Friday, August 27, 2010

FACEBOOK: Sekadar Makluman

A Kadir Jasin

SEKADAR hendak maklumkan kepada pengguna Facebook yang membaca blog ini. Terima kasih kerana terus menghantar jemputan menyertai Facebook yang dihantar melalui e-mel saya.

Buat makluman semua, saya telah menutup Facebook saya kerana kesuntukan masa dan kerana saya mengesan adanya tanda-tanda penyalahgunaan laman sosial siber itu.

Terutamanya, tidak terjawab oleh saya pelbagai pertanyaan dan permohonan para “sahabat” dan yang kedua laman Facebook saya mula dibanjiri permohonan derma daripada pelbagai pihak yang seolah-olah membuka Facebook untuk tujuan mencari derma.

Masalahnya, adalah amat sukar membezakan kebajikan (charity) tulen dan berdaftar dengan penipu siber (cyber cheats) yang hari ini berkeliaran di Facebook dan jaringan-jaringan sosial lain.

Jadi, saya mohon maaf sambil mengucapkan terima kasih kepada hampir 1,000 “sahabat” yang menyertai Facebook saya. Mungkin kita boleh terus berhubung melalui blog ini atau di kesempatan lain.

Kalau boleh, saya ingin menasihatkan warga Facebook, khasnya yang muda-muda itu, berhati-hatilah bila menyiarkan gambar atau membuat komen. Takut-takut apa yang disiarkan itu akan disalahgunakan dan menjadi senjata makan tuan.

Hari ini mungkin gurau senda, tetapi satu masa nanti ia mungkin bertukar menjadi rahsia yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman dan kebajikan kita.

Terima kasih.

16 comments:

Roti Planta said...

Dato',

Jika tiada kesedaran diberikan kepada pengguna maka bagi saya Facebook akan menjadi satu 'penyakit sosial' kepada masyarakat. Malah sekarang kita lihat terlalu banyak perkara peribadi terdedah, risiko penipuan siber, pengedaran maklumat yang tidak bertanggungjawab, terlalu banyak masa dikomputer sehingga mengurangkan masa untuk keluarga dan pelbagai perkara lagi.

Pertukaran 'maklumat sosial' ini tidak banyak membantu perkembangan teknologi, pendidikan, ilmiah dan intelektual pengguna.

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Datuk,

Salam hormat.

Saya sudah lama menganggap facebook adalah laman sosial yang menceroboh privacy seseorang. Walaupun maksudnya baik di kalangan tuan punya facebook tapi sudah ada yang menggunakan kemudahan itu untuk menyebar fitnah dan aib.

Saya sangat setuju dengan Sdr Roti Planta yang "facebook akan menjadi satu penyakit sosial masyarakat" kerana ramai sudah menyalahgunakannya.

Dan betul, facebook telah menjejas daya pengeluaran pekerja. Produktiviti menurun kerana ramai yang lebih ghairah berfacebook sambil bekerja sehingga akhirnya kerja tidak selesai tapi facebook yang diupdate.

Teknologi ini ada baik dan buruknya, Datuk, bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya dan untuk tujuan apa.

CT Tanjung Perak

Warisan Selubi Enterprise said...

Salam Dato',

To me, Facebook is an utterly waste of time. I was requested to join Facebook for the sake of communication between AJK Persatuan Penduduk and frankly, I regretted doing that. Pure waste of time and all sorts of mambo jumbo which is the least bit of interest are added on. Like wise, I haven't accepted any invitations from friends and neighbours after that basically because I find it a waste of time.

budiman said...

sokong cadangan dato tu.ingatke saya saja yg kena getah.malu nak cerita.rupa dato pun kena juga.Betul tu beringat sebelum kena.Ramai manusia penipu dan berlakun.Dulu harta masjid orang tak berani kebas.Hari ini harta mesjid dikebasnya.Terima kasih dato.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang dihormati. Alhamdulillah kita sudah melepasi separuh Bulan Ramadhan dan hari-hari yang berikutnya akan berlalu dengan pantasnya kerana dikatakan kita sedang menurun. Alhamdulillah sebahagian dari kita menerima rahmat dalam bentuk pemberiaan RM 500 dari Kerajaan. Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada pemimpin yang perhatin.Saya juga besyukur mendengar YAB Perdana Menteri memberi tahu belia-belia kita cara menakut-nakutkan orang melalui penggunaan kuasa bukan caranya memenangi hati rakyat bahkan ianya menambah kebencian.Pendekatan macam inilah yang ditunggu-tunggu rakyat dan jika ada 'politcal will' ke arah tersebut saya yakin negara kita akan kembali ke era aman damai kerana akan wujud kembali percaya mempercayai dikalangan rakyat berbilang kaum.

Masalah kita sebenarnya bukan besar dan mudah diatasi. Bukan dengan membuat kajian dan melaung-laungkan transformasi. Kita hanya perlu balik kepangkal jalan. Pegawai-pegawi kita hendaklah menjalankan tugas mengikut sekop kerja yang telah di tetapkan dan bukannya mengikut arahan politik. Sebagai contoh Peguam Negara hendaklah dengan jelas dan tegas menyatakan adalah salah membincangkan 'Hak Istimewa Orang Melayu dan lain-lain perkara yang sensitif'.Amaran seperti ini hendaklah dikeluarkan kepada semua yang bersalah hatta jika dilakukan YAB Perdana Menteri sendiri. Janganlah habiskan masa kepada perkara yang kecil (bermotifkan politik) yang tidak mengancam keselamatan negara.Begitu juga Polis DiRaja Malaysia hendaklah menjalankan tugas mengikut keutamaan.

Mengendalikan Facebook memang menghabiskan masa.Bagaimana pun jika kita berfikiran terbuka dan dapat menilai apa yang baik dan apa yang sebaliknya kita akan mendapat banyak maklumat yang tidak kedapatan dari sumber lain.

Akhir kata saya sungguh tertarik kerana baru-baru ini terdapatnya orang bukan Islam menghampiri masjid. Cara yang betul menghadapai keadaan ini adalah dengah berhemah menunjukkan cara yang betul untuk berbuat demikian dan bukannya menyatakan kesalahannya sahaja. Insyaallah Allah akan memberkati kita semua jika kita membantu ugama Allah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Stratejik Vision,
Petaling Jaya.

Melayu Minoriti said...

Salam Dato

mintak perhatian sikit keluhan saya

Di kala anak muda berani membuang bayi, orang tua pula menjual agama, manakala pemimpin sibuk menggadai bangsa dan negara.

apa hina sangatkah mertabat bangsa Melayu kita ini hingga boleh di buat begini.

Komen dato amat saya hargai atau mungkin tajuk ini boleh kita kongsi bersama.

Saya berasa amat sedih dengan keadaan sekarang terutama kita sedang menghayati bulan Ramadhan yang mulia.

Kita sibuk membela rakyat Palestin tapi di bumi sendiri pribumi telah menjadi minoriti.

Dato Ismail Che Ros said...

Dato kADIR.

Saya amat setuju.Satu hari face book saya macam2 orang yang layan termasok balai polis di merata cerok dan yang sedehnya kebanyakannya mereka ini minta derma.

Saya juga tak faham apa itu twiteer.Yang saya tahu ia jadi bahan sebar fitnah

Tinta Hitam said...

Datuk,

Saya setuju dgn perenggan akhir Datuk tu.Mmg sepatutnya perkara yg terlalu peribadi termasuk tidak disiarkan dlm FB.Ditakuti mengancam keselamatan dir dan keluarga

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Ada 500 juta orang dok guna facebook di seluruh dunia.

Di Asia tenggara kita pengguna terbesaq.la ni tah ka 2 juta pengguna aktif.

Mau tak mau saya dari dulu suruh orang2 saya join facebook pasai lagi
ramai depa kenai lagi senang cari makan.

Cuma benda macam ni tepuk dada tanya selera.Saya tetap akan galakkan depa semua berfacebook.

tk

rozais al-anamy said...

Dato',
Salam hormat.
Mohon izin membuat pautan ke facebook saya.

Terima kasih didahulukan.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Rozais al-Amany,

Terima kasih. Anda bebas membuat pautan.

Terima kasih.

Libertarian said...

Untuk betul-betul padam Facebook, sila klik pada link ini:

https://ssl.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account

Facebook buatkan kita amat sukar untuk batalkan akaun sebab mereka licik tak mahu kita padam. Kebanyakan orang hanya "deactivate" akaun, bermakna ianya tidak dipadam sebaliknya hanya dinyahaktifkan (segala maklumat dan data masih disimpan oleh Facebook dan boleh diaktifkan semula apabila kita login.)

Bila akaun dipadam untuk selama-lamanya, ia akan hanya betul hilang selepas 14 hari. Sementara itu kita akan tetap terima email dari Facebook kononnya ada tags, requests, dsbnya, dan jika kita lupa yang kita telah padam akaun, kita akan terus login, dan secara automatik akaun akan diaktifkan semula.

Licik permainan geng-geng muda ini.

Saja mahu kongsi pengalaman.

Wassalam.

Siberangan said...

Salam Tok, saya mula kena penyakit feacbook maca kena penyakit saya mula main golf handicap 18. Menggila betul. Tak sedar, tiba2 dah jam 3/4 pagi. Esok nak pi kerja, ya Allah teruk.

La ni golf saya handicep 14. Saya tak menggila sangat dah. Jadi, saya nak amalkan macam main golf lah feacbook niihhh... dah pandai betul, kena tengok isu lah. Kita tembak satu isu, biaq pemain-pemain feacbook jadi gila, kita biaq depa lawan sesama depa. Depa tak laghat depa berhentilah. Sya pun tak rugi apa2.

Drebar Lori said...

Nasihat dan peringatan yang sangat berguna. Saya tujukan peringatan ini khas kepada gadis- gadis Melayu yang suka berkawan dengan lelaki- lelaki dari Afrika dan eksekutif-eksekutif perempuan Melayu yang menyimpan lelaki Afrika sebagai kekasih gelap.

"Hari ini mungkin gurau senda, tetapi satu masa nanti ia mungkin bertukar menjadi rahsia yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman dan kebajikan kita."

Anonymous said...

Hi there,

Trust you're fine.

I'm Jay, a content researcher from SMB Compass. We help and encourage small businesses to achieve their milestones with financing.

Do you have pages that you want me to build links to kadirjasin.blogspot.com I can include you on these upcoming guest blogs should you agree to partner-up, and I’m more than happy to offer you a mention from one of our featured sites (DA 75-80) if you have any specific page in mind, kindly let me know.

Let me know if it works for you

Thanks,

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).