Tuesday, July 13, 2010

Mengingati Mangsa Pembunuhan Srebrenica

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]


SEMPENA ulang tahun ke-15 pembunuhan Srebrenica pada 11 Julai, 1995, izinkan saya menyiarkan semula puisi yang saya tulis untuk buku “Mencari Dugalia Huso” (Berita Publishing, 2006).

Pada bulan November, 1995, ketika hemisfera utara dibalut salji dan empat hari selepas Perjanjian Dayton (Dayton Agreement) dicapai antara pihak-pihak yang berperang di Bosnia-Herzogovina dalam rundingan tajaan Presiden Bill Clinton di Pangkatan Udara Wright-Patterson, Dayton, Ohio, Amerika Syarikat, saya melawat bumi berdarah itu.

Saya ke sana dengan sekumpulan wartawan negara-negara Islam atas jemputan Kerajaan Inggeris. Kami ke sana dengan pasukan Tentera British yang menjadi anggota pasukan pengaman Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Puisi yang saya tulis selepas lawatan lima hari itu berbunyi:

KEMBALI ingatan saya
kepada ratapan wanita di Tuzla
yang saya ingat namanya Munira
(Nama penuhnya Munira Hadzic, berusia 46 tahun)
penjaga pusat pemulihan wanita
mangsa nafsu tentera dan militia Serbia
tidak tahu di mana suami dan anak lelakinya.
Deretan keranda orang Islam mangsa pembunuhan kaum Serb.
Inilah perkuburan Islam Bosnia yang menjadi bukti kekajaman kaum  Serb.

Munira merayu,
meminta dunia mendengar ratapan
wanita-wanita ternoda
yang hilang maruah dan harga diri
hidupnya ketandusan erti
bertanya, “ Mengapa aku tidak mati?”

Munira berkata lagi:
“Tuan, tolonglah beritahu dunia
ratapan kami wanita Bosnia-Herzegovina
suami dan anak lelaki kami entah di mana
tolonglah cari mereka
kami takut mereka menjadi mangsa
kekejaman tentera Serbia.


“Kami dulu dari Srebrenica
kononnya “safe area”
tetapi akhirnya menjadi neraka.

“Kami dan anak-anak gadis kami dinodai
Suami dan anak lelaki kami dibawa pergi
pada malam gelap geleta
meredah ladang dan hutan bersalji
sehingga laungan ‘selamat tinggal’ mereka
tidak kedengaran lagi.”

Buat seketika saya berasa
ratapan Munira sekadar histeria
seorang wanita
yang kehilangan punca dan bicara.

Saya bertanya diri sendiri:
“Apakah manusia sekejam ini,
membunuh kerana nafsu
lebih kejam daripada haiwan pemburu?”
Tangisan ibu yang kehilangan anaknya.
Tangisan anak yang kehilangan ayah dan ibunya.

Pertanyaan dan rayuan Munira akhirnya terurai
tetapi terlewat untuk mengubati hati berkecai
dan harapan hancur lebur
apabila kubur demi kubur ditemui
di dalamnya rangka manusia
dengan liang peluru di kepala
mangsa kebinatangan kaum Serbia
yang dalam khazanah bahasa dan tamadunnya
tiada istilah kemanusiaan
mahu pun belas kasihan.

Teringat lagi luahan harapan
jurutera wanita bernama Amra
(nama penuhnya Amra Mesic)
yang amat dahagakan keamanan
buat dua anaknya.

Dan Dugalia Huso
orang kerdil dari pinggir Sarajevo
empat tahun meringkuk dalam penjara Serbia
semata-mata kerana dilahirkan tidak sempurna.

Kata Dugalia, dia mahu segera pulang ke kampungnya
walaupun kurang pasti
kalau sekolah tempat dia berbakti
masih ada lagi.

Maka hari ini saya bertanya,
seperti anda juga mungkin bertanya
apakah kubur raksasa dengan timbunan rangka
khemah dipenuhi wanita ternoda
dan batu nisan tanpa nama
akan menjadi mercu tanda
kekejaman kaum Serbia di Pristina
Klina, Djakovica dan Mitrovica
kerana dunia tidak peduli
hujah dan khutbah hanya hipokrasi
ratapan hanya dalam puisi?
Wajah-wajah wanita Bosnia hari ini- sumber NST

Atau kita bangkit sekali lagi
dengan azam sekeras besi
dan kemanusiaan sejati
seperti di Bosnia-Herzegovina
di mana nama Malaysia gah
dan kemanusiaan kita terserlah!

Nota kaki: 8,000 orang lelaki dan kanak-kanak lelaki Islam Bosnia dibunuh beramai-ramai oleh penjenayah Serb dalam operasi ethnic cleansing mereka.

Alfatihah.

41 comments:

samurai melayu said...

Salam Kasih dan Sayang
Datuk AKJ
Izinkan,

Sedih pilu hati Samurai
membaca puisi yang terhurai
harapan Munira yg hancur lebur
apabila ditemui kubur demi kubur

Bukan niat tunjuk 'terror'
takut datuk budiman buat 'error'

Kami 'masuk' dengan izin
kami 'keluar' dengan doa
puisi yang datuk bikin
memang sangat bermakna

Alfatihah, Amin.

Roti Planta said...

Dato',

Dulu Bosnia adalah sebuah negeri bawah Yogoslavia yang indah, nyaman, selamat dan sering digambarkan dengan imej perpaduan kaum antara ethnik Bosnia, Serbia dan Crotia. Istilahnya lebih kurang masyarakat majmuk. Malah Sukan Olympic musim sejuk pernah diadakan di Sarajevo. Betapa indahnya digambarkan Bosnia-Sarajevo pada waktu itu.

Kenapa tiba-tiba siibu memperkosa jiran tetangga? Mengapa tiba-tiba siayah dibunuh rakan sekerja? Mengapa anak lelaki disembelih dipadang permainan? Mengapa anak perempuan diperkosa untuk melahirkan zuriat Serbia? Bagi saya kerana perpaduan mereka 'sangat rapuh'.

TV atau Media boleh mempromosi atau membuat propoganda kononnya kita amat bersatu. Namun realitinya masyarakat kita sudah tinggal seperti 'api dalam sekam'. Suatu hari boleh merebak sepertimana tragedi Kampung Medan.

Orang bukan Melayu irikan biasiswa, diskaun harga rumah, bekerja dengan kerajaan dan seribu satu tuntutan. Kononnya hak asasi dan kesamarataan diperjuangkan.

Adakah orang melayu tidak terguris dengan diskriminasi semasa berkerja di sektor swasta, pemilikan gedung dan perniagaan oleh taukeh, tanah nenek moyang yang tergadai dan seribu satu hak-hak yang hilang?

Jadi 11hb Julai bukan sahaja perlu untuk memperingati tragedi Srebrenica tetapi menjadi panduan, dorongan dan doa kepada masyarakat malaysia supaya api dalam sekam itu tidak akan meletus atau supaya ianya terpadam.

Suatu hari apabila berlaku tragedi seperti Bosnia maka sikaya dan sipolitikus akan lari keluar negara, simiskin tiada apa nak dirugikan - baik mengamuk lepaskan geram, sirakyat biasa akan menjadi mangsa. Kalah jadi abu, menang jadi arang tetapi sikaya akan bersenang lenang di London atau Australia.

AlFatihah kepada mangsa kekejaman Serbia, Mangsa Kampung Medan dan Mangsa 13Mei.

Bye/Roti Planta

Yangretibase said...

Assalamualaikum Datuk AKJ,
Datuk berpuisi, saya pun berpuisi juga. Tolong siarkan sajak nukilan saya yang ikhlas ini demi kasih sayang saya kepada seorang perdana menteri kita yang terulung.

"Puisi buat Tun Dr.Mahathir Mohamad"

Assalamualaikum Tun Dr. Mahathir Mohammad,
Aku menyayangimu amat,
Engkaulah jurutera tamadun bangsa paling hebat,
Engkaulah pengukir lanskap zaman,
Satu dalam ribuan.

Tun Dr. Mahathir Mohammad,
Malangnya engkau pendosa engkau pengkhianat,
Bersyahadahlah kamu beristighfarlah kamu,
minta ampunlah kamu,
atas segala dosa yang telah kamu buat,
semoga terlepaslah kamu daripada seksa Allah yang sangat azab,
di alam akhirat.

Tun Dr.Mahathir Mohammad,
Bertaubatlah kamu dengan taubat nasuha,
dan mohonlah kemaafan daripada rakyatmu,(terutama yang seorang itu),
yang telah engkau zalimi selama ini,
semoga matimu dalam sejahtera,
dan dikenang sepanjang masa,
sebagai wira bangsa,
kerana kalau engkau mati sekarang,
dalam keadaan bergelumang dosa dan noda,
maka matimu dalam celaka,
meninggalkan namamu yang busuk lagi membusukkan,
sepanjang masa.

Wassalam. Maaf jua yang kupinta.

pakbelalang said...

Dato',

There is a book titled "WORLD ON FIRE" written by Amy Chua. It is a very interesting book to read relating to ethnic hatred all over the world.
Part of the book also touches on genocides happening all over the world.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Kata-kata seorang ibu bernama Barbara Hren juga amat menyentuh perasaan saya. Anaknya, Rudolf merupakan satu-satunya mangsa yang beragama Kristian Katolik yang ditemui semula. Puan Hren apabila ditanya sama ada beliau mahu anaknya dikebumikan di tanah perkuburan Katolik kerana kawasan perkuburan yang digazetkan itu untuk orang Islam. Kata beliau, " Beliau mati bersama-sama mereka dan biarlah beliau disemadikan bersama-sama rakan-rakannya itu."

Membunuh kemanusiaan nyata impossible kerana kemanusiaan itu merupakan agama yang terbesar di dunia.

zainal abidin awang kechik said...

ŸA ALLAH KAU SEJAHTERAKAN ROH ROH MEREKA BERSAMA RUHUL QUDUS..SALAM

Anonymous said...

Salam buat Dato' dan para komentar,

Sebagai insan kerdil dan sebagai makhluk yang pasrah, tidak ada apa yang dapat kita sumbangkan susulan mana-mana tragedi penghapusan etnik melainkan perkara-perkara berikut:

1. Berkongsi kesedihan dengan pihak waris.

2. Bersimpati dengan nasib mereka yang di tinggalkan.

3. Memberi sumbangan tenaga, masa dan material setakat yang mampu dan terdaya.

4. Mendoakan kesejahteraan dan keamanan buat roh mereka yang telah pergi dan selebihnya mengharapkan mereka digolongkan bersama-sama insan yang syahid.

5. Memberikan semangat dan sokongan moral kepada yang masih hidup tetapi trauma, agar dapat meneruskan kehidupan seperti orang lain.

6. Mengajak masyarakat antarabangsa memainkan peranan aktif dalam mengecam dan seterusnya menghukum pelaku (genosidal).

7. Proaktif dalam mengenalpasti dan seterusnya mengekang kecenderungan genosidal dalam kalangan bangsa-bangsa yang ada.

Sebagai manusia, kita bukanlah sebaik-baik penghukum. Sebagai manusia kita bukanlah sebaik-baik pembalas. Namun sebagai manusia kita pasti bahawa pihak yang melakukan pembunuhan beramai-ramai pasti akan mati jua dan dan oleh itu pasti akan berhadapan dengan Yang Maha Berkuasa untuk mendapat hukuman dan pembalasan setimpal atas kekejaman yang telah mereka lakukan.

ALPASIKU

ab said...

Salam dato,

Am touched and moved...

Alfatihah untuk semuanya.

Harap kita tak menuju kekeadaan yang sama...

Abu Bakar Ab Rahman

pakbelalang said...

Apa yang berlaku disana adalah satu pengajaran yang nyata kepada rakyat kita bagaimana pentingnya hidup berharmoni, hormat-menghormati antara rakyat kita yang berbilang kaum, ugama dan budaya.

Malangnya ada setengah pihak masih lagi cuba bermain api perkauman dengan cuba hendak mempersoalkan kedudukan dan hak masing-masing tanpa mengindahkan apakah akibatnya yang akan berlaku jika api perkauman ini terus menerus dibangkitkan saban hari. Akhirnya malapetaka yang lebeh dahsyat tentunya akan berlaku jika tidak dibendung oleh kerajaan.

Kita telah mengalaminya bagaimana huru-haranya keadaan negara pada 13Mei 1969. Dalam keadaan kelam kabut dan harta benda musnah dan keselamatan negara tergugat maka amalan demokrasi di istiharkan "MATI", dan tidak berfungsi lagi pada masih itu.

KITA JANGAN "MUDAH LUPA" !!!!

anakbuah said...

Sdr Roti Planta,

>TV atau Media boleh mempromosi atau membuat propoganda kononnya kita amat bersatu. Namun realitinya masyarakat kita sudah tinggal seperti 'api dalam sekam'. Suatu hari boleh merebak sepertimana tragedi Kampung Medan.

#Saya perhatikan byk pihak terutamanya kerajaan semasa underestimate dan leka tentang bencana 'api dalam serkam' ini. Mereka masih dibuai mimpi yg, seperti yg saudara kata, masyarakat kita "kononnya kita amat bersatu". Hampir setiap hari kita disajikan di media tentang adanya pergeseran antara parti (yg sememangnya berasaskan perkauman) dan pergeseran dalaman parti. Tidak kurang juga dgn konspirasi besar penyelewengan kuasa dan wang amanah rakyat oleh pemimpin2 semasa yg disapu bawah karpet. Kaum bukan bumiputera sedang beringat skrg tetapi bumiputra atau orang Melayu yg mudah lupa ini bila terdesak/terhantuk akan cepat melatah serta bertindak. Jgn lupa, amok itu dtgnya drp bahasa bangsa sebelah sini.

#'Api dlm serkam' ini tidak akan terpadam hanya dengan berita2 penyedap hati, laporan2 yg digilap cantik dan kes2 yg disapu bawah karpet. Jangan terlalu berharap tragedi 13 Mei '69 tidak akan berlaku lagi sekiranya bangsa bumiputera tidak dibela dan tidak diperdulikan. Banyak tindakan dan cadangan2 oleh kerajaan yg akhir2 ini menjurus kepada kesamarataan melulu dan diskriminasi terhadap kaum bumiputera yg boleh mengakibatkan ketidakpuasan hati mereka. Mengambil hati kaum lain (atau mudahnya utk memancing undi mereka) secara berlebihan tanpa sensitif dgn hak-hak bumiputera yg semakin dinafikan akan hanya mempercepatkan lagi tragedi seperti di Srebrenica ini berlaku. Ianya pernah terjadi dan tidak mustahil ianya boleh terjadi dgn lebih buruk lagi!

p.s: Saya rasa penyangak CIA dan merbahaya bukanlah Anwar Ibrahim seorang sahaja. Kalau diperhatikan, pemimpin2 dlm kerajaan sendiri lebih penyangak drp operator2 CIA dan agen2nya. Sudah terlalu banyak tenaga dan sumber dihabiskan utk membunuh kareer dan watak Anwar ini tetapi byk keutamaan yg utama negara tidak diberi perhatian dan kurang tindakan berkesan. Hari ini Najib: Sime Darby and Pos Malaysia financially stable, adakah ianya satu lagi cover-up? Apa buktinya yg kerajaan betul2 telus?

alunbm said...

Tragedi diBosnia harus dijadikan iktibar oleh ahli-ahli politik melayu,cina dan india diMalaysia.

Pekara seperti itu boleh berlaku diMalaysia kalau ahli-ahli politik tidak mengawal mulut mereka dan suka mengapi-apikan antara satu sama lain.

Sekarang sudah ada kecenderungan ahli politik bercakap tentang tidak kepuasan hati kaum mereka.
Mereka harus berhati -hati jangan sampai terlajak cakap buruk padah nya.

Jangan sampai ahli politik punya pasal rakyat biasa yang menjadi mangsa!!!!

Depa cha alip but....cabut...

MalaysianKita said...

Salam Dato'

Bernostalgia kita lagi akan episod yang lalu.

Pembunuhan beramai-ramai "genocides" di zaman serba MODEN ni hanya berlaku ke atas orang Islam.

Banyak lagi nostalgia tragis yang sama berlaku.

Takkan kita Lupa Peristiwa Shabra-Shatila Palestin.

Di Algeria pun sama. Habsyah pun ada.

Jiran tetangga terdekat kita pun lebih kurang sama. Islam MAdura Indonesia di Kalimantan pun sama. Melayu Islam Pattani Selatan Thailand masih lagi segar. Islam Mindanao pun begitu.

Sebagaimana hujah saya sebelum ini, ISLAM tidak dibenarkan bertapak dengan selesa dan aman di negara bukan Islam, apatah lagi kalau ada kekuatan untuk wujudkan negara Islam atau hanya kawasan autonomi Islam. Atau hanya sebagai sebuah badan Islam. LEBIH-LEBIH lagi kalau sebagai PARTI POLITIK ISLAM---buktinya, apa yang berlaku kepada FIS Algeria, Parti Refah Turki, dan Parti HAMAS Palestin.

Dalam tampalan pada tajuk “Piala Dunia: Paul lawan Mani”, ada saya menyebut,

“Kepada Peminat Belanda khususnya beragama Islam, Saudara perlu membaca dan mengenali siapa "Christiaan Snouck Hurgronje".

Kepada Peminat Sepanyol, Saudara perlu baca dan ketahui nasib Umat Islam di Andalusia”.

Christiaan Snouck Hurgronje adalah orang yang bertanggungjawab MEMISAHKAN ISLAM DAN POLITIK di Indonesia sewaktu penjajahan Belanda. Beliau berkata antara lain, Umat Islam Indonesia boleh mengamalkan agama Islam TETAPI tidak sekali-kali akan DIBENARKAN mewujudkan sebagai sebuah parti Doktrin Politik Islam.

Islam memasuki Sepanyol “atas jemputan” pemimpin-pemimpin tempatan yang tidak tahan dengan dasar pemerintah Sepanyol. Islam masuk dengan aman, agama lain dibenarkan tanpa apa-apa sekatan tekanan, dan tiada penindasan kepada bukan Islam. TAPI bila orang kafir berjaya menakluk kembali Sepanyol, umat Islam diburu dan disembelih, wanita-wanita dirogol dan pelbagai kekejaman manusia. Masjid-masjid samada diroboh atau ditukar dijadikan Gereja.

Barat tidak akan berdiam diri dengan Islam!

....tapi Kerajaan kita AMAT YAKIN dengan APCO!

Anonymous said...

Salam Dato',

Api perkauman adalah api kebencian yang amat mudah merebak dan membakar sehingga sirna manusia dan kemanusiaannya. Laksana anak-anak kecil ramai antara kita tidak pernah tahu erti rusuhan kaum kerana kita tidak pernah menyaksikan kematian, kemusnahan dan penderitaan skala besar yang datang bersama-sama api itu. Segala emosi dan harapan yang cuba dicapai melalui permainan api perkauman hanya akan menjadi debu yang berterbangan menutupi tunggul-tunggul harapan yang telah terbakar hangus. Entah bila kelak tunas harapan baru dapat muncul daripada kehangusan itu.

Bosnia dan Serbia adalah dari kaum yang sama tetapi berbeza agama. Perbezaan agama juga menjadi semacam garis perbezaan demografi dan ekonomi yang menjelmakan polarisasi. Sudah menjadi fitrah alam, setiap polarisasi yang tak terkawal akan berantakan. Dan bumi Bosnia telah menjadi saksi kepada satu tragedi kemanusiaan zaman moden apabila kita membiarkan permainan api perkauman.

Orang pandai belajar dari pengalaman sendiri tetapi orang cerdik belajar dari pengalaman orang lain. Kita di bumi bertuah ini telah ada pengalaman dan kita turut menyaksikan kehancuran di Bosnia. Api semasa kecil menjadi kawan tetapi bila besar menjadi lawan. Kiranya kita masih lagi mahu bermain api perkauman, kelak kita gagal mengawalnya. Tidak ada gunanya menuding jari menyalahkan sesiapa, kerana jika kebakaran itu berlaku juga kita sebenarnya bebal, dungu dan lebih bodoh dari baghal. Sebodoh-bodohnya baghal padang pasir tidaklah ia pernah terjerumus kakinya dua kali dilubang yang sama.

Kepada roh mukmin mukminat muslimin muslimnat yang telah tewas oleh api perkauman di Bosnia mari kita sama-sama panjatkan doa "Allahummafirlahum warhamhum" buat mnereka. Amiin.

Pak Hj JB

Anonymous said...

Salam DAKJ serta para komentar.

Doa kepada saudara kita disana agar roh mereka berada di kalangan solehin.

Jadikan peristiwa ini sbg panduan kita semua agar tidak merebak sampai ke negara kita satu hari nanti.

Sekian.

1280-K Taman Malik

Tarik Osman VAT 66 said...

Salam dato.

Saya ada lah salah saorang fighter bersama dengan pendudok Bosnia.

Apa yang terjadi di Srebrenica amat lah kejam dan salepas 15 tahun orang yang bertanggong jawab melakukan pembunohan itu maseh bebas di percayai di sembunyi di kawasan serbia.

Jika tidak tindakan cepat dan pentas Malaysia,Pakistan dan Turkey pendudok Muslim Bosnia sudah tentu leyap dari bumi Bosnia.Operasinya mudah.Pakistan membekalkan senjata canggih,Malaysia membelinya dari Pakistan.Wang di bayar oleh Penderma terkenal dari Saudi dan Turkey menyeludupkannya kapada Mujahid Bosnia.

Nato terkejut besar apabila Muslim Bosnia membalas serangan Serb dengan senjata Canggih dan mereka tahu seluroh europe akan bermandi darah jika peperangan ini tidak di hentikasn segera.

Terima kaseh kapada Dr Mahathir,Kapada Dr Fateh,kapada Jamal Toyota Saudi dan Faruok Khan dari Pakistan.

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum. Jika umat Islam bersatu dan tidak bersengketa sesama sendiri perkara seperti yang Dato' lapurkan tidak berlaku. Saya berdoa agar kita cepat-cepat sedar dan insaf perbalahan sesama kita sekarang tidak mengutungkan kita sedikit pun bahkan kita setiap hari di perlekehkan orang.Jangan main tarik tali lagi. Tan Sri Mahyuddin telah menghulur tangan dan YAB Dato' Abdul Aziz telah menyambutnya dengan baik maka bersegeralah kita mencari titik pertemuan. Insyaallah Allah akan memberi kita jalan keluar dari kebuntuan yang telah berlaku beberapa tahun lepas.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

Anonymous said...

Semoga umat Islam di Malaysia tidak ditimpa bala sebegitu walaupun hakikatnya Islam makin terhakis dari segi pemikiran dan tingkahlaku orang 'Islam' di sini.

~Peace

Quantum Metal Consultant said...

Pembunuhan dalam peperangan menggunakan senjata mungkin dapat dilihat dengan kematian fizikal.

Tetapi hari ini, dalam aman damai, kematian dan kemusnahan serta penjajahan ke atas sesuatu etnik boleh berlaku dalam bentuk lain.

Yang terdekat, di hadapan mata kita, penyingkiran terancang satu etnik sedang berlaku di Pulau Pinang.

Dato' tidak mahu puisikan lagi ke untuk dinostalgiakan pada masa akan datang.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Tarik Osman VAT 66,

Terima kasih atas komen Sdr. Pengorbanan dan sumbangan Sdr tidak sia-sia.

Ketika saya di Bosnia, orang di sana sangat hormat kepada Malaysia dan sayang kepada Dr Mahathir.

Bila saya kata saya wartawan dari Malaysia, mereka membalas: "Dr Mahathir!"

Soalnya, adakah dasar luar dan geopolitics kita sekarang sama hebat dengan zaman Dr Mahathir?

Terima kasih.

azman said...

Assalamualaikum pak Kdir

Mengingatinya sahaja tidak akan menyedarkan kita bahawa hidup ini perlukan pengorbanan, bantulah ape yang kita termampu.

Cuba kita kaitkan dengan situasi di negara kita sekarang,mungkinkah perkara yang sama bole terjadi, jika ianya terjadi,adekah ianya pengorbanan atau kita jadi mangsa keadaan???fikir fikirkan lah.

Roti Planta said...

Dato',

Raja2u said "Tan Sri Mahyuddin telah menghulur tangan dan YAB Dato' Abdul Aziz telah menyambutnya dengan baik maka bersegeralah kita mencari titik pertemuan"

Jadi demi perpaduan dan kalau UMNO benar-benar ikhlas apa kata biar PAS pulak jadi imam pimpin umat Melayu/Islam, UMNO jadi makmun. UMNO dah pimpin 50 tahun, kita bagi PAS 10 tahun sahaja dahulu.

Bye/Roti Planta

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dimuliakan,

Dalam kita mengutuk ketidakpedulian Bangsa-Bangsa Bersatu, Kontingen Belanda yang kononnya melindungi orang Islam Srebrenica, Kesatuan Eropah dan majoriti negara Islam yang berpeluk tubuh, kita wajib akui dan berterima kasih kepada banyak negara dan individu Barat, seperti Detektif Polis Australia Dean Manning, yang mencari dan menemui kubur-kubur massa (mass graves) yang mengandungi lebih 2,000 mayat.

Dalam banyak hal, sikap negara dan dunia Islam lebih memalukan daripada sikap negara dan masyarakat Barat.

Seburuk-buruk Amerika Syarikat, ia mengerahkan Tentera Udaranya mengintip dan mengambil gambar kubur-kubur massa ini.

Kesimpulannya, tragedi Bosni-Herzegovina adalah tragedi kemanusiaan. Pemisahan agama hanyalah pencetus. Akhirnya kemanusiaan juga yang menyelasaikan masalah ini.

Tatapi jika manusia terusan melupakan atau membelakangi sejarah, tragedi demi tragedi akan menimpa. Jadi beringat-ingatlah.

Terima kasih.

affendi hussain said...

Semoga umat Islam di Malaysia tidak ditimpa bala sebegitu walaupun hakikatnya Islam makin terhakis dari segi pemikiran dan tingkahlaku orang 'Islam' di sini.

~Peace-


Betul saudara,

"Islam":
- kecam & kutuk JUDI tetapi mengamalkan & menyokong RIBA (perbankan, kewangan, MLM etc.)

- berdegar2 sembang perjuangan tubuh NEGARA ISLAM tetapi masih ramai tak berjuang tunaikan RUKUN Islam yg asas dulu terutama ZAKAT . Rukun bukan sunat atau optional..jika mati berjuang baru ada maaf..wallahualam.

- Masing2 nak jadi juara Islam & Melayu dan mendabik dada konon merekalah 'role model' perpaduan ummah..
Baik UMNO atau PAS..mana ada kesefahaman pemimpin..UMNO 1Melayu 1Malaysia pun mcm2 pandangan (Muhiyddin vs Nazri vs Najib vs Khairi)...PAS soal nama Allah pun hancus (Nik Aziz + Hadi Awang vs Haron Din).. Imam apa..demam ada laa..hakikatnya berpecah belah..

Hakikatnya mereka adalah "politician"..

Ramai pembahas disini juga saya lihat cuba menjadi "politician"..tak banyak yg "ordinary people"..
Dato' AKJ masuk kategori "ordinary" UMNO member.. ada sikit "extraordinary" blend..status selibriti siber..well done.. I remain a nobody.

wasalam

("/)

Hj Munawir said...

Dato.

Kali pertama saya pergi ka Sarajevo tahun 1984,sabelum peperangan.Di Sarejevo terdapat hampir 110 mesjid.bila waktu sembayang masok bunyi azannya kedengeran di seluroh pelusok kota itu.Bila saya pergi sembayang di Mesjid hanya terdapat dua orang sahaja yang sembayang ia itu Imam dan Bilal.Hampir kesemua mesjid yang saya lawati bagitu.Di Bar dan PUB penoh dengan pemunum2 yang berugama Islam.Islam hanya tinggal nama sahaja.

Salepas perang keadaan nya berbeza sekali.Sekarang ini mesjid2 penoh dengan orang yang sembayang.Hari jumaat jika pergi lambat terpaksa sembayang atas jalan.

Ada hikmahnya Peperangan ini,macam Tsunami di Aceh.Di Malaysia pun jika kita umat Islam tidak bersatu dan asek fitnah sesama sendiri,Allah akan turunkan balanya satu hari nanti.

Anonymous said...

Roti Planta,

PAS dah jadi imam di Kelantan sudah 10 tahun lamanya. Apakah perkembangan yang telah diusahakan untuk pembangunan ummah?

Yang saya tahu hutan dah ditogelkan seperti juga di Selangor pasir dikorek hingga gondol macam ayam Belanda togel!!!

Mat Zero

MalaysianKita said...

Sdr Kluangman sebut,

"Yang terdekat, di hadapan mata kita, penyingkiran terancang satu etnik sedang berlaku di Pulau Pinang".

Boleh Sdr Kluangman jelaskan dengan lebih lanjut beserta bukti-bukti kebenaran tuduhan tersebut?

Kalau boleh sertakan juga saksi-saksi, sumber-sumber informasinya sekali.

Saya cadangkan, kalau dah lengkap bukti-bukti kebenaran tuduhan tersebut, ADA BAIKNYA SDR KLUANGMAN buat lapuran polis, hantar memorandum kepada Majlis Raja-raja atau Yang Di Pertuan Agong.

Tiada gunanya buat tuduhan di blog apatah lagi "menumpang" blog orang lain untuk buat tuduhan.

Tidak perlu beretorik, bercakap berlandaskan emosi, akal dikuasai perasaan. TIDAK PERLU. YANG LEBIH PERLU, KEMUKAKAN BUKTI-BUKTI JELAS, dan serahkan kepada Polis.

Kalau YAKIN BENAR dengan tuduhan tersebut, ayuh, buktikan kebenarannya, serahkan segala bukti kpd Polis!

Tidak begitu perlu mewar-warkan di blog seperti baling batu sembunyi tangan, kerana bimbang boleh mencetuskan API ISU PERKAUMAN!

MalaysianKita said...

14:24 Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. (Ibrahim 24).

Kalimat yang baik adalah kalimat shahadah. Umpama pohon yang baik. Kalaimat inilah tunjang Akidah, dan segala hidup kita ini terikat kukuh dengan akidah, sebagai panduan bermusafir di dunia ini, menghadapi segala dugaan hidup, sebagai ujian dan bekal menuju akhirat, persinggahan semua manusia, persinggahan kekal abadi.

Jadi, sebagaimana pohon, ada akarnya, ada cabangnya. Cabang-cabang pohon umpama sendi-sendi agama, Rukun Islam dan Rukun Iman.

Bagi saya, barangsiapa memperjuangkan cabang-cabang agama, ia adalah jihad.

Barangsiapa memperjuangkan pohon (akidah) agama, teras agama, ia adalah jihad.

Barangsiapa yang mempunyai ilmu dan kepakaran ekonomi, kewangan,perbankan dan berusaha bersungguh-sungguh menerapkan akidah Islam ke dalamnya, menghapuskan RIBA, menegakkan ZAKAT, ia adalah jihad.

Barangsiapa yang mempunyai ilmu siasah Islam dan berusaha bersungguh-sungguh menerapkan akidah Islam ke dalam pentadbiran Negara, menghapuskan sekularisme dan segala isme-isme yang bertentangan dengan Islam, ia adalah jihad.

Mengerjakan fardhu Haji bagi yang berkemampuan adalah wajib dan jihad.

Barangsiapa yang ada ilmu dan kemampuan menegakkan mana-mana cabang agama, ia adalah jihad.

Tidak timbul mana yang perlu didahulukan, mana yang perlu dikemudiankan. Semuanya perlu dilaksanakan.

Sebagai seorang Islam, berilah peluang dan kepercayaan kepada Islam samada soal ekonomi, sosial,kebudayaan,dan juga siasah pemerintahan.

2:208 Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya. (Al-Baqarah 208)

saji said...

Sdr Mat Zero

Sdr kata, "PAS dah jadi imam di Kelantan sudah 10 tahun lamanya. Apakah perkembangan yang telah diusahakan untuk pembangunan ummah?

Yang saya tahu hutan dah ditogelkan seperti juga di Selangor pasir dikorek hingga gondol macam ayam Belanda togel!!!"


Saya kata, PAS sekadar menjadi imam surau kampung yang tak boleh buat solat Jumaat, dan kekurangan lain.

Sebaliknya, UMNO lebih 1/2 abad menjadi imam Masjid Negara yang banyak dapat bantuan kerajaan pusat, bekalan imam dan bilal terbaik dan curahan derma orang kaya !!!!!!!!!!!

Apakah UMNO yang membina Masjid Negara itu menyadari kubahnya yang berbentuk payung SEPARUH terbukak itu boleh diterjemahkan sebagai golongan pemeritah yang membuat kerja dan menolong orang Melayu SEPARUH hati?

Anonymous said...

Sdra Saji,

UMNO telah banyak membantu saya.Saya seorang guru sekolah rendah dan ada anak 4 orang. Kesemuanya telah berjaya melanjutkan pelajaran luar negara hasil bantuan biasiswa penuh dari kerajaan. Ada kebun sikit pun dapat bantuan subsidi baja dari kerajaan.

Saya amat berbangga dengan kerajaan UMNO kerana dapat memberi peluang anak-anak saya melanjutkan pelajaran hingga berjaya.

Syukur alhamdulillah. Saya tidak mudah lupa!!

Anggapan sdra mengaitkan kubah Masjid Negara yang berbentuk payung SEPARUH terbukak itu TIDAK boleh diterjemahkan sebagai golongan pemeritah yang membuat kerja dan menolong orang Melayu SEPARUH hati?

Saya tidak sependapat dgn sdra. Maaflah !!!

Mat Zero.

saji said...

Sdr Mat Zero

Dalam sistem pemerintahan demokrasi, tanggungjawab setiap kerajaan daripada parti yang memerintah menyediakan bantuan kepada rakyat meliputi biasiswa dan subsidi. Wang biasiswa luar negeri yang kerajaan UMNO/BN bagi kepada 4 orang anak sdr itu datangnya daripada cukai pendapatan rakyat yang kebanyakannya daripada taukey Cina. Begitu juga hal subsidi baja yang sdr terima.

Anonymous said...

Sdra Saji,

Kalau gitu hujah sdra. saya memang berterima kasih kepada taukeh Cina dan semua yang membayar cukai kerana dapat anak-anak saya berpeluang belajar ke luar negara. Saya bagi pihak anak-anak saya mengucap ribuan terima kasih. Kami tidak mudah lupa !!!

Saya sokong kerajaan BN yang membuat dasar yang membolehkan anak-anak saya belajar keperinkat tertinggi. Tanpa dasar kerjaan yang perihatin kepada rakyat biasa seperti saya tidak mungkin anak-anak saya dapat melanjutkan pelajaran tinggi kerana kemampuan kewangan saya tidak dapat merealisasikan cita-cita anak-anak saya untuk melanjutkan pelajaran.

Sikap saya ialah mengapa harus saya gigit jari kepada orang (kerajaan) yang telah menolong dan mensejahterakan hidup kami. Syukur alhamdulillah kerana Allah telah memberikan rezeki kepada kami melalui kerajaan yang perihatin.

Mat Zero

Anonymous said...

Sdr mat,
Kalo kita dok pikir apa yg kita je dpt memang la best, cuba pikir pasal apa yg org lain tak dapat pulak, cuba pikir pasal org yg income 10-20 ringgit sehari . Harga barang makin naik apa la yg tinggal kat depa, dulu memang la kerajaan bagus skit tapi la ni takkan tak nampak kot? Takkan pasal terhutang budi semua yg depa buat jadi betul walaupun tak betul. Sebab ada org macam hang tuah la org melayu tak berapa nak maju. Taat membuta tuli, sedangkan khalifah umar r.a pun pernah kata kalo dia tak betoi ambik pedang pancung dia. Apa kerajaan sekarang ni lagi hebat dari dia ka? Hehehehe
Apa2lah pakcik oi

Mat sempit

Anonymous said...

Mat Sempit,

Pada anggapan setakat ini dasar BN adalah yang terbaik. Kalaulah ada yang tak betul boleh diperbetulkan melalui komen-komen dari rakyat melalui berbagai-bagai cara. Melalui media-masa, internet, NGO dll. Ruang untuk menyalurkan rasa resah gelisah rakyat terbuka luas untuk kerajaan BN ambil perhatian dan perihatin tentang kehendak rakyat.

Tidak semua kerajaan yang mengikut amalan demokrasi sempurna pentadbirannya. Sebagai pengundi kita boleh buat pilihan dalam menentukan sama ada kerajaan yang memerentah layak terus dikekalkan.

Pada diri saya kerajaan BN telah menyempurnakan tanggong jawabnya selama 50 tahun memerentah sungguhpun ada pencapaiannya yang tidak menepati objektifnya. Ini adalah hak saya membuat penelitian tentang prestasi kerajaan BN.

Sdra pun ada hak dan kebijaksanaan membuat andaian tentang prestasi kerajaan BN.

Saya tidak taksub dengan kerajaan BN dan tidak dalam keadaan sentiasa terus menerus menafikan kenyataan sebenar.

Bersabar dan bersyukurlah selalu.


Narated By Abu Musa : Some people asked Allah's Apostle, "Whose Islam is the best? i.e. (Who is a very good Muslim)?" He replied, "One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands."- Sahih Hadith Bukhari


Mat Zero

Anonymous said...

Satu hari nanti Dato, kaum Melayu juga akan jadi sapeti itu, saperti berlakunya Pembunuhan Srebrenica. Kekuatan politik kaum Melayu semakin terhakis dek kerana pergaduhan sesama sendiri, Melayu UMNO v Melayu PAS, Melayu UMNO v Melayu PKR dan Melayu UMNO v sadikit Melayu DAP.

Jika sekalipun tidak berlaku pembunuhan athnik, akan berlaku pembunuhan dalam kepentingan, iaitu dalam bidang ekonomi Melayu, pendidikan Melayu, malah dalam meninggikan syi'ar Islam agama yang di anuti oleh orang Melayu.
Kala itu, tiada lagi kuasa tertinggi yang akan dapat mempertahankannya, melainkan melihat dengan putih mata.

Pertelingkahan masa kini hanya perpunca daripada salah faham, bahawa PAS mengatakan dasar UMNO adalah kebangsaan dan tidak Islam. PAS mahu UMNO tukar dasarnya kapada Islam. Ini salah faham yang sengaja di ujudkan, sedangkan UMNO sudah membina dasar Islam ini semenjak dari awal penubuhan UMNO. Hingga kini, apa lagi yang tidak di laksanakan oleh UMNO untuk meninggikan syi'ar Islam itu. Inilah salah faham yang sengaja di ujudkan yang saya fikir ideanya adalah daripada pihak2 yang berkepentingan menentang kepimpinan BN itu sendiri, terutamanya kerana berdendam kapada Tun Dr Mahathir sendiri.

Suatu ketika nanti, apabila kuasa politik itu jatuh ka tangan pihak yang lebih resis dan cauvenis bangsa, Melayu akan menggigit jari dan terus menghadapi keadaan yang saling tak tumpah saperti:

"MENGINGATI MANGSA PEMBUNUHAN SREBRENICA"

SIBERANGAN

pakbelalang said...

Siberangan,

Sungguh baik hujah anda. Syabas!

Alangkah baiknya kalau masyarakat Melayu dapat bersatu padu. Itulah harapan saya. Tidak ada gunanya kita berbalah sesama sendiri. Akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong tercicir. Percayalah! Ini akan berlaku kalau kita tidak berhati-hati.

Masyarakat Cina sudah bertekad bersatu demi kepentingan politik dan ekonomi mereka. Ini telah jelas kita lihat bagaimana suara mereka telah mula lantang mendesak hak mereka.

Fikir-fikirkan lah. Cari jalan tengah untuk menyelesai segala masalah bangsa Melayu demi kesejhateraan anak cucu kita.

Bertawakallah menghadapi segala rintingan yang menghalang kita untuk bersatu padu. Semua masaalah ada jalan penyelesaiannya.

Rujuklah kepada Quran dan hadith sebagai pedoman.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin

Langitbiru kata, 2:208 Al Baqarah:Hai orang2 yang beriman masuklah kamu kedalam Islam keseluruhannya,.Langitbiru, jangan ambik sekerat tu je, kenalah penuh seperti berikut:Hai orang2 yang beriman masuklah kamu kedalam Islam keseluruhannya,dan janganlah kamu turut langkah2 syaitan.Sesungguhnya syaitan itu musuh yg. nyata bagi mu.

Kenapa Langitbiru tak habiskan ayat tu.Takut ke,kerana TG Nik Aziz kata, tak apa kita boleh bersahabat dengan syaitan sedangkan Allah SWT menyatakan syaitan itu musuh kita yg nyata.

Itulah sifat PAS,suka menterjemah/tafsir ayat Qur'an sekerat2 untuk kepentingan sendiri.

Bila DAP guna ayat Qur'an sikit je dah digelar Omar Abdul Aziz.Bila Lim Guang Eng sebut2 amar maaruf nahir mungkar, dikatakan DAP dah mula meminati Islam dan mentadbir P.Pinang ikut cara khalifah Islam.

PAS mudah memuji(DAP) dan senang mengeji(UMNO).

Bila lagi PAS nak berubah.

Salam hormat,

Lat Juno

Anonymous said...

Sdra Lat Juno,

Memang benar. PAS pakar dalam memutarbelitkan ayat Quran hinggakan boleh menyesatkan umat Islam.

Orang lain ada juga ilmu agama Islam yang tinggi malahan lebeh tinggi dari setengah pemimipin "ulama" PAS. Tapi mereka tidaklah sampai mengelirukan umat Islam dengan berbagai tafsiran yang menimbulkan keraguan kepada umat Islam.

Itulah caranya PAS bermain politik.


Mat Jowo

affendi hussain said...

Sdr Lat Juno..

Spot on.. you hit the nail at the place that hurt them the most..

their SOURCE of manipulation..

otherwise, we would never ever expect anything near the toleration and compromizing the syirik towards Allah s.w.t coming from the lips of somebody with title of Tok Guru..if they really IKHLAS, they should understand the crystal clear meaning of Al-Ikhlas and would not go manipulating such issue for political mileage .

Dr. Harun Din should long time ago replaced Nik Aziz as Mursyidul Am..
But what to do..they are just a bunch of pure dinosaur politicians..2x5 dgn UMNO..its their version of legacy & hegemony..

mengata dulang paku serpih..

Dahulu atau kemudian, dlm hukum-hakam Islam tetap ada tertib.. cth: solat..Role model kita adalah Rasulullah s.a.w, asas pembinaan Negara Islam itu sendiri bermula dgn pembinaan Rukun Iman & Rukun Islam..bukan sedap2 baginda hentam taram.

..utk perjuangan, segala usaha itu w/pun tak bergabung biarlah ditumpukan secara SELARI..barulah sama2 sampai destinasi..bukan bersimpang siur ke sana ke mari..ambilah contoh MCA, Gerakan & DAP..1Cina w/pun lain2 Parti!

("/)

MalaysianKita said...

Asslamualaikum Lat Juno,

Terimakasih merujuk kepada ulasan saya (1:33 PM).

Saya mulakan dengan Surah Ibrahim, akhiri dengan Surah Al-Baqarah.

14:24 Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. (Ibrahim 24).

2:208 Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya. (Al-Baqarah 208)

1:33 PM

Apakah ada pertentangan pendapat keseluruhan atau sebahagian hujah saya ( 1:33 PM )dengan Saudara?

Kalau ada, tak mengapa, kalau tak ada pun tak mengapa. Kita masing-masing di anugerah Allah swt untuk berfikir, menggunakan akal. Kalau berbeza atau tidak sependapat, itu satu lumrah,berlapang dada.

Saya tidak menyentuh soal PAS atau UMNO, tidak menyentuh soal TG Nik Aziz atau TG Najib Razak, tetapi menyeru kepada Islam, berilah peluang kepada Islam dalam semua bidang dan perkara.

MalaysianKita said...

Benar ayat Al-Baqarah 208.

Saya merujuk Kitab Tafsir Ibnu Katsier, yang mentafsirkan ayat ini bersama-sama ayat seterusnya dalam Surah Al-Baqarah 209.

2:208 Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.

2:209 Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Ibnu Katsier mentafsirkan,

"Dalam Ayat ini Allah menyuruh hamba-Nya yang BERIMAN supaya melaksanakan semua tuntunan syariat Islam, dan meninggalkan semua larangannya sekuat tenaga mereka.

Perkataan "Assilmi" bermaksud Islam atau PATUH TAAT.

Ikrimah mengatakan bahawa turunnya ayat ini mengenai sebahagian Yahudi yang telah masuk Islam, dan ingin mengerjakan sebahagian syariat Taurat yang biasa mereka lakukan, maka Allah menyuruh supaya menegakkan semua syariat Islam dan jangan menghiraukan yang lainnya.

Perkataan "Walaa tattabi'u khutu waatis syaithan", Ibnu Katsier mentafsirkan; Kerjakan semua perintah Allah dan tuntuntan Rasulullah saw, dan hindari bisikan AKAL,HAWA NAFSU DAN SYAITAN. Sebab syaitan itu berbisik pada akal kita untuk menawarkan ajaran agama, dan membandingkan denga pendapat akal dan keinginan hawa nafsu. Sebab syaitan hanya menganjurkan segala perbuatan yang keji,jahat,dan mungkar, serta mengada-ngadakan agama Allah apa yang tidak kamu ketahui.

Perkataan "Fa in zalaltum"; Jika kamu menyeleweng, tersesat, curang sesudah tibanya semua keterangan dan tuntunan padamu, maka ketahuilah bahwa Allah maha jaya, kuat dan berat pembalasannya, tidak terkalahkan oleh apa dan siapa pun, juga maha bijaksana dalam semua ajaran tuntunan-Nya".

Itulah Tafsier Ibnu Katsier bagi ayat Surah Al-Baqarah 208-209.

Saya baca dan cuba memahaminya. Saudara juga baca dan memahaminya.

Mungkin apa yang saya fahami tidak sama dengan apa yang Saudara fahami, lantaran itu kita berbeza pendapat, satu lumrah kehidupan, kita berlapang dada.

Terimakasih.

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Mat Jowo,

"Sdra Lat Juno,

Memang benar. PAS pakar dalam memutarbelitkan ayat Quran hinggakan boleh menyesatkan umat Islam".

Saudara Mat Jowo boleh cakap, boleh tuduh seseorang memutarbelitkan ayat Quran dan menyesatkan Umat Islam.

Boleh cakap. Boleh tuduh.

TAPI WAJIB DISERTAKAN BUKTI-BUKTI DAN HUJAH-HUJAH.

Khususkan, AYAT MANA yang diputar belit, manusia mana yang disesatkan. BUKTIKAN.

Elok juga kalau boleh dikumpulkan segala bukti-bukti, dan diserahkan Kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, supaya mengistiharkan PAS adalah pertubuhan HARAM, MENYELEWENG AJARAN ISLAM DAN MENYESATKAN UMAT ISLAM.

Saya tidak mempunyai ILMU AGAMA yang tinggi, hingga mampu MENGKAFIRKAN seorang Islam ATAU SATU Jemaah.

Mungkin Saudara Mat Jowo punyai Ilmu Agama yang cukup tinggi, hingga mampu menuduh seseorang atau satu jemaah menyesatkan!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).