Friday, May 14, 2010

Lesen Judi Dan Kerugian Sime Darby

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 15 Mei]


NAMPAKNYA ada pembahas yang tidak membaca atau terbaca ulasan saya dalam ruangan komen yang saya tampalkan pada Jam 3.55 pagi tadi.

Oleh kerana itu, izinkan saya menyiarkannya semula dalam ruang utama ini.

1. Bila Sime Darby rugi besar atau kena write-off kerugian itu, yang akhirnya tanggung bencana adalah PNB dan pelabur saham amanah (unit trust) PNB;

2. Inilah bahana bubuh semua telur dalam sebuah bakul atas alasan economies of scale.

3. Kenapa salahkan seorang saja? Apa hal eksekutif lain, khasnya dalam anak syarikat yang terbabit dengan kejuruteraan dan dengan pelaburan Bakun serta oil and gas?

4. Apa hal dengan Lembaga Pengarah? Apa hal dengan CIMB yang menjadi tukang nikah atas nama Synergy Drive?

5.Bukankah mereka juga terbabit melantik Presiden/CEO? Tidakkah mereka teliti akaun SD dalam mesyuarat bulanan, tiga bulan sekali atau dalam Jawatankuasa Audit?

6. Siapa yang flip-flop mengenai projek hidro Bakun hingga menyebabkan cost escalation?

7.Mengenai lesen judi, ia tidak akan menyelesaikan judi haram selagi tiada penguatkuasaan yang bebas rasuah;

8. Selagi ada kaum dan agama di Malaysia yang mana bagi mereka judi tidak haram, selagi itulah akan ada perjudian di negara kita ini. Hatta ramai juga orang Islam kaki judi dan kaki arak;

9. Bukan sahaja akidah orang Islam rosak kerana judi, ramai juga orang bukan Islam yang jadi papa kedana, runtuh rumah tangga dan anak isteri jadi mangsa kerana judi dan arak. Ada yang minum Paraquat untuk bunuh diri;

10. Di kalangan orang bukan Islam pun ramai juga yang menentang judi dan minum arak; dan

11. Memang susah dan janggal apabila seorang pembesar Islam terpaksa memberi alasan mempertahankan judi. Kalau Menteri atau Timbalan Menteri bukan Islam, nampak lainlah sikit.


[Posting Asal]


SAYA belum berkesempatan mengulas lanjut pemberian “semula” lesen judi “football pool” kepada Kumpulan Berjaya dan isu kerugian Sima Darby.

Namun saya membenarkan komen dalam posting mengenai Royal Belum kerana saya rasa isu lesen judi pertaruhan bola sepak dan kerugian Sime Darby ini penting.

Berikut, saya siarkan semula jawapan ringkas saya kepada soalan pembahas “Rakyat Sudah Bijak” yang disiarkan dalam ruangan komen bawah tajuk Royal Belum, yang berbunyi:


1. Pengeluaran "semula" lesen itu sudah pun disahkan.

2. Alasannya ia akan menyelesaikan masalah judi haram bola sepak.

3. Lesen ini pernah diberikan tetapi ditarik balik pada tahun 1990, kalau tak silap saya waktu Tun Daim Zainuddin jadi Menteri Kewangan.

4. Inilah yang saya kata orang bukan Islam ada sektor khas dalam ekonomi negara iaitu judi dan arak yang mana orang Islam tak boleh ambil bahagian kerana ditegah oleh agama.

Saya juga belum berkesempatan mengulas tindakan ke atas Presiden dan CEO Sime Darby, Ahmad Zubir Maushid, berikutan kerugian besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Namun pembahas adalah dijemput memberi pandangan berasaskan apa yang telah dilaporkan mengenai kedua-dua perkembangan itu.

Dua hari ini saya terbabit dengan Konvensyen Usahawan Melayu anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur.

86 comments:

Anonymous said...

Datuk,
Sebagai orang Cina dan non-muslim di Malaysia, kita pun tak suka selalu judi. Bukan semuanya dan salah anggap stereotypical yang UMNO suka pakai untuk kaum lain. Lebih baik kerajaan tarik balik lesen ni dari merosakkan lagi generasi muda anak Malaysia tak kira Melayu, Cina ataupun India. Lagipun duit haram yang kerajaan kumpul dari judi ini, pakai untuk apa? Tak haramkah dalam Islam? Apasal tidak berdebat dalam Parliment dan kita tahu parti mana yang sokong lesen judi ni. Mana dia transparency yang dijanji oleh Najib? Ataupun ini ialah favour by Najib kepada Vincent Tan sebab sudah banyak tolong kacaukan parti Pakatan Rakyat? Kalau boleh, sila jawab.....jangan jadi hipokrit.

1Malaysia

Ab Razak Hj Ahmad said...

Memang betul, lesen judi itu utk orang bukan Islam sahaja.. tetapi persoalan dia hasil judi (revenue) tersebut juga akan digunakan oleh orang Islam, dan kalau digunakan oleh orang Islam maka akan menjadi darah daging.

Tadi sewaktu khutbah Jumaat di Masjid Tengku Kelana Putra, Kelana Jaya, Imam (khutbah) sebak dan hampir menangis mengulas isu judi ini. Saya yang mengantuk pun boleh terjaga dan sebak juga mendengarnya. Katanya tangan kanan buat kebaikan dan kebajikan manakala tangan kiri memusnahkan semuanya...

Adakah Imam di atas berpolitik di dalam masjid bila ada perkataan kesal kerajaan meluluskan lesen judi...???

Habis kalau tak sentuh masa khutbah Jumaat sewaktu jemaah ramai, nak tunggu masa kuliah Marghrib atau kuliah Subuh yang hanya jemaah beberapa kerat baru nak ulas or beri nasihat..???

Lu pikir lah sendiri.....

ummi68 said...

People need money and they will do anything to get some...

Anonymous said...

Saya rujuk tulisan Pak Belalang dalam artikel "Royal Belum".

1.Dah bosan dah pasal GLC yang rugi ni. Tambah pula Sime Darby. Pak Belalang semak dulu sejarahnya sejak bernama Sinergi Drive untuk dapat gambaran urutan peristiwa. Bukan CEO sahaja yang patut digantung tapi seluruh BOD. Apa guna jadi GLC bila sistem pemantauan gagal memberi amaran awal kepada kerajaan sebagai pemegang saham utama.

2.Setuju judi bola dihalalkan? Tak mahu tarik balik ke kenyataan tu? Sebab orang bukan islam pun ramai yang tak setuju judi bola dihalalkan.

Saya merujuk kepada Siberangan dari komen artikel "Royal Belum",

Pernah dengar perumpamaan, "lebih sudu dari kuah?"

Fed Up

Tinta Hitam said...

Datuk dan rakan rakan semua,

Kerugian Sime Darby ni saya kurang jelas.Adakah kerana mismanagement atau faktor politik.Tetapi lesen judi ni saya cukup jelas.Ianya adalah sumber pendapatan UMNO yang besar selain daripada arak.Itu sebab setiap kali lepas pilihanraya ada lagi lesen judi yang diluluskan.Keuntungan judi memang besar beratus dan mungkin beribu % keuntungannya.Itu sebab syarikat judi dan arak boleh beri sumbangan yang besar pada UMNO.

Yang meluluskan semua lesen itu bukannya MCA,Gerakan atau MIC.Kita perlu jelas perkara ni sebab takut ada org kampung penyokong UMNO yg kena tipu bulat bulat nanti oleh pemimpin pemimpin UMNO nanti.

Adakah ianya halal atau haram? Kita letak dulu hujah AlQuran dan hadis kesebelah sementara waktu.Cuba fikirkan maksud saya ini.

Judi itu secara praktisnya halal jika UMNO kata halal,haram jika UMNO kata haram.Pengikut pengikut UMNO berpegang kepada konsep ini.Apa buktinya?

Kita ambil isu beer kat Shah Alam dulu.7 Eleven dah lama jual arak tu sebelum PR memerintah lagi.Tetiba bila PR memerintah penyokong penyokong jadi sensitif dan melaungkan "takebeer,takebeer".Dulu mereka takda pulak sensitif.Adake dulu beer tu halal semas UMNO memerintah dan ianya cuma jadi haram bila PR memerintah?

Begitu juga dengan judi ni.Konsep yang sama digunapakai.Ada ke pernah dengar pengikut pengikut UMNO berdemo menyanggah keputusan seumpamanya sebelum ini?

Najib tau org org melayu yg menyokong UMNO tidak peduli atau sensitif pd judi maupun arak ni.Sokongan tidak akan turun disebabkan isu ini.

Anonymous said...

YBhg Datuk Kadir yang saya sanjungi,

Sepatutnya semua akaun Sime Darby Berhad sejak lima tahun kebelakangan ini patut diaudit oleh juruaudit bebas.

Saya ingin tahu berapa banyak lagi kah kerugian Sime Darby terutamanya dalam division Motor dan Hartanah. Banyak projek diberi kepada Brunsfield Berhad, walaupun Guthrie yang kini sebahagian daripada Sime Darby boleh dikatakan amat berpengalaman dalam bidang hartanah. Kenapakah hubungan Sime Darby dan Brunsfield begitu akrab sekali sehingga projek-projek hartanah yang besar-besar diberikan kepada Brunsfield?

Perkara ini perlu disiasat.

Saya juga hairan bagaimana kerajaan dibawah Abdullah Ahmad Badawi boleh membenarkan tiga syarikat - Golden Hope, Guthrie dan Sime Darby - yang setiapnya membuat keuntungan, bergabung.

We are now paying the price for it.

Terima kasih, Datuk. Semoga segera sembuh dari sakit pinggang yang dialami Datuk.

Anak Murid Datuk AKJ.

Mustapha Ong said...

Salam bahagia kepada sdra DAKJ,

Pada hikmah saya tajuk "Lesen Judi Dan Kerugian Sime Darby" telahpun menjadi satu topik perbahasan hangat diruangan siber serta menghasilkan bermacam-macam andaian dan pandangan yang berbedza.

Namun demikian, ada segelintir pengkritik akan tetap menyalahkan pentadbiran Najib dan juga kedua-dua tokoh yang termuka, iaitu Tan Sri Vincent Tan dan Datuk Ahmad Zubir, Ketua Eksekutif Sime Darby Bhd.

Bagi Vincent Tan yang telah dianugerahkan lesen perjudian "sports pool" atau ringkas nya perjudian atas pertarungan sukan, khas nya liga bola sepak bertaraf dunia dan antarabangsa seperti yang dibenarkan kebanyakan negara-negara barat dan juga di Singapura.
Syarikat Ascot kepunyaan Vincent sungguh bertuah untuk diperlesenkan semula sejak kelulusan nya dibekukan sejak tahun 1987.

Pertarungan sukan tetap diperjudikan dengan wang sama ada bentuk fisikal nya,mahupun melalui siber adalah terlarang dari segi agama Islam.Sayugianya demikian, kutipan cukainya yang diperolehi dengan beratus-ratus juta ringgit itu boleh digunakan untuk pembinaan asas pembangunan negara dan juga pemberian faedah sosial untuk penduduk-penduduk yang kurang kemampuan, termasuk orang-orang yang beragama Islam.

Perbelanjaan nya di jalan fitrah untuk kebajikan masyarakat boleh dilakukan dan tidaklah bercanggah dengan unsur-unsur beragama Islam.Namun demikian,hasil cukai daripada saluran-saluran perjudian tidak boleh dibelanjakan untuk menyarakan kehidupan orang-orang beragama Islam.

Perjudian bagi orang-orang Cina yang bukan Islam, tetap memperolehi hasil pendapatan yang lumayan, tanpa dipersoalkan dari segi moral dan istilah "haram"
oleh kaum Melayu dan lain-lain bangsa yang beragama Islam.Lain lah pula jika Malaysia adalah sebuah negara Islam (Islamic State) sudah pasti nya semua jenis perjudian akan diharamkan atas kepentingan bangsa,agama dan negara.

Tentang kerugian Sime Darby yang telah dipertanggunjawabkan dibawah pengurusan Ahmad Zubir,adalah soal moral dan kawalan penguruan korporat yang bertulusan mengikut etika perniagaan.Maka dengan itu Zubir harus dipersalahkan dan bukan soal beliau telah
dianiayakan.

Persoalan nya ialah tanggungjawab korporat patut bermula daripada Pengerusi Lembaga dan pengarah-pengarah syarikat juga perlu dipersalahkan.Maka dengan itu, saya merasa amat kesal atas kenyataan Tun Musa Hitam selaku Pengerusi Kumpulan Sime Darby, yang bersifat berat sebelah dalam menangani isu yang diutamakan melalui Kenyataan media Tun Musa, yang mungkin tidak akan diterima dan disenangi oleh banyak pihak yang ada kepentingan dalam syarikat Sime Darby.

Kita hanya menunggu masa jika Zubir ingin membela dirinya daripada dijadikan sebagai seekor "kambing hitam" yang masih lagi bermoral dalam dunia korporat yang mencabar ini.

alunbm said...

Dato'
Saya berasa sungguh-sungguh hairan bagaimana lesen judi sukan ini boleh diluluskan oleh kerajaan barisan nasional.

Apakah banyaknya kebaikkan dari keburukkan berjudi ini pada pandangan kerajaan umno???

Cuba anda bertanya pada pemain-pemain judi berapa ramaikah yang sudah kaya kerana berjudi dan berapa ramaikah yang sudah papa kedana kerana judi. Jawap nya yang papa kedana kerana judi lebih ramai.Yang kaya hanya tauke judi seperti vincent tan.

Apakah masih tidak mencukupi dengan judi yang ada seperti magnum, pan malaysian, sports toto???.

Nampaknya kerajaan umno[menteri kabinet kebanyakkannya dari parti umno].sudah terlalu tamak dan terdesak untuk mencari wang dengan cara mudah. kerajaan sudah tidak punya wang itu lah yang kedengaran dari kebanyakkan mulut rakyat malaysia.

Apakah Malaysia boleh dipanggil negara islam?
Kalau judi diberi keutamaan dan hasil cukai judi amat didambakan untuk mengisi kantung kerjaaan...

Bagaimana pula dari segi hukum islam tentang judi?
Pemimpin=pemimpin kerajaan umno kebanyakkannya melayu dan beragama islam.Apakah mereka tidak rasa bersalah dalam hal ini.
Apakah apabila pembesar-pembesar umno ini mati mereka rasa segala apa yang dilakukan didunia ini tidak dipersoalkan lagi dipadang masyhar nanti.Tunggulah!!!!

dan kajang said...

Assalamualaikum Dato'

1. Bagi saya dan keseluruhan umat Islam, yang haram tetap haram walau apa sekali alasannya. Seeloknya Kerajaan janganlah cuba menghalalkan benda yang haram. Hukum Allah jang dipinda sesedap rasa.

2. Mungkin alasan Kerajaan bahawa jika tidak dihalalkan judi bola sepak Piala Dunia ia tetap berleluasa. Dan mungkin juga Kerajaan beranggapan bahawa yang akan berjudi itu adalah orang bukan Islam. Alasan ini tidak boleh diterima sama sekali.

3. Pada saya, siapa yang terlibat dalam keputusan menghalalkan judi bola sepak ini telah membuat keputusan yang salah dan ia sudah tentu akan mempunyai implikasi yang amat besar kepada Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kita harap Kerajaan dapat mengkaji semula dan menarik balik kepupusan itu.

4. Mengenai kerugian besar Sime Darby, kita hapap bukan CEOnya sahaja yang perlu melepaskan jawatan tetapi ia perlu dipikul oleh semua ahli Lembaga Pengarahnya. Mereka semua bertanggungjawab dan perlu melepaskan jawatan.

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Dato’

Sime Darby (Baru) yang terdiri daripada gabungan 3 syarikat Permodalan Nasional Berhad iaitu Sime Darby Berhad, Golden Hope Berhad and Kumpulan Guthrie Berhad, sebenarnya telah banyak dibincangkan semasa cadangan pergabungan ketiga-tiga syarikat tersebut akhir 2007.

Banyak pro dan kontra dibincangkan, dan hari ini, pendapat yang tidak bersetuju kpd pergabungan tersebut menampakkan sedikit bukti kelemahan gabungan.

Daripada “3 ekor anak Dinasor, bergabung jadi seekor Dinasor Raksaksa”, ada yang kata jadi lebih kuat, ada yang kata jadi lebih lembab!

Apapun, saya menunggu ulasan Dato’ sebab musabab kerugian tersebut kerana ini sememangnya bidang Dato’.

MalaysianKita said...

2. Alasannya ia akan menyelesaikan masalah judi haram bola sepak.

Rumusannya, menggunakan cara haram untuk menyelesaikan perkara yang haram.

Mazhab ,Imam,Sunnah, Kitab mana yang UMNO ikut? Cuba menyelesaikan perkara haram atau tumpang sekaki kaut untung dari sumber haram?

Bukankah ramai bekas pegawai tinggi kerajaan, pembesar UMNO, bahkan bekas pegawai tinggi polis jadi sleeping director kepada syarikat-syarikat judi? Tak cukup syarikat judi Malaysia, syarikat judi terbesar Filipina pun ada!

Alasan hanya sekadar untuk perbodohkan rakyat!

Quantum Metal Consultant said...

Najib sokong tindakan ke atas Presiden dan CEO Sime Darby, Ahmad Zubir Maushid, berikutan kerugian besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu tetapi kenapa lembek bila kena bab Menterinya.. sedangkan jika tindakan itu di ambil ia akan menjadi 'booster' kepada politiknya. Pengguguran beberapa Menteri akan membawa impak yang besar dan akan disenangi banyak penyokong parti dan kerajaan.

Pengumuman Nazri bahawa dia akan mengetuai satu Suruhanjaya (umum diri sendiri-mendahului Najib) adakah petanda secara psikologi Nazri dikeluarkan dari kabinet tetapi bagaimana dengan Mohamed Nor Yaacob yang sudah banyak kali menimbulkan 'spekulasi dan persepsi' buruk. Di harap Najib betul2 membariskan kabinet barunya yang lebih bertenaga (termasuk KJ????)

Soal lesen judi sukan yang dibenarkan semula memberi satu petanda bahawa Najib all out untuk cuba memenuhi selera semua orang yang selama ini dahaga dan disekat.
Tindakan ini dapat di ambil kerana PAS sudah berjinak dengan DAP dan ini merupakan 'lesen' untuk UMNO bermaharajalela.
Pas tentu tidak kata "NO" semata mata mahu menjaga hati pengundi bukan Islam.
Selepas ini kalau kena gaya, ada kabel, ada logik, skim cepat kaya dan sistem kutu mungkin pula dibenarkan.

1Malaysia betul betul dah jadi carca merba.
Umpama benang yang kusut, dikusutkan oleh Paklah, Najib sudah tidak mampu menguraikannya, lalu apa yang dia buat ialah menggumpalnya menjadi satu bebenang bola yang dinamakan 1Malaysia - Trial and error.

Memang nampak cantik dan berwarna warni.

saji said...

Salam Dato'

1.Yang saya tahu, projek2 Sime Darby yang dilapurkan rugi besar itu menggunakan sistem kontrak pembinaan kovensional ciptaan Barat jenis Price-in-advance atau maksud Islamya kontrak pembinaan al-Istisnaa'/Tempahan yang hanya diharuskan oleh mazhab Hanafi.

2. Juga yang saya tahu, projek2 Sime Darby yang dilapurkan rugi besar itu dilaksanakan secara ALI-BABA VERSI GLC, dengan maksud anggaran harga tender diperolehi dengan cara mencampurkan kos pembinaan sebenar subkontraktor utama kroninya dengan peratus keuntungan GLC sekitar 15% dengan GLC berperanan sebagai Pengurus Projek sahaja.

Kerugian boleh berlaku apabila anggaran harga tender tersebut tak realistik/tak menguntungkan, penipuan tuntutan pembayaran oleh subkontraktor utama yang berpakat dengan pengurus projek.

pakbelalang said...

I think it is appropriate for me to repeat my comment in your new posting:-


IS SIME DARBY BOARD APPLYING "ELEGANT SILENCE" MODE UNTIL THE LAST MINUTE TO DROP THE STINKING BOMB? !!!

I am shocked to note that Sime Darby is again making a mess in its business operation. This is the second time Sime Darby got hit by the blunder made by its top senior executives.

What a shame when you have high powered and experienced board members seat on the board of Sime Darby and yet they made the same huge financial loss again. It looks like there is defect in the monitoring system which led to this massive financial loss.

I think it is high time to overhaul the whole Sime Darby organization structure.

To me there seems to be lack of management skills among the top executives of Sime Darby. I wonder who recommended this "tyreman" to be the CEO.

Going through the current corporate profile of Sime Darby it looks like the second or third generation of Sime Darby top management executives do not have the charisma and quality to run a multi-national company like Sime Darby. They lack the experience and the exposure to handle high profile international business dealings especially in general trading and contracting.

DON'T YOU THINK THAT THE CHAIRMAN AND THE BOARD MEMBERS SHOULD GO TOO TO ACCEPT JOINT FULL RESPONSIBILTY FOR THE MASSIVE LOSS?

With regard to gambling license, I am in favour of our government issuing gambling license to generate revenue. It is indeed a huge source of revenue if you were to consider the massive amount of illegal bookies making billions of ringgit tax free. And this billions of "haram" money is circulating in our country creating spin off economic activities which I am sure some of the money are being deposited in the Islamic banking products.

Anyway, I think Vincent is lobbying for the license to be issued to his company. Should the govt. entertain him if he were to apply for the license?

Anonymous said...

Dato',

Apa akan jadi jika selepas ini cara menteri-menteri kita berfikir;

1. Lesenkan pelacuran bagi mengelakkan merebaknya rumah-rumah urut tidak berlesen dan bagi melepaskan 'kehendak' lelaki gersang dan pendatang?.

2. Hidangkan arak-arak dalam majlis kerajaan kerana ada tetamu bukan Islam yang hendak minum?

3. Pihak berkuasa tidak boleh menggangu (tangkap) orang yang berkhalwat dan tidak puasa (ramadhan) kerana bercanggah dengan hak-hak asasi individu?

4. Pengguguran bayi adalah merupakan hak ibu maka isu moral usah dibangkitkan?

Walaupun negara kita seolah secara senyap membiarkan perkara-perkara diatas berlaku namun jika apabila PM atau TPM atau Menteri Melayu/Islam mengatakan judi, arak, pelacuran adalah halal apabila delesenkan maka tunggulah pembalasanNya.

Bye/ Roti Planta

Anonymous said...

Dato',

Apakah mekanisma kononnya judi bola itu hanya untuk orang bukan Islam. Kena tunjuk IC ke kalau nak beli?, premis ToTo kena sita ke kalau jual kat orang Islam? atau Majlis Agama kena letakkan pegawai sebagai 'Jaga' disetiap premis judi?.

Saya rasa jawapan menteri (Awang Adek) nanti; biar iman seseorang yang menentukannya. Tiada orang paksa beli maka tidak perlu ada orang paksa jangan beli.

Oh, rosak genarasi depan Malaysia dengan masalah sosial seperti kecurian, kekeluargaan (mak=bapak berjudi dan sebagainya

Bye/ Roti Planta

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Herewith my comment in Che Det's blog of Oct 29, 2009.


The Malay dilemma. Governance.

Corporate foul-ups of the highest order. Banyak musang berbulu ayam hitam. Many thorns in the flesh to be unpricked.

Who was the megalomaniac responsible putting together Guthrie, Golden Hope and Sime Darby. It flip-plopped from Synergy to Sime Darby. The three agriculture (mainly) based entities were on strong foundation and already giant enough to be efficient and chart their own ways. Put them together makes too bulky for good governance and fast decisions.

Whose idea is it that FELDA, FELCRA, and RISDA be put together. FELDA was (before Synergy-Sime Darby) the largest oil palm conglomerate. The three entities have somewhat different functions and responsibilities. Putting them together will cause confusion in foci and hence less efficient. What they can do is to fine tune for further improvements.

Size does matters but being over-sized? We hear none from the big-shots in the agriculture sector on this mega-mergers. They are just go-along gang, jaga periok nasi, or their voices muddled. Maybe I am wrong.

In-depth and comprehensive studies should be for such changes. There is no need to hurry to avoid costly mistakes. What is the hidden agenda?

Or we can just follow the leader, mumble and jumble our way. And you know who was the greatest mumbler of all!

Anonymous said...

Salam Dato Dan semua,
Seperti juga ulasan saya dibawah tajuk "Perlembagaan Vs Pelaksanaan Menekan Bumiputera".DAN "Misteri Kehilangan Dua Blok Padang Minyak"
INILAH DIA GLC & PEMIMPIM POLITIK

Kesimpulan:
Apabila ada saja tangan2 ghaib atau orang2 politik terlibat/masuk didalam sesuatu Organisasi/koperat /NGO/koperasi pasti akan berlakunya kerugian/kemusnahan yang besar.

ikhlas,

Anonymous said...

i use to think all that is BN is bad during mahathir time.i now got
to see selangor under pkr.thank god
for bn.

just regulate the judi and all will
be ok.the sime darby matter? well,
the guy is not up to the job.

in that spirit,i dont think dsai
is up to the job as pm.he is a
great story teller but looking at
selangor,bn is definitely it.

i m a pkr member but a sad one.

bat8 said...

Dato

Saya bersetuju dengan pendapat Dr Asri, mantan Mufti perlis. Judi adalah tetap haram.

2. Saya berasa sedih dan pilu sangat dengan alasan yang diberi oleh awang adek untuk menjustifikasi lesen judi bola ni. Isu judi haram ni adalah isu penguatkuasaan.

Bila sebut soal penguatkuasaan ni, kita tahu sejauh mana ianya dilaksanakan. janganlah kerana sikap sambil lewa kita dalam penguatkuasaan dijadikan alasan untuk menghalalkan sesuatu yang Allah telah haramkan.


bat8

ab said...

Salam Dato,


YANG PASTI:-


1.Kerajaan dipimpin Melayu


2.T VT tu Cina, dapat untung awal
dah 1/2 bilion ringgit...next profit.... next profit...


3.D Zubir tu Melayu, jaga company berbilion..kata pandai berniaga, BARU RUGI 1.6 bilion,kira tak habis lagi.... DEPA SENTAI kut mana ramai-ramai ni!....


Nanti buka buku penuh,terburai lagi....jagan ada yang mati macam arwah ibrahim kat hong kong dulu dah la, sebab nak tutup `lubang', nak selamatkan kawan....saga BMBB.



4.Yang `approved' lesen judi tu pun Melayu juga......

INGAT SEMUA MELAYU KAT MALAYSIA NI ISLAM KA??...cuba cek kat bar,pub, rumah urut,karaoke club,pusat serenti, lokap dan penjara .... KALAU TAK LEBIH dari separuh orang yang kat sana tu MELAYU,tentu ramai lagiii........bolasepak ni pun ramai peminat melayu,pi la tenguk kat warung mana pun,kalau ada TV...mesti ramai ataupun kesemuanya melayu...SAPA KATA DEPA TAK BERJUDI NANTI?


IN SUMMARY,siapa untung ni? ....cina.


Siapa yang rugi ni?.....melayu.


Siapa yang MEGAH NI?....cina.


Siapa yang malu ni?.....melayu.



AGAK AGAK BERAPA BANYAK SAHAM EPF,PNB,KHAZANAH,TABUNG HAJI,LTAT.....kat SIME DARBY NI?...


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Datuk,
Pada zaman Almarhum Tengku Abdul Rahman Putra, kerajaan tarik balik lesen social welfare lottery. L<epsa itu, lesen-lesen judi baru dikeluarkan iaitu magnum 4D, Toto dan Demai (4d dan 3D). Tak cukup dengan itu, kelab-kelab khas diberi pula lesen mesin jackpot. tetapi judi haram tetap bermaharajalela. Apa jaminan lesen judi bolasepak ini dapat hapuskan judi? Saya difahamkan hampir suku pendapatn cukai negara datng daripada hasil judi, arak dan babi.
Jika kerajaan benar-benar hendak hapuskan judi, berilah lesen untuk wujudkan kasino di Pulau Pinang, :Pulau Langkawi, Pulau Tioman :Pulau Pangkor dan Bukit Kayu Hitam. Jumalh pelancong akan bertambah, pedapatan negara juga meningkat seperti Manaco, Las Vegas dan London. Jika wang menjadi keutamaan dan agama diketepikan, saya cadangkan kerajaan beri lesen judi dan arak kepada orang Islam (saya pasti ramai orang Islam yang berminat). Pada masa ini pun ramai orang Islam main judi dan minum arak, apa salahnya ( segi undang-undang sekelar) benarkan orang Islam merebut sektor dimonopikan oleh bukan Islam ini. Yang anihnya, pemimpin-pemimpin Islam yang meluluskan lesen judi tapi orang Islam tidak dibenarkan menceburkan dalam sektor ini. Saya perhatikan ramai orang Islam di negara ini , babi tak makan tetapi judi arak, perumpaan, rasuah macam ok saja. Prinsip 1Malaysia semua bangsa adalah sama.

Bomoh Ekor.

Anonymous said...

Salam Dato',

Kecewa,dukacita dan marah apabila mendengar berita Kerajaan pimpinan DS Najib telah meluluskan lesen judi sukan.Satu keputusan yg amat tidak bijak yg pasti akan menimbulkan perasaan dan sentimen lebih kurang sama seperti yg saya rasai,mungkin lebih,dikalangan orang Islam,khususnya orang Melayu.Mungkin ada juga sebahagian daripada mereka yg bukan beragama Islam menentang keputusan itu.Penentangan itu bukan atas dasar agama tetapi ianya dilihat dari sudut keburukan dan masalah yg akan timbul ekoran dari permainan judi itu.Dipercayai kegiatan Ah Long,yg kini masih belum dapat ditangani,akan makin bertambah yg seterusnya akan meningkatlah penyakit sosial yg berkaitan dengan nya.

Bagi kebanyakan orang Islam perbuatan meluluskan lesen judi ini dilihat sebagai satu tindakan yg melanggar hukum dan perintah Allah.Justeru itu ,PM DS Najib dianggap telah mengkhianati agama Islam.Dilihat dari sudut politik pula,tindakan itu akan ditafsirkan sebagai satu lagi tindakan mengalah dan tunduk kepada tuntutan kaum kiasu,seolah-olah DS Najib senggup mempergadaikan apa sahaja,hatta Agama Islam demi untuk mendapat undi kaum bukan Melayu.Persoalanya,dimanakah para penasihat Agama dan para ulama dalam Umno dan kerajaan sehingga membenarkan keputusan yg dilaknati Allah ini dibuat oleh PM.Tidak mungkin mereka tidak sedar bahawa mereka juga akan menerima bahagian dan saham dari keputusan itu.

Dalam hal Sime Darby pula,saya berpendapat Tun Musa dan seluroh BOD turut bertanggungjawab keatas kerugian syarikat itu.Oleh itu,jika mereka itu ada maruah,integriti dan berprinsip mereka perlulah meletak jawatan sekarang juga.Jika mereka itu enggan berbuat demikian DS Najib hendaklah menyingikirkan mereka.Tindakan itu akan menampakkan keberanian dan ketegasa DS Najib untuk menyelesaikan sebarang masalah.Sekaligus akan menambah dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan beliau sebagai PM.

Askar Tua

A KADIR JASIN said...

Salam buat semua,

1. Bila Sime Darby rugi besar atau kena write-off kerugian itu, yang akhirnya tanggung bencana adalah PNB dan pelabur saham amanah (unit trust) PNB;

2. Inilah bahana bubuh semua telur dalam sabuah bakul atas alasan economies of scale.

3. Kenapa salahkan seorang saja? Apa hal eksekutif lain, khasnya dalam anak syarikat yang terbabit dengan kejuruteraan dan dengan pelaburan Bakun serta oil and gas?

4. Apa hal dengan Lembaga Pengarah? Apa hal dengan CIMB yang menjadi tukang nikah atas nama Synergy Drive?

5.Bukankah mereka juga terbabit melantik Presiden/CEO? Tidakkah mereka teliti akaun SD dalam mesyuarat bulanan, tiga bulan sekali atau dalam Jawatankuasa Audit?

6. Siapa yang flip-flop mengenai projek hidro Bakun hingga meneyabkan cost escalation?

7.Mengenai lesen judi, ia tidak akan menyelesaikan judi haram selagi tiada penguatkuasaan yang bebas rasuah;

8. Selagi ada kaum dan agama di Malaysia yang mana bagi mereta judi tidak haram, selagi itulah akan ada perjudian di negara kita ini. Hatta ramai juga orang Islam kaki judi dan kaki arak;

9. Bukan sahaja akidah orang Islam rosak kerana judi, ramai juga orang bukan Islam yang jadi papa kedana, runtuh rumah tangga dan anak isteri jadi mangsa kerana judi dan arak. Ada yang minum Paraquat untuk bunuh diri;

10. Di kalangan orang bukan Islam pun ramai juga yang menentang judi dan minum arak; dan

11. Memang susah dan janggal apabila seorang pembesar Islam terpaksa memberi alasan mempertahankan judi. Kalau Menteri atau Timbalan Menteri bukan Islam, nampak lainlah sikit.

Terima kasih

zamani said...

Saya dah agak tapi tak tak mampu bersuara, cuma lihat shj apa yg berlaku.

Nah - akibat tamak sangat nak gabungkan semua - nak jadikan sangat yang terbesar - akhirnya makan diri sendiri - tapi yang merana pelabur kecil bawah PNB.

Sepatutnya semua ladang diberikan kepada Guthrie, dan yang bukan teras Guthrie diberikan kepada Sime diberikan semua. Tanah ladang jgn sekali2 dibuat perumahan/komersil.
Haha bila semua tanah ladang dibwh sime, lagi senang sime nak buat untung cepat dgn ubah tanah ladang jadi rumah/komersil. Hmm nampak gaya keuntungan ladang/sawit terpaksa serap kerugian sime yang lain.

tapi yg untung agak2nya lah orang yg buat synergy drive tu ler...

siapa saya, siapa org2 lain kat luar sana, ada suara tapi tak boleh bersuara sebab tiada kuasa

Mustapha Ong said...

Salam DAKJ,

Your topic of media discourse has attracted both positive and negative comments on the issue of "licenced gaming". Let me digress and continue the debate from a different perspective based on some of the points raised in my BM version.

I am sure you are a vivid reader as much as I do with at least reading two books per month.I am now on reading Anna Bernasek's book entitled: "The Economics of Integrity".I believe it is a best seller and well read by all corporate gurus and CEOs, including Tun Mahathir and Najib Tun Razak.

The essence here relating to economic transparency is not only about economic theories with ethical principle in both policies, contents and practice.In Malaysia, our past and current leaders are fairly intelligent and well informed in the political, economic and social tactics and ideals. Not all though as some of the current cabinet members are not worth their coveted positions awarded by the prime minister based on political patronage and other considerations.

However,it is unfortunate that with good politics,administrative and corporate advice and guidelines from the top leadership do not often guarantee creditable and successful deliverable by the civil servants and corporate management.Often then not, its failures and liabilities will be hotly debated in public.

The opposition members will forever politicise all national issues and blame the prime minister and his leadership and wisdom.However,there are "good and bad apples" in the system, and it will take a credible leader to weed out those who are politically tainted in the administration and those corporate chiefs who are equally corrupted until they are exposed and brought to trial.

Just look at some of the retired big names previously from the echelon of the civil service, who had been in the corporate leadership as Chairman,President or Chief Executives for far too long.Most of them had overstayed their coveted positions for more than five or more years due to their long patronage with the incumbent prime minister.

We should not continue to practise and tolerate this line of public administrative and corporate perpetuation of senior management staff, including members of the Board of Directors in our GLCs and GLICs.I urge the prime minister to be more publicly sensitive and bears no mercy to push through his agenda in revamping the tainted leaders, within the government and corporate responsibility and absolute integrity without fear or favour.

Currently, prime minister Najib is faced with a serious dilemma as reflected in a few uncomfortable and questionable development within the government and corporate entities.I believe the prime minister by repeatedly giving lectures to civil servants, are not enough and neither an effective communication.

It is not that easy to identify the black sheep in our patronage system of management.What about weeding out extreme political liabilities in UMNO and other BN component parties? I challenge the prime minister to be more focused and dare to act on public opinions raised by bloggers like us who are neutral, objective and with no personal interest to seek positions in government and the corporate sectors.I am not sure whether the prime minister and his advisers will get to read this posting, but these are my two sen worth of personal opinion and concern as a senior a retired former government servant and now watching things from above and outside the box as an analyst.

Abgbent said...

Judi
Apapun alasannnya, ianya tetap haram di sisi agama Islam. Pemerintahan Malaysia berpaksikan agama ini. Lalu di manakah pegangan Pemimpin yang harus melaksanakannya? Keadilan harus berpaksi pada tempatnya dan bukan pada nafsu semata.

Kerugian Sime Darby
Ketulusan amat penting di dalam merungkai kerugian ini kerana ianya hak milik negara. Hak milik negara bermaksud rakyat perlu tahu mengenainya supaya kelak menjadi pedoman dan teladan untuk generasi masa hadapan.

Usah gentar menelan ubat yang pahit seandainya inginkan penyembuhan.

Anonymous said...

Datuk, saya setuju dengan Kluangman bila dia kata "Tindakan ini dapat di ambil kerana PAS sudah berjinak dengan DAP dan ini merupakan 'lesen' untuk UMNO bermaharajalela.
Pas tentu tidak kata "NO" semata mata mahu menjaga hati pengundi bukan Islam."

Inilah bencana kepada Islam bila semua-parti Melayu dan Islam berlumba-lumba kejar kuasa dengan meminta pertolongan orang bukan Islam.

Akhirnya orang Islam yang ramai terpaksa tunduk kepada bukan Islam yang sedikit kerana mereka pegang undi penentu dan mereka monopoli ekonomi.

Dengan judi dan macam-macam lagi maksiat, lama kelamaan umat Islam akan jadi macam bukan Islam. Sudah pun ramai anak muda Islam yang ketagih dadah yang dibekalkan oleh orang bukan Islam. Minum arak yang dilesenkan kepada orang bukan Islam dan jadi GRO di kelab-kelab atasan milik bukan Islam.

Takut-takut Datuk, satu hari nanti orang Islam naik marah dan guna jalan ganas untuk pertahankan Islam. Kalau Pas dan Umno nak berlawan rebut kuasa tak apa, tapi tentang Islam janganlah jadi syirik dan munafik.

Kalau Pas dan Umno boleh berpakat tentang judi, arak dan pelacuran, orang bukan Islam tak boleh buat apa-apa. Kalau nak buat mereka boleh pergi labur di Singapura macam Genting.

Ex-Banker

Anonymous said...

Tok, apa Tok dok susah, VT kan ada banyak akses kepada Putrajaya? Balam board Berjaya pun ramai Melayu/Islam Tok.

Chairman / Chief Executive Officer
Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan Chee Yioun
Deputy Chairman
Tan Sri Dato' Danny Tan Chee Sing

Executive Directors
Dato' Robin Tan Yeong Ching
Chan Kien Sing
Freddie Pang Hock Cheng
Rayvin Tan Yeong Sheik
Vivienne Cheng Chi Fan
Dato' Azlan Meah Bin HJ Ahmed Meah

Non-Independent Non-Executive Director
Datuk Robert Yong Kuen Loke
Independent Non-Executive Directors
Tan Sri Datuk Abdul Rahim Bin Haji Din
Dato' Suleiman Bin Mohd Noor
Dato’ Hj Md Yusoff @ Mohd Yusoff Bin Jaafar
Mohd Zain Bin Ahmad
Chairman/Independent Non-Executive Director
Dato’ Suleiman Bin Mohd Noor
Independent Non-Executive Directors
Tan Sri Datuk Abdul Rahim Bin Haji Din
Dato’ Hj Md Yusoff @ Mohd Yusoff
Bin Jaafar
Non-Independent Non-Executive Director
Datuk Robert Yong Kuen Loke.

Ni kes duit buta. Bila dapat duit boleh bawa keluar labur di Singapura, China dan Vietnam. Kaut duit di Malaysia, bawa keluar ke Vietnam. Macam mana Malaysia tak bankrup Tok?

Najib tak nampak ka semua ni tok? Yang dok bawa duit ke Singapura, HK dan London tu siapa Tok? Cina2 dan India2 yang kerajaan bagi lesen dan jual lesen la Tok.

Cina pun main Ali Baba juga Tok. Bagi lesen telekom depa juai kepada China dan Norway. Tapi Kerajaan tak marah pun. Kontraktor Melayu kelas F jual projek RM30 ribu kerajaan kutuk satu dunia. Apa ni Tok. Jangan dok merapu la.

Kamjat Penang

Anonymous said...

Salam Dato',

Sime Darby (dan banyak lagi GLC lain) yg diterajui Melayu rugi besar ... maknanya kita Melayu kena belajar ilmu niaga supaya tak asyik rugi aje.

Kerajaan BN diterajui UMNO (Melayu) luluskan lagi lesen judi kerana mungkin kita telah sebati dengan pendekatan pragmatik...if we can't beat them join them...esok lusa mungkin kita akan cadangkan subsidi kondom atau mesin (dispencer) kondom disekolah dan distesyen bas untuk mengurangkan masalah buang bayi...

Tidak ada banyak sebab mengapa GLC boleh rugi besar. 1: CEO dan BOD nya memang tak layak kat situ. 2: Tak telus dalam transaksi niaga (spt pengabungan, pembelian/penjualan anak syarikat, pemberian kontrak, pengambilan kontrak) sehingga mekanisme kawalselia tak boleh berfungsi.. biasanya disebabkan ada penglibatan pembesar negara atau suku-sakatnya. 3. (Berkait juga dengan sebab no. 2): Proses penggabungan dijalankan dengan agenda untuk mengaut keuntungan oleh pihak tertentu. 4. Projek besar yg tetiba jadi tak relevan atau tak berdaya saing kerana memang tak ada kepakaran dalam bidang yg diceburi. 5. Faktor luar kawalan spt kenaikan harga bahan asas dan bahan api atau kehadiran pesaing baru. 6. Hukum alam: kuat, pintar dan lincah selalunya menang tetapi besar tak selalunya menang.

Bab judi, arak dan tenung nasib (macam ramal keputusan bolasepak) memang sudah jelas haramnya dalam al Quran. Ayat pertama yg kita pelajari untuk subjek Agama Islam SPM dulu ialah " Ya ayyuhallazi na AAMANU, innamal khamru wal maisir waa ansabu wal azlamu RIJSUM min amalisSYIATAN. FAJTANIBUHU la allakum TUFLIHUUN. Sebenarnya saya tak ambil subjek Agama Islam masa SPM dulu tapi tetap masuk kelas, jadi kalau ada salah susun kalimah dalam ayat tu mohon diperbetulkan. Poinnya disini, hanya orang yg beriman sahaja percaya arak dan judi itu najis amalan syaitan. BTW beleiving is NOT quite the same as knowing. Hanya orang beriman saja yg akan meninggalkan najis itu kerana Allah menjaminkan kemenangan/kejayaan atasnya.

Lesen judi baru dan kerugian Sime Darby mempunyai kaitan yg amat kuat dengan kepimpinan negara. Borrowing Pakbelalang's favorite line: make no mistake about it. Kepimpinan negara pula mencerminkan kualiti rakyat negara ini. Jangan lupa, KITA yg pilih mereka untuk duduk disitu.

Pak Hj JB

Anonymous said...

Saya teringat dulu Khir Toyo halalkan kilang haram atas alasan kilang haram itu dah berpuluh tahun beroperasi dan bila diputihkan, kilang itu akan menjadi pembayar cukai.

Kini Awang Adek pula dengan lesen judi sukan kononnya untuk megurangkan judi haram.

Bila diambilkira perjuangan UMNO/BN untuk menghadkan penggunaan Allah untuk orang Islam dan isu-isu yang diprotes seperti penempatan semula ladang babi di Selangor, saya jadi tak tahu samada nak ketawa atau meraung!

Lepas ini apa pula?

1.Kelab malam dibenar semula beroperasi hingga pagi?
2.Penjualan arak secara meluas dibenarkan?
3.Pelacuran dihalalkan macam di Thailand dan Singapura?

Kat Singapura, Geylang diisytihar sebagai zon halal pelacuran beberapa tahun lepas dengan alasan seperti:
1.Mengawal penyakit kelamin.
2.Membolehkan aktiviti pelacuran dipantau dengan lebih berkesan.
3.Meningkatkan pendapatan cukai korporat dan individu - ibu ayam bayar cukai korporat manakala pelacur ada caruman macam EPF selain insuran.

Jangan terkejut jika saya katakan sekarang dah ada NGO di Singapura yang memantau kebajikan dan kesihatan pelacur.

Dalam hal Sime Darby, Musa Hitam yang patut letak jawatan dulu sebab dia yang paling lama disana (sejak penggabungan). Saya juga setuju bukan setakat CEO, seluruh BOD perlu letak jawatan.

Jangan lupa, kesan penggabungan korporat dulu, berapa ramai yang sudah diberhentikan kerja atas alasan fungsi bertindan? Rupanya untuk penempatan kroni secara strategik.

Fed Up

mns2121 said...

I may start with that the sackings of SD CEO as repeatation of 13th May tragedy in Malaysia corporate history, coincidently.

But for those well verse with SD saga starting from 80's it was predictable from beginning. Some says their arm were to short to reach far length grassroot problems. Lack of simple check and balance it one of most aspect its compromise to live its expectations.

SD shall remain as pure plantations co for upstreams and downstream businesses and built a mammoth entity with that goals only. To include other businesses eg. energy into its portfolio just inviting uncertainties in the future directions whilst dragging down the entire SD.

May be the best things is to split other businesses into their own listed entities and lesser the risks. At the end of the day, Malaysian will reap all the benefit more or less.

May be also some of the execs in SD still in 'honeymooning moods' to realise their losses as celebration as the biggest listed plantation co not over yet..!!

But kudos to the past CEO for all the stress and pressure he had... and now the acting CEO had a huge responsibilities to perform.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Bab Sime Darby mesti jadi contoh dan budaya kita.

Kalu tak boleh cemerlang,mesti letak jawatan.Tak pun buang.kalu ada salah tang mana mana,charge terus.

Terutama yang berpolitik.

Bab lesen judi ni,yang haram tetap haram.Namun,macam biasalah,orang politik akan cari pebagai alasan yang mengelirukan.tak kira UMNO,PKR DAN PAS.

KALU TAK MAU JANGAN MAIN,HABIS CERITA.KALU DIRI OK,DOK DI ISRAEL PUN BOLEH MASUK SYURGA.

TK

yassir said...

Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum,

Sungguh menarik tajuk kali ini.Olih kerana ada tugas lain Dato' membenarkan ianya dibahaskan terlebih dahulu sebelum memberi pendapat. Ada hikmahnya kerana kalau tidak akan kena tembak tak pasal-pasal oleh pembahas- pembahas yang berpendirian lain walaupun matlamat kita adalah untuk berkongsi maklumat dan pendapat untuk kebaikan bersama.

Negara kita ini kaya. Anugerah Allah cukup banyak untuk kita hidup dalam keberkatan Allah. Malangnya ada diantara kita yang merasa tidak cukup dan khazanah negara perlu ditambah termasuk dengan cara yang tidak dibenarkan Allah.Hasilnya bukan kita bertambah mewah tetapi didalam kesempitan.

Kita janganlah memberi alasan ini kita lakukan untuk rakyat bukan berugama Islam.Kita biarkanlah mereka hidup secara budaya mereka yang tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Kita tidak halang mereka berjudi , minum arak dan sebagainya sesama mereka dirumah mereka.Tidak perlu kita mengeluarkan lesen kerana ini menggalakkan rasuah dikalangan penguatkuasa.Yakinlah tanpa hasil judi negara akan maju dan diberkati Allah , Insyaallah.

Alhamdulillah FELDA tidak jadi diswastakan. Kalau tidak kita tidak tahu apa nasib yang akan menimpa peneroka FELDA.

Saya percaya banyak dari pembuat keputusan kita tidak lagi memeraskan otak bagi memajukan harta negara. Mereka bergantung kepada pakar-pakar perunding yang memang diketahui bermotifkan membuat duit ikut cara yang mereka ketahui dengan tidak mengira halal dan haram mengikut Islam.

Sebagai rakyat tidak perlulah kita bising-bising tetapi mengambil langkah memperbaiki diri kita dengan berusaha meneroka khazanah negara yang masih banyak lagi. Kita bantulah Kerajaan dengan tidak memberi tekanan untuk diberi itu dan ini tetapi berusahalah dengan kemudahan-kemudahan yang sediada untuk memajukan diri dan ummah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Pencetus Strategik Vision
Petaling Jaya.

-Orang Kampong- said...

Salam Datuk,

Benar sungguh cerita P. Ramlee - Ali Baba Bujang Lapok,

"Jual Candu ada lesen, jual Ganja ada lesen tetapi jual belancan tak ada lesen. saya smuggle dari Malaya"

http://www.youtube.com/watch?v=A6I0huT6AZo

alunbm said...

Ahli parlimen Kota Belud,Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bola sepak piala dunia 2010[malaysia kini 15 may 2010]

Abdul Rahman berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan islam.

Komen: pertanyaan saya apakah agama rasmi diMalaysia, kalau buddha agama rasmi nya, Abdul Rahman boleh berkata kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan islam.
itu lebih sesuai....

Buat pengtahuan Abdul Rahman, Islam adalah agama rasmi diMalaysia, jadi tak perlulah membuat kenyataan sedemikian bunyinya terlalu janggal.

Kenyataan dan alasan seperti itu tidak lebih dari kenyataan seorang pengipas "punggkok" Najib!!!!

ahmad husni said...

salam dato,kerugian sudah menjadi isu besar yang tak dapat ditudung lagi.yang sedih sime darby ini diurus diperingkat pusat.adakah peringkat pusat pusat pun berlaku juga kerugian yang amat besar dan memalukan.oleh dato adalah tidak adil kerajaan negeri kedah dituduh bila glcnya tidak memberansangkan.nah lihat sime darby menghadapi kedaan yang sama.saya ingat kerajaan kedah tak perlu janganlah dituduh tak pandai .jika sime darby menjadi contoh nanti.

Anonymous said...

Hi Dato,

Saya menentang sehabis-habisnya perjudian bola. Saya amat hairan dengan respon Dato tentang hal ini dan komen Dato yang sebegitu ringkas.

Kita harus melakukan apa yang benar dan betul. We just live once Dato.

Orang Kerdil

adieu1999 said...

Ini namanya progress... hari nie halakan judi, esok pelacuran, lusa filem lucah(bukan stok 3gp punya tp HD).. tulat ...? Demi memenuhi Negara Maju menjelang 2020 kan Tok Najib ....

Razali Rafaie said...

Bila kerajaan kata nak lulus lesen judi bola kami sebagai Ketua UMNO Cawangan cukup susah nak jawab dengan orang kampung yang kata UMNO dah tak pertahankan Islam lagi.Pada mereka UMNO telah mengkhianati perjuangan.Pastinya pembangkang akan jadikan isu ini sebagai modal untuk memenangi hati pengundi terutamanya orang Melayu.Yang menguasai kerajaan adalah UMNO dan pastinya juga lesen judi tersebut diluluskan oleh Pak Menteri dari UMNO.Adakah kerana nak jaga hati MCA atau MIC kita kena gadaikan maruah dan prinsip.Sedangkan mereka ini punya sumbangan yang amat sedikit jika diambilkira dengan prestasi pada pilihanraya yang lalu.Kalau orang kampung macam kami ini yang kurang pelajarannya dan tinggal pula jauh diBEHRANG ULU pun rasa kecewa dengan keputusan kerajaan tersebut takkanlah pemimpin-pemimpin besar UMNO tak rasa.Adakah mereka ini cuma jadi PAK TURUT demi untuk menjamin kedudukan dan pangkat.Berilah nasihat kepada PAK MENTERI berkenaan hatta PERDANA MENTERI kalau perlu.Jangan hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri.Kalau sayangkan perjuangan ini,sayangkan kuasa yang sedikit ini dan sayangkan masa depan MELAYU renung-renungkanlah.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

1. Nampak cukup jelas, orang Islam yang menjadi pemimpin negara Malaysia hari ini hanya Islam pada namanya sahaja. Saya tidak nafikan bahawa mereka bersolat, mereka berpuasa, mereka ke Mekah dan mereka laksanakan apa-apa yang wajib mereka lakukan sebagai orang Islam; namun dalam masa yang sama mereka bersifat munafiq. Mereka lakukan juga apa yang haram mereka lakukan.

Dengan kata lain, orang Islam yang memerintah negara ini lebih mengutamakan dunia daripada akhirat.
Saya ingin mendengar apa kata Mufti Perak, SS Tan Sri Haji Harussani Haji Zakaria.

2. Saya tidak fikir Sime Darby mengalami kerugian dalam erti kata 'rugi' yang sebenar-benarnya. Tolong maafkan saya kalau andaian bodoh tapi jahat saya ini tidak tepat, namun saya berasa 'ada pihak' yang mengaut keuntungan yang besar daripada 'kerugian' Sime Darby. Cuba-cubalah siasat akan punca 'kerugian'.

Wassalam.

Non-partisan said...

Dato,
Tentang lesen judi:

1. Mufti Perak yang selama kini begitu lantang bersuara nampaknya membisu seribu bahasa.Kenapa dan mengapa agaknya?

2. Seperti kata orang putih 'if you can't beat them, join them'. Inilah jalan penyelesaian ke atas sesuatu masalah yg paling mudah tetapi impaknya amat negatif sekali.

- Orang Kampong - said...

Salam Datuk..

Pasal kes lesen judi..
Kadang-kadang heran betul dgn menteri2 ni.. nak kata bangang ada ijazah sana sini.. kasi point free je kat pembangkang nak belasah UMNO.. lepas tu suruh akar umbi UMNO (kami di cawangan/bahagian) terangkan kat orang-orang kampong supaya diorang faham. Pulak tu supply dekat kami dengan hujah-hujah yang tak masuk akal..apa ingat orang kampong ni bodoh?

Ni ada budak sekolah menengah tanya.. kalau kerajaan tak boleh kawal judi haram - dilesenkan... apa kata dengan dadah/pelacuran..

sama saja condition, cuma lain barang je..

Ni lagu M Daud Likau..Untuk Menteri yang luluskan lesen tu..

Lirik Gila Judi- M. Daud Kilau

Banyak orang gila judi
banyak orang gila judi
hai judi merosak diri
merosak diri
banyak yang setengah mati
akibat judi

Kalau sedang main pakau
banyak orang naik angau
mereka selalu risau
selalu risau
sama-sama jadi sasau
hai jadi sasau

Satu ringgit
dua ringgit
tiga ringgit
empat ringgit
limaaaaaaa ringgit

Satu ringgit
dua ringgit
tiga ringgit
empat ringgit
lima ringgit
haaaaaangusssss....

Kalau sudah gila judi
kalau sudah gila judi
dia lupa anak isteri
hai anak isteri
dia lupa anak isteri
hai anak isteri

Kalau kecanduan judi
kalau kecanduan judi
akhirnya setengah mati
setengah mati
akibat judi

Tolak habuk
jalan kaki
gigit jari
kalah judi..

pakbelalang said...

Saya sokong judi haram di lesenkan supaya ianya sekurang-kurang dapat dikawal dan cukai yang tinggi dikenakan kepada syarikat ynag mendapat lesen judi.

Judi haram tidak akan dapat dihapuskan walau pun ada penguat kuasa yang cekap untuk menangani gejala judi haram.

Kalau dibiarkan judi haram beroperasi tanpa lesen dan tanpa kawalan, keuntungan yang mereka raih berbillion ringgit (tax free) akan digunakan untuk menghancurkan masyarakat kita, terutama sekali masyarakat Islam dengan mengebangkan aktiviti haram mereka kepada bukan sahaja perjudian haram tapi pelacuran, dadah, Ah Long dan mungkin juga digunakan untuk merasuah ahli-ahli politik. Contohnya seperti di Amerika Selatan. Bagaimana kuatnya kumpulan pengedar dadah, pelacuran dan judi haram yang boleh membuat kerajaan tunduk kepada mereka hinggakan tidak dapat berfungsi sebagai kerajaan yang berseh dari rasuah.

Cukai yang tinggi yang dikenakan kepada syarikat perjudian berlesen sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk perbelanjaan membenteras gejala yang merosakan kehidupan masyarakat yang telah terjebak dalam kancah yang menjijikan akibat dari pengunaan wang hasil haram yang di sogok untuk menghancurkan masyarakat kita.

Fikir-fikirkanlah!! Saya terima dengan hati terbuka jika ada kritikan yang bertentangan dengan pendapat saya ini.

Tinta Hitam said...

Datuk dan Sahabat semua,

Kalau ahli ahli UMNO sendiri dah tak pentingkan halal haram judi ni,mengapa Najib tak berikan lesen judi bola tu pada Sime Darby aje utk offset kerugiannya.Mengapa bagi kat Berjaya? Pemimpin pemimpin UMNO juga untung tak payah najawab lebih lebih pasal kerugian Sime Darby tu.

keh keh keh ...just joking..

Anonymous said...

Salam Datuk,

Sebagai pemilik saham saham PNB melalui ASB, ASW2020 dan selain nya, saya ingin menanyakan kepada PNB...bukan kah se eloknya senior management Sime Darby Group Berhad dari kalangan Bumiputra khusus nya? Se tidak tidak nya semangat menolong bangsa sendiri lebih kuat berbanding dari di urus oleh bangsa bukan Bumiputra. Saya terbaca di akhbar bahawa pengganti Datuk Azhar sebagai CEO Sime Darby Plantations adalah seorang bukan Bumiputra...tidak ada lagi kah Bumiputra yang berkaliber dan berkebolehan uuntuk menerajui Sime Plantations? Beri lah peluang untuk bangsa Melayu untuk menerajui bisnes dan Division yang terbesar di Sime Darby Group Berhad..se padan dengan gelaran Sime Darby sebagai "the largest listed plantation company"..kalau PNB tidak menolong bangsa Bumiputra siapa lagi yang boleh?

Melayu Boleh

bashir said...

patut lah ramai yang tinggal Malaysia...

Unknown said...

Salam Dato',
The who’s-who on the BOD are “jokers”… what are their functions/KPIs other than looking at the results of a mess? You put monkeys there pun no issue… with such high profile & supposedly vast corporate experience jokers the least they could do is to smell the rotting fish BEFORE it got really rotten! Ni dah meletup baru nak bising and started to remove people for accountability! Remove yourselves first la for not doing good job… kalau just to sit on board meetings and look at numbers after the facts… sapa pun boleh buat… no need for vast corporate experience la… jerk-heads semua nya… headed by none other than Musa “elegant silence”… poorah! The gomen should go for the head of asshole responsible for the “brilliant agglomeration strategy” of Sime Darby and the other plantation co’s for creating this mess in the 1st place… maybe Khazanah should answer this as well!?

Mustapha Ong said...

Salam Sdra Datuk AKJ,

Hebat juga topik bertajuk "Lesen Judi Dan Kerugian Sime Darby" yang dipilih dalam blog Datuk untuk perbahasan nya di ruangan siber.Biasalah ada pendapat yang berbedza,mengikut citrarasa pengkritik-pengkritik yang ingin menyumbangkan komen mereka bagi pengetahuan umum atau mahu menarik perhatian kepimpinan Kerajaan BN dan juga PR yang berkuasa di sempadan negeri masing-masing.

Pada kali ini,izinkanlah saya menyampaikan pendapat saya agar berbeza daripada kedua-dua komen saya yang telah disiarkan di dalam kolum scribe Datuk.Terima kasih semoga usaha saudara untuk tujuan pembangkitkan kesedaran minda yang kreatif dan sihat akan dapat diteruskan untuk mengwujudkan anggapan dan kritikan umum yang lebih sihat dan membina dari segi pembentukan masyarakat yang lebih berpeka dan berpengetahuan.

Selain daripada gejala bentuk penjudian yang berkeluasa yang diluluskan Kerajaan BN,ada terdapat perjudian yang dikatakan "haram" atau pertaruhan secara "di bawah tanah atau (underground gaming syndicate)"yang mempunyai penarikan yang luar biasa dan bebas daripada bayaran cukai yang merugikan Kerajaan.

Perjudian yang dikatakan sedemikian termasuklah pertaruhan semasa musim pemilihanraya kecil yang diperjudikan atas kertas-kertas undi sama ada sebagai undi kepada pihak pro Kerajaan BN atau pihak pembangkang.Pihak SPR dan SPRM tentu lebih termaklum dalam perkara ini.Tetapi apakah dapat kita menangani isu ini dengan berkesan?

Setakat ini kedua-dua pihak pernah mengeluarkan kenyataan tetapi tidak pula terdengar hasil penyiasatan yang menyeluruh dan penangkapan.Pada pendapat saya perjudian ini lebih merugikan rakyat dan pihak pemerintahan Kerajaan BN, jika dibandingkan dengan perjudian lain untuk tujuan mencari kekayaan secara halal bagi orang-orang yang tidak beragama Islam.

Tetapi malang nya terdapat juga orang-orang Islam yang tidak memperdulikan fitrah pengislaman mereka dari segi soal "halal dan haram".

Akhirkata, sejak segelintir rakyat yang telah menjatuhkan atau mengurangkan kuasa pemerintahan Kerajaan BN di beberapa buah negeri-negeri, tertumbuh nya pusat-pusat maksiat seperti rumah urut,spa-spa, kelab-kelab malam dan karaoke-karaoke di sana dan sini seperti pertumbuhan cendawan.

Berbagai-bagai maksiat telah dibenarkan berkembang tanpa pengawalan yang berkesan.Gejala ini yang dihalalkan oleh kedua-dua Kerajaan BN dan PR adalah lebih membimbangkan rakyat atas berbagai kesan-kesan buruk kepada masyarakat kita, khusus nya bangsa Melayu yang beragama Islam.

Pada hikmah saya gejala sedemikian adalah lebih teruk penarikan dan kesan nya kepada masyarakat kita tidak mengira tua atau muda mengikut nafsu kemanusiaan yang tidak terkawal.Jadi soal perjudian untuk mencari rezki secara haram bagi masyarakat Islam tidak menjadi satu isu begitu serius, sebab ramai lagi orang luar di sana tetap "menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan" asalkan terdapat nya peluang untuk mendapat duit kopi melalui saluran rasuah yang diamalkan.

Justerunya amalan berjudi adalah soal kawalan keperibadian seseorang itu dan tidak kesah orang itu beragama Islam atau sebalik nya, tetapi gelaja pelacuran dan pengambilan dadah-dadah dan minuman keras juga tidak boleh dipandang ringan yang memerlukan tindakan penghapusan yang berkesan dan serius.

OKJ said...

Salam Sdr Pak Belalang

Rasional yg Sdr berikan terutama dengan contoh di Amerika Selatan memang tepat sekali. Cegah sebelum menjadi wabak. Diharap kematangan Sdr dalam meletakkan keutamaan (priority) seharusnya menjadi contoh kepada yg lainnya. Tiada siapa menafikan judi itu haram tapi lebih bahaya kalau duit judi haram itu digunakan untuk menjatuhkan sebuah kerajaan Islam Syumul terutama di negara yg pelbagai kebudayaan. Perbincangan pro & con macam inilah sepatutnya digalakkan bukannya main tuduh, fitnah dan mencaci orang saja. (Tapi kenalah pisahkan duit judi dari pendapatan lain.)

Sime Darby

Rugi RM1,600,000,000 memang salah dan melambangkan ketidakcekapan decision makers. Sesiapa yg berada pada kedudukan desicion maker dalam Sime Darby kenalah undurkan diri secara sukarela atau paksarela. Sekian TQ.

p.s Terima kasih Dato’ kerana tak menyiarkan komen saya yg sebelumnya kerana mungkin boleh menyinggung perasaan. Sila beri tunjuk ajar.

Anonymous said...

datok,
saya juga sependapat dengan ramai bahawa kerajaan mesti mengharamkan judi walau apa bentuk sekalipun.bukan saja judi bola bawa mudarat judi lain pun sama.dah jadi satu trend bila ada by election saja judi nombor 'special draw' dibuat.untuk apa tu?.dalam kes sime darby bukan duit pnb yang rugi tapi duit cukai rakyat.dari mana pnb dapat modal buat berniaga.bukan pnb/glc companies syarikat kerajaan dan kerajaan ambik duit tang mana kalau bukan duit rakyat.yang peliknya PM najib masih berdiam diri dalam semua perkara.MCA godam PKFZ,umno peklingkup sime darby.maka eloklah tu sorang satu.jawapan paling mudah pm najib dok tunggu habis by election sibu dan akan umumkan kerajaan akan buat siasatan dan tindakan akan diambil tanpa mengira kedudukan.dan ks macam ini bukan sekali,bahkan berkali-kali dan orang melayu tidak akan rasa apa.saya nak tanya kalau kes macam ini berlaku di US atau UK apa akan jadi kepada parti memerintah?
sekian
zmy

alunbm said...

Bapak belalang,
Sebenarnya tuan tidak bersendirian dalam menyokong isu judi dilesenkan.
Cubalah tanya pembesar2 umno,mereka berdiri teguh dibelakang najib dalam hal ini.Ahli/penyokong umno pun begitu jugak dan saya hampir pasti 70% ahli umno tidak kesah/sensitif lesen judi sukan diluluskan.30% lagi mereka yang kuat imamnya membantah secara senyap dan akan diterjemahkan dalam PRU ke 13 nanti. Begitu juga ngo-ngo melayu kata nya berpuloh-puloh tidak ada satu yang berani buat demo,depa membisu seperti tunggui kayu yang mati. Sokong la tuuu..
Benarlah kata tinta hitam Najib berani buat kerana dia tahu melayu umno tidak akan membantah, malah akan menyokong lagi....Tahniah bapak belalang teruskan sokongan pada tahap lebih tinggi 200% pada umno....

pakbelalang said...

Non-partisan said...
Dato,
Tentang lesen judi:

1. Mufti Perak yang selama kini begitu lantang bersuara nampaknya membisu seribu bahasa.Kenapa dan mengapa agaknya?

komen:

Saya rasa adalah tidak adil untuk merujuk kepada Mufti Perak sahaja untuk membuat kenyataan tentang isu ini.

Mufti-mufti negeri tidak harus membuat kenyataan terbuka. Mereka harus menggunakan saluran resmi umpamanya melalui Jabatan Perdana Mentri untuk memberi pandangan mereka masing-masing untuk mengelakan controversy dan dipolitikkan isu ini.

Mufti Perak telah banyak kali membuat kenyataan berkaitan dengan isu-isu panas dan akhirnya didapati kenyataan beliau selalu disalah tafsirkan oleh golongan yang berkepentingan terutamanya golongan orang politik.

pakbelalang said...

Saya nak cadangkan kepada pengurusan Sime Darby supaya di adakan 2 orang joint CEO untuk meringankan beban kerja. Sime Darby adalah syarikat conglomerate yang terlalu besar untuk di uruskan oleh seorang CEO sahaja. Ianya tidak praktikal dan walaubagaimana "handal" pun kelayakan CEO yang akan digantikan Zubir beliau tidak akan dapat memberikan fokus yang berkesan untuk mengawal aktiviti operasi syarikat.

Struture organisasi Sime Darby hendaklah di pecah kepada dua bahagian iaitu perladangan dan perdagangan umum.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

pakbelalang! Saya harap tiada sesiapa pun yang perlu mengkritik anda. Bagi anda, pendapat anda itu benar, walaupun bagi orang lain, pendapat anda itu bertentangan sama sekali dengan Titah Perintah Allah SWT.

Wassalam.

Anonymous said...

Kalau seseorang yang beragama Islam bekerja dengan majikan bukan beragama Islam,dan majikan tu pula membayar duit gaji pekerja tadi dengan duit yang dia laburkan dalam perjudian,apa yang korang dapat simpulkan dengan soalan di bawah

1.Pekerja terbabit tidak mengetahui yang gajinya datang dari duit haram

2.Pekerja itu tahu dan pasti gajinya dari duit pelaburan judi oleh majikannya


Sama juga kalau kita membeli saham yang duit kita itu dilaburkan ke atas satu syarikat/projek atau pelaburan yang haram.Hasilnya?Adakah kita ni makan duit haram?Kita tau ke kemana duit saham kita tu pergi?

Kalau orang Islam mestilah tau arak,judi,pelacuran dan maksiat tu DILARANG,Tapi kenapa ada yang nak salahkan kerajaan?Kerajaan hari ni bukan Orang Melayu Islam saja yang ada di dalam nya.,Rakyat Malaysia pun berbilang kaum dan agama.Didik anak isteri dan keluarga dengan baik,Mula kan dari rumah.Kalau dari kecik di ajar supaya membenci arak,judi,atau apa saja perkara DILARANG,takkan mereka nak suka suka pi minum arak,berjudi dan sebagainya?


ps:Usahlah melatah tanpa fikir asas utama yang perlu di atasi adalah dalam diri individu masing masing.Ada perkara baik sekalipun di salah guna akan mendatangkan keburukan.Apatah lagi perkara yang jelas mendatangkan keburukan,

Kalau judi bola dihalalkan sekalipun,mengapa yang mengaku ISLAM berlumba2 nak main.Yang bukan ISLAM pun selama ni tak kira halal atau haram mereka tetap main.

Sama ada kerajaan nak amik untung dari lesen judi mungkin ada benarnya.duit kerajaan sekarang pn bercampur dgn hasil judi.

last2 kita semua makan hasil judi!

Anti Hipokrit

saji said...

Salam Melayu Boleh


.....tidak ada lagi kah Bumiputra yang berkaliber dan berkebolehan uuntuk menerajui Sime Plantations? Beri lah peluang untuk bangsa Melayu untuk menerajui bisnes dan Division yang terbesar di Sime Darby Group Berhad..se padan dengan gelaran Sime Darby sebagai "the largest listed plantation company"..

Komen:

Masalahnya tak ada banyak pilihan untuk mendapatkan yang terbaik.

Anonymous said...

assalamuaalikum wbt...

1. jangan dipermainkan takbir dengan takebeer...ini bukan satu lelucon.

2. haram tetap haram..tiada istilah mengawal yg haram.

3. jakarta di bawah gubernor Almarhum Ali Sadikin telah 'mengiktiraf' industri pelacuran di jakarta sebagai 1 usaha membendung, mengawal industri ini di masa yg sama mghasilkan profit (untung)buat pemerintah..

4. tak terbendung juga..jakarta sekarang adalah top 3 kota terbesar di indonesia yg mempunyai pesakit AIDS dan syurga buat laki hidung belang..

5. kita bagi lesen judi dengan alasan utk mengawal maraknya judi haram di negara kita. tapi org islam yg ikut serta tidak ditangkap, diganggu. malah bukan rahsia lagi apabila keturunan darah biru juga menjadi kaki judi. mereka lebih hebat..

6. kita bg lesen jual arak supaya kebebasan mereka yg non-muslim terjaga. tapi anak2 kita juga turut beli dan tiada siapa dikenakan tindakan..

7. buka web atau blog hiburan malaysia hari ini..kita akan lihat banyak artis secara terbuka minum minuman alkohol...

8. tunggula laknat Allah..

9. Sime Darby...3 syarikat besar yg terus mghasilkan untung digabungkan dengan tujuan untuk menghasilkan untung yg lebih besar..dan akhirnya rugi dengan nilai yg sgt besar...

10. memalukan dan memilukan. tapi pemerintah terus dipuji dan dipuja seumpama malaikat..

11. macam mana sebuah gergasi yg terus menerus diaudit dpt rugi sebanyak ni..mesti ada yg x beres..

12. bukan zubir sahaja patut bertanggungjawab... musa hitam juga harus merasa malu dan bertanggungjawab. yg gila2 nk gabungkan sgt 3sykt ni juga harus menjawab..

13. shame on u guys!

wallahualam

-adli-

Anonymous said...

assalamualaikum wbt...

1. hari ni kita halalkan judi, esok lusa kita halalkan pelacuran pulak..lepas tu kita pakat ramai2 jual malaysia la ek..

2. kalau betul la kata kita nk bg lesen judi sebab nk kawal judi haram...kenapa tak bagi syringe (jarum) kepada para penagih dan kondom di rumah2 pelacuran..kan kita sama2 dapat kurangkan AIDS, pykat seksual menular etc2..mengawal la sgt..

3. tunggang terbalik bangun duduk dia sembahyang..last2 dia sign jugak lesen judi..takdak rasa malu ka? manusia apa la lagu ni?

4. yg diberi amanah jaga n pertahankan Islam di Malaysia pun sama naik ja, dua kali lima..lagi hebat..pi balik pi balik oversea..konon2 bz, rupa2nya taik judi...

5. minum arak pon 1 lg cerita..sapa pon tak brani kata apa..kata ni negara majoriti muslim...kalau nk rotan, rotan jela..dh memang dalam kitab pon ckp lagu tu...

6. saya punya teori..depa(pemimpin)ni tak berani bertindak sebab depa pon dua kali lima..taik judi, kaki minum etc2

7. perjuangkan melayu, islam konon...my a**

8. harap ja muka ensem, otak kat kepala lutut n hati hitam berlegam..

9. geramnya

wallahualam...

-idiopathic idiot-

Bila Diary Bercerita said...

Datuk,
peratus yang bangkang lesen judi ni rasanya lagi ramai drpd yg setuju.
Ada yang kata Judi dilesenkan dengan alasan untuk meraih cukai?? Cukai tu masuk ke dana kerajaan. Dan digunakan untuk apa? Tak kan nak bagi derma pulak kan...
kalau dah dari sumber yang haram takkan boleh jadi halal. Fikir-fikirkan.

Kat Malaysia ni dah terlampau banyak maksiat. Ditambah pulak pak menteri ISLAM yang cadang & luluskan lesen JUDI.

Saya takut nanti Allah swt tidak lagi memberi rahmatNya ke atas bumi Malaysia je...

terfikir tak bila Sime Darby rugi, itu mungkin juga tandanya bahawa Allah swt tak redha dengan ekonomi Malaysia.

hanya sekadar pandangan kecil.

DinSup said...

Ybg. Datuk,

Perasaan saya amat sedih memikirkan umat Islam zaman sekarang, bila JUDI dihalalkan dengan alasan mudah untuk mengawal. Negara yang di war-warkan oleh pemimpin yang beragama Islam sebagai model sebuah negara Islam yang dapat dijadikan contoh untuk dunia. Setiap tahun ada musabaqah Al-Quran peringkat antarabangsa. Ada menteri khas yang menjaga Hal-Ehwal Agama Islam. Namun kecundang juga, penangan segelintir pemimpin yang masih dan amat pentingkan habuan dunia atas pertimbangan membalas budi atau senang untuk pemerintah jalankan tanggungjawap konon. Akhirnya, judi yang haram akhirnya dihalalkan juga.
Kita juga amat-amat maklum pemimpin yang mempunyai isu MORAL sudah mula meniti puncak kejayaan kerjaya. Akhir-akhir ini kejadian pembuangan bayi (ANAK HARAM) sudah menjadi hidangan berita yang biasa didengar. Ada pula kedengaran dasar memperkenalkan pelajaran sex di peringkat sekolah. Bukannya menguatkan lagi asas pendidikan agama. Lama kelamaan tidak hairan isu anak haram ini nescaya akan di halalkan juga dengan alasan mudah untuk kawal.
Selain itu sudah sekian lama isu najis DADAH yang di tentang, akhir-akhirnya dihalalkan dengan dasar pemerintah dengan alasan serupa iaitu senang untuk kawal. Namun realitinya, cuba lihat statistik berkaitan dadah, lagi banyak pula jenis-jenis dadah yang canggih diperkenalkan. Apa sudah jadi dengan dasar beri suntikan percuma tersebut?.
Dunia pemerintahan zaman sekarang sangat mencabar, ditambah pula segelintir pemimpin yang pandai mengambil kesempatan sebagai landasan mengejar cita-cita dengan mengaburi mata rakyat atas nama rasa tanggungjawab dan perihatin yang telah dipikul.
Judi, dadah dan perempuan atau penyakit tiga serangkai ini sudah menular dan meresap jauh dan menjadi sebahagian alat/senjata ampuh atas nama pembangunan negara. Samada suka atau tidak, secara tidak langsung ia adalah resepi kejayaan yang sudah mula diterima oleh masyarakat. Masakan tidak, tanda dan reaksi dari masyarakat kita amat tenang, lebih-lebih lagi dari pihak yang berlatarbelakang ilmu agama. Nau'zubillah.
"...Ya Allah, jauhkanlah kami dan negara kami dari kemungkaran zaman Jahiliyah. Amin..."

Anonymous said...

Kluangman kata "Tindakan ini dapat di ambil kerana PAS sudah berjinak dengan DAP dan ini merupakan 'lesen' untuk UMNO bermaharajalela.
Pas tentu tidak kata "NO" semata mata mahu menjaga hati pengundi bukan Islam."

Kemudian Ex-Banker sahut kata setuju!Setuju!

Kat Perlimen, suara bangkangan DAP dalam isu lesen judi sukan ini lebih kuat dari mana-mana komponen BN, termasuklah UMNO! Itu belum lagi dikira bantahan PAS.

Tak percaya, bacalah hansard. Kat media cetak pun ada laporkan; kalau bukan di siber.

Untuk Pak Belalang, sila perhatikan di kedai toto dan 4D, melayu tak segan silu beratur membeli. Pernah baca atau dengar penguatkuasa agama atau polis serbu kedai sebegitu?

Itu yang judi fizikal, belum lagi judi cara maya a.k.a melalui siber.

Jangan la buat lurus bendul sangat bila nak sembang pasal penguatkuasaan.....

Fed Up

Dato Hanapi said...

Salam Kadir.

Comment Tuan tepat sekali mengenai Sime darby dan Spot Judi yang di berikan kapada Vincent.

Dua Syarikat besar dalam PNB ia itu Sime Darby dan malayan Banking telah menjadi mangsa rakus ahli politik dan businessman.Akibatnya PNB sekarang merupakan Time bomb yang akan meletup pada bila2 masa kerana apabila syarikatnya2 rugi ia tak akan dapat bayan dividen kapada unit holder.Good luck ti you Najib.

Pemberian lesen judi sukan kapada Vincent merupakan satu tindakan yang berani yang di buat oleh Najib sabagai Perdana menteri.Saminggu salepas Vincent dapat lesen itu ia menjualnya kapada Berjaya dengan harga 500 juta.Saya tidak tahu apakan rasional Najib tapi ini merupakan satu tindakan yang berani salepas Tungku Abdul Rahman memberi lesen Judi kapada Lim Goh Tong.

Semoga Allah memberkati usaha mu.

Anonymous said...

Dear Melayu Boleh

We dont have to look far for the obvious. Just look at our small little dot neighbour, Singapore.

Compare their GLCs and ours. How many of them made it outside their own country, u can count them with ur fingers.

All the GLC are headed by bumiputras. Whether they are most qualified person, well, what I know is, most of them got their becos they are bumiputra.

Truth is, most bumiputras get there, without much merit, without competition, and you cant expect them to be performing. Simply nothing motivates them to do that.

Truth is there is not much capable bumiputra talents around, when compare, to Chinese, White, India. So if you persistently put a talent bumiputra, sooner or later, same ending also one.

Why does he needs work so hard to stay there, when, staying there is part of his bumi privileges rights. Make sense, no.


I urge you to step out of Msia. No need to go far. Just head south to Singapore. Sg are known for their merit based system.

Take a good look, come back. And then look at our KL city, Putrajaya, Cyberiaya. You should know where we are now. We fking not moving awhere.

But then again, you would not bother, becos, staying put is your privilege, ur bumi rights.


Sad

saji said...

Salam Dato'

1. Dalam satu seminar Syariah Construction Contract yang saya hadiri di UIA dua tahun lalu, seorang penceramahnya ada 'memfatwakan' mengenai keharusan orang Islam melabur dalam perniagaan yang ada mencapurkan aktiviti perniagaan halal dan haram seperti perniagaan hotel jika % aktiviti perniagaan haram berbanding dengan aktiviti halalya itu nisbahnya tidak melebihi 30 (haram): 70 (halal) dengan syarat tambahan memastikan akaun pendapatan halal dan haram tersebut diasingkan.

2. Berdasarkan 'fatwa' tersebut, tidakkah tiba masanya kerajaan UMN0/BN melakukan reformasi pungutan cukainya dengan mengasingkan antara akaun pungutan cukai daripada sumber hasil haram dengan sumber hasil halal?

3. Saya timbulkan perkara di atas, untuk memastikan bahawa wang bagi belanjawan kerajaan untuk membina masjid, mengaji menteri agama, mufti, kadi, guru agama dan sebagainya tak begitu kelihatan daripada sumber yang haram. Selain untuk memastikan pendapatan negara darpad sumber haram pada sesuatu masa tidak melebihi 30%.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Quote by Saji

[1. Dalam satu seminar Syariah Construction Contract yang saya hadiri di UIA dua tahun lalu, seorang penceramahnya ada 'memfatwakan' mengenai keharusan orang Islam melabur dalam perniagaan yang ada mencapurkan aktiviti perniagaan halal dan haram seperti perniagaan hotel jika % aktiviti perniagaan haram berbanding dengan aktiviti halalya itu nisbahnya tidak melebihi 30 (haram): 70 (halal) dengan syarat tambahan memastikan akaun pendapatan halal dan haram tersebut diasingkan.]

Sila nyatakan 'mufti' mana yang bagi 'fatwa' tersebut. Kalau setakan 'fatwa' kertas kerja dan tidak diwartakan, saya rasa tak perlu nak post kat sini. Adakah itu hanya pendapat peribadi 'mufti' tersebut....

Please la.. jangan bagi orang konfius...

Lepas ni bolehlah melabur dalam kelab malam yang hanya menghidangkan arak 30% dan selebihnya hanya hidangan fresh orange atau air suam...

Ataupun melabur dalam rumah urut yang 30% urutan oleh 'tukang urut' special while 70% lagi oleh tukang urut bertauliah.

Anonymous said...

OKJ kata,

"Diharap kematangan Sdr dalam meletakkan keutamaan (priority) seharusnya menjadi contoh kepada yg lainnya. Tiada siapa menafikan judi itu haram tapi lebih bahaya kalau duit judi haram itu digunakan untuk menjatuhkan sebuah kerajaan Islam Syumul terutama di negara yg pelbagai kebudayaan."

Teori mana pulak ni? Matlamat menghalalkan cara itu bukan ajaran Islam, bro!

p/s Pak Belalang, kita mendahagakan fatwa Mufti Perak sebab selalunya beliau tidak pernah malu untuk membuat kenyataan terbuka seperti kata Pak Belalang itu. Baik dalam hal agama (isu Allah) mahupun dalam hal politik (mengaku jadi orang tengah BN memujuk PAS).

Fed Up

Ab Razak Hj Ahmad said...

Banyak komen dalam The Star, NST atau The Sun, samaada komen dlm bentuk artikel atau SMS dari orang bukan Islam yang membantah aktiviti 'halal' judi ni.

Malu saya bila membacanya. Kerajaan akan dapat untung berjuta while rakyat bawahan akan porak peranda dengan perjudian...

casper c said...

FATWA your bloody head lah dgn nisbah 30% - 70% peratus halal !!!

Freaking bloody bodoh, mana boleh tafsir Islam ikut suka hati, siap dgn peratusan !!!!

Adakala, betul salah jangan pandang pada mana-mana agama malah makan akal sudah pasti cukup - apply common sense lah brader.

Unknown said...

Datuk,

Tok Najib kita ni muslim ke non-muslim...? Main bola buka aurat tu dah tentu haram. Lepas tu nak berjudi pulak. 2 kali haram. Itu belum campur dengan kaki mabuk. 3 kali haram. Ini bukan setakat haram lagi datuk, tapi dah jadi haram jadah...!

saji said...

Abd Razak Hj Ahmad dan Casper c

1. Kalau kamu sukakan ilmu dan perihatin mengenai 'fatwa' berkenaan carilah maklumatnya daripada pihak berkenaan UIA. Dengar dulu hujah penceramah berkenaan mengenainya. Tidakkah Islam agama hujah?

2. Fatwa apa yang kerajaan UMNO/BN gunakan yang mengharuskan wang umat Islam dilaburkan kepada perniagaan bank2 awam tempatan yang mencapurkan aktiviti trassaksi sistem perbankan yang berteraskan riba/faedah (haram) dengan sistem perbankan tanpa faedah? Tidakkah fatwa yang sama berkenaan telah digunakan selama ini?

abdullahngah said...

saji

yang beri Ceramah di UIA mengatakan boleh melaburkan dalam perniagaan subhah haram dan halal mungkin bukan ulamak, sedangkan ulamak pun ada yang jahat dan berkata boleh apa sahaja asalkan perutnya kenyang.

Memang boleh. Yang larang, islam. Islam yang dibawa oleh Nabi Mohammad SAW sahaja.Ada islam yang dibuat sendiri dengan pelbagai andaian itupun boleh.Boleh memang boleh, tetapi haram hukumnya.

Kita juga kena ingat umat Islam terdiri daripada 73 puak. Cuma satu sahaja yang diterima-iaitu yang ikut ajaran Rasulullah SAW.

Penceramah yang Saji nyatakan itu barangkali terdiri daripada 72 puak yang pernah disebut bahawa Yahudi terbahagi kepada 72 puak semuanya tidak diterima.

saji said...

Sdr abdullahngah

yang beri Ceramah di UIA mengatakan boleh melaburkan dalam perniagaan subhah haram dan halal mungkin bukan ulamak, sedangkan ulamak pun ada yang jahat dan berkata boleh apa sahaja asalkan perutnya kenyang.

Komen:

Walaupun kita kata dia ulama jahat, tetapi dialah antara pengkaji Islam yang terlibat dalam memajukan sistem kewangan dan perbankan Islam yang seadanya itu di serata dunia.Kita buat apa?

Anonymous said...

Datuk,
BERITA GUMBIRA,
PDRM telah memberikan senjata baru kepada PAKATAN
RAKYAT kerana menyenarai hitamkan pesalah jalanraya.
Ada mereka yg disenarai hitamkan dengan tujuan memaksa
melangsaikan saman trafik walaupun mereka tidak menerima
apa-apa notis.Mereka terpaksa(baca dipaksa) membayar saman
(dibaca samun) tiga ratus ringgit setiap kesalahan.
Kesemua mereka yang terpaksa membayar saman mengucapkan terimakasih kepada Kerajaan. Dan akan membayarnya dengan Pangkah
Pakatan Rakyat pada bila-bila masa yg ada kesempatan atau setidak-tidaknya pada PRU 2013.
Kesemua mereka yang terlibat menanggap saman adalah cara kerajaan
BN mencari sumber kewangan.
Hal ini belum pernah terjadi sebelum najib menjadi ketua pemerintah.
Terimakasih pada PDRM!
-Makangaji-

Anonymous said...

assalamulaikum wbt...

1. 30% haram dan 70% halal...

2. apa kata kita bukak 1 theme park, kita buat hotel canggih manggih situ, tempat permainan canggih, restoran sedap2 dan kita buat rumah pelacuran kecik dan kasino mini..confirm tempat tu laku besar..masih halal?

3. tolong bgtau sikit sapa imam/alimulamak/cendekiawan yg bg fatwa ni? tolong bgitau sikit kitab mana dia pegang..tolong bgtau sikit ayat mana dalam Quran menegakkan fatwa dia?

4. mungkin sebab tu ada GLC yg labur dalam aktiviti haram..mungkin sebab tu ada ceo melayu muslim dalam konsortium kasino terbesar asia tenggara...

5. kalau betul konsep 30-70 ni betul..maka malaysia harus mempunyai rumah pelacuran dan kasino terbaik asia tenggara..

6. bukan dalam islam itu ada istilah syak/syubahat etc2...kalau ada syak, jatuh hukum haram, kalau ada syubahat, jatuh hukum haram...

7. tu tok guru saya ajarla...

8. dia pon org biasa. boleh betul boleh salah...tapi, stakat ni..tu lah pegangan saya...

9. mungkin sebab konsep 30-70 ni, org2 kaya2 malaysia ni terdiri dari tokey judi,samseng, ahlong2, pegawai2 kerajaan yg korup, pemimpin2 berhati hina...mungkinla kan..

10. saya tetap pegang kepada fakta alkohol/arak dan judi adalah haram...tolong bagi mana2 dalil/fatwa membolehkan judi/alkohol...

11. bukan sudah banyak rujukan ilmiah menegakkan bahawa alkohol itu buruk utk kesihatan manusia dan bukankah sudah banyak cerita menceritakan judi itu punca kepapaan?

12. mungkin pemerintah kita sudah desperado...sampai halalkan yg haram juga adalah halal...

13. mungkin kitab Quran dan hadis nabi itu sudah 'tidak jaman' (outdated) untuk negara semaju malaysia..

14. hahaha

15. ds najib pemimpin ulung malaysia tidak ingin jawab? nazri aziz pahlawan melayu tidak mahu jawab? hishamuddin dan khairy org muda hebat tak mau jawab?

wallahualam

-adli-

faroki said...

Salam, Datok..
Marilah merujuk kepada Kitab Suci-Al Quran, mudah mudahan mendapat petunjuk..

7-3. Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya).

6:123. Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyadarinya.

65-8. Dan berapalah banyaknya (penduduk) negeri yang mendurhakai perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasul-Nya, maka Kami hisab penduduk negeri itu dengan hisab yang keras, dan Kami azab mereka dengan azab yang mengerikan.

abdullahngah said...

saji

mungkin ada antara orang bank cuba bahas "usulfikh" yang menolak ajaran Islam.

Hari ini saya lihat "Islam" pendapat alim ulamak.

Atau dengan kata lain Islam buat sendiri sehingga ada "nas" pun mereka tolak dengan alasan tidak begitu ia begini.

Pandai pandai alim ulamak sehingga menimbulkan kekeliruan yang tidak dapat diselesaikan.

Malah ada alim ulama lebih pandai daripada Nabi SAW dan sahabat sahabat.

Inilah punca yang haram dibolehkan, sedangkan yang putih tetap putih dan yang hitam tetap hitam.

Islam dianggap idealogi, sedangkan Islam itu wahyu yang disyariatkan bukan hak Nabi Mohammad Saw dan bukan hak kita yang boleh dibuat sesuka hati.

Ia adalah hak Allah Subha nahu wataala.Apa yang ada didalam Al Quran itu tiada satu pun yang boleh diragukan.

Anonymous said...

Datuk,

Itu hari jenuh PAS bersilat dan mengeliat nak tempis isu arak dan beer di Shah Alam.

Sekarang ini giliran UMNO pula nak bersilat dan mengeliat hal lesen judi bolasepak ni.

Saya lihat, dua-dua PAS dan UMNO ni banyak kong kali kong saja Datuk.

Dua-dua tak boleh pakai!


-sinbad-

alunbm said...

Nampak nya peluang Awang Adek untuk menjadi Menteri Besar Kelantan(Umno) sudah tetutup terus gara-gara lesen JUDI....
Ingat Awang Adek ingat judi.....

Anonymous said...

Sinbad kata, "Itu hari jenuh PAS bersilat dan mengeliat nak tempis isu arak dan beer di Shah Alam.

Sekarang ini giliran UMNO pula nak bersilat dan mengeliat hal lesen judi bolasepak ni."

Ada bezanya.

PAS nak haramkan arak di Selangor, kena minta lalu dengan Federal. (Saya rujuk kepada kilang arak).

UMNO nak bagi lesen judi, tak payah rujuk parlimen, sekadar angkat tangan masa mesyuarat kabinet je.

Fed Up

affendi hussain said...

Sad@12:06 AM

1. Name to us one S'pore GLC that make it into the Fortune 500 top 100s. Singapore itself is a Temasek Holding capitalization..what a risk!

2. Here, we have one GLC that make it as the world 8th most profitable company.

3. Do some soul searching and find out what race make up the majority chunk inside that company machinery. The success & survival of a company do not lie solely in the hand of its CEO or BOD. Its not a 'one man show' thing. Based on your race-potential logic, PetroChina with relatively far bigger reserve should do far better than this 'small oil company'.

4. The issue is not lack of capable candidates in the malay talent pool.. the real issue is monopoly of OPPORTUNITY.

5. In Malaysia, this OPPORTUNITY only circled around the neo-aristocrat politicians cronies and also chinese inherited business rings.

6. Are you trying to say that chinese, whitse, indian etc. are far superior than any malay genes around? Hope you have facts and scientific prove to hold water for your arguments rather than just a manifestation of stupid racist mindset.

7. If that is the case, why the so-called best chinese talent (mainly the southern) leave their own motherland coming here to explore the opportunity given by the British(a tongkat?)..the southern chinese themselves cannot even compete with the more dominant Northern Han, Juchen, Manchus & Mongol alone.. Here, with the help ofthe Brits, they took over what was once the line of the indigenous people (business) further depriving OPPORTUNITY for decades under that 'split & rule' British masterpiece..

8. The truth is, the chinese here only add value through their hardwork to preserve with what they already had while the common malays have to struggle to create value through their real untapped talent..if they ever get any opportunity at all.

9. "..We fking not moving awhere." - the only thing remain stagnant here it is you..everything is moving..hope you understand what einstein trying to say about the relativity theory that "speed is relative"..maybe you hardly see things moving coz everything is progressing at a relative speed as your own..you're trapped in your own prejudice & racist time warp..mind shut, eyes blinded, heart closed..symptoms of life breakdown..pity you..

10. Kirim salam to the bumiputera of China & India or European if you ever got the chance to be with them..they're also having the same complacent feeling like we here do..nice eh having to have your very own homeland to live with..but in your case i bet its very hard for you to understand..

p/s: As for the judi..what a screwed up thing to do by Govt..
- 1st it is HARAM according to Islam. No 2nd opinion about that.
- 2nd the method of 'legalizing' via 'direct nego' award is so so not transparent..why only Berjaya? not Genting, Magnum etc.? The late Uncle Lim probably rolled in the grave with such decision by Govt.

("/)

Anonymous said...

Datuk,

Ini lah contoh bersilat dan mengeliat yang saya cakapkan tu.

hahaha ....


-sinbad-

Ab Razak Hj Ahmad said...

Quote by Saji

[Komen:

Walaupun kita kata dia ulama jahat, tetapi dialah antara pengkaji Islam yang terlibat dalam memajukan sistem kewangan dan perbankan Islam yang seadanya itu di serata dunia.Kita buat apa?]

Tanya kita buat apa..?? Buat bodoh je lah.... Daripada buat sesuatu yang boleh memesongkan aqidah baik duduk diam.... Perbankan Islam apa yang diperjuangkan kalau bukan 100% Islam tulin... hanya copy paste from conventional banking...

Since U know who that Ulamak... apakata just publish his name here... dan mudah utk orang ramai menilai....

Anonymous said...

"Menjelaskan kenapa ianya diadakan agak lewat Nasruddin berkata, lesen yang diluluskan kepada Kumpulan Berjaya itu bukan hanya untuk Piala Dunia Jun ini, malah juga kepada Liga Inggeris, La Liga, Serie A Italy, Liga Jerman dan beberapa sukan lain."

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5106

Boleh sesiapa sahkan skop lesen judi tu?

Fed Up

saji said...

Salam sdr Ab Razak Hj Ahmad

Since U know who that Ulamak... apakata just publish his name here... dan mudah utk orang ramai menilai....

Saya tak sebut pun penceramah berkenaan sebagai ulamak. Berikut adalah butiran mengenai penceramah berkenaan.

Dr Mohd Ma'sum Billah
DBA (e-commerce), PHD (Takaful-insurance), MBA(i-RETTAs),MCL (Comparative Laws, MMB (Hadith -Coporate Mu'amalat) dan LLB (Hons)

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).