Sunday, August 29, 2010

Menuntut Hak Kaum Tidak Semestinya "Racist"

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SAYA tertarik dengan hujah pembahas Affendi Hussain dalam posting berjudul “Apa Salahnya Bunyi Masjid Lantang.” Affendi, antara lain, berkata:

1. Ada yg nampak Perkasa saja tetapi buat2 buta dgn Dong Zong & Hindraf.. itu hipokrit politaik perkauman namanya..


2. Bolanya skrg terserah kpd PAS..di bulan Ramadhan ini Allah s.w.t dah buka hijab tembelang mereka..alasan tidak tahu/kenal Islam tak boleh terima, takkan semuanya UMNO salah..PAS sendiri bukan "new player" dunia politik & dah wujud sebelum merdeka.. tetapi pelik masih bersangka baik dgn pemimpin2 chauvanist bukan islam ini yg terbukti tak berubah w/pun setengah abad..kalau tiba2 berubah itu tandanya ibarat buang tebiat nak mati analoginya..


3. Saya lebih suka PAS dibawah kepimpinan arwah Fadhil Noor yg konsisten & berintegriti tanpa kompromi..tak seperti hari ini..


4. Kalau MCA keluar BN gabung DAP lagi senang kerja menala kita..tak perlu lagi 'honour' segala kuota menteri2 & apa2 peruntukan kpd mereka lg..biar kita tengok brp kerusi yg mereka akan menangi dgn kaum mereka sendiri..


5. PAS & UMNO..walaupun tak bergabung..harap biar jelas dlm bab hukum hakam Islam..biarlah perjuangan itu selari..sama2 akan sampai destinasi..

Reaksi saya, secara ringkasnya, adalah seperti berikut:

1. Walaupun Pas telah wujud sebelum merdeka, tetapi Pas adalah baru/mentah dalam isu perkongsian kuasa dengan bukan Melayu dan bukan Islam. Ketika dalam Barisan Nasional antara 1974 dan 1977, Pas bukan kuasa penentu. Lagipun, waktu itu kepemimpinan Pas di bawah Allahyarham Mohd Asri Muda adalah sederhana dan terbuka;

2. Tradisi kepemimpinan sederhana dan terbuka ini berterusan di zaman Allahyarham Fadzil Noor;

3. Kepemimpinan Pas kini berpecah kepada golongan agama ortodoks yang diketuai oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat, golongan agama berideologi diwakili oleh Abdul Hadi Awang dan golongan yang bukan dari aliran agama.

4. Pas bergabung dengan DAP dalam Pakatan Rakyat atas daya usaha Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Pas terhutang budi kepada Anwar kerana pemecatannya daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998 menguntungkan Pas. Pas mendapat undi protes dan undi simpati penyokong Anwar dalam pilihan raya umum 1999;

5. Pas dan DAP adalah dua entiti yang sangat berlainan. Pas mengaku berdiri atas landasan Islam seperti dimanifestasikan oleh aspirasi Negara Islam dan pelaksanaan Kanun Jenayah Hudud manakala DAP bersumpah darah mahu menegakkan negara sekular di Malaysia;

6. Manakala Pas terus memberi pelbagai alasan mengenai pendirian DAP berkaitan Negara Islam dan Hukum Hudud, DAP secara terang terangan menolak dengan alasan Negara Islam dan Hukum Hudud bukan agenda PR;

7. Kerana masalah dalamannya sendiri, PKR semakin tidak berdaya menjadi orang tengah bagi leraikan pertikaman lidah antara Pas dan PKR. Akibat peletakan jawatan Ahli Parlimennya, PKR sudah hilang kedudukan sebagai parti induk PR kepada DAP;

8. Sebenarnya, tanpa PKR sebagai pemangkin, hubungan PAS-DAP adalah tidak relevan dan akademik. Pas tidak memerlukan DAP untuk memerintah Kedah dan Kelantan, manakala DAP tidak memerlukan Pas untuk memerintah Pulau Pinang. Tanpa PKR yang kuat, persepakatan Pas dan DAP sukar dipertahankan kerana dasar yang terlalu berlainan;

9. MCA dan DAP tidak akan bergabung kerana komponen MCA akan pupus jika bergabung dengan DAP. Lagipun kewujudan dua parti Cina -- sebuah di pihak BN dan sebuah di pihak PR -- jelas menguntungkan masyarakat Cina. Permainan wayang antara MCA dan DAP memaksa Kerajaan BN dan kerajaan-kerajaan negeri PR melestarikan (mempertahankan) hak kaum Cina.

10. Daripada aspek demografi, pakatan DAP-MCA tidak mungkin memperoleh kerusi yang banyak dalam pilihan raya. Mereka masih memerlukan sokongan orang Melayu. Untuk itu, mereka memerlukan bekerjasama dengan parti Melayu/Islam.

11. Dalam PRU ke-12 tahun 2008, Umno bertanding 117 kerusi Parlimen dan menang 79 (67.52%), MCA bertanding 40 memang 15 (37.5%), Gerakan bertanding 12 memang 2 (16.6%) dan MIC bertanding 9 menang 3 (33.3%). Yang ditolak pengundi adalah parti-parti bukan Melayu BN. Umno berupa parti BN paling berjaya dalam pilihan raya itu.

12. Dengan ketewasan di Pulau Pinang kepada DAP, adalah sukar bagi Gerakan bangun semula. Sengaja diingatkan yang Gerakan, sebagai parti pembangkang, mengalahkan MCA di Pulau Pinang pada tahun 1969 dan memerintah negara itu hingga 2008 (39 tahun). Adalah tidak mustahil pengundi bukan Melayu akan memberi peluang kepada DAP memerintah negeri itu untuk jangka masa yang panjang;

13. Mengenai harapan pembahas Affendi “ Pas dan Umno walaupun tak bergabung, harap biar jelas dalam bab hukum hakam Islam -- biarlah perjuangan itu selari”, saya kurang yakin kerana terdapat anasir-anasir pelampau dan anasir-anasir yang memandang remeh hal agama dan bangsa dalam kedua-dua buah parti itu. Sementara yang lain pula terlalu selesa dan yakin bahawa kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu terjamin kerana termaktub dalam Perlembagaan;

14. Baru-baru ini saya terbaca sejarah mengenai Islam di wilayah autonomi Tatarstan di Russia. Menurut cacatan penulis dan pengembara Arab, Ahmad ibni Fadlān, Islam diperkenalkan di wilayah itu pada abad ke-10 iaitu sekitar tahun masihi 922. Negara Islam Tatarstan wujud hingga tahun 1552 apabila ia ditakluki Tsar Ivan IV. Tsar Ivan yang terkenal dengan jolokan “Ivan The Terrible” kerana kekejamannya, memaksa umat Islam memeluk Kristian dan menjelang tahun 1593 habis semua masjid dimusnahkannya. Hanya mulai tahun 1766, Tsarita Catherine II membenarkan masjid didirikan semula.

15. Sementara itu, dalam satu laporan BBC, Tatarstan sedang hebat mempromosikan makanan halal di kalangan 3.8 juta umat Islamnya.

16. Mengenai fokus kepada Perkasa tetapi lupa kepada Dong Zong dan Hindraf, ia adalah petanda kepada sikap apologetik sesetengah pemimpin Melayu yang penakut dan cetek pemikiran. Mereka termakan hujah bahawa sesiapa saja yang mempertahankan hak Melayu adalah “racist” manakala kaum-kaum lain yang mempertahankan hak mereka, itu dianggap hak asasi mereka;

17. Kesimpulannya bila Melayu pertahan atau tuntut hak, dia adalah rasis, tetapi seorang Cina atau India yang pertahan atau tuntut hak bagi kaumnya, tindakannya itu bukan rasis tetapi sah (legitimate).

18. Ceteknya daya artikulasi mereka sehingga ada anak pembesar dan nasionalis Melayu yang dilaporkan memberitahu khalayak Cina yang dia juga pendatang di Tanah Melayu seperti Tan Cheng Lock.

19. Jelaslah orang “Melayu” seperti ini sama ada buta sejarah (atau buta minda) sehingga tidak tahu (atau menafikan) wujudnya Dunia Melayu, Nusantara dan Kepulauan Melayu (the Malay Archipelago).

20. Apa pun, saya mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-53 pada 31 Ogos dan berharap kita menjadi rakyat Malaysia yang lebih beriman, berilmu dan berbudi.

89 comments:

pakbelalang said...

Saya dah tak faham dengan perjuangan PAS sekarang ini. Apa strategi mereka? Pada pandangan saya,nampak gayanya PAS dah banyak tidak konsisten dengan perjuangan asal mereka. PAS kebelakangan ini telah banyak membuat perubahan dasar perjuangan mereka sehinggakan banyak "kenyataan demi kenyataan yang pelik-pelik" dikeluarkan oleh tokoh-tokoh besar mereka yang saya anggap telah jauh bercanggah dengan perjuangan asal tokoh-tokoh besar mereka pada ketika dahulu.

Saya berasa sangsi apakah implikasi yang akan menjelma nanti hasil dari perubahan angin perjuangan PAS masa kini. Adakah ianya menguntungkan umat Islam atau akan membawa padah akhirnya. Walallhualam!!

pemerhati said...

Salam Dato

Terima kasih atas fakta dato ini.

Ramai orang sekarang bercakap ikut logik dan berlumba menonjolkan diri kunun mereka lebih updated dari orang lain cuma sebab mereka ada facebook, tweeter dan blackberry.

Tak ramai yang sanggup membuat ulangkaji untuk berdebat berdasarkan fakta dan sejarah.

Jika ada fakta pun ia akan diputar belitkan karena ada pihak tahu bahawa manusia sekarang terlalu malas untuk membuat rujukan.

abd rahim said...

Dato'
Selepas disuloh pun tak dapat nak teka juga siapa yang Dato maksudkan anak pembesar melayu itu yang sekarang ini mengaku dirinya juga anak seorang pendatang dihadapan majlis dengan orang Cina. Dedah dan telanjangkan dia sampai nampak hujong pangkalnya. Sedih dan derita dibuatnya apabila ada nak Melayu sedemikian yang lupa kepada sejarah dan betapa banyak darah Melayu yang mengalir mempertahankan kadaulatan Negara ini sehingga berada pada tahap ini.
2. Semoga dengan cara berterus terang, ramai lagi Melayu yang lupa kepada nasib bangsanya akan kembali sedar dan balik kepangkal jalan untuk memperbetulkan hala tuju mereka.

Yang Iklas,
Rahim

Anonymous said...

Salam Dato dan semua,
Siapa kah BAPAK segala PENGKIANATAN Agama , Bangsa dan Negara? Siapakah Bapak segala Vernakular School?
Siapakah yang meraung-raungkan Ketuanan Malayu tetapi hanya sekadar retorik bagi menjadi balaci2/talibarut2 tokey2 cina kiasu/kurang ajar/biadap?
Bukan kah itu semua dilakukan oleh Pemimipim2 UMNOgok dan BeeAnt yang bodoh , banggang dan bahalul atau munafik?

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-bn-sahabat-sejati-pendidikan-sekolah-cina/
http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/page/2/
http://kennvoices.blogspot.com/2010/05/bapak-vernakular.html
http://zabrimokhtar.blogspot.com/2010/06/kebodohan-kebenggungan-dan-kebangangan.html
KEBODOHAN , KEBANGGANGAN , KEBINGGUNGAN PEMIMPIM2 UMNOGOK SEMAKIN BERTAMBAH BIUL dan S**L.

Apabila melayu sahaja yg dihukum sedangkan cina di lepaskan.
Contoh :-
1)Apabila ada pelajar MELAYU yg miskin di Perlis tidak pergi/menyertai ke kem PLKN ditangkap dan dihukum kerna membantu orang tua tetapi cina s**l/kiasu /teo naseng /nia mahai Ci B*i namewe dilepaskan sahaja.
2)Apabila sekolah jenis kebangsaan Cina diberi peruntukan beratus-ratus juta tetapi sekolah agama dihentikan bantuan malah diarahkan tutup?
3)Dan banyak lagi lah Dato.

Paling ketara kita sebagai orang-orang melayu/islam kita mempunyai dua undang2/mahkamah di Malaysia ini. Iaitu Mahkamah sivil dan Mahkamah Syariah . Maksud saya sekiranya orang islam di Malaysia ini telah dihukum dengan kesalahan undang-undang civil beliau masih boleh dibicarakan dibawah mahkamah syariah pula.
Seharusnya Pemimpim2 UMNO bonggok mencadangkan juga ditubuhkan satu undang2/mahkamah khas untuk orang2 cina yg kiasu/kurang ajar/biadap di hukum mengikut seperti di Negara China iaitu pemerintahan secara komunis.

Anonymous said...

Lihat saja di China .. undang2 tersebut dapat menjadikan orang2 cina di China adalah lebih baik /beradab dari orang2 cina yg di Malaysia terutama cina kiasu/kurang ajar/samseng.
Di China hukuman bunuh atau tembakan mati banyak diamalkan/dihukum bg kesalahan2 walaupun bg kita adalah kecil seperti perminta sedekah tegar.
Sila Dato layari dan tanya lebai Google banyak hukuman bunuh dijalankan di China. seperti di
http://kerenahdunia.blogspot.com/2008/06/gambar-hukuman-mati-di-china-dahsyat.html
“Hukuman bunuh ini adalah satu pendidikan yang amat berkesan.” kata pemimpin agung China, Deng Xiaoping.Di Malaysia banyak Cina2 kiasu/kurang ajar/biadap menjalankan aktiviti2 jenayah antaranya mengedar dadah, pelacuran, mencuri, perdagangan manusia, mengedarkan bahan lucah, sendiket wang haram, pinjaman ah long, rasuah, penyeludupan barang-barang,kianat kepada negara dll. Kalau di China segala kesalahan itu boleh dihukum bunuh.
Oleh kerna mahkamah syariah diwujudkan untuk orang2 islam . Maka undang2 mahkamah sivil hendaklah juga digubal/ditambah/ dikuat/dipinda agar menjadi keras seperti di Negara China bg dikenakan kepada warganegara yg bukan islam? Lihat saja di Singapura hukuman keras juga dijalankan hingga memakan gula-gula getah adalah menjadi kesalahan di sana.
Hukuman keras yg dijalankan di China ini dengan kata lain / Secara tak langsung menunjukan China mengamalkan/menyokong/mengiktiraf hukum hudud…
Sejarah membuktikan bahawa bangsa Cina/China adalah satu bangsa yg telah bertamadun 3000 tahun dahulu dan merupakan satu bangsa yang lasak/ganas/kejam terutama di Nigara Mereka sendiri.Mereka2 ini kebanyakan umpama pokok penumpang iaitu parasit. Bagaimana kita ingin membunuh/membuat/menghapuskan tumbuhan parasit2 yg tumbuh di pokok2 kita? Bukankah dengan melakukan satu tindakan keras keatas tumbuhan parasit dengan menarah tumbuhan tersebut?

Pemimpim2 UMNO yang kita ada hari ini daripada preisden hinggalah ke ketua pemuda diikuti oleh ahli2 umno yg totok ..hampir semua sudah tidak mempunyai TELOQ. Teloq2 mereka telah dibuang atau dibahagi pada buaya tembaga makan atau telah di pegang/picit oleh tokey2 cina yang mengawal/menyuap mereka.Betul tak Dato? Sedangkan kuasa ada ditanggan mereka . Mereka boleh menguba/meminda dll atas dasar majoriti kerusi UMNO yg mereka ada dan juga atas kuasa sebagai menteri?

Ikhlas,

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Drebar Lori said...

Syabas Dato'. Kupasan yang sangat bagus.
Saya sangat setuju dengan Dato bahawa setengah-setengah Melayu yang buta minda tentang kisah sejarah Nusantara dan kepulauan Melayu.
Jarang sekali kita mendengar samada pemimpan PAS atau UMNO yang bercakap mengenai kejayaan Melayu-Islam yang lampau. Jarang sekali kita mendengar nama Tun Perak yang berjaya memerintah Melaka selama 45 tahun dan berjaya menubuhkan institusi penyebaran Islam dilaungkan oleh pemimpin- pemimpin politik Melayu sebagai contoh pemimpin Islam yang ulung. Jauh sekali untuk mendengar pemimpin- pemimpin PAS atau UMNO menceritakan kemegahan Bahasa Melayu yang telah digunakan sebagai linghua franca dalam perdagangan ketika Tamaddun Melayu di puncak kegemilangan.
Apa pendapat Dato'?

abdullahngah said...

Mengapa PAS dan UMNO tidak boleh bekerjasama. Apatah lagi Untuk bergabung. jauh sekali, kerana PAS ada dasarnya dan UMNO ada dasarnya. masing masing mempertahankan dasar yang diperjuangkan.

Yang saya nampak, dari segi hukum hakamnya haram bekerjasama dengan kumpulan orang munafik.

ab said...

Salam Dato'



Selamat melalui hari-hari terakhir ramadhan dan melalui haribulan negara menerima kemedekaan...



DUA DUA NI MACAM BUKAN MILIK MELAYU DIMALAYSIA LAGI DAH NI.......



KEJAHILAN ORANG MELAYU (? ISLAM) makin menyerlah di10 hari terakhir ramadhan ini....


1. Makin jelas tidak ramai orang melayu (?islam) kesurau dan masjid.....pi la tenguk kat pasar ramadhan/shopping complex dan bandingkan dengan bilangan kat surau dan masjid!....


2. MAKIN JELAS MELAYU berhempas pulas menjaga JASAD.. makan,minum, pakai,rumah,kereta dll....
MESTI baguih baguih dan ada `class'
punya...ROHAHI/ROH makin kuruih kering,entah dah melengkung tiga nak kiok dah....BIAQ PI laa rohani/roh ni macam tu,pi ligan habis habisan jaga jasad sehabis habisnya!...utang pu takpa..



3.MAKIN JELAS melayu juai ugama untuk duit....LAA NI JUAI KESUCIAN TEMPAT bersembahyang jemaah pulak untuk seribu dua ribu ringgit..

KALAU ANJING ATAWA BABI MASUK SURAU ATAU MASJID mesti melayu LOMPAT SATU MALAYSIA!!!..tapi kalau jasad ada babi dan beer dan pegang peluk anjing...dibiaq `bagi takzirah' kat tempat bersembah-yang berjemaah.......OK LAAA, SENYUM SIMPOI HABIS YANG BERSONG-KOK, BERKETAYAP, BERJUBAH!.... AHALAI .....!!!! astaqzafirulllah...



4, ADIK PM DAH KATA DIA KETURUNAN PENDATANG, pasti PENDATANG HARAM DULU!... PM TAK MENIDAKAN isu itu, sahih laa depa keturunan pendatang haram!!..........


PEMIMPIN sudah tidak ada harga diri......


MENYERLAH SUNGGUH ramai pemimpin Melayu (??ISLAM) sanggup juai harga diri,pi sana sini jaja kisah ketuanan malayu sampai kering rengkung dan terpelanting ayaq lioq merata...TAPI DIKALANGAN PENDENGAQ dan PENUNTUN...depa ni tak lebih watak arwah ahmad nesfu remake...elok sikit dari tenguk wayang mr bean....



5. SEMAKIN JELAS terlalu sedikit lelaki (?jantan) diKALANGAN melayu.... orang bolih punggai taik,ugut,pijak bendera,bakaq bendera,redah pantai bakau berlumpoh, juai barang halal atau harom kat pasar malam,tepi jalan,bawak teksi dlll...orang kita buat do no dan buat bodo....akhiaqnya bodoh betui dah ni. kalau daqgrai menyanyi dan bejoget kita suka,tapi yang laa ni daqgrai bersepah ramai sungguh dah kat kawasan perang besaq dulu ingat dak?...


Kerajaan othoman tahan 600-700 taun,kerajaan kita ni tak sampai 60 taun ???? MAKIN diteliti makin hampiaq penutupnya....kqeja sapa ni?....



Abu Bakar Ab Rahman

dan kajang said...

Assalamuaikum Dato',

1. Kalau diteliti betul2 semua kaum di Malaysia sekarang masing2nya memperjuangkan,kononnya hak masing2. Tapi apa yang nyata hanya apabila orang Melayu cuba mempertahankan hak mereka, dikatakan racist.

2. Saya teringat akan bunga2 dan retetan isu yang mana akhirnya tercetus peristiwa hitam 13 Mei 1969. Apa yang sedang berlaku sekarang adalah mirip ke arah itu. Dan jika tidak dibendung dengan tegas lebih awal maka tidak mustahil peristiwa serupa akan berulang. Masalahnya sekarang ialah ramai kalangan pemimpin muda sekarang tidak peka akan peristiwa hitam itu sebab mereka belu lahir atau masing kanak2.

3. Sekarang ini nampakmya hanya orang Melayu sahaja yang agak bertolak ansur dalam berbagai segi. Tengok sahaja peristiwa melontar cat dan minuman arah disebuah Surau di Seremban. Lihat betapa mulia dan lembutnya hati orang Melayu yang sanggup memaafkan kaum keluarga dan anak muda Cina yang buta sejarah itu. Saya tidak fikir keadaan (memaaf) yang sama akan berlaku jika pencetus insiden sedemikian adalah orang Melayu. Lihak sahaja peristiwa "kepala lembu" dan pembakaran gereja. Budak2 Melayu yang terlibat cepat dijatuhkan hukman tanpa dibela oleh mana2 kumpulan Melayu' atau NGO Melayu. Orang Melayu "by nature" tidak boleh terima cara yang biadab ini.

4. Saya juga bersetuju dengan pendapat seorang Penulis Kolum di Utusan, Tan Melaka. Katanya kita bernasib baik kerana orang Melayu tidak pandai membaca akhbar bahasa Mandarin. Menurut beliau, akhbar itu penuh dengan hasutan dan provokasi terhadap orang Melayu. Ia berbeza dengan akhbar arus perdana dalam bahasa Melayu yang kebanyakan menjurus kepada seruan perpaduan kaum.

5. Kita khuatir kesabaran orang Melayu ini sebenarnya ada batasnya. Jadi sebelum terlambat, kita harap KDN, khususnya Menteri Hisham handaklah lebih berani dan tegas bertindak. Jangan hanya pandai kata "Tidak boleh berkompromi" sahaja tapi tiada apa2 tindakan yang berkesan yang diambil. Jangan sampai nasi dah jadi bubur barulah kalut nak bertindak dan menuding jari mencari kesalahan orang.

Roti Planta said...

Dato',

Tidak semua orang Melayu yang belajar tinggi-tinggi tu cerdik. Malah ramai yang masih bodoh dan jahil dengan asal-usul bangsa, agama, adat dan adab. Mereka berfikiran nak jadi moden dan mencapai kemajuan mesti jadi macam 'mat salleh'.

Jika nak buat bangsa lain sokong maka mengaku sahaja Melayu bodoh dan malas, maka semua hadirin akan bertepuk tangan dan puji anda.

Melayu kena ingat bahawa bangsa lain tidak pernah melepaskan apa yang mereka kendung, tetapi Melayu melepaskan satu persatu yang dikendung.

Bye/ Roti Planta

alunbm said...

Dato betuikah negara Malaysia sebelum ini dipanggil Malaya dan sebelum itu dipanggil negara TANAH MELAYU.

Kalau dulu negara ini dipanggil TANAH MELAYU pasai apa dua beradik tu mengaku PENDATANG.

Pasai nak you help me
I help you agak nya.

Siberangan said...

Dato', depa yang kata resis apabila menuntut hak kaum. DAP kata macam tu. KJ kata pada Ibrahim Ali pun resis. Ada pihak kata pada Tun Dr Mahathir pun resis, masa beliau bercakap di Kuala Terengganu.

Saya pun pelik Dato', sedaaap saja depa sebut resis (perkauman). Kerja kita sejak merdeka, kita nak selesaikan masaalah kaum lah. Pasal tu kita letak siap-siap dah dalam Perlembagaan HAK itu mesti ada.

Yang kita tuntut, yang depa tuntut itu HAK, bukan perkauman.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Kalu tuntut hak pun racist,so be it.

Baguih jugak kita diperingatkan selalu bab ni.

Tok sah la nak 1 Malaysia sangat.Melayu tak untung pun.

Kalu tuntut hak pun racist,so be it.

Kalu kita pakat pakat jadi racist,tutup habis kedai cina!

We are all racists in one way or another.Period

tk

abdullahngah said...

Terlalu banyak perkara yang tidak adil dilakukan oleh kerajaan yang memerintah.

Orang Melayu yang bercakap keras terlalu orang China dianggap satu kesalahan besar.

Orang Melayu yang dikatakan membakar gereja dihukum penjara, manakala orang china yang bakar surau ditangkap tetapi kebanyakannya dilepaskan.

Orang Melayu menerima maaf atas kesilapan itu, pada hal yang melakukan salah mesti dihukum. Tapi malangnya mereka dilepas bebas miskipun melakukan kesalahan yang bukan kecil.

Inilah punca orang Melayu jadi mundur,mungkin akan hilang segalanya sepertimana yang pernah berlaku di Singapura.

Nampak sangat kehebatan pemimpin Melayu sudah tiada, membuat orang china boleh buat apa sahaja, malah sudah sampai tahap di pijak kepala, termasuk dipijak kepala para pemimpin yang kononnya membela bangsa, agama dan negara.

Tun Mahahtir ada vecent Tan,Tun Abdullah ada Petrik Lim, Datuk Seri Najib entah apa apa pula.

Rasis tak rasis itulah kesilapan besar para pemimpin yang barang kali tiada "maaf bagimu".

mo said...

Asalam datuk, Saya nak tanya datuk, sampai bila kita nak selesaim kan isu bangsa kaum ini? Tidak ada jalan yg lebih baik untuk semua manusia di malaysia ini? maksud nya semua rakyat di negara yg kita cint ini ? Dah lebih 50 tahun kita merdeka, tak boleh kah kita belajar, bagai mana kita hidup bersama tampa cerita kaum ini? Belbagai dasar telah di lancarkan oleh kerajaan umno bn, hingga ke hari ini tak kesampaian, melayu terus mudur,semantara kaum cina maju dari segi ekonomi ? Selagi kita asek nak timbulkan isu kaum dan ugama, akhir tercetus pergadahan, tak siapa untung, semua rugi. Kita melayu dah pimpin dah berapa lama, saya nampak tak ada yg hilang, boleh datuk terangkan? Yang hilang keyakinan org melayu terhadap umno bn itu betul. Mungkin datuk sendiri lebih tahu jawapanya? Pas Pkr dan dap,faktor datuk memanglah di pakai guna, namun hakikat mereka jua ada pendekat yg baik dan mempunyai harapan yg lebih jelas. umno bn tak habis dgn isu yg remeh2. Apa yg harus kita lontarkan pendapat dan buah fikiran datuk , datuk harus lebih kehadapan, apa akan jadi dan bagai mana kita malaysia harus di tadbir dan di urus lebih baik dari sekarang ? Melayu cini,india, dayak dan kaum lain bagai mana. Pas Pkr dan dap atau pakatan rakyat telah membokti mereka bolah, mungkin lebih baik dari bn umno kini. Lebih terbuka, konsistant dalam tindakan. Saya pun faham juga datuk, datuk iniorg lama, perjuangan datuk ini berlanda perkauman, kalau tak, tak kan slokong umno dan tun m. tq

casper c said...

Alamak Pak Kadir, you seems to regale and encourage very sinister and subversive characters in your blogspace, the very same 'elements' that PM had just warned against.

Words don't do me harm but I worry nonetheless because when matters which relate to Islam solicits a vile response from posters here go unquestioned, any person of right mind should be duly worried as many have strayed far from what the good book prescribes.

Wither Islam in Malaysia ! No matter, my regards as always and 'Selamat Berbuka' to all my Muslim brethren.

orang lama said...

salam Dato

komen saya sebaik membuat ulasan jangan lah ibarat marah nyamuk, kelambu di bakar.

lebih baik bersikap buang yang keruh, ambil yang jernih.

Kalau sesama melayu sentiasa bercakaran, dalam diam orang lain mengambil kuasa.

Nanti anak cucu awak nak tinggal dimana sedangkan sekarang pun sudah terkial kial hendak mencari nafkah dan hidup di bandar.

berfikir lah sebelum mengulas,biar cara yang rasional agar membawa kebaikan kepada bangsa kita.

Jangan bersikap menyokong membawa rebah,nanti jadi seperti pak kaduk,
menang sorak, kampung tergadai, pakaian kertas pulak koyak rabak

pakbelalang said...

Sdra Roti Planta,

Sdra kata "Melayu kena ingat bahawa bangsa lain tidak pernah melepaskan apa yang mereka kendung, tetapi Melayu melepaskan satu persatu yang dikendung."

komen:

Saya setuju dengan pandangan sdra. Memang tepat sekali.

Soalannya sekarang ialah mengapa perkara ini berlaku kepada bangsa Melayu? Apa puncanya? Adakah pemimpin Melayu yang dipilih oleh orang Melayu sendiri bulat-bulat patut dipersalahkan atau sebenarnya keseluruhan masyarakat Melayu termasuk peminpinnya patut dipersalahkan?

Pada pendapat saya masyarakat Melayu patut menuding jari kerah muka sendiri dan mangambil iktibar dari kelemahan yang ada pada masyarakat Melayu dan bersama-sama memperbaiki dan mencari jalan dimana punca kelemahan yang ada pada masyarakat Melayu.

Mungkin kelemahan-kelemahan yang ada pada masyarakat Melayu selama ini telah dikenal pasti dari awal lagi tapi mengapa masyarakat Melayu masih tidak terdaya untuk memperbetulkan keadaan ini?

Why? Why? Why? Inilah soalan emas yang belum lagi dapat dijawab dengan tepat oleh masyarakat Melayu hingga kini.

Ramai pakar socio-ekonomi dan politik telah membuat penyelidikan tentang
"perangai" masyarakat Melayu dan membuat berbagai andaian dan cadangan tapi akhirnya "pi mai pi mai tang tu " juga. Tak kemana! Di mana silapnya.

Jawapan saya simple sahaja. Jati diri masyarakat orang Melayu "haprak dan HP6". Maaflah kalau ada yang tersinggong apa yang saya katakan ini.

Selagi kita tidak mahu berubah kepada yang lebeh baik lagi dan bersatu padu maka tiada maaf lagi bagi masyarakat Melayu. Terimalah apa yang berlalu dengan jiwa yang kosong dan lemah longlai. Tiada siapa yang boleh memertabatkan bangsa Melayu kecuali kita sendiri.

Inilah pandangan ikhlas dari saya.

Selamat menyambut Aidil Fitri.

Anonymous said...

pasal apa melayu tak bersatu
---------------------------------

kita ada dengar kalau bertepuk biarlah ada 2 tangan. Kalau bertepuk sebelan tak berbunyilah jawabnya.


dari pandang saya pihak kerajaan bn selalu
membuat pei orang mnganiayaan mungkin dengan tidak
sengaja kepada kaum melayu dari pihak parti
lawan [tapi menerajui gomen di negeri]


contoh 1
---------------

sebelum dijatuhkan, gomen perak diterajui olih
parti pas[ parti orang melayu]

tapi gomen bn jatuhkan juga gomen negeri.

banyak ketidakpoasan hati telah diluahkan olih
penulis blog. Adakah ianya bolih ditenggelamkan olih suara blog umno spinners dengan mudah aje?

contoh 2
-----------------

bila pegang teraju gomen terengganu dulu, dr
mahathir telah pegang duit minyak yang diperlukan olih gomen ganu untuk melaksanakan
projek pembangunan negeri.

yang mejadikan kes ini tragik ialah bila gomen
ameno seterunya yang
telah salagunakan wang untuk-


-mongsoong cup yang memberi rm 800 million
kepada satu keparat cina

- bikin masjid kristal yang jamaahnya tak sampai satu baris.


-bikin stadium raksaksa -yang akhirnya melibatkan bumbungnya runtuh


di dalam perbelanjaan wang berbillion , hasilnya - terengganu mempunyai penduduk kedua
termiskin

konklusi
---------

ini baru 2 contoh saje.

ada seratus sebab mengapa pas tak perlu
pandang dasar melayu bersatu yang di uar uarkan

pasal agama saje tak cukup reason untuk
bersatu padu dengan ameno. Tapi mungkin tuan
guru nik aziz bolih huraikan dengan lebih jelas
jika ada yang jujur nak tahu.


di dalam al quran , Allah berulang kali mengingatkan yang Ia benci kepada manusia
yang takmahu gunakan akal. Olih
itu rasionalkanlah pandangan kita ke arah kepercayaan supaya melayu dapat bersatu akhirnya.

tuan punya blog dan pembaca yang saya hormati sekalian, di ambang raya ini saya ucapkan ribuan maaf zahir batin atas
kesilapan , kekasaran yang telah saya ucapkan atau tuan /puan rasa saya utarakan
dan harap Allah beri keberkatan kepada kita
semua


notoktok

affendi hussain said...

Salam Dato',

Org Melayu yang bertutur tentang "NEP Bastardization" harus juga berfikir siapakah produk2 "bastard" a.k.a anak liar nikah hasil persundalan NEP itu..

Yang pasti majoriti anak2 halal luar sana tak dapat habuan seperti para "bastard" berkenaan..songsang bunyi lojiknya yg haram lebih diberi keutamaan habuan, yg halal disisihkan...lepas tu menjengkelkan bila tak malu berlisan lupa daratan..

Spesis melayu tongong liberal ni lah sebenarnya musuh no.1 org melayu beragama Islam..chauvanist kaum lain no.2..

Salam merdeka

("/)

Hanezam said...

Salam Datuk,

Kenapa Melayu pilih PAS ?

Jika saya bermain sekalipun, saya ingin tahu saya boleh menang atau tidak.

Apa yang ada di dalam minda orang PAS adalah, kita mesti menubuhkan sebuah Negara Islam dengan sedaya- upaya kita. Ini adalah jihad kita. Jika kita tidak mampu merealisasikannya, cukuplah bahawa kita bersatu dengan orang-orang yang mempunyai niat yang sama iaitu menubuhkan sebuah Negara Islam. Menubuhkan Negara Islam bererti kita berupaya menegakkan hukum-hukum Allah dalam semua aspek kehidupan. Kalaupun kita tidak menang, nanti Allah akan mengambilkira niat kita dan menghitung kita bersama-sama dengan orang yang hendakkan Islam. Insya Allah terlepaslah kita daripada azab yang Allah sediakan bagi orang-orang yang terang-terangan menolak hukum-hukum Allah. Demikian ideal orang-orang PAS itu, menurut firasat saya.

Masalahnya bagi orang-orang PAS sejak tertubuhnya Negara kita, Negara kita adalah sebuah Negara demokrasi sekular. Melainkan bahawa coup d’etat dilancarkan dan mereka tukar perlembagaan negara menjelang besoknya, Malaysia tidak mungkin akan menukar perlembagaannya kepada perlembagaaan di mana Al-Quran menjadi perlembagaannya tanpa persetujuan 2/3 majoriti parlimen.

Dan jikapun pada satu hari nanti majoriti 2/3 itu dicapai di dalam parlimen dan Artikel 4 perlembagaan diubah untuk melahirkan sebuah Negara berperlembagaankan al-Quran, adakah telah tercapai sebuah Daulah Islam seperti yang diperjuangkan oleh Rasulullah ? Persoalan yang lebih teras lagi, adakah sebuah Daulah Islam menepati konsep “nation state” yang dianjurkan oleh Barat ? Kalau kita perlukan sebuah “nation state” yang berperlembagaankan Al-Quran, kita sudah ada contoh, iaitu Pakistan. Tapi sejauh mana kita memandang Pakistan sebagai sebuah Negara Islam ? Sejauh mana Pakistan boleh pergi dan telah pergi sebagai sebuah Negara Islam berlandaskan konsep “nation state” itu ?

Mungkin “nation state” itu adalah apa yang dikata Rais Yatim sebagai “negara bangsa” saya kurang pasti.

Kalau kita main untuk menang, kita kena kaji semua peraturan-peraturan permainan, tidakkah begitu ?

Anonymous said...

Salam Ramadhan Datuk.

Saya masih meratapi sifat pemimpin-pemimpin Melayu ni datuk. Semasa kuat kuasa dan kepimpinan di tangan tidaklah mereka memikirkan nasib bangsa untuk jangka masa panjang. Mula-mula tu jika dirujuk pada sejarah ok, tapi 20-25 tahun selepas merdeka....berbagai perkara yang merugikan Melayu tanpa sedar atau tidak telah dilaksanakan.Pendirian dan dasar parti politik Melayu menjadi punca perpecahan. Mungkin jika dari awal...Islam dan Bangsa (Melayu) kita kuat pertahankan...hingga kini kita masih bersatu hati.Tapi ia lumrah, kita mungkin taksub dengan ayat biasa kita dengar....'kita hanyalah insan yang lemah...tak lari dari melakukan bla..bla..bla'. Tewas dengan wang ringgit...harta...kemewahan.Ramai juga Melayu di luar sana yang sukar ditewaskan dengan semua ini tapi tak kurang ramai juga yang lalai kerana ini.Kini setelah merdeka 53 tahun, barulah terserlah kelemahan dan kesilapan lalu.Tidak pastilah diri ini ia akan dapat diperbetulkan atau Melayu akan terus hanyut di negara yang bernama Malaysia ini.

Azmi S. Alam

mtgbertam said...

Dato,

Nak faham Islam tak boleh sekadar melalui pembacaan buku-buku, kemudian buat tafsiran mengenai Islam begitu begini, fahaman ortodok la, itu ini.

Quran yang menjadi rujukan kita umpama permata yang masih dalam perut bumi. Perlu ada pelombong2 yang melombong mengeluarkan permata itu. Itu pun masih dalam bentuk bahan mentah dan belum boleh pengguna seperti kita gunakan.

Proses seterusnya, para2 pengukir permata akan mengukit mengikut rekabentuk yang direka oleh pakar2. Semua ini memerlukan ahlinya yang mahir.

Proses akhir, baru dihantar ke Habib Jewels untuk kita beli. Kita hanya perlu pilih tanpa bersusah payah buat proses dari melombong. Kalau nak pakai sebentuk cincin emas, kena pi melombong sendiri alamat takdan pakai la mungkin mati dulu.

Sama juga mcm Al-Quran. Para2 ulama' mengaji bertahun2 mempelajari segala mcm ilmu. Setelah alim, mereka menulis kitab2 mengikut jurusan yg mereka mahir seperti fiqh, tauhid atau tasauf. Kita yg awam ni, yang belajar sekolah inggeris dari kecik elok la ambil ilmu dari kitab2 yang telah dikarang mereka.

Ulama' ini Allah letakkan taraf mereka tinggi di sisiNYA. Sebab itu bukan boleh kita tak ketahuan dok menyerang pemahaman para ulama' kalau hanya bermodalkan pembacaan secebis dari khazanah ilmu yg ada.

Nak tau betul atau tidak, tunggu di yaumul mahsyar. Masa tu, nak gostan pun takdak guna.

Wallahu a'lam.

Ex-teacher said...

"9. MCA dan DAP tidak akan bergabung kerana komponen MCA akan pupus jika bergabung dengan DAP. Lagipun kewujudan dua parti Cina -- sebuah di pihak BN dan sebuah di pihak PR -- jelas menguntungkan masyarakat Cina. Permainan wayang antara MCA dan DAP memaksa Kerajaan BN dan kerajaan-kerajaan negeri PR melestarikan (mempertahankan) hak kaum Cina."

Hal ini diperakui oleh ahli-ahli akademik berbangsa Cina yang menggunakan konsep "Sebelah kaki di dalam dan sebelah kaki di luar".

Strategi tersbut akan diteruskan walaupun sekiranya selepas PR memerintah (semoga dijauhkan Allah). MCA dan Gerakan akan terus menjadi pressure group untuk memastikan DAP tidak begitu mengikut PAS dan khususnya Melayu PKR. Akhirnya kepentingan Cina akan terus terjamin.

pakbelalang said...

Sdra Nototok,

Melayu Oh Melayu. Kesian kepada Melayu UMNO. Kesian kepada Melayu Pas dan kesian kepada Melayu PKR.

Pada pandngan saya semua dah tak betul. Itulah yang dikatakan oleh Sdra langit biru apa yang dikendong oleh orang Melayu terlepas satu persatu. Mengapa?

Pasal semua kata dia betul. Walhal semua haprak dan HP6 !!

Sebenarnya ketiga-tiganya tak ada yang betul !!!! Siapa yang jadi mangsa?

Cermin-cerminlah diri kita dan tanya siapa kita? Melayu Oh Melayu!!! Kesian. Cobaan! Cobaan! Cobaan! Sampai kiamat!!!

bulat said...

Pak Belalang,

Contoh jati diri yang lemah apabila kelompok melayu cepat benar memaafkan budak cina 3 ekor yang mencurah arak dan cat merah ke muka mereka.

Ini bukan pemaaf namanya. Ini namanya sundal, dayus, bodoh, lembik.

Kalau nak maafpun tak perlu adakan majlis macam nak menyambut menantu.

Bodoh 80x!.

orang kampung said...

Dia mungkin berpendidikan tinggi, dia mungkin berjawatan tinggi dalam GLC dan dia mungkin anak bekas pembesar negara tetapi ternyata pemikirannya masih terlalu mentah dalam persoalan yang berkisar kepada hubungan kaum.

Kerana dia berdepan dengan audiens Cina, sama ada dia sedar atau tidak, dia sanggup menuruntarafkan keturunannya sekadar untuk mendapatkan ovation drpd audiens tersebut.

Kita tidak tahu gaya bagaimana pula dia akan menuruntarafkan keturunannya bila berdepan dengan audiens India.

MalaysianKita said...

"Bolanya skrg terserah kpd PAS..di bulan Ramadhan ini Allah s.w.t dah buka hijab tembelang mereka.."

Saya bukan gaharu cendana pula. Saya kurang jelas, hijab tembelang apa yang dizahirkan Allah swt terhadap PAS di bulan Ramadhan ini?

Penulis yang mendakwa sedemikian tidak memberi keterangan terperinci.

Apapun, saya berpendapat, Bola permainan politik masih di kaki UMNO, bukan PAS.

Sebagaimana hujah saya lepas, PAS tak perlu bergabung dengan UMNO, UMNO tak perlu bergabung dengan PAS, yang perlu adalah kedua-duanya meletakkan DASAR ISLAM SEBAGAI LANDASAN PERJUANGAN.

PAS sudah merintis jalan tersebut sebelum merdeka, "bukan new player", tetapi UMNO hanya kerana berkiblat ke London, masih mengekalkan SISTEM KERAJAAN DAN PEMERINTAHAN ACUAN BRITISH.

Kesemua negeri-negeri ISlam bekas jajahan Eropah, penjajah meninggalkan falsafah politik "MEMISAHKAN AGAMA ISLAM DARI POLITIK" mereka kepada "waris mereka", bertujuan Negara Islam ini kelak tetap melutut kepada mereka, dan negara Islam ini kelak tetap berpecah kepada beberapa kumpulan menjadikan Negara ini sentiasa lemah.

Contohnya dalam tampalan yang lepas saya menyebut, Christiaan Snouck Hurgronje adalah orang yang bertanggungjawab MEMISAHKAN ISLAM DAN POLITIK di Indonesia sewaktu penjajahan Belanda. Beliau antara lain berkata , “Umat Islam Indonesia boleh mengamalkan agama Islam TETAPI tidak sekali-kali akan DIBENARKAN mewujudkan sebagai sebuah parti Doktrin Politik Islam”.

Di Malaysia, UMNO kekal sebagai “Waris British” yang berterusan menolak Hukum-Hukum Allah swt yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Bolanya skrg terserah kpd UMNO.

Saya ingin bertanya kepada UMNO, mengapa UMNO menolak untuk melaksanakan Hukum-Hukum Allah swt yang termakktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah?

MalaysianKita said...

Perkongsian kuasa UMNO-MCA,Gerakan,MIC dll.

BERBANDING

Perkongsian kuasa PAS-DAP,PKR.

Apa bezanya?

Sebagaimana hujah saya yang lepas, Cina MCA, Cina Gerakan, Cina DAP berasal dari satu rumpun Cina yang sama, menetap di Tanah Melayu yang sama, berkembang biak di tempat yang sama, bersekolah dari tadika hingga ke Universiti pun di institusi keCinaan yang sama. Bahasa,budaya,pemakanan, dan tinggal di taman-taman perumahan yang sama. DAN saya yakin, cara berfikir dan cara mereka bertindak juga sama.

Jadi apa beza orang Cina dalam MCA,Gerakan dan DAP?

Sudah tentu DAP sebagai musuh politik BN khususnya UMNO, maka UMNO sejak zaman berzaman berjaya menanam minda melayu menggelar DAP sebagai “chauvinist” manakala Cina MCA-Gerakan sebagai “Malay-friendly Muslim Friendly”?. Kalau begitu, bagaimana pula Dato’ rumuskan MCA-DAP main Wayang?

WAL HAL, realitinya MCA-Gerakan melalui kroni mereka inilah yang paling banyak mengaut keuntungan dan hasil kekayaan Negara dengan bertongkatkan UMNO!! Ingat, aset MCA pun 2billion!!! Itu cuma cebisan sedekah yang tak habis depa nak makan!!!

Sekarang, UMNO bukan main hebat membantai hubungan erat PAS-DAP.
Dulu, masa PAS keseoranganpun, UMNO terus membiarkan PAS bahkan menekan PAS, dengan harapan PAS akan berkubur. TIDAK PERNAH ada sekelumit UMNO untuk menolong PAS,jauh sekali duduk bersanding dengan PAS, jauh panggang dari api.

PAS dicop oleh UMNO sebagai musuh no 1

Sekarang, UMNO terkapai-kapai kelemasan di lautan gelora dengan MCA-Gerakan menghulur galah panjang tapi tak kesampaian, mengharapkan PAS menghulur tangan!

Salahkah Pas (yang baru/mentah dalam isu perkongsian kuasa dengan bukan Melayu dan bukan Islam) memulakannya dengan DAP?

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Kalau dah benci sangat kat bangsa Cina, kenapa PM beri peruntukkan yg besar pada orang Cina masa pilihanraya kecil ...?

Bos,
Bangi.

sahmsuri ismail said...

sebenarnya bila cakap soal perkauman ini saya punya pandanganialah dimana kedapatan pemimpin politik hari ini tidak ikhlas dan jujor.Orang puteh kata hipokerit.Sama ada pemimpin Melayu,Cina,India dsb nya serupa sahaja.Cuba lihat perubahan PAS hari ini bila sudah jadi gila dan tamak hendak dapat undi bukan melayu.Sudah jual prinsip asal perjuangan nya.Begitu juga UMNO suatu masa dulu banyak jual maruah orang Melayu sendiri dari projek terutamanya.PKR sudah pasti kerana dia bersifat rojak segala mak nenak ada dalamnya.Saya rasa biar kumpulan ini nak bercakap apa pun.Melayu cakaplah pasal melayu sepuasnya.Cina pun lompatlah setinggi mana pun.India pula teriaklah sekuat mana pun.Biar kerajaan dan pegawai penguatkuasa jadi tukang dengar dan tukang lihat sahaja. Konsep satu malaysia lagi menambahkan pening kepala kita.Tafsiran terletak dikepala hotam masing-masing.Tidak ada satu tafsiran yang konkrit dan mantap.Amat longgar.Setiap kaum mempunyai anggap yang buyers pada kumpulan mereka.Saya rasa kalau perbincangan soal menetut hak kaum dibuat secara murni dan baik tidaklah mencerminkan isu racist.Melayu pun perlu dibela dan banyak kekurangan .Begitu juga kaum lain.Cumanya orang politik yang menyalakan api dengan menyimbah minyak petrol.Maka panaslah sekelian alam ini.wallah hualam.Selamat berpuasa untuk Dato dan semua pengkomen yg budiman.

Maryam said...

Salam Dato dan pada semua.

Setelah sekian lama kita merdeka, memimpin negara sendiri dengan berbilang bangsa kini timbul masaalah perkauman.

Mengapa ini terjadi? Tiba-tiba muncul?

Hakikatnya dalam kehidupan seharian dengan jiran-jiran berbagai bangsa ia tidak timbul. Siapa sebenarnya yang bermasaalah ini?

Hakikatnya inilah hasilnya dari pemerintahan bangsa Melayu itu sendiri di tanah air kita ini.

Telah berlaku kegagalan.

Mengapa?

OKJ said...

Salam DAKJ

Kenyataan Perkasa ditubuhkan sebab Pemuda UMNO sekarang sangat lemah. Saya bersetuju dan sangat bersetuju. Tapi jangan takut. Yelah, adakala kita di atas, adakala kita dibawah. TAPI, kumbang bukan seekor. Nanti bila yg lama dah patah, insyaallah akan tumbuhlah yg baru. Yang lebih berilmu, berkarisma, berwawasan, berdaya-saing, dan yg lebih ingat pepatah buat baik berpada-pada, jangan sampai dipijak kepala dan juga hukum Newton ketiga. Bangsa Melayu tak pernah ketandusan bijak-pandai, cuma menghormati senior je.

Bagi saya, MCA sudah tidak diperlukan didalam BN. Gunting dalam lipatan. Lagipun, dah habis madu, sepah dibuanglah. Takut lama-lama nanti akan jadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Quran dan Hadith adalah sumber rujukan. Perpecahan dikalangan Islam terjadi sebab pentafsiran yg pelbagai oleh ulama-ulama, separa ulama dan yg berlagak ulama. Sudah tiba masanya “Accreditation and privilege”, “Level of Evidence” dan “grade of recommentadion” diguna pakai. Ini bagi mengelakkan separa ulama dan yg berlagak ulama dari membuat kenyataan-kenyataan songsang terutama kepada yg sama-sama kurang ilmunya. Habis masyarakat Islam jadinya. Tak payahlah bagi contoh bulan-bulan puasa ni. Sekian TQ.

pakbelalang said...

Stern action against those who incite racial uneasiness
By FLORENCE A. SAMY


PUTRAJAYA: Stern, immediate and impartial action will be taken against those who incite uneasiness through their racial remarks or actions, warns Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Before, some questioned why quick action was taken against some while there was slow action against others.

“This creates a wrong perception as if we are taking sides when we are not.

“We want to avoid matters that causes anxiety among races.

comment:

It is timely to take drastic action without fear or favour. Action speaks louder than words.

Tahan mereka mengikut Akta ISA. Mereka patut disumbat masuk dalam tahanan kerana sengaja menghasut dan mengapi-apikan isu-isu perkauman yang menjijikan.

Prevention is better than cure!!

bulat said...

Kalaulah Najib tidak memperkenalkan slogan 1Malaysia dulu, cakap-cakap tentang racisme takkan menjadi terlalu hangat macam sekarang.

Dah dikatakan, slogan memakan diri.
Kaum pendatang mengambil kesempatan akibat satu slogan yang tak membawa apa-apa kebaikan.

Hj Munawir said...

Dato.

Menegakan hak kaum di pamggil Assabiah dalam Islam.Ini di larang sekali oleh ugama Islam.Sebabnya bila kita membela kaum kita sendiri,kita tidak kira sama ada ia buat salah atau benar,Kaum kita di utana kan.

Ini sama apa yang di perjuangkan oleh Ku Klux Khan atau Nation of Islam.

Sebab ini lah UMNO gagal untok menyatukan umat Malaysia,kerana UMNO lebeh mementingkan kepemtingan kaum dari kepentingan sejagat.

Dalam Quran di sebut bahawa Allah jadi kan kira bermacam puak dan kaum supaya kita dapat mengenali dan berinteraksi dengan baik antara kaum yang berbeza.

Sebab itu perjuangan PAS jika di hayati dengan baik ia nya bersikap adil untok semua kaum.

nasir said...

pakbelalang masih lagi keliru nampaknya....
Jika PAS memerintah adakah umat islam untung ?

Selama 20tahun lebih PAS memerintah KELANTAN bolehkan sesiapa di sini terutama sekali PAKBELALANG beritahu dimanakah melayu islam kelantan rugi ? Bukankah ekonomi di Kelantan masih berlegar2 di tangan Melayu Muslim ?

Selama 53 tahun BN memerintah diketuai UMNO mengapakan melayu di KL makin mengecil ? mengapakah melayu di bandar2 besar makin terhimpit ? mengapakah melayu tidak mampu berniaga di KLCC ? mengapakah melayu hanya tinggal KG BARU ? itupun nasib BN sudah hilang majoriti 2/3 di parlimen . Kalau masih ada nescaya akan digubal undang2 membolehkan KG BARU diambil dan dimajukan ...

Ahli UMNO membuta mata apabila TUn Mahathir melucutkan kekebalan raja dan sultan .. tiba2 menjerit menuduh PR hendak melupuskan kuasa Sultan ? sedangkan TGNA lah yang menolak cadangan Tun untuk melucutkan kekebalan Sultan .

Mengapa tak ditanya siapa yang membela cina2 yang jutawan sekarang ? macam mana bukit genting boleh ditadbir oleh Goh Tong ? Macam mana gula boleh dimonopoli oleh KUOK ? macam mana lesen BERNAS hanya 10% dapat kepada bumiputera ? siapa yang bagi semua nie . Adakah PR ?

Mengapa membuta mata ? mengapa memekak telinga ? dan mulut menyeranah PR mengikis hak2 bumiputera .. !

Kalau begini sampai bila2 pun PAKBELALANG takkan faham . Hanya BN dan UMNO sahaja yang dapat pakbelalang faham ....

Anonymous said...

Salam DAKJ, Pembahas,

Sifat suka memandang rendah terhadap lain-lain individu, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara adalah sifat yang diwarisi dan ia adalah bersifat sejagat. Sifat ini ada dalam diri setiap individu dan kalau ada pihak yang mendakwa ketamadunan dan kemodenan telah menghapuskan sifat sedemikian maka ia adalah pengakuan yang tidak disokong oleh fakta yang benar -- dakwaan kosong sifatnya.

Apabila seseorang itu memandang rendah pada rupa/upaya fizikal, pencapaian, penghayatan atau anutan seseorang yang lain maka orang yang berpandangan sebegitu, kalau dia masih jujur dengan dirinya, dan kalau dia mengharapkan pandangan itu akan otomatik membuatkan orang lain memandang tinggi terhadap dirinya maka orang itu hanya menipu dirinya sendiri kerana orang itulah yang akan dipandang rendah kerana sikapnya yang suka memandang rendah pada orang lain!

Malah, kalau tujuannya berbuat begitu semata-mata untuk menghina dan menyakitkan hati orang semata-mata maka impaknya susulannya adalah merugikan diri sendiri jua kerana ia bakal menjejaskan hubungan baik sesama insan, kecualilah kalau sememangnya dia tidak perlukan insan/puak/kaum lain dalam hidupnya. Justeru kalau hubungan sesama insan adalah penting untuk dikekalkan demi keharmonian dan kesejahteraan bermasyarakat maka sifat segitu perlulah diusahakan agar dikurangkan kalau pun tidak boleh dihapuskan kesemuanya.

Permasalahan yang timbul disebabkan oleh kecenderongan manusia menggunakan sifat-sifat negatif untuk kepentingan diri, tidak akan dapat diselesaikan kalau insan yang mewarisinya terus-terusan menafikannya walhal sindrom penafian hanya menyukarkan lagi keadaan. Begitu juga ia tidak akan selesai dengan tindakan menuding jari kepada orng lain tanpa orang yang menuding jari itu melihat ke arah dirinya jua. Oleh itu, untuk mengatasi permasalahan kompleks yang timbul susulan sikap negatif manusia maka setiap manusia itu perulah memperbaiki diri masing-masing; mengelak dari mengeruhkan keadaan dengan menuding jari; dan tinggalkan perbuatan menegakkan benang yang basah.

Dalam konteks rasisma, iaitu sikap yang tidak membantu dalam mengekalkan kelansungan manusia, dunia hanya akan bebas dari belengguannya kalau semua pihak berusaha mengurangkan kerasisan masing-masing. Ironinya, apa yang ada dan melata sekarang ini ialah semua pihak tidak nampak berusaha kearah itu, sebaliknya, pihak yang berkepentingan lebih suka menggunakan pendekatan perang mulut yang bersenjatakan psywar. Yang mereka lakukan ialah menuduh orang lain sebagai rasis secara berulang kali dan apabila label rasis terlekat pada diri orang yang disasarkan makanya ada kemungkinan dirinya tidaklah akan dianggap sebagai rasis. Nah! begitulah mudahnya mereka ini mengatasi masalah yang rumit dengan pendekatan yang simplistik gitu.

ANDIKARYA MAYA

pakbelalang said...

Sdra Nasir,

Saya hormati pandangan dan hujah sdra walaupun pendirian dan pandangan saya tidak sealiran dengan sdra.

Itu adalah hak sdra. Dan saya harap sdra pun dapat menghormati hak saya juga.

Saya ingin lihat sejauh mana PAS akan dapat meraih sokongan dari orang Islam dan seterusnya dapat berpeluang mentadbir negara ini.
Setakat ini yang saya dapat lihat ialah dari jauh cara mana PAS mentadbir negeri Kelantan. Saya bukan orang Kelantan. Jadi saya tidak dapat menilai sejauh mana keberkesanan PAS memerintah negeri Kelantan.

Kalau rakyat Kelantan berpuas hati dengan pemerintahan PAS, syukur alhamdulillah !!! Syabas!!

affendi hussain said...

Salam semua,

"Saya bukan gaharu cendana pula. Saya kurang jelas, hijab tembelang apa yang dizahirkan Allah swt terhadap PAS di bulan Ramadhan ini?"

Sbg seorg yg rapat dgn PAS agak malang sdr Langitbiru terlepas kapal..ya mungkin sebab dlm harakahdaily tiada lansung sentuh perkembangan isu ini melainkan segala bahan yg mengganyang UMNO semata-mata..itulah bahana medium propaganda satu polariti seperti juga "mainstream" yg dikuasai BN.

Biar saya jelaskan balik, selama ini Nik Aziz bersangka terlalu baik dgn DAP konon yg menentang penubuhan negara Islam hanyalah bersifat peribadi seperti Karpal..tetapi lihatlah...all of them suddenly jump in collective bandwagon ramming towards Nik Aziz..Lim Kit Siang, DAP , MCA even the PKR liberals like Zaid..

Dah 2thn perintah baru skrg kita dpt melihat segala hipokrasi dizahirkan terang-terangan di bulan barakah ini..

kayu gaharu dah terbakar, skrg bakar cendana pula..

up yours PAS!

wasallam

("/)

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Saudara Hanezam,

Saudara "bermain" untuk menang didunia?

Perenggan pertama Saudara sudahpun menjawabnya. Bagi orang PAS, perjuangan hari ini bukan untuk dirasai oleh para pejuang hari ini, tapi untuk generasi akan datang. Bagi orang PAS, perjuangan mewujudkan Malaysia Sebuah Negara Islam adalah satu Jihad. Bila terjun ke kancah Jihad, sudahpun mendapat satu dari 2 kemenangan iaitu menang matlamat perjuangan didunia dan yang lebih penting menang di akhirat.

Benar, British merekacipta Perlembagaan Negara berasaskan Perlembagaan British termasuklah Sistem Perundangan Negara. Kes-Kes mahkamah yang sukar diselesaikan akan dirujuk kepada Sistem Perundangan British. Sistem Parlimen juga diceduk sepenuhnya dari British. Dan seperti perbincangan kita yang lepas, Sistem Demokrasi adalah satu dari Lingkaran Sekular, akan tetapi terdapat beberapa elemen yang dilihat adil dan selaras dengan Islam. Hendak tak nak, Jemaah Islam terpaksa terjun ke kancah demokrasi bagi merebut Kepimpinan Negara yang bermatlamatkan pengwujudan Negara Islam berperlembagaan Quran dan As-Sunnah sebagai kuasa Tertinggi.
Maka, usaha mendapatkan 2/3 kerusi Parlimen atau 148 dari 222 kerusi, secara pandangan demografi semasa dan perkiraan ilmu hisabnya mustahil untuk dicapai. ITULAH JIHAD. Tiada jalan mudah untuk Islam. Dakwah perlu dipertingkatkan,tenaga keringat wang ringgit amat diperlukan dalam perjuangan.

Bola permainan di kaki UMNO. Jika ditakdirkan Allah swt, orang-orang UMNO berubah landasan dari Landasan Kebangsaan/Kaum kepada Landasan Islam, InsyaAllah 148 kerusi tercapai. Dan sebenarnya, PENENTANGAN PAS TERHADAP UMNO adalah satu dakwah berterusan kepada UMNO. Jika Allah kehendaki, disebutNya "kun fayakun", maka jadilah.

MalaysianKita said...

UMNO bertanding 117 Kerusi Parlimen, KESEMUANYA adalah kawasan majoriti Melayu minimum 55% pengundi. MIC tanding 9 kerusi, KESEMUANYA kawasan majoriti Melayu. Sudah 128 kerusi Majoriti Melayu. MCA 40, Gerakan 12 juga sebahagiannya kawasan majoriti Melayu. Jika UMNO benar-benar ikhlas dan bergabung kerusi dengan PAS, 148 kerusi mampu dicapai!

Apapun, perjuangan Jihad ke arah Islam, kita amat-amat memerlukan rahmat Allah swt. Nabi Muhammad saw bermula dari seorang diri(dagang), akhirnya seluruh penduduk Mekah, Madinah dan Taif masuk Islam. Islam kembali dagang di akhir zaman, walaupun umat Islam itu sendiri umpama buih-buih di lautan. Yang beriman dan bertaqwa, segelintir umpama mutiara di lautan.

Kalau berasaskan skala pemain atau tentera,logik akal mengatakan ISLAM takkan menang. Ini yang berlaku dalam peperangan Ain-Jalut, Kerajaan Memalik Mesir melawan Mongol yang masih segar menyembelih umat Islam di Baghdad. Tersebar diseluruh pelusuk bumi Arab "MUSTAHIL MONGGOL DAPAT DIKALAHKAN". Kerana memandang skala kekuatan mongol, sebahagian besar Kerajaan Islam menyerah diri kecuali Memalik Mesir. Kerana kekuatan Iman dan Taqwa, ALlah swt menolong orang-orang mukmin. Badar, 313 pejuang Islam tanpa kelengkapan perang melawan 1000 Musyrikin lengkap berkuda, menang. Tentera Bergajah Abrahah dari Yaman cuba menakluki Kaabah, hancur luluh dibakar burung-burung Ababil, Mu'tah 3000 pejuang Islam melawan 200,000 tentera Salib, Qadisiyah 30,000 melawan 300,000 Parsi semuanya menang dengan pertolongan Allah swt. Yang penting, Jihad diteruskan,bagaimana kemenangan dicapai terserah kepada Allah. Allah akan menolong orang-orang Mukmin yang bertaqwa. Kebenaran akan menghancurkan kebatilan.

Bagaimana DAulah Islam Rasulullah akan dicapai? Kita WAJIB lakukan sedaya upaya, selebihnya memohon kepada Allah swt.

affendi hussain said...

Salam Dato' & para pembahas,

Saya lihat masih ramai yg di lembayung dilema dlm soal melayu dan islam seolah-olah tiada "chemistry" antara keduanya..biar di sini saya tegaskan beberapa fakta dunia nyata utk mencerna minda berkarat:

1) Muslim majoriti di Malaysia adalah org Melayu yg juga bangsa majoriti

2) Melayu liberal secara sub-concious tidak mengaku atau malu dirinya sbg seorg melayu. (suatu perkembangan semasa yg berbahaya)

3) Kes-kes melayu murtad majoriti berlaku di kalangan melayu yg berfahaman ultra-liberal.

Jadi agenda dakyah siapakah sebenarnya memisahkan Melayu & Islam ini?? "Split & rule policy" siapakah yg sedang direncanakan ini?

Fakta-fakta politik:

1)Dari statistik, secara relatif dari PRU lepas, UMNO dan PAS adalah parti terkuat yg mengekalkan jumlah kerusi dlm jumlah yg konsisten.

2) Yang kalah teruk adalah komponen-komponen bukan Islam/Melayu MIC, MCA & Gerakan.

3) Kerusi kawasan Cina hanya beralih tangan dari Gerakan, MCA ke DAP..ibarat baling bola sambut bola..

Persoalannya, agenda siapakah yg memberi persepsi bahawa UMNO lemah dan PAS perlu bergantung kpd PKR & DAP??

Kenapa ahli politik non-muslim seolah-olah turut gatal punggung memberi komen kpd cadangan penggabungan UMNO-PAS, hudud, hak melayu sedangkan membisu dlm hal2 masalah nasional dan rasism dikalangan mereka?

Mereka sudah nampak formula kebinasaan utk checkmate politik perkauman mereka..fobia menguasai rasa..

Yg tersimpul kata dah dirungkai,
Jelas dimata, hidang di tepak, tunggu dilerai,
Apa disanjung, apa dikata, apa dibicara propaganda, bolehkah pakai?
Terserah kpd anda, mencerna aqal utk menilai.

Seperti yg pernah saya katakan sebelum ini, proses ASIMILASI mereka itu di malaysia hanya dpt dilakukan secara paksa seperti pendekatan Pibulsongkram (Thai) & Sukarno (Indon).. atau, dakwah mereka masuk Islam..bukan turut sama mereka menyelam!

ASIMILASI adalah ubat penyakit sosio-ekonomi kita dan tentulah formula terbaik dtg drpd Al-Khaliq Al-Malik ul A'lamiin..

wasalam

("/)

MalaysianKita said...

"Kerajaan othoman tahan 600-700 taun,kerajaan kita ni tak sampai 60 taun ???? MAKIN diteliti makin hampiaq penutupnya....kqeja sapa ni?...."

Abu Bakar Ab Rahman

Kerajaan Othoman Turki sebuah kerajaan yang kuat. Dizaman kemuncaknya, mampu membina landasan keretapi dari Istanbul ke Madinah. Seseiapa ke Madinah, boleh melawat Stesen Keretapi Kerajaan Othoman.

British dan Sekutu Salibnya meniupkan api perkauman di kalangan Bangsa Arab. Ditiupnya, Islam bermula di Jazirah Arab, bagaimana melepas Kepimpinan Negara kepada Turks. Kemuncak api perkauman adalah diseru orang Arab membunuh orang Turks. Sesiapa yang membawa kepala Turks, diberi ganjaran. Hasilnya, landasan Keretapi dimusnahkan oleh Arab Assobiah.

Inilah bahaya api Assobiah. Rakan saya pernah ditanya oleh seorang UMNO di Kulim Kedah, katanya, apa silapnya Abbasiyah. Beliau keliru Assobiah dengan Abbasiyah! Seorang lagi berkata, "saya macam mana sekalipun, mahu mati dalam UMNO"!

Apapun, diakhirat nanti, manusia akan dibangkitkan bersama pemimpin mereka di dunia ini. Firaun dibangkitkan bersama tenteranya, Haman, Qarun dan pengikut-pengikut mereka TETAPI mereka saling bantah membantah, menuduh satu sama lain akhirnya dimasukkan ke Jahannam.

Sesiapa yang mahu dibangkitkan di belakang Ibrahim Ali, bolehlah berdoa diakhir Ramadhan ini!

affendi hussain said...

"any person of right mind should be duly worried as many have strayed far from what the good book prescribes." - CasperC

Err..Relatively, how close were you to the "good book" since you had mentioned it here? How better were you than the generalized 'many'?

Yo, horseman on the moral high ground, enlightened us please..

("))

Anonymous said...

Melayu masih tak sedar diri. Gadohlah sama sendiri !!! Itulah sifat semula jadi orang Melayu. Cakap tentang Islam memang handal. Tapi pengisiannya KOSONG!!Cakap tak serupa bikin.

Dah berbuih mulut Melayu cerita pasal perpaduan ummah siang dan malam, dikedai kopi dan restoran, dimarkas dan dibalai raya, dimasjid dan disurau tapi hasilnya ........yes,no, alright?????? hee,hee, hee!! Macam-macam hukum dan dalil diketengahkan untuk dihayati oleh orang Melayu, tapi masih tidak dapat menjiwainya.


Wal hasil balik asal !!!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!! kah, kah, kah !!! Cangkul tanah tanam ubi je lah!!!

Wak Dargo

affendi hussain said...

Sdr ab said:
"ADIK PM DAH KATA DIA KETURUNAN PENDATANG, pasti PENDATANG HARAM DULU!... PM TAK MENIDAKAN isu itu, sahih la"

Keturunan mereka dtg dari Makasar walhal Kepulauan Melayu juga..

Kalau dah sanggup membogel diri tanpa malu dikhalayak pendatang totok sejati & mengaku pendatang, biarlah warga asal pembina tamadun di Semenanjung dari Perlis, Kedah, Kelantan & Terengganu saja jadi Melayu di sini..selain dari kita & org asli, yg lain2 semua di Semenanjung layak digelar pendatang..

Org yg ada masalah inferiority complex dan submissive mind tak layak memimpin dlm apa jua organisasi..kelak jd mcm kerbau kena cucuk hidung & dipotong telur hidup2..segala lumpur dibawanya bakal habis terpalit mengotorkan org lain tatkala telurnya digenggam utk dipotong..Pathetic!

("/)

Anonymous said...

Hj Munawir said...

Dato.

Menegakan hak kaum di pamggil Assabiah dalam Islam.Ini di larang sekali oleh ugama Islam.Sebabnya bila kita membela kaum kita sendiri,kita tidak kira sama ada ia buat salah atau benar,Kaum kita di utana kan.

Ini sama apa yang di perjuangkan oleh Ku Klux Khan atau Nation of Islam.

Sebab ini lah UMNO gagal untok menyatukan umat Malaysia,kerana UMNO lebeh mementingkan kepemtingan kaum dari kepentingan sejagat.

Dalam Quran di sebut bahawa Allah jadi kan kira bermacam puak dan kaum supaya kita dapat mengenali dan berinteraksi dengan baik antara kaum yang berbeza.

Sebab itu perjuangan PAS jika di hayati dengan baik ia nya bersikap adil untok semua kaum.

10:55 PM



Sekadar ingin bertanya,

Apa pendapat saudara tentang Enakmen Tanah Kelantan 1938 yang menghalang orang-orang bukan "anak Kelantan" dari memiliki tanah di Kelantan walaupun secara pajakan?

Seorang Islam yang berasal dari Kuala Lumpur tidak boleh memiliki tanah di Kelantan hanya kerana dia bukan "anak Kelantan" walaupun dia seorang Islam.

Apakah kerajaan negeri Kelantan lebih mengutamakan faktor kenegerian atau kesukuan ini mengatasi faktor Islam?

Kalau saudara boleh mempertikaikan keengganan kerajaan Persekutuan dari meminda "Perlembagaan Reid", mengapa saudara tidak mahu mempertikaikan keengganan kerajaan negeri Kelantan dari meminda Enakmen Tanah Kelantan 1938 ini? Bukankah kerajaan negeri mempunyai majoriti yang cukup untuk meminda perlembagaannya?



Ahmad Azmir
Kg Baru, KL

Anonymous said...

Saudara/i langit biru berkata:


Di Malaysia, UMNO kekal sebagai “Waris British” yang berterusan menolak Hukum-Hukum Allah swt yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah.


Sekadar ingin bertanya,

Apakah hukum-hukum Allah yang saudara/i maksudkan itu ialah hukum hudud?

Andai hukum hudud ini dilaksanakan, adakah ia hanya untuk orang-orang Islam sahaja kah atau turut melibatkan orang-orang bukan Islam?

Bagaimana pula dengan undang-undang lain yang boleh dipertikaikan keIslamannya yang memberi kelebihan pada orang-orang Melayu. Contoh seperti diskaun khas pembelian rumah, peruntukan khas saham-saham dan lain-lain. Apakah undang-undang ini juga perlu dimansuhkan terlebih dahulu sebelum undang-undang jenayah Islam itu dapat dilaksanakan?


Azmir
Kg Baru

Bukit Larut said...

Datuk,

Sdr Noktoktok kata kerajaan Perak di bawah DS Nizar dulu kerajaan Pas? Waduh kesiannya. Kan Nizar tu dilantik selepas Nga Kor Ming tak boleh jadi Menteri Besar kerana dia Cina?

Kesian...kesian.

Anonymous said...

Salam Dato,
Selamat menyambut hari merdeka dan selamat berbuka puasa .
zabri

saji said...

Sdr abdullahngah

"Mengapa PAS dan UMNO tidak boleh bekerjasama. Apatah lagi Untuk bergabung. jauh sekali, kerana PAS ada dasarnya dan UMNO ada dasarnya. masing masing mempertahankan dasar yang diperjuangkan.

Yang saya nampak, dari segi hukum hakamnya haram bekerjasama dengan kumpulan orang munafik."

Komen:

1. Mungkin ada kebenarannya apa yang sdr namapak itu.

2. Yang saya dok tanya sebelum ini mengapa tidak PAS mengambil insiatif mengemukakan master plan/pelan induk pelaksanaan seluruh hukum2 Islam di negara ini.

saji said...

Sdr mo


"Asalam datuk, Saya nak tanya datuk, sampai bila kita nak selesai kan isu bangsa kaum ini? Tidak ada jalan yg lebih baik untuk semua manusia di malaysia ini? maksud nya semua rakyat di negara yg kita cint ini ? Dah lebih 50 tahun kita merdeka, tak boleh kah kita belajar, bagai mana kita hidup bersama tampa cerita kaum ini?"

Komen:

Ikut analisis Hishamuddin Rais,isu bangsa kaum di negara ini boleh selesai hingga 200 tahun. Tolak 50 tahun kita ada 150 tahun lagi.

Yang pasti masa itu kita semua yang sebuk membincangkannya ini sekarang dah tak ada lagi.

the indie story said...

selamat berbuka puasa Dato' Kadir. Hari ini bukak puasa dimana?

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya tertarik dengan cerita saudara Langitbiru berkenaan perang Badar. Apabila diteliti sirah rasulullah, ada beberapa perkara yg boleh dijadikan panduan mengikut kronologi.
Kekuatan pasukan Makkah pada mulanya adalah lebih besar. Tetapi bilangannya menjadi sedikit kerana mereka juga bermusuhan dengan bani bakr dan takut-takut ditikam dari belakang, sehinggalah iblis muncul sebagai Suraqah B Malik dan memberi jaminan mereka tidak akan tikam dari belakang.

Pada masa yg sama Rasullulah membentuk majlis Tertinggi Ketenteraan yg dianggotai oleh golongan Mujahirin dan Ansarin. Ikrar Sa’d B Mu’adz iaitu pemimpin kaum Ansarin akan sehidup semati dengan Rasulullah SAW.Kemudian pada malam sebelum berlakunya perang, Allah telah menurunkan hujan yg begitu lebat pada kaum musyrikin dan hutan renyai-renyai yg menyamankan pada kaum muslimim. Strategi kaum muslimim juga betul dimana mereka telah menguasai kedudukan yg berdekatan dengan telaga Badar. Sahabat Rasulullah, Al Khabab menanyakan Rasulullah adakah ianya wahyu Allah, lalu Rasullullah menjawab ianya adalah berdasarkan pendapat & STRATEGI peperangan.

Dan terakhirnya, semasa peperangan meletus, turunnya malaikat membantu kaum muslimin dimana dalam riwayat Ibnu Sa’d banyak memperkatakan kepala musyrikin dipenggal, tangan terjatuh tetapi tiada siapa yg melakukannya. Pada masa yg sama, iblis yg menyamar sebagai Suraqah juga cabut lari meninggalkan medan perang apabila melihat malaikat membantu menghapuskan kaum musyirikin sambil berkata beliau takutkan Alah dan seksaan dari Allah.

Akhir kata kemenangan dicapai kerana umat Islam bersatu padu (Mujahirin dan Ansarin), menggunakan taktik dan startegi, menerima pendapat para sahabat, doa Rasullullah yg tidak putus-putus dan yg terpenting pertolongan dari Allah serta diutuskan bencana alam dan malaikat untuk membantu Rasulullah. Sekian TQ.

MalaysianKita said...

Assalamuallaikum Sdr Azmir, Sdr Affendi Hussain.

Sdr Affendi, terimakasih atas penjelasan. Saya ambil nota catatan mengenainya.

Sdr Azmir,
Saya cuba jelaskan setakat yang mampu.

Cuba Sdr perhatikan 2 ayat Al-Quran dibawah:

Ya ayyuha allatheena amanoo kutiba AAalaykumu alssiyamu.....(Al-Baqarah 183)

Ya ayyuha allatheena amanoo kutiba AAalaykumu alqisasu ......(Al-Baqarah 178)

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa......

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash......

kutiba=diwajibkan
siyam=puasa
qisas=hukum kisas

Kedua-dua ayat tersebut sama pada permulaannya,bererti puasa itu wajib,kisas itu wajib. Jelas tiada kekeliruan disitu, bermakna kewajiban berpuasa itu sama juga dengan kewajiban hukuman kisas.

Hukum-hukum Allah swt dalam Al-Quran itu banyak, ada kisas, ada hudud, ada muamalat (yang ini Sdr Affendi cukup arif),ada munakahat dan lain-lain. Semuanya ada dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Cuba lihat 2 ayat berikut:

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan RAMADAN, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). (Al-Baqarah 185)

"Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,"
(Al-Baqarah 2)

Kedua-duanya menjelaskan Al-Quran sebagai petunjuk dan sebagai pembeda antara yang hak dan yang batil.

Mengapa kita mencari hukum atau petunjuk selain dari Al-Quran?

Diskaun khas pembelian rumah. Saya bukan orang yang arif dalam bab fekah apatah lagi fekah muamalat.

Cuma perlu kita lihat projek perumahan di bandar-bandar dan pinggir bandar, majoritinya guna formula "koata" 70:30 iaitu 70% untuk non-bumi,30% untuk bumiputera. Adakah ini adil?

Sedangkan nisbah penduduk non-bumi:bumi adalah sebaliknya 30:70.

Ini berlaku di Kedah Darul Aman, Kerajaan Negeri Kedah dibawah Uts Azizan mengubah formula kouta tersebut kepada 50:50. Alasan Kerajaan Negeri 1. Berdasarkan Nisbah Penduduk. 2. Berdasarkan Tanah tapak perumahan itu adalah asalnya milik Melayu Islam. Pembangkang Negeri Kedah BN, seperti biasa memutabelit isu perubahan kouta tersebut. MB dengan lantang menegaskan, " Saya sanggup mempertahankan kouta tersebut hatta Negeri Kedah jatuh ke tangan BN sekalipun".

Sdr,

Hukum dalam Al-Quran itu ada yang dijelas sejelas-jelasnya yang mana tiada perlu diperdebatkan atau dibahaskan.

Juga hukum dalam Al-Quran ada yang bersifat dinamik yang memerlukan ijtihad para ulama meggariskan sempadannya antara halal dan haram, contohnya perbankan Islam (boleh rujuk perbincangan Sdr Affendi, Sdr Fedup, dan Sdr Saji). Kelonggaran atau kemudahan "berijtihad" ini membolehkan atau menjadikan Islam relevan sepanjang zaman hingga akhirat. Wallahualam

saji said...

Sdr pakbelalang

"Pada pendapat saya masyarakat Melayu patut menuding jari kerah muka sendiri dan mangambil iktibar dari kelemahan yang ada pada masyarakat Melayu dan bersama-sama memperbaiki dan mencari jalan dimana punca kelemahan yang ada pada masyarakat Melayu.

Mungkin kelemahan-kelemahan yang ada pada masyarakat Melayu selama ini telah dikenal pasti dari awal lagi tapi mengapa masyarakat Melayu masih tidak terdaya untuk memperbetulkan keadaan ini?

Why? Why? Why? Inilah soalan emas yang belum lagi dapat dijawab dengan tepat oleh masyarakat Melayu hingga kini.

Ramai pakar socio-ekonomi dan politik telah membuat penyelidikan tentang
"perangai" masyarakat Melayu dan membuat berbagai andaian dan cadangan tapi akhirnya "pi mai pi mai tang tu " juga. Tak kemana! Di mana silapnya.

Jawapan saya simple sahaja. Jati diri masyarakat orang Melayu "haprak dan HP6". Maaflah kalau ada yang tersinggong apa yang saya katakan ini. "

Komen:

Walaupun penyelidikan saya mengenai kelemahan orang Melayu tertumpu dalam industri pembinaan negara yang sering dikaitan dengan perangai buruk kontraktor Melayu mengalibabakan kontrak / total subletting kerajaan kepada bukan kontraktor Melayu (sudah dibincangkan sebelum ini), saya merumuskan bahawa kelemahan -kelemahan orang Melayu hanya mampu diatasi dengan melaksanakan segala hukum-hukum Islam seperti mana yang diperjuangkan oleh PAS.

Di mana, dalam penyelidikan saya berkenaan, saya menyarankan kerajaan melaksanakan sistem pengurusan projek Islam yang bakal menyaksikan pelaksanaan beberapa hukum2/kontrak2 muamalat Islam yang berkaitan dengan proses kerja pembinaan secara selari/parallel yang meliputi kontrak jual beli lelong/ tender, kontrak jual beli mutlak, kontrak jual beli bagi barangan yang tidak wujud ketika akad membabitkan kontrak pembinaan upahan dan kontrak pembinaan tempahan, kontrak pembekalan, kontrak sewaan dan insuran.

Anonymous said...

Sdra Notoktok,

Betul kata Bukit Larut itu. Kalau tak kerana perlembagaan negeri Perak yang memestikan orang Melayu jadi Menteri Besar memang tak merasa Nizar jadi Menteri Besar. Nga Kor Minglah yang patut jadi Menteri Besar. Nizar jilat air lior saja lah!!! Melopong !!

Kesian....kesian!! Sedar-sedarlah diri dan janganlah PAS sampai kena "kencing" atau dicucuk hidung dengan tali macam .........?

-Melayu Terakhir-

Anonymous said...

Saya bimbang dengan apa yang berlaku sekarang. Perpaduan dikalangan penduduk Malaysia bertambah renggang. Perasaan benci yang mendalam pada satu-satu kaum semakin menebal. Sikap toleransi kian terhakis. Tidak berlakunya kejadian yang tidak diingini antara kaum pada masa ini adalah kerana ekonmi negara ini masih berkembang pesat. Bayangkan jika ekonomi Malaysia merundum dengan teruk dan ramai penduduknya hilang pekerjaan atau perniagaan, rumah kena lelong,kereta ditarik balik,jenayah menjadi-jadi, ramai menjadi bangkrap, 3 juta warga asing enggan pulang ke negara masing-masing. Saya takut untuk memikirkannya.

Jojo51

Anonymous said...

Sdra Azmir,

1. Soal pentadbiran tanah terletak dibawah kuasa kerajaan negeri masing-masing. Undang-undang tanah negeri kelantan adalah merupakan satu foresight pemimpin terdahulu negeri bagi menjamin tanah milek rakyat melayu kelantan tetap kekal dengan orang melayu kelantan.

tanah milek bukan melayu rakyat kelantan juga tidk boleh dipindah milek kepada bukan melayu bukan anak negeri.

so it cuts both ways, baik tanah milek orang melayu dan bukan melayu kelantan.

2. saya mengatakan itu adalah satu pandangan jauh pemimpin terdahulu kerana cuba kita lihat pemilekan tanah-tanah orang melayu dinegeri-negeri lain terutamanya dikawasan-kawasan bandar. Tinggal berapa kerat je lagi yang jadi milekorang melayu.

3. Diaas tanah-tanah milek melayu ini dibina gedung-gedung yang besar-besar, dibina bangunan pencakar langit, tetapi semua itu milek orang melayu kah?

4. tanah-tanah milek melayu dikelantan bukannya tidak boleh dibangunkan. ia boleh dibangunkan kerana ada beberapa akta yang berkaitan yang boleh diguna jika sesuatu pembangunan yang perlu hendak dibuat.

Tetapi dengan adanya peraturan tanah seebegini, sekurang-kurangnya kita masih boleh mengekalkan tanah-taanah di kelantan ditangan oramg melayu.


wak jerman

normareza said...

Pak Kadir...pohon saya 'publish'kan artikel ini di facebook saya...terima kasih.

celahgelegar said...

bilangan rakyat Malaysia pada tahun 2008 adalah seramai 25.071 juta orang dengan bilangan kaum Bumiputera seramai 16.511 juta atau 66%, Cina seramai 6.336 juta (25%), India seramai 1.885 juta (8%) dan lain-lain seramai 0.340 juta (1%). Kaum Bumiputera adalah merupakan majoriti dalam Negara ini, namun kedudukan ekonomi kaum Cina jauh meninggalkan kaum Bumiputera dan kaum-kaum lain.


http://celahgelegar.blogspot.com/2010/08/isu-ekuiti-bumiputera-soi-lek-menentang.html

Anonymous said...

Isu berat seperti rasis dan hasutan tidaklah semudah itu dapat diatasi sebagaimana yang dibayangkan oleh apek-apek politikawan yang dalam ukuran politik kontemporari telah capai tahap kedaluwarsa.

Mereka (apek-apek tadi) boleh saja memberikan bermacam pandangan termasuk yang sinikal atau membela sesiapa saja yang mereka rasa penting untuk di pertahankan kegoblokannya atas dasar kesamaan itu dan ini.

Tetapi, realitinya, semua nusa di dunia masih berhempas pulas untuk mendepani isu yang mana dari sudut sejarahnya kemunculannya tidak pernah putus-putus waima semenjak dari zaman sejurus selepas Adam sampailah sekarang ini.

Dalam konteks undang-undang kalau ada satu pihak (si A) mengungkapkan perkataan yang menyakitkan hati pihak yang lain (katakanlah si B) makanya sememangnya semua pihak bersetuju bahawa si B berhak menunjukkan reaksi balas. Tetapi, reaksi oleh si B harus tidak terkeluar dari norma budaya, agama, moral dan paling penting ialah agar ia tidak melanggari peraturan dan undang-undang.

Oleh itu, kepada YB LKS dan para sekutu, sedarlah bahawa isu yang lebih sensitif dari ungkapan seorang guru besar (di Johor itu) iaitu isu kepala kerbau, isu gereja hangus, isu kepala babi, isu cat merah, isu Kampung Pala dan bla, bla telah berjaya dipadamkan! Kenapa ianya boleh?

Ya, jawapannya terletak pada kematangan individu atau kumpulan dalam memberikan respons, pihak yang tersentuh dapat mengawal perasaan agar insiden-insiden berkenaan tidak dilayan seumpama 'lebih sudu dari kuah', tidak ada pihak ketiga yang 'gatal tangan' memarakkan lagi isu dengan membikin video 'lucah' bagi memanaskan keadaan dan proses undang-undang telah dilaksanakan.

Oleh itu adalah jelas bahawa api yang membara dalam perasaan umum boleh dipadamkan dengan mudah kalau betul dengan gaya dan caranya. Sesungguhnya klip video berunsur lucah, hina, biadab, kurang ajar dan rasis bukanlah respons yang dianggap membina dalam apa jua isu yang melibatkan masyarakat.

Sudah tentu umum tidak perlukan klip video seperti itu kerana ia jelas bukan dicipta untuk menyejukkan perasaan tetapi seolah-olah sengaja mahu menaikkan lagi suhu perdebatan yang mencecah tahap peruwapan. Akhirulkalam, tidak salah kalau ada pihak yang terpanggil untuk 'menegakkan benang' tetapi berhati-hatilah agar tidak 'menegakkan benang yang basah'.

ALPASIKU

saji said...

Sdr Azmir

Sdr anatara lain bertanya, "Andai hukum hudud ini dilaksanakan, adakah ia hanya untuk orang-orang Islam sahaja kah atau turut melibatkan orang-orang bukan Islam?"

Hukum hudud itu hukum apa?

pakbelalang said...

Pada 1 Ogos lalu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan panggilan Jho Low, telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkala udara Sungai Besi.

Berucap pada ceramah di Taman Ehsan, Selayang Anwar membidas kerajaan persekutuan yang didakwanya tergesa-gesa menswastakan aset negara untuk mendapatkan keuntungan segera.

Menurut Anwar, senarai itu termasuk Lapangan Terbang Sungai Besi yang dianggap sebagai khazanah nasional kerana ia merupakan lapangan terbang pertama negara.


"Ini Jho Low boleh pergi 'enjoy' dengan Paris Hilton. Arak pun jutaan ringgit. Najib dan Rosmah bagi projek. Tender? Tiada. Cadangan projek? Tiada. Bolehkah rakyat terima ini,” soal Anwar.(source: Malaysiakini)


comment:

Betul ke cerita ni, Dato'. Najib should explain the status whether there is truth in the above statement. Janganlah menyepikan perkara ini hingga menjadi bahan politik pembangkang yang panas.

"Elegant silence" can be backfired. Takkanlah masih belum belajar lagi !!! Janganlah jadi lembab macam Pak Lah. Akhirnya nanti MELOPONG !!!

Projek apa yang nak dibuatnya?
Berapa billion harga nilai projek?
Siapa yang membuat cadangan projek?
Apa faedahnya kepada rakyat?
Syarikat mana yang akan mengendalikannya?
Adakah tender dikeluarkan?

Betulkah Najib/Rosmah beri projek ini terus kepada Jho Low?

Siapa Jho Low?

Adakah dia kroni Najib/Rosmah? Kalau cerita ini betul, alamatnya Najib memanglah dah "BUANG TEBIAT" agaknya !!!!

Anonymous said...

Langitbiru kata:

"Cuma perlu kita lihat projek perumahan di bandar-bandar dan pinggir bandar, majoritinya guna formula "koata" 70:30 iaitu 70% untuk non-bumi,30% untuk bumiputera. Adakah ini adil?"

Pertanyaan itu ditujukan kepada siapa? Pada UMNO, Pas, PKR atau DAP?

Katakanlah ia adil pada pandangn mata Pas, apakah ia adil pandangan mata UMNO, PKR, DAP dan lain-lain parti?

Siapa saja dalam blog ini dapat simpulkan keputusan MB Kedah dalam isu kuota perumahan tidak ada kaitan dengan agama. Ia adalah keputusan politik.

Tidak dinafikan pada nama Pas ada perkataan Islam tetapi menganggap semua keputusan Pas berlandaskan Islam adalah sukar diterima bulat-bulat oleh mereka yang masih boleh berfikir secara bebas.

Hik-Hik-Hik

Hanezam said...

Salam Datuk,

Dengan izin,

Saudara langitbiru,

Saudara andaikan saya bermain dalam soal perjuangan untuk tegakkan hukum Islam. Tak apalah, suka hati saudaralah nak tafsirkan macam mana pun.

Saya tidak kata perjuangan untuk Islam tidak akan menang. Saya kata, perjuangan Islam yang tidak berlandaskan perjuangan Rasulullah dan hanya mengikut logik akal semata-mata, selama-lamanya tidak akan menang.

Mungkin saudara boleh cuba jawab soalan yang ini : adakah Daulah Islam itu selaras dengan konsep "nation state" ?

MalaysianKita said...

Kpd punya nama Hik-Hik-Hik,

Saya tidak tahu samada kamu Muslim atau Non-muslim.

Kiranya kamu Muslim, perhatikan penjelasan lanjut Peperangan Badar tulisan Saudara OKJ. Terimakasih Saudara OKJ.

Kata Saudara OKJ,

"Sahabat Rasulullah, Al Khabab menanyakan Rasulullah adakah ianya wahyu Allah, lalu Rasullullah menjawab ianya adalah berdasarkan pendapat & STRATEGI peperangan".

Apakah Syura Rasulullah saw dengan para sahabat dalam merangka strategi peperangan tiada kena mengena dengan agama TETAPI semata-mata politik?

Pokok pangkal di sini adalah SYURA KEPIMPINAN adalah Sunnah Rasulullah saw. Apa yang dicapai dalam Majlis Syura adalah untuk kebaikan rakyat dan negara, termasuklah dalam merangka strategi peperangan.

SAYA FIKIR, KALAU SAYA JELASKAN PANJANG LEBAR PUN, YG PUNYA NAMA HIK-HIK-HIK MUNGKIN TAK FAHAM, SEBAB HIK-HIK-HIK TERBENAM DI MINDA AGAMA TIADA KAITAN DENGAN POLITIK, DAN POLITIK TIADA KAITAN DENGAN AGAMA.

Contoh, Hulu Selangor: Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin di beberapa MAsjid di Hulu Selangor untuk mendoakan kemenangan Al-Fadhil Ustaz KAMAL lawan Zaid Ibrahim. Agama atau Politik?
Menyalahgunakan Masjid untuk tujuan Politik atau Agama?

"Akhir kata kemenangan dicapai kerana umat Islam bersatu padu (Mujahirin dan Ansarin), menggunakan taktik dan startegi, menerima pendapat para sahabat, doa Rasullullah yg tidak putus-putus dan yg terpenting pertolongan dari Allah serta diutuskan bencana alam dan malaikat untuk membantu Rasulullah".

Saya ingin menambah, pertolongan Allah swt kerana KEIMANAN DAN KETAQWAAN Para Pejuang Badar yang tiada tolok banding tingginya hinggakan Para Pejuang Badar diletakkan pada hierarki keutamaan yang lebih tinggi dari yang lain.

Allah swt akan menolong orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Majlis Syura para pemimpin yang beriman dan bertaqwa (membincangkan kemashalahatan ummah/rakyat) insyaAllah disertai Rahmat Allah swt, diberkatiNya dan dipermudahkanNya serta beroleh kemenangan.

Majlis Syura manakah MELULUSKAN LESEN JUDI BOLA disahkan disisi undang-undang negara?

Anonymous said...

Salam Datuk,

Memang Melayu mempunyai banyak nilai-nilai murni..peramah, pemaaf, mudah mesra...dan panjang lagi kualiti positif bangsa. Tapi malangnya dengan nilai-nilai ini jugalah Melayu akan hancur jika tidak mengamalkan kecerdikan berpolitik.

Perpatah orang memberi, kita merasa dan orang berbudi, kita berbahasa hanya boleh digunapakai kepada bangsa-bangsa yang sealiran dengan Melayu, tapi jika di momokkan kepada si Ah Chong dan si Samy maka inilah hasilnya yang kita saksikan sekarang.

Demi survival bangsa, Melayu harus belajar agar berpada-pada untuk memberi serta bertolak ansur kepada bangsa-bangsa pendatang ini. Melayu lupa pada sejarah bangsa-bangsa lain didunia yang lemah dan akhirnya pupus kerana kebodohan sendiri bila berhadapan dengan bangsa lain yang lebih kuat, dominan dan bijak.

Percayalah Datuk, Ah Chong dan Samy tidak akan berhenti meminta sehingga kesemuanya berada ditangan mereka. Ini adalah fakta yang benar dan berasas. Cuba kita imbas kepada tahun 1969...baru 12 tahun kita merdeka dan baru 12 tahun bangsa mereka diberikan bermacam-macam nikmat warganegara oleh tuan tanah iaitu bangsa Melayu, mereka sudah cuba menunjukkan belang sebenar agenda mereka.

Apakah Melayu masih buta mata dan hati? Atau adakah Melayu itu bodoh dan buta berpolitik? Jawapan saya sememangnya Melayu itu bodoh dan dangkal dalam berpolitik. Kera dihutan diberi susu tetapi anak dirumah melalak kelaparan. Untuk apa? Untuk menjaga hati 'rakan-rakan' yang agenda sulit mereka saban hari kian terbongkar diakhbar-akhbar.

Melayu masih berdiam diri dan bersabar? Atau buat-buat tidak peduli? Sekali lagi Melayu akan terus digasak kerana mentaliti Melayu sudah dapat dibaca dengan cukup mudah sekali (sila rujuk kembali nilai-nilai 'murni' Melayu diatas).

Dan sekarang ini semakin lama semakin parah bangsa Melayu dibumi sendiri. Golongan politik Melayu sendiri- samada yang bertali leher mahupun berserban besar sudah sewenang-wenangnya menjual kepentingan bangsa dan agama hanya untuk imbuhan politik mereka. Tiada lagi 'sempadan suci' dalam berpolitik oleh Melayu-melayu ini...semuanya dilanggar demi melampiaskan nafsu mereka untuk berkuasa serta melunaskan dendam kesumat mereka terhadap Melayu lain yang menjadi pemerintah.

'You Malays deserved all the privileges of the land, you Malays died for the country, you Malays owned the country..you have to hold-on to it..its your only country..don't ever let it slip-by you..'

kata-kata diatas adalah sebahagian daripada ungkapan seorang rakan saya yang sebangsa dengan Samy apabila beliau sendiri menegaskan bahawa seharusnya Melayu ini terus diberi lebih perhatian daripada bangsa yang lain dalam setiap aspek ekonomi, sosial dan politik didalam negara...malangnya kian ramai 'Melayu-melayu murtad' yang kian lantang cuba menafikannya...

..sememangnya Melayu mudah lupa..

Jimizul

affendi hussain said...

Salam Dato',

Saya ingin jelaskan isu basi yang kerap dimainkan oleh chauvinist2 kaum lain berkenaan NEP iaitu KUOTA 30%..sakit telinga & hati dengar..

1) Kuota 30% ini hanya satu PERUNTUKAN pemilikan saham dalam syarikat-syarikat awam (BERHAD) yg tersenarai di BSKL. Bukan PEMBERIAN.

2) Ia BUKAN PEMBERIAN PERCUMA seperti yang disangka puak2 mangkuk ini..bumiputera yg nak miliki tetap KENA BAYAR utk melanggan saham2 berkenaan seperti nak beli rumah kuota bumiputera. Rumah kos rendah pun bukan FREE..hayun sungguh jika yg fikir sebaliknya!

3) Syarat 30% ni tak terpakai untuk syarikat2 SDN. BHD..apa kejadah mereka yg tak berkenaan bising caci Melayu tongkatlah, cacatlah, mintak sedekah lah..?? memang terang2 nak cari gaduh!

4) Bukan semua bumiputera mampu beli lot2 saham..selalu kena sapu dgn kroni2 yg byk duit..boleh cuba cara Tan Sri Khalid dgn cerita saham Guthrie & BIMB, itupun kalau ada "power & influence" lah..contoh..

5) Paling malang pemimpin UMNO/Melayu yg maha apologetik tak cerita perkara sebenar utk membela maruah org Melayu yg terus menerus dihina kaum pendatang..yg mengaku NEP di'anak haramkan' & 'pendatang', meritokrasi, kaji hapus kuota berperingkat etc.
saja yg pernah didengar sbg sajian dari mereka a.k.a pengkhianat bangsa ini.

p/s: Dato', depa diam sebab ada makna tu..pasal tu lah target 30% tak tercapai..kalau ikut bukan 30% patut tiada had maksima. Target 30 dptlah 19..cuba target 70-80!

wasalam

("/)

kzgeopark said...

Salaam..Saya sanjung tulisan Dato kali ini tetapi kurang setuju bahawa Nik Aziz itu tergolong kpd Islam yg ortodoks. Belia lebih kpd ideologis politik yg mengutama kpd meraih sokongan dan memenangi pertanding i.e pilihanraya. Beliau tidak teguh kpd prinsip Islam dan sentiasa adjustable and accomodative.. Mungkin sebab itu Haji Hadi lebih mengambil sikap berdiam. Beliau, saya fikir lebih ortodoks dlm berpegang kpd prinsip Islam. Jika orang Islam UMNO dan Islam PAS mempunyai prinsip perpaduan ummah berasaskan kpd prinsip Islam yg syumul, maka masa depan politik Melayu lebih cerah dan jelas. Jika sebaliknya, maka akan terjadi 'menang sorak, kampung tergadai!!' Yang tergadai itu ialah maruah bangsa dan agama. Maka di manakah akan kita temui titik pertemuan yg. ikhlas dan jujur demi bangsa dan agama antara kuda-kuda kayu yg ada sekarang ini?? Wallahu'alam, wassalam.

Anonymous said...

wak jerman kata:

1. Soal pentadbiran tanah terletak dibawah kuasa kerajaan negeri masing-masing. Undang-undang tanah negeri kelantan adalah merupakan satu foresight pemimpin terdahulu negeri bagi menjamin tanah milek rakyat melayu kelantan tetap kekal dengan orang melayu kelantan.

tanah milek bukan melayu rakyat kelantan juga tidk boleh dipindah milek kepada bukan melayu bukan anak negeri.

so it cuts both ways, baik tanah milek orang melayu dan bukan melayu kelantan.

2. saya mengatakan itu adalah satu pandangan jauh pemimpin terdahulu kerana cuba kita lihat pemilekan tanah-tanah orang melayu dinegeri-negeri lain terutamanya dikawasan-kawasan bandar. Tinggal berapa kerat je lagi yang jadi milekorang melayu.



Jadi, saudara kata faktor kenegerian itu adalah lebih utama dari faktor Islam? Begitu?

Agak pelik jawapan yang diberikan oleh saudara ini kerana ia bertentangan dengan pendirian kepimimpinan negeri Kelantan itu sendiri yang menolak perjuangan kebangsaan dan politik berdasarkan suku dan kaum.


wak jerman,


Saya tidak tahulah dengan saudara tapi bagi saya Islam menuntut umatnya berusaha gigih & sentiasa bekerja kuat. Saya yakin andai kita mengikuti tuntutan Islam ini, kita umat Islam pasti jadi umat yang kuat dan tidak perlukan lagi "protective law" untuk menjaga kepentingan kita.

Yang jadi masalahnya sekarang ialah kerana kegagalan kita dari memenuhi tuntutan Islam ini. Ramai dari kalangan kita terutama orang Melayu yang malas bekerja. Banyak membuang masa melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sering salah menyalahi sesama sendiri. Bersifat dengki diri. Tidak mencintai ilmu dan paling ketara mereka sering bersikap hipokrasi; hanya nampak salah orang lain tapi tidak pada diri sendiri.

Kita kata Islam itu adalah "a way of life" atau satu cara hidup. Tapi apakah "a way of life" yang betul ini membenarkan "protective law" dan menafikan persaingan terbuka.

Amat memalukan apabila kita kata Islam mengajar umatnya melakukan diskriminasi dan menjadi penakut untuk bersaing secara terbuka. Kita bolehlah terima akan perkara ini kerana kita banyak mendapat manfaat darinya, tapi apakah kita pernah terfikir akan pendapat orang bukan Islam yang tidak boleh terima perkara ini sebagai satu yang adil.
Apakah kita sudah lupa janji kita kepada Allah swt bahawa kita akan membuktikan bahawa Islam itulah jalan yang benar dan yang terbaik pada umat manusia?

Kita boleh kata faktor sejarahlah yang menyebabkan kita masih gagal memenuhi tuntutan Islam ini. Tapi jika kita sedar bahawa kita masih tidak melakukannya dengan sempurna, jadi mengapa kita masih membuang masa bergadoh sesama sendiri dan tuduh menuduh sesama kita.

Politiking kita orang Melayu sekarang ini menjadi semakin mengarut dan lari dari landasan! Terlalu banyak sangat cakap tapi kurang dari segi kerja dan pencapaian.


Azmir
Kg Baru

pakbelalang said...

Malaysia now has 11.4 million registered voters


PUTRAJAYA: The country now has 11,381,193 voters after the latest supplementary electoral roll, which contains 191,970 names, was gazetted, the Election Commission (EC) said.

Its registration panel chairman Datuk Zainal Abidin Mat Said said the EC had struck off 58,303 names in the latest roll including the names of those who had died.

Meanwhile, he said there was a huge increase in the number of new voters registered this year compared to last year, with an average of 85,000 new voters registered in each quarter.

He said there were still 2,241,565 people who had already reached their voting age but had yet to register as voters.

comment:

Dari jumlah tersebut diatas berapa peratus agaknya jumlah orang Melayu yang telah mendaftar sebagai pengundi?

Harap orang Melayu sedar akan pentingnya mendaftar sebagi pengundi.

Adalah amat malang sekali jika orang Melayu yang telah layak mendaftar sebagai pengundi ambil sikap tak peduli untuk mendaftar.

Fikir-fikirkanlah akan akibatnya nanti. Aleh-aleh kuasa politik orang Melayu ditenggelamkan tanpa disedari.

saji said...

Sdr Hik -Hik-Hik

Kita (orang Melayu) kena lihat tindakan MB PAS di Negeri Kedah mengenai kuota perumahan itu walau pun dianggap satu tindakan politik, berbanding dengan agama, tetapi ia dapat menjaga kepentingan orang Melayu di Negeri Kedah yang tidak dilakukan oleh MB2 Umno sebelumnya. Bukan begitu?

Namun begitu, jika kita kaji dari sudut perundangan Islam Masaih Mursalah (perkara2 yang tiada dalil yang jelas dan nyata dalam al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias mengenai kuota perumahan tersebut yang boleh diijtihadkan) ia masih ada kaitan dengan tindakan agama dari segi menjaga dan memlihara kebaikan dan kepentingan masa depan masyarakat Melayu dan agama Islam di situ.

MalaysianKita said...

Saudara Affendi Hussain,

Saudara fikir, di peringkat akar umbi, di BAHAGIAN, orang-orang UMNO faham tak 30% ni?

Hemmm, kalu di Arab Saudi, syarikat enterprise pun wajib ada rakyat arab saudi. Tak pulak heboh seluruh semenanjug arab!

MalaysianKita said...

Hanezam said,

"Saya tidak kata perjuangan untuk Islam tidak akan menang. Saya kata, perjuangan Islam yang tidak berlandaskan perjuangan Rasulullah dan hanya mengikut logik akal semata-mata, selama-lamanya tidak akan menang".

Tiada pertentangan pendapat antara Saudara dengan saya di sini. Satu consensus tercapai.

Mana-mana perjuangan, samada ditampalkan dibelakangnya perjuangan Islam ataupun tidak, TETAPI tidak berlandaskan perjuangan Rasulullah SAW, BUKAN PERJUANGAN ISLAM NAMANYA. Perjuangan Islam wajib berlandaskan As-Sunnah dan Al-Quran, selain dari itu bukan perjuangan Islam.

KEKUATAN AKAL amat penting dalam mana-mana perjuangan. Sembahyang sahaja tak cukup,kekuatan akal kena tip-top!

Sila rujuk tulisan OKJ mengenai Perang Badar. Perang Uhud juga sama, Nabi saw bermesyuarat denga para sahabat "bertahan di kota Madinah ATAU menyerang luar kota Madinah". STRATEGI memerlukan KEKUATAN AKAL. Perang Khandak, yang mengesyorkan Nabi bina parit adalah Salman Al-Farisi berasal dari Parsi, bukan Bangsa Arab!

Kalau pejuang Islam bersandarkan kekuatan akal semata-mata, maka tiada bezanya pejuang islam dengan Pejuang Salib! Pejuang Islam, wajib bersandarkan kekuatan akal kepada TALI AGAMA ALLAH iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Mungkin saudara boleh cuba jawab soalan yang ini : adakah Daulah Islam itu selaras dengan konsep "nation state" ?

Konsep mana yang lebih utama?
Konsep Daulah Islam atau Konsep Nation State?

Anonymous said...

Saudara langitbiru dan saji,

Kuota perumahan adalah sebahagian dari sebuah konsep mesra/murni yang mana sasarannya adalah penyamarataan landskap kemasyarakatan. Menerusi konsep ini, segolongan masyarakat yang jauh ketinggalan dalam sesuatu bidang kehidupan (ekonomi, agama, pendidikan dll) akan mendapat pertolongan khusus dan dengan pertolongan itu diharapkan mereka dapat menyamakan kedudukan atau setidak-tidaknya, tidaklah terlalu jauh ketinggalan.

Kita boleh berbangga kerana dapat melihat dan merasai polisi seperti di No. 1. berada di depan mata meskipun dalam sebuah negra yang menurut definisi DAP adalah negara sekular. Kita boleh bersyukur kerana dapat melihat sebuah polisi yang memberikan kebaikan kepada ummah meskipun parti yang bercita-cita membentuk pemerintahan 'versi Islam penuh' bersama DAP dan PKR masih belum mendapat lampu hijau dari para rakan untuk memulakan perjalanan ke arah itu.

Tidak ada satu bangsa di dunia yang memepertikaikan hasrat murni di sebalik sebuah usaha menjadikan bangsanya berdiri sama tinggi dengan lain-lain bangsa yang pada kedudukan berdiri telah tersedia tinggi. Ironinya di sini sudah ada MP muslimah yang mengajak NGO Islam berdebat mengenai polisi yang seumpama itu walhal agenda sebenarnya adalah untuk menunjukkan yang dia adalah pejuang yang buta rentas kaum.

100% komentar yang menggunakan nama bukan Islam jelas menolak pendekatan afirmatif tetapi memilih pendekatan meritokrasi. Dari segi politik, terikini, 80% orang bukan Islam memasang impian melihat DAP memijakkan kaki di Putrajaya dengan menumpangi usaha Pas dan PKR. Sekiranya impian itu termakbul, besar kemungkinan terkuburlah konsep-konsep yang selari dan mesra agama.

100% komentar yang yang menggunakan nama orang Islam tetapi menerusi lenggok bahasa menggambarkan mereka itu adalah orang Islam Pas, PKR atau DAP, telah juga secara terang dan jelas menolak konsep afirmatif sedia ada dan dalam masa sama menyokong pendekatan meritokrasi. Apa maknanya dan apa kesudahannya?

Anehnya, di dalam blog DAKJ masih ada mukmin (yang mahukan Pas menguasai Putrajaya), terus berlakon seolah-olah mereka tidak bersetuju dengan kesemua pendapat mukmin DAP, PKR dan PAS, yang terang-terangan mahukan meritokrasi penuh - yakni menolak peruntukan kuota itu dan ini).

Hik...Hik...Hik

affendi hussain said...

"Saudara fikir, di peringkat akar umbi, di BAHAGIAN, orang-orang UMNO faham tak 30% ni?" -
Sdr Langitbiru,

'Bahagian' dah tentu lah paham..mereka sendiri 'ahli kelab 30%'..
yg tak paham dan dipahamkan adalah 'cawangan' ke bawah..

Kat negara Arab lain ceritanya, %penduduk Arab >80%..siapa berani bising & kurang ajar dgn pribumi di sana..

Mana ada org berani usung penyapu besar atau buat kurang ajar dgn Melayu
di Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu..

("/)

saji said...

Sdr langitbiru

Sdr antara lain berkata, KEKUATAN AKAL amat penting dalam mana-mana perjuangan. Sembahyang sahaja tak cukup,kekuatan akal kena tip-top!

Saya setuju. Tetapi dianggap lebih jelas dan berkesan jika frasa 'kekuatan akal kena tip-top' itu digantikan dengan frasa 'tahap pemikiran yang ditarik hingga hadnya atau stretch to the limit', seperti yang saya bincangkan sebelum ini, yang mana berdasarkan pengalaman saya menyelesaikan masalah ali-baba kontrak dan kronisme di negara ini dari sudut amalan kontrak pembinaan Barat dan Islam, ia hanya boleh dicapai jika ada kemampuan untuk menguasai ilmu ukhrawi/agama dengan ilmu duniawi/moden berkaitan sekali gus, atau jika dikaitkan dengan penyelesaian masalah cara Islam ada kemampuan menganalisis dan merangka sesuatu masalah untuk dicari jalan penyelesainnya yang perlu dimulakan dengan analisis masalah menggunakan pandangan mata dan akal atau logik akal/sains yang kemudiannya digabungkan dan diakhiri dengan analisis masalah menggunakan pandangan mata hati iaitu kajian menyeluruh dan sepadu.

azhar said...

salam Dato

sudah tiba masanya orang melayu dan bumiputra merancang untuk mentadbir sendiri negara ini.

kita memang telah merdeka dari penjajah tapi belum merdeka dari apa yang ditinggalkan oleh penjajah.

15 hingga 20 tahun akan datang orang melayu dan bumiputra akan mejadi mojority disemua negeri dimalaysia.(Warganegara)

langkah pertama perlu dimulakan dari sekarang.

satu parti asas melayu/bumiputra sahaja perlu di bentuk khusus untuk tujuan tersebut.

pada pilihanraya akan datang sebagai permulaan dan pengenalan kita bertanding disemua kawasan yang calonnya terdiri bukan bumiputra.tak kira calon itu dari parti mana dan bilangan pengundi bumiputra kawasan itu.yang penting setiap bumiputra dapat mengundi bumiputra.

saya yakin melayu dan bumiputra dapat memerintah malaysia tanpa bukan bumiputra dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang.

ingat negara kita negara demokrasi siapa menang di perintah.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Whatever it was,PAS will not united with UMNO,understand? As far ass I am concerned "UMNO can go to hell".We are not interested with forked tongue people.More slithery and venomous than the most poisonous snake.We turned our back a little bit,we will be stabbed point blank.

UMNO and PAS are two different race albeit a shared genes.Enough is enough with what UMNO jad done to us all these years.

I hope to live long enough to see UMNO destroyed in front of my eyes.Malaysia will be a better place without UMNO

Wira said...

Dato yg berilmu,

Apakah daya saya sebagai orang melayu yg sentiasa di perkotak katikan oleh bangsa2 lain di negara yg dulunya aman dan sejahtera. Melainkan melepaskan tension di blog dato ni.

Benar kata dato dlm hal ini. Sebahagian besar pemimpin2 kita yg ada sangatlahlah lemah. Kita masih ada kuasa politik gunakanlah dengan bijaksana. Bodoh biarlah berpada-pada, tapi kalau dari dulu sampai sekarang masih bodoh juga maknanya kebanyakan pemimpin2 kita yg ada dilahirkan adalah bayi down syndrome. Muka dan perangai semuanya sama, bodoh2 gitu. tidaklah niat saya untuk menghina mereka yg down syndrome.

Tapi kebanyakan pemimpin2 kita yg ada sekarang dari semua parti penglipulara politik tanahair semuanya terkena penyakit down syndrome. Bodoh dan bebalnya ditambahkan lagi dengan ketakutan hilang kuasa dan wang ringgit menyebabkan kelakian mereka termasuk semuanya ala2 mak nyah selepas dioperasikan menjadi perempuan.

Kalau beginilah saya harap Tun Mahathir berpolitik semula dan jadi PM.

Wira said...
This comment has been removed by the author.
hanafi said...

17. Bila masyarakat bukan Islam mula menampakkan sokongan mereka kepada pelaksanaan syariat islam, maka umno sebagai sebuah parti yang pragmatik akan turut menyokongnya..., kerana dasar pragmatiknya membolehkan ia berubah mengikut kehendak suara ramai bagi mempastikan partinya akan terus mendapat sokongan rakyat.

18. Apabila umno bersedia untuk menyokong pelaksanaan syariat Islam sepenuhnya...., maka ketika itu InsyaAllah bukan sahaja umat melayu dan Islam akan bersatu, malah kaum bukan melayu yang belum islam juga akan bersama-sama kita bersatu tanpa rasa syak wasangka apabila mereka dapat melihat dengan jelas keadilan syariat Islam.

19. Umat Islam tak perlu bimbang, kerana segala keputusan politik yang diambil oleh PAS telah dibincang dengan teliti oleh Dewan Ulamak dan Majlis Syura serta dibahas semasak-masaknya oleh Lajnah Politik…., supaya segala keputusan yang dibuat adalah demi kepentingan umat Islam dan yang lebih penting ianya tidak bercanggah dengan kehendak islam. Oleh kerana itu, hujah yang mempersoalkan kenapa PAS bersetuju untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum hudud dalam PR sekarang ini tidak timbul, kerana ini hanya akan membantutkan usaha untuk menggantikan BN bagi mentadbir negara!

hanafi said...

20. Hujah yang mengatakan bahawa DAP akan memerintah negara jika BN & umno tumbang adalah cerita dongeng yang dicipta umno sebagai propaganda untuk menakut-nakutkan umat Islam supaya tidak menyokong PR. DAP pasti tidak akan mengetui pemerintahan kerajaan PR walaupun ditakdirkan memenangi semua kerusi yang dipertandingkan. Ini adalah kerana DAP hanya akan bertanding di 46 kawasan parlimen sahaja. Jika umno tewas, yang akan menang ialah PAS/PKR(calon melayu)...bukannya DAP! Jadi, jumlah kerusi yang dikuasai oleh orang melayu tak akan terjejas, malah akan bertambah kerana beberapa kerusi BN yang ditandingi MIC dan MCA (kawasan majoriti melayu) akan ditandingan oleh calon melayu samada oleh PAS atau PKR.

22. Selepas pilihanraya ke13, jika ditakdirkan umno menjadi pembangkang, mereka(umno) akan menjadikan isu hudud sebagai senjata utama! Ini tentunya akan menggugat kerajaan PR...! Keadaan ini adalah suatu yang positif kerana ianya akan menjadi sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses Islamisasi dalam perundangan negara..!

23. Mengenai Karpal Singh..., tak perlulah dibimbangkan. Beliau adalah seorang peguam dan pejuang demokrasi di Malaysia. Beliau bercakap mengenai perlembagaan persekutuan berdasarkan undang-undang. Demikian jugalah dengan Zaid Ibrahim, mereka berhujah berdasarkan realiti perlembagaan sekarang. Tapi bila suara ramai inginkan supaya perlembagaan dipinda untuk memberi laluan kepada pelaksanaan hudud...., Insya Allah mereka tidak akan membantah! Sama-samalah kita berdoa supaya Allah swt memberikan taufiq & hidayahNya kepada semua kepimpinan DAP dan BN untuk menerima Islam sebagai agama atau sekurang-kurangnya mereka tidak akan menghalang usaha untuk mengkanunkan syariat Islam sebagai undang-undang negara! ……ALLAHUAKBAR!!!

hanafi said...

1. UNTUK MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD DI MALAYSIA, kita perlu meminda perlembagaan persekutuan dahulu....., supaya mahkamah syariah dinaikkan (diiktiraf) untuk membicarakan kes-kes jenayah. Sekarang ini mahkamah syariah hanya boleh menyelesaikan kes-kes keluarga Islam dan harta pesaka orang Islam sahaja.

2. Pindaan perlembagaan juga perlu dibuat bagi memperuntukkan kadar hukuman sejajar dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam al Quran. Sekarang ini perlembagaan malaysia hanya memperuntukkan denda/hukuman kepada mahkamah syariah; penjara tidak lebih dari tiga tahun, denda tidak lebih dari RM5 ribu dan sebat tidak lebih daripada 5 kali sebatan! (bukankah ini suatu penghinaan kepada hukum Allah & umat Islam?)

3. Untuk meminda perlembagaan, diperlukan suara dua pertiga ahli parlimen bagi menyokong usul tersebut. Dan untuk mendapatkan dua pertiga suara di parlimen bukanlah suatu perkara yang mudah. Bagaimanapun tidak mustahil untuk memperolehinya jika kita merancang strategi dengan betul dan berusaha bersunguh-sungguh melaksanakannya di samping berterusan berdoa....., Insya Allah kita pasti berjaya!!

4. Jika pas menyertai umno dalam BN, agak mustahil untuk mendapat majoriti dua pertiga. Ini kerana umno sendiri bukan sahaja menolak hukum hudud, malah mempertikaikan perinsip keadilan, kesaksian dan keberkesanan hukum tersebut!

hanafi said...

8. Olehkerana menyedari hakikat inilah, maka PAS yang dikemudikan oleh kepimpinan ulamak dan telah diperhalusi dari segi hukum oleh Majlis Syura Ulamak (bagi mempastikan setiap tindak tanduk PAS tidak melangkahi batas-batas hukum agama), telah membuat keputusan untuk menjalinkan persefahaman dengan PKR dan DAP.

9. Ada beberapa kebaikan bagi umat islam di malaysia dengan berlangsungnya persefahaman antara PAS, PKR dan DAP. Pertamanya kita dapat mempastikan bahawa DAP tidak akan bertanding di kawasan majoriti melayu..., kerana jika DAP bertanding di kawasan majoriti melayu 60%, berkemungkinan DAP akan menang! Perkara ini pernah berlaku di selangor dalam tahun 1969 dahulu yang mengakibatkan selangor hampir-hampir ditawan oleh DAP....! Ekoran dari keadaan itu jugalah yang menyebabkan PAS membuat keputusan untuk menyertai ’kerajaan campuran’ yang kemudiannya bersama menyertai BN yang dibentuk selepas itu semata-mata untuk menyelamatkan kerusi majoriti melayu dan berhasrat untuk memperbaiki kerajaan dari dalam!

10. Bagaimanapun oleh kerana pengkhianatan yang dilakukan oleh umno untuk menguasai kelantan...., maka PAS telah ditendang keluar dari BN dan mereka merampas kuasa pemerintahan PAS di kelantan bila mereka mengistiharkan undang-undang darurat di kelantan....!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).