Saturday, April 30, 2011

Ada Implikasi Baik Majlis Perundingan Media

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

MUTAKHIR, 1 Mei --JARANG sekali pembesar tanah air atau pegawai mereka yang menunjuk peduli kepada blog kita ini. Tak apalah, itu hak mereka. Jadi apabila seorang pegawai media pemerintah menghantar SMS memperbetulkan kesilapan dalam blog ini, saya cukup gembira.

Dia menulis: "Salam Tok, kdn ialah Kementerian Dalam Negeri bukan Keselamatan Dalam Negeri. Harap diperbetulkan dalam entri terbaru Dato. Tq."

Saya jawab: "Pasai tu kot negeri macam tak selamat. Akan perbetul. Tk."


Dia jawab balik: "Ha ha ha saya faham maksud Dato. Tks jua."


Baiklah, saya silap. Bukan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri tetapi Kementerian Dalam Negeri.


[Posting Asal]



DUA peristiwa membabitkan media massa berlaku dalam masa seminggu ini. Pertama Persidangan Blogger dan kedua majlis tahunan penyampaian Anugerah Kewartawanan Malaysia.

Majlis pertama anjuran Blog House Malaysia pada 24 April dihadiri Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Saya tidak hadir kerana “jaga” cucu yang balik bercuti dari Switzerland. Namun saya sudah mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan blogger kerana berjaya menganjur persidangan itu.

Majlis kedua juga dihebahkan akan diserikan oleh Perdana Menteri. Tetapi beliau tidak hadir dan digantikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim.

Inilah antara jarang kali Malam Wartawan tidak diserikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Lazimnya kalau Perdana Menteri setuju datang tetapi kerana sebab-sebab sangat mendesak tidak dapat hadir, Timbalan Perdana Menteri akan hadir.

Tetapi majlis malam tadi diselamatkan oleh analisis bernas Rais mengenai situasi media massa Malaysia dan pengumuman beliau mengenai cadangan bersama Kementerian Penerangan dan Keselamatan Dalam Negeri menubuhkan Majlis Perundingan Media Malaysia.

Inilah antara ucapan paling bernas, berfokus dan relevan kepada pengamal dan pemilik media massa sejak sekian lama. Terima kasih kepada Rais kerana memandang berat perhimpunan para wartawan, eksekutif media dan pelanggan mereka dengan memberi ucapan yang serius.

Saya dimaklumkan oleh seorang petugas kanan Pejabat Perdana Menteri yang Mohd Najib tidak dapat menunaikan janji kerana di saat majlis dua jam setengah itu diadakan beliau dalam penerbangan ke Kuala Terengganu untuk satu majlis pagi ini.

Saya bersetuju dengan kebanyakan hujan Rais dalam analisisnya, terutama sekali aspek saling sokong menyokong antara media tradisional dan media baru serta pentingnya kesemua pihak mengamalkan tahap etika dan tanggungjawab yang tinggi.

Atas kesedaran itu, saya neutral mengenai penubuhan Majlis Perundingan Media. Kalau ia dapat mempertingkatkan kredibiliti dan integriti media massa agar dapat berfungsi sebagai “fourth estate” yang bebas dan bertanggungjawab saya menyokongnya.

Jadi amatlah penting keanggotaan majlis itu mencerminkan sifat dan corak media massa kontemporari Malaysia. Seelok-eloknya, ia juga turut diwakili oleh pemimpin-pemimpin masyarakat sivil yang berwibawa.

Dalam pengalaman saya berurusan dengan jabatan dan agensi yang “berkuasa” ke atas media massa, ada kalanya saya berasa sangat takut dan hampa kerana pegawai yang ditugaskan itu jelas amat cetek dan hambar pengetahuannya mengenai media. Jadi perundingan di peringkat tertinggi diharap dapat mengatasi masalah penguatkuasaan sesuka hati (arbitrary) dan berpilih-pilih.

37 comments:

ku_seman said...

Salam Datuk, saya agak mual dengan retorik "kebebasan media". Ini kerana apa yang kita orang orang media mahu bukanlah kebebasan mutlak tetapi kebebasan yang bertanggungjawab. Kebebasan yang tidak terputus daripada etika. Kita bukanlah menuntut kebebasan seperti sesetengah blog yang menulis berdasarkan hear say. Saya akui dalam hal tertentu media Malaysia diberi kebebasan tetapi dalam hal-hal tertentu pula kebebasan dan tanggungjawab media kepada rakyat disekat. Kalau boleh biarlah Majlis Perundingan Media nanti boleh menyakinkan kerajaan atau Perdana Menteri bahawa media bertanggungjawab kepada rakyat. Perkara-perkara yang menyentuh kepentingan rakyat janganlah disekat untuk dihebahkan. Satu lagi kaki ampu dalam UMNO atau BN jangan pantas menghasut kerajaan apabila ada tulisan atau laporan yang bersifat kritikal kononnya menentang kerajaan. Puak-puak ini bertindak seolah-olah media arus perdana mesti ikut telunjuk mereka sedangkan kerajaan tidak menganggap begitu.

saji said...

Salam Dakj

Komen awal saya, Paklah macam mula bagi peluang pembankang dan pendokongnya memasuki TV kerajaan, mengapa DSN langsung tak bagi? Satu tindakan ke belakang atau ke dapan?

Anonymous said...

DAKJ,

Sebagai seorang yang lama dalam bidang kewartawanan, mungkin isu ini dekat dengan DAKJ.

Namun saya sedikit kecewa bila dua headlines semasa tidak diambil sebagai tajuk perbincangan.

Satu tentang Brain Drain. Satu lagi tentang tahap pendidikan matematik dan sains di Malaysia.

Maklum sahaja, DAKJ ada anak yang berhijrah bekerja di luar negara. Malah ada juga cucu yang berada dalam sistem pendidikan di luar negara (kecualilah mereka masih amat kecil, maka tentunya saya sudah salah anggap).

Fed Up

OKJ said...

Salam DAKJ

Memang betul sangkaan Dato’. YAB Dato’ Seri Presiden tidak dapat menghadiri Majlis Kewartawanan kerana menghadiri satu perjumpaan amat penting. Di dalam perjumpaan itu, beliau sebagai presiden UMNO menjemput Dato’ Seri Hj Hadi sebagai Presiden PAS menyertai Barisan Nasional. Katanya lagi, cukup-cukuplah dikongkong oleh DAP dan PKR. Beliau juga berkata bahawa rakyat Malaysia sudah bijak , mendengar cerita dari kedua-dua belah pihak sebelum buat keputusan dan sudah pandai memilih antara kaca dan permata.

Itu kata YAB Dato’ Seri Presiden UMNO. Bagi saya pula, memang eloklah jika umat Islam bersatu seperti Fatah dan Hamas di palestin. Walau bagaimanapun, bagi saya pula, ianya mestilah ditambah dengan syarat-syarat taubat iaitu pertamanya, menyesal perbuatan yg lalu iaitu mengKAFIRkan sesama Islam macam amanat yg lalu. Keduanya, bencikan perbuatan tersebut sepenuh hati dan Ketiganya, berazam untuk tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Disebabkan dosa tersebut adalah sesama manusia, maka syarat yg terakhir akan diguna pakai iaitu memberitahu atau menghebahkan kesalahan yg telah dilakukan dahulu dan meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Insyaallah, dengan melengkapi keempat-empat syarat taubat tersebut, didoakan semoga Allah memakbulkan taubat hambanya. Insyaallah. Sekian TQ.

A KADIR JASIN said...

Sdr Fed Up,

1. Susah nak sekat brain drain. Ia fenomena global. Negeri maju pun turut mengalaminya;

2. Hari ini, bukan budak-budak Cina dan India saja ditolak untuk berhijrah cari kerja di tempat gaji lebih tinggi. Budak-budak Melayu dan Bumiputera lain yang fasih bahasa asing, khasnya Inggeris, sudah mula berhijrah;

3. Terdapat kekangan yang luas antara janji-janji pemerintah dengan aspirasi generasi muda yang berpelajaran, mahir dan bercita-cita tinggi;

4. Kini masa generasi muda Cina dan India berhijrah. Nenek moyang mereka datang ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan lebih baik. Mereka menenuinya. Tetapi selepas 3 atau 4 generasi, mereka bukan di kemuncak lagi. So it's time to move on. Melayu pun sudah mula terheret oleh trend ini;

5. Mengenai pengajaran sains dan matematik, saya sokong dasar Era Dr Mahathir. Kerana matapelajaran itu diajar dalam bahasa Inggerislah maka ramai ibu bapa, khasnya Melayu luar bandar, memberi perhatian berat kepada bahasa Inggeris;

6. Sedih. Ramai pelajar JPA yang cemerlang bila ke luar negara terpaksa berkampung kerana tidak yakin dengan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Untuk lulus cukup tapi untuk berkomunikasi secara universal tidak mampu;

7. Saya kini percaya kepada kata-kata Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia. Melayu cemerlang boleh hidup di mana-mana di dunia.

Terima kasih.

hairulfitri said...

Salam Datuk. Sanggup ke Majlis Perundingan Media tu nanti memberi nasihat pd DNR seperti media perdana janganlah amal fitnah,jangan putar belit kenyataan pembangkang dan,jangan menyembah pemimpin mengalahkan Tuhan.

Kalau tak boleh jangan la bazir masa dan wang rakyat. DNR lebih baik luang masa belajar bgm nak memakmurkan rakyat terutama Melayu drpd tubuhkan satu lagi majlis yg bakal menyembah manusia.

Tinta Hitam said...

Datuk,
Majlis Perundingan Media ini utk apa? Membebaskan media agar menjadi suara rakyat dan bebas melaporkan segala penyelewengan tanpa sebarang tekanan dari UMNO?

Cukuplah saya katakan disini, apa apa shj program seumpamanya anjuran UMNO akan diakhiri sebagai walhasil balik asal..Wasting time and money..Proves me wrong please

maae said...

Salam Datuk,

1.Saya,sebagai orang awam biasa, boleh menilai bahawa wartawan memang boleh menjadi pendokong dan pesaing. Jadi etika kewartawanan perlu tersemat teguh dengan perkara yang BENAR dalam sanubari :-
a.Jika melibatkan keluhan rakyat, perlu lah segera ke hadapan.Menjadi dosa besar jika rakyat pembaca tidak diberi input dengan kebenaran berfakta.
b.Jika melawan kemungkaran,keronyok habis-habisan kerana impak nya kepada rakyat pembaca awam, celik hati tidak mudah terpengaruh dengan putar belit fakta, dimana hanya wartawan dekat dengan maklumat terakru.Pembaca amat mudah di pesongkan dengan andaian.

2.Kita tidak risau bahasa apa yang di gunakan dalam pembelajaran. Apa yang mesti kita risaukan ialah pengaruh pembelajaran menjadikan kita manusia tidak waras sama sekali. Gagal mendokong aspirasi Negara bertamadun. Kita mesti membangun mengejar masa. Saya masih ingat satu bait sajak berjodol 'MASA'(bacaan teman sastera - saya dalam aliran sains) yang di rujuk dalam T.6 satu masa dulu... "ku kejar dikau,kau tetap berlari meninggalkan ku"...dan seterus nya

3.Jika sudah menjadi orang berilmu, terjadi pula ilmu menjahanamkan semua nya. Amat sedih dan ketara, terus-terusan menjadi statik untuk tidak ingin mempelajari lebih dari yang sepatut nya, mendidik pembaca hingga akhir nya tersebar luas dalam masyarakat.

4.Masaalah nya orang-orang melayu tidak mengejar ilmu,tetapi mengejar wang, harta, kekayaan dan pangkat! Ilmu masih soal remeh. Itu lah sebab pengetahuan hambar dan cetek di miliki pegawai-pegawai yang di rujuk, bagai Datuk katakan.

5.Sudah tiba masa nya Wartawan berdedikasi, ber'nama' dan agak tersohor boleh memulakan dan menerbitkan buku-buku bahan bacaan telus untuk tatapan semasa dan sebagai pedoman akan datang.Kita namakan NUKILAN MEDIA secara bacaan serius. Bukan hanya tertumpu kepada media elektronik masa kini dengan penyampaian agak santai.

6.Saya nampak keperluan sokong menyokong media tradisional dan baru, selari dan sekata untuk kebaikan sejagat. Kebaikan penuh untuk Pemimpin. Kita tidak ingin sampah-sampah yamg mengotorkan akal dan hati dan akhir nya tidak lain mainan kata-kata fitnah dan adu domba.Kata-kata popular jika menjadi sudah PEMBANGKANG.

Anonymous said...

DAKJ,

Saya pun sebenarnya ramai kawan-kawan yang kerja di luar negara.

Mereka boleh dibahagi kepada 4 kelompok :

1.Biasanya jurusan perubatan. Semasa buat ijazah, dapat biasiswa sambung sarjana daripada pihak di sana (maka bekerjalah mereka disana selepas itu) atau

2.Biasanya bidang teknikal. Lepas tamat belajar, dapat tawaran kerja di sana (samada pohon sendiri atau di tempat mereka buat amali)

3.Biasanya peringkat pengurusan teknikal. Kerja dengan syarikat antarabangsa di Malaysia dan kemudian semasa naik pangkat, dipindahkan ke luar negara.

4.Biasanya jururawat dan guru pakar. Pohon kerja di luar negara dari dalam Malaysia.

Malahan, ada juga seorang kawan yang keluar dari dunia akademik lalu bekerja sebagai pembantu mekanik. Kini sudah ada green card dan menjadi pengusaha kereta 2nd hand yang berjaya.

Ini semua anak melayu. Masalahnya kepakaran mereka ini biasanya adalah dalam perjawatan kritikal di Malaysia.

Dalam isu Sains dan Matematik, saya tidak memandang isu Bahasa Inggeris sebagai masalah paling utama.

Ramai juga pelajar kita yang mengikuti kursus kejuruteraan di Jerman dan Jepun yang tidak menggunakan medium Bahasa Inggeris di dalam kuliah. Tapi umumnya mereka berjaya.

Pada pendapat saya, sukatan Sains dan Matematik tidak mencakup kaedah aplikasi yang cukup.

Tambah pula saya ada mendengar, peratus kelulusan bergantung kepada angka peratusan yang mahu dicapai dan bukan berdasarkan kualiti soalan itu sendiri. Entah betul, entah bukan.

Yang pasti, dulu susahnya nak dapat A. Kalau tidak betul-betul menguasai, jangan mimpi.

Manakala, kini, jika buat latih tubi, insya Allah dapat A.

DAKJ, saya tertanya-tanya, bila kali terakhir kita ada Menteri Pendidikan yang merupakan seorang pendidik (atau sekurang-kurangnya seorang ilmuan)?

Bila terbaca bagaimana Kementerian Pelajaran kini tengah serius menimbangkan memasukkan bacaan BMI dalam buku laporan, saya hanya tergelak sahaja.

Jika tidak ada kerja sangat, kenapa tidak ditinjau perihal padang sekolah yang tidak boleh digunakan semasa rehat kerana sekolah nak jaga rumput.

2008, harapan saya tinggi pada Menteri Pelajaran. Kini tidak lagi.

Fed Up

rahimlpp@yahoo.com said...

Y. Bhg Dato'@ Setiap dasar Negara termasuklah dasar kewartawanan hendaklah berteraskan kepada kepentingan untuk membina Malaysia menjadi sabuah Negara yang berdaulat dan berupaya mempertahankan kewibawaanya. Lihatlah kepada perkembangan terakhir, bagaimana banyak negara musnah dalam sekelip mata akibat dari betapa lemahnya keutuhan sistem institusi dalam negara-negara tersebut. Kebebasan melampau tanpa mengira kepentingan negara boleh membawa kepada kemusnahan yang besar. Kebebasan individu mesti tertaalok kepada keutuhan Negara. Kepentingan Nasional mengatasi kebebasan universal terutama dalam era dunia tanpa sempadan.
2. Negara tidak boleh tunduk kepada kepentingan minority yang biasanya memileh untuk mencari peluang yang lebih baik. Soap brain drain bukan issue baru. Kebanyakan yang berjaya di Singapura sekarang adalah berasal dari Malaysia. Mereka memileh untuk berhijrah kerana peluang yang lebih baik. Negara tidak perlu tunduk kepada kumpulan minority kerana kepentingan kumpulan terbesar perlu diberi keutamaan.
3. Proses membina tamadun Negara mengambil masa yang lama. Singapura berjaya dalam masa yang singkat kerana majority pendudoknya adalah orang china yang sudah beratus tamadun mereka berbanding kaum pribumi nusantara. Prasyarat utama dalam pembinaan Negara untuk menjadi negara maju dan bertamadun adalah kepimpinan yang baik, berintegiriti, tidak rasuah serta berwawasan untuk membina tamadun bangsa. Inshallah, sekiranya Malaysia mengamalkan sifat kepimpinan saperti ini wawasan 2020 untuk menjadi negara maju Akan tercapai.
3. Dasar pengajaran sains dan mathematic dalam bahasa inggeris sepatutnya dikekalkan bagi mempercepatkan proses pembinaan tamadun bangsa Malaysia setaraf bangsa maju dan bertamadun lain secara leapfrog kerana Negara sudah ada asas bangsa inggeris yang baik dikalangan rakyat. Sepatutnya kumpulan yang lemah dalam bangs inggeris diberi bantuan sepenuhnya saperti pelajar melayu diluar bandar bagi memperkukohkan asas penguasaan bahasa inggeris mereka. Kerajaan telah membuat kesilapan besar apabila berundur dan tunduk kepada tekanan politik dari sekumpulan minority yang tidak percaya kepada wawasan Tun Dr Mahathir berhubung dasar tersebut. Tanpa asas penguasaan bahasa inggeris yang baik, maka tidak hairan kita didedahkan dengan fakta ramai pemegang ijazah PHD lulusan luar negara tidak dapat menguasai bahasa inggeris yang baik sehingga menjadi bahan ketawa dikalangan tertentu yang memperlekehkan tahap academic mereka. Sebahagian besar pentadbir awak sekarang tidak fasih bahasa
Inggeris sehingga keperingkat KSU. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana sistem pendidikan negara tidak memberi peluang untuk mereka membina asas bahasa inggeris yang baik. Ramai dikalangan pegawai tinggi Kerajaan menjadi peserta yang pasif dalam seminar atau forum yang menggunakan bahasa inggeris.
4. Berbalik kepada issue kebebasan media, saya bermirip kepada kaidah bagaimana PM Lee Kuan Yew mengawal kebebasan akbar di Singapura semasa pemerentahanya dimana dia berpegang kepada prinsip kebebasan harus tunduk kepada kadaulatan Negara dan setiap kebebasan mesti ada akauntabiliti sehingga ramai yang disaman ke Mahkamah kerana tidak dapat mempertahankan kebenaran mereka.
5. Kerajaan harus bertindak keatas blog yang membawa kepada keruntuhan tamadun bangsa, tidak menyumbang kepada pembangunan negara atau membawa sintiman perkauman yang melampau. Sekiranya dibiarkan maka negara akan musnah saperti apa yang berlaku dibeberapa negara sekarang.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

OKJ tolong jangan sedap mulut sangat. Awak yang meminang orang, awak yang mengenakan syarat pulak! Lawak bodoh apa namanya 'kebijaksanaan' awak? Sepatutnya, PAS yang mengenakan syarat kepada UMNO sekiranya UMNO teringin sangat hendak bersama PAS.

Syaratnya cuma satu yang mudah sahaja untuk dilaksanakan, tetapi mutlak, iaitu:

"ISYTIHARKAN BAHAWA MALAYSIA IALAH SEBUAH NEGARA ISLAM. PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA WAJIBLAH SEBUAH PERLEMBAGAAN ISLAM YANG BERLANDASKAN, BERPAKSIKAN DAN BERTUNJANGKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH".

Untuk pengetahuan OKJ, sukalah saya memberitahunya bahawa UMNO ialah sebuah parti politik Melayu yang fasiq. Hal ini jelas terbukti apabila UMNO dengan sewenang-wenangnya melanggar beberapa Ayat al-Quran yang merupakan Perintah daripada Allah SWT.

Antara Ayat yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

i. Al-Maidah: 44, 45, 47, 48 dan 49.
ii. Ibrahim: 3.

Kesimpulan daripada intisari Ayat 44, 45, 47 dan 48 Surah al-Maidah ialah bahawa 'barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang kafir, atau orang zalim atau sekurang-kurangnya orang fasiq. Dan tempat kembali orang fasiq ialah neraka.

Segala-galanya ketentuan Allah. PAS cuma sekadar meyampaikan hakikat kebenaran itu kepada UMNO.

Saya berpendapat, kalau UMNO sanggup memenuhi syarat yang baik itu dengan ikhlas, PAS pada bila-bila masa sahaja rela bersama dengan UMNO demi kesejahteraan negara Malaysia.

saji said...

Salam Dakj

BERITA HARIAN: Ceraikan DAP

Alasan - DAP tak pernah perjuangkan Islam (Maksudnya berbanding dengan UMNO).

Komen:

1. Siatem tender terbuka, dalam sistem perundangan Islam, dimaksudkan sebagai kontrak jual beli Lelong.

2. Secara keseluruahn DAP melaksanakan sistem tender terbuka di PP. Begitu juga dengan abangnya, PAP di Singapura dan negara bekas penjajah, UK

3. Kalau UMNO memperjuangkan Islam, mengapa UMNO enggan melakukan apa yang dlakukan oleh DAP dan PAP di atas, setidak-tidaknya?

OKJ said...

Salam DAKJ

Tazkirah hari ini untuk direnungi

Maaf cakaplah tapi rasanya prinsip manusia yg normal adalah tidak memasukkan pasir dalam periuk nasinya sendiri. Pernahkan kita membaca akhbar Harakah mengkritik pimpinan PAS? Atau suara keadilan mengganyang Anwar? Atau Roket mengutuk Kit Siang? Begitulah juga Utusan Malaysia terhadap UMNO.

Jadi, nasihat sayalah, AMANAH yg dipikul oleh setiap rakyat Malaysia ialah membuat keputusan berdasarkan maklumat yg tepat seperti seorang hakim. Seorang hakim yg adil akan meneliti maklumat dari kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan. Kesimpulannya, kita cuma perlu membaca di kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan pengesahan dan kebenaran. DAN TOLONGLAH gunakan senjata yg ampuh iaitu AKAL kita untuk menilainya sendiri. Serta perbanyakkan berdoa kepada ALLAH semoga kita mendapat taufiq dan hidayah dalam membuat keputusan yg tepat.

Dan pesanan akhir saya, sesungguhnya Allah menutup pintu hati hambanya dari menerima kebenaran jika hambanya mendustakan kebenaran. Sekian TQ.

Anonymous said...

Salam DAKJ,
Seorang teman baik saya meluahkan ulasan beliau kepada saya, Malaysia nie (dah sah dia bukan rakyat 1 M'sia) banyak Majlis (Majlis perbandaran2 dll)banyak Lembaga (Lembaga Pelesenan & dll) banyak undang-undang, banyak peraturan, banyak NGO, banyak parti-parti politek, banyak lesen-lesen kena ada (nasib baik lesen radio & tv dah mansuh)cuma yang tak banyak dia kata 'INTIGRITI'..Rakyat..He3..
-Sender Rakyat Jenny lo (Jeniang la tu)

husin syedmohamad said...

1/ Media Masa setelah meningkatkan kualiti dan kredibiliti penyiaran, maka dengan sendiri akan meningkatkan kepercayaan masyarakat, samada ujud atau tidak majlis media. Kurang faham kenapa media bertindak seperti sekarang . Ia tidak menguntungkan sesiapa , bahkan parti pemerintah sendiri.
2/ Sangat bersetuju meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris pada para pelajar dari awal lagi, tetapi kaedah/cara bukan dengan menumpukan kepada Sains dan matematik . Sains dan matematik lebih tumpukan kefahaman dan menggunapakai terma sains dan formula. Wajar penekanan kepada sastera dan mata pelajaran bukan sains yang menggunapoakai nahu dsbagainya. Punca utama kelemahan , kerana dasar berubah mengikut menteri dan bukan untuk kebaikkan masyarakat secara mutlak.
3/ Penghijrahan ke Luar Negara, 90% bukan Melayu , trend Melayu meningkat disebabkan ekonomi. Paparan punca lain hanya dimainkan oleh orang Politik. Jika ramai Melayu bekerja dan berjaya luar negara, saya juga bangga.

melayu islam said...

Salam dato akj saya rasa pm or gomen tk usah la cdg apa2 lagi.Dh mcm2 ada (mcm astro pulak)tapi semua tk ikhlas or in other words to buy time or do it as a desperate actions to ease public anger. Rakyat incl org melayu dh tk caya lagi. To put it bluntly n simple rakyat incl umno members dh loose faith dgn bn/govt leaders.Terlalu bnyk perkara berlaku kat msia ni and rakyat dh penat diperbodohkan oleh kjaan n pemimpin negara esp from umno. Apa jadi dgn rci2 yg banyak tu tapi nothing happens. Macc selective prosecutions and govt ruckus spendings which only benefits cronies. Ppl are just fed up n not willing to be fooled again. Dulu kita ada nep je. Then kluar ipp. Skrg gtp ntp n mcm2 acronym lagi. The truth is semua ni shadow play or TiPu way. Media consultation council ni tk payah ckp la. Umno dh control media prima rtm bernama utusan n mcm2 lagi termasuk professional bloggers (if we chose not to call them hired killers or liars).But saya tahu Dato is definitely not one them and that's why u tk popular to govt mcm rocky and gang. These are good writers that succumbed to economic and lifestyle demands.Honestly bila TV3 n certain papers chose to show pornographic materials on front page n prime time, whatever respect for umno and bn terus terhakis. Betul2 below the belt and shameful. Sheer desperation to cling on power wpun dh jelas rakyat meluat and memalukan org melayu dan islam. Skrg pm nk ajak pas masuk bn pasal dia tahu org2 melayu incl ramai ahli umno sendiri dh meluat termasuk saya.Org melayu kat kelantan and terengganu ditipu tk bagi royalti minyak wpun pm tahu ramai org melayu dan islam kat sana.Dan mcm2 lagi. The truth is can pm dpm and other govt leaders esp from umno for once be honest and admit they are desperate for support to stay in power? Can they admit to rakyat they have take the rakyat for a ride for a very long time and skrg dh sedar and menyesal. Can dsn (n rosmah)nazri aziz nor yaakob n few others quit politics to save umno?? Umno tk salah tapi these leaders and bnyk lagi yg buat org meluat kat umno. Saya percaya kalau umno dibersihkan dpd mrk2 yg tk jelas tarafnya ni dh tkde lagi dlm umno, insyallah org melayu incl ahli umno akan kembali sokong. Jadi kalau dsn syg umno and tk mahu umno jadi lauk kat pru13 nanti, berhenti la demi maruah org melayu dan umno. Tk payah ada media council pasal editor2 and wartawan2 ni semua jujur and professional kalau tk di dictate. And the same goes to igp n police force ag n judiciary as well as macc. Then I believe melayu akan bersatu tanpa batasan politik n negara jadi aman.

Anonymous said...

Dear Datuk,

1. Bekerja di Luar Negara tu selalunya tidak dirancang pun. From own experience I can say due to circumstances mostly. But at the end of the day mesti rasa nak balik juga unless of course you have set up your life completely on foreign ground. Berumahtangga dsbnya. Many younger professionals are out there because of financial considerations. Husbands overseas, wives in the country. At the end of the day the invaluable experience will benefit us Muslims. Not to worry.

2. English, Arabics, French, Mandarin, Tamil what else? Fasih pelbagai bahasa itu suatu kelebihan. Belajar je lah. I still recall during my younger student days how impressed I was with Prof Syed Naguib Al-Attas for his multilingual ability. It is a great advantage again to us Muslims. Otherwise macammana nak mengajak bangsa-bangsa lain ke Islam.

Terima kasih.

XERONINE

saji said...

Salam Dakj,

Sdr OKJ, antara lain berkata,

"Memang betul sangkaan Dato’. YAB Dato’ Seri Presiden tidak dapat menghadiri Majlis Kewartawanan kerana menghadiri satu perjumpaan amat penting. Di dalam perjumpaan itu, beliau sebagai presiden UMNO menjemput Dato’ Seri Hj Hadi sebagai Presiden PAS menyertai Barisan Nasional. Katanya lagi, cukup-cukuplah dikongkong oleh DAP dan PKR. Beliau juga berkata bahawa rakyat Malaysia sudah bijak , mendengar cerita dari kedua-dua belah pihak sebelum buat keputusan dan sudah pandai memilih antara kaca dan permata."

Komen:

1. Sebelum PRN Serawak, UMNO memainkan ISU KEPIMPINAN PKR untuk memastikan PKR berkecai, ia tidak menjadi!

2. Sejurus selepas PRN Serawak, mereka memainkan ISU PERKAUMAN DAP, supaya orang Melayu menolaknya, juga tidak menjadi!

3. Terbaru, UMNO merendahkan diri memaikan ISU PERPADUAN MELAYU dan Islam menjemput PAS menyertai BN, juga tidak menjadi!

4. Dalam masa sama, UMNO mengertak MCA dan GERAKAN untuk tidak diberikan sebarang jawatan Menteri/kerajaan jika orang Cina terus menolaknya di PRU akan datang. Ini pun dilihat tidak menjadi!

5. Apakah selepas ini UMNO akan dengar cakap Dato' supaya mereka mula berunding untuk menjemput DAP menyertai BN?

6. Atau, pemimpin UMNO hilang akal akan mewujudkan suasana tidak tenteram di negara ini?

abdullahngah said...

ku seman,

Media massa masing masing ada tuannya.

Oleh itu, kena ikut apa kemahuan tuannya itu.

Media jadi teruk zaman tun Mahathir menjadi perdana menteri.

Ada perkataan yang tidak dibenar masuk dalam satu satu rencana.

Berita harian zaman Datuk Nazri Abdullah jadi ketua pengarang.

Utusan Malaysia zaman Datuk Zainuddin Maidin jadi ketua pengarang.

kemudian Datuk Johan Jaafar dan Nazri Abdullah diterajang begitu saja, kerana ikut terlunjuk Timbalan perdana menteri.

namun begitu media seolah olah tidak ikut slogan yang sedia ada sehingga ada yang berkata media, lidah syaitan.

saya tak tahu sama ada mereka yang bertanggungjawab mengendalikan media hidupnya macam lalang atau talang dia muka.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Saya berasa sungguh terharu serta sangat bersimpati terhadap OKJ yang sudah pun membuat pesanan akhirnya.
Walau bagaimanapun, sukalah saya nasihati beliau agar beliau tidak berputus asa untuk menerima kebenaran kerana yang menerima kebenaran itu ialah dirinya sendiri mengikut pilihan hatinya.

OKJ jangan sekali-kali menyalahkan Allah kerana Allah Maha Suci daripada sifat zalim untuk menutup pintu hati hamba-Nya daripada menerima kebenaran; hanya kita sendirilah yang memilih untuk tidak menerima kebenaran.

Saya berharap sungguh-sungguh semoga OKJ tekun bermuhasabah diri, bertafakur diam-diam sendirian, renung-renunglah ke dalam diri sendiri, dan dengan izin Allah, saya yakin OKJ akan terlerai daripada sindrom mendustakan kebenaran.

OKJ, hanya al-Quran merupakan wadah kebenara mutlak; "hayatilah" al-Quran sepenuhnya.

Wassalam.

Anonymous said...

Untuk rekod perbincangan, suka saya tarik perhatian tentang satu fakta.

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dimulakan pada tahun 2003. Maka yang telah 100% melalui sistem itu paling tua pun sekadar 15 tahun, PMR pada tahun ini.

1.Tidak ada kena mengena dengan graduan yang kini sedang mencari kerja.

2.Pencapaian dan penguasaan pelajar berkenaan dalam Bahasa Inggeris tidak mencapai peningkatan signifikan semasa UPSR (selepas 6 tahun didalam sistem)

3.Elaun khas kepada guru Bahasa Inggeris selain kemudahan laptop juga (yang pastinya bernilai jutaan ringgit) tidak mendatangkan hasil yang sepatutnya.

Dalam komen yang lepas, saya merujuk kepada pendekatan aplikasi kepada subjek Matematik dan Sains.

Sila rujuk pula yang berikut : MUET adalah peperiksaan yang wajib diambil oleh semua pelajar sarjana muda. Setakat manakah sukatan Bahasa Inggeris di sekolah yang menyediakan pelajar kepada skil-skil yang diuji didalam MUET?

Pada saya, kepentingan Bahasa Inggeris jarang dipertikaikan. Begitu juga kepentingan kefasihan dalam pelbagai bahasa.

Persoalannya, kualiti.

Dalam isu bekerja diluar negara, saya mahu melontarkan persoalan, mudahan ada yang mahu beri pandangan.

Jika ia sudah menjadi amalan yang dianggap sebagai "norm", adakah kita patut membuka pintu kepada polisi dwi-kenegaraan? Sekurang-kurangnya mereka boleh join ASB, melabur dalam hartanah, bayar cukai, mengundi dan sebagainya.

Fed Up

Anonymous said...

Dear Datuk,

samb...

... Atau menggali ilmu-ilmu yang dititip dalam pelbaga bahasa. Sendiri mungkin terasa perbezaan membaca karya dalam bahasa asal dan yang diterjemah... sekadar mendapatkan ilmu mungkin cukup menilik terjemahan ... untuk menghayati ilmu ... di dalam bahasa asal itulah rohnya ... I believe.

Seperti kata seorang Prof saya in the States ...entah apa mulanya saya pun lupa, bicara fasal bahasa ... Many scientists (he meant in the US probably) walaupun tak tahu sepatah German will talk with German slang to show that they had had some German link to their training... implying that great science comes from German ... most welcome to disagree tetapi begitulah ...

Terima kasih

XERONINE

ab said...

Salam Dato,



MEDIA INTERACTIVITY dimana pembaca dapat menulis pemikiran masing masing adalah sangat BERKESAN....



Tun Dr Mahathir,Tun Abdullah Badawi
letak jawatan sedikit sebanyak dari
'tekanan' tulisan tulisan ini.



Sekarang ini DSAI pun macam akan angkat bungkuih dan lari malam dari 'tekanan, tulisan `media interactivity' ini juga.


Peralihan parti pemerintah Pulau Pinang,Selangor dan Kedah juga ada kaitan dengan media interactivity ini....



Main stream media MSM ELOK CELIK BUKA MATA LUAS LUAS dan JANGAN TUNGGU LAGI, cepat berintraksi dengan pembaca secepat mungkin macam NEW YORK TIME,TELEGRAPH, TIMES,JAPAN TODAY,JAPAN TIMES,MOSCOW TIME dll....



KALAU PEGAWAI KERAJAAN MASIH DOK EXX,'TIMING,, asyik dok ikut bos punya angin....MAMPUIH LAA HAMPA,...nasib baik kalau ada pencen,KALAU BERUBAH PARLIMEN, kalau skim pencin dan gaji hampa ditukaq, hampa bolik makan pasiaq laa!.



JANGAN DOK IKUT ANGIN BOS SANGAT , BOS TU KADANG KADANG TAK TAU PUN NAK SURF INTERNET,TWITTING,ENTAH TAK TAU APA PUN kat FB yang terkini,apa lagi latest on YOUTUBE!.harap kat sms saja...





Abu Bakar Ab Rahman

ORANGUTAN PENANG said...

TOK KADIAQ,

'What the mass media offers is not popular art, but entertainment which is intended to be consumed like food, forgotten, and replaced by a new dish.'
W. H. Auden

Lagi dok pikiaq mana satu betui mana salah lagi penin Tok.

Zaid@Zaidel said...

Umur saya baru 34 tahun Datuk, dan pernah membesar sebagai wartawan sebelum berhenti kerana desakan dalaman. Bila dicadangkan penubuhan Majlis Perundingan Media, perkara pertama yang saya fikirkan ialah si pencadang, sewajarnya mencadangkan kepada UMNO terlebih dahulu, yang empunya hampir kesemua media cetak dan elektronik yang ada sekarang ini.

Hujah saya ialah media yang diklasifikasikan sebagai media kerajaan ini telah membuat masyarakat pembaca 'loya' dan hampir nak mutah membaca laporan berita yang disiarkan, dan jelas bertentangan sama sekali dengan etika kewartawanan.

Seharusnya media kerajaan dekat kepada rakyat, namun realiti sekarang media kerajaan banyak menyiarkan laporan yang seolah-olah masyarakat tidak tahu berfikir dan menilai.

Media bertanggungjawab kepada rakyat, bukan pemimpin, dan seharusnya kerajaan menjadikan media sebagai pengkritik yang terbaik untuk kerajaan menjadi yang amat baik.

Bila masyarakat membaca akhabar yang menjadi pengkritik kepda kerajaan, rakyat rasa dihargai dan memandang bahawa media kerajaan adalah yang paling telus.

Realiti sekarang, masyarakat menjauhkan diri dengan akhbar atau media kerajaan. Buktinya edaran akhbar menunurun. Hal yang amat besar kesan daripada hal ini ialah masyarakat pembaca memilih akhbar lain, dan medium lain.

Akhirnya akhbar berbahasa Melayu beransur-ansur hilang pembacanya dan sekaligus ini memberikan kesan kepada perkembangan bahasa Melayu, nadi bangsa Malaysia.

Justeru, kenyataan media seharusnya bebas perlulah difahami oleh pihak kerajaan bukan bebas sebebasnya, tetapi kepercayaan pihak kerajaan terhadap peranan pihak media dalam membantu membentuk, mentadbir sebuah negara dengan rasa penuh tanggungjawab dan kesusilaan.

wadi said...

Assallamualaikum...dah dekat dekat nak lebur ...kalau tak patah balik pangkal jalan cepat cepat , tunggu jer masa jadik pembangkang pulak !!Ketuanan Melayu tetap kekal , itu yang pasti..itupun kalau tak ada perang dan campurtangan asing. UMNO sendiri kena fikir .

Anonymous said...

SAUDARA ZAID @ ZAIDEL

SAYA SETUJU KOMEN SAUDARA ADAKAH AKHBAR DAN MEDIA SEPERTI HARAKAH DAN SUARA KEADILAN ATAU TV SELANGOR YANG RAKYAT DAN PEMBACA MAHUKAN(MKIN SAYA SILAP) MOHON SAUDARA KOMEN.

ATAS PAGAR

Anonymous said...

ABDULLAHNGAH SAID

KALAU DITAKDIRKAN PAKATAN MEMERINTAH SELEPAS PRU13 NANTI MACAM MANA KEBEBASAN MEDIA AGAKNYA YA. KALAU DIPERHATIKAN MANA2 NEGARA MEDIA DIKAWAL OLEH PEMERINTAH....


ATAS PAGAR.

pakbelalang said...

Saya cadangkan Majlis Perundingan Media diwakili juga oleh puak pembangkang kerana mereka pun terlibat dengan propanganda mereka melalui akhbar mereka.

Anonymous said...

Dear Datuk,

1. Luar tajuk: Osama tu bukanlah kemanakan saya tetapi sedihlah pula bila Perdana Menteri kita dan sepupunya kata kematian Osama will bring peace to the world... really ..? (re NST dan HM hari ini).

2. Sdr Fed Up: Interesting proposition about dwi-kenegaraan. Personally I think what is important, that Malaysians overseas contribute to the nation by bringing in their earnings and experience. Like the Indonesians, Indians, Pakistanis, Filipinos, and other nationals working in this country sending their income home. Although some will stay on here.

3. Malaysian Malays generally, selagi ada link to this country through parents and close families will always want to return. Just a matter of time ... macam Awang Goneng ... tak sanggup rasanya kalau difikirkan dikebumi di negara orang putih ... tu. Nak dekat juga dengan abah dan emak ... remember the Johor-Korean Lady ...

Unless of course, semuanya (datuk, nenek, abah, emak ) memang sudah bermastautin di negara asing. Then no point talking about dwi-kenegaraan. Dah memang jelas foreigners lah.

4. In other words, yang masih Malaysian, biarlah mereka nak terbang, kembangkan sayap kemana pun, tiba senja pulanglah dia.

5. Meanwhile, yang ada di sini mari majukan negara dengan berusaha, bekerjasama, beri galakan dan berbaik-baik dengan orang muda, hormati orang tua, kalau mereka melatah tak usahlah mentertawakan dan mengejek mereka ... if we are professionals, then be professionals ... marahkan diri sendiri dahulu ... then think about how to move forward ...

6. Sorry Datuk ... macam membebel pula ...

Terima kasih

XERONINE

Anonymous said...

Tambah sikit lagi Datuk ...This issue is close to my heart ...

... And English should be taught and learnt well in school ... how ... terpulanglah ... Tak perlu tambah-tambah ke pusat bahasa atau pusat tuisyen ... cuba perhati siapakah yang mewah mengendalikan Pusat-Pusat Bahasa Inggeris dan Pusat Tuisyen itu ...

Terima kasih

XERONINE

anakbuah said...

Salam Dato',

Walau mcm mana jijiknya berita2 yg dipaparkan oleh main stream media (MSM) yg dikawal kerajaan dan parti2 di bawah BN, bagi saya MSM masih relevant, paling tidak utk rakyat mengetahui apa dlm benak pemimpin2 kita dari masa ke semasa. Tak perduli apa yg kita baca, yg penting kita kena adil dlm penilaian kita mengenai sesutu isu. Jangan jadi dungu baca dan percaya sebelah pihak shj.

Saya rasa ramai yg teringin nak tulis mcm Sdr melayu islam tulis di sini. Memang kita ada sebab yg kuat utk membebel mcm tu. Satu lagi, memang dah ramai yg anggap MSM mcm lidah syaitan. Lihat saja bahan2 yg disiarkan. Akhbar lain sibuk komen pasal brain drain, akhbar Melayu brainwash pembaca siap highlight dgn warna merah Eskay bersumpah, Anwar sesumpah la. Sisipan Pancaindera hari minggu penuh dgn bahan dan gambar yg mengelapkan pancaindera dan hati. Sebab tu saya tak setuju Utusan atau akhbar apa sekalipun jadi akhbar dlm kelas di sekolah. Hati bersih budak2 ni lama2 jadi kotor mcm permainan pemimpin2 kita skrg ni.

Dato', jgn salahkan saya kalau saya byk berpandangan kritikal terhadap apa saja tindakan dan inisiatif kerajaan termasuk mcm Majlis Perundingan Media ni. Bagi saya, apa yg baik kerajaan lakukan skrg ini belum dapat menutup kesilapan/kerosakan yg dilakukan malah ada yg lebih merosakkan lagi. MSM bukan setakat propaganda lagi tapi sudah mcm alat brainwash kerajaan.

Ikhlas said...

Salam Dato,

Majlis Perundingan Media adalah semata untuk mengaburi mata sesetengah pihak kononnya kerajaan yang sedia ada lebih telus.
Selagi terdapat media yang bertuankan kerajaan atau pihak yang berkepentingan, selagi itulah media tersebut akan dikawal lidahnya dan media tersebut akan terus menuturkan bahasa yang hanya mahu didengar oleh tuan punya media tersebut.
Media yang hanya bertuturkan fitnah dan kata nista wajar dipinggirkan oleh pembaca, adalah amat tidak sesuai pelajar dihidangkan dengan berita-berita mengenai rasuah, liwat, rogol, zina yang hanya akan merosakkan pemikiran mereka yang masih mentah dan tidak mampu memberi penilaian antara baik dan buruk.
Dan sebagai pembaca dan pembeli, adalah tidak berbaloi membaca fitnah dan kemudiannya kita percaya dan menyebarkannya melalui perbualan.
Dan sebagai wartawan, adakah berbaloi menulis fitnah dan kata nista dan semuanya akan dinilai sewaktu kita bangki di padang mahsyar nanti?

Wallahualam.

Ikhlas

anakbuah said...

Sensitif sgt ya Dato' komen saya pasal 'Suruhanjaya Diraja' tu? Ada fakta yg tak boleh atau tak mahu diterima ke?

anakbuah said...

Salam Dato',

Saya perasan Dato' balas komen saya dlm entry mengenai hegemoni Amerika.

Memang pahit utk ditelan tapi itulah hakikatnya. Kalaulah itu berbau hasutan, yg di depan akhbar Utusan hari ini bertajuk Malaysia negara Kristian? apa tujuannya Dato'? Ada yg mahu negara ini artificially huru-hara ke? Cuba bagi tahu, apa yg Majlis Perundingan Media boleh lakukan? Yg saya nampak, temasuk akta2 kawalan media, majlis ini akan menjadi alat kerajaan utk mengekang serangan pembangkang dan pandangan baik rakyat.

Anonymous said...

ANAK BUAH

SAYA BERSEPENDAPAT DENGAN
SAUDARA JANGAN LAH TIMBUL ISU2 YANG BOLEH MENGUGAT KEAMANAN DAN SAYA PERCAYA IA AKAN MEMAKAN DIRI ITU SEBAB PADA PEANGAMATAN SAYA SALAH SATU SEBAB PENGUNDI CINA TDK MENYOKONG BN DENGAN ADANYA ISU SEPERTI INI(TAJUK KT UTUSAN HARI INI)PRIBUMI DSB.

ATAS PAGAR

anakbuah said...

Sdr Atas Pagar,

Memang patut MSM dan akhbar2 seperti Utusan terus wujud - supaya motif2 serta peranan konspirator2 sebenar dlm ketidakstabilan sosio-politik dlm negara ini terus terdedah dan dinilai oleh rakyat. Biar akhbar2 begini terus membuka pekung di dada dan onar di hati mereka. Biar kita tahu siapa dalang sebenarnya. Rakyat tidak sebodoh dahulu dimainkan dgn api perkauman dan agama. Kalau tidak, dah lama Malaysia ni huru-hara tapi lidah2 syaitan ini masih terus mengambil kesempatan atas kewarasan rakyat selama ini.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).