About Me

My Photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).

Sunday, October 31, 2010

Hayati Titah Raja-Raja Melayu

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[Mukadimah – Saya mohon para pembahas berhati-hati dan menghormati Institusi Raja dan undang-undang berkaitan, khasnya Akta Hasutan. Terima kasih.]

RAJA-RAJA Melayu telah menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang berasaskan kontrak sosial.

Kontrak sosial, titah para Baginda, adalah hasil semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum serta dengan dan persetujuan Raja-Raja Melayu.

Alhamdulillah dan junjung kasih kepada Raja-Raja Melayu kerana akhirnya bangun bertitah memerintahkan para pencabar dan pembenci Perlembagaan, termasuklah segelintir Melayu yang buta sejarah dan lupa daratan, agar memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) melaporkan hari ini yang “Raja-Raja Melayu menitahkan seluruh rakyat Malaysia untuk memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu.”

Titah Keramat

TITAH Raja-Raja Melayu ini sangat penting dalam suasana di mana kontrak sosial semakin dipertikaikan, hatta oleh orang Melayu dan Bumiputera sama ada kerana mereka buta sejarah atau terbawa-bawa oleh liberalisme Judio-Christian Barat.

Lapor Bernama lagi: "Raja-Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang telah dipersetujui ini merupakan watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di negara ini yang merangkumi cita-cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi secara adil.

"Sikap tolak ansur antara kaum menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di negara ini."

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini hari ini (Ahad).

Bagi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengeluarkan kenyataan itu, memperakukan dengan jelas bahawa Raja-Raja Melayu sangat bimbang dan prihatin dengan cabaran terhadap kontrak sosial dan Perlembagaan yang semakin ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar itu, mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung di Istana Negara pada 13 dan 14 Oktober lalu memandang berat trend politik semasa yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara.

Syabas Tuanku

TIDAK siapa dapat menafikan bahawa trend politik semasa, khasnya selepas kemerosotan teruk kuasa Barisan Nasional dan kemaraan parti-parti DAP, PKR dan Pas dalam pilihan raya umum 2008 serta kemunculan badan-badan bukan kerajaan yang ekstrem, sedang meniupkan angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan.

Menurut laporan Bernama lagi, mesyuarat Majlis Raja-Raja mengambil maklum akan perkembangan semasa serta kebimbangan yang disuarakan oleh individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berhubung perkara-perkara menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu.

Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan itu juga, menyuarakan kebimbangan rakyat jelata terhadap keselamatan mereka memandangkan meningkatnya jumlah jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah berat.

Dalam konteks ini, kita mahu melihat bagaimana Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara yang baru, Ismail Omar, akan membuktikan kepada kita dan Raja-Raja kita bahawa mereka mengambil berat keselamatan kita dan KPI serta NKEA bukanlah kehambaran semata-mata.

Menurut kenyataan itu lagi, Raja-Raja Melayu bersama Yang Dipertua-Yang Dipertua negeri memahami serta menghargai usaha-usaha Kerajaan Persekutuan menyatupadukan rakyat berlandaskan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi sebagai rakyat jelata, kita wajib meminta kerajaan kita – Persekutuan dan negeri-negeri -- khasnya Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, memikirkan sedalam-dalamnya kemungkinan dasar-dasar, rancangan-rancangan, slogan-slogan dan pendekatan yang mereka lakukan adalah punca tercetusnya debat perkauman sekarang.

Menurut kenyataan itu lagi, Raja-Raja Melayu menitahkan setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama supaya terus bersatu serta setia kepada negara demi memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara kerana setiap rakyat mempunyai peranan dalam pembangunan negara.

Setiap rakyat hendaklah terus menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dan mengelakkan tindak-tanduk yang membawa pertelingkahan, perselisihan faham dan syak wasangka antara kaum yang menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara, titah Raja-raja Melayu.

"Demi kedaulatan dan keharmonian negara yang kita kasihi ini, Raja-Raja Melayu berharap rakyat tidak akan memberi peluang untuk penglibatan dan campur tangan pihak luar dalam urusan negara," menurut kenyataan itu.

Melayu Bersatu

RAJA-Raja Melayu turut menyeru orang Melayu supaya bersatu padu dan tidak bertelingkah sesama sendiri berlandaskan semangat persaudaraan Islam, agar kedudukan orang Melayu tidak terpinggir dan terhakis dalam arus pembangunan negara.

"Pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu wajib mencari persamaan, bermuafakat menggunakan hikmah dan kebijaksanaan, melindungi dan membela nasib orang Melayu," menurut kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu menegaskan bahawa keutuhan bangsa Melayu serta nasib orang Melayu tidak akan terpelihara jika para pemimpin pertubuhan Melayu lebih cenderung untuk bertelagah dan memilih untuk berselisih faham.

Itulah yang kita katakan selama ini. Orang Melayu wajib bersatu padu, berfikir serta bertindak di luar kerangka politik parti.

Namun ini tidak menafikan hakikat bahawa bangsa-bangsa lain -- Cina, India, Iban, Kadazan dan lebih 40 suku kuam yang tercatat dalam Perlembagaan – wajib juga dipertanggungjawabkan. Mereka juga wajib memikul titah Raja-Raja Melayu ini.

Keresahan orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera serta tindak balas mereka hari ini sebahagiannya berpunca daripada tindak-tanduk bangsa-bangsa lain yang cuba menuntut hak di luar Perlembagaan dan melanggar konvensyen.

Bernama seterusnya melaporkan: "Raja-Raja Melayu berdoa agar Malaysia yang dikasihi ini sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan rakyatnya yang berbilang kaum terus bersatu serta kekal makmur dan sejahtera.

"Semoga Malaysia terus mendapat perlindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala."

Peranan Media

SYABAS kepada akhbar New Sunday Times kerana menjadikan titah Raja-Raja Meleyu ini sebagai tajuk utamanya. Saya rasa kalau ada media massa yang tidak memberi keutamaan kepada titah Raja-Raja Melayu ini, ia berpunca daripada agenda sendiri atau kerana kepemimpinan mereka kurang peka mengenai sejarah.

Mungkin mereka tidak tahu bahawa perjanjian-perjanjian yang dibuat yang membawa kepada kemerdekaan negara dan lahirnya Perlembagaan Persekutuan adalah atas nama Raja-Raja Melayu.

Para Baginda kemudian mengamanahkan kuasa itu kepada kita selaras dengan sistem Raja Berperlembagaan. Maka jika kepemimpinan politik kita gagal melaksanakan tugas, kita dan Raja-Raja kita berhak mencuit bahu mereka dan berkata, kamu telah gagal melaksanakan amanah dan mandat kami.

Di Malaysia, macam-macam ada. Jadi marilah kita fikirkan bersama dan bertindak seperti yang dititahkan oleh Raja-Raja kita.

Kita tidak boleh serah bulat-bulat kuasa dan mandat kepada kepemimpinan politik kerana di mana-mana pun ada pagar yang makan padi dan Si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya.

Tetapi bila pemuka politik terjun sungai, ingatlah labu-labu yang dibawa bersamanya itu adalah milik kita bersama. Janganlah kita menyokong membuta-tuli kerana sokongan seperti itu akan membuat pembesar kita naik tocang dan akhirnya membawa rebah.

Thursday, October 28, 2010

Matinya Mbah Marijan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

MBAH Marijan sudah mati

Mangsa ledakan Merapi

Serapah jampinya tidak menjadi

Gunung api tidak terkunci

Kerana yang berkuasa hanya Ilahi

Bukan tukang tilik dan bomoh jampi.


Maka matilah Mbah Marijan

(Rasminya Mas Penewu Suraksohargo)

Pemegang kunci gunung berapi

Dalam ledakan dan gegaran

Lemas terbakar debu panas

Bila Merapi mengganas

Tiada guna lagi manteranya

Meminta bantu para dewata

Menjinakkan Merapi panas menyala.


Natijahnya, janganlah percaya

Kepada bomoh entah siapa

Tukang tilik dari India

Atau yang mengaku sami Buddha

Dukun besar dari Surabaya

Bomoh pengasih Padang Jawa

Atau orang tua India

Dengan burung serinditnya.


Matinya Mbah Marijan

Kerana kuncinya hanya penyedap rasa

Serapah jampinya sekadar puji dan puja

Kepada Sang Dewata

Konon menjinakkan Merapi yang garang

Agar tidak selalu meradang

Maka apabila Merapi bangun berang

Memuntahkan api dan belerang

Maka tewaslah Mbah Marijan

Serapah jampi tidak berkesan.


Natijahnya lagi,

Wahai saudara dan saudari

Jangan amalkan ilmu begini

Serapah jampi kemenyan berguni

Lilin dibakar petang dan pagi

Konon memikat menambat suami

Mengikat erat kasih sang isteri

Atau mahu terus jadi menteri

Setidak-tidaknya seorang YB

Orang korporat dan pegawai tinggi.


Ingatlah,

Wak Marijan sudah mati

Lemas dalam debu dan api

Serapah jampi tidak menjadi

Matilah dia atas kudrat Ilahi.


Buangkan lilin dan kemenyan

Bersihkan rumahmu dari hantu

Pelesit, syaitan dan para penunggu

Jangan percaya ilmu dan buatan

Bomoh dari Utara atau Selatan

Dari Negeri Siam mahupun Bhutan

Ingatlah, Mbah Marijan sudah mati

Tidak kebal dia dek serapah dan jampi

Kerana yang berkuasa hanyalah Ilahi.

Tuesday, October 26, 2010

Menggalas Galas Dan Batu Sapi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

BUKAN mudah bagi BN menggalas Galas dan mengangkat Batu Sapi. Kerusi DUN Galas, Kelantan milik Pas manakala kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah walaupun disandang BN, namun menghadapi pertandingan sengit tiga penjuru.

Di Galas, BN (Umno) berdepan dengan Pas. Pas akan disokong oleh DAP dan PKR. BN mengemukakan setiausaha bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusoff, manakala Pas menawarkan seorang ahli profesional, Dr Dr Zulkefli Mohamad, 45 tahun.

Pada pilihan raya umum 2008, calon Pas Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamad Saufi Deraman dengan kelebihan undi sebanyak 646. Beliau mendapat 4,399 undi berbanding Mohamad Saufi 3,753. Sebanyak 80.89 peratus keluar mengundi.

Di Batu Sapi, BN yang meletakkan balu mendiang Edmund Chong, Linda Tsen Thau Lin, 54 dari PBS akan ditentang oleh bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mewakili Parti Progresif Sabah (SAPP) dan peguam Ansari Abdullah mewakili PKR.

Hakikat bahawa Batu Sapi sangat penting kepada BN dan PKR diserlahkan oleh kehadiran Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, dan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setelah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada awal 2009 dan Sibu (Sarawak) Mei lalu, BN tidak mampu kalah di Batu Sapi. Kekalahan di Batu Sapi akan menjadi petanda buruk kepada kemampuan BN mempertahankan kesepaduan sokongan di Sabah. Pada PRU 2008, BN menang 24 daripada 25 kerusi Parlimen di negeri itu. Kerusi tunggal pembangkang dimenangi DAP.

Dalam PRU 2008, mendiang Ir Edmund Chong Ket Wah dari BN (PBS) mengalahkan calon bebas Dr Chung Kwon Wing (bebas) dengan majoriti 3,708. Beliau mendapat 9,479 undi manakala Dr Chung mendapat 5,771. Hanya 63.6 peratus keluar mengundi dan undi yang ditolak agak banyak –730 – membayangkan wujud unsur protes.

Faktor Ku Li Di Galas

DALAM keadaan biasa, pilihan raya kecil Galas tidaklah menjanjikan apa-apa di luar jangkaan. Tetapi keadaan menjadi tidak biasa, walaupun bukan luar biasa, apabila BN melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah PRK itu.

Seperti kita maklum, Ku Li adalah Ahli Parlimen Gua Musang dan Galas adakah salah satu daripada tiga kerusi DUN dalam kawasan itu. Dua lagi adalah Paloh dan Nenggiri yang dimenangi BN. Pada PRU 2004, Galas dimenangi BN.

Ada pendapat mengatakan pelantikan Ku Li adalah tepat kerana Gua Musang adalah “empayar” beliau dan beliau berupa pemuka Umno yang paling kanan dan, boleh jadi juga, paling popular di Kelantan sekarang kerana pendiriannya mengenai isu royalti petroleum negeri itu.

Malah ada yang berpendapat, jika BN berjaya merampas kembali Galas atau setidak-tidaknya mengurangkan majoriti Pas, imej Ku Li akan mendapat anjakan dan sesuai dijadikan ketua de facto Umno Kelantan bagi menghadapi PRU akan datang.

Ini bukanlah sesuatu yang mustahil atau luar biasa, malah berupa salah satu formula yang berkemungkinan membawa kejayaan kepada BN/Umno. Untuk itu, kita perlu berbalik kepada sejarah.

Pada tahun 1977, Ku Li menjadi wajah Umno dalam krisis kepemimpinan BN Kelantan yang tercetus akibat perselisihan antara Presiden Pas, Allahyarham Asri Muda dan Menteri Besar, Allahyarham Mohamad Nasir, yang juga dari Pas.

Apabila perkelahian itu mencetuskan tunjuk perasaan di Kota Baru dan persidangan DUN diganggu oleh penunjuk perasaan, darurat diisytiharkan, pemerintahan Kelantan diambil alih oleh kerajaan pusat dan seorang Pengarah Kerajaan dilantik mentadbir Kelantan.

Dalam tempoh itulah, Allahyarham Tun Hussein Onn, memberi mandat kepada Ku Li menerajui pembangunan Kelantan sebagai ketua de facto Umno/BN. Ku Li memperkenalkan Rancangan Pembangunan Kelantan dan dalam tempoh itulah pembangunan Kelantan, khasnya daripada aspek infrastruktur ekonomi dan sosial, paling rancak.

Pada akhir tahun 1977 Pas disingkirkan daripada BN dan dalam PRU 1978 BN menewaskan Pas dan memerintah Kelantan sehingga tahun 1990 dengan Ku Li sebagai ketua de factonya.

Pada PRU 1990, Ku Li membantu Pas merampas semula Kelantan daripada BN melalui parti barunya, Parti Melayu Semangat 46. Beliau menubuhkan pakatan pilihan raya dengan Pas, Barisan Jemaah Islamiah se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) yang diberi nama Angkatan Perpaduan Ummah (Apu). APU menyapu bersih kesemua 39 kerusi DUN Kelantan -- 24 Pas dan 15 Semangat 46.

Tetapi jiwa Ku Li adalah jiwa Umno. Apabila perselisihan beliau dengan Dr Mahathir Mohamad reda dan pengaruh Semangat 46 semakin merosot, pada bulan Mei 1996, Ku Li mengumumkan kepada 200,000 ahli parti itu yang beliau akan membubarkan Semangat 46. Parti itu dibubarkan dalam bulan Oktober dan majoriti ahlinya menyertai Umno semula.

Dalam PRU 2008, hanya dua orang pemuka BN Kelantan masih berdiri. Salah seorang daripadanya adalah Ku Li dan seorang lagi, Mustapha Mohamed aka Tok Pa. Yang lain hanyut. Bagi saya, dua orang inilah yang masih menjanjikan harapan bagi BN kembali menguasai Kelantan.

Belum Ada Formula Berkesan BN Tawan Kelantan

SETELAH pelbagai formula dilaksanakan dan berbagai watak dilantik mengetuai Umno Kelantan, BN terus gagal menakluki semula negeri itu. Hatta pada tahun kemuncak kejayaan BN iaitu dalam PRU 2004, BN masih gagal menjatuhkan Pas.

Siapa tahu, mungkin dengan memberi peranan lebih besar kepada Ku Li, BN mampu bermimpi dengan lebih realistik untuk memperbaiki prestasinya di negeri itu, bermula dengan Galas.

Tetapi kalau Umno dan BN terus menggunakan pendekatan “carpet bombing” dengan menggula-gulakan pengundi, harapannya untuk menang mungkin tidak secerah yang diuar-uarkan. Kesombongan, tunjuk kuat dan tunjuk kuasa semakin tidak berkesan sebagai strategi pilihan raya.

Ahli dan penyokong Umno sendiri semakin mengakui kesederhanaan dan keakraban pemuka-pemuka Pas. Mereka sentiasa di padang bersama rakyat jelata berbanding pembesar Umno yang semakin elitis dan eksklusif walaupun Presiden Umno sendiri, Mohd Najib Abdul Razak, kini menjadikan keterangkuman (inclusiveness) dan keadilan sosial mantera beliau.

Buat masa ini, ramalan memberikan BN dan Pas peluang yang sama rata untuk memenangi Galas. Tetapi di segi kelulusan, nampaknya calon Pas menyerlah. Inilah yang nampaknya memberi Pas kelebihan sejak sedekad dua ini.

Pas mampu mengemukakan ramai calon profesional dan berwibawa, sedangkan Umno masih terperangkap dalam sistem mafia dan warlords di mana kepemimpinan yang sedia ada sangsi, curiga dan takut dengan kemasukan ahli muda dan golongan profesional.

Selagi amalan menyekat kemasukan ahli muda dan golongan profesional ini berterusan, selagi itulah kepemimpinan muda akan tersisih dan memberi peluang mudah kepada Pas untuk mendapat suntikan darah muda.

Namun bagi PRK Galas, Pas pastinya bimbang situasi Manik Urai di mana BN hampir-hampir merampas kerusi DUN itu Julai lalu akan berulang. Apatah lagi ia menang di Galas dengan kelebihan undi yang lebih kecil berbanding Manik Urai. Bagi BN, kalau trend Manik Urai berterusan, harapannya menang adalah baik.

Silap-Silap Sapi Terlepas Batu Hilang

SITUASI di Batu Sapi dikatakan lebih membimbangkan bagi BN kerana bukan sahaja akan berlaku perlawanan tiga penjuru, tetapi juga kerana BN akan berdepan yang calon yang pada PRU lalu adalah rakan akrab.

BN meletakkan balu mendiang Edmund Chong, Linda Tsen Thau Lin, 54, mewakili BN, bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mewakili Parti Progresif Sabah (SAPP) dan peguam Ansari Abdullah mewakili PKR.

Dalam PRU 2008, SAPP adalah parti komponen BN Sabah. Ia keluar BN dalam bulan September 2008 ketika khabar angin bertiup kencang mengatakan Anwar Ibrahim akan melakukan rampasan kuasa Parlimen menjelang Hari Malaysia pada 16 September.

Kesimpulan

BAGI BN, keputusan pengundian PRK Galas dan Batu Sapi pada 4 November ini adalah penerusan ujian penerimaan pengundi terhadap kepemimpinan Perdana Menteri Mohd Najib dan dasar-dasar serta rancangan yang ditajanya sejak mengambil alih pemerintahan negara 18 bulan lalu.

Sejak PRU 2008, sebanyak 11 PRK telah diadakan, sembilan daripadanya dalam era Mohd Najib. Daripada jumlah itu, empat disandang BN. Selebihnya adalah kerusi parti-parti lawan. Daripada empat kerusi yang disandangnya BN itu, ia hanya berjaya mempertahankan dua, kalah satu dan berjaya merampas sebuah kerusi lawan. Ini bermakna BN mengalami defisit satu kerusi. BN berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada PKR tetapi kalah Kuala Terengganu kepada Pas dan Sibu kepada DAP.

Jadi, merampas Galas dan mempertahankan Batu Sapi adalah sangat utama dan mendesak bagi BN. Selain isu maruah, dua PRK ini menjadi barometer kepada iklim politik semasa yang akan mempengaruhi penentuan bila PRU akan datang akan diadakan.

Bagi DAP, PKR dan Pas pula, dua PRK ini menguji persepsi dan penerimaan pengundi terhadap gagasan longgar mereka dan reaksi kepada perkembangan terbaru yang melanda kepemimpinan mereka.

Perkembangan di sekitar perbicaraan liwat 2 Anwar, perebutan sengit jawatan dalam pemilihan PKR, pergolakan dalaman DAP dan perselisihan faham antara Pas dan DAP mengenai Negara Islam, Hukum Hudud dan sekularisme pasti akan diperalatkan oleh BN.

Manakala bagi BN, ujian terbesar ialah sama ada pengundi bukan Melayu yakin terhadap dasar berlembut dan bertolak ansur Mohd Najib serta pemulihan parti-parti komponen yang mewakili Cina dan India. Apa pun, kita tunggu dan lihat.

Friday, October 22, 2010

Melayu Pengasas Umno Manusia Progresif

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SEMALAN, Presiden Umno Mohd Najib Abdul Razak, membuka Perhimpunan Agung Umno 2010 dengan memberi pidato berjudul “Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran” yang puitis, emotif, menyentuh hati dan membakar emosi.

Buat masa ini, saya hanya ingin mengulas atau, lebih tepat, terpaksa mengulas, satu hal sahaja demi memperbetulkan dan seterusnya mempertahankan maruah serta kewibawaan generasi pengasas Umno.

Khasnya Allahyarham ayah saya yang hidup matinya dengan Umno. Walaupun beberapa tahun sebelum kembali ke rahmatullah dua raya dulu hatinya tawar terhadap kepemimpinan Umno, namun cintanya kepada Parti Kebangsaan Melayu Bersatu tidak pernah luntur.

Penegasan saya -- ahli pengasas Umno adalah progresif. Hasil sikap progresif merekalah, maka mereka mementang Malayan Union dan bergabung menubuhkan Umno.

Lama sebelum Umno ditubuhkan, orang Melayu sudah cukup progresif dan tinggi kesedaran politiknya. Mereka menubuhkan pelbagai pertubuhan dan kesatuan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan mereka. Persatuan dan pertubuhan ini bergabung menubuhkan Umno.

Maka mengatakan penolakan cadangan Presiden pengasas Umno, Onn Jaafar, supaya keahlian Umno dibuka kepada bukan Melayu adalah kerana idea itu terlalu progresif kepada mereka adalah tidak tepat.

Dalam ucapannya, Mohd Najib berkata: “Jika dihimbau sebenarnya, pada awal tahun 1950an, Presiden Umno ketika itu, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, telah mengenengahkan idea untuk membuka pintu keahlian parti kepada orang bukan Melayu kerana beliau melihat realiti, bahawa kemerdekaan, tidak mampu dicapai tanpa kaum-kaum yang ada bersetuju berkongsi kuasa.

“Namun, rancangan Dato’ Onn pada masa itu adalah terlalu progresif bagi ahli Umno yang merasakan kedudukan bangsa Melayu masih belum kuat. Hasilnya ia telah ditentang oleh majoriti ahli dan pemimpin Umno.....”

Orang Melayu menolak cadangan itu bukan kerana ia terlalu progresif, tetapi atas beberapa sebab. Antaranya:-

1. Umno adalah parti kebangsaan orang Melayu dan anak peribumi;

2. Majoriti orang bukan Melayu pada waktu itu bukan warganegara Tanah Melayu atau warganegara negeri-negeri Melayu (state citizens);

3. Majoriti orang bukan Melayu yang mempunyai kesedaran politik ketika itu lebih mengutamakan politik negara ibunda mereka. Pendatang Cina dengan politik Negeri China dan India dengan nasionalisme India. Malah, pendatang Cina yang menyokong Parti Komunis China dan Parti Kebangsaan Kuomintang pernah bergaduh menggunakan senjata kerana fahaman politik tanah besar China.

Sejarawan Cheah Boon Kheng, dalam bukunya “The Masked Comrads” antara lain menulis: “MCP-KMT rivalry involving the ABH (Ah Bin Hoay secret society) came to a head in December 1946, in the bloody outbreak at Pangkor.”

(Persaingan MCP-KMT membabitkan ABH (Ah kongsi gelap Bin Hoay) memuncak pada bulan December 1946 dengan pertumpahan darah di Pangkor.)

4. Orang bukan Melayu menyokong Malayan Union. Cheah Boon Kheng mengulas lagi: “The idea of a single state or a large union which combined all the Malay states and the Straits Settlements appealed, in fact, only to the British and the non-Malays but not to the Malays who were still extremely parochial in their attitude.”

(Idea sebuah negeri atau kesatuan yang besar yang menggabungkan negeri-negeri Melayu dengan negeri-negeri Selat pada hakikatnya menarik minat Inggeris dan orang bukan Melayu sahaja, tetapi tidak orang Melayu yang masih kuat perasaan kenegeriannya.)

Walaupun Melayu bersemangat kenegerian, tetapi melalui Umno mereka meluaskan pandangan dengan berjuang atas landasan kebangsaan Melayu; dan

5. Orang Cina Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu terbahagi kepada tiga kumpulan – Cina pendatang, Cina kelahiran tempatan dan Cina Baba. Yang jelas mahu menjadi warganegara Tanah Melayu merdeka adalah Cina Baba yang sudah berabad lamanya menetap di bumi Melayu.

Jadi adalah songsang pendapat mengatakan orang Melayu menolak saranan Onn Jaafar kerana idea beliau terlalu progresif bagi orang Melayu.

Sebaliknya, kerana orang Melayu progresif dan dalam kefahaman politiknya, maka mereka menolak cadangan itu, tetapi mereka tidak pula menolak kerakyatan orang bukan Melayu asalkan mereka mengikrarkan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa orang Melayu pada waktu itu adalah cukup progresif dan melepasi keadaan masa dan persekitaran mereka. Mungkin juga mereka lebih progresif dan berilmu daripada sesetengah Melayu yang ada hari ini.

Yang pasti, mereka lebih kenal diri, lebih tinggi jati diri dan lebih berkeyakinan mengenai hak dan kedudukan mereka sebagai peribumi. Mereka tidak berasa bersalah atau apologetik menjadi Melayu dan peribumi.

Mengenai pidato Mohd Najib keseluruhannya, mesej saya kepada beliau mudah saja. Kotakanlah kata-kata yang panas menyala. Jangan umpama tahi ayam yang hangatnya hanya seketika.

Tetapi sebagai budak kampung, saya tahu tahi ayam pun berguna. Disimpan lama ia jadi baja. Sebaliknya buaian dongeng saudagar mimpi akan membuat orang Melayu hilang jadi diri dan akhirnya bangsat di negara sendiri. Barang dijauhkan Allah.

Monday, October 18, 2010

Sebuah "Hiburan Murah" Untuk PAU 2010

A Kadir jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

AKHBAR Inggeris milik MCA, The Star, hari ini memetik Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada ahli parti menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) mulai esok agar berjaga-jaga terhadap agenda jahat (sinister agenda) sesetengah media alternatif.

Katanya, percubaan memecahbelahkan negara adalah nyata dengan media massa alternatif mengungkit perkara remeh untuk membakar emosi sambil menambah bahawa orang ramai tertarik kepada blog kerana menghidangkan “hiburan murah” (cheap entertainment).

Sama ada ia agenda jahat atau hiburan murah, berikut adalah Manifesto saya sebagai orang Melayu Malaysia (yang semestinya beragama Islam) yang ditujukan kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malay National Organisation/Umno) sempena persidangannya mulai esok hingga 23 Oktober.

Manifesto ini adalah penyataan umum dan terbuka mengenai prinsip dan dasar yang saya rasa wajib diperjuangkan semula oleh Umno sebagai parti induk politik kebangsaan Malaysia.

Pertama: Umno wajib kembali membulatkan tekad berjuang untuk bangsa (Melayu), Agama (Islam) dan Negara (Malaysia).

Tidak apa yang hendak dicurigakan memperjuangkan bangsa kerana Allah Taala di dalam Kitab Suci al-Quran secara jelas dan sahih menyatakan:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki (dan) seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi-sisi Allah adalah orang yang paling takwa antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal.” – surah Al-Hujarat, ayat 13.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa perjuangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu adalah perjuangan nasional yang terangkum (inclusive) yang memperjuangkan hak orang Melayu tetapi mengiktiraf hak kaum-kaum lain.

Umno yang inklusif inilah yang memberi kekuatan kepada politik Malaya dan Malaysia selama lebih 50 tahun di mana semua bangsa dan kaum boleh bernaung dalam suasana sejahtera, aman dan makmur.

Kalau Umno hari ini lemah atau dianggap lemah, ia adalah kerana Umno, buat seketika, hilang pegangan dan arah tujuan akibat kepemimpinan yang haprak. Kepemimpinan yang dilarikan (hijacked) oleh segelintir oportunis politik, perniagaan dan media massa.

Maka, daripada mandat raksasa pada pilihan raya umum 2004, Umno dan rakan-rakan Barisan Nasionalnya dihukum dengan sebatan paling hebat pada pilihan raya umum 2008.

Harap-harap era itu sudah berlalu. Harap-harap era gelap apabila pemimpin terlelap damai buaian damai abadi sudah berlalu. Harap-harap Umno dan pemerintahan yang diterajuinya tidak lagi dilarikan oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

Untuk itu, kepemimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu pada perhimpunan agung tahunannya tahun ini wajib menyatakan secara terbuka dan jelas bahawa Umno adalah daripada orang Melayu, untuk orang Melayu, agama Islam dan negara Malaysia.

Tidak mengapalah jika ada manusia yang kacau dan berbaur mindanya atau yang busuk niatnya yang menuduh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu perkauman, rasis, ultra dan segala macam caci dan cerca lagi.

Kedua: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu perlu berhenti daripada menjadi burung kakak tua yang melagukan slogan-slogan dan bahasa-bahasa berkod (coded language) yang ia sendiri tidak faham atau tidak yakin.

Mantera kontemporari seperti globalisasi, keterbukaan, meritokrasi dan padang permainan sama rata boleh melemahkan hak dan perjuangan kebangsaan Melayu serta Islam jika tidak difahami maksud tersiratnya.

Umno wajib kembali mendaulatkan perjuangan bangsa, bahasa, agama, ekonomi, sosial, keselamatan dan pertahanan yang selama lebih 50 tahun menjadikan Malaya dan Malaysia negara berbilang bangsa dan agama yang sejahtera, aman dan makmur.

Kalau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu kuat dan kepemimpinan yang tegas, berani, bersih dan berkualiti, bukan sahaja orang Melayu sahaja berasa yakin bernaung di bawahnya, malah bangsa-bangsa lain juga akan berasa yakin.

Tepati Umno akan hancur dan kepemimpinan Melayu akan lenyap jika kepemimpinan Umno terus berdolak-dalik dengan orang Melayu kerana terlalu menyerah kepada tuntutan bangsa-bangsa lain.

Ketiga: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu wajib kembali memperjuangkan ekonomi nasional yang berdasarkan pertumbuhan dengan pembahagian (growth with distribution) yang menjadi matlamat suci Dasar Ekonomi Baru.

Tanpa dasar pertumbuhan dengan pembahagian (growth with distribution) ini, tidak akan wujud bangsa Melayu dan umat Islam Malaysia seperti yang ada pada hari ini.

Walaupun hanya sebahagian matlamat DEB berjaya dicapai, namun ia telah mengubah orang Melayu daripada masyarakat tani dan buruh cukup makan (subsistence) kepada masyarakat ekonomi moden yang berdaya maju.

Dasar ini telah menganjakkan ekonomi Malaysia daripada ekonomi agraria dan ekonomi tradisional kepada ekonomi perindustrian dan global.

Tetapi hari ini, kerana Pertubuhan Kebangsaan Melayu bersatu dianggap lemah dan kepemimpinan Melayu sudah hilang keberanian, maka kejayaan luar biasa ini bukan sahaja cuba dinafikan, sebaliknya kepemimpinan Melayu dituduh menjadi penghalang kepada kemajuan orang bukan Melayu.

Jika kepemimpinan Umno masih ada keberanian, mereka wajib menyanggah fitnah ini kerana pemerintahan yang diterajui Umno tidak pernah menganaktirikan mereka.

Sebaliknya, ramai orang Melayu, ahli dan penyokong Umno yang dewasa ini berasa merekalah yang sebenarnya dianaktirikan.

Interpretasi dan ekspresi 1Malaysia (rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan), Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan dan meritokrasi belum meyakinkan mereka bahawa hak dan kepentingan mereka akan dilindungi.

Kepemimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang akan bersidang mulai esok juga wajib memberi jaminan terbuka dan tanpa syarat (inequivocal) kepada orang Melayu dan Bumiputera bahawa 1Malaysia, Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan adalah bersandarkan Perlembagaan dan berpaksikan warisan DEB iaitu perkongsian kekayaan ekonomi negara secara adil dan saksama memandangkan hakikat bahawa orang Melayu dan Bumiputera adalah bangsa majoriti yang kebetulan masih tertinggal jauh dalam arus pembangunan ekonomi negara.

Keempat: Untuk melaksana dan mencapai semua idealisme ini, Umno memerlukan kepemimpinan yang bersih, berani, mempunyai keanjalan minda yang tinggi, komited dan berkesinambungan.

Proses mensemasakan kepemimpinan Umno wajib dipesatkan demi mengelak Umno daripada menjadi parti orang tua, parti aristokrat dan parti orang pilihan.

Umno wajib kembali kepada sifat dan ciri asalnya iaitu keterangkuman dengan mendampingi generasi muda, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu-individu yang memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu.

Kelima dan terakhir, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu wajib mengembalikan daya fikir, daya berartikulasi, kecintaan kepada ilmu dan kemampuan untuk berinteraksi dengan bangsa-bangsa lain sebagai tuan rumah yang berani dan tegas.

Tolak ansur kepartian jangan sekali-kali mengatasi dan mengkhianati hak dan kepentingan bangsa.

Berikan peringatan kepada semua iaitu di saat-saat banyak negara pasca-penjajahan sedang dikoyakrabakkan oleh perkauman dan dominasi oleh kaum induk di mana kaum-kaum minoriti dipaksa menerima asimilasi dan penyerahan, Malaysia yang diterokai oleh Umno kekal negara majmuk yang aman dan sejahtera di mana hak semua kaum dijamin di bawah Perlembagaan.

Berikan peringatan bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia, seperti didefinisikan oleh pakar undang-undang ulung Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim, adalah Kontrak Sosial dan Perjanjian Perdamaian.

Janganlah sesiapa bermain dengan api perkauman dengan cuba mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera atau menafikan hak bangsa-bangsa lain di bumi Malaysia yang istimewa ini.

Nota kaki: Kepada para pembahas serta kaki-kaki kutuk -- tidak kira bangsa, pegangan politik, ideologi, status sosial dan gaya hidup – kutuklah sesuka hati anda kerana mungkin kutukan anda itu akan membuka pintu hati anasir-anasir dalam kepemimpinan Umno yang sudah dikotorkan oleh pelbagai unsur buruk, dan memperkukuhkan iltizam kelompok yang terus berpegang kepada perjuangan bangsa, agama dan negara.

Thursday, October 14, 2010

Dalam Malaysia Macam-Macam Ada

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 16 Okt.] -- 1. Presiden Perkasa merangkap Ahi Parlimen Pasir Mas, Saudara  Ibrahim Ali, dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Pakar Ampang Puteri semalam untuk rawatan jantung, demikian Bernama mmetik timbalan naib-presiden Perkasa, Abdul Rahman Abu Bakar. Keadaan beliau dilaporkan stabil. Saya doakan Saudara Ibrahim segera sembuh.

2. Mohd Zaid Ibrahim sah bertanding jawatan timbalan Presiden PKR melawan naib presiden Azmin Ali dan ketua perhubungan Perak, Mustaffa Kamil Ayub.


[Posting Asal] 

SAYA tabik kepada pencipta iklan Astro yang dialognya berbunyi “macam-macam ada”.

Macam-macam ada di rangkaian satelit Astro milik T. Ananda Krishnan. Tapi dalam satu Malaysia kita ini, lebih banyak macam-macam daripada dalam Astro.

*Kita ada peguam dituduh bunuh peguam dan bila dibicarakan tentulah dibela oleh peguam. Sebab itulah kita kena ada banyak peguam.

Meminjam ungkapan Inggeris “hold your horses”. Jangan tunggang lagi kuda anda atau jangan pipiskan lada kerana melihat burung di langir. Silap-silap hari bukan kena buang kes. Maklumlah bila peguam dituduh bunuh peguam dan dibela pula oleh ramai peguam, macam-macam isu teknikal akan dibangkitkan.

Seperti kita sudah bincang sebelum ini, banyak kes berat dan sensasi, termasuk bunuh dan rasuah, dibuang kes kerana penyiasatan dan pendakwaan haprak.

*Kemudian kita ada flip-flop. Rasa-rasanya tidak ada satu istilah yang serupa dalam bahasa Melayu. Contohnya cadangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Sekejap kata tetap akan dilaksanakan datanglah hujan atau ribut. Jadi para penganalisis dan ekonomis pun puji dan puja kata GST bagus dan kerajaan berani hadapi realiti.

Dok tak dok, kata orang Utara, hujan turun dan GST pun ditangguhkan, kononnya demi keterangkuman terpaksa berunding dulu dengan rakyat jelata.

Alhamdulillah, eloklah kalau rakyat jelata didahulukan dan pencapaian ditangguhkan sebentar. Tak guna capai hasil kerajaan yang lebih besar kalau rakyat berasa tidak didahulukan, apatah lagi pada saat-saat dua pilihan raya kecil akan diadakan dan pilihan raya negeri Sarawak mungkin tidak lama lagi. Kalau tidak dahulukan rakyat, boleh bungkus.

Jadi menteri yang banyak cakap mengenai GST iaitu Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah, sudahlah “terbotol”. Dalam lingo jalanan Utara, terbotol atau terbotoi bermaksud tertipu atau menderita malu.

Macamlah bila Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek, “pertahan” pengeluaran lesen judi bola sepak kepada Vincent Tan. Dok tak dok, flip dan flop cadangan itu dibatalkan. Terbotoilah dia.

*Kemudian berita mengenai perniagaan saham Plus di Bursa Malaysia digantung. Ada yang berkata kerana cadangan pembelian UEM oleh MMC Berhad (kawalan Bumiputera). Plus adalah milik UEM (GLC). Ada yang meramalkan kerana tawaran Asas Serba Sdn Bhd (Bumiputera) membeli semua konsesi lebuh raya di negara ini, termasuk Plus.

Tapi yang nampaknya paling berkredibiliti adalah khabar bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) telah diarah supaya membeli Plus agar dengan itu “terbagtallah” cadangan MMC dan Asas Serba.

Kemudian bertiup khabar angin mengatakan Halim Saad, bekas pemilik UEM, akan saman Khazanah kerana ambil alih syarikatnya pada tahun 2001 tetapi tidak bayar apa yang dijanjikan.

Dalam temu ramah dengan New Straits Times baru-baru ini, Halim mendakwa yang membuat arahan dan keputusan adalah Nor Mohamed Yakcop yang waktu itu penasihat ekonomi Perdana Menteri.

*S. Samy Vellu, presiden MIC selama lebih 30 tahun berkata dia tidak menyesal meletakkan jawatan Januari ini. Apa yang hendak disesalkan? Dia sendiri kalah teruk di Sungai Siput dan MIC hampir-hampir terpelanting daripada Parlimen dan DUN.

Yang akan menyesal adalah ahli MIC, orang keturunan India dan penyokong Barisan Nasional jika Samy Vellu tiba-tiba ubah fikiran. Jadi Mohd Najib Abdul Razak sebagai pengerusi Barisan Nasional wajib pastikan Samy Vellu tidak flip-flop.

*Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan kononnya wujud unsur sabotaj dan konspirasi bagi menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai dan anak Anwar Ibrahin, Nurul Izzah Anwar, daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Menurut Malaysian Insider, berdasarkan maklumat terbaru, Nurul Izzah boleh bertanding selepas Biro Politik mengiktiraf pencalonan lewat dari bahagian Semporna. Nurul Izzah dapat pencalonan minimum dua bahagian.

Daripada laporan media, yang boleh bertanding adalah Nurul Izzah, Mohd Azmin Ali, Abdul Khalid Ibrahim dan Mohd Zaid Ibrahim. Zaid kata kalau Nurul Izzah bertanding, dia tarik diri. Tapi kita kena tunggu takut-takut ada yang flip-flop.

*Pada 13 Okt. Istana Kelantan tarik balik anugerah yang membawa gelaran “Datuk” daripada presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. Ibrahim kata panggillah dia Sudara Ibrahim. Maka saya ucapkan salam dan selamat maju jaya kepada Saudara Ibrahim aka Tok Him.

Tiada ada masalah, sekarang ni semua orang datuk. Saya sah jadi datuk sebab dah ada empat orang cucu. Saya tabik Tok Him. Pada tahun 1977 penunjuk perasaan Tok Him baling batu dan lumpur ke dalam kompleks DUN Kelantan. Habis kot baru saya ihsan akhbar Buisness Times Times kena lumpur. Saudara Rejal Arbee pun kena juga.

Tak lama lepas itu, kerajaan BN (Pas, Berjasa, Umno dan MCA) Kelantan jatuh dan diganti oleh kerajaan DOG – director of government dengan Tengku Razaleigh sebagai penggerak utama. Dia memperkenalkan Kelantan Development Plan yang membawa banyak kemajuan kepada negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Pada tahun 1978, BN tawan Kelantan secara rasmi. Tapi pada tahun 1990, Pas tawan balik Kelantan dengan bantuan Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh.

Sekarang Umno beri tanggungjawab menggalas pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas kepada Ku Li.

Ada pemerhati berkata, Ku Li adalah harapan terbaik BN takluk semula Kelantan. Tapi ada juga yang kata, kalau Ku Li boleh merampas Galas daripada Pas pun sudah cukup baik. Kata mereka, dalam PRU lalu, Ku Li tidak mendapat undi yang mencukupi dari kerusi Galas.

*Sultan Johor derma kereta dan motosikal berkuasa tinggi kepada PDRM. Junjung kasih Tuanku. Tapi adakah PDRM mampu membelanjakan lebih banyak duit membeli minyak dan menyelenggarakan kereta dan motosikal yang mahal itu?

Ada macam-macam lagi. Tapi buat kali ini, cukuplah setakat ini dulu. Harap-harap apa yang kita baca dan bahas akan beri sedikit penetrasi maklumat dan ilmu kepada benak kita.

Tuesday, October 12, 2010

Of 1Malaysia, Pendatang, Suckling Pigs, Belacan and Toddy

A Kadir Jasin

[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

TheStarOnline.tv has a clip entitled “PM: Malaysian Chinese are not Pendatang.”

Who are saying Malaysian Chinese are pendatang (immigrants) that forces Mohd Najib Abdul Razak to make the denial?

Even those whose tongues are loose and have the penchant for saying hurtful things know that today’s Malaysian Chinese are not pendatang.

Not the majority for sure although there could be a tiny minority who came from somewhere in the world, including China, and were recently granted citizenship. These new citizens are pendatang.

But the majority is not. Their grandfathers or great grandfathers came here as early as the 15th century although most arrived in mid-20th century. They are keturunan pendatang.

Some were brought here by the East India Company or its agents, but most came on their own as poor people escaping poverty and oppression in China. There night not be snakehead human smugglers then, but the immigrants came as indentured labourers to work in Chinese-owned tin mines and sundy businesses.

The British were more interested in the Indian laborers who toiled in their rubber plantations and tea estates. The immigrant Chinese were franchised to the Kapitan Cina and, in the Kinta Valley, Perak under the “protection” of the Ghee Hin and Hai San secret societies.

What the British unquestionably brought from China was the opium to satiate and at the same time enslaved the opium-addicted Chinese immigrants.

Until the 1960s there were still licensed opium dens in the country. Even in my kampung there was one such establishment although not all the addicts were Chinese laborers and boatmen. There were also Malay and Thai addicts.

For the Indians, there were licensed toddy shops that sold genuine coconut sap toddy. Toddy shops were usually located near the railway stations or the PWD (now JKR) workshops, where Indians were widely employed.

These were the legacies of the British era. Even when we became independent, the various communities continue to cling to their “colonial rights”.

Take education for instance. According to Wikipedia, (quoting Chow Kum Hor), “Malaysia is the only country outside mainland China, Taiwan, Hong Kong and Macau to have a complete Chinese-medium education system. The secondary Chinese-medium school in Malaysia is not funded by the government of Malaysia, existing in the form of privately owned Chinese independent high schools. However they represent only 5% of all Malaysia Chinese schools.”

[Chow Kum Hor (2008-01-31), “Battle to save Malaysia’s Chinese dropouts” – The Straits Times (AsiaOne News).]

Wikipedia further notes: “Today most schools in Malaysia are national-type schools fully or partially funded by the government, however during early 1960s roughly 60 Chinese schools rejected the Razak Report[33], they continue and insist on the use of Mandarin Chinese as teaching medium, these type of schools were to be later known as Chinese independent high school.”

Why are we so suddenly caught up in this pendatang issue to the point that one aristocratic Melayu from the Bugis land in Sulawesi even told his Chinese audience recently that he too was a pendatang? This poor soul clearly does not understand the Malay history and the geography of the Kepulauan Melayu – the Malay Archipelago.

Why the rush to become pendatang or to be associated with one? Shouldn’t we be thinking of ourselves as 1Malaysian?

As far as I am concerned, I have been 1Malaysian (1Malayan) long before Mohd Najib made 1Malaysia his political agenda and, in the process, sparked off the ongoing race-based debates.

I grew up in a riverside Malay village where our Chinese neighbours reared free-ranging pigs that trespassed our homesteads as they pleased.

Our Chinese neighbours they gave us kuih bulan (mooncake) and we gave them tapioca and yam for them to feed their pigs.

We had no qualm about partaking the soothing lemonade in their houses during the many festivals that they had. We were not bothered by the suckling pigs they ate – not even the poor creatures’ heads that they displayed on the dinner tables.

We called each other names. The Melayu were the belacan eaters, the Chinese the pork-eaters and the Indians the toddy-drinkers. Today you try that you may end up in a hospital or a police station.

Ah, those were the days my friend when we were truly colour blind and truly Malayans and Malaysians. I was lucky. I spent five years in a Sekolah Melayu, two years transiting from Malay to English in the Special Malay Class and the following seven in English medium schools.

Today, some Malaysians are either so racist or lacking self confidence that they even reject the Sekolah Wawasan concept where national and national-type schools are located in the same compound with the pupils of various races sharing common facilities.

Sadly, we become even more divisive when we debate what the Prime Minister means by 1Malaysia and what we want out of it. Has the PM awoken the monster in us by invoking 1Malaysia? Wallahualam. Only God knows.

Wednesday, October 06, 2010

Kemelut Politik Parti Sukarkan Pilihan Pengundi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PERTIKAMAN lidah di kalangan beberapa orang pemuka baru Parti Keadilan Rakyat berkaitan kedudukan Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan atau luar biasa jika kita memahami “psyche” atau cara mereka berfikir. Begitu juga pergeseran perwatakan yang sedang berlaku dalam DAP.

Kedua-dua parti ini menampilkan ciri-ciri kepelbagaian watak, gaya dan agenda yang luar biasa. Persaingan dalaman ini ada kaitan dengan tanggapan bahawa patrti-parti ini kuat dan semakin relevan kerana parti-parti Barisan Nasional lemah sejak pilihan raya umum 2008.

Dengan Umno, MCA, Gerakan dan MIC masih mencari formula penyatuan dan penyemarakan semula, tanggapan umum adalah parti-parti Pakatan Rakyat kuat dan berkeyakinan.

Tetapi di sebalik penampilan yang positif itu, parti-parti PR pun sedang mengalami perentapan dalaman yang hebat akibat perebutan kuasa di peringkat parti dan kerajaan.

Misalnya, di Selangor percubaan mengganggu-gugat dan menjatuhkan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bukanlah olok-olok atau wayang kulit, tetapi sesuatu yang nyata.

Hatta di Kedah, di mana Pas menjadi peneraju kerajaan PR dan Menteri Besar Azizan Abdul Razak cukup popular di kalangan rakyat kerana kesederhanaan dan gaya santainya, namun di belakang tabir wujud kedinginan hubungan antara Pas dan PKR.

Bisik-bisik di kalangan kepemimpinan Pas adalah mereka kurang selesa dengan apa yang sedang berlaku dengan PKR, khasnya perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dan kemasukan bekas-bekas anasir BN ke dalam kepemimpinan parti itu.

Sementara perhubungan antara Pas dan DAP terus runcing mengenai isu pokok perjuangan kedua-dua parti iaitu Negara Islam bagi Pas dan negara sekular bagi DAP. Tanpa PKR sebagai broker, kelangsungan kerjasama Pas-DAP adalah dipertikaikan.

Sebaliknya jika kerjasama Pas-DAP berakhir, Pas akan menjadi ancaman lebih besar kepada Umno kerana lebih ramai orang Melayu dan orang Islam akan menyokong Pas atas dasar perjuangan Islamnya.

Justeru itu, apa yang sedang berlaku dalam pemilihan kepemimpinan PKR sekarang akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada parti itu, tetapi juga kepada PR dan BN.

Media massa memetik salah seorang naik presiden Umno, Hashammuddin Hussein, sebagai berkata masalah dalam PKR adalah baik bagi Umno.

Keputusan pemilihan PKR akan menentukan watak mana yang akan muncul mendominasi kepemimpinan parti itu yang sekali gus memberi kesan kepada PR.

Kemenangan atau kekalahan watak-watak yang kini menonjolkan diri dalam pemilihan parti itu seperti Mohd Azmin Ali, Mohd Zaid Ibrahim dan Abdul Khalid akan menentukan corak kepemimpinan, agenda dan ideologi PKR.

Anwar Lawan Wan Azizah

Azmin pasti cuba mengekalkan status quo dan memperkukuhkan pengaruh dan peranan Anwar manakala Zaid pula nampak mirip kepada merombak kepemimpinan PKR, termasuk mendefinisikan semula kedudukan dan peranan Anwar.

Zaid dilaporkan mempertikai kekaburan kedudukan Anwar yang disifatkannya sebagai tidak boleh mengatasi kuasa presiden (Dr Wan Azizah Wan Ismail) yang dipilih perwakilan.

Ini menarik respons bekas rakan seperjuangannya dari BN, Chua Jui Meng yang berkata kedudukan Anwar sebagai ketua de facto adalah lebih tinggi.

Bahas ini pastinya sensitif kerana Dr Wan Azizah adalah isteri Anwar dan peranan beliau tidak begitu menonjol dalam PKR, apatah lagilah dalam PR yang didominasi oleh Anwar, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Karpal Singh.

Di kalangan parti anggota PR pula, DAP nampaknya lebih selesa dengan Mohd Zaid kerana latar belakangnya sebagai peguam dan bekas menteri BN. Atas alasan itulah DAP memberi sepenuh sokongan kepadanya sebagai pengerusi penaja Pakatan Rakyat.

Dalam PKR, Azmin nampaknya lebih diterima luas oleh kepemimpinan bahagian. Ini terbukti kerana setakat ini dia mendahului Zaid dan calon-calon lain untuk jawatan Timbalan Presiden.

Azmin dilihat sebagai “loyalist” Anwar yang boleh bekerjasama dengan Wan Azizah dan tidak akan menggoyangkan bahtera, apatah lagi menderhaka kepada bosnya.

PKR Sedang Disusupi

Selepas beberapa orang pemuka kanan PKR keluar parti dan sebilangannya menyertai parti-parti BN, pasti wujud kebimbangan di kalangan kepemimpinan asal era reformasi bahawa PKR sedang disusupi oleh anasir-anasir luar yang tidak berjiwa reformasi dan tidak setia kepada Anwar.

Orang luar ini masuk PKR bukan sahaja kerana mereka terpelanting daripada parti-parti BN, tetapi kerana mereka berpendapat PKR adalah buah ranum yang menunggu untuk dipetik.

Oleh kerana itu, keputusan pemilihan yang sedang berjalan sekarang akan menentukan sama ada PKR kekal sebagai parti yang berpaksikan perjuangan reformasi dan ketaatan kepada Anwar atau sebuah parti liberal yang dasar serta komitmennya berubah-ubah mengikut siapa yang menerajuinya dan siapa yang lebih berkuasa.

Perentapan juga sedang berlaku dalam DAP yang menyaksikan perang terbuka antara pengerusi Perak Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming dengan timbalan pengerusi negeri, M. Kulasegaran.

Portal berita Malaysian Insider melaporkan yang Ngeh terpaksa menanggung malu dengan memohon maaf kepada orang ramai di atas cara beliau mentadbir DAP Perak dan meminta agar dia dan sepupunya tidak diadili.

Serentak itu, parti-parti BN juga sedang melalui masalah dalaman masing-masing. Proses pemulihan Umno terus dihantui oleh masalah kewibawaan kepemimpinan, dasar, program dan cogan kata yang dicurigai dan dipertikai oleh orang Melayu.

Di sesetengah negeri, khasnya di mana BN tewas dalam PRU lalu, Umno ketandusan kepemimpinan dan kemunculan bakat baru terus disabotaj oleh penyandang yang mabuk kuasa.

MCA sudah mula menampakkan kesepaduan suara manakala MIC akan memasuki fasa baru Januari ini apabila S Samy Vellu mengundurkan diri selepas 32 tahun menerajui parti itu.

Tetapi Gerakan nampaknya terus terumbang ambing dan mungkin wujud hanya pada nama setelah dinyahkan dari Pulau Pinang. Kepemimpinannya yang lemah menjadi lebih terancam apabila bekas presiden dan penasihatnya, Lim Keng Yaik meletakkan jawatan kerana kecewa dengan presiden sekarang, Dr Koh Tsu Koon.

Kekalutan dalam parti-parti politik nasional ini, sama ada di pihak BN atau PR, akan memberi kesan kepada pemerintahan dan seterusnya mempengaruhi cara pengundi membuat pilihan pada pilihan raya umum akan datang.

Jika antara sekarang dengan PRU akan datang, parti-parti politik utama tidak memantapkan dasar dan kepemimpinan mereka, pengundi akan mengalami dilema untuk memilih siapa yang akan memerintah di Putrajaya dan di negeri-negeri.

Sunday, October 03, 2010

Dr Mahathir Masuk Hospital Di Australia

A Kadis Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 5 Septermber] -- Tun Dr Mahathir keluar dari Hospital Epworth, Melbourne, pada jam 9 pagi waktu Australia hari ini dan berpindah ke hotel berdekatan. Dia dilaporkan dalam keadaan ceria.

[MUTAKHIR, 3 September] --TUN Dr Mahathir akan berada di hospital di Australia buat beberapa hari lagi walaupun beliau bertindak balas dengan baik kepada rawatan, demikian kata Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff.

[Posting Asal]

SEPERTI ramai sudah maklum, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Hospital Epworth di Melbourne, Australia pagi semalam kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Bernama, beliau kini dirawat di wad biasa dan diberikan antibiotik dan menjalani fisioterapi.
“Keadaan Dr Mahathir adalah stabil dan beliau dinasihatkan supaya berehat. Beliau dijangka berada di hospital selama beberapa hari untuk pemantauan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir yang disertai isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Melbourne 1 Oktober untuk berucap di seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab Umno Australia Melbourne di Universiti Melbourne yang dijadualkan hari ini.

Sebelum ke Australia, beliau ke Kelantan untuk menyertai majlis hari raya Perkasa dan sebelum itu ke Negeri China untuk melawat sebuah masyarakat Islam di pedalaman negara itu.

Kita doakan dan ucap selamat kepada beliau agar segera sembuh.

Terima kasih.