Saturday, July 10, 2010

Final Piala Dunia: Paul Lwn Mani

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 12 Julai -- Sepanyol Juara Piala Dunia 2010. Sepanyol 1 Belanda 0]

UNTUK kita renung dan fikirkan bersama. Dalam kehidupan ini, cara paling selamat untuk selesa adalah dengan tidak berbuat apa-apa kerana setiap keputusan atau tindakan, biar sekecil mana sekali pun, pasti ada tindak balas.

Orang yang berpeluk tubuh, tidak melakukan apa-apa adalah lebih selamat daripada orang yang melakukan sesuatu. Tetapi itu hanyalah dalam jangka pendek.

Lihatlah apa yang terjadi kepada tukang tilik Paul, si sotong kurita di akuarium Oberhausen, Jerman.

Kerana meramalkan dengan tetap kekalahan pasukan Jerman kepada Sepanyol dalam pertandingan bola sepak Piala Dunia, ada tuntutan supaya ia dibakar hidup-hidup dan dimakan.

Yang terakhir, Paul meramalkan kemenangan Sepanyol dalam pertandingan akhir melawan Belanda.

Tentu ada penyokong Sepanyol yang percaya kepada Paul gembira dan ada penyokong Belanda yang berang. Maklumlah ramalan negatif Paul itu boleh menjejaskan semangat – kalaupun tidak semangat pasukan Belanda, tetapi semangat penyokongnya.

Moral cerita, hatta seekor sotong akuarium pun mengalami bahaya sekiranya membuat pendirian yang menyentuhi kepentingan sesuatu pihak.

Jadi tidak hairanlah kalau dalam masyarakat manusia ramai yang berpeluk tubuh, berdian diri, main selamat atau berbisik-bisik di belakang tabir.

Menyatakan pendapat atau pendirian boleh membawa bahaya dan bencana. Memuji memuja dan mengiakan kata-kata orang yang berkuasa, boleh menghasilkan pangkat dan harta.

Bagi saya, walaupun si sotong kurita Paul meramalkan kemenangan Sepanyol, saya akan memihak kepada Belanda kerana saya lihat pasukan Oranje itu lebih bersemangat dan konsisten.

Dalam tiga setengah dekad, Belanda telah masuk pertandingan akhir dua kali iaitu pada tahun 1974 dan 1978. Kali ini adalah kali ketiga.

Dalam dua pertandingan lalu, Belanda kalah kepada tuan rumah – Jerman dan Argentina. Kali ini, Belanda tidak bermain dengan negara tuan rumah, tetapi dengan Sepanyol.

Siapa tahu, mungkin kerana terlalu yakin dan taasub dengan status selebriti globalnya, Paul membuat kesilapan. Itulah pun pendapat Mani, burung serindit milik seorang penilik di Singapura.

Mani memilih kad ramalan yang tersembunyi di bawahnya bendera Belanda.

Satu lagi, jangan lupa mungkin Paul menderita dilema identiti dan taat setia. Menurut Wikipedia, Paul ditetaskan di Sea Life Centre, Weymouth, England. Pada tahun 2006 ia dipindahkan ke Oberhausen, Jerman.

Apa pun, marilah kita bersuka hati menonton perlawanan akhir Belanda-Sepanyol itu nanti. Tapi minta satu saja -- tolong jangan ganggu harimau Malaysia daripada tidurnya nan nyenyak, penuh mimpi.

39 comments:

liyas said...

Harimau Malaysia sedang bermimpi menjadi jurukomen, jurusokong, dan berbagai juru lagi...

sotongkita said...

Dato' kita kona sikit. Kalau Idris Jala tu cakap berdasarkan fakta 2019 Malaysia muflis adakah dia akan dibakar hidup-hidup oleh Tok Ketuanya? Adakah fakta itu suatu 'ramalan'? Atau sekadar hiburan dalam dunia politik!

Zaki said...

Salam Datok,
Harimau malaya mesti dikejutkan, dah lama tidurnya. Kalau tak bangun jugak simbah saja dengan air...biar bersemangat sikit.

Teringin sangat nak tengok malaysia beraksi di piala dunia...tu pun kalau sempat.

Anonymous said...

Salam Dato dan semua,
Sekiranya Harimau Malaya masuk Piala Dunia hatta dibuat di Antartika . Saya dengan Seluruh family saya akan ke sana untuk menyokongnya.
he he he :o)

Roti Planta said...

Dato',

Pasal final piala dunia pun DS Najib 'play safe' dengan tidak mahu sokong mana-mana. Esok bila salah satu pasukan menang dia akan ucap tahniah!.

Keberangkalian salah satu menang adalah 1/2. Jadi jika saya ramal Sepanyol dan isteri saya ramal Belanda maka salah seorang dari kami akan betul. Adakah ini membuatkan kami boleh jadi tok nujum negara? Tidak.... Jadi penujum mana-mana pun samada manusia atau haiwan tidak mempunyai kuasa untuk mengetahui perkara yang akan datang. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Malaysia juga patut berbangga sebab mana-mana pasukan yang menang adalah merupakan bekas penjajah kita! (ada juga kaitan)


Bye/ Roti Planta

mad said...

hahaha saya geli hati baca perenggan akhir tulisan datuk. harimau malaysia sedang tidur nyenyak mungkin untuk mengumpul tenaga atau mungkin takkan bangun-bangun lagi. saya yakin takkan sempat melihat pasukan negara layak ke piala dunia semasa hidup saya ini. saya lebih yakin judi bola akan dilesenkan dalam masa hadapan jika bn melanjutkan pemerintahan daripada pasukan malaysia masuk piala dunia.

Anonymous said...

Mana2 yang menang sama je. Dua2 negara sokong gay

-bosan

asyMok_Aambo said...

ambo sokong Amsterdam tapi Rasa-rasa Madrid menang. Camana Ekk..

Abu Talib said...

Dato Kadir.

Dalam perlawanan bola sepak baik piala Dunia atau European Cup atau UFEA cup atau Liga Perdana semuanya di kawal oleh Bookie bola sepak.

Bookie hanya membayar kapada enam atau tujok orang.Yang pertama Raferee,kedua lineman,ketiga gol keeper,keempat striker dan kelima defender.

Antara ciri2 game telah di fix ada lah saperti berikut,Own gol,sepak penelty tak masok,hand ball,offside,bola masok goal refree tak kasi.Goldkeeper tangkap bola dan lepas masok.Semua ciri ciri ini kita dapat lihat dalam perlawanan piala Dunia ini.Sabelum perlawanan bola ini bookie akan bagi oddnya dan mereka akan cuba fixed game ini mengikut odd mereka.

Jumlah pertarohan bola sepak amat besar sekali.Di Hong Kong minggu lepas polis telah memberekas satu syendikate bola dengan merampas hampir 3.1 billion dollar.

Di Indinesia,Malaysia dan singapora,bookie ini beroperasi di Pulau Bantam.Di Indonesia,tiada ada TV station yang sanggup bayar royalty siaran lansong Piala Dunia yang berjumlah US150 juta.Jadi bookie membayar 50% dari wang itu,jika tidak orang Indonesia tidak akan dapat melihat siaran langsong dan tidak ramai yang akan bet.

Pertarohan bola ini amat besar sekali,sebeb itu Vincent tan,bila ia mendapat kelulusan Kementerian Kewangan untok mengendalikan pertarohan bola telah menjual 70% lesen itu dengan harga 500 juta.

Bookie yang paling besar sekali di malaysia.Sabelum ini bila bookie kalah besar dia hantar orang Malaysia untok tutup lampu stadium,Kejadia kedua berlaku apabila pasokan liga inggreis datang bermain di Landon .Mereka tinggal di hotel Hilton.Besoknya semua pemain bola sepak cirit birit.Bila mereka main bola mereka kalah.Bila Polis menyiasat ket kes itu,mereka dapati didapor Hilton Hotel itu terdapat 3 orang chef dari Malaysia.
Jadi Paul dan mani itu hanya lah kebetulan sahaja.Yang menetapkan kemenangan bola sepak itu ia lah bookie.

orgkpgdoha said...

Geiss ceritanya,,kalau anda mahu kesenangan atau kemewahan, jangan sekali-kali kondem ketua walaupun benda yang salah dibuatnya, ini semuanya sebagai petunjuk untuk kita belaja memikir dan menerima hakikat sebenarnya.

Heheheeee....Org Politik pun macam sotong paul juga.kalau berani kondem boss mesti kena sembelih...

Arif Omar said...

he he he he. harimau malaysia? terlebih makan tan sri. dah mua sangat. kita semua dah meluat dengan harimau-harimau malaysia ini termasuk penjaga harimau ini. bagus le penjaga harimau si kj tu dah ditendang keluar.

saji said...

Salam Dato'

Saya ikut Dato' atas alasan Belanda dikedudukan underdog dan dari dulu minat gaya permainannya.

pakbelalang said...

Kesimpulan cerita ialah kita jangan terlalu taksub kepada sesuatu kerana akhirnya akan merosakkan intelek kita. Yang benar jadi salah, yang salah jadi benar. Yang haram jadi halal dan yang halal jadi haram.

Anonymous said...

Apa pun si Sotong Paul tu ramal, saya yakin Netherlands akan menang, kalahkan Spain 2-1.
Logiknya, pada tahun 1974 di final WC mereka kalah ditangan Germany.
Kemudian gagal lagi tahun berikutnya (1978) oleh Argentina.
Kali ni takkan nak gagal lagi.
Lagi pun Spain, ini pertama kali ke final. Kalau kalah boleh cuba empat tahun lagi di Brazil.
Memang diakui, Spain memang hebat bila menentang Germany di semifinal. Sepatutnya dapat 4 gol.
Netherlands pula apa kurangnya.

- Peminat Sotong Malaysia.

samurai melayu said...

Salam kasih dan sayang
Datuk AKJ
Izinkan,

A Kadir Jasin said...

Orang yang berpeluk tubuh, tidak melakukan apa-apa adalah lebih selamat daripada orang yang melakukan sesuatu...

Orang Minang pula kata 'labih bayiak duduak ngangkang
pado jadi sotong panggang
Antok antok jo lah
Cando Famili Ada Masalah

Bila Datuk sebut 'Paul lwn Mani', terkenang kami akan kehebatan pasukan F.A.M. ketika PAUL MONY (Mani) Setiausaha Agungnya. Masa zaman dia, Malaysia hinnga ke Olimpik 2 kali (kalu tak silap)

Hanya Jauhari mengenal Manikam dan
Hanya Bookie mengenal 'Money Come'

Masih terusik dek gurauan 'Sujini.

HA HA HA

Alfatihah, amin.

alunbm said...

Dato'

Saya sedikit pun tidak teruja pasal sotong dan burung dapat meneka dengan tepat keputusan perlawanan.
Pada saya itu hanya kebetulan.
Islam melarang umatnya mempercayai benda ramalan seperti menengguk nasib,menilik tapak tangan kerna itu boleh membawa syirik kepada Allah.

Sepanyol dan Belanda sama-sama mempunyai peluang untuk menang.
hanya yang terbaik saja bakal menjadi juara.
Pesta besar-besaran pasti berterusan disalah satu negara yang menjadi juara sempena musim panas sekarang seperti Sepanyol dengan
Matador nya dan Belanda dengan
music festival nya.

Kita diMalaysia hanya boleh nganga saja tenguk kehebatan depa bermain bola.macam langit dan bumi bezanya dengan team bola kita.

Anonymous said...

Datuk

Kalau Malaysia layak ke final Piala Dunia, maka ia akan mencatat rekod sebagai negara yang terbanyak mempunyai nama pemain yang sama; iaitu "Datuk".

Datuk Ali
Datuk Maniam
Datuk Singh
Datuk AhChong
Datuk Awang Pengiran ...

hehehe ....


-sinbad-

Bekas Tentera said...

Datuk Kadir,

Harimau Malaysia tidur nyenyak kerana didodoi oleh pengulas-pengulas sukan termasuki Stesyen-stesyen TV Malaysia yang tidak langsung nampak atau tidak berani mengkritik tentang kelemahan-kelemahan pasukan rimau ni.

Tapi pengulas-pengulas sukan ni begitu hebat bila membuat ulasan tentang pertandingan piala dunia. Ada saja kelemahan pemain-pemain dan jurulatih yang mereka nampak. Tak sangka pengulas-pengulas bola sepak/sukan dari negara yang menduduki tangga melebihi 150 dalam senarai bolasepak dunia mampu mengkritik pasukan-pasukan terbaik di dunia.

Inilah yang dikatakan kuman diseberang lautan nampak gajah di depan bibir buat-buat tak nampak. Mungkin mereka juga "play safe".

Anonymous said...

Apa pun Paul ramal, saya yakin Netherlands akan kalahkan Spain dengan 2-1.
Netherlands patut menang kerana dah gagal 2 kali, 1974 dan 1978.
Takkan kali ni pun nak kecundang juga.
Spain baru pertama kali ke final, kalau kalah pun taklah kecewa (sangat-sangat) macam Netherlands.
Spain boleh cuba lagi di Brazil pada 2014.
Memang Spain diakui kuat. Sepatutnya Germany terima 4 gol bukannya satu.
Tapi, Netherlands juga tidak kurang handalnya.
Apa pun kita hormatilah ramalan Paul yang Spain akan kalahkan Netherlands.

- Peminat Sotong Paul.

ORANGUTAN PENANG said...

Hola Tok Kadiaq,

LA PASIÓN ES NUESTRA FUERZA

VIVA LA ESPANA!!!

PASSION IS OUR STRENGTH

gracias

Anak Ascot said...

Saya harap satu ketika nanti Singapura dapat melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia.Ini kerana kesebelasan Singapura adalah Melayu,mewakili sebuah negara maju.Mereka hanya 14 peratus,majoriti kelas bawahan.
Tentu seronok mendengar juru ulas TV menyebut Singapore Malaysxxxxxxx ke seluruh dunia. Laporan akahbar2 antarbangsa juga begitu, lengkap dengan datanya.Mereka yang tidak tahu siapa itu Melayu pun akan tahu atau mahu ambil tahu.

AKS
Subang Jaya

pakbelalang said...

"tolong jangan ganggu harimau Malaysia daripada tidurnya nan nyenyak, penuh mimpi."

comment:

Kalau diganggupun, harimau Malaysia dah tak tahu apa yang berlaku disekelling mereka. Dia dah tua dan "nyanyuk". Sampai Piala Dunia 2014 pun dia akan terus jadi "sleeping beauty" !!! Mungkin terus khayal, dah lali kena suntikan "dadah" ($$$$$)berlebehan!!

ORANGUTAN PENANG said...

TOK PEKONG WAT SIAM MENURUN BARU
HABAQ KATA SEPANYOL 3 BELANDA 1

Yang syok tok sami siap speaking spanish..

ESPANA SE BATE PAISES BAJOS TRES GOLES A UNO.

adios amigos

Anonymous said...

Salam DAKJ serta para komentar.

Laat Gaan Netherland !!!!

Kata saya "Rasa saya Belanda akan menang pada malam final ini."

Kata Menteri "Tapi belum muktamad lagi, masih dalam perbincangan."

Apa-apa pun .. saya rasa Belanda akan menjuarai WC 2010.

Tentang Harimau Malaysia... saya rasa biar sampai muntah hijau kita komen, akan tetapi para majlis eksekutif tertinggi FAM yang terdiri dari DYMM Sultan (Ampun Tuanku!!) serta ahli politik masih buat "Don't know" saja.

Yang saya pelik, pandaikah YB yg didalam FAM tu bermain bola?

Sempat menonton Yang Berkhidmat (not "Yang Berhormat" coz they don't deserved that title as WE CHOOSE THEM TO WORK) Menteri Belia & Sukan main bola dalam TV.. cara tendang macam budak tadika (rasa saya sekarang ini budak tadika lebih pandai tendang bola dari Menteri tersebut). Kalau dalam kamus bolasepak.. "kaki bangku" atau kalau dalam loghat Kedah "Cengkoi".

Kalau kita tengok Ahli Majlis Tertinggi FAM main bola betul-betul (bukan "show" macam dalam sarkas), ini dapat menunjukkan bahawa layak kah mereka menerajui satu badan sukan yg masih tidur tu.

Bangun lah wahai semua AMT FAM.Tolong resign dan berilah jawatan tersebut kepada yang betul-betul berkemampuan.

Kita ada Dato Soh Chin Aun, Hj Shukur salleh, Santokh Singh, Abdullah Ali dan ramai lagi yang akan mampu mengubah senario bolasepak negara.

Sekian.

1280-K Taman Malik

ab said...

Salam Dato,


APA JADI dengan gelanggang latihan bolasepak rimau rimau Malaysia kat LONDON TU??...beratus juta kalau tak silap saya.....


Gelanggang latih sepak bola atau zoo rimau?...

Mahai betui....


Maleh nak tenguk rimau-rimau ni lawan,macam rimua tua sangat....
kalau awet olih simpan kat maybank...buat maskot bank!

Saya juga teka belanda menang kali ni....


Abu Bakar Ab Rahman

samurai melayu said...

Salam kasih dan sayang
Datuk AKJ
Izinkan,

Spain 1 Netherland 0
SPAIN - WORLD CUP CHAMPION 2010!

One consolation though to your grand children...
Only Switzerland had beaten the World Champs in this Finals.

Alfatihah, Amin.

Roti Planta said...

Dato',

Keputusan membuktikan sotong ke, murai ke, belatok ke, rimau ke, semuanya tidak mempunyai kuasa menilik kejadian yang akan datang. Mereka cuma teka dan kalau kena naik saham. Macam tok bomoh ekor aje. Walaupun Spain menang tetapi keputusan yang dikira oleh tauke judi haram, judi berlesen, judi halal(?) adalah 0-0. Jadi semua yang ikut kata sotong atau ikut kata burung atau ikut kata rimau kalah!. Akhirnya yang menang dan kaya adalah 'tauke judi'.

Bye/Roti Planta

Roti Planta said...

Dato',

Berita baik untuk rimau yang sedang tidur dalan BHarian hari ini;

"TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sedia memikul kembali tanggungjawab selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau berkata, ia satu tawaran yang sukar ditolak selepas dicalonkan semula untuk bertanding bagi jawatan yang kali terakhir disandang beliau pada Februari 1994 hingga Julai 2007."

Bagi saya tak usahlah Tengku. Fokus kepada hoki sahaja. Lagi pun tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan atau hendak diulang balik prestasi FAM bermula Februari 1994 hingga Julai 2007.

Nampaknya FAM dah jadi macam MIC. Orang lain (baru) tidak boleh memimpin kerana keliling-kelalang pemimpin FAM adalah pengampu Presiden sahaja.

Bye/Roti Planta

pakbelalang said...

Dato'

Andai kata ditakdirkan Harimau Malaysia dapat masuk Piala Dunia, Octopus Paul akan jadi "GILA" tak boleh nak buat ramalan. Terus mengamuk!!kah, kah, kah ........

MalaysianKita said...

Kepada Peminat Belanda khususnya beragama Islam, Saudara perlu membaca dan mengenali siapa "Christiaan Snouck Hurgronje".

Kepada Peminat Sepanyol, Saudara perlu baca dan ketahui nasib Umat Islam di Andalusia.

Bolasepak Malaysia, dengar khabar perlawanan Kelantan-Selangor di Shah Alam kelmarin cukup hebat dan menarik!

Harapan Harimau Malaya akan bangkit dari tidur.

Anonymous said...

Dato',

Sotong Kurita Maskot PD 2014?

1. Pasukan yang sinonim dengan kejayaan di peringkat Piala Dunia seperti Brazil, Argentina, Itali dan German tidak boleh terlalu bergantung pada kecemerlangan lampau sebagai sandaran untuk mengulangi kejayaan seterusnya. Perlu diingat bahawa pasukan yang tidak ada rekod cemerlang juga mengimpikan kejayaan yang sama.

2. Apabila sesebuah pasukan berdepan dengan mana-mana pencabar, nilailah mereka berdasarkan analisa yang objektif lagi terkini. Sama ada pencabar punya nama besar atau kecil, anggaplah tahap rintangan terhadap usaha dan kemahuan sendiri untuk muncul sebagai juara masih terletak atas kelebihan dan iltizam semasa setiap pencabar-pencabar yang ada. Sikap memandang rendah upaya pasukan 'kerdil' seperti Sepanyol boleh saja berubah menjadi tekanan hebat apabila Sepanyol tiba-tiba menampilkan ciri-ciri 'kecil-kecil cili api'.

3. Pasukan seperti Belanda yang mempunyai rekod tiga kali menghampiri puncak kejayaan (berada di tempat kedua) tidak boleh terlalu yakin bahawa tempat pertama adalah berada dalam genggaman meskipun lawan mereka di final Piala Dunia 2010 adalah sebuah pasukan yang tidak pernah beraksi di perlawanan akhir! Apa saja boleh berlaku. Tanpa diduga, ramalan yang dibuat oleh sotong kurita bernama Paul, telah memberikan satu tekanan psikologi kepada Belanda dan sebaliknya memberikan lonjakan semangat buat Sepanyol!

Kesimpulannya, keputusan Piala Dunia 2010 tidak lagi boleh diramal dengan hanya mengambil kira aspek fizikal, track rekod, latihan, taktik, strategi dan kejurulatihan semata-mata tanpa mengambil kira aspek mental dan psikologi pemain. Dalam konteks pertandingan, aplikasi psywar mempunyai impak tersendiri dan apabila di perbesar-besarkan oleh media, mampu mempengaruhi psikologi pemain dan seterusnya merubah semua percaturan dan jangkaan.

Sesuatu ramalan mungkin menjadi begitu tepat tetapi ia sekadar kebetulan (tidak ada nilai sains di situ). Sebagai mukmin, kita tak perlu berpegang kepada mana-mana ramalan apatah lagi untuk meletakkan si peramal di tahap yang tidak sepatutnya. Begitu juga kepada mereka yang terpengaruh dengan ramalan si burung (bernama Mani), dan meskipun ramalan si Mani adalah tersasar hingga membuatkan mereka menanggung kerugian, tetapi jangan pula jadikan ia sebagai 'kambing hitam' yang layak untuk di sembelih!

JejakKaryaMaya

Anonymous said...

Agaknya Malaysia perlukan seorang ahli sejarah untuk mengetuai FAM.

Tahun 60+, 70+ dan 80+, jika tak silap saya, Malaysia digeruni oleh Korea Selatan dan Jepun. Kini mereka masuk pusingan akhir WC2010. Pasukan Malaysia masih ... (isi sendiri) ... !!!

Hanya pakar sejarah yg boleh merungkai dimana silap FAM. Belajarlah dari sejarah, supaya kita tidak mengulanginya.

Juga supaya kita berfikiran untuk maju.

Nani Cheras

Sebuah Perjalanan said...

Bual bicara dengan Bakri Ibni dalam rancanga MHI TV3 minggu lepas mungkin dapat buka sedikit mata Harimau malaysia kita!!

Anonymous said...

Utusan Malaysia (Senyum Kambing) berasa malu kerana Jerman bantai England 4-1.

Agaknya rasionale UM macam ini: kalau Malaysia telah bantai Jerman, kenapa England tak boleh bantai Jerman?

Atau pun logiknya ialah: dalam UM ada banyak kambing.

mat royan

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Akhirnya,sayangnya pada Harimau Malaysia masih tergambar..hehehe
Moralnya pak Kadir biarlah ia menjadi Harimau Malaysia di hati rakyat kita.

Pasal sotong pulak,pada saya paul si sotong ni adelah contoh yang patut kita teladani,walaupon pahit paul tetap mengatakan kebenaran dan kebenaran adelah yang sepatutnya kita cari dan amalkan..wallah hu aklam.

zainal abidin awang kechik said...

tok... salam dari johannesburg..
sejuk teramat sangat
dalam stadium ramai yang dah beku..

Unknown said...

maaf mencelah.. hari ini dapat satu cerita.. Paul si sotong telah membuatkan kaki judi penyokong sepanyol berputih mata.. tak ade bookie haram yang sanggup terima pertaruhan untuk belanda kat final.. haha.. dunia..dunia.. bukan saja manusia sekarang lebih percaya kepada binatang daripada sesama manusia.. malahan seekor sotong dengan selamba berjaya menghalang kegiatan judi haram dari berleluasa.. "sotong goreng tepung anybody?"

affendi hussain said...

Saudara Azman,

"Pasal sotong pulak,pada saya paul si sotong ni adelah contoh yang patut kita teladani,walaupon pahit paul tetap mengatakan kebenaran dan kebenaran adelah yang sepatutnya kita cari dan amalkan..wallah hu aklam.

Salam saudara..aduss..hati2 bicara itu kelak lain maksudnya..mungkin sdr tak bermaksud begitu tetapi fahami balik isi pernyataan sdr, ini soal akidah kita..

Paul tidak mengatakan KEBENARAN.. tetapi RAMALAN..tak pahit pun, Paul dapat pilih & makan kepah sedap lagi..

hanya kebetulan takdir Allah s.w.t RAMALAN Paul menjadi KEBENARAN/KENYATAAN..jangan keliru..

Wallahualam

(",)

affendi hussain said...

Dato'

Cadangan Malaysia nak bersama Indonesia 'bidding' untuk jadi host Piala Dunia FIFA agak kelakar bunyinya..

2018 dah confirm Brazil

2018 & 2022 ada 5 yg offer diri..

2022 ada 4..

sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/FIFA_World_Cup_hosts

2019- kita dah diramal bankrap..indonesia sendiri sebelum ini menarik diri dari bidaan kerana cermin ekonomi mereka sendiri..brp zillion rupiah yg hendak ditabur bina stadium & fasiliti awam jika nak jadi host..

Malaysia pun dah tentu akan tabur berbillion, siapa nk biaya? pengangkutan awam masih tahap thn 90an..stadium baru bina pun boleh runtuh..Stadium Bukit Jalil dah tentu kena 'refurbish'..duit lagi..

Lagi satu..dah penat2 keluar duit lobi tak dapat undi..puteri2 lilin di Eropah tu nak undi ke negara iklim panas..main bola tengah stadium pagi2 suhu 34deg.C..pengsan depa..hahaha..Afrika Selatan tu suhu dlm purata 22deg. masa FIFA 2010.

Kesimpulannya..pak menteri tak payah naik syeikh syok sendiri kerana keghairahan sementara FIFA 2010..Ranking bola pun harimau kita tahap 10 kaki bawah tanah.. Thomas Cup tuan rumah, ranking baik pun piala kata pergi kubur kata mari..

Kalau kata impak ekonomi kpd rakyat..fikirlah balik..majoriti fasiliti perniagaan negara ni sapa pemilik..yg aras atas2 dah tentu dilapah kroni awal2..mcm zaman Sukan Komanwel dulu..

Selesaikan masalah negara dulu baru fikir nak 'enjoy'..mabok ka?

Wasallam

("/)

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).