Sunday, January 30, 2011

Tenang: Peratus Undi Pengukur Mutlak

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR] -- BN menang dengan kelebihan undi 3,707 atau 38.37 peratus undi popular. Calon BN (Umno) Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,669 undi (69.03 peratus) manakala calon Pakatan Rakyat (Pas) Normala Sudirman mendapat 2,992 undi (30.96 peratus). Undi popular BN naik 6.87 peratus berbanding PRU 2008.

[Posting Asal]

HARI ini pemilih kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor keluar mengundi bagi memilih wakil baru.

Ia membabitkan pertandingan dua hala antara penyandang Barisan Nasional dan Pas. Calon BN adalah bekas pegawai tadbir Mohd Azahar Ibrahim dari parti Umno manakala Pas diwakili oleh bekas guru Normala Sudirman. Pas turut mewakili DAP dan PKR.

Tenang adalah kawasan campuran kaum di mana tidak ada satu bangsa pun mempunyai majoriti mutlak. Daripada 14,753 pemilih berdaftar, 47.54 peratus Melayu, 39.08 peratus Cina dan 12.07 peratus India. Bilangan pemilih bertambah 42 sejak PRU lalu.

Ramalan dan unjuran memihak kepada BN. Ada yang begitu yakin bahawa bukan sahaja BN akan mengekalkan kerusi itu malah menambah majoriti kepada 5,000 undi. Manakala yang lain pula mengatakan majoriti BN akan bertambah 700 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008, daripada undi sah sebanyak 10,242 calon BN Allahyarham Sulaiman Taha memperoleh 6,367 undi (62.16 peratus) dan Mohd Saim Siran memperoleh 3,875 undi (37.83 peratus).

Ini memberikan Sulaiman 2,492 kelebihan undi atau 24.33 peratus undi popular. Kalau hari ini jurang itu meluas, maka tandanya BN lebih popular daripada pada PRU 2008, tetapi jika di sebaliknya, ia bererti sokongan mutlak terhadap BN merosot.

Dalam PRU 2008, wujud unsur protes apabila 413 undi didapati rosak dan 14 kertas undi tidak dipulangkan manakala bilangan yang keluar mengundi 73.52 peratus.

BN tentu mahu mempertahankan kerusi itu dan menambah peratusan undi yang diperolehnya bagi menunjukkan ia lebih kuat sekarang berbanding PRU 2008.

Pas/PR pula tentulah bercita-cita melakukan kejutan dengan mengalahkan BN di negeri tunggal di mana Umno/BN masih berupa “king of the castle”.

Bagi Pas/PR, kalau tidak menang pun, memperoleh peratusan undi yang lebih tinggi berbanding PRU 2008 sudah cukup bagus.

PRU demi PRU, sedikit demi sedikit Pas mula merobohkan benteng agung Umno itu. Pada PRU lalu, Pas berjaya merampas dua kerusi DUN iaitu Sungai Abong dan Maharani manakala rakan kongsinya DAP merampas Bentayan (dalam “Empayar Melayu Muar”), Mengkibol, Senai dan Skudai.

Jadi, apa yang perlu diperhatikan bukan siapa menang dan siapa kalah kerana mengalahkan BN masih sukar di Johor, tetapi peratusan undi yang didapati oleh kedua-dua calon.

82 comments:

Marhaen Kacak said...

sememangnya tenang menjadi kayu pengukur.. dengan komposisi kaum lebih kurang sama dengan komposisi malaysia secara general...

dan di sini mengukur sokongan bangsa tionghua kepada kerajaan

Artikel Panas : Generasi Melayu Baru Yang Buta Sejarah, Di Mana Silap Kita?

Eric said...

LKY is AWESOME !
He plays CHESS @ a GEOPOLITICAL LEVEL always 3 moves ahead.
The audience is not Singapore.
He is HELPING NAJIB & ROSMAH consolidate UMNO's influence.
By slighting the Malays, he anticipated the knee jerk or instinctive reaction of Malays in the Semenanjung, that is "circling the wagons" against the Chinese BOOGEYMAN.
In essence TORPEDOING any chance Anwar or PAKATAN have of establishing a beachhead @ the Tenang/Labis By-Election and for the upcoming Malaysian General Elections.
He wants a tarnished Najib & UMNO to remain in power to secure Singapore's future.

husin syedmohamad said...

Datuk,
1/ Peningkatan peratusan undi akan menjadi ukuran penerimaan parti oleh masyarakat. Di Tenang , sokongan penduduk Felda akan menentukan prestasi parti.
2/ Kemenangan atau kekalahan parti yang bertanding , bukan isu utama. Adanya dua parti bertanding meamastikan pemimipin parti tidak mengambil mudah suara rakyat.
3/ Isu utama wajar diberi perhatian ialah cara dan butiran kempen oleh pemimipin parti-parti tidak menunjukkan kematangan dan pemikiran intelek sebagai pemimipin.

Ikhlas said...

Salam Dato',

Ramalan BN akan menang tetapi bukan dengan majoriti lebih besar, mungkin kurang dari 3000 undi.

Kalau PR kalah pun tak pa , bukan boleh ubah kerajaan yang ada pun, kurangkan majoriti BN pun dah cukup bagus.

Ikhlas.

MatSaman said...

BN menang dah. Merlimau pun sama. Konfirm!!

Elok SPR bagi aje BN lawan kat Pelabuhan Klang.

Anonymous said...

Dato AKJ,
pagi nie ujan di Tenang ikut berita la. Hikmah menang atau kalah. Kalau kalah kena la yang kalah tu muhasabah sebab2 kekalahannya. Menang' wajib bersukur la rakyat pilih untuk wakil depa. jangan plak buat majlis kesukuran besar kelak rakyat akan tanya 'ai baru menang dah dapat dwet tergolek ke?..Rakyat..He3..
-sender org. Jenny dah murtad jadi Rakyat Penang lo.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Saya setuju dgn pandangan datuk.Sebenarnya undi melayu kepada beransur ansur kurang secara umum disetiap PRU dan PRK.Hanya persempadanan semula yg menyelamatkan UMNO.Satu analisis telah dibuat pd thn 1990 dulu dan ramalannya pd 2015 UMNO akan tumbang.Bila UMNO tumbang maknanya BN pun tumbang.Semasa itu analisis dibuat tanpa mengambil kira peranan internet.

UMNO terpaksa bergantung penuh kepada SPR,polis dan agensi agensi kerajaan yg lain utk mengekalakan kuasa melalui tipudaya.Ini pun tidak akan kekal lama.

UMNO days are numbered.Itu pun kesemua ahli dan pemimpinnya masih lagi mabuk dan tidak sedar.

saji said...

Salam Dato'

Peribahasa air tenag jangan sangka tak ada buaya tak boleh dipakai diPRK Tenag. Saya banyak kali dok mengusik kakak sulung saya yang juga peneroka Felda Cemplak Labis pasal UMNO. Dia kata UMNO terlalu berjasa kat dia. Bayangkan anak sentiasa bertambah mula2 jadi peneroka sementara menunggu 3 tahun sebelum getah 8 ekar boleh ditoreh. Barang makan amil hutang kat kedai koperasi FELDA. Suaminya cuba baiki keadaan buka kedai jahit diCemplak. Dua anak pertamanya terpaksa disekolahkan diMuar duduk dengan atuknya bersama2 saya. Dia lawa orangnya. Kawin muda dengan orang Sungai Balang hanya pekerja penoreh getah diestet di Keluang bersama2 India pariah.
Memang betul UMNO banyak jasa kat kakak saya itu -mengeluarkan kehidupannya dari kemeskinan. Apatah lagi harga getah yang mahal sekarang.

Anonymous said...

Pengundi Cina praktikal. Pengundi Melayu khayal dan ikutkan hati. Ada yang bijak, ada yang kurang bijak dan ada yang terus"kelabu". Pengundi India lalang.

-Pemerhati yang tenang-

ab said...

Salam dato,


Elok tenguk yang 12 % tu undi tak?.
ulaq ulaq ni kena demah dengan besi panas, biaq mampuih cepat....


Semalam ada rakan saya suruh tenguk `Soviet story' kat history channel kat astro, tapi saya tak dak astro pun....


Elok kalau RTM/TV3 siar dokumentari itu, dimana Stalin bunuh hampir 20 juta orang eropah dalam 2 tahun lebih kurang....churchill tahu,rooselvet tahu, tapi dua dua buat tak tahu...



Tu pun belum tau kalau phariah phariah dan cemei cemei faham kelebihan `nikmat' hidup di negara ini....


Saya harap ramai kelar mengundi hari ini walaupun hujan....


PILIH LA yang besaqjasa bukan yang besaq mulut...



Abu Bakar Ab Rahman

Alburuj said...

Salam,
Peratusan yang diperolehi juga mengambarkan orang kita selepas merdeka 53 tahun masihkah lagi perjuangan mereka berlegar dan berkisar pada tahap keperluan hidup asas, beras gula, kopi dan belacan atau telah pun mula mengorak langkah memperjuangkan idealisma dan martabat bangsa. Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan andaikata jika tiada perubahan ?????

Anonymous said...

Salam Dato',

Pada saya inilah satu ulasan yg paling rasional dan realistik yang datang dari seorang penyokong tegar UMNO/BN.

Pak Hj JB

abdullahngah said...

DUN Tenang Johor ini pasti jadi kayu ukur pengaruh BN dan PR menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kalau BN menang miskipun dengan majuriti rendah sekali pun pasti PR merudum.

Jangan harap untuk takluk Putrajaya dalam musim pilihanraya umum ke 13 yang rata rata menjangkakan diadakan pada ujung tahun 2011 ini.

Jika PAS menang sudah tentu UMNO/BN panas punggung miskipun kunci Putrajaya ada pada Mohd Najib Razak.

Macam kunci Kaabah yang dipegang oleh Kafir Mekah suatu masa dulu dan akhirnya ditawan oleh Nabi SAW

Demikian juga Puterjaya yang kuncinya ada dalam saku perdana Menteri Najib yang mungkin dianggap payah direbut oleh PR.

saji said...

Salam Marhean

1. Saya dah baca artikal panas -Generasi Melayu Baru Yang Buta Sejarah, Dimana Silap Kita?

2. Artikal tersebut yang ditulis dengan semangat nasionalisme rumpun Melayu tok-tok tidak memberikan jawapannya.

3. Bagi saya, banyak bezanya antara anak2 belajar sejarah tempatan di sekolah dengan belajar sejarah diuniverisiti. Maksud saya, sejarah negara mesti diajar untuk semua krusus diuniversiti ditahap kurang sedikit dengan apa yang diajar difakulti sejarah.

4. Ini dilakukan di bidang arkitek, dengan maksud pelajar arkitek diajar secara intensif mengenai sejarah senibina. Kalau di UK ia diajar diperingakt RIBA 1 dan 2. Malah sesetengah universiti pelajar diajar sekali sejarah senilukis dan reka bntuk. Matalamatnya ialah untuk memastikan bakal graduan arkitek mengamalkannya, dengan maksud menggunkannya dalam penghasilan karya senibinanya, disamping menghasilkan idea baru yang inovatif dengan justifikasi sejarah senibina

5. Kebetulan saya sedang mengkaji dan menulis mengenai evolusi sistem pemerolehan kontrak pembinaan diMalaysia yang belum didokumentasikan oleh mana-mana pengkaji atau pihak berwajib. Kalau saya buta sejarah tempatan, sejarah senibina dan sejarah pembentukan kontrak pembinaan atau al-muqawalah Islam al-Ijarah dan al-Istisna' sah saya tidak mampu melakukannya.

Anonymous said...

Kalau BN kurang majoriti.
Sebab, hujan.
Kalau BN kalah.
Sebab, banjir.
Itulah jawapan mereka.
Mengaku kelemahan tidak sekali-kali.
Ada saja alasan.
Tak caya tengoklah.

- Adnan Zain.

Anonymous said...

Datuk YM,

Saya terbaca dalam Berita Harian Jumaat seorang penulis pojoknya berkata Felda beli aset gula Raja Gula Robert Kuok dan Kuok guna duit itu beli firma pengeksportan gula Australia CSR.

Si pemojok berkata Kuok buat begitu karena kontrak rasmi gula dengan Australia sudah berakhir 2008. Kuok jadi kaya raya karena monopoli gula dan import dengan sengan harga murah karena kontrak G-to-G itu.

Bila dia tahu perniagaan gula akan menjadi sukar, dia cepat-cepat jual. Tetapi kenapa Felda harus beli perniagaan yang rumit ini karena selepas ini Felda yang akan dipersalahkan bila harga gula naik atau hilang dari pasaran?

Mungkin Datok YM penerokan Felda pun tidak maklum atau bila harga gula naik, peneroka Felda akan tuntut harga istimewa. Takut-takut Felda kena main oleh peniaga yang licik yang diketahui akrab dengan keluarga Mohd Noh dan keluarga Datuk Onn.

Minta pengesahan Datuk.

Profesor Pencen
Bangi

usabukata said...

salam dato,

analisa dato mengenai johor agak menarik. memang nyata ujud undi protes. contohnya dun sungai abong sebelum itu (bukit naning) dalam parlimen bakri. sepanjang yang saya ingat pru 11, 10, 9, 8, 7 wakil rakyat yang menang memang mengecewakan, sebab itu dalam pru 12 pengundi tak boleh tahan.

usabukata

L_J said...

Datuk

Saya setuju dengan kesimpulan Datuk berkenaan PRK kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor, iaitu “... apa yang perlu diperhatikan bukan siapa menang dan siapa kalah kerana mengalahkan BN masih sukar di Johor, tetapi peratusan undi yang didapati oleh kedua-dua calon.”

Suatu permerhatian yg cukup tepat.

Salam,

LJ

saji said...

Slaam usabukata

"Analisa dato mengenai johor agak menarik. memang nyata ujud undi protes. contohnya dun sungai abong sebelum itu (bukit naning) dalam parlimen bakri. sepanjang yang saya ingat pru 11, 10, 9, 8, 7 wakil rakyat yang menang memang mengecewakan, sebab itu dalam pru 12 pengundi tak boleh tahan."

Komen:

Kelurga saya yang masih tinggal di Pt Stongkat merupakan penyokong tegar UMNO, termasuk adik ipar saya yang dah banyak penggal peganag jawatan setiausaha. Mereka ada bagi komen pasal PAS menang di Sungai Abong dan Maharani, tetapi banyak tak sama dengan komen sdr di atas!

hakim muar said...

Dato.

Majority kemengan BN akan merosot kerana banjir di Tenang.ha ha ha ha !!!!!

Anonymous said...

menunggu minda yang lebih terbuka dari pengundi Tenang. Langit sudah terbuka, namun penghuni bumi masih belum terbuka. Demokrasi perlu dihayati, pemimpin perlu waras mengguna kuasa. Keadilan, kemakmuran, kebebasan hak bersama. drarma.

Anonymous said...

Salam Dato,

Saya nak cadangkan kita cuba kurangkan PRK ni sekali gus kita kurangkan buang masa, tenaga, duit dan kurangkan dosa berkempen.

Untuk itu bakal calon mesti sihat dan tak tua. Ini untuk calon BN aje, PR tak perlu, PR kurang calon berkelayakan, BN berlambak. Orang nanti kata mati di tentukan Allah. Yang muda / sehat pun boleh mati. Memang betul tu. Tapi kita boleh kurangkan risiko dari segi aklinya (orang tua selalu mati dulu).

Bakal calon mesti lulus pemereksaan kesihatan oleh Pakar Perubatan Kerajaan, bukan doktor2 biasa. Yang nak dicalonkan semula pun kena juga.

Seperkara lagi yang tak kurang peting ialah calon mesti tak gemok - obese. Orang gemok salalunya tak aktif dan kurang stamina. Buat deskwork bolehlah. Tapi fieldwork masalah. Dia cuma sampai tempat yang kereta boleh sampai, tempat lain sorry. Masa berkempen paksa diri minum tongkat ali, jus tok guru bagai. Tapi lepas menang, tengok aje lah.Lagi pun orang gemok ni lebih mudah kena penyakit.

Saya rasa calon BN Tenang boleh menang tapi dia kena kuruskan sikit badan

Orang Lama

Roti Planta said...

Dato',

Tahniah BN telah menang di Tenang dengan majori lebih 3,300 (meningkat daripada PRU lalu tetapi tersasar daripada KPI TPM iaitu 5000). Diharapkan juga penduduk Tenang akan bertenang menghadapi banjir yang berlaku hari ini.

Pihak tentera, bomba dan JPA3 amat prihatin membantu pengundi di kawasan terpilih (kubu BN) dengan menaiki pelbagai kenderaan kerajaan seperti lori tentera dan bot untuk mengundi. Dikhuatiri suatu hari nanti jika berlaku malapetaka lebih besar seperti gempabumi lalu kawasan kubu BN sahaja kenderaan bantuan akan datang menolong.

Diharapkan juga kenderaan tentera dan bomba akan 'bertugas' beberapa hari lagi untuk membantu rakyat Tenang. Jangan selepas mengundi mereka ini terus balik. Bantuan menghadapi banjir lebih diperlukan berbanding bantuan pergi mengundi.

/Roti Planta

Anonymous said...

Saya perhatikan akhbar The STAR yang selalu buat updates melalui latest news nya kali ini tidak menyiarkan sebarang updates dari PRK tenang walau pun sekarang ini sudah jam 7.49 malam. Hanya Berita Harian dan Utusan sahaja yang buat update news.? Adakah akhbar MCA ini tidak suka BN menang di Tenang?

Pengundi Kelana Jaya

mtgbertam said...

Rakyat semakin berpendidikan. Maklumat di hujung jari. Sampai bila UMNO nak mengharap undi dari makcik pakcik felda dan kampung2 di pendalaman?

kuanderas said...

Salam Dato'

Saya ingin menambah bahawa, sebenarnya Chua Soi Lek tidak serious untuk memenangi hati pengundi-pengundi Cina kepada BN, malah kepada MCA sendiri, alasannya adalah:-

a.Kenyataan beliau adalah kenyataan yang backfires, dan nampak disengajakan (isu bersalam tangan Normala)
b.Statement selepas Konvensyen BN juga tidak membantu serta memperlekehkan Dato' Seri Najib
c.Statement di Tenang juga dikeluarkan seolah-olah terpaksa

Chua Soi Lek ini tidak bersungguh-sungguh, malah lebih teruk jika sebenarnya Trojan.

Ingin bercakap soal moral lagilah tak dapat, kerana diri sendiri sudah ada kes (walaupun diampun MCA dan diangkat menjadi Presiden)

Anonymous said...

A report by Malaysiakini website:

...." 9.12pm: As a result of the cold and rainy weather, the police officers who are still trapped in SMK Kamarul Ariffin begin to burn paper to get warm.
A Malaysiakini journalist is among those stranded at the school which has been cut off by floods "

Saya hairan, menagapa masih ramai lagi yang terpengaruh dan percaya bulat-bulat dengan apa yg di laporkan oleh Steven & MalaysiaKini seperti diatas ni.

Laporan seperti ini ' really insult people's intelligence'

MKM, JB...

OKJ said...

Salam DAKJ

Berakhirnya tragedi ‘cuba, try dan test’

Alhamdulillah. TREND kemenangan sekali lagi berpihak kepada UMNO dan BN. Pengundi juga makin bijak dan pengalaman pahit nak ‘cuba, try dan test’ pada PRU dulu TELAH dijadikan peringatan, sempadan dan tauladan. Majority Anak Melayu masih sayangkan UMNO walaupun masih ada yg tak suka. Biasalah tu, adat dunia.

Dan tidak lupa dengan ketokohan & ketrampilan gandingan mantap Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Presiden dan Tan Sri Timbalan Presiden. Dengan clue dari pengundi @ rakyat jelata dari masa ke semasa, dengan rasa rendah diri saya meminta, cukup-cukuplah memperlekehkan beliau berdua dan isteri. Beralah sedikit bukan bererti kalah.

Dan juga adakah sama persepsi sebahagian besar pembahas blog Dato’ yg sentiasa memperlekehkan kerajaan dengan persepsi pengundi di luar sana? Tepuk dada tanya selera. Sekian TQ.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Alhamdulillah Allah telah memperkenankan,semuga pemimpin mengambil iktibar, jika kebaikan yang kita lakukan maka insyallah kebaikkan juga yg kita dapat.

Rakyat Tenang sepatutnya mendapt perhatian segera kerajaan,kerana BN telah menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat.

Masaalah banjir yg perlu ditangani.
Memantabkan BN.

Hj Munawir. said...

Kapada Profesor Pencen.

Cerita Felda membeli kepentengan gula Robert Kouk di malaysia memang benar.Felda membayar hampir 2 billion ringgit.Saya setuju ini merupakan satu keputusan yang tidak waras.

Kontrek pembelian gula kita dengan Australia akan tamat tahun 2011.Harga yang di beli hanya lah us 7 sen sakilo.Sekarang harga gula di pasaran dunia ia lah us 35 sen.

Ini bermaana jika kerajaan tidak menambah subsidi kapada gula,felda akan mengalami kerugian yang besar.Harga gula diMalaysia sekarang hanya lah $2 rgt. sakilo.Harga gula di Indonesia yang mengeluarkan gula sendiri ia lah $3.50 sen sa kilo.Di Thailand,negera pengeluar gula terbesar ia lah $ 3.00 sa kilo.

Saya tidak tahu apa yang Najib akan buat.Jika harga gula kita di naikkan dari $2 rgt kapada $3 rgt sakilo,raayat akan marah dan mungkin BN akan hilang undi.Yang pandai ia lah Robert Kouk.

Robert Kouk pada mulanya hanya lah merupakan saorang perniaga biasa di johor,Menjual beras,gula dan minyak masak.Dia mula menjadi orang yang terkaya di malaysia kerana kita memberikan lesen monopoli untok mengimport Gula.Dia juga pemilek Shangrila Hotel dan Ladang kelapa sawit di Sabah.

Ladang Kelapa Sawitnya di jual kapada Welma milek saudaranya,yang di sinaraikan di pasar saham singapore.Hotel Shangrila di Jual kapada syarikat Hong Kong milek keluarganya dan kelang Gula di jual kapada Felda.

Sekarang Robert Kouk telah menjadi warga negara Hong Kong dan ia tinggal di Hong Kong.

Orang melayu yang bertanggong Jawab menjadikan Robert Kouk kaya ia lah Tun Hussein Onn samasa itu menjadi Menteri Perdangan,Tan Sri Noah bapa mertuanya.Raja Mohar dan tan sri Nasaruddin yang pada masa itu menjadi KSU kementerian perdangan.

Hidup melayu.

Bawal said...

Dato',

Keputusan PRK dah dapat, BN menang tapi rasanya kena buat kajian juga. Kerana ada dalan saluran yang khusus satu bangsa tu BN kalah.

Apa kata rakan kongsi dalam BN ? Apa alasan kali ni ? Tak cukup "representation" dalam kerajaan ke ? Tak cukup sekolah "vernacular" ke ?

Nak main mercun dah bagi, nk "censor" karya sastera dah buat ? Apa lagi yang ndak ? Apa lagi ? Ada mungkin, kepimpinan BN pikir apa nk buat dengan "3rd wheel" ni.

Anonymous said...

Datuk YM, saya mohon ucap terima kasih kapada Tuan Hj Munawir karena membuat penjelasan tentang pembelian bisnes gula milik Robert Kuok oleh Felda dan implikasinya kepada Felda dan pengguna Malaysia.

Nampaknya pembelian ini mungkin kontroversial dan mungkin juga membawa implikasi negatif kepada Felda dan pengguna.

Apa yang dibuat oleh Kuok itu merupakan tamparan kapada Malaysia dan memberi imej buruk kepada kaum imigran seolah mereka mengamalkan dasar habis manis sepah dibuang.

Profesor Pencen
Bangi

Anonymous said...

UMNO dan Pas mesti bersatu. Period.
Tak usahlah kita berpecah. Tak mendatangkan manfaat kepada umat Islam. Apalah yang nak dikejarkan dalam dunia ini. Kuasa!Apalah sangat kuasa itu.Kuasa yang ada pun tak menentu akan kekal untuk selamanya.

Kuasa umat Islam akan hancur kalau umat Islam tak bersatu. Lihat di Eygpt dan Tunisia. Kuasa punya pasal huru hara jadinya negara.

Kalau huru hara ini akan mendatangkan kesejahteraan rakyat baguslah. Tapi ini belum tentu negara tersebut akan stabil dengan berbagai puak dan pihak cuba nak merebut kuasa.

Ya, BN menang. Tapi "menang dalam kekalahan" kerana umat Islam masih tidak bersatu.Alangkah kuatnya lagi apabila UMNO dan Pas bersatu. Sama-sama memerentah negara. Umat Islam di Malaysia tidak mampu berpecah. Ianya akan memudharatkan umat itu sendiri. Percayalah ini akan berlaku. Dan jika ianya berlaku maka umat Islam akan gigit jarinya sendiri. Komen saya ini bukan kerana sombong tapi sedih melihat keadaan umat Islam yang tak bersatu hati untuk meningkatkan kesejahteraan hidup.

Dah nampak ada puak memang busuk hati untuk melihat umat Islam berpecah kerana inilah muslihat mereka untuk menekan umat Islam secara halus. Peluang yang terbaik untuk mereka mendapatkan lebeh suara dan lebeh kuasa. Itulah hajat mereka yang belum tercapai. Tapi lama kelamaan tidak mustahil mereka akan tercapai cita-cita mereka. Akan TERPERANGKAP lah umat Islam dan akan dikotak-katikkan selama-lamanya.

Sedarlah. Politik umat Islam di Malaysia mesti menjurus kepada satu cita-cita iatu kesejahteraan rakyat dan kuasa mutlak yang tak boleh digangu gugat.

BN menang kerana orang Johor memang bijak. Mereka tahu yang mana intan dan yang mana kaca. Mengapa orang Johor bijak? Kerana mereka berpolitik mengunakan akal yang "tenang" dan tidak beremosi. Itulah orang Johor.

Orang Johor baik dia dari Pas mahupun UMNO boleh lagi duduk semeja makan mee bandung tanpa masaalah. Mereka boleh bergurau bersama. Itu sebab orang Johor apabila bercakap dia tak kata diri dia "saya" tapi "kawan" !!!!!

Mat Tenang

Anonymous said...

salam dato' & bloggers... alhamdulillah prk tenang telah pun selesai,menyusul pula merlimau. sebagai anak muda, saya berharap adanya perubahan dlm sistem pentadbiran di malaysia,sistem yg telus,jujur & ikhlas. warga marhaen menilai gerak laku pemimpin skrg,x anngap kami bisu & buta. gelombang kebangkitan terutamanya undi org muda hampir pasti berlaku. samada di tenang mahupun di merlimau,itu bukanlah pengukur sebenar kemampuan BN. kami professional yg rasional & kritis, dahagakan pemimpin yg memimpin & bukannya.....(dato' can finish up d sentence).TQ- Syed fahmi

Anonymous said...

Tok Kadir, mintak la OKJ jangan dok rayan sangat. Ya la BN menang, tapi Johor tu orang kata, letak tongkoi pun kalu BN boleh menang. Cuba di Penang atau Kedah. Berak darah.

Apa yang OKJ dok susah kalau ramai pengomen dalam blog Tok Kadir pro pembangkang. Pasai apa orang pro BN tak masuk tolong Najib dan Rosmah. Asyik asyik OKJ, Pakbelalang dan Mustaffa Terbus Ong, ayah Omar Ong saja. Saya tau, orang Umno tak masuk blog Tok Kadir pasai Tok Kadir tak kipas Najib, lepas tu belasah FLOM pula. Kalu Tok Kadir ampu FLOM, ramai la kaki ampu dan kaki kipas masuk komen.

Kalau nak ampu Najib dan FLOM pun biar la ada class sikit encik OKJ. Ni lebih teruk dari kaki gian Dhoby Ghaut.

Kamjat Penang

saji said...

Sdr Mat Tenag

"UMNO dan Pas mesti bersatu. Period."

Komen:

Sdr, dari sudut sinektis, menggunakan teknik analogi fantasi - mencari analogi yang dikhayalkan dalam merangka dan menyelesai sesuatu masalah iaitu masalah orang Melayu berpecah untuk diatasi dengan mencadangkan UMNO bersatu dengan PAS.

Teknik yang paling mudah dari segi mencari analogi yang sesuai dan ada kebenarannya. Tetapi,perlu diingat, ia merupakan teknik yang sukar atau mengambil masa untuk mencapai jalan penyelesaian
dikehendaki.

Apa yang saya namapak dari kelibat PAS, PAS hanya akan bersatu dengan UMNO jika UMNO kalah teruk dalam mana2 pilihanraya akan datang

Anonymous said...

Kamjat Penang,

Komen sdra macam orang menggelabah je !!

Steadylah! Depa nak sokong UMNO ke Pas ke, PKR ke biarlah dia bersuara. Apa yang dirunsingkan sangat. It is freedom of speech and expression. Masing-masing ada pandangan mereka sendiri. Biarkanlah dia.

Tak payahlah nak kutuk-kutuk. It is very childish indeed. It is a refelction of your level of maturity of thoughts. Maybe some people will appreciate you but I think majority will say that you are just nuts.Tak ada "standard" !! Be cool friend. Dunia belum kiamat lagi !!

-Penang Laksa-

Anonymous said...

Mat Tenang,

Syabas orang Johor !! Lepas ni kawan nak tengok pulak kebijaksanaan orang Melaka pulak di Merlimau!!

Kalau mereka ikut kebijaksanaan kawan-kawan diJohor BN akan menang lagi.

Itulah trendnya nampak gayanya.

Kawan di Tenang sekarang tengah syok makan mee bandung. Orang kuat Pas belanja kawan.PRK dah selesai kami pun nak sabit kelapa sawit. Harga dah naik. Getah pun naik melambong. Syukur alhamdullilah kami di Felda.

Hidup Peneroka !!

-anak Felda generasi 3-

makbudak said...

Salam Dato',

dgn pm dan segala tok nenek menteri dan tok nenek agensi2 kerajaan digunakan utk kempen utk bn, tabur lagi dgn duet konon peruntukan itu peruntukan ini, tapi majoriti cuma 3 ribu lebih je, pada saya takde apa2 yg hebat pun. patotnya mcm tu punya kempen, pas langsung tak dpt undi. tv, radio, suratkhabar, hari2 cerita pasal keburukan pas sepanjang kempen kat tenang, tu pun masih ramai orang tak nak terima umno. bayangkan kalau pilihanraya ni bertanding di atas padang yang sama rata?

tak malu ke bn dan penyokong2nya, bn bertanding di atas padang yg tidak rata? gentelemen ke kemenangan mereka?

pada saya, saya tak heranlah! pasal kenal sgt dgn sifat2 orang melayu ni, memang mudah lupa n mudah digula2kan. baiknya pembangkang dan rakyat yg dah meluat dgn bn kat malaysia ni tak buat mcm rakyat tunisia atau kat mesir. rancangan 16 sept dulu pun ikut undang2. bila gagal, diperli2nya pula, sedangkan memang peruntukan undang2 tak benarkan kalau tak dpt majoriti. itu tanda pembangkang ni hormat undang2.

tapi andaikata lepas ni diTakdirkan pembangkang pegang putrajaya, (-tentunya melalui pilihanraya) malaysia jadi huru hara, kita tahulah siapa yg jahat, siapa yg tak tahu hormat undang2 negara....

Wallahua'lam... terima kasih...

Iskandar said...

PAS kepada DAP sama seperti Mesir kepada Israel.

Mengaku perjuangkan Islam, tapi berkawan rapat dengan syaitan.

Selepas ramai rakyat Mesir hidup dlm negara yg kurang kerja, buruknya infrustruktur dan kebelakangnya teknologi, rakyat mula bukak mata.

Harap Malaysia tidak perlu lalui keadaan begitu. Cukup saja Kelantan utk eksperimen ala Mesir.

Alhamdulillah, Tenang tidak jatuh ke tangan penipu2 agama ini.

mad said...

haha lucu baca komen kamjat penang, tapi saya sokong 100%. terhibur sikit selepas kekalahan pas di tenang. untuk makluman, direktori f.l.o.m. di jabatan perdana menteri tidak boleh diakses lagi. sudah tentu disebabkan protes org ramai termasuk pengomen2 dalam blog datuk ini. tapi saya pasti f.l.o.m. masih wujud dan berfungsi seperti biasa. selepas kemenangan besar bn di tenang, saya ramalkan minyak akan naik lagi dalam masa terdekat.

Anonymous said...

Tok Kadir, nak ucap terima kasih seguni beras siam kepada Penang Laksa. Dalam dia dok kata komen saya tak ada standad, dia baca juga. Alhamdulillah..syukran.

Member kita dari Penang Laksa kata "Maybe some people will appreciate you but I think majority will say that you are just nuts.Tak ada "standard" !! Be cool friend. Dunia belum kiamat lagi !!"

Thank you my learned friend Laksa Penang. My policy is, I learn from and respect all the wise and learned men like you. My level of thinking and intellect may not be as high and as refined as yours, but, as the Melayu said, I have eaten enough garam and asam to know the meaning of life.

Maybe I cam argue and reason as well as you or even better if I want to. But being a kamjat, we like to take life easy and not to be too serious about politics and politicians. I am an oldtimer. Mengaji sekolah orang putih. I often wonder if our young politicians today including Ministers and their aides have enough gray matter to really lead the people.

To Penang Laksa my argument may have no standard, but I am not a politician. I do not run the country. So I can be stupid, but are our politicians really clever?
I hope Penang Laksa can enlighten us on this.

Sorry Tok Kadir, emo sikit.

Kamjat Penang

A KADIR JASIN said...

Dalam pandangan saya, fakta berikut mempengaruhi trend pegundian:

1. Johor sebagai kubu terkuat (terakhir) Umno/BN di Semenanjung;

2. Pengundi tidak mahu memalukan DPM sebagai anak Johor;

3. Pengundi mahu mengukuhkan kedudukan Muhyiddin sebagai DPM, Timbalan Presiden Umno dan InsyaAllah, bakal Perdana Menteri;

4. Janji-janji pembangunan dan kewangan masih berkesan kepada pengundi luar bandar dan pengundi miskin;

5. Mungkin calon Pas, sebagai bekas guru, tidak cukup kuat dan tidak cukup terkenal untuk dalam masa tak sampai 2 minggu meyakinkan pengundi, termasuk pengundi atas pagar, apabila lawannya lebih terkenal;

6. BN mempunyai jentera dan kemampuan kewangan yang jauh lebih besar daripada Pas; dan

7. Isu komitmen, kemampuan dan keberkesanan bantuan DAP dan PKR kepada calon Pas.

Terima kasih

anakbuah said...

Dato',

Sikit pun saya tak hairan BN menang. Saya sebenarnya simpati dgn org Tenang sebab masih ada yg buta hati. Bagi saya org2 yg buta hati beginilah yg sebenarnya membiarkan wang perbendaharaan negara dibelanjakan sewenang2nya, polis dan tentera dipergunakan dan SPR diperlakukan seperti anjing kurap! Saya tidak rasa org Melimau lebih bijak drp org Tenang.

Saya nak tanya blogger2 di sini, kalau pun kita tidak byk pilihan, masih bijakkah kita menyokong kepemimpinan kerajaan Najib skrg ni?

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Melayu,Cina,India kita semua sama saja Tok.

Harga getah, kelapa sawit semua naik Tok. Jadi undi pun naik lah.

Semua bab duit Tok,tak kira Pak Lebai,Tok Sami mau pun yang loqlaq.

Pasai tu kot PR kalu boleh mau negara huru hara biaq semua takdak duit.Baru depa boleh menang kot.

tk

mack said...

Yang menang BN/UMNO yang kalah PAS tapi yang berjaya DAP...apa tidak nya kerusi LABIS akam jatuh kepada DAP jika kita ukur dari minat dan kecenderungan pengundi cina....tunggu dan lihat la dalam PRU 13 nanti...

OKJ said...

Salam DAKJ

Sebagai menghormati pembahas yg lain, saya stop dulu cerita politik. Janganlah marah-marah dan emo sangat. Kita boleh merancang tapi ALLAH yg akan menentukan. Allah memberi kemenangan LAGI kepada UMNO mesti ada sebabnya dan membuat PAS masih kalah dan kalah dan kalah lagi pun mesti bersebab. Percayalah kepada Qada dan Qadar. Insyaallah, kita tidak akan sesat.

Mari kita bercerita tentang kereta baru pulak. Saya minat jenis SUV. Tinggi sikit dan sedap sikit bawanya. Lexus RX 270 / 350 memang cantik. Tapi saya tak berapa berkenan belakangnya. Lagi cantik Harrier lama rasanya.
Audi Q7 juga cantik dan besar. Saya mula-mula tengok dulu dekat Cameron Highland, dipandu oleh Mat Salleh plat Singapore pada tahun 2007 rasanya. Memang cantik. Masalahnya, interior designnya tak cantik dan tak canggih macam Lexus.

BMW X6 pula memang menawan. Bentuknya memang bagak dan ada class tersendiri. Cuma harganya mahal dan susut nilanya terlalu cepat. Sayang pulak duit rasanya.

Mercedes pula memang dah terkenal. Tapi ia kecil sikit dan tak sesuai untuk anak ramai. Lepas tu, system software masih ketinggalan jika nak dibandingkan dengan Harrier /Lexus. Pening-pening. Sekian TQ.

langitbiru said...

"sememangnya tenang menjadi kayu pengukur.. dengan komposisi kaum lebih kurang sama dengan komposisi malaysia secara general..."
(Marhaen Kacak)

Komposisi Tenang memang lebih kurang sama dengan Komposisi Malaysia secara umum, tapi kena tengok tempat jugak.

Tenang (Johor) macam orang Pas kata letak tongkoi kayu pun BN boleh menang!

Dan Rumpun Melayu Johor memang terkenal dengan sikap taat setia dan setia kawan. Itu saya memang suka dengan dengan kawan-kawan di sekolah/universiti dari Johor.

Kalau UMNOBN dah yakin sangat, buatlah PRK di Kota Seputeh Kedah dan Pelabuhan Kelang Selangor!

JANGAN DOK PUTAR BELIT Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah/Selangor YANG KONONNYA SPR YANG BERKUASA TENTUKAN KEKOSONGAN ADUN.

Tugas SPR jalankan Pilihanraya. Tugas SPR BUKAN menentukan kerusi DUN/Parlimen kosong! ITU TUGAS SPEAKER DEWAN.

Mahkamah dah tentukan DUN Kota Seputeh Kedah kosong, sahkan tindakan Speaker, jalankan PRK. Ni UMNO nak rayu apa lagi???

Saya dok bimbang sangat, peguam-peguam UMNO dok putar belit, nanti akan jadi rujukan kes pada masa akan datang!

Dah dasar UMNO, Perlembagaan dan Undang-undang, kalau tak menyebelahi depa, letak bawah tapak kaki depa je!!!

abdullahngah said...

Bercakap pasal BN menang di DUn Tenang, teringat saya dengan kata kata kebanyakan orang Melayu bahawa bubuh siapapun di DUn Tenang ini pasti menang.

Hatta bubuh JKKK sebagai calon sekalipun pasti menang, kerana Johor kubu terkuat Umno/BN.

80 peratus Orang Johor tetap yakin bahawa Umno saja yang boleh diharap dan memerintah serta memberi pembangunan kepada mereka.

Mereka dididik dengan sedemikian rupa sehingga tak percaya dengan selain dari Umno.

Olehy itu tunggul kayu pun kalau bubuh cap dacing pasti diundinya, macam seorang orang kafir di Amerika Syarikat yang dilaporkan menamakan hartanya kepada anjing kesayangannya.

maae said...

Salam Dato,

1.Sudah tentu peratus pengundian mencerminkan kesetiaan penyokong kepada sesuatu parti.

2.SPR sudah pasti tahu corak undian mengikut kategori dan kaum seperti yang di umumkan di mana Labis Tengah masih pro pembangkang.Kita tahu majoriti nya semua kaum cina.

3.Teramat sedih kaum cina masih tidak berubah sikap di sebalik semua kemudahan yang di perolehi di bandar dari kerajaan.Gaya ini juga berlaku di semua bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia dan amat tidak sihat berlarutan berpuluh-puluh tahun lama nya. Tidak terpalitkah rasa bersalah dan kesyukuran?

4.Amat malu dan sedih setelah 53 tahun merdeka,kelompok ini masih amat ketara bersikap perkauman , prasangka liar malah sekian menebal sehingga mata dan telinga di tutup rapat menafikan,kemakmuran ekonomi dan pembangunan setempat yang di berikan pemerintah.

5.Orang-orang melayu tidak pernah membuang undi mengikut kaum.Mereka memberi undi mengikut KEWARASAN untuk pihak yang bersedia memberi jaminan kesinambungan hidup. Peratusan undi melayu tidak mencerminkan keangkuhan dan kuasa.

6.Pelik nya mereka melalak dan terus melalak meminta-minta secara beerlebihan. Apa jenis pula yang di pinta tidak pula relevan dengan arus semasa pembangunan Negara.Apa yang di milik di peluk erat dan tidak hendak di kongsi sama dengan melayu.

7.Mohon Dato mengkaji bagaimana dan macamana perkara ini boleh di atasi dan kita bincang bersama.

Tiada yang lebih baik selain berbincang dan menyuarakan pendapat bernas.

Anonymous said...

Anakbuah,

Jangan memperkecilkan pengundi Tenang. Yang buta hati kamu bukannya penduduk Tenang. Pengundi Tenang semuanya bijak tidak macam kamu. Akal cetek !!!

Keputusan dah menyebelahi BN dengan majoriti lebeh dari dulu. Apa nak lagi. Dah nak kata orang Tenang buta hati pula. Terimalah hakikat ini dan hormatilah pengundi Tenang termasuk yang sokong PAS. Semua pengundi dah melaksanakan tanggong jawab mereka. Yang mengundi PAS pun bijak dan yang mengundi BN pun bijak. Mereka tak buta hati.

-Pengundi bijak tenang-

saji said...

Dakj, antara lain, berkata,Johor sebagai kubu terkuat (terakhir) Umno/BN di Semenanjung.

Dato' macam nak kata, apa-apa terjadi dengan UMNO/BN pada PRU akan datang negeri Johor akan menjadi negeri Kelantan yang merupakan kubu terkuat PAS! Kalau betul, akan lebih ramai lagi pembahas blog pembankang yang melayari blog Dato'

Anonymous said...

Najib mesti jengok sekali-sekali apa yang berlaku di Pejabat Perdana Menteri. Mungkin ada "subversive element" dalam Jabatan tersebut yang cuba nak merosakkan image Najib. Aleh-aleh nanti ada pula timbul kumpulan "Tingkat 4" seperti yang berlaku dizaman Pak Lah.

Kroni-kroni Najib dan keluarganya mungkin cuba atau dah pun cuba mempengaruhi staff diJabatan Perdana Menteri.

Seeloknya segala perhubangan yang dilakukan antara kakitangan Jabatan dengan orang awam melalui telephone, e-mail dan temu janji mestilah direkod untuk menghalang mereka melakukan perkara-perkara "ganjil".

batman tulin

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Anakbuah said'
..Saya nak tanya blogger2 di sini, kalau pun kita tidak byk pilihan, masih bijakkah kita menyokong kepemimpinan kerajaan Najib skrg ni?

HARUS disokong kerajaan Barisan Nasional yang dasar2 nya selama ini
adalah yang paling sesuai dalam membangunkan negara tercinta ini terutamanya ketika era Dr.M..menyediakan banyak ruang2 untuk mamajukan diri dan telah pun dirasai rakyat jelata, baik dari segi kemajuan fizikal mahupun minda.

Hanya mereka yang buta mata dan hati dan yang tidak bersyukur akan menafikan nya.

Kalau dibandingkan keadaan bangsa Melayu sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan adalah seperti langit dan bumi bezanya..kita harus bersyukur dan jangan dinafikan kebenaran tersebut

Keluhan dan rintihan kami adalah kepada penyalahan guna kuasa dan korapsi yang berleluasa oleh mereka yang berkepentingan.. pepatah Cina ada menyebut..'SELAGI AYAM (Melayu) MAKAN (suap) GANDUM'
tidak kira lah orang Melayu UMNO/BN atau PAS/PKR/PR..tidak dapat dinafikan.

Makanya, jangan salahkan dasar2 kerajaan BN tetapi sikap ORANG MELAYU... selagi ianya bergelar MELAYU!

Sokongan pada NAJIB?..ada TAPI nya..

SELAGI Najib Kerja Rosmah Arah (NKRA).. ADA BANYAK SYUSYAH LAH..

Kami kurang pasti Najib masih ada teloq (berani) 'CERAIKAN' Rosmah dari PUTRAJAYA demi kesinambungan kuasa BN

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Kini Melayu mampu menongkat lidah kelangit, bergerak megah, tanpa ejekan kata hina. Terima kasih Ayahanda Rakyat Tun Dr. Mahathir Mohamad.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Maae, antara lain, berkata:"2.SPR sudah pasti tahu corak undian mengikut kategori dan kaum seperti yang di umumkan di mana Labis Tengah masih pro pembangkang.Kita tahu majoriti nya semua kaum cina. 3.Teramat sedih kaum cina masih tidak berubah sikap di sebalik semua kemudahan yang di perolehi di bandar dari kerajaan.Gaya ini juga berlaku di semua bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia dan amat tidak sihat berlarutan berpuluh-puluh tahun lama nya. Tidak terpalitkah rasa bersalah dan kesyukuran?"

1. Komitmen pengundi Cina kepada Perikatan/Barisan Nasional mula luntur pada PRU 1964 dan menjadi multak pada PRU 1969;

2. Sejak itu, mereka menggunakan undi mereka untuk dua tujuan atau dalam dua situasi-- mempertahankan BN bila BN disishkan oleh Melayu dan menyokong pembangkang bila Melayu padu di belakanag BN;

3. Cina tidak terlalu terikat kepada BN kerana kuasa ekonomi mereka yang kuat. Mereka memihak kepada BN bila dasar dan program
BN menguntungkan mereka;

4. Sekuat mana pun mereka menyokong BN,pengundi Cina tidak akan sekali-kali membenarkan DAP lemah dan mati. DAP adalah senjata tajam Cina bagi memerangani atau memeras ugut BN;

5. Undi Cina mungkin tidak memihak kepada BN seperti didakwa oleh MCA. The Malaysian Insider, (dengan izin)melaporkan:

"Kuala Lumpur, Jan 31 — The DAP claimed a small increase in Chinese voter support for the Pakatan Rakyat (PR) candidate in yesterday’s Tenang vote, disputing claims from its rivals in the MCA that Barisan Nasional (BN) had recaptured the backing of voters from the community.

The PR party claimed it won two-thirds of the Chinese votes in the backyard of MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

DAP adviser Lim Kit Siang (picture) claimed today that Chinese-majority areas like Bandar Labis Tengah experienced an increase in votes for PAS, despite a 20 per cent reduction in voter turnout yesterday compared to the 2008 general election.

He said Chinese support for PAS in Bandar Labis Tengah (95.7 per cent Chinese voters) had increased from 66.7 per cent in 2008 to 69.9 per cent in this by-election."

Terima kasih.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Kami ade ramai kawan bangsa Cina dan India,kami hidup aman damai dan tahu bagaimana untuk menghormati sesama sendiri.memang tak lekang perbalahan tentang berbagai isu, tapi akhirnya semua dapat dicari jalan tengah.

Pengalaman yang tak akan pernah saye lupakan adelah:-
Pandangan kaum lain terhadap kaum MELAYU begini:
Jika ibu bapa saye mati sekalipon saye tak akan begitu bersedih, tetapi jika ORANG MELAYU tak makan rasuah saye akan begitu sedih.
alangkah ceteknya pandangan tersebut,dan siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan?.

Saye hanya sekadar dapat menjawab adekah saye juga begitu?, nasib baik mereka mengatakan sebab itulah kita bole bersahabat.

Anonymous said...

Tok Kadir, saya dok baca dan saya ingat OKJ ni dia ada satu macam punya kompleks. Tentu bukan inferiority complex pasai kadang-kadang dia banggsa sungguh cerita pasai lawatan dia ke luar negeri.

Tadi dia kata dia tak mau cakap pasai politik. Dia suruh kita jangan emosional. Tapi dia bila defend Najib dan Rosmah, sikit punya emo dok ada. Tapi dalam tak mau cakap politik, dia bagi sharahan ugama pasai apa Pas Kalah.

Lepas tu dia gebang sakan pasai dia nak beli SUV mahal sampai dia penin kepala. Saya ingat OKJ ni kena sindrom delusional la Tok. Dia rasa dia penting dan kita kena dengar apa yang dia cakap. Orang delusional ni Tok dia tak tau kata orang benci. Macam budak-budak Tok. Macam-macam penyakit ada dalam dunia ni Tok.

Kamjat Penang

Anonymous said...

Mat Tenang :

"UMNO dan Pas mesti bersatu. Period.
Tak usahlah kita berpecah. Tak mendatangkan manfaat kepada umat Islam. Apalah yang nak dikejarkan dalam dunia ini. Kuasa!Apalah sangat kuasa itu.Kuasa yang ada pun tak menentu akan kekal untuk selamanya."

Saya sokong kalau nak bersatu, tapi bersatulah pada jalan yg diredhai Allah.

Cthnya bersatu tegakkan Islam, bukan tegakkan maksiat. Kalau nak bersatu tapi tak mau hukum Allah, susah lah..

Mat Tenang persoal kenapa nak kuasa? Sebab dgn kuasalah blh tegakkan ideologi, prinsip, aqidah dan syariat.

Ramai yg mencerca pejuang Islam macam-macam.

Sebenarnya itu side effect bila yg duduk dlm PAS tu tak berapa faham agama (sebahagian jer, bukan semua) tapi lebih bersemangat ttg agama. Depa ni nak tegakkan Islam, tapi caranya kurang Islamik. Sebab tu perlukan ulama sebagai pemimpin sebab ulama ni buat apa-apa dia check dulu ikut syriat ke tidak.

Setiap tindakan mesti berpandukan al Quran dan sunnah.

Memang ada sebahagian yg terlebih bersemangat, tu yg mulut tersasul, tindakkan terlebih-lebih, perasaan tak terkawal. Namun semuanya keranaNya.

Kepada PAS, bagi saya biarlah sedikit kuantiti asalkan berkualiti.

Kepada En OKJ:

Macamana boleh masuk bab kereta pulak ya. Ngeri. Belanja minyak kereta Kenari saya sebulan pun agaknya 1/5 daripada bayaran ansuran bulanan kereta2 yg tuan sebutkan di atas.

Salam.

JJ

Hj Munawir said...

Dato.

Apa macam.Keputusan Tenang sudah di ketahui.Majority BN 3707.Daripada majority ini 2600 datang dari kawasan Felda.Kawasan Cina ada empat kawasan peti undi.PR 2008 BN hanya menang satu kawasan peti undi sahaja yang peratus cina 50%.Dalam pilehan raya semalam mereka menang 3 dari empat peti undi.Ada perubahan dalam mood pengundi cina.

Sabenar nya susah juga kita hendak menilai trend pengundi di Tenang kerana waktu mengundi berlaku banjir dan hujan lebat.Ramai pengundi pembangkang menjangkan BN akan menang,jadi kebanyakannya dudok di rumah jaga anak dan bini.Sebab itu peratus undi kurang.

Najib dan Mahayuddin memeng yakin yang fomula mereka muka berjalan dan PKR DAP DAP mula gelabah.Sudah sampai masanya najib memanggil pilehan Raya ke 13 .

saji said...

Sdr Samurai Melayu, antara lain berkata, "Makanya, jangan salahkan dasar2 kerajaan BN tetapi sikap ORANG MELAYU... selagi ianya bergelar MELAYU!"

Komen:

1. Ada 2 jenis sistem LRT atau MRT yang diperkenalkan di negara ini iaitu SISTEM ada pemandu dan SISTEM tanpa pemandu atau automatik.

2. Cara pemerintahan Dr M mengatasi masalah SIKAP orang Melayu yang beliau akhirnya menagis diatas pentas semasa PAU hingga beliau merajuk nak berhenti menjadi PM dan berhenti menjadi ketua UMNO yang sdr pun tahu kisahnya ialah dengan menggunakan cara pisikologi- seperti melebalkan kontraktor Melayu yang mengalibabkan kontrak sebagai pengkhinat bangsa, mementinkan diri sendiri dsb dan punishment seperti menyenarai-hitamkan kontraktor Melayu yang mengalibabkan kontrak kerajaan

3. Sedangkan kajian saya yang saya banyak tulis dalam media perdana era Dr M mengatakan masalah SIKAP buruk kontraktor Melayu tersebut boleh di atasi secara profesional dan Islam dengan cara kerajaan menghentikan penggunaan SISTEM-SISTEM kontrak pembinaan bentuk lump sum, bills of quantities, turnkey dan design and build dan berpindah kepada SISTEM kontrak pembinaan bentuk management contract, atas alasan management contract mempunyai mekanisme khusus untuk mengelak kontrak dialibabakan atau, dalam maksud lain, jika kontrak kerajan diberikan kepada kontraktor Melayu secara automatik kontrak tidak boleh dialibabakan

saji said...

Sdr OKL, antara lain, berkata,"Mari kita bercerita tentang kereta baru pulak. Saya minat jenis SUV. Tinggi sikit dan sedap sikit bawanya. Lexus RX 270 / 350 memang cantik. Tapi saya tak berapa berkenan belakangnya. Lagi cantik Harrier lama rasanya.
Audi Q7 juga cantik dan besar. Saya mula-mula tengok dulu dekat Cameron Highland, dipandu oleh Mat Salleh plat Singapore pada tahun 2007 rasanya. Memang cantik. Masalahnya, interior designnya tak cantik dan tak canggih macam Lexus."

Komen:

Boleh sdr jelaskan apa yang sdr maksudkan 'cantik' kereta2 yang sdr belek2 itu? Mana tahu penjelasan sdr nanti dipungut oleh designer proton yang saya namapak, akhir2 ini, seperti sudah kehabisan idea!

Roti Planta said...

dATO',

Nampaknya kaum Cina masih tidak mahu mengundi BN. Menurut DAP (LKS) hanya 35% undi kaum Cuna kepada BN.

BN perlu segera bertindak menunaikan semua hajat dan kemahuan kaum Cina bagi membolehkan BN terus memerintah selepas PRU13 nanti. Apa yang kaum Cina minta kena bagi. Kalau kaum Cina tidak minta pun kena bagi. Kalau kaum Cina tidak hendak pun kena bagi. Bila semua mereka dapat maka barulah kaum Cina undi BN.

Bye/ Roti Planta

Wajasetia said...

Salam Dato',
Maaf, mungkin komen saya ini tidak sesuai 100% di sini, akan tetapi adalah jua bau-bau bacang kerana post ini melibatkan pilihan antara BN dan PR.

Mungkin juga saya terlepas pandang, tetapi saya tidak terjumpa posting Dato' berkenaan Buku Jingga PR. Sebagai pengikut The Scribe saya benar-benar ingin tahu.

Lupakan pasal debat, itu tidak penting. Masing-masing (BN dan PR) ada senjata untuk kesejahteraan rakyat. BN dengan Transformasinya, yang akan membawa rakyat ke arah Negara (Rakyat?) berpendapatan tinggi. PR dengan program Buku Jingganya. Yang pastinya jika saya mempunyai senjata yang lebih ampuh daripada musuh, saya pasti tidak takut untuk pergi ke medan perang.
Kemusykilan saya adalah kerana logik yang dibawa oleh PR sangat jelas. Segala ketirisan yang menjadi hujah PR itu adalah menurut apa yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. 54 bilion bukanlah jumlah yang sedikit, jika tidak 100% pun, 50% daripadanya sudah cukup untuk merealisasikan apa yang diwar-warkan oleh PR itu.

Berbanding dengan tawaran Negara Berpendapatan Tinggi oleh BN, yang menjadi tandatanya kepada saya. Carian saya mengenai perkara ini di internet menambahkan lagi persoalan.

TPM menyatakan diyakini mampu dalam satu kenyataan mengenai bajet 2011 (masih belum pasti?).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi baru-baru ini merasmikan satu seminar yang mengumpulkan para cerdik pandai untuk membincangkan perkara ini. Petikan daripada iklan seminar yang dijalankan pada 25 Januari 2011- "Siri seminar ini akan membincangkan idea-idea untuk membawa Malaysia mencapai status Negara Berpendapatan Tinggi. Dari pelajar ke professor, semuanya akan bersama berkongsi akal fikiran apakah idea terbaik untuk merealisasikan impian Malaysia menjadi sebuah negara yang kukuh dari aspek ekonomi." Masih belum ada idea? Dan perlu diingat seminar ini dirasmikan oleh seorang Timbalan Menteri (Maklumat dari laman web penganjur).

Mungkin ada Dato' atau di antara ribuan (1084 tu masuk ribuan, Dato') yang dapat menjelaskan perkara ini.

Maaf Dato' saya sebenarnya bersimpati segelintir mereka yang masih belum menyedari atau buat-buat tidak nampak, siapakah puak yang menghisap cerut berharga RM 200 sebatang? Golongan manakah yang mempunyai koleksi beg-beg LV atau Hermes yang berharga ribuan ringgit sebuah? Untuk kesekelian kalinya saya nyatakan, saya bukanlah penyokong PR. Malah saya pernah menjadi penyokong tegar BN. Saya hanya mahukan yang terbaik (dalam pilihan yang ada) untuk anak-anak saya.

Sekian Dato'. Wasalam

A KADIR JASIN said...

Pembahas Mad berkata, antara lain, "untuk makluman, direktori f.l.o.m. di jabatan perdana menteri tidak boleh diakses lagi. sudah tentu disebabkan protes org ramai termasuk pengomen2 dalam blog datuk ini. tapi saya pasti f.l.o.m. masih wujud dan berfungsi seperti biasa. selepas kemenangan besar bn di tenang, saya ramalkan minyak akan naik lagi dalam masa terdekat."

1. Bull's-eye. Daripada Malaysiakini, 1 Feb. "The prices of RON97 petrol will be increased by 10 sen effective midnight, said an industry source today.

With the increase, RON97 petrol will now cost RM2.50 per litre (previous RM2.40).

This is the fourth month in a row in which the price of RON97 had been increased.

The price of RON97 rose to RM2.15 per litre on Nov 2, RM2.30 per litre on Dec 1, then RM2.50 on Jan 4."

2. Mengenai penyenaraian FLOM Division dikeluarkan daripada direktori laman web PPM/PMO, itu mungkin betul. Tapi sama ada kerana kritikan blog, Wallahualam.

3. Betul kata Mad. FLOM Division mungkin tak disenaraikan lagi, tapi apakah struktur dan perbelanjaannya juga sudah lenyap dari muka bumi? Wallahualam.

4. Dengar masa lawatan ke Bangladesh, pegawai negara itu pening kerana mereka kurang pasti kalau-kalau betul ada jawatan "First Lady" di Malaysia. Jadi mereka rujuk kepada Wisma Putra. Wallahualam,tak tahulah apa Wisma Putra kata.

Terima kasih

abd rahim said...

Y.Bhg Dato'
Kita ucapkan tahniah kepada TS Mahyudin kerana kejayaan di Tenang dan ini merpekukohkan lagi kedudukan nya sebagai orang no dua dalam UMNO. Beliau mempunyai sifat kepimpinan yang baik, dinamis dan mempunyai wawasan untuk meningkatkan martabat bangsa Melayu. Beliau mempunyai latar belakang kepimpinan yang terbukti sebagai MB di Johor yang berjaya mentadbir dengan bagitu cemerlang. Saya yakin beliau dapat memperkukohkan kepimpinan UMNO bersama DS Najib untuk mencapai kejayaan cemerlang bagi pilehan raya akan datang.

2. Momentum kejayaan ini harus diteruskan dengan masing-masing perlu berwaspada kepada unsor-unsor yang boleh membawa kebencian rakyat kepada BN saperti pengundi benci kepada KJ dan Khir Toyo dalam pilehanraya yang lepas. Gejala atau unsor yang negatif ini menimbulkan persepsi yang burok dan seterusnya diekplotasikan oleh pihak lawan .Contoh terbaik adalah peranan Rosmah dalam Kerajaan telah diekploitasi oleh pembangkang disetiap forum dan perjumpaan.

3. TS Mahyudin dan DS Najib harus mencium setiap gejala negatif ini dan ambil tindakan pembenterasaan sehingga keakar umbi. Tindakan TS Mahyudin berkompromi dalam isu buku sastera interlok adalah satu contoh baik dimana rambut berjaya ditarik dalam tepung. Banyak isu-isu persendirian yang harus dihapuskan supaya UMNO dan BN akan nampak bersih dan diterima oleh semua rakyat.
4. SPRM mesti terus menunjukan ketegasan membentras rasuah dan nepotisma supaya rakyat akan nampak ketegasan UMNO dan BN dalam mewujudkan sabuah Kerajaan yang bersih. Lebih ramai lagi ikan jerung harus ditangkap tetapi jangan ditumpukan kepada ikan bilis kerana boleh menimbulkan tanggapan yang negatif.

5. Saya yakin TS Mahyudin sebagai nasionalis Melayu dan seorang muslim yang dihormati boleh memainkan peranan untuk membawa kearah perpaduan Melayu dengan berkerjasama erat dengan pemimpin-pemimpin PAS yang masih lagi berjiwa Melayu dan bukanya dengan Nik Aziz yang terus menolak bangsanya sendiri. DS Najib sebagai PM harus memberikan ruang yang cukop dari segi politik bagi membolehkjan TS Mahyudin bergerak kearah perpaduan Melayu kerana mustahil sabuah Kerajaan BN dapat dipertahankan kalau orang Melayu berpecah kepada tiga puak dalam UMNO, PKR dan PAS. Kita tidak mahu orang Cina dan India berada dalam kedudukan memeras ugut UMNO kerana orang Melayu berpecah dan alkhirnya mereka yang menentukan siapa yang boleh membentuk kerajaan saperti contoh terbaik di Perak.

Iklas,
Rahim

hang_nadim2 said...

Salam Datuk

Saya tertarik dengan kata-kata saudara samurai melayu.

Makanya, jangan salahkan dasar2 kerajaan BN tetapi sikap ORANG MELAYU... selagi ianya bergelar MELAYU!

Komen
1)Sikap orang melayu boleh berubah jika sekiranya pemimpin kita tahu mengatasinya (mengubatinya)
2)Pemimpin kita bijak membangunkan ekonomi tetapi tidak bijak membangunkan manusia, sebab itulah berlaku kepincangan dan akhirmnya berlakulah masalah sosial seperti rasuah, dadah, jenayah dan lain-lain lagi,

Hanya dengan izin ALLAH sahaja, ada orang-orang tertentu sahaja yang tahu mengatasi masalah orang melayu.

Sekian terima kasih, harap maaf
Wasslam

Wajasetia said...

Salam Dato'
Tuan OKJ,
Lexus RX 270 / 350, Audi Q7, BMW X6, Mercedes, Pening?
Saya tak pasti komen anda adalah realiti atau hanya untuk menghangatkan suasana. Untuk berbaik sangka, saya menganggapnya adalah satu realiti.
Apa faedahnya anda mangutarakan masalah sebegitu di sini? Sudah kurangkah blog-blog permotoran untuk anda menceritakan kepeningan anda?
Dari komen anda, jelaslah anda tidak memahami permasalahan golongan rakyat terbanyak. Apa yang dipeningkan oleh orang ramai tidak secubit pun menjadi masalah anda. Tidak perlulah saya terangkan di sini kerana sudah nyata anda tidak akan dapat memahaminya.
Selama ini saya tertanya-tanya mengapa anda terlalu beriya-iya menyokong segala apa tindakan kerajaan BN. Pada saya, komen anda itu telah memberikan segala jawaban yang saya perlukan.

Ikhlas said...

Salam Dato',

Syabas kepada BN kerana mampu menaikkan majoriti kemenangan di Tenang.

Syabas juga kepada BN kerana menaikkan harga petrol RON 97 kepada RM 2.50 /liter.

Selepas ni apa pulak nak naik?

-ikhlas-

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Many analysts made forecasts that crude oil would breach USD100/barrel mark in April or by summer. Some even predicted the price would go beyond USD150.

Now the price is around USD92 region but I feel it is steadily climbing.

Looking at these forecasts, and sensing the ill-feelings of our people vis-a-vis the increase of RON97 (and perhaps RON95 soon), would you think the government dare to call for an early election, despite what you wrote in your posting recently ?

Thank you.

Azman Mohd Isa

saji said...

Salam Dato'

Saya rasa Dato' perkembangan diMesir dan Tunsia akan mempengaruhi PRU 13 termasuk tarikhnya. Apatah lagi jika ia menular ke negara Arab lain dan menyebabkan harga minyak dunia melambung! Apa pandangan Dato' atau Dato' sedang menulisnya?

Mengenai PRK Tenang, apa yang saya boleh cakap mengenai keputusannya ialah, wujud elemen ketidakpastian tentang analisa keputusannya. Begitu juga PRK sebelumnya, baik dikalangan pendokong BN mahupun PR. Khasnya, trend pengundi kaum Cina. Yang saya nampak ada sahaja faktor utama menyebabkan ketidakpatian itu berlaku. Dalam kes Tenag, misalnya faktor utamanya banjir. Maksudnya lagi, ada benda yang tidak diracangkan berlaku.Tidakkah eleman ketidakpastian ini sedikit sebanyak menggangu DSN menentukan tarikh PRU 13?

saji said...

Salam sdr Wajasetia,
"Lupakan pasal debat, itu tidak penting. Masing-masing (BN dan PR) ada senjata untuk kesejahteraan rakyat. BN dengan Transformasinya, yang akan membawa rakyat ke arah Negara (Rakyat?) berpendapatan tinggi. PR dengan program Buku Jingganya. Yang pastinya jika saya mempunyai senjata yang lebih ampuh daripada musuh, saya pasti tidak takut untuk pergi ke medan perang.
Kemusykilan saya adalah kerana logik yang dibawa oleh PR sangat jelas. Segala ketirisan yang menjadi hujah PR itu adalah menurut apa yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. 54 bilion bukanlah jumlah yang sedikit, jika tidak 100% pun, 50% daripadanya sudah cukup untuk merealisasikan apa yang diwar-warkan oleh PR itu.

Berbanding dengan tawaran Negara Berpendapatan Tinggi oleh BN, yang menjadi tandatanya kepada saya.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi baru-baru ini merasmikan satu seminar yang mengumpulkan para cerdik pandai untuk membincangkan perkara ini. Petikan daripada iklan seminar yang dijalankan pada 25 Januari 2011- "Siri seminar ini akan membincangkan idea-idea untuk membawa Malaysia mencapai status Negara Berpendapatan Tinggi. Dari pelajar ke professor, semuanya akan bersama berkongsi akal fikiran apakah idea terbaik untuk merealisasikan impian Malaysia menjadi sebuah negara yang kukuh dari aspek ekonomi. Masih belum ada idea? Dan perlu diingat seminar ini dirasmikan oleh seorang Timbalan Menteri (Maklumat dari laman web penganjur."

Komen:

Itlah yang dikatakan paradoks -sesuatu yang rupanya mustahil tetapi sebetulnya memang benar (kamus Dewan).

Dimana yang dimaksudkan sesuatu yang rupanya mustahil itu ialah buku Jingga PR.

Cuma dalam kes buku Jingga ini, orang yang mengatakan ianya mustahil ialah orang yang atas sebab2 seperti menjaga kredibilitinya, maruh dirinya, organisasinya dan ego politiknya yang saya tak perlu huraikan terpaksa mengatakan semua program dalam buku tersebut mustahil.Siapa lagi,orangnya kalau bukan DSN?

langitbiru said...

Salam Dato'

Tolong habaq kpd pelayar blog Dato', kalau nak bercerita pasal kereta mewah, pi lah masuk blog-blog yang sepatutnya. Dah ngaji tinggi, selalu keluar negara, TU PUN NAK KENA HABAQ KE???

Kalau kakitangan kerajaan, tak payah lah nok tonjol kemewahan sangat!!!

Kawan kita ni, saya dok agak lah, DOKTOR PAKAR PERUNDING GASTROENTEROLOGI---bab-bab usus lah tu!

Kalau kakitangan kerajaan, Pakar Perunding ni mungkin gaji Gred Hakiki U54,atau JUSA C. Kalau ada title Dato', mungkin dapat JUSA B/A.

Saya dulupun kerja gomen jugak, Gred 48, hanya mampu pakai Innova.

(Turutan Gaji Hakiki: 41-44-48-52-54-JUSA C,JUSA B,JUSA A)

Kalau Gred 54, +-x/, adalah kot RM15K sebulan, tu pun dah termasuk semua elaun-elaun.

Ooops...katanya selalu keluar negara pi conference (medical). Selalunya yang pi keluar negara ni Gred 54 atau JUSA C.

(JUSA: Jawatan Utama Sektor Awam)

Kalau gaji 15K sebulan, mampu ke Tok nak pakai BMW X5 harga 600K+, Mercedes R Class 7 seater RM 48k+??? KAKITANGAN KERAJAAN WAJIB ISTIHAR HARTA TOK!!!

Satu lagi perangai sesetengah kakitangan kerajaan Gred 54, JUSA C ni, kalau kursus/conference luar negara SEMUA DEPA SAPU, tak bagi can langsung dekat anak buah pi, balik buat tuntutan perjalanan ribuan ringgit. dah la tu, ILMU PI SANA HABUK TAK DICURAHKAN KEPADA JABATAN.....jenis perabih duit/ beras negara!!!

Penyokong TEGAR UMNO macam tu lah Tok....berdarah 'BIRU' katakan...!

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya cuma bergurau je tentang kereta-kereta tu untuk tukar topic dan relax sikit. Rupanya kena kutuk jugak. Serba salah jadinya dan dah tak tahu saya nak tulis apa lagi dah. Macamnilah, demi menghormati blog Dato’, saya dengan ini menggantung keyboard dan mouse untuk seketika sehingga keadaan menjadi lebih tenang dan tenteram. Maafla kalau tulisan saya menyinggung perasaan sesiapa. Sekian TQ.

Anonymous said...

Accept the fact that the oil price will increase further. Who ever rules this country the situation will be the same. No government in the world would be able to maintain the oil price against the current world market price not unless if they want to see the country go bankrupt by continuing to subsidize heavily just to be popular. At the end of the day it just cannot be sustained and the government will fall and the rakyat will suffer the worst.

Mr Practical man.

A KADIR JASIN said...

Pembahas OKJ,menulis: "Saya cuma bergurau je tentang kereta-kereta tu untuk tukar topic dan relax sikit. Rupanya kena kutuk jugak. Serba salah jadinya dan dah tak tahu saya nak tulis apa lagi dah. Macamnilah, demi menghormati blog Dato’, saya dengan ini menggantung keyboard dan mouse untuk seketika sehingga keadaan menjadi lebih tenang dan tenteram. Maafla kalau tulisan saya menyinggung perasaan sesiapa. Sekian TQ." (Dipetik sepenuhnya).

1. Itulah adat berbahas. Apatah lagi dalam ruang bebas dan semesta seperti blog. Kalau takut kena belasah atau nak dipuji saja,tak bolehlah berbahas. Kalau Sdr OKJ dibelasah sekali, saya mungkin berpuluh kali. Kalau saya nak gantung keyboard dan buang tetikus, dah lama saya tutup blog ini;

2. Kalau kita berani kata, kita kenalah juga berani menanggung implikasinya. Apatah lagi jika kita percaya kepada apa yang kita hujahkan;

3. Lagipun, bila kita berbincang perkara serius dan berat macam pilihan raya, tiba-tiba Sdr OKJ melencong cerita pening nak pilih kereta mewah, tentulah ada pembahas tak setuju kerana seolah-olah meremehkan perbahasan;

4. Kalau nak bahas pasal kerata, mungkin saya boleh buat satu rencana khas mengenainya. Saya pun minat kereta juga. Sekadar makluman, kereta saya yang pertama ialah Volkswagen Beetle 1200cc, 8volt yang saya beli pada tahun 1969. Kereta 2nd hand. Lepas tu MG1100 empat pintu yang saya beli pada tahun 1972. Juga 2nd hand;

5. Lagipun jika Sdr OKJ menyokong sesebuah pati politik atau pemimpin (dan isterinya), Sdr kenalah bersedia mempertahankan pendirian Sdr. Kalau Sdr tawar hati dan merejuk, yang menang adalah "musuh-musuh" parti Sdr.

Terima kasih.

Anonymous said...

Datuk Pemblog,

Kembalinya sokongan pengundi India kedalam arus realiti politik nasional, menunjukkan yang mereka sudah bersedia untuk berpijak atas bumi yang nyata.

Momentum ini sekiranya berterusan dan meningkat naik sudah tentu menjanjikan persaingan lebih menarik pada PRU yang akan datang ini.

Apa yang akan diperhatikan dan dinilai ialah pihak mana yang mempunyai track rekod yang baik dan pihak mana yang ada rekod retorik saja untuk dibangga-banggakan.

Namun tidak dinafikan, sebahagian dari kita akan terus mencurahkan air di tempayan meskipun guruh yang berdentum-dentam bukanlah petanda pasti bahawasanya hujan akan turun.

Di satu pihak yang lain pula mungkin berpandangan bahawa pencurahan air di tempayan semata-mata mendengar guruh di langit bukanlah satu tindakan yang tepat.

Apa pandangan Datuk dan tetamu-tetamu blog ini?

ALPASIKU

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Tahniah BN atas kemenangan di Tenang. Johor kubu kuat BN, dan Tenang juga berpaksikan Felda iaitu kawasan luar bandar, jadi belum boleh dijadikan petunjuk sebenar sokongan kepada BN. Merlimau yang bakal menjelang pun, di sempadan Johor. Masih boleh dikatakan kubu kuat BN. Oleh itu, kemenangan BN memang dijangkakan. Pengaruh BN di negeri-negeri lain perlu dibuktikan. Pelabuhan Klang dan Kota Seputeh telah menyediakan platform untuk BN menguji kekuatan. Sebagaimana hujah sebaghagian pembahas, janganlah hendaknya SPR bertindak sebagai pelindung BN. Dengan harga minyak yang semakin meningkat dan keadaan politik Tunissia dan Mesir yang bergolak, sekiranya DSN bercadang memanggil PRU, ujilah kekuatan BN di kedua-dua DUN berkenaan. Kalau Cikgu Maarof ambil MC yang sah pun dipertikai, bagaimana surat jumpa bomoh untuk berubat pula mahu diterima sebagai akuan cuti untuk tidak hadir sidang DUN.

Tentang Raja Gula, itulah sikap sebahagian Cina. Mereka tidak pernah setia dengan mana-mana bumi, selain tanah besar mereka, itu pun kalau ada. Yang penting bagi mereka ialah cari makan, jadi kaya. Di mana pun mereka hidup, kiblatnya masih ke tanah besar. LKY pun tentu menyedari perkara itu. Untuk menyamakan Singapura dengan Israel mungkin satu kesilapan. Israel negara yang terbentuk hasil orang-orang Yahudi yang terbuang dari pelbagai negara. Singapura ialah negara majoriti Cina yang berkiblat ke tanah besar Cina. Yahudi Israel sanggup berjihad kerana itulah tanah mereka, tidak ada negara lain untuk mereka hidup bersama-sama. Sanggupkah Cina Singapura berperang mempertahankan negaranya sepertimana Yahudi mempertahankan Israel, atau mereka lebih cenderung berpindah ke tempat lain bersama kekayaan yang mereka miliki? Raja Gula cuma memberikan gambaran sikap sebenar kaumnya di mana-mana sahaja bumi yang mereka huni, kiblat mereka masih tanah besarnya. Adalah satu kesilapan sekiranya mana-mana pihak masih mengharapkan undi golongan ini akan kekal bersama mereka setiap masa. Mereka adalah golongan yang tidak setia.

Sufian Idrus said...

Undi orang Melayu tetap kepada UMNO dan BN. PAS dan PKR bukan tandingan bagi UMNO. Namun, kaum lain belum pasti lagi.

Walaupun terdapat orang Melayu yang kurang bersetuju dengan pebelanjaan beratus juta bagi mencapai keperluan DS Rosmah disamping kenaikan harga minyak, bawang dan lain-lain keperluan asas yang menekan orang Melayu; kebanyakan orang Melayu masih akan menyokong BN demi kesinambungan UMNO. (Penghapusan cukai handbag dan baju dalam tidak ada menolong orang Melayu.)

Ketidak-tentuan pentadbiran DS Najib yang menggunakan 1Malaysia untuk menarik sokongan kaum lain perlulah diharungi oleh orang Melayu dengan harapan agar kepentingan orang Melayu masih terpelihara.

Semuanya ini kerana mengenang jasa-jasa UMNO dan BN yang telah lepas di zaman Tunku, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan terutamanya Tun Dr. Mahathir; sudah pasti bukan kerana jasa DS Najib & DS Rosmah.

Anonymous said...

Salam

Ada orang pening, saya pun pening juga.

Tapi org tu pening nak pilih kereta. Saya pula pening nak pilih ikan buat lauk anak isteri.

Tuan-tuan, ikan kembung batu (kembung pelaling) pun harga dah RM10 sekg. Kerisi pecah perut pula RM8. Nak beli ikan merah ke, ikan siakap ke, udang ke nanti bajet nak isi minyak motor kapcai saya tu nak pergi kerja lari pula.

Pening-pening.

JJ

makbudak said...

Salam Dato'

Nabi s.a.w. bersabda, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

maaf cakap, kelakarlah pulak lihat gelagat sesetengah pembahas kat sini. emo jugak ye? saya ingat orang sekolah tinggi sikapnya professional, rupanya lebih kurang saya je yg sekolah tak berapa nak tinggi n duduk rumah je pulak tu.

yelah, dah kata manusia biasa, tentu ada susah nak kawal emo ni. orang yg hebat taqwanya saja yg boleh kontrol, InsyaALLAH.

hehe jangan marah...

saya pun setuju dgn wajasetia tentang orang yg pening nak pilih kereta mahal2 ni. patotla beliau tak nampak masalah orang bawahan, sebab pening dia tak sama dengan pening rakyat bawahan.

saya pulak nak marah dgn seorang pembahas yg tulis ni...

"Alhamdulillah, Tenang tidak jatuh ke tangan penipu2 agama ini."

astaghfirullahalA'zim, kenapalah begitu buruknya persepsi org PAS pd beliau. saya pun takdelah berapa berkenan dgn sikap sesetengah pengikut/pemimpin PAS, tapi saya tidakla pula sampai menuduh mereka yg mempertahankan pegangan ugama tidak mahu bersalam dgn yg bukan muhrim sebagai penipu ugama.

satu je saya nak tanya beliau, kalau beliau meninggal dan diberi peluang memilih antara yg berkot dan bertali leher, dgn seorang yg berjubah dan pakai kupiah, mana satu beliau lebih suka nak jadi imam solat jenazah utk beliau? padahal dua2 beliau tak kenal.

Wallahua'lam...

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Tahniah diucapkan kepada UMNO/BN kerana menang dalam PRK Tenang.Memang patut mereka menang kerana mereka telah betul-betul turun padang dari PM ,TPM , Menteri dan semua lapis pemimpin. Jika ini UMNO/BN lakukan diseluruh Negara dan pada setiap masa kita yakin kemenangan adalah dipihak mereka.

Jadi dalam membuat analisis bagi memberi gambaran yang betul kepada UMNO/BN maka semua fakta hendaklah diambil kira.Mampukah UMNO/BN terus menerus turun padang disemua daerah bagi menyelesaikan masalah rakyat. Saya harap begitulah untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat tidak kira bangsa , ugama dan parti politik.

Kepada PR cara yang berkesan adalah mendampingi rakyat dengan mendapatkan bantuan sukarelawan-sukarelawan membantu secara terus orang-orang yang memerlukan bantuan. Sebenarnya apa yang diperlukan orang luar bandar bukannya peruntukan besar tetapi tunjuk ajar menjalankan sesuatu dengan cara yang lebih mudah dan berkesan bagi mendapatkan hasil yang lebih dari usaha mereka. Lupakanlah bercakap mengenai keburukan pihak lawan kerana biasanya ini menjadikan mereka ,terutamanya orang Melayu, kurang selesa. Berita-berita seperti itu sudah memang tersebar luas maka mengapa menghabiskan masa mengulanginya.

Apabila kita memberi ianya hendaklah bersandarkan "kerana Allah'semata-mata.Selain dari itu ia akan membawa kekecewaan jika apa yang kita harapkan (undi) tidak menyebelahi kita.

Kita sebagai rakyat hendaklah dengan ikhlas menyatakan apa yang kita hendak dari pemimpin kita. Lepas itu kita pilehlah siapa yang kita jangkakan dapat melaksanakan apa yang kita mahu.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision
Petaling Jaya.

Anonymous said...

Salam DAKJ,

1 up for Kamjat Penang.

I do appreciates your view and thank you on your excellent point of view.

1280-K Taman Malik

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).