Friday, July 16, 2010

Dinamisme Politik, Kepenggunaan dan Pilihan Raya

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

IDRIS Jala berkata, Perdana Menteri mengota. Tidak lama selepas menteri bukan politikus di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan cadangan kerajaan melakukan rasionalisasi subsidi, Mohd Najib Abdul Razak, semalam mengumumkan pemotongan subsidi ke atas gula, petrol, diesel dan gas cecair petroliam (LPG).

Mulai hari ini harga gula pasir naik 25 sen kepada RM1.90 sekilogram. Petrol (RON 95) naik 5 sen kepada RM1.85 seliter. Diesel naik 5 sen juga kepada RM1.75 seliter manakala LPG naik 10 sen sekilogram kepada RM1.85.

Petrol gred tinggi (RON 97) tidak akan diberikan subsidi lagi. Harga akan ditentukan setiap bulan berdasarkan mekanisme penghargaan automatik (APC). Harga barunya adalah RM2.10 seliter.

Kita kena faham. Yang utama dalam tindakan ini bukanlah kebajikan pengguna, tetapi melaksanakan apa yang disebut oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan sebagai “tanggungjawab fiskal” (fiscal responsibility).

Katanya, perubahan “kecil” ini akan membantu Malaysia mencapai tahap kebertanggungjawaban fiskal (percukaian) dan meletakkan negara di atas landasan ke arah mengurangkan defisit belanjawan.

Rasionalisasi subsidi kali ini, kata Mohd Najib, akan menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM750 juta dan mengurangkan subsidi minyak dan gula kepada RM7.82 bilion tahun ini. Maksudnya, harga minyak dan gula akan naik lebih banyak lagi sebelum subsidi dihapuskan sepenuhnya.

Saya tidak menjangka rasionalisasi subsidi ini akan berakhir di sini dan dengan minyak dan gula sahaja. Kalau kita percaya cakap Idris Jala, banyak lagi subsidi sedang dikaji dan akan dilakukan rasionalisasi.

Itu di pihak kerajaan. Di pihak kita sebagai rakyat jelata, pengguna, pengundi dan pembayar cukai, harus ada tindak balas yang bijak dan rasional.

Oleh sebab kerajaan tidak boleh atau tidak berdaya lagi menolong kita melalui subsidi seperti dahulu kala, maka kita kenalah tolong diri sendiri.

Cuba-cubalah kurangkan gula. Banyak sangat makan gula pun tidak bagus. Mungkin ada yang kata, mudahlah saya berkata begitu sebab saya tidak makan gula.

Bukan macam itu. Saya dulu pun kuat makan gula. Maklumlah di kampung pada tahun 1950an dan 1960an dulu, gula adalah simbol status. Masa itu tak ramai yang mampu makan gula atau susu tin.

Maka, lagi senang sesebuah keluarga, lagi manis kopi, teh dan kuih muih yang dihidangkan kepada tetamu. Yang tak mampu, sanggup pinjam gula daripada jiran bila ada tetamu.

Apabila saya ke Kelantan pada tahun 1977 untuk membuat liputan krisis politik negeri itu, saya tak boleh makan fasal banyak masakan ada gula. Hatta gulai dan ayam percik pun ada gula.

Teh pula lebih tepat dipanggil sirap berperasa teh sebab lebih banyak rasa gula (sirap) daripada teh. Baru-baru ini saya ke Kota Baru. Nasi dagang sedap, tapi gulai ikan tongkolnya manis. Mati selera saya.

Dah berpuluh tahun saya minum teh tanpa gula. Saya minum teh si kosong nipis (teh tanpa gula dengan susu cair tak manis dan nipis). Sekali sekala minum Milo O kosong. Itu pun dah cukup manis.

Setiap kali balik kampung ada saja cerita kawan-kawan sesekolah, sekampung dan sepermainan – termasuk yang jauh lebih muda daripada saya – yang mati kencing manis atau dipotong kaki kerana penyakit gula itu.

Subsidi gula ni pun ada karutnya. Kalau tak salah saya, gula yang digunakan untuk industri dan pengilangan pun dapat subsidi juga. Kalau betul, elok dipotong terus dan dengan segera subsidi pukal ini.

Mengenai petroliam pula, saya tahu, apabila Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi menaikkan harga minyak pada awal tahun 2006, ramai yang kurang mampu bertukar daripada memandu kereta kepada menunggang motosikal.

Jadi bukan semua yang tunggang motosikal kapcai adalah Mat Rempit. Ramai guru, kerani, pekerja pengeluaran, jururawat, polis, askar dan ahli bomba naik motorsikal sekarang.

Ada Baiknya Berdikari

Elok juga kita berdikari. Bila kita tak bergantung sangat kepada kerajaan dan kerajaan pun tak bagi banyak sangat bantuan, kita lebih bebas buat keputusan bila sampai masa mengundi.

Inilah antara sebab mengapa orang Cina lebih mirip sokong pembangkang daripada sokong kerajaan. Sebagai taiko, peniaga dan pekerja profesional, orang Cina lebih berdikari, jadi mereka tidak berasa terhutang budi kepada kerajaan. Justeru itu, mereka tidak berasa bersalah tidak mengundi parti kerajaan.

Saya rasa orang Melayu pun kena lebih berdikari. Susah memang susah. Tapi kalau tak mula dan tak cuba, kita tak tahu keupayaan kita.

Saya dah 10 tahun berniaga sendiri. Jadi dah tahulah pahit maungnya, terutama sekali lepas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) ditutup oleh Mohd Najib. Inilah kementerian semangat dan talian hayat bagi ramai peniaga Melayu.

Namun saya gembira tengok semakin ramai orang Melayu mula cergas dan menyokong badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak dan kebajikan orang Melayu.

Orang Cina mereka dari awal sokong dan disokong oleh NGO kaum mereka seperti dewan perniagaan, dewan perhimpunan dan persatuan keturunan (clan associations).

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak NGO Melayu ditubuhkan manakala NGO yang dulunya tidak cergas sudah mula aktif semula.

Dinamisme Perkongsian Kuasa

Inilah contoh perkongsian dan perimbangan kuasa dalam sistem demokrasi. Apabila suatu kelompok kuasa menjadi lemah, kekosongan yang tercetus akan diisi oleh kelompok kuasa yang lain.

Maka dalam konteks inilah saya melihat kemunculan NGO Melayu seperti Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu, dan kecergasan semula Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Hatta, kemunculan Raja-Raja Melayu membincangkan isu-isu urus tadbir (governance), hak Melayu dan pembangunan, adalah reaksi kepada perubahan struktur politik kepartian, khasnya yang menyentuh hak dan keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sarawak dan Sabah.

Dinamisme ini akan menjadi lebih penting dengan kemasukan generasi baru ke dalam arena politik dan gunatenaga.

Beberapa buah akhbar arus perdana beberapa hari lalu melaporkan bagaimana Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah mengatasi parti-parti lain, termasuk Umno, dalam usaha mendaftarkan pengundi baru. Ini didedahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sendiri.

Serentak itu, cadangan muzakarah Umno-Pas timbul semula walaupun matlamatnya berbeza atau bercanggah antara seorang pembesar dengan pembesar lain. Ada pembesar Umno yang bercakap atas dasar perpaduan Melayu dan ada pula yang bercakap mengatakan partinya tidak lemah sehingga memerlukan Pas.

Apa pun, marilah kita terus berbahas. Sekalipun para pembesar politik dan pemerintah tidak mempedulikan atau tidak mengambil endah “chatting” kita. Sebagai rakyat jelata, pengguna, pembayar cukai dan pengundi, kita sebenarnya mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang sangat besar, mutlak dan mutakhir.

154 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...

Ahhh! 5 sen jer. Takkan itu pun nak riuh!!!

Pasir yang diorang curi kat Selangor tu lagi banyak.

Entah berapa juta diorang dah ambik...

nak bising-bising pasal minyak naik 5 sen?

Bersyukurlahhh...

kat Singapore, Hong Kong, Taiwan, Thailand petrol lagi mahal ooo...

Korang ingat sesaje kerajaan membazir duit yang kita bayar tuh?

cuba tengok keliling korang,

Jalanraya, highway, sekolah, hospital, lapangan terbang

korang tau tak, Jambatan Pulau Pinang tu yang terpanjang kat Asia...

KLCC tu...menara berkembar tertinggi di dunia!!!

kat Bangladesh, Zimbabwe, Sudan ada tak benda-benda macam ni?

tak jumpa yobbb!!!

Tu pun korang nak bising-bising.

Berkorbanlah sikit, apa salahnya...

apa korang tak sayang kan negara ke?

Hahhh!!! Apa???

Tak patriotik langsung!!!

yob...

negara kita nak bankrap lagi 9 tahun yob,

inilah masanya nak tolong negara kita...

inilah masanya kita buktikan semangat patriotik kita...

bila lagi nak berkorban untuk negara?

jangan kata nak lawan Israel

berdemo depan US Embassy pun hang pa tak berani,

takkan petrol naik 5 sen hang pa nak riuh!!!

Sudah la yob

Cuba la fikir secara rasional...

guna la otak kepala lutut tu sikit

Hat mana-mana yang selalu membazir tu jimatkan la sikit

tak payah makan ikan kembong, ikan bilis pun ada...

kalu makan 2 kali sehari

Cuba tukar diet tu...

makan 2 hari sekali....

Ishhh, tak pernah aku dengar orang mati tak makan 2 hari sekali

Makan nasi, kandungan gulanya banyak,

elok sangat la kerajaan naikkan harga gula

apa orang kata...

kurangkan gula dalam minuman,

lebihkan gula dalam senyuman...gitu la lebih kurang.

Ehhh...ehhh! Dah terlambat nihhh!

Kul 12 nanti harga minyak naik 5 sen...

diorang dah beratur panjang kat stesyen minyak nih

nak isi minyak penuh-penuh

nanti boleh la tahan sampai tahun depan!!!

banyak safe tu yob...

Sehari 5 sen,

Kalu setahun dah berapa?

Ok jumpa lagi...

Assalamu'alaikum!!!!

-Teratai Liar

Roti Planta said...

Dato',

Kenaikan ini adalah menepati slogan 'Rakyat Didahulukan'. Apa-apa ambil dahulu daripada rakyat. Jika nak mengurangkan defisit negara maka kutip daripada rakyat. Jika nak dapatkan dana pembangunan maka kutip daripada rakyat. Jika nak membangunkan pertahanan (beli kapal selam mahal dan kereta kebal mahal) maka kutip daripada rakyat.

...tetapi kalau nak shopping kat London, Paris dan New York hanya ingat bini dan lupakan rakyat sebab kita 'on holiday'.

Bagus juga wujud NGO Melayu ni sebab sehari dua ini sibuk NGO Melayu memuji langkah kerajaan mengurangkan subsidi dengan seribu satu alasan positif. Naikkan minyak nak elakkan penyuludupan, naikkan gula nak elak kencing manis, naikkan LPG nak supaya rakyat tidak makan makanan 'over cook'hehe.

Saya cadangkan pula naikkan yuran sekolah dan universiti supaya pelajar belajar bersungguh-sungguh dan tak main-main, naikkan harga beras supaya rakyat makan sikit dan tidak perut buncit, naikkan tarif elektrik supaya rakyat tidur awal dan secara tidak langsung mencapai sasaran 70 juta rakyat.

Lepas tu minta NGO melayu puji langkah ini dalam akhbar dan tv sehingga rakyat meluat dan tak beli lagi akhbar nasional.

Saya minta sangat-sangat supaya jangan naikkan cukai judi, cukai arak, cukai rokok kerana nanti taukeh mereka tidak lagi sponsor kita (BN)semasa pilihanraya ke 13. Jangan naikkan cukai pendapatan atau cukai koporat tiada kaitan dengan rakyat biasa.

Bye/Roti Planta

Anak Perelih said...

sepatutnya bagi minyak... patut gunakan mykad untuk beli minyak bersubsidi.. sapa tak ada mykad.. dia kena bayar harga tak bersubsidi... kalau tidak... kita akan terus menanggung subsidi bagi warga asing - siam, singapore... dan aktiviti menyeludup minyak akan terus berlaku... kenapa pula kita kena tganggung subsidi mereka bila mereka beli minyak..>??? dalam kes ni pun kita boleh save beratus juta dah... dan satu lagi... kurangkan rezab tenaga TNB dari 40% ke 20%... yang banyak nya datang dari IPP kroni UMNO... kalau ini dilakukan.. dah beratus juta boleh diselamatkan dah...

Quantum Metal Consultant said...

Kesimpulannya Dato', orang Melayu tidak perlu gusar untuk meneruskan kerajaan sekarang atau menukar kerajaan di masa akan datang kerana sesiapa juga yang membantuk kerajaan tidak lagi mampu untuk membantu mana mana kaum kecuali kaum itu sendiri yang merubahnya.

Dan untuk melihat orang Melayu lebih bekerja kuat, lebih maju dan lebih berkeyakinan adalah wajar kerajaan sekarang ditukarkan dengan lebih cepat??

Anonymous said...

DAKJ,

Jika semua merasa payah, tak adalah perit perasaannya.

Apa dah jadi dengan tambahan RM500,000 kepada ahli Parlimen BN? Nazri Aziz kata ada duit lebih. Siap nak cadang bina Parlimen baru lagi.

Selama ini dok canang kata ekonomi tengah pulih. Tiba-tiba minggu lepas kata tak bagus; malam tadi pula harga naik.

Hakikatnya, JPM ada bajet RM4 Billion. Staff sampai dekat 40,000 orang, apa kerja mereka sedangkan Najib selalu tidak muktamad dalam keputusan.

Sampaikan sekretariat untuk Pak Lah pun diadakan, buat apa? Malangnya pada masa yang sama tidak disebut pula bajet untuk program PERMATA.

Satu lagi yang pelik; katanya penjimatan subsidi (istilah terkini yang cuba dipopularkan adalah "selaraskan harga") akan digunakan untuk pendidikan dan PERUBATAN.

Sila DAKJ lihat berita berikut : http://www.nst.com.my/nst/articles//Healthcareforfree/Article/

p/s jika program PERMATA tu bagus sangat, kenapa tidak diperluaskan di KEMAS seluruh negara?

Fed Up

ChungYan said...

It is always a pleasure to read your thoughts in this space and indeed the development of NGOs in the last few years has put an interesting spin to our political scene. Dialogue is always a healthy indication of both political maturity and strenght of trust among us. Howver, there were(and perhaps there is still is) at times where I doubt to what extent the relationship of brotherhood that binds us as a nation will be able to stand such heated discussions.
Perhaps a silver lining( and I am really struggling to qualify this) to this price increase of essential goods is that it will hit everyone and I mean everyone. In this case, a brilliant topic of conversation for all over a newly priced cup of teh tarik. The "insidiousness" of the price hike act as purported by certain quarters is perhaps due to fact that they were caught off guard and could not muster quick enough a political gain from this news. So, Uncle Kadir, lets keep the dialogue open, progressing and ever enriching.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Di pihak kerajaan, perbandingan mudah selalu dibuat. Harga gula dan petrol kita jauh lebih murah daripada negara jiran. Satu lagi slogan mudah ditujukan kepada rakyat; rakyat perlu berjimat cermat.

Gula dan petrol barangan perlu, barangan yang menghidupkan kehidupan masa kini. Bagaimana mahu berjimat petrol, kalau hantar anak ke sekolah tetaplah juga laluan yang sama dan kereta yang sama, petrol yang sama juga. Hanya berbeza; harganya.

Seperkara besar yang kerajaan mendiamkan diri soal pembaziran orang atasan. Selalu kita dengar kononnya orang sebelah no satu terlalu kuat berbelanja. Banyak yang beli yang menggunakan duit rakyat. Banyak pula lawatan luar negara yang tiada makna selain makan angin. Begitu juga karpet merah dan hiasan-hiasan yang sepatutnya ditiadakan. Tidak pula kita nafikan ketirisan dan salah guna kuasa dan salah guna harta rakyat.. Itu sepatutnya diberi penekanan aula.

pakbelalang said...

Kemunculan NGO Melayu seperti Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu, dan kecergasan semula Dewan Perniagaan Melayu Malaysia adalah kerana orang Melayu mungkin dah sedar bahawa mereka dah tersepit hampir kepala hendak terhanggok ke dinding.

Jentra UMNO untuk mendaftarkan pengundi baru memang lembab.Walhal pendaftaran pengundi baru adalah amat penting sekali untuk menentukan untung nasib sesebuah parti. Tapi malangnya pentadbiran UMNO mengambil sikap sambil lewa sahaja. Hendak menambahkan ahli parti pun lembab, apatah lagi hendak mendaftar pengundi baru.

Cerita pasal muzakarah UMNO-PAS, saya rasa ianya hanya hangat-hangat taik ayam sahaja. Kedua-dua pihak masih beranggapan bahawa mereka lebeh kuat.

Kalau kita gunakan Octopus Paul untuk meramalkan bila muzakarah ini akan berlaku kemungkinan besar sotong Paul akan buat ramalan bahawa muzakarah ini akan terjadi pada tahun 2014 selepas Piala Dunia di Brazil. kah, kah, kah !!!!!

Mengenai subsidi, memang tepat sekali dikurangkan berpringkat-pringkat. Memang benar pengurangan subsidi tidak popular di kalangan rakyat jelata tetapi ini mesti dilakukan untuk menjamin supaya masa depan negara tidak tersungkuh jadi papa kedana seperti yang berlaku di Greece, dan kemungkinan besar Portugal dan Spain akan ikut terjerumus menjadi bangkrap.

Kerajaan yang bertanggong jawab tidak akan membiarkan negara bangkrap walaupun risiko politik amat tinggi apabila subsidi dikurangkan. Itu adalah satu pengorbanan yang besar.

Akhir kata, kita mesti kurangkan penggunaan gula untuk menjaga kesihatan kita. Alhamdulillah, kesihatan saya bolehlah dikatakan terkawal tapi saya amat sedih sekali melihat kawan-kawan yang ada penyakit kencing manis terlantar dihospital. Ada yang terpaksa dipotong kakinya dan ada yang dah meninggal.

hj_saifudin said...

pahit tapi benar, pemerintahan Pak Lah aka PM tidur merupakan suatu 'turning point' kepada negara ini. landskap politik negara memang banyak berubah. ia membuatkan kita lebih cerminkan diri sendiri - dan juga cermin tumpang tengok orang lain, tentang keupayaan kita, dan tentang setarakah kedudukan kita dengan kaum lain (rujuk Cina) dari segi kelangsungan hidup tanpa bantuan daripada kerajaan.

meskipun tiada yang boleh dibanggakan semasa zaman Pak Lah, namun ia mengajar kita suatu perkara - relevan lagikah melayu di Malaysia ni?

makbudak said...

salam dato',

mengapa pula kita mesti berasa terhutang budi pada kerajaan? bukan kerajaan ke yg terhutang budi pada rakyat yg memilihnya menjadi kerajaan?

tugas kerajaan memang mentadbir negara. tapi mentadbir negara bukan macam mentadbir syarikat yg bermotifkan keuntungan duet semata2 tanpa mengambil kira tanggungjawab sosial.

maaf cakap, kalau dato rasa rakyat perlu mengundi bn semata2 kerana terhutang budi pada kerajaan, saya sedihlah dgn pemikiran begini. siapa pun kerajaan, perlu bertanggungjawab pada rakyat. kalau tidak, jangan sanggup tawarkan diri jadi pemimpin. lepas dpt jawatan, ha, ko kena sokong aku sebab aku dah bagi bantuan. begitu ke?

sorilah kalau ada pemimpin yg berfikiran dangkal macam tu. kalau tak sanggup nak bantu rakyat, anggap segala bantuan sebagai "hutang" yg bakal membengkrapkan kerajaan, sila letak jawatan. ramai lagi org lain yg sanggup pikul jawatan/tanggungjawab tu dan sanggup bantu rakyat.

bukan maksud saya rakyat tak perlu bekerja keras untuk sama2 majukan negara, tapi nasib manusia lain2 kan? yg kaya membantu yg miskin, yg miskin bekerja utk yg kaya. masing2 saling memerlukan. kalau takda org miskin, siapa nak tanam padi utk sikaya? siapa nak buatkan rumah utk si kaya? siapa nak bawakan kereta si kaya? siapa nak jadi pembantu rumah si kaya? siapa nak jadi pekerja syarikat si kaya? sebab semua dah jadi org kayakan?...

selain dari itu, apakah kalau kerajaan sekarang bertukar pada kerajaan lain masa akan dtg, maka, semua kakitangan kerajaan sekarang ni kena letak jawatn jugak? polis, bomba, askar dll tu semua pun kena letak jawatan, kena buka iklan jawatan kosong utk lantik semula tugas2 tersebut? tentu tidak bukan? walau siapa pun yg memerintah, umno ka, pas ke, pkr ke, mic ke mca ke, polis tetap polis malaysia juga, hakim malaysia jugak, bomba malaysia jugak, askar malaysia jugak. apakah mereka tidak perlu bekerjasama dgn kerajaan baru? nak ikut lawan kerajaan jugak? sebab bn dah jadik pembangkang?

alahai malu saya kalau ada pemimpin2 malaysia berfikiran macam tu....

anakpanchor@gmail.com said...

Datuk,

Masalahnya, parti manakah yang kita perlu undi dalam pilihanraya nanti.
UMNO? Kita sangsi dengan pendekatan kesamarataan yang sedang dijalin begitu kemas sekarang.Mungkin itu yang Melayu mahu.Kalau tidak, masakan pemimpin umno begitu berani walaupun tahu sejak berzaman,teras kekuatannya adalah Melayu.

Pas? Tidak perlu bersuluh,kerana sudah terang.Tidak kisah tentang bangsa,asalkan jangan sentuh fasal agama.Mungkin itu yang Melayu mahu.Di Malaysia cara itu saya kira tidak sesuai digunapakai kerana semua tahu kedudukan Melayu(semua Islam) masih terumbang ambing.Pendekatan ini begitu digemari oleh bukan Melayu, terutama Cina.Sebab itu ramai mereka marah Karpal Singh.Rata2 kata,buat apa nak sibuk soal negara Islam,Pas pun sudah terima hakikatnya.Apa yang perlu,BANGSA MELAYU harus terus dilemahkan. Lemah bangsa,lemahlah segala2nya. Itulah natijahnya.

Keadilan? Tidak boleh diharap.Kata cukai pintu hendak diturunkan, tetapi apa yang terjadi pasir didepan rumahpun dikorek.

NGO Melayu? Memamg benar NGO2 ini semakin kuat.Namun,landasan arah tujunya sedang disekat oleh Melayu sendiri.Ini berbeza dengan NGO Cina.Perjuangan mereka hanya untuk bangsa,direstui oleh semua tanpa mengira aliran politik.Semua tahu bukan?

Gula? Memang benar apa yang Datuk katakan.Jangan berlebihan makan gula.Lazim kita dengar:Jangan dipergulakan.Kalau kencing manis dan kaki dipotong,kita sendiri yang merana.Semakin lemahlah kita.

AKS
Subang Jaya

Anonymous said...

Harga gula naik, harga minuman dan kuih yang berasaskan gula tentu naik. Tapi orang tak kisah sangat asalkan bekalan gula ada. Tak payahlah pembekal susah2 nak sorokkan lagi.

Bab minyak, 2 telaga dah diserahkan begitu sahaja. Mungkin sebab itu subsidi kena potong. Saya risau golongan2 tertentu menggadaikan harta negara. Andaikan lepas PRU nanti, BN kalah. Kumpulan yang mengambil alih akan mewarisi hutang negara. Tukang buat hutang dan tukang songlap semua lari meninggalkan negara dan dapat perlindungan di luar negara macam thaksin. Maklumlah, harta terkumpul dah banyak. Negara pun jadi huru hara macam thailand.

~risau

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum,

Saya bersetuju dengan Dato' anakbangsa kita perlu memperkukuhkan jati diri dan tidak bergantung dengan Kerajaan semata-mata. Ini adalah kerana keadaan sudah berubah. Kita bersyukur kerana di zaman dahulu kita telah mendapat pelbagai kemudahan.Masa itu UMNO belum canggih lagi dan masih berintraksi dengan orang kampong dan professinal Melayu sebelum membuat keputusan. Allahyarham Tun Abdul Razak dikhabarkan telah mendapatkan anakmuda membantu beliau dalam merencana pembangunan negara.Anakbangsa kita sekarang perlu melalui cara yang lain kerana kerajaan sekarang tidak lagi menggunakan budi bicara sendiri dalam menggubal sesuatu dasar tetapi telah memberi tanggunjawab itu kepada konsultan dan pakar-pakar dalam dan luar negara.

Dimana boleh kita terus memberi peringatan kepada pemimpin kita tetapi kita tidak boleh berharap sangat mereka akan mengikuti pandangan kita kerana dalam banyak kes Menteri-menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan tidak lagi secara bersendirian mengeluarkan input bagi sesuatu dasar kerana tanggungjawab tersebut biasanya diberi kepada konsultan atau team of experts.Macam mana hendak berpatah balik kerana pembayaran untuk perkhidmatan pakar sudah dibuat

Kepada bijak pandai kita tampillah kehadapan memberi pandangan yang membina. Berilah teguran jika diketahui kesilapan yang merugikan negara berlaku.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya

saji said...

Salam Dato'


"Serentak itu, cadangan muzakarah Umno-Pas timbul semula walaupun matlamatnya berbeza atau bercanggah antara seorang pembesar dengan pembesar lain. Ada pembesar Umno yang bercakap atas dasar perpaduan Melayu dan ada pula yang bercakap mengatakan partinya tidak lemah sehingga memerlukan Pas."

Komen:

Kalau UMNO tidak lemah, kenapa tak terus terang cakap harga minyak NAIK, harga gula NAIK dan harga gas NAIK seperti zaman Dr M dan Pak Lah ??????????????????

Kenapa cakap resionalisasi subsidi, pemotongan subsidi, price adjustemant??????????????

Anonymous said...

Dato'

Nampak gaya kesusahan rakyat biasa yang pendapatan nya bawah rm1000 akan berterusan dengan kenaikkan harga gula,minyak petrol dan gas.

Mereka yang punya banyak wang tidak akan merasa derita seperti mana orang yang punya sedikit wang.beruntung nya menjadi orang senang.begitulah aturan hidup kaya lawan nya miskin.senang lawan nya susah.

Bulan ramadhan menjelang tiba maka yang kaya dan miskin pun berpuasa.
Yang punya banyak wang terutama orang politik akan lebih senang berbuka di hotel-hotel mewah dengan seribu macam aneka makanan dan ketawa tebahak-bahak maklum lah orang kaya.Simiskin makan lah apa yang ada.Nak ketawa pun dah tak mampu.Kemudian raya pula menjelang,anak anak menjerit nak berpakaian baru.
Maka pening lah siibu bapa memikirkan mana nak cekau duit untuk membeli barang keperluan raya.Sedangkan barangan semuanya naik tak ada yang turun.
Yang turun hanya HUJAN.

Akhir sekali semuga doa orang-orang dikampung yang merasa dizalimi oleh kerajaan dimakbulkan Allah hendak nya. Semuga kita mendapat sebuah kerajaan yang BARU selepas Pru13 nanti. Sebuah kerajaan berjiwa rakyat yang memahami hati rakyat.
Amin.

.....BUJANG SUSAH....

zainal abidin awang kechik said...

salam..
pandai menteri kita tarik serta ikat perut rakyat,mengapa jet PM dan TPM jangan terbang dalam negara atau luar negara,JIMAT MINYAK,potong belanjaan keraian SERI PERDANA & SERI SETIA..naik ekonomi semua menteri/timbalan menteri/PM/TPM...di situ kita boleh jimat 200juta setahun.MINYAK untuk kereta BMW,kereta saya,mahal 50%sebab cc besar. kereta kancil ,dan proton minyak murah.jangan sambut hari merdeka ..banyak wang rakyat di belanja.
saya suka satu menteri tu..DIA TAK PERNAH GUNA KELAS PERTAMA BILA TERBANG KE LUAR NEGARA. kata cukup sekadar kelas perniagaan kerana wang rakyat.. MENTERI TU KAWAN BAIK SAYA.

tok..apa dah jadi MALAYSIA KITA.. saya masih ingat pesan tok kat saya"NON KITA TAKUT BALA ALLAH kerana bila bala turun kita semua kena"..saya bimbang kerana ada kawan saya kata.PEMINPIN negara banyak dosa"..YA ALLAH SELAMATKAN NEGARA INI"...
SALAM tok..selamat menyambut ramadhan selamat berpuasa..

alunbm said...

Dato'

Kenapa Najib tak menunggu selepas raya baru dinaikkan barangan keperluan tu?.
Nampak sangat Najib bukan berjiwa rakyat!!!!!!
Rakyat didahulukan?
Piiiirrrraaahhhhh....

Dato'
Cuba bayangkan kesan nya
dibulan puasa nanti pada
rakyat biasa.
Perlukah rakyat biasa mengikat perut.Telan air liur saja....

Bleacher said...

Dato,

Saya rasa rakyat marah bukan sebab kenaikan harga. Di dalam keadaan ekonomi lembab, perbelanjaan atau projek2 besar nampak bukan untuk dinikmati rakyat tetapi untuk dinikmati sebahagian kecil golongan elit.

Sekarang saya rasa ramai ragu samada pemimpin2 kita benar2 faham ke keadaan sebenar rakyat. Eyalah dengan kuasa ditangan dan dalam kemewahan melimpah ruah,nampak gaya pemimpin2 kita tidak lagi memahami asipirasi rakyat terhadap mereka.

Anonymous said...

salam datuk..

saya agak t'kilan degn kenaikan hrga brang hari ini..

setiap kali ahli PR mncanag akan ade knaikan hrga brang minyak pasti ada datuk menteri yg t'libat kerap kali m'nafikannyA ..

seperti yg kita ketahui kenaikan harga brg hari ini xskali pun di bincgkn di dewan rakyat..seolah2 tiada fungsinya dewan itu di malaysia..

mgkin Dato’ Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat.

datuk cakap untuk rakyat kurangkan gula..tapi dalam situasi yg t'sirat kenaikan hrga barg x ni akan m'jadi rantai kepada kenaikan harga brng2 kperluan lain..

sbgai contoh--syarikat nestle telah m'beri isyarat untk knaikan harga produk mereka..pekara ni juga xlagsung akan beri kesan kpda harga mkan di kdai makanan di sluruh m'sia..

kerajaan myuruh rakyat untk b'dsplin dlm b'belanja tetapi pembelajaan kerajaan mlambaangkan sebaliknya..lihat shaja lah di dewan rkyat baru2 ni..pembelajaan abatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010..

kta sedia maklum syrikat korporat juga mnerima subsidi berbillion rggt..kenapa xkurangkan subsidi 1bilion rigit dari peruntukan kerajaan..alih2 rakyat juga yang jadi magsa..

namun begitu sya tertanya2 apakah yang kerajaan akan lakukan dengan duit sebayak RM750 juta hasil dari pengurangan subsidi ini...


nemo_judex@yahoo.com

Rillink said...

Assalam Dato,
Kalau harga gula dan petrol naik memanglah kita boleh minum tea o campur garam dan naik motoskal yang gunakan kuasa elektrik,tetapi yang menjadi massalahnya ialah sampingan bahan tersebut yang menjadikan barang barang lain yang mengunakan bahan tersebut juga maik harganya.Berkenaan subsidi pula kenapa mesti subsidi bahan berkenaan yang di utamakan?banyak lagi sumber subsidi yang lebih besar yang boleh di-kurangkan,contohnya pejana tenaga bebas yang menjual tenaga kepada TNB dan yang sekecilnya seperti subsidi yang di beri kepada orang yang mengaku nelayan tetapi tidak pernah turun ke-laut.Begitu juga subsidi yang di beri kepada penguna tenaga elektrik bernilai rm20 yang mana penguna tersebut adalah terdiri daripada pekerja asing.Nilai subsidi adalah lebih kecil jika di bandingkan dengan kerugian dana negara akibat dari ketirisan pengurusan kerajaan.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Komen dan sindiran datuk tu bernas dan tepat.Saya dah lama menggunakan kuasa mengundi saya.Saya dah lama menolak parti yang bobrok dan hanya tahu memenuhkan tembolok sendiri sahaja.Baru sebentar tadi kereta saya yang marhaen dan terpaksa menjalani ujian Puspakom bila nak hidupkan cukai jalan berselisih dengan mercedes benz berkilat ketua bahagian UMNO kawasan saya.Saya tak tau apa kerja dia sampai mampu beli kereta bernilai setengah juta tu.Gula naik,petrol naik pun tidak akan mengganggu golongan sedemikian untuk terus bermewah mewah.

Mohd Faizal said...

Datuk'

Soal berdikari dan tidak terlalu bergantung pada kerajaan itu betul. Kita kena hadapi juga suatu hari nanti. Terlalu bergantung menjadikan kita lembik. Begitu juga dengan mengubah gaya hidup.

Tapi pada saya dan mungkin rakyat Malaysia yang lain, persoalannya ialah bagaimana pula dengan gaya hidup para pembesar. Kelihatannya tidak berubah. Malah semakin menjadi-jadi. Rakyat pula makin terhimpit. Lihat sahajalah biaya membuat istana baru. Begitu ironik sekali.

Saya berada di negara asing pada masa ini. Sempat membaca dan melihat pemimpin mereka cukup bersederhana dalam segala hal dan mendengar suara rakyat.

Mungkin datuk perlu tegur juga para pembesar dalam kes-kes sebegini.

p/s: Saya sudah baca buku Datuk 'Membangun Bangsa Dengan Mata' Pena

~Faizal~
Canada

asyMok_Aambo said...

najib ini Penuh Muslihat.

izam said...

Assalamualaikum...

Saya ndak Pak-Pak menteri juga bayar sebagaimana rakyat bayar...takda subsidi atau elaun untuk mereka. Baru sama-sama merasa..tak gitu tok.

saji said...

Salam Dato'

"Elok juga kita berdikari. Bila kita tak bergantung sangat kepada kerajaan dan kerajaan pun tak bagi banyak sangat bantuan, kita lebih bebas buat keputusan bila sampai masa mengundi."

Tak semudah yang dikata di kalangan orang Melayu kita yang mudah diperbodoh2 dan ditakut2kan oleh UMN0 - sebiji macam nayi saya dulu yang bukan sahaja sanggup dimadu,bahkan sanggup menjaga madu semasa bersalin dan menjaga kesemua 9 orang anaknnya.

saji said...

Sdr Faizal

"Tapi pada saya dan mungkin rakyat Malaysia yang lain, persoalannya ialah bagaimana pula dengan gaya hidup para pembesar. Kelihatannya tidak berubah. Malah semakin menjadi-jadi. Rakyat pula makin terhimpit. Lihat sahajalah biaya membuat istana baru. Begitu ironik sekali.

Saya berada di negara asing pada masa ini. Sempat membaca dan melihat pemimpin mereka cukup bersederhana dalam segala hal dan mendengar suara rakyat.

Mungkin datuk perlu tegur juga para pembesar dalam kes-kes sebegini."

Komen:

Ada tiga cara mengubah kelakuan/perangai/sikap/amalan buruk/tidak sehat manusia berikut:

Pertama, cara brainwash, ingat-mengingatkan seperti tulisan Dato' ini. Ini sinonim dengan golongan kemanusiaan yang meliputi ahli politik.

Kedua, perubahan sistem seperti daripada sistem beratur depan kaunter kepada sistem no giliran, dan daripada sistem satu parti kepada dua parti. Ini ditekan oleh Barat dan sinonim dengan golongan profesional atau teknikal.

Ketiga, perubahan hukum. Ini ditekankan Islam dan ulamak seperti daripada hukum penjara bagi pesalah pencuri kepada hukum potong tangan.

Yang saya sedang kaji ialah bagaimana mengubah amalan rasuah, kronisme dan ali baba dalam pelaksanaan projek kerajaan melalui perubahan siatem daripada sudut Barat dan perubahan hukum daripada sudut Islam.

Abdullah Ngah said...

Kebanyakan orang yang diberi amanah memerintah negara ini "salah faham" istilah kerajaan.

Atas sebab itulah laksana apa sahaja, hatta boleh membebankan rakyat.

Rakyat pula "tak faham" istilah rakyat sehingga sering menjadi mangsa terus menerus.

Pada jalan keluar sudah sedia ada, terbuka luas untuk menukar kerajaan yang tidak boleh tolong rakyat.

oleh itu lebih baik tak faham daripada salah faham.

Apabila salah faham apa apa pun boleh sehingga wang negara dibazir melalui kos kos projek pembangunan negara yang sangat tidak munasabah.

Bayangkan satu jambatan yang pendek harganya sampai RM200 juta. Satu jalan 5.6 kilometer harganya sampai RM 206 juta.

Ini satu contoh apa yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah negara ini.

Jika demikian sudah tentu wang negara habis begitu sahaja membuat kerajaan lemah kerana tidak cukup.

Oleh itu, cukai atau kenaikkan harga barang satu satu kaedah untuk mendatangkan hasil negara.

Kita masih ingat kenaikan harga minyak zaman Abdullah Ahmad Badawi jadi perdana menteri.

kenaikan pertama sebanyak 20 sen kerajaan datang hasil sebanyak RM 4 bilion.

Apabila ada wang tambahan pihak kerajaan lega, tetapi timbul pula masalah lain yang mungkin lebih besar yang mendorong untuk naikkan harga minyak sebanyak 70 sen lagi.

Kenaikan sebanyak 70 sen itu kerajaan memperolehi hasil sebanyak RM 18 bilion.

Ini menunjukkan kerajaan yang memerintah harini lemah dan tidak mampu lagi memerintah negara ini.

Sewajarnya kerajaan yang memerintah ini ditukar tetapi tidak berlaku juga.

oleh itu, lebih baik tak faham daripada salah faham dan lebih tak tahu daripada buat buat tahu.

Salah faham akibatnya negara tergadai. Tak faham akan ada golongan lain akan memberi faham apa yang kita tidak faham. lama lama akan faham juga akhirnya.

antubiul said...

Betul, rakyat patut berdikari dan banyakkan makan kari mamak dari kari melayu yang ada gula tu!. Sebeleum kita berdialog mengenai 'rakyat berdirkari' sudah kan kerajaan melunaskan tangungjawabnya sebelum menghapuskan subsidi seleah lebih 50 tahun merdeka?
1. Pengangkutan awam, tahapnya?
2. Kos di bayar penumpang, mampu kerana terpaksa?
3.Ramai bertukar kepada motor dan basikal nak jumatkan kos, keselamatan, keselesaan, tahap jalan motor?
4. Pedestrian berbumbung ?
5.Di India, negara yang kaya dengan inovatif boleh membina simple 'aerobus letrik' dibawah flyover, Dimana idea engineer Malaysia?
5. Rakyat perlu kurangkan Gula bagaimana syarikat minuman, kek, chocholat ,aiskrim dsbnya yang sebenarnya merupakan sebab utama kecing manis. 35 gramm gula untuk 100gram Jam Strawberry?
6.Sebelum kurangkan subsidi,hapuskan consultansy di PM deparment,rasuah,overprice tender, commission dsbnya yang merupakan ulat buah. Buah cantik, didalam penuh dengan ulat!
7. Dap lebih relevant dibandingkan dengn UMNO, syabas Tony puah dg issue IPP dsb.
8. Pemuda UMNO masih tidur?

mtgbertam said...

Bila kerajaan naik harga, berduyun2 pakat cari fakta untuk sokong. Ok la, kot2 betui kerajaan boleh berjimat bila tarik subsidi.

Tapi bila kerajaan berjoli sakan dalam benda2 yg tak berfaedah, pasai apa tak implement cara yang sama? Buat istana baru, walhal yg lama dok elok lagi. Kaedah perolehan secara rundingan terus masih ada disemua kementerian, janji ada surat menteri.

Bila parti lain bersuara, kata anti-establishment, bekodi2 cacian dilemparkan. Depa treat parti yg berlainan seolah pertubuhan haram.

- Pada yg dok ulas semua tajuk, udah2 ler. Bila semua tajuk hampa ulas, semakin nampak kelemahan diri.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Pak Kadiq,
Satu jea masalah pemimpin UMNO nie iaitu bila bercakap atau mengutarakan sesuatu dasar baru untuk rakyat MEREKA GAGAL untuk menterjemahkannya dalam bentuk tindakan seharian mereka sendiri. Misalnya, bercakap tentang proses islamisasi dalam UMNO tetapi waktu org dok bang di masjid ketika itulah berlambak mereka dok lepak di Cafe2 mewah di hotel2...lihat saja masa perhimpunan agung. Semua mata memerhati mereka.
Begitu juga dengan hal ehwal menarik subsidi untuk penjimatan wang kerajaan....akhirnya kita akan tengok, yang mewah dok betukar aka menambah kereta mewah- 3 ribu cc ke atas nie adalah kelompok pemimpin UMNO sendiri. Makan minum di hotel2 besar dgn belanja berlebihan adalah mereka juga, hatta ketua pemuda UMNO di Bahagian pun boleh bergaya sakan dgn kereta menjalar dan pintu pagar rumah yang gayanya amat mewah....orang kebanyakan memerhati.
Ini semua akhirnya akan menimbulkan kebencian, kemeluatan dan kejelikan orang ramai/rakyat. Dan penghujungnya sebagaimana kata Datuk, rakyat akan menunaikan dendam mereka pada Pilihanraya Umum kerana di situlah kuasa sebenar mereka. Tanpa mahu disedar oleh pemimpin UMNO bahawa yg berkuasa bukanlah mereka tetapi sebenarnya adalah rakyat yg marhaein ini.

pakbelalang said...

KUANTAN 16 Julai – Pemilik kenderaan asing tidak lagi dibenarkan membeli petrol RON 95 di seluruh negara berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan terbabit hanya dibenarkan membeli petrol RON 97 yang ketika ini dijual pada harga RM2.10 sen seliter.

comment:

I just wonder how they are going to implement this ruling to be effective.

Most car owners (local and foreign) use credit cards and most petrol stations do not have attendants to monitor the type of fuel their customers choose.

Menteri Sabri tidak ada mengatakan bagaimana caranya dalam kenyataannya.

Menteri Oh Menteri !!

hj_saifudin said...

Datuk, saya pun nak tanya jugak laa. kenaikan 3 sen. Katakan tangki penuh proton Waja - mungkin 60 liter minyak? 0.05 sen X 60 liter = RM3.00

Sebulan berapa kali isi minyak ya? 5 kali? jadi, RM3.00 X 5 = RM15.00

Jadi, 15 ringgit terlebih belanja untuk minyak.

Jadi, kalau gaji kita tak naik selaras dengan kenaikan RM15.00 sebulan tuu, saya cadangkan beberapa perkara yang kita boleh buat untuk menampung RM15.00 tuu.

1 - Berhenti hisap rokok.
2 - Suruh bini berhenti beli benda yang tak perlu ketika keluar shopping
3 - Bagi bekal makanan pada anak ketika pergi sekolah
4 - FIKIRLAH SENDIRI MACAM MANA NAK JIMAT RM15 SEBULAN TUU!!

MalaysianKita said...

Maka BENARLAH negara MENUJU BANKRAP 9 TAHUN LAGI.

Selepas 52 tahun dibawah BN, negara akan bankrap, KECUALI dapatkan dana billion ringgit sebagai penyelamat.

Maka benarlah formula Derih Jala, bagaimana nak dapat duit untuk NEGARA...ambil dari RAKYAT!

SOALNYA, mengapa NEGARA AKAN BANKRAP 9 tahun lagi?

Sebab gula tak dinaikkan 25sen sekilo?

Sebab petrol tak dinaikkan 5sen seliter?

ATAU SEBAB KETIRISAN, RASUAH, BERMEWAH-MEWAHAN, BOROS pemimpin BN?

Zaman la ni, ribu-ribu ringgit tak main la, juta-juta ringgit pun tak main la, kalau nak ambil.....billion ringgit baru kenyang dan puas!!

pakbelalang said...

Masaalah orang Melayu banyak bersikap irihati dan cemburu terutama sekali apabila ada orang Melayu dapat projek kerajaan mereka akan terus cap mereka sebagai crony UMNO. Kerajaan dah banyak beri peluang kepada orang Melayu menjalankan perniagaan dan memberi kontrak. Memang sudah menjadi lumrah ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya.

Yang cemburu dan irihati kebanyakanya apabila kita perhatikan sebenarnya bukan orang ahli perniagaan tetapi orang Melayu yang tidak pernah berkecimpongan dalam dunia perniagaan dan apabila mereka mendapati ada yang dah berjaya dan menjadi jutawan maka timbullah perasaan irihati dan membuat tohmahan yang kononnya mereka crony UMNO.

Saya bukan ahli perniagaan tetapi apabila berbual dengan orang yang bukan ahli perniagaan mereka selalunya akan timbulkan isu negatif tentang orang yang telah mendapat kontrak kerajaan kononnya semuanya crony UMNO.

Orang seumpama ini kalau berani berkecimponglah dalam dunia perniagaan untuk mengejar peluang yang ada daripada berperasaan irihati dan dengki.

Sambutlah cabaran dan bertekad menempoh segala pahit maung berniaga. Berniaga bukan semudah dapat kontrak sahaja. Banyak asas-asas perniagaan yang perlu diketahui untuk berjaya.

Anonymous said...

1. Kenaikan "5 in 1" harga barang2 asas akan menyebabkan ramai orang berpendapatan rendah akan mengalir airmata.

2. Ini kerana kenaikan harga barang-barang asas yang lain dan caj perkhidmatan akan turut naik.

3. Sekarang barulah golongan susah ini tahu slogan "Rakyat didahulukan".

4. Orang kaya tak terasa 5-10 sen kenaikan harga minyak, orang kaya tak terasa 25sen kenaikan harga gula tetapi ramai golongan berpandapatan rendah akan terasa bahang kenaikan harga barang2 asas.

5. Banyak lagi cara untuk menjana pendapatan negara dari orang2 kaya yang tidak melibatkan golongan berpendapatan rendah.

6. Setakant RM750 juta rasanya mudah dikutip dari golongan kaya seperti caj kad kredit, cukai dari kereta2 mewah dan banyak lagi.

- Kini UMNO tidak lagi -

Melayu Diaspora said...

Datuk,
Membaca komen-komen yang tidak senang dengan kerajaan Malaysia, jelaslah Malaysia bukanlah sebuah negara yang mudah diperintah. Naik harga barang ugut tak mau pangkah kerajaan dipilihanraya depan,potong subsidi pun sama juga. Tapi bila anak-anak dapat masuk universiti (di Malaysia sekarang IPTA dan IPTS) dah beratus-ratus tak macam saya dan kawan-kawan yang berhempas pulas nak masuk universiti tahun 70an dulu)dan biasiswa kata itu hak rakyat yang memilih kerajaan.

Nampaknya orang-orang Melayu hari ini begitu lemah semangat. Maklumlah dah lebih tiga puluh tahun disuap dengan DEB. Kerja, masuk universiti, rumah dan segala-galanya tertakluk kepada DEB. Hinggakan ada pejabat yang melimpah dengan kakitangan. Kalau di AS kerja-kerja yang biasanya dilakukan oleh 2-3 tetapi di Malaysia dibuat oleh 10 orang. Cuba kerajaan adakan retrenchment/kurangkan kakitangan tentu ramai yang mengamuk dan mengancam nak pangkah pembangkang dipilihanraya akan datang. Di AS kalau dikatakan "You are fired", angkatlah beg atau kotak kertas. Carilah kerja lain. Sekarang ni berjuta-juta rakyat AS hilang kerja, tapi tak ada yang memaki hamun kerajaan.

Nampaknya orang Melayu yang tinggal di AS lebih dinamik dan berani. Anak-anak masuk universiti tanpa quota. Mereka berentap di atas padang yang sama. Ramai yang mendapat keputusan yang baik lebih baik dari orang putih. (Malahan ada yang dapat sijil kerana kelulusan akademik yang cemerlang dan surat penghargaan dari presiden). Mereka tidak mendapat biasiswa kerajaan Malaysia (meskipun kerajaan Malaysia sekarang memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar asing) kerana kerajaan Malaysia tidak nampak mereka. Namun mereka sanggup membuat kerja-kerja sampingan seperti bekerja di restoren dan sebagainya. Tidak perlu meminta wang poket dari ibu bapa malahan ada yang membayar tuisyen sekolah melalui wang sendiri. Paling menarik mereka tidak meminta ibu bapa membelikan kereta atau melepak hingga subuh. Ada yang beli kereta "used car" yang paling murah semata-mata untuk ke kelas dan tempat kerja.

Mungkin orang-orang Melayu jenis ini yang boleh membuat pembaharuan sekiranya mereka pulang. Tapi mahukah mereka pulang?.

Anonymous said...

Salam Dato',

Saya seisi rumah mengguna gula sekitar 5 kg sebulan, naik 25 sen bermakna kena tambah RM1.25 sebulan - tak rasa apa-apa pun. Budak-budak pun tak appreciate kalau kita beri duit raya RM 1. Saya naik tak faham yang orang kata membebankan tu. Saya lebih risau kalau kedai tak jual gula.

Petrol naik harga, naiklah. Kalau mahal kita kurang buat perjalanan yg membazir atau selamba tak mati enjin kereta masa kat R&R atau naik kereta SOV. Kalau kerajaan perlu berjimat melalui potong subsidi maka lakukan dimana boleh kerana beban kerajaan sekarang ni memang besar tapi tentulah kena diiringi dengan perbelanjaan berhemah dipihak kerajaan juga. Beri subsidi kepada pengangkutan awam dan nelayan saja. Jgn pulak yg kaya mcm YTL dan yg sejenis dgn nya dapat subsidi.

Rasanya tak ada kerajaan yg mampu beri subsidi memanjang. Kat Brunei ada theme park ala Disneyland yg dibuka percuma kpd rakyatnya, sekarang dah tak mampu nak uruskan..banyak permainannya dah rosak tak terbela. Itu Brunei yg kononnya negara minyak dan rakyatnya tak ramai. Bukit pun kalau dicangkul hari-hari boleh jadi rata. Sepatah kata anak buah saya "taukeh babi pun boleh jual kandang."

Ada macam2 jenis kesedaran pengguna. Ada yg kerana mahu berjimat cermat. Ada yg mahu "value for money". Ada yang kerana kepercayaan misalnya bejalan kaki satu atau dua km ke tempat kerja kerana tak mahu bakar petrol yg mencemarkan alam menyumbang kpd global warming (belum ramai kat Malaysia yg jenis ni).

Kalau gomen betul2 percaya pemotongan atau penghentian subsidi perlu dilakukan maka tak perlu takut, lakukanlah dan tampakkan kpd rakyat apa kebaikan yg mereka dapat sebagai balasan, misalnya khidmat kesihatan yg lebih baik, sistem welfare yg lebih mudah diakses, khidmat sektor awam yg lebih efektif dsb. Janganlah jadi macam Alibaba punya bisnes "impot aja tak ada ekspot" (Pinjam P Ramlee punya dialog daa)

Apa pun rakyat perlu difahamkan situasi yg sebenar.

Reality bites.

Pak Hj JB

Anonymous said...

DAKJ,

Mungkin hanya saya saja yang baru tahu.

Bajet RM4 Billion untuk JPM itu rupanya hanyalah sekadar untuk BELANJA OPERASI SAHAJA.

Bajet keseluruhan untuk JPM adalah RM12 Billion.

Fed Up

ab said...

Salam Dato,


Apa pun dunia dah berubah....


YANG PASTI...SEGALA KEPERLUAN HIDUP
SEDANG BERTAMBAH MAHAL DAN AKAN MAHAL SETERUSNYA!!.....


Orang dah makin ramai,dah makin cerdik tapi tak bolih makan handphones,tak bolih makan laptop,tak bolih makan plasma tv,tak bolih makan kereta dll....


TUMPUAN UTAMA AKTIVITI ekonomi ialah buat `tools' dan `applications, macam macam...
tapi tak mengenyangkan perut!..


TAK DENGAQ LAGI ada MARDI BUAT pokok kelapa sawit kawin dengan pokok kurma,ada kurmawit, tak ada
lagi dengaq lalang kawin dengan
padi, supaya padilang tumbuh dengan mudah,tak dak lagi buat kristal dari buah pelam...bolih jadi perasa makanan universal orang yang suka yang agak masam sikit..ganti aji nomoto dsb....


Gula dari pokok sativa pun tak ada orang nak majukan.....suka tanam tembakau lagi baguih...!!.bolih bantu orang gol cepat sikit!..


NAK TAK NAK ORANG MELAYU kena berbelanja besaq laa kalau nak hidup macam dulu dulu ....SEBENARNYA KEHIDUPAN ORANG MELAYU TERAMAI ADALAH LUXURIOUS !!...sekali makan ada dua tiga hidangan,campuq nasi satu periuk sekali hadap...lepas tu pekena rokok,kopi ka tea ka, tenguk TV atau dengaq radio,....sekarang ni twitter,facebook,sms,cakap kat telepon dsb.....borak borak sikt, pasang kipas angin atau airconditionerr, sambung tenguk TV lain lagi kat bilik tiduq...kalau ada lagi..tenguk internet....


Pagi-pagi bagun lepas subuh (bukan semua laa), mandi dan makan lagi,tak jalan kaki,sapu sampah, cuci longkang,buang sampah dsb dsb sebab takut lambat nak pi kerja...semua tu upah ORANG LAIN BUAT...orang gaji la tu.


LEPAS TU MASUK KERETA START AIRCONDITIONER, pasang lagu lebih kurang, maki hamum orang(verbally atau dalam hati) kalau tersangkut kat traffic jam...jalan kaki tak bolih,panas laa,berpeluh laaa..BERPELUH TU SATU TABOO UNTUK ORANG MELAYU!!!


KAT OPIS, kerja sat lepas tu kena REHAT...minum ka,makan ka atau borak-borak ka,juai apa yang bolih juai dsb....tegahari makan, petang sikit makan lagi,lepas tu balik rumah,makan lagi....


SAYA DAH JALAN dan tenguk orang barat terbanyak makan tak la macam kita...pagi dia minum juice buat,pekena roti satu dua keping, minum kat office tibai kopi free
kat office,tengahari makan burger/salad/juice lagi....petang dia orang singgah kat pub kena 1-2 gelas beer, balik rumah makan mee, salad,buah,,burger dsb....makan macam orang melayu sekali hadap ni beratus dollar atau euro atau punds kalau kat restoran!!!..nak masak pun mahai,kalau sewa bilik nak masak mai mana....


PERUBAHAN PERTAMA ORANG MELAYU IALAH BAB MAKAN NI....makan la untuk hidup....(tu pun kalau tak pendek hidup nya), bukan hidup nak makan.....entah berapa tahun lagi baru akan kelihatan polar permakanan baru orang melayu ni....


BAB BAB CARA HIDUP kat rumah siang malam tu tak tau laa lama mana nak berubah,,,TETAPI SAYA PASTI SEMUANYA AKAN BERUBAH......! sebab nya ialah...ORANG MELAYU TAK CUKUP DUIT UNTUK HIDUP 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.....


ADA KA DATO MINAT TULIS perihal
tatacara hitung perbelanjaan kelurga dan diri sendiri dalam
kontek ORAMG MELAYU??.



Abu Bakar Ab Rahman

al-Din-amin said...

Tak berapa lama dulu, semasa kempen ada pemimpin umno ditumbok oleh penyokong pembangkang. Selepas rasionalisasi subsidi ini beranikah umno kempen untuk ahli baru di kampung2? Tak kena penumbuk mau pun dikejar dengan parang panjang! Oleh itu bilangan ahli baru tidak akan bertambah dalam umno.

Rasionalisasi subsidi adalah untuk kebaikan jangka panjang kata najib. Sedarkah ia langkah yang paling baik untuk jangka panjang ialah ia digantikan sekarang juga!

Orang yang tahu hendak tenggelam kerana kesalahan sendiri tidak memperdulikan apa2 asalkan ia selamat walaupun negara tergadai.

Berdikari - rakyat melayu mesti bersedia keperingkat republik. Pembaziran sejak berzaman inilah kesudahannya untuk rakyat biasa dan negara.

Anonymous said...

ubahlah gaya hidup kamu:

dari segelas teh tarik
turun kan kesetengah gelas

tanamlah tebu untuk mendapat gula
susah susah pergi ke cuba ambil gula

banyakkan berjalan dari berkereta
kalau tidak merangkak lah kamu

jangan makan nasi
makan lah hati

makan sehari sekali
hujung minggu cari rumah orang kenduri...he..he..he

isam

Anonymous said...

cheh baru naik 25sen dah bising kat amerika lagi mahal, blum lagi kat uk..kurangkan gula kurang penyakit kencing manis..lu nengok betapa langsingnya bik mama...

bik nenek

Rasputin Beliong said...

"Sebagai rakyat jelata, pengguna, pembayar cukai dan pengundi, kita sebenarnya mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang sangat besar, mutlak dan mutakhir" - DAKJ

Kuasa yang paling kuat adalah dari kaum-kaum pendatang yang paling banyak membayar cukai. Maka itulah sebabnya kerajaan Mohd. Najib melentok badan ke belakang untuk memenohi desakan-desakan kaum-tersebut dengan mimpi ditengah rembangnya bahawa kaum-kaum tersebut akan mengundi UMNO.

Sebelum Najib, aku yakin akan mengundi calon-calon UMNO. Sejak Najib, aku kurang yakin.

Unknown said...

BERITA TV3 MALAM TADI, KERANA GULA, RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENGIDAP KENCING MANIS .BILA GARAM NAIK HARGA, MESTI GARAM PULA PENYEBAB DARAH TINGGI.AKU KETAWA SENDIRIAN MENGENANGKAN RAMAI RAKYAT YANG MASIH BOLEH TERIMA ALASAN YANG MACAM TU RUPA.SEDAR LA RAKYAT MALAYSIA SEKALIAN,BILA ANDA JENIS SEORANG PENCACAI U M N O ,NAIK LA APA BARANG JENIS APAPUN, HANGPA AKAN SOKONG,WALAU DAH NYATA AKAN MEMBEBANKAN SEMUA RAKYAT TIDAK KIRA U M N O ATAU PAKATAN RAKYAT.KERAJAAN DAHULUKAN RAKYAT LA KONON,PI LA....LEPAS NIE BARANG LAIN AKAN IKUT NAIK SAMA JUGAK... TAHNIAH 1 MALAYSIA

Anonymous said...

Idris Jala kata kalau tak kurang subsidi, akan bangkrap pada 2019.

PM kata Idris Jala salah.

Kini, seperti DAKJ tulis, tindakan Najib seperti setuju pula dengan Idris Jala.

Adakah ini bermakna benar negara akan bangkrap pada 2019 jika subsidi tidak dipotong?

Adakah kita akan menjangka pemotongan subsidi setiap 6 bulan seperti pelan Idris Jala?

Gula RM2 sekilo? Minyak RM2 seliter? Tarif elektrik? Tol? Potongan tambahan untuk perubatan selain EPF dan SOCSO?

Dengan kekuatan 40,000 kakitangan di JPM, kenapa saat akhir baru umum kenaikan ini sampai tak sempat bincang masa parlimen masih bersidang?

Kawan (malas nak semak apa nak anon beliau), RM15 memang sedikit. Tapi impak kenaikan 5 sen hanya pada penggunaan petrol saja ke?

Cuba pakai akal jika ada. Makanan yang kita bekal pada anak kesekolah, berapa ratus kilometer baru sampai rumah kita? Industri yang guna petrol hanya melibatkan industri barangan bukan keperluan ke?

Pak Lah naikkan minyak 20 sen, harga barang naik.

Pak Lah naikkan minyak 70 sen harga barang naik.

Bila harga minyak turun, harga barang tak turun.

Kini harga minyak naik lagi, harga pasti tak turun.

Dalam naik turun harga minyak diatas, berapa peratus sahaja rakyat Malaysia yang membantah dijalanan?

Selama ini pun rakyat Malaysia sabar. Jadi jangan kata rakyat Malaysia suka kecoh.

Soalnya mana penguatkuasaan?. Mana penyeliaan? Kerajaan berbelanja, masih cara boros juga.

Felda tak pasal-pasal nak buat HQ baru (yang bertaraf 6 bintang) dekat KLCC. Memajukan tanah di tapak PDRM Udara dan di Jalan Duta masih cara direct nego.

Pak Belalang,

Sedih saya bila Pak Belalang berfikiran singkat bila tuduh orang makan gaji tak faham perasaan orang berniaga.

Cuba selak blog Che Det; kini pesaing utama peniaga kecil dan sederhana adalah GLC. Kerana itu peniaga melayu cantas peniaga melayu.

Mungkin Pak Belalang kena luaskan lagi pergaulan dengan masyarakat.

Saya juga setuju kita kena lebih berdikari. Malah ramai yang sudah lama cuba berdikari.

Lihat saja, dipejabat kerajaan, bukan sedikit yang tidak segan berniaga direct selling masa pejabat. Malah ada Ketua Pejabat yang mengkhususkan sesi pengisian hari jumaat untuk wanita dengan kempen direct selling.

Itu belum lagi cikgu yang buat tuition atau bawa teksi. Atau pegawai rendah yang kerja part time sebagai pengawal malan.

Soal kos sara hidup terlalu tinggi berbanding pendapatan sudah lama dirasai segenap masyarakat. Orang kampung pun mengeluh bila membeli baja, benih dan dedak.

Bila balik dari Canada, saudara boleh semak, fenomena kerja lebih dari satu sebenarnya sudah lama di negara kita.

Masalahnya, masa PRK dan PRU, yang suka tabur janji juta-juta tu siapa?

Kalau saya ini penggila teori konspirasi, saya akan kata yang kerajaan lebih suka rakyat kekal miskin - untuk memurahkan lagi kos pilihanraya.

p/s DAKJ dah baca artikel NST seperti link pada komen saya tu?

Fed Up

antubiul said...

Tak perlu bandingkan AS dg Malaysia. Lain padang lain belalang. AS adalah milik Red Indians yang di-Cloroxkan (Diputihkan) oleh bangsa Clorox (Orang Putih) yang kemudian nya merampasnya seperti mana Israel merabuk hak Palestin. AS apabila merdeka cuma ada Clorox dg Charcoal sebagai majority, red indians sudah jadi minority.Di awal kemerdekakan charcoal ditindas oleh Clorox sehinggalah Martin Luther King menbuat kaum Clorox sedar. Malaysia sebelumnya Tanah Melayu yang kemudiannya dikongsi dg Cina, India dll.Malaysia bukan America, one voice one language US English. Malaysia ialah one nation many languages and culturals. Orang America tidak boleh menjadi PM dan memerintah Malaysia kerana ia akan menyebabkan huru hara tetapi orang Malaysia baik India, Cina,Melayu boleh menjadi Presiden dan memerintah America. Sebabnya, diAmerica everything can , gay, lesbian, fireamss,homosekseul except Osama Ladin and his gang.
Pendapatan per kapita american terlalu jauh jika dibandingkan dg Malaysia jadi tak de subsiy pun tak mengapa, lagipun diamerica kebanyakan barang keperluannya adalah diimport. Subsisi boleh dihapuskan begitu juga dg roadtax, cukai tanah dan pintu,tol,incometax dsbgnya boleh dikurankangkan. Di Malaysia masih ada orng malaysia tak kira kaum menjana pendapatan kurang 500rm sebulan tidak seperti America di mana piza boy pun mendapat lebih.

Bleacher said...

Dato.....

Saya tidak mahu menambah komen mengenai perkara subsidi ini. Tapi saya berminat untuk mengetahui sejarah, motivasi dan cerita sebalik subsidi di Malaysia.

Dato seorang berpengalaman luas dan sudah tentu tahu banyak berita2 penting Malaysia. Saya harab Dato tidak keberatan untuk berkongsi cerita.

Anonymous said...

Tok,

Ada yang komplen, pak menteri hidup mewah, yang pakai kereta Mercedez tu semua orang UMNO.

Depa ni tak tau ka Tok, sekarang ni bukan orang UMNO saja bawak Mercedez. Orang PAS, orang DAP, orang PKR pun banyak yg dah bawak Mercedez. Hari tu, Tian Chua langaq orang mati pun dreber dia bawak Mercedez jugak.

Apa nak heran Tok. La ni orang politik semua dok hidup mewah. Masing2 dah ada tanah jajahan sendiri, boleh buat duit bahagi2 pada rakan dan taulan. Masa ceramah depa cakap la rakyat terseksa la, hidup susah la, jiwa merana la ...
Abieh ceramah, start kereta, start aircond ... zooommm depa belah pi minum kat coffee house jugak.

Yang buta perut. Penyokong2 cap ayam depa ni. Dok sokong macam orang tenging. Kita meluat tengok satu puak dalam UMNO tu. Menyamun tak cukup2. Kita harap yang puak tak suka UMNO ni pun, buat lah elok2 sikit. Tapi Tok ... harammmm. Depa pun dah jadi teruk macam penyamun dalam UMNO tu. Mampoih la kita kalau macam ni Tok. Orang politik kiri kanan dok kencin kita.


George Soru
Kilang Gula, Bintong

Anonymous said...

Dato',
Patut jangan naikkan 5 sen, naikkan 50 sen untuk RON 95, gula naikkan RM 1.00, Gas naikkan sampai RM 10.00 kalau ikut kiraan kerajaan akan dapat jimatkan RM 10 billion.
Naikkan apa yang patut naik dan hapuskan semua subsidi supaya Malaysia setaraf negara lain dari segi harga barang tetapi bukan dari segi ekonomi.
Binakan parlimen baru yang bernilai RM 800 juta, Istana baru RM 1 billion, Mahligai PM baru RM 2 billion dari semua penjimatan subsidi yang bernilai RM 10 billion. Ahli Parlimen BN bagi peruntukkan RM 5 juta seorang supaya mudah mereka berbini 2 atau 3 atau 4 dan pakai Merce ke, BMW atau Bentley.
Sembelih jer rakyat setiap 5 tahun kerana rakyat bukannya cerdik kerana mereka tetap akan pangkah BN walaupun harga Barang Naik.
Tragedi Srebenica sedang terjadi dengan penyembelihan yang akan membuatkan rakyat disembelih secara tidak mati mengejut seperti serbia bunuh bosnia, rakyat akan mati secara perlahan-lahan dengan kenaikkan harga barang....
"kurangkan gula, kurangkan gas, kurangkan petrol, kurangkan makan..........akhirnya mati..

Anak Bota/Parit

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dimuliakan,

1. Kalau tepat kefahaman saya mengenai langkah terbaru pemerintah ini, jumlah RM750 juta yang dijimatkan itu TIDAK akan dibelanjakan;

2. Kalau dibelanjakan, tentulah pemerintah tidak dapat mengurangkan defisit belanjawan;

3. Maksudnya jumlah RM750 juta itu akan dikeluarkan daripada perbelanjaan pemerintah. Dalam erti kata yang lain, perbelanjaan kerajaan akan dikurangkan sebanyak RM750 juta dengan memotong subsidi;

4.Ini berbeza dengan pemotongan subsidi minyak tahun 2006 apabila semua atau sebahagian penjimatannya disalurkan kepada projek pengangkutan awam; dan

5. Pemotongan subsidi kali ini bukan untuk menyokong sektor lain, tetapi untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Terima kasih.

OKJ said...

Salam DAKJ

Kematangan & jangkamasa wawasan 2020

Salah satu ciri-ciri negara maju adalah kematangan rakyatnya berfikir. Untuk itu, saya nak ajukan soalan mudah untuk difikirkan bersama. Pertama, boleh ke kita senaraikan sebuah-dua negara yg dipilih oleh rakyat untuk menang pilihanraya tapi sesuka hati menaikkan harga barang untuk menang pilihanraya lagi??? Soalan kedua, tolong jawab soalan pertama dengan penuh kematangan !!!! Jawapannya nanti, adalah nilai kematangan diri sendiri dan masa yg diperlukan untuk negara menjadi negara maju.

Insan mulia, niat sedekah & (3 dalam 1)

Dalam Islam sendiri kita digalakkan bersedekah. Lebih banyak kita bersedekah lebih banyak berkat yg kita dapat. Bukan saja di dunia, malah diakhirat kelak. Insan yg mulia ialah insan yg suka bersedekah. Jadi apa salahnya kita menjadi seorang insan yg mulia dengan niat bersedekah setiap kali membeli barang. Hati senang, barang dapat & saham akhirat pun dapat (3 in 1). Tapi niat tu kena penuh keikhlasan dan kematangan. Sekian TQ.

Anonymous said...

Tok,

Maaf cakap ka. Pas, Umno, DAP, PKR, MCA, MIc, PBB sama saja. Kuasa dan duit.

Tengok Si Anwar tu, tak habis-habis pi luar negeri. Mana dia dapat duit kalu bukan masa dia jadi taukey duit Umno dan Kerajaan. Tok pun tau. Tok pun komplot juga. MRCB, NST, TV3 dan malakoff, Hong Leong dan Phileo tu siapa punya kalau bukan Anwar masa dia jadi DPM dan Menteri Kewangan.

DAP dan Pas pun apa kurang? Dari mana DAP dapat duit kalau bukan dari tauke-tauke Cina yang main kayu tiga dengan BN. Bagi BN sejuta ringgit, bagi kepada DAP diam-diam RM500,000.

Soalnya hanya masa Tok. Dulu masa BN. Masa BN lama. Sekarang BN dan PR berebut kuasa. PR dan rasa kuasa Tok, macam rimau rasa darah, tak akan kenyang punya. Tengoklah macam masa Khalid Ibrahim korek pasir lebih teruk daripada 60 tahun BN perintah.

Bukan apa Tok, PKR nak kena dengan cepat buat war chest untuk lawan BN untuk kekalkan Selangor. Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim orang Umno Tok, depa tau tak ada fulus tak guna cakap.

Betullah Tok macam kata P Ramlee, wal hasil balik asal, itu pasal tak hasil.Kong kalikong Tok.

Kamjat Penang

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...

Dulu kata sedih tengok gaji anggota kerajaan sikit, janji nak naikkan tapi habok pon tarak.Tut-tut potong subsidi. Bukan nak bagi, tarik lagi ada.

Bukan rahsia lagi, ramai peniaga kecil Melayu yang pinjam kat Ah Long. Macam yang meniaga kuih & nasi lemak. Nak buat kueh, kena bubuh gula. Nak masak, kena guna gas.La ni, bila harga barang asas naik, lagi la depa susah. Akan banyak yang kantoi bayaq hutang. Kesian tengok, ada yang menangih-nangih melutut, memohon belas kat Ah Long pasai tak dak duit bayaq hutang.

Bila jadi macam ni, sapa yang tambah senang dan sapa tambah susah?

Jadi, kalau rakyat dah hilang rasa percaya, hormat dan sayang kat gomen, nak kata apa ?

P.S: Bila tengok Ah Long freely paku iklan di tiang, pokok tepi jalan, pihak yang berwajib tak nampak ka ? Atau .....

BAH ....

Abdullah Ngah said...

Para pemimpin surah rakyat berjimat cermat, tetapi mereka boros seborosnya.

Mereka ingat mereka tak buat salah miskipun boros berbelanja waktu.

Begitulah nasib malang rakyat yang sentiasa menjadi mangsa.

ekonomi jatuh rakyat yang dipersalahkan. Barang naik rakyat juga dipersalahkan.

Gajah didepan mata tak nampak kuman diseberang laut nampak pula.

Pendek kata pemimpin tidak salah yang salah ialah rakyat jelata.

Malangya naib rakyat dan untungnya jadi pemimpin.

Pemimpin tak sedar yang dia beli baju tidak ukur badan sendiri, sehingga habis wang negara.

saji said...

Salam sdr Fed Up dan Mat Zero

"Cuba selak blog Che Det; kini pesaing peniaga kecil dan sederhana adalah GLC. Kerana itu peniaga melayu cantas peniaga melayu."

Komen:

Dalam konteks perbincangan sdr, lawan 'pasaing' utama ialah 'komplemen'.

Ada blog Che Det bincangkan mengenai'komlemen' ini? Jika ada, bagaimana ia dilakukan?

Seingat saya, Che Det orang yang menubuhkan PERNAS yang, antara peranannya, ialah menyediakan jentera pembinaan sederhana dan berat untuk disewakan kepada kontraktor Melayu. Tetapi, mengapa PERNAS gagal dalam hal ini? Ada dibuat kajian susulan mengenainya?

Tidak lama dulu, di Persidangan Agung UMNO, wakil Pemuda UMNO ada mencadangkan supaya GLC tertentu menjadi pembekal/vendor bahan binaan kepada kontraktor Melayu yang, pada saya, tidak ada bezanya dengan apa yang dilakukan oleh PERNAS diatas. Tetapi, ia tidak berlaku! Mengapa?

Bagi saya, UMNO ada idea yang baik2 untuk memajukan orang Melayu umumnya dam usahawan Melayu, khasya. Tetapi apabila gagal terus tutup buku! Tidak ada kajian /idea susulan untuk mengatasinya!


Sdr Mat Zero

Inilah hujah saya sebelum ini yang mengatakan UMNO separuh hati menolong orang Melayu.

saji said...

Saudari makbudak

"mengapa pula kita mesti berasa terhutang budi pada kerajaan? bukan kerajaan ke yg terhutang budi pada rakyat yg memilihnya menjadi kerajaan?"

Komen:

Fahaman saya, dari sudut leadership/kepimpinan negara, rakyat memberikan reward/ganjaran kepada kerajaan pimpinan UMNO/BN dalam bentuk cukai pendapatan dan lain2 cukai kerana berjaya memenangi PRU 12 dan sebelumnya. Daripada ganjaran itu kerajaan pimpinan UMNO membuat unjuran kira2 perbelanjaan 5 tahun dan tahunannya. Begitulah jika PR yang bakal diketuai PAS memenangi PRU 13 nanti. Maka tidak timbul soal rakyat terhutang budi kepada kerajaan UMNO.

saji said...

Sdr Raja2u

"Dimana boleh kita terus memberi peringatan kepada pemimpin kita tetapi kita tidak boleh berharap sangat mereka akan mengikuti pandangan kita kerana dalam banyak kes Menteri-menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan tidak lagi secara bersendirian mengeluarkan input bagi sesuatu dasar kerana tanggungjawab tersebut biasanya diberi kepada konsultan atau team of experts.Macam mana hendak berpatah balik kerana pembayaran untuk perkhidmatan pakar sudah dibuat

Kepada bijak pandai kita tampillah kehadapan memberi pandangan yang membina. Berilah teguran jika diketahui kesilapan yang merugikan negara berlaku."

Komen:

Dari sudut dasar awam, menteri dan pendokongnya di pihak pemerintah, bertanggungjawab mencari dan mencetuskan isu rakyat yang darinya dibentuk dan digubal menjadi dasar awam seperti DEB bersama2 pegawai kerajaan tertentu.


Tanggungjawab pegawai kerajaan yang lain ialah menterjemahkan dasar awam kepada realiti yang diinginkan oleh menteri tadi, dalam erti kata memberikan input aspek tenikal yang sesuai (sudah dibincangkan sebelum ini)bagi maksud pelaksanaan.

Saya kira, sdr tahu diisinilah kelemahan kerajaan pimpinan kerajaan UMNO/BN selama ini yang, pada saya, letaknya peranan sebenar konsultan dan team of experts berkenaan.

pakbelalang said...

Muhyiddin welcomes initiatives to unite Malays and Muslims


KOTA KINABALU: Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin said Sunday that he welcomes any initiative by individuals or groups to facilitate unity among the Malays and Muslims and in playing the mediatory role between Umno and PAS.

comment:

Kalau masing-masin bersikap "bodoh sombong" (arrogant) jangan harap ada perpaduan Melayu Islam.

Kita akan jadi macam orang Palestine dipermainkan oleh Yahudi.

Umat Melayu penduduknya lebeh kurang sama dengan Yahudi. Mengapa Yahudi lebeh kuat dan boleh control negara-negara Arab dan Barat sedangkan umat Melayu masih lagi terombang ambeng dan terkial-kial tak tahu dimana hala tuju hendak pergi?

Sebabnya adalah semangat sayangkan bangsa tidak ada. Masing-masing ikut nafsu-nafsi hanya pentingkan diri sendiri terutama pemimpin-pemimpinnya.

Melayu Oh Melayu !!!! Itulah Melayu. Pandai cakap je !! Tak kemana pun!! Sedih !!! Akhirnya terjun longkang !!

nasir said...

Hairan .. BN mengaku tak mampu nak tadbir terpaksa buat itu ini .. Naik itu ini ..Jimat itu ini .

TAPI ;

Bermati-matian taknak lepaskan jawatan . Bergolok-gadai menjaga kerusi . Menipu untuk terus hidup .Selama KELANTAN diperintah PAS takdak pula teruknya walaupun peruntukan disalurkan melalui pihak ketiga . Walaupun geran perkapita sentiasa lambat . Walaupun dinafikan royalti .

Kenapa takut untuk serahkan kepada PR ?

nasir said...

Soalnya hanya masa Tok. Dulu masa BN. Masa BN lama. Sekarang BN dan PR berebut kuasa. PR dan rasa kuasa Tok, macam rimau rasa darah, tak akan kenyang punya. Tengoklah macam masa Khalid Ibrahim korek pasir lebih teruk daripada 60 tahun BN perintah.
------------------------------------

Ini cakap macam budak2 .Patutlah MELAYU tak maju sampai bila2. Pasir zaman Khalid lebih teruk ? Atau TV yang highligt lebih2 zaman khalid tapi buat BUTA dan PEKAK zaman BN . Takkan itu pun tak tahu nak fikir . Kalau lah otak MELAYU setakat TV - UTUSAN- BHairan maka tak hairanlah sampai kiamat pun takkan maju . Asyik ditipu2 saja .

tunggulah PR 13 nanti .. anak2 muda seperti saya dah jelak dengan berita berat sebelah . Kenapa BN sampai sekarang tak berani nak bagi lesen TV mahupun RADIO kepada PR ? sedangkan dalamm masa sama mempergunakan TV dan AKHBAR macam harta mak pak BN .

DATO AKJ sendiri nampaknya sia2 saja menceburi bidang kewartawanan tapi dalam masa sama melacurkan kewartawanan demi survival BN yang korup .

dan kajang said...

Assalamualikum Dato',

1. Apa yang boleh rakyat buat kalau Kerajaan dah memutuskan untuk tarik balik atau kurangkan subsidi itu. Mungkin itu cara yang mereka fikirkan terbaik untuk menambah dana Kerajaan yang kian susut. Cuma cara pendekatannya agak menyakitkan hati rakyat.

2. PM DS Najib kata Kerajaan telah mengambil tindakan yang "berani" dengan mengurangkan subsidi. TPM TS Mahyiddin pula menyatakan beliau yakin bahawa kenaikan harga itu tidak akan membebankan rakyat.

3. Kita harus sedar walau apa sekali alasannya, sebarang kenaikan harga, tidak kira berapa banyaknya, akan memberi kesan dan sudah tentu akan membebankan rakyat. Kerajaan hanya mampu memberi amaran kepada pekedai/peniaga agar tidak menaikan harga akibat dari kenaikan bahan bakar dan gula ini. Tapi soalnya mampukah Kerajaan membendung kenaikan itu. Tentunya tidak. Jadi siapa yang akan menangung bebannya kalau tidak rakyat?? Jadi bagaimana dengan kenyataan TS Mahyidin?? Bolehkah kita pakai jaminannya??

5. Jadi dengan penarikan subsidi ini maka kebanyakan rakyat (termasuk penyokong BN) akan kecewa dan marah. Ini bererti bahawa rakyat (termasuk penyokong BN) kini kurang terhutang budi kepada Kerajaan BN. Tambah pula PM DS Najib sendiri dah menyatakan Kerajaan berani amabil tindakan itu dan oleh itu sudah tentu juga beliau berani menanggung risikonya.

6. Rakyat juga bebas sekarang membuat pilihan mereka semasa PRU 13 nanti tanpa terhutang budi kepada sesiapa. Siapa yang mereka akan pangkah tentu tidak ada apa2 perbezaan.

Anonymous said...

Salam,

Saya memang terasa terhutang budi dengan kerajaan. Saya telah mendapat peluang belajar sehingga ke peringkat ijazah dan kini telah mempunyai kerjaya yang baik. Jadi apa lah salahnya membayar budi kerajaan dengan sedikit pengorbanan. Pengorbanan ini juga untuk masa depan anak-anak kita. Tanya lah diri kita sendiri apa kah kita tidak ada sedikit pun mendapat faedah dari kerajaan? Sudah tentu ada bukan.

Ada setengah kaum yang rasa mereka tidak berhutang budi dengan kerajaan. Sebab itu mereka menyokong pembangkang. Kebanyakan kaum ini adalah berniaga tetapi adakah semua mereka pembayar cukai yang baik? Untung semua masuk poket.

Begitu juga kebanyakan orang Kelantan. Rata-rata berhijrah mencari pekerjaan dan berniaga di negeri yang maju. Tapi masa mengundi berduyun-duyun balik kampung undi pembangkang jugak. Cuba lah tinggal di negeri sendiri dan cari makan di situ. Cuba lihat warung-warung di KL nie, semua nya puak-puak nie belaka. Kaum dan puak ni lah yang lebih bising kalau kerajaan kurangkan subsidi.

Jay

Anonymous said...

DAKJ,

Bagi saya tidak ada beza samada kerajaan guna atau tidak RM750 juta itu.

Rakyat tetap yang tanggung; malah tanggung bukan untuk manfaat rakyat sendiri tapi tanggung untuk mencantikkan akaun kerajaan (supaya beza DEBIT dan KREDIT tidak terlalu besar).

Lagipun saya tidak pula menemui sumber berita seperti tafsiran DAKJ. Sudi kongsi sumbernya?

OKJ,

Pak Lah dah buat dah dulu dengan kenaikan total 90 sen. Jangan mudah lupa. Contohnya tak jauh. Sampai la ni kita tak tahu apa arah kegunaan penjimatan subsidi itu.

Kamjat Penang,

Kalau duit datang dari penyokong politik, apa kita orang biasa nak campur?

Yang tengah bengkak sekarang adalah cara guna duit negara (duit rakyat).

Jika doktor gigi boleh buat rumah nilai berjuta dengan menjadi MB beberapa penggal saja, itu baru lah pelik.

Jika baca utusan minggu lepas, ada berita tentang 3 kawah tanah sedalam 2 batu di johor tu apa kes?

MACC pun diam saja, susah la nak percaya cerita pasir Selangor. Kot jadi macam cerita lembu dulu je.

OKJ,

Sedekah ni afdal dari yang mampu. Dari yang tidak mampu, hukumnya harus. Dan jika terpaksa sedekah, hukumnya haram.

Nak bercakap, modalnya air liur je. Nak makan yang kena pakai duit.

Fed Up

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin,

Kita tahu kerajaan banyak hutang.Satu beban yg. sedang dipikul.Dgn. mengurangkan subsidi, rakyat sedikit terbeban tapi kerajaan dpt. sedikit wang, RM750 juta.Satu penjimatan yg. baik.

Bagi kita ,rakyat, mesti berjimat selari dengan apa yg. kerajaan buat.

Berjimatlah menggunakan petrol.Kurangkan perjalan yg. tak perlu.Ringankan kaki jangan selalu 'tekan' pedal.Biasakan kelajuan kereta antara 90km/jam dan 100km/jam.Tukar gear cara berhemah.Jangan 'ram'enjin.Jangan biarkan enjin hidup kalau kereta tak jalan (kat parkir).

Tulis senarai barang yg. nak dibeli, tak payah keluar acap kali ke kedai.Beli sekali serentak.

Belajar kurangkan penggunaan gula.
Mula amalkan minum air kosong.Jauhi kuih-miuh.Teh tarik.Lama kelamaan kita boleh menerima makanan yang tawar.

Kurangkan penggunaan telefon bimbit.Bercakap yg. perlu je.SMS pun yg. perlu je.

Kurangkan bil letrik.Gosok baju banyak helai sekali.Jgn. guna kipas semasa sterika baju.Gunakan suhu sederhana.
Pasang lampu, kipas dan alat penghawa dingin hanya kalau perlu.Elakkan pembaziran letrik.Jimat duit.

Kurangkan atau lupakan langsung makan di kedai kerana harga makanan siap memang mahal.Masaklah kat rumah.Yang tak pandai masak mulalah berlajar dgn. ibu bapa atau dgn. buku masak2.

Perokok berhenti merokok kalau tak berdaya kurangkan.Roko mahal!!

Jangan gunakan kad kredit kalau tak mampu.Insaflah.

Banyak lagi.Terokalah sendiri.

Kalau diamal,lama kelamaan kita akan lebih bijak berbelanja.Kita menolong diri kita dan kerajaan BERJIMAT.

Kurangkan mengutuk kerajaan (BN/UMNO) agar kita lebih memahami tanggungjawab kerajaan.

Sekadar berkongsi pengentahuan.

Nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Salam hormat,

Lat Juno.

Anonymous said...

datok......
itulah kehendak pemimpin kita..rakyat terus sengsara

pemimpin bergembira..pilihan dtgn kita..kita ada kuasa..buat lah sesuatu..campakkan pemimpin2 k dlm kandang lembu..

wsalam...jaipong..

MalaysianKita said...

Dalam masa kita berdebat soal pemotongan subsidi, kenaikan harga barang dan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah, kita diminta oleh sesetengah pembahas berjimat cermat, DAN ada juga supaya jadi seorang matang berfikir.

Minta rakyat berjimat-cermat ni dah lama dah…..tiap kali naik harga petrol, nasihat berjimat cermat nil ah dok palu hari-hari. Tak apalah, kita terima nasihat berjimat cermat, bersederhana, jangan membazir. DAN SAYA yakin, majoriti rakyatpun sebenarnya dah lama berjimat cermat, IKAT PERUT, yang boros tu sebab kesan kanaikan harga petrol, letrik,air,gula langsung tak terasa atau terjejas…..mungkin pendapatan mereka 5 angka sebulan!

Bagaimana dengan ciri-ciri Negara maju, “kematangan rakyatnya berfikir”? Saya fikir, “matang berfikir” bagaimana menghadapi cabaran hidup, meningkatkan keberadaan diri dan keluarga ke tahap yang lebih baik dalam semua bidang, TERUTAMA pendidikan dan ekonomi keluarga. Kematangan rakyat berfikir juga harus selari dengan kebebasan bersuara.

Walaubagaimanapun, saya perhatikan, sesetengah pembahas berpendapat, kalau hujah menyokong segala tindakan kerajaan (contoh dalam perbincangan sekarang adalah pemotongan subsidi) dan akhbar milik “kerajaan” dianggap MATANG BERFIKIR, (YANG berhujah tidak menyokong tindakan Kerajaan dianggap TIDAK MATANG), maka kalau begitu kita sepatutnya sudah lama mencapai status Negara maju!!

DAN kita perlu perhatikan jugak, kenaikan kadar jenayah dan kerosakan sosial, ada kaitannya dengan hidup susah, miskin!!

TAK ADA salahnya niat nak jadi seorang insan yg mulia dengan niat bersedekah setiap kali membeli barang keperluan, TAPI kita kena ingat, minda peniaga ramai yang bijak mengambil kesempatan!!


Saudara Jay,

Awat yang hang marah sangat dengan Ore Kelate? Depa hijrah cari rezeki halal. Bukan sahaja Ore Kelate, seluruh negeripun ramai yang hijrah ke KL/WP/Selangor cari makan, cari rezeki halal.

Yang patut kita marah, bangsa asing dari Afrika, Amerika Selatan, China, dan India dll yang datang sini cari rezeki haram, buat banyak masalah jenayah dan sosial.

Dato'

Kalau dengan pemotongan subsidi ni Kerajaan dapat jimat 1000juta pun, TAPI KETIRISAN,KORUPSI,BOROS,MENYELAMAT SYARIKAT KRONI dan lain-lain, APA MAKNA 1000juta???

YANG AMAT perlu, NAjib perangi rasuah dalam pentadbiran, jimat berbelanja.....ni tak, ubahsuai Kediaman PM Putrajaya dah berapa juta dah?

Anonymous said...

Saudara Lat Juno idea dan nasihat anda memang nampak cantik.
Tapi takkan sebelah pihak saja.
Cuba bagi idea dan nasihat pulak
pada pihak kerajaan apa yang patut dibuat.
Idea dan nasihat anda untuk kerajaan dinantikan.
sekian terima kasih.

....Mat Adil....

MalaysianKita said...

Dalam masa kita berdebat soal pemotongan subsidi, kenaikan harga barang dan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah, kita diminta oleh sesetengah pembahas berjimat cermat, DAN ada juga supaya jadi seorang matang berfikir.

Minta rakyat berjimat-cermat ni dah lama dah…..tiap kali naik harga petrol, nasihat berjimat cermat nil ah dok palu hari-hari. Tak apalah, kita terima nasihat berjimat cermat, bersederhana, jangan membazir (kerana itu juga nasihat agama). DAN SAYA yakin, majoriti rakyatpun sebenarnya dah lama berjimat cermat, yang boros tu sebab kesan kanaikan harga petrol, letrik,air,gula langsung tak terasa atau terjejas…..mungkin pendapatan mereka 5 angka!

Kita juga kena ingat, masalah sosial dan kenaikan kadar jenayah juga ada kaitan dengan kemiskinan, kesusahan hidup!

Bagaimana dengan ciri-ciri Negara maju, “kematangan rakyatnya berfikir”? Saya fikir, “matang berfikir” bagaimana menghadapi cabaran hidup, meningkatkan keberadaan diri dan keluarga ke tahap yang lebih baik dalam semua bidang, TERUTAMA pendidikan dan ekonomi keluarga. Kematangan rakyat berfikir juga haru selari dengan kebebasan bersuara.

Walaubagaimanapun, saya perhatikan, sesetengah pembahas berpendapat, kalau hujah menyokong segala tindakan kerajaan (contoh dalam perbincangan sekarang adalah pemotongan subsidi) dan akhbar milik “kerajaan” dianggap MATANG BERFIKIR, (yang tidak sokong, TIDAK MATANG BERFIKIR) maka kalau begitu kita sepatutnya sudah lama mencapai status Negara maju!!

TAK ADA salahnya niat nak jadi seorang insan yg mulia dengan niat bersedekah setiap kali membeli barang keperluan, TAPI kita kena ingat, minda peniaga ramai yang bijak mengambil kesempatan!!

Saudara Jay,

Awat yang hang marah sangat dengan Ore Kelate? Depa hijrah cari rezeki halal. Bukan sahaja Ore Kelate, seluruh negeripun ramai yang hijrah ke KL/WP/Selangor cari makan, cari rezeki halal.

Yang patut kita marah, bangsa asing dari Afrika, Amerika Selatan, China, dan India dll yang datang sini cari rezeki haram, buat banyak masalah jenayah dan sosial.

Ceroi said...

Salam...
Perasan atau tidak, cukai membeli dan menjual rumah telahpun dikenakan kepada kita sebanyak 5%. Rumah sebagai barang keperluan pun sanggup dikenakan cukai oleh kerajaan Umno walaupun kita membelinya secara HUTANG.
Sorang kawan saya yang berniat nak membeli rumah berharga RM280k terkejut beruk bila pemaju memaklumkan bahawa cukai kerajaan sebanyak RM14K akan dikenakan dan dimasukkan sekali di dalam jumlah pinjaman nanti. Kalau RM14k tu dijadikan hutang, rasa-rasa berapa byk yang kita kena bayar setelah pinjam 25 tahun?.
Hebat Malaysia, bayar cukai pun pakai bank..... hutang 25 tahun pulak tu.

Quantum Metal Consultant said...

Dari segi bahasa memang kerajaan tidak belanja semula penjimatan 750juta tetapi dari segi realiti kerajaan akan tambah peruntukkan ke arah yang lain.

Satu contoh yang nyata hari ini ialah kerajaan melalui Mneterinya (Tentulah jenis Menteri yang kaki ampu) atau Agensinya akan mengadakan beberapa acara rasmi yang akan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri (lupa pula namanya)... ini merupakan satu lagi tambahan belanja yang sebelum ini JARANG berlaku.

Apakah ada banyak perbezaan dalam situasi kerajaan menjimatkan wang dengan penyelarasan subsidi tetapi kemudiannya berbelanja ke arah lain secara membazir, meng ada adakan majlis dan yang sewaktu dengannya.

Banyak lagi contoh perbelanjaan yang tidak sewajarnya terutama sambutan2 yang di adakan pada setiap kali Menteri atau Perdana Menteri atau Perempuan Pertama melawat sesuatu kawasan. INi belum lagi dihitung lawatan ke luar negara yang melibatkan ratusan orang. Nak sign projek MOU 100juta (baru MOU), belanja dah keluar 200juta..Where got road..

Apakah Najib fikir rakyat buta???

Anonymous said...

Salam DAKJ.

Lat Juno....memang pandai! Bagi idea je la cara berjimat utk KERAJAAN MALAYSIA ...DS NAJIB DAN BARISAN DIBAWAH PIMPINANNYA untuk diamalkan mulai sekarang LAT JUNO!. Masih ingatkah slogan Kepimpinan Melalui Teladan yang dilancarkan oleh Tun Mahathir? Sekarang ni diwaktu ekonomi yg katanya sekejap macam ok, sekejap mcm ko ni....kerajaan diharap kurangkan membazir dahulu. Kalau buat acara-acara penting pun gah dan hebat pada majlis perasmian sampai habis berjuta tapi matlamat tak sampai...lebih baik ubah tradisi yg dah jejak 50 tahun ini.Apa-apa pun PM kena bagitau dan menjadi contoh....baru org yg bawahan dia segan. Bila dah segan barulah ramai yang ikut dan buat. Jika kerajaan BN dah amalkan cara berjimat untuk hampir semua perkara.....kuranglah orang nak mengata!Jadi....marilah pemimpin-pemimpin BN kita sama-sama sengsara....dengan matlamat 'SELAMATKAN NEGARAKU MALAYSIA TERCINTA'.Masalahnya sanggupkah mereka dan keluarga mengubah gaya hidup sedia ada? Rakyat berkehidupan sederhana dan miskin amat menghormatinya jika ada yg sanggup bersama-sama merasainya.

Mohd. Fakri, Subang Jaya.

Anonymous said...

Nak namakan anak kucing, minta pendapat rakyat.

Nak naikkan harga barangan harian, tak mintak pulak.

hmmm...PM 1 malaysia kita nie...


minah ronggeng

Anonymous said...

Lat Juno kata kita kena selari dengan apa yang kerajaan buat.

Macam mana nak selari? Tuan rumah naikkan sewa? Pemandu teksi naikkan tambang? Pekedai naikkan harga? Penjaga kanak-kanak naikkan yuran?

Orang yang bawah, yang tak ada apa-apa, nak naikkan apa? Naik darah boleh la.

Lat Juno kata kerajaan banyak hutang.

Boleh kongsi, macam mana yang kerajaan boleh terhutang banyak?

Bajet istana negara yang baru nak masuk kali ketiga "revise". Tanah PDRM di Sungai Besi nak dimajukan masih lagi guna kaedah "direct nego". Semakin banyak jabatan yang bertindan fungsi, terbaru di JPM. IPP masih lagi dapat subsidi yang sama tanpa pelarasan.

Jika semua ini dapat dibuang, bukan setakat RM750 juta, RM7.5 billion pun boleh jimat.

Fed Up

makbudak said...

Salam dato',

minta izin....

kepada en JAY,

takda maknanya kalau tak terasa berhutang budi dgn kerajaan, maka sokonglah pembangkang. mungkin en jay sangka rakyat saja suka2 marahkan kerajaan. suka2 pegi memangkah pembangkang. apa dapat? kalau nak untung, tentu rakyat undi kerajaan, silap2 boleh dpt cek berjuta2 rm macam kat sibu dan felda kat hulu selangor.

maaf cakaplah, kalau kerajaan rasa membantu rakyat adalah sebagai "hutang" yg perlu rakyat bayar, takda maknanya rakyat bernaung di bawah kerajaan yg ada sekarang.

rakyat dan kerajaan masing2 ada tanggungjawab sendiri pada Ugama dan negara. bukan melaksanakan tugas sebagai memberi hutang pd pihak yg satu lagi. pemimpin yg memimpin negara, bila sanggup jadi pemimpin,, kenalah tahu tanggungjawab sebagai pemimpin. berlaku adillah dan sentiasa letakkan nawaitu Lillahi TA'ALA. bukan sebab nak undi, bukan sebab nak untung masuk kocek sendiri, sebab nak pangkat org sanjung, sebab nak kaya bla bla bla.

kita sebagai rakyat pun mcm tu juga, apa pun yg kita sumbang pada negara adalah kerana Lillahi Ta'ala. sebab Islam adalah cara hidup, bukan setakat yg selalu banyak org salah sangka, iaitu hanya berkisar pada rukun iman dan rukun Islam saja.

kita tak nafikan, lebih 50 tahun bn memerintah, banyak yg kerajaan dah buat untuk majukan negara. tapi, kita tahu ke sebaliknya kalau bukan bn yg memerintah, negara ni masih pakai basikal lagikah? masih pakai pelita minyak lagikah? masih tak kenal komputer lagikah? atau mungkin jauh lebih maju lagi?

waima, walau siapa pun memerintah, tentulah masing2 tentu ada cara untuk majukan negara, ada cara untuk bantu rakyat, ada cara untuk lihat Islam berkembang dan lain2.

Kalau anda ikhlas Lillahi Ta'ala sewaktu jadi pemimpin, tentu tidak timbul masalah pemimpin makan rasuah, salahguna kuasa, menindas rakyat, pilih kasih, mengutamakan kroni dari rakyat marhaen, tidak peduli nasib rakyat, tak rasa tanggungjawab yg ditunaikan sebagai hutang yg rakyat patut bayar dan sebagainya.

Tolonglah, jangan suka sgt cakap segala apa yg rakyat dapat sekarang ni adalah "hutang budi" rakyat pada kerajaan. itu tanggungjawab namanya. kalau rakyat merasa mereka tidak disisihkan, betul2 diutamakan, tidak dianaktirikan, pemimpin pula jujur, tak salah guna kuasa, cakap serupa bikin, InsyaALLAH, tentu dengan senang hati mereka akan terus memilih kerajaan yg sama. bodohlah kalau rakyat suka2 tukar pemimpin yg mcm tu, kecuali kalau mereka merasa tak bebas, terkongkong, tak dpt nak rasuah, tak dpt nak tipu bini, tak dpt nak main judi, tak dpt nak berdisko pagi petang, tak dpt nak ambil hak org lain, tak dapat nak ponteng kerja, tak dapat nak songlap duit dan pelbagai lagi mcm kesalahan.

rakyat bukan termakan sgt hasutan pembangkang ke atau sapa2, tapi adalah melalui pengalaman sendiri, nampak dgn mata kepala sendiri, luahan saudara mara, kawan dan rakyat marhaen lain dsb.

pembangkang pun bukanlah kata perfect sangat, kita pun belum tahu wajah mereka yg sebenar kalau jadi kerajaan. tapi sekurang2nya kita nampak negeri kelantan, walupun dituduh mundur dan miskin lagi ketinggalan, ekonominya org melayu Islam yg pegang, bukan mcm lain2 negeri yg kononnya maju tapi org Islam lebih ramai jadi pengguna saja.

selain dari itu, mudah2an kalau rakyat diberi peluang memilih kerajaan yg disukai, mungkin ini satu persaingan yg sehat pada kerajaan sendiri, kalau mahu terus dipilih rakyat, maka tunaikanlah tanggungjawab dgn betul. yang penting kita jangan suka mudah2 terima fitnah yg terlampau banyak sekarang. apa jua berita atau cerita yg kita baca atau terima tapislah seperti yg ALLAH perintah dlm Quran. tak kiralah berita akhbar harian ke internet ke atau apa...

ini adalah sekadar pandangan saya rakyat marhaen yg tidak punya ada apa2 kepentingan dlm kerajaan mahupun pembangkang. mudah2an kita mendapat Taufiq dan hidayah serta mendapat pemimpin yg benar2 bertanggungjawab pd Tuhan dan manusia... amin....

Wallahua'lam.

makbudak said...

Salam dato',

kepada en JAY,

takda maknanya kalau tak terasa berhutang budi dgn kerajaan, maka sokonglah pembangkang. mungkin en jay sangka rakyat saja suka2 marahkan kerajaan. suka2 pegi memangkah pembangkang. apa dapat? kalau nak untung, tentu rakyat undi kerajaan, silap2 boleh dpt cek berjuta2 rm macam kat sibu dan felda kat hulu selangor.

maaf cakaplah, kalau kerajaan rasa membantu rakyat adalah sebagai "hutang" yg perlu rakyat bayar, takda maknanya rakyat bernaung di bawah kerajaan yg ada sekarang.

rakyat dan kerajaan masing2 ada tanggungjawab sendiri pada Ugama dan negara. bukan melaksanakan tugas sebagai memberi hutang pd pihak yg satu lagi. pemimpin yg memimpin negara, bila sanggup jadi pemimpin,, kenalah tahu tanggungjawab sebagai pemimpin. berlaku adillah dan sentiasa letakkan nawaitu Lillahi TA'ALA. bukan sebab nak undi, bukan sebab nak untung masuk kocek sendiri, sebab nak pangkat org sanjung, sebab nak kaya bla bla bla.

kita sebagai rakyat pun mcm tu juga, apa pun yg kita sumbang pada negara adalah kerana Lillahi Ta'ala. sebab Islam adalah cara hidup, bukan setakat yg selalu banyak org salah sangka, iaitu hanya berkisar pada rukun iman dan rukun Islam saja.

kita tak nafikan, lebih 50 tahun bn memerintah, banyak yg kerajaan dah buat untuk majukan negara. tapi, kita tahu ke sebaliknya kalau bukan bn yg memerintah, negara ni masih pakai basikal lagikah? masih pakai pelita minyak lagikah? masih tak kenal komputer lagikah? atau mungkin jauh lebih maju lagi?

waima, walau siapa pun memerintah, tentulah masing2 tentu ada cara untuk majukan negara, ada cara untuk bantu rakyat, ada cara untuk lihat Islam berkembang dan lain2.

Kalau anda ikhlas Lillahi Ta'ala sewaktu jadi pemimpin, tentu tidak timbul masalah pemimpin makan rasuah, salahguna kuasa, menindas rakyat, pilih kasih, mengutamakan kroni dari rakyat marhaen, tidak peduli nasib rakyat, tak rasa tanggungjawab yg ditunaikan sebagai hutang yg rakyat patut bayar dan sebagainya.

......

(sambung)

makbudak said...

....

(sambung)


Tolonglah, jangan suka sgt cakap segala apa yg rakyat dapat sekarang ni adalah "hutang budi" rakyat pada kerajaan. itu tanggungjawab namanya. kalau rakyat merasa mereka tidak disisihkan, betul2 diutamakan, tidak dianaktirikan, pemimpin pula jujur, tak salah guna kuasa, cakap serupa bikin, InsyaALLAH, tentu dengan senang hati mereka akan terus memilih kerajaan yg sama. bodohlah kalau rakyat suka2 tukar pemimpin yg mcm tu, kecuali kalau mereka merasa tak bebas, terkongkong, tak dpt nak rasuah, tak dpt nak tipu bini, tak dpt nak main judi, tak dpt nak berdisko pagi petang, tak dpt nak ambil hak org lain, tak dapat nak ponteng kerja, tak dapat nak songlap duit dan pelbagai lagi mcm kesalahan.

rakyat bukan termakan sgt hasutan pembangkang ke atau sapa2, tapi adalah melalui pengalaman sendiri, nampak dgn mata kepala sendiri, luahan saudara mara, kawan dan rakyat marhaen lain dsb.

pembangkang pun bukanlah kata perfect sangat, kita pun belum tahu wajah mereka yg sebenar kalau jadi kerajaan. tapi sekurang2nya kita nampak negeri kelantan, walupun dituduh mundur dan miskin lagi ketinggalan, ekonominya org melayu Islam yg pegang, bukan mcm lain2 negeri yg kononnya maju tapi org Islam lebih ramai jadi pengguna saja.

selain dari itu, mudah2an kalau rakyat diberi peluang memilih
kerajaan yg disukai, mungkin ini satu persaingan yg sehat pada kerajaan sendiri, kalau mahu terus dipilih rakyat, maka tunaikanlah tanggungjawab dgn betul. yang penting kita jangan suka mudah2 terima fitnah yg terlampau banyak sekarang. apa jua berita atau cerita yg kita baca atau terima tapislah seperti yg ALLAH perintah dlm Quran. tak kiralah berita akhbar harian ke internet ke atau apa...

ini lah pandangan dari saya rakyat marhaen yg tidak mempunyai apa2 kepentingan samada pada pihak kerajaan mahupun dari pihak pembangkang. mudah2an kita semua mendapat Taufiq dan hidayah serta mendapat pemimpin yg benar2 bertanggungjawab pd Tuhan dan manusia... amin....

Wallahua'lam.

Anonymous said...

bukan marah kerana dipotong atau dikurangi subsidi...

marah apabila wang rakyat dihamburkan membuta babi...

tak pakai akal, tak pakai hati...

-adli-

Anonymous said...

Salam semua. Maafkan saya jika terkasar bahasa.

Tengok reaksi pembahas2 yg setuju dgn segala kenaikan oleh kerajaan menindas ini tak pelik pun sebab mrk adalah org2 yg sama dok backing pemimpin melayu yg korup dulu, kini dan selamanya (mcm otak dah beku lagaknya).

Sekalipun naik tak bape sen, fikirlah chain reaction dari kenaikan petrol nnt. Jgn lah fikir tembolok sendiri yg sudah kekenyangan.

Tak abis2 ungkit pasal rakyat kena kenang budi. Tuan/puan yg dihormati sekalian, pemimpin2 melayu dari umno yg seharusnya membalas budi rakyat terutamanya org melayu yg memilih mrk selama ini.

Pastikanlah kehidupan kami selesa dan berkat. Tak mampu mentadbir negara, step down bagi org lain yg lebih berkaliber pulak. Baru ada maruah dan integriti.

Slps PRU13 nnt, kita akan tgk bekas pemimpin kerajaan yg manakah sanggup tinggal di negara ini atau kesemuanya sepantas kilat keluar negara menjadi pendatang asing pulak.Detik itu akan tiba..percayalah dgn kuasa Allah.

Mrk ada rancangan, tetapi perancangan Allah lebih hebat...

Yang rakyat bimbang, penjimatan subsidi ini akan digunakan utk projek mega membazir dan sbg bail out kpd sykt2 kroni yg sedang nazak spt 1998. Sebab itu ekonomi kita tak pernah pulih sebenarnya.

Pemulihan cara Mahathir seperti pesakit diberi pil tahan sakit untuk sementara waktu. Kesannya apa dirasai skrg. Negara kecil yg kaya hasilbumi tapi pemimpinnya rakus melonggokkan hutang negara. Rakyat marhaen yg dipaksa menanggung beban dan sengsara.

Saya percaya hanya org berkaliber spt Tengku Razaleigh seandainya memimpin Umno dpt menyelamatkan negara ini dari hanyut. Muhyidin Yassin itu spt Pak Lah in the making. Mahathir sukalah org lemah mcm nih, senang dipulas telinga..

p/s: pada Lat Juno dan yg sewaktu dgnnya, langkah2 penjimatan itu lebih sesuai utk pemimpin2 kamu yg suka membazir duit rakyat. Rakyat biasa spt kami telah lama menjalani hidup yg sederhana tanpa perlu merompak kekayaan negara.

Rakyat dah bijak

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Saya nak sokong pak Kadir..kenapa?
1.Kerana sikap berdikari perlu untuk kita maju kehadapan tanpa tongkat.
2.Jika rakyat berdikari,kerajaan akan berkerja lebih kuat lagi untuk memenagi hati mereka.
3.Rakyat yang berdikari tidak akan tunduk kepada kerajaan yang korap dan tidak jujur.

Anonymous said...

Harap harap Lat juno pratikkan dulu apa yang hang tulis.jangan hanya pandai nasihat orang saja untuk lakukan tapi sendiri tak buat tak guna jugak!!!!!

...Mat robot...

awangkenit said...

Salam,
argument penyokong kerajaan ni memang ada panduan ka...pusing tang mana pun semua pembangkang punya salah...apa punya tur la teratai ni!

Anonymous said...

Salam Dato' dan Pembahas,

PILIHAN YANG ADA: MENANG-MENANG, MENANG-KALAH, KALAH-MENANG, KALAH-KALAH,

Dengan kedudukan ekonomi lokal dan global yang ada sekarang ini, siapa saja yang pegang kuasa akan terpaksa mengamalkan konsep pengurangan subsidi bagi item yang terpilih. Kita boleh memilih untuk akur dengan trend yang ada atau menentang arus. Tepuk dada, tanyalah iman.

Hakikatnya, pemotongan subsidi bukanlah langkah popular. Ia bakal mendapat rekasi negatif waima di mana-mana penjuru dunia. Justeru dalam membawa isu subsidi satu tahap ke hadapan, ia perlu dilakukan secara berhemah ibarat 'menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung tidak berserakan'.

Oleh kerana tidak ada orang yang tidak suka mendapat subsidi makanya tidak ada kerajaan yang sanggup memotong subsidi kerana suka-suka kerana sedar akan ada reaksi tidak menyenangkan. Tambahan pula pemotongan subsidi dengan sendirinya membuka ruang kepada pihak lawan untuk 'menahan lukah dipergentingan'. Apabila pihak lawan membuat tawaran balas - menambah subsidi - ia dengan mudah menambat hati rakyat. Kalau itulah yang rakyat mahukan, tidak ada siapa yang boleh halang pihak yang berjanji itu diberikan kuasa.

Nah! ibarat kalau ditelan isu subsidi (tidak dipotong) lambat laun kuasa ditangan akan mati juga dihimpit bebanan subsidi, tetapi kalau diluahkan pula (potong subsidi) masih juga kuasa ditangan berkemungkinan mati (berpindah tangan)! Jadinya tidak ada bezanya kalau isu subsidi di 'telan' atau di'luah'kan kerana ada masa dan ketikanya manusia sememangnya tidak ada pilihan terbaik.

Sebagai rakyat yang rata-rata berstatus pengguna kita tidak ada pilihan selain menanggung beban yang lebih dan ini berbeza dengan golongan peniaga yang akan terus bertahan meskipun subsidi dikurangkan atau di tambah tetapi margin keuntungan mereka akan terus kekal kalau pun tidak naik.

Dalam kata lain kalau subsidi dikurangkan kita akan terasa rugi untuk tempoh terdekat tetapi untung pada jangka panjang. Kalau subsidi kekal atau ditambah kita mendapat untung dalam jangka pendek tetapi rugi pada jangka panjang. Pilihan dalam tangan sendiri. Sendiri pilih sendiri tanggung.

ATAS PAGAR

awangkenit said...

apa nak heran BN/UMNO bukan hebat sangat, empayar islam yg dulu hebat pun habis ni kan pulak UMNo/BN sampai masa habis la depa...sementara masih berkuasa ni makan la kenyang2 sampai perut buncit hehehe

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Saya nak tergelak bila baca Pak Kadir kata Kerajaan tidak akan membelanjakan subsidi yang akan dijimatkan melalui kenaikan harga barangan.

Saya baru saja menghadhiri bengkel kerja PEMANDU minggu lepas...rata rata dalam program yang hendak dilaksanakan minta additional budget allocation daripada kerajaan.

Do you honestly our darling PM/Government have the political will NOT TO SPEND the money?

Keturunan Jebat

DDL said...

Salam DAKJ,

Whatever. Rasanya saya dah tau nak undi siapa utk PRU yg akan datang. Bukan nak bereksperimen tapi sekali sekala, tukar kerajaan satu langkah yg baik. Untuk menjadikan fasa pembetulan dalam sesuatu kitaran tersebut sebagai sempurna!

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum.

Sdr Saji,

Apa yang sdr ulas tepat sekali.Sehingga tahun lapan puluhan kita mempunyai sistem pentadbiran yang amat cantik dimana negara telah bertambah maju dan menjadi contoh kepada negara membangun lain. Sekarang negara kita bermasalah. Ramai yang tahu puncanya tetapi tidak mahu berbincang dengan terbuka mengenainya kerana hendak menjaga hati seseorang individu.

Pada zaman dahulu kerajaan menjaga kepentingan rakyat dan ahli perniagaan dengan seimbang.Dalam penyediaan bajet Kerajaan menimbang keperluan rakyat dan ahli perniagaan dan menyimpan rahsia dengan ketat sehingga orang tertanya-tanya hingga ke saat akhir.Ahli perniagaan akan merayu meminta harga barang dinaikkan dan kerajaan akan mengambil masa menimbangnya dengan mengambil kira implikasinya kepada rakyat.Bukan macam sekarang Kerajaanlah yang mengumumkan kenaikan harga barangan. Sekarang keadaan sudah berubah dimana kerajaan akan berdailog dengan pehak peniaga dan industri dan cuba memenuhi keperluan mereka dalam bajet. Tidak heranlah kos sara hidup rakyat telah meningkat setiap masa kerana pihak industri hendakkan untung berganda dan biasanya "at the expense of the Rakyat".

Pada mulanya perkhidmatan perunding digunakan bagi sesuatu perkara spesifik sahaja dimana rakyat tempatan tiada kepakaran.Ini di tambah dari masa kesemasa hingga boleh dikatakan keselurahannya diberi kepada "Team of Experts" menyediakannya. Masalahnya jika kita kekalkan cara macam ini ianya tidak seimbang dan merugikan satu pihak.Sebagai contoh pemberian subsidi dikatakan adalah punca Kerajaan tidak cukup wang untuk mentadbir negara. Cara yang diperakukan untuk mengatasi masalah ini adalah memotong susidi bagi beberapa barang dan rakyat diseru supaya berjimat.Rakyat contohnya diminta kurang makan kuih. Implikasinya apa akan terjadi kepada pengusaha kuih yang akan berkurangan pendapatan.Rakyat juga diminta kurang berjalan. Jika ini berlaku apa akan terjadi kepada industri pengangkutan kita dan juga pengusaha-pengusaha chalet kita yang akan mengalami kerugian kerana ketiadaan pengunjung.Ini ada diantara banyak lagi pengurangan perniagaan dan perkhidmatan negara yang akan berlaku yang akan menyebabkan ekonomi negara menguncup dan bukannya mengembang seperti yang diidamkan.

Raja Abul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus stretegik Vision,
Petaling Jaya

pakbelalang said...

Fed up,

Saya ambil perhatian komen anda. Saya hormati pandangan sdra.

Satu saja saya nak komen. Saya rasa "moonlighting" adalah salah dari segi etika berkerja.

abdullahngah said...

lat juno

saya cukup setuju dengan nasihat berjimat cermat dalam tulisan kali ini.

Saya tidak setuju jika perdana mentari dan timbalan perdana menteri atau anggota kabinet nasihat rakyat berjimat cermat.

mengapa? mereka boros seboros sehingga wang negara habis begitu sahaja.

Satu lagi yang sangat sangat saya tidak setuju iaitu kurangkan mengutuk kerajaan UMNO/BN.

Kita reti Islam syumul kena kutuk kerajaan yang memerintah sekarang.

Mengapa? kerajaan yang memerintah sekarang ini "zalim".

Islam syumul ajar kita kutuk kerajaan yang zalim.

Mengutuk kerajaan yang zalim mendapat pahala dan menyokongnya mendapat dosa.

Bayangkan jika kita sokong orang yang zalim.

Lat juno mungkin marah dan tidak setuju saya labelkan kerajaan yang memerintah sekarang ini zalim.

Tak zalim kah kerajaan pusat apabila Terengganu duperintah PAS ditarik royalti 5 peratus yang telah diberi selama ini.

Tak zalim kah, penyokong PAS dinafikan pemberian rumah PPRT sedangkan mereka layak.

Oleh itu kita kena kutuk habis habis agar kerajaan yang memerintah berlaku adil. Allah suruh kita berlaku adil ketika memerintah negara.

Lazimnya, orang zalim sangat suka kepada kerajaan yang zalim. lelaki pezina juga minat dengan perempuan pezina.

Anonymous said...

Pak Belalang,

Saya setuju "moonlighting" adalah salah dari segi etika berkerja.

Dalam komen sebelum ini, saya sekadar mengetengahkan realiti. Malah lebih parah sebenarnya bila di dalam realiti, ada ketua jabatan seperti Guru Besar atau Pengetua juga mengambil bahagian.

Isteri saya pernah ke sekolah anak, jumpa Guru Besar secara peribadi berkenaan dokumen perpindahan sekolah anak dari sekolah lama.

Guru Besar siap minta izin datang rumah, nak buat marketing direct selling.

Itu pegawai tinggi yang tamak dan tidak pernah cukup duit.

Bagi kebanyakan pegawai rendah pula, mereka melakukan "moonlighting" sebab pendapatan tak cukup.

Fed Up

A KADIR JASIN said...

Sdr Keturunan Jebat dan para pembahas semua.

1. Kalau kerajaan hendak kurangkan defisit belanjawan, kerana kenalah kurangkan perbelanjaan atau tambah hasil;

2. Kerajaan cadang kenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk tambah hasil. Tetapi GST tidak akan dilaksanakan segara;

3. Jadi untuk kurangkan defisit, kerajaan kena berjimat dengan memotong perbelanjaan. Jadi belanja subsidi jadi pilihan utama untuk dipotong;

4. Tapi kerajaan pilih potong subsidi kepada pengguna individu sedangkan subsidi tenaga paling besar adalah kepada penjana elektrik bebas (IPP) dan industri; dan

5. Pengguna individu tidak ada kuasa melobi (kecuali undi), tetapi IPP dan industri ada kuasa melobi yang besar;

6. Menteri berkenaan pun lobi bagi pihak mereka, macam seorang bekas menteri yang lobi bagi pihak industri plastik yang hari ini menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dengan teruk.

Terima kasih.

pakbelalang said...

Lose licence if you sell RON95 to foreigners, petrol dealers warned
By MAZWIN NIK ANIS
mazwin@thestar.com.my


PUTRAJAYA: Petrol dealers risk losing their licence to sell fuel if they are found to be selling the subsidised RON95 to foreign-registered vehicles.

comment:

It is just not practical. Gross stupidity for the Minister to implement this ruling. At the end of the day it will be embarassing for the minister when the ruling is found to be a failure. Again it will be a "flip-flop" ruling.

To expect the petrol station owners to become the enforcers of government ruling is asking too much. It is not their business. Their business is to make their operation efficient and make money or else they suffer.

Common sense will tell that such warning to the petrol station operators is uncalled for. They owe no obligation to act on behalf of the govt. in order to comply with the ruling. That is the govt. responsibilty. Period.

Legally, I think the Minister will lose the case if he were to withdraw the license for non-compliance with the govt. ruling.

Berhati-hatilah Pak Mentri apabila nak buat sesuatu dasar. Fikir dan fikir berkali-kalilah !!

Pak Mentri, please listen and don't be "bodoh sombong". It will be backfired on you.

mad said...

saya suka perkembangan terbaru ini (kenaikan harga). saya telah menjangka, malah menanti tindakan kerajaan zalim ini, yang mengambil syarikat yahudi menjadi penasihatnya. saya suka bukan bermakna saya menyokong kenaikan harga tapi saya suka sebab langkah kerajaan ini sudah pasti membuat lebih ramai lagi rakyat membenci dan akhirnya kerajaan umno/bn tumbang pada pru13. tak kisahlah datuk nak spin macam manapun tindakan tak bertanggungjawab kerajaan ini namun hakikatnya majoriti rakyat sudah sedar bahawa krisis kewangan kerajaan sebahagian besarnya disebabkan rasuah yg berleluasa sejak sekian lama.

bagi saya kerajaan yg ada sudah tidak relevan lagi. tak ada gunanya menyokong kerajaan yang tak mampu menjaga kepentingan rakyat. semasa timbul krisis sime darby yg lalu saya ada mengatakan akan ada lagi krisis berlaku dan kita harus bersedia, sejak itu isu kewangan felda timbul dan dinafikan oleh pihak kerajaan. sekarang barang naik pula. dalam masa 2 tahun ini perompak-perompak sedang rancak mengikis duit dari mana-mana lubuk duit yang mampu dikaut sebelum rakyat humbankan mereka dalam pru13 nanti.

MalaysianKita said...

Salam Dato'

Harap Dato' bagi penjelasan lebih lanjut fakta (4).

4. Tapi kerajaan pilih potong subsidi kepada pengguna individu sedangkan subsidi tenaga paling besar adalah kepada penjana elektrik bebas (IPP) dan industri;

Anonymous said...

Entahlah Dato'
Kadang-kadang pening juga memikirkan motto siNajib ni..
"Rakyat didahulukan" ke atau
"Rakyat dahulukan dulu"?
Nampak-nampaknya yang hak kedua tu lebih tepat...
Nasib badan!

Koci kurang manis

Anonymous said...

Kerajaan Barisan Nasional berdiri dengan teguh kerana paksinya kukuh, Melayu Islam, UMNO.

Tetapi kini, peranannya membela bangsa sudah mula dipertikai selain ada alternatif mengesampingkannya. Dulu PAS, kini muncul pula PKR.

Adakah tunggak utama ini akan terus dibiarkan lemah tanpa pembelaan dari yang amat diharapkan untuk membela?

Perjuangan di peringkat global memang perlu, tapi usah dilupa yang lokal kerana masalah yang ada tidak kurang pentingnya untuk membela generasi masa hadapan negara. Buang bayi merata-rata, mungkin miskin tak mampu kahwin, sedangkan nafsu mengelojak tinggi. Rasuah bermaharajalela, lalu peraturan sedia ada mudah dilupa lebih-lebih lagi untuk kepentingan kroni. Jenayah merata-rata kerana barangkali tiada pembelaan sewajarnya.

Yang kaya berusaha menjadi lebih kaya, dan yang miskin juga berusaha untuk menjadi kaya. Caranya, pastilah memusnahkan sama ada yang kaya atau memiskinkan yang miskin.

Abgbent

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Apa diharap padi seberang
Ntahkan masak ntahkan idok
Apa diharap kepada orang
...........

Anonymous said...

Dato' Kadir, Salam.

Orang Melayu, miskin dan kaya dalam dilema lebih teruk menjelang PRU ke 13 ini. Dasar-dasar pro-perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan semata mata telah menjadikan masalah kelemahan ekonomi orang melayu lebih teruk, termasuklah yang berniaga kecil dan sederhana.

Terima kasih kepada Tuan Syed Ali, orang keturunan Arab yang kini pimpin Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang nyata lebih tegas dan cergas dari presiden presiden Melayu jati sebelum ini.

Malaysian Insider: KUALA LUMPUR, July 20 — The Malay Chamber of Commerce (DPMM) demanded today that the Najib administration ensure 30 per cent of government open tenders remain “guaranteed” for Bumiputera businessmen.
DPMM president Syed Ali Alattas said that while the chamber backed Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s 10th Malaysia Plan (10MP), the welfare and development of Bumiputeras needed to be taken care of.
“Under the 10th Malaysia Plan, RM63 billion will be used for development plans... hopefully all the contracts will be done via open tender.
“I urge the government to give a minimum of 30 per cent of these tenders to Bumiputeras… 30 per cent is the minimum. Hopefully there is more,” said Syed Ali.

Kalau Najib terus berlembut dengan Cina dan India, ke mana kita Melayu hendak pergi? Umno pun dah hilang taring bila MCA dan MIC tidak lagi dapat tarik undi Cina dan India kepada BN.

Nak harapkan Pas, Pas pun sama atau lebih teruk dari Umno hingga sanggup permainkan Islam kerana hendak undi Cina melalui DAP dan PKR. Nik Aziz nama saja tok guru, tapi cakap makin merapu sejak bersekongkol dengan DAP dan PKR, macam orang gila isin. Inilah bahana bila kuasa sudah naik ke kepala, perpaduan Islam dan perpaduan Melayu jadi bahan rhetorik dan mainan politik murah.

Adakah ini tanda bermulanya kejatuhan kedua Islam dan Melayu di bumi Tanah Melayu ini selepas Melaka jatuh akibat khianat Si Kitol pada tahun 1511. Tahun depan genap 500 tahun Kristian Portugis menyerang dan menakluki Melaka. Apakah ini petanda Umno dan Pas menjadi lembu tonggangan bukan Islam tahun depan kalau PRU diadakan? Wallahualam.

Tok Nador

saji said...

Sdr raja2u

"Pada zaman dahulu kerajaan menjaga kepentingan rakyat dan ahli perniagaan dengan seimbang.Dalam penyediaan bajet Kerajaan menimbang keperluan rakyat dan ahli perniagaan dan menyimpan rahsia dengan ketat sehingga orang tertanya-tanya hingga ke saat akhir.Ahli perniagaan akan merayu meminta harga barang dinaikkan dan kerajaan akan mengambil masa menimbangnya dengan mengambil kira implikasinya kepada rakyat.Bukan macam sekarang Kerajaanlah yang mengumumkan kenaikan harga barangan. Sekarang keadaan sudah berubah dimana kerajaan akan berdailog dengan pehak peniaga dan industri dan cuba memenuhi keperluan mereka dalam bajet. Tidak heranlah kos sara hidup rakyat telah meningkat setiap masa kerana pihak industri hendakkan untung berganda dan biasanya "at the expense of the Rakyat"."

Boleh saya tanya:

Tidakkah keadaan sekarang yang sudah berubah dimana kerajaan akan berdailog dengan pihak peniaga dan industri dan cuba memenuhi keperluan mereka dalam bajet itu merupakan antara kesan tidak baik daripada pelaksanaan dasar pensyarikatan dan program penswastaan negara yang diperkenalkan oleh Dr M yang kini diteruskan oleh anak didiknya DS Najib?

Bagaimana pula jika saya katakan bahawa, pensyarikatan dan penswastaan merupakan alat golongan kapitalis?

A KADIR JASIN said...

Pembahas Langitbiru minta saya jelaskan perenggan berikut komen saya:

"4. Tapi kerajaan pilih potong subsidi kepada pengguna individu sedangkan subsidi tenaga paling besar adalah kepada penjana elektrik bebas (IPP) dan industri;"

Kerajaan melalui Petronas memberi subsidi kepada IPP.

Maklumat terakhir yang saya peroleh, Petronas Gas memjual gas asli cecair (LNG) kepada IPP dengan harga RM10.70 bagi setiap mmbtu (million metric British thermal unit).

Harga pasaran sekarang adalah sekitar RM40 setiap mmbtu. Subsidi hampir RM30 setiap mmbtu.

Alasannya, kalau harga gas naik, kos elektrik juga akan naik.

Ada IPP yang buat untung RM400 juta setahun, dan mereka kata mereka bijak buat bisnes.

Kalau dapat subsidi macam tu, Persatuan Orang Cacat Pengelihatan pun boleh berniaga dan untung besar!

Terima kasih.

Anonymous said...

sdr lat juno.

Saya DULU lagi dh berjimat cermat. Dulu-dulu balik kampung jengok orang tua 2x sebulan, sekarang sekali sebulan (kadang2 2 bulan sekali).
kereta wira 1.3 2nd hand saya tukar kenari 2nd hand. beli motor cup pegi kerja, x bawa kereta.

isteri saya yg duk rumah jaga anak semata saya minta belajar buat kuih utk jual kat kantin kilang & pasar malam. La ni harga gula pula naik, gas pun naik.

cuba bgtau cara mana saya nak berjimat ya.. nak naikkan harga kuih muih rasa tak patut.

tapi kelapa parut yang dulu RM1 pun dah jadi RM1.40 sebiji. belum lagi barang lain seperti tepung, marjerin, susu pekat hatta roti kosong semua dah naik DULU lagi.

Wave100

Anonymous said...

Saya dah lama dah beri komen tentang IPP dalam blog ini.

DAKJ kata,

"Maklumat terakhir yang saya peroleh, Petronas Gas memjual gas asli cecair (LNG) kepada IPP dengan harga RM10.70 bagi setiap mmbtu (million metric British thermal unit)."

"Harga pasaran sekarang adalah sekitar RM40 setiap mmbtu. Subsidi hampir RM30 setiap mmbtu."

Jangan lupa, IPP juga telah menggunakan rekod kewangan yang "hebat" itu untuk memasarkan bon-bon dengan nilai berbillion ringgit.

Itupun bon-bon tersebut semuanya dijamin oleh Kerajaan Malaysia.

Adakah DAKJ masih ingat tahun lepas, Nazir Razak secara terbuka meminta supaya jaminan bon IPP tidak ditarik balik, supaya pasaran bon tidak ribut?

Lebih jauh lagi, Kerajaan Malaysia juga menuntut IPP menghasilkan tenaga elektrik yang berlebihan berbanding penggunaan/permintaan.

DAKJ, mereka memang bijak, tapi bukan bijak berniaga. Bijak kearah lain.

Fed Up

saji said...

Salam Dato' dan Raja2u

"Ada IPP yang buat untung RM400 juta setahun, dan mereka kata mereka bijak buat bisnes.

Kalau dapat subsidi macam tu, Persatuan Orang Cacat Pengelihatan pun boleh berniaga dan untung besar!"

Komen:

Satu lagi contoh klasik bagaimana golongan peniaga kaptalis yang bersekongkol dengan politikus kapitalis Islam pemerintah semasa mengeksploitasi kelemahan hakiki dasar pensyarikatan dan program penswastaan negara yang diperkenalkan oleh Dr M bagi mengkayakan diri mereka masing2 yang Dato' dan kebanyakan rakyat, amnya dan orang Melayu, khasanya gila2 menyokonyanya dulu, hatta ia tidak menguntungkan orang Melayu terbanyak.

Sekarang gilaran agenda 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh anak didik Dr M, DS Najib.

Anonymous said...

Salam Dato dan Semua,
Ribuan maaf Dato lari tajuk.
Ingin berkongsi:
LAGI PENGKHIANATAN UMNO PADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

SILA LAYARI :-
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/07/20/kerajaan-perak-terus-bagi-tanah-kepada-sekolah-cina/#comment-25839

TERBUKTI PERJUANGAN UMNO
Didalam Ketuanan Melayu adalah satu retorik UMNO bagi mencapai/menjadi boneka/proxy tokey2/kaum Cina?

UNDILAH PAS.. PAS FOR ALL.

Anonymous said...

Dr M not anti-Jews, say seminar speakers - malaysiakini

Richard Loo Wai Hoong
Jul 20, 10 5:37PM

The former PM made anti-Jewish remarks only to get America to listen, says former NST group chief editor A Kadir Jasin.

KOMEN:

BAIK PUNYA KIPAS DATO'. SYABAS..

PROJEK SURE MASYUKKK...HEHEHE


minah ronggeng

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum,

Sdr Saji,

Masalah yang kita hadapi adalah kurangnya kita mengamalkan suruhan Allah supaya ingat-mengingati dengan kesabaran. Pemuda UMNO di bawah Allahyarham Syed Jaffar Albar dan Dato' Harun Idris telah memainkan peranan tersebut dengan baik dan hasilnya tiada siapa yang berani menghina orang Melayu pada masa tersebut berbanding dengan sekarang.Pada saya perlu diwujudkan satu badan pemantau yang akan menganalisa dasar-dasar kerajaan dan perlaksaannya .Badan ini akan dapat memberi jawapan yang jelas kepada soalan seperti yang saudara utarakan tanpa memburukan kewibawaan kerajaan secara terbuka.

Saya ingin berkongsi pengelaman untuk renongan bersama bersabit dengan Dasar Pengswastaan Negara.Saya pernah ditanya oleh seorang tua semasa dalam bas apakah sebenarnya dasar pandang ke Timor dan Persyarikatan Malaysia. Saya beri jawapan yang positif dan terkejut apabila orang tua tersebut membertahu pendapat bahawa ada pemimpin kita telah mendapat ilham bagaimana untuk mengwujudkan dinasti secara moden. Dahulu Raja memerintah dalam sempadan negeri masing-masing. Sekarang boleh diwujudkan dinasti dengan mengawal industri dan perkhidmatan mengikut jenis. Maka diwujudkanlah kumpulan -kumpulan bank ,kumpulan pengangkutan darat , laut ,udara , lebuh raya ,air , letrik , telekomunikasi , perladangan dan sebagainya. Industri-industri ini dikelolakan pihak-pihak terpileh tertentu. Rakyak berpeluang menjadi pekerja syarikat-syarikat gergasi tersebut dan itu pun jika pihak 'human rsources' suka muka orang tersebut.Tiada lagi kouta perkerja dan sebagainya.

Jika yang tersebut diatas benar maka betullah dasar pengswastaan mirip kepada kapitalism.Amalan berunding dengan pihak peniaga dan perindustrian untuk mengetahui keperluan mereka dilakukan oleh Kerajaan adalah kerana sesetengah syarikat tidak diuruskan oleh mereka yang ahli dalam bidang yang mereka diamanahkan dan dengan itu memerlukan insentif Kerajaan untuk terus menunjukkan untung dan didalam banyak keadaan "at the expense of the rakyat".

Saya minta maaf jika andaian yang tersebut salah dan minta pembahas-pembahas yang tahu membetulkannya diatas konsep "ingat -mengingati yang benar dengan kesabaran".

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

A KADIR JASIN said...

Para pembahas sekalian,

1. Dr Mahathir bukan anti-Yahudi. Bukan semua Yahudi jahat dan kejam. Ramai Yahudi yang tentang kekejaman terhadap orang Palestin. Ramai Yahudi yang hidup aman damai dengan jiran Arab mereka;

2. Dr Mahathir anti-Zionis. Pengamal ideologi Zionislah yang berlaku kejam dan menafikan hak orang Palestin;

3. Dr Mahathir menggunakan kecaman dan kritrikan ke atas Israel dan Zionis untuk mendapat perhatian Barat, khasnya Amerika;

4. Dalam hujah saya di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam, saya kata, Yahudi, Zionis dan Israel adalah antara kata kunci yang akan membuat ahli politik Amerika memberi perhatian;

5. Mengenai penswastaan, antara dasarnya ialah memesatkan pembinaan masyarakat perniagaan dan perindustrian Bumiputera (BICC) supaya tidak dimonopoli oleh kapitas Cina dan India saja;

6. Masa pemodal (kapitalis) Melayu kuat, banyak masjid, surau, tahfiz, sekolah swasta dan rumah kebajikan mereka taja. Ramai bayar zakat dan beri sedakah. Sekarang hanya tingga beberapa kerat saja kerana syarikat mereka dah diambil balik dan dijadikan GLC;

7. Pengurus GLC tak bebas buat masjid dan bagi derma sebab bukan duit mereka, tapi duit syarikat. Kapitalis Melayu/Islam bebas bagi derma dan sedekah kerana syarikat itu syarikat mereka dan duit itu duit mereka;

8. Apatah lagi sekarang matlamat pokok GLC adalah buat untung. Rasa-rasanya pengurus GLC lebih kapitalistik daripada kapitalis Melayu/Islam yang telah dikuburkan itu;

9. Saya tahu kerana waktu itu ramai kapitalis Melayu menyalurkan derma dan sedekah melalui akhbar saya. Ada beberapa orang yang tidak pun mahu identiti mereka didedahkan. Mereka guna nama "hamba Allah";

10. Malangnya ramai orang Melayu yang cemburu kejayaan bangsa dan saudara seagama sendiri;

11. Kapitalis Bill Gates dan Warren Buffet menderma berbilion dolar Amerika untuk negara miskin di dunia.

Terima kasih.

saji said...

Salam Dato'

7.Pengurus GLC tak bebas buat masjid dan bagi derma sebab bukan duit mereka, tapi duit syarikat. Kapitalis Melayu/Islam bebas bagi derma dan sedekah kerana syarikat itu syarikat mereka dan duit itu duit mereka;

8. Apatah lagi sekarang matlamat pokok GLC adalah buat untung. Rasa-rasanya pengurus GLC lebih kapitalistik daripada kapitalis Melayu/Islam yang telah dikuburkan itu;

Komen:

1. Setuju GLC lebih kapitalistik daripada kapitalis Melayu/Islam.

2. Macam mana dengan GLC seperti PLUS, TM, CIMB, TEN, FELDA,PKNS yang dikerah saban tahun oleh ahli politik pemerintah dan kerabat diraja untuk menaja sukan bola, squash,hoki badminton, basikal, sama ada di peringkat kelab atau nasional.

Maksud saya, tidakkah kerana komitment mereka berjuta2 ringgit menaja pelbagai sukan di atas menjadikan mereka tak cukup wang untuk membina masjid, bersedekah dan menderma seperti yang Dato' kata?

3. Namun yang perlu kita beri perhatian ialah tindakan syarikat GLC kapitalis yang menawarkan kontrak/ projek kepada anak syarikatnya secara rundingan terus (dibenarkan oleh MOF)yang kemudiannya mengali-babakannya kepada syarikat kroni ahli politik UMNO. Bahkan ada banyak kes di mana syarikat kroni ahli politik UMNO ini menyerahkan kontrak/projeknya tadi kepada syarikat bukan Melayu.

Anonymous said...

Ke mana pergi subsidi kami?

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

p/s: Utk renungan semua pembahas2 di blog Dato Kadir terutama bagi mrk yg menyokong kerajaan zalim skrg. Hasil nukilan DR MUHD ASRI ZAINUL ABIDIN (Bekas Mufti Perlis)

Rakyat dah bijak.

MalaysianKita said...

Sistem cukai GST yang diperkenalkan dan Pemotongan Subsidi secara berkala, sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan harapan hasil Negara bertambah, melalui “sumbangan” dari rakyat jelata.

Saya tertanya-tanya, apakah HUKUMNYA dari pandangan Syariat Islam?

Saya suka mengimbas Sejarah Tamaddun Islam, iaitu Kerajaan Memalik Mesir.

Kerajaan Memalik Mesir adalah sebuah kerajaan yang tiada kestabilan politik,ekonomi,kacau bilau, tidak tenteram, perpecahan teruk berlaku di kalangan umat Islam, umumnya terbahagi kepada dua golongan iaitu Memalik Bahriah dan memalik Muizziah.

Kerajaan Memalik Bahriah umpamanya memerintah Mesir selama 144 tahun dengan 29 orang Sultan silih berganti. 10 daripadanya mati dibunuh, 12 lagi digulingkan. Golongan Memalik lazimnya menyelesaikan sesuatu konflik dengan kekuatan dan kekerasan.

Raja Memalik Muizziah, Raja Izzuddin Aibak Berjaya mengembalikan kestabilan politik Kerajaan Memalik seketika, namun beliau dan isteri juga dibunuh, sehingga akhirnya Kerajaan Memalik dipimpin oleh Saifudin Qutuz.

Qutuz mewarisi Kerajaan Memalik yang kacau bilau pada tahun 657H, setahun selepas Kerajaan Islam Abbasiyah yang di terajui oleh Khalifah Muktasim di Bahgdad jatuh ke tangan Tentera Mongul (656H) yang diketuai oleh Hulagu, cucu Genghiz Khan. Lebih 1.8 juta umat Islam Iraq dibunuh oleh Hulagu tanpa perikemanusiaan. Mongul bercita-cita besar untuk menakluki Empayar Kerajaan Islam Abbasiyah. Mongul terus mara ke Timur. Bertiup kencang di seluruh Dunia Arab Islam kata-kata, “Mustahil Mongul dapat dikalahkan”.

Menyedari hakikat kekuatan Mongul dan keganasan,kekejaman tanpa perikemanusiaan Mongul, ramai Raja-Raja Islam (Gabenor) yang memerintah negeri masing-masing melakukan hubungan persahabatan dan melakukan perjanjian damai dengan Hulagu. Ulama-Ulama semuanya dipaksa memberi fatwa keharusan memeterai perjanjian damai dengan Hulagu.

MalaysianKita said...

Hanya 2 orang Gabenor yang tidak mahu tunduk kepada Hulagu iaitu Raja Kamil Muhammad Al-Ayubi (yang menguasai Timur Turki, Barat Laut Iraq dan Timur Laut Syiria) dan Kerajaan Memalik Mesir di bawah Saifudin Qutuz.

Raja Kamil akhirnya dikalahkan Hulagu, Bandar Damsyik dimusnahkan dan Turki jatuh ke tangan Hulagu Mongul. Mongul memasuki Syria, Lubnan,Jordan dan Palestin tanpa tentangan, berhasrat menuju ke Mesir.

Qutuz tidak mempunyai banyak masa. 3 bulan naik tahta, Mongul sudah sampai ke Palestin. Ringkasnya, kebijaksanaan Qutuz berjaya mendamaikan Bahriah dan Muizziah sekaligus mencapai kestabilan politik Memalik.

Isu utama selepas itu adalah KETIADAAN SUMBER NEGARA, BAITULMAL. Baitulmal kering kontang, tiada peruntukan untuk belanjawan menghadapi perang.

Mongul menghantar utusannya kepada Qutuz, samada menyerah atau diserang. Qutuz memanggil mesyuarat tergempar para pemimpin Negara.

Cadangan para pembesar, menaikkan CUKAI RAKYAT bagi menampung dana berperang. Qutuz kesempitan masa, Mongul siap siaga di Palestin.

Tapi Qutuz cepat memanggil semua Ulama’ untuk mendengar FATWA MENAIKKAN CUKAI RAKYAT. Alasan, DEMI ISLAM,DEMI MEMPERTAHANKAN NEGARA,DEMI MEMPERTAHANKAN NYAWA RAKYAT.

MalaysianKita said...

Semua ulama’ mengharuskan Kerajaan Memalik menaikkan cukai rakyat, KECUALI SEORANG ULAMA BERNAMA AL-IZZ BIN ABDUL SALAM, lebih dikenali Izzudin Abdul Salam, yang mengharamkannya dengan syarat.

Katanya,

“Setiap kamu (para pemimpin) dan rakyat jelata adalah sama dalam masalah ini. Jika kamu mengambil harta rakyat sedangkan pemimpin memiliki harta dan peralatan mewah, maka ianya (naikkan cukai) adalah tidak dibolehkan”.

Qutuz menerima fatwa Ulama Izzudin Abdul Salam dan melaksanakannya dengan tegas. Dalam masa yang sangat pendek, Baitulmal melimpah ruah dengan harta kekayaan para pembesar Negara.

Dipendekkan cerita sejarah, Qutuz berjaya menewaskan tentera Mongul di Palestin dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak.

TIADA SEORANGPUN tentera Mongul terselamat, termasuk Panglima Perangnya Katabgha, yang dipancung kepalanya oleh panglima Perang Memalik, Jamaludin Aqusy Syams.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Masih adakah pemimpin Islam seperti Saifudin Qutuz?.

Masih adakah Ulama’ Islam seperti Izzudin Abdul Salam yang digelar “Sultan Kepada Semua Ulama”?.

Sesungguhnya, Perang Memalik-Mongol , atau terkenal dengan nama Peperangan Ain Jalut, banyak pengajaran bagi pemimpin Negara, ulama, dan rakyat jelata.

Teladan dari “Sultan Kepada Semua Ulama”.

MalaysianKita said...

Salam Dato'

Sallahuddin Al-Ayubi, Raja Mesir dan Panglima Perang Mesir yang berjaya menakluki Jaruselam dan Baitulmaqdis dari Tentera Salib pernah berkata,

" Sesiapa yang menguasai Palestin, mereka menguasai Dunia ".

Palestin sudah menjadi rebutan tiga penganut agama langit, Islam, Kristian, Yahudi sudah berkurun lamanya.

Palestin adalah tanah suci bagi ketiga agama tersebut. Bahkan menjadi kiblat bagi ketiga-tiga agama tersebut pada suatu masa dulu.

Hakikatnya, banyak kuasa besar berebut rebut menguasai Palestin.

Hakikatnya, banyak kuasa besar TERSUNGKUR REBAH di bumi Palestin.

Yahudi Zionis sebenarnya, YAKIN mereka akan tersungkur di bumi Palestin.

Anonymous said...

10. "Malangnya ramai orang Melayu yang cemburu kejayaan bangsa dan saudara seagama sendiri;"

Ironinya, kejayaan orang lain dibangga-banggakan dan individu yang sama inilah tanpa segan silu menjadikan kejayaan orang lain tadi sebagai dahan berpaut atau pohon rendang tempat berteduh.

Kah-Kah-Kah

Unknown said...

Tidak ada arti nya lagi orang2 melayu berpaut kpd umno utk membela nasib mereka,maka PRU13 ada
lah waktu terbaik utk mencuba kerajaan baru,semuga perubahan akan
membawa kebaikan utk senua rakyat m
alaysia,jangan takut utk mencuba dan percayalah perubahan akan memba
wa rahmat kpd ummah.

Anonymous said...

Salam Dato' dan para pembaca,

Setuju kita kurangkan gula kerana baik untuk kesihatan. Namun dari sudut penjimatan wang alangkah baiknya untuk jangka masa panjang kalau kerajaan turunkan harga kereta melalui penghapusan duti eksais dan AP. Harga rumah mungkin boleh diturunkan dengan cara penghapusan monopoli perniagaan besi dan simen oleh beberapa syarikat tertentu. It will be a paiful process initially tetapi untuk jangka masa panjang generasi akan datang mungkin akan belanja kurang dari 30% gaji bulanan untuk service instalment rumah dan kereta.

Fazilis

Anonymous said...

Dato'

Paul the sotong went big time on politics, predicting outcomes of Malaysia's 13th GE in 2011, Najib's favorit ong number.

BN hancus
Umno nyawa ikan
MIC&MIC hangus
Gerakan tak ada gerak
PKR kena Goal
Pas tak mampu rammpas
DAP semua Cina kasi

The new government = Pakat Berbaris (PB)

Component parties = Umno, DAP + saki bagi MCA&MIC.

Illegal bookies are taking the bets now. Visit your local kedai kopi Cina. Not the front, but the back, behind the curtain.

Kaki Pakau

saji said...

Salam raja2u

Kalau sdr kurang pasti dasar penswastaan sebagai mirip atau alat kapitalis mengkayakan diri dan kumpulannya, yang pasti ialah dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Dr M itu merupakan agenda tersembunyi kapitalis golongan politik pemerintah semasa dan peniaga kroninya MENGELAK kontrak bagi projek mega kerajaan ditawarkan secara tender terbuka atau open tender yang ditekankan oleh Islam dari segi pematuhan hukum/kontrak Jual Beli Lelong atau maksud modennya Jual Beli secara Tender.

Mengenai cadangan sdr supaya diwujudkan satu badan pemantau yang akan menganalisa dasar-dasar kerajaan dan perlaksaannya, saya boleh setuju jika majoriti ahlinya dilantik daripada kalangan wakil rakyat pembangkang iaitu bukan minoriti seperti ahli PAC sekarang.

Anonymous said...

Salam Dato, dan Saudara/ri,

Luahkan dan hamburkan semua yang terbuku di benak sementara ada pemimpin sebangsa dan seagama yang sudi membaca, buka telinga, dan mengambil perhatian.

Nanti, apabila pemimpin sebangsa dan seagama tidak ubah seperti boneka (diberapa negeri), segala luahan dan hamburan mungkin terdampar di 'telinga tembok' yang tidak bisa mendengar dan apatah lagi untuk memahaminya.

Kah-Kah-Kah

Anonymous said...

dato'

Terima Kasih diatas keterangan mengenai pengertian yahudi, israel dan zionist.

tapi saya rasa kebanyakan rakyat tidak tahu perbezaan antara ketiga2entiti ini..

oleh itu adalah mudah untuk menyamakan ketiga-tiga entiti itu sebagai entiti jahat dan tidak berperikemanusiaan..

Juga, amatlah mudah untuk gerombolan menipu, menghasut dan mengelirukan rakyat yang entiti jahat inilah menyokong dan menyalurkan kewangan kepada Anwar Ibrahim.


minah ronggeng

Anonymous said...

Salam

Saya nak tambah/ulas kisah Sultanul Ulama Izz Bin AbdusSalam yg dibawakan oleh pembahas Langitbiru.

Semasa pemerintah memutuskan untuk memnugut cukai daripada rakyat untuk menampung kos perang, diriwayatkan bahwa pemerintah ketika itu masih bermewah-mewahan dimana dipinggang ratusan hamba para pemerintah saja terlilit talipinggang yang diperbuat daripada emas. itu baru para hambanya, tak perlulah dikisahkan bagaimana pula kemewahan pemerintah dan barisan pembesarnya.

maka adalah sangat tidak wajar hanya rakyat saja yg menanggung beban.

sekian. wassalam.

wave100

Anonymous said...

Cukai-Cukai Di Malaysia Yang Kita Separa Sedar Kewujudannya

Cukai jualan atau sales tax adalah satu bentuk cukai yang dikenakan hanya pada satu peringkat kepada barangan import dan beberapa jenis produk tempatan apabila produk itu sudah diimport masuk,atau pada ketika barangan itu dijual.

Kadar bayaran :
a. 5% untuk buah-buahan import,bahan makanan dan bahan binaan
b. 10% untuk barangan harian
c. 20% untuk barangan alkohol
d. 25% untuk produk tembakau

Cukai servis atau service tax adalah cukai yang dikenakan kepada barangan-barangan dan servis2 apabila dijual atau disediakan dalam premis-premis tertentu seperti hotel dan sbg.Produk yang dikenakan cukai servis adalah produk tembakau,produk beralkohol dan minuman.(Sebab tu makan minum kat hotel mengarut2 harga dia)

Servis-servis yang disediakan yang dikenakan cukai servis pula adalah :

1. penyediaan bilik sebagai tempat penginapan
2. penyediaan premis untuk meetings, conventions dan persembahan fesyen dan budaya
3. health services
4. professional and consultancy services provided by legal
5. engineering
5. surveyor,
7. architectural
8. accounting
9. advertising
10. consultancy
11. provision of accommodation and food by private hospitals and credit cards companies.

dan BANYAK LAGI .....firms, insurance companies, motor vehicles service and repair centers, telecommunication services, security and guard services, recreational clubs, estate agents, parking space services, courier service firms, dentists, veterinary doctors


............

Tapi,sebab nak senang punya pasal,aku listkan lah macam ni aje cukai2 yang aku tau sebab benda2 ni yang aku rasa setiap masa.

1. Cukai kereta yang maha tinggi
2. Jika cukai kereta maha tinggi,cukai motorsikal super maha tinggi
3. 5% tiap-tiap kali makan Kentucky,McDonald dan lain-lain francais makanan
4. Duti hiburan 20% yang ada setiap kali anda tengok wayang
5. Cukai pendapatan kepada mereka2 yang bergaji lebih RM2500
6. Cukai pintu kepada pembeli rumah
7. Kredit kad servis tax RM50
8. Cukai kepada harga rokok
9. Cukai jalan dan insurans
10. Tol adalah satu bentuk cukai bila jalan percuma macam gampang.

Kalau ada sesiapa nak kata PR poyo sebab janji macam ni?

Biarlah dia nak poyo sekalipun. At least diorang memikirkan sesuatu yang menguntungkan rakyat.

Always pick the lesser evil. Point aku post benda ni senang aje;


"Mana-mana cukai sekalipun walaupun yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat itu sendiri,biasanya yang membayarnya adalah kita, pengguna."


Ada sesiapa nak tambah lagi cukai-cukai yang kita kena sehari-hari?


taxiscukai

Noor ahyat said...

Salam datuk..
jika kerajaan berkata harga minyak akan mengikut pasaran..kenapa harga kereta tak ikut pasaran plak?
Banyak yang dapat dijmatkan dengan penurunan harga kereta..dan rakyat takkan raser terbeban...

Hayati

Tinta Hitam said...

Walau bagaimanapun Najib mengambil langkah yang betul.Beliau tahu bahawa sokongan org org kampung dan felda tidak akan berubah.Cuma undi golongan menengah dan berpelajaran shj yg semakin merosot.Walaupun org org kampung yang berpendapatan rendah lebih terasa peritnya penarikan subsidi ini,mereka tidak boleh menghubungkaitkan pennyelewngan dana negara oleh UMNO selama ini dengan penarikan subsidi.Malahan mereka enggan percaya kepada segal penerangan yg diberikan oleh Pakatan Rakyat.

Silap hari bulan mereka akan menyalahkan Pakatan Rakyat pulak kerana kononnya suka buat bising menyebabkan pelabur asing takut nak masuk kenegara ini.Inlah yang diwar warkan oleh UMNO kat kampung kampung skg ni

Mereka enggan berubah.Bangsa yang enggan berubah biasanya hanya memusnahkan diri sendiri.

sujini said...

Scribe,

1.Jika Scribe atau pembaca/pembahas ruang ini pernah ke Jakarta, ada singgah ke Medan Baru?

2.Disana ada satu Restoran Nasi Padang.Jika 6 orang makan,menu termasuk 2 pinggan bujur besar kari kepala ikan dan lauk2 piawai nasi padang termasuk minuman(saya suka pesan jus avokat),jumlah bil kesemua adalah Rp400K.

3.Jumlah ini kalau ditukar kepada RM lebih kurang RM120/- bermakna seorang baru RM20/-

4.RM20/-seorang adalah kadar secara purata jika makan di restauran-restauran besar di Bandar Jakarta yang berhawa dingin.

5. Kadar ini lebih rendah lagi kalau kita makan di warong-warong atau restoran di luar bandar Jakarta seperti di Bandung,Jogja, Solo dll.

6.Rakyat mereka yang kurang mampu boleh hidup dengan memakan dalam kadar yang paling minima RM10/hari.Ini termasuk 3xmakan sehari.

7.Dimaklum juga,Indonesia tiada subsidi disel/minyak, harga gula kedua tertinggi di Nusantara.Harga tepung,minyak masak juga tiada kawalan.

8.Rakyat miskin diberi kad untuk membeli minyak petrol/disel dan barang-barang keperluan harian pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

9. Persoalan saya, kenapa dengan nilai RM 10/- cukup menampong rakyatnya membeli makanan yang dah bermasak 3/kali satu hari?

10.Bayangkan pula jika saya makan di restoran masakan melayu di Shah Alam, yang tiada hawa dingin, harga ikan jenahak goreng cili sekeping lagi nipis adalah RM3.50.
Ayam goreng RM2.50/keping.Air suam 20sen.Kalau nak makan ayam kampong goreng, RM5-5.50/-keping.Satu kali makan tengah hari di Shah Alam secara purata hampir RM8/-seorang.

11.Malaysia akan menjadi negara maju pada 2010.Ini visi Dr Mahathir.PM Malaysia ke6 impikan ekonomi negara menjana pendapatan tinggi.Untuk mencapai ke tahap ini, adakah nanti kalau kita makan tengah hari di restoran melayu tanpa hawa dingin harganya menjadi RM16-20/seorang satu kali?
Makan tengah hari di warong/gerai akan mencapai RM10-12/seorang,satu kali.

12.Dinegara maju seperti di Jepun, kalau beli sebiji pisang di pasar mini harganya RM5.30/.Kalau makan di Hotel harganya sebiji RM12/.

13.Sekarang di Malaysia pisang Montel/emas/rastali dijual ikut berat.Jadi masih boleh mampu beli sesisir pisang.Kalau Malaysia dah maju dan pendapatan rakyatnya pun dah tinggi, kemunkinan kita hanya mampu beli satu hari satu biji pisang saja.

14.Inilah yang diimpikan oleh pemimpin kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Wassalam.

Anonymous said...

HAIH...BEGINI LAH NASIB ORG KERJA ESTATE..

ISA SAMAD NIE TAK JAGA KAWASAN KE? AL MAKLUMLAH DAPAT BINI BARU..

DIA DOK LARAS 'BARANG' DIA KOT...HEHEHEHEHE

LUKUT: Workers at Siliau Estate, near here, are angry with the Barisan Nasional for being fork-tongued in its pledges.

During the Bagan Pinang by-election last year, the BN government had promised to build as many as 150 low-cost houses under its Hardcore Poor Development Project (PPRT).

The houses were to be sold to the estate workers.

minah ronggeng

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dgn. izin,

Saya sangat terhutang budi kpd. kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional.

Rancangan Tanah Miskin(1959)> Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan> Federal Land Development Authority(Felda).Ibu dan bapa saya sangat miskin.Walaupun diberi RM2.90 sehari berjaya membesarkan saya dan adik hingga ke U.Alhamdulillah syukur!!!

Majlis Amanah Rakyat(MARA)banyak membantu dan melahirkan insan Melayu yg berjaya dlm hidup walaupun ramai drp mereka tak nak bayar balik pinjaman.Ramai di antara mereka juga menjadi penentang kerajaan.

UiTM,UTM dll.,melahirkan ramai jurutera2,peguam2,pentadbir2 Melayu yg.berjaya.

PETRONAS menjadi sumber keewangan negara,memberi peluang pekerjaan yg. banyak,melahirkan pakar2 petrolium walaupun di dalamnya penuh dengan penentang2 kerajaan.

KPLI, memberi peluang kpd. graduan2 yg. tak dapat kerja menjadi guru kalau tidak mungkin hanya menjadi pengangur berijazah.Ramai guru menjadi pembangkang.

Dan lagi dan lagi.

Untuk menilai apakah ini semua sebagai budi kerajaan kpd. rakyatnya,terpulanglah kepada individu itu sendiri.Rambut sama hitam hati lain2.
Bahkan ada anak yg. menganggap apa yg. ibu bapa lakukan untuknya sebagai tanggung jawab semata bukan budi&jasa.

Bagi saya anak sebegini ialah anak yg. tak mengenang budi dan begitu juga dgn. rakyat.Rakyat yg.lupa asal usul.Orang2 yg.tak tahu bersyukur. Merekalah MELAYU KACANG.Mungkin makbudak dan yang sependapat dgn.nya adalah MEREKA.

Salam hormat,

Lat Juno.

pakbelalang said...

PAS Youth chief warms up to Umno’s offer for cooperation


PETALING JAYA: PAS Youth chief Nasrudin Hassan has told the party not to be too defensive on the issue of a possible unity talks with Umno.

Nasrudin said that since Umno has extended an invitation to the party to discuss about matters that were important to the Malays and the Muslims, PAS should accept it.

However, he said the acceptance should be conditional.

“Umno has offered to us. I advise that we do not reject their offer, but instead take it up for the sake of unity. Muslims must unite and as most Muslims are Malays, we must be united,” he said in his blog yesterday. However Nasrudin said the PAS-Umno unity must be based on Islam.

“Islam becomes the main condition,” he said, adding that if Umno was serious about unity, it must accept Islam as the basis of its struggle.

“We’re not asking for Umno to be abolished, but to make Islam as its core principle. Is it really that hard to do so? If it is, then it will be difficult for Muslims to be united.

comment:

How Islam is Pakatan Rakyat?

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dgn.izin lagi.

Kpd.Abdullahngah,yg. tak dpt. royalti 5% di Terengganu ialah kerajaan negeri PAS.Semua rakyat diberi wang ehsan.Semua suka terutama penyokong PAS walaupun TG Haji Hadi kata wang ini haram.Mereka tak kisah.Bahkan ada yg.kata,TG Haji Hadi tu pandai beri fatwa memburukkan orang je.Betul jugak.

Ada penyokong PAS yg dinafikan PPRT kerana mereka sebenarnya tak layak.Ramai penyokong PAS rakyat
Terengganu mendapat tanah, rancangan tanah berkelompk tetapi sia2.Tanah jadi hutan.Tak diusahakan. Malas!!!

Abdullahngah kata," Lazimnya, orang zalim sgt.suka kpd.kerajaan zalim,lelaki penzina juga minat dgn.perempuan penzina." Sdr., bahasa apa yang awak guna untuk kiasan ni.Terlalu kesat.Untuk siapa ?
Benarlah kata bijak pandai kata2 yg. dituturkan melambangkan peribadi penuturnya.Abdullahngah, betul ke?

Salam hormat,

Lat Juno.

alkundangi said...

Dato'

Saya minta izin untuk publishkan rencana ini dala blog saya, kerana rencana ini nampak lebih terbuka dan lebih liberal dan keluar dari kebiasaan penulis-penulis rasmi (kerajaan).

A KADIR JASIN said...

Pembahas Alkundangi,

Dipersudikan. Silalah ambil, tapi kalau boleh sebutlah dari blog saya. Nak ambil boleh, nak link pun boleh.

Terima kasih

A KADIR JASIN said...

Para Pembahas,

Saya baru balik dari kampung. Padi "terbakar" diserang ulat. Malam hari dibaham "orang malam" aka tikus.

Jenoh petani meracun. Pasang pagar plastik. Itu pun yang mampu.

Tak dengar pula cerita "Juara Rakyat" turun padang tengok sawah bendang yang kena serang.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato'

Juara Rakyat dari Pakatan Rakyat yng memerentah Kedah tak turun padang ke melihat padi terbakar di serang ulat?

Mungkin kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tak ada "Juara Rakyat" tapi Juara .......? Apa ya? Hantam sajalah !!

Chegu Amin

Anonymous said...

Dato' kata:

"Saya baru balik dari kampung. Padi "terbakar" diserang ulat. Malam hari dibaham "orang malam" aka tikus.

"Jenoh petani meracun. Pasang pagar plastik. Itu pun yang mampu.

"Tak dengar pula cerita "Juara Rakyat" turun padang tengok sawah bendang yang kena serang.

Sawah padi tidaklah tinggi nilainya dari segi ekonomi dan ia bukanlah kawasan yang selesa untuk pembesar turun padang.

Ini berbeza dengan ladang pasir. Nilai ekonominya adalah tinggi. Meskipun kawah dan gaung pasir adalah berisiko untuk dihampiri, ia masih berbaloi biarpun berkali-kali 'Tauke Rakyat' turun padang.

Kah-Kah-Kah

Anonymous said...

Mengapa harus kerajaan bagi subsidi? Subsidi itu adalah duit cukai dari rakyat.

Harga barangan sepatutnya dibiarkan "market forces" menentukannya.

Apa pasal mesti marahkan kerajaan apabila susisidi dikurangkan? Tak ada pasal!!

Subsidi adalah satu "penyakit" yang boleh merosakan ekonomi negara. Ianya tidak produktif kalau kita faham tentang teori ekonomi.Ianya akan terus membebankan kewangan negara kerana wang kutipan cukai bukannya untuk memberi subsidi. Wang cukai adalah untuk pembangunan infrastructure seperti membuat jalan, membina pelabuhan, lapangan terbang, bekalan air, pertahanan negara dll. Semuanya ini akan membolehkan kita kurangkan kos pengeluaran dan lebeh bersaing lagi dipasaran.



-Jad-

Anonymous said...

sujini said...

1."Jika Scribe atau pembaca/pembahas ruang ini pernah ke Jakarta, ada singgah ke Medan Baru?

2."Disana ada satu Restoran Nasi Padang.Jika 6 orang makan,menu termasuk 2 pinggan bujur besar kari kepala ikan dan lauk2 piawai nasi padang termasuk minuman(saya suka pesan jus avokat),jumlah bil kesemua adalah Rp400K.

3."Jumlah ini kalau ditukar kepada RM lebih kurang RM120/- bermakna seorang baru RM20/-

4."RM20/-seorang adalah kadar secara purata jika makan di restauran-restauran besar di Bandar Jakarta yang berhawa dingin.

5. "Kadar ini lebih rendah lagi kalau kita makan di warong-warong atau restoran di luar bandar Jakarta seperti di Bandung,Jogja, Solo dll.

6."Rakyat mereka yang kurang mampu boleh hidup dengan memakan dalam kadar yang paling minima RM10/hari.Ini termasuk 3xmakan sehari.

Agaknya sebab itulah banyak pelancong tanpa izin dari Seberang sanggup berdepan risiko keselamatan untuk memasuki Tanah Melayu menerusi pintu belakang (menerusi laluan tikus) smata-mata untuk mencari kedai makanan yang lebih mahal kerana di tempat mereka makanan terlalu murah?

Kah-Kah-Kah

Anonymous said...

Lat Juno,

Asal ada kerajaan, kerana adanya keputusan pilihanraya. Pasal apa kerajaan itu diundi, kerana pengundi rasa parti itu boleh buat kerja.

Pilihanraya pertama, berdasarkan siapa yang berjaya usahakan kemerdekaan.

Lima tahun lepas itu, benda yang sama berulang. Kerja lima tahun lepas dinilai dan jika didapati cukup bagus, kerajaan yang sama akan dilantik lagi.

Begitulah seterusnya.

Jadi, tang mana yang timbul soal hutang budi ni?

Felda, MARA, UiTM, Petronas, KPLI dan lain-lain lagi itu sememang sudah tanggungjawab kerajaan yang dilantik.

Jika mula tak reti buat kerja, wajarlah mereka ditukar. Tidak ada timbul soal hutang budi.

Jika ada timbul rasa hutang budi, sampai bila agaknya hutang budi tu nak habis? Bagi saya, hutang budi itu habis bila kerajaan yang sama dilantik semula selepas lima tahun. Lat Juno pula pendapat macam mana? Sampai kiamat ke?

Kalau macam itu, baik tak payah ada pilihan raya.

Tidak sama bila Lat Juno nak samakan dengan hubungan ibu bapa dan anak.

Mana ada anak yang nak lahir, akan pilih sendiri mak bapaknya. Sedangkan kerajaan, nak memerintah, perlukan mandat dahulu dari pilihanraya.

p/s Syukurlah jika Lat Juno sedar, bahasa kasar akan dibalas bahasa kasar juga.

p/s pasal wang ehsan tu, nampaknya banyak yang Lat Juno kena tipu. Saya tak nak ulas panjang-panjang sebab saya dah banyak kali komen pasal wang ehsan ni dalam blog ini.

p/s Pak Belalang, bila masanya Pakatan Rakyat tu islamik. Setakat ni, yang mengaku islamik hanya PAS dan UMNO saja. Barisan Nasional pun tak pernah mengaku islamik.

p/s DAKJ, saya tidak pasti siapa yang dirujuk sebagai juara rakyat namun dengan senang hati saya katakan ada kelebihan bila undi mengikut personaliti dan bukan mengikut parti.

Fed Up

Anonymous said...

Fed up,

Hutang budi disini maknanya "appreciative" what the govt. has done. Tak payahlah nak mempersoalkan dan membelitkan perkataan hutang budi. People are intelligent enough to understand what is the meaning of "hutang budi" in the context of governing the country.

Simple logic !!!

Mat Zero

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin.

Kpd.Fed Up,

Pisang emas dibawa berlayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.

Saya dah kata rasa terhutang budi ke, tidak ke bergantng kpd.sdr.sendiri.Tak ada siapa yang boleh paksa.
Berdasar tulisan sdr. sendiri ternyata sdr. ialah salah seorang MELAYU KACANG yg. saya maksudkan.

Berkaitan wang ehsan, saya tidak tertipu kerana saya 'sangat faham' tentangnya.

Salam hormat,

Lat Juno.

sujini said...

Scribe dan Anonymous Kah-Kah-Kah
1. Sebelum itu,saya ingin perbetulkan ayat No.11 Malaysia akan menjadi negara maju pada 2020.

2. Anon Kah-Kah-Kah,
pendatang asing yang datang samada tanpa izin atau secara sah ke Malaysia adalah kerana ada permintaan(demand)untuk bekerja sebagai buruh kasar dan pembantu rumah.

3.Mereka bukan datang hendak makan di restoran kita yang harga makanannya mahal tetapi mereka datang kerana hendak bekerja memandangkan nilai mata wang Malaysia jika ditukar kepada mata wang Rupiah akan menjadi lebih lumayan.

4. Tujuan saya membuat perbandingan ini adalah bagi memperjelaskan bahawa walau pun negara kita akan jadi negara maju pada 2020 dan mempunyai ekonomi yang menjana pendapatan yang tinggi,nilai mata wang kita akan mengecil dan harga makanan akan menjadi lebih mahal.Peniaga-peniaga kecil kita akan tutup kedai.Sebab nanti pada tahun 2020, kita hanya mampu makan tengah hari dengan membeli satu biji pisang Montel yang harganya munkin RM5/- sebiji dan minum air suam sahaja.Ini adalah andaian saya.Munkin boleh diterima munkin tidak.Terpulang.

Anonymous said...

Salam....

Lat Juno...cukup-cukuplah kalau nak ungkit hal kenang budi Kerajaan BN ni.Disebabkan asyik kenang budi la ada pemimpin-pemimpin BN lupa diri. Tau dan yakin ada org yg akan memilih mereka terus-terusan menjadi pemimpin w/pun mereka ni tak bertanggungjawab. Prihatin bila masa berkempen je. Waktu lain sibuk fikirkan macammana nak habiskan harta kerajaan. Dari mana kerajaan dapat duit? Rakyat juga....bila dah timbul masalah...rakyat juga yg kena berkorban. Muak la Lat Juno!Anda nak terus kenang budi BN tanpa mengkritik dan mengakui kesilapan mereka telah lakukan, anda teruskanlah. Negara ini negara demokrasi.Saya pula tak mau lah menjadi rakyat yg belajar sehingga Msc. tapi dikata bodoh kerana menipu diri sendiri.Staff bawahan saya yg tak belajar sampai U pun kadang-kadang memberikan pendapat yg bernas mengenai kerajaan BN. Kesalahan kalau dah jelas sangat sukar untuk ditutup Lat Juno.'Kenang Budi Biarlah Berpada-pada'.

Shah, S.Alam

Anonymous said...

Lat Juno,

"Merasa terhutang budi terpulang pada diri sendiri" ayatnya memang cantik tetapi bila pilihan saya tidak sama dengan saudara, ada pula nama yang digelarkan.

Bagus la macam tu.

Oh ya, kampung saya di Besut Terengganu. Tempat Idris Jusoh. Lat Juno tinggal kat Terengganu ke?

Mat Zero,

Appreciative dalam bahasa melayu adalah "menghargai". Dalam banyak hal memang saya susah nak faham walaupun "simple logic" (dalam bahasa melayu logik akal secara mudah). Maklum lah saya tak sekolah tinggi.

Nampaknya dua orang ni, kalah debat jadi marah. Subsidi kena potong tak pulak marah. Semua hutang budi punya pasal.

Fed Up

Anonymous said...

Fed up,

You talk rubbish. Period.

Now you can accuse me anything you wish. Does not bother me at all.

Mat Zero.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin.

Kpd.Shah,saya bukan penyokong UMNO yg.taksub. Banyak perkara yang dibuat oleh 'individu' saya tegur.Bahkan saya pernah tulis surat kpd.Tun Hamid Omar berkaitan kes Tun Salleh Abas.Tentunya tidak dijawab.Saya siapa.Hanya seorang rakyat kerdil.

Perkara yang benar,dibenarkan kalau bercanggah dengan apa yang saya fikir,saya luahkan.Itu pendirian saya.Cuma saya tidak mengutuk kerajaan secara keseluruhan apabila ada kesilapan yang dibuat oleh individu tertentu dlm kerajaan.Mereka perlu ditegur.Diperbetulkan.

Fed Up,Jertih,Seberang Jertih,Bt.Kenak, Alur Lintang, Kg.Raja, Gong Nering dll.memang dekat dgn tempat asal saya.Duluuu.

Kalau dikatakan UMNO syirik, kafir,Islam UMNO tidak diterima oleh Allah,perlakuan UMNO bertentangan dgn. apa yang Rasulullah ajar, UMNO sebuah kerajaan yg.zalim,,.Sebagai seorang ahli UMNO (Lama dan Baru)saya perlu pertahankan UMNO kerana segala tomahan itu TIDAK BENAR.

Kalau dikatakan ramai YB UMNO rasuah,kumpulkan kekayaan,tidak melawat kawasan, tidak hiraukan pengundi2 dll. saya senyap je atau menyokong kerana itu semua benar.

Bukan nak jadi hero punnn,,.

Salam hormat,

Lat Juno

affendi hussain said...

Salam Dato',

Harap penjimatan pemotongan subsidi RM750juta tak terus dilonggok kpd sekolah vernakular Cina..depa minta 1 billion..lg RM250j mana 1Malaysia nak cekau? Kalau SRJKC dpt 1b, Sekolah Agama swasta kena dpt 3b, SRJKT 0.5b.. baru adil dikata 1Malaysia..

Kalau petrol/disel yg dikeluh kesah kerajaan & rakyat..kerajaan sepatutnyanya fikir cara kurang penggunaannya dgn memperbaiki integrasi pengangkutan awam keretapi mcm Jepun, Singapura, HongKong malah Beijing..cukuplah bg contoh Asia..'electrified', sumber letrik tu boleh dijana pelbagai..

ini apa yg dibuat? 4billion zaman Pak Lah pun hilang masuk longkang saja..

Bab gula tebu saya no komen..nenek moyang kita dulu byk sumber gula..dek kerana mudah dpt gula tebu org melayu kini dah malas usahakan gula kabong buat dari nira..

buat yg masih tak tau hujung pangkal cerita gula satu soalan saja saya nak tanya..duit subsidi gula kita pi mana??
- dah tentu lah si tauke monopoli gula yg kaya raya sorang tu..tak gitu yg melenting tak tentu hala?

Kerajaan pun satu..yg di bising RM7++ billion belanja subsidi..yg pengurusan & pembangunan beratus juta tu apa cerita..dpt jimat 1 peratus pun dah berapa? dlm 7++ billion tu individu yg paling byk dapat adalah tokey gula, tepung & IPP..kalah mana2 bumiputera.. yg nk bankrapkan negara bukanlah rakyat jelata..tetapi kelemahan perancangan dan pengurusan hangpa..

Bila saya humban hujah ni depan cina depa sendiri jadi kelu tak berbahasa..asyik2 tongkat kata kita bumiputera..hakikatnya org bangsa depa juga yg dpt tongkat besar batang kelapa..

Ingatlah..kestabilan negara bergantung kpd sosio-ekonominya..kalau banding 20thn dulu kadar upah sama saja..cuma dulu tak byk org2 super kaya..golongan pertengahan byk..skrg, pertengahan dan masuk ke zon miskin..yg kaya raya 2-3 kerat monopoli ekonomi bertambah..apabila hilang 'middle class bandwidth' ini nescaya langit(kaya) & bumi (miskin) akan bertembung & negara dgn sendirinya bakal kiamat..

wasalam

("/)

Anonymous said...

kpd pak hj jb dan yg seangkatan dgnnya...

yang lihat kenaikan gula dan minyak dgn menyarankan penjimatan penggunaan dalam keluarga..

malangnya, anda gagal melihat kesan rantaian drp kenaikan bahan 5 dalam 1 itu...

hampir seluruh rantaian hidup kita berkait dgn minyak, hatta kapsul ubat pun adalah hasilan drp bahan minyak, lain lagi kegunaan transport, kilang, penjana kuasa ..yg mana kesemua mereka lambat laung akan memulangkan beban mereka kepada pengguna


z,
bkt damansara

Anonymous said...

Saudara Lat Juno.

Jgn sampai kenang budi, tergadai body.kihkihkih...

Jgn jadi spt bodoh tak boleh diajar, bijak tak boleh diikut..

Mungkin pemimpin negara ni bantu keluarga Lat Juno guna duit depa sendiri kot, tu yang terhutang budi sampai ke mati..Jgn sampai mengucap pun dok sebut nama parti yg support satu keluarga masuk universiti cukuplah. Kenang budi punya pasal..

Rezeki, jodoh, ajal dan maut di tangan Allah. Pemimpin wajib ada sifat bertanggungjawab dan amanah dlm menjalankan tugas.Istilah kacang lupakan kulit itu lebih sesuai utk pak2 menteri dan pemimpin2 melayu yg telah dipilih rakyat tapi mengkhianati amanah yg diberikan. Dulu BN = Barang Naik skrg dah jadi Beban Negara..

Rakyat dah bijak

Anonymous said...

Salam Dato',
Sujini,

Pendapatan yang tinggi akan ada makna yang besar kalau nafsu dan selera dapat dipertahankan. Kalau pendapatan bertambah tetapi dalam masa sama selera dan nafsu turut bertambah makanya jangan salahkan nilai mata wang dan kuasa beli yang menurun.

Kalau pendapatan tinggi tetapi keinginan terhadap barangan berjenama turut meningkat selari maka janganlah salahkan faktor harga tinggi sebagai penyebab bajet tidak seimbang tetapi salahkan diri sendiri kerana taksub melanggani produk berjenama.

Dan dalam banyak-banyak pisang kenapa pisang montel yang dijadikan isu? Cuba tanya Dato' Pemblog pisang apa yang beliau banyak makan sewaktu kecil? Apakah tanpa pisang montel, fizikal tidak boleh membesar dan otak tidak berkembang? Tanyalah.

Mahal atau murah sesuatu barang dalam negara maju masih bergantung pada permintaan dan bekalan. Kalau bekalan sedikit tetapi permintaan tinggi usahkan pisang montel, 'pisang awak' pun boleh cecah 25,000 rupiah pada tahun 2020.

Kalau pisang montel adalah sebahagian dari senario kehidupan pada 2020, ia adalah satu gambaran yang positif. Apabila semua produk termasuk pertanian menerima permintaan tinggi, awak juga bakal jadi jutawan. Yakinlah.

Kah-Kah-Kah

Anonymous said...

Dengan izin Dato',

Lat Juno,

Dulu lain sekarang lain. Dulu kalau tebang balak untuk dijadikan papan, sebahagian dari papan itu sampai kepada marhaen secara percuma untuk dirikan rumah. Jadinya di situ nampak jasanya. Sekarang, balak ditarah seolah-olah esok tiada lagi hinggakan hutan jadi terang dan lawas tetapi apabila bertukar menjadi papan, yang percuma hanyalah sebuknya saja. Tidak ada jasa di situ.

Dulu lain sekarang lain. Dulu kalau korek pasir lubang tidak sebesar mana dan pasir tidak semahal sekarang malah masjid yang dibina kukuh bediri di mana-mana. Nampak jasanya. Sekarang, pasir dikorek tidaklah kurang dan lubang yang ditinggalkan saujana mata memandang dan meskipun marhaen nampak beratus lori pasir keluar dan masuk namun mereka hanya dapat debunya saja. Tidak ada jasa.

Kalau budi dan jasa sudah tidak menjadi sebahagian dari prinsip kepimpinan 'kerajaan balak' atau kerajaan 'pasir berdengung' makanya tidak timbul isu di mana 'budi harus dibalas dan jasa harus dikenang'. Ini bermakna sesiapa saja berhak menentukan sama ada mahu mengekalkan kedua-duanya atau digantikan dengan yang lain yang suka berbudi dan berjasa.

Kah-Kah-Kah

Anonymous said...

Salam dato',

Izinkan saya relate kpd sdr z, bkt damansara (9:09 PM).

Benarlah spt yg sdr tuliskan tu, harga minyak akan menyebabkan talian kenaikan harga barang. Terlalu naif utk tidak mengetahui hal itu. Terlalu naif juga kalau mengharapkan harga minyak tak naik; bekalan minyak dunia semakin menyusut manakala permintaannya semakin menaik, maka mahu tak mahu, harga minyak akan naik juga dan tak ada negara yg terkecuali drp kenaikan harga minyak termasuklah Arab Saudi. Kalau kita ke Makkah utk buat umrah atau haji, harga barang dan perkhidmatan di sana telah naik bebanding 10 tahun lalu walaupun harga minyaknya "sangat terkawal" dan disubsidikan dengan banyak sekali. Tahun 1999 dulu tambang Tanah Haram ke Tanaiem pergi balik khamsa riyal, saya pasti sekarang dah tak dapat lagi.

Kita tak boleh lari dari inflasi; hatta puak Dinka di Sudan itu pun mengalami tekanan inflasi. Mereka (Dinka) tak naik kenderaan bermotor, lelaki dan perempuan hanya bercawat, tapi hantaran perkahwinan mereka meningkat, dari hanya 10 ekor lembu pada masa lalu sekarang dah naik ke beratus ekor lembu. Kalau itulah harga mas kawin di Malaysia alamat tak kawinlah kita semua atau kita minta subsidi kerajaan utk harga mas kawin.

Saya fikir bukan harga barang tapi kemampuan kita membeli yg lebih penting. Kita kena tingkatkan kemampuan membeli diri kita. Macaman tu? Tingkatkan keupayaan dan produktiviti kita (sebagai individu --> syarikat --> negara). Kos hidup di Singapura tinggi; orang-orang yg bergaji rendah buat dua kerja, suami isteri bekerja, rancang keluarga supaya anak-anak bejaya tak mewarisi cerita duka iubu-bapa mereka. Hukum "survival of the fittest" walau pun kita tak suka tapi itulah yang sedang berlaku sekarang ni, dimana-mana. We have to adapt to the change or we kaput.

Ada satu cara lagi, iaitu cara defensive. Kalau mahal beli sedikit atau tak beli langsung. Jangan tertipu dengan sapa pun yg berjanji bahawa harga barang tak akan naik. We are not living in vacum, can we?

Pak Hj JB

Anonymous said...

Lat Juno,

Syabas !! Komen Sdra memperlihatkan orang bijaksana.

Tahniah!!

Susah nak dapat orang berfikir secara jujur. Kejujuran sdra dapat diteliti dengan perkataan-perkataan yang berhemah.

Hidup UMNO kejalan yang lurus dan diredhai Allah. Insyallah! Yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah!!

Mat Zero.

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum.

Waalaikumusalam Sdr Saji

Badan pemantau yang saya maksudkan bukanlah yang dilantik oleh Kerajaan.Ianya hendaklah terdiri dari pelbagai peringkat anakbangsa tidak kira dari parti politik mana ataupun tiada berparti .yang perhatin kepada situasi sekarang dimana kedudukan orang Melayu bukannya bertambah baik seperti yang diidam-idamkan dahulu tetapi semakin terhakis sehingga menghunus keris pun menjadi isu besar.Badan seperti PERKASA sepatutnya boleh memainkan peranan ini tetapi ianya memilih-milih dan mendirikan dinding pemisah sesama anakbangsa kerana perbezaan politik. Ini bermakna PERKASA tidak akan mendapat sokongan 100% anakbangsa kerana siang-siang lagi menampakkan kebenciannya kepada anakbangsa yang menyertai parti politik tertentu.

Kelemahan orang kita adalah menyerahkan bulat-bulat kepada Kerajaan menguruskan kepentingan anakbangsa .Sekarang sudah terdapat dua kumpulan parti politik yang hampir-hampir sama kuat.Kita majukanlah kepada kedua-kedua kumpulan tersebut kertas cadangan kita dan memberi sokong kepada mana-mana parti yang bersetuju melaksana agenda kita. Hanya dengan begini kita dapat menyedarkan pemimpin kita bahawa nereka berkuasa "at our pleasure" dan tidak lebih dari itu.Kita bukan saja-saja suka menjatuh atau menaikkan seseorang atau sesebuah parti tetapi untuk menjaga hak kita yang terdapat dalam perlembagaan kita.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya

Anonymous said...

Lat Juno kata,

"Kalau dikatakan UMNO syirik, kafir,Islam UMNO tidak diterima oleh Allah,perlakuan UMNO bertentangan dgn. apa yang Rasulullah ajar, UMNO sebuah kerajaan yg.zalim,,.Sebagai seorang ahli UMNO (Lama dan Baru)saya perlu pertahankan UMNO kerana segala tomahan itu TIDAK BENAR."

"Kalau dikatakan ramai YB UMNO rasuah,kumpulkan kekayaan,tidak melawat kawasan, tidak hiraukan pengundi2 dll. saya senyap je atau menyokong kerana itu semua benar."

Topik artikel ini tidak menyentuh pun pasal perenggan pertama. Saya pun tak cerita bab itu.

Yang ini ada kaitan. Pada pendapat saya, kerana salah guna wang dan kuasa lah ada kebocoran dana negara sampai defisit.

Dan Lat Juno sendiri pun dah mengaku tentang sikap kebanyakan pemimpin UMNO yang bersikap tidak amanah, apa lagi hutang budi yang nak dibayar?

Saya dulu pun sokong UMNO. Cuma kini dah rasa fed up. Sampaikan rasa kerajaan dah hutang banyak dengan saya sebagai rakyat.

Saya orang Bukit Kenak. Pelik ye pemerhatian kita tentang wang ehsan adalah berbeza....

Mat Zero kata,

"You talk rubbish. Period."

"Now you can accuse me anything you wish. Does not bother me at all."

Hujah begini memang saya tak boleh jawab.

Kah kah kah kah kah kah kah kah

Fed Up

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Dato' dan Saudara Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain (raja2u).

Selepas PRU12, saya ada bersembang santai dengan seorang pembesar UMNO, Dato'! Saya katakan kepadanya, "bagaimana Dato', UMNO nampaknya kena MAIN WAYANG dengan Gerakan?". Dato' angguk-angguk kepala, katanya, "nampak nya gitu lah". Terpacul dari mulut Dato', "kita (UMNO-PAS) kena kerjasama, seperti parti-parti Cina kerjasama."

Semasa saya di Tanah Suci Mekkah, saya ada bertanya kepada seorang pendakwah bebas, seorang HAfiz Quran. Beliau menghafal hampir keseluruhan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, keluaran Jabatan Perdana Menteri (JPM). Saya mengemukakan maksud ayat-ayat suci al-quran yang melarang orang-orang yang beriman, mengambil musuh-musuh Allah,orang-orang kafir sebagai teman,penolong dengan meninggalkan orang mukmin. (Al-Mumtahanah 1, Ali Imran 28, An-Nisa' 144, Al-Mujadillah 22).

Saya bertanyakan kepadanya, di negara kita Malaysia, semua parti politik berasaskan kaum DAN bukan Islam, semuanya MENENTANG HUKUM HUKUM ALLAH dijadikan Undang-Undang Negara. Apakah mereka ini tergolong sepertimana ayat-ayat di atas?

Pendakwah bebas al-hafiz itu menjawab ringkas, "Ya".

Tambahnya lagi, "Dan parti-parti orang Islam yang menentang Hukum-Hukum Allah dijadikan undang-undang negara juga berdosa".

Saudara Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain, seperti hujah saya yang lepas-lepas, UMNO dan PAS tak perlu bergabung bersatu, yang perlu UMNO lakukan adalah laksanakan Islam dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Bersatunya Bangsa Quraisy adalah kerana Islam. Bersatunya Aus dan Khajraj adalah kerana Islam. bersatunya Muhajirrin (Quraisy) dengan Ansar (Aus $ Khajraj) adalah kerana Islam.

Ringkasnya, HANYA KEMBALI kepada Islam, Bangsa akan bersatu.

Ringkasnya, kekuatan Bangsa adalah kerana Islamnya.

raja2u said...

Assalamualaikum YBhg Dato'dan pembahas-pembahas yang dihormati.

Waalaikumussalam Sdr Langitbiru. Jika setiap orang yang mengaku dirinya Islam menjadikan matlamat hidupnya mencari keredhaan Allah dan kesejahteraan ummah maka tiadalah kita sekarang berada didalam keadaan serba tak kena. Mereka akan melihat sesuatu itu bukan dari segi kepentingan diri dan kelompok semata-mata tetapi kebaikan ummah keseluruhannya.

Sebagai contoh apabila keputusan pilihan raya 2008 diumumkan mereka yang terpilih sepatutnya membuat perhitungan apakah tindakan yang mereka perlu ambil agar kuasa politik umat Islam terpelihara dinegara ini dari jatuh ketangan majoriti (wakil rakyat )bukan Islam.

Mungkin Allah tidak mahu demikian sebagai pengajaran kepada mereka yang ada membuat perbuatan mungkar semasa berkuasa supaya rakyat mengetahuinya dan mudah-mudahan mereka sedar dan balik kepangkal jalan.

Dahulu saya suka membaca buku-buku motivasi yang ditulis orang Barat tetapi semenjak membaca Tafsir Pimpinan Al Rahman saya dapati tidak perlu membaca buku-buku tersebut lagi kerana semuanya boleh di dapati dalam Al- Qur'an.

Pandangan saya janji Allah adalah benar dan diakhir zaman ini dibayar dengan tunai.Sebagai contoh pada suatu ketika dahulu terdapat pemimpin negara yang mempersendakan humkum Allah. Akibatnya jenayah telah miningkat dan sukar dibendung sekarang walaupun anggota keselamatan telah ditambah.Mungkin masalah ini hanya dapat diatasi jika yang berkenaan bertaubat. Begitu juga ada pemimpin yang harum namanya dan tiada cacat celanya. Tetapi apabila beliau memperkecilkan suruhan Allah supaya umat Islam bersatu dalam apa keadaan pun beliau mula di kecam orang dan difitnah hingga perlu membatalkan rancangan ke Mekah.

Marilah kita bersama-sama berdoa semoga Allah memberi pertunjuk kepada kita semua bahaya yang akan menimpa kita jika kita tidak segera bersatu untuk kebaikan ummah kerana Allah semata-mata.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).