Tuesday, July 06, 2010

Merindui Welfare Officer Zaman Dulu Kala

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SAMBIL kita terus menonton, berhibur dan berbincang mengenai Piala Dunia, janganlah kita lupa bahawa di luar sana banyak cerita sedih dan duka seperti cerita keluarga Yusuf Wahab yang tinggal di rumah yang diubahsuai daripada reban ayam.

Apa yang kerap terjadi ialalah, apabila media massa menyiarkan berita kemiskinan, kemelaratan dan kekejaman, saya akan bertanya diri sendiri, tidakkah pegawai, jabatan, menteri dan kementerian sedar wujudnya kepapaan harta benda dan moral yang memalukan ini?

Kenapa pegawai, jabatan, menteri dan kementerian heboh atau nampak heboh hanya bila kemiskinan, kemelaratan dan kekejaman dihebahkan oleh media massa?

Di manakah pegawai kebajikan daerah apabila keluarga lima orang di Kampung Pauh Dal, Pengkalan Chepa, Kelantan tinggal dalam rumah robek yang asalnya reban ayam selama tiga tahun dengan pendapatan RM350 sebulan.

Akhbar New Straits Times semalam ini melaporkan Yusuf Wahab, 35, seorang pemandu lori yang memperoleh RM350 sebulan tinggal bersama isterinya Fatimah Jalin, 36 dan tiga orang anak Nur Atikah, 6, Mohd Haikal, 5, and Mohd Aiman, 3 dalam keadaan yang amat memilukan.

Sumber: New Straits Times, 5hb Julai 2010
Kalau pegawai kebajikan daerah, wakil rakyat dan parti-parti politik buat kerja, tentu tragedi seperti yang ditanggung oleh keluarga Yusuf Wahab ini tidak berlaku.

Baru-baru ini saya dijemput menyertai bengkel Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) mengenai ketelusan dan dasar afirmatif yang mesra perniagaan. Dalam bengkel itu, wakil Kementerian Kebajikan (lebih baik Kementerian Kebajikan daripada nama glamor macam pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat) memberitahu ramai orang miskin dan orang cacat yang hidup dengan pendapatan RM250 sebulan atau paling banyak RM450 hasil bantuan jabatan itu.

Kalau benar cerita derita mereka dan pegawai kebajikan daerah, wakil rakyat serta parti-parti politik buat kerja, keluarga ini layak dipertimbangkan untuk bantuan di bawah skim bantuan kanak-kanak (BKK) kerana pendapatan bulanan keluarga kurang daripada RM750 sebulan. Atau boleh diberi geran perniagaan (GP) kerana si isteri membuat kuih untuk dijual.

Mohon maaf kalau saya sekali lagi nostalgik. Nostalgia ada baiknya kalau kita mengambil iktibar. Zaman saya kanak-kanak dan semaja dulu, kemiskinan dan kemelaratan adalah kebiasaan.

Ada yang miskin sepanjang masa dan ada yang miskin berwaktu. Ada yang miskin hingga tidak ada beras untuk makan hatta sekali sehari. Bila kemarau berlarutan atau harga getah merudum, kemiskinan berleluasa di kalangan petani dan penoreh harga getah kerana mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Hatta ubi gadung yang berpotensi membunuh itu pun diproses sehingga boleh dimakan. Sekarang berapa ramai yang tahu mengenai ubi gadung atau pernah makan ubi gadung. Pada waktu itu, kalau makan ubi gadung, menang miskin yang menghampiri kebuluran.

Dalam suasana sebegitulah, sedekah, peri kemanusiaan dan kejiranan menjadi penyambung hidup. Secupak atau sekepol (kepoi, kata orang Kedah) memisahkan antara kelaparan dengan perut yang terisi.

Pada waktu sedemikianlah, welfare officer menjadi manifestasi terunggul sikap ambil peduli pemerintah terhadap rakyat jelata. Welfare officerlah yang diingat dan dicari apabila musibah menimpa.

Dan welfare officerlah yang paling kerap turun padang dan masuk kampung bertanya khabar dan mencari orang susah, diikuti pegawai pengembangan Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan dan pegawai tanam semula (kini Risda).

Sekarang, macam pegawai-pegawai lain dalam birokrasi raksasa yang setiap hari minta naik gaji, mereka lebih selesa menghadiri seminar dan bengkel, beristirahat dalam bilik hawa dingin atau menyambut pegawai kanan dan menteri. Turun padang tidak lebih daripada klise.

Kesedihan dan ratapan pun tidak lama dan umumnya untuk pameran saja. Masih segar di ingatan saya Menteri Kebajikan sekarang begitu terkejut dan tersentuh dengan kemiskinan yang berleluasa di daerah kelahiran saya, Pendang, ketika dia berkempen pilihan raya kecil Parlimen pada tahun 2002.

Maaf cakap, inilah sifat dan sikap pemimpin elit dan kelas atasan yang tidak pernah merasa kemiskinan apatah lagi menderita kelaparan. Mereka melihat, tetapi tidak merasa. Justeru itu, simpati mereka tidak kekal lama. Lapar puasa tak aci, sebab bila berbuka, hidangan melimpah meja.

Realitinya, kalau ramai yang miskin dan melarat di Pendang pada tahun 2002, apakah keadaan mereka lebih baik sekarang sedangnya ekonomi dipukul teruk oleh krisis ekonomi dunia sejak tiga tahun lalu?

Sebaliknya, sejak krisis kewangan Asia 1997/98, pertumbuhan ekonomi kita jauh lebih lembap daripada sebelumnya.

Yang menjadi tanda tanya, adakah cukup bagi para mamanda menteri dan pegawai tinggi bertindak balas dengan mengatakan mereka terkejut?

Itulah reaksi spontan Menteri Kebajikan, Shahrizat Abdul Jalil, kepada pendedahan NST dan macam itu jugalah reaksi seorang menteri keturunan aristokrat ketika berkempen dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini.

[Yesterday, Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil visited the family and donated some food supplies.

The Wanita Umno head said she was shocked with their condition and promised that they would be moved to a proper home with the help of the Welfare Department. – NST.]

Sampai bila para mamanda menteri dan pegawai tinggi pemerintah hendak memberi reaksi terkejut, tidak sangka, tidak dimaklumkan, akan disiasat atau belum muktamad?

Semua ini sudah menjadi klise yang tidak bermakna lagi, malah mula menyakitkan hati.

Di saat-saat pemerintah menguar-uarkan 1Malaysia; rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, bolehkah kita bersatu dan berpadu kalau yang kaya hidup ibarat maharaja manakala yang miskin hidup ibarat hamba abdi di zaman purba?

Saya ulangi hujah saya yang lalu: "Ttidak ada negara boleh dianggap bertamadun dan sejagat jika bangsa dan kaum majoriti tertindas dan terpinggir. Keamanan dan toleransi tidak wujud dengan sendirinya." Yang ramai miskin adalah Melayu dan anak negeri Sarawak dan Sabah.

74 comments:

nyoq-kukoq said...

Salam Dato' AKJ,

Artikel yang cukup relevan dan hadir dengan rasa tanggungjawab untuk golongan marhaen yang hari-hari berjuang untuk kelangsungan hidup. Semoga Dato' AKJ terus bersuara untuk mereka sebagai peringatan kepada diri kita sendiri dan pihak penguasa. Apa guna negara berpendapatan tinggi kalau rakyat biasa nak beli ikan temenung pun tak mampu sebab sekarang harga sekilo pun dah RM10.

Hamdan said...

Assalamualaikum

Komen anda tentang pengurusan orang miskin mengingatkan saya tentang pesanan Saidina Ali R.a - "Takutkan Allah dalam berurusan dengan masalah golongan miskin, kerana mereka tidak mempunyai sesiapa untung berlindung, terbiar susah dan tidak bermaya. Dan yang kusut fikirannya kerana menjadi mangsa kepada takdir yang berlaku.
Demi Allah, tunaikanlah hak-hak mereka kerana di atas bahumulah terletaknya tanggungjawab untuk melindungi mereka. Peruntukkanlah sebahagian besar dari harta kerajaan (Baitul Mal) untuk meninggikan taraf hidup mereka, walau di mana sahaja mereka berada samada di sekitarmu atau jauh dihujung negeri. Mereka semua mempunyai hak yang sama.
Jangan sekali kesibukan melupakan kamu kepada mereka. Jangan engkau ketepikan kepentingan mereka dalam mengambil sebarang keputusan. Awasilah dirimu dari mereka yang memandang enteng kehendak golongan miskin dan mahukan kamu melupakan mereka. Bersabarlah engkau sekiranya mereka berbahasa kasr sedikit kepadamu dan janganlah engkau jemu jika mereka sukar berbicara dengan jelas, kerana dalam keadaan sebegitu, Allah S.W.t akan membuka pintu rahmat-Nya seluas-luasnya kepadamu. Apa saja yang engkau boleh berikan kepada mereka, berilah dengan penuh kerelaan, dan apa yang tidak mampu engkau berikan, jelaskanlah kepada mereka keadaan sebenarnya dengan ikhlas"

Hamdan, Pendang

Non-partisan said...

Maaf cakaplah Dato, pendekatan menyelesaikan masaalah kemiskinan atau apa jua masaalah yang menghimpit golongan marhaen sekarang lebih didorong kepentingan politik BUKAN atas rasa tanggungjawab yg murni dan tulus ikhlas.

Apa-apa jua slogan yg hebat-hebat tidak mempunyai apa-apa erti kalau seseorang itu masih berterusan dibelenggu kemiskinan. Nak mencari sesuap nasi susah, nak dapat tempat berlindung juga susah. Anak-anak terbiar tidak bersekolah.

Mereka yg sudah sekian lama diabaikan ini akan hanya menjadi penting dan diperlukan bila berlakunya pilihanraya kecil.

Jadi jangan salahkan rakyat kalau mengharapkan wakil rakyat yg ada meninggal cepat.

Cencaluk said...

Bapak,

Pada saya kemiskinan adalah kebiasaan. Kenapa harus kita menyalahkan kerajaan apabila kemiskinan didedahkan. Apakan kerajaan mahu rakyatnya hidup dalam kemiskinan?

Jika benar begitu tak adalah segala macam usaha kerajaan untuk menarik rakyat dari kancah kemiskinan. Saya lihat banyak usaha yang kerajaan curahkan namun ianya tidak sampai kepada golongan sasaran.

Siapakah yang harus disalahkan kerajaan atau orang yang diamanahkan untuk melaksanakannya?

Untuk pengetahuan Bapak, saya merasakan sistem Jawatankuasa kampung ini yang memyebabkan segala usaha kerajaan tidak sampai kepada golongan sasaran kerana kebanyakan mereka tidak amanah dan tidak bersungguh-sungguh untuk membantu, malahan mereka lebih suka mendahulukan keluarga mereka walaupun tidak layak sehingga yang layak keciciran dan dipinggirkan.

Untuk pengetahuan Bapak ianya banyak berlaku didepan mata saya namun apakan daya saya hanya orang kecil yang tak mampu bersuara.

Kerajaan sekarang ini dilihat perihatin kepada rakyat tetapi talian dibawah telah menjadikan kerajaan dilihat seperti tidak menghiraukan rakyat.

Jika selama ini kita sering mempertikaikan usaha kerajaan apakan usaha yang dilakukan oleh pembangkang untuk membasmi kemiskinan rakyat?

Kenapa tiada sesiapa pertikaikan dasar serta usahaya pembangkan dalam membantu rakyat keluar dari kemiskinan, yang nyata banyak kemiskinan tegar adalah berada dikawasan PEMBANGKANG.

Sedar atau tidak kita sering mempertikaikan orang lain tanpa melihat diri sendiri. Segala kemakmuran dan keamanan yang kita nikmati hari ini tidak kita hargai namun kita masih tak puas hati dan meminta lebih tanpa memberikan apa-apa balasan kepada kerajaan.

SAYA BUKANLAH PENYOKONG KERAJAAN NAMUN BEGITU SAYA MUNGKIN AKAN BAKAL MENGUNDI KERAJAAN DI MASA AKAN DATANG APABILA MELIHATKAN MELAYU SEKRANG TIDAK AMBIL PEDULI AKAN NASIB ANAK CUCU KITA DI MASA HADAPAN DAN HANYA MEMIKIRKAN DIRI SENDIRI.

Hanez said...

Salam Datuk yang sedang merindu,

1. Saya membesar di daerah Datuk, malah lebih ke pedalaman lagi. Saya faham benar akan kemiskinan dan situasi serba kekurangan yang Datuk kisahkan di sini.

2. Secara peribadi saya katakan kehidupan serba kekurangan yang telah saya alami di masa kecil saya adalah baik untuk diri saya. Asuhan kemiskinan tidak ada taranya dalam pendidikan dan perkembangan peribadi seseorang. Saya harap ia memberi kesan baik yang sama kepada mereka yang sedang dibelenggu kemiskinan ketika ini.

3. Kalau bapak bapak dan ibu ibu menteri serta bini-bini bapak-bapak menteri yakin akan detailnya catatan amalan oleh Allah Taala pasti mereka berebut-rebut untuk menyampaikan bahagian orang-orang miskin itu daripada perbendaharaan negara ke tangan orang-orang miskin itu sendiri. Kalau setakat nak turun ke kampung-kampung dengan kereta besar-besar, baju cantik-cantik lip lap lip lap bawak gerombolan media supaya satu Malaya dapat tengok betapa terharunya depa lebih baik tak payah turun. Duduk rumah lagi bagus.

4. Datuk, kalau duit nak diperuntukkan untuk orang miskin ni pun tak sampai kat depa pegawai-pegawai kebajikan mana berani nak tunjuk muka dekat orang miskin. Lebih baik depa pi buat kertas kerja. Dapat jugak nama.

5. Mak saya pernah cerita, ubi gadung ni kena rendam di bawah air mengalir dulu untuk membuang racunnya, sebelum dapat direbus untuk dimakan. Saya fikir episod ubi gadung itu jika terjadi lagi akan menandakan aras kemuncak dalam kebuluran umat Melayu.

Salam
dari kemuncak rindu Datuk itu.

FMZam said...

Apa yang tidak 'klise' bila politikus memperkatakan sesuatu isu di negara ini, malah memperkatakan tentang 'klise' itu pun adalah satu 'klise' macam yang Pak Kadir ni tulis, dan apa lagi mengkomen tulisan Pak kadir juga adalah 'klise'. Semuanya kerana isu kemiskinan Melayu sudah jadi 'klise' sejak sekian lama tidak habis2 dari mula UMNO perjuangkan hingga sekarang sampai menjadi satu "agenda belum selesai" yang kita dah mual, meluat dan loya mahu mendengarnya dipergunakan oleh politikus2 UMNO. Yang pasti yang miskin itu Melayu yang kaya itu UMNO kerana UMNO adalah jerung yang hidup bersama ikan2 Melayu didalam lautan yang sama.

jebat said...

Assalamualaikum Dato'

Benar. Masih ramai orang marhaen yang terbiar dan terlepas pandang. Macam juga menteri (atau yang patut jadi menatri) terlepas pandang oleh PM.

Kalau di pandang pada nama memang INDAH. Kementerian (masyarakat) dan Pembangunan Wanita. Tapi yg berkaitan dengan mesyarakat itu tengelam. Yang diutamakan tentang Pembangunan Wanita. Itu pun tak semua.

Saya setuju pendapat Dato' kalau Pegawai Kebajikan (Welfare Officers) menjalankan kerjanya, peraka ini tak kan terjadi.

Tak hairan kalau menteri yang berkenaan berkata "I AM SHOCKED"
Jangan pula hairan jika menteri yang berkenaan berkata I am shoked" bila keputusan PRU ke 13 nanti, macham ia berkata I am shocked watu keputusan PRU ke 12 yang lalu.

"Demi masa, manusia itu sentiasa dalam kerugian...." ayat 1 dalam surah Al Ass

Anonymous said...

Sedih dengan apa yang terjadi kisah keluarga yang tinggal di bekas reban ayam tersebut. Bagi semua parti politik, jangan asyik berpolitik sahaja. Lebih menyesakkan dada ini apabila ada pengikut2 yang dek kerana taksub yang melampau atas tuduhan2 yang sekadar logik difikiran sanggup meninggalkan keluarga semata2 untuk memenuhi kepuasan diri membela parti sahaja. hal2 lain tolak belakang tepis kiri buang kanan..

P/s : Mohon kepada dato' utk rekomenkan saya jika ada kekosongan Welfare Officer ini terutamanya yang akan ditempatkan di Sabah. Masih ramai yang perlukan bantuan di sini, wartawan pun mgkn tidak sanggup nak dtg ke tempat mereka. Apalagi nak siarkan di akhbar utk tatapan semua..

Ardy Sabah

asyMok_Aambo said...

Salam Perjuangan

Semoga Aspek PELAKSANAAN Senantiasa Diambil Peduli Secara Serius!



herman che mok
johor bahru, malaysia bumi bertuah.

MalaysianKita said...

Non-partisan said...

"Maaf cakaplah Dato, pendekatan menyelesaikan masaalah kemiskinan atau apa jua masaalah yang menghimpit golongan marhaen sekarang lebih didorong kepentingan politik BUKAN atas rasa tanggungjawab yg murni dan tulus ikhlas".

Pemerhatian Saudara cukup tepat.

orgkpgdoha said...

Biasaah Dato.
1. Biarkan banyak berita kemiskinan rakyat didalam akhbar supaya Orang-orang Politik, Bapak-bapak Menteri, Setiausaha Menteri, Pegawai Kebajikan, Parti-Parti Politik kelamkabut untuk mencari nama untuk kepentingan diri bukan rakyat.
2. Seharusnya setiap akhbar mesti ada ruangan kemiskinan rakyat bukan ruangan gosip-gosip artis mahupun cerita sensasi rogol.
3. Syabas Dato kerana meluahkan perasaan ini.

Anonymous said...

Salam DAKJ dan rakan pengomen,

Perasaan kasih, sayang, belas, simpati, empati dan prihatin selain hadir dengan sendirinya dalam diri setiap individu, ia perlu disematkan dan dipupuk sedari usia kanak-kanak hinggalah dewasa oleh insitusi keluarga, masyarakat dan institusi pendidikan. Kempen kesedaran yang dibuat secara berkala tetapi berterusan sekiranya ada akan memberi kesegaran selain menyuntik semangat baru.

Namun, kesemua perasaan yang ada itu menjadi tidak bermakna kalau ianya tidak diaplikasikan dan kalau diaplikasikan harus membawa manfaat dan faedah semaksima mungkin menerusi pendekatan bersistematik, efektif, produktif, kreatif dan inovatif. Dan oleh kerana kemampuan ada batasnya, makanya ada kala dan ketika perlulah realistik dengan daya dan upaya yang ada dan dibahagi-bahagikan menurut urutan dan merit.

Dari segi implimentasinya, kalaupun terpaksa membelah lautan, meredah hutan belantara, memanjat gunung, menuruni lurah, merentasi gurun dan menyusuri denai tetapi anggapkanlah ia bukan satu halangan dan rintangan. Sebagai motivasi diri, cuba bayangkan kesungguhan kumpulan tertentu dan kesusahan yang ditanggung untuk memastikan kera di hutan mendapat susu, makanya beratkah bebanan di bahu kita untuk memastikan anak-anak jiran mendapat susu iaitu satu keperluan asas mengelak kelaparan dan untuk tumbesaran optima?

ALPASIKU

Anonymous said...

Salam dato

ini mungkin satu daripada seribu atau lebih yg kita tau ataupun tidak.

yang hairannya saban tahun majlis agama negeri2 umumkan perolehan zakat yg banyak. tpi kenapa masih ada yg merempat dan melarat.

maka saya sarankan perkasakan fungsi zakat. mereka inilah asnaf yg paling utama sekali untuk dibantu. seharusnya mereka dibantu untuk keluar drp kepompong kemiskinan. bukan sekadar bantuan RM100-200 sebulan.

abumar

Anonymous said...

Pak Tok Kadir,
Bukankah dengan banyaknya kemiskinan maka pembesar dan pemerintah lebih senang memutarbelit? Terutama bila tiba orang miskin itu diketahui mempunyai undi?
-makan gaji-

Anak Perelih said...

dan warga miskin di negeri/kawasan diperintah pembangkang lebih beruntung dari mereka di kawasan/negeri diperintah BN... kerana media arus perdana akan lebih galak mendedahkan kemiskinan di negeri/kawasan pembangkang.... tak percaya.. tengok berita RTM dan TV3... rancangan bersamamu tu lain sikit tapi ada juga iras iras tu....

MalaysianKita said...

Apa yang dinukilkan oleh Saudara Hamdan, Pendang adalah salah satu ciri-ciri Daulah Islam.

Daulah Islam adalah daulah yang melindungi orang-orang lemah, BUKAN melindungi kepentingan orang-orang yang kuat.

Khulafa Ar-Rasyidin seperti Abu Bakar, Umar, Ali dan Usman amat amat mengambil perhatian kepada golongan lemah dan miskin.
Saidina Ali, sepertimana tulisan Hamdan, bersumpah,

“Demi Allah, tunaikanlah hak-hak mereka kerana di atas bahumulah terletaknya tanggungjawab untuk melindungi mereka. Peruntukkanlah sebahagian besar dari harta kerajaan (Baitul Mal) untuk meninggikan taraf hidup mereka, walau di mana sahaja mereka berada samada di sekitarmu atau jauh dihujung negeri. Mereka semua mempunyai hak yang sama”.

Saidina Abu Bakar ketikamana memegang tampuk kerajaan berkata,

“Ketahuilah, orang yang kuat di tengah kamu adalah orang yang lemah disisi ku, hingga aku mengambil hak darinya, dan orang yang lemah di tengah kamu, adalah orang yang kuat disisiku, hingga aku memberikan hak kepadanya”.

Kisah tauladan Saidina Umar memikul guni gandum di tengah-tengah malam, bila mendapati si ibu “memasak” batu-batu dalam periuk bagi memujuk anak-anaknya yang menangis kelaparan, menunjukkan betapa Pemimpin Islam yang bertaqwa benar-benar melaksanakan tugas kepada rakyat yang miskin dan lemah.

Surah Al-Hasyr Ayat 7, adalah pedoman dan petunjuk khusus bagi pemimpin melindungi orang yang lemah. Ayat ini turun selepas peperangan dengan Bani Nadhir Yahudi di Madinah. Banyak rampasan harta perang diperolehi, dan harta ini diberi kepada fakir miskin Muhajirin dan Ansar bagi membasmi kemiskinan rakyat jelata.

59:7 "Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu”.

MalaysianKita said...

Islam juga telah menetapkan HAK dengan jelas bagi orang-orang miskin dalam harta orang-orang yang kaya, bukan berdasarkan sumbangan kerelaan orang kaya.

BAHKAN ia merupakan satu rukun dalam Rukun Islam iaitu ZAKAT.

Saidina Abu Bakar, demi membela golongan miskin dan lemah kerana Allah swt telah memerangi dengan ketajaman mata pedang, golongan yang ingkar mengeluarkan zakat seperti pernyataan terkenalnya,

“Demi Allah, jika mereka tidak mahu menyerahkan zakat kepadaku, padahal sebelumnya mereka menyerahkannya kepada Rasulullah saw, maka aku benar-benar akan memerangi mereka kerana urusan ini”.

Imam Asy-Syafi’I berpendapat bahawa orang miskin mesti diberi zakat, sehingga memenuhi keperluan pokok untuk sepanjang hidup, sesuai dengan taraf hidupnya.

Kita lihat Hadis riwayat At-Tabrani, Abu Said AlKhudri meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda, “Suatu umat tidak dirahmati selagi orang yang lemah di dalamnya tidak diberi haknya dari orang yang kuat tanpa ada yang meresahkannya”.

Dari Mu’awiyyah, Rasulullah saw bersabda, “Allah tidak memberkahi suatu umat yang tidak memenuhi hak di dalamnya dan orang lemah tidak mengambil haknya dari orang yang kuat tanpa ada yang meresahkannya”.

Kesimpulannya, Daulah Islam adalah daulah yang melindungi orang-orang lemah, bukan melindungi kepentingan orang-orang yang kuat.

Kesimpulannya, Pemimpin bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala permasalahan rakyatnya terutama golongan lemah, miskin.

Kesimpulannya, Daulah Malaysia hari ini lebih lebih melindungi kepentingan orang-orang kuat, mengabaikan haknya ke atas golongan lemah dan miskin.

Kesimpulannya, TIADA pemimpin Islam hari ini yang ingin jadi macam Saidina Abu Bakar.

Masam Manis said...

Dato,

Kita mempunyai "Social & Welfare Services" yang lemah berbanding dengan negara maju. Kita tidak boleh kata Malaysia belum lagi mencapai status negara maju sebagai alasan kerana wawasan PM nak menjadikan Malaysia sebagai negara "high income" tidak lama lagi. Jadi perlu pihak berwajib berfikiran dan bertindak selaras dengan wawasan.

Kita difahamkan Malaysia mempunyai penjawat kerajaan seramai 1.2 juta. Jadi secara purata 1 pejawat kerajaan untuk 25 penduduk Malaysia. Mengunakan sebagai perbandingan dengan 1 syarikat telecommunikasi Malaysia, seorang pekerja untuk 3000 pelangan. Jika kita bandingkan dengan
United Kingdom pula, mereka ada 532ribu(tidak termasuk tentera) untuk 60juta rakyat. Yang pasti purata mereka lebih tinggi dari Malaysia.

Kita yakin yakin mereka tahu statistik dan telah didedahkan cara dan keadah2 terbaik untuk dilakukan melalui bengkel2 kerja, latihan dan tidak kurang juga lawatan sambil "belajar" setiap tahun keluar negera. Tapi yang pasti perkhidmatan kerajaan kita masih takuk lama lagi. Mungkin KSN kita perlu lihat lagi "Client Charter" yang menghias laman web beliau lagi samada masih relevan atau tidak.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam datok,

Kita tak ada lagi pemimpin,yang ada jenis penipu.

Wassalam.

ting tong guy said...

shahrizat jalil???? what can can i said about her??? hypocrete? maybe. Munafik? maybe as well?

Tak buat kerja? dah tentu sekali.
Kerja ape yg menteri ni buat kecuali jadi tukang teman kepada 'wanita terutama Malaysia' (ambil sikit kata kata bodek dari menteri paling bijak kat Malaysia konon - rais yatim)

ape sharizat tau pasal hidup susah kalau byk masa dihabiskan dimajlis2 eksklusif di bangsar, sri hartamas etc?

dapat jawatan menteri pun percuma walaupun telah ditolak oleh golongan marhaen dan miskin lagi mulia di Lembah Pantai. Ingat sharizat nak berubah??? saya rasa UMNO pun takkan berubah....

ALI MAIDIN said...

Baget mau ada, pegawai mau cergas, baru settle kes ini

ali ahmad said...

Salam buat Dato',

Kita tidak perlu fikir jauh-jauh...

memang ramai orang MALAYSIA masih dalam kategori miskin...luar bandar bahkan dalam bandar lagi ramai.....

cukup ke gaji RM1000 sebulan duduk di KL......

(orang PATI boleh sebab sewa tak payah bayar...duduk dalam semak-semak tiada yang pergi serbu pun.....duduk dekat atas bukit kawasan projek perumahan..siap ada gate besi lagi.....Imigresen sampai kat gate...semua dah cabut lari....Imigresen balik...semua masuk balik ke rumah.....APA CERITA...)

TAPI, yang kita sibuk adalah kutip DERMA sana sini untuk ORANG LUAR....ORANG BUKAN RAKYAT MALAYSIA...

kita di MALAYSIA pun ada yang tidak makan, TAPI kita bagi DERMA dengan orang HAITI, CHILE, dsb nya......

kita bawa orang BOSNIA masuk...bagi apartment fully furnished (lengkap segala macam)....

kita bukan RACIST, PERKAUMAN ke.....

memang kita sedih bencana menimpa mereka.....

tapi KEUTAMAAN adalah RAKYAT MALAYSIA.....

alangkah baiknya duit DERMA juta-juta itu bagi dengan orang-orang miskin RAKYAT MALAYSIA tak kira apa BANGSA sekali pun.....

mesyuarat lah untuk kebaikan RAKYAT MALAYSIA....bukan pergi mesyuarat nak isi perut aje....belum habis mesyuarat, makan mee goreng lah, nasi goreng lah, roti jala lah, macam-macam ....

ali ahmad said...

Salam buat Dato',

ada terbaca satu majalah terbitan badan agama....

soalannya;" saya telah berhutang dan tidak mampu untuk membayar ansuran rumah dan sekarang terpaksa menanggung proses mahkamah untuk rumah dilelong. Oleh itu, bolehkah saya memohon bantuan Baitul Mal kerana bukankah saya termasuk dalam kategori ASNAF?"

Ini jawapan ustaz yang ditanya," Encik terpaksa menjual rumah encik untuk melunaskan semua hutang dan ansuran yang tertunggak!"


....sedih kerana BAITULMAL sepatutnya menolong orang yang berkesempitan......

shaz said...

Dato',

Apa nak dikata?

Walaupun televisyen Malaysia telah bertahun-tahun menerbitkan dan memaparkan kedaifan hidup segelintir golongan yang masih hidup dalam negara makmur ini,para pegawai jabatan kebajikan masyarakat ataupun kemeterian yang releven tidak pernah ambil endah.

Mereka itu semua buta tuli dan hidup dalam sikap endah tak endah kerana mereka selesa duduk dikerusi masing-masing lantas membiarkan keadaan tersebut berlarutan.

Lagi satu saya rasa kerana mereka telah membodohkan diri mengikut arus yang telah diterapkan dalam minda ditambah pula dengan mentality gomen kerana dalam otak mereka dan percaya 'televisyen Malaysia ataupun TV3 ada dan akan mewarwarkan berita tersebut' langsung terus rakyat yang perihatin akan menghulurkan bantuan peribadi.

Mana pergi ketua kampung?

Mana pergi Adun yang sibuk mendukung dan mencium budak kampung yang kecil dan comot masa sibuk nak pilihanraya?

Pergi manakah wang zakat Baitulmal yang berjuta-juta itu?

shaz said...

Enough said Dato'....I won't be surprised if one day Malaysia will join India and nearest Indonesia in having huge gap between the rich and the poor.

It is already evident now and very obvious.
The poor will stay poor and get poorer and the rich will become richer with the simple fact of 'money make more money'.

Sad for those unfortunate.

zainal abidin awang kechik said...

Tok...Salam dari Kota Africa ,
Zaman saya dulu saya dapat roti Dan susu, hari jumaat dapat nasi lemak, arwah ayah saya pi jumpa tok pengulu,jkkk kampung dapat sain,bawak pi sekolah jalan conoly Ipoh dapat makan,.

Susah hidup.. Tapi jam tu ketua umno cawangan orang baik baik.. Allahyarham tuan haji jaffar castrol,(castrol nam a gelaran).. Bila Ada maulud nabi.. Kami budak budak dapat makan dulu... Saya anak orang miskin tok
Saya tahu apa itu penderitaan. Kerana arwah ayah saya cum a pemandu.. " saya bukan anak perdana menteri"

Salam

pak tam tanjung said...

Hal-ehwal orang miskin bukan tanggungjawab orang politik sahaja walaupun memang kita dok bayar cukai pada kerajaan. tanggungjawab kita semua sebenarnya.

berapa kerat di kalangan kita yang dok berdebat kat blog di internet ni yang sebenarnya tak payah tunggu keluar cerita di surat khabar, kita pi cari sendiri orang susah tu kat mana dia tinggal?

apa yang kita debat dan hentam orang lain, semuanya untuk kepentingan diri kita sendiri sahaja.

bila mai time bayar zakat, waktu sebelum sembahyang raya saja kita pi bayar. pusat urus zakat, tak penah jejak kaki pun. haa yang tu laa diri kita yang sebenarnya.

Anonymous said...

SALAM...

PEGAWAI KEBAJIKAN SEKARANG MEMANG TIDAK BOLEH DIHARAP.CUBA JENGUK2 DI DAERAH TELUK INTAN.BANTUAN DIBAHAGI IKUT KRONI PEMIMPIN TEMPATAN TANPA JKM SIASAT TERUS BAGI MEMBUTA TULI.

KEDUA GOLONGAN DULUNYA MEMANG SUSAH TAPI SEKARANG SAMPAI DAH ADA BANGLO TAPI TETAP DAPAT BANTUAN.PUN JKM TAK NAK SIASAT.SECARA TAK LANGSUNG HAK ORG YG MEMANG MISKIN DINAFIKAN.

JANDA ANAK RAMAI DULU MEMANG SUSAH TP KINI ANAK2 SEMUA EKSEKUTIF,RUMAH DAH BESAR PUN MASIH TERUS DAPAT BANTUAN.JKM PUN X KISAH.YG TAK JANDA ANAK KECIL RAMAI DAN MELARAT TP X DPT PULAK.

FENIN...FENIN...

ALFONSO DI ALBUKAKI

pegawai kerajaan said...

Salam Dato,

welfare officer yang datok rindui akan muncul semula tak lama lagi.

Kini, Orang politk sibuk nak mempertahankan atau merebut kuasa disamping cuba untuk menjaga kedudukan istimewa sebagai VIP.

pegawai kerajaan pula sibuk bertukar projek dan tender sesama mereka atau proksi mereka.

Ahli perniagaan berebut menambah kekayaan "at all cost".

Rakyat pula sibuk berbalah sesama mereka menngenai idola dan ideologi politik masing masing.

Bila negara telah hancur nanti, cucu datok akan merasai semula perkhidmatan "welfare officer" dari United Nation yang akan datang membantu.

Dan mungkin masa itu ubi gadung akan mereka nikmati.

anakpanchor @ Gmail.com said...

Sedih memang sedih.Apapun,saya agak terperanjat seorang pemadu lori hanya mendapat RM350 sebulan, walhal,warga asing,bekerja pemunggut buah kelapa sawit, pengangkut sampah,pekerja binaan dan buruh kasar yang lain memperolehi RM700-900 sebulan.Ada yang lebih,mampu menghantar wang ke kampung. Tinggal lebih selesa daripada Reban ayam.Saya tidak berniat menidakkan apa yang disebut dalam laporan akhbar berkenaan tetapi lebih menjurus kepada sikap hidup kita sendiri.Saya sendiri pernah susah selepas ayah meninggal dunia dengan 10 orang anak. Syukur aruah emak tidak putus asa.Ketika itu bantuan kerajaan (british)jangan diharap.Panjang ceritanya.

Umurnya baru 37 tahun, tentu sekali tidak sukar mendapat pekerjaan lain seperti yang dilakukan oleh anak2 Kelantan (yang tidak menyambung pelajaran) berhijrah ke seluruh negara dengan berbekalkan tulang empat kerat.Ramai yang berjaya.

Lari dari tajuk: Datuk tentu banyak membaca kisah2 orang cina datang ke sini dengan sehelai sepinggang tetapi menjadi kaya ria atas daya usaha mereka sendiri. Ketika masih muda,kita sendiri perlu membuat perubahan: Datuk apa kurangnya,daripada Bernama berhijrah ke NST hingga menjadi Editor-in-Chief.

Sepatutnya zaman kemelaratan sebegitu sedah berlalu,jika kita sendiri mahu mengubahya.Ma'af tentu ada yang berkata saya tidak berhati perut dan tidak perihatian terhadap golongan miskin.Mahu tidak mahu kita mesti mencontohi pendatag asing.Selain Cina, kita tenguk siapa yang menguasai kedai2 runcit,kalau tidak orang Acheh.Banyak lagi contoh.

Orang Melayu perlu mengurangkan penguasaan golongan paling ramai mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

AKS
Subang Jaya

ORANGUTAN PENANG said...

"I'd like to live as a poor man with lots of money." Pablo Picasso

Ish ish ish sampai terkejut noo!

habaq kat dia toksah la mai Sarawak kaa..Sabah kaa..satni kena heart attack terus..

POOR LITTLE RICH MINISTER

tk

ozz said...

Salam Datuk,

"RESET" kan kembali semua KPI mereka itu. Terkejut kerana mereka yang di atas "terkejut".

A KADIR JASIN said...

Yang terkejut tu Menteri Dalam Negeri apabila dilaporkan yang ramai kanak-kanak di Sarawak tidak ada sijil kelahiran.

Yang tak sangka tu Menteri di JPM Noor Mohd Yackob bila ekonomi menguncup..

Terima Kasih

Abdullah Ngah said...

Kalau saya kata, bahawa kerajaan yang disebut sebagai kerajaan prihatin terhadap kemiskinan serta rakyat didahulukan ini hanya manis dimulut ada yang berkata, ini prejudis.

tetapi itulah hakikatnya, miskipun diadakan pelbagai usaha dan insentif untuk membasmi kemiskinan yang barangkali semua makluman bahawa pilihkasih menjadi amalan wajib dalam politik UMNO/BN.

Mulut memang sedap bercakap kita tidak kira sesiap adalam memberi bantuan kepada rakyat.

Sayang seribu kali sayang praktisnya tidak serupa bikin.

Jika rakyat itu tidak menyokong kerajaan akan biarkan hidup miskin merepat dan melarat.

Dan kemiskinan sesorang itu kadang kadang menjadi eset penting pada parti politik sekarang.

Sampai masa terutama sekali musim piliohanraya umum orang politik akan ambil kesempatan memberi itu dan ini agar mereka mengundi mereka.

Bukan setakat itu sahaja malaahan mereka "diugut" kerana orang miskin terbahagi banyak bahagian. Ada yang tegal dan mereka ada yang masih sekolah dan masih melanjutkan pelajaran di universiti.

Rakyat miskin diberi umpan itu dan ini agar mengundi mereka.

Oleh itu miskin adalah suatu yang sangat baik bagi orang politik dan wajar dikekalkan sepertimana di perlakukan pada orang melayu diluar bandar yang realitinya status qua pengundi masih memihak kepada kerajaan yang memerintah.

alunbm said...

Petikan kata-kata dari blog tt
Mari kita fahami berita ini:

ianya membuktikan masih ada kalangan kita yang tercicir dalam kehidupan,hidup dalam penuh kemiskinan,ada pelbagai sebab kenapa kemiskinan melanda keluarga ini.

siapa hendak kita salahkan ?
diri kita sendiri
kita membenarkan ini berlaku
dihadapan mata kita sendiri.

masalah ini sebenarnya adalah tanggung jawap kita semua jika kita mengakui diri kita sebagai warga yang bertanggung jawap.

Para politikus kita-dari parti apa pun-sering menggunakan kemiskinan ini sebagai kerja dan budi baik
mereka.ini salah.

kemiskinan bukan dilawan dengan memberikan beras dan ikan masin.
kemiskinan lahir dari struktur masyarakat itu sendiri.agihan kekayaan yang kurang adil adalah
penyebab utama.

Beri beras,beri gula,beri telur,beri duit-memang boleh melegakan kesusahan sang keluarga ini langkah betul.sesiapa yang melakukannya telah membuat amal yang baik.

tapi untuk berapa lama?

disinilah seharusnya gedung-gedung ilmu kita mengeluarkan pandangan dan pendapat.mengeluarkan cadangan dan thesis mengajukan cara menyeluruh untuk memastikan tidak ada sesiapa yang tercicir jatuh miskin.
kita bersedih bila membaca berita ini.kita bersimpati apabila menghayati berita ini, tapi bersimpati dan menghayati hanya
pembuka mata.
kuncinya pada diri kita sendiri.

Dalam dunia ini yang jahat
bukan ramai
kejahatan dan kebebalan muncul apabila orang baik tidak melakukan apa apa.

Anonymous said...

Dato'
Nak tokok sikit
yang manjang belum muktamad
tu Najib
yang manjang beri amaran
tu Hisamuddin
maklum lah sepupu...

....mat dollah...

Ab Razak Hj Ahmad said...

Dalam kes ini, saya melihat dari seluruh aspek, bukan setakat welfare Officer, Pusat Zakat, Baitul Mal, ahli politik, ketua kampung, JKKK atau Menteri... hatta saudara mara dan jiran-jiran boleh disabitkan.. malah ketua keluarga juga boleh disabitkan..

Dari kronologi, mangsa duduk di bahagian atas rumah tetapi beralah bila adik ipar dia pindah... tidak ada rasa kasih atau tolak ansurkah antara adik ipar beliau dan mangsa... wallahu'alam...

Amat keji jika kita tidur lena dalam keadaan jiran kita kelaparan...(saya lupa pewari dan mafhum hadis).

Dari aspek lain, ketua keluarga juga boleh dipersalahkan.... benar ada warga asing boleh dapat gaji more than that dan boleh hantar wang setiap bulan ke kampung mereka... beratus-ratus dan boleh cecah ribuan... Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu hamba melainkan dia sendiri akan berubah... Kemiskinan membawa kepada kepapaan (mafhum Firman Allah)... Lainlah kalau ketua keluarga atau mangsa sakit terlantar... Tida pula visual ketua keluarga.... wallahua'lam...

Para sahabat pernah bertanya kepada Nabi s.a.w ada khilaf di antara yang manakah lebih mulia di antara orang kaya yang bertaqwa dan bersedekah serta berbelanja di jalan ALLAH dengan orang miskin yang bertaqwa dan menyembunyikan masalah dan kemiskinan mereka dengan tidak meminta-minta. Nabi s.a.w membalas golongan miskin itu lebih mulia.... Di akhirat orang miskin yang bertaqwa akan masuk syurga terlebih dahulu daripada orang kaya yang bertaqwa... (Dipetik dari kitab Fadhilat Amal)

Last but not least.... mangsa juga termasuk dalam asnaf zakat dan layak menerima sedekah..... Apa kata kita sama-sama bagi sumbangan.. Dato' boleh coordinate..

Off Topic..

Tadi dlm paper ada gambar PM dan besar back drop ada tulisan "KONSULTANSI BAJET 2011..".. Bahasa Malaysia ke tu...???

Ab Razak Hj Ahmad said...

Maaf Dato' ada point yang tertinggal....

Amalkan baca Surah Al-Waqiah sebelum tidur InsyaALLAH akan dhindari dari kemiskinan dan kebuluran... (Di petik dari mafhum Hadis dalam Fadilat Qur'an)

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Walaupun DAKJ sudah pun merumuskan satu kesimpulan yeng kemas daripada tulisannya ini, namun saya ingin mengabstrakkan satu hakikat yang terselindung di dalamnya, iaitu secara perbandingan, Melayu merupakan kaum yang lebih menderita hidupnya daripada kaum-kaum lain di Malaysia ini, padahal kaum Melayu ialah pemilik asal negara ini.

Bahkan tidak keterlaluan kalau saya mengatakan bahawa secara relatifnya atau nisbahnya, kaum pendatang asing lebih mewah hidupnya daripada orang Melayu.

Mengapakah keadaan sedahsyat ini boleh berlaku? Tak lain tak bukan: Dasar tidak bertanggungjawab kerajaan UMNO-lah yang memungkinkan terjadinya sejarah malang ini kepada orang Melayu.

DAN sekarang ini, kerajaan UMNO sedang membina satu dasar negara untuk mengutamakan orang asing sehingga meminggirkan rakyat sendiri. Dengan kata lain, rakyat asing diambil menjadi anak angkat, sementara rakyat sendiri menjadi anak tiri:
Alangkah 'baik hatinya' kerajaan UMNO apabila menganugerahkan biasiswa kepada rakyat asing untuk menanggung pengajian mereka hingga ke peringkat Ph.D, kemudian menawarkan jawatan-jawatan tinggi dan penting kepada mereka. Belum cukup lagi, akan berikan status PR pula kepada mereka! Akhirnya, mereka yang menjadi 'pengarah' dan 'pengurus';sedang rakyat sendiri akan menjadi 'abdi' kepada mereka.
Alangkah bodohnya kita, membodohkan diri sendiri.

Nampak sangat kerajaan UMNO menganaktirikan sarjana Melayu atau sarjana warganegara Malaysia sendiri. Apa sangat istimewanya orang lain itu; dan apa sangat kurangnya warga kita sendiri? Adakah, apa yang orang lain boleh dan mampu buat, rakyat kita sendiri tidak boleh dan tidak mampu buat? Mustahil!

Sebenarnya, kerajaan UMNO tidak perlulah bersifat mengada-ada. Tiadak perlu susah-susah menaja orang asing belajar. Biarlah negara mereka yang tanggung mereka. Lebih bertanggungjawab dan beramanah kerajaan memberikan biasiswa kepada semua penuntut kita di IPT dalam dan luar negara.
Tidak bermakna pembangunan dan kemajuan negara, sekiranya nikmat pembangunan dan kemajuan negara tidak dapat dirasai oleh rakyat sendiri.

Wassalam.

dan kajang said...

Assalamualikum Dato',

1. Apa yang berlaku sekarang ini di Malaysia ialah dah terlalu banyak sangat dengan politiking. Semua perkara dijadikan isu politik. Hinggakan isu perceraian dan perkahwinan pun dijadikan bahan politik. Dan bagi orang politik pula kedudukan mereka sebagai ahli politik dijadikan sebagai perisai untuk mempertahan dan melepaskan diri mereka. Kalau mereka ditangkap dan dituduh kerana kes rasuah ke, kes curi ke,kes menipu ke atau kes liwat ke, semuanya digunakan alasan bahawa mereka adalah mangsa politik pihak musuhnya yang ingin membunuh career politiknya. Begitu mudah sekali orang politik melepaskan diri.

2. Sekarang ini kebanyakan Memanda Menteri, para MB, termasuk MB dan Exco dari parti pembangkang, menjalankan tugas mereka dengan motif politik. Semuanya hendak political millage. Justeru itu, Pegawai2 Kerajaan pun, hatta Pegawai2 Kebajikan pun berkerja mengikut rentak Bos mereka. Oleh itu, walau pun banyak isu kebajikan ada didepan mata, tapi kalau ia tidak mendatangkan keuntungan politk orang-orang politik maka ia dianggap remeh dan tidak diambil kesah.

3. Saya tidak hairan kalau Datuk Shahrizat terperanjat melihat keadaan yang dilaporkan itu. Kalau beliau betul2 nak lebih terperanjat lagi, banyak lagi kes yang boleh dipaparkan. Kalaulah "Pegawai2 Kebajikan" yang bersepah di Jabatan2 Kerajaan,termasuk di Jabatan Kebajikan, PERKESO, Jabatan Tenaga Kerja,RISDA,Felda dll. benar2 buka mata mereka dan bertindak mengikut konsep "Rakyat didahulukan" lebih banyak lagi kes merempat yang dapat dikesan dan dipaparkan. Maka saya percaya pada ketika itu para Memanda Menteri dan ahli politik akan lebih "terperanjat gila" (orang Kedah kata "terkejut nak mampus")lagi.

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Ya, generasi sekarang dan yang akan datang tidak disambut oleh bidan kampung dan mengalami hidup didesa yang penuh dengan serba kekurangan.

Bila menjadi pemimpin samaada politik atau kerajaan mereka tidak menghayati kemiskinan hanya mengenalinya sebagai statistik sahaja.

Dimana Gunung Zakat yang lunggukan semenjak Parameswara, 1403. Sekiranya harta zakat diagihkan dengan sistem yang baik tidak ada yang miskin. Mengapa jabatan agama tidak selaraskan perkara zakat ini? Adakah ia milik sultan?

Begitu juga dengan kutipan hari Jumaat di masjid. Kutipan melebihi RM1000/bulan tetapi wangnya tidak diuruskan dengan baik untuk kebajikan qariah dan kaum muslimin.

Badan zakat wilayah KL beraksi sebagai korporat dengan bangunan tersergah di Kg Baru. Pernah saya komen bila mereka menghantar kad hari raya mengatakan usah membazir. Pada tahun itu 10,000 kad dikirimkan bermakna lebih RM10,000 membazir. Duit siapa digunakan?

Live simply so that others simply live.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Sustainable Living Institute, antara lain, mengulas:

"Ya, generasi sekarang dan yang akan datang tidak disambut oleh bidan kampung dan mengalami hidup didesa yang penuh dengan serba kekurangan."

Senario lahir dan membesar di kampung pada zaman saya:

1. Disambut bidan kampung. Bidan tradisional pra-latihan perbidanan dan pra-bidan kerajaan;

2. Dilahirkan akan di rumah. Tak ada jagaan pre- atau post-natal moden;

3. Potong uri pakai pisau yang diperbuat daripada buluh;

4. Ibu makan ikan talang bakar, lada tumbuk dan ulam temu. Bertungku dan derdiang. Hebat, atas rumah kayu bertap nipah atau rumbia, kita buat fireplace;

5. Banyak pantang larang. Mandi manda atas rumah sampai 40 hari. Tempat air mandian bertakung di bawah rumah, diletakkan mengkuang -- kononnya untuk menghalau hantu langsuyar (langsiar, kata orang Kedah);

6. Bayi ramai tak sihat. Dua minggu belum tentu buka mata. Bila celek, kena pula sakit mata. Tahi mata berkerak sampai tak boleh buka. Kana dilembapkan baru boleh buka;

7. Kadar kematian bayi dan ibu tinggi;

8. Tidak ada rejim suntikan lawan penyakit. Yang hidup terpaksa deritai bermacam penyakit dan bina ketahanan (immunity) secara natural;

9. Bila mula makan, diadadakan majlis "buka mulut" dengan diketuai oleh ahli kelurga yang pandai atau yang petah bercakap supaya bayi bila besar juga cerdik dan petah bercakap. Bayi disuapkan pisang rebus atau bakar; dan

10. Kalau selalu sakit, nama akan ditukar kerana tidak serasi. Sebab itulah orang zaman saya ada dua atau tiga nama. Nama saya di kampung Abdul Halim sebab Abdul Kadir dianggap tidak serasi.

Terima kasih.

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Dato’

Apa jua bidang, tugas, amanah, tanggungjawab, kalau kita benar-benar menghayati Ayat 162 Surah Al-An’am, yang menjadi Doa Iftitah setiap kali sembahyang, semuanya InsyaAllah akan dirahmatiNya.

6:162 "Katakanlah: ""Sesungguhnya salat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam," (Al-An’am 162).

Inilah keimanan.

Keimanan Dan Kehidupan, TIDAK BOLEH TERPISAH, DIPISAHKAN dalam apa jua tempat, masa, dan keadaan.

Beriman kepada Allah swt, perlu mendalami ilmu Tauhid. Kalau kita sudah faham dengan ilmu tauhid, Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Asma’ wa Sifat, sudah tentu segala kerja-kerja kita, tak kira apa jawatan, tentulah kerana Allah swt.

Inilah kelebihan Islam, matlamatnya mencari Redha Allah swt, menjauhi Laknat Allah swt.

Dalam Israk Mikraj, Nabi saw dibawa menuju ke Syurga oleh Jibrail a.s. Sampai seketika, Nabi saw mencium bau Syurga, dan bertanya Nabi saw, berapa jauh lagi kah perjalanan menuju Syurga. Jibrail a.s memberitahu, lagi 500 tahun(akhirat) perjalanan.

Dalam perjalanan melihat Neraka, seketika terasa bahang yang membakar hingga hampir menggelupas kulit, Nabi saw bertanya, berapa jauh lagikah Neraka, Jibrail as menjawab, lagi 70,000 tahun(akhirat). Panasnya neraka, jika asap api neraka keluar melalui lubang jarum sahaja, nercaya segala alam hangus musnah terbakar!

Neraka jauh lebih dekat dari Syurga!

Syurga adalah tempat yang paling nikmat, akan tetapi yang memberi lebih-lebih nikmat adalah Redha Allah swt.

Neraka adalah tempat yang paling dasyat, akan tetapi yang memberi lebih-lebih dasyat adalah Laknat Allah swt.

Ayat 162 Surah Al-An’am, adalah ayat pada mencari keRedhaan Allah swt.

Razlan said...

Sikap kita menungu komplain dari orang ramai perlu berubah .. di DBKL sahaja .. ada pejabat di setiap parlimen.. ada pengurus kawasan di setiap parlimen ..

sama juga di tempat-tempat lain ... tapi banyak lagi masalah yang kita lihat di depan mata ..

saya kekadang pikir .. apa mereka buat setiap hari sekirannya tidak melihat2 kawasan .. dan sekiranya pergi melihat kawasan2 .. apa yang mereka buat ....

kalau di tempat pendalaman isunya miskin dan orang susah .. di bandar2 pula .. isunya rumah pelacur dan pusat perjudian ..

ingat lah .. kamu sebagai warga kerja kerajaan yang diberi gaji seharusnya memantau dan diamanahkan untuk menjaga negara ..

ubah2 lah wahai warga kerja kerajaan ..

abdullahngah said...

Sudah acapkali saya sebut maksud Firman Allah, bahawa kebanyakan manusia bodoh dan jahil.

Kali ini saya hendak sebut lagi bahawa orang Melayu memang bodoh, terutama sekali para pemimpin UMNO yang pernah mengkhianati bangsa sendiri.

Tetapi kita juga kena ingat, bahawa orang China adalah penipu dan India adalah pembelit maka yang bodohlah yang menjadi mangsanya.

Sama samalah kita fikir bahawa kemiskinan Melayu yang dipaparkan oleh media massa dahulu dan kini angkara siapa?

misa_9894 said...

Salam Datuk,
1.Jaringan yang sedia ada mampu membau, mengetahui dan membantu golongan yang memerlukan bantuan.

2.Disegi politik , dari cawangan hingga ke bahagian dan wakil Rakyat.
Jika setiap mereka tahu obkektif berpolitik , mereka yang miskin dan memerlukan pertolongan tidak sempat masuk HEADLINES mana mana media.

3.Tapi mereka SIBUK dengan jawatan dan agenda lain dan lupa bab kesejahteraan rakyat.

4.Jabatan Kebajikan Masyarakat , langsung tiada inisiatif melawat kawasan yang ada keluarga miskin. Kenderaanya dengan LOGO KEMAS
keluar, tapi kerap kali terdapat di kedai makan ... bersarapan lah tu pegawai nya.

5.Bila keluarga yang daif terpampang di akhbar , tidak kah mereka sapertu ADUN , MP kawasan itu dan Jabatan Kebajikan Daerah berasa MALU .It shows that they are not doing their work .. SHAME

6.Sepekara lagi ia lah Penjawat Awam di jabatan kerajaan , mereka ini lesu ,lembab , kerap tiada di office,kalau minum sampai 2 jam dan
mereka 99.9% Malays .PERANGAI ini berlaku dimana mana dan tidak hairan 'ada keluarga miskin yang memerlukan pertolongan diabaikan .

7.Sistem itu sudah elok dan effektif tapi warga yang dipertanggung jawab untuk melaksanakan nya kurang inisiatif dan motivasi serta rendah moral nya...

misa_9894 said...

Salam Datuk,
1.Jaringan yang sedia ada mampu membau, mengetahui dan membantu golongan yang memerlukan bantuan.

2.Disegi politik , dari cawangan hingga ke bahagian dan wakil Rakyat.
Jika setiap mereka tahu obkektif berpolitik , mereka yang miskin dan memerlukan pertolongan tidak sempat masuk HEADLINES mana mana media.

3.Tapi mereka SIBUK dengan jawatan dan agenda lain dan lupa bab kesejahteraan rakyat.

4.Jabatan Kebajikan Masyarakat , langsung tiada inisiatif melawat kawasan yang ada keluarga miskin. Kenderaanya dengan LOGO KEMAS
keluar, tapi kerap kali terdapat di kedai makan ... bersarapan lah tu pegawai nya.

5.Bila keluarga yang daif terpampang di akhbar , tidak kah mereka sapertu ADUN , MP kawasan itu dan Jabatan Kebajikan Daerah berasa MALU .It shows that they are not doing their work .. SHAME

6.Sepekara lagi ia lah Penjawat Awam di jabatan kerajaan , mereka ini lesu ,lembab , kerap tiada di office,kalau minum sampai 2 jam dan
mereka 99.9% Malays .PERANGAI ini berlaku dimana mana dan tidak hairan 'ada keluarga miskin yang memerlukan pertolongan diabaikan .

7.Sistem itu sudah elok dan effektif tapi warga yang dipertanggung jawab untuk melaksanakan nya kurang inisiatif dan motivasi serta rendah moral nya...

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin,

Bila Dato sebut pasal ubi gadung/gadum,saya teringat tunjuk perasaan 'student power' sekitar 1973.

Kami,termasuklah DS Anuar Ibrahim, Dato' Ibrahim Ali, Hishamuddin Rais, sekadar menyebut beberapa nama, menunjuk perasaan, menuduh kerajaan tak ambil berat hal kemiskinan raayat Kedah (Baling)hingga mereka kebulur,makan ubi gadung dan mati.

Setelah disiasat didapati mereka keracunan kerana makan gadung seperti makan ubi rebus biasa.Sebenarnya gadung ni sedap dimakan seperti 'pulut gaul nyiur'.Saya panggil 'gadung gaul nyiur'.

Gadung dipotong kecil seperti kerepek, dimasukkan dalam guni kecil, direndam dlm. air mengalir untuk beberapa hari bagi menghilangkan racunnya.Dah cukup tempoh, direndam pula dlm air bersih.Bila hilang semua racun,berdasarkan pengalaman barulah direbus seperti ubi kayu dan dimakan dengan kelapa muda.Sedapppp...

Salam hormat,
Lat Juno.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin.

Tuan2,ini semua ialah cubaan Allah ke atas kita,umat Islam.

Untuk menyalahkan orang lain memang senang tetapi tanyalah diri sendiri apa yang telah kita buat untuk membantu mereka yg. memerlukan.

Saya bukan nak mendabikdada,saya tidak lupa menderma kepada keluarga memerlukan yg.anaknya sakitjantung,berpenyakit pelik/ganjil,yg disiar di TV,
tetapi agak keberatan untuk menderma kepada keluarga yg. kelihatan daif,rumah buruk tetapi segar bugar, isteri sihat dan anak2 ramai .Saya berpendapat, mereka kurang menolong diri sendiri.

Jangan lupa,ada antara mereka yg kaki judi,kaki minum dan pemalas tak peduli anak isteri.Saya kurang bersimpati kerana mereka mampu bekerja keras untuk mendapatkan wang. Banyak kerja yg boleh dibuat kalau mereka mahu.

Saya berpendapat YB2 UMNO,PAS,DAP atau PKR buatlah bancian di seluruh negara, sebenarnya dah ada e-kasih,tetapi boleh ditambahbaikkan.Kemudian kumpulkan seperti berikut.
Kumpulan A:Suami atau Suami isteri sihat.

Kumpulan B:Suami cacat teruk seperti lumpuh, sakit teruk tetapi isteri sihat.

Kumpulan C:Hidup sebatang kara.Tua.Sakit dll.

Bagi A mereka hendaklah diberi kerja atau tanah yang cukup untuk bertani bagi sara hidup seperti Felda, rancangan tanah berkelompok dll.

Bagi B berikan peralatan dan latihan bagi aktivi menjana ekonomi.Geran Perniagaan.Seperti membuat kuih, menjahit dll.Sekarang sesiapa yg rajin dan usaha dah banyak yg berjaya. Disertakan dgn bantuan bulanan sara hidup kerana suami tak boleh bekerja.

Bagi C bantuan seumur hidup dgn pembantu atau diletak dirumah orang2 tua kerajaan dan dijaga rapi.

Anak2 pula dimasukkan ke asrama dgn percuma.

Saya yakin ini boleh dibuat dan akan berjaya.Hendak seribu daya tak nak seribu dalih.

Salam hormat,

Lat Juno.

umar said...

Dato'
Poverty is everywhere. You must visit the slums in urban areas. In every kampong, there are poor single mothers suffering. Yet life goes on. Children nowadays don't enjoy the kampong lifestyle that you enjoyed.Urban living has put them in comfort. I don't think your kids enjoy kampong lifestyle as you did. Youe era of enjoying natural herbs is over.

Anonymous said...

Salam Dato'

Kita boleh bernostalgia atas perkara yang telah berlalu bagi tujuan mengimbau detik-detik suka/duka yang tersimpan di kotak ingatan. Namun, semua itu adalah sejarah.

Dalam konteks bola sepak juga sama. Kehebatan Amerika Latin di arena bola sepak dunia seolah-olah telah sampai ke penghujung dan mungkin akan terus tersimpan sebagai satu kenangan manis yang sukar dilupakan.

Ramalan tetap ramalan dan ramalan tidak semestinya berlaku seperti yang diramalkan oleh kebanyakan pembahas dalam blog ini. Makanya terimalah kenyataan bahawa bola itu bulat, yakni ia boleh bergolek ke mana-mana arah waima bertentangan dengan arah sepakan pemain.

Berhubung dengan artikel ini, anggaplah nostalgia berkenaan kesungguhan dan keprihatinan walfare officer di era lampau sebagai satu yang cocok dengan era berkenaan. Anjakan dan pembaharuan dari segi pendekatan diperlukan apabila demografi, sosial dan ekonomi telah berubah.

ATAS PAGAR

samurai melayu said...

Salam Kasih Sayang
Datuk AKJ
Izinkan,

...
Yang menjadi tanda tanya, adakah cukup bagi para mamanda menteri dan pegawai tinggi bertindak balas dengan mengatakan mereka terkejut?..

Lagi mengejutkan bila ianya berlaku dinegeri yang 'dinobatkan' serambi mekah oleh tokguru2 Parti Asyik Sumpah seranah orang Melayu/Islam yang tak sebulu dari menjalankan kewajipan yang dituntut Agama.. ANTARANYA KEWAJIPAN KEATAS KEBAJIKAN UMAT MISKIN DAN KURANG UPAYA.

KALAU PARTI POLITIK YANG MENDAHULUI PERJUANGKAN BANGSA DILEBELKAN 'SYIRIK', APAKAH AGAKNYA
PARTI YANG KONON NYA MEMPERJUANGKAN TUNTUTAN ISLAM (SUCI) YANG GAGAL MENYEMPURNAKAN KEWAJIPAN NYA HARUS DILEBELKAN?...NAUZUBILLAH.

Alfatihah, Amin.

abdullahngah said...

ada antara pembahas kita berkata, orang Melayu di anaktirikan.

Memang betul. Itulah punca orang Melayu dibiarkan miskin.

Pelajar melayu juga turut dianaktirikan baik untuk memasuki universiti (IPTA.

Mengapa tidak? bayangkan kebanyakan universiti menolak atau tidak mengambil pelajar Melayu yang dapat 3.40 kerana telah ditetap bahawa pengambilan pelajar hanya pada pelajar yang dapat 3.50 keatas sahaja.

Apa aakan jadi dengan pelajar Melayu kita yang mendapat 3.50 kebawah pada mereka sudah mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya rasa ini agenda pihak kerajaan atau kementerian pengajian tinggi untuk menyingkir anak orang Melayu atau dengan tidak akan memberi peluang melanjutkan pelajar di peringkat lebih tinggi.

Saya masih belum lupa dengan inisentif yang dilakukan oleh Profesor Ungku Aziz untuk menaikan orang melayu dalam bidang pendidikan di universiti Malaya dahulu.

Hari ini usaha itu tidak diteruskan kerana takut dengan tekan orang China. Dah lah pelajar china mendapat biasiswa menakala pelajar dinafikan.

Sah pihak kerajaan yang memerintah sekarang telah menganaktirikan pelajar Melayu sehingga tergamak menetap kaedah kemasukan pelajar dengan had hanya mereka yang dapat 3.50 keatas sahaja yang diterima masuk IPTA.

Apakah akan terjadi dengan kaedah yang dgunpakai ini, Sah suatu masa nanti orang melayu akan hidup bukan sahaja miskin malah menlarat di negara sendiri.

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Dato'

Dato' tak ada keinginan ke nak ulas Isu Felda?

Nampak sangat hangat.

Felda ada 317 "kampung", dengan 120,000 ahli.

Yang saya nampak, Isu ini petanda dah hampir benar dengan PRU13!

BN kata PR bohong

PR kata BN bohong

Aliman cabar MAslan debat

Maslan cabar Aliman dialog

Cabar nak tunjuk "jantan" atau nak sembunyi sikap "pondan"?

abd rahim said...

Dato'
Kebanyakan kita sekarang tinggal dibandar walaupun asal kita dari Kampong. Saya dari sabuah kampong pendalamn di Baling. Berkat belajar rajin dan dengan pengorbanan ibu bapa serta melalui program affirmative Kerajaan kebanyakan kita terutama saya sendiri berjaya keluar dari kitaran kemiskinan. Anak-anak kita sudah lupa kampong yang kita hidup dizaman kanak-kanak dulu dan kebanyakan kita pun sudah jadi lupa kepada asal usul kita yang dulu kita juga miskin. Sebenarnya ramai lagi yang masih miskin di kampong-kampong pendalaman. Mereka tinggal ditanah rezab Kerajaan tepi sungai atau menumpang tanah orang lain. Dibumi sendiri mereka tidak ada tanah untuk mendirikan rumah kerana tidak mampu untuk membeli tanah tapak rumah. Miskin ekonomi akan membawa kepada kemiskinan segalanya. Fikiran mereka jadi sempit dan tidak dapat berfikir bagaimana untuk keluar dari kitaran kemiskinan yang kejam itu.

Saya fikir Dato juga telah mengalami pengalaman yang sama di kampong pendalaman di dairah Pendang. Bagaimana Dato' berjaya keluar dari kitaran kemiskinan itu. Mungkin kerana kesedaran kepada pelajaran. Ramai rakan-rakan kita yang semasa sekolah rendah juga pintar tetapi gagal keluar dari kemiskinan kerana ibu bapa mereka tidak sedar kepada kepentingan pelaran. Saya masih ingat semasa Darjah Enam di sekolah rendah, ramai yang tidak dapat menduduki pepereksaan masuk sekolah Menengah oleh kerana ibu bapa mereka tidak dapat membayar yuran pepereksaan yang dikenakan sebanyak RM3. Saya dan 4 orang rakan lain di Sek Kebangsaan Tiak, Baling lulus pepereksaan masuk sekolah Menengah pada tahun 1963 dan berjaya memperbaiki kehidupan selepas berjaya sehingga ke Universiti. Mereka yang lain ada yang lebih cerdik tetapi tidak menduduki peperekasaan masuk sekolah Menengah kerana ibu bapa mereka tidak mampu membayar yuran peperekasaan RM3.

Kemiskinan tidak dapat difahami melalui penulisan . Ianya hanya difahami melalui pengalaman dan penderitaan yang dilalui. Kebanyakan pegawai Kerajaan sekrang mungkin tidak pernah merasai atau melalui pengalaman sebagai orang miskin. Mungkin sebab itu masih ada orang miskin yang masih belum dapat pembelaan sewajarnya. Sepatutnya negara tidak ada lagi orang miskin saperti negara sebelum merdeka kerana pendapatan negara dari petrolium atau hasil bumi negara ini sudah sampai beratus billion ringgit. Setiap tahun PETRONAS mengumumkan keuntungan dari jualan hasil bumi negara dan itu adalah sepatutnya diagihkan kepada orang miskin diluar bandar dan pendalaman. Kita di bandar harus rela kepada pembahagian yang lebih dari hasil negara untuk membasmi kemiskinan kerana bukan nya mudah untuk yang miskin keluar dari kitaran kemiskinan itu.

Infrastruktur diluar bandar harus dipertingkatkan supaya tidak yang miskin kerana kurang kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan.

Yang Iklas,

Anak Kampong Tiak.

makbudak said...

Salam dato',

Saya ni surirumah tak bekerja. pagi tadi sewaktu saya minum air di sebuah restoren berhampiran dgn sebuah IPTA, saya dapat lihat agak ramai juga mereka2 yg memakai baju batik turut sama minum air/bersarapan. sedangkan waktu itu dalam pukul 9 pagi lebih sedikit.

terlintas dalam hati, bukankah yg berpakaian batik hari ini (khamis) kemungkinan merupakan kakitangan kerajaan? mengapa dlm pukul 9 pagi masih lagi bersarapan di restoren? bukankah waktu itu masing2 sepatutnya berada di pejabat?

mungkin mereka ada alasan tersendiri, tapi kalau perbuatan mereka itu ternyata menyalahi etika, dato' fikir bagaimana pula etika mereka2 yg dipertanggungjawabkan memantau dan membantu rakyat termiskin melalui peruntukan2 yg diberi kerajaan? atau wang2 zakat yg sepatutnya sampai pada mereka2 yg berhak.

zaman sekarang terlalu ramai individu yang tidak amanah. tidak merasa tugas yg diterima sebagai satu amanah yg wajib dijaga dan dilaksanakan dgn rasa tanggungjawab kerana ALLAH.

Saya ingin sekali berkongsi dgn para pembaca di sini satu artikel yang begitu menarik utk dibaca. minta izin dato' utk saya pastekan di sini:

http://genta-rasa.com/2010/07/02/pray-hard-work-smart/

terima kasih....

Amarneng said...

Asslamulikum Dato,

Saya terharu dan menyokong sentuhan Dato kali ini sekaligus menyentuh mengenai kemiskinan di Sarawak dan Sabah.

Kemikinan di Sarawak khasnya agak berbeza dan ketara.Kerana orang Sarawak yang pemalu dan tidak begitu terdedah dengan media sebagaimana di Semenanjung, hakikatnya Sarawak rakyat peribuminya masih ramai yang miskin dan perlu dibela.Pendekatan politik pembangunan Pehin Seri Taib tidak berjaya membela nasib peribumi Sarawak.

Jabatan kebajikan masyarakat sebelum ini kurang aktif dan para pegawainya tidak jujur dan tidak ikhlas. Tetapi sejak kebelakangan ini keadaan mula beubah apabila kementerian persekutuan ambil berat dan menerima laporan dan rintihan.

Bantuan sara hidup yang seharusnya golongan miskin terima setiap bulan juga di main mainkan,ramai yang menerima bantuan itu 3 bulan sekali dan malah lebih dari tempoh itu,kemasukan wang bantuan itu tersekat-sekat seakan ada penyalahgunaan wang berkenaan.Golongan ini sudahlah miskin tapi menjadi mangsa permainan politik.Harus diinggat perut yang lapar tidak mampu menunggu bulan hadapan untuk di isi. Apa sudah jadi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri Sarawak..........

Di Sarawak untuk membebaskan rakyat dari belengu kemiskinan bukan sahaja memberi bantuan sara hidup malah bantuan untuk meningkat taraf hidup dan sumber pendapatan perlu di lakukan segera. Misalnya perahu,enjin sangkut dan pukat serta peralatan menangkap ikan untuk golongan nelayan harus dilakukan seperti juga golongan petani,Jabatan Pertanian Negeri Sarawak tidak berfungsi mengikut peredaran masa.JPNS perlu diberi nafas baru dengan menyedikan kakitangan yang mahir dan minat untuk membantu membasmi kemiskinan.

Dato,Sarawak memerlukan sentuhan ajaib untuk memajukan golongan nelayan dan petani serta buruh peribumi.Kerajaan negeri Sarawak sekarang hanya leka dengan pembangunan ladang tapi membiarkan petani dan rakyat miskin terus miskin dan tertindas.

Kerajaan Sarawak jelas tidak serius menagani kemiskinan semenjak 30 tahun lalu hinggalah sekarang.Kemiskinan di bandar pula begitu jelas,golongan itu terpaksa mengharungi kehidupan yang sukar dengan terpaksa menerima kadar upah yang rendah.

Agenda politik pembangunan Pehin Seri Taib tidak berjaya menagani masalah kemiskinan di negeri ini.Misalnya kaum Melanau yang jumlah kira-kira 200 ribu orang lebih 50 peratus mereka masih dibawah paras kemiskinan tegar.Kaum Dayak sekarang ini jauh lebih bernasib baik berbanding kaum Melayu dan Melanau .

Dato, yang menyedihkan lagi, saya sering menerima aduan dari golongan miskin para pegawai kebajikan dan kakitangan kaunter jabatan itu di negeri Sarawak,bersikap sombong dan tidak profesional,herdik dan maki sindiran biasa di dengar apabila si miskin membuat aduan dan ingin mendapat bantuan.Saya rasa jabatan kebajikan mayarakat di Sarawk perlu di rombak dan kakitangn yang tidak beradab dan tiada rasa simpati serta tidak berminat bekerja di jabatan berkenaan perlu dilakukan.

Untuk Datuk Shahrizat..perbanyakan melawat Sarawak dan belalah nasib ibu tunggal dn kaum hawa yang banyak menderita dan miskin.....Sekian Amarneng.

Anonymous said...

Salam Dato',

Sekitar pertengahan 1960an hingga ke awal 1970an dulu keluarga saya miskin papa. Bila kita miskin minda pun jadi jumud, menerima kemiskinan sebagai satu ketetapan. Tak ada wawasan masa depan. Kita meneruskan kehidupan kerana apabila terjaga daripada tidur kita masih bernafas dan boleh bergerak. Kita jahil tentang adanya sistem bantuan kerajaan atau bantuan zakat. Kita malu dan merasa sangat kecil untuk pergi mengadu nasib @ mengemis ke pejabat JKM. Saya tak ada nostalgia budi baik Welfare Department kerana tak pernah bertemu dengan mereka.

Saya dan sepupu saya sedar kami miskin semasa kami masih berumur 12 tahun. Pada umur sebegitu kami sudah boleh membuat kesimpulan kenapa keluarga kami menjadi begitu miskin.. (tak punya rumah sendiri, tak punya kebun getah sendiri, tak ada wang simpanan dan kerap putus bekalan beras, teh dan gula hingga berhari-hari..). Keluarga kami jadi begitu kerana telah mensia-siakan peluang mengumpul wang dan membeli tanah semasa muda dan semasa harga getah mahal (ingat perang Korea). Kebanyakan orang-orang tua miskin yg saya kenali dulu masing-masing pernah melalui zaman panin (mewah) tapi lupa masa depan.

Saya fikir gomen yg ada sekarang ni telah dan sedang melakukan pelbagai usaha untuk membasmi kemiskinan walau pun masih banyak ruang untuk memperbaiki usaha tersebut. Tentu ada yg tak kena dengan cara kerja JKK dan JKM sehingga masih ada keluarga miskin tegar yg terlepas dari radar mereka. Spt yg Dato' komen, Ibu Menteri yg menjaga JKM janganlah asyik tak sangka atau terkejut aja.

Bumi Malaysia ni masih lagi menjanjikan kehidupan yang baik kepada mereka yg mahu berubah. Lebih dua juta buruh asing yg hadir disini adalah buktinya. Saya sokong apa jua usaha gomen nak membantu rakyat miskin terutama bantuan dalam bentuk latihan, khidmat nasihat, soft loan dan peluang ikhtiar yg menjadikan golongan miskin manusia yg akhirnya berdikari, berjaya dan boleh membayar cukai pendapatan. Bantuan dalam bentuk pemberian wang bulanan, walaupun baik dan perlu, tidak akan menyelesaikan masalah kemiskinan pada jangka panjang. Di UK ada istilah "dole mentality", kat sini belum ada lagi, harap2 tak akan ada.

Tak ada siapa mahu jadi miskin tetapi kita boleh menjadi miskin kerana beberapa sebab, antaranya: (1) Nasib kurang baik spt dilahirkan cacat anggota, terencat akal, kemalangan hingga hilang segala harta benda, jatuh sakit hingga tak boleh bergerak bebas (2) Boros harta benda (spt berjudi, kaki botol, kaki betina, enjoy sakan dsb) dan boros masa (banyak rehat daripada bekerja) (3) Malas bekerja dan kurang usaha (4) Tak ada matlamat nak menjadi senang - zon selesa.

Orang Cina generasi pertama dulu kebanyakannya bekerja sebagai kuli dilombong atau ladang. Ada yg bekerja tarik lanca dan ada yg kerja angkat tong najis. Mereka simpan duit dan mula niaga kecil2an. Dgn jimat cermat dan usaha ramai antara mereka jadi kaya.

Memang menjadi kewajiban gomen merancang pertumbuhan ekonomi tetapi kita sebagai rakyat mesti mempunyai kesedaran untuk turut membangun.

Allahu a'lam.

Pak HJ JB

saji said...

Salam Dato'

1.Teringat saya pandangan seorang ahli psikologi Barat yang mengatakan, semakin banyak penjara dibina semakain bertambah jumalah penjenayah. Apakah hukum jenayah Islam penyelesaiannya?

3. Pernah suatu ketika dulu di mana tindakan akhbar/tv melapurkan kejadian ular sawa makan orang diikuti beberapa kejadian yang lain. Apakah Allah murka dengan tindakan akhbar/tv itu atau satu kebetulan?

3. Mengenai kemiskinan, bagaimana jika saya katakan, semakin banyak cerita orang miskin kita dedahkan semakian banyak yang akan jadi miskin?

Anonymous said...

Berita tentang kemiskinan banyak disebarkan, apatah lagi jika di negeri2 pembangkang. Agak susah untuk melihat cerita orang susah di negeri2 BN.

Kenapa perlu ada JKKP di setiap negeri pembangkang? Di negeri BN tiada pula. Adakah bantuan yang disalurkan melalui JKKKP sampai kepada orang miskin yang tidak menyokong BN. Logikya tidak.
Biasalah orang Melayu, semangat kepartian sampai ke kubur. Kalau bukan sebab dek hukum, kain kapan pun nak cop lambang parti.

~Peace

Anonymous said...

Salam Dato',

Terkejut saya tengok respon yg saya tulis (11.52 pm) dlm BM jadi pula dalam BI yg kelam kabut. Kenapa ye? Ada auto translation ke?

Pak Hj JB

saji said...

Sdr Pak HJ JB

Sdr berkata, "Tak ada siapa mahu jadi miskin tetapi kita boleh menjadi miskin kerana beberapa sebab, antaranya: (1) Nasib kurang baik spt dilahirkan cacat anggota, terencat akal, kemalangan hingga hilang segala harta benda, jatuh sakit hingga tak boleh bergerak bebas (2) Boros harta benda (spt berjudi, kaki botol, kaki betina, enjoy sakan dsb) dan boros masa (banyak rehat daripada bekerja) (3) Malas bekerja dan kurang usaha (4) Tak ada matlamat nak menjadi senang - zon selesa."

Komen:

Bagaimana dengan kemisikinan tempatan warga kita disebabkan oleh kemasukan besar-besaran pekerja asing yang sanggup menerima gaji sekitar RM 700 - paras kemisikinan tetapi ditolak oleh pekerja tempatan kita?

saji said...

Sdr langitbiru

"Dato' tak ada keinginan ke nak ulas Isu Felda?

Nampak sangat hangat. "

Macam mana tak hangat benda belum bankerap dikatakan bankerap!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Salam DAKJ serta para komentar.

Ini lah masanya kita BUANG segala fahaman politik ke tepi.

Sebagai rakyat satu negara apakah kita sanggup lihat saudara kita bertungkus lumus untuk mencari rezeki untuk sesuap nasi untuk keluarga?

Tidak kira sesiapa, dari para Menteri, Tan Sri,Datuk Sri hinggalah sesiapapun, jika kita ini MANUSIA dalam ertikata sebenar.. maka tolonglah saudara kita.Tidak akan rugi apa-apa jika bantuan yang kita hulur itu mengikut kemampuan kita.

Jika politik itu masih amat penting bagi sesetengah pihak, inilah masanya mereka, tidak kira parti pemerintah ataupun pembangkang (yang berada didalam kepompong politik) menjalankan tugas mereka untuk menolong golongan yang susah ini dengan harapan akan menjadi parti pilihan pada PRU nanti.

Dengan secara tidak langsung, mereka dari golongan politik ini akan berlumba-lumba untuk membantu (tidak kira ikhlas atau tidak sebab dalam arus politik semasa.. semuanya tiada keikhlasan) dan yang penting golongan yang susah ini akan dapat merasa satu kehidupan yang sedikit lebih selesa walau tidak sempurna dan sekurang-kurangnya ada makanan/tempat tinggal yg sesuai bagi seisi keluarga.

YBhg DAKJ, apa kata Dato' buat satu dana bagi para komentar disini dapat menyumbangkan apa saja setakat termampu dan ikhlas bagi membantu golongan-golongan yang susah ini.. sekurang-kurangnya ahli-ahli blog ini dapat membantu dalam ertikata yang sebenar.

Sekian.

1280-K Taman Malik

raja2u said...

YBhg Dato',

Assalamualaikum. Semuanya bergantung kepada "political will" untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Sebagai contoh beberapa tahun dahulu Kerajaan Negeri Selangor dan DBKL telah mengadakan polisi setinggan sifar dalam beberapa tahun dan Alhamdulillah jumlah perkampongan setinggan telah turun dengan mendadak sekarang. Masalah mengurungkan miskin diseluruh negara adalah sukar selagi kita hanya mempunyai Kerajaan Barisan Nasional dan tiada Kerajaan Malaysia.Jika betulah kita mengamalkan dasar satu Malaysia maka dengan sendirinya istilah Kerajaan Barisan Nasional dan Kerajaan Pakatan Rakyat hendaklah digugurkan dan digantikan dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Saya sedih membaca kritikan bahawa pegawai kerajaan tidak menjalankan tugas. Betulkah begitu dalam semua keadaan ? Saya pernah bertanyakan pegawai kerajaan mengapa maklumat mengenai kemudahan oleh Jabatannya tidak sampai kepada orang kampong. Jawabnya dia tidak bolih masuk kampong begitu sahaja kerana perlu mendapat jemputan JKK Kampong dahulu. Dia menamakan rakan sekerjanya yang melanggar peraturan tersebut dan memberi bantuan kepada seseorang yang dinilainya memerlukan bantuan telah ditukarkan kelain tempat kerana mendapat petisen dari JKKK berkenaan.

Terpulanglah kepada kita samada kita mahu meneruskan budaya ini atau menyatakan dengan jelas kita mahu ianya berubah atau kita beri tanggungjawab seterusnya kepada sesiapa yang berjiwa rakyat.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad dain,
Pencetus Strategik Vision
Petaling Jaya.

saji said...

Salam Dato'

Orang politik dan parti politik hidup dan cari makan atas isu yang meliputi isu kemiskinan, khasnya.
Bayangkan jika kemiskinan diatasi di negara ini.

affendi hussain said...

Dato'..

Salah satu sebab rakyat malaysia tak mampu berminda kelas pertama adalah kerana kemiskinan..rakyat minda kelas ke3 mudah dimanipulasi dari segi politik..

Bila miskin tenat, seseorang itu:-

1) kebergantungan mutlak - tidak dapat berdikari, perlu bantuan, tiada wang untuk dijadikan modal menjana ekonomi sendiri.

2) fizikal lemah & jahil - kerana tak mampu membiayai proses menimba ilmu. kekal di status quo 'bodoh' kerana tiada ilmu disamping kekurangan zat makanan utk perkembangan otak dan tubuh secara normal.

3) sosial statik - tidak dapat beralih dari hierarki sosial sedia ada kerana tiada ilmu & wang..kehidupan yg statik (tanpa ilmu & wang) ini akan diwarisi dari generasi ke generasi sehingga kiamat jika tiada pendekatan efektif untuk membantu.

4) jiwa bermasalah - sentiasa dirundung tekanan & kekecewaan, malah kemiskinan menjurus kpd kekufuran. Emosi, fizikal & mental org miskin melarat adalah tidak stabil.

Jika kita berada di dalam empat situasi diatas nescaya ia ibarat berada dalam pasir jerlus..tanpa tangan menghulur nescaya akan terus tenggelam..terima kasih kpd DEB w/pun tidak 100% sempurna.

KEMISKINAN itu adalah SUBJEKTIF..org kaya pun boleh miskin jika hutang berjuta-juta..bila miskin jadi kufur maka agenda korupsi adalah menu utama mereka..Rasulullah s.a.w tak pernah silap dlm soal kenyataan ini.

Sebuah keluarga adalah seperti sebuah unit negara yg ada ekonomi, politik & sosialnya..ia perlu ilmu utk mengurus..jika ekonomi asyik defesit kerana perbelanjaan yg tidak berhemah dan hutang melebihi nisbah aset dan mentaliti mengharap kerajaan atau Allah s.w.t utk menanggung 'rakyat' (isteri & anak-anak) maka tunggu sahaja kehancuran negara berkenaan tanpa perlu menunding jari kpd org lain (cth. marahkan bankislam & parti politik)

Dato',
Saya dah tengok perbentangan Idris Jala pasal Malaysia mungkin bankrap pada 2019 di sini:

http://www.transformation.gov.my/

Semua cerita pasal cost saving yg nak dilaksana dlm tempoh 5thn.. tetapi yg tak disebut bagaimana nak tingkatkan
1) GDP
2) Percapita income
3) PPP (Purchasing Power Parity)

Dalam bahasa ekonomi mikro..tak perlu sibuk2 nak tambah gaji, bonus, elaun, rebet etc..

Fikir cara meningkatkan kuasa membeli ringgit, segala masalah akan selesai & kita akan automatik mencapai percapita USD 15,000!

Ni belum apa2 semua nak potong belaka..gaji pun takuk tahun 80an malah lebih teruk kerana PPP merudum..potong kepala baru tau..

Bila nak buat Lab tingkat GDP, Per Capita & PPP Dato' Sri Idris Jala??
Takkan satu je telurnye..nnt berat sebelah..tak normal.

wasalam

("/)

Nila Pendita said...

Assalamualaikum,

saya dah tak heran dengan kes-kes cani..sebab camnilah cara mereka 'bertanggungjawab' bekerja dizaman saya. Tnggu orang buat repot dulu baru boleh buat keje...takde repot..tak leh buat tindakan..

Yang saya heran:
1. macamana orang 'bertanggungjawab' ni boleh dipilih bekerja? diorang buat interview cane?

2. org yang bekerja atas nama agama pun sama. mana baitulmal? mana pusat zakat?

Anonymous said...

Salam Dato',

Lega kerana dah tak ada lagi auto translation tu. Bukan apa, respaon yg saya tulis dlm BM ni pun "trauncated" bahasanya, maka apabila di terjemah otomatik jadilah ia terjemahan yg kelakar. Harap2 itu bukan kerja virus yg masuk ke Blog Dato' ni.

Izinkan saya respon kpd pertanyaan sdr saji (12.23 pm).

Saya fikir kemasukan pekerja asing menguntungkan negara dan rakyat Malaysia secara am. Mereka adalah buruh dan tenaga mereka menjadi modal kpd apa jua enterprise ekonomi yg mengambil mereka. Keluarga saya miskin dulu (1965-1972) semasa kita belum ada buruh asing disini.

Kemiskinan terlalu berkait rapat dengan kecetekan ilmu dan kekurangan daya usaha. Kita hanya boleh keluar dari belitan ganas kemiskinan jika kita ada ilmu yg menyedarkan bahawa kita miskin dan kita tahu apa yang ada diluar lingkaran miskin. Di JB ni ada sebuah kampung bernama Kg Bakar Batu yg antara penghuninya Orang Asli seb-etnik Seletar dan orang Melayu. Anak-anak mereka saban hari melihat kerancakan pembangunan Danga Bay yg berjarak kira-kira 500 m dari kampung mereka. Sayangnya, sejak 3 tahun kebelakangan ini tidak seorang pun dari anak Orang Asli disitu lulus UPSR. Semuanya menerima bantuan KWAMP dan bantuan makanan RMT, namun kedatangan mereka kesekolah kurang dari 100 hari setahun. Jarak rumah mereka kesekolah hanyalah 2.5 km dan ada jalan bertar. Ada juga anak Orang Melayu disitu yg sama rekodnya dgn anak Orang Asli. Nampaknya mereka bukan sahaja miskin harta tapi juga miskin cita-cita dan miskin usaha. Jadi, sama ada Bangla atau Paki atau Indon datang atau tidak ornag-orang jenis ini tak berubah.

Saya dulu walau pun ada hari-harinya perut kosong tetap kesekolah berjalan kaki dan menyeberangi sungai. Jalan tanah merah sejauh 3 km. Isteri saya berjalan kaki 5 km melalui denai dalam belukar berbukit. Kami tak tahu istilah naik bas atau kereta ke sekolah. Bapa saya hanya bersekolah darjah empat, ibu pula buta huruf. Ibu dan bapa mertua saya kedua-duanya buta huruf. Berkat kesabaran itulah agaknya kami sekarang dapat keluar dari belitan kemiskinan itu.

Kalau gomen nak bantu golongan ini saya fikir hanya satu jalan saja: bina sekolah asrama dan wajibkan semua anak-anak golongan miskin ni tinggal di asrama sehingga tamat tingkatan 5. Majoriti ibu-bapa mereka memang tak ada parental skill; anak-anak terbiar dan akhirnya jadi liar.

Pak HJ JB

affendi hussain said...

Dato'

Kunci perubahan pertama kepada hidup kita adalah SIKAP (ATITUDE).

Jika semua dah tersuap tersedia: kereta, minyak penuh & kunci diberi namun pemandu masih tidak tahu atau tidak mahu 'start' kunci & memandu, maka takkan bergerak w/pun seinci pun dari kedudukan asal..jangan mimpi nak sampai destinasi melainkan ada tikar terbang zam zam ala karam..

Renunglah firman Allah s.w.t dlm surah Ar-Raad:11.

Antara sikap negatif & pemikiran tipikal bangsa melayu islam kita yg saya lihat membantutkan perkembangan ekonomi mereka sendiri:-

1) Garam jadi kayu ukuran - org melayu purba memang sinonim & mengganggap apabila hidup lama maka merekalah yg terbaik utk jadi 'role model' org muda kerana pengalaman..akibatnya kaedah yg gagal akibat kejahilan akan diwarisi turun temurun..hakikatnya ilmulah yg terbaik kerana ilmu adalah integrasi fakta, ujian & pengalaman yg didokumenkan. 90% dah tersedia!

2) ZAKAT adalah 'OPTIONAL' - majoriti yg konon 'hardcore' Islam mengganggap zakat hanya utk yg mampu sedangkan ia RUKUN. Akibatnya mereka dibelenggu mentaliti subsidi & tiada inisiatif berusaha menjana ekonomi utk keluar zakat. Jadi tak perlu terkejut jika ada yg melenting jika tidak dibantu atau merasa ibarat asnaf yg layak terima zakat..pathetic!

Kalau dipanggil org Jepun utk beri pandangan, nescaya disarankan harakiri atau timbus diri sendiri jika dilihat hidup miskin tetapi tanah sekeliling rumah tandus tak berusaha secara optima..itu pandangan dari aspek budaya mereka.

Bapa saya dulu seorg anak yatim, hidup terumbang ambing bersama nenek, mengambil upah mengembala lembu & menoreh getah utk mencari duit poket ke sekolah.. namun akhirnya episod hidupnya berubah apabila dpt juga menggulung diploma perakaunan dan seterusnya mengambil buat part time CIMA stage II & ACCA masa kerja dulu. Dia sendiri tak pernah cerita kisah hidupnya melainkan dicerita oleh ibu saya..

Sebagai anak saya bersyukur kerana sikapnya membawa perubahan besar sbg contoh kpd anaknya..saya tak perlu berbangga menjadi seperti apa yg dialaminya masa dulu.

Zaman buruh tak mahir dah berlalu..tanpa pelajaran, kemahiran atau pengetahuan kita akan menjadi taraf lebih bawah dari indon, nepal, bangla etc.
1USD (RM3.20) boleh bayar gaji sejam pekerja di malaysia tetapi 6 org di China (1USD=6.8RMB)!

Nasihat saya kepada org melayu muda, perempit dan sampah negara..kalau tiada pelajaran & kemahiran (welder, mekanik, elektrik etc.) pergilah berhijrah ke sana & tak payah bising2 upah rendah..lepas tu terhenjut-henjut mcm kera mabuk nak lucut hak itu ini ikut orang..
Itulah hakikat bisnes, ekonomi & globalisasi..

(",)

saji said...

Salam Pak HJ JB

"Kalau gomen nak bantu golongan ini (miskin)saya fikir hanya satu jalan saja: bina sekolah asrama dan wajibkan semua anak-anak golongan miskin ni tinggal di asrama sehingga tamat tingkatan 5. Majoriti ibu-bapa mereka memang tak ada parental skill; anak-anak terbiar dan akhirnya jadi liar."

Komen:
Seingat saya cadangan sdr diatas sudah diketengahkan oleh persatuan guru kebangsaan tetapi ditolak mentah2 oleh Menteri Hishamuddin.

Bagi saya kerajaan UMNO/BN lebih cenderung menolong orang kaya dan senang. Kenapa tidaknya, kalau mereka berjaya tolong orang susah dari kesusuhannya dan orang miskin daripada kemiskinannya mereka akan kehabisan isu yang merupakan makanan politiknya.Begitulah isu ekonomi orang Melayu, perkauman dan agama.

Anonymous said...

Salam Dato',

Kali ketiga ni.

Wassalam Sdr saji.

Saya tidak menyalahkan sdr kerana mempunyai pendapat spt yg tertulis pada perenggan akhir respon sdr (11.00 pm).

Dalam beberapa respon saya sebelum ini pun saya konsisten dengan pendapat bahawa UMNO menikmati sokongan Melayu kerana massa Melayu belum well-informed about the actual behaviour of UMNO (read pembesar UMNO). Majority of the Malay populace do not really understand the higher concepts of democracy, namely, the separation of power between the judiciary, civil service and lawmakers. We witness many abuses of government instruments to their advantages. Whether they (UMNO) strategically plan Malay "backwardness" to their advantage OR they already reach their maximum ability to provide better service to their race, I have no idea. I do not want to decide BUT I hope and prefer the second one, then we have reason to find an alternative.

Anyway, life is already miserable. Cheer up bro.

Pak Hj JB

saji said...

Salam Pak HJ JB

"Whether they (UMNO) strategically plan Malay "backwardness" to their advantage OR they already reach their maximum ability to provide better service to their race, I have no idea. I do not want to decide BUT I hope and prefer the second one, then we have reason to find an alternative.

Komen:

Dalam sektor pembinaan yang saya kaji, UMNO sejak DEB berusaha memajukan orang Melayu dalam bidang pembinaan. Antara usaha yang UMNO lakukan ialah;

a) Menghadkan kontrak projek kerajaan dan GLC kepada orang Melayu.
b) Melatih orang Melayu memasuki bidang pembinaan
c) Membanyakan profesional teknikal Melayu berkhidmat dengan agensi pelaksana dan GLC
d)Menyediakan wang pendahuluan 25%
e)Menghapuskan bon pelaksana
f)Menawarkan kontrak projek secara rundingan terus atau tender tertutup.
g)Syarat melantik perundang Melayu atau bertaraf bumiputra

Namun orang Melayu masih jauh ketingalan dalam bidang pembinaan.

Sedangkan hasil kajian saya dari sudut amalan kontrak menunjukan bahawa penggunaan kontrak pembinaan Barat jenis Peice-in-advance atau Islamnya kontrak pembinaan al-Istisnaa'/ Tempahan Islam oleh agensi pelaksana dan GLC merupakan faktor utama yang tidak menggalakan orang Melayu memasuki bidang pembinaan, selain menggalakan kegiatan tidak bermoral di kalangan kontraktor Melayu seperti mengali-babkan kontrak projek kerajaan dan amalan kronisme di kalangan orang UMNO.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin.

Saya bersetuju dgn cadangan yg baik daripada 1280-k Taman Malik.

Dato' buka satu akaun atas nama Dato', sesiapa yang nak menderma/menyumbang bolehlah masukkan terus wang ke dalam akaun tu.

Kalau sudi dan bersedia Dato'buatlah lapuran bulanan.Kalau ada keperluan keluarkan kepada yang memerlukan.

Yang kaya sumbang banyak, yang tak kaya sumbang sikit.

Saya percaya Dato' mampu mengendalikannya dgn jaya.

Bunyi main-main tapi sangat praktikal.

Salam hormat,

Lat Juno.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).