Sunday, May 30, 2010

Pengurangan Subsidi: Kesan Baik Dan Buruknya

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PERBAHASAN isu subsidi di mana-mana pun panas dan emosional. Tak kira di negara kaya macam Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah atau negara miskin macam Mesir.

Di Mesir berlaku rusuhan bila subsidi roti dikurangkan. Di Eropah petani merusuh dengan membinasakan hasil keluaran.

Menteri orang bukan politik macam Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), mungkin kurang peka hal sebegini. Apatah lagi jika pengalamannya hanya makan gaji dan gajinya pula besar.

Hendak mudah cakap, kalau tidak kerana subsidi baja dan subsidi harga padi, ratusan ribu petani kita akan hidup dalam kemiskinan tegar dan hasil padi/beras negara merudum.

Jadi kita saling bantu membantu. Orang yang beli beras bayar harga yang tinggi sedikit dan harga tambahan itu dipindahkan kepada penanam padi sebagai subsidi.

Ahli ekonomi selalu kata subsidi mengherotkan (distort) ekonomi. Tapi mereka jarang cakap kesan positif subsidi kepada penerima atau seolah-olah pengguna individu dan orang miskin saja nikmati subsidi.

Ambil contoh subsidi baja. Petani dapat baja dan pengilang dapat hasil membekalkan baja. Kalau tidak kerana skim subsidi baja, industri baja kita tidaklah sebesar sekarang.

Subsidi menjana ekonomi. Seorang pengguna yang terima RM1 ringgit subsidi akan belanja duit itu. Pekedai dapat hasil. Pekedai pasti buat keuntungan kerana barang yang dijual dengar harga RM1 itu diperolehnya dengar harga lebih rendah daripada pembekal. Pembekal beli lebih rendah dari pengilang. Setiap kali duit RM1 itu bertukar tangan, ia menambah kepada nilai ekonomi.

Billionaire Pun Telan Subsidi

Dan jangan lupa, di Malaysia pengilang dan pelabur yang kononnya sangat pandai berniaga itu pun mendapat subsidi berbilion-bilion ringgit. Antaranya subsidi diesel (untuk pengangkutan) dan subsidi gas asli cecair (untuk penjanaan elektrik oleh IPP dan kilang pembuatan).

Malah tauke-tauke billionaire yang pakai kereta Mercedes Benz 6,000cc dapat subsidi minyak petrol yang berkali-kali ganda lebih banyak daripada orang biasa yang guna Kancil atau Proton.

Kilang yang dapat subsidi kata mereka jual barang dengan harga yang lebih murah kepada pengguna. Tetapi mana kita tahu kalau mereka songlap (tipu)?

Kita semua tahu penguatkuasaan kita hambar. Kerap kali sekadar melepas batuk di tangga saja. Kurang pengetahuan, malas dan rasuah adalah antara punca pengawasan harga dan bekalan sangat lemah.

Bukan semua subsidi dalam bentuk cross (lintang) di mana pengguna membayar harga yang tinggi sedikit untuk membantu pengeluar, macam subsidi harga padi.

Subsidi Dari Duit Kita Juga

Sebahagian besar subsidi adalah daripada sumber kewangan yang diamanahkan kepada kerajaan, sama ada hasil cukai atau keuntungan pelaburan.

Duit yang digunakan untuk subsidi itu bukan duit kerajaan, tetapi duit pembayar cukai individu dan korporat. Kerajaan sekadar menguruskannya.

Soalnya, Idris kata kerajaan tak mampu lagi tampung kadar subsidi seperti yang ada sekarang. Malah dia kata negara akan muflis, bankrupt, kaput, hancus dalam masa lima tahun kalau kadar perbelanjaan negara dikurangkan.

Salah satu cara menjimatkan perbelanjaan adalah dengan mengurangkan atau menghapuskan langsung subsidi.

Mustahil boleh dihapuskan langsung. Jadi soalnya sekarang bagaimana kita hendak melaksanakan rasionalisasi subsidi ini?

Ya kita, saya dan Saudara serta Saudari semua kerana kitalah yang pilih kerajaan, kitalah yang bayar cukai dan kitalah yang terpaksa menanggung bebannya.

Kalau ikut Idris, subsidi, tak kira subsidi tol, bahan api, elektrik, gula, tepung atau minyak masak dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini. Matlamatnya nak kurangkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.

Baguslah kerajaan mengadakan mekanisme khas dipanggil Makmal Rasionalisasi Subsidi untuk tujuan perbahasan dan mengadakan hari terbuka makmal itu Khamis lepas di Ibu Negara. Jadi adalah wajib kita memberi maklum balas sebelum cadangan dikemukakan kepada Kabinet.

Tak kiralah betul atau tidak kita antara negara yang paling tinggi subsidi di dunia, tapi jumlah RM74 bilion tahun lalu itu memanglah besar.

Daripada jumlah itu, subsidi sosial sebanyak RM42.4 bilion, bahan api dan elektrik (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion). Kata Idris, purata subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah.

Tapi saya terkilan bila Idris membandingkan negara kita dengan Greece yang kini mengalami krisis kewangan yang teruk dan hampir muflis. Takkanlah kita seteruk Greece? Kalau nak gempar (takut-takutkan) pun, biarlah rasional sikit.

Potongan Subsidi Akan Jejaskan Rakyat

Pengurangan subsidi pasti akan jejaskan taraf hidup rakyat. Kuasa membeli mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Pengilang, penyedia perkhidmatan, pengedar dan pekedai akan menaikkan harga bagi menampung pengurangan atau penghapusan subsidi. Setiap peringkat rangkaian pembekalan (supply chain) akan menaikkan harga. Lebih teruk daripada itu mereka akan mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan (profiteering).

Pentadbiran Mohd Najib Abdul Razak tentu sedar kesan rasionalisasi subsidi ini. Ia mungkin membantu mengurangkan beban hutang negara yang mencecah RM362 bilion (54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi kesannya kepada ekonomi dan rakyat jelata juga besar.

Perlu juga dijawab apakah hutang negara yang besar ini kerana subsidi sahaja atau kerana pemborosan, ketirisan dan rasuah?

Pada pandangan rambang rakyat jelata, para pembesar terus hidup dengan mewah, boros dan menunjuk-nunjuk. Pengiring polis berkereta dan bermotosikal, pengawal peribadi, permaidani merah, kerusi tinggi, perbarisan pegawai dan makanan berlambak!

Subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi.

Tetapi ia juga menyebabkan kemudaratan bila harga yang murah menyebabkan penggunaan berlebihan, misalnya gula dan minyak masak yang memudaratkan kesihatan.

Soalnya, bagaimanakah Mohd Najib dan para penasihat ekonominya akan melaksanakan tugas rumit dan sensitif ini tanpa menjejaskan ekonomi negara, kesejahteraan rakyat dan sokongan pengundi.

Langkah mengurangkan subsidi pasti mendapat sokongan dan pujian hebat para “free marketeer”, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Tetapi sokongan mutakhir yang menentukan jatuh atau bangun pemerintah adalah rakyat jelata, khasnya golongan majoriti yang masih miskin, terpinggir dan memerlukan bantuan.

Dan tidak perlulah Idris Jala memberi “lecture” kepada rakyat jelata supaya sedar negara memberi subsidi yang tinggi. Saya rasa Idris juga datang daripada latar belakang di mana subsidi dan bantuan adalah peyelamat.

77 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Teori Idris Jala sekadar seperti nelayan tamak yang menjala ikan. Bapak ikan, emak ikan, anak ikan, abang ikan, kakak ikan, adik ikan - semua yang dapat akan dia jual ke pasar, buat ikan masin atau jadi baja.

Nelayan tamak tak akan buang anak ikan ke laut semula untuk ia terus membiak.

Subsidi hanya boleh bankrupkan negara jika sistem percukaian negara terhadap orang kaya, pekerja asing tidak diubah strukturnya?

Contoh: subsidi petrol, kalau orang kaya pun dapat menikmatinya, rakyat jiran pun dapat menikmatinya - kepala hotak Idris Jala?

Anonymous said...

Salam Dato dan semua,
Terima Kasih atas minda bicara ini. Amat menarik-
Idris Jala sepatutnya mencari/memberi/mengulas juga mengenai pemborosan, ketirisan dan rasuah seperti yg Dato katakan.

pizli.mw said...

Orang-orang golongan pertengahan yang akan terasa sangat kalau subsidi dimansuhkan..Terutamanya orang-orang yang baru mula berkeluarga..

Anonymous said...

"Without spending 1 cent or employing gaji buta KPI Ministers and staff costing millions, here are some suggestions to save $83.5 billion over the next 5 years:

1. Re-negotiate all IPP 100% cost (and gas subsidised) pass through take or pay IPP croney contracts. Current cost to Tenaga $13 billion. Annual savings - $8 billion.

2. Re-negotiate all guaranteed toll highway croney contracts. Asas Serba's $50 billion 7.5% dividend guaranteed offer shows there's a lot of fat there!! Current cost to Govt - $4.6 billion. Annual savings - $4.6 billion.

3.Re-negotiate all guaranteed water contracts. Annual savings - $2 billion at least.

4. Downsize Civil Service costing $42 billion a year by 5% this year. That's $2.1 billion savings.

That's $16.7 billion annually and $83.5 billion over 5 years!!

They can raise billions more by tendering out for sale land at Sg. Besi, Sg.Buloh, Jln Duta (Matrade) and Cochrane Road instead of the usual "negotiated give away" contracts to more croneys!!!!

But to start with the Govt can cancel the $8 billion light manoeuvrable tank contract awarded to DRB Hicom.

Rosemajib and Jala are clearly lying and trying to cover up the UMNO/BN crime in allowing the national debt to rise to a record $362 billion. They are trying to pass the buck to the poor Rakyat!!

We must stop them, NOW!! "

copynpaste

Tok Kemuning said...

Yang rakyat faham simple sahaja ambil Rm12,900 per kapital yang diberikan kepada rakyat selama ini dan berikan kepada pembesar pembesar dan suku sakatnya dalam bentuk projek projek dan apa sahaja bentuknya pula.

Kita bercerita tentang DUIT yang sama cuma jika selama ini masuk poket rakyat kini dengan cadangan baru RM74 Billion akan masuk terus kepoket para pembesar kita dan suku sakatnya.

Lihatlah apa yang telah dijanjikan dengan DUIT penjimatan subsidi petroleum semasa Pak Lah. Kemana perginya Rm5 Billion lebih yang dijimatkan selain dari beli bas terus dari China dan kepentingan lain pembesar kita dan kelompoknya dapat. Yang ternganga rakyat juga. Atuk aku di kampung masih kayuh basikal juga (teringat kata dari kawanku).

Yang bayar duitnya rakyat juga, yang dapat duitnya dalam bentuk subsidi rakyat juga. Tetapi kata pembesar kita itu tidak baik untuk eonomi. Mahu ambil terus duit itu untuk masuk terus poket mereka dan itu baik untuk ekonomi negara. Betul ke. Ingat Idris Jalal ni pun dalam hidup dia kerja makan gaji ajer. Tak pernahpun kerja sendiri. Apa yang ditahu tentang ekonomi. Dia sama dengan kita juga. Bukan si Jalal nih wujudkan ekonomi baru dia cerita tentang DUIT yang dah ada. Cuma ambil dari Rakyat dan berikan kepada pembesar kita. Nampaknya trend semenjak PRU12 lalu buat apapun mesti kena membebankan rakyat. Kenapa ya!.

Nanti kita semua juga akan bayar GST. Tak ada subsidi kalau ikut program Jalal dan tambah lagi dengan GST. Siapa yang pandai dan siapa yang tidak pandai disini.

GST nantipun DUITnya pembesar kita juga yang pungut. Persoalannya sekarang DUITNYA pembesar kita nak buat apa dengannya. Duit subsidi RM74 Billion pembesar kita nak ambil terus juga NAK BUAT APA. Nanti kenalkan GST juga pembesar kita juga nak ambil terus DUITnya daripada kita itu juga Billion juga. Pembesar kita nak buat apa dengan duitnya. Isunya sekarang nak buat apa dengan duit subsidi & Gst dan apa yang dah jadi dengan DUIT yang lain yang lebih bertimbun.

Rakyat simple sahaja semua projek telah swastakan daripada bekalan air, letrik dan jalanraya. Bayar cukai tak pernah turun. Semuanya sudah naik sehinggakan harga borang di jabatan kerajaan pun sudah naik. TETAPI para pembesar kita masih lagi menekan rakyat nak DUIT lebih. Nak buat apa dengan duitnya.

Pembesar hendaklah lebih telus dalam memerintah dan hapuskan rasuah. Dinegeri China hukuman rasuah adalah tembak sampai mati atau hukuman mati. Mungkin parliment boleh bentangkan usul untuk hukuman sebegini untuk dijadikan undang undang. Sama seperti pengedar dadah. Hukuman Gantung Untuk Pengedar Dadah maka apalah salahnya "Hukuman mati untuk kesalahan rasuah".

Mungkin dengan mengubal sedikit undang undang supaya "Hukuman mati untuk pesalah rasuah" soal RM74 Billion ini sudah tak akan jadi issue lagi.

Lebih baik Jalal cerita soal ketelusan dan open tender system bukan sahaja Rm74 Billion malah Trillion boleh dihapuskan.

PERINGATAN untuk Perdana Menteri yang lantik Jalal ke, yang dengar Jalal ke TETAPI Y.A.Bhg Perdana Menteri pada 2013 nanti PRU13. Jangan susahkan rakyat sangat dengan keghairahan kita. Keghairahan untuk apa. Apa lebih 50tahun kita rakyat hidup melarat ke. Rakyat hidup dan pembesar makin kaya raya selama lebih 50 tahun yang lalu.

Tiba PRU13 kuasa rakyat adalah "X" sahaja. Apa kita ingat rakyat akan "X" sahaja mana mana pembesar yang selama ini makin menyusahkan mereka.

Usaha usaha untuk menindas rakyat dalam hal berkaitan dengan DUIT ini perlu dihentikan. Kita kesuntukan masa. Mentadbir negara tidak sama dengan mengurus korporat. Orang korporat tidak sesuai untuk terlibat dalam pengurusan negara. Mentadbir negara adalah kerja ahli politik dan Datuk Sri adalah ahli politik.
Mentadbirlah dengan waras dan kita tetap sokong.

Anonymous said...

SUBSIDI adalah bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya drpd kerajaan) yg diberi kpd sesuatu pihak tertentu (spt perbadanan, kumpulan petani, dll.
Penjelasan yang mudah kita faham, jadi kerajaan yang telah dipilah harus sedar mereka hanya bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat jika sesuatu kerajaan berasa gagal untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat berilah peluang kepada kelompok lain yang lebih berkebolehan.
Subsidi yang diagihkan adalah hasil cukai yang dikutip daripada rakyat dan akan diagihkan kepada rakyat.Kenapa kerajaan harus bising mengagihkan kutipan tersebut.Cukai Malaysia antara yang tertinggi di dunia.Ke mana cukai tersebut hendak `dilarikan`? Bagi golongan mewah mereka terpaksa menanggung cukai yang ladi tinggi jadi berhaklah mereka mendapat subsidi yang lebih banyak.Kalau pemilik kereta mewah mereka terpaksa membayar cukai kereta dan eksais yang banyak jadi hanya untuk sedikit subsidi minyak takkan kerajaan nak mengira.
Apalah nak dibanding kebajikan rakyat kalau Menteri hanya memikirkan kerugian syarikat insuran di Dewan Negara dan mengalihkan kerugian tersebut ke atas pundak rakyat.
Idris Jala pernah menerajui MAS dengan sejarah menjual khazanah MAS.Takkan tu pun tak ingat?

Bukit Jambui

bodoh.pandai said...

Dato Kata : Malah tauke-tauke billionaire yang pakai kereta Mercedes Benz 6,000cc dapat subsidi minyak petrol .......
Tapi apa pulak pandangan Dato tentang Tan Sri TanSri dan dato Dato billionaire melayu yang dapat subsidi dengan potongan 8% bila nak beli rumah mewah??

bodoh.pandai said...

sebelum potong subsidi yang membebankan rakyat jelita , buatlah 5 bende ni:

1. Potong 50% budget Pertahanan. tak payah lagi beli kapalselam yg tak leh selam, dan kapal terbang yg tak leh terbang.
lagi pun kita nak lawan dgn siape? Kita dah berbaik dgb Spore, Thailand ada masalah sendiri. Indonesia tak payah le. Sebelum nak lawan je, indonesia dah masuk lebih 1 juta rakyat nye di malaysia yg boleh hentam kita.

2. Beli balik le jalan tol dari syarikat milik UMNO. Tak payah bagi depa susbsidi . IPP pun buat lagu tu.

3. Buka tender buka untuk semua barang yg keraajan beli. pasti leh jimat Rm 1 billion setahun.

4. Jimat cermat dulu le. tak payah bayar APCo RM 70 juta utk kerje PR. Iklan Rosmah kat new York Times tak yah lagi.

5. hentikan system AP . Naza motor yg kita selalu kita kata syarikat malayu yg terbilang, masih harapkan AP utk dapat untung tapi rakya jelita yg rugi


3.

saji said...

Salam Dato'

Bagi saya, subsidi untuk orang misikin yang Dato' bincangkan itu merupakan sebahagian daripada prinsip dalam sistem ekonomi Islam dari segi keperluan mengimbangi di antara tuntutan menjaga kepentingan dan kemaslahatan agama/sosial dan komersial rakyat Malaysia dalam melakukan aktiviti ekonominya masing2.

Idris Jala tu dipengaruhi sistem ekonomi kapitalis yang hanya manjaga kepentingan komersial. Beliau akan menjadi liabilati Najib.

alunbm said...

Kah kah kah kah
Negara Malaysia akan bankrupt
Negara Malaysia akan KAPUT
pada 2019 kata Deris Jala
disebabkan pemberian subsidi yang berterusan so subsidi nak kena tarik balik kalau tak mau bankrup.Deris Jala tak berani nak sebut pasai rasuah, ketirisan, salah urus wang negara juga punca nak bankrup.

Woi Idris kata Malaysia akan jadi macam Greece pada 2019 negara kaput kah kah kah pembesar-pembesar amno akan lari duduk diluar negara kalau negara kaput.

TARIK jangan TAK TARIK SUBSIDI biar orang kampung jadi papa kedana nak makan pun kena budjet takut tak cukup duit nak beli tepung.

Yang kesian ahli/penyokong Umno susah senang tetap bersama umno walau pun yang senang dah tentu orang besar-besar umno.
Mata hati dah buta dengan karat umno sehinggakan apa saja yang dilakukan oleh menteri umno betui belaka walau pun terang-terang salah disisi agama.

Hidup dinegara ini sudah terasa sengsara nya walau pun subsidi belum ditarik.
Tak dapat bayangkan macam mana nak hidup kalau subsidi gula,minyak masak,minyak petrol,tepung dan tarif letrik ditarik.
Banyak orang yang akan sakit mental akibat tekanan hidup.

Woi orang besar-besar amno tolong la pikir sama orang-orang di bawah bawah bawah bawah sana jangan hanya mendongak keatas saja sehingga lupa nak tunduk...

Apa pun PRU ke 13 adalah penentu jatuh bangun kerajaan umno/bn.
Kalau keadaan seperti sekarang berterusan tak mustahil umno /bn akan tumbang seperti sekor lembu yang akan dilapah beramai ramai...

Dr.Rahman said...

Dato kadir.

Malaysia akan menerima nasib saperti Greece.Kita mempunyai pinjaman damal dan luar negeri sabanyak 367 billion.Ini menurut Idris jala.Kita juga mempunyai reserve sabanyak 100 billion US dollar.Ini bersamaan 350 billion ringgit.

Mengikut Tun nDaim,bekas menteri Kewangan,Reserve kita tak sama dengan reserve singapora.Reserve Singapura sabanyak 300 billion US dollar.Ia merupakan solid cash.Pegangannya dalam bentok US treasury Bill,Simpanan Emas,dan cash.Reserve kita kosong.Kita tidak ada pegeng Simpanan Enmas atau Treasury Bills.Ini bermaana jika ada big outflow wang ringgit maka kita akan benkrup saperti Graace.Ini yang Bank Negara takut.Sebab itu kita maseh tidak internationlise wang ringgit.

Najib dan Idris jala memeng tidak ada otak.Jika hendak potong Subsidy lakukan dengan segera tampa meminta pendapat orang ramai.
Mana ada orang yang suka subsidy di potong.Ini merupakan political sucide.

Kita maseh beri subsidy kapada harga GAS dari Petronas.Yang untong ia lah YTL yang mengunakan gas untok janakuasanya.Yang rugi Tenaga dan kerajaan.YTL buat untong berbillion ringgit tiap tahun dan wangnya di labor untok membeli Janakuasa di SDingapura,beli tanah di singapura,beli tanah di Jepun dan beli syarikat ayer di UK.

Tampa subsidy orang Melayu yang maseh miskin akan menderita.Jikalau tidak di potong subsidy Negara akan benkrup.

Selamat maju Malaysia

pakbelalang said...

We have to accept the fact that there are many defects to our present subsidy system. It is timely for the govt. to look into the matter to avoid loopholes, and pilferages. The govt. should review and rationalise the whole system to be more efficient, transparent and "rakyat friendly".

For better understanding of subsidy there is an interesting definition in the wikipedia website.
http://en.wikipedia.org/wiki/Subsidy

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Idris Jala ni mangkaq betui.Ni yang buat nak cari makan susah.Orang ramai keliru bila sebut muflis,ekonomi banyak gantung kat keyakinan pasaran.

Adat la ada pasang surut tapi timing dia tu tak kena.Dah la bulan ni slow pasai bunga naik. yang dia pi tambah risau buat apa!

Ni bukan bab takut BN kalah,pasai saya pi undi pun tak pernah.Depa boleh la cukup bulan tekan ATM keluaq duit.

Ku sangka panas hingga ka petang rupanya hujan ditengah hari.Bye bye cuti Piala Dunia,

tk

mimie mohd sam said...

BETUL BETUL DAN BETUL
artikel 'SUBSIDI' yang paling bijak, mudah difahami dan adil yg pernah SAYA baca

Anonymous said...

salam dakj,

1. Ekonomi = agihan kekayaan;

2. Subsidi = salah satu mekanisme agihan kekayaan;

3. Jumlah subsidi yang besar = bukan masalah tetapi simptom kepada masalah ketidakseimbangan agihan kekayaan yang menyaksikan jurang pendapatan yang semakin ketara, puncanya lu fikirlah sendiri. bila rakyat ramai yang berpendapatan rendah tentulah mereka perlukan subsidi dari Kerajaan (orang kaya pun dapat subsidi juga, lagi banyak cuma tak dipanggil subsidi). kalau asyik sibuk dengan orang terkaya malaysia dan kekayaannya, dah tentulah kita perlukan indikator lain kesejahteraan rakyat selain daripada pendapatan per kapita;

4. kalau nak kurangkan perbelanjaan Kerajaan, kecilkan saiz perkhidmatan awam, hapuskan program kerajaan yang tak produktif terutama yang bersifat kepentingan politik dan hapuskan subsidi kepada golongan kaya dan perusahaan.

aku bukan politician

abdullahngah said...

Ya ke barangan kawalan dan keperluan harian ada subsidi.

Kata kerajaan beri subsidi, entah entah hanya sengaja dibuat buat menyatakan yang kerajaan banyak membantu rakyat.

Dengan itu senanglah pihak kerajaan main tarik tali dengan tauke gula yang sentiasa mencari jalan untuk naikan hargnya.

Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan jika tauke gulka akan naikkan harga gula.

Memang tidak pernah kesan baik kepada rakyat miskipun ada insentif lain yang dilakukan pihak kerajaan.

Yang baiknya para pemimpin mendapat habuan dari tauke barang kawalan.

kedudukan satutsqua rakyat sejak dari dahulu lagi yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya.

Jadi apapun yang dilakukan oleh pihak kerajaan tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memyeksa rakyat.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dato',

Mindset depa ni tak islamik langsung.

Depa buat harta negara macam harta mak-pak sendiri.

Terimakash dato' atas n3 ini.

Wassalam.

mad said...

jika sudah tak mampu menjaga kepentingan dan keselesaan rakyat berundur saja dari arena politik. berikan peluang kepada kumpulan lain yang lebih telus dan berkebolehan untuk mentadbir negara. dalam sistem demokrasi rakyat adalah bos. ahli politik tak kemana tanpa sokongan rakyat. jadi jagalah hati rakyat agar sentiasa selesa dan aman. rakyat tak mahu kekayaan yang lebih-lebih, cukup sekadar hidup selesa tanpa bebanan belanja yang menekan disebabkan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan lain. itu saja yang rakyat mahu. itupun tak boleh tunaikan?

Anonymous said...

Datuk,

Idris Jala ni ingat kita ni budak-budak sekolah ka? Bagi subsidi macam bagi duit belanja sekolah hari-hari.

Well, hear me Mat Deris. No subsidies, no votes for your boss la brader. Good luck my friend.


-sinbad-

saji said...

Sdr copynpaste

Kalau kerajaan hentikan penggunaan sistem kontrak pembinaan JKR -Lump Sum, Bills of Quantities, Turnkey dan Design and Build iaitu sistem kontrak konvensional jenis Price-in-advance atau maksud Islamnya kontrak pembinaan al-Istisna'/Tempahan dan berpindah menggunakan sistem kontrak pembinaan alternatif keluaran Joint Contract Tribunal (JCT)Ltd. UK jenis Cost Reimbursement atau Managemenat Type Construction Contract yang meliputi Management Contract, Design and Construction Managemant dan Project Management atau maksud Islamnya kontrak pembinaan al-Ijarah/Upahan, kajian saya mengatakan bahawa, bukan sahaja masalah ali-baba, ketirisan, kualiti, rasuah, keuntungan berlebihan, VO tambahan dan projek lewat mula/siap dapat diatasi, malah kerajaan menikmati penjimatan kos pembinaan sekitar 15%.

Boleh sdr taksirkan berapa peratus agaknya penjimatan belanjawan kerajaan setahun dalam pelaksanaan projek2nya?

PARPUKARI said...

Penjelasan yang sangat bagus Dato! mohon Izin untuk meletakkan di blog saya! Terima kasih Sifu!

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DATUK DAKJ
Izinkan,
....
Soalnya, Idris kata kerajaan tak mampu lagi tampung kadar subsidi seperti yang ada sekarang. Malah dia kata negara akan muflis, bankrupt, kaput, hancus dalam masa lima tahun kalau kadar perbelanjaan negara dikurangkan.

The answer my friend is blowing in the wind..the answer is blowing in the wind.'

We say the country won't be Bankrupt in 5 years time but we can be assured that the BN administration will be dumped into the deep end of the Lakes of Putrajaya comes PRU 13... if those 'MAGICAL D.U.M.B (Deranged, Useless, Mental Blocked) DONKEYS TALKING THRU THEIR ARSES' ARE STILL MANAGING THE COUNTRY'S ASSETS.
Wanna bet?
How can the country go bankrupt when our oil reserves are pictured as abundance to the extend that we can afford to give away Block L & M to the oil-rich country of Brunei without a 'fight' and 'fuelled' the most expensive sport on the planet earth.. the F1!
Wondered why MEB has since be changed to MBE (Model Baru Ekonomi)?..
As we see it, 'Model Ekonomi Beruk' befits the APES who designed it!

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. We pay the punters roti Jala serve with kari keldai if Idris 'goreng' comes true ..he he

Anonymous said...

Memang slogan 1 Malaysia amat bertepatan dengan cadangan Idris Jala. Rakyat didahulukan.. pencapaian diutamakan. Yang susah, merana, tak boleh beli barang dengan harga murah memang patut rakyat yang rasa dahulu. Kalau tidak macam mana pencapaian syarikat-syarikat kroni, YTL, CIMB pencapaiannya boleh maeningkat. Kesenagan kroni yang diutamakan

Apai Saloi

Syed Husin said...

Kita fahami bahawa subsidi diberi pada semua orang , kaya atau miskin. Saya kurang faham mengapa tidak dijelaskan supaya subsidi hanya dihapuskan kepada golongan kaya sahaja. Atau kaedah tersebut terlalu sukar.

Unknown said...

pakcik,

wahh ramai betoi org yg kurang akal memberi komen ttg isu ini. yg menariknya idris jala pulak jadi mangsa. idris jala ni sapa? hehehe dia ni bos no1 ke? apa yg keluar dr mulut idris jala pasti le keputusan yg telah dipersetujui bersama oleh kabinet.

saya setuju 100% penghapusan subsidi ini. lagi cepat dilaksanakan lagi bagus. takkan dah nak bankrap negara kita baru nak buat. jgn lah kita hanya memikirkan golongan bawahan dan org kampung saja. ekonomi negara lebih penting dari mereka. apa sumbangan mereka pada negara? nada. elek.

kalau negara bankrap mereka takkan rasa apa2.hidup mereka akan berjalan mcm biasa. tapi utk golongan pertengahan dan atasan yg akan merasa bahana bila negara kita bankrap. mereka inilah penyumbang terbesar cukai nagara. kenapa mereka ini perlu menjadi mangsa kerana golongan bawahan menentang penghapusan subsidi. jadi pakcik dan yg lain2 sila la berfikir dgn rasional. jangan hanya ikut emosi. ingatlah pesanan saya kalau ekonomi negara hancur kuasa politik tak ada makna sudah.

Anonymous said...

Soalnya ialah samada iklim politik masa kini akan mendorong Kerajaan untuk melaksanakan program pengurangan subsidi secara menyeluruh dan dalam jangka masa singkat (seperti yang dicadangkan oleh Idris Jala) atau akan dibuat secara incremental?

Apakah Kerajaan berani melakukannya apabila mengetahui Pakatan Rakyat akan menentangnya. Isu ini boleh diputarbelitkan oleh PR dan rakyat akan mudah terpengaruh dengannya apabila melihat harga barangan naik secara mendadak sedangkan pendapatan atau gaji mereka tidak berubah. Dalam waktu yang sama pula Kerajaan bercadang untuk melaksanakan sistem GST yang masih diragui keberkesanannya. Bayangkan pula perasan tidak puashati orang ramai khususnya kaum bumiputra mengenai model ekonomi.

Dalam situasi di atas Kerajaan akan mengambil jalan selamat dengan melengahkan program pengurangan subsidi dan jika pun dilakukan hanya untuk kes-kes yang orang ramai telah biasa dengannya seperti tol ataupun petrol.

Idris Jala seorang yang idealistik manakala Najib seorang yang praktikal.

Jojo51

Unknown said...

Dato'

Rumusan Dato' Kali ini Amat Jelas sekali!.
Jika pemerintah masih tidak faham lagi, sudah tentu ia nya kerana tidak mahu faham.

Rakyat amat peka dengan ketidak perihatinan kerajaan dalam hal perbelanjaan. Apatah lagi apabila mereka lihat macam mana duit dibelanja untuk bermacam macam Project Mewah dan perayaan perayaan yang besar besaran.

Kalau kerajaan mahu rakyat membendung pemborosan dan perbelanjaan, kerajaan hendaklah memberi contoh yang terang terang akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa apa saja pemotongan subsidi adalah untuk kepentingan semua dan bukan sahaja untuk kepentingan pemerintah.

Airil Haimi Adnan a.k.a. Teech said...

"Dan tidak perlulah Idris Jala memberi “lecture” kepada rakyat jelata supaya sedar negara memberi subsidi yang tinggi."

Dan janganlah kita lupa amanat keramat TPM yang kini PM ketika harga bahan bakar (petrol dll) dinaikkan mendadak beberapa tahun lepas.

Di TV3 secara langsung rakyat Malaysia semuanya diingatkan agar LEBIH berjimat cermat dan tidak berbelanja MELEBIHI kemampuan.

"MEMANGLAH KAMI HAMBA RAKYAT SEMUA INI BOROS, SUKA BERBELANJA IKUT NAFSU, TERMASUKLAH MAK AYAH DAN SANAK SAUDARA KAMI!"

Setiap kali harga barang dijangka naik, setiap kali juga kami hamba rakyat di'lecture' dengan benda yang bukan-bukan.

Jadi Dato' Kadir, kalau setakat nak bandingkan Malaysia dengan Greece semata-mata untuk 'lecture' hamba rakyat. Itu biasaaa!!!

Pak Mat Tempe said...

Salam sejahtera Dato'

Penyelesaiannya yang saya harapkan adalah keujudan sistem dua parti diMalaysia ini. siapa yang boleh mengurus ekonomi dengan baik dan memberikan kesejahteraan kepada rakyatnya mereka lah yang saya pilih. Maksud mengurus ekonomi ini termasuklah sistem percukaian, subsidi, menarik pelaburan, perkhidmatan awam,ketelusan, infrastruktur dan seterusnya.

Dinegara maju mereka yang ingin bertanding untuk jadi pemimpin selalunya akan berbahas dan berdebat tentang pembaharuan ekonomi yang akan dibuatnya jika beliau dipilih bukan macam kita banyak sangat propaganda sebelah pehak.

Dalam manifesto PRU12 dulu tak sebut pulak nak perkenal GST jika ia baik untuk negara dan rakyat(sebagaimana kata menteri). Begitu juga halnya dengan hal kurangkan/hapus subsidi, nak naik tol,jika tidak negara akan bankrupt (itu kata idris jala). Kalau dulu depa cakap senanglah saya buat keputusan nak undi sapa. Tapi tak apa PRU13 ada.

Contoh beberapa pembaharuan yang boleh di lakukan seperti dalam kes Perkhidmatan awam seperti berikut:-
1.Kaji semula bilangan kakitangan awam kearah penggunaan optimum seperti sektor swasta.Jumlahnya sebaiknya ikut nisbah yang diamal oleh negara yang maju dan berjaya supaya tidak berlaku lebihan kakitangan.
2.umur persaraan elok kembali kepada 56 tahun kecuali jawatan seperti doktor, guru tertentu, atau pakar dalam bidang tertentu. satu staff yang dah umur 55 gajinya maksima dah boleh bayar untuk 3 ke 4 orang staff baru. faedah lain dapat kurangkan pengangguran.
3.Mansuhkan penyambungan perkhidmatan kontrek seperti diamalkan sekarang. Sepatutnya timbalan dah cukup terlatih untuk mengganti ketuanya. Jika gagal sesuatu yang tidak betul, mungkin tidak diberi peluang.

Itu hanya diantara beberapa contoh yang kerajaan kena lihat seperti juga yang disebutkan pembahas diatas sebelum menarik subsidi terutama petrol. Bahan bakar ini mempunyai 'chain reaction'dimana harga semua barang pengguna akan naik bermula dari 'production cost' akibat naiknya bahan bakar tersebut ditambah lagi kos penghantaran sebelum sampai kepengguna. Akhirnya pengguna lah orang terakhir dan menanggong kenaikan harga tersebut. Pehak pengilang dan penghantar tidak berapa terjejas kerana mereka akan menaikan harga dan tarif ketakat mereka masih lagi boleh mendapat untung, jika tidak mereka akan tutup operasi.

Sabar menunggu Polisi yang akan dilaksanakan kerajaan untuk diadili pada PRU13 nanti.

~shazzy~ said...

of course all those selfish-stupid-wrecked ppl want 2 feed their 'kroni2'...

at last ...

rich people become richer for corruption, poor people becOme poorer..


may God serves them right~

wajasetia said...

Salam Dato'
Subsidi... agak memualkan apabila seseorang yang lahir, membesar dan berjaya dengan pelbagai subsidi yang diberikan ini, sewenang-wenangnya mencadangkan agar ianya dimansuhkan apabila dia berada pada satu kedudukan yang tidak memerlukan sebarang subsidi dari kerajaan. akan tetapi sedarkah dia tentang subsidi yang diberikan oleh rakyat kepadanya dan kelompok yang seangkatan dengannya?
apabila dia dan rakan sejawatannya lalu dengan konvoi polis, rakyat terpaksa berhimpit-himpit memberikan laluan, adakah semuanya untk tugasan rasmi? apakata sebelum subsidi ke atas kita ditiadakan, kita sebagai rakyat yang membayar cukai jalan ini, hapuskan dulu subsidi yang satu ini untuk mereka?

Malaysia akan bankrap pada 2019? itulah pengakuan wakil daripada kerajaan BN. Setelah rakyat menanggung segala kenaikan harga barangan utama, setelah lesen judi bola diluluskan, setelah mengatasi singapura sebanyak 20% baru-baru ini, inikah hasil yang kita dapat? ternyata kepakaran parti pemerintah dalam soal pengurusan dana kerajaan tidak berada pada tahap yang memuaskan. sebagai salah seorang pemegang saham (minoriti?) saya ingin mencadangkan agar pengurusan baru dibentuk segera. Apa yang kita akan hilang? tiada, kerana dengan pengurusan sediada pastinya kita akan muflis. diharap pihak pengurusan baru yang akan dilantik pada 2012 mempunyai idea baru yang dapat menyelamatkan kita.

Tetapi harus diingat tentang rasionalnya isu ini. seminggu dua lagi akan keluar kenyataan tentang keperihatinan kerajaan tentang masalah rakyat dan kerajaan tidak akan memansuhkan segala subsidi yang ada. another political mileage?

ab said...

Salam Dato,



PENDAPATAN TAHUNAN kerajaan pusat:-

1.Cukai pendapatan +/- RM100 bilion
2.Cukai kastam +/- RM 30Bilion
3.Dividen petronas +/- RM40-45bilion.
4.KHAZANAH,GLCs dividen ??



PERBELANJAAN setahun:

1.Pentadbiran +/- RM100 bilion
2.Projek pembanguan +/- RM40-50bilion

Ada baki sikit lagi atau
DAH HABIS DAAHHH duit!!...


KALAU bajet belanja 200 bilion setahun kena pinjam 60-80 bilion setahun, lebih kurang 3/4 hasil cukai pendapatan,2 kali dividen petronas atau 3 kali jumlah cukai kastam.....


HABIS tu kalau tiap-tiap tahun dok sambung pinjam 50-70 bilion ringgit....TENTU TERKAMBUIH DENGAN BUKU 555 kerajaan pusat ni....

KALAU NAIK INTEREST RATE..penuh peluh dari kepala sampai kekaki nak gagau dan cekau duit nak bayaq utang ni!!



CADANGAN NAK KURANG BELANJA KERAJAAN PUSAT:-


1.KECILKAN SAIZ PENTADBIRAN lebih kurang 25%----target kurangkan belanja pentadbiran 20-25 bilion ringgit setahun.


2.TAMBAHKAN CUKAI PENDAPATAN ORANG KAYA...tentu ada senarai kat JHDN dan ramai 5000-6000 pegawai baru LHDN tu bolih cari `orang-kaya' yang terlepas dikutip cukai...


3.PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI digunakan untuk aktiviti subsidi.....ikut bilangan orang kat negeri-negeri itu.


4.SUBSIDI dalam bentuk duit seorang dalam setahun katakan 300-500 ringgit sebulan. KALAU BANYAK INCOME bolih tambah lagi...




YANG SAYA DOK PENING ni ialah hari hari PM kata 2020 malaysia negara maju,SI IDRIS JALA ni kata 2019 negara bankrup....satu kekutub selatan,satu kekutub utara ni...yang 38 menteri lain do BISU tau ka BISU tak tau ka?....



HELLO DATO IDRIS JALA...you bolih tak kasi saya nama satu negeri yang sudah bankrup dalam 50 TAHUN YANG LALU...i mean the bancruptcy
in the actual legal meaning....

KALAU YOU TAK bolih namakan satu negeri pun saya ingat you ni memang KAKI KELENTONG ON RENT la.

YOU TAU TAK NEGERI JEPUN DEFLATED DAH LEBIH 15 tahun masih dok hidup,setiap 1-2 bulan bank pusat depa cap duit kasi bank-bank dia orang,TAPI TAK BANKRUP PUN....may be you has hit the wall...gempaq budak-budak kat your department kut ni.....



Abu Bakar Ab Rahman

Tinta Hitam said...

Datuk,

Mungkin Idris Jala trying to be frank atau mungkin dia tersilap cakap.Persoalannya mengapa jadi keadaan kewangan negara kita boleh sampai begini teruk sehingga boleh bangkrap dalam tempoh 9 tahuan mcm Greek kata Idris Jala?Sepatutnya dlam tahun 2019 Malaysia dah 90% dah jadi negara maju.Tahun 2020 kita dah jadi negara amaju sepenuhnya.Tapi yang kita dengar adalah sebaliknya pulak.Yang saya pelik adalah UMNO sering mengatakan semuan usaha usahanya berjaya dan ok tapi tetiba boleh jatuh bangkrap pulak dlm tempoh 9 tahun.

Kita mahu jawapannya complete with facts and figures.Tapi jangan harap la.Kita boleh tunggu sampai kucing bertanduk baru la agaknya dapat.

Pada saya pengakuan Idris Jala itu jelas mencerminkan UMNO bukanlah pentadbir negara yang cekap.mereka telah menyalahgunakan kekayaan negara ini sehingga segala hasil mahsul negara tidak dapat digunakan utk memakmurakn negara ini lagi.Ianya "contrast" jika dibandingkan dengan Singapura yang tiada hasil bumi.Mereka kaya raya sehingga boleh menguasai ekonomi Malaysia dan juga negara jiran yang lain saperti Thailand.

Persoalannya adakah 60% orang orang melayu yang masih setia dengan UMNO sedar perkara ini? Atau mereka masih lagi menafikannya dan menganggap ianya hanyalah fitnah pembangkang spt mana yg diwarwarkan oleh pemimpin pemimpin UMNO diserata pelusuk kampung.

Perkara ini telah pun diingatkan berkali kali oleh para pemimpin PAS dan DAP sejak puluhan tahun dulu lagi tentang perangai pemimpin pemimpin UMNO ini.Tetapi segala amaran ini jatuh ketelinga tuli orang orang melayu sendiri.

Saya nak tanya 60% org org melayu yg masih lagi setia dgn UMNO.Adakah mereka akan mendapat layanan istimewa jika ditakdirkan semua subsidi ditarik balik? Maksud saya bila mereka pergi kekedai dapat beli gula,petrol,tol,anak masuk IPTA/IPTS dengan harga murah dengan menunjukan kad keahlian UMNO mereka?

Selain daripada itu saya perhatikan kerajaan UMNO sering menyalahkan rakyat biasa megenai subsidi dan tidak kepada golongan kapitalis yg menerima sebahagian besar subsidi tersebut.Mereka seolah olah menuduh rakyat jelata ni hanya menyusahkan UMNO shj kerana kononnya sering ingin menjadi bangsa subsidi shj.
Kesimpulannya ialah yang membangkrapkan negara bukan kerana kekorupan dan ketidakcekapan UMNO dan BN dan bukan juga kapitalis kapitalis kroni UMNO tetapi adalah rakyat jelata.So did you guys get what UMNO mean?

Put it this way lah.UMNO were blaming us for all financial problem that Malaysia will faced in future.So do you guys willing to accept it?

Anonymous said...

Latok Najeeb,

This same messenger also said on Thursday April 16, 2009 " MAS with RM3.57bil surplus cash eyeing to buy another airline". Later in 2010, MAS had to raise RM 2.7 billions to buy new aircraft. The truth is, Jala failed his economics and he should stick with his NKRA, KPI and Industrial Relations.

Roti Jala.

Bleacher said...

Dato,

Kita tak harus marahkan Dato Idris Jala kerana dia cuma Menteri NKRA yang tidak mempunyai kuasa dalam pengobalan polisi ekonomi negara. Sebaik2nya berita ini harus disampaikan oleh Menteri Kewangan.

Seingat saya baru 2-3 minggu lalu Menteri2 kabinet dan MSM berulang kali menyampaikan berita baik akan pertumbuhan ekonomi negara 10% dan kekuatan MYR menunjukan ekonomi kita bertambah baik. Yang herannya kenapa Menteri2 berkaitan dengan kewangan negara masih membisu dengan perkara begini penting.

Mungkin ini cara untuk menunjukan "the good side and the bad side" ala Malaysia.

zainal abidin awang kechik said...

NEGARA DI TAKBIR OLEH PEMINPIN BUKAN RAKYAT, KITA NAK TANYA MENGAPA KERETA PROTON ADA CERMIN DI ANTARA PEMANDU DAN PENUMPANG... SEJAK BILA ADA CERMIN..DAN MENGAPA PERLU ADA CERMIN...
JIKA .. INI BERLAKU..

POLIS DAN JURUIRING.. TAK PERLU KITA KERETA KEBAL

Anonymous said...

Minta maaf Datuk, nak cakap sikit pasal Sdr Tinta Hitam ni.

Saya kesian kepada dia. Dia rajin bahas, tapi asyik-asyik salahkan politik dan Umno. Tak ada hujah lain melainkan hantam Umno. Kalau sokong Pas, PKR atau DAP Tak apa, tapi bagilah hujah sokong atau lawan apa yang Tok Kadir tulis dan kami semua bahas, bukan semua bantai Umno.

Ni dah jadi macam kempen progaganda Pas (PR). Cuba bagi tau kami yang kurang pandai ni, di mana Umno silap dan macam mana nak urus ekonomi dan kewangan yang kompleks sekarang.

Kamjat Penang

Mustapha Ong said...

Salam Datuk Kadir Jasin,

Saya tertarik kepada tajuk perbahasan blog sdra yang berbunyi "Pengurangan Subsidi: Kesan Baik Dan Buruknya".Saya menganggap perkara ini amat penting untuk didedahkan kepada umum agar segala kemusykilan dapat diselesaikan dengan secara tulus dan termuka.

Pada hikmah saya langkah Kerajaan untuk mengadakan makmal transformasi dan informasi subsidi adalah amat tepat semoga rakyat dapat menilai kesan baik dan buruknya secara umum.Janganlah kita mengkritik usaha Kerajaan dan pegawai pengurusan tertinggi Idris Jala tanpa menyelidiki sebarang elemen yang berkaitan dengan semua jenis subsidi yang ditarik balik oleh Kerajaan selepas ianya dibahaskan dirungkaikan di parlimen kelak.

Kita tidak boleh menyalahkan kritikan rakyat secara umum, tetapi saya merasa amat kesal apabila pihak pembangkang memutar-belitkan isu subsidi yang masih lagi dalam peringkat kajian dan penyelidikan.Mereka sengaja mempolitikkan isu ini untuk mendapat perhatian rakyat tanpa memperdulikan emosi yang akan diwujudkan oleh segelintir rakyat yang kurang peka mengenai perkara ini.Di dalam negara seperti Malaysia, nisbah rakyat yang kurang pengetahuan masalah negara memang amat tinggi,khususnya di luar bandar.

Langkah untuk menghapuskan sebarang subsidi oleh Kerajaan perlu dikaji dengan terliti serta mendalam oleh pihak konsultan yang ada luas pandangan dan perbandingan dengan negara-negara lain untuk merumuskan kesan dan kebaikannya, agar nasib rakyat akan terbela.

Itulah tanggunganjawab Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan dan pentadbiran Najib Tun Razak.Saya yakin Kerajaan amat peka mengenai perkara ini dengan bantuan pihak konsultan yang dikomisenkan untuk mengumpulkan maklumat dan pengajian keseluruhannya sebelum perkara dapat dilaksanakan.Janganlah kita cepat melenting macam kera kena belacan.

Akhirkata saya bukan seorang pakar tetapi dengan adanya pengalaman saya semasa berkhidmat di luar negeri pada tahun awal lapan puluhan di Poland, soal subsidi adalah penting untuk budaya penghidupan rakyat dinegara "kuku besi" pada ketika itu.Para diplomat juga disyaratkan untuk mendapatkan bahan-bahan makanan,petrol dan sebagainya dengan harga pasaran serta bayaran dengan duit Amerika (US Dollars) pada ketika itu.Kedai itu dinamakan "The Dollar Shop".

Cara penguatkuasa nya untuk operasi subsidi adalah menerusi pengagihan kupon-kupon bulanan kepada semua rakyat untuk membeli bahan-bahan keperluan daripada semua ajensi yang dipertanggungjawabkan.Pengurusannyacukup berkesan tanpa apa-apa masalah.Sistem demikian jelas menjaminkan ketulusan dan transperansi dalam menandatangani isu ini secara teratur lagi berkesan.

Rakyat yang betul-betul memerlukan subsidi makanan mahupun perkhidmatan akan dikeluarkan kad subsidi khas dan pembelian kupon-kupon di ajensi Kerajaan seluruh negara.Kerajaan perlu melantik ajensi yang senang didekati seperti di setesen minyak petronas sebagai contohnya.Saya amat tertarik dengan mekanisme ini dan meminta Kerajaan untuk mengkaji dan menerima kadar ini apabila subsidi dikuatkuasakan kelak untuk menjaga kepentingan rakyat kaya dan miskin. Mekanisme ini akan juga menghapuskan gejala rasuah yang dialami sekarang.

http://www.ismail.com.my said...

Yang saya nampak 1 saja sekarang ni iaitu najib ni LEMBEEEEEEEEEKKK ! Cuma agak cekal sikit dari Tun Dolah. Kalau dengan rakyat biasa beranilah dia...

TOOLBOX said...

Inilah padah melantik kepada yang bukan ahlinya.

Sama macam lantik Tan Sri Nor Mohamed Yakcop jaga kewangan negara. Habis melingkup!..

Sempat ke UMNO/BN nak berubah sebelum PRU13?

-thethinker- said...

belanjawan negeri PP bertukar dari defisit ke untung bersih.. nampak gaya , kenalaa PM lantik Guan Eng jadi menteri kewangan ... tak jadi banrup negaraku yg tercinta

Anonymous said...

Datuk,
Saya mencabar kerajaan untuk hapuskan subsidi dalammasa 5 tahun ini , dan mereka akan lihat bahawa BN akan menjadi nota kaki sejarah kerana BN akan hilang semua kerusi DUN dan Parlimen. Itu saya berani untuk gerenti.
Orang-orang seperti Idris Jala hanya tahu menafsirkan data dan tidak tahu kepayahan rakyat marhain yang bertungkus lumus untuk menyabung hidup. Sekiranya subsidi di hapuskan, lebih 75 % daripada kakitangan awam akan jadi rakyat termiskin kerana tidak mampu menampung hidup dengan gaji yang ada.
Industri automobil dan seumpama dengannya akan hancur kerana tiada lagi pembeli yang mampu membeli berikutan kenaikan harga petrol yang mendadak.
Kerajaan nak selamatkan 103 billion dalam masa 5 tahun tetapi kerajaan akan hilang beratus bilion lagi bila rakyat tak mampu berbelanja dgn upah yang sikit.
Industri perlancungan juga akan lenyap bila semua kos meningkat dari hotel, pengangkutan, makanan dan yang berkaitan dengannya.
Model Ekonomi Baru dan GST juga akan menyumbang kepada peningkatan kos ditambah pula dengan penghapusan subsidi, saya percaya rakyat akan bangkit seperti di mana-mana benua didunia dan menghancurkan kerajaan yang memerintah dalam pilihanraya ke 13.
Pengurangan kebergantungan kepada subsidi adalah perlu tetapi penghapusan kepada subsidi merupakan taligantung kepada kerajaan yang memerintah.

Anak Parit/Bota

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri para pembahas dihormati,
bebarap pemikiran tambahan mengenai subsidi:-

1. Subsidi adalah sebahagian daripada perbelanjaan dan penggunaan (consumption). Ia menjana ekonomi;

2. Kalau subsidi dikurangkan atau dihapuskan langsung, ia akan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi;

3. Kesan negatif hanya boleh diatasi jika ekonomi mendapat suntikan perbelanjaan dan penggunaan yang sama besar;

4. Ini boleh diatasi dengan menggalakkan pelaburan. Tetapi kalau kuasa membeli turun kerana subsidi dipotong atau dihapuskan, mungkin tidak ada permintaan (demand) bagi bekalan (supply) yang dihasilkan oleh pelaburan, melainkan bekalan itu dieksport;

5. Kalau tujuan mengurang atau menghapuskan subsidi adalah untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan, ini bermakna ekonomi akan kekurangan "consumption" sebanyak RM74 bilion;

6. Bila pelaburan dan "consuption" awam jatuh, pertumbuhan ekonomi akan terjejas. Public investment and consumption are important elements of the economy;

7. Kalau tujuan rasionalisasi subsidi bertujuan mengurangkan hutang dan defisit belanjawan, ini bermakna kerajaan akan mengurangkan sumbangan modal dan "consumption" yang berupa sumber penting pertumhuhan ekonomi;

8. Tanpa pertunhuhan ekonomi yang tinggi, bolehkah matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi dan negara maju menjelang 2020?

9. Adakah pengurangan dan penghapusan subsidi akan memberi galakan kepada sektor swasta untuk menambah pelaburan bagi menampung defisit pelaburan/consumption awam?

10. Mampu atau bersediakah sektor swasta menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi jika kuasa membeli pengguna merosot akibat pengurangan dan penghapusan subsidi?

Terima kasih.

Unknown said...

subsidy and government intervention is important to help nurture fledgling industries and economy. a prime example would be japan in the 60's to 70's and china in the 2000's. however, look at japan today, due to intense government intervention, (which created a few mega companies), economic growth of japan stagnant in the 90's (japan lost economic decade). recently they found out half of japanese are living in poverty.

maybe the same fate will happen to malaysia if we don't take any action now...

the sentiment that fuel subsidy is our right since the fuel come from malaysia. well, by next year, malaysia will be a net importer of fuel, so that status quo will not hold anymore.

like a frog in a slowly boiling water, we don't really realized that action need to be done now to prevent catastrophe in the future... but i guess it's human nature to wait for a crisis to happen before any action is to be done...

my take is subsidy is important, but blanket subsidy which is the current status quo is not going to help the poor, they only help the rich....

MalaysianKita said...

Dato'

Bagaimana implementasi subsidi dilakukan?

Sama seperti DEB. Matlamat cantik, TETAPI implementasinya dimonopoli,disalahguna oleh segelintir kumpulan manusia yang berkuasa dan rakus. Tiris sana tiris sini, bocor sana bocor sini!

Subsidi, menjana ekonomi seperti hujah Dato'. Bantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, TETAPI implimentasinya dimonopoli,disalahguna oleh golongan berkuasa dan golongan industri. Sama juga, tiris sana tiris sini, bocor sana bocor sini!

Berapa banyak kilang/industri tak bayar bil eletrik? Bukankah jutaan ringgit tak dibayar? Air bersih jutaan ringgit juga tak dibayar?

Usahkan Subsidi, amanah menyampaikan Tabung Kemanusiaan Bencana Alam pun tak sampai sepenuhnya kepada mangsa-mangsa! Sama juga, tiris sana tiris sini, bocor sana bocor sini! Tak perlu pergi jauh-jauh, Mangsa Tsunami Pulau Pinang dapat apa? Berapa lama menunggu? Sedangkan bot-bot kecil ke laut rosak binasa bahkan rumah menyembah bumi hanyut, hidup sehelai sepinggang cuma sampai peringkat awal bantuan perubatan!!!

Yang dok bagi subsidi petrol kpd orang kaya pakai Merc 6000cc tu sapa suruh?

Dah kata ramai pakar ekonomi berkelulusan Master,PhD, tak boleh ke depa ni pikiaq satu sistem subsidi khusus untuk golongan yang sepatutnya dapat??

Ni dok asyik ciplak sistem kapitalis! Kata kena ada inovasi, dinamik, fikiran terbuka luas!!

Cuba lah pikiaq buat sistem sendiri, yang mana akhirnya dunia luar "ciplak" gunapakai sistem MADE IN MALAYSIA!!!!

"Tidaklah kuda perang dan tombak;
akan banyak bermanfaat;
apabila kuda dan tombak itu;
tidak dipergunakan oleh orang yang mulia"

Anonymous said...

Salam Dato',

Dibawah pimpinan PM DS Najib negara tidak akan sekali-kali jatuh bankrup kerana beliau mempunyai para penasihat yg cukup bijak dan pintar dalam semua bidang.Sebahagian daripada mereka ini adalah pakar-pakar yg didatangkan khas dari luar negara.Khabarnya,jawatan-jawatan CEO-CEO untuk beberapa syarikat GLC yg penting seperti Petronas juga akan diisi oleh pakar-pakar dari luar negara.

Demi untuk menjaga imej dan kedudukan mereka sebagai pakar sudah tentunya mereka akan menasihati PM Najib melaksanakan dasar-dasar yg pasti akan membawa masuk wang dan dana kepada negara,tak kiralah apa nak jadi kepada rakyat jelata dan keadaan politik dalam negara.Atas dasar kepentingan wang kita lihat kerajaan telah membuat beberapa
keputusan yg tidak disenangi oleh rakyat,khususnya orang Melayu.Contohnya:
1.Kandongan dasar MBE yg
mengenepikan kepentingan
orang Melayu.
2.Rancangan menghapuskan
subsidi.
3.Pengluaran lesen judi
sukan tempuh hari.
4.Perlaksanaan GST(kini di
tangguhkan).
5.Penyerahan tanah KTMB
di Singapura.

Oleh itu kita tidak perlu rasa bimbang tentang negara kita akan jatuh bangkrup.Apa yg kita bimbang ialah UMNO/BN akan tumbang dalam PRU 13 nanti dan PM Najib akan tersingkir dari Puterajaya.

Askar Tua

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
saji said...

Salam Dato'

Kalau nak tarik subsidi kerana hendak kurangkan hutang negara, bagaimana dengan Amerika yang bertimbun hutangnya tetapi masih boleh beri subsidi ke petaninya

pakbelalang said...

Carilah alternatif yang terbaik untuk mengatasi segala masaalah ekonomi demi untuk kesejahteraan rakyat. Saya percaya kerajaan mampu mengatasi segala masaalah ekonomi tanpa "menakut-nakutkan" rakyat seolah-olah negara akan muflis kerana subsidi yang tinggi.

Kita mempunyai tenaga pakar ekonomi yang cukup untuk menjana idea-idea yang baik. Yang perlu dilakukan ialah untuk selalu mengadakan "brainstorming session" antara pakar-pakar ekonomi untuk dapat melahirkan satu dasar ekonomi yang berkesan termasuklah dasar subsidi.

asyMok_Aambo said...

perlu juga subsidi.

Anonymous said...

Salam DAKJ.

Saya amat bersetuju dgn pendapat Datuk tentang penguatkuasaan harga atau penyeludupan barang di Malaysia ni. Kerajaan dah mansuhkan larangan penjualan rokok berkuantiti 14 batang sekotak dengan alasan perlaksanaan larangan tersebut akan meningkatkan penyeludupan dan penjualan secara tidak sah rokok dari luar.Baguslah...ini secara tak langsung sebenarnya menunjukkan kerajaan sendiri nampaknya tak yakin dengan kakitangan mereka yang bertugas melibatkan perkara ini.Pasal subsidi ni secara logiknya boleh ia dikurangkan secara berperingkat seperti yang dicadangkan TETAPI hendaklah diharapkan pengaliran wang kerajaan untuk perkara-perkara yang tak munasabah juga dikawal selia dengan teliti oleh pihak yang terlibat.Tak mahulah selepas subsidi dikurangkan...rakyat sama-sama berkerjasama mengurangkan bebanan kerajaan menanggung kehidupan mereka,bila laporan Audit keluar pembaziran masih lagi berlaku macam yang lepas-lepas.Spanar harga melantun-lantun...komputer sebuah harganya sama dengan 2-3 buah komputer yg terdpt dikedai. Kecewa sungguh rasanya kalau perkara tersebut masih berlaku dan berlaku.Kalau mcm tu berterusan pakat-pakat lah NGO kumpul derma sorang penduduk RM 10 sebulan buat tampung kerajaan.Siapa lagi nak menyelamatkan negara dari bankrupt kalau tak kita! Rakyat Malaysia!Sambil-sambil membantu orang-orang yang cekap menguruskan negara kita ni.

Malik Klang

Orang Kampung said...

Dato',

Berhubung dengan kesan penarikan balik atau pengurangan subsidi ini, terutama yang berkaitan dengan pengangkutan, utiliti , makanan, pertanian dan lain-lain yang bersangkutan dengan golongan miskin hati saya cukup bimbang.

Ini kerana saya lihat isu subsidi merupakan isu yang paling sensitif kepada sebahagian besar rakyat Malaysia.

Kalau tak salah ingatan saya Wisma Negeri di Alor Setar pernah diserbu oleh puluhan ribu petani pada sekitar tahun 1970-an yang (kalau tak silap saya )berpunca daripada isu subsidi(padi). Saya tak pasti sama ada masih ingat lagi kejadian ini.

Itu baru subsidi padi, tak tahulah saya kalau semua jenis subsidi ditarik balik atau hanya sekadar dikurangkan .

Anonymous said...

salam,

saya suka fakta nombor (lebih kurang @ faham maksud sudah)

1.kes satu

zaman tengku : RM 50 juta untuk pelaksanaan,RM10 juta untuk pengurusan

zaman la ni : RM140 juta untuk pengurusan, RM60 juta pelaksaaan

2. kes dua

Pak lah RM250 bil, Maded RM100 bil (betul @ tidak ) kene siasat

3. kes tiga

gaji programmer di UK 2000 pound = harga minyak RM 3.00 seliter di sana (tiada subsidi) tapi gaji programmer yang sama di malaysia RM 2500 untuk harga Minyak bakal = RM 1.80 ( sila pegi KL Central tanya company buat games)

4. kes empat

sek ren, sek men kita free gaji guru kerajaan bayar tapi bila Uni kita bayar yuran untuk blajar management guna komputer sahaja mcm di sekolah gaji lecturer pun kerajaan bayar. total perbelanjaan lingkungan RM15000, bila kerja gaji masih RM1200-RM1600.

5. kes lima

kerajaan cuba berlagak sosialis @ komunis (dapat duit kongsi ramai2 -klu betul)tapi dlm masa yang sama bahan mentah dan benda penting negara masih dimonopoli e.g tepung, beras , gula.

6. kenapa tiada kajian bagaimana menerapkan ekonomi islam dalam pengurusan negara.umat islam berdegar-degar bangga menguasai sepertiga dunia tapi kejayaan lampau tannak dibawa dalam pentadbiran.

generasi bundle

OKJ said...

Salam DAKJ & Salam bersua kembali (para pembahas)

Bercakap bab subsidi ni memang susah sikit. Ialah, bak kata orang putih “cheap is good, free is better”. Sifat manusia memanglah kalau boleh bukan saja subsidi tapi kalau bagi free lagi bagus.

Mat salleh pun bila nak buat anak pikir sepuluh kali seperti tentang antenatal, postnatal check up lah, nak beranak dekat mana dan berapa bayarannya. Kalau ada komplikasi masa bersalin, ada insurance ke nak cover. Ini tak termasuk nak besarkan anak, insurance kesihatan, insuran pelajaran, insuran simpanan dan insuran mak bapak kalau apa-apa terjadi. Sebab itulah anak mat salleh pun paling ramai pun 2 atau 3 orang je.

Setakat ni orang kita berapa ramai sangat yg pikirkan tentang perkara di atas semasa bersedap-sedap. Sebabnya, kita bayar RM1, tapi dapat macam macam dan tak perlu susah-susah nak dipikirkan pun. Tapi komplen berbakul-bakul. Yg teruknya, doktor-doktor kita jugalah yg kerja separuh mati. Lepas tu kata tak kenang budi bila kerja dekat oversea.

Satu lagi, kalau setakat manage koperasi pun tak untung, tak payah cakap besarlah. Cermin-cerminlah diri tu dulu sebelum bercakap. Sekian TQ.

saji said...

Salam Dato'

Antara alasan kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Dr M melaksanakan dasar penswastaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia ialah untuk meringankan beban kewangan kerajaan.

Namun dengan dakwaan Idris Jala negara akan bankrupt 5 tahun lagi dan sebahagian besar daripada wang subsidi kerajaan terpaksa diagihkan kepada projek penswastaan yang bermasalah dsb, tidakkah mungkin konsep pensyarikatan Malaysia itu sendiri sebenarnya menjadi bebanan negara?

saji said...

Sdr Mustapa Ong

Kita tidak boleh menyalahkan kritikan rakyat secara umum, tetapi saya merasa amat kesal apabila pihak pembangkang memutar-belitkan isu subsidi yang masih lagi dalam peringkat kajian dan penyelidikan.Mereka sengaja mempolitikkan isu ini untuk mendapat perhatian rakyat tanpa memperdulikan emosi yang akan diwujudkan oleh segelintir rakyat yang kurang peka mengenai perkara ini.Di dalam negara seperti Malaysia, nisbah rakyat yang kurang pengetahuan masalah negara memang amat tinggi,khususnya di luar bandar.

Langkah untuk menghapuskan sebarang subsidi oleh Kerajaan perlu dikaji dengan terliti serta mendalam oleh pihak konsultan yang ada luas pandangan dan perbandingan dengan negara-negara lain untuk merumuskan kesan dan kebaikannya, agar nasib rakyat akan terbela.

Komen:

Kerana DS Najib beria-ia sangat nak jadi PM, mengapa beliau tak buat kajian subsidi ini semasa beliau bersiap-siap nak jadi PM?

saji said...

Sdr pakbelalang

Kita mempunyai tenaga pakar ekonomi yang cukup untuk menjana idea-idea yang baik. Yang perlu dilakukan ialah untuk selalu mengadakan "brainstorming session" antara pakar-pakar ekonomi untuk dapat melahirkan satu dasar ekonomi yang berkesan termasuklah dasar subsidi.

Komen:

Masalah Malaysia bukan masalah kekurangan idea yang baik2 untuk dijadikan dasar negara. Orang kampung dan pencen seperti sdr pun boleh mengeluarkan idea yang baik2. Malah, di kalangan para pengkaji Barat, mereka kata Malaysia miliki banyak dasar yang baik2.

Masalah Malaysia ialah kekurangan tenaga fikir dan pakar yang mampu menterjemahkan dasar negara kepada realiti yang diinginkan oleh kumpulan pembuat dasar.

A KADIR JASIN said...

Sdr Pandangan Orang Kampung,

1. Tunjuk perasaan itu berlaku pada zaman Tun Hussein Onn di akhir tahun 1970an;

2. Puncanya salah faham mengenai skim subsidi Bantuan Harga Padi;

3. Dalam sidang akhbar mengenai skim itu, saya memberi amaran kepada Menteri Pertanian waktu itu, Abdul Manan Osman, yang ramai petani keliru. Dia beri jaminan penerangan terperinci sudah dibuat;

4. Tapi bila skim itu mula dilaksanakan, petani yang keliru membuat tunjuk perasaan besar-besaran di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan di Alor Star;

5. Waktu itu BN perintah Kedah, tetapi bukan penyokong Pas saja yang tunjuk perasaan, orang Umno pun ikut tunjuk perasaan;

6. Kalau ikut kenyataan Idris Jala seperti dipalorkan oleh media massa, saya rasa banyak lagi yang wajib diterangkan oleh kerajaan.

Terima kasih.

pakbelalang said...

Dato',

Benar, pihak kerajaan perlu membuat "follow-up" dan berikan penjelasan yang terperinci berkaitan dengan subsidi untuk mengelakkan kekeliruan terutama sekali dikalangan rakyat luar bandar yang mungkin kurang faham tentang subsidi.

Saya cadangkan kepada kerajaan supaya buat phamplet kecil mengenai subsidi dengan memberi penerangan ringkas secara format FAQ (frequently ask question).

Phamplet ini hendaklah disebarkan di masjid-masjid dan juga di shopping complex dimana terdapatnya orang ramai berhimpun setiap minggu.

Jika masaalah subsidi ini dianggap sebagai penting, pihak kerajaan janganlah membuat tindakan sambil lewa sahaja tanpa meneliti dengan rapi apakah implikasinya terhadap kesejahteraan hidup rakyat. Barulah dasar "rakyat didahulukan" membawa makna!!

Anonymous said...

Salam Dato',

Menteri Idris Jala kata jika subsidi berterusan negara akan bankrap 2019. PM Najib kata kita akan capai taraf negara maju sebelum 2020 jika ekonomi terus tumbuh pada kadar 6% setahun. Ada dua jika kat situ...

Sepertimana BLR, maka subsidi pun adalah salah satu cara kerajaan mengawal ekonomi. Maka adalah sangat salah jika subsidi ditiadakan dan sangat salah juga kalau beri subsidi 100%. Memang kompleks hubungkait antara subsidi dengan pertumbuhan ekonomi. Perlu dicari titik seimbangnya... mungkin boleh guna simulasi...tentu dah ada sofwernya dipasaran sekarang. Pakar ekonomi makro mesti tau tentangnya.

Subsidi boleh datang dalam bentuk peruntukan kewangan atau pelepasan cukai. Tapi pada akhirnya rakyat massa lah yang akan menerima kesan sebenar penarikan atau penambahan subsidi. Kita hanya boleh membuat spekulasi sahaja disini.

Pertanyaan Dato' "Perlu juga dijawab apakah hutang negara yang besar ini kerana subsidi sahaja atau kerana pemborosan, ketirisan dan rasuah?". Nampaknya itu belum dijawab oleh PM secara tuntas walaupun telah banyak kali soalan dengan nada sama dibangkitkan di Parlimen.

Lazimnya jika satu subsidi ditarikbalik maka ada yang wajib dipulangkan. Misalnya jika subsidi petrol ditarik balik maka kenalah kurangkan cukai eksais dan jualan kereta baru, kurang atau hapuskan cukai jalan, baiki mutu khidmat public transport dan kurang atau hapusksan tol lebuhraya. Kalau tak ada potongan cukai maka jualan kereta baru (terutama yg engin kapasiti besar > 2 liter) pasti akan terjejas, bisnes kereta meorsot dan kutipan cukai pun turut merosot...tak kuasa nak berspekulasi..

Dalam pada cakap-cakap negara nak bangkrap, tetiba ada ura-ura nak BERI laptop percuma kpd 1 juta pelajar sekolah menengah daripada keluarga miskin. Mengurangkan jurang digital atau bunyi lebih canggih lagi, to eradicate digital divide. Nampak mulia sungguh gomen ni. Pembangkang pun sukar nak belasah idea menolong rakyat ni. Yg pasti akan ada syarikat yg dilantik jadi pembekal kpd gomen, mungkin TIME Engineering lagi kot. Dengan sedikit sofwer dan pakej khidmat selepas jualan, tentu pembekal boleh buat duit RM1000 per komputer @ RM 1 bilion kesemuanya. Ni dah dekat dengan PRU13, nampak macam biasa aje plot drama ni...


Pak Hj JB

Ab Razak Hj Ahmad said...

Ok lah.. saya mungkin setuju kalau subsidi minyak dihapuskan tetapi dengan syarat harga kereta import atau tempatan perlu ikut pasaran dunia.....

Cakap berdegar2 nak gunakan penjimatan subsidi untuk rakyat, tapi hampas....

Contoh klasik masa zaman Pak Lah, penjimatan subisidi minyak di anggarkan RM5b setahun akan digunakan untuk menambah baik pengangkutan awam. Apa yang saya dapat.... guna Komuter since 2004 ulang alik ke tempat kerja servis bertambah buruk dan buruk.... Tiada satu pun koc baru yang dah dibeli untuk menggantikan koc sedia ada yang uzur.... Mana pi duit tu.... takkan beli bas saja...

Anonymous said...

dato..

minta pandangan dato. adakah usaha-usaha menarik masuk pelaburan asing dengan menawarkan pelbagai insentif seperti percukaian sifar, dans ebagainya boleh dianggap sebagai satu bentuk subsidi yang memberi kesan kepada perekonomian negara?

MalaysianKita said...

dATO'

Hutang Negara. Dengan siapa kita berhutang?

Anonymous said...

Salam DAKJ dan para komentar semua.

Tuan-tuan jangan la bimbang.. tidak akan ada penarikan subsidi.. ini semua auta saja sebab nak test the sentiment of people acceptance. Gila Najib nak buat macam ni.. allamat nya dia dok rumah la main tepok amai-amai dgn Rosmah sampai depa jadi mamai....

1280-K Taman Malik

mak budak said...

Salam dato'

sebagai rakyat biasa merangkap surirumah, saya dah tak percaya lagi dah dgn cakap2 menteri2 ni. cakaplah apa pun, malas dah saya nak percaya lagi.

dulu2 saya selalu baca org cerita di mana2 apatah lagi di internet pasal ali baba, pasal ketirisan, pasal campurtangan ahli politik dlm pengagihan bantuan pada rakyat2 miskin dll. saya tak mahu terima bulat2 cerita tersebut sehinggalah bila suami saya sendiri duduk dalam salah satu sykt milik kerajaan, yang mana yg jadi pengarah, chairman, yg duduk dlm bod tu semua ada kaitan dgn politik bn. (kalau ada pun yg takde kena mengena, mungkin sorang duala... Wallahua'lam.)

rupa2nya memang betul bagai yg dikata. satu2 projek boleh jadi melambung kosnya bila ditambah dgn pelbagai masaalah2 yg sengaja di create oleh mereka2 yg berkenaan. bila kos melambung, (bukan hanya 1 projek, banyak projek), berapa banyak dana yg kerajaan bagi pun tak cukup, malah peruntukan utk jabatan lain pulak disalur pd jabatan yg berkenaan, akhirnya, dana sini tak cukup, dana yg jabatan lain pulak disonglap, hutang dah jadi bertimbun, duit contractor yg kat jabatan yg dah disonglap duet tu pulak tak dpt nak bayar. akhirnya kes2 hutang dgn contraktor dr tahun 2005 pun tak selesai2 lagi.

itu belum cerita suami dpt forward msg dari adun2 suruh cancel bantuan pd si polan2 si polan sebab tak sokong kerajaan. yg susah org bawah yg dok buat kerja2 ni. kelulusan dah bagi, tiba2 kena tarik balik. apa ni?

lepas sykt dah nak lingkup, org2 yg bertanggungjawab melingkupkan sykt belah macam tu saja, org yg kat bawah nilah yg nak menjawab dan dipersalahkan. tu belum cerita pasal bertengkar dgn contractor sebab carik pasal taknak bertanggungjawab, kunun2 bumi punya, tapi bila bercakap dgn tokeh dia, 3 4 sykt pun org sama jugak.... ca ya nun alif.... walhal dia takde kena mengena pun dgn projek, rupa2nya dialah funder...

lepas tu, bagi pekerja pulak, bila sykt dah sakit, toksah kata nak dpt bonus, bonus yg dah dibagi tahun dulu pun disuruh pulang balik. kenaikan gaji toksah cakaplah....

dato',

mengapa kerajaan tak mahu pakai laporan2 audit, atau PAC pasal pengurusan kewangan di jabatan2 kerajaan mahupun kerajaan2 negeri? cuma laporan saja kah? takde pembaikan? adakah sebab dari laporan2 tersebut kelihatan negeri2 pembangkang lebih pandai mengurus kewangan?

pada saya, yg bertanggungjawab pada ketirisan dan kerugian, tukar orang, atau kalau berlaku salahlaku, dakwa! ini tidak, kalau tukar orang pun, yg dtg pun belum tahu jujur. dan org yg dah ditukar tu pulak pegang pulak jawatan kat jabatan lain atau tempat lain. apa kes?

aleh2 cakap mcm rakyat jugak yg salah pasal dpt subsidi, negara sampai nak bangkrap. boleh caya ka?tapi tu lah, rakyat biasa yg duduk kat kampung, atau yg tak kesah pada keruntuhan moral, balik2 pangkah pihak yg sama, sampai bla masalah nak selesai? pasal apa? pasal bila time nak pilihanraya, takde bunyi pun pasal gst ke, meb ke, subsidi nak dikurang ke, yg lagi manis, benda tu semua kerajaan tangguh sebab dengar cakap rakyat. lepas tu kalau pangkah bn, esok boleh dapat cek, wah terlupa sekejap yg marah2 kerajaan.

ganti PM pun perangai lebih kurang, malah lebih teruk lagi pun ada, akhirnya rakyat jugak jadi mangsa.

maaf cakap ye, saya tak pandai guna bahasa tinggi2, saya guna bahasa pasar. senang nak tulis dan faham. tapi adakah orang peduli?

Wallahua'lam... terima kasih.

Anonymous said...

Apa jadi dengan Najib? Ekonomi stable fundamentals strong;

Drisjala sudah kata Malaysia Muflis menjelang 2019.

Najib dan Drisjala sudah muat kenyataan bertentangan..

Najib bagus sack je Drisjala.

MEB; Pengurangan sabsidi; PKFZ; Pembunuhan Aminurasyid; Kugan; Teoh BH; pemerotanan Kartika Dewi; peruntukan RM5 juta untuk pencegahan banjir diSibu (waktu PRK Sibu) dsb semua BELUM MUKTAMAD!!

Belum muktamad bermakna tidak ada tindakan.

Pentadbiran Najib lebih buruk dan malang daripada Mat Ngantuk (zzzZZZzzz). fLIP fLOP..flop FLIP.

apa sudah jadi dengan Malaysia.

minah ronggeng

Ab Razak Hj Ahmad said...

Setuju dgn Mak Budak..

Laporan PAC ke, Audit Negara ke... semua swept under carpert.

Hari ni PAC nak panggil POS and Sime Darby... So... what's next..??? Sweep under carpert also la....

affendi hussain said...

Salam semua,

Banyak sgt bocor & membazir kerajaan Malaysia ni..

Mcm ni punya bocor pelahap gajah pun mati walau minum air selaut pun..

Kalau ambil satu kena lah bagi satu..

Contoh tarik subsidi petrol, hapuskanlah cukai mengarut kereta atau tambah baik sistem pengangkutan awam tren terutamanya.

Britain yang kaya pun PM naik kapalterbang komersial..hatta Presiden Poland yg terbunuh dlm tragedi pesawat tu..Malaysia ada "business jet"..nak ikut AirForce One ke?

IPP mcm YTL, Genting, Malakoff etc. yg tokeynya kaya raya dpt subsidi gas & TNB terpaksa beli harga tinggi walhal mereka mampu saja jana sendiri dgn kos yg lebih rendah dgn sumber teknikal & pengalaman yg ada..

Kutip cukai jalan beratus juta..tetapi jalan/lebuhraya tetap bagi sykt konsesi yg kapak harga 'kaw-kaw'..kutip tol untung pun masih tagih kenaikan..

Saya rasa bersyukur BN tak menang 2/3 majoriti..jika tak mcm zmn Pak Lah dulu..tengah malam tdo, tgh berak pun minyak & tol boleh naik suka hati..

Sebelum negara nak bankrap, baik lelong saja liabiliti2 yg tak perlu hatta kepada ahli jemaah kabinet termasuk PM & keluarganya dahulu sebelum nak menyusah rakyat Malaysia yg lain..

Kita lelonglah si Idris Jala dulu..kot2 ada negara lain yg nak bayar utk ambik khidmat nasihat dia..ada juga hasil..wal hasil balik asal..

lepas tu lelong bos dia.. .

ni mentaliti mcm 'takmau rugi, jgn belanja'..bukan ikhtiar 'tambah hasil, kurang rugi'..

cerita mcm budak spastik berfikir..

wasalam

("/)

Unknown said...

salam,
dato' dan sahabat2 yg beri pandangan aku ni tak pandai ekonomi atau politik, tapi ingin jugak nak tulis,aku nak cakap apa yg aku rasa. banyak orang marah2 pada ds idris jala, aku tak nampak rationalnya sbb dia bukan orang politik dia orang business yg diambil olih pm, dia menyatakan kajian yg dikeluar olih makmalnya, kajiannya adalah untuk dibahaskan diparlimen. aku tak kata sokong ds idris jala tapi macam gula tu apa perlunya subsidi nak suruh orang masuk hospital ke? tapi subsidi kpd petani misti diteruskan aku juga harap sabsidi itu khas utk golongan sasaran. tentang kehidupan
pulak, dulu aku dah puluh tahun keja baru bolih beli kereta secondhand tapi la ni. anak aku tiga orang kerja setahun dua dah belih pakai keta apa yg aku ingin beri tau ialah apakah kenyataan sebenar ekonomi kehidupan kita .

Unknown said...

Asm...
Nie apa ceritanya Datuk, Datuk Najib sekejap kata ekonomi kita kian kukuh. Nak tarik subsidi nie pasai nak kukuhkan ekonomi kerajaan. Tu la janji pilihanraya billion-billion, punya nak ambel hati rakyat. Kalau pemimpin tu biagla berhati rakyat. Mana dia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Puak-puak pemimpin ni depa tak pernah susa kut no, pasai tu depa tak tau macam mana peritnya rakyat pekin belanja.

deengN9 said...

Salam dato,

Cakap mmg senang...kurang kan subsidi....negara jadi bangkrup kalu subsidi tak di mansuh kan...
mana perginya duit2 cukai yang kita sedekah kepada kerajaan...dah habis guna untuk PRK ker?...

Idris Jala...tak pernah hidup susah...tak pernah rasa susah nak beli beras..susu..tepung..gula..
sbb semuanya dihantar kerumah...

tapi kalu kerajaan masih lagi berdegil nak hapuskan subsidi...
maka wajib lar kita bertindak dgn menghapuskan pula kerajaan yang ada sekarang

Anonymous said...

assalamualaikum wbt....

1. mungkin ekonomi negara sedang jatuh dan berada dalam krisis

2. jalan terbaik adalah menilai semula penghasilan dan perbelanjaan negara dan merancang utk masa depan...

3. salah satu bentuk pengeluaran negara adalah pemberian subsidi. ada byk jenis subsidi. minyak, tol, makanan etc2..

4. tapi, subsidi bukan satu2nya bentuk pengeluaran negara. dan semua subsidi ini mempunyai kepentingan yg berbeza kepada keadaan politik dan keseimbangan negara..

5. kerajaan seharusnya mengkaji dhulu mana subsidi yg betul2 perlu dihapuskan dan mana subsidi yg WAJIB diteruskan

6. salah jika semua subsidi dihapuskan. slh menyatakan semua subsidi memiliki keutamaan yg sama..

7. kalau nak hapuskan subsidi, kejaan harus menyediakan alternatif dan konsep supaya rakyat tidak merasakan terlalu banyak beban atau 'shock'...

8. selain 'menyerang' subsidi yg mana merupakan hak rakyat....kerajaan juga harus mengurangkan perbelanjaan tidak perlu lain! cuba lihat berapa juta kita habis supaya datuk najib dpt salam dgn obama..

9. belum lagi cakap ttg korupsi, pecah amanah, etc2

10. selin itu, penghasilan negara juga WAJIB ditingkatkan...kita byk GLC yg atas kertas berdaya saing tinggi..tapi, realitinya...hampeh!

11. basically...pemotongan subsidi bukan satu2nya jalan meningkatkan ekonomi negara...

12. kerajaan harus meningkatkan penghasilan, menambah pelaburan dan mengurangkan perbelanjaan tak perlu..baru selak soal subsidi!

13. datin rosmah di NY... http://saintisislam.blogspot.com/2010/05/siapa-bayar-iklan-datin-rosmah-di-new.html

-adli-

Anonymous said...

Salam DAKJ dan para komentar semua,

Pandangan saya, kalau setakat nak hapus subsidi gula, minyak dsb.. apa kata kita renungkan apa yang di sarankan oleh Pengerusi SAPP, YB Yong Teck Lee berkenaan untuk hapuskan dulu subsidi dalaman UMNO/BN "The government has been advised to end the subsidies it grants Umno and BN leaders before considering changing its socio-economic policy.

Sabah Progressive Party (SAPP) president Yong Teck Lee said that subsidies such as the lucrative approved permits (APs) given to Umno leaders to import vehicles, cost the government much revenue.

He also pointed out that public funds were wasted when Umno and BN government leaders travelled around the country at government expense for their political activities.

"Shares in public listed companies issued to Umno leaders and public works contracts worth billions of ringgit are much talked-about ways that Umno divisional leaders are rewarded.

"As such, tax payers have been subsidising the high-flying, extravagant lives of some Umno and BN leaders all over Malaysia,” he said.

"For Minister in the Prime Minister’s Department Idris Jala, a successful corporate leader, to warn of national bankruptcy in nine years is cause for great concern.

“But, before the government forces its so-called subsidy rationalisation plan on ordinary people, it must first remove all subsidies for Umno and its leaders at various levels,” he stressed in a statement issued today.

Yong also questioned the country’s careless manpower policy, its over-reliance on cheap foreign workers and what he said was a failed education system which has resulted in "a low-wage, low productivity local work force".

He said this was highlighted by the fact that the salaries of general workers had remained stagnant the past 20 years./BN..." Oleh itu saya sarankan juga Najib dan Isteri tercinta.. travel lah naik MAS sahaja.. tak payah nak buang duit naik A310 tu.. jual kan saja.. ada juga duit sikit dlm coffer Kerajaan. Hapus juga subsidi minyak kepada Pak Menteri.. baru la terbeliak mata Hishamuddin dan Nazri serta menteri dan timbalan menteri serta pegawai kerajaan yang lain kena bayar sendiri.. baru adil kan? Jangan dok pekena kami ni.. DAKJ tahu tak? terliur nak makan Nasi Lemak Ali pun kena control mengidam sebab nak jaga budget...

1280-K Taman Malik

faroki said...

Salam,Dato'

sy setuju pendapat salah seorang mengatakan "hukum tembak/mati" kepada perasuah seperti di amalkan di China. China bab rasuah ni sangat sensitif..,pemimpin Malaysia ada berani nak usulkan..?

Lagi satu sloga "rakyat yang didahulukan, pencapaian diutamakan" dah nampak macam apa2 hal.. rakyat yang kena tanggung buruknya banyak daripada baiknya..
Rakyat dah fobia bab harga naik ni...

Walaupun bagaimanapun, rakyat sendiri yang menentukan hala tuju politik Malaysia..

Dunia tanpa sempadan Dato'...
Senario dunia sekarang pun penuh dengan goro-goro sekarang...

borneo menggugat said...

Dato'

kalau begini cara berfikir idris ini, lagi lama disimpan najib, lagi bala ni dato'

di kk, harga telah menggeliat, sat lagi dia bingkas dan akan berlari menjelang raya dato', pasal apa, idris cakap minyak nak naik 15 sen.

dia cakap ikut sedap mulut dia jak, tahu tak padahnya pada marhaen ?. pecat dia dato'

ali ahmad said...

Salam Dato' AKJ,

Negara kita menuju status NEGARA MAJU (kononnya) tahun 2020.

.....apa yang bekas PM simpan dalam batang besi di Putrajaya untuk dibuka tahun 2020 nanti, seorang pun tidak tahu....entah-entah SELAMAT MAJU JAYA......

..tapi, segala benda di Malaysia tercinta ini mahal harganya....

....air pun kena bayar...ada negara di Eropah yang taburan hujannya hanya beberapa cm satu bulan PUN BOLEH BAGI FREE AIR KEPADA RAKYAT......kita di sini hujan sampai banjir pun tidak dapat bagi free air kat rakyat.....

..JADI nak jadi NEGARA MAJU?

....segala moyang sampai piut CUKAI kena bayar.......

...gaji satu bulan belum dapat beli kereta lagi....puluhan ribu...di barat, gaji kerja satu bulan sama dengan harga kereta...kereta second hand, ratus-ratus aje.....

....JADI tidak perlu lah berfikir susah-susah nak kurang subsidi.....

....FIKIR LAH DALAM-DALAM MACAM MANA KITA TIDAK BOLEH TIRU ORANG PUTIH SANA....BAGI AIR FREE, JUAL KERETA MURAH-MURAH, JUAL BARANG MAKAN MINUM MURAH-MURAH......LETRIK TIDAK PANDAI BLACKOUT 365 HARI SIANG MALAM!!!!!!

amarneng said...

Salam Dato,

Pengurangan subsidi atau menghapuskan subsidi akan mengali kubur kita sendiri jika itu dilaksanakan.

Jangan terperangkap dengan pemikiran baru,jika UMNO dan BN hendak terus membela nasib rakyat...Saya rasa ada motif lain..YAB Najib perlu berhati-hati dan meneliti perkara ini....

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).