Friday, June 25, 2010

Perangi Judi Haram Atau Tambah Lesen Judi?

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 26 Jun] -- UTUSAN Malaysia melaporkan yang kerajaan membuat keputusan muktamad tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) atas pertimbangan agama dan kesan politik.

Ia melaporkan Perdana Menteri sebagai berkata pendirian itu dibuat selepas mengambil kira pandangan majoriti masyarakat yang secara jelas tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan di peringkat dasar untuk memberi kelulusan sebelum ini.

“Walaupun ada pihak menyokong dan menentang perkara itu, kerajaan mendapati secara jelas majoriti masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut dikeluarkan.

“Oleh itu dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan,” katanya.

[Posting Asal]

SETELAH meneliti debat dan polemik menganai cadangan mengeluarkan semula lesan judi bola sepak, saya berasa yakin kita boleh membuat beberapa kesimpulan.

Pertama, Mohd Najib Abdul Razak, sebagai Pengerusi Barisan Nasional, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan boleh meluluskan lesen judi bola sepak atau apa-apa judi sekalipun. Itu hak dan budi-bicaranya.

Kedua, parti-parti bukan Islam dalam BN mungkin bersetuju atau tidak menentang keras pelesenan judi manakala parti-parti lawan, termasuk Pas dan PKR, akan bermain wayang dan menangguk di air keruh. Itu hak mereka.

Ketiga, sebagai seorang Islam dan Presiden Umno, Mohd Najib tidak boleh bertindak sesuka hati. Di sisi Islam, judi sama ada dilesenkan atau dijalankan secara haram adalah HARAM.

Keempat, sebagai Presiden Umno – sebuah parti yang berjuang atas nama agama (Islam), bangsa dan negara – Mohd Najib tidak boleh bertindak sesuka hati.

Kelima, dia berkuasa mengarah dan memujuk menteri-menteri Islam, ketua-ketua Umno dan media massa arus perdana melancarkan perang saraf bagi menyokong pelesenan judi bola sepak. Atau pihak-pihak ini berasa perlu untuk mempertahankan Perdana Menteri dan kerajaan.

Keenam, Mohd Najib harus berhati-hati menongkah arus kerana ramai dalam Umno telah secara terbuka dan terus terang menyatakan bantahan mereka terhadap pengeluaran lesen judi bola sepak.

[Umno Johor – tonggak kekuatan Umno Malaysia buat masa ini – telah mengatakan “tidak” kepada lesen tambahan perjudian. Umno Perak yang dalam perjuangan hidup mati pun mengatakan “tidak” dan begitu jugalah Umno Kedah yang cuba bangkit semula. Semuanya berkata “tidak”.

Pemuda Umno pun menyatakan pendirian yang sama. Bernama pada 24 Jun memetik ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin, sebagai berkata Pemuda Umno menentang cadangan mengeluarkan lesen judi bola sepak.

Katanya, pelesenan judi bola sepak akan mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

"Selepas beberapa minggu mendapatkan pandangan ahli akar umbi dan melihat usaha polis mencegah judi (haram), Pemuda Umno mengambil pendirian membantah jika kerajaan mahu mengeluarkan lesen judi bola sepak,” tegas beliau.]

Ketujuh, dalam isu judi ini, politiking ada hadnya. Umno, Pas dan elemen Islam dalam PKR boleh bermain wayang dengan membuat kenyataan politik untuk menyedapkan hati penyokong masing-masing sambil cuba mengambil hati orang bukan Islam, tetapi mereka tidak boleh bermain wayang dengan hukum agama dan tentunya tidak semua orang bukan Islam mahu lebih banyak lesen dan kegiatan judi diwujudkan kononnya kerana menghormati hak dan kebebasan orang bukan Islam.

Kelapan, tidak semua orang bukan Islam kaki judi dan bukan semua yang berjudi halal itu orang bukan Islam. Ramai orang bukan Islam menentang judi dan ramai juga orang Islam mencuri berjudi menggunakan perantara dan proksi.

Kesembilan, judi bukan sahaja haram kepada orang Islam, tetapi ia juga buruk kepada orang bukan Islam. Ramai kaki judi yang muflis, diburu along, mengabaikan anak bini dan sekali sekala terjun bangunan, gantung diri dan minum racun.

Kesepuluh, keberkesanan alasan melesenkan judi bagi melawan judi haram ada hadnya. Hakikat yang wajib diakui ialah judi haram tetap berleluasa di negara kita walaupun pelbagai jenis judi telah dilesenkan. Sebabnya ialah kerana ramai kaki judi dan ramai penjenayah di negara kita. Ada kaum dan individu di negara ini yang berpaksikan keuntungan dan materialisme semata-mata, di mana maruah diukur dengan wang ringgit dan segala-galanya boleh asalkan mendapat untung.

Kesebelas, lebih baik kita memerangi judi haram. Gunakan segala peruntukan undang-undang – buang daerah, cukai pendapatan, money laundering dan pembekuan harta – untuk melawan penjenayah judi ini. Takkanlah polis kita haprak sangat sampai tidak tahu siapa penyangak di sebalik judi haram dan kegiatan underworld ini?

Akhir kalam, jangan kerana mahu mengambil hati seorang dua pengusaha judi, Presiden Umno melukakan hati berjuta-juta ahli dan penyokong Umno. Ingatlah, ahli Umno dan orang Melayu tidak lagi mengikut dan menyokong membabi-buta.

65 comments:

pakbelalang said...

Maaf, saya tidak sependapat dengan hujah Dato'. Saya telah pun memberikan hujah saya dalam posting yang lalu. Perjudian memang sukar dihapuskan. Bukan sahaja sukar hendak dihapuskan malahan ianya akan terus berleluasa dengan berbagai cara apabila teknologi ICT semakin canggih dan hebat.

Pada orang Islam perjudian adalah HARAM. Satu perbuatan yang keji dan berdosa besar. Jadi isu ini memanglah teramat sensitif sekali.

Ia, untuk jalan mudah dan selamat bagi parti yang memerentah lesen perjudian tidak boleh diluluskan.

Kalaulah Dato' Najib ingin teruskan dengan hajatnya untuk melesenkan perjudian beliau sendiri mesti berdepan dengan rakyat dengan memberikan hujah-hujah dan fakta-fakta yang tepat untuk meyakini rakyat dan tidak boleh menggunakan orang pengantaraan dalam mengutarakan cadangan beliau untuk mendapatkan feedback dari rakyat.

pemerhati said...

Dato

Secara mata kasar, saya lihat Najib sejak jadi PM banyak melebihkan orang bukan Islam dari orang Islam dan bumiputera sendiri.

Jangan sampai yang di kendung keciciran, yang di kejar mainkan dia.

Anonymous said...

Salam DAKJ serta para komentar.

Tanpa bertitik kepada agenda politik, baik dari parti pemerintah ataupun pembangkang, marilah kita bersama-sama berfikir sejenak apakah kebaikan dan kemudaratan akibat berjudi dari perspektif agama.

Seperti kita semua ketahui bahawa apa sekalipun jenis perjudian adalah haram, tidak kira dilesenkan atau tidak. Jika dilesenkan, pihak yang memberi lesen akan mendapat pulangan dari kutipan cukai lesen tersebut dan jika tidak dilesenkan, ianya memberi keuntungan secara "direct" kepada bookie perjudian tersebut.

Jadi secara amnya, adakah bila dilesenkan judi ini akan menjadi halal? dan pihak berkuasa tidak lagi membuat serbuan terhadap premis judi tersebut, dan jika tidak dilesenkan, pihak berkuasa akan membuat serbuan demi serbuan bagi memastikan judi secara haram ini dapat dibenteras.

Persoalannya disini, siapakah akan mendapat keuntungan? maka itu sekiranya dilesenkan, kerajaan akan mendapat pulangan dari segi cukai dan jika tidak dilesenkan, bookie akan mendapat untung.

Jadi "end result" nya adalah pulangan keuntungan. Adakah kita sebuah negara Islam berlandaskan kepada Rukun Negara terlalu "desperate" untuk mengaut untung dari hasil judi. Seperti yang dinyatakn oleh DAKJ, sebanyak mana pun lesen dikeluarkan..judi haram akan tetap wujud.

Apakah sebagai RAKYAT kita mendapat pulangan serta keuntungan dari pemberian lesen judi ini?

Apakah implikasi yang kita hadapi sebagai RAKYAT jika lesen ini diberi?

Sememangnya kita hidup didalam masyarakat majmuk, masyarakat 1Malaysia..akan tetapi apakah dengan pemberian lesen ini akan merapatkan lagi semangat kita sebagai umat manusia ataupun rakyat Malaysia?

Mungkin jawapan nya YA.. ia akan merapatkan lagi hubungan MELAYU dengan CINA, CINA dengan CINA, INDIA dengan CINA, MELAYU dengan INDIA atau pelbagai bangsa sekalipun.. kerana masing-masing akan pergi mencari AH LONG dari kaum CINA untuk menampung wang belanja yang telah digunakan untuk berjudi.

Saya amat berminat berkenaan apakah pendekatan SWOT Analyst oleh ASCOT kepada pihak kerajaan sehingga ianya menjadi satu daya tarikan yang kuat kepada DS Najib serta menteri yang cendiakawan, Datuk Nazri Aziz yang bersetuju tentang pemberian lesen ini.

Mari kita sama-sama lihat pendekatan setiap Menteri kabinet termasuk Menteri Agama berkenaan dengan lesen judi ini.

Sekian.

1280-K Taman Malik

abe MIE 'TERJAH' said...

Judi Haram, hasil judi Halal nacan Fatwa Nik Aziz

http://pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

DAKJ kata,

"Ketujuh, dalam isu judi ini, politiking ada hadnya. Umno, Pas dan elemen Islam dalam PKR boleh bermain wayang dengan membuat kenyataan politik untuk menyedapkan hati penyokong masing-masing sambil cuba mengambil hati orang bukan Islam, tetapi mereka tidak boleh bermain wayang dengan hukum agama dan tentunya tidak semua orang bukan Islam mahu lebih banyak lesen dan kegiatan judi diwujudkan kononnya kerana menghormati hak dan kebebasan orang bukan Islam."

Dimana yang dikatakan main wayang itu? Setahu saya yang kata lesen judi sukan perlu diberi untuk menjaga perasaan bukan islam adalah Nazri Aziz.

Setahu saya juga PAS dan elemen ISlam dalam PKR sebulat suara menentang "anugerah" lesen judi berkenaan.

Manakala di UMNO, ada dua pendapat bertentangan kerana UMNO negeri mula kebahangan berdepan dengan akar umbi.

Harakah sudah keluarkan komen tok sami Budhha dari Kelantan tentang judi. Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan lain-lain MSM, bila lagi?

Fed Up

Abdul Muiz said...

Assalamualaikum Dato KJ,

Judi di Genting Highland apa cerita?apakah ianya tidak haram?

Sejak bila pula UMNO begitu komited nak memperjuangkan agama?UMNO sendiri sudah bergelumang dengan rasuah termasuk skandal seks yang sengaja dipadamkan dari media.

Unknown said...

Dato'

Sejak beberapa minggu ini hari hari kita baca berita hal judi haram! Adakah ini bermakna sebelum ini judi haram tidak wujud... Cuma dalam masa beberapa bulan ini sahaja?

Kalau kita baca berita, seolah olah Malaysia adalah Pusat Judi Haram di Dunia!! Jadi untuk membasmikan Judi Haram ini kita Halal kan Dia!!??

Dato ada kawan dalam industri media, tolong lah nasihat sikit mereka ini sudah jatuh "Overboard".

Raison D'etre said...

Datuk AK,
Well said and put. Tak paham pasai apa orang Melayu (Islam?) beria2 nak mempertahankan apa yang konon2nya hak bukan Islam.

Hak yang patut dipertahan tak pulak dipertahan. Yang lebih kepada memunah sesetengah dan mneguntungkan sebilangan yang tersangat kecil lak yang nak di gahkan.

Haprak.

Politics can only go so far, right, Datuk? In some things, principles counts for a whole lot.

PS: Apasal ulamak2 kita senyap sunyi pasai hal ni? Ke diaorang dah ada mention something yang saya terlepas?

QeeYaN said...

Salam Satu Malaysia Dato,

Bertuah rasanya dapat jadi orang pertama bagi komen. Saya secara peribadi memang tidak suka berjudi. Bak kata Pemuda UM-NO berjudi lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Agaknyalah, mereka mereka yang dalam kerajaan ada agenda tersembunyi sebab itulah mereka hendak bagi lesen judi.

Apa sibuk sibuk nak berjudi, tonton saja bolasepak sambil sembang sembang dengan ahli keluarga kan lebih baik. Mungkin inilah masanya kita rapatkan hubungan semasa ahli keluarga kita.(bagi yang minat bola)

Buatlah sesuatu yang lebih berfeadah daripada cari bookie...

Qyan
Sarawak.

ab said...

Salam dato,


Back to basic lagi ni......


1.MALAYSIA NI NEGARA ISLAM KA bukan?

- Kalau negara Islam-----judi tu haram,tak bolih,ditegah.

-Kalau bukan negara islam--- bukan judi saja, tapi digalakan pelac-uran, minum arak , sembah berhala, sapu harta anak yatim,berseke-dudukan bolih ambil rasuah dll...


2.APPLIKASI MALAYSIA tentang judi...consistent dan persistent atau lit lap lit lap?.

JUDI YANG DAH DIHALALKAN KERAJAAN:-

casino,
lumba kuda,
toto
4 nombor
3 nombor

YANG TENGAH FIKIAQ nak halal

NI judi teka bola.....



Akan datang elok ada judi lain sebagai tambahan:


JUDI PILIHAN RAYA-- BN,PR,BEBAS menang/kalah.

JUDI MAT REMPIT MATI

JUDI ARTIS KAHWIN/CERAI

JUDI bini PM mana pakai tudung, lepas tu judi sultan mana mati dulu,lepas tu judi PM mana gol dulu dll....


Akhirnya adakan sekolah vokasional judi,politeknik judi,universiti judi sebab RAMAI KAKITANGAN PROFESSIONAL diperlukan untuk menguruskan pelbagai jenis perjudian ini....


KETAHUI LAH WAHAI KETUA KETUA --

JUDI DUIT dah hampir bankrapkan malaysia pada tahun 1997-1998...cuba tenguk resab BNM cuma RM33 bilion RINGGIT sahaja dihujung tahun 1997/awal 1998 kalau saya tidak silap.


JUDI CDO, CDO swaps,DEBT swap dll

udah CONFIRM menghilangkan kekayaan US,Europe, UK, Jepun, Mexico dll BARU TAK SAMPAI 2 tahun..tak kan dah tak tau,tak ingat dah!



KALAU JUDI TU BAGUIH tak mungkin allah suruh kita berniaga dan larang berjudi......

Ain' saya depa ni cakap saja islam.........!!!.



Abu Bakar Ab Rahman

Quantum Metal Consultant said...

Keputusan memberi lesen atau tidak memberi lesen dalam judi sukan ini dan atau dalam apa apa isu sekalipun tidaklah begitu penting sepenting pendekatan membuat keputusan.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri sudah mendapat jolokan Menteri Amaran dan kali ini kerajaan Najib mula mendapat persepsi umum sebagai Kerajaan Yang Belum Moktamad.

Banyak cadangan atau projek kerajaan diumumkan terlalu awal sedangkan kajian belum dibuat secara menyeluruh untuk mencapai satu keputusan. Pengguguran UPSR dan PMR bukanlah isu baru, sudah lama dalam perancangan dan sudah diumumkan sebelum ini dan baru baru ini diumumkan lagi dan itupun masih di peringkat cadangan dan penyelesaiannya pun masih diperingkat cadangan. Ertinya semuanya belum MOKTAMAD tetapi isu telah riuh sekampong.

Berbalik kepada isu judi sukan, Najib membiarkan isu ini terlalu lama dan masih belum membuat keputusan sedangkan sepatutnya keputusan telah dibuat dan sekarang masa untuk memberi penerangan.

Malangnya kekuatan untuk membuat keputusan sudah tidak ada pada Najib dan UMNO.
Malangnya kekuatan untuk membuat penerangan juga sudah tidak ada pada UMNO, Najib dan BN.

Hilang kekuatan inilah yang paling ditakuti kerana selepas ini, apa saja isu, UMNO akan bungkus.

Anonymous said...

Salam Dato',

Bagaikan bersuloh disiang hari,jelas dan nyata maksud dan hasrat Dato'tentang pertimbangan dan keputusan yg perlu diambil oleh PM Najib dalam hal pemberian lesen judi.Kesimpulannya,jika PM Najib memilih untuk memberi Lesen Judi ini maka ianya bererti beliau telah mengenepikan pandangan sebilangan besar rakyat,termasuk ahli-ahli UMNO sendiri.Keadaan akan menjadi lebih serius apabila isu judi ini di exploit dan dimanipulasikan habis-habisan oleh pihak lawan untuk membakar sentimen rakyat untuk membenci kerajaan UMNO/BN.Ditambah pula dengan pelbagai masalah dan kelemahan yg semakin ketara seperti kes rasuah dan kerugian/kehilangan wang dalam syarikat-syarikat GLC maka kedudukan UMNO/BN akan menjadi lebih kritikal.Keadaan ini mungkin akan menyebabkan kerajaan pimpinan UMNO/BN akan kecundang di dalam PRU 13 nanti dan PM Najib akan tercatat dalam sejarah sebagai PM terakhir dari UMNO/BN.

Kini segala-galanya terserahlah kepada PM Najib untuk membuat pilihan-keluarkan lesen judi dan kerajaan akan memperolehi beratus ribu juta ringgit wang tetapi akan menyebabkan UMNO/BN tersungkur dalam PRU nanti dan PM Najib terkeluar dari Puterajaya.

Askar Tua

Anonymous said...

assalamualaikum wbt...

1. Judi adalah HARAM.

2. majoriti melayu islam di malaysia hari ini MENOLAK pemberian lesen judi

3. NAZRI AZIZ setuju pemberian lesen judi atas dasar menghormati hak2 orang bukan islam

4. Mampukah kerajaan mengekang org islam dari tidak berjudi sekiranya lesen diberikan?

5. Lesen jual minuman alkohol diberikan atas dasar menghormati non-muslim. tapi hari ini berlambak MELAYU ISLAM KAKI MINUM...termasuk para pembesar negara!!!

6. ini hanya UJIAN KECIK buat ds najib...namun kalau beliau memilih tetap memberi lesen judi maka tamatlah sudah sokongan saya (sekurang2nya saya) kepada UMNO (dan kerajaan) atas dasar agama saya iaitu islam!!

7. dan saya akan MENENTANG beliau...

8. cubalah sekali2 kita akur kepada PERINTAH TUHAN. terang2 judi membawa lebih banyak musibah dari manfaat.

9. kalau tanya kepada BIJAK PANDAI agama lain pun, mereka katakan judi merosakkan...

10 janganla pulak kita tanya kepada BODOH BONGOK hanya kerana mereka beragama islam atau berstatus pembesar

kesimpulan: judi tetap HARAM, lesen judi juga HARAM....

-adli-

jebat said...

Salam Dato'

Bagaimana pun JUDI tetap HARAM !!

KAKI JUDI RELA MEMBIARKAN KELUARGA NYA DALAM KEPAYAHAN ASAL KAN DIA BERJUDI.

Yang malang nya JUDI BOLA didalangi orang kenamaan.

TARIK GELARAN ORANG KENAMAAN YANG TERLIBAT DENGAN JUDI HARAM !!

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato',

Saya sebenarnya lebih menyokong Lesen Judi Bola ni dikeluarkan dengan demikian perjudian ni lebih mudah dikawalselia oleh pihak berkuasa.

Memandangkan begitu banyak tentangan dari pelbagai pertubuhan,termasuk Pemuda UMNO sendiri, kerajaan patut batalkan saja pengeluaran lesen judi bola ni.Pada masa yang sama pihak berkuasa MESTI meningkatkan kemampuan membenteras perjudian bola ni jangan hanya menunggu lapuran daripada orang ramai semata-mata.

Dato',saya keliru sedikit apabila TG Nik Aziz kata, wang hasil cukai perjudian ni boleh digunakan untuk pembangunan.Tak dikira duit haram ke tu?

Salam hormat,

Lat Juno.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Kesian dan menyampah pun ada bila orang jumpa Dato' Michael Chong (Biro Pengaduan MCA) kata kena kejar dan ganggu oleh Along... Bila diselidik dan disiasat memang ada pinjam Along, tak kira suami, anak, saudara mara, atau jadi penjamin.... dan yang geramnya pinjam untuk berjudi......

Tak kira apa bangsa dan agama, saya tidak nampak apa kebaikan langsung pada judi ni....

umar said...

Dato,

Tunku Abdul Rahman mengekalkan lumba Kuda yang diwujudkan oleh penjajah.Dikota besar Penang, Ipoh , K.L dan Singapura ada lumba kuda setiap minggu bergilir-gilir.
Setelah merdeka, Tunku tidak hapuskan judi ini.
Tun Razak pula meluluskan pembinaan Casino di Genting.Judi nombor ekor pun dikekalkan.
Zaman itu jaranglah orang melayu tikam ekor.
Mahathir pula mengekalkan semua perjudian disebut diatas , hatta dia memberi kelulusan untuk meluaskannya daripada hanya pada hujung minggu kepada 4-5 kali dalam seminggu.Mahathir juga luluskan judi BToto dan BigSweep. Maka dibukalah cawangan kedai-kedai yang jual tiket judi ini diseluroh negara , hampir disetiap bandar dan pekan.
Mahathir juga meluluskan judi kereta ala Formula One.
Abdullah Badawi pula meluluskan perlumbaan boat ala Moonson Cup.

Jadi dari sukan ke judi pula perkembangan kita di arena ini.

Sekarang Najib pula luluskan lesen judi bola.Mengapa kita perlu judikan semua sukan atas nama kerajaan dapat cukai dan sebagainya.
Kalau begitu lesenkan sahaja pelacuran supaya dapat kutip lagi banyak cukai.Rakyat kita pun tak akan ke Batam, Tg.Balai, Golok, Phuket dan Philipine atau Vietnam.
Kalau kerajaan tidak dapat membendung kegiatan judi haram, jangan pula luluskan dengan ambil jalan mudah. Rosak masyarakat.
Sudahlah kita ada kilang arak, ternakan babi, casino, judi nombor dan loteri.
Amalkan lah gaya hidup sihat tanpa unsur -unsur yang haram tersebut.
Rakyat bukan Islam pun boleh hidup tanpa arak dan judi. Kalau pemimpin -pemimpin dahulu luluskan perkara yang haram, Najib tidak perlu ikut langkah yang sama. Apakah produktiviti negara akan bertambah dengan judi ini atau majukah sukan negara dengan judi ?

Yang akan jadi mangsa adalah orang melayu. Sebab melayu mudah terikut-ikut. Sekarang pun ramai melayu dah kerja di karaoke, pub , hotel,club sebagai pelayan.,penyanyi dan sebagainya.
Nanti rosaklah generasi akan datang.

Dr Munawir said...

Dato Kadir.

Masaalah juda tidak harus di jadikan issue di sini.Ia bukan sahaja menjadi social problem tapi kerajaan mengunakan judi untok menambah pendapatan kerajaan.

Setiap kali special draw yang kerajaan luluskan untok 3D,Magnum dan toto kerajaan mendapat pendapatan tambahan sabanyak 100 juta lebeh.

Siapa kan yang membelitiket 3D,Magnum dan ToTo mereka ini merupakan buroh kasar,pegawai rendah kerajaan ,maid indonesia dan philipine,che Gu.

KSU kementerian,Pak menteri,orang Kaya dan taukeh tidak membeli tiket juda.Mereka pergi ka Casino dan berjudi berjuta2 ringgit.

Kita maseh ingat saorang bekas ketua Menteri Sabah pernah rugi hampir 7 juta.baru2 ini saorang Melayu yang memeliki sabuah koleh swasta rugi Australian Dollar 7.5 juta di Perth.

Ini bermaana kebanyakan pembeli tiket judi ini merupakan orang susah dan buroh kasar.

Bagitu juga dengan judi bole,saya percaya mereka yang sama akan membeli tiketnya lebeh2 lagi Vincent mengunakan premises Spot ToTo untok menjual tiketnya.

Bagi Tan Sri,Tun dan Datok yang berjudi bola mereka akan mengunakan syendiket2.Ini oleh kerana bettingnya paling minima $100,000 ringgit.

Sebab itu Judi di haramkan oleh Islam.Saya pernah di cabar oleh saorang Tun bekas Polis yang mengatakan tidak ada Nas dalam uran yang melarang judi.Ini di sebabkan ia marah kapada saya kerana saya mempersoalkan kenapa ia menjadi Pengarah Genting.

Unknown said...

Salam Dato,

Dari pemerhatian saya, banyak ulasan-ulasan dan komen telah diluahkan dalam media masa tentang pro dan kontra penghalalan judi sukan. Apa yg aneh bagi saya ialah kebanyakan komen dalam media, samaada pro atau kontranya, adalah datang dari orang-orang melayu yang beragama Islam. Dan yang aneh laginya ialah bagi mereka-mereka ini yang pro kepada menghalalkan judi ini kesemuanya ada mengaitkan dengan kebebasan hak agama lain daripada Islam. Kononnya judi tidak "haram" bagi penganut-penganut agama lain. Nampaknya mereka ini pembela kebebasan hak agama lain. Tapi apa kata penganut-penganut agama bukan Islam itu sendiri?

Salam,

MNWZ

vinnan said...

'tapi mereka tidak boleh bermain wayang dengan hukum agama dan tentunya tidak semua orang bukan Islam mahu lebih banyak lesen dan kegiatan judi diwujudkan kononnya kerana menghormati hak dan kebebasan orang bukan Islam.'

Saudara secara am masyarakat Cina menganggap judi sebagai kegiatan yang tidak boleh di terima dari segi budaya atau agama. Bezanya dengan hukum Islam ialah untuk orang Cina kami anggap judi ini perkara peribadi kalau ia tidak menjejas tanggung jawab si penjudi itu terhadap keluarga dan masyarakat.

Pendek kata Rais Yatim bohong.

Anonymous said...

Mantan perdana menteri,Tun Dr.Mahathir berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

"Kalau saya jadi kerajaan,saya luluskan lah,"katanya ketika ditemui media selepas satu majlis dipejabat nya diPutraJaya hariini(23 jun)M/Kini.

Komen; Dah letih nak komen pasai lesen judi ni...

...mat ngantuk...

Tinta Hitam said...

Dato,
Selama 52 tahun UMNO berkuasa adakah pernahkah mereka membincangkan perkara halal dan haram secara serious? Setau saya bab ugama tiada langsung sebarang usaha UMNO untuk menitik beratkan penghayatannya .Yang ada hanyalah kenyataan kenyataan kosong pimpinan UMNO yg menyentuh serba sedikit pasal Islam.

Jadi tak pelik kalau UMNO menganggap judi itu perlu sebab orang bukan Islam nak berjudi.Judi itu perlu sebab judi menambahkan pendapatan negara,judi itu perlu sebab ianya menambahkan peluang pekerjaan.Judi itu perlu sebab ianya akan mengelakkan aliran keluar wang negara kenegara jiran Inilah hujah hujah UMNO samda ianya disampaikan secara langsung atau pun tidak.

Halal dan haram tidak pernah menjadi pertimbangan UMNO dan penyokong penyokongnya.Ini yg saya perhatikan on the ground.Berapa ramai org org UMNO yg protes?Kalau protes pun bukan sebab halal haram sangat tetapi sebenarnya cuba menunggang isu ini utk meraih populariti.Org UMNO yang menegur tidaklah lebih baik dari org yg Ditegur.Maknanya disini Khairy Jamaluddin tidaklah lebih baik dari DS Najib.

It is an open secreet that syarikat syarikat judi kat Malaysi a ni adalah frontline company UMNO.UMNO hidup dgn duit judi dan byk lagi dari sumber yg haram walaupun ianya hala disisi udg2 Malaysia.Jadi bagaimana mereka nak melepaskan diri dari sumber sumber ini.

Tambah lagi byk mungkin.UMNO tidak mungkin secara serious memerangi periuk nasinya sendiri..

Orgkpgdoha said...

Salam DAKJ...

Saya amat setuju kalau PM Najib kita beri lesen judi..hasil negara pun bolehbertambah, lagi baik Kerjaaan BN harus mengeluarkan lesen kedai arak,,hidup kembali kedai TODI atau TUAK seperti zaman 70an..Sekurang2nya anak2 dan cucu-cucu dapat melihat kebaikan dan keburukan orang yang minum TODI, ditepi jalan saja mereka yg mabuk TODI tidur dan yang kalah judi jalan pakai seluar dalam ...Mari mari kita kembali kezaman purba dan hidupkan kembali lesen 3DIGIT.

selamat berjuang UMNO & BN

zainal abidin awang kechik said...

ada orang dapat bahagian tok...
salam

Anonymous said...

Salam DAKJ dan para komentar.

Menurut kepada perkembangan terbaru berkenaan lesen judi, DS Najib telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut -


Saturday June 26, 2010
PM: Govt not issuing sports betting licence to Ascot
The government will not be issuing a sports betting licence to Ascot Sports Sdn Bhd, Datuk Seri Najib Tun Razak announced on Friday night. The Prime Minister said although the government had in principal approved the licence, it decided not to proceed with it after taking into consideration the feedback from all layers of society.

Jadi, mengikut "statement" di atas oleh beliau, maka ini adalah "final decision" oleh kerajaan Malaysia dan tiada lesen judi akan dikeluarkan.

Alhamdulillah.

Sekian.

1280-K Taman Malik

Anonymous said...

abe Mie 'terjah',

mana rujukannya yang kata Nik Aziz cakap begitu?

Kalau Nik Aziz betul kata begitu, saya pasti MSM sudah menyiarkannya. Harap dapat kongsi maklumat sumber jika betul ada.

Yang pasti, dalam blog abe mie susah nak dapat rujukan silang....

Agaknya apa nasihat/komen ahli-ahli UMNO baru tu tentang hal judi ni ye...

Pak Belalang,

Jika saudara kekal dengan pendapat dalam isu judi ini, harap dapat beri jawapan kepada soalan saya ini;

"Apa jaminan, atau peratus berjaya, judi haram yang dijangka dapat diminimakan melalui perlesenan judi?"

Jika Pak Belalang menegaskan komen terdahulu, suka saya tegaskan komen saya terdahulu.

Singapura menghalalkan pelacuran di tempat tertentu malah pekerja seks itu mendapat perlindungan insuran kesihatan dan membayar cukai. Malah mereka juga ada diwakili oleh NGO. Ini untuk mengawal pelacuran selain meningkatkan pendapatan kerajaan.

Kini Singapura juga akan membuka pusat judi terbesar yang diharapkan dapat menyaingi Taiwan (dan Genting?) sebagai syurga judi di sebelah timur.

Adakah ini model pentadbiran sosial yang mahu kita contohi? Jika bukan cubaan mencontohi, apa pula istilahnya. Sayang sekali komen saya dahulu, Pak Belalang tak ulas.

Mungkin kali ini Pak Belalang nak ulas.

Fed Up

Abdullah Ngah said...

Manusia dinyatakan oleh Allah sebagai bodoh dan jahil. dinyatakan lagi, manusia sangat jahat dan sangat engkar dengan perintah pencipta.

Ada yang tidak setuju dengan label itu, pada hal itu realistik dan sainstifik.

Tetapi kebanyakan manusia tidak boleh menerima akan hakikat itu.

Tindakan itu adalah suatu tindakan mereka yang bodoh dan jahil dan mereka yang sangat jahat dan sangat engkar dengan perintah Allah.

Perkataan judi halal (dilesenkan oleh kerajaan yang memerintah) inilah yang membuat rakyat yang mengaku beragama Islam minat berjudi.

Bodoh, jahil, jahat dan engkar inilah Judi dilesenkan dan tidak salah disisi undang undang negara, tetap salah disisi agama islam.

Bagi mereka yang beriman dan bertakwa sahaja yang mengatakan judi itu haram, manakala yang bodoh, jahil jahat dan engkar tidak pernah merasa judi itu haram sebaliknya setuju judi itu halal, kerana telah dilesenkan.

mad said...

siapakah yang bermain wayang sebenarnya datuk. kalau najib betul-betul ikhlas mengapa lesen judi diberikan kepada syarikat seorang individu tertentu sahaja, mengapa tidak dibuat tender terbuka.

walau bagaimanapun judi tetap HARAM. sungguh memalukan orang melayu sendiri yang membuat keputusan ini, saya yakin atas perundingan sulit beberapa individu tertentu. sekarang nyata siapa yang menjadi kuda tunggangan siapa.

saya tidak hampa malah ceria sebab isu ini adalah satu langkah lagi buat parti purba menuju lubang kubur.

affendi hussain said...

Salam semua..

MATLAMAT (mengambil hati/'menjilat punggung' bukan Islam & tambah hasil kerajaan)

TIDAK..

MENGHALALKAN.. (hukum halal dlm Islam bukan jurisdiktif lesen oleh pemerintah... mahu berlagak Tuhan?)

CARA.. (melesenkan judi!)

Dalil2 sebut pasal judi dlm Al-Quran?

1) Al-Baqarah,2: ayat 219
2) Al-Maidah,5 : ayat 90 & 91
3) Al-Isra',17 : ayat 64
4) An-Najm,53: ayat 61

Kalau yang menafikan ada hukum dlm Al-Quran berkenaan judi, sama ada dia itu seorang kafir, munafik atau jahilliyah (tak pernah tahu pun apa itu Al-Quran)..

Modus operandi judi :- mengumpulkan sekumpulan manusia yang bodoh dan mengambil hasil daripada para bodohan bernasib malang untuk di berikan sebahagian kepada si bodoh yang bernasib baik dan selebihnya masuk poket tauke judi..

Kan jelas keburukannya LEBIH dari manfaatnya..lebih ramai si bodoh yg bernasib malang dari si bodoh bernasib baik..

Kesudahanya takkan berakhir disitu kerana sibodoh yg malang bakal melakukan perkara2 yg jauh lebih bodoh dan menyusahkan org lain kerana tidak dapat menerima hakikat nasib malangnya ..impaknya berganda ibarat tindakbalas berantai..
(menjadi bodoh itu sendiri dari awal suatu perkara yang malang!)

Bagaimana dgn yg menyokong kebodohan? tepuk dada, ketuk kepala, tanya ilmu..tanya iman..

Wallahualam

("/)

Dr Munawir said...

Dato Kadir.

Siapa kah yang menentang dengab kuat akan judi bola ini.MCA,MIC Gerakan sokong.Menteri UMNO Rais Yatim sokong,Rafidah sokong dan Tun Mahathir sokong.

UMNO johoro bantah tapi UMNO negeri lain senyap.Di Serawak hanya saorang wakil raayat BN bantah yang lainnya sokong.

Soalnya apa akan jadi dengan Berjaya yang telah membeli 70% saham Ascot dengan harga 500 juta.Apa akan jadi pula dengan saham Berjaya.

Ini satu keputusan yang berani dari Najib.Dengar khabar first Lady amat marah sekali dengan keputusan ini.Saya tidak tahu kenapa.
Vincent Tan juga yang meloby kuat dengan ahli politik telah habis banyak wang.

Bravo Ulama PAS dan Pakatan

Abdul Muiz said...

Salam Dato KJ,


PM tidak mahu mengeluarkan lesen judi kerana setelah mendapatkan pandangan majoriti rakyat disampin melihat kepada kesan agama.

Nmapaknya PM tidak mahu memberikan lesen Judi kepada tauke judi kerana dibantah oleh majoriti umat Islam di Malaysia bukan kerana perintah Allah.

nampak sangat PM tidak melihat dari segi agama.

Tahniah kerana kita mempunyai PM yang tidak mahu bagi lesen judi kernaa dibantah oleh rakyat bukan kerana larangan Allah.

Anonymous said...

Salam Dato',

Jika benarlah spt apa yg dilaporkan Utusan tu maka kita semua patut berasa lega, sekurang2 tidak jadi dibuka pintu jalan ke neraka dunia dan neraka akhirat tu. Dalam bab judi ni, yang pasti untung adalah taukenya dan yang biasanya akan rugi dan jadi miskin melarat adalah sipenagihnya @ kaki judi. Itulah sebabnya akan sentiasa ada usahawan judi yang sanggup ambil risiko kerana pulangannya lumayan sama seperti bisnes edar dadah. Sama ada diberikan lesen atau tidak tetap akan ada usahawan tak berlesen ni.

Saya membesar ditengah-tengah masyarakat yang tidak jijik dengan judi walaupun sekali-sekala memandang serong kepada kaki judi. Ditempat saya dibesarkan, kaki judi hanya dipandang hina jika dia mula abaikan tanggungjawab rumahtangga atau mula menipu/mencuri untuk melayan ketagihan judinya. Kaki judi akan diterima dengan hati senang kalau dia belanja minum atau makan setelah menang berjudi. Saya hanya tahu judi tu haram apabila belajar disekolah agama. Nasib baiklah saya bersekolah dulu...Maka saya seru cikgu-cikgu, tolonglah jangan jemu memberitahu anak-anak murid anda bahawa judi tu amalan haram yg tidak akan membawa kejayaan. Percayalah bahawa kata-kata anda tu akan menjadi pegangan berguna kepada sebahagian murid anda.

Judi, sama ada berlesen atau tidak, amat subur dinegara yang ramai rakyat miskin terutama bila wujud semacam satu sistem kasta spt di India atau Indonesia. Orang kasta rendah hampir mustahil naik jadi kasta atas. Kita biasa tengok Mat-Mat Indonesia berkerumun dikaunter 4D atau Toto dan terselit dalam kelompok tu kadang-kadang orang Melayu dan kadang-kadang yg berketayap putih juga. Begitu kuatnya penangan nombor ekor.

Saya tak pernah membeli nombor ekor tapi secara tak sedar pernah berjudi juga. Itu terjadi bila saya berjinak-jinak dengan jual-beli saham BSKL. Bila kita sudah lupa diri, perasaan tamak mula menguasai diri. Semua teori perniagaan saham, graf moving-average, candle stick chart, stochastic tolak tepi; yg kita ikut kepala yg sedang kembang meremang. Kita tidak lagi melabur di BSKL tapi jadinga "bermain" jual-beli saham. Kemuncaknya ialah "main contra", setakat transaksi RM100k sepagi tu perkara biasa aje. Hampir-hampir terjebak dengan "short selling". Walhasil, mula dengan wang titik peluh sendiri RM100k pada 1995, jadi berhutang overdraft RM50k pada tahun 1978. Nasib baik saya belum sempat hilang akal jadikan geran rumah yang di KL tu sebagai cagaran, jadi masih adalah hasil sewa rumah yang saya nikmati setiap bulan pada hari ini. Kawan saya, dari berjawatan tinggi jatuhnya jadi muflis kerana "main" saham BSKL. Allah telah menyelamatkan saya dari kebinasaan judi, tak tahulah doa yang mana atau doa siapa.

Melabur saham tu ok tapi kenalah berdisiplin. Bab disiplin tu lah yg paling sukar.

Pak Hj JB

pakbelalang said...

At last Najib retracts his decision. Case close and lets move forward on other issues of national interest rather than continue indulging further on this issue.

"Rakyat didahulukan" has substance!! Cheers !!!

Anonymous said...

Salam Dato',

Manusia tetap akan berjudi meskipun di tempat mereka tidak ada kedai judi - mereka pergi ke negeri jiran.

Dalam perspektif yang sama, manusia tetap minum arak meskipun di negeri mereka tidak ada setitik arak - mereka sanggup membeli di negeri jiran, seludup, dsbnya.

Manusia akan tetap berjudi meskipun di negara mereka tidak ada perkhidmatan perjudian - mereka akan melancong dalam erti kata 'sambil menyelam minum air' ke negara jiran.

Kalau judi konvensional tutup, bukanlah bermakna ia penamat bagi aktiviti perjudian kerana judi kontemporari sudah mula mendapat tempat di hati peminat judi.

Ingatlah bahawa laman sendiri boleh dibersihkan dari kegiatan tidak sihat, tetapi kalau laman jiran masih dipenuhi dengan kegiatan berkenaan, lambat laun, laman sendiri tetap terpalit dengan kekotoran.

Justeru, sudah sampai masanya isu judi, arak, dadah dan pelacuran dilihat dalam lingkaran yang lebih luas kerana ia tidak lagi bersifat setempat sebaliknya bersifat sejagat.

Harapan yang tinggal untuk isu ini diselasaikan secara menyeluruh ialah dengan semua pihak/parti mempamirkan kejujuran, membuka topeng hipokrasi, jangan ada udang di sebalik batu, dan jangan dipolemikkan kerana mengejar sesuatu.

ATAS PAGAR

ORANGUTAN PENANG said...

'He was a degenerate gambler. That is, a man who gambled simply to gamble and must lose. As a hero who goes to war must die. Show me a gambler and I'll show you a loser, show me a hero and I'll show you a corpse.'- MARIO PUZO

tk

Anonymous said...

What did we learn from this episode?

1) Najib Razak and Dr Mahathir Mohamad have loss their influence.

2) Only Umno's decision matters and those from the components parties are irrelevant.

3) Umno don't respect and care about the view of their other BN components, otherwise why acted without convening a meeting with other BN components leaders before announcing the decision.

4) Najib and BN lied. His announcement confirmed that the government did issue the licence. Otherwise why do they need to revoke it if they did not issue it in the first place.

5) There are leaders in BN who are willing to do anything the boss asked them to do so that they can keep their jobs.

6) The real power is with the people. BN and the Perak sultan ignored people power in the Perak fiasco. BN ignored people power when they issued the sport gaming licence. But in the end, it is the people who influence all to change their mind.

MRAC

Anonymous said...

It is a win-win situation for everybody. Najib has a face-saving excuse to retract the licence he promised to Ascot. The Ah Longs and underground gambling Datuk kings maintain their client base and make millions. Somebody claims compensation from the gomen for the retracted licence. UMNO's Islamic facade is maintained. Chua Soi Lek and Samy Vellu are left looking like fools, which is good for Pakatan. So everybody wins in the end.

mairamas

Anonymous said...

Next Mahathir will jump up and down screaming that UMNO is relenting to the demand of the Chinese.

lpois

Anonymous said...

Samy bin Veloo tried to do the "right" thing by supporting Najib, but ended up looking the perfect idiot that he is! Within 24 hours of getting SV's support, Najib brushed him aside and listened to the AMNO

sarygama

Anonymous said...

Muktamad:tiada lesen judi bola diberikan-tiada lesen judi. Memang haram pada orang Islam dan tidak baik pada orang bukan Islam, walaupun lesen judi untuk orang bukan islam,sebab untuk orang Islam dah memang haram, so buat apa nak persoalkan dan bercakap benda-benda yang dah jelas...duh!!
Akhirnya Najib bertindak bijak jugak.So ball in pembangkang court now.Bila pulak nak hapuskan judi kat negeri diorang, takkan officailly nak haramkan judi bola je! Until now, banyak yang pembangkang janji tak tertunai lagi, main wayang jangan sampai kena main pulak..
I'm not fond of any sort of gambling and really hoping that any of the kerajaan pembangkang stop the existing legal gambling.,,than that will be the real blow, not just blowing the trumpet...
BILLY

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DATUK AKJ
IZINKAN,
....
Ketiga, sebagai seorang Islam dan Presiden Umno, Mohd Najib tidak boleh bertindak sesuka hati. Di sisi Islam, judi sama ada dilesenkan atau dijalankan secara haram adalah HARAM.

Makanya kami menyeru kepada semua para pemimpin Melayu/Islam WAJIB berjihad menghapuskan sama sekali segala bentuk JUDI BERLESEN yang masih AKTIF dan termasuklah pusat2 hiburan yang menawarkan khidmat 'GRO' dan ARAK

Juga wajib diharamkan penternakan KINZIR, pembawa penyakit JE yang membahayakan kesihatan dan juga nyawa pengidap nya agar Tanah Melayu ini bersih dari segala LARANGAN AGAMA.

BARU LAH BANGSA MELAYU/ISLAM BOLEH BERMEGAH MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM DAN BARU LAH BOLEH KITA MEMAHAMI KELUHAN PENDEKAR MUSTARJO...INI BETUL-BETUL BUKAN COBAAN...TERKEDU!

ALFATIHAH, AMIN.

Anonymous said...

DAKJ, Salaam.

There is nothing to be applauded. It shows that Najib is no less flip-flip, disguised as Belum Muktamat,like our former sleeping PM. He as Finance Minister must have ok-ed the licence. Kalau tidak macam mana kaki ampu macam Aweng Adek umumkan lesen itu dan macam mana Vincent Tan jual 70 per cent Ascot Sports kepada Berjaya for a cool Rm525 million.

Everybody lied here and used pandangan rakyat konon to cover their exposes arses. So much for being investor friendly and transparent. This is the result of thinking using kepala lulut and not the brain. Next time discuss first with the rakyat before making important decision like gambling behind close doors and at the plea of tycoons like Vincent Tan.

Now VT can sue the government if he dares because his reputation had been damaged in the eyes of investors.

So what now the kaki ampu ministers, including the intelek Rais Yatim, who supported the licence? Mana mau taruk muka. Can they now trust the PM and his actions?

Ex-Banker

saji said...

Sdr samurai melayu

"Ketiga, sebagai seorang Islam dan Presiden Umno, Mohd Najib tidak boleh bertindak sesuka hati. Di sisi Islam, judi sama ada dilesenkan atau dijalankan secara haram adalah HARAM.

Makanya kami menyeru kepada semua para pemimpin Melayu/Islam WAJIB berjihad menghapuskan sama sekali segala bentuk JUDI BERLESEN yang masih AKTIF dan termasuklah pusat2 hiburan yang menawarkan khidmat 'GRO' dan ARAK

Juga wajib diharamkan penternakan KINZIR, pembawa penyakit JE yang membahayakan kesihatan dan juga nyawa pengidap nya agar Tanah Melayu ini bersih dari segala LARANGAN AGAMA."

Komen:

Itu yang sdr samurai melayu dan ulamak UMNO, PAS, PKR dan tak berparti Melayu nampak.

Bagaimana dengan sistem2 kontrak pembinaan konvensional yang digunakan oleh agensi2 pelaksana projek kerjaan yang meliputi kontrak Lump Sum, Bills of Quantities,Turnkey dan Design and Build iaitu bentuk2 kontrak jenis Price-in-advance atau maksud Islamnya al Istisnaa'/Tempahan yang berulang kali saya tulis dalam media perdana dan pembangkang dan blog ini, khasnya yang penggunaannya tidak diharuskan menurut ijtihad imam Maliki, Hanbali dan imam kita Shafiee' atas alasan ia bukan kontrak tetapi tanggungjawab melunaskan amanah dan kesukaran mencapai sasaran kualiti, kos dan tempoh siap projek; sementara kajian saya mengatakan bahawa ia merupakan jenis sistem kontrak pembinaan yang sesuai dan berkesan dilaksanakan dinegara2 yang rekod indeks persepsi rasuahnya rendah dan alat bagi golongan kapitalis yang mempunyai kepentingan dalam pelaksanaan projek kerajaan untuk melakukan perbuatan tidak bermoral seperti rasuah, kronisme dan ali-baba kontrak, demi mengkayakan diri dan kumpulannya!!!!!!!!!!!!

saji said...

Sdr Ex-banker

"Now VT can sue the government if he dares because his reputation had been damaged in the eyes of investors."

Komen:

Percaya atau tidak, VT bukan sahaja tidak akan mendakwa kerajaan UMNO/BN, malah akan diberikan peluang perniagaan lain yang lebih lumayan daripada peniagaan judi.

Itulah kehebatan koporat Cina seperti VT- mereka bukan sahaja akan pastikan dapat semula apa yang mereka telah laburkan dalam mendapatkan peluang perniagaan, malah akan pastikan peluangannya lumayan. Meraka umpama durian dalam bakul timun!.

Anonymous said...

Datuk,

Sekarang kita perlu mempergiatkan gerakan untuk membatalkan lesen arak, lesen kedai nombor ekor, lesen rumah urut, lesen kelab-kelab hiburan dan lain-lain lesen lagi.

Peluang kita cerah Datuk, sebab nampak gayanya SecGen DAP, Lim Guan Eng pun sudah mulai sedar tentang kemudharatan perkara-perkara ini dan beliau pun sudah bersuara untuk menyokong kita.



-sinbad-

hamdan said...

Salam.

pada saya senang.

1. saya sokong diberi lesen..utk kawalan bukannya mneghalalkannya.
2. Hipokrit mengatakan judi bola tak boleh...judi no boleh.
3. Kalau kerajaan pusat beri lesen...kerjaan negeri boleh tolak dgn tak bagi buka perniagaan di premis di kawasan majlais daerah atau perbandaran...tapi ramai yg bagi hatta negeri pakatan rakyat pun.
4. dan yg sebut zaman Tun Mahathir bagi lesen dan tambah lesen...tak nak tanya siapa menteri kewangan yg bagi lesen...Anwar kat mana?. Buka nala karupan tu BOD magnum yg kata anwar luluskan lesen kpd beliau?

4. Memberi lesen tidak menghalakan bend atersebut cuma sebagai kerajaan untuk kawalan.

5. kalau betul2 bukan budaya cina...apa kata BN dan PR buat undi dari komponen mereka tanyanak batal atau tidak lesen yg sedia ada bagi semua jenis judi..amacam?

6. Arak dan judi ada beza ke?

borhan said...

Ada ke judi yang halal? Saya fikir perkataan halal dan haram dalam hal-hal berkaitan dengan judi dan seumpamanya itu patut diganti dengan perkataan 'legal dan illegal'.Perkataan ini lebih tepat dan lebih sesuai untuk aktibiti berkenaan.

Anonymous said...

Saya rasa amat bangga sekali Perdana Menteri kita yang ini nampaknya mendahulukan perasaan dan pandangan rakyat dari perintah Allah sebelum membuat keputusan tentang judi sukan tu. Macam tulah pemimpin sejati! Apa nak takut, Allah bukannya pengundi... Betul?

Ini tak patut berbangkit langsung. Hukum haram itu ditetapkan Allah SWT. Kalau perlu rundingan, rujuklah kepada Allah terus, itu hakNya. Bukannya dengan manusia, terutamanya yang berkepentingan yang tentu sentiasa bersedia mengHALALkan cara..


Ameen

Anonymous said...

DAKJ and Saji, Salaam.

When I was in the bank, although my bank was a GLC bank, VT was a major client and a big borrowers. We all know that VT is a risktaker and his businesses are highly leveraged -- berhutang. I was responsible for Berjaya Group account at a majoe branch in KL. You may hate VT for the huge largesse he received from the government, but you have to acknowledge that his PR is first class. He or his people always remembered the birthdays of snr managers and celebrtations like hari raya and Chinese New Year. If he did this for bank managers, imagine what he did for ministers and their wivesw and snr civil servant.

So I agree with Saji that VT will not sue Najib but will ask for other licenses and project worth more than Rm500 million. The government privatised Sports Toto to him, gave him telco licences which he sold to Telenor and China. He is the Chinese version of Alibaba. Only Sports Toto licence is not sold because that is his cash cow.

But like DAKJ always say, VT is not the only Chinese and INdian businessmen to receive largesse from the government. All of the top 40 towkeys received billion dollar lisences and contracts from the government.

Ex-Banker

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Dato’

Sekali lagi ingin saya menarik perhatian para Muslim, ayat 59 Surah An-Nisa’ mengenai Ulil Amri.

4:59 Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An-Nisa ayat 59)

Sebagaimana kupasan saya sebelum ini, Ulil Amri WAJIB TAAT kepada Allah swt dan Rasulullah saw.

Perhatikan sifat Ulil Amri jika berlaku berlainan pendapat: “Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian”.

PERHATIKAN, berlainan pendapat bukan dalam hal-hal yang amat jelas HALAL, HARAM nya, bukan dalam hal-hal yang amat jelas SuruhanNya dan LaranganNya, tetapi dalam perkara yang memerlukan kekuatan akal dan berijtihad.

Bagi orang-orang yang beriman, mereka menuruti taat dan patuh kepada Suruhan dan Larangan Allah dan RasulNya, TANPA APA-APA SOAL dengan berkata,

""Kami dengar dan kami taat"".

2:285 "Rasul telah beriman kepada Al Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): ""Kami tidak membeda-bedakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul rasul-Nya"", dan mereka mengatakan: ""Kami dengar dan kami taat"". (Mereka berdoa): ""Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali""." (Al-Baqarah 285)

Dalam komentar yang lepas, saya telah menyatakan 3 ayat Al-Quran mengenai KEBURUKAN JUDI, LArangan Allah swt ke atas Judi.

2:219 "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan JUDI. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya"". (Al-Baqarah Ayat 219).

5:90 Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, BERJUDI, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Al-Maidah Ayat 90).

5:91 “Sesungguhnya setan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan BERJUDI itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)." (Al-Maidah Ayat 91).

Bagi mereka yang beriman dan berakal, jawapan emreka hanyalah

""Kami dengar dan kami taat"".

Menyusuri ayat-ayat larangan berjudi adalah ayat 100 Al-Maidah,

5:100 "Katakanlah: ""Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang BERAKAL , agar kamu mendapat keberuntungan."""

MAKA, bagi mereka yang berfikir menggunakan kekuatan logik akal semata-mata TANPA berlandaskan rujukan Al-Quran dan Al-Hadis, mereka sebenarnya orang-orang yang tidak berakal, melampaui batas bila menafikan hujah dari Al-Quran.

14:52 (Al Qur'an) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang BERAKAL mengambil pelajaran.(52:Ibrahim)

Hadis sahih Nabi saw, “Segala amalan itu bergantung kepada niat”.

Apa niat Najib batal lesen judi? Kerana UMNO? Kerana Allah swt?

saji said...

Sdr Hamdan

4. Memberi lesen tidak menghalalkan benda tersebut cuma sebagai kerajaan untuk kawalan.

Komen:

Betul kata sdr memberi lesen untuk tujuan kawalan. Tetapi dan masalahnya negara kita yang persepsi indeks rasuahnya agak tinggi itu mempunyai masalah kawalan di kalangan pihak2 berwajib yang umumnya ada kaitan dengan amalan rasuah.

Anonymous said...

Wow! Mana yang asalnya setuju judi sukan dilesenkan pakat ramai-ramai buat korner lipat (lebih tajam dari korner baring)..

Agaknya kalau yang tak suka judi "halal" pakat diam, tak salah kalau saya telah yang lesen judi sukan sudahpun dikeluarkan.

Nah! Bukankah bagus begini bila suara rakyat menjadi lantang...Kesimpulannya, hapuskanlah faktor "yes man" tu.

Fed Up

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum,

Alhamdulillah isu judi sudah berakhir dengan baik. Dalam hal berkaitan dengan ugama Islam tidak manis menggunakan istillah main wayang kerana ianya suatu perkara yang boleh atau tidak bolih dilakukan.Tahniah blog Dato' telah digunakan sepenohnya mengingati pemimpin mengenai rasa gelisah rakyat berkaitan dengan cadangan untuk mengeluarkan lesen judi. Adalah tanggungjab seseorang Islam untuk ingat mengingati dengan kesabaran.Kepada pembahas yang menyokong pengeluaran lesen judi adakah tidak terfikir mereka ancaman Allah bahawa nerakalah yang layak bagi daging yang tumbuh dari sumber yang haram.Saya berdoa semoga pemimpin negara dan ugama kita pada masa hadapan akan terus menasihati Kerajaan apa yang tidak patut dilakukan Kerajaan berkaitan hukum ugama dan tidak berdiam diri sahaja melihat isu ini diperbahaskan.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

Anonymous said...

Dato',
Alasan memberi lesen untuk mengawal adalah alasan paling bodoh saya dengar, sekiranya alasan sedemikian digunakan, pada masa hadapan kerajaan akan mengawal pelacuran dan pengedaran dadah dengan memberikan lesen kepada pengusaha pelacuran dan pengedar dadah, lojik? Seperti kerajaan Australia dan Jerman yang membenarkan pelacuran dengan memberikan lesen kepada pengusaha 'bisnes' terbabit.. alamatnya hancurlah institusi kekeluargaan dalam negara ini, Judi merupakan virus kepada masyarakat kerana ia juga ibarat candu kerana sesiapa yang terjebak akan mengalami ketagihan dan akan meruntuhkan keluarga.
Judi walau apa bentuk pun wajar diharamkan di Malaysia samada nombor atau judi sukan.
Tengoklah "keputusan" mengejutkan di Piala Dunia, tersingkir Itali , Perancis di pusingan pertama, England dipusingan kedua bukan kerana masalah taktikal, tetapi telah dibeli oleh bookie judi keputusan tersebut untuk mengelakkan mereka rugi, beberapa keputusan UPSET akan terus berlaku bila bookie judi membeli perlawanan ..hilang lah seri sukan bilamana ini berlaku.

Anak Parit/Bota

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DATUK AKJ
Izinkan,
saji said...12:45 PM
Itu yang sdr samurai melayu dan ulamak UMNO, PAS, PKR dan tak berparti Melayu nampak.
...sementara kajian saya mengatakan bahawa ia merupakan jenis sistem kontrak pembinaan yang sesuai dan berkesan dilaksanakan dinegara2 yang rekod indeks persepsi rasuahnya rendah dan alat bagi golongan kapitalis yang mempunyai kepentingan dalam pelaksanaan projek kerajaan untuk melakukan perbuatan tidak bermoral seperti rasuah, kronisme dan ali-baba kontrak, demi mengkayakan diri dan kumpulannya!!!!!!!!!!!!

SEMEMANGNYA MASIH BANYAK PERKARA YANG TERSIRAT DALAM KAJIAN SDR. SAJI...DAN KAMI PERCAYA TIDAK CUKUP RUANG DALAM 'THE SCRIBE' HENDAK DISURATKAN DENGAN PANJANG LEBAR.

HANYA YANG MAMPU KAMI LUAHKAN DARI OTAK DAN HATI KAMI,

SIKAP RIAK DAN BONGKAK, TAMAK DAN HALOBA ADALAH ANTARA SIFAT SYAITAN DEMI MEMENTINGKAN KEKAYAAN NAFSU SEORANG 'MANUSIA'.

SIKAP IKHLAS DAN SUCI, JUJUR DAN BENAR ADANYA SIFAT RASULULLAH DEMI MEMENTINGKAN KEKAYAAN IMAN SEORANG 'INSAN'

YANG TERSURAT ITU PENGETAHUAN
YANG TERSIRAT ITU ILMU

YANG BARU AKAN MUSNAH
YANG ASAL AKAN KEKAL

YANG DILUAR AKAN TURUN KEDALAM
YANG DIDALAM AKAN NAIK KELUAR

Wallahu'alam.

Terima kasih atas komentar Sdr.Saji

Demi K.A.M.I. ( Kita Anak Muslim Insaf )
ALFATIHAH, AMIN.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DATUK AKJ
Izinkan,
Anonymous said...
Next Mahathir will jump up and down screaming that UMNO is relenting to the demand of the Chinese.

lpois

...NOW LOOK WHO IS POISED TO JUMP UP AND DOWN SCREAMING...

SAY YOU, SAY ME...???

SEPERTI BIASA KAMI AKHIRI DENGAN MEMOHON DOA RESTU KEPADA TUAN 'RUMAH' DAN PENGUNJUNG YANG DI KASIHI DAN DISAYANGI..

ALFATIHAH, AMIN.

umar said...

Kepada Hamdan,
Magnum sudahpun ada di Malaysia sebelum Anwar Ibrahim jadi menteri. Magnum sudah ada sejak zaman Tengku Razaligh iaitu era Tun Razak. Anwar cuma mewarisi kementerian kewangan dari Daim.
Nalla Karupan pun dilantik sebagai pengarah oleh Kamunting Corporation yang memiliki majoriti saham diMagnum Corp. Kamunting mengutip toll di Jalan Kuching. Asalnya Nalla adalah proxy Samy di Kamunting Corp.Dia mengkianati Samy dan keluar dari MIC. Selepas itu masuk PKR dan kini buka parti politik India yang baru pula.

hamdan said...

Salam.

Menarik ato atas respon komen saya.

1. Tidak pernah saya katakan berjudi itu halal. Konsep halal atau haram nie kita tengok dari segi hukum ke dari segi undang2.?

2. kalau dari segi hukum islam apa sekali pun tetap haram. Setuju kata Tun M, orang islam berjudi tetap haram..maka tangkap saja.

3. Judi..arak..hatta riba...tanyalah agama mana sekali pun semuanya merupakan satu keburukan yg tak dibenarkan. tetapi kenapa kita membenarkan riba, arak dan judi dilesenkan. tidak sekali2 untuk menghalalkan tetapi tabiat itulah yg telah berakar umbi maka kena dikawal.

4. mcm along....sama jea dgn bank tetapi kenapa bank dibenarkan dan kenapa along tak dibenarkan?. sebabnya tentang kawalan.

5. saya bersetuju kalau nak hapus..hapuskan semua judi ..100% saya sokong tetapi kenapa judi lain dibenarkan (dilesenkan)?. sprt saya kata jenis judi bola, nombor adalah hanya beza pada nama tetapi tetap judi...salah!

6. itulah cadangan saya....setiap parti politik minta endorse dgn ahli masing2 untuk tutup judi....bagaimana? tetapi kenapa ketua pemuda Pas membantah pula usul untuk mengharamkan (tidak diberi lesen) judi nombor?.

7. Pelacuran..again saya kata..adakah ianya berakar umbi?. tidak kerana memang sejak dulu kita tidak mengendorse lesen seperti mana kita memberikan layanan kepada judi.

8. betul..sebelum zaman anwar pun dah ada lesen judi tetapi lihat sahaja zaman sapa yg memberi tambah kelulusan judi/..sprt saya kata tanya sama datuk nalakarupan atau pun siapa yg bawa judi ke sabah sprt dakwaan MP che keong.


9. Kpd saudara Umar...agak panjang cerita tentang nalla tetapi tidak disebut nalla dah kenal anwar 30 tahun dan rakan main tenis beliau.

10. begitu juga nik aziz yg turut meluluskan lesen judi di kelantan.

jadi..sprt saya katakan ..kita tak objektif...terpengaruh dgn orang politik daripada objektif perbuatan kita. kita banyak fikir tentang kesan politik dari keperluan sesuatu yg wajib dilakukan...tak gitu datuk?

Anonymous said...

Salam Datuk,

Memandangkan sudah sah lesen judi ini dibatalkan, maka Vincent Tan pasti tersenyum lebar menanti kan 'ganti rugi' beliau daripada kerajaan.

Diharap pembahas yg bijaksana disini tidak terkejut andai masa terdekat ini kerajaan terpaksa menghapuskan/mengurangkan subsidi bagi beberapa barangan keperluan.. jumlah yg perlu dibayar kepada VT bukannya sedikit..

Jimizul

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DATUK AKJ,
Izinkan,

Anak Parit/Bota said, 5:19 PM

Alasan memberi lesen untuk mengawal adalah alasan paling bodoh saya dengar...
DAN ULASAN SDR. TENTANG BOOKIE YANG MAMPU MEMBUAT 'KEJUTAN' PADA KEPUTUSAN PERLAWANANA WORLD CUP 2010 ADALAH YANG PALING BERNAS PERNAH KAMI TERBACA..

Hanya yang memusingkan kepala kami yang macam bola ini..BOOKIE HALAL KE BOOKIE HARAM yang membeli pasukan2 'SEEDED' seperti ITALI, PERANCIS dan ENGLAND..dan KEJUTAN yang akan berlaku hingga perlawanan akhir?

MUNGKIN 'POSSIBLE'?... JIKA KESELURUHAN BERPULUH RIBU 'CARTEL' BOOKIE HARAM DAN YANG BERDAFTAR DISELURUH DUNIA MAMPU MENUBUH 'UNITED CARTEL' BOOKIE SEDUNIA BERKUASA KE KUASA KEATAS PENTADBIRAN FIFA BAGI MENENTUKAN JUARA PIALA DUNIA 2010..
POSSIBLE!

TAPI SI 'DO' MENGELENG KEPALANYA..

IMMMMPOSSIBLE, KATA NYA.

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Kau dah hilang akal ke?.. ditengkeng dek seorang kawan penyokong GERMANY bila kami katakan bookie dah beli Pengadil dan 'linesman' perlawanan lwn ENGLAND.. Possible.

Anonymous said...

Hamdan,

Sejak bila pulak Nik Aziz beri lesen judi ni?

Dah bertahun-tahun, tiada lesen judi yang dikeluarkan atau diperbaharui di Kelantan. Pendek kata di KElantan tiada judi yang dilesenkan, walau kepada yang bukan Islam. Ini antara langkah awal Nik Aziz selepas mula menjadi MB Kelantan.

Hamdan, anda ditipu!

Fed Up

Disgusted said...

start je bola sepak, org cina, tak kira tua atau muda dok berjudi, judi haram, illegal betting, dah la judi tu haram, depa pi jadikkan lagi haram

i know this, cause i have chinese friends who just easily throws 50 bucks against japan

so skang world cup dah nak abis, walaupun banyak kuar kat suratkhabar kata govt berjaya tumpaskan pusat perjudian haram. Tapi org cina ramai yang masih buat illegal betting which could only mean that there are too many syndicates doing this.

mmg kaya la tokey2 judi tu, judi tu haram, yes, haram utk org islam, bukan kepada org bukan islam, depa berjudi depan mak bapak pun mak bapak diorang tak marah.

think of it this way, kalau lesen judi tu dikuarkan, bile mana org islam nk berjudi kita tau ade GATE besar yang menghalang mereka dari berbuat demikian, tapi through illegal betting ko ingat tokey2 cina tu amik pedulik ko islam ke tak? depa amik je duit tu

hamdan said...

salam datok

Mohon maaf atas kesilapan fakta..."memang betul bukan nik .aziz meluluskan judi tetapi meluluskan premis niagaan arak"

tambahan sedikit...ada beza halal haramnya ke arak dgn judi? Ibu segala kemungkaran...

seperti dikatakan...usul mengharamkan semua judi dibantah ketua pemuda Pas. Jadi ..kenapa begitu?

TQ

Anonymous said...

Hamdan,

Sekali lagi saya nak tanya, siapa yang cerita ni?

Latar belakangnya, Nik Aziz bila mula jadi MB, memanggil wakil dari persatuan bukan islam.

Dari mesyuarat ini, Kerajaan negeri Kelantan dimaklumkan OLEH MEREKA YANG BUKAN ISLAM ITU, judi dilarang dalam agama mereka manakala arak digunakan dalam majlis agama dan budaya mereka.

(Bertentangan dengan komen Rais Yatim dan Nazri Aziz, bukan?)

Justeru judi diharamkan manakala arak dibenarkan dijual dengan kawalan.

Bukan isu judi haram tetapi arak tak haram.

Tentang perlesenan baru premis penjualan arak, saya tak ada data jadi tak boleh komen.

Kalau saudara tak ada data tapi ada komen tentang masalah kawal-selia penjualan, itu boleh bentangkan.

Yang saya tahu, di 7-11 pun tak ada.

Fed Up

abd rahim said...

Tahniah Dato,. Satu peringatan kepada bangsa Melayu yang sedang dalam pepecahan. Yang alim semangkin sombong, manakala yang tidak berilmu semangkin bongkak dengan kekayaan mereka. Semuanya akan rugi akhirnya saperti bangsa Palestin. Dulu sampai sekarang mereka berpecah mengikut ketua masing-masing. Dunia hanya boleh lihat tetapi bangsa itu yang menderita. Lihat bangsa Melayu di Selatan Thailand dan juga bangsa Moro di Selatan Filifina. Kalau itu masih tidak memberi pengajaran kepada TGNA dan pemimpin UMNO lain akan datang bala yang tidak siapa boleh mempertahankan lagi keutuhan bangsa Melayu.

Iklas,
Rahim

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).