Thursday, March 03, 2011

Pengangguran, Bekalan Makanan Dan Inflasi Punca Rusuhan


A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KEKURANGAN bahan makanan, kenaikan harga (inflasi) dan pengangguran adalah antara penyebab utama kebangkitan jelata Dunia Arab dan Afrika Utara selain ketidakpuasan mengenai hak asasi dan kebebasan.

Isu serupa juga menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran berlaku di India, negara demokrasi terbesar di dunia. Walaupun ekonomi India berkembang pesat, kehidupan rakyat semakin tertekan akibat kenaikan harga bahan makanan.

Inflasi makanan naik kepada 11.49 peratus pada minggu berakhir 12 Feb lalu. Kadar inflasi tahunan berasaskan harga borong adalah 8.23 peratus dan pengangguran berada di sekitar 10.7 peratus.

Di negeri China, sebuah negara diktator Komunis, kerajaan mengakui wujudnya masalah bekalan dan harga bahan makanan. Ia mengambil langkah menambah stok makanan dan mengawal kenaikan harga. Kadar inflasi naik kepada 4.9 peratus pada bulan Januari dan pengangguran 4.1 peratus.

Pertumbuhan ekonomi yang pantas di China (10.3 peratus) dan India (9.1 peratus) menyebabkan permintaan dalam negara meningkat pada saat cuaca buruk mengurangkan pengeluaran makanan.

Malaysia Tidak Terkecuali

Memandangkan kesan negatif kekurangan bahan makanan, kenaikan harga dan pengangguran kepada keselamatan dan kesejahteraan sesebuah negara, saya mengambil peluang membangkitkannya dalam pertemuan pendek dengan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, di pejabatnya di Putrajaya pada 1 Mac.

Saya dan tiga kakitangan Berita Publishing menemui beliau kerana majalah Malaysian Business sedang menyiarkan beberapa siri laporan mengenai Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Saya menekankan kepada Perdana Menteri dalam pertemuan keemasan itu mengenai peri pentingnya kita memandang berat dan melakukan yang terbaik bagi menjana guna tenaga tempatan, menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan mengawal inflasi.

Mengenai guna tenaga, saya tidak menafikan ketepatan hujah Perdana Menteri bahawa rakyat Malaysia semakin memilih pekerjaan. Kecenderungan memilih kerja adalah biasa di mana-mana negara pun yang mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dan kadar pengangguran yang rendah. Ekonomi kita berkembang pada kadar 7.2 peratus tahun lalu.

Walaupun inflasi kita rendah – sekitar dua peratus – tetapi Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa beliau mendengar rungutan orang kampung mengenai kenaikan harga barang pengguna.

Kembali kepada isu guna tenaga dan pengangguran, kita tidaklah boleh mengambil jalan mudah dengan mengherdik dan menyisihkan pekerja tempatan apatah lagi dengan sewenang-wenangnya mengimport pekerja asing.

Manfaatkan Tenaga Kerja Tempatan

Saya menyebut kepada Perdana Menteri peluang menjana semula penggunaan tenaga kerja tempatan melalui projek-projek raksasa seperti Sistem Pengangkutan Laju Massa (Mass Rapid Transport) dan projek-projek inisiatif swasta.

Memanglah susah hendak memaksa pekerja tempatan membuat kerja-kerja perburuhan seperti pembancuh semen, mengecat bangunan dan penyaring besi cerucuk. Kita pun tidak mahu pekerja kita membuat kerja-kerja perburuhan yang tidak memerlukan kepakaran dan tidak ada ciri tokok nilai.

Tetapi banyak lagi kerja sektor pembinaan yang memerlukan kepakaran seperti reka bentuk, kejuruteraan, ukur bahan, hiasan dalaman dan landskap di mana latihan di tempat kerja dan pentauliahan boleh dibuat. Program vendor dan persumbaran luar (outsourcing) juga boleh disyaratkan kepada kontraktor.

Saya faham reaksi Perdana Menteri apabila beliau berkata pekerja tempatan tidak berminat dengan kerja pembinaan manakala yang ada kemahiran lebih suka bekerja di luar negara.

Saya tidak mengatakan semua jawatan dan kekosongan wajib diisi oleh pekerja tempatan. Saya pun tahu memang ramai pekerja Malaysia memilih kerja dan tidak berminat dengan kerja berat.

Tetapi kita wajib cuba dan kita wajib faham mengapa pekerja tempatan menolak pekerjaan dan kemahiran tertentu. Yang pasti adalah gaji atau upah wajiblah setanding dengan kemahiran dan kos sara hidup.

Kita tidak boleh bandingkan pekerja asing dengan pekerja rakyat jelata kita sendiri dan daripadanya kita buat kesimpulan rambang yang pekerja kita malas dan memilih kerja.

Bagi pekerja asing -- amah misalnya – upah RM500 sebulan sudah mencukupi kerana makan percuma dan tempat tinggal ditanggung majikan. Yang bernasib baik pakaian dan tambang kapal terbang pun diberi oleh majikan.

Kita pun tidak menggalakkan rakyat kita menjadi pembantu rumah dan kerja bergaji rendah. Dengan pelajaran minimum yang kita berikan kepada mereka, gaji RM500 atau RM800 sebulan tentulah tidak memadai apatah lagi jika mereka ada tanggungan dan tinggal di bandar.

Pekerja pembinaan dan perkhidmatan asing pun macan itu juga. Ada yang disediakan tempat tinggal percuma dan makan di tempat kerja. Tetapi rakyat kita kena sewa rumah, kena membeli makanan, kena bayar tambang dan kena bayar pelbagai jenis cukai dan yuran. Jadi gaji yang dibayar kepada pekerja asing tentulah tidak cukup dan tidak menarik bagi mereka.

Ini telah pun diakui oleh kerajaan apabila melalui Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi ia menjadikan pendapatan tinggi sebagai matlamat pokok.

Utamakan Pengeluaran Makanan

Pengurangan berperingkat subsidi kepenggunaan akan menyebabkan harga barang pengguna naik. Ini akan menjadi lebih buruk jika produktiviti tidak bertambah.

Dalam konteks ini dan selaras dengan usaha menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan harga yang berpatutan, saya menyarankan kepada Perdana Menteri agar keutamaan diberi kepada pengeluaran makanan.

Beliau bersetuju dan spontan menyebut mengenai Projek Pengairan Muda di Kedah dan Perlis yang katanya memerlukan belanja RM2 bilion untuk menaikkan taraf untuk menjadi sistem pengairan yang lengkap.

Alhamdulillah Perdana Menteri nampaknya tahu apa yang sedang berlaku dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah yang dihadapi negara. Harap-harap Perdana Menteri mempunyai keazaman politik (political will) yang kental untuk melakukan yang terbaik demi negara dan rakyat jelata.

Dalam keghairahan melaksanakan projek-projek raksasa, pembangunan semula bandar dan pembangunan bandar baru, kerajaan hendaknya tidak mengabaikan pembangunan di luar bandar.

Kita takut kalau isu pengangguran, bekalan makanan dan inflasi tidak ditangani dengan cepat dan berhemat, kemungkinan berlaku kebangkitan seperti yang sedang melanda dunia Arab sekarang mungkin menjadi masalah kita satu hari nanti. Barang dijauhkan Allah.

73 comments:

Anonymous said...

Salam Dato',

Di Malaysia bukan hanya pengganguran, kenaikan harga barangan, petrol yg kerap yang membuatkan rakyat gelisah tapi juga gelisah dengan kemimpinan tertinggi dan pembesar-pembesar negara yang mengamalkan budaya rasuah@komisen yang berleluasa, penyelewengan kuasa, dakwaan pembunuhan yang cuba di selindungi, pilihanraya yg berat sebelah, pembaziran projek-projek mega. Mahkamah, AG, Polis, Imigresen,SPR yang berat sebelah dan di lihat mengancam kebebasan rakyat.

Drp; rakyat biasa

affendi hussain said...

Salam Dato'

"Yang pasti adalah gaji atau upah wajiblah setanding dengan kemahiran dan kos sara hidup."

Tepat sekali analisis..masakan sama RM500 tahun 60an dengan RM500 skrg.. dulu gaji permulaan jurutera lulusan ijazah adalah RM600 & guru RM300..tetapi kuasa membeli mereka adalah 10x ganda dari nilai sekarang..

Tahun 80an kadar upah lulusan ijazah dalam lingkungan RM1,500 - RM2,000 dan kadar yang sama masih terpakai sekarang ini walaupun kadar inflasi dah menjulang ke awan naiknya..

Apakah item2 didalam bakul perkiraan kadar 2% itu 'standard' atau ditentukan oleh pemerintah?

Dato, saya 3 minggu berada di Jepun, saya lihat dari segi komposisi buruh, dari penyapu sampah sehingga presiden syarikat, semuanya org tempatan mereka..Gaji lulusan ijazah Y150,000 saja (mcm 1,500 ringgit depa) tetapi kuasa membeli mewah..(tak perlu lah bahagi 100 kali 3.7 utk dpt nilai setara RM) takde kereta pun tak kisah. Dimana salah kita? Kita rasa kita hebat dari Thailand kerana perkapita, tetapi sebenarnya kita papa..makan pun impot org yg empunya

(yg saya nampak 3)

Komposisi penguasaan ekonomi yang tidak equilibrium Golongan super-kaya sesetengah kaum, kronisma & nepotisma politikus menguasai majoriti ekonomi negara, makin kaya menyedut segala hasil mahsul bumi kita manakala golongan pertengahan diperah keringat dan makin melarat ke zon kemiskinan..

Mekanisma sosio-ekonomi yg pelik
Rakyat seolah disuntik "dadah subsidi" seolah-olah mekanisma kerajaan utk mengawal rakyat seperti tauke dadah untuk memastikan pergantungan tinggi.. yg untungnya hanya hanya IPP, tokey beras, gula & telekomunikasi..skrg strategi subsidi dah makan diri.

Fokus kepada persaingan kuantiti pengeluaran, bukan kualiti pengeluaran & perkhidmatan
punca pekerja diimpot adalah kerana sektor industri mahu mengurangkan kos buruh utk penghasilan yg murah..malangnya dunia dah berubah & kini dari segi upah China ternyata jauh murah.. sektor perkhidmatan dipinggirkan, gaji ditawarkan lebih murah dari kuli basuh pinggan di restoran negara maju.. itulah kita.

Adakah PM kita paham? Kalau dia paham dia takkan kata pekerja kita memilih..kerajaan kalau paham takkan kata harga petrol kita termurah di Asia Tenggara & banding dgn EU, USA & Jepun..org marhain kita mana ada gaya hidup mcm depa..depa buat2 tak paham sebab depa yg nak baham..

wasalam

("/)

dankuala.com said...

SALAM,

CATATAN YANG MELEGAKAN. PERDANA MENTERI BERADA DALAM KEDUDUKAN MENGETAHUI SITUASI SEBENAR.

KEBIMBANGAN SAYA IALAH BILAMANA PERDANA MENTERI TIDAK MENDAPAT MAKLUMAT SEBENAR. RESAH GELISAH RAKYAT SEBENARNYA SANGAT KUAT KHASNYA DI AKAR UMBI.

TERIMA KASIH KERANA BERSUARA BAGI PIHAK RAKYAT TERBANYAK.

dankuala.com said...

SALAM,

LEGA MENDENGAR BAHAWA PERDANA MENTERI MENDAPAT MAKLUMAT TEPAT SITUASI SEMASA.

RESAH GELISAH RAKYAT BERKAITAN HARGA BARANG SEDANG DIMANIPULASI DENGAN SERIUS KHASNYA OLEH PARTI PEMBANGKANG.

SESUATU WAJAR DILAKUKAN BAGI MENGELAKKAN ADA PIHAK MENANGGUK DI AIR KERUH.

saji said...

Salam Dakj

"Saya menyebut kepada Perdana Menteri peluang menjana semula penggunaan tenaga kerja tempatan melalui projek-projek raksasa seperti Sistem Pengangkutan Laju Massa (Mass Rapid Transport) dan projek-projek inisiatif swasta.
Memanglah susah hendak memaksa pekerja tempatan membuat kerja-kerja perburuhan seperti pembancuh semen, mengecat bangunan dan penyaring besi cerucuk. Kita pun tidak mahu pekerja kita membuat kerja-kerja perburuhan yang tidak memerlukan kepakaran dan tidak ada ciri tokok nilai.
Tetapi banyak lagi kerja sektor pembinaan yang memerlukan kepakaran seperti reka bentuk, kejuruteraan, ukur bahan, hiasan dalaman dan landskap di mana latihan di tempat kerja dan pentauliahan boleh dibuat. Program vendor dan persumbaran luar (outsourcing) juga boleh disyaratkan kepada kontraktor.
Saya faham reaksi Perdana Menteri apabila beliau berkata pekerja tempatan tidak berminat dengan kerja pembinaan manakala yang ada kemahiran lebih suka bekerja di luar negara.
Saya tidak mengatakan semua jawatan dan kekosongan wajib diisi oleh pekerja tempatan. Saya pun tahu memang ramai pekerja Malaysia memilih kerja dan tidak berminat dengan kerja berat.
Tetapi kita wajib cuba dan kita wajib faham mengapa pekerja tempatan menolak pekerjaan dan kemahiran tertentu. Yang pasti adalah gaji atau upah wajiblah setanding dengan kemahiran dan kos sara hidup.
Kita tidak boleh bandingkan pekerja asing dengan pekerja rakyat jelata kita sendiri dan daripadanya kita buat kesimpulan rambang yang pekerja kita malas dan memilih kerja."

Komen:

1. Terima kasih kerana buat pertama kali Dato' mengemukakan isu yang dekat dengan hati saya dan kedudukan saya sebagai pengkaji yang mengkajinya dari sudut amalan kontrak pembinaan Barat dan Islam bersama2 kumpulan pengkaji lain diISDEV, USM.

2. Apa yang Dato' sarankan di atas
hanya boleh dipraktikan jika Dato' sanggup beranikan diri memaklumkan kepada PM, DSNajib supaya menghentikan penggunaan sistem kontrak pembinaan Design and Build bagi pelaksanaan projek2 yang Dato' maksudkan di atas dan berpindah menggunakan sistem kontrak pembinaan Management Contract atau sepertinya. Jika tidak, perbincangan ini tidak akan kemana2!

ab said...

Salam Dato,



Hal ini SUNGGUH menyusahkan ramai orang.


Inflasi, kata gomen rendah, tapi TAK PULA DIWARWARKAN yang kira-kira inflasi gomen tak MASUK harga makanan dan minyak..... bila gomen kata inflasi rendah,rakyat tidak percaya.. macam seorang cerita hal ayam,yang dengaq dok terbayang lembu, sorang cerita limau yang seorang dengaq macam epal!..kacau sungguh.


Bekerja untuk mencari rezeki, rezeki untuk meyediakan makan,minum,tempat tinggal, pengangkutan,hiburan,simpanan,pelajaran dll...TETAPI KALAU REZEKI TAK CUKUP untuk perbelanjaan selama 20 hari dari 28-31 hari sebulan atau 52 minggu setahun, apa hei ni?....



Kalau ramai sangat orang cuma mendapati rezeki setahun TETAPI HANYA CUKUP untuk perbelanjaan 1/2 - 3/4 tahun, maknanya susah sangat laa kehidupan ni.. nak pi cekau dan gerengau kat mana untuk
`non existing income' ni?...kena la tipu orang,curi ka,cekau ka,rasuah ka,pinjam tak bayaq balik ka dll...



YANG ORANG TAK MAU tanya ialah BERAPA RAMAIKAH jumlah manusia yang paling ramai untuk hidup secara paling sederhana didalam semua segi setiap satu km persegi muka bumi ni ...



Kalau demo,bergaduh,tukar kerajaan,tukar parlimen,tukar raja dll BOLIH KA selesai perkara ini?.... SAYA KATA TIDAK akan selesai masaalah ini.



PUNCANYA IALAH dalam 10-20 orang diantara kita, kalau ada 1 orang bercucuk tanam untuk makanan sudah tentu sudah cukup bagus... YANG LAIN LAIN NAK MAKAN SAJA!...


Kalau jadi burung,mungkin lebih baik,terbang dipagi hari TANPA PLANNING,TANPA MENGETAHUI adaka rezekinya hari itu..tetapi burung burung terbang balik kesarang balik..DAPAT PULAK REZEKINYA, besar dan tinggi sungguh kebesaran allah...tak pernah dengar atau baca burung mati banyak banyak kerana lapaq!...



Abu Bakar Ab Rahman

mat derih said...

Dato

punca harga makanan naik kerana angkara orang pemborong & peraih yang mengambil keuntungan berlebihan.

alasan nya sama, petrol naik.

Tapi mereka menekan harga dari petani walhal kos dan masa petani lebih tinggi.

orang tengah ini lah yang mengawal bahan makanan tak kira yang dalam negara mahupun yang di import.

bezakan harga barang basah yang dijual peraih di pasar tani dengan hyper market. lebih baik saya beli di hyper market, jauh lebih murah.

percaya ka datuk harga sekilo kacang panjang di pasar sewaktu CNY kelmarin mencapai RM7 sekilo.

semua angkara peraih @ pemborong.

Yeop said...

Baru-baru ni dengor kabornya ada Pak Menteri nak bawak masuk 40000 orang India. Orang India .... tak suka la.

Raja Abdul Rahman Dain said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas-pembahas yang saya hormati. Saya bersyukur kepada Allah kerana Dato' telah mengingatkan YAB PM betapa pentingnya kita berusaha meningkatkan keupayaan kita mengeluarkan hasil pertanian.Kita merasa lega PM bersetuju dengan pendapat itu dan berharap semua yang berkenaan mengambil ingatan dan bertindak sewajarnya.

Masalah yang kita perlu atasi adalah terikut-ikut dengan pendapat-pendapat orang dimana sesetengah pemimpin sanggup berubah haluan semata-mata mendengar ucapan-ucapan yang canggih seperti :globasasi ,lonjakkan ,status negara maju ,transformasi dan sebagainya. Yang lepas-lepas banyak peruntukan untuk pembangunan luar bandar yang sudah diluluskan ditarik balik untuk membayar kos projek-projek mega dimana pada mulanya tiada peruntukan bagi tujuan tersebut. Begitu juga semasa pilihan raya kecil tiba-tiba berjuta-juta RM dicurahkan dikawasan tersebut dengan tiada perancangan awal. Dimana datangnya peruntukan tersebut kalau tidak ditarik dari projek lain yang telah diluluskan sebelum itu.

Saya berdoa semoga Allah menguatkan jati diri pemimpin kita agar yakin pada diri sendiri dan tidak bergantung kepada apa yang dikatakan pakar. Ini adalah dalam banyak kes mereka (pakar-pakar)tidak mengetahui dengan sebenarnya keperluan rakyat disebalik mungkin ada agenda sendiri.

Disamping kita berharap kepada Kerajaan kita hendaklah dalam cara kita tersendiri menggalakkan saudara mara dan rakan handai yang mempunyai tanah yang terbiar atau tidak digunakan sepenohnya mengusahakannya sebaik mungkin. Marilah kita bersama-sama berusha membangunkan umah dan negara kita yang tercinta ini.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

d'enricher said...

Dato,

Pada pandangan saya, sebenarnya kita di Malaysia ni kira ok lah kalau nak dibandingkan denga kebanyakkan negara diluar sana.

Kerajaan sedang berusaha dengan pelbagai Plan Transformasinya, antara mungkin dengan tidak. Kalau berjaya alangkah baiknya, tapi kalau ikut jangkamasa nampak tidak realistik.

Pakatan pula mengeluarkan Buku Jingga, plan 100 hari.

Yang menariknya, nampak macam ramai aje orang Kerajaan yang berusaha menidakkan plan tersebut sebagai tak "practical".

Tapi yang sedihnya, kalau kita tengok yang nyata, setiap kali PRK dan sekarang ni Merlimau dan Kerdau, bukan itu yang di promosikan, tapi pelbagai pemberian atau umum berkata "projek mee segera".

Jadi ... sekiranya kita di Malaysia berusaha untuk meyakinkan seluruh rakyat yang 'salah' tetap 'salah' dan yang benar di benarkan.

Yang baik kita akui, tapi kita mengharapkan agar yang salah, tak kira siapa dihadapkan kemuka pengadilan.

Kalau Tun Ling dan Tan Sri Chan boleh mengeluarkan RM1 Million, banyaknya duit mereka ???

Salah betul tak tentu lagi. Macam juga DSAI, kalau salah salah la, tapi biar ADIL se ADIL ADIL nya.

Tapi kalau rakyat tak YAKIN, YAKIN kan !!!

Kita ada sistem demokrasi, kita tak perlu rusuhan, tapi kita masih mempersoalkan ... kenapa ???

A.Alshukor

Anonymous said...

Dear Dato'

I will just make a note on FOOD PRODUCTION and FOOD SECURITY.

Pemandangan sepanjang perjalanan balik kampong > tanah sawah tanam pisang. tanam kelapa sawit. tanam dragon fruit. dijadikan kolam ikan dan udang. tanam itu dan ini kecuali padi.

Mari kita fikirkan. tanaman pisang. kelapa sawit, dragon fruit boleh ke hulu (meaning higher ground) tetapi padi perlu tempat yang begitu sahaja. keperluannya unik. so kenapalah pula kita ambil haknya (hak padi tu). Sekarang kawasan yang luas, terbiar. Pisangnya mana, dragon fruitnya pun have gone to the dragon.

So perlulah pula pulih semula kawasan padi untuk padi. Beras tu makanan asas kita. Boleh makan gandum,import pula.

We can move forward in all the modern aspects of life but at the end of the day, our fundamental need is still a half cup of rice on our plate daily, or may be every other day for those yang makan roti or capati.

So let us give grand thought to our rice cultivation! Rice fields generate not only rice but other secondary users of the harvested field as well ... kerbau in particular.

XERONINE

abdullahngah said...

perdana menteri mengaku apa saja permasalahan yang dibangkitkan.

Bukan saja setakat mengaku ada kebenarannya, malahan berjanji dengan slogan rakyat didahulukan.

Tapi malangnya slogan rakyat didahulukan tidak pernah berpijak dialam nyata.

Pendek kata, perdana Manteri Datuk Seri Mohd Najib ini hanya bercakap dimulut saja dan dihati tidak.

Buktinya, harga minyak naik dan naik dan naik lagi yang membuat harga barangan akan turut melambung naik.

Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan?

seperkara lagi para pemimpin dibiarkan kumpul harta bertimbun timbun, sedangkan Allah larang bersikap demikian.

Saman ekor juga punca hidup rakyat kurang selesa, kerana salah tak tahu hujung pangkalnya, tiba tiba didapati salah dan disenarai hitamkan.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Memang ditakuti negara kita juga akan terjerumus,jika para pemimpin tidak berhati hati dan mengambil pengajaran dari ape yang sedang terjadi di luar.Nampaknya sudah ade sedikit perubahan didalam minda wakil wakil rakyat..kerana terbaca diakhbar bahawa sudah ade pemimpin yg menyatakan bahawa mereka ingin mengosongkan kerusi.Tahniah kepada yb berkenaan dan diharap ramai lagi yang akan sedar bahawa jawatan datang dengan tanggung jawab.

Setuju dengan saranan "anon 09" bahawa tanah sawah tidak boleh di ubah taraf kepada pertanian yg lain dan supaya negara dapat mempertahankan keluasannya,supaya bekalan dapat dikekalkan,jika pemilik tanah ingin menjual, kerajaan perlu menebusnya.

Sekiranya pekerja menjadi masaalahnya,kita guna saje buruh asing atau kita gunakan banduan untuk kerja kerja tersebut dan mereka diberi upah juga.Hasilnya kerajaan yang uruskan.

Anonymous said...

Datuk Kadir YM, terima kasih banyak karena berkongsi dengan kita semua hasil dialok pendek Datuk dengan Perdana Menteri.

Saya setuju dengan Datuk dan berkongsi harapan agar PM bukan sekedar tahu pemasahan rakyat dan ada jawaban kepadanya, tetapi yang lebih utama adalah iltizam polilik untuk melaksanakan walaupun memerlukan ongkos yang banyak dan mungkin ditantang oleh neo-kapitalis dan peyembah pasaran bebas yang ada antaranya menganggotai Majlis Penasihat Ekonomi Negara (Neac).

Tidak guna dan satu pengkhianatan seandainya Datuk Seri Najib tahu pemasalahan rakyat dan ada jewaban, tetapi tidak melaksanakannya. Saya turut bimbang mungkin ada penasihat beliau sendiri yang tidak mirip lagi kepada affirmative plan atau pegawai kerajaan yang dangkal dan korup.

Justeru itu dan memandang kepada petanda yakni PM semakin kuat dan akan terus memerintah selepas PRU nanti, maka adalah wajib orang seperti Datuk sentiasa berdialok dan menyuntikkan semangat juang kepada beliau dan menghalang beliau daripada dibelenggu para neo-kapitalis dan free-marketeers yang benci kepada affirmative plan dan pembahagian sama adil jekayaan negara.

Profesor Pencen
Bangi.

zainal abidin awang kechik said...

Saya amat bersetuju dengan Tok ...pad a SATU mesyuarat POLITIK ...membangkitkan SATU tradisi baru yang mana.TUN MAHATHIR, TUN ABDULLAH,TUN LING.Akan terus berulang alik ke mahkamah jalan duta. Mengenai isu PKZ.

" bagi pendapat saya ...siapa betul siapa salah itu tak penting.... Yang penting siapa yang boleh membuktikan di mahkamah"

Saya sedih mengapa MEREKA yang di atas kena naik turun ke mahkamah.Ada kah kerena mendawa MEREKA dapat balik duit yang lesap.

TKSU KEMENTERIAN WILAYAH, 57 tahun, pun kene hayun.....

Anonymous said...

Salam Dato.

Ada pengangguran ke kat Malaysia ni? Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam menyatakan di Buletin Utama TV3 beberapa hari lepas bahawa 45 ribu pekerja dari India akan dibawa masuk bagi mengisi kekosongan pekerjaan yang ada. Ia mendapat persetujuan kabinet. Oh Yeahhhh....tapi maafkan saya jika apa yang disebutkan oleh si pembaca berita Buletin Utama itu tersalah dengar oleh telinga saya.

Mutiara Damansara

husin syedmohamad said...

1/Dalam kes Program vendor dan persumbaran luar (outsourcing), ramai juga kenalan merungut bahawa ada kerja yang disumberkan kepada orang luar secara terus atau orang luar menggunapakai nama/syarikat local orang tertentu. Kerja dilakukan olerh orang luar dan sebahagian besar keuntungan dikaut oleh orang luar. Ketelusan agensi kerajaan menawarkan projek perlu teliti dan investigative. Sukar tapi mampu jika komited.
2/ Kelaparan, Baling 1975, walaupun tidak sama, tidak boleh dikatakan tidak mungkin berulang, terutama jika rakyat melihat sekelompok terlalu mewah, bukan lagi BMW dan Merc berkeliaran , tetapi Ferrari sungguh mudah ditemui dijalanan. Bagus kalau rakyat kaya , tetapi disoalkan kenapa sedikit tersangat kaya, majoriti miskin. Akhbar Star hari ini orang kaya Malaysia telah meningkaktkan kekayaan mereka.

Anonymous said...

Masalah di arab adalah kerana perangai mereka sebegitu.

Betul apa Dato' katakan ada kebenarannya, tapi kita bukan tak pernah susah pun sebelum ini. Dulu-dulu pun lebih perit kita hidup tapi kata orang alah bisa tegal biasa, takde masalah.

Orang arab yang saya kenal adalah mereka tidak matang dan munasabah dalam tindak tanduk mereka. Mereka tidak segan bertengkar di tempat awam, kerana itu adalah bakat. Sebab itu mudah di baca krisis ini akan mudah terjadi seterusnya merebak dari satu negeri ke negeri yg lain.

Jadi krisis di arab juga boleh berlaku di mana-mana termasuk Malaysia apabila rakyat terjebak dan dikongkong dengan pemikiran mentah. Ataupun terlebih masak seperti rakyat yahudi suatu ketika dulu 'suka-suka' mempersoalkan sapi.

azienmat

Anonymous said...

Boleh DAKJ kongsikan, Malaysian Business keluaran berapa akan dikeluarkan temuramah ini?

Saya hadkan dahulu komen saya buat sementara waktu.

Sekadar menyatakan apa yang saya tahu, buat masa sekarang insentif yang ditawarkan oleh Jabatan Pertanian bagi usaha baru pertanian adalah lebih menumpu kepada tanaman buah.

Bukankah ini berlainan landas dengan maklumat yang ada pada tangan PM?

Lagi pula insentif terhadap penggunaan tanah (dari sudut jumlah RM insentif dan jumlah peruntukan keluasan tanah) umumnya memberi kelebihan kepada penanaman pertanian komoditi dan pembangunan hartanah.

Fed Up

Anonymous said...

Salam Dato',

Tepat sekali. Kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan kini Libya memang disebabkan kemerosotan taraf hidup yang melangkaui tahap yang munasabah. Apabila semakin ramai rakyat yang tidak memiliki apa2, baik kebendaan atau harapan masa depan, maka rusuhan amat mudah terjadi. Kalau kita masih ingat rusuhan Baling 1974 dulu pun senarionya serupa. Waima kata, kucing atau monyet yang sedang lapar tidak takut untuk merampas makanan dariapada tangan kita.

Memang sejak zaman TDM, ekonomi Malaysia cuba dipacu kearah ekonomi berasaskan industri dan perkhidmatan sehingga sektor pengeluaran makanan dianaktirikan. Kalau Malaysia mahu menjadi pengeluar beras utama dunia sebenarnya kita mampu melakukannya sebagaimana kita menjadi antara jagoan dunia dalam pengeluaran getah dan kelapa sawit. Tetapi kalau kita mahukan pendapatan per kapita yang tinggi mahu tak mahu kita kena utamakan indutsi pembuatan dan perkhidmatan. Dan kita tidak pernah menjadi antara jagoan dunia dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sebabnya mudah saja: kualiti modal insan yg belum setaraf dengan yg ada dinegara jagoan dunia. Cuba bayangkan Malaysia sebagai negara yg mempunyai syarikat anak bangsa sendiri dalam penghasilan barangan elektronik pengguna spt mana Taiwan menjadi pengeluar utama motherboard komputer, Korea menjadi pengeluar utama LCD screen panel dan flash memory chip. Memang di bumi Malaysia ada kilang Motorolla, Intel dan Sony yg produknya diekspot ke serata dunia, tapi itukan orang lain punya, maka untungnya masuk ke kantung mereka. Sampai sekarang pun kita belum jadi jagoan dunia dalam penghasilan oleo chemical yg berasaskan minyak sawit.

TDM memang mempunyai wawasan untuk jadikan Malaysia negara maju 2020 tetapi pembangunan modal insan kita tak sama pantas dengan perjalanan masa.

Balik kpd cerita rusuhan tadi, saya rasa itu tak akan terjadi di bumi Malaysia dalam masa yg lama semata-mata disebabkan kepincangan sistem demokrasi kita. Rusuhan akan terjadi lebih cepat jika kelemahan ekonomi tidak ditangani dengan bijak dan berkesaan. Apa pun, biar pun kita taidak inginkan ianya terjadi, namun itu adalah satu proses yg alamiah bagi manusia memperbetulkan landasan ke masa depannya.

Pak Hj JB

zul said...

Salam Dato'

Just nak share idea, selain daripada padi dan beras, adalah digalakkan supaya kerajaan BN untuk look into R&D bagi kita produce bawang sendiri, dan jgn terlalu bergantung kepada import. Bawang ni barangan asas untuk memasak, makanan harian. Jabatan Pertanian kata dah try dah tanam dulu tahun 80an dan 90an tak berjaya, takkan dah dekat nak masuk tahun 2020 masih tak dapat teknologi atau cara nak bagi berjaya. Kerajaan tak betui2 beri tumpuan pada R&D dalam pertanian saya rasa. Pemerintah, kakitangan awam dan semua orang kena fikir apa patut kita fokus di masa akan datang dengan membuat sesuatu yang bermanafaat untuk negara pada masa ini. Kalau dilihat prk di kerdau dan merlimau nih, nampak gayanya kerajaan nih tak belajar dari kesilapan pru 2008. Projek mee segera ... kutuk sana sini... entah ler... risau saya dengan nasib anak cucu cicit kita ... Barang memang dah naik... tak perlu nak explain, orang dah rasa lama dah... tapi yang paling penting apa fokus pemerintah ... nak tingkatkan pengeluaran barang makanan dalam negara ke, yang mana di masa akan datang, negara tak bergantung pada isu atau keadaan negara lain... nak buat program bantuan kepada petani sedia ada ke, petani yang ada sawah 1 hektar, kerajaan bagi bantuan untuk usahakan 1 hektar lagi, penternak yang ada 1 kandang kambing, 500 ekor, kerajaan bagi tambah insentif untuk double up ternakan mereka... nak beri insentif kepada pelajar untuk buat R&D pasal pertanian, penternakan atau sebagainya ... Fikir-fikirkan lah ...

be said...

Haii nampaknya banyak komentar di sini yang berpandangan PM 'petik jari' semua masalah selesai.

Nak buat projek billion2 pun pakai duit banyak ooi. Nak korek tabung memang senang, tapi kena kira balik macamana nak isi tabung. Dokumentasi kerajaan kena lengkap. Kalau tak lengkap, kena hentam oleh rakyat.

Banyak yang hanya pandai merungut sahaja. Sumbangan pada negara apa pun tak ada. Bisingnya seolah-olah bayar cukai sama banyak dengan Petronas bayar tiap-tiap tahun.

mtgbertam said...

Salam,

Kontraktor dan Usahawan khususnya yang beragama Islam bukan tidak ada yang genuine. Banyak yang memang berusaha mencari projek dengan gigih, keluar mencari pasaran, dan cuba mengekalkan perfomance perkhidmatan mereka tanpa bantuan orang politik.

Malangnya, apabila mereka ini beroleh projek dari kerajaan timbul pula masalah untuk mendapatkan modal dari institusi kewangan. Bank minta cagaran itu ini, tanah, tunai sebagai syarat untuk meluluskan pinjaman. Kadar yang dikenakan juga agak tinggi.

Apa yang boleh kerajaan khususnya Kementerian Kewangan boleh bantu ialah dengan melaksanakan kaedah pembayaran terus kepada supplier yang dinamakan oleh syarikat yang memperolehi kontrak/projek. Dengan surat jaminan kerajaan, pembekal akan membekalkan barangan tanpa ragu2. Kontraktor dan usahawan dapat melaksanakan kerja dengan senang walau mendapat untung yang sederhana kerana tiada masalah lagi dengan pembekal.

Jika ini dilaksanakan, pasti amat membantu golongan peniaga ini.

Waktu itu baru pihak bank tau langit tinggi rendah.

Anonymous said...

Selama 50 tahun merdeka dah banyak dah perubahan berlaku ke arah yang lebeh baik lagi. Kita kena teruskan peningkatan kemajuan negara kita. Rusuhan seperti yang berlaku di Timor Tengah tidak akan berlaku di negara kita. Hanya kita cuma berhati-hati dan bijak apabila memilih pemimpin untuk meneruskan kemajuan negara. Kita perlu pemimipin yang ikhlas dan bijak menguruskan pentadbiran negara. Pemimpin yang ada vision.
Masaalah rasuah boleh dicegah apabila kerajaan bersikap terbuka dan bertanggong jawab dan tidak pentingkan diri sendiri.

Semua ini adalah terpulang kepada rakyat menentukannya. Kalau rakyat salah pilih pemimpin janganlah salahkan pemimpin yang telah di pilih kerana rakyat yang kurang bijak memilh pemimpin.

-tiah-

saji said...

Sdr mtgbertam

"Apa yang boleh kerajaan khususnya Kementerian Kewangan boleh bantu ialah dengan melaksanakan kaedah pembayaran terus kepada supplier yang dinamakan oleh syarikat yang memperolehi kontrak/projek. Dengan surat jaminan kerajaan, pembekal akan membekalkan barangan tanpa ragu2. Kontraktor dan usahawan dapat melaksanakan kerja dengan senang walau mendapat untung yang sederhana kerana tiada masalah lagi dengan pembekal.

Jika ini dilaksanakan, pasti amat membantu golongan peniaga ini.

Waktu itu baru pihak bank tau langit tinggi rendah."

Komen:

Cadangan sdr diatas hanya sesuai untuk dilaksanakan jika kerajaan menghentikan penggunaaan kontrak Design and Build atau lain2 bentuk sistem kontrak pembinaan jenis Price-in-advance atau Islamnya al-Istisna'/Tempahan dan berpindah menggunakan Management Contract atau lain2 bentuk sistem kontrak pembinaan jenis Cost Reimbursement sepertinya atau Islamnya al-Ijarah/Upahan

saji said...

Sdr profesor pencen, antara lain berkata, "Tidak guna dan satu pengkhianatan seandainya Datuk Seri Najib tahu pemasalahan rakyat dan ada jewaban, tetapi tidak melaksanakannya. Saya turut bimbang mungkin ada penasihat beliau sendiri yang tidak mirip lagi kepada affirmative plan atau pegawai kerajaan yang dangkal dan korup."

Komen:

Apa yang saya faham daripada Pelan Transformasi Kerajaan membabitkan permasalahan sektor pembinaan yang Dato' timbulkan di atas, DSNajib dan pensihatnya mungkin tahu jawapannya dari aspek falsafah, konsep dan strategi atau pringkat ekonomi makronya, tetapi tidak peringkat pelaksanaannya atau mikronya membabitkan keperluan mentransformasi sistem dan tatacara pelaksanaan projek kerajaan dan GLC daripada yang sedia ada.

Hj Munawir said...

Dato.

harga gula kita $2.50 satu kilo.Di Indonesia dan Thailand negara yang mengeluarkan gula harganya $3.50 sen sakilo.Kita maseh dapat bertahan dengan harga lama kerana kita ada kontrek dengan Australia untok membeli gula mentah pada harga US0.07 sen sakilo.Kontrek ini akan tamat pada bulan ocktober tahun ini.Harga pasaran gula mentah sekarang ia lah us0.35 sen sakilo.

Industri gula malaysia sudah di miliki oleh Felda bukan lagi Robert Kouk.Robert sudah nampak masaalah ini sebab itu ia jual kapada Felda dengan harga 3 billion ringgit.

Jika kerajaan tidak naikkan harga gula Felda boleh benkrup.Jika kerajaan naik harga gula ka$3.50 sen sakilo Raayat akan marah.

saji said...

Dato'.

Tiah, antara lain berkata,"Selama 50 tahun merdeka dah banyak dah perubahan berlaku ke arah yang lebeh baik lagi. Kita kena teruskan peningkatan kemajuan negara kita."

Komen:

Dari sudut perancangan dan pemabangunaan negara, untuk sesebuah negara pertingkatkan kemajuan negara dari satu peringkat ke satu peringkat R&D menyeluruh perlu dilakukan oleh pemerintahnya. Darinya digubal dasar2 baru negara untuk mengiringnya. Kerajaan UMNO/BN tahu mengenainya dan telah melakukan R&D berkenaan dengan terwujudnya dasar2 iringan secara berkala membabitkan DEB, DPN dan WAWASAN 2020.

Bahkan, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa, kerajaan UMNO/BN tahu gagal atau majunya dasar2 tersebut teletak kepada aspek pelaksanaannya dan tahu itulah yang menghantui atau mengagalkan dasar2 tersebut. Ini dapat dihidu oleh PM, DSNajib, dalam erti kata beliau tidak mengemukakan dasar baru seperti PM2 sebelumnya, tetapi mengemukakan penyelesaiannya dalam bentuk Pelan Transformasi Kerajaan (PTK).Ini jelas, apabila beliau banyak mengaitkan matlamat PTK terebut dengan WAWASAN 2020

saji said...

Sdr ab

"Kalau jadi burung,mungkin lebih baik,terbang dipagi hari TANPA PLANNING,TANPA MENGETAHUI adaka rezekinya hari itu..tetapi burung burung terbang balik kesarang balik..DAPAT PULAK REZEKINYA, besar dan tinggi sungguh kebesaran allah...tak pernah dengar atau baca burung mati banyak banyak kerana lapaq!..."

Cerita pasal kebesaran Allah di atas, kenapa sdr tak cakap sekali buah-buahan, ulat2 pokok dsb yang dimakan burung yang mencari rezeki itu ganjaran pahala bagi petani yang menanam pohon tersebut?

orang kampung said...

Dato,

Saya kurang pasti apakah sebenarnya dasar kerajaan berhubung pengambilan warga asing sebagai pengawal keselamatan. Ini adalah satu sektor pekerjaan yg amat sensitif dari segi keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Katanya pengambilan warga Nepal/Gurkha adlah dibekukan. Manakala yg sedia ada tidak akan dilanjutkan permitnya apabila tempohnya tamat.

Tetapi peliknya di taman-taman perumahan, kondo-kondo dan sebagainya terdapat banyak warga Pakistan menjadi pengawal keselamatan.

Saya percaya kalau dasar gaji minima benar-benar dilaksanakan, ramai warga tempatan sanggup melakukan pekerjaan tersebut.

An opinion said...

Memang benar pengangguran, bekalan makanan dan inflasi adalah punca rusuhan, pengangguran adalah disebabkan oleh pentadbiran yang tidak cekap, manakala bekalan makanan dan inflasi disebabkan oleh faktor luaran yang sukar untuk dikawal.

Sebelum Alan Greenspan meletakkan jawatan , beliau telah dipengaruhi untuk menganggap bahawa "economic growth" adalah lebih penting daripada "inflation", dan seterusnya meletakkan kadar faedah yang amat rendah di America. Pendapat itu betul sehinggalah "kadar inflasi" menekan nilai-nilai kesejahteraan di sesebuah negara, bermaksud sekiranya keburukkan daripada inflasi mengatasi kebaikkan yang diperolehi daripada "economic growth", maka ianya patut diseimbangkan.

Pertukaran policy yang dikesan nyata oleh pedagang-pedagang futures Yahudi menyebabkan mereka mengubah paradigma mengenai commodity. Sekitar tahun 2003, terdapat banyak artikel memetik pendapat pelabur futures Yahudi meengenai komoditi, dan salah satu artikel adalah rakan kongsi George Soros mengatakan bahawa beliau mengajar anak beliau melabur di dalam komoditi kerana hasil yang boleh perolehi di dalam jangka masa sederhana.

Boleh dikatakan kita umat Islam pada hari ini menikmati ( peladang dan tokeh minyak : kenaikkan hara commodity) atau pun tertekan dengan inflasi dan kekurangan makanan adalah sebahagiannya disebabkan oleh kuasa pelaburan dan kewangan yang dimiliki oleh Yahudi.

Untuk mengawal, inflasi, hanya satu kaedah yang telah terbukti iaiatu menaikkan kadar faedah.

Pada sekitar 70an, krisis minyak menyebabkan inflasi yang amat tinggi hingga menyebabkan stagflation.Stagflation adalah situasi di mana inflasi adalah amat tinggi dan "economic growth" adalah stagnant. Pada mulanya kerajaan Democrat mengambil langkah menambah perbelanjaan fiscal. Namun, ianya menyebabkan inflasi bertambah teruk. Disebabkan inflasi yang tinggi, adalah natural untuk golongan pekerja menuntut kenaikkan gaji untuk diseimbangkan dengan kadar inflasi. Tetapi ini juga menyebabkan inflasi semakin bertambah. Akhirnya, Jimmy Carter dari parti Democrat ditumbangkan oleh Ronald Reagan dari Republican.

Ronald Reagan membebaskan kadar faedah, menyebabkan inflasi turun ke sekitar 5%, harga petroleum turun ke bawah daripada USD 10 / barrel. Sekiranya diselaraskan pada harga petrol hari ini, menaikkan kadar faedah boleh menurunkan harga petroleum kepada USD35/barrel.

Malaysia, sebuah negeri kecil tidak boleh mengubah inflasi dengan menaikkan faedah di negara ini. Ia harus bermula di China, America dan juga Eropah.

Dua tiga bulan yang lepas China telah pun menaikkan kadar faedah mereka berturut-turut dan melaksanakan dasar mengurangkan "money supply" yang berada di pasaran.

Buat masa ini, pengerusi Federal Reserve, Ben Bernake tidak berminat. Beliau adalah Yahudi dan menaikkan kadar faedah seolah-olah menentang kepentingan pedagang commoditi Yahudi pada hari ini. Mungkin pendirian Amerika akan berubah pada separuh kedua tahun 2011. Kesatuan Eropah pula mula beretorik untuk menaikkan kadar faedah.

Saya berpendapat, menaikkan kadar faedah adalah satu ubat mujarab untuk mengawal inflasi. Dan seterusnya membina jalan untuk pembangunan ekonomi yang lebih sustainable pada masa hadapan. Ubat ini adalah pahit dan menyebabkan banyak syarikat menjadi bermasalah. Tetapi ianya penting untuk mematahkan inflation cycle dan merancang ekonomi pada masa hadapan.

Perlu juga dinasihati peladang-peladang agar menyimpan sebahagian besar hasil pendapatan mereka untuk masa hadapan.

MRT dan program pembangunan adalah baik untuk mengatasi masalah recession sekiranya kadar faedah digunakan sebagai satu cara mengawal inflasi. Perancangan harus bermula pada hari ini dan kos seharus diselarikan dengan turun naik harga bahan mentah, kerana ada kemungkinan kos akan turun mendadak sekiranya dunia memasuki ambang inflasi.

Competente said...

Masyarakat kita ramai lagi yang masih sempit pendapatan; ramai lagi yang sekadar cukup makan bagi gaji sebulan. Apabila harga barangan berganjak sedikit; tidak banyak tetapi hanya sedikit sahaja; sudah cukup untuk menyebabkan kekurangan yang ketara.

Sensitiviti yang terlalu tinggi terhadap kenaikan harga barangan ini adalah disebabkan tiada lebihan pendapatan. Kemana pergi pendapatan sebulan rakyat Malaysia? Kalau yang tinggal di bandar, mungkin kerana kos berulang-alik pergi kerja; harga minyak naik dan tambang pengangkutan awam tidak kurang mahalnya. Mungkin juga kerana duit tol. Mungkin sebab sewa rumah yang berdekatan tempat kerja yang mahal. Mungkin kerana harga makanan tengahari di tempat kerja yang hampir mencecah RM10 sekali makan. Kesemuanya meningkat, tiada yang turun.

Berbagai perancangan dan pelan yang telah diatur oleh DS Najib dan rakan-rakan menteri beliau. Namun, yang nampak hanya pelan. Laporan BNM mengatakan bahawa peningkatan ekonomi ditahap 4.8%; masih jauh dari yang dirancang 7%.

Samada 4.8% atau 7%, rakyat tak kisah; asal hidup menjadi selesa. Pendapatan rakyat masih rendah berbanding dengan kenaikan kos sara hidup. Kerajaan perlu mengatur kaedah penimbal agar kesempitan ekonomi tidak sampai membebankan kehidupan rakyat biasa.

Pencapaian yang membawa kesan adalah pencapaian yang benar-benar tercapai; bukan setakat pencapaian yang dirancang dan disorak tapi tak tercapai.

saji said...

Sdr an opinion

Kalau sdr orang Islam apa pandangan sdr jika saya katakan kepada sdr faedah atau bunga atau riba itu haram dari sudut perundangan muamalat Islam?

Bagi saya, ubat yang pahit tetapi mujarab bagi membetulkan kepincangan sistem ekonomi kapitalis sekarang ialah pelaksanaan seluruh sistem muamalat Islam.

Maksud saya, bukan sekadar melaksanakan sistem kewangan Islam atau Islamic financial system yang meliputi sistem2 saham Islam,bond Islam, perbankan Islam, Insuran Islam dan pajak gadai Islam atau yang kerajaan UMNO /BN dan golongan ulamanya tahu, termasuk makanan halal

Maksud saya lagi, mana dia sistem muamalat Islam bagi menjaga kepentingan dan kemaslahatan umat manusia melakukan aktiviti muamalat di dunia ini yang mendapat keredhaan Allah SWT melibatkan sektor pembuatan, pertanian, pembinaan dsb yang ada dibincangkan di bawah bab al-Salam, al-Ijarah dan al-istisna' iaitu prinsip2 muamalat Islam yang melindungi akativiti muamalat tersebut membabitkan transaksi barangan yang tidak wujud ketika akad ?

tokman said...

Dato',

Saya hanya ingin menyentuh mengenai meningkat tanaman makanan yang Dato' sebut. Perkara itu telah ditekankan olih kerajaan semasa YAB Tun Razak lagi supaya Malaysia berdikari dan cukup tanaman makanan seperti beras dan sayur2an melalui rancangan beliau 'BUKU HIJAU'. Beliau telah tegas kepada peneroka2 Felda terutama untuk menanam sayur2an dikawasan Felda tetapi dalam kajian saya dirancangan2 Felda hanya peneroka2 Cina yang telah berusaha kearah itu. Walhal penjual2 sayur daripada luar datang menjual sayur dikawasan Felda. Kolam2 ikan air tawar juga tidak mendapat sambutan ketika itu dan sekarang pun hanya sebilangan kecil peneroka2 yang rajin berusaha, yang lain lebih suka duduk diluar rancangan dan kerja sambilan seperti pengawal keselamatan atau pemandu teksi. Jabatan2 kerajaan juga tidak membantu dan menggalakkan petani luar bandar untuk bantu memasarkan produk2 mereka yang rajin. Jika semua pihak sambut YAB Tun Razak saranan maka hari ini harga barang pertanian kita tidak akan naik bagitu mendadak kerana kita bolih jual lebihan tanaman kita kenegara2jiran. Saya masih ingat kenyataan setengah pegawai kerajaan yang menyatakan.....'Jika kita tanam dan menjadi self-sufficiency maka susah kita nak jual lebihannya kenegara luar kerana kos pengeluaran diluar negara lebih murah jadi elok kita impot saja keperluan tersebut!' Pernas (sekarang dah tutup tak silap saya) terus sibok dan ghairah untuk impot barangan dari luar negara dan FAMA pula segan hidup dan mati tak mau pada masa dulu. Dengan semangat tersebut kawasan2 kampong terbiar sehingga sekarang dan mereka didesa terpaksa beli cili, kangkong dan serai daripada Cina jual ikan!

mgbertam said...

Sdr saji,

Kaedah ini amat sesuai untuk kontraktor bekalan. Maknanya yg memperolehi tender/sebutharga membekal pelbagai jenis keperluan yg ditender.

Bidang construction saya tidak arif.

Sekarang e-perolehan dah ambil sikit, nak bagi performance bond dah 5%, lagi pening kalau bank buat perangai. Margin dah kecik.

Kalau gomen boleh buat kaedah yang saya cadangkan, insyaAllah membantu.

Saya tak berpeluang jumpa orang besaq2. Tapi saya amat banyak rakan2 dikalangan usahawan yang benar2 gigih dan genuine. Rata2, ini lah masalah yang dihadapai. Kalau gomen boleh buat kaedah ini, separuh dari usahawan yang di tag `ali-baba' akan mampu berdikari.

Salam.

langitbiru said...

Salam Dato'

Dato' tak habaq PM pekerja asing terlalu ramai di negara kita?

Sebutlah apa sektor, akan ada pekerja asing!!

Mat-mat Afrika ni kerja apa Dato' di Malaysia ni?

Saya dah lama tak pekena nasi kandar, sebab majoriti pekerja restoren nasi kandar ni pekerja India dari Tanah Besar India. Terserempak bagaimana mereka memproses makanan, hilang selera makan!!!

Tukang gunting rambut pun berlambak dari Tanah Besar India.

MAKA TAK HERANLAH SUBRAMANIAN NAK BAWA MASUK 45,000 PEKERJA DARI INDIA!!

JANGAN DEPA NI PI MENGUNDI PRU SUDAH!!----BOLEH CAYA KE SPR NI???


TOK,


SAMAN EKOR ni nampak benar kerajaan tak da DUIT!!!

BAGI extra 10 hari lagi sebab duit kena masukk!!!

OKJ said...

Salam DAKJ

Alhamdulillah, nampaknya Dato’ makin rapat dengan YAB Dato’ Seri PM kita. Bila mata bertentang mata, barulah kita perasan hati budi seseorang. Dato’ juga nampaknya baru perasan yg YAB Dato’ Seri seorang yg begitu prihatin terhadap semua peringkat. Masalah petani diselami, masalah kontraktor diselidiki, masalah guru sandaran dijelaskan sehingga masalah pandangan Australia terhadap negara kita pun dah diperbetulkan.

Insyaallah, masalah-malalah yg lain akan diusahakan cara penyelesaian satu per satu. Cuma Dato’ dan semua rakyat kena sabarlah sikit. YAB Dato’ Seri dah sedaya upaya nak tolong kita, kita kenalah juga sama-sama tolong dia. Dan lagi, bangsa kita ni memang terkenal dengan sifat bersopan santun dan mengenang budi. Lepas ni, bolehlah Dato’ interview Datin Seri pulak, barulah tahu hati budi sebenar beliau. Bukan ke molek begitu ?

Cuma, masalah yg timbul bila ada pemimpin Isle ‘dibalik sana’ yg mengambil kesempatan di atas kesusahan rakyat. Semua orang tahu kalau tanah yg nak dijual oleh orang yg terdesak memanglah murah. Buruk benar nampaknya bila pemimpin yg kononnya lebih isle buat benda-benda yg tak senonoh ni. Malu dunia Islam secara umumnya bila ada pemimpin isle yg macam ni. Malu ! Malu !!!!!! Sekian TQ.

Wan Shamsudin said...

Salam Datuk;

Benar Datuk, jika Rakyat kelaparan, tentunya Negara akan jadi kucar kacir.
Kadangkala terjadinya kucar kacir dan rusuhan di sesebuah Negara itu bukan kerana Rakyat kelaparan, tapi kerana ketidakpuasan terhadap pentabiran sesebuah Negara itu.

Kita lihat saja apa yang berlaku di Mesir, Tunisia dan Libya.Apakah Rakyat kelaparan????? Pengangguran dan inflasi, YA Benar sekali.40 peratus penduduk Mesir berada dibawah tahap kemiskinan.Akan tetapi jika Pemimpinnya seorang yang jujur dan amanah, saya yakin Rakyatnta bolih bersabar.Ini tidak, Pemimpin, anak beranak dan kuncu kuncu hidup dengan kemewahan merompak hasil Negara dan membiar Rakyat menderita.
Nepotisma, kronisma dan korupsi berleluasa.

Rakyat jadi hilang sabar dan terjadinya rusuhan.....Apakah Rakyat bolih disalahkan????? Seperti Gaddafi menyalahkan Rakyat dan unsur unsur luar.HANYA ORANG GILA SAJA YANG SUKA SALAHKAN ORANG LAIN.

Apakah perkara seperti ini tidak akan berlaku di Negara kita???? Apakah Pemimpin Pemimpin kita jujur dan amanah?????? TEPUK DADA TANYA SELERA. Cuba kita renungkan bersama.....dan buat perkiraan..

saji said...

Sdr mgbertam

Tidak mengapa sdr tidak arif bidang construction

Tetapi bagaimana jika saya katakan kepada sdr bahawa penyelesaian kepada masalah usahawan Melayu pembekal tender kerajaan yang sdr cadangkan itu boleh dirujuk kepada bagaimana cara kontrak pembinaan Management Contract menyelesaikan hal yang sama iaitu menjadikannya sebagai precedentnya berdasarkan pengwujudan kontrak WC1 dan WC2

saji said...

Sdr Wan Shamsudin, antara lain berkata, "Apakah perkara seperti ini tidak akan berlaku di Negara kita???? Apakah Pemimpin Pemimpin kita jujur dan amanah?????? TEPUK DADA TANYA SELERA. Cuba kita renungkan bersama.....dan buat perkiraan.."

Komen:

Kalau kita jadikan Revolusi Iran dulu sebagai precedennya, dalam erti kata berlakunya glombang pertama perubahan siasah dalam dunia Islam zaman moden, ia satu hakikat yang kerajaan UMN0/BN tak boleh tolak mentah2

saji said...

Sdr be, anda antara lain berkata, " Banyak yang hanya pandai merungut sahaja. Sumbangan pada negara apa pun tak ada. Bisingnya seolah-olah bayar cukai sama banyak dengan Petronas bayar tiap-tiap tahun."

Dari pernaytaan sdr diatas, boleh saya tahu apa sumbangan sdr kepada negara lebih daripada orang lain sumbangkan yang sdr kata bising hanya bayar cukai dan pandai merungut tetapi tak menyumbang pun kepada negara itu

Tinta Hitam said...

Datuk,

Persoalnya skg adakah Kerajaan malaysia benar benar serius nak menambahkan bekalan makanan agar kita 100 % self reliance.Kita memiliki potensi tapi diabaikan.Tapi saya tak nampak kesungguhan itu.

Mengharapkan negara lain membekalkan makanan kita adalah mcm membunuh diri sendiri..

An opinion said...

Sdr. Saji,

Dari sudut perundangan, riba adalah haram. Tetapi service charge adalah dibolehkan.

Muamalat bermaksud tiada penindasan. Kita ambil satu contoh.

Bank berniaga dengan meminjam duit pendeposit dan memberi pinjaman kepada orang yang memerlukan. Sdr. Saji ada menyimpan di bank ? Sekiranya sdr. menyimpan di bank, saudara adalah pemberi hutang manakala bank adalah pemimjam wang sdr. Ada terima keuntungan daripada wang yang saudara pinjamkan kepada bank ? Akad jual beli atas dasar apa keuntungan sdr. ? Sekiranya Saji ada duit , mampu untuk menyimpan dan lepak kosong tanpa ada kos untuk menguruskan simpanan saudara, bukankah itu namanya menindas bank yang meminjam duit saudara ? Muamalat maksudnya melindungi daripada penindasan tetapi hakikatnya dengan menyimpan duit di bank dan menerima keuntungan, suadara tidak melaksanakan prinsip muamalat. Itu mengikut pandangan saudara sendiri.

Sistem bank adalah sistem yang modern tidak pernah dibincangkan di zaman Rasulullah. Sebenarnya bank meminjam duit simpanan sdr. dan kemudian meminjamkan duit tersebut kepada penghutang lain. Ikut sistem konvensional ada dua riba. Pertama - riba yang diterima oleh si pengdeposit . Kedua - riba yang diterima oleh bank.

Ramai manusia hanya berfikir riba yang diterima oleh bank tetapi tidak pula berfikir tentang riba yang mereka terima kerana menyimpan duit di bank. Perkataan yang digunakan adalah menyimpan , hakikatnya meminjamkan kepada bank.

Sistem sedia ada sekarang mengikut pendapat pelbagai ulama. Ada yang meletakkan hukum harus dan ada yang tidak bersetuju. Tetapi majoriti ulama dunia mengatakan harus. Hanya, manusia yang otaknya hanya politik sahaja mengaitkan dengan ulama UMNO.

Saya ada satu masalah ingin saya tanya sdr. Saji. masalaah ini mungkin tidak berkaitan.

Minum alcohol adalah haram. Tetapi sekiranya saudara sakit dan tiada pilihan lain melainkan ubat yang mengandungi alcohol untuk menyembuhkan sakit sdr , apakah hukum meminum ubat tersebut ?

Masalah inflasi adalah juga masalah moden, tidak pernah dibincangkan di zaman Rasulullah. Balik kepada muamalat. Muamalat melindungi umat Islam daripada penindasan. Inflasi yang disebabkan kenaikkan harga komoditi menindas umat Islam atau pun tidak ? Inflasi yang berlebihan adalah tidak

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Orang kalau terlalu kuat membodek dan mengampu, pertimbangan diri boleh hilang. Sudah tidak kenal lagi yang mana hujung yang mana pangkal.

Hairan saya mengapa be kurang cerdik sangat sehingga tidak tahu bahawa Petronas itu milik rakyat Malaysia. Maka rakyatlah sebenarnya yang banyak menyumbang demi survival negara.

Lagi satu maklumat penting yang hendak saya beritahu be bahawa perolehan LHDN yang jumlahnya berbilion-bilion RM setahun itu adalah daripada cukai pendapatan rakyat. Kekayaan negara sebenarnya berpunca daripada hasil sumbangan rakyat.

Hanya rakyat yang buta hati dan bodoh sombong yang mengiakan apa sahaja yang kerajaan buat. Sesungguhnya rakyat yang sedar, yang insaf, yang celik, yang reti dan yang berhati perut yang sering merungut, membising dan memprotes bagi menuntut keadilan.

Kekayaan negara sepatutnya mengayakan rakyat. Hasil Petronas yang meningkat tinggi natijah daripada kenaikan harga minyak dunia yang melambung selogiknya memungkinkan rakyat menikmati harga minyak yang rendah. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan adilkah ini namanya?

Wassalam.

A KADIR JASIN said...

Ccccc

Izinkan saya menjawab Sdr OKJ yang antara lain berkata: "
Alhamdulillah, nampaknya Dato’ makin rapat dengan YAB Dato’ Seri PM kita. Bila mata bertentang mata, barulah kita perasan hati budi seseorang. Dato’ juga nampaknya baru perasan yg YAB Dato’ Seri seorang yg begitu prihatin terhadap semua peringkat."

1. Ini bukan soal makin rapat dengan PM atau mengenali hati budi beliau. Ini soal prinsip dan tanggungjawab serta hak saya sebagai wartawan tua, pengundi dan pembayar cukai;

2. Saya tiada masalah dengan insan bernama Mohd Najib (I have no problem with Mohd Najib the man). Tetapi saya mungkin ada beberapa kemusykilan dengan Mohd Najib the PM;

3. Saya bukan baru kenal beliau. Kali pertama saya menemu ramah eksklusif beliau adalah pada tahun 1977 di rumah keluarganya di Jalan Eaton, Kuala Lumpur. Masa itu dia baru setahun jadi MP dan masih bujang;

3. Perhubungan dengannya tidak pernah putus. Ketika beliau menjadi MB Pahang, saya kerap mengunjunginya dan pernah dijemput makan di kediaman rasminya;

4. Apabila saya jadi Pengarang NST, saya pernah "diarah" oleh orang tertentu melalui seorang "mutual friend" agar "tidak memberikan terlalu banyak publisiti kepada Mohd Najib." Saya minta "mutual friend" itu sampaikan salam kepada yang memberi arahan dan saya kata saya tidak dapat melaksanakannya sebab Mohd Najib adalah anggota Kabinet Dr Mahathir;

5. Tetapi, sama ada dulu atau sekarang, sama ada berjumpa di rumahnya atau di pejabat, pesanan (message) saya kepada beliau sama saja. Tetapi tidak eloklah saya dedahkan apa pesanan atau nasihat itu;

6. Akan tetapi, tidak ada sebab saya mengecualikan Mohd Najib daripada amaran itu kalau saya melakukan yang sama kepada Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi PM. Yang mungkin berbeza ialah Dr Mahathir seorang "pendengar" yang unggul dan dia sanggup mendengar apa saja walaupun melukakan perasaan;

7. Kalau ada pembesar kita yang nipis telinga dan terlalu "protective" terhadap keluarga mereka, maka kita ada masalah besar kerana seperti saya berulang kali tekankan, kita pilih Wakil Rakyat, kita tidak pilih anak isteri, suku-sakat dan kawan-rakan mereka.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Kerdau

Barisan Nasional mengekalkan kerusi DUN Merlimau (Melaka) dan Kerdau (Pahang) dalam pilihan raya kecil Di Merlimau, calon BN, Roslan Ahmad memperoleh 5,962 undi manakala Yuhaizad Abdullah (PAS) mendapat 2,319 memberikan BN 3,643 kelebihan suara.

Di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN) memperoleh 5,060 undi manakala Hassanuddin Salim (Pas) mendapat 2,336 memberkan BN 2,724 majoroti.

Di Kuala Lumpur, Bernama memetik Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak menyifatkan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau adalah sangat signifikan.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN dalam mengucapkan terima kasih kepada para pengundi kerana menyokong BN, berkata kerajaan BN yang melakukan yang terbaik untuk mereka.

Tahniah kepada BN. Nampaknya tuah Pas/Pakatan Rakyat semakin menurun. Namun kita harap pembesar BN, khasnya Umno, tidak menjadi bongkak dan alpa janji kerana kemenangan ini. Oleh kerana pembangkang nampaknya semakin lemah (buat masa ini) adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat yang prihatin memantau, menasihat dan mengkritik pemerintahan BN jika ia menjadi bongkak, alpa janji dan tidak melaksanakan ikrar “rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan”.

Ingatlah, kerana rakyat benci dan meluatlah yang membuatkan pencapaian BN begitu hambar dalam PRU 2008.

Terima kasih

Our Family said...

Asmk Dato,

Saya salah seorang org melayu yang berkelulusan ijazah tetapi skrg tidak mempunyai pekerjaan utk menyara tiga org anak. Kadang-kadang terfikir juga apa erti keamanan jika tinggal di tanah air sendiri tetapi tidak cukup makan. Mempertahankan kepimpinan bangsa sendiri yg pastinya walaupun org lain senang tetapi saya hidup dlm kesusahan. Saya bkn mencari kesenangan cuma sekadar cukup utk menjalani kehidupan. Apakah ertinya hidup dlm negara yang aman tetapi sentiasa dlm ketakutan akibat sentiasa dikejar pihak bank, saman, dan PTPTN.

Negara Oman boleh mewujudkan pekerjaan sehingga lebih 50 ribu serta membayar elaun kepada penganggur. Persoalannya kenapa kerajaan mampu melaksanakannya setelah timbulnya penentangan dan demostrasi, sedangkan sebelum ini tiada ikhtiar utk mencari penyelesaian. Apakah kepimpinan kita juga sudah cuba berusaha utk menyelesaikan pemasalahan rakyat secara ikhlas. Kita cuba mencari alasan utk menjelaskan kenaikan harga barang dan petrol kononnya tidak dpt dielakkan, di samping itu pihak Petronas mendabik dada mengumumkan pendapatannya meningkat kerana faktor kenaikan harga minyak dunia... Kita meluluskan kemasukan pekerja asing kononnya utk mengisi kekosongan pekerjaan yg tidak dpt diisi oleh pekerja tempatan, saya sangsi kenapa di kedai mamak yg secara loginya memerlukan 5 org pelayan tetapi diisi sehingga 20 org? Kedai-kedai perabot penuh dgn pekerja asing sdgkan pelangannya tidak seberapa? Petugas yang bekerja sekadar mengecop resit pembelian di pintu keluar pasaraya pun di ambil org asing...

Saya rasa tdk berapa rugi sekiranya negara mengalami sedikit gangguan ketenteraman kerana sekarang pun saya tidak berada dlm ketenteraman. Jika warganegara Malaysia berbangsa asing memimpin pun MUNGKIN saya berada dlm kesusahan, tetapi kini bangsa sendiri yang memimpin saya sudah PASTI berada dlm kesusahan...

Mungkin saya perlu bersabar dahulu, insya Allah beberapa RATUS tahun lagi saya akan beroleh kesenangan...

wadi said...

Assallamualaikum Dato'

Inflasi dan arus kemajuan teknologi bukan persoalan . Tujahan pemerintah mesti Gah dan terarah , dasar mesti memacukan tujahan minda dan persekitarannya.

Bicara ekonomi mengundang hiba wacana bangsa ..apakata Dato' sarankan saja 1Mesjid , 1Kedai Runcit atau Arked , kebersamaan peruncitan dan memurnikan kehidupan dengan kawalan yang mendekatkan keunggulan persahabatan. Usah biarkan kawasan lapang itu terus kepanasan dan menagih simpati untuk dipayungi.

Bey said...

Salam Dato',

Tidak dapat dinafikan rusuhan yang berlaku di Tunisia, Mesir dan di negara - negara Asia barat turut boleh berlaku di Malaysia - semoga dijauhi oleh Allah. Namun, jika kerajaan lemah secara politik dan ekonominya, maka kemungkinan tersebut berlaku amat besar. Faktor - faktor ekonomi adalah seperti yang telah dinyatakan oleh Dato'. Manakala faktor politiknya pula, boleh berlaku jika kepimpinan kerajaan gagal menjamin hak - hak semua rakyat Malaysia. Politik dan ekonomi mestilah berjalan seiringan, kedua - duanya saling bergantungan dan memerlukan. Jika salah satunya atau kedua - duanya gagal ditangani, maka kerajaan bakal berhadap penyingkiran secara haram [melalui politik jalanan] atau secara halal [melalui pilihanraya].

saji said...

Sdr An opnion

1. Terima kasih kerana memberikan respon

2. "Dari sudut perundangan, riba adalah haram. Tetapi service charge adalah dibolehkan."

Service charge diharuskan (bukan dibolehkan) kerana, dalam muamalat Islam, wujud perundangan yang melindunginya dalam bentuk jual beli/hukum/kontrak lain yang sesuai iaitu kontrak al-Ijarah atau Upahan untuk dilaksanakan secara parallel contract

3. "Muamalat bermaksud tiada penindasan."

Mana sdr dapat maksud muamalat Islam di atas?

Yang saya tahu maksud yang sering digunakan ialah bebas daripada unsur2 ketidakadilan dalam melakukan aktiviti bermuamalat di dunia ini. Di mana berlaku unsur2 ketidakadilan jika 6 prinsip muamalat Islam di bawah tidak dipatuhi oleh semua umat manusia.

Pertama, free from riba, usury

Kedua, free from gharar, uncertainty

Ketiga, free from element of gambling

Keempat, free from deception and other unethical elements

Kelima, free from danger

Keenam, based on mutual consent

(bersambung)

anakbuah said...

Salam,

Hj Munawir said...Industri gula malaysia sudah di miliki oleh Felda bukan lagi Robert Kouk.Robert sudah nampak masaalah ini sebab itu ia jual kapada Felda dengan harga 3 billion ringgit.

Jika kerajaan tidak naikkan harga gula Felda boleh benkrup.Jika kerajaan naik harga gula ka$3.50 sen sakilo Raayat akan marah.


# Kenapa eksekutif2 di Felda dan kerajaan tak nampak? Atau buat2 tak nampak? Atau memang bodoh atau buat2 bodoh? Kalau kita kata mereka2 ni bahalul, ada yg marah!

# Kerajaan sekarang kononnya sedang tetapkan harga gula, dgn subsidi la, mcm2. Jadi nanti kerajaan kata supaya Felda tak bankrup, harga gula perlu dinaikkan selari dgn pasaran semasa. Kerajaan kata kesan globalisasi dan mcm2. Rakyat kena sayang Felda sebagai institusi bumiputra.

# Bottomline, kenapa baru skrg kerajaan justify industri gula perlu dikawal oleh kerajaan melalui Felda? Bahalul tu bukan kasar sgt utk org2 begini!

orang kampung said...

Dato,

Saya boleh kata dengan penuh keyakinan siapa yg Dato maksudkan telah memberi arahan supaya jangan memberi publisiti kepada DSNTR. Tetapi tak perlulah saya sebutkan di sini.

Bagi Dato yang dari masa ke semasa berpeluang bersemuka dengan Dr.Mahathir dan memberikan pandangan tepat sekali mengatakan beliau (Dr.M) seorang pendengar yang unggul. Beliau akan hanya mendengar kalau pandangan-pandangan itu bernas serta didokong dengan 'facts and figures.'

Kerana itulah dalam taklimat-taklimat yg hendak disampaikan kepada beliau baik dalam maupun luar negeri seseorang itu perlu betul-betul bersedia kerana beliau akan bertanya pelbagai soalan. Kalau tidak ianya akan hanya membuang masa beliau.

Di sinilah timbulnya persepsi salah di kalangan mereka yg tidak betul-betul mengenali beliau (atau sengaja bencikan beliau) bahawa beliau tidak mahu mendengar pandangan orang lain kecuali pandangannya sendiri.

saji said...

Sdr An opinion
(sambungan)

4."Bank berniaga dengan meminjam duit pendeposit dan memberi pinjaman kepada orang yang memerlukan. Sdr. Saji ada menyimpan di bank ? Sekiranya sdr. menyimpan di bank, saudara adalah pemberi hutang manakala bank adalah pemimjam wang sdr. Ada terima keuntungan daripada wang yang saudara pinjamkan kepada bank ? Akad jual beli atas dasar apa keuntungan sdr. ? Sekiranya Saji ada duit , mampu untuk menyimpan dan lepak kosong tanpa ada kos untuk menguruskan simpanan saudara, bukankah itu namanya menindas bank yang meminjam duit saudara ? Muamalat maksudnya melindungi daripada penindasan tetapi hakikatnya dengan menyimpan duit di bank dan menerima keuntungan, suadara tidak melaksanakan prinsip muamalat. Itu mengikut pandangan saudara sendiri."

Dalam muamalat sistem kewangan Islam tidak ada istilah pemberi pinjaman atau penerima pinjaman. Yang ada berkongsi modal atau perniagaan dan berkongsi keuntungan. Jadinya, tidak timbul soal penindasan

abdullahngah said...

Barangsiapa yang tak marah atau tak benci dengan ketidakadilan kerajaan, mereka golongan yang guna akal, tapi akalan yang jahat.

Inilah punca para pemimpin jadi jahat, kumpul harta dan simpan duit diluar negara sampai angka ratusan bilion.

para pemimpin negara ini tak terkecuali kerana kebanyakan rakyat tak marah dan tak benci, malahn bertolong menolong dalam kejahatan.

saji said...

Salam Dakj

Bercakap mengenai mantan PM, TDM dan PM sekarang DSN berdasarkan entri terbaru Dato' itu,seingat saya, cara TDM mengatasi pengaruh Revolusi Iran dulu di negara ini ialah dengan memasukan DSAI dalam kabinet beliau bagi mengatasi PAS yang dipengaruhi Revolusi Iran tersebut, membanyakan golongan ustaz dalam pentadbiran negara, memperkenalkan dasar penerapan nilai2 Islam, mengwujudkan UIAM dan mewujudkan sistem perbankan Islam.

Sekadar bertanya, apakah agaknya cara DSN mengatasi pengaruh revolusi yang sedang berlaku di negara Arab sekarang?

ab said...

Salam Dato,



Tahniah kepada BN menang di Merlimau dan Kerdau...!.



Wakil rakyat wakil rakyat MESTI KENA BEKERJA KUAT terutamanya mendapatkan,dan memastikan projek projek yang dapat mengadakan PEKERJAAN baru penduduk tempatan dan projek projek yang DAPAT menambah pendapatan penduduk tempatan....



Saya suka negara ini aman,TETAPI
biarlah penduduk mempunyai pekerjaan keseluruhanya kalau bolih, dan pendapatan penduduk BIARLAH berbaloi dengan harga barang makanan,minyak,pengang-kutan, rumah,pelajaran dll....



HARGA KEENDERAAN yang biasa untuk orang kebanyakan harus tidak lebih dari 3-4 tahun PENDAPATAN TAHUNAN,TERMASUK FAEDAH PINJAMAN!.



HARGA RUMAH untuk orang kebanyakan haruslah tidak melebihi 5-6 tahun pendapatan tahunan, lagi bagus paling maksima 10 tahun termasuk faedah pinjaman....



Elok sangat kalau rakyat tidak bergaduh dan berbunuhan, kerana
TIDAK ADA negara didunia yang maju dengan rakyat bergaduh,berebut kuasa dan berbunuhan...NEVER!.



Kat malaysia sekarang ada dua tiga orang yang berpotensi sebagai `human of mass destruction' dan ada yang jadi kaldai politik dan tokey duit untuk orang,lain pijak kepala dia dan jahanamkan negara dan rakyat.....bodo piang betui.


Abu Bakar Ab Rahman

saji said...

Sdr An opinion
(sambungan)
5."Sistem bank adalah sistem yang modern tidak pernah dibincangkan di zaman Rasulullah. Sebenarnya bank meminjam duit simpanan sdr. dan kemudian meminjamkan duit tersebut kepada penghutang lain. Ikut sistem konvensional ada dua riba. Pertama - riba yang diterima oleh si pengdeposit . Kedua - riba yang diterima oleh bank. "

Betul sistem bank tidak dibincangkan zaman Rasulullah. Tetapi wujud hukum berijtihad yang menggalakan ilmuan Islam terbabit membincangkan mengenai pembentukan sistem bank Islam di zaman moden ini.

6. "Ramai manusia hanya berfikir riba yang diterima oleh bank tetapi tidak pula berfikir tentang riba yang mereka terima kerana menyimpan duit di bank. Perkataan yang digunakan adalah menyimpan , hakikatnya meminjamkan kepada bank."

Ramai manusia itu manusia apa? Manusia bukan Islam? Manusia kapitalis? Manusia Islam, tapi tolak hukum2 atau sistem2 Islam Manusia tahu sikit2 muamalat Islam, tapi nak kelentong? Manusia yang hanya tahu muamalat Islam itu berlegar sistem kewangan Islam, sistem perbankan Islam,sistem bon Islam, pajak gadai Islam, sistem insuran Islam dan universiti Islam dan makanan halal?

saji said...

Sdr An Opinion

7. "Sistem sedia ada sekarang mengikut pendapat pelbagai ulama. Ada yang meletakkan hukum harus dan ada yang tidak bersetuju. Tetapi majoriti ulama dunia mengatakan harus. Hanya, manusia yang otaknya hanya politik sahaja mengaitkan dengan ulama UMNO."

Kalau majoriti ulama mengharuskan sistem sedia ada (maksudnya sistem perbankan beriba)mengapa Malaysia menubuhkan Bank Islam dan SPTF. Suka2 atau hendakan undi daripada umat Islam?

Tahukah sdr, salah satu faktor yang mendorong kerajaan UMNO/BN mewujudkan Bank Islam ialah untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi yang katanya disekat oleh masalah riba. Siapa otak politik lebih dulu dari saya?

Bahkan politik merupakan sebahagian daripada muamalat Islam menurut Dr Yusuf al-Qaradawi yang dihalu oleh Mubarak!

pakbelalang said...

Kita tidak ada alternatif lain untuk menggantikan Barisan Nasional. Itulah hakikatnya. Barisan Nasional telah banyak membuat perancangan pembangunan yang berterusan. Jika perancangan ini terus dilaksanakan dengan cekap, jujur dan transparent rakyat akan terus menyokong Barisan Nasional. Semua rakyat mesti jadi "whistleblower" untuk memantau supaya kerajaan Barisan Nasional tidak lupa daratan, tak sedar diri, sombong dan bongkak rasuah dan mengamalkan cronyism dan nepotism yang boleh memudharatkan pentadbiran dan pembangunan negara.

Sungguhpun kita akui bahawa rasuah berlaku dimana sahaja didunia ini tapi ianya boleh dicegah supaya penyakit ini dapat dikawal dengan berkesan. Satu caranya ialah kita mesti pilih pemimpin yang berwibawa, bijak dan berwawasan. Pemimpin setakat pandai cakap sahaja tapi tak ada substance, kita tidak akan kemana-mana.

Jadi dalam memilih pemimpin kita harus mengenal pasti terlebih awal sama ada pemimpin yang kita pilih akan membawa kita kearah peningkatan kemajuan kepada rakyat.

IAAZDAMHA said...

Amat risau dengan kebanjiran pekerja asing kerana kalau dah terlalu ramai, susah nak dikawal. Tambahan pula pekerja yang datang ialah gulungan buruh yang tidak berpelajaran tinggi.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq,

Bila dok kat atas,berkawan dgn org besaq besaq,kereta besaq,cerita pun besaq besaq.

Pasai tu sapa yang mai dari kampung,depa lain sikit.Teringat kawan kawan yang masa kecik perut boroi mata kunin.

Ada jadi pak guard,buat bendang dan lepak tak buat apa bela burung.depa pun silap silap lagi hepi bila pikiaq balik.

Mungkin depa dah putus asa,apa nak jadi jadilah.Cuma takut corak hidup depa berterusan 7 generasi lagi.

Terima Kasih Tok pasai peluang keemasan jumpa PM,benda paling basic Tok utarakan.

TQ

ab said...

Salam Dato,



Tahniah kepada BN menang di Merlimau dan Kerdau...!.



Wakil rakyat wakil rakyat MESTI KENA BEKERJA KUAT terutamanya mendapatkan,dan memastikan projek projek yang dapat mengadakan PEKERJAAN baru penduduk tempatan dan projek projek yang DAPAT menambah pendapatan penduduk tempatan....



Saya suka negara ini aman,TETAPI biarlah penduduk mempunyai pekerjaan keseluruhanya kalau bolih, dan pendapatan penduduk BIARLAH berbaloi dengan harga barang makanan,minyak,pengang-kutan, rumah,pelajaran dll....



HARGA KEENDERAAN yang biasa untuk orang kebanyakan harus tidak lebih dari 3-4 tahun PENDAPATAN TAHUNAN,TERMASUK FAEDAH PINJAMAN!.



HARGA RUMAH untuk orang kebanyakan haruslah tidak melebihi 5-6 tahun pendapatan tahunan, lagi bagus paling maksima 10 tahun termasuk faedah pinjaman....



Elok sangat kalau rakyat tidak bergaduh dan berbunuhan, kerana TIDAK ADA negara didunia yang maju dengan rakyat bergaduh,berebut kuasa dan berbunuhan...NEVER!.



Kat malaysia sekarang ada dua tiga orang yang berpotensi sebagai `human of mass destruction' dan ada yang jadi kaldai politik dan tokey duit untuk orang,lain pijak kepala dia dan jahanamkan negara dan rakyat.....bodo piang betui.


Abu Bakar Ab Rahman

An opinion said...

Sdr. Saji,

Sdr. Saji berkata:

" Maksud saya, bukan sekadar melaksanakan sistem kewangan Islam atau Islamic financial system yang meliputi sistem2 saham Islam,bond Islam, perbankan Islam, Insuran Islam dan pajak gadai Islam atau yang kerajaan UMNO /BN dan golongan ulamanya tahu, termasuk makanan halal

Maksud saya lagi, mana dia sistem muamalat Islam bagi menjaga kepentingan dan kemaslahatan umat manusia melakukan aktiviti muamalat di dunia ini yang mendapat keredhaan Allah SWT melibatkan sektor pembuatan, pertanian, pembinaan dsb yang ada dibincangkan di bawah bab al-Salam, al-Ijarah dan al-istisna' iaitu prinsip2 muamalat Islam yang melindungi akativiti muamalat tersebut membabitkan transaksi barangan yang tidak wujud ketika akad ? "

Sekiranya Sdr. Saji telah menerima pakai inisiatif kewangan Islam yang diperkenalkan oleh kerajaan dan disokong oleh ijtihad ulama sepelusuk dunia, jadi saya tidak nampak sebab mengapa sdr. perlu mempertikaikan initiatif Kerajaan. Bagus.

Masalah inflasi menyebabkan penindasan ke atas seluruh manusia di seluruh dunia. Oleh kerana itu, keuntungan yang diambil oleh bank perlu dinaikkan untuk diagihkan kepada manusia-manusia seperti saudara yang melabur dengan cara menyimpan di dalam bank dan seterusnya mengurangkan kadar inflasi.

saji said...

Sdr An Opinion

(sambungan)

8."Saya ada satu masalah ingin saya tanya sdr. Saji. masalaah ini mungkin tidak berkaitan.

Minum alcohol adalah haram. Tetapi sekiranya saudara sakit dan tiada pilihan lain melainkan ubat yang mengandungi alcohol untuk menyembuhkan sakit sdr , apakah hukum meminum ubat tersebut ?"

Saya tak perlu jawab kepada masalah sdr diatas kerana ia jenis isu agama dan umat Islam yang sering disogokan oleh media2 kerajaan yang tidak membawa umat Islam ke mana2. Kalau sdr mis itu menunjukan kelemahan sdr sendiri!

Pun begitu, saya bersedia menjawab jika sdr cuba kaitkan atau qiaskan alcohol dengan riba atau antara hotel yang menyediakan miniuman keras dengan yang tidak menyediakan miniman keras

pakbelalang said...

Rosmah hits back at critics of Ankara award


PETALING JAYA: Datin Seri Rosmah Mansor took the bull by the horns and replied to criticisms about her recent award from Ankara.

“Some people are saying that it was planned, and they decided to give me the award just because I would be visiting the country,” said the Prime Minister’s wife.

During her visit to the city of Ankara last month, the city conferred on her Turkey’s “Award of Social Responsibility” for her social work.

Mayor Melih Gokcheh had said Rosmah’s continuous and active participation in social activities was admired by the Greater Ankara Municipality.

Rosmah yesterday said she had received the letter informing her about the award much earlier, before the trip to Turkey.

“My husband suggested that I ask to collect the award early, during our official visit to the country.

“I have made this clear, so please don’t criticise me anymore,” she said.

comment:

The award is being perceived as just an "honorary" award to maintain closer diplomatic ties between the two countries. Nothing extraordinary at all. Whether she deserves it or not does not mean anything at all. There is no significance attached to the conferment of the award. The award presentation was just to add to the itinerary to occupy her time during the visit.

Macam anugerah "Jom Heboh" !!

saji said...

9. "Masalah inflasi adalah juga masalah moden, tidak pernah dibincangkan di zaman Rasulullah. Balik kepada muamalat. Muamalat melindungi umat Islam daripada penindasan. Inflasi yang disebabkan kenaikkan harga komoditi menindas umat Islam atau pun tidak ? Inflasi yang berlebihan adalah tidak (ayat ini tak dihabis)

Masalah inflasi menyebabkan penindasan ke atas seluruh manusia di seluruh dunia. Oleh kerana itu, keuntungan yang diambil oleh bank perlu dinaikkan untuk diagihkan kepada manusia-manusia seperti saudara yang melabur dengan cara menyimpan di dalam bank dan seterusnya mengurangkan kadar inflasi."

Kalau sdr kata masalah inflasi tidak dibincangkan di zaman Rasulullah atau ia masalah moden, tidak terfikirkah sdr bahawa punca masalah inflasi tidak bincangkan di zaman Rasulullah kerana sistem ekonomi di zaman Rasulullah itu bukan sahaja efisien, malah tidak melanggar mana2 6 prinsip muamalat Islam berkenaan

saji said...

Sdr An Opinion
(sambungan)

9."Sekiranya Sdr. Saji telah menerima pakai inisiatif kewangan Islam yang diperkenalkan oleh kerajaan dan disokong oleh ijtihad ulama sepelusuk dunia, jadi saya tidak nampak sebab mengapa sdr. perlu mempertikaikan initiatif Kerajaan. Bagus. "

Saya cuma memberikan 'opinion' saya terhadap 'opinion' sdr apabila sdr mengatakan menaikkan kadar faedah adalah satu ubat mujarab untuk mengawal inflasi kerana saya lebih yakin ubat mujarab mengatasi masalah inflasi yang berulang2 ialah dengan berubah kepada sistem ekonomi Islam yang buat masa ini belum dilaksanakan dengan menyeluruh seperti yang saya bincangkan itu.

Saya tidak akan ambil kisah jika sdr mengatakan menaikan kadar faedah bukan 'ubat mujarab' atau ia sekadar peneylesaian sementara.

Bagi saya, inflasi merupakan 'kesan' daripada umat manusia membelakangkan sistem ekonomi Islam termasuk melaksanakanya secara bahagian2.

Mengikut teori penyelesaian masalah cara Islam, penyelesai masalah perlu tahu membezakan diantara 'punca' pada masalah dengan 'kesan' masalah. Di mana jika 'kesan' sahaja diubati penyakit lama akan berulang2.

saji said...

Salam pakbelalang

"Sungguhpun kita akui bahawa rasuah berlaku dimana sahaja didunia ini tapi ianya boleh dicegah supaya penyakit ini dapat dikawal dengan berkesan. Satu caranya ialah kita mesti pilih pemimpin yang berwibawa, bijak dan berwawasan. Pemimpin setakat pandai cakap sahaja tapi tak ada substance, kita tidak akan kemana-mana."

Komen:

Becakap mengenai pilih pemimpin yang berwibawa, bijak dan berwawasan untuk mengatasi penyakit rasuah di atas, ramai orang Melayu kita, khasnya yang menganggap matan PM, TDM manusia berwibawa, bijak dan berwawasan. Tetapi, matan PM, Pak Lah sebagai penganti TDM dikatakan lebih serius dalam menagani amalan rasuah di negara ini berdasarkan usahanya mewujudkan IIN dan SPRM. Atau mereka yang kata begitu golongan apple polisher

saji said...

Salam Dato'

Ada Dato' bincangkan dengan PM mengenai opportunity losses yang ditanggung oleh rakyat dan negara melalui pengimpotan pekerja asing?

Competente said...

Pemimpin hari ini sedang berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan dan juga mendapatkan kepercayaan kaum-kaum Melayu, Cina dan India agar memberi sokongan kepada mereka. Ketua-ketua Bahagian UMNO ditekankan agar mendekati rakyat agar dapat memperoleh sokongan semula. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin PAS.

Pemimpin sebegini adalah hanya mementingkan diri mereka sendiri agar mereka terus berkuasa.

Kepercayaan akan timbul dengan sendiri jika pemimpin berkenaan berjaya melaksanakan tanggungjawab dan tugas mereka dengan sempurna. Kalau kerja tak siap; ekonomi negara masih buruk, harga barang semakin mahal; kepercayaan yang didesak tidak akan melekat dihati rakyat yang bijak.

Jangan sibuk dengan berpolitik; tapi tanggungjawab dan tugas tak dilaksanakan. Kalau sibuk dengan berpropaganda, bila masa buat kerja? Buktinya; ekonomi negara lain meningkat lebih tinggi dari Malaysia. Peningkatan ekonomi Singapura tahun lepas adalah 14%! Bagaimana dengan Malaysia, sekadar 4.8%? Itupun boleh mendabik dada lagi sambil berkata ia adalah peningkatan yang baik...

saji said...

Sdr Competente, antara lain berkata, "Kepercayaan akan timbul dengan sendiri jika pemimpin berkenaan berjaya melaksanakan tanggungjawab dan tugas mereka dengan sempurna. Kalau kerja tak siap; ekonomi negara masih buruk, harga barang semakin mahal; kepercayaan yang didesak tidak akan melekat dihati rakyat yang bijak."

Bagaimana jika saya katakan kerja tak siap membabitkan pelaksanaan projek kerajaan dan GLC disebabkan oleh pemilihan dan penggunaan sistem kontrak pembinaan yang mempunyai kelemahan hakiki dari segi lambat award tender,di satu peringkat, dan di peringkat lain, lambat permulaan kerja di tapak, lambat progres dan lambat siap projek, yang mana pihak yang memilih sistem kontrak tersebut ialah jurukur bahan atau PMC agensi pelaksana projek dan GLC atau sdr kata menteri atau ahli majlis atau pengerusi GLC juga kena tahu mengenai pemilihan sistem kontrak tersebut dari semua segi.

rillink said...

Assalam dato
Berkenaan sindiran pm mengatakan pekerja kita memilih pekerjaan saya sangat tidak setuju.Islam mengajar umatnya jika berniaga jangan mengambil untong sehingga seratus peratus,tetapi usahawan atau kontraktor kita ambil untong sehingga tiga ratus peratus dan mungkin lebih.contohnya di-sektor pembinaan..kontraktor mampu untuk membayar seratus ringgit sehari untuk pembancuh simen kepada pekerja tempatan..tetapi kerana tamak dan untuk mengaut untung lebih seratus peratus mereka mengambil pekerja asing dengan gaji yang murah.Najib nii takkan tak tahu pasal markup dalam tender kerajaan!!kos bina satu bangunan berharga seratus ribu kenapa di-markupkan sehingga tiga ratus ribu kepada kontraktor???ini lah contoh ketirisan kerajaan yang akan membuat rakyat bangun menentang satu hari nanti.

saji said...

Sdr rillink, antara lain berkata, "Islam mengajar umatnya jika berniaga jangan mengambil untong sehingga seratus peratus,tetapi usahawan atau kontraktor kita ambil untong sehingga tiga ratus peratus dan mungkin lebih.contohnya di-sektor pembinaan..kontraktor mampu untuk membayar seratus ringgit sehari untuk pembancuh simen kepada pekerja tempatan..tetapi kerana tamak dan untuk mengaut untung lebih seratus peratus mereka mengambil pekerja asing dengan gaji yang murah.Najib nii takkan tak tahu pasal markup dalam tender kerajaan!!kos bina satu bangunan berharga seratus ribu kenapa di-markupkan sehingga tiga ratus ribu kepada kontraktor???ini lah contoh ketirisan kerajaan yang akan membuat rakyat bangun menentang satu hari nanti."


Komen:

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh anak sdr saya yang merupakan seorang QS kepada kontraktor utama yang membuat jalan dan beberapa jambatan bernilai sekitar RM 180 juta di Nusajaya yang baru siap, dakwaan sdr kontraktor mengambil untung melebihi 300 peratus ada kebenarannya. Tetapi ia atas kertas sahaja. Tahu apa yang saya maksudkan?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).