Sunday, October 03, 2010

Dr Mahathir Masuk Hospital Di Australia

A Kadis Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 5 Septermber] -- Tun Dr Mahathir keluar dari Hospital Epworth, Melbourne, pada jam 9 pagi waktu Australia hari ini dan berpindah ke hotel berdekatan. Dia dilaporkan dalam keadaan ceria.

[MUTAKHIR, 3 September] --TUN Dr Mahathir akan berada di hospital di Australia buat beberapa hari lagi walaupun beliau bertindak balas dengan baik kepada rawatan, demikian kata Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff.

[Posting Asal]

SEPERTI ramai sudah maklum, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Hospital Epworth di Melbourne, Australia pagi semalam kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Bernama, beliau kini dirawat di wad biasa dan diberikan antibiotik dan menjalani fisioterapi.
“Keadaan Dr Mahathir adalah stabil dan beliau dinasihatkan supaya berehat. Beliau dijangka berada di hospital selama beberapa hari untuk pemantauan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir yang disertai isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Melbourne 1 Oktober untuk berucap di seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab Umno Australia Melbourne di Universiti Melbourne yang dijadualkan hari ini.

Sebelum ke Australia, beliau ke Kelantan untuk menyertai majlis hari raya Perkasa dan sebelum itu ke Negeri China untuk melawat sebuah masyarakat Islam di pedalaman negara itu.

Kita doakan dan ucap selamat kepada beliau agar segera sembuh.

Terima kasih.

53 comments:

Lebai pondok said...

walaupun sudah bersara dan lanjut usia namun sumbangan pada agama dan bangsa tidak pernah padam.Ini lah pemimpin contoh yang di anugerah ALLah pada kita di negara kita Tanah Melayu ini.Aku sedih kerana ada juga insan tergamak menghina TUN.Semoga TUN cepat semboh.

Anonymous said...

Marilah kita semua berdoa agar Tun Dr Mahathir cepat sembuh dan sihat semula. Beliau perlu banyak rehat selepas ini. Tapi mengenali beliau, Tun M pasti akan 'cergas' semula selepas sihat dengan aktiviti-aktiviti kesukaannya - blogging, ceramah, seminar, penulisan dan sebagainya. " We wish him all the best and may the road to recovery be speedy "

SYED OSMAN MANSOR

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya juga mendoakan agar Tun Dr Mahathir cepat sembuh.

Bercakap tentang Melbourne ni, ianya bandar kedua terbesar di Australia. Cuacanya sejuk nyaman ala-ala malam di Cameron Highland. Jaraknya lebih kurang 6.5 – 7 jam dari Malaysia dengan kelajuan purata 850 km/h. Kos kehidupannya adalah lebih murah sikit dari Sydney. Nasi goreng dengan air harganya AUD 8+2 (RM 30 ringgit). Sistem keretapinya murah dan cekap tapi teksinya mahal. Jalinan tremnya adalah yg terpanjang di dunia tapi memang convenience. Tiket sehari cuma AUD 4 (RM12), siap ada trem free lagi. Pemandanagan 12 Apostles dekat Great Oceon Road pun memang betul-betul cantik. Victoria Market yg telah ada semenjak tahun 1878 masih ada sampai hari ini. Yg bestnya, assesori motor superbike yg original rasanya memang murah dan saya sempat beli sepasang boot bersama sepasang glove. Sekian TQ.

Anonymous said...

Salam Dato'

Dengan penuh keikhlasan saya doakan kepada Allah semoga Yg Berbahagia Tun segera sembuh dan pulih seperti biasa agar beliau dapat meneruskan apa jua sumbang bakti yg amat diperlukan oleh rakyat dan negara pada masa ini.

Kehadiran dan pandangan Tun masih amat diperlukan,lebih-lebih lagi pada waktu yg kritikal ini.

Askar Tua

ajijasin said...

salam alaikum...
aku doakan agar Yang Dikasihi Ayahanda Tun Dr Mahathir,
akan segera sembuh dan kembali pulih kesihatannya...
marilah kita doakan agar
Yang Kita Kasihi Ayahanda Tun segera semboh...

YB Dt' Mukhriz, sahabat aku,
sampaikan salam aku kepada Ayahanda Tun dan Bonda Tun Dr Hasmah...

aku doakan agar Yang Dikasihi Ayahanda Tun Dr Mahathir segera sembuh dan dikembalikan kesihatan yang baik...
Amin...

saji said...

Salam Dato'

Sama-sama kita doakan dia selamat dan cepat sembuh.

yoko ono said...

good man.its time.

Orang Jerlun said...

Semoga Tun kembali sembuh dan berada dalam keadaan sihat walafiat. Amin.

njah50 said...

Semoga Allah swt memelihara Tun Mahatir yang dikasihi semoga diberi kesihatan yang berkekalan

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato dan semua,
Ya .. saya doakan agar negarawan kita Tun Dr Mahathir agar cepat sembuh dan dipanjangkan usia lagi.
Banyak jasa beliau yang tidak boleh kita nafikan terutama dari segi pembangunan Negara ini.
Kita sebagai manusia biasa tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan/dosa sama ada kesalahan/dosa kecil atau pun besar.
Dari itu lihatlah kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu melebihi segalanya.Terutama sekiranya kebaikan yg dilakukan adalah lebih besar/banyak daripada kesilapan seseorang itu.
Akhir kata sy doakan Sekali lagi agar Tun Dr.cepat sembuh dan bertambah sihat serta dipanjangkan usia.
Selamat Hari Raya Adil Fitri . Maaf zahir bathin terutama kepada Dato dan semua pembahas/pembaca blog2 ini.
ikhlas,

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Saya berdoa kepada Allah agar menyembuhkan keuzuran Tun Dr Mahathir. Harap-harap tidak melarat. Amin.

Di samping bersimpati, saya juga kagum terhadap Tun Dr Mahathir kerana di usia 80an, beliau tidak berhenti-henti menerima jemputan berucap di merata tempat samada di dalam mahupun luar negara. Maaf saya cakaplah, tidak ramai orang yang mempunyai semangat kerja seperti ini kerana kebanyakannya akan berehat atau membuat activiti-aktiviti ringan sahaja apabila sudah bersara.

Pada saya, sikap bekerja sedemikianlah yang membuatkan ramai orang kagum terhadap beliau termasuklah kaum Cina yang sememangnya dikenali sebagai rajin bekerja. Kaum kita sahaja yang susah nak kagum dengan sikap rajin Dr Mahathir ini.

Dulu semasa beliau menjadi PM, saya selalu tertanya-tanya samada Dr Mahathir ini tak demam ke? Tak “jet lag” ke? Hampir tiada berita melaporkan bahawa beliau uzur walaupun beliau begitu kerap melawat projek-projek di sana sini serta kerap ke luar negara. Maklumlah, perbezaan cuaca yang sedikit pun banyak kali memberi kesan kepada orang-orang yang kerap ‘travel’.

Seingat saya juga, Tun Dr Mahathir semasa memegang jawatan PM tidak pernah terlepas hadir di dalam mana-mana majlis perasmian yang beliau sudah sahkan untuk hadir. Tak pernah dilaporkan bahawa teks ucapan beliau dibacakan oleh orang lain seperti mana yang berlaku kepada PM kita yang ke-5 dan baru-baru ini PM Najib.

Mungkin disebabkan “forte” beliau hebat berucap menyebabkan beliau tidak sampai hati untuk menghampakan ramai orang yang tertunggu-tunggu untuk mendengar beliau berucap. Atau mungkin perancangan beliau begitu teliti sehingga semua “itinerary” beliau rapi. Akibat daripada itu, semua acara-acara yang dijadualkan beliau hadir tidak “terbengkalai”.

Seperkara lagi Datuk, dahulu Dr Mahathir tak ada pun mengwar-warkan apa-apa jenis “walk-about” (kecuali pada suatu ketika beliau suka “walk” dari pejabat ke rumah), tetapi kekerapan beliau turun padang dan bertemu masyarakat jelas memperlihatkan bahawa kaedah beliau lebih hebat daripada apa yang “walk-about” itu sendiri sepatutnya buat. Orang putih kata, “action is louder than words”.

Semoga cepat sembuh Tun Dr Mahathir.

Terima kasih

Azman Mohd Isa

jebat said...

Salam Takzim DAKJ,

Bersama sama lah kita Doakan agar TUN cepat semboh dan kelbali ke tanahair.

Amin ya rabul 'alamin.

ORANGUTAN PENANG said...

'After climbing a great hill, one only finds that there are many more hills to climb.'
Nelson Mandela

SEMUGA LEBIH BERTENAGA SELEPAS BEREHAT

TK

pakbelalang said...

Datuk AKJ,

Tun Mahathir's legacy will remain forever until doomsday. Make no mistake about it. The great twin tower is the symbol of his legacy. The Putrajaya is another symbol of his legacy. The changing of time between Sabah, Sarawak and Peninsula is his symbol of legacy. The North South highway is his symbol of legacy. LRT, KLIA, Langkawi, KL Tower, legal status of the Sultans, ICT are all symbols of his legacy. You can continue on and on and on to find his symbols are all over the country.In fact, all over the world.

HE IS THE FATHER OF MODERNIZATION.

But the most important aspect of his legacy is "dia membawa orang Melayu dari alam kegelapan dan kedaifan "akal" kepada kecemerlangan yang bersinaran dan berkelipan seperti lampu raya lip lap, lip lap.!!!!!!

Only those who are "blind, deaf and mute" will never appreciate this. They will continue to be in a state of denial for whatever reasons.

Semoga Tun Mahathir pulih semula kesihatannya dan terus berjuang untuk agama, bangsa dan negara hingga akhir hayatnya.

He is a great leader with a very strong principle.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Kebaikan Tun Dr.Mahathir terlalu banyak. Namun, Tun sebagai manusia biasa, dosanya kepada Allah SWT jiga terlalu banyak.

Oleh sebab sayang saya kepada Tun ikhlas, maka dengan ikhlas juga saya nasihati Tun agar Tun memilih waktu matinya yang baik, mudah-mudahan Tun selamat di sana.

Wassalam.

azienmat said...

Semoga sembuh secepat mungkin ameen..

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang dihormati.

Kita diingati untuk menjaga 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Kita tahu sebagai Doktor YABhg Tun Dr. Mahathir sentiasa berusaha menjaga kesihatan beliau.Tetapi adalah ketentuan Allah jua beliau telah sakit di Australia. Saya berdoa semoga beliau sembuh .

Dalam kesempatan berehat cara paksa ini beliau berpeluang untuk mengkaji akan terus berjuang dalam format sekarang , membuat pindaan kepada pendekatan yang dipakai masa sekarang atau terus berehat dan menyerahkan kepada generasi lebih muda mengambil tindakan sewajarnya untuk memajukan negara.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya

TEHrasaCOKE said...

Salam...

Malam tadi (2/10) saya pi IB tengok
teater muzikal Che Det bersama family.

Masa on deway nak kesana, terdengaq dalam radio mengenai Tun
diAustralia.

Terkejut jugak. Berangan kut-kut dapat jumpa dia kat IB.

Ada beberapa scene yg menyentuh hati... dan saya pi pun sebab Tun.
Kalau teater 'selain dia' mahapla.

Semuga Tun cepat sembuh.

Bekas Tentera said...

Datuk,

Dalam kita mendoakan Tun supaya cepat sembuh, tentunya juga ada yang mendoakan sebaliknya. Tentunya jenis ini jenis yang pekak, bisu dan hidup dalam "denial". Orang Melayu ini bencinya di bawa ke mati.

Tak perlulah nak bersusah payah mengingatkan Tun yang dosanya terhadap Allah cukup banyak dan lain-lain nasihat sinis dan terlalu rendah nilainya. Saya rasa Tun sudah bersedia untuk menghadapi hari matinya. Tak perlulah nak nasihatkan dia. Siapalah kita ni. Bagaimana pula dengan dosa-dosa kita sendiri.

Setuju sangat dengan pendapat Pak Belalang tentang legasi Tun.

ab said...

Salam Dato,


Mudah mudahan beliau cepat sembuh.


Jasa baiknya sukar diganti olih sesiapa pun setakat ini dimalaysia.


SEKURANG kurangnya aqal,fikiran dan tidakannya dapat lah nanti `contra' tulisan munshi abdullah sekarang dan dimasa hadapan......


Abu Bakar Ab Rahman

dan kajang said...

Assalamualaikum Dato'

1. Marilah kita semua sama2 berdoa agar YA.Bhg. Tun kembali sihat dan meneruskan perjuangannya yang belum selesai. Amin.

abdullahngah said...

Allah panjang usia seseorang ialah untuk memberi peluang supaya bertaubat.

Tapi malangnya manusia masih tidak menggunakan peluang untuk bertaubat nasuha.

Taubat cili barangkali ramai yang mampu tapi taubat nasuha jarang sekali dapat dilakukan.

Betul Allah maha pengasih dan maha penyayang yang jadi jalan mudah melakukan melakukan maksiat.

Kita kena ingat, bapa saudara Nabi SAW walaupun diajar mengucap akhirnyanya mati dalam kafit jua.

Itu bapa saudara nabi yang mati matian mempertahankan anak saudaranya.

Apalah sangat manusia biasa sehingga tergamak ambil mudah dalam perkara agama.

Bukan setakat ambil mudah dalam perkara agama malahan tergamak pula mempersenda sendakan hukum hakam Allah.

Lebih lebih lagi ketika hidup rasa tidak bersalah menjadi pegangan yang begitu kuat sehingga tak dengar langsung nasihat nasihat agama.

Nasihat khatib semasa berkhutbah dalam minbar berkata, jangan kamu mati selain mati dalam Islam, iaitu mati dalam iman yang kuncinya ialah mengucap dua kalimah syahadat.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Kepada Allah jua kita memohon semuga di sembuhkan segera penyakitnya dan dipermudahkan jalan hidupnya ..Aminnn

Mista Blogga said...

Semoga Tun cepat sembuh dan kembali berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

AMIN.

Qaseh Bonda said...

Bismillah...

Yg saya hormati DAKJ.

Kepada saudara Azman Mohd Isa, kagumlah pada kekuasaan Allah terlebih dahulu. Bimbang kalau2 kita terlalu mengagumi manusia, kita lupa siapakah yang terawal memberikan kekuatan pada kita tak terkecuali Dr.M.

Hadir Dr. M sebagai pemimpin yang dikurniakan kebijaksanaan luar biasa adalah untuk memberi mesej pada kita orang2 melayu supaya rajin berfikir sambil bekerja seperti dia.

Asal usul keturunan Dr. M memang orang rajin bekerja dan berdagang, bijak berbahasa, paling tidak tiga empat bahasa sedangkan orang2 melayu...well u know!

Bayangkan jika Dr. M bapa kita.

Hamba berdoa ke hadrat Allah agar bapa saya diberi Allah ruang untuk berehat...beristirehat dengan damai dan tenang, dikelilingi anak2 cucu.

Sudah2lah memuja dan memaksa dia untuk terus bekerja.


Terkenangkan MECD. Penerajunya gigih bekerja. tak kira siang maupun malam. MECD seumpama organisasi yang satu2nya menceriakan suasana rangkaian perniagaan anak2 melayu.

' Pergi pagi balik petang, adakala sampai malam...cari rezeki bawa pulang, untuk orang yang tersayang..'

Alhamdulillah...dengan pembubaran MECD dia tenang dan sedang berbahagia dengan anak cucunya setelah berjaya membuka mata dunia siapakah MECD dipersada antarabangsa.

Sayangnya dengan kehilangan MECD secara tiba2, anak2 melayu terkapar2, tercari2, teraba2 sementara mencari haluan kemana nak dituju setelah MECD dibubarkan tanpa notis.

Sayangilah insan seperti menyayangi diri kita sendiri. Mampukah kita terus bekerja sedangkan didalam diri kita sendiri sedang menanti apa yang pasti.


Buah pun kalau dah ranum sangat2 sudah tak enak untuk dijamah.

Maju Bangsa demi Ugama.

Tinta Hitam said...

Semoga Tun M cepat sembuh.Amin yarabbalalamin

Anonymous said...

Tun semasa diamanahkan meneraju negara telah byk melakukan perubahan dan pembangunan yg telah byk memberi faedah kpd rakyat sehinggakan negara disegani di dunia pd suatu ketika. Itu tanggung jawab dia sebagai pemimpin. Hal ini kita tidak boleh nafikan

Dalam masa yg sama Tun juga selaku manusia biasa telah byk juga melakukan dosa kpd Allah dan manusia dan patut dia bertaubat sebelum roh berpisah dr badan, lebih2 lagi sebagai pemimpin Tun akan menghadapi seribu satu macam soalan di mahkamah Allah SWT, tidak ada peguam atau hakim yg boleh dibeli, yg ada hanya anggota tubuh badan sebagai saksi. Hal ini yg mengerikan.

Dah terlalu lama umur bonus Tun dpt dan sudah tiba masanya dia atau penasihat agama dia menasihati supaya segara bertaubat selagi roh masih ada. Saya doakan Tun diberikan Allah hidayah supaya matinya didalam husnul khatimah dan perpaduan melayu/islam dipulihkan. Ameen

Amer Hamza

Anonymous said...

abdullahngah,

Sdra betulkan diri sendiri dulu.

Kita disini adalah untuk menghormati orang yang sedang uzur dan bukan tempat dan masanya untuk mengeji orang. Kita seharusnya mengeluarkan kata-kata yang baik-baik terhadap orang yang sedang uzur dan mengucapkan semoga kembali pulih sihat.

Sdra belum tentu masuk syurga dah nak ambil kisah salah-laku orang lain. Cermin diri sendiri dulu!!

Mat Akal

Anonymous said...

Semoga Tun cepat sembuh.

Melayu Lama

SA Rahim said...

Saya mendoakan agar kesihatan TUN semakin pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Saya juga merasa terkilan dalam saat-saat TUN terpaksa menjalani rawatan ada pemimpin pembangkang yang menyifatkan TUN sebagai 'pemimpin yang tersungkur di Australia'. Sungguh biadab pemimpin ini. Jika tidak boleh berdoa atas kesihatn TUN lebih baik tutup mulut. Orang Melayu apa yang kurang ajar ini.

affendi hussain said...

"Oleh sebab sayang saya kepada Tun ikhlas, maka dengan ikhlas juga saya nasihati Tun agar Tun memilih waktu matinya yang baik, mudah-mudahan Tun selamat di sana."-Yangretibase

Salam Sdr ,
Hati2 sket bahasa sdr tentang soal ajal & maut tu, ini persoalan akidah.. w/pun kita boleh tak sependapat atau sebulu dgn seseorg atau tak suka wataknya, soal ajal maut bukan hak manusia pilih2..sdr dah buat pilihan utk diri sendiri ke? Nauzubillah..

Dato'

Secara kebetulan juga Lee Kuan Yew masuk hospital & Tun Mahathir masuk hospital..tetapi isteri LKY pergi dulu..

Mungkin bg LKY beliau boleh terus pergi pejam mata kerana "mission accomplished"..bermula dari Batu Putih kini Tanah KTM bakal kembali ke Singapura penutup cerita..

lain pula ceritanya dgn Tun M.. mesti merana jiwa dgn keputusan pimpinan semasa negara..

Peringatan kpd pemimpin negara yg masih hidup..bila buat keputusan fikirlah masa hadapan..seperti juga misi sbg ibubapa, kita hidup hari ini adalah utk membuat kebaikan kpd anak2 kita & begitulah seterusnya..bukan utk kita sebenarnya, jika kita lalai, bongkak & penting diri maka tunggulah azab terhadap keingkaran tanggungjawab kita dihadapan Pencipta..

Yang pembodek/pencacai bos uno tu ingat2lah, esok2 mati bukan bos yg nak tolong mandi/kapan & humban dlm lubang kubur..kalau semua dah benci, cuba fikirkan mcm mana nak masuk lubang kubur sendiri bila dah mati..

Jgn sampai generasi akan datang sgt benci & rasa nak kencing atas kubur kita nanti..sungguh malang jika begitu caranya pergi..

("/)

borhan said...

Apa jua tentang dirinya, Tun adalah seorang negarawan besar dihormati oleh kawan dan lawan..Semuga cepat sembuh..

OKJ said...

Salam DAKJ

Alhamdulillah, berita terbaru mengatakan Tun makin sihat. Begitulah Qada’ dan Qadar dari Allah. Ada ramai yg mendoakan kesejahteraan Tun, tapi tak kurang juga yg mengeji. Juga ada yg sebok jatuhkan hukuman akhirat macam kunci ‘syurga neraka’ bapak mereka punya. Inilah satu lagi contoh perbezaan orang muslim dan mu’min, yg mengaku lebih Islam dari orang lain tapi syariat Islam ditolak ketepi. Begitulah juga bezanya demokrasi dengan ‘demo kerusi’ dan yg tak berbangga jadi Melayu kecuali dekat pilihanraya. Inilah warna-warna kehidupan orang-orang Islam. Tepuk dada tanya selera. Sekian TQ.

saji said...

Sdr pakbelalang

"But the most important aspect of his legacy is "dia membawa orang Melayu dari alam kegelapan dan kedaifan "akal" kepada kecemerlangan yang bersinaran dan berkelipan seperti lampu raya lip lap, lip lap.!!!!!!"

Komen:

Jika sdr masih ingat, dia di penghujung kariernya sebagai PM dan Presiden UMNO pernah menagis tersebak-sebak di pentas perhimpunan UMNO membuat pengumuman mengejut meletakkan jawatan parti dan dalam kerajaan kerana tidak berjaya mengubah sikap usahawan orang Melayu kita yang diberi peluang pernaiagaan dan kontrak menjualnya kepada bukan Melayu.

Kita tahu NS Najib anak didik Dr M. Adakah konsep 1 Malayasia DSN yang diperkasakan dengan Model Baru Ekonominya itu mempunyai elemen bagaimana mengubah sikap usahawan orang Melayu kita tersebut?

Orgkpgdoha said...

Doa semoga Ayahnda Tun akan beansur pulih dan kembali sihat walaafiat dan kembali berblog...

Iskandar said...

Dato'
Apa pandangan Dato' berkenaan cerita yang di bawa oleh Dr .Asri berkenaan pengalaman beliau ketika melawat pavilion Malaysia di Expo dunia di Shanghai baru-baru ini?

Mungkin kita boleh berdiskusi tentang isu ini.

Semoga Tun M sihat walafiat dan panjang umur hendaknya.

pakbelalang said...

Sdra Saji,

Elemen yang terpenting untuk mengubah sikap usahawan orang Melayu ialah melalui pendidikan. Suasana perniagaan zaman sekarang memerlukan ilmu untuk menjadi usahawan berjaya. Tanpa ilmu apa jua yang nak di usahakan akan gagal di tengah jalan.

Apa bentuk corak model ekonomi yang di ilhamkan oleh Najib tidak akan berjaya jika sikap usahawan Melayu masih di takuk lama tanpa ilmu.

Lampu lip lap, lip lap tidak akan bertahan lama dan akhirnya terus menjadi malap. Kita setakat boleh berbangga pada musim raya sahaja. Hanya untung berniaga di pasar Ramadan sahaja.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
Datuk AKJ
Izinkan,

Kami amat bersyukur kehadrat Allah SWT.
Hanya dengan Kun faya Kun NYA makanya Ayahanda Rakyat Tun Mahathir telah kembali pulih dari jangkitan yang dihadapi nya.

Kepada anakanda rakyat yang tidak henti2 mendoakan kesihatan nya kami mohon kehadrat Allah swt agar dilimpahi dengan ZAT SEMPURNA dan KASIH SAYANG NYA kepada anda sekeluarga.

Kepada mereka yang telah mengkeji atau mencaci Ayahanda kami dalam keadaan uzurnya, kami juga mohon agar dilimpahkan Zat yang sesuai agar terbit perasaan insaf didalam diri mereka..

70 kali bacaan Alfatihah kami mohon dari yang Mahakuasa Allah swt untuk kalian semua...

ALFATIHAH, AMIN.

Mohammed Bin Bakar said...

Sallam Dato'

Sama-samalah kita berdoa semoga Tun M segera sembuh dan sihat untuk terus berjuang demi Bangsa Melayu dan Islam. Semoga Allah memberi Tun M kekuatan mental dan fisikal untuk meneruskan perjuangan yang tidak pernah selesai demi kesayangannya kepada bangsa sendiri. Kepada haprak yang biadap dan KA itu, ingatlah anda hanyalah tuma kalau dibandingkan dengan Tun M yang banyak berjasa kepada negara ini. Semoga cepat sembuh dan kembali ke Malaysia.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Saya hanya tolong menyampaikan pesan Allah SWT melalui Firman-Nya dalam al-Quran "Wala tamu tunnailla waantummuslimun" yang bermaksud,"Dan janganlah sekali-kali kamu mati, melainkan kamu mati dalam Islam".

Silalah Sdr. affendi hussain dan Bekas Tentera membuat tafsiran sendiri akan Ayat al-Quran ini.

Wassalam.

abdullahngah said...

Mat Akal,

saya berkata benar, tapi malangnya anda tak faham.

Memang kebanyakan manusia tak faham apabila tulisan berbentuk nasihat.

Nak kata tak ada ilmu tak mungkin, kerana adak akal.

Kita kena ingat akal hanya membezakan manusia dan binatang. itu sahaja.

Akal bukan alat untuk manusia membezakan yang mana intan dan yang mana kaca.

Yang ada akal, tapi tidak beriman akan jadi lebih jahat daripada binatang. macam orang yahudi.

Kalau nasihat dianggap bukan nasihat. Apa lagi yang hendak saya kata.

Maaf, Tunku Rahman bekas perdana yang tinggal umno dikutuk habis habisan. Tun Mahathir pun begitu.

Oleh kerana berada dalam umno dipuji dan dipuja. betul ke begitu?

affendi hussain said...

Silalah Sdr. affendi hussain dan Bekas Tentera membuat tafsiran sendiri akan Ayat al-Quran ini.

"Dan janganlah sekali-kali kamu mati, melainkan kamu mati dalam Islam".


Yangretibase,

Nampak gaya lebih kpd sdr je yang buat tafsiran sendiri..

ayat tersebut tiada menyebut soal pemilihan waktu mati sbg hak individu..waktu adalah suatu pembolehubah nyata.."finite" dan soal pilihan adalah sesuatu yg dlm kawalan mutlak..manusia hanya mampu merancang dan berusaha melainkan anda tak percaya rukun iman ke6 soal hak mutlak Allah s.w.t - Qadak - ketentuan (hidup/mati), Qadar - kuantiti/waktu/masa (umur anda!)

apa pula cerita bunyi2 nada prejudis kearah status & tahap Islam org lain?

Saudara dah yakin nikmat iman & islam itu takkan mampu tecabut dikala saudara sendiri diambang maut?? Bagaimana ketika lagha mengutuk/menfitnah orang depan PC tetiba kaki bangku patah, leher patah, nyawa terputus sudah..?

pilihan anda sendiri..?
hati-hati berbicara..

wasalam..

("/)

Anonymous said...

sdra abdullahngah,

Maaflah. Sdra beri nasihat tidak bertempat dan tidak kena pada masanya.

Fikirkanlah sendiri sama ada sdra bijak berbuat demikian semasa Tun Mahathir dalam keadaan uzur. Kalau pun nak beri nasihat, cara terbaik ialah jika berpeluang berhadapan dengannya dan berbisik. Itulah yang paling baik sekali. Bukan nasihat untuk dibaca oleh umum ketika beliau sedang uzur. Maruah orang mesti dijaga apatah lagi kepada pemimpin yang telah berjasa kepada negara. Mungkin Tun Mahathir ada buat kesilapan dalam mentadbirkan negara tapi kita mesti ingat manusia tidak semuanya perfect. Ada kelemahannya masing-masing.

Mat Akal

saji said...

Salam pakbelalang

1. Terima kasih kerna memberi respon terhadap persoalan sikap usahawan Melayu berkenaan yang tidak berjaya diatasi oleh Dr M.

2. Kalau sdr ingin tahu, akhir2 ini, kontraktor Cina yang mengalibabakan projek2 kerajaan dan anak syarikat GLC daripada kontraktor Melayu didapati sengaja meletakkan projek manager Melayu yang berkelulsan ijazah atau diploma jurutera C&S dsb termasuk jawatan sokongan penyelia tapak yang, bagi saya, ia cara terkini bagaimana kontraktor Cina mengabui mata orang Melayu dan pihak berwajib kerajaan melakukan kesalahan kontrak - mengalibabkan projek kerajaan atau GLC.

2. Berdasarkan pengalaman saya terlibat dengan projek2 kerajaan dan GLC sedemikian, saya perhatikan projek2 manager dan penyelia2 projek Melayu yang bekerja dengan kontraktor Cina alibaba tersebut bukan sahaja cukup ilmu pembinaannya untuk mereka menjadi kontraktor Melayu tulen, malah mempunyai kemampuan melaksanakan mana2 projek kerajaan atau GLC jika memiliki modal yang mencukupi dan diberi atau pandai mencari peluang projek pembinaan dalam pasaran terbuka di bawah era DS Najib sekarang.

3. Apa yang saya ingin timbulkan daripada hujah saya di atas ialah, modal yang mencukupi juga penting untuk mengubah sikap usahawan Melayu, disamping peranan ilmu yang sdr tekankan itu.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Saya berdoa agar Allah memanjang kan usia Tun dan semoga beliau cepat pulih.

Tun Dr M- the greatest Malay mind ever in history.

Jimizul

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
Datuk AKJ
Izinkan,

affendi hussain said...
...manusia hanya mampu merancang dan berusaha melainkan anda tak percaya rukun iman ke6 soal hak mutlak Allah s.w.t - Qadak - ketentuan (hidup/mati), Qadar - kuantiti/waktu/masa (umur anda!)

Perjalanan seorang INSAN yang BERILMU

ILMU PANDUAN IMAN
PENGETAHUAN PANDUAN NAFSU
Terima Kasih.

ALFATIHAH, AMIN

pakbelalang said...

Sdra Saji,

Modal boleh dicari. Kalau sesuatu project itu viable saya rasa pihak institusi kewangan tentunya akan memberikan pinjaman. Selain dari "viability of the project", untuk mendapatkan pinjaman tanpa cagaran mungkin lebeh senang lagi jika latarbelakang peribadi dan kelayakan individu itu mempunyai potensi daya pengurusan yang baik. Yang menjadi masaalah ialah sikap. Selagi sikap orang Melayu tidak berubah untuk mencapai kejayaan yang lebeh baik selagi itu orang Melayu tidak akan berjaya. Orang Melayu akan terus mengkritik kerajaan. Wal hal yang menjadi masaalah ialah pada sikap diri sendiri.

Saya rasa jika sikap negatif ini tidak berubah kepada yang positif orang Melayu akan terus ke takuk seperti yang ada sekarang walaupun kerajaan bertukar ganti 1000 kali !!! Mereka tidak akan mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Yangretibase said...

..."maka dengan ikhlas juga saya nasihati Tun agar Tun memilih waktu matinya yang baik, mudah-mudahan Tun selamat di sana"

Sejak bila pulak manusia boleh memilih waktu matinya sendiri??? Mungkin saudara Yangretibase reti bila waktu mati dia kelak...(melalu cara bunuh diri kot?)

Jimizul

abdullahngah said...

Mat Akal,

Uzarzir malaikat paling kanan pada asalnya.

Betapa banyaknya jasa kepads ALLAH, tapi jadi kafir kerana engkar perintah iaitu enggan sujud kepada Adam AS.

Keritera seorang manusia pun begitu.

Oleh kerana Tun Mahathir Mohammad tak keluar dari umno maka jasanya tak gugur.

Jika dia keluar dari umno sudah pasti jasanya gugur, tiada langsung.

Kita tidak disuruh demikian, kerana yang putih tetap putih dan yang hitam.

Yang peliknya jahat dianggap baik dan baik dianggap jahat.

Anonymous said...

Sdra adulllahngah,

Maaflah. Itu adalah persepsi saudara yang pada anggapan saya agak cetek. Kenyataannya ialah Tun Mahathir telah berjasa kepada negara. Sama ada dia berada dalam UMNO atau keluar dari UMNO tidak releven. Tidak usahlah nak dikaitkan dengan jasa kepada Allah. Jasa kepada Allah adalah hak Allah menentukannya. Allah yang akan memberi pertimbangan yang adil kepada manusia. Kita tidak berhak mengadilinya.Siapa kita? Jasa kita kepada diri kita, keluarga kita, masyarakat dan apatah lagi kepada Allah belum tentu diterima Allah!!

Kesimpulanya, cermin diri kita dan jangan jatuhkan judgement kepada orang lain dengan sewenangnya. Manusia bukannya malaikat. Ada kelemahan dan kekuatan masing-masing dari segi kimanannya dan ketakwaannya kepada Allah.

Yang menentukan seorang itu jadi kafir atau tidak bukannya manusia.

Sekarang diberitakan bahawa Tun Mahathir telah pulang ke tanah air. Semoga kesihatannya pulih semula dan terus berbakti kepada masyarakat dengan apa jua bentuk sumbangan selagi nyawa dikandong badan.

Mat Akal.

affendi hussain said...

"Sejak bila pulak manusia boleh memilih waktu matinya sendiri??? Mungkin saudara Yangretibase reti bila waktu mati dia kelak...(melalu cara bunuh diri kot?)"

Sdr Jimizul & sekalian sdr semuslim,

Kalau bunuh diri, memang terus menyelam ke neraka..tiada lg Islam atau selamat bg mereka..very2 clear..Allah s.w.t sendiri berfirman, "mudah bagiNya" utk org yg memilih cara begini.

Ya, inilah satu2nya pilihan yg ada seperti dlm konteks kenyataan Yangretibase itu dlm soal hidup/mati..tengoklah sendiri apa bakal terjadi kpd org yg cuba melawan Qada' & Qadar hak Allah s.w.t..PILIHAN sdr/sdri?

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.
Dan barang siapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."

(An-Nisa',4:29-30)

Don't act God or think like a God messenger over matter of life & death..or even indirectly expecting someone else to commit something tantamount to suicide..and you believe & expect that as some sort of dakwah Islamiah?? Mahu org masuk neraka ke? Cikgu mana ajar tu? Lick your spit?

p/s: kalau nak quote ayat Quran utk berdebat, biarlah faham, lengkap maksudnya & ada rujukan surah. Sbb tu lah saya nasihat hati2 berbicara.

wasalam & wallahualam,

("/)

abdullahngah said...

wahai May Akal,

Saya setuju bahawa Allahlah yang menentukan siapa kafir dan ada garis panduan apabila buat begini ia jadi kafir dan cakap begini jadi kafir dan ikrar begini jadi kafir.

Allah ajar nabi Mohammad SAW dan ajaran itu disampaikan kepada manusia.

Yang tak faham pasti tidak boleh menerima akan hakikat itu.mungkin tidak mendapat hidayah sebab itu tidak tahu yang mana kafir dan yang mana Islam.

Atau dengan kata lain kebanyakan manusia tak tahu yang mana kaca dan yang intan sebab itu jahat pun dikatakan baik dan baik dikata jahat dan sebaliknya.

Atas sebab itulah ada orang yang mengaku Islam beoleh berkata kafir kafirlah. Pada hal ucapan itu boleh rosak akidah yang dianuti.

Malaikat kanan tak kekal sebagai malaikat selama lamanya jika ingkar dengan perintah Allah, demikian juga manusia.

Mereka tidak boleh kekal selama lamanya sebagai umat Islam yang syumul jika ingkar dengan perintah Allah.

Perlu di ingat, mereka juga umat Islam, tetapi umat Islam yang berada di dalam puak 72, yang ditolak oleh Allah sepertimana dijelaskan oleh Nabi Mohammad SAW.

Anonymous said...

abdullahngah,

Tak usahlah berwahai dengan saya. Cukuplah berhujah. Pi mai pi mai tang tu juga. Datuk AKJ pun dah tukar subject kepada yang lebeh terkini lagi. Eloklah kita tamatkan hujah yang tak bawa kemana pun. Not productive !!!

Mat Akal.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).