Monday, September 13, 2010

Azmin Lawan Zaid, Anwar Dalam Dilema

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

LAPORAN media massa mengatakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim (Datuk Seri) tidak mahu namanya diheret ke dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti itu.

Perebutan jawatan parti itu dijangka sengit jika pertempuran yang diuar-uarkan antara Naib Presiden Mohamed Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat Mohd Zaid Ibrahim untuk kerusi Timbalan Presiden terjadi.

Jawatan Timbalan Presiden menjadi rebutan berikutan keputusan penyandang, Dr Syed Husin Ali, tidak mempertahankannya.

Walaupun laporan media massa memetik Zaid sebagai membandingkan situasi beliau dengan cabaran terhadap Allahyarham Abdul Ghafar Baba (Tun) dalam pemilihan Umno tahun 1993, saya rasa ia lebih menyerupai pertandingan antara Musa Hitam (Tun) dengan Tengku Razaliegh Hamzah untuk jawatan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1982.

Dalam pertandingan itu, Musa mendapat “endorsement” Allahyarham Tun Hussein Onn dan disokong oleh bakal Presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lebih sedikit satu dekad kemudian, Anwar melancarkan cabaran terhadap Abdul Ghafar Baba (Tun) untuk jawatan Timbalan Presiden Umno. Walaupun Presiden Umno waktu itu, Dr Mahathir mahu status-quo dikekalkan, namun Anwar tetap mencabar Abdul Ghafar atas alasan ia adalah kehendak perwakilan bahagian.

Abdul Ghafar akhir mengundurkan diri daripada pertandingan. Apakah Mohd Zaid juga akhirnya menarik diri atau ditolak oleh perwakilan?

Jika perebutan jawatan Azmin-Zaid berlaku seperti diramalkan, Anwar akan menghadapi dilema kerana beliau, sama ada secara tersurat atau tersirat, terpaksa membuat pilihan demi parti dan peribadi.

Jadi tidak hairanlah kalau di permukaannya Anwar tidak mahu dikaitkan dengan pertandingan itu atau mengisytiharkan sikap berkecualinya. Namun semua orang tahu betapa akrab dan intimnya perhubungan antara Anwar dengan Azmin.

Azmin adalah “backroom boy” Anwar yang cukup berpengaruh ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tetapi pada masa yang sama dicemburui oleh banyak pihak kerana dia dituduh terlalu mengongkong dan melindungi Anwar dalam kapasitinya sebagai pembantu khas.

Hubungan simbiotik ini, pada pandangan saya, sukar digugat. Walaupun secara tersurat Anwar tidak mahu memihak atau enggan diseret ke dalam perlawanan Azmin-Zaid, namun secara yang tersirat Azmin adalah pilihannya.

Tetapi Anwar tidak pula boleh sewenang-wenangnya mengatakan “tidak” kepada Zaid kerana bekas Menteri Kabinet Abdullah Ahmad Badawi itu adalah antara tangkapan terbesar PKR selepas pilihan raya umum 2008.

Apatah lagi pada saat PKR sedang mengalami ujian kesetiaan selepas peletakan jawatan beberapa orang Ahli Parlimen, Adun dan kepemimpinan pusatnya baru-baru ini.

Serentak itu, saya juga yakin, Anwar cukup kenal siapa Zaid dalam kerangka politik kontemporari kerana Anwar pernah menjadi ketua Zaid dalam Umno.

Jadi, dalam suasana yang penuh “tipu helah” ini, adalah tidak memeranjatkan apabila Zaid dilaporkan mendakwa bahawa wujud taktik kotor untuk menjejaskan peluang beliau bertanding dalam pemilihan PKR yang akan berlangsung Oktober dan November ini.

Portal berita Malaysian Insider pada 10 September melaporkan yang sekumpulan 20 Ahli Parlimen PKR serta majoriti Ahli Dewan Undangan PKR Selangor dan Negeri Sembilan telah menyatakan sokongan kepada Azmin untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu dan menolak dakwaan bahawa Azmin menyerang Zaid.

Namun PKR harus diberi pengiktirafan kerana melaksanakan sistem pemilihan langsung yang dijangka memberi peluang kepada lebih kurang 400,000 ahli di 218 cabang pemilihan barisan kepemimpinan.

Jadi soal Zaid atau sesiapapun tidak mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding tidak timbul. Sekarang hak terletak di tangan ahli akar umbi yang mungkin lebih mengenali dan mengiktiraf Azmin sebagai antara pengasas utama gerakan reformasi Anwar.

(Saya minta pembahas TOLONG BERHATI-HATI apabila mengulas mengenai Zaid sebab dia sedang menyaman saya kerana tulisan saya dalam Blog ini. Kes itu sedang dalam proses pertimbangan oleh mahkamah.)

Pada pendapat saya, pemilihan kepemimpinan PKR kali ini akan mempamerkan pergelutan antara kepemimpinan asal parti itu yang diwakili oleh Azmin dengan kelompok pendatang baru yang diwakili oleh muka-muka seperti Zaid, Abdul Khalid Ibrahim dan Chua Jooi Meng.

Kemenangan kumpulan pertama akan mengekalkan semangat reformasi parti itu manakala kemenangan kumpulan kedua akan menjadikan PKR lebih longgar dan kelabu (grey) daripada aspek perjuangan dan prinsip.

24 comments:

Mordecai Kucai said...

Membandingkan diri dengan Ghaffar?

Dalam diam hendak meletakkan diri di tempat tinggi yang Zaid sendiri belum pernah tercapai.

Ghaffar siapa? Apa jasanya? Bagaimana kesetiaannya? Apa kelulusannya?

Ghaffar berakar 'tunjang' di UMNO.

Zaid? Hanyalah akar pokok tot yang memang tak bertunjang di PKR.

Jika Sukan SEA pun tak menang janganlah bandingkan diri dengan pemenang pingat emas sukan olimpik.

Cermin lah diri itu. Suluhlah kecermelangan sejarah politik sendiri berbanding Ghaffar.

Kalau Anwar boleh meracun akar tunjang, pilihan ditangannyalah untuk dengan mudah kencing akar tot.

Anonymous said...

DAKJ,

I dont want to put any body down. But being an old former disillusioned Anwarite, I am for Azmin anytime. He's not brilliant, but his loyalty to the boss in unquestined. He makes a good number two better than S Husin Ali, a dear dear friend of mine. Figuratively speaking I put my money down on Azmin.

ExMCKK'71

abdullahngah said...

Zaid Ibrahim yang saman hudud dulu itu digelar "wira" oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diletak bertanding dalam piliharaya kecil parlimen Hulu Selangor.

Azmin belum ada sebarang gelaran setakat hari ini. Cuma beliau merupakan orang sangat berjasa kepada Anwar Ibrahim.

Apa yang diperkatakan bahawa dia tidak campur tangan dalam pertandingan itu suatu yang wajar, kerana ia terserah kepada perwakilan yang membuat keputusan.

Suara Anwar miskipun masih ada power dalam PKR, tetapi tidak sama semasa beliau berada dalam umno dulu, lebih lebih lagi ketika bertanding jawatan perherakan ketua pemuda.

Kita kena ingat Anwat boleh buat Ghaffar Baba angkat tangan dan mustahil kalau tidak dipecah dan didakwa Tun Mahathir juga turut kecundang jika berlaku pertandingan jawatan presiden umno.

Mahu tidak mahu Tun Mahathir dan kucunya terpaksa memecat dan mendakwa atas satu dakwa yang tak masuk akal yang disifat macam macam boleh berlaku jika dirancangan dengan agenda jahat.

Sama ada Anwar diam atau tak masuk campur langsung dalam perebutan jawatan timbalan presiden yang dikosongkan dan dikatakan penuh dilema ini merupakan perkara biasa pernah berlaku dalam mana mana parti politik, terutama sekali umno yang sering haru biru apabila berada didalam musim permilihan jawatan, termasuk tidak kurang juga yang terbabit dengan politik wang yang dihalalkan oleh umno.

oleh kerana orang PKR adalah kebanyakannya orang umno maka tidak mustahil akan berlaku politik wang untuk merebut jawatan itu nanti, lebih lebih bagi mereka yang banyak wang.

keris pati said...

Zaid di julang semasa meninggalkan UMNO kerana Anuar mahukan org UMNO itu saja bagi Zaid Ibrahim kalau dalam UMNO tak dilayan apatah lagi dalam PKR bagi jawatan sebab hadiah meninggalkan UMNO itu saja kalau lebeh lebeh mana tuan rumah nak bagi PKR kan banyak flip plop duduk dalam UMNO buat hal nah sekarang dah terkilan org yg setia dengan Anuar masih tunggu jawatan yg tinggi dalam PKR mana muking bagi pada Zaid yg baru setahun jagong dalam PKR kalau zaid bertanding juga aku harap Zaid akan kalah teruk dan muking politik nya akan hancur dek perbutan kuasa dalam PKR.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.

Kita perhatikanlah sahaja bagaimana PKR mengendalikan urusan mereka. Kita lihat samada ianya professional atau pun macam lain- lain parti politik juga.

Sebagai pengundi yang celik kita akan memilih mereka-mereka yang berwibawa dan bukannya yang bercakap berdentum-dentum dan membuat janji-janji yang tidak ditunaikan.

Malang sekali PERKASA yang pada mulanya didukong ramai ahli UMNO dan dengan itu ketua-ketuanya dengan tidak berselindung menghentam orang Melayu dari parti lain sekarang ini di jauhi oleh UMNO pula.

Inilah akibatnya jika kita tidak dapat memisahkan pendirian kita dari aliran politik yang kita anuti bila memperjuangkan agenda ugama dan anakbangsa dengan penoh keikhlasan.

Masalahnya sekarang samada kita masih ada masa mendapatkan satu organisasi yang dapat mengetengahkan agenda Melayu dengan menerima semua orang Melayu dengan tidak mengambil kira pendirian politik mereka.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya

Tinta Hitam said...

Datuk,

Soal siapa menjadi pemimpin ni tidak sepatutnya menjadi masalah.Pemimpin ditentukan oleh perwakilan didalam perhimpunan agung.Dah tentu ada yang akan dididik untuk mengganti pimpinan sediada.Agar peralihan pucuk pimpinan berjalan lancar.

Tetapi perwakilan bebas memilih siapa shj yg mereka suka tanpa ada rasa tekanan atau disogok dgn kebendaan.Selagi ahli ahli bebas memilih siapa shj yg mereka suka tiada masalah timbul.Tiada "rumah siap pahat berbunyi".

KUaliti inilah yg tiada didalam UMNO.UMNo penuh dgn segal mcm tekanan kepada perwakilan.Tekanan yg plg hebat bukan diletakkan batu berat atas perakilan UMNO spt kafir Quraish buat pd Bilal bin Raba' tetapi diletakkan sampul wang yg berat,tiket kapal terbang,kontrak kontrak lumayan kerajaan.Semuanya bear berat belaka.Lebih berat dari batu yg dihempap kedada Bilal Bin Raba'.INI yg menyebabkan perwakilan UMNO tersiksa didalam dewan berhawa dingin serba mewah PWTC tu.They at at last succumbed to the tortures...hmmm

MalaysianKita said...

Sistem Pemilihan Langsung dan Sistem Pemilihan Perwakilan ada baik buruk masing-masing.

Dalam keadaan situasi sekarang, melihat kepada pengalaman UMNo, ada baiknya Sistem Pemilihan Langsung diaplikasikan, dalam mana-mana parti politik, khususnya UMNO. UMNO punya 3.5 juta ahli, tetapi pemimpin dipilih oleh 2500 perwakilan, menjadikan rasuah politik atau politik wang menentukan kemenangan calun-calun bukan berdasarkan kredibiliti karismatik calun.

Perwakilan sepatutnya adalah orang yang terpilih untuk diberi amanah memilih sebaik mungkin. "Orang yang terpilih" adalah orang yang benar-benar arif tentang kepimpinan organisasi dan tentang kemaslahatan organisasi. Akan tetapi, "orang yang terpilih" ini terlebih dahulu melobi juga menggunakan kekuatan wang, maka yang terpilih ini sebenarnya tiada nilai peribadi dan jati diri yang tinggi.

Ini sudah jadi berakar umbi yang kuat dan teguh dalam UMNO. Sebenarnya juga, tiada mekanisma atau jalan untuk mengatasi politik rasuah dalam pemilihan pemimpin UMNO. Maka lahirlah pemimpin yang tiada kualiti dan jati diri. Lahirlah pemimpin yang kelu lidah untuk berkata menegur pemimpin atasan. Lahirlah pemimpin yang hanya mengangguk kepala apa saja kata pemimpin atasan.

ATAS KELEMAHAN INI LAHIRLAH PERKASA, BEKAS-BEKAS PEMIMPIN UMNO YG TIADA TEMPAT DALAM UMNO, BERTERIAK SAKAN MELAUNGKAN AGENDA, YANG DULU SEMASA DALAM UMNO, MEREKA SAMA SAJA DENGAN PEMIMPIN UMNO HARI INI. YANG PENTING DALAM UMNO DAN PERKASA ADALAH PERJUANGAN KEPENTINGAN DIRI YANG DISANDARKAN ATAS NAMA PERJUANGAN MELAYU.

Beranikan UMNO melaksanakan Pemilihan Secara Langsung?

Setinggi-tiggi tahniah kepada Pasukan Polis yang dapat merungkai misteri kehilangan Sosilawati dan rakannya.

Seikhlas Takziah kepada semua ahli keluarga arwah-arwah, semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

norzah said...

Konsep keadilan biar akar umbi memilih ketua- direct voting- adalah baik. Biarlah ahli-ahli yang menentukan siapa lebih diyakini, bukan ikut kehendak orng atasan. Tiap-tiap calun ketua ada kekuatan dan kelemahannya yg org atas mungkintak nampak.

jab sp said...

Salam Dato'
Seingat saya Dato pernah meminta komen yang dibuat biarlah punya nilai dan menunjuk kemampuan untuk berhujah.Malangnya ada manusia seperti hahn yang mungkin tidak merayakan Aidil Fitri kerana ia bukan sebahagian dari perayaannya bermula sebagi komen pertama dengan komen yang naif sekali.
Manusia yang tidak faham bahasa ADAT dan bahasa Melayu sebenar(umpama bahasa adat dalam agama dengan hukum fikah yang kerap jadi ulasan tok guru,ini kafir,itu kafir)sebenarnya tidak nampak apa yang orang lain perkatakan.Hanya kebencian yang berada dalam dirinya menyebabkan ia akan berfikir dan berkomen diluar kotak mindanya yang sebenar.
Dato
PKR adalah parti politik.Dan tempias politik terpaksa dilalui olih Anwar.Manusia politik berharap pada penyokong dan dikala inilah selalunya penyokong akan membawa rebah.
Ketewasan Azmin atau Zaid tidak akan memuzaratkan PKR tetapi ketewasan Anwar pasti akan melumpuh dan menghancurkan Anwar.
Ini kerana yang menghidupkan Anwar sebab dibantu oilh kekuatan PAS,dan tanpa PAS,Anwar atau PKR juga tak hidup.

SA Rahim said...

Pemilihan kepimpinan PKR memang menarik. Antara Azmin dan Zaid saya kurang nampak kemampuan kepimpinan mereka. Azmin walaupun sudah lama dalam PKR tetapi apakah bentuk kepimpinan, pendapat, hala tuju politiknya tidak jelas. Zaid orang kecewa UMNO lari ke PKR ingin memmimpin parti yang baru diceburinya. Susah sedikit. Zaid bukan pemimpin semula jadi beliau berkuasa kerana ada nama dan wang. Sebab itu dalam UMNO sendiri beliau tidak boleh pergi jauh. Pada saya kedua-duanya tidak nampak kalibernya untuk memimpin negara kalau ditakdirkan PKR berjaya ke Putrajaya

Anonymous said...

padan muka kau kena saman

-penyokong Datuk Zaid

pakbelalang said...

Simple conclusion.

Dua-dua tak boleh pakai !!!!

I am not bothered so much. I have already written-off both of them. Politically, I don't "fancy" them.


My personal opinion there is nothing much to acknowledge them as political force to be reckon with. I don't have high respect for both of them as political leaders. Tak ada oomph !!!!

Zaid tak ada prinsip seperti kacang lupakan kulit !!! Azmin hanya berpaut kat Anwar!!

abd rahim said...

Y.bhg Dato,
Biaq pi depa lawan sampai mampuih.Kedua-dua jadi kaya kerana UMNO tetapi hari ni depa kecing merata jalan konon UMNO jahat dan tak adil.
2. Depa akan buat apa saja untuk temolok depa sampai perut buncit. Depa sanggup tengok bangsa Melayu berpecah. UMNO berjaya satukan Melayu dan menerajui politik Negara sehingga orang Melayu berjaya berada segenap bidang .
3. akhirnya depa jadi pencacai dan mencanangkan agenda poltik Anwar yang kotor lagi busok serta meloyakan. Satu hari nanti depA akan sedar kesilapan mereka dan sudah jadi bubor yang busok.
4. Semoga kedua-dua mereka hancur dalam poltik negara ini. Mereka adalah duri dalam daging bangsa Melayu.
Selamat Raya maaf zahir batin.

iklas,
Rahim

saji said...

Salam Dato'

Kalau naik pakai lift turun ikut tingkap.

Dalam parti mana pun pemimpin yang naik cepat akan turun cepat. Tak perlu saya bagi contoh2nya.

Othman Ab Majid said...

Assalamualaikum, setelah saya membaca semua tulisan diatas, saya nak buat sikit rumusan disini.

Pada pendapat saya inilah kebolehan orang melayu, hanya pandai menulis tapi tak pandai merialisasikan apa yang mereka tulis, pandai memberi komen hal orang lain. Apakah tuan-tuan sedar bangsa kita sudah berpecah?, Adakah terlintas dikepala tuan-tuan bagaimana cara untuk menyatukan bangsa mulayu, sudahlah!!!!, janganlah menyuarakan pendapat-pendapat yang negatif serta mengapi-apikan mengenai seseorang, kan lebih baik memikirkan tentang perpaduan bangsa, kita kena fikir kedudukan/tempat untuk anak cucu cicit kita yang akan datang, Adakah tempat bagi mereka nanti?. Sekali lagi saya menyeru kepada semua penulis yang bijak pandai "INSAFLAH". SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Anonymous said...

YBhg Datuk Kadir,

Lawan tetap lawan. Harap-harap begitulah hendaknya perkataan yang terkeluar dari Datuk Zaid. Sebagai peminat apa jua pertandingan, saya menanti pertandingan ini dengan penuh debaran.

Antara perkara yang saya minat dalam pertandingan ini ialah:

1. Pemilihan terus dengan pemilihan perwakilan. Mana yang lebih praktikal di negara kita.

2. Politk wang (rasuah?), seperti yang didakwa menjadi amalan dalam UMNO.

3. Adakah biduk lalu kiambang bertaut.

Jangan tak jadi.

Melayu Lama.

saji said...

Salam Dato'

Partner firma guaman abang sulong saya ialah wakil rakyat Cina DAP Negeri Selangor yang kebetulan saya temuinya di Hari Raya pertama di rumah abang saya di Rahman Putra, Sungai Buloh.

Dalam berbual2 dengannya, beliau ada menyentuh Azmin yang, menurutnya, seorang yang pandai bercakap dan bijak berpolitik. Saya pun tahu. Yang saya tak tahu yang dia beritahu, Azmin banyak duit.

Siti Mardhiah said...

Yup the second group merbahayakan/menjahatkan orang baik* macam saya dan kawan-kawan saya, tapi masalah first group pula naif kampung,yang percaya cukup dengan niat suci murni untuk menang.Kalu kasi menang susah juga sebab benak kedahak, pandai tak bule ikut, bodoh tak bule ajar, dewa pilihan tuhanlah katakan kan. Kasi mereka menang samalah macam kasi patung Dewa Krishna, atau Tuhan Zues menang...ha ha ha.


* Orang baik means orang tak minum arak, tak berzina, tak suka hedonisme.

schenker78 said...

Blogger Mardhiah bte Mohd Yusoff said...

Yup the second group merbahayakan/menjahatkan orang baik* macam saya dan kawan-kawan saya, tapi masalah first group pula naif kampung,yang percaya cukup dengan niat suci murni untuk menang.Kalu kasi menang susah juga sebab benak kedahak, pandai tak bule ikut, bodoh tak bule ajar, dewa pilihan tuhanlah katakan kan. Kasi mereka menang samalah macam kasi patung Dewa Krishna, atau Tuhan Zues menang...ha ha ha.


Mardhiah, kenapa sungguh rasis dan mengutuk agama orang lain ???

Ada pepatah English,....
Don't do unto others what you don't want done to you.

Bila christian tertentu mengugut membakar Kitab, melukis kartun tertentu, ban Hijab dan Purdah, menghalang Pusat Islam di Ground Zero New York, jangan pulak melatah !!! Bila orang macam kamu melakukan benda yang sama terhadap agama Orang lain....

mo said...

Salam dato, Pemilihan yg akan dilalui pkr ?? Pilihan yg akan di pilih lansung dari perwakilan dan ini lah pembaharuan yg di bawa pkr . Tidak perlu dato risau sangat dgn pemilihan yg berlaku antara zaid dan azmin ??? Ketentuan dan kedudukan mereka di tentu oleh wakil. Siapa yg akan membawa mesej yg jelas dan progres untuk ahli dan rakyat/ sudah tentu mereka kan mendapat kelebihan. Tidak mungkn pemilihan pkr, nanti tidak lah seburuk oleh parti lain, yg penoh dgn penipuan, rasuah, mengunakan kuasa,. Dalam komen dato di atas apa yg maksudkan dato meramalkan pemilihan akan menjadi punca perpecahan pkr??? Sebenar dato ini adalah orang lama, mungkin dgn pengalaman yg cukup lama dalam mendokong umno bn, secara tidak lansung dato terbawa budaya umno dan meramal seperti apa yg telah dan sudah di alami dato sendiri. Seperti yg kita tahu pemilihan yg berlaku dgn umno, bn, pemilihan penoh dgn perkara yg tak ada bermarua, kita tengok hasil yg kita dapat wakil yg kurang berkampuan, jumut, arah tuju yg kurang mantab, inilah hasil dari peilihan yg kurap dan salah guna kuasa. DEngan ini berkemungkinan pemilihan yg di ada secara lansung oleh ahli akan menjadi lebih baik yg kita laku selama ini. dgn system yg terbaru di laku kan oleh pkr membawa kebaikan dan menghasilkan pemimpin yg berwibawa dan world class leader. Sekira pkr dapat merealisasi pemimpin yg rakyat mahu, bukan sahaja menguntung pkr, dan am untuk negara. Dalam system yg kita lazim ketahui semua parti yg ada di malaysia ini, di pilih secara terhad??? Yg kita perolihi pemimpin yg jemut. Jiwa juang yg sedikit, pendirian yg longgar. Kali ini sudah tentu dato tidak akn sekali lagi tidak menyiarkan komen saya. for sure. tq

eddy said...

Salam Dato', pada pandangan saya jika Azmin atau Zaid menjadi Timbalan Presiden tidak ada apa yang menguntungkan PKR pun.

Both do not have the strong leadership qualities that will take PKR forward as the party heads for the splits after the coming party elections.

I believe BN will be happy if either one wins the Timbalan Presiden PKR post. They will be easy meat and cannon fodder for the BN propoganda machine.

What PKR need is to bring forth capable young politicians like Nik Nazmi or Yusmadi, politicians with no UMNO political baggage to carry PKR long after Anwar and Azizah retire from the political scene.

Anonymous said...

Salam DAKJ serta para komentar semua.

Bagi saya, kalau kita bukan penyokong PKR maka biarlah sesiapapun yang akan menang sebab ianya tidak ada kena mengena dengan perihal politik kita.

UMNO juga jika tibanya proses pemilihan akan terdapat pelbagai cara bagi para pencalon untuk menang.

Jadi berbalik kepada kata saya tadi.. biarlah PKR dengan percaturan politik mereka dan kita dengan percaturan politik kita di luar PKR.

Yang penting, UMNO haruslah berubah dan sudi diubah. Jangan pula kita masih di takuk lama denga para Ahli Majlis yang protokolnya lebih tinggi dari Raja dan tiba2 menjelang pemilihan atau PRU, akan menjadi lebih mesra dari GRO dangdut.


Sekian.

1280-K Taman Malik

affendi hussain said...

Dato',

Sejak bila pula setaraf kisah Tun Ghafar?

Memang org yg ada krisis identiti ni jiwa kacau dan suka perasan diri..

Kalah PRK Hulu Selangor pun nak cabar di mahkamah walhal PRU13 bukannya lama lagi..

Peguam ni ego terlalu tinggi..yg rugi integriti diri sendiri..tak pernah ke muhasabah nilai diri sendiri dihadapan pengundi majoriti?

Tu pun Nik Aziz nak tatang bela org liberal mcm ni lagi.. sebab dia anak kelantan?

last2 habis org2 PR sendiri tibai Nik Aziz atas bawah depan belakang pasal hudud termasuk lah si Zaid ni..

Kalau ada yg kata Perkasa itu "UMNO reject"..ia hanya ceroi saja (istilah org kedah utk tahap kecairan rendah)..yg pekat nalla tu kat dlm PKR lah..jgn buat2 buta pulak..itu sah otak sengal namanya..

("/)

Tohmah bin Kutuk said...

Kedua-dua mereka bagus..memp-unyai latar belakang yg berbeza..dan pengalaman yg berbeza..
tp kes disini nampak sgt Zaid ade agenda..kalau tidak ape sebab nye die terus nak naek bertanding jadi org no2 pkr..
sedang kan dulu die kate die x de ape2 kepentingan...jgn kerana time UMNO dulu die org besar..die nk bawak budaya tu kat PKR.
furtermore,bukan nk ckp org baru x bagus org lame bagus..
andai kata DSAI kene tangkap?..mane hala tuju parti?..bg saya org itu harus la seseorg yg memhami perjalan parti..jatuh bangun parti..x yah jauh..mari ambl cth org baru yg x kenang budi langsung..Tan Sri Khalid tu??..ape die buat kat parti..siap ckp "kurang berminat" dlm parti..!@$#!@$ x sedarkah die bahawa parti yg meltakkan dia disitu..sudah la Zaid tidak sabar mengumumkan diri hendak bertanding sebelum Syed husin umum tidak mahu mempertahankan post die..
lepas tu nk same kan diri ngn |Ghafar baba plak tu?? Sedar diri la mr LAWYER!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).