Sunday, March 13, 2011

Kemenangan BN Di Merlimau dan Kerdau Mutlak


A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

WALAUPUN agak lambah, saya rasa saya perlu membuat sedikit analisis mengenai keputusan pilihan raya kecil (PRK) kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau (Melaka) dan Kerdau (Pahang) bagi menjawab soalan adakah betul Barisan Nasional menang lebih besar.

Dalam PRK Merlimau, calon BN, Roslan Ahmad memperoleh 5,962 undi atau 71.99 peratus undi sah manakala Yuhaizad Abdullah (PAS) mendapat 2,319 atau 28 peratus.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN, Allahyarham Mohamad Hidhir Abu Hassan memperoleh 4,981 undi atau 63.79 peratus undi sah manakala calon Pas, Mejer (B) Jasme Tompang mendapat 2,827 undi atau 36.2 peratus.

Jadi, antara PRU lalu dengan PRK Ahad 6 Mac, peratusan sokongan kepada BN naik 8.2 peratus. Maka betullah populariti BN secara mutlak meningkat dalam PRK Merlimau itu.

Di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN) memperoleh 5,060 undi (68.41 peratus) manakala Hassanuddin Salim (Pas) mendapat 2,336 undi (31.58 peratus).

Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Zaharuddin Abu Kassim (BN) mendapat 4,135 undi (62.13 peratus) manakala calon Pas, Hassanuddin Salam memperoleh 2,520 undi (37.86 peratus).

Jadi, antara PRU lalu dengan PRK Ahad 6 Mac, peratusan sokongan kepada BN naik 6.28 peratus. Maka betullah populariti BN secara mutlak meningkat dalam PRK Kerdau itu.

Kesimpulanya, dalam PRK Merlimau dan Kerdau, pengukuhan kedudukan BN melawan Pas/Patakan Rakyat adalah sahih dan mutlak.

Namun perlulah diakui bahawa kedua-dua kerusi DUN itu adalah kubu kuat BN dalam dua buah negeri di mana kekuatan BN terus ampuh. Selain itu, BN menjanjikan banyak projek dan mencurahkan banyak peruntukan selain melakukan “carpet bombing” dalam kegiatan propagandanya.

69 comments:

Melayu Lunas Kedah said...

Keputusan di Kerdau dan Merlimau memberi harapan yang amat positif pada UMNO dan BN.Kemenangan ini tidak boleh disangkal lagi oleh PAS walaupun ianya merupakan kubu UMNO.PAS sedaya upaya untuk menang atau pun sekadar merobek aras sokongan agar menjunam pengaruh UMNO.Tetapi strategi PAS tak menjadi.Walaupun PAS cuba masuk jarum yang beracun pada pengundi di Felda.PAS pun sudah hilang modal dan isu.Nak tonjol Islam lagi memang dah tak menjadi lagi.Semenjak bersama dalam Pakatan Rakyat PAS sudah hilang hala tuju ideologi Islamnya demi menjaga hati DAP dan Karpal Singh.PAS bukan lagi hero dalam Pakatan Rakyat.PAS hanya sekadar pengikut yang berada di barisan nombor dua selepas PKR dan DAP.Jadi jelas PAS sudah gadai dan lari amat jauh dari perjungan kearah negara Islam seperti yang didendangkan masa-masa yang lalu.Itu secara ringkas masalah yang menjadikan parang PAS menjadi tumpul.Manakala UMNO pula memilih falsafah dan dasar Wineable Candidate.Ketegasan Dato Najib mengenai hal ini cukop berkesan.Kedudokan jawatan UMNO tidak lagi penting walau pun menjadi penting.Dengan kedudukan UMNO hari ini boleh dikatakan ramai juga tokoh pemimpin UMNO yang menjadi penyandang jawatan mempunyai pelbagai rekod peribadi yang burok seperti soal akhlak,pendidikan tidak disukai pengundi luar parti dan ahli parti umno sendiri.Nampak jelas kewibawan calon di Merlimau dan Kerdau pnuyai pendidikan yang baik,Mungkin era SPM sudah berlalu.Bukan nak perkecil kan mereka,Walau bagaimana pun segala ramuan terbaik yang dibuat di Merlimau dan Kerdau harus di jadikan panduan di tempat yang lain khasdnya untuk PRU 13 nanti sama ada di kubu UMNO atau di kubu PAS.Tetapi untok kearah cemerlang itu UMNO dibahagian -bahagian perlu lah pertamanya selesaikan segala masaalah dalam mereka sendiri yang masih manjadi duri dalam daging.Kedua UMNO Bahagian perlu rancakkan kegiatan mereka merentasi sempadam ahli sendiri termasuk kubu PAS.Ketiga UMNO perlu pamerkan tauladan yang baik dari semua aspek.Keempat pemimpin UMNO perlu mesra rakyat yang tulen bukan sifat kepuraan masa nak raih undi sahaja.Kelima kerajaan BN hari ini jangan terlalu banyak sangat menyusahkan rakyat seperti isu sama polis.JPJ seperti yang menekan rakyat bawahan yang amat tertekan.Keenam isu insuran pun cukup menindas rakyat yang berpendapatn sederhana dibandar,pinggir bandar,luar bandar dan dalam hutan belantara.Ketujuh kerajaan wajib pantau kenaikan harga barang yang melonjak naik gila-gila.Kesimpulan nya kerajaan BN mesti pandangan yang adil iaitu atas dan bawah serta kiri kanan.Susah seorang menteri sama sekali tak sama dengan kesusahn seorang rakyat biasa.BN/UMNO nak undi rakyat oleh itu pandangan rakyat jelat perlu didengar dan di tunia .Bukan dengar kemudiam buang dalam tong sampah>Rasanya kerajaan BN dibawah Dato Najib tidak tergamak berbuat demekian.Pakatan Rakyat hanyalah ambil kesempatan diatas segala kelemhan UMNO/BN.Itulah modal dan strategi mereka.

vulcan933 said...

carpet bombing????, nostalgia perang vietnam dato'.anywhere i totally agreed with your analysis

Dato Mazlan said...

Dato.

Cerita pilehanraya kerdau dan merlumau sudah lepas.Orang UMNO dan BN akan mendabik dada yang mereka menanag dan orang PAS dan PKR akan merunggut yang pilehan raya itu penoh dengan tipu daya dan korrupsi.

Yang bimbangnya Hubongan keluarga antara orang Melayu makin rengang.bagitu juga dengan hubongan antara orang Melayu dan cina dan India.

Najib mencuba sedaya upaya untok mentabir dengan baik tetapi dia mengalas banyak biawak hidup dalam Cabinet dan Pentabirannya.

Keadaan di Serawak maseh tidak selesai.Susah untok kita menjawab dengan Raayat bagaimana ketua menteri membolos banyak sekali kekayaan Sewarak.Kenapa ada double standard dalam tindakan MACC di Serawak dan Semenanjong.

Bagaimana dengan Felda,selama mana kita hendak menutup kepencingan di dalam Felda.

Bagaimana dengan Petronas.nampaknya di bawah CEO baru dia hendak menumpukan aktivity carigali di dalam negeri dan menutup semua pejabat Petronas di luar negeri.Bila saya bertanya Tan Sri Hassan marican kenapa semasa dia dahulu ,dia tidak menumpukan mengali telaga marginal dan bertumpu di luar Negeri.

Dia menjawab bagini kapada saya."Itu kerja bodoh.saya tahu kita mempunyai reserve yang banyak di telaga marginal,tapi saya hendak simpan kan reserve itu untok generasi masa depan kita,anak cucu kita.Jadi kita pergi cari minyak di negara luar.Kita pergi ambil minyak depa ,yang kita punya kita simpan.Apa ini buka satu staretegy yang baik."

satelah di fikir dengan lama,saya setuju dengan pendapat Hassan.

Selamat maju jaya Najib dan isteri tersayang.

OKJ said...

Salam DAKJ

Bagi menghormati rakan-rakan PAS yg kalah teruk dan berturut-turuk sejak akhir-akhir ini, saya cuba untuk tidak membincangkan tajuk ni dengan mendalam. Cuma satu dua nasihat yg dapat saya beri. Pertamanya, professor saya cakap kepada saya, hidup ni macam roda, sekejap kita diatas, ada kala kita dibawah. Kita kenalah menghormati satu sama lain tak kira kita di atas atau dibawah. Juga janganlah kita menjatuhkan hukum terutama kepada perkara ghaib termasuk dosa pahala dan syurga neraka kepada orang lain yg kita tak suka. Biarlah Allah yg menentukan.

Keduanya, marilah kita bersama-sama kembali kepada Al Quran dan Hadith sebagai rujukan bila terdapatnya perselisihan pendapat. Seperti didalam surah ‘Abasa ; seperti yg diterangkan oleh YB Zulkifli, eloklah kita mengutamakan sesama Islam sebelum mengagungkan Kafir laknatullah. Juga eloklah kita menjauhi kaum Luth yg diturunkan azab semasa mereka didunia lagi yg secara terang disebut di dalam Al Quran sebagai panduan kita bersama.

Ketiganya, nasihat saya ialah, buat baik berpada-pada, jangan sampai dipijak kepala. Sekarang eloklah PAS melihat kembali komen-komen yg dikeluarkan oleh kawan karib kafir laknatullahnya apabila PAS kalah berturut-turut. Please !!! Tolonglah jangan bagi mereka pijak kepala lagi dan lagi dan lagi. Walaupun kita berbeza pendapat, tapi hati kecil ini tetap terasa pedih sekali bila sahabat Islam diperkudakan sebegitu rupa. Macam pulas peha kiri, peha kanan pun terasa.

Banyak lagi nasihat yg saya nak kongsi bersama, itupun jika sudi. Akhir kata, jangan jadikan perbezaaan politik memecah belahkan umat Islam sebagaimana Negara Palestin yg hancur lebur. Sekian TQ.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Komen saya adalah "UMNO,nikmatilah kemenangan ini selagi masih ada kesempatan".

saji said...

Setuju, meskipun 'padang' PRK tidak rata

Anonymous said...

Kita tak ada pilihan lain melainkan Barisan Nasional. Pakatan belum lagi dapat memberikan keyakinan kepada rakyat kerana gabungan parti-parti dalam Pakatan tidak kukuh dalam erti kata pemimpin-peminpinnya tidak ada serasian antara satu sama lain. Bukan sahaja pemimpin-pemimpin besarnya tidak serasi tapi agenda politiknya tidak menentu apakah yang hendak diperjuangkan. Agenda perjuangan parti komponennya satu ketimur, satu kebarat, satu keutara dan pemimpinnya berceramuk tidak tahu apa perubahan yang nak dilakukan. Hanya rhetoric sahaja, tak ada isi yang membolehkan rakyat yakin tentang kebolehan mereka untuk mentadbir negara dengan lebeh cemerlang lagi.

Mungkin ada setengah pihak akan menyatakan "belum cuba, belum tahu". Ia, kita boleh cuba. Tapi akhirnya nanti untuk menyedapkan hati, kita akan ditenteramkan oleh "Pak Mustarjo dengan disuruh menyebut berulangkali perkataan " Cubaan! Cubaan! Cubaan! Rakyat pun melopong kena kelentong habis!!! Itulah ceritanya. Siapa yang bodoh? Sudah menjadi lumrah manusia tidak ada siapa yang akan mengaku dia bodoh !!!!!

Pak Mustarjo JP.

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Syukur kepada Allah dan tahniah untuk yang berusaha dan menyumbang kepada kejayaan BN di Kerdau dan Merlimau. Orang PAS sering solat hajat bila menjelang pilihanraya supaya Allah memenangkan Islam. Namun bila yang menang adalah BN, khususnya UMNO, TGNA tetap teguh menyatakan UMNO tolak Islam. Dengan kata lain, TGNA kata Allah tidak memenangkan Islamlah. Doa dan solat hajat orang PAS itu pun tidak diterima Allahlah. Kena selidik kenapa Allah tidak menerima doa hambaNya. Atau Allah memang telah menerima doa dan solat hajat orang-orang PAS kerana yang menang dalam pemilihan itu adalah orang-orang Islam. Ringkasnya, UMNO itu memang Islamlah. Yang mana satu sebenarnya Datuk?

Anonymous said...

Kemenangan/kekalahan dalam mana-mana pilihanraya ditentukan oleh pengundi tetapi bukannya ditentukan oleh parti-parti yang bertanding.

Kalau para pemain (politikawan) boleh melompat ke mana-mana pasukan (parti) makanya begitu juga para pengundi boleh bertukar-tukar pilihan mereka.

LALUAN TENGAH

Anonymous said...

datuk kadir

umno hanya buat-buat menang aje.tempat kecik boleh lah umno kepong rakyat dengan bala jentera kerajaan.si ali dan si adnan boleh le bersalam,berpeluk,dukung bayi,gosok betis orang tua, tebar roti canai,lawat pasar,sembang dengan apek tua,malam sembahyang jamaah rata surau,tahlil,hadir kenduri arwah dan macam2 lagi.tapi bila pilihanraya umum larat ke depa tu.nak harap ke calon umno,maaf le.calon umno akan terkontang kanting kehulu dak kehilir pun dak. lagi satu saya hairan, dalam prk baru ni banyak sangat projek umno buat seolah-olah wakil umno sebelum tak buat apa.makan duit buta.yang mati tu wakil umno.patut umno tak payah buat macam2 kerana nasib rakyat dah elok dengan wakil umno sebelumnya.memang betui wakil rakyat yang meninggal tu dok saja,tunggu elaun aje.pepatah melayu ada berkata : nak projek segera tunggu wakil rakyat umno mati.
zym

Anonymous said...

Datuk

Dua lagi bukti yang mengukuhkan jangkaan kita bahawa pengundi tidak memilih BN pada pilihan raya umum yang lepas kerana undi protes terhadap BN bukannya kerana suka sangat pada PKR. Ketika musim marah berlalu cinta kembali berputik (kpd BN). Selamat tinggal romeo.

KISS ME GOODBYE

Anonymous said...

Dear Datuk,

Datuk kata,

"Kesimpulanya, dalam PRK Merlimau dan Kerdau, pengukuhan kedudukan BN melawan Pas/Patakan Rakyat adalah sahih dan mutlak.

Namun perlulah diakui bahawa kedua-dua kerusi DUN itu adalah kubu kuat BN dalam dua buah negeri di mana kekuatan BN terus ampuh. Selain itu, BN menjanjikan banyak projek dan mencurahkan banyak peruntukan selain melakukan “carpet bombing” dalam kegiatan propagandanya."

Saya kata:

Alahai...

Begitulah nasib mereka yang tak berharta dan berkuasa ...

Tetapi tidak perlu kita menyalahkan sesiapa.

Many a times I've been reminded ... Daun yang gugur itu pun tidak akan gugur tanpa keizinan ALLAH the Most HIGH.

So kita SWOT analysis diri kita.

InsyaAllah, bila tiba masanya seperti daun itu, kita pun gugur MENYUBURKAN BUMI.

Apa pun syukurlah kalau MERLIMAU dan KERDAU dapat "SUSTAINABLE benefits" dari proses ini.

XERONINE

Anonymous said...

BN bagus !! Pakatan tak bagus !! Begitulah kisahnya. Wal hasil balik asal. Syabas BN !! Itulah kenyataannya. Pakatan kena gigit jarilah.

Rakyat yang menentukan segala-galanya. BN cuma memberi khidmat. Jika khidmat dah tak laku lagi maka akan tumbanglah BN. Simple.

Setakat ini rakyat di Merlimau dan Kerdau dah buat penentuan memilih BN. Kita mesti terima hakikat ini.

Tak usah merintih dengan membuat berbagai andaian. Kalah tetap kalah dan menang tetap menang dan teruskanlah berkhidmat dengan baik untuk rakyat.

Hanya satu pesanan saya kepada BN. Jangan sombong dan bongkak. Sedarlah diri selalu bahawa kemenangan yang dikecapi tidak akan kekal untuk selamanya jika perangai sombong dan bongkak diulangi lagi.

Selamat BN selamatlah rakyat untuk terus maju bersama BN dulu, kini dan selamanya .......!!!!!

-Asam Pedas-

Melayu Ampu said...

Jaguh kampung memang handal
Ucapan pembangkang dikatakan semborono
Tv, radio, akhbar, diarah memintal
Segala ucapan pemimpin UMNO.

Semua agensi dikerah bekerja
Demi BN kerajaan sekarang
Kalau menang senanglah hampa
Perabis duit rakyat bersenang lenang

Masa berkempen sanggup berenang
Turun sawah redah hutan kemana-mana
Jadi pemimpin pasti senang
Mahligai dibina mengalahkan istana

Projek dijanji macam mee segera
Secara tiba-tiba tak disangka-sangka
Rakyat minta apa yang suka
Boleh diberi tak kira masa.

Orang melayu penuh beradat
Duit dapat penuh poket
Lepas undi duduk merempat
Kena tipu tak pernah serik.

Habis pangkah pemimpin pun hilang,
Rakyat setempat hilang dirasuk,
Pemimpin yang menang duduk bersilang,
Fikirkan ongkos bila nak masuk.

Tiap kali pilihan raya
Janji ditabur bagai nak gila
Adat melayu tak pernah derhaka
Siapa yang hulur kita suka!

Banyak pemimpin suka berkukuk
Setiap kali pilihan raya
Pembela Melayu dijadikan tajuk
Konon kata antaranya PERKASA

Pemerhati said...

Jawapannya simple saja. Rakyat Merlimau dan Kerdau bahagia dengan pentadbiran Barisan Nasional.

Ada juga carpet bombing di tempat lain tak menjadi. Maksudnya, tiada rasa kebahagian rakyat di tempat tersebut kepada Barisan Nasional.

Scenario sebenar di Merlimau seperti di laporkan oleh Malaysian Insider : Apabila calon PAS memujuk penguasaha makanan di Merlimau dengan kata-kata yang halus, " Tiap-tiap hari masak asam pedas saja makcik, sekali-sekala tukar lauk lain".

Makcik tu jawab, " Lauk bolehlah tukar Encik, kerajaan tak sama dengan lauk".

Harap parti yang kalah janganlah menghukum rakyat di Merlimau dan Kerdau sekiranya tidak pandai mengambil hati.

Taher said...

Dato:
Memang benar Merlimau dan Kerdau menang mutlak dan menjadi hak BN untok tempoh dua tahun lagi sehingga menjelang PRU 13 nanti.Tahniah diucapkan pada Dato Najib.Sungguh pun begitu kerajaan BN sebenarnya belum lagi mantap dan kukuh dari segi popularitinya yang macam pasang surut.Rakyat didahulukan nampak macam tinggal slogan sahaja.Sejauh mana rakyat didahulukan kalau isu panas hari ini iaitu isu saman polis dan JPJ yang belum berakhir.Begitu juga dengan isu polisi insuran yang benar-benar menguris hati rakyat.Demekian juga rungutan kontraktor kelas F yang makin parah.Kebnaykan peluang kerja kelas F ini dibolot oleh pemimpin umno bahagian seperti di Kedah.Adakah kerajaan ambil tahu hal ini.Mereka jua pengundi dan ada rangkaian keluarga yang banyak.Betapa tamak dan halobanya pemimpin umno.Jika lah berlaku pilihanraya di kedah nasib BN belum tentu sama dengan Merlimau dan Kerdau.Orang ramai bercakap semua ini adalah dasar pegawai kerajaan bukan dasar kerajaan.Betul lah macam TS Mayudin kata kemenangan BN di Kerdau dan Merlimau bukan muktamad untuk dijadikan kayu ukur.Saya rasa tulisan Dato ini memberi ruang yang banyak untuk rakan yang lain memberi komen yang berguna untuk tatapan orang atasan.Itu pun kalau mereka sudi memahami perkara ini.

Raja Abdul Rahman Dain said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan pembahas yang saya hormati. Tahniah kepada BN kerana telah memenangi kedua-dua kerusi ADUN yang dipertandingi. Saya agak bimbang berterusannya penyebaran "good feeling" sesama ahli BN akan mengurangkan usaha mereka untuk memperbaikki prestasi parti untuk memenangi PRU ke 13.

Kepada PAS janganlah berdukacita kerana masih mempunyai pengundi yang setia. Kalau kita lihat dari jumlah undi yang diterima PAS mengikut analisa yang Dato' buat jumlah pengundi PAS mampu bertahan walaupun di "carpet bombing". Mungkin satu kajian boleh dibuat berapa kos yang perlu ditanggung BN untuk memenangi pilihan raya tersebut.

Kepada pemimpin parti politik berusahalah dari sekarang memenangi hati pengundi dengan berusaha mengetahui apa yang diperlukan mereka. Lupakan perkara memburuk-burukan parti lawan tetapi tunjukkan keikhlasan berkerja untuk rakyat.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya

ab said...

Salam Dato,




Padan fikiran saya BN dah dapat menarik perhatian rakyat...dah bagus.


Pas kurang mendapat perhatian rakyat..tak bagus.


KALAU BOLIH, BN kena `duduk pikiaq'
lama lama kenapa rakyat bolih hilang perhatian `dulu'.....



KALAU BOLIH PAS juga kena `duduk' pikiaq kenapa dulu dulu rakyat beri perhatian, la ni kurang dah...



SEKARANG ADA LAH MASA rakyat mahu `melihat' apa yang diHIDANGKAN, bukan apa yang diPESAN/ ORDER....you get what you see,as you see it ,as it is...



KALAU kuat chong,kuat kelentong, kuat tipu,kuat mengumpat dll....TAK KIRA WAKIL RAKYAT MANA PUN akan ditolak rakyat juga....kalau tak percaya CUBA LAA...



Abu Bakar Ab Rahman

saji said...

Sdr.Melayu Lunas Kedah, antara lanin berkata, "PAS pun sudah hilang modal dan isu.Nak tonjol Islam lagi memang dah tak menjadi lagi.Semenjak bersama dalam Pakatan Rakyat PAS sudah hilang hala tuju ideologi Islamnya demi menjaga hati DAP dan Karpal Singh.PAS bukan lagi hero dalam Pakatan Rakyat.PAS hanya sekadar pengikut yang berada di barisan nombor dua selepas PKR dan DAP.Jadi jelas PAS sudah gadai dan lari amat jauh dari perjungan kearah negara Islam seperti yang didendangkan masa-masa yang lalu.Itu secara ringkas masalah yang menjadikan parang PAS menjadi tumpul."



Sekadar bertanya, mengapa PAS semasa keseorangan dulu iaitu sebelum menyertai PR yang hala tuju ideologi Islamnya lebih jelas jika dibandingkan dengan UMNO yang terang-terangan mengadai perjungan Islamnya berdasarkan tindakannya menentang dan memperlekeh hukum Hudud serta mengalakan aktiviti perjudian khasnya, demi menjaga hati rakannya Gerakan, MCA dan MIC khasnya ia (PAS yang keseorangan dulu itu) tidak pun mendapat sambutan daripada kebanyakan orang Melayu -Islam termasuk orang macam sdr?

anakbuah said...

Salam Dato' dan semua,

Bagi saya, menang itu dugaan dan kalah juga dugaan. Teringat pesan guru saya dahulu..."menjadi pemimpin duduknya di tebing jurang api neraka, salah sedikit akan tergelincir". Jadi jika dah dipilih tu, janganlah rasa bangga dan lupa diri pulak - ujian baru bermula. Prestasi mereka diperhatikan dan dinilai. Kepada yg kalah, inilah masa untuk analisa kekalahan dan baiki diri.

Mcm Dato' kata dan Sdr Raja sarankan, kos “carpet bombing” tentulah mahal. Peruntukan dan projek mencurah ke kawasan2 itu mcm cendawan tumbuh lepas hujan. Dlm keadaan di“carpet bombing” di kubu lawan pun calon2 yg kalah masih kekalkan jumlah undi. Pada saya, PRK begini jauh drp adil. Sebab tu saya tak hairan PAS/PR kalah.

Ikhlas said...

Salam Dato',

Kerusi untuk BN di DUN Merlimau dan Kerdau adalah hanya untuk tempoh 2 tahun sahaja sebelum PRU 13, mampukah BN membuat semua projek mee segera lagi bila PRU 13 menjelang?

Pengundi diserata Malaysia sedang memberikan KPI mereka untuk prestasi yang ditunjukkan oleh wakil mereka samada oleh BN atau PR, janji yang ditaburkan sewaktu PRK atau PRU yang tidak ditunaikan akan mengundang padah pada wakil-wakil tersebut, prestasi ekonomi negara dan negeri yang tidak stabil disebabkan faktor luaran juga akan menyumbang kepada kemenangan atau kekalahan calon yang bertanding pada PRU 13 nanti.

Ikhlas.

Anonymous said...

Dear Datuk,

Pemerhati kata:

"Scenario sebenar di Merlimau seperti di laporkan oleh Malaysian Insider : Apabila calon PAS memujuk penguasaha makanan di Merlimau dengan kata-kata yang halus, " Tiap-tiap hari masak asam pedas saja makcik, sekali-sekala tukar lauk lain".

Makcik tu jawab, " Lauk bolehlah tukar Encik, kerajaan tak sama dengan lauk"."

Lesson Learnt:

DO NOT underestimate the sensibility of anyone!

Seperti berbicara dengan anak-anak kecil ...

Kita berbicara guna bahasa normal. Bukan bahasa pelat.

Kita berbicara menggunakan kiasan, tetapi kiasan yang tidak merendahkan "sensibility" mereka.

Mungkin ingin bergurau, kalau bergurau cara begitu SUNNAH, teruskan. Kalau tidak stop it.

I believe ladies are sensitive about menukar-nukar rasa ... They think that adatlah orang lelaki yang suka menukar rasa. NOT FUNNY to them ... So get lost:-)

So fikir semula dan mantapkan QS dan QC bakal pemimpin.

QS - Quality Standard
QC - Quality Characteristic

XERONINE

Ghouse Syukor said...

Ybh Dato .Saya nak tumpang sekaki komen Taher dalam blog Dato.Setuju komen tu mengenai kontraktor Kelas F.Mereka sedang nyawa ikan.Mereka adalah bebanan pada kerajaan BN dan mangsa tindas umno tempatan seperti di Kedah.Simpati dam kesian pada yang mencari rezeki.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Sapa pun yang menang pada PRU 13,Depa kena dapat 2/3.

Kalu tidak susah kita Tok.Demonstrasi,huru hara dan kacau bilau buat rakyat susah.

Anwar ka, Najib ka,Zaid ka ,kuku besi ka liberal ka,negara islam ka ,apa pun takpa kalu negara aman.

Amerika dan China paling kaya pasai negara stabil walau sistem depa amat berbeza.

YANG PENTING MASYUUUK!

jab sp said...

Dato'
BN menang di Kerdau dan Merlimau.Pengundi kembali kepada UMNO.
Betulkah ini?.Moga BN akan berpendapat ianya betul.
Sama macam pendapat Dato,cuma tafsiran lain.Kerdau dan Merlimau(Tenang sebelum ini)adalah kawasan selamat.Bagaimana kawasan bandar dan negeri negeri diutara.Kalau kuat mengapa Kota Seputih dicari macam macam alasan supaya ia gagal diadakan.
Cukupkah duit untuk janji janji lagi dalam PRU13.Cukupkah jentera untuk bergerak pada semua kawasan jika PRU13 diadakan dalam masa terdekat.
Dato'
NGO pro UMNO cukup seronok sekali buat demontrasi pada masa ini.Sikit sikit demontrasi.Kes DNA Anwar pun nak buat demontrasi.
50 orang hadir demontrasi,tapi yang meluat akibat demontrasi tu mungkin 50000 orang.Depa ni membantu atau memeningkan kepala Najib,fikirkan.Kalau ok,tak apa,tapi rasa rasanya luahan dari kebanyakan FB media utama ianya tidak ok.
MCA pula berpadu dengan Gerakan menimbulkan isu yang banyak rugikan UMNO.Tapi UMNO diam kerana mungkin ia juga ok.Kalau ok cukup bagus,Pakatan tak perlu kerja kuat,macam PRU12,pengundi datang sendiri kerana benda yang tak ok dikatakan ok.
Dato'
Harap harap Najib akan umumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat menepati ramalan setengah orang yang mengatakan kenyakinan rakyat telah datang semula.Kepercayaan rakyat telah kembali.Tranformasi beliau diterima.
Tapi Dato,saya pula berpendapat mereka yang disekeling Najib tahu dan melihat itu semua hanya wayang yang scrip dibuat untuk seronok diri sendiri.Hati merintih siapa yang tahu.Depa tau setakat mana kebolihan mereka sekarang.
Dan pendapat saya ,Parlimen tak akan dibubarkan dalam masa terdekat.

husin syedmohamad said...

Datuk,
1/ Jika UMNO dan PAS masih dengan matlamat untuk menang/kalah, maka dibimbangi Melayu akan kalah.
2/ Propaganda jika lawan mesti salah jika kawan mesti betul, tidak akan membina masyarakat madani.
3/ Parti menjadi wadah perjuangan apa sebenarnya?.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Analisa pak Kadir ni ikhlas atau tidak?, lambat nampaknya nak bagi analisa, tak mengapelah akhirnya pak Kadir buat juga analisa.
"Mutlak" kate pak Kadir.

Setelah 3 tahun berlalu,jika dibuat perbandingan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional(BN) rasenya tidak keterlaluan.

Dalam prk yang terakhir ini nampaknya rakyat sudah dapt menilai yang mane permata dan yang mane kaca. Jangan kita menidakkan perkara yang telah jelas,(Kerane masih ade yang mengatakan bahawa prk berlaku hanya dikawasn kampong)tidakkah kita semua maklum bahawa pengaruh mereka dibandar juga ade dikampung(anak kita begitu ramai bekerja dibandar)pengaruh mereka sedikit sebanyak mempengaruhi ibu bape dikampong,make sebab itulah membuatkan PR nampak seolah sudah tiada umphnya lagi di kampong kampong.

Dalam PRU yang ke13 nanti PR akan menjadi pembangkang semula. dan disitulah kesudahanya.

maae said...

Salam Datuk,

1.Saya teruja dengan mak cik di merlimau tu menjawab apabila di temuduga wartawan tv...Jawapan nya konkrit dan ada kelas!

2.Dah berumur sepatut nya TIDAK BUTA MATA dan BUTA HATI dengan keadaan sekeliling.Yang sedih bila usia tiada nilai bila semakin miang dan galak.Mahfum nya JAHIL.Kemudian buta akidah! Bangsa dan warisan sendiri tidak di endah!Boleh di gadai sesuka hati!Begitu rendah maruah.

3.'Carpet bombing' ni jika dapat pada pembangkang,akan jadi lebih hebat lagi berbanding BN!Itu pun dah dilaungkan dalam bentuk tak alih, di janjikan syurga!!Boleh ampunkan dosa-dosa.Macam padri + pula...Playing God..oops,"Allah".

4.Akhir nya kita terpaksa bom ikan dalam sungai, nak cari sesuap nasi berlaukkan ikan! Jika tidak,alamat makan nasi campur garam saja.Itu pun kalau mampu lagi beli beras dan garam.....

5.Apa-apa pun Datuk,kita mohon MELAYU KEMBALI BERSATU!Tak kira lah KUBANG mana pun.Sebab ada mata sedang memerhati,dan ada gigi dan taring tajam bakal di ringaikan, merobek, melapah sesiapa yang bukan dalam susur-galor nya.

6.Mohon Datuk analisa Sarawak pula...

Pesara Kerajaan said...

Ybh Dato.Di Pulau Pinang ,Perak telah duji dan berpehak pada PAS.Di Selangor pun begitu BN menang.Di Johor juga berpehak pada BN.Kemudian di Melaka dan Pahang BN selamat sekali lagi.Cuma di Kelantan BN menang.Mungkin faktor peranan Ku Li di Gua Musang.Apa pun BN menang.Secara kasarnya jelas dikawasan utara Malaysia BN masih selamat seperti di Pulau Pinag,Perak dan Kedah.Bagaiman agaknya kalau PRK dimana-mana kawasan di Kedah nanti.Ada kata PAS lemah kurang sokongan.Satu pihak lagi kata UMNO pun lemah juga.Pimpinan kurang bermaya dan berbisa.PAS gagal urus Kedah dengan berkesan.Secara pukul rata UMNO dan PAS di Kedah macam berpakat untuk rehat.Yang beza cuma PAS jadi kerajaan.UMNO pula jadi pembangkang tetapi seleruh pemimpin dan ahlinya pun berlagak macam jadi kerajaan juga.Cuma UMNO tumpang semangat kemenangan Merlimau dan Kerdau.Padang bola politik di Merlimau dan Kerdau sama sekali tidak sama.Pelbagai andaian di buat pada negeri Kedah.Orang UMNO kata ada harapan ambil balik daripada PAS.Penyokong PAS pula yakin dengan sokongan orang melayu dan bukan melayu terhadap PAS.Apa pun UMNO Kedah nampak seperti demam yang tidak terubat.Kalau sekadar tumpang Merlimau atau Kerdau tanpa perubahan jangan harap lah.Setakat ini belum ada apa perubahan pun gaya politik UMNO Kedah.Yang ada cerita peruntukan SDO sahaja dikalangan mereka.Kalau begini apa kah kesudahan nya.

Idham JB said...

Melayu Lunas Kedah.Betul kah tuan orang Lunas.Merlimau dan Kerdau ok BN menang.Bagimana di Lunas Kedah.ok ke.
Maaf Dato keluar topik sikit.

Tinta Hitam said...

Datuk,

betul lah telahan saya bahawa penyokong penyokong UMNO semakin angkuh dgn kemenangan di kedua dua PRK.Perhatikan tiada sesiapa yg serious utk memperbaiki parti dan negara yg kian parah dgn kekorupan.

Mereka seolah olah mabuk dgn kejayaan berkenaan.Sedangkan faktor undi melayu dikedua dua tempat berkenaan bukanlah andaian sentimen pengundian seluruh negara.Kejayaan berkenaan dibantu dgn penyalahgunaan agensi agensi Kerajaan,masjid masjid,dewan org ramai dan lain lain secara berleluasa.Tiada apa yg nak ditunjukkan mengenai integriti pasal UMNO ni.Malahan tiada apa pun yg nak dibanggakan dgn kemenangan ini.

Itu sebab saya kata " Enjoy it while you still can" Sebab DDay dah semakin hampir utk UMNO berkubur

zainal abidin awang kechik said...

Tok ... Sahabat pi jumpa PM UNTUK memberi keadaan politik DI kawasan nya.. Yang menarik sahabat saya kern a tak ikut telunjuk pak lah ,,walaupun dia ketua bahagian dia tak DI pilih jadi wakil RAKYAT . Pm terkejut bila sahabat saya. Kata DI parliamen kawasan nya tiada wakil RAKYAT ..sebab semua nay duduk kl ..tiada rumah DI kawasan mereka bertanding....


Datuk seri najib terkejut ...dengaq berita dari dia...


KITA TENGOK bulan empat

Kata nya Ada berita

pakbelalang said...

Dear Dato' AKJ,

What Tun M said in his blog regarding the danger of having nuclear power is absolutely correct. Now it has happened in Japan. I think the govt. must stop pursueing this nuclear plant project, period. TNB management must not waste time to continue preparing proposal for this project. NO GO !!!!

To recollect what he wrote in his blog I reporoduce below the article :-

NUCLEAR POWER
By Dr. Mahathir Mohamad on May 24,

1. With the price of oil going up higher and higher, many in this country are thinking about power generation. At one time the Malaysian Government had decided on a four fuel policy for the generation of electric power. We wanted power plants to use either fuel oil, gas, coal or hydro power. We had excluded the use of nuclear power.

2. Why did we reject nuclear power?

3. I am not a nuclear scientist but I believe I know enough of the dangers of using nuclear (fissionable) material.

4. When Hiroshima and Nagasaki were atom-bombed, the scientists who invented the bombs thought that the destructive effect would be only from the huge explosion due to fissionable material. So did their victims - the Japanese.

5. As a result the Japanese entered the destroyed cities to carry out rescue work and to clean up.

6. It was only later that they realised that the residual radiation would cause a variety of radiation sickness and diseases. The radiation remained harmful for a long period after explosion. Even today there are people who had entered the bombed area in those days who are dying of a variety of diseases, including cancer, contracted through exposure to radiation from the Hiroshima and Nagasaki bombs.

7. I think we all know about the Chernobyl disaster in Russia. Despite thousands of tons of concrete being poured into the site, the power plant is still emitting dangerous radiation.

8. Besides this we should know that radioactive material used as fuel for power generation remain radioactive and dangerous to health after the fuel has been exhausted. The waste cannot be disposed anywhere, not by burial in the ground nor dumping in the sea. It can be reprocessed by certain countries only. This requires the dangerous material to be transported in special lead containers and carried by special ships. Most ports do not allow such ships to be berthed at their facilities. Reprocessing means that the nuclear material again becomes active and harmful to health.

9. The fact is that we do not know enough about radioactive nuclear material. Once it is processed it remains a source of danger forever.

10. We have some experience dealing with radioactive material. In Perak we have a site where we had buried by-products of tin mining (amang) which had been processed to become radioactive and which was used to colour television. We had poured tons of cement on the buried material. More than one square mile of the burial site is barred to humans. The site is still radioactive and dangerous.

11. If we have a nuclear plant, besides not being able to get rid of nuclear waste, we may have accidents which can endanger people living even far away because of the material being carried by water (ground water) and wind.

12. I think the authorities should rethink the idea of nuclear power plants. Scientists do not know enough about dealing with nuclear waste. They do not know enough about nuclear accidents and how to deal with them.

13. Until we do, it is far better if Malaysia avoids using nuclear power for electrical generation.

Dato Mazlan said...

Dato.
Lim Guan Eng,Ketua Menteri P.Pinang,akan menendatangi satu projeck infrastructure di Pulau Pinang yang bernilai 30 billion rgt.Projek ini di biayai sapenohnya oleh pelabor dari China.

Projek ini dapat dilaksana dengan segera,tampa bantuan kerajaan pusat.Projek prasarana di kelang velly maseh lagi sedang mencari dana untok membiayai projek MRT yang di umumkan oleh Najib bernilai 36 billion.

Hebat juga kerajaan Pakatan Raayat.Ramai juga kontrektor kechil b umiputra akan boleh cari makan.Susah nampaknya kerajaan BN/UMNO hendak menawan Pulau Pinang.

ajaq said...

Kemenangan melalui kempen yang hebat dari semua arah baik di pihak calun dan penyokong. Paling hebat di media-media seperti TV(semua rangkaian terutama RTM dan TV3) tidak termasuk semua akhbar-akhbar utama dalam bahasa cina dan india.

Tetapi tidak bagi pihak PAS. Mereka tidak mendapat itu semua. Tetapi mereka masih mampu mendapat undi hampir separuh.

Bagaimana jika mereka mendapat seperti itu, sudah pasti BN akan kalah teruk dan tersungkur tersembam.

Itu adalah kenyataan yg tidak boleh di nafikan.

Dimana kekuatan BN sebenarnya.

ahmad said...

Datuk,
Ni lari tajuk sikit.

Saya sebagai orang melayu beragama Islam ni semakin rimas dengan tabiat banyak pemimpin kita yang hanya nak dapatkan 'political mileage'

Saya merujuk pada isu Al-Kitab (Bible versi Bahasa Melayu/Malaysia) yang ditahan di Pelabuhan Klang tuu.

Di pihak pembangkang, ada pula orang No 2 PAS yang menyokong supaya dibenarkan Al-Kitab berkenaan dilepaskan oleh kastam. Itu belum masuk mereka-mereka yang boleh dikira liberal dalam PAS, seperti MP Shah Alam, Parit Buntar dan Kuala Selangor.

Di pihak kerajaan, masih ada ketidak-tentuan samada boleh atau tidak untuk bawak masuk.

Di kalangan bloggers melayu pun, ada yang kata tak mengapa, biarkan aja.

Masalah yang banyak orang terlepas pandang, atau sengaja tidak melihat, ialah penggunaan perkataan 'Allah' itu sendiri yang dah sinonim dengan umat Islam di negara ini sebelum zaman penjajah lagi.

Bolehkah rata-rata kita yang jenis sembahyang baca surah al-ikhlas dan al-nas sahaja ni bezakan mana satu ayat dari al-quran dan juga al-kitab? Nasaruddin Mat Isa Timbalan Presiden PAS yang sokong al-kitab tuu mungkin boleh lah.

Memang diakui, pak Arab kristian pun pakai 'Allah' jugak. Tetapi itu budaya mereka. Buat apa kita nak perkenalkan budaya mereka kepada kita? Kalau tanya ulama dari arab pun, seboleh-bolehnya 'Allah' itu hanya untuk Islam.

Pokok pangkalnya, siapa lagi yang nak pertahankan akidah umat Islam, kalau bukan pimpinan melayu yang sudah semestinya beragama Islam) sendiri.

Saya berpendapat adalah pentingnya untuk kerajaan yang memerintah yang juga mendokong perlembagaan, supaya menjaga hak orang Islam. Dan kita juga sebagai orang Islam walaupun berbeza ideologi, setidak-tidaknya berusaha mempertahankan hak kita sebagai umat Islam di negara ini.

Saya pohon datuk buat ulasan berkenaan perkara ini (walaupun datuk dah sebut sebelum ini berkenaan tabiat pemimpin kita yang suka menang-kan orang beragama lain).

saji said...

Sdr ahmad

Di Malaysia, benda yang kerajaan larang itulah yang dicari2 atau dibuat, walaupun ia membabitkan segelintir rakyat. Tidak kira yang Islam atau bukan Islam. Kadang2 pembuat undang2 sendiri yang melanggar undang2 larangan yang mereka sendiri buat yang saya tidak perlu jelaskan. Tambah pula tahap penguatkusaan undang2 diMalaysia yang rendah dan berpilih2.

Begitulah halnya dengan usaha kerajaan melarang orang Melayu beragama Islam seperti sdr membaca Al-Kitab (Bible versi Bahasa Melayu/Malaysia).

Benar, jika sdr dan golongan seperti sdr kata akedah umat Islam akan terhakis jika kerajaan, akhirnya, menghalalkan penjualan Al-Kitab tersebut. Tetapi salah siapa? Dan, bukankah banyak faktor lain orang Melayu Islam terhakis akedahnya?

Bagi saya, lebih baik kita bincangkan undang2 larangan rasuah di negara ini daripada membincangkan larangan menjual Al-kitab kepada orang Melayu Islam.

Melayu Lunas Kedah said...

Dato.rujuk kawan kita Idham JB tanya mengenai LUNAS Kedah.Lunas bukan Merlimau atau Kerdau.Selera pengundi disini condong pada bukan BN.Maknanya bukan tempat selamat lah bagi BN.

Unknown said...

w"pun sedikit sebanyak kemenangan ni bagi sinar baru utk UMNO dan BN,kekuatan sebenar tidak diuji lg.belum pernah kita lihat by election di bandar2 seperti kuala lumpur.yang ada pn di kerdau,merlimau,galas dan kwsn2 yg hanya utusan meloya saja yg sampai.

anakbuah said...

Salam,

Utusan melaporkan pelantikan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad Tidak jejas pasaran saham - PM?

Kenapa ada yg mempertikaikan kredibiliti Mohd. Isa sampai kaitkan dgn pasaran saham? Tentu Dato' lebih faham.

OKJ said...

Salam DAKJ

Alhamdulillah, saya baru je habis baca buku Tun Dr Mahathir. Sampai sakit tengkok dibuatnya. Bila mula baca, memang susah nak berenti sebab best. Tersentuh hati bila beliau menyerahkan jantungnya untuk dibedah oleh orang Melayu, bukan sekali tapi dua kali pulak tu.

Beliau juga ada menyebut Versailles sebanyak dua kali. Istananya memang besar dan cantik serta tamannya yg luas dan begitu mempersona. Saya pernah ke sana 2 tahun lepas. Pendek kata, siapa yg kata Tun menipu dalam bukunya sebenarnya dialah yg menipu atau tak baca pun. Sekian TQ.

Anonymous said...

Dato' Mazlan,

Kita lihat dan tunggu sejauh mana Lim Eng Guan berjaya melaksanakan projek infrastructure yang kononnya akan dibiayi oleh pelabur negara Cina berbillion ringgit dan setakat mana penyertaan kontraktor-kontraktor kecil bumiputra akan dapat menikmati dari hasil pelaburan tersebut. Berapa nilainya yang kontraktor-kontraktor bumiputra akan dapat meraih dari projek ini. Dan apa bentuk penyertaan yang akan diberikan kepada kontraktor bumiputra.

Jangan setakat cakap kosong sahaja atau main silap mata untuk menyedapkan hati orang Melayu. Cakap lain buat lain !!!!

-khalid gagap-

Anonymous said...

ajaq kata:

"Kemenangan melalui kempen yang hebat dari semua arah baik di pihak calun dan penyokong. Paling hebat di media-media seperti TV(semua rangkaian terutama RTM dan TV3) tidak termasuk semua akhbar-akhbar utama dalam bahasa cina dan india."

KOMEN:

Pengundi sekarang tidak lagi dipengaruhi oleh TV, media cetak dan media elktronik sebagai sumber untuk membuat keputusan dalam mana-mana pilihanraya.

Acap kali diakui bahawa pengundi yang berpihak kepada pembangkang telah menjauhkan diri dari TV, media arus perdana dan alat propaganda BN.

Ini bermakna semua medium yang anda nyatakan itu tidak mempunyai pengaruh langsung terhadap para pengundi yang akan mengundi pembangkang.

Buktinya PR hampir menenggelamkan BN pada 2008 dalam keadaan pemihakan media adalah sama seperti yang ada pada hari ini kecuali media baru.

Juteru, kekalahan PR di Kerdau dan Merlimau tidak ada kaitan dengan peranan TV, media arus perdana dan alat propaganda BN tetapi lebih kepada isu yang mendepani dan liabiliti yang dipikul oleh PR pada waktu ini sedangkan PR lebih selesa pada 2008 tanpa adanya isu dan liabiliti berkenaan.

LALUAN TENGAH

saji said...

Sdr Taher, antara lain berkata, "Demekian juga rungutan kontraktor kelas F yang makin parah.Kebnaykan peluang kerja kelas F ini dibolot oleh pemimpin umno bahagian seperti di Kedah.Adakah kerajaan ambil tahu hal ini."

Yang saya tahu, satu nama untuk satu lesen kontraktor kelas F. Macam mana pula pemimpin umno bahagian boleh membolot peluang kerja kontraktor kelas F di Kedah?

Anonymous said...

pakbelalang KATA:

"What Tun M said in his blog regarding the danger of having nuclear power is absolutely correct. Now it has happened in Japan. I think the govt. must stop pursueing this nuclear plant project, period. TNB management must not waste time to continue preparing proposal for this project. NO GO !!!"

Komen:

Bahan bakar fosil lebih selamat kerana apabila bahan bakar di bakar bagi mengeluarkan haba, ia (pembakaran itu) boleh diberhentikan dengan mudah.

Ini berbeza dengan pembakaran (fission) nuklear iaitu apabila dimulakan sukar di hentikan.

Selagi para penyelidik belum terjumpa kaedah cepat dan berkesan bagi menghentikan pembakarannya, selagi itulah penggunaannya terdedah kepada ancaman kepanasan/kecairan melampau disusuli pencemaran bahan radiasi.

Ternyata TDM bukanlah pemimpin yang gopoh dan berfikiran singkat dalam mengikuti perkembangan/penggunaan teknologi tanpa terlebih dahulu menimbang semasak-masaknya aspek buruk-baik dan lebih dari itu risiko kalau-kalau teknologi gagal berfungsi.

Dalam masa yang sama, TDM amatlah praktikal dalam berdepan kebarangkalian sesuatu teknologi menimbulkan bencana iaitu dengan mengukur baju di badan sendiri.

LALUAN TENGAH

Anonymous said...

Tok Kadir,

walaupun merlimau dan Kerdau nampak jauh dari Jepun dan tak kena gempa bumi atau tsunami, tapi ni lah realiti kita pilih pemimpin. Kalau kita pilih pemimpin HP6, tak payah tunggu gempa atau tsunami untuk jahanamkan negara.

Betoi macam Pakbelalang kata. Dengar nasehat dan pandangan Tun Mahathir. Pasai teknoloji dan ekonomi dia lebih pakar dari Najib atau mahyuddin. Kalau Dr Mahathir yakin keselamatan nuklear dan kepakaran kita dalam hal ini, dah lama dia buat kilang elektrik nuklear. Tapi dia tak yakin. Lagi pun buat masa ini kita ada minyak dan gas. Arang batu pun banyak dan tak berapa mahai.

Jadi kalau kita pilih pemimpin para YB HP6, bila PM atau DPM kata kita buat kilang nuklear, depa semua keriau kata, ok boss. Satu pasai kita dah pilih kaki ampu dan nombor dua kita pilih YB yang tak ada ilmu. Itulah bahaya pilih orang jenis kamjat tapi popular jadi YB. Kesudahannya kita yang kena juai.

Kamjat Penang

ahmad said...

saudara saji,

pandangan saudara berkenaan hujah saya bahawa al-kitab yang boleh merosakkan akidah 'saya atau golongan seperti saya' adalah terlalu cetek.

saya akan jawab, sekiranya datuk kadir buka posting baru berkenaan perkara ini. buat masa ini, biarlah dengan isu politik (yang menjadi subjek kegemaran orang melayu).

Anonymous said...

Saji said,

"Bagi saya, lebih baik kita bincangkan undang2 larangan rasuah di negara ini daripada membincangkan larangan menjual Al-kitab kepada orang Melayu Islam."

Komen saya:

Saya berpendapat bukan edaran al-Kitab yang dipersoalkan oleh ramai pihak tetapi kesalahan terjemahan nama tuhan yang menyentuh sensitiviti masyarakat majoriti yang menjadikan ianya isu penting dan seafdalnya jangan biarkan ianya menjadi bahang yang mamanas dalam sekam.

Anda kata rasuah lebih penting walhal gejala rasuah sudah ada sistem dan badan yang mampu menanganinya dan sudah banyak individu terbabit yang disabitkan kesalahan. Pendek kata lambat laun, tupai-tupai yang pandai melompat jatuh ke tanah jua.

Isu bahasa dalam sastera dan terjemahan dalam agama meskipun nampak ringan tetapi impaknya besar. Dalam sastera satu perkataan seperti "paria" boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati kaum tertentu. Begitu juga penulisan tidak bersandarkan fakta agama yang benar contohnya oleh Salman Rushdie telah membuatkan penulis menjadi buruan banyak pihak.

Ini menunjukkan bahawa meskipun penggunaan perkataan tertentu dalam sastera dan terjemahan perkataan tertentu dalam agama mungkin menjurus kepada hiruk-pikuk lebih besar berbanding isu rasuah tetapi hakikatnya isu sastera dan agama tadi lebih sukar diselesaikan kerana membabitkan perasaan dan menyentuh emosi manusia.

LALUAN TENGAH

mad said...

dun sarawak akan dibubarkan minggu depan. itulah laporan akbar perdana hari ini. pilihanraya negeri pula kemungkinan diadakan pertengahan bulan depan. kalau nak tengok citarasa pengundi, inilah masanya. ingat, sarawak dan sabah adalah penyelamat kepada bn pada pru lepas. kalau banyak kerusi dirampas pr pada pilihanraya negeri ini maka bersiap sedialah bn menjadi pembangkang di parlimen selepas pru13. saya orang sarawak dan saya tak sabar nak mengundi. terlalu banyak isu-isu nasional dan tempatan yang membuat saya geram... betu-betul geram

Anonymous said...

Kamjat Penang,

Agaknya siapa pemimpin Melayu yang tak HP6? Anwar Ibtahim? Nik Aziz? Azmin? Ezah? Khalid Ibrahim? Khalid Samad? Saifuddin? Zaid Ibrahim?

Yang tak HP6 saya ingat Khir Toyo !!! kah, kah, kah

-kantoi-

Cak Kun Cak said...

Dato,

Frankly, do honestly think UMNO and the BN have gained on the overall schemes of the local political landscape?

I still think it is hazy. What are your thoughts and let us not just measure by the by-elections won... that is an 'old' indicator of popularity or acceptance by the rakyat..

pakbelalang said...

Christian groups dismayed over defacement of holy books
By LEE YEN MUN
yenmun@thestar.com.my


PETALING JAYA: Malaysian Christian groups have described the Government’s recent announcement to release 35,000 impounded Bibles as a short-lived joy.

The groups said that they were upset over the Home Ministry’s set of conditions, including stamping each copy with a serial number, the official seal of the Publications Control and Al-Quran Text Unit and the words “By order of the Home Minister”.

comment:

Apalah yang kita bimbang sangat dengan pengedaran bible ini. Tak perlu bimbang. Kita patut perkuatkan dakwah kita. Inilah yang sebaik-baiknya. Cari mana kelemahan kita dalam menyampaikan dakwah. Kita harus paham bahawa ada para sarjana Islam dan ulamak yang tershor boleh membaca bible dan menghafal bible dan digunakan ilmu dan kepakaran menafsir isi kandong bible untuk tujuan berdakwah kepada orang Islam. Tujuannya adalah untuk mendalami kefahaman bible untuk digunakan sebagai rujukan tentang segala "contradictions" yang ada dalam buku bible.

Apa guna kita takut dengan bible sedangkan para ulamak Islam boleh mengambil kesempatan untuk menguatkan hajah-hujah mereka dalam berdakwah supaya penganut bukan Islam boleh membuat perbandingan antara Chritian dengan Islam.

Kita lihat di youtube bagaimana Abdul Raheem Green (dulunya seorang Christian) dapat berdakwah dengan dengan begitu berjaya hinggakan ramai orang Christian di United Kingdom sudah mula berjinak-jinak dengan agama Islam.

OKJ said...

Salam DAKJ

1. Bolehlah kita beralih ke PRU Sarawak pula lepas ni. Masa saya di Kuching baru-baru ni menghidu udara di sana, rasanya BN masih disokong oleh kaum Melayu, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu termasuklah Penan, Kelabit. Cuma sokongan Cina Sawarak agak susah sikit.

2. Bagi sayalah, mencegah lebih baik dari mengubat. Memanglah kita tak takut terpesongnya akidah setiap muslim sekarang. Tapi kita tak tahu apa akan jadi pada generasi akan datang terutamanya dengan Al Kitab ni. Saya malas nak beri contoh tapi banyak hotel-hotel besar yg meletakkan Bibble dalam bilik tidur. Saya bukan bercakap di luar Negara tapi di Malaysia sendiri. Bimbang juga saya jika dibaca oleh anak remaja yg boleh mencetuskan sekumit persoalan dihati mereka nanti.

3. Pasal DNA pula, eloklah rasanya kita rujuk pepatah melayu ‘berani kerana benar, takut kerana salah. Cakap pada satu dunia ianya konspirasi, so, apa yg nak ditakutkan bagi sampel DNA tu. Macam cakap YAB Timbalan Presiden, satu Malaysia sebenarnya nak tak tahu samada kebenaran ke konsiprasi. Sekian TQ.

OKJ said...

Salam DAKJ

4. Tentang isu kuasa Nuklear pula, ianya agak kontroversi selepas malapetaka Jepun. Tun Dr. Mahathir bina KLCC sebab nakkan teknologi pembinan terkini datang ke Malaysia. Beliau juga kata Malaysia tiada gempa bumi yg besar. Nak ke tak nak, technology nuclear kena juga datang ke Malaysia. Itu suatu yg pasti tapi bila. Bagi sayalah, kalau takut nak ambil risiko, baik duduk dalam kampong, tanam jagung dan buat anak ramai-ramai. Lagi selamat. Sekian TQ.

saji said...

Sdr LALUAN TENGAH, antara lain berkata, "Anda (Saji)kata rasuah lebih penting walhal gejala rasuah sudah ada sistem dan badan yang mampu menanganinya dan sudah banyak individu terbabit yang disabitkan kesalahan. Pendek kata lambat laun, tupai-tupai yang pandai melompat jatuh ke tanah jua."

Komen:

Bolehkah parti yang berkuasa yang para pemimpinnya dipilih cara rasuah wang atau projek atau jawatan mengatasi rasuah?

Tahukan sdr tidak semua 'tupai' yang jatuh ke tanah akan cedera dan mati?

Anonymous said...

Dear Datuk,

Sdr pakbelalang said:

"Kita lihat di youtube bagaimana Abdul Raheem Green (dulunya seorang Christian) dapat berdakwah dengan dengan begitu berjaya hinggakan ramai orang Christian di United Kingdom sudah mula berjinak-jinak dengan agama Islam."

Feedback:

Thank You Sdr pakbelalang for the information. By the Grace of Allah SWT I accidently search the above under a different name... Abd Rahman Green instead of Abd Raheem Green.

And I discovered this link:

http://www.youtube.com/watch?v=H7pFpnbFCRA

(YouTube - Abdul Rahman Green The Truth of About Isa)

Thank you again. Dear Friends, do take a look to help us face the many challenges arising from the issue of Al-Kitab.

Terima kasih.

XERONINE

abdullahngah said...

jika benar kemenangan bn di DUn Merlimau dan Kerdau sebagai kemenangan mutlak, maka tak mustahil Kelantan akan ditawar semula pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sebagai buktinya, pada pilihanraya umum k e 11 (2004) kerajaan PAS kelantan hampir hampir tumbang kerana politik wang yang diamalkan oleh UMNO/BN.

Pada pilihanraya umum ke 13 ini yang dijangka akan diadakan pada tahun 2011 ini politik wang yang dijadikan amalan Umno/BN lebih menggila lagi berbanding sebelum ini.

PAS mungkin tak dapat buat apa apa miskipun para pemimpinnya bebas dari politik wang, tapi rakyat Kelantan tidak akan terlepas dari mengambil dan menerima wang ishan yang mula dilaburkan tahun 2010 lagi.

Lebih lebih lagi tindakan kerajaan Kelantan terhadap rakyat lebih kurang serupa dengan tindakan kerajaan BN, termasuk merampas hak rakyat iaitu tanah dan memroboh bangunan yang dibina aatas tanah kerajaan.

Semasa merintah kelantan dulu BN pernah bertindak zalim terhadap rakyat sebagai punca PAS menang melalui pakatan angkatan perpduan rakyat bersama 46 yang diketua KU LI.

Oleh itu PAS jangan memandang dan ringan terhadap gelombang merah yang memainkan peranan penting untuk merampas semula Kelantan.

Anonymous said...

OKJ kata:

"Bagi sayalah, kalau takut nak ambil risiko, baik duduk dalam kampong, tanam jagung dan buat anak ramai-ramai."

comment:

Ia benar, memang kita takut. Saya tak nak anak cucu saya generasi akan datang akan semuanya jadi cacat "pekak, buta, bisu, tak ada tangan, tak ada kaki kerana akibat radiasi nuclear jika ditakdirkan berlaku kebocoran bahan nuclear. Ini telah pun berlaku di Rusia dimana selepas kebocoran bahan nuklear berlaku ramai rakyatnya mengalami ganguan kesihatan yang serious. Malahan dinegara maju pun rakyatnya dah mula berdemonstrasi bimbang tentang tahap keselamatan loji nuclear di negara mereka. Di Germany ada yang dah tutup loji nuclearnya.

Banyak lagi teknologi yang boleh kita pelajari yang boleh meningkatkan kesejahteraan rakyat. Tidak semestinya teknologi nuclear yang dikejarkan, yang boleh merosakkan kesihatan rakyat. Risiko terlalu tinggi dan tahap pengetahuan pakar-pakar nuclear belum lagi dapat menjamin keselamatan menggunakan teknologi nuklear. Dan ini dikukuhkan lagi apa yang telah berlaku di Jepun.

Kalau nak ambil risiko kita perlu tentukan bahawa risikonya tidak memudharat kesejahteraan umat manusia.

Fikir-fikirkanlah.

Allah berfirman jangan membuat kerosakan didunia ini.

-saintis muda-

Anonymous said...

Sdra Saji,

Adalah mustahil rasuah boleh dihapuskan dimana-mana negara. Di negeri Cina rasuah berluluasa sungguhpun hukumannya ialah dihukum mati.

Rasuah boleh dicegah melalui sistem pentadbiran yang terbuka dan rakyatnya bersama-sama menghayati akan bahayanya amalan rasuah.

Semua orang tahu rasuah adalah menjijikan tapi ada juga yang melakukannya.

Jadi kita sama-samalah membantu kerajaan supaya amalan ini dapat dicegah dengan memberikan maklumat yang tepat supaya tindakan dapat dilakukan tanpa memilih bulu.

Tak usah cerita pasal tupai-tupai !! Be practical and trust the govt. Yang penting kita dah lihat ada perubahan bagi pihak kerajaan untuk mencegah amalan buruk ini.

-din-

Unknown said...

salam.
Tok, pas akan rugi.
Kalaua bertanding majoriti kawasan melayu ..pas akan kalah.
Nak ambil kawasan majoriti bukan melayu...dah tentu DAP tak kasi.
Nak ambil kawasan 50-50 melayu dan bukan melayu..PKR tak kasi..

Akhirnya DAP dan PKR cerah menang ...tapi Pas dapat apa?

saji said...

Sdr Din

"Rasuah boleh dicegah melalui sistem pentadbiran yang terbuka dan rakyatnya bersama-sama menghayati akan bahayanya amalan rasuah."

1. Setuju sangat saya apabila sdr kata rasuah boleh diatasi melalui sistem pentadbiran terbuka.Khasnya kalau sdr setuju sistem pentadbiran terbuka meliputi sistem tender terbuka dan melarang GLC menubuhkan anak syarikat melaksanakan kontrak/projek sendiri tanpa tender

2. Maksud saya, apa susahnya atau masalahnya kerajaan melaksanakan tender terbuka termasuk projek penswastaan? Atau persepsi kerajaan ialah sebaliknya, iaitu mereka anggap tender terbuka yang sebenarnya menggalakan rasuah?

saji said...

Sdr saintis muda

"Banyak lagi teknologi yang boleh kita pelajari yang boleh meningkatkan kesejahteraan rakyat. Tidak semestinya teknologi nuclear yang dikejarkan, yang boleh merosakkan kesihatan rakyat."

Komen:

Boleh sdr sebutkan banyak teknologi lagi (lain) yang kita (Malaysia ) boleh pelajari itu?

saji said...

Sdr saintis muda
(Sambungan)

Bukan sahaja Allah berfirman jangan membuat KEROSAKAN didunia ini seperti yang sdr ingatkan kepada OKJ itu, malah Islam tidak mengharuskan sebarang aktiviti muamalat yang mendatangkan BAHAYA kepada umat manusia.

saji said...

Sdr Melayu Lunas Kedah

Mengapa sdr tak jawab soalan saya di entri 3:15 AM itu?

Anonymous said...

pakbelalang,

Saya bujang. Mak bapak meskin. Saya nak nikah kat sempadan Siam je !! Habis cerita. he, he, he. Banyak benar kerenah Majlis Agama! Semuanya buat orang Islam kelam kabut!! Tak senonoh. Akal pendek !!

-budak nakal-

Anonymous said...

1. Setuju sangat saya apabila sdr kata rasuah boleh diatasi melalui sistem pentadbiran terbuka.Khasnya kalau sdr setuju sistem pentadbiran terbuka meliputi sistem tender terbuka dan melarang GLC menubuhkan anak syarikat melaksanakan kontrak/projek sendiri tanpa tender

comment:

Sdra Saji,

Saya rasa melarang GLC menubuhkan anak syarikat tidak ada relevent dengan rasuah. Tentu ada sebab-sebab tertentu bagi GLC berbuat demikian. Pada hemat saya ada kemungkinan tujuannya adalah dapat mengurangkan kos dan projek yang dilaksnakan dapat dipantau dengan rapi. Selain dari itu kemungkinan GLC ada "expertise dalam" untuk menjayakan projek dengan lebih berkesan dan mempunyai cashflow yang baik. Maka dengan itu tidaklah wajar projek dikendalikan oleh pihak ketiga.

Din

saji said...

Sdr Din berkata, "Saya rasa melarang GLC menubuhkan anak syarikat tidak ada relevent dengan rasuah. Tentu ada sebab-sebab tertentu bagi GLC berbuat demikian. Pada hemat saya ada kemungkinan tujuannya adalah dapat mengurangkan kos dan projek yang dilaksnakan dapat dipantau dengan rapi. Selain dari itu kemungkinan GLC ada "expertise dalam" untuk menjayakan projek dengan lebih berkesan dan mempunyai cashflow yang baik. Maka dengan itu tidaklah wajar projek dikendalikan oleh pihak ketiga."


Komen:

1.Anak syarikat GLC atau GLC2 mana yang sdr maksudkan di atas mempunyai cashflow baik dan expertise dalaman, sebutkan apa expertise2nya? Dan kalau mereka mempunyai cashflow baik kenapa mereka tunggu wang pendahuluan 25% baru dapat bayar kepada subkontraktor ali-babanya?

2. Yang saya tahu, kebanyakan GLC termasuk syarikat koperasi expert atau berperanan sebagai orang tengah berwajah main contractor yang mengambil untung berlebihan dari projek2 yang mereka alibabakan kepada pihak ketiga yang diberikan kepadanya oleh bapak2 GLCnya.

3. Bahkan sesetengahnya menjadi alat ahli politik UMNO/BN mengagihkan projek kerajaan/GLC kepada keroni2nya yang kemudiannya mengalibabakannya pula kepada kontraktor bukan Melayu

Anonymous said...

Sdra Saji,

Komen saya hanya buat andaian "berkemungkinan" sahaja mengikut kaca mata kasar saya dan pengalaman saya berkerja di syarikat gergasi GLC (tak payahlah sebut nama GLC). Mungkin sdra lebeh mengetahui keadaan sebenarnya dan terlibat secara langsung dalam hal tender-menender yang menyebabkan sdra kecewa yang amat sangat.

Kebanyakkan syarikat gergasi GLC pekerjanya adalah professional mungkin lebeh layak dari sdra untuk mengurus syarikat dengan cekap dan amanah. Kita tidak harus membuat generalisation. Itu adalah tidak adil.

-Din-

saji said...

Sdr Din

Saya terlibat dengan anak syarikat GLC dan saya seorang profesional, di samping pengkaji sistem kontrak pembinaan Islam dan Barat sekaligus dengan ISDEV, USM

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).