapun, ia mengesahkan dakwaan saya sebelum ini bahawa, para pemimpin UMNO sudah menebal fahaman kapitalisnya.

Anonymous said...

urg serawak cool jak.korang plak kecoh lebih. typical lepeh u guys are. paloi sik abis. hal bekarat nomo satu kitak urang ya. muka ktk urg diat.

urang serawak

aurelia said...

bedolah kener bertanggungjawab dlm hal nie..kpd yg nk salahkan umno tue..cuba la korang igt per kerajaan pas kat kelantan tue buat..berapa banyak balak yang dah habis??

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Sejak awal Tun Dr. Mahathir menyebut bahawa tindakan menyerahkan padang-padang minyak itu dibuat tanpa pengetahuan Petronas. Jadi yang terus-terusan menyalahkan Petronas tu, patut lebih memahami kenyataan itu. Petronas terpaksa menamatkan perjanjian yang telah dimeterai dengan Murphy kerana padang-padang minyak itu telah bertukar milik. Soal sempadan negara bukanlah dalam kawalan Petronas. Soal kedudukan TDM sebagai penasihat, sama juga dengan kedudukannya di Proton, Augusta pun dijual tanpa pengetahuannya. Dalam kes blok L dan M ini, langsung Petronas tidak terlibat, cuma Petronas menerima kesannya sahaja.

Brunei dengan Singapura memang diketahui keakrabannya. Bila Singapura berjaya tipu Malaysia dalam soal Pulau Batu Putih, sudah tentulah Brunei memohon nasihat Singapura bagaimana memperdayakan Malaysia di bawah PM yang sama. Buat-buatlah cerita bersabit Limbang dengan janji kepada PM ketika itu akan disanjung sebagai penyelesai masalah. Akhirnya laut berminyak dia dapat, sempadan darat masih tidak jelas.

Najib kenalah lebih jujur kepada dirinya dan rakyat. Dalam perkara sebesar ini, janganlah berdolak dalik sehingga memualkan rakyat yang menyandarkan harapan kepadanya. Kalau Najib tidak telus, yang busuk ialah BN dan UMNO sebagai peneraju kerajaan. Kalau Najib berani dan jujur, busuk itu mungkin akan terlempar kepada PM dan suku sakatnya yang berleluasa pada ketika surat-surat itu ditandatangani. Dedahkanlah, dan ambillah tindakan mengikut peruntukan undang-undang. Sebahagian keyakinan rakyat akan pulih jika Najib bertindak dengan cara yang diharapkan. Dan keyakinan kepada BN akan kembali, atau sekurang-kurangnya isu-isu begini tidak dapat dijadikan modal oleh pembangkang untuk meraih sokongan.

Unknown said...

kalau tindakan paklah satu pengkhianatan ini memalitkan sama najib dan menteri yg ada dlm kabinet wakti itu. mungkin adat kabinet 1malaysia semuanya main angguk2 je.

jebat said...

Salam untuk dato' dan semua.

Saya rasa kita berleter panjang panjang disini tak mendatangkan hasil.
Saya masih dengan pendirian saya "SURUHANJAYA DIRAJA" yang dipilih/dilantik sendiri oleh Majlis Raja raja adalah jalan yang lebeh baik.
Kita lihat apa sudahnya... atau
..Tunggu PRU 13 kita tentukan pendirian kita. sekian.

pakbelalang said...

Concern over teenagers hanging out late at night
By HARIATI AZIZAN and WONG PEK MEI
Photo by GLENN GUAN (The Star)


KUALA LUMPUR: They have become a common sight in the wee hours of the morning – youngsters hanging out with friends in various spots in the city.

comment:

Untuk mencegah anak-anak berkeliaran diwaktu malam saya ingin cadangkan supaya semua restoran diseluruh negara ditutup pukul 10 malam dan kelab malam pukul 12.00 malam.

Implikasi dari cadangan saya tentunya akan membawa ketenteraman kepada kehidupan rakyat;

1. Keselamatan awam lebeh terkawal lagi.
2. Kesihantan rakyat lebeh baik.
3. Produktiviti kerja akan meningkat.
4. Hubungan keluarga akan lebeh sempurna dan terjaga.
5. Pekerja asing dapat dikurangkan.
6.Gejala sosial kepada anak muda dapat dikawal.

Bagi pekerja yang berkerja waktu malam, kantin hendaklah disediakan dikawasan pejabat atau kilang diwaktu malam.

Kedai-kedai dikawasan rehat lebuh raya boleh dikecualikan untuk dibuka 24 jam untuk menampong pemandu kereta dan lori diwaktu malam.

Saya rasa di negara barat restoran-restoran dan kedai membeli belah tutup lebeh awal diwaktu malam.

Jadi mengapa kita tidak boleh lakukan seperti dinegara barat.

Kita harus beri pertimbangan sewajarnya antara baik dan buruknya dalam meningkatkan aktiviti ekonomi disetengah sektor. Peningkatan aktiviti ekonomi tidak harus diberikan keutamaan jika ada sampingan negatif seperti gejala sosial yang boleh memburukan kehidupan kita dan membebankan negara.

vinnan said...

Tak habis habis awak kata orang Cina akan rampas Tanah Melayu dari orang Melayu. Yang jual Malaysia orang Melayu lah. Orang Cina telah selama ini melabur beratus ribu juta dalan ekonomi Malaysia tapi dipanggil komunis dan pelacur.

Padan muka orang bodoh macam awak.

Anonymous said...

Org melayu terutama dari parti Umat Melayu No Otak mmg takkan belajar dari kesilapan. Dato, kalau tgk filem Titanic bolehlah digambarkan perkara tsb akan berlaku pd org2 melayu di negara ini.

Bila kapal besar nak tenggelam, yg terselamat dan diselamatkan hanyalah kaum perompak harta rakyat dan elit2 yg menghisap kekayaan negara. Sementara rakyat marhain yg ramai akan dibiarkan terkontang-kanting.

Tok, saya masih hairan knp org melayu yg menyokong umno ini masih tidak nampak betapa parahnya umno di kala ini.

UMNO dan DUIT tak dapat dipisahkan. Inilah perjuangan pembesar2 umno di zaman ini. Dan saya yakin, kalau negara ini tergadai, negeri yg mula2 akan terjual pd negara asing kelak adalah negeri kelahiran pak belalang yg sememangnya karat umno. Masa tu baru tahu langit tinggi rendah dan menangis pun tak berlagu.

p/s: yg misterinya, knp dr mahathir membangkitkan isu ini skrg. Maaf cakap, bagi saya, dr mahathir lagi tak boleh dipercayai dari yg lain2. Org yg suka baling batu sembunyi tangan.

rakyat dah bijak

A KADIR JASIN said...

Sekadar menyegarkan semula ingatan kita.

Pembinaan Jambatan Bengkok dibatalkan kerana Singapura protes.

Singapura protes kerana Malaysia membatalkan eksport pasir kepadanya dan tidak membenarkan jet pejuangnya menggunakan ruang udara Malaysia.

Singapura akan setuju pembinaan Jambatan Bengkok di wilayah Malaysia kalau Malaysia jual pasir kepadanya dan benarkan jet pejuangnya guna ruang udara Malaysia.

PM Abdullah batalkan pembinaan Jambatan Bengkok dan hentikan semua rundingan mengenai isu tertangguh dengan Singapura.

Singapura tak rugi malah untung kerena terus dapat bekalan air mentah dengan kadar yang murah dari Johor. Terus bekukan duit pekerja Malaysia dalam CPF dan terus tidak benarkan pembangunan tanah KTM di Singapura.

Lepas itu Malaysia kalah perbicaraan menuntut Pulau Batu Putih.

Blok L dan M dicarigali oleh Petronas dan kontrak mengeluarkan minyak diberikan kepada Murphy Oil.

Abdullah lawat Brunei dan "serahkan" dua blok itu kepada Brunei tanpa penyertaan Petronas dalam rundingan.

Abdullah buat kenyataan kata isu tuntutan Brunei ke atas Limbang selesai, tetapi Brunei menafikannya.

Kesimpulannya, Brunei dapat Blok L dan M dan pelawa Petronas kerjasama/kongsi, tetapi terus tuntut Limbang sebagai wilayahnya.

Abdullah kata Kabinet (termasuk Mohd Najib sebagai TMP) bersetuju, tetapi penyerahan padang minyak itu kepada Brunei disembunyikan sehinggalah terdedah akibat kenyataan Murphy Oil dan laporan media massa.

Soalnya, mengapa dirahsiakan?

Tidak hairanlah ramai pembahas nampak ada konsprirasi dalam perkara ini -- khasnya mengenai siapa mendapat kontrak dan sub-kontrak memajukan dua blok yang diserahkan secara diam-diam kepada Brunei itu.

Terima kasih.

adinda said...

Pak Lah ni entah baca ke tidak surat perjanjian tu?

Dia tu main tandatangan je. Malas nak baca. Malas nak berfikir.

Sama la dengan ahli parlimen/DUN Terengganu, pahang, Sarawak yang berat mulut dalam dewan. malas nak berfikir. Dalam dewan macam orang bisu je.

pakbelalang said...

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI

comment:

Apa ertinya menikmati damai abadi kalau semua yang dilakukan oleh Pak Lah menjual maruah bangsa dan negara!!

Menikmati damai abadi dengan gaya hidup khayal dan terlena hingga sanggup menggadaikan pusaka khazanah negara!!

pakbelalang said...

The national oil corporation, Petronas, said today it has been invited by Brunei to develop two offshore exploration areas formerly designated as Blocks L and M on a commercial arrangement basis.


comment:

Dah tongang terbalik jadinya. Who is inviting who now?

Tinta Hitam said...

Datuk

Saya sebenarnya tidak begitu sensitif dengan kehilangan dua blok kawsan minyak tu.Sebab ianya jatuh kedalam Brunei.Brunei adalah Negara Islam dan melayu.Sultan Brunei saya anggap Raja saya. Maknanya ia tak jatuh ketangan orang lain.lagi pun tuntutan tu tuntutan bertindih ditengah laut Cina Selatan sana.PERKASA punya lah marah dan suruh tubuhkan Royal Commision.Padahal organisasi ni sepatutnya tak perlu marah sebab ianya jatuh ketangan melayu juga.

Saya cuma sensitif bila Pulau Batu Putih yang sahih sepatutnya berada ditangan kita telah jatuh ketangan orang lain.Saya rasa sangsi dengan pihak peguam Malaysia yang bawak kes ni ke Mahkamah The Hague..Seolah olah ada permainan rahsia nak serahkan Pulau Batu Putih tu kepada Singapura dengan sedikit tukaran wang kepada pihak pihak tertentu.Saya rasa pelik pasal apa NGO NGO melayu tak mengamuk

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

You are an excellent role model, indeed.

I was wondering why there are no police report made and why MACC should be involved in this matter.

In short, the Thais are indeed honorable people.

It has been a long time I have followed your blog and you have taught me a good great deal. You lead a tight ship.

This is where I get off the ship.

So I wish you panjang umur, murah rezeki dan sihat-sihat selalu. And best wishes to your effort to membina bangsa dengan pena.

Terima Kasih dan Salam Hormat.

Anonymous said...

Salam Dato',

Tun Dr Mahathir (TDM)timbulkan isu kehilangan blok L dan M dengan maksud hanya dia saja yg tahu 100%. Kebimbangan INDIGO (9.26 PM) ada asasnya kerana elit politik dan dagang Melayu hanya berkisar pada beberapa keluarga. Yg terserlah daripada pendedahan ini ialah hanya ketololan (kealpaan? ketidakmampuan?) Tun Abdullah Ahmad Badawi (TAAB). Kita pun ramai-ramai ikut hentam TAAB sehingga terlupa saham TDM dalam hal ini (dan banyak hal-hal lain juga).

Selama 22 tahun TDM pegang kuasa dia hanya mampu lahirkan pengganti yg kalibernya sekedar TAAB. UMNO yg mengaku juara bangsa dan negara kenapa biarkan orang kelas TAAB jadi PM Malaysia? Akhbar perdana Malaysia kenapa tak jalankan tanggungjawab membela negara sehingga perkara sebejat ini timbul melalui blog internet tetapi tidak melalui akhbar?

Saya fikir, jika disiasat dengan saksama pasti akan timbul lebih banyak sampah yg selama ini diperap dibawah karpet.

Sudah tiba masanya Malaysia ada sistem dua parti yg saling mengawal tingkahlaku kerajaan yg memerintah. Kerajaan yang terlampau kuat kuasanya terbukti telah terlalu angkuh sehingga tidak boleh dibetulkan. Absolute power corrupts absolutely.

Pak Hj JB

Anonymous said...

SALAM DATO DAN SEMUA,

YA SETUJU SESANGAT DENGAN KENYATAAAN DATO.

Sekadar menyegarkan semula ingatan kita.....

IKHLAS,

P/S INDIGO - UWEEeeeeekkk :o)

A KADIR JASIN said...

Najib: M’sia, Brunei border talks will lead to a win-win solution

SIBU: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is confident that talks to resolve sea and land boundary issues between Malaysia and Brunei will result in a win-win solution for both countries.

He said that both countries were negotiating the matter as a package, covering all aspects, including the role that Petronas could play with regard to exploration and development, and investment opportunities for Brunei corporations in Malaysia.

"The Sultan of Brunei Sultan Hassanal Bolkiah has always said he wanted to see a solution which is based on a mutually-beneficial formula," he said.

The prime minister was speaking to reporters after attending a luncheon and presenting Pingat Jasa Malaysia (PJM) medals to 32 armed forces veterans from Sarawak at Rascom Camp at the Ninth Infantry Brigade in Jalan Ulu Oya, near here Sunday. -- The Star Online

Non-partisan said...

Nampaknya cerita Pak Pandir bukan lagi sekadar cerita penglipur lara kerana ia memang benar-benar terjadi di zaman moden ini.

Menang sorak kampung tergadai.

Anonymous said...

DAKJ,

Adakah maksud Najib, melepaskan Blok L dan Blok M kepada Brunei dan kemudiannya Brunei menjemput Petronas sebagai rakan niaga sebagai win-win solution?

Adakah ini amalan dan polisi?

Tinta Hitam, saya tidak dapat setuju dengan anda. Hak Malaysia tetap hak Malaysia. Saya percaya orang Brunei juga berpendapat, hak Brunei tetap hak Brunei. No overlapped rights.

Apapun saya cuma faham hubungan Kelantan-Patani dan tidak berlagak seperti tahu hubungan Sarawak-Brunei.

Fed Up

borneo menggugat said...

Dato',

Ada yang pembahas kat sini terlupa iaitu : AMBALAT.

Saya nak tanya, kalau buruklah yang terjadi, berlaku perang dengan Indonesia berkenaan Ambalat, bolehkah kapal selam scorpion tu poi nyolam kek ambalat dan lotupkan kapal perang Indonesia ? Kok tak boleh apo guno de kapal solam tu dato' ?

Agak-agak sayalah, najib pun bagi jo ambalat tu kek indonesia, yo dio orang bugis kan ?

cukup-cukuplah tu bertu(h?)ankan umno, punah ranah jadi de.

TDM jangan nak tunjuk handal, kok dio handal, dah solosai pulau batu putih, perjanjian air, duit cpf, tanah ktm tu bagai, tapi apo dio buek salamo 22 tahun bondo tu tak boleh solosai.

Janganlah TDM nak cari salah orang jo, salah sendiri tak nampak.

Walau bagaimanapun dalam hal dengan berunai ni, memang salah PAk Lah, tapi bondo tu, TDM gak yang tinggakan kek TAB tu, masih lai kegagalan TDM tu Jang.

Ado gak lagi balo dengan singapura ni iaitu pulau pisang di batu pahat, kito tengoklah pula najibpun nak borikan koh kek singapura.

JADILAH PEJUANG SEJATI,
TIBO MATO TAK DIPICINGKAN,
TIBO DI PORUT TAK DIKOMPIHKAN.

mawar said...

Salam DAKJ,

Memang sah blok L dan M kini adalah kepunyaan Brunei setelah surat menyurat ditandatangani dan bertukar tangan. Kehilangan hasil sebanyak RM320 Bilion..bukan sedikit dan hampir 100 % pembahas menghukum Pak Lah dan tentunya UMNO dan BN dipersalahkan...dan tulisan Dato juga bersangka kemungkinan ada faedah lain yang kita tidak tahu akan diperolehi oleh Pak Lah dan kroni..Kalau berasaskan kepada kenyataan diatas kita rasa sebak dan marah. Satu kertas putih patut dikeluarkan oleh kerajaan untuk menerangkan isu sebenar.

Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk sama-sama kita tinjau dan faham isu melalui fakta yang didedahkan walau pun ianya adalah terlalu teknikal bagi kita. Blok L dan M adalah kawasan pertindihan dan dipertikaikan, walaupun Petronas terlebih dahulu menandatangani perjanjian pengeluaran...ianya masih bukan hak mutlak kita ...kalau pembahas semua dapat melihat peta Blok L, M dan juga Limbang dan Brunei...hanya kerana Limbang yang memisahkan Brunei menyebabkan Blok L, M boleh berada dalam Malaysia sebahaginnya...dan tuntutan Brunei keatas Limbang belum selesai sepenuh dan ianya ada asas..kita juga sebagai negara berdaulat ada asas untuk mempertahankannya mati-matian. Oleh kerana ada persetujuan untuk penyelesaian pensepadanan laut dan juga darat dan penyelesaian isu Limbang...surat pelepasan blok L dan M dilepaskan dan Brunei sanggup berkongsi pengeluaran dengan Malaysia untuk blok L dan M...sebagai jiran yang baik kedua-dua negara mendapat faedah. Brunei tidak menyerahkan Limbang kepada Malaysia sebagai pertukaran...Limbang sememangnya dalam Malaysia....hanya kebijaksanaan menyerahkan penguasaan blok L dan M kepada Brunei perlu dianalisa dan dipersoalkan...soal sangka buruk kita ketepikan dulu( penguasaan Malaysia hanya dengan adanya Petronas menandatangani perjanjian pengeluaran dengan Murphy Oil...kita bukan pemilik mutlak, ianya masih dipertikaikan).






beburkena hukum dan kalau boleh kita tukar kerajaan sekarang.Ahakan sedikit#arperttelah telahe

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
Datuk AKJ
Izinkan,

Anonymous Said..
p/s: yg misterinya, knp dr mahathir membangkitkan isu ini skrg. Maaf cakap, bagi saya, dr mahathir lagi tak boleh dipercayai dari yg lain2. Org yg suka baling batu sembunyi tangan.

rakyat dah bijak

Jawab kami,
Kami berasa Ayahanda Tun Mahathir tidak dimaklumkan oleh pihak yang berkenaan kerna itulah diblog nya dibuat rujukkan kpd 'The Edge, April 22nd' dan 'Brunei Times'.

Kami amat bersyukur dan menghargai jasa seorang pemimpin yang berani membuat perubahan, yang berjuang siang atau malam demi negara tercinta supaya rakyat nya dapat menikmati kehidupan yang mewah, aman dan sejahtera dan disegani dunia..hanya rakyat yang tidak sedarkan diri akan menafikan nya!

Sikap 'baling batu sembunyi tangan' yang diutarakan adalah bercanggah dengan sikap beliau yang BERANI kerana BENAR!.

Namun kami hormati pandangan pembahas2 yang bersikap syak wasangka terhadap AYAHANDA RAKYAT TUN!..
Mohon maaf

ALFATIHAH, AMIN.

Anuwar JB said...

Salam...

Dato KJ janagan jadi pencacai Mahathir..tiada faedah untuk dibawa ke alam akhirat...

Zainuddin Sulaiman said...

Salam Dato' & pemblog-pemblog & pelayar-pelayar......

Aduh.... sungguh sedih dan betapa terpukul apabila membaca berita tersebut.

Tak mahulah saya menjadi seperti Pak Lah begitu mudah menghadiahkan khazanah negara yang sungguh bernilai itu.

Saya tidak mahu mengulas lebih panjang lagi isu ini, cukup sekadar untuk menyatakan betapa saya sungguh sungguh sedih dengan apa yang berlaku. Only God knows how deeply sad me inside....

terima kasih.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

MalaysianKita said...

(Fed Up 7:18 PM)
Kesimpulannya, Petronas dah jelaskan 4 perkara:

1."Petronas confirms that following the exchange of letters, the production sharing contracts covering Blocks L and M, which were awarded in 2003 to Petronas Carigali Sdn Bhd and Murphy Sabah Oil Co Ltd were formally terminated on April 7 this year as these are no longer part of Malaysia.

2."Blocks L and M are redesignated as Blocks CA1 and CA2 respectively," it said.

3.Petronas has been invited by the government of Brunei to enter into an agreement to develop the two blocks of oil rich areas in the South China Sea on a commercial arrangement basis.

4.Petronas said it also wished to clarify reports on the offshore exploration areas designated as Blocks L and M following the execution of the Exchange of Letters between Malaysia and Brunei on March 16, 2009.

Apa lagi yang kurang jelas?


(Pak Belalang 2:23 PM)
The national oil corporation, Petronas, said today it has been invited by Brunei to develop two offshore exploration areas formerly designated as Blocks L and M on a commercial arrangement basis.

comment:

Dah tongang terbalik jadinya. Who is inviting who now?

2003, Blocks L and M, were awarded to Petronas Carigali Sdn Bhd and Murphy Sabah Oil Co Ltd---maknanya Petronas dan Murphy dah buat kerja-kerja ke atas blok L,M sejak 2003 KERANA DIBERI KEPERCAYAAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA, KEPUNYAAN MALAYSIA.

2009, Kabinet Pak Lah, (BUKAN PAK LAH SEORANG) serah blok L,M KEPADA BRUNAI, jadi blok CA1, CA2. Dah jadi milik Brunai, mesti geran pun bertukar nama!!!

DAN BRUNAI JEMPUT PETRONAS/MALAYSIA MAJUKAN BLOK CA1,CA2 YANG DULU MILIK MUTLAK MALAYSIA BLOK L,M! Dah tongang terbalik jadinya (Pak Belalang).

mASA KITA PUNYA HAK MUTLAK , kenapa tak jemput Brunai majukan bersama blok L,M?

WALAUBAGAIMANAPUN, SOAL JEMPUT MENJEMPUT NI KENYATAAN DARI PEMIMPIN UMNO YG WAKILI KERAJAAN MALAYSIA.

KERAJAAN BRUNAI TAK PULA KELUAR KENYATAAN JEMPUT MENJEMPUT NI.

PAK LAH kata situasi menang-menang.

NAJIB pun keluarkan kenyataan lebih kurang serupa, menang-menang.

APA YANG MALAYSIA MENANG???

INI LAH REJIM UMNO, TAK HABIS HABIS PERBODOHKAN RAKYAT, MENIPU RAKYAT, MENINDAS RAKYAT, JUAL NEGARA.

UMNO JUAL NEGARA!

SIAPA JUAL NEGARA?

UMNO JUAL NEGARA!

SIAPA PENGKHIANAT NEGARA?

UMNO PENGKHIANAT NEGARA!

SEBAB APA?

SEBAB UMNO JUAL NEGARA!

mad said...

saya setuju dengan adinda bahawa ahli parlimen sarawak hanya membisu dalam dewan parlimen. saya sebagai pengundi di sarawak merasa rugi berwakilkan ahli parlimen yg hanya bisu dan menjadi tukang angguk saja. tak berbaloi mereka ini yg diberikan peruntukkan yg tinggi menggunakan duit rakyat.

saya harap pengundi-pengundi di sarawak dapat mengikuti sidang di parlimen dan melihat sendiri prestasi wakil-wakil parlimen yg diundi oleh mereka. rata-rata mp bn sarawak hanya menjadi pak angguk dan membazir wng rakyat.

Anonymous said...

To' Kadiaq,

1. During Pak Lah short tenure as PM, Petronas contributed more than RM300B to the government(I stand corrected on the figure but it was definitely more than RM200B). My question is where did the money go? I did not see any significants projects during Pak Lah tenure. Iskandar?NCER?ECER?etc etc. Those are all talk nothing to show for projects. SO WHERE/WHAT/HOW WAS THE MONEY SPENT ON?
2. Now we have this Limbang fiasco. Pak Lah answer was cabinet approved it. What a lame excuse.
3. Now we should question whether anyone within Pak Lah circle stand to benefit from the 1 and 2.
4. as Rocky said set-up a Royal Commision.
5. Does PM Najib have the gumption to do anything or he'll just play safe as usual and let things go by.

Need Answers

orgkpgdoha said...

Salam Dato.

Naib baik isu ini disiarkan oleh ayahnda Tun Dr Mahathir.kalau orang biasa keluar isu ini dah tentu tak dilayan atau silap2 masuk kedalam...

Syabas ayahnda Tun.

Anonymous said...

Tak mahu bersangka buruk?

Dah jenuh tak bersangka buruk, sejak merdeka lagi. Cuma tanda berubahnya yang kekal tak ada. Makin teruk adalah!

Jika Tsunami PRU08 belum cukup sebagai amaran, nak peringatan yang macam mana lagi agaknya?

Nak jadi jiran baik? Banyak lagi tuntutan bertindih. Semuanya nak pejam mata ke polisinya?

Bukan ke zaman melayu kata melayu bersikap "tak apalah" sudah berlalu?

Saya tak kata kita mesti menang semua tuntutan bertindih, tapi jika kalahpun, biarlah "die standing, not lying down" macam kes Batu Putih tu.

Malah isu Blok L dan Blok M ini lebih teruk dari "die lying down".

Salahkan TDM? Salahkan Pak Lah? Bagi saya senang je matematiknya.

Siapa yang beri mandat kuasa? Jawapannya kabinet. Besarnya kuasa kabinet sampaikan mencakup kepada soal hak dan kedaulatan negara.

Siapa kabinet, dulu dan kini?

Masih lagi nak kata pembangkang yang kuat itu tak bagus? Adakah Dewan Rakyat dan Dewan Negara diletakkan pada tempat yang sepatutnya? Siapa yang mengawal kabinet?

Akhir kata, dari belanja berpuluh juta untuk melobi US, bukan kah lebih baik (dah masa pun) untuk tidak lokek dalam melobi rakyat sendiri. (Dalam kes ini, melobi dan memperjuangkan hak dalam isu pertindihan tuntutan).

p/s apa lah agaknya piawai KPI yang digunapakai semasa di Janda Baik tempohari?

Fed Up

mad said...

hahaha semasa kehilangan batu putih ari tu pun ada sekor menteri kata win-win situation hahaha

borneo menggugat said...

Dato',

Ni lah yang dikataokan nobisha, kito kato dio batal wudhuk kerana kencing, dio balas balik, kau terberak pulak,lagi teruk.

Maksudnya, isu yang dibangkitkan batal wudhuk kerana kencing tak diselesaikan, tapi ditimbulkan pula isu baru, batal wudhuk kerana terberak.

Isu asalnya, hak kita blok L & M tidak dijawab, sebaliknya ditimbulkan pulak isu win-win.

Dato', ini kedaulatan negara bah ini, kena jawab dulu, betulkeh sudah dikasi sama orang atau tidak, itu isu pokoknya, itu yang mesti dijawab.

Pasal win-win ini tidak timbul langsung, apo hal lak nak win - win, pado hal kita boleh win sendiri, apo punyo bangang ni ?, boleh win sendiri, sajo lak nak gata-gatal poi win-win.

Alangkah malangnya nasib mu Malaysia, dapat pemimpin semuanya 'blo'on', istilah Jakarta, lurus bodoh makno de. Kalau dengan orang Melayu bukan main garang lagi, kalau dengan orang lain semuanya menjadi tikuih.

JADILAH PEJUANG TULEN

azman said...

Assalamualaikum Pak kadir

Tun M semestinya betanggungjawab diatas kemelut yang di cetuskan oleh nya.Dia kena buat report dan jadi saksi utama.Jangan cuba baling batu sembunyi tangan.

Biar semua rakyat tahu....
dulu dia hebohkan anak dan menantu pak lah amek semua harta rakyat..tup tup kuar dalam jernel anak dia yg jadi biliun air..napa tak jawab? dari mana dapat duit sebanyak itu?..ooo 22 tahun abah jadi PM takkan tak boleh korek duit rakyat kot...

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
Datuk AKJ
Izinkan,
...
Singapura protes kerana Malaysia membatalkan eksport pasir kepadanya dan tidak membenarkan jet pejuangnya menggunakan ruang udara Malaysia.
....
Yang kami tahu pembatalan eksport pasir ini telah berkuatkuasa ketika Tun Musa Hitam masih Tim. PM dan syarikat kami ketika itu terpaksa menamatkan syarikat usahasama kami walaupun kerugian ratusan ribu ringgit.

NOTHING'S NEW!

Terbit tanda tanya bila Pak AAB tidak memberi pertimbangan langsung kepada rayuan Ayahanda Tun Mahathir supaya meneruskan projek Jambatan Bengkok yang telah pun dimulakan dan kenapa beriya sangat Pak AAB melayan protes SingaPura?.

Hanya apabila GENTINGS BHD diberi lesen Kasino kedua, baru kami nampak pertalian kepada pembatalan jambatan tersebut.

Jarang sekali kita mendengar kerajaan SingaPura pimpinan sedara kontan KJ, Lee Hsieh Loong menukar policy nya. PM Lee telah menyatakan ketika 'BID' pertama bahawasanya HANYA SATU lesen Kasino SAHAJA akan dikeluarkan ( THE SANDS, Las Vegas, menang BID, kalau tak silap) ... lepas Pembatalan Jambatan Bengkok, umumkan bahawa lesen kedua akan 'dianugerah' kepada Gentings Bhd... tanpa perlu 'BID'

Nyata..pemimpin yang kami disangkakan Atas Ada Batu(AAB) rupanya seorang CEMERLANG, GEMILANG
DAN TEMBERANG!

Diiringi oleh komen Sdr. Pakbelalang 2.08PM...mohon maaf.

ALFATIHAH, AMIN.

Anonymous said...

Hahahaha...

Sokong la BN. habis hangpa kena jual.....

Anak Parit/Bota

Anonymous said...

Salam Dato Dan semua,

Tahun ini bermulalah semula tahun dimana pelajar2 kita tidak dibenarkan menduduki/mengambil matapelajaran SPM melebihi 10 subjek.

Sebelum ini setiap/saban tahun kita mempunyai anak bangsa kita yang mendapat TOP ONE Malaysia.
Kita bangga mempunyai adik Nur Madihah yg mendapat 20A, adik Amalina mendapat 18A dan ramai lagi.

Kejayaan mereka2 ini memberi semangat/perangsang/motivasi yg besar kepada anak2 bangsa kita yg lain.

Mereka2 ini membuktikan bahawa anak2 bangsa kita boleh melakukan apa saje bidang sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Kecermelangan mereka2 ini didalam pelajaran telah menjadi Idola kepada anak2 saya dan perubahan yg besar dapat saya lihat diatas keputusan didalam peperiksaan sekolah mereka. saya yakin ramai anak2 yang lain juga menjadikan mereka sebagai idola dan cemerlang.
BUKANKAH ITU LEBIH BAIK DAN HEBAT DARIPADA MENJADIKAN AKADEMIK FANTASIA SEBAGAI IDOLA?

TAPI malang seribu kali malang kita mempunyai pemimpim Mat Sembab yang membuat peraturan baru tidak membenarkan mengambil matapelajaran melebihi 10.

Seharusnya kebebasan/galakan diberikan lebih lagi kepada anak2 bangsa kita yang/bagi mencintai ilmu pengetahuan. Kita perlu seramai yg boleh rakyat kita mempunyai "brain Gain".

Budaya UMNO, yang pandai dipancung, yg bodoh dilantik menjadi pemimpim2. Kita lihat ada banyak ketua2 cawangan UMNO dari katogori ini.Sehinggakan ada Tukang Kebun Sekolah menjadi ketua cawangan UMNO boleh bertindak besar kepala(kurang ajar) dengan menukar/memarahi/ mempengaruhi pengetua/PIBG sekolah tersebut.

Kenapa budaya ini masih diamalkan? Kisah seorang budak yg cerdik dibunuh atas kepintaran menyelesaikan masalah negara diserang Ikan Todak oleh pemimpim2 yg sepatutnya melindungi/menjaga beliau. Seharusnya kesilapan atau seperti Dato kata Trajik yg menyedihkan ini tidak berulang lagi.

Saya yakin ramai rakyat Malaysia yg takut sekiranya Mat Ngantuk boleh menyerahkan dua blok telaga minyak apakah Mat Sembab tidak akan melakukan kesilapan bodoh keatas Negara nanti apabia beliau pula memegang jawatan no 1 negara?

Ikhlas,

Wafie G74506 said...

Eleh UMNO dan B enD . Bukan kisah pun kalau negara tergadai. Janji dapat fulus. Mana Pemuda BN dan UMNO, mana PERKASA ? Mana GPMS ? Mana hulubalang-hulubalang negara yang dok menyalak tak tentu pasal? Mana ?

Dulu dok menyalak sangat pasal Anwar.Berapa inci tanah malaysia Anwar gadai?

Sekarang ni terang lagi bersuluh B enD dan UMNO jual negara, kenapa tak bising. Kalau dikata barua, marah. Dikata pengkhianat, marah. Dikata takde "Teloq", marah. Dikata zalim, marah.

Dasar khianat,apa la nasib aku rakyat yang taat ni dok pangkah kat UMNO dan B enD. Alih - alih Blok Minyak yang hilang. Enjin Jet hilang, beli kapal selam tak dapat menyelam, buat landasan untuk Sukhoi landasan rosak , kerjasama dengan syarikat Yahudi dan entah apa bala lagi nak jadi.

kenapalah nasib kami rakyat yang menyokong UMNO dan B End begini malang sekali. Malu tahu tak nak kempen kat anak-anak muda untuk join UMNO, sebab mereka tahu isu dan perkembangan semasa dan lebih penting lagi mereka tahu hak dan perlembagaan Malaysia.

Nak jadi macam mana lagi baru nak sedar. Dah la selalu bagi jawapan "flip-flop". Tolong la, kesian la kat kami pendokong UMNO dan B enD kat akar umbi.

Unknown said...

Salam Dato' AKJ,
My take on the L&M blocks:
Minutes of board meeting of “Score-Me Bhd” and “Rambo-Rombau Consultants” on Blocks L & M (aka “Lah-Mai” blocks); venue @ Crooked Oxbridge Club; time: few months before Honorary Chairman, Mr FIL officially retire:
1. Carigali & Murphy have done the dirty job – they have established proven reserves of about 1 billion barrels (at current & foreseeable future price of @ US$70 that would translate to a cool US$70 billion)
2. How do we get rid of Carigali & Murphy? At the stroke of the pen from Pak Hamid & Co. at Foreign Affairs – we’ll delineate the boundaries and they will be legally out of the picture
3. We’ll “package & sweeten-up” this deal with His Highness using “foreign affairs goobledegooks”, which Pak Hamid & Co. will prepare… sap-sap soi lah… HE get say 70% and we’ll get 30%... how aa? Hayya, use Petronas again la to do the fronting… Negara Bruno gets the sovereign rights to Lah-Mai blocks, but have to have “win-win” lah… so Petronas will be “invited” to commercially develop the Lah-Mai blocks la… you aa…
4. Once Petronas got invited todevelop the area, make sure our “moles” in Petronas sub-con the job to “Score-Me” and our cronies and friends la… what, the cake is big enough for everyone what… haiyya… apa susah2 to sweat it out… this is the crooked Oxbridge strategy la… short-cut & instant business strategy ma!
5. Contingency plan: in case some old crank smells the rot, spin the story & discredit him la… or better, get our honorary chairman Mr FIL to goreng some foreign affairs bulls*t la…
Meeting was adjourned with Al-Shafie, Al-Ghazali nashid…

A KADIR JASIN said...

The following is Wisma Putra statement as reported by The Star:-

"Ministry: Two oil-rich blocks claimed by Malaysia now Brunei’s

PETALING JAYA: Brunei has sovereignty over the two oil-rich petroleum blocks which Malaysia had earlier claimed ownership to according to international law, Malaysia’s Foreign Ministry said.

A statement issued by Wisma Putra said Brunei was entitled to exercise sovereign rights over the area under the UN Convention of the Law of the Sea (Unclos) 1982.

It said Malaysia acknowledged Brunei’s sovereign rights over the area in the Exchange of Letters signed by the two countries, undertaken by then Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi and the Sultan of Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

“Malaysia’s oil concession Blocks L and M, which coincided with Brunei’s Blocks J and K, are recognised under the Exchange of Letters as being situated within Brunei’s maritime areas and over which Brunei is entitled to exercise sovereign rights under Unclos,” it said yesterday.

The ministry said the Government terminated the production-sharing contracts over the two blocks to Petronas Carigali Sdn Bhd and Murphy Oil, which were awarded in 2003 as a result of the 2009 Letters of Exchange.

The letters also provided for the establishment of a commercial arrangement area for oil and gas, where Petronas may join in the exploitation of resources. The ministry said the 2009 Exchange of Letters was the culmination of 20 years of tough negotiations between the two countries.

It said the contents of the Exchange of Letters had been approved by the Malaysian Cabinet, and on which the state governments of Sabah and Sarawak had been briefed and consulted.

Besides solving the issue of the two countries’ overlapping claim over the stretch of the South China Sea and the establishment of the joint commercial arrangements to exploit oil and gas in the area, the 2009 agreement also provided for the final delimitation of maritime and land boundaries between Brunei and Malaysia."

Thank you.

MalaysianKita said...

Salam Dato'

Tun M rujuk The Edge pasal "kehilangan secara halimunan" blok padang minyak L,M.

Saya juga pernah rujuk The Edge pasal Petronas merudum, juga desakan MP PR membawa usul bincang hasil,untung,rugi Petronas di PArlimen, tapi ditolak oleh Speaker. (Macam biasalah, akhbar pencacai-pencacai UMNOBN, hanya berani menafikan disuratkhabar, tapi dalam Parlimen, panglima UMNOBN ambil jalan mudah, suruh speaker tolak usul!)

Natijahnya, saya dituduh oleh pembahas sbg PEMFITNAH BESAR.

Kalau isu blok L,M ini ditimbulkan oleh rakyat biasa macam saya, silap haribulan tidoq dalam lokap polis....!!!

(Macam biasa lah, ahkbar pencacai-pencacai UMNOBN war-war kan isu WIN-WIN, MENANG-MENANG, MENGALIH ISU SEBENAR, BLOK L,M BERNILAI 320 BILLION HILANG.

Maka terloponglah Melayu UMNO sokong kata KITA SUDAH MENANG, ,MESTI MENANG PUNYA, CUMA KITA TAK TAHU APA YANG MENANG, TAPI KITA MESTI YAKIN PEMIMPIN KITA BIJAK MESTI ADA MENANGNYA!!!!

PAk Lah kata Kabinet setuju pada Feb 2009. NAH, ini dia.....semua pemimpin UMNOBN betul bendul, ikut kata PM seperti LEMBU DI CUCUK HIDUNG, tak berani nak kata TIDAK depan PM.

SEBAB ITULAH HADIS KATA, JIHAD AKHBAR PALING UTAMA ADALAH BERKATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG ZALIM.

Zalim ni bukan macam kes Aminurrasyid, MENGABAIKAN AMANAH RAKYAT adalah zalim!!!!!

Tuntutan bertindih?????

BUKTIKAN BLOK M,L adalah kawasan bertindih!

Mana ada negara yang BERANI membangunkan kawasan bertindih sendirian sepertimana Petronas/Murphy (Malaysia) carigali blok L,M? APATAH LAGI kawasan bertindih bernilai 320 BILLION!!!!

LOGIK AKAL NYA BERMAKNA, BLOK L,M tu MEMANG SAH MILIK MALAYSIA.

Lepas diserah bulat-bulat kpd Brunai, KERAJAAN dengan bangganya mewartakan KITA DIPANGGIL menjayakan BERSAMA kawasan tersebut.....CERITA KARTUN KE APA NI?????

NAK percaya apa lagi kpd UMNOBN ni????

PENYANGAK TARBUS
PENYAMUN TARBUS
PERBODOHKAN RAKYAT

Isu Kedaulatan Negara pun boleh buat suka hati je, kurang-kurang bentanglah di Parlimen, SETUJU DAK PARLIMEN NAK BAGI BLOK M,N KPD BRUNAI, dengan syarat bla,bla,bla......! Ni dak, ikut suka hati depa je, MASYUUUKKKKNYA BERAPA???

MENANG, UNTUNGNYA MANA, APA?????

WIN-WIN,MENANG-MENANG tak da masalah, TAPI APA YANG KITA MENANG, BRUNAI PUN MENANG?????

TOLONG JELASKAN KPD RAKYAT!!!!!

MEMINJAM kata-kata Zabri Mokhtar, "LAGI KEBODOHAN. KEBENGGONGAN DAN KEBANGGANGAN PEMIMPIN2 UMNO".

MalaysianKita said...

Dah baca entry Dato',2:04 PM.

Macambiasalah, akhbar pencacai UMNOBN cuba menjernihkan air yang memang keruh!!!

HABIS TU, LIMBANG SAPA PUNYA?
SAPA PUNYA LIMBANG?
LIMBANG KEDAULATAN SAPA?

BRUNAI DAH LEPAS KE TUNTUTAN KE ATAS LIMBANG?

affendi hussain said...

Sejarah Malaysia (1957 - 2009)

Yang Hilang:
1) Singapura (1967)
2) Batu Putih /Pedra Branca (2008)
3) Blok Maritim L & M (2009)
4) Tanah KTM di Tg. Pagar - Bkt Timah (1990 POA M'sia-S'pore) - anytime soon..

Yang Dapat:
1) Sipadan & Ligitan (2002)
2) JV memajukan secara bersama tanah di Tg.Pagar - Bkt. Timah kalau pemimpin kita tak kena kelentong dgn Singapura yg cerdik..

Yang kuasa ditangan belum dapat,
belum tentu tak boleh dilipat,
Mendabik dada mcm maha bijak, suci & hebat,
Yg konon juara benci Zionis keparat,
Kepala proksinya dtg dialu disembah beradat,
Yg alim tok guru pun peluk bahu bersalam erat,
Tak tahu kalau kerajaan proksi bahananya lebih maha dasyat..
Yg akhir menderita & dukacita dah tentu si marhain rakyat..

Brunei ni kira masih lagi OK,
Petronas, you can still come to play,
We are brothers coz we're genetically malay,
Muslim some more, holy brothers as Al-Quran say,
Even Thailand also not so bad as some people potray,
But Singapore, don't try to play-play,
Even for those who perform more than just fardhu compared to others in their pray,
Idiot leaders will still end up becoming the prey,
Once again putting the country sovereignty & stake at may-day,
I hope Najib know how to navigate the govt of the day,
Meticulously follow the lighthouse and not end up sinking the ship at the bay,
The biggest crime of the century is the sin to your own nation which you betray!

Selamat Hari Buruh..
Hargailah mereka yg setia rela membayar cukai secara konsisten..

("/)

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
Datuk AKJ
Izinkan,
..The ministry said the Government terminated the production-sharing contracts over the two blocks to Petronas Carigali Sdn Bhd and Murphy Oil, which were awarded in 2003 as a result of the 2009 Letters of Exchange.

IN OTHER WORDS, WISMA PUTRA IS TELLING THE RAKYAT THAT THE GOVERNMENT OF 'ATAS ADA BATU' (AAB) HAD DUPPED PETRONAS CARIGALI AND MURPHY OIL INTO BECOMING ILLEGAL DRILLERS.. DALAM BAHASA MELAYU, 'PENGGALI TANPA IZIN'..HE HE HE!

IF BLOCK L AND BLOCK M DID NOT BELONG TO MALASIA IN 2003 WHY DID THE GOVERNMENT THEN APPROVED THE CONTRACTS TO PETRONAS/MURPHY OIL???

IF THEY WERE OURS, WHY ARE THE TWO BLOCKS NO LONGER OURS IN 2009???

WHY DID 'AAB' CABINET APPROVED THE 'EXCHANGE' THAT TURNED PETRONAS FROM BEING A 'TOWKAY' TO A 'KOOLI' TO THE BRUNEI GOV'T???

SINCE IT CONCERNED THE SOUVEREIGN OF THE PEOPLE OF MALAYSIA, WHY WAS THE 'LETTER OF EXCHANGE' DRAFT NOT TABLED AT THE PARLIMENT FOR ENDORSEMENT BEFORE THE SIGNINGS???

TOO MANY BIG QUESTIONS !!!

A ROYAL COMMISSION SHOULD BE APPOINTED AS SOON AS YESTERDAY TO GET THE ANSWERS BEFORE THE PRU 13. OTHERWISE, MALASIA WILL CREATE NATIONAL HISTORY COMES ELECTION DAY!

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Mohon maaf Tuk, huruf Besar..mata naik rabun dan bengkak tak henti menangis mengenangkan nasib bangsa dan maruah negara yang tergadai..kena pakai cermin mata gelap tok..malu sedara mara kat Brunei nampak.

Anonymous said...

DAKJ,

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/62040-sapp-asks-for-polls-if-bn-cant-protect-sabah-in-oil-blocks-issue

Saya ingatkan Blok L dan Blok M itu asalnya bawah Sarawak. Betul ke bawah Sabah?

Apa-apa pun, yang menariknya,

"Yong, who took his party out of BN after Election 2008, said legal procedures similar to declaring Labuan as a federal territory in 1984 must be followed.

“Has treason been committed by the then-prime minister and his Cabinet colleagues for surrendering national territory without the necessary approvals of Parliament, state legislative assembly and the Conference of Rulers?” asked Yong."

Jika pembangkang di DUN berkenaan selain pembangkang di parlimen tidak tahu, maknanya ia tidak dibincangkan diperingkat dewan (kecuali pembangkang berkenaan buat-buat lupa).

Adakah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang memerintah benar-benar ada cukup kuasa untuk mengubah sempadan negara?

Fed Up

A KADIR JASIN said...

Sdr Langitbiru,

Komen Sdr (5/4/10) tidak akan saya siarkan sehingga mendapat penjelasan mengenai perenggan yang berbunyi:

"Sebab itulah Hadis kata, jihad akhbar paling utama adalah berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim."

1. Akhbar yang Sdr maksudkan itu "besar" atau "surat khabar"?

2. Sila petik Hadis berkenaan dan sebutkan sumbernya.

3. Minta maaflah, hal Firman dan Hadis kita tak boleh main-main petik.

Terima kasih.

MalaysianKita said...

Salam Tok,

Terimakasih bagi laluan.

Tok tanya, "Sebab itulah Hadis kata, jihad akhbar paling utama adalah berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim."

1. Akhbar yang Sdr maksudkan itu "besar" atau "surat khabar"?

"akhbar" sini maksudnya "besar".

Rujukan Hadis di riwayatkan oleh An-Nasa'i. An-Nawawi mensahihkannya di dalam Kitab Riyadhus-Salihin.

"Jihad yang paling utama ialah kata-kata yang benar di hadapan pemimpin yang zalim" (Hadis riwayat An-Nasa'i)

Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam membahaskan amar ma'ruf nahi munkar berkata, "Islam juga menjadikan amar ma'ruf nahi munkar sebagai kewajipan yang sudah pasti, bahkan menganggap jihad yang paling utama adalah perkataan yang benar di hadapan taghut". (Fiqah Daulah Dalam Perspektif Islam)

Dari Mu'awiyah, bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sepeninggalanku akan muncul para pemimpin yang berkata dan perkataannya tidak boleh dibantah. Mereka melompat-lompat seperti kera yang suka melompat-lompat." (Diriwayatkan Ath-Thabrany)

Terimakasih Dato'.

alunbm said...

PM DITUNTUT PERJELAS SERAH WILAYAH PADA BRUNEI. mei5.10 5:07pm Malaysia Kini versi bahasa malaysia.

Jika tiada tindakan, Datuk Husam Musa cadangkan rakyat fail saman awam terhadap kerajaan Malaysia untuk dapatkan pengisytiharan penyerahan itu tidak sah. baca selanjutnya diMalaysia kini.

Saya dan ramai rakan diluar sana sudah pasti masih tidak berpuas hati penjelasan dari pihak pemerintah tentang penyerahan blok L&M. Penjelasan yang agak mengelirukan.....adakah Dato sudah puas hati dengan penjelasan mereka?

Anonymous said...

Salam Dato',

Izinkan saya relate ke Sdr langitbiru.

Saya memang tak tahu bahasa Arab walaupun dah dua kali ziarah Makkah. Saya keliru apabila sdr katakan "akhbar" bermaksud "besar" kerana pada faham saya "akbar" bermaksud "besar" manakala "akhbar" bermaksud "suratkhabar". Clarify please.

Pak Hj JB

Anonymous said...

Asaalamualaikum Dato dan Semua,

Saya amat sedih sangat membaca blog http://bigdogdotcom.wordpress.com/ bertajuk Gunatenaga professional Melayu dalam Petronas peringkat tertinggi mula tiris.

Selepas pilihanraya 2008, banyak kepentingan/keistimewaan Melayu dihapuskan/dihentikan satu persatu contoh:-
1)Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Bumiputra
2)Pemilikan 30% equiti bumiputra di BSKL
3)dan banyak lg

Melayu/bumiputra yang mengundi UMNO dan BN dikianati/dilacurkan amanahnya oleh pemimpim2nya sendiri untuk bangsa lain.Bangsa yang tidak memberi undi atau menyokong BN.

kesimpulan DIATAS adalah:-
1)JANGAN DIBAGI UNDI/SOKONG UMNO/BN. Pasti kita Melayu/ Bumiputra akan mendapat habuan jutaan ringgit dan beribu macam kelebihan/keistimewaan.
ATAU
2)Ketuanan Melayu adalah satu retorik UMNO bagi mencapai/menjadi boneka/proxy tokey2 Cina?

Dimanakah Katak2 spt katak brahim? Dimanakah yg lain2? NGO2?

Dato, Saya merayu pada Dato dapatlah menyampaikan kebimbangan/kegelisahan akar umbi Melayu/Bumiputra ini kepada pimpinan Tertinggi Negara.Tak takutkah mereka "yang dikejar tak dapat yg dikendong keciciran"?

IKhlas,

p/s Dato, kalau ada jumpa/dapat berhubung Tun Dr Mahathir harap dapat sampaikan kegelisahan rakyat dan sampaikan salam rindu dari saya. Tq

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Pak Hj JB

Saya memang tak tahu bahasa Arab walaupun dah dua kali ziarah Makkah. Saya keliru apabila sdr katakan "akhbar" bermaksud "besar" kerana pada faham saya "akbar" bermaksud "besar" manakala "akhbar" bermaksud "suratkhabar". Clarify please.

Pak Hj JB

2:14 PM

Pak Hj JB dan Dato' betul....."akbar" bermaksud besar. Minta maaf, salah taip. Banyak-banyak terimakasih.

sukri said...

salam...apa nak hairan dengan 2 blok kawasan cari gali minyak yg diberi kepada Brunei...bukankah pemimpin UMNO sering memberi tanah dan hak Melayu kepada orang lain untuk mendapat sesuatu yang lain dengan jalan senang..siapa yang melepaskan Singapura kepada Lee Kuan Yew jika bukan pemimpin UMNO yg berfikiran singkat..

bashir said...

terima kasih pak lah

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).