Friday, July 29, 2011

"Housekeeping", Benda Remeh dan Benda Penting


A Kadir Jasin

DALAM tampalan (posting) kali ini, saya memohon izin untuk menyebut beberapa hal penyelenggaraan (housekeeping), khasnya bagi mengatasi masalah yang timbul akibat penguatkuasaan format baru oleh Blogger.com.

1. Saya mulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada para pelawat, pengikut tetap (followers) dan pembahas. Lawatan ke blog kita ini tidaklah seramai blog popular umpama Che Det dan Rocky’s Bru. Lawatan ke blog kita baru menghampiri (4.97 juta). Tetapi pengikut tetap kita agak ramai – 1,185 orang;

2. Kita ucapkan selamat datang kepada pembahas baru, tidak kira pembahas bebas, pembahas berparti atau “laskar siber” (cyber trooper). Semuanya dialu-alukan cuma diharapkan janganlah terlalu taasub dan emosional sehingga sanggup maki-hamun dan mencarut; dan

3. Akibat penukaran format, tugas saya membaca dan menyiarkan komen menjadi lebih sukar, mengambil masa dan berisiko. Jadi, bagi memudahkan sikit tugas saya di samping menjamin komen saudara dan saudari disiarkan lebih cepat serta mengurangkan kemungkinan dipadamkan, saya memohon kerjasama berikut:-

i. Tuliskan nama saudara – sebenar atau samaran – di permulaan dan akhiran komen;

ii. Saya bercadang tidak membenarkan lagi pembahas menggunakan pengenalan “anomymous.”; dan

iii. Tolong ringkaskan komen. Kalau nak tulis panjang, tolong pecahkan kepada beberapa bahagian.

Nostalgia Pagi Berhujan

Pagi ini hujan. Saya jadi nostalgik. Teringat masa di kampung. Pada hari begini, paling nikmat berselimut kain sentung sambil minum kopi atau teh susu dengan ubi kayu rebus atau nasi pulut ikan masin.

Saya juga nostalgik mengenai zaman Malaya dan Malaysia jaguh bola Asia. Era Abdul Ghani Minhat, Santokh Singh, Isa Bakar, Soh Chin Aun, Namat Abdullah, Shukor Salleh, Ooi Hock Kheng dan N. Baskaran.

Tapi saya langsung tidak tersentuh dengan kekalahan Malaysia di kaki Singapura semalam. Yang saya bimbang ialah kalau Malaysia menang, mungkin ada politikus yang kemaruk perbatuan politik (political milage) akan isytihar cuti atau buat kerja-kerja tak masuk akal yang lain. Alhamdullah.

Teringin juga nak cadang supaya kita “kasi” Harimau Malaya. Mana tahu, mungkin Harimau Malaya akan jadi kuat macam Laksamana Cheng Ho yang terkenal itu. Dia berketurunan Mongol dan dikasi oleh Maharaja China apabila Mongol kalah. Dia menjadi seorang hulubalang yang sangat hebat dan melayari lautan hingga ke Afrika.

Terfikir juga mengenai tukar seks. Tapi itu tak dibenarkan oleh Islam dan dalam sukan pun tak diterima. Kalau tidak, skuad Harimau Malaya boleh cuba masuk bertanding Piala Dunia Wanita FIFA. Itu pun belum tentu cemerlang.

Lebih berpotensi kalau kita “paksa” pendatang Afrika yang ada dalam penjara dan pusat tahanan pendatang kita main bola. Kalau mereka tunjuk bakat, kita beri mereka kewarganegaraan dan wakili kita.

Kemudian kita “paksa” lanun-lanun Somalia berlatih dan ambil bahagian dalam larian maraton. Kalau mereka berbakat, kita ampunkan kesalahan mereka dan berikan kewarganegaraan.

Mengenai semester universiti disesuaikan supaya pelajar Hindu boleh rayakan Deepavali, saya tak mahu komen. Dulu pun pelajar Hindu rayakan Deepavali juga. Tapi yang saya tahu, di India hanya pelajar tahun pertama dapat cuti semester 20 hari setahun. Lepas itu tak ada cuti semester lagi. Kalau mahu cuti, kena mohon syaratnya hadiri 80 peratus kuliah.

Kita di Malaysia ni dah jadi negara cuti, negara ambil hati dan negara pancing undi. Takut-takut kaum majoriti menjadi mangsa kepada tirani oleh minoriti (tyranny of the minority). Wallahualam.

98 comments:

Manjungmari said...

Salam hormat Datuk AKJ..

He he he... awas datuk..Dr Asri mantan mufti pun boleh dituduh terrorist,,, sebab utamanya saya dari ketajaman tulisannya....

ku_seman said...

Datuk, kalau tak silap saya suatu waktu dulu lawan kita antaranya ialah Korea Selatan. Sekarang dengan Singapura pun dah KO. Korea Selatan dah menjengah Piala Dunia, kita masih terhegeh-hegeh dan kalah dengan Singapura. Rasanya memang ada kewajaran kita takut dengan Singapura sebab mereka "kuat". Kita ikut telunjuk Singapura dalam banyak perkara. Jambatan bengkok, jambatan sekerat atau jambatan lurus hinggalah penutupan Stesen Keretapi Tanjung Pagar telah semua menunjukkan sikap penakut kita. Mengenai semester disesuaikan dengan perayaan Deepavali, saya sikit pun tak terkejut. Memang itulah sikap kita yang sangat baik hati hingga rakyat Melayu hampir mati makan hati. Tengoklah belum apa-apa lagi MIC minta seorang lagi menteri diberi kepada MIC. Bab Hindu, MIC dan orang India sangat sensitif Datuk. Sebab itulah kita layan permintaan MIC meminda Interlok. Tak apalah Datuk, kita bagilah apa yang mereka minta.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Datuk ada melalui 3 mcam Mimpi ketika nyenyak tidur semalam ke?

Mimipi Indah- Kita di Malaysia ni dah jadi negara cuti,

Mimpi Sedih- negara ambil hati dan negara pancing undi.

Mimpi Ngeri- Takut-takut kaum majoriti menjadi mangsa kepada tirani oleh minoriti (tyranny of the minority)

Hahaha.. laughter is still the best medicine.

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Awas. jangan cerita kat isteri tercinta jika termimpikan 'Erra'..tengok drama dia diTV dah kena soal..'sejak bila minat derama Melayu ni?..hahaha

bzz said...

Dato,

Kaunter di sini tak naik sebab org boleh baca di Google Reader. Kalau mahu naik kiraannya, setkan saja separuh info utk RSS. Org perlu masuk blog baru boleh baca semuanya.

Tak silap, settingnya ada di dalam blogger.

Anonymous said...

Dato
Budaya kita ni,susah nak ubah.Santai,santai n terus santai.Takut pada perubahan.Sikap layu n ayu jer.

wawa

XERONINE said...

Salam Datuk,

1. A brand neo-anonymous specially for your ease of house-keeping Datuk.

2. Personally, anonymity buat kita lebih tenang. Contoh, bila berjalan ke negara orang, tak kita rasa relax dan tenang, memerhati dan berinteraksi dengan sesiapa.

3. Kita mungkin mendapat lebih honest opinion dari mereka yang Anonymous. Contoh: Mengundi, dan eliciting response from respondents in case studies and surveys.

4. On Tyranny of The Minority. Sebab kita selalu susah hati dan takut mati. May ALLAH SWT maintain our Iman and Courage in moving ahead of the tyranny.

Selamat Berpuasa.

XERONINE

Firdaus Shahnaz said...

Salam Datuk,

Saya tidak faham kenapa hal berkaitan bola pun boleh dipolitikkan,

Contohnya, ada seorang lelaki ingin membuat demo mengenai Bersih di Stadium Nasional Bukit Jalil, dia rasa audience yang mencapai 85,000 orang boleh membantu mencapai kehendaknya. Tapi nampak gaya macam dibatalkan selepas dicemuh di twitter.

Malahan ada yang mencemuh Perdana Menteri sebab pasukan Harimau kalah.

Apa dah jadi dengan mindset kebanyakan rakyat Malaysia?

d'enricher said...

Dato,

Belum sampai masa kita nak jengah Piala Dunia.

Tapi kita ucapkan tahniah pada pemain, standart belum samapai lagi. Mungkin kena ikut syle SingaPURA dan merakyatkan pemain bolasepak yang handal-handal.

Bab cuti tu saya setuju sangat lah, kalau lah menang adalah yang tumpang perasan, tapi nasib tak menyebelahi mereka.

Betul ke kita sepatutnya pakai baju kuning kerana itu warna "Home Game" dan biru "Away Game". kalu ya, sengaja atau arahan pihak tertentu ???

Tapi takpa, kita cuba lagi.

A.Alshukor

awang batuburok said...

salam Dato,

terimakasih atas komen yang agak santai tapi tepat mengena macam ledakan sepakan Ronaldinho.

saya pun rasa nak tergelak menonton siaran langsung malam tadi, apa tidaknya sering diselang selikan dengan sisipan gambar PM dan FOM.Anak saya yang akan mengundi buat kali pertama dalam PRU13 nanti, bertanya ini siaran lansung pra-piala dunia 2014 atau siaran langsung pra-kempen PRU13?

saya pun tak tahu nak jawap soalan anak muda yang makin cerdik dan bermaklumat...apa komen Dato?

awang batuburok.

kueh bakar said...

pakcik...

dulu saya seorang peniaga cabuk ditepi universiti...

antara masalah saya ialah malaysia banyak cuti...bila cuti maka sales akan kurang..sebab student tido..

itu belum tambah cuti semester dan cuti raya 3 kaum utama...
satu kaum pulak banyak rayanya..

bagi kaum cina, cuti itu tidak apa...kedai itu mereka yang punya...

malaysia memang banyak cuti...

Hanezam said...

Salam Datuk dan pengunjung-pengunjung blog ini,

Selamat menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang bakal menjelang. Rehatkan minda dan hentikanlah semua bentuk maksiat di bulan yang mulia ini.

Sebelum itu, bolasepak Malaysia sememangnyo mengabihkan bogheh yo.

Sebelum sebelum itu, sedapnya ubi kayu ghebuih cicah ngan nyog.. hu hu hu ..

Komen tamat. Empat (4) para sahaja tidak termasuk para ini ;-)

Semerah Cili! said...

Salam, datuk sy berbesar hati follow blog datuk, ada apa kiranya meng'follow' sy balik..T.Q

Baijat said...

Salam

Kerap cuti pun susah juga. Banyak benda yang akan tertangguh dan tertunda.

Yang teruknya kerja yang patutnya siap pada tempohnya dilanjutkan lagi masanya.

Bukan tidak suka bercuti, kadang-kadang masa memang betul rasa mencemburui kita.

Kerajaan harus fikir inisiatif@pendekatan lain untuk meningkatkan produktiviti dan pembangunan.

SELAMAT BERPUASA

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Kalau dok bersentum kain pelikat dan dok pekena kopi atau teh susu tu kira dah hebat la Tok. Kebanyakan orang lain mana ada susu, depa hirup kopi atau teh kosong saja. Kalau ada pulut pun kira dah hebat.Ramai dok kena ubi kayu dengan ikan gelama masam saja. Ada juga tak ada benda nak makan, yang hanya ada biji genuok (kerdas) yang direbus. Rumah berlantai buloh, beratap rumbia dan bertiang kayu bulat. Bagitulah keadaan orang Melayu dikampong 50 tahun dulu. Tetapi pasukan bola sepak kita kuat sampai boleh jadi juara pesta bola merdeka.
2. Kini negara dah maju. Ubi kayu dah tak makan. Kain pelekat pun dah jarang-jarang dipakai. Kita tak bersentum lagi. Kita minum teh tarik kedai mamak. Buah genuok(kerdas) tertalu busok untuk kita. Kita makan roti gardenia dengan majerin ganti ubi kayu. Tetapi bola sepak dah tercorot. Lawan dengan Laos sekali lagi, belum tentu boleh menang.
3. Menang sikit saja dah bersorak macam nak pecah dunia. Pakat dapat habuan habis. Ada yang dapat Dato'. Tak tahu pula kalau ada pegawai yang akan dapat Tan Sri kalau kita kalahkan Singapura.
4. Kita tak usah dok sedih. Ini dah jadi budaya kita.Dulu kita berani kerana kita kuat. Sekarang kita lemah kerana kita berpecah. Ada puak yang gila nak rebut Putrajaya tak kira apa saja asalkan dapat. Serban dah hilang diganti dengan topi.
5. Puak yang berkuasa pasti nak pertahankan kuasa kerana takut hilang kuasa. Sanggup gadai apa saja.Bila dah menang balik kuasa mungkin boleh tebus balik benda yang tergadai. Biasanya tak tertebus.
6. Kita dah tua Dato'. Boleh tegur dan bercakap saja. Siapa nak dengar. Tak lama lagi mata akan rabun. Boleh dengar saja la. Kita pakat berdoa sahajalah supaya semua baik dah jenerasi akan datang tidak terpaksa makan ubi kayu dengan ikan pekasam atau hanya ada kain pelikat untuk bersentum dari kesejukan.

iklas,
Rahim

Kucing Malaya said...

Salam Dato>

Nak komen sikit fasal harimau malaya yg kalah dengan singapura semalam.Pertamanya pemain harimau malaya ketot-ketot dan saiz kecil.Apa nal malukan dengan singapura yg telah mewarganegarakan rakyat asing demi bolasepak.Saiz pemain impot yg diwarganegarakan itu tegap dan kemas.Kalau harimau malaya menang pun adalah diramalkan setekat itu sahaja.Bila masuk dengan lain pasukan Amerika latin,Eropah atau Afrika sudah pasti harimau malaya menangis diatas padang .Pada jurulatih malaysia lain kali kalau nak pilih pemain biarlah nampak ragam besar tinggi yang mencukupi kalau nak jadi jaguh global bolasepak.Aku dari awal lagi ramal yang harimau malaya tak akan kemana.Dulu kita ada akedemi bola sepak kemudian senyap.Hangat tahi ayam orang melayu kata.Adalah diharapakan Kementerian belia dan sukan perlu buat sesuatu kalau nak julang kembali kehebatan bolasepak kita termasuklah FAM sendiri.Aku lihat di Malaysia merata temnpat ada mini stadium dan stadium.Tapi mini stadium masih usang.Ruang belia nak main pun susah.Banyak syarat dan peratutan.Lebih -lebih lagi bila dibawah jagaan PBT.Disekolah kementeriann jadi kejyaan akedemik sebagaim kayu ukur kejayaan sistem pemdidikan.Kaejayaan dalam sukan jatuh nombor dua atau tiga.Itulah puncanya.kesian belia kita ada kemudahan tapi tak ada kemudahan untuk menggunakan kemudahan itu.Semua ini jadi macam tenggelam timbul.Apa pun tak perlu bersedih dan kecewa apa yang telah terjadi.Kalah menang adat pertandingan.Tapi kerajaan ,FAM dan badan bola sepak negeri perlu ambil kira semua faktor ini.Lebih malang pertubuhan bolasepak diperingkat daerah-daerah seluruh Malaysia hampir taj aktif untuk mengcungkil bakat baru dari masa kesemasa.Terima kasih Dato.

where2 said...

Salam Dato,

Sayu rasa bila sentuh pasai ubi kayu rebus.. guw'ay dengan nyiok muda, sedikit garam dan gula..cicah panas2.


Where have all those days gone to? Are we slowly loosing our sense of identity?

Salam

OKJ said...

Salam Dato’

Nostalgia zaman kanak-kanak

Bagi sayalah, sudah tiba masanya kajian scientific dilakukan ke atas setiap pemain, bukan lagi hanya terhadap skil individu. Mengikut kajian, purata jarak yg diterokai setiap pemain adalah 8 – 10 km. Purata dalam keadaan berlari adalah lebih kurang 40%, berjalan 25%, undur 7%, pecut 11%, jalan cepat ke depan 20%. Sudah tiba masanya FAM beli video yg ada “tracking technology” untuk menganalisis setiap pemain. Sekurang-kurangnya disyorkan beli 16 kamera untuk setiap game. Barulah kita tahu pemain standard pemain kita berbanding standard dunia dan berusaha kearah itu.

Yg keduanya, untuk mengatasi masalah diatas, pemain bolasepak kenalah mempunyai ‘lung capicity’ yg besar macam paru-paru mat salleh. Jadi cadangan saya ialah, eloklah latihan berenang dimasukkan sebagai ‘routine training’ untuk membesarkan ‘lung capacity ‘pemain. Mulai sekarang, semua pemain bola kita kena pandailah berenang.

Ketiganya, kelajuan tendangan pemain kita juga tak selaju Roberto Carlos atau macam David Beckham. Untuk mendapat tendangan yg kuat dan laju, otot peha terutamanya keempat-empat Quadricep muscles kena kuat. Selain dari jalan itik, rasanya, panjat pokok kelapa pun rasanya boleh menguatkan otot peha. Jadi eloklah setiap pemain pandai panjat pokok kelapa dan boleh panjat dengan laju supaya otot peha jadi kuat dan tendangan jadi laju. Sekian cadangan saya. TQ.

hairulfitri said...

Aslkum

Komen saya pasal pasukan harimau malaya ialah:

1.Berbanding dgn pasukan yg menang piala suzuki tahun lalu, pasukan malam tadi tak kuat.
2. Singapura pulak sangat kuat kerana diwakili oleh pemain luar yg telah diberi warganegara.
3. Kita membuat percaturan silap apabila memaksakan diri memerah keringat menentang Lverpool,Arsenal dan Chelsea beberapa hari sebelum pertemuan pertama dgn singapura. Akibat tak cukup rehat rata2 pemain kita tak bermaya. Pihak FAM tidak harus ulangi kesilapan spt ini.
4. Pemain kita mungkin over confident terutama selepas cuma kalah tipis saja di tangan Chelsea.
5. Walaupun sebagai rakyat Malaysia saya sedih dgn kekalahan harimau malaya...tetapi ianya terubat apabila mengenangkan kesedihan pihak tertentu yg tak dapat nak tumpang sekaki dlm bentuk political mileage sekiranya pasukan bola kita menang.
6 Nampaknya sejak 30 tahun lalu sejarah prestasi bola sepak kita terus merudum seiring dgn merudumnya tahap ekonomi,indeks rasuah, hak rakyat bersuara, hak asasi manusia , hak istimewa org Melayu, taraf hidup,hak berhimpun secara aman, hak mendapat keadilan drpd penguasa spt polis, pendakwa raya dan hakim yg tidak diperkuda UMNOBN dsbnya.
7. Nasib baik kita ada sdr Anwar Ibrahim, Mungkin kemerosotan prestasi bola sepak kita juga kerana gara2 angkara Anwar

Hairulfitri

Anonymous said...

Datuk AKJ,

Selamat Menyambut bulan Ramadan.
Saya akan tinggalkan blog Datuk untuk sementara waktu. Insya'allah kita akan bertemu lagi di blog Datuk selepas Raya jika ada topik yang "hot-hot".

Kepada Pembahas saya ucapkan juga Selamat Berpuasa Ramadan!

Don

Anonymous said...

Apa nak heran Malaysia kalah.... dah kemampuan pun setakat tu...

Sukan di Malaysia dah lama dipolitik kan oleh politikus..

Tu belum campur puak-puak yg gunakan persatuan bolasepak negeri utk dapat projek Kelas A/konsesi balak....

Macam sebuah persatuan negeri tu, entah bila masa kawan tu reti pasal bola tau-tau dilantik jadi pengurus... dah la bukan anak tempatan. Pencapaian.... hampas !!

cicit

Anonymous said...

Ummu luqman

Tersenyum saya....dhiburkan dgn posting yang memberansangkan minda.

Negara cuti tetapi produktiviti tinggi apa salahnya, Datuk.

Negara pancing undi tetapi pemimpin tak mungkir janji, rakyat pun tak rugi, bukan?...

WADIRONI said...

assallamualaikum dato'

Hal bola, cuti dan propaganda politik itu biasa bukan persoalan , yang penting KETEGASAN dalam apajua hal yg nak dilaksanakan dgn memberikan KEUTAMAAN tujahanya . Bukan sekadar utk memberikan kepuasan mana mana golongan . Pemimpin mesti tegas dengan dasar dan strategi utk kepentingan negara . Perlaksanaan mesti kekal dan jelas tanpa tekanan dan kepentingan diri .

Kerajaan sebenarnya telah hilang ketegasannya ,hak keadilan rakyatnya dan kebenaran terus dipinggirkan . Pilihkasih terus dimanipulasikan demi kepentingan dan keuntungan sekelompok yg taksub kuasa dan harta .Inilah natijah sebuah negara bernama Malaysia.

maae said...

Salam Datuk,

1.Kesempatan ini saya mengucapkan "Selamat Menyambut dan Menghayati Ramadhan AlMubarak" kepada semua muslimin dan muslimat sekelian. Semoga Allah SWT menyayangi hamba-hamba nya yang IKHLAS dan PATUH.

2.Sesungguh nya Ramadhan sentiasa hadhir bersama 'bau yang tersangat wangi'. Mungkin salah satu bauan Syurga dan DIA SWT sahaja yang maha mengetahui. Terkenang nostalgia ini setiap kembali nya ramadhan.... bila nikmat ini akan di rasai lagi?

3.Kaitan tulisan Datuk, nostalgia manis penuh keinsafan kepada sudah merasakan. Penuh semangat membara menerjah semua halangan rintangan. Mencari kejayaan.

4.Kepada angkatan baru melayu, semua itu "sejarah silam". Tidak perlu di ambil perhatian. Mereka hanya jeritkan "pembaharuan". Apa itu pembaharuan, tidak pula di fahami makna senjata makan tuan.

5.Macam mana nak jadi Harimau Malaya jika makan nya kentang goreng, ayam sida ? Tidak lagi merentas desa cuma atas jalan bertar ? Akur bertirani demi laba tidak lagi pada berdestar yang tidak mampu terjemah kuasa ? Akhir nya sama-sama berlilin, berkosong minda, tangan di silang berdepa-depa lagak t ada nya, teruja ying yang konon nya, lantas membunyi loceng pooja.Betapa hidup sudah hilang punca nya...

6.Maka badan ini sentiasa sejuk dingin di kala hujan atau dalam suhu panas membara...

Anonymous said...

Tyranny of the minority sebenarnya lalang. Kalau "tyranny of the majority" sokong dia dari belakang maka lagi naik tocanglah dia. Tyranny of the minority macam ular cobra suka acah-acah. Kadang-kadang boleh patuk tuannya. Saya rasa inilah sifat semula jadi tyranny yang Datuk maksudkan.

Saya harap komen saya ini menepati apa yang Datuk maksudkan.

Jinah

"Nasib Labi" said...

Buat masa ini "Harimau Malaya" belum sesuai digunakan oleh Pasukan Negara ini kerana ia hanya rhetorik seperti 1Malaysia sahaja.

Perlu diingat, penonton membayar wang untuk melihat game yang berkualiti seperti juga pembayar cukai mahu melihat Kerajaan yang berkualiti. Ini macam main "teng-teng" je..!

Saya lebih suka skuad ini digelar skuad "Harimau Sengugut". Sebenarnya,skuad Harimau Malaya dah padam melebihi 30 tahun yang lalu dan tak bangkit-bangkit lagi selepas Mokhtar, Santokh, Arumugam, Chin An dan seangkatan. Kebanyakan pemain lama ini ikhlas sehingga dapat masuk olimpik.

Tapi game sekarang ni, betul2 menghabiskan duit dan masa Rakyat je...!

Rakyat juga yang kena pangkah. Ummph..ummph..ummph... Nasib engkaulah labi.

"Nasib Labi"

Nasib Si Labu-Labi said...

Begini Dato, bukan tak boleh ambil pesalah Afrika dan Lanun Somalia ni untuk ikut serta.

Tapi geng-geng gagak nipun dah terkejut beruk sebab pesalah dan lanun di sini lebih advance.... dari mereka.

Kah...Kah....Kah....!
"Nasib Si Labu-Labi"

Anonymous said...

Firdaus Shanaz,

Mindset rakyat Malaysia dah dirosakkan oleh orang yang beria-ria nak jadi Perdana Menteri.

Selagi dia tak tercapai impiannya beginilah jadinya. Akan dirosakkan terus mindset rakyat sampai pertimbangan akal mereka dah jadi kacau bilau. Mereka dah dipesongkan dari kebenaran disebabkan pembohongan yang beterusan dilakukannya hingga rakyat terpedaya oleh pembohongannya.

Yang rosak terok mindset rakyat adalah mereka yang terlalu taksub dan fanatik terhadapnya. Dah hilang langsong pertimbangan mereka. Apa yang dilakukannya tidak ada yang salah. Semuanya betul !!! Orang muda cakap "Guo caya sama lu" !!

Jinah

"Rakyat Bantut" said...

Kalau diEropah dari sekolah lagi, penuntut, makanan dan kurikulum dah dididik dan dijaga supaya minda positif, makanan berkhasiat tinggi dan generasi mendatang benar-benar sihat dan cergas.

Tapi kat Malaysia ni, dapat susupun susu masam. Tah manalah perginya subsidi sekolah. Makanan tak berkhasiat dan beracun kimia pulak tu...! Macamlah rakyat tak jadi bantut dan terbantut akhirnya?

"Rakyat Bantut"

Anonymous said...

masa menang piala aff aku dah cakap ngan kengkawan malaysia menang nasib, kalau corak permainan macam tu ditunjukkan alamat tak kemana, bolasepak tak perlu berbadan besar untuk bermain tapi. kita kena menguasai bola lebih lama macam barcelona yang dikatakan permainan cantik walaupun kalah tapi permainan menguasai bola mereka tinggi kalah pun akan dikatakan nasib.


mohd paizal

HANAFIAH ABDUL RAHMAN said...

salam Datuk,

1. wah podeh boto tulisan Datuk kali ni. koling mintak cuti pun keno tibai.
2. ubi kayu masa pagi musim angin timoq boleh ganti dengan pekga cicak gulai ikan temenung.
3. kalau ikut sistem cuti sekarang, habis benih ikan saya mampus sebab pekerja cuti atas alasan kita menang bola, badminton,taipusam,devalli,cap go me, bapak penakan belah sepupu yang dok di satun mati, kucing pm beranak dan lain lain

salam datuk

saji said...

Manjungmari

Maksud ketajaman tulisan Dr Asri itu apa hingga beliau dituduh terrorist?

Yang saya tahu artikal beliau yang dipostingkan beberapa hari sebelum 9 Julai yang menyokong tuntutan dan demonstrasi BERSIH/ 2.0 dengan hujah Islamnya yang sukar ditangkis oleh ulamak UMNO muda dan tua yang seadanya.

saji said...

Salam Dakj,

Sdr d' enricher, antara lain berkata,"Belum sampai masa kita nak jengah Piala Dunia.Tapi kita ucapkan tahniah pada pemain, standart belum samapai lagi. Mungkin kena ikut syle SingaPURA dan merakyatkan pemain bolasepak yang handal-handal."

Komen:

Kenapa kita kena jadi pengikut? Mengapa tak jadi pendahulu?

Nak jadi pendahulu kena ada visi yang jelas. Tapi dok kata kat rakyat, hanya kerajaan UMNObn mempunyai visi yang jelas!

Apa pun, saya tetap dengan hujah saya sebelum ini bahawa, usaha kerajaan UMNObn membangun dan memajukan negara hingga kini sudah sampai ke peringkat apa yang dipanggil dalam ilmu perancangan dan pembangunan bandar sebagai "blur point" atau Melayu titik kabur.

Dengan maksud, para jururancangnya sudah tidak tahu apa yang hendak mereka fikir dan lakukan lagi untuk mengatsi isu2 perbandaran atau urbanisme yang banyak meyusahkan penduduk dan para pengunjunganya membabitkan isu perumahan, isu kemiskinan bandar, isu sosial, isu kesesakan jalan raya,isu pengankutan awam,isu laluan pejalan kaki, isu keselamatan, isu pencemaran alam sekitar dan isu bangunan2 lama yang terbiar usang.

Anonymous said...

hairulfitri kata,

Walaupun sebagai rakyat Malaysia saya sedih dgn kekalahan harimau malaya...tetapi ianya terubat apabila mengenangkan kesedihan pihak tertentu yg tak dapat nak tumpang sekaki dlm bentuk political mileage sekiranya pasukan bola kita menang.


comment:

Inilah sifat manusia hatinya yang sentiasa berdendam dan dengki. Apabila pembesar negara tak ambil peduli dikatanya tak perihatin. Dan apabila pembesar negara bersama rakyat untuk memberi sokongan dikatakan untuk mendapatkan political mileage.

Kalau sdra orang Melayu, inilah sifat asli orang Melayu. Tidak akan berubah sampai kiamat!! Sedarlah sdra!!!

Jinah

Anonymous said...

Salam Datuk.

Blog datuk yg suka membincangkan isu semasa dan tidak bias ini yg menbuat saya suka mengikutinya....

Bila bicara bab sukan bola sepak...ingin sy tumpang sekaki..

1. sejak dulu lagi kita digembar gemburkan dengan pelbagai program pembangunan bolasepak termasuk oleh menteri...tapi ianya hangat bila prestasi team negara merudum ...bila dah memenangi sesuatu kejohanan...rasa ego semua telah melupakan apa yg dirancang seolah2 pencapaian itu akan kekal selamanya....ada juga perancangan yg baik tetapi kerana tidak sebulu ngan pegurusan ianya akan dianaktirikan.

2. Sibuk ngan perancangan besar mereka lupa pada keperluan asasnya. padang sekolah dah seperti jalan tar. tiada rumput langsung ...kalau ada pun hidup segan mati tak mau..kalau dah pelajar sek tiada minat nak main bola dimana kita hendak mencari ganti moktar dahari, santokh,james wong dan yg lain.
Adakah ini kerana dasar pengswastaan kerajaan datuk??? kalau kita lihat perbezaan sek2 yg diselia oleh JKR, padangnya agak berkualiti tetapi kalau projek itu projek segera padangnya hanyalah untuk cukupkan syarat aje. dari segi penyelenggaraan pula kini kebanyakan sek. malah hampir kesemuanya diselenggara oleh pihak swasta dari sapu bangunan sampailah ke jaga pintu pagar....mereka ini mellakukan kerja berpandukan skop yg tertera dan sudah pasti budaya 'tu bukan kerja aku' akan berlaku..waktu dahulu wujud jawatan tukang kebun sekolah ataupun PAR..mereka inilah jaga, tukang sapu dan tukang kebun....kerja mereka atas arahan dan perbincangan dengan pihak pengetua dan rasa 'ownership' tu ada......maaf datuk tulisan saya ni mungkin melalut tetapi itulah realitinya.

3. Akhir sekali saya rasa kalau kita hendak cemerlang seperti dahulu, undurlah kepangkal jalan dan pastikan segala keperluan itu tersedia. janganlah kita berangan nak ke piala dunia kalau bolasepak hanya menjadi permainan utk mengisi waktu pendidikan jasmani pelajar, bukan aktiviti wajib mereka setiap petang.

Harap sesuatu dapat dilakukan untuk menaik taraf semua padang bola sekolah dan paling penting ianya sesuai untuk bermain. dari situ kita pupuk kembali semangat remaja kita untuk bermain bolasepak dan menjadi bintang dimasa depan.

ex-striker

XERONINE said...

Salam Datuk,

1. Terima kasih Sdr OKJ yang berkata: "Untuk mendapat tendangan yg kuat dan laju, otot peha terutamanya keempat-empat Quadricep muscles kena kuat. Selain dari jalan itik, rasanya, panjat pokok kelapa pun rasanya boleh menguatkan otot peha. Jadi eloklah setiap pemain pandai panjat pokok kelapa dan boleh panjat dengan laju supaya otot peha jadi kuat dan tendangan jadi laju.

2. Sekarang saya faham kenapa masih belum ada yang seumpama Almarhum Mokhtar Dahari. Zaman itu ialah zaman panjat kelapa! Kelapa sekarang kelapa rendah, pencapaian pun seumpamanya mungkin.

3. Terima kasih Sdr Maae kerana berkongsi kata dan rasa.

4. NST Jumaat Julai 29 p.4 melapurkan pandangan Dr Yusof Basiron (MPOC) in Australia, "There is something sinister behind the campaign ... to ruin the palm oil industries." Here then lies one of the many challenges that we as Malaysians need to overcome. Not about CUTI dear.

Ramadhan Mubarak.

XERONINE

BALANGLAMA said...

Balanglama

Datuk, semoga sindiran dan perli yang Datuk coretkan dalam tampalan kali ini difahami oleh mereka yang berkenaan dan seterusnya mengambil tindakan yang difikirkan perlu untuk memperbetulkan keadaan yang tidak betul.

Komen Ku Seman juga menyengat nampaknya. Semoga ia membuka mata dan memberi semangat baru kepada mereka yang dilanda penyakit penakut.

-- BALANGLAMA

hairulfitri said...

Aslkum dakj

Kpd sdr Firdaus Shahnas dan Jinah, tiada siapa akan mencemuh PM kita kerana kekalahan harimau malaya jika PM kita bersih drpd kontrovesi serta baik dlm BANYAK perkara.

Rakyat mencemuh bukan kerana dengki atau dendam tetapi memang sebelum ini pun PM, TPM dan pak menteri kita memang terbilang dalam soal steal the show. Lihat saja perbuatan PM beberapa bulan lalu membuat pengumuman tentang insentif pangkat dan gaji baru kepada pengetua dan penyelia sekolah sedangkan sepatutnya pengumuman tersebut boleh dibuat oleh menteri sahaja.

Berita baik yg diharapkan dapat memancing undi bertukar menjadi mimpi ngeri apabila majoriti guru termasuk kesatuan mereka tak puas hati kerana cadangan kerajaan sebenarnya hanya menguntungkan beberapa kerat individu sahaja berbanding dgn beratus2 ribu guru.



Kalau tiada hujah jitu tolong jangan borong org lain dengki atau dendam.

Lebih baik Jinah berhujah menyangkal kenyataan saya bahawa indeks prestasi Malaysia merudum dalam banyak bidang sejak 30 tahun yg lalu

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Rencana Dato' walaupun bersahaja nampaknya tetapi ianya memberi peringatan betapa merosotnya keadaan dalam negara sekarang berbanding dengan dahulu.

Walaupun keadaan nampak mencemaskan tetapi kita masih ada masa untuk mengatur strategi supaya tidak terlepas semuanya dari tangan kita dengan memikirkan pelbagai kemungkinan akan berlaku pada PRU 13 dan apa yang perlu dilakukan wakil rakyat kita yang menang bagi mengelak tragidi dari menimpa ugama , bangsa dan negara.

Alhamdulillah bulan Ramadhan sudah pun datang maka kita perlu gunakan bulan yang berkat ini memandu kita keluar dari keadaan tidak tentu arah kepada keadaan tenang yang membolehkan kita berfikir dengan baik dan tidak bercelaru bagi menyelesaikan apa-apa masalah yang terdapat sekarang.

Dengan mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya Insyaallah Allah akan memberi kita jalan bagi menyelesaikan masalah yang kita hadapai sekarang.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Stratigik Vision,
Petaling Jaya

besi said...

salam DAKJ

player import wakili skuad negara macam tak ngam la... biar la kita kalah tapi puas hati. bayangkan ada pemain import pun kalah gak.. lagi sakit hati....

pasal cuti...heheheh election dah nak dekat dato..faham2 je la

Mike said...

Masa la ni main bola itu satu pekerjaan yang agak lumayan pulangangnya. Motivasi pemain kadang2 naik kadang2 turun bergantung kepada imbuhan yang ditawarkan.
Masa dulu pemain bola bermain bermati2an demi kemenangan Negara tercinta. Imbuhan ynag tidak seberapa itu bukan menjadi modal kesungguhan persembahan setiap permainan.
Jauh sekali kalau ada pula pihak yang cuba menangguk di air keruh atau air bersih menjadikan modal politik murahan. Cubalah cari cara lain yang lebih halus (subtle) dan tidak merosak akal (an insult to the intelligence).
Sedarlah bahawa rakyat masa la ni bukan senang dipemain dan permudahkan. Bagi cuti dia ambil, bagi kain pulikat di ambil, bagi duit dia ambil, tami belum pasti dia pangkah parti kamu.
MA Halim

usabukata said...

salam dato,

nostalgia
bila umur semakin meningkat banyak kenangan zaman kanak-kanak semasa dikampong dan waktu muda remaja datang mengusik jiwa. teringat kawan-kawan lama.
namun begitu saya masih terkenangkan zaman tun mahathir sebagai pm. walaupun ada perkara yang kita tak bersetuju dengan beliau tetapi kita semua merindui beliau sebagai pm. dalam keadaan sekarang tidak banyak yang boleh kita harapkan daripada kepimpinan yang ada. dari sehari ke sehari semakin terhakis dan terkikis hak majoriti. yang minoriti dibagi betis mahu peha, dah dapat peha nak celah peha.

usabukata

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MKM said...

Seperti yang Balanglama kata, sindiran dan perli Datuk ni bukan semua yang paham...

MKM

A KADIR JASIN said...

Pembahas MKM berkata: "Seperti yang Balanglama kata, sindiran dan perli Datuk ni bukan semua yang paham..."

1. Sindir, kias adalah khazanah bahasa dan budaya Melayu;

2. Melayu bukan bangsa yang suka berkonfrontasi. Orang Melayu yang beradat tidak suka melukakan hati orang lain, jadi mereka bermadah kias, berpantun seloka untuk menyatakan sesuatu yang mungkin melukakan.

3. Tetapi hari ini, ramai Melayu wujud hanya pada nama. Mereka tidak lagi arif mengenai budaya bangsa. Malah ramai yang tidak lagi peduli bahasa sendiri dan penguasaan bahasa mereka hambar.

4. Jadi tidak hairanlah jika mereka tidak faham perli dan sindiran. Malah mereka tidak lagi berasa malu atau segan-silu menggunakan nama dan kuasa untuk memaksa dan menakut-nakutkan kakitangan awam. Mereka tidak peduli lagi kepada teguran dan kritikan. Mereka berasa kebal akibat kuasa. Wallahualam.

Terima kasih.

saji said...

Sdr hairulfitri

"Berita baik yg diharapkan dapat memancing undi bertukar menjadi mimpi ngeri apabila majoriti guru termasuk kesatuan mereka tak puas hati kerana cadangan kerajaan sebenarnya hanya menguntungkan beberapa kerat individu sahaja berbanding dgn beratus2 ribu guru."

Komen:

Antara beberapa kerat individu (guru)sahaja itu takkan sdr tak tahu siapa mereka dengan UMNO?

saji said...

Salam Dakj

"Sindir, kias adalah khazanah bahasa dan budaya Melayu;"

Komen:

1. Bukan sekadar khazanah bahasa dan budaya Melayu Dato', bahkan merupkan khazanah ilmu dan ilmuan Islam silam.

2. Mengenai kias ia merupakan pinjam daripada perkataan arab "qias" yang merupakan salah satu sumber sistem perundangan Islam moden, di samping al Quran, Hadis dan Ijma'

3. Jika Dato' perasan saya cenderung menggunakan kias bersifat teknikal yang, berdasarkan pengamatan saya, segelintir sahaja yang boleh faham.

4. Apa pun, penggunaan kias, bagi saya, satu cara mengelak pemberian pendapat yang berunsur fitnah dan mampu memendekan hujah.






....SAJI

saji said...

Sdr ku_ seman

Memang orang India di negara ini sensitif. Mereka sensitif, kerana segelintir bijak pandainya di kalangan profesional, khasnya menjelaskan hak2aya sebagai rakyat Malaysia, walaupun mereka minoriti.

Di mana, antara hak2nya yang dimaksudkan, ialah mendapatkan layanan istimewa seperti yang dinikmati oleh orang Melayu kita, termasuk keistimewaan di bawah DEB.

saji said...

Sdr WADIRONI

"Hal bola, cuti dan propaganda politik itu biasa bukan persoalan , yang penting KETEGASAN dalam apajua hal yg nak dilaksanakan dgn memberikan KEUTAMAAN tujahanya . Bukan sekadar utk memberikan kepuasan mana mana golongan . Pemimpin mesti tegas dengan dasar dan strategi utk kepentingan negara . Perlaksanaan mesti kekal dan jelas tanpa tekanan dan kepentingan diri .

Kerajaan sebenarnya telah hilang ketegasannya ,hak keadilan rakyatnya dan kebenaran terus dipinggirkan . Pilihkasih terus dimanipulasikan demi kepentingan dan keuntungan sekelompok yg taksub kuasa dan harta .Inilah natijah sebuah negara bernama Malaysia."

Komen:

Macam mana nak tegas dengan dasar dan strategi kalau mereka diibaratkan ayam jantan berkokok nyaring dan berderai2 sana sini, sesekali mengepak, tetapi ekornya bergelumang tahi?

Anonymous said...

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,


Nasihat yang baik. Syabas!!

Jinah

Anonymous said...

hairulfitri,

Sdra banyak buat sweeping statement. Yang mencemuh bukan semua rakyat. You are putting words into other peoples mouth.

Jinah

Anonymous said...

hairulfitri,

"Berita baik yg diharapkan dapat memancing undi bertukar menjadi mimpi ngeri apabila majoriti guru termasuk kesatuan mereka tak puas hati kerana cadangan kerajaan sebenarnya hanya menguntungkan beberapa kerat individu sahaja berbanding dgn beratus2 ribu guru."

komen:

Apa mimpi ngerinya? Sdra mungkin mimpi di siang hari.

Jika kesatuan guru tak puas hati mereka boleh duduk berunding dengan kerajaan. Kalau tidak apa gunanya ada kesatuan. Apa pulak mimpi ngerinya.

Otak sdra ni sentiasa berfikiran negatif !!

Jinah

pakbelalang said...

Malaysia kalau nak jadi jagoh bola, pemain-pemainya mesti ada mindset dan semangat yang kental untuk menang setiap kali ada perlawanan. Dari segi fizikal badan mestilah tegap. IQ mestilah cerdik sikit. Saya cadangkan pemilihan akhir untuk dimasukan dalam pasukan negara mestilah diadakan I Q test untuk menentukan tahap kecergasan minda mereka. Ini penting kalau kita nak lihat pemain bermain dengan menggunakan akal berserta dengan tahap fizikal badan yang tegap dan bertenaga.

Saya lihat pasukan negara masih lagi lemah dalam aspek "ball possesion dan ball distribution". Dapat bola terlepas dan bagi bola pun terlepas tidak menepati sasar. Kecergasan minda pemain tidak tajam untuk bertindak balas bila berhadapan dengan lawan.

Dari segi taktik dan strategi, saya rasa ada kemajuan tapi apabila diterjemahkan dipadang selalu tidak menjadi.

Pasukan yang ada sekarang boleh diperbaiki lagi. Kita dah nampak ada potential untuk terus berjaya.

Walau apa pun saya ingin menasihati pemain-pemain jangan khayal nak jadi macam artist apabila dah popular sikit. Dah mula nak jadi celibrity dan merayap-rayap di disco dan kelab dangdut, akhirnya badan tak jaga dan kekuatan tenaga jadi macam pondan apabila bermain. Disiplin diri mesti sentisa dijaga.Bila displin diri tidak di jaga, manager dan jurulatih patut beri nasihat dan kalau tidak diindahkan maka patutlah pemain ini digugurkan supaya tabiat tidak sihat diluar gelanggang ini tidak menular dan di jangkiti ke pemain-pemain yang lain hingga merudumkan prestasi pasukan.

saji said...

Sdr raja2u

"Walaupun keadaan nampak mencemaskan tetapi kita masih ada masa untuk mengatur strategi supaya tidak terlepas semuanya dari tangan kita dengan memikirkan pelbagai kemungkinan akan berlaku pada PRU 13 dan apa yang perlu dilakukan wakil rakyat kita yang menang bagi mengelak tragidi dari menimpa ugama , bangsa dan negara."

Komen:

Berdasarkan pernyataan sdr di atas, apakah antara pelbagai kemugkinan pada PRU 13 nanti yang sdr maksudkan itu ialah keputusan PRU yang mengulagi kekalahan kerajaan Perikatan seperti PRU 1969 dulu?

Anonymous said...

Rahimlpp kata,

Ada puak yang gila nak rebut Putrajaya tak kira apa saja asalkan dapat. Serban dah hilang diganti dengan topi.
5. Puak yang berkuasa pasti nak pertahankan kuasa kerana takut hilang kuasa. Sanggup gadai apa saja.Bila dah menang balik kuasa mungkin boleh tebus balik benda yang tergadai. Biasanya tak tertebus.


komen:

Semuanya dah lupa dan tak sedar diri. Depa tunggu kepala masing-masing kena hentak didinding barulah depa sedar.

Ketika itu kalau masih kuat lagi boleh lah tebus maruah. Kalau tidak mulut ternganga besar kebulurkan ubi kayu tiap-tiap sarapan pagi. Orang lain terus makan cheese and butter. Makanan kita terus ubi kayu hingga ke anak cucu. Silap siapa? Nasi dah jadi bubur akibat perlakuan diri sendiri. Anak cucu pun maki hamun kita kerana kebodohan kita.

Inilah andaian terbaik bagi orang yang dah sedar diri. Yang tak sedar diri lagi akan terus berlaga sama sendiri kononnya nak tegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Walhal diri sendiri belum tentu "BERSIH" !!


Jinah

hairulfitri said...

Aslkum dakj dll

Sdr SAJI

Dibawah pemerintahan UMNOBN khususnya sebelum tahun 1981 kakitangan kerajaan seperti pegawai PTD, jurutera, akitek,polis, tentera, dan hakim bekerja secara prosessional iaitu menjadi penasihat dan pelaksana dasar kerajaan berdasarkan prinsip2 murni spt tulus, cekap, bersih, jujur, demi kebaikan bos paling bersar mereka iaitu RAKYAT ...BUKAN UMNOBN.

Akan tetapi semua itu berubah bila pd tahun 1981 kerajaan mula memperkenal dasar malapetaka spt persyarikatan Malaysia dan pengswastaan yg membawa erti pegawai kerajaan mesti menyokong 110% apa jua dasar yg diputuskan oleh kerajaan dan kroni mereka. Yg paling sedih ada kalanya pegawai kerajaan terpaksa membuat justifikasi atau kertas kerja seperti melepas batuk di tangga kerana keputusan kerajaan telah pun diumumkan. Jadi barua UMNOBN.

Bersambung

hairulfitri said...

Sambungan

Sdr Saji

Satu persatu bidang pekerjaan kakitangan kerajaan yg dulunya professional telah diperkotak katekkan oleh kerajaan waktu itu.
kemuncaknya ialah apabila ketua hakim negara sendiri dipecat kerana tak mau tunduk kpd diktator UMNOBN.

Selepas itu sesiapa di kalangan kakitangan kerajaan yg melawan atau dilihat berkecuali sekali pun akan digam.

Kalau kesetiaan kakitangan spt guru dipertikaikan maka jangan harap nak jadi pengetua.

Kalau sejak menjadi magistret lagi sdr lurus bendul/bersih maka jangan harap nak jadi hakim mahkamah tinggi.

Kalau sebagai jurutera anda terlalu strict dgn kontrektor maka jangan harap nak jadi pengarah JKR daerah atau negeri.

Kalau public relation sdr tak bagus dgn UMNOBN jangan harap nak jadi duta atau pengarah Malaysian Student Dept terutamanya dinegara2 penting spt US, England,dan Australia.

Pendek kata kalau sdr sebagai kakitangan kerajaan nak pegang jawatan penting di peringkat daerah pun spt pegawai daerah,ketua polis daerah, jurutera daerah, pengarah hospital,YDP majlis perbandaran, dan pengetua sekolah anda perlu dilihat sebagai 100% lebih UMNO dari ahli UMNO sendiri.

Bayangkan kalau sdr berangan2 nak jadi hakim mahkamah tinggi, hakim mahkamah rayuan/persekutuan, ketua setiausaha kementerian, ketua polis negara, ketua pengarah jab,imam masjid negeri/negara, mufti dll.

Kadang kala kita hairan, oleh kerana taksubnya mereka ini dgn pangkat dan bos2 politik mereka, perkara yg mereka sanggup lakukan pelik tapi benar , memalukan, serta merosakkan umat manusia.

Pd sdr Saji saya harap dpt menjawap soalan sdr dan menjawap kenapa bumbung stadium roboh, hospital di Sabah tak selamat digunakan,Bakun begitu senang diberi pd Ekran tanpa proper tender proses,perjanjian pengswastaan letrik/air yg sgt merugikan rakyat, hakim tak sanggup arah batalkan keputusan pilihan raya walaupun mengaku terdapat penipuan oleh pemerintah UMNOBN dll

Cukuplah dahulu.Selamat berpuasa.

Hairulfitri

husin syedmohamad said...

Dato,
1/ kuasa bukan lagi dimonopoli oleh majoriti, tetapi pemegang ekonomi atau suara penentu .
2/ Tulisan Dato mengajar kita membaca/mendengar secara kritikal semau pandangan , tidak semestinya menerima tanpa diteliti tujuan. Tujuan mencari "political mileage" tidak mengarah kepada kebaikkan/kecemerlangan. Satu budaya tidak mudah dihapuskan.

Syed Husin mohd

HUSIN PAKTONGKO said...

Asm... Datuk lama tak kunjung blog datuk.
Seronok pula bila cakap pasai bola Harimau Malaya
Sebenarnaya , bukan player yang tak bagus. yelah memang ada kelemahan di sana sini. Yang betulnya Rajagobal tu yang tak pandai atur strategi pertahanan. Cerr tengok barisan pertahanan bila di serang. Hantaran kiri atau kanan lawan , mana perginya barisan pertahanan semua. Perhatikan setiap kali bola dihantar khususnya dari arah tepi pemain pertahanan akan menerpa ke arah gawang gol, tak taulah nak buat apa mungkin nak tangkap bola sama kut? Bila keadaan jadi macam ni penyerang begitu selesa sekali tanpa ada yang cuba challenge. Bila bola di tolak pemain pertahanan biar lawan hanpir 1 meter lega sapa tak kacau.Wallahualam

Anonymous said...

hairulfitri kata,

Lihat saja perbuatan PM beberapa bulan lalu membuat pengumuman tentang insentif pangkat dan gaji baru kepada pengetua dan penyelia sekolah sedangkan sepatutnya pengumuman tersebut boleh dibuat oleh menteri sahaja.

comment:

Itu adalah privilege sebagai PM. Dia ada hak membuat apa sahaja pengumuman bagi pihak menteri-menterinya.Apa yang hendak dipersoalkan. Dan dia pun boleh mengarahkan menteri-menterinya membuat pengumuman bagi pihaknya.

Apa masaalahnya? Benda yang remeh-remeh yang hendak diperbesarkan.

Jinah

Anonymous said...

ku seman kata,

Mengenai semester disesuaikan dengan perayaan Deepavali, saya sikit pun tak terkejut. Memang itulah sikap kita yang sangat baik hati hingga rakyat Melayu hampir mati makan hati. Tengoklah belum apa-apa lagi MIC minta seorang lagi menteri diberi kepada MIC. Bab Hindu, MIC dan orang India sangat sensitif Datuk. Sebab itulah kita layan permintaan MIC meminda Interlok. Tak apalah Datuk, kita bagilah apa yang mereka minta.


comment:

Komen sdra diharap tidak mewakili majoriti bangsa sdra seolah-olah dah macam putus asa. Saya boleh membuat rumusan bahawa perkara yang disebutkan oleh sdra diatas menjurus kepada kebodohan bukan sahaja dari pemimpin Melayu malahan juga kepada orang Melayu keseluruhannya. Pepatah Melayu kata BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH. Maka inilah akibatnya. Nak salahkan pemimpin sahaja adalah tidak adil? Sebenarnya Pemimpin Melayu baik dari UMNO, PAS dan PKR dah diperkudakan dan dilaga-lagakan. Desakan dari kaum lain akan berterusan selagi Melayu tidak bersatu kerana suara Pemimpin Melayu dah tak boleh pakai lagi kerana kaum lain anggap pemimpin Melayu seperti orang "pekak, buta dan bisu". Kaum lain dah tak ambil "pot" atau tak kisah. Suara orang Melayu dah jadi suara "BAPUK" atau pemimpin Melayu seperti dah kena ikat hidung mereka dengan tali dan diheret kemana-mana depa suka baik Najib, Anwar atau pun Nik Aziz. Semuanya dah kena "con" !! Yeh! Yeh! Yeh !! Melopong dan terloponglah orang Melayu. Yang ada pada orang Melayu hanya tinggal satu sahaja iaitu mereka pandai berbahas untuk berlaga sama sendiri!!

Fikir-fikirkanlah dan teruskanlah perjuangan menghancurkan bangsa sendiri untuk terus terlopong!!

Kaum lain apabila dihadapan pemimpin Melayu akan terus berkata "Guo caya sama lu", Najib, Anwar dan Nik Aziz. Tapi dibelakang depa kata " Aiya! Ayo! Bodoh punya Melayu tak bersatu. Guo semua sudah bersatu. Sekalang guo dapat macam-macam apa guo mahu!! yeh, yeh, yeh!

Sekarang kita lihat Najib dah tersepit, Anwar dan Nik Aziz pun juga dah tersepit. Semuanya nak ambil hati kaum lain kerana mereka seolah-olah dah jadi "kingmaker" atau sebagai penentuan untuk menjatuh dan menaikan pemimpin Melayu bukan orang Melayu sendiri. Jadi pemimpin Melayu terpaksa berkorban atau menggadaikan maruah bangsa mereka untuk nak ambil hati semata-mata kerana hendakkan kuasa, baik Najib, Anwar atau Nik Aziz. Prinsip mereka untuk memperjuangkan bangsa telah ditinggalkan atau di gugat secara halus oleh kaum lain.

Apa sebabnya ini berlaku? Tidak boleh dinafikan lagi bahawa ianya adalah kerana perpaduan orang Melayu sudah retak seribu !!!

LONG LIVE MELAYU !!! he, he, he.....

Jinah

ORANGUTAN PENANG said...

TOK KADIAQ

HEBATNYA MYVI SAGA ALZA DAN EXORA
SAMBUTLAH RAMADHAN DENGAN GEMBIRA

TQ

PS JANGAN LUPA PRODUK BUATAN NEGARA

Anonymous said...

Salam DAKJ & para komentar semua...

Pertama.. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Kedua.. Bolasepak.. Zaman kecermelangan bolasepak negara dulu di era 70'an dan 80'an kita ada formasi pemain yg kuat. cuba bayang kembali di bahagian back.. kita ada Dato Soh Chin Aun sbg last man.. Santokh Singh sbg centre back.. ada Jamal Nasir.. dan seorang dua lg yg saya tak ingat. di midfield.. ada Shukur Salleh sbg playmaker.. ada Abdah dan Yunus Alif sbg attacking dan defend midfield.. di bahagia striker.. ada Allahyarham Dato Mokhtar Dahari (the greatest) ada Allahyarham Isa Bakar (the finisher) dan beberapa pemain lagi..

Dan sekarang? ada juga yg berkemampuan tetapi agak kurang kaliber masing2 dalam posisi mereka..

Solusi..

Yang ada di FAM.. kena tukar mindset.. atau kena tukar semua. Tak kira darjat atau pangkat.. put a true footballer yg berkemampuan dan mempunya visi utk menerajui bolasepak negara.

Kita perlu ada scout di seluruh negara utk mencari kanak2 yg berpotensi dan di jinak dgn high class football.

Yang ada di FAM.. setakat tendang bola ping pong saja boleh la kott?

Bolasepak Negara PERLUKAN PERUBAHAN SECARA TOTAL....

1280-K Taman Malik

hairulfitri said...

Aslkum dakj

sdr Jinah , saya ada beberapa persoalan unk sdr:

1. Kalau sdr pandai jangan ingat sdr saja yg pandai.

2. Kalau sdr bodoh dan senang diperbodoh jangan ingat orang lain juga bodoh atau senang diperbodoh.

3. Oleh kerana sdr suka mengutuk org lain yg tak sehaluan tanpa hujah yg bernas maka Saya cabar sdr berhujah kenapa sdr tak pernah mengutuk kerajaan berkaitan perkara berikut atau sdr ada jawapan yg boleh meyakinkan orang2 lain yg tak bodoh spt saya:

a. kenapa dalam kes PKFZ perbelanjaan kerajaan boleh meningkat berkali2 ganda drpd sekitar RM3b kepada melebihi RM12b?

b. kenapa PNB/ sekim ASB melalui anak syarikat mereka iaitu Malayan banking terpaksa membayar lebih RM4b semasa membeli Bank Internasional Indonesia.

c. Kenapa kerajaan pd tahun lalu menyerahkan pada kroni sebuah tanah di hartamas pd harga cuma sekitar RM650jt, sedangkan kalau mengikut harga pasaran boleh mencecah harga RM4.5B.

d. Kenapa ramai juruterbang ATM kita mati katak gara2 membawa kapalterbang atau helicopter yg dah tua bangka berbanding dgn tentera Singapura dan Australia.

e. cukuplah 4 dulu

Kalau sdr gagal maka memang layak saya gelar sdr ni( dan juga Don kan?) sebagai penulis upahan UMNO yg ada dimana2.

Zainal Ariffin Ashari said...

Salam Datuk,
1. Ada orang kata pasukan Harimau Malaya bermain terlalu banyak perlawanan pwersahabatan sebelum perlawanan benar dengan Singapura, sehingga meneyebabkan ramai pemain telah letih.
2. Saya berpendapat yang sebenarnya minda pemain kita telah dikondisikan untuk tewas dan kekalahan itu semua akan/boleh diterima oleh ramai penyokong. Perlawanan menentang pasukan yang kuat tidak memberi pengajaran tapi sebaliknya membuang keluar semangat bersaing para pemain kita.
3. Sebaliknya permainan persahabatn dengan pasukan HongKong/Brunei/Indosnesia mungkin boleh menambah lagi keyakinan pemain2. Manakala pasukan Pilihan Malaysia patut diberi peluang menentang bintang2 pasukan bola EPL tempohari..

Zainal Ariffin Ashari

Anonymous said...

KUALA LUMPUR: Public transport issues should not be politicised by any quarters, said Land Public Transport Commission (SPAD) chairman Tan Sri Syed Hamid Albar.

comment:

My simple question is this. Is Syed Hamid effective as Chairman of Transport Commission?

If he sits there just to give him an office and maybe a fat allowance, he might as well step down. Frankly, I think Syed Hamid is no more productive to hold any post at all. Times up for him to just retire from public office. This job is not suitable for him.

Jinah

Anonymous said...

Hairulfitri,

Saya rasa hujah-hujah sdra macam cerita P Ramli diulang-ulang bepuluh kali. Tapi cerita filem P Ramli tak jemu orang menontonnya. Cerita Sdra ni dah basi masih lagi nak timbulkan cerita yang dah berlalu. Macam dah tak ada modal lain. Itu sahaja yang diulang-ulang!!

Pembahas-pebahas lain dah cerita hal terkini tapi sdra masih lagi berhujah cerita lama.

Jinah

Singgah abbebakar said...

Assalamualaikum Datuk,
Terlalu ambil hati,atau memberi muka atau tiada kekuatan atau terlalu tepu dengan kelemahan. Apakah ahli politik yang mempunyai prinsip, kekuatan dan jati diri bersedia untuk mengadaikan maruah bangsa, budaya dan agama untuk kepentingan politik remeh semata?

Mustapha Ong said...

Salam Al-Mubarak Ramadan kepada DAKJ dan seisi keluarga di dalam dan diluar negeri,

Saya yakin kita sebagai Muslim dan Muslimat akan sama-sama menghormati bulan kesucian untuk menghayati kebesaran bulan Ramadan yang penuh hikmah Nya.Elok lah kita kikiskan perkataan yang berlumpur, kotor and berbau perkauman agar bangsa 1Malaysia dapat hidup bersama dalam suasana yang harmoni dan bersatupadu untuk mencapai kedaulatan negara.

Dalam bulan Ramadan ini, kita harus menahan nafsu kita untuk membahas sesuatu isu dengan bahasa yang lebih halus dan bersopan santun. Hakikat ini patut diamalkan sepanjang tahun pada mula nya bulan Ramadan sehingga akhir nya segenap 30 hari berpuasa dari segala-segala nya yang bertentangan dengan agama Islam.

Saya mengimbas kembali apabila perdana menteri Najib mengumumkan kenaikan pangkat Palanivel daripada Timbalan Menteri kepada Menteri, ada yang membantah dalam MIC (dengan suara yang ego dan sombong) yang menyatakan "ultimatum" bahawa hanya MIC yang patut mewakili kaum India dalam Barisan Nasional. Sekiranya ada ura-ura kedengaran kemasukan parti India yang lain, MIC akan menguggut keluar daripada BN...pi lah, pimai tangtung!

Apakah jasa MIC kepada kaum India jika bukan disebabkan pemurah hati Najib untuk memberikan segala tuntutan yang terdapat wajar kepada kaum India sejak beliau memegang tadbir Kerajaan.Samy Vellu mahupun mana-mana pemimpin MIC tidak seharus nya menuntut jasa mereka kepada kaum India dan mereka tidak sebodoh nya seperti disangkakan.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan pembahas yang saya hormati. Alhamdulillah kita diberi kesempatan berpuasa tahun ini dan sembahyang terawih.Ini semua kurniaan Allah untuk kebaikan kita jua.Wujudnya suasana tenang membolehkan kita berfikir dengan baik. Kepada Saudara Saji kita merancang Allah menentukan. Apa-apa boleh terjadi dalam PRU 13 termasuk apa yang sdr nyatakan.

Pada peringkat ini adalah sukar mana-mana parti politik bertukar haluan kerana telah terikat dengan rakan seperjuangan.Yang boleh membawa kebaikan adalah individu-individu atau kumpulan individu menggunakan pengaruh masing-masing untuk membawa kebaikan.Yang penting kita sebagai rakyat menyatakan apa yang kita rasa baik untuk negara. Kita juga jangan berlengah menegur pemimpin yang menyeleweng.Kemudian kita undi siapa yang kita yakin amanah menjalankan tanggungjawab mereka.

Tidak kira mana kumpulan yang menang. Yang penting wakil rakyat kita tidak kira dari mana parti mempunyai kemahuan menjaga kepentingan ugama , bangsa dan negara.Perubahan mana-mana dasar hanya boleh berlaku jika disokong majoriti wakil di parlimen.Adalah diingatkan kita tidak boleh melepaskan diri diakhirat dengan mengatakan pemimpin kita yang menyebabkan kita membuat kesalahan. Allah memberi contoh kita hendaklah taat dengan ibu bapa kita selagi mereka tidak mendesak kita membuat sesuatu bertentangan dengan perintah Allah.

Saya yakin anak muda kita boleh melakukan ini semua.Mereka telah melepasi garisan takut dan berani berfikir diluar kotak.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

azhar said...

salam dato akj

menang dengan pemain yang diwarganegarakan bukanlah satu kemenangan yang hebat.relakah atau sudikah kita mewarganegarakan pemain handalan dunia untuk bermain untuk kita.

berkenaan cuti yang banyak saya rasa ramai yang suka dari yang tak suka.

mengenai unsur politik dalam sukan negara rasanya kita memang tak dapat elakan kerana negara memang ditadbirkan oleh parti politik.

hairulfitri said...

Aslkum dakj dan pembahas

Sdr Jinah nak suruh Tan Sri Hamid Albar bersara?

Saya bersetuju beliau bersara drpd menjadi pengerusi SPAD tapi jangan bersara mencari platform lain demi membuat kebaikan kepada manusia terutamanya umat Melayu Islam.

Kalau nak salahkan Syed Hamid berikutan perjumpaan persatuan pemandu teksi dgn ketua pembangkang itu satu tindakan atau cubaan memgkambing hitamkan beliau.Lagi pun umur SPAD baru setahun jagung. Dan apalah kuasa yg ada SPAD dalam menangani keluh resah pemandu teksi. Orang yg patut bertanggung jawap terhadap penindasan kerajaan dan kroni mereka terhadap pemandu teksi ialah Perdana Menteri, mantan Perdana Menteri dan menteri yg menjaga pengeluaran permit teksi.


kerajaan UMNOBN yg selalu mengganas rasuah selama ini telah merompak pemandu teksi dengan memberi permit teksi kpd syarikat kroni dan bukannya langsung kepada pemandu teksi. Dan syarikat kroni pulak mengenakan caj Rm40-RM50 sehari kepada pemandu teksi yang menyewa teksi mereka.

Bayangkan kalau ada 30,000 teksi kategori ini maka kroni akan mengutip 30000XRM50=RM1,500,000 per hari dan RM45,000,000 sebulan dan bersamaan RM540,000,000 setahun. Bayangkan kalau 10 tahun jumlah wang yg diperah drpd pemandu teksi yg 90% Melayu adalah berjumlah RM5.4b. Contoh klasik bagaimana UMNOBN "MENOLONG" melingkopkan orang Melayu.

Sistem yg digunakan menyebabkan setiap pemandu teksi dirompak RM1500 sebulan. Kalau wang itu tidak perlu dikongsi dgn kroni dan menteri maka saya yakin pemandu tak perlu bekerja hingga lewat malam,tak perlu tipu meter dan mampu tersenyum bila mengambil penumpang.

Udahlah hutan dijarah, tanah rakyat dicuri, perbelanjaan dan hasil kerajaan diseleweng,komisyen ditagih, keringat pemandu teksi pulak diperah.

Oleh yg demikian Sdr Jinah yg perlu bersara atau dibersara adalah pemimpin besar UMNOBN bukan pengerusi SPAD saja.

SAtu perkara lagi kpd sdr Jinah, apa juga yg berkaitan dgn kebaikan , apatah lagi kejahatan tidak akan ada tempuh tarikh luput kerana akan di hisab dihari kiamat. Isu ini mesti sering dibangkit2kan atau diulang2 agar dpt menimbulkan kesedaran dan dpt menjadi ingatan kpd rakyat supaya lebih berhati2 dalam memilih kerajaan.

Anonymous said...

Salam Datuk AKJ..
Saya selalu menilai kekuatan fakta dalam berbincang (mungkin juga berdebat)dlm ruangan ini. Berdasarkan penilaian itu tak banyak yang sahih, lebih banyak bersifat daif sahaja. Jadi, fakta daif tak boleh jadi hujah. Krn itu jangan sampai sanggup mati pertahankan "hujah".Ikutlah seperti prinsip penerimaan hadis.

Lagi satu, jangan balas "hujah" dengan merapu atau macam budak tak sekolah. Kawal emosi... bukan dinamakan perbincangan bila temui kebenaran kita tak mengakuinya.

Ingatlah setiap perkataan kita ada nilainya disisi Allah swt. Jangan nanti kita muflis di akhirat. Segala amal ibadat terpaksa diberi kepada orang yang kita fitnah. (tanpa kita menyedarinya).

Abdullah

Anonymous said...

From OLD Umno

Salam Dato" Kadir, would like to ask you what you think of TS Kadir Sheikh Fadzir say about the current Umno. This is what he said and reported by Malaysian Insider.

Dissent no longer allowed in Umno, says Abdul Kadir
By Shazwan Mustafa Kamal

August 02, 2011
KUALA LUMPUR, Aug 2 — Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir laments Umno’s present disdain for dissent and open debate, charging it as a “regression” from the eras of Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj and Tun Abdul Razak.

The former Umno minister and supreme council member told The Malaysian Insider he was “worried” about the Malay party’s current political culture, saying it starkly contrasted with the Najib administration’s push for transparency and openness.

“Unfortunately things have changed a lot within Umno since the times of the late Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein Onn. Back then there was a lot of freedom to voice out our opinions, a lot of room for dissent and open debate..

“But now you don’t have that kind of environment,” Abdul Kadir told The Malaysian Insider, citing the current circumstances has pushed him to join Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) where he can voice out issues that could not within his own party.

The former tourism minister cited the backlash to Datuk Saifuddin Abdullah’s stand on the Bersih 2.0 rally, where the deputy higher education minister disagreed with the way the government had handled the July 9 event.

“It was just a comment, it did not mean he was going against his party or the government, but now there are calls within Umno for him (Saifuddin) to be sacked.

“This never happened in the past,” added Abdul Kadir.

He also compared the present Umno leadership to the past ones, and used the case of former Umno Youth Chief and Selangor Mentri Besar Datuk Harun Idris to illustrate his point.

“Most of us in Umno Youth did not agree when Datuk Harun was charged with corruption. We became witnesses against the government back then. We went against our own government to campaign for Datuk Harun around the country...but no action was taken against us, even though there was a difference of opinion.

“It did not mean we were going against BN or the government, it was just a difference of opinion,” said Abduk Kadir.

Between 1975 to 1977, the late Harun was found guilty on various charges of corruption and was sentenced to six years’ jail. In 1981, Harun was pardoned by the Yang di-Pertuan Agong on advice of the then Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed, after serving three years of his sentence.

Despite his lament about the party’s current mood, Abdul Kadir said that he would remain with Umno and work for the party.

“My whole adult life, I have been with Umno, I am still holding positions within the party...there are a lot of things that I agree with Umno, with some of its other policies,” said the veteran politician who is currently treasurer for the Kulim Bandar-Baharu Umno division.

Abdul Kadir is now one of three deputy presidents of Amanah, led by former finance minister Tengku Razaleigh Hamzah who remains Gua Musang Umno division chief and the Gua Musang MP.

Thank you, Tok. OLD UMNO

Anonymous said...

hairulfitri,

Semua soalan sdra saya lihat dari sudut kelemahan manusia dalam membuat decision making process. Bukannya kerajaan yang membuat keputusan. Itu semua adalah tanggong jawab Pengurusi dan Lembaga Pengarah syarikat.

Dasar-dasar kerajaan semuanya baik. Semua dasar-dasar kerajaan ada manfaatnya kepada rakyat, tapi ada kalanya orang yang diamanahkan kadangkala ada yang bijak dan ramai juga yang kurang bijak dan tidak cekap seperti terdapat CEO yang menguruskan syarikat-syarikat GLC. Itu sebabnya ada bermacam kepincangan berlaku dalam syarikat-syarikat yang sdra maksudkan. Malangnya kebanyakkan dari CEO GLC adalah orang Melayu, bangsa sdra sendiri, termasuklah juruterbang dan penyelenggaraan kapal terbang yang kurang cekap. Menyalahkan jet "tua bangka" adalah tidak tepat.

Jawapan saya ini ringkas sahaja. Tak payahlah saya nak jawab panjang-panjang! It is all about people.

Sdra cubalah cari apa lagi perkara-perkara yang sdra kata ada berjela-jela lagi untuk diketengahkan. Kalau saya boleh jawab, saya jawab. Mungkin pembahas lain boleh jawab soalan sdra juga.

Masaalah saya orang UMNO atau bukan tak payahlah diungkit. Its very childish indeed. It is better to remain silence about our political inclination. I don't care whether you are PAS, PKR or DAP or UMNO! Lets try to free ourselves to debate with an independent mind. We should not have a one track mind and thinking of all negative things all the way!!


Jinah

affendi hussain said...

Salam Dato & para pembahas sekalian.

Bola & Singapura

1)Kita org Malaysia sepatutnya bersyukur kerana kita mampu menghasilkan bakat-bakat muda baru. Rajagobal patut mula cari & tambah lg bakat baru untuk Kelayakan WC2018 pula..skuad Harimau Muda skrg akan 6thn lebih tua menjelang masa itu.

2)Negara seperti Jepun & Singapura sudah masuk ke fasa the dying nation kerana kadar kelahiran yg rendah. Negara tua & penuh org tua. Itu roda kehidupan.

3)Tidak seperti Jepun yg amat taksub maruah & jati diri bangsa mereka, polisi fleksibel Singapura mengimport segala bakat luar Foreign Talent(FT) untuk tuai hasil jangka pendek tanpa fikir kesinambungan negara jangka panjang. Ini adalah brainchild sebenar LKY sendiri kerana mastermind sebenar S'pore Albert Winsemius
sudah lama tiada. Bakat sebenar LKY adalah diktator, bukan pemikir..apabila dia berfikir dia memusnah. Negara ciptaan Winsemius di ambang senja skrg.

4) Apa yg nak dibanggakan oleh warga asal Singapura..polisi Foreign Talent ni sebenarnya dah makan diri jadi TI - Talent Invasion

5) Malah jika ditakdirkan Maharaja Lee Kuan Yew mangkat esok lusa, seluruh dinasti & negaranya akan porak peranda.

6) Mereka tiada pelapis selain dikalangan kerabat mereka saja.

7) Kita dah diajar dlm sejarah bahawa faktor tumbang sesebuah dinasti adalah kerana diperintah oleh raja yg lemah mental, emosi & rohani.

8) Sumber luar dinasti (pembangkang) hanya tinggal yang tidak berkualiti, yg bijak & mampu menyengat semua sudah dibankrapkan. Begitu juga hampir perihalnya dlm parti UMNO.

"tyranny of the minority"

1) Sudah menjadi trait pemimpin UMNO skrg dilanda sindrom akut koro & ultra apologetik.

2) PM pi Kedah, dia taboq duit kat SRJKC saja walhal sekolah madrasah & pondok jauh lebih daif.

3) Ketika pemimpin majority bersikap sebegini, mereka juga dah jadi tyranny of the minority.

4) Mereka ini dah ibarat neo-aristokrat (bangsawan baru).. House of Razak & Onn..skrg tambah House of Mahathir. Di kem pembangkang ada House of Lim, Singh Co. & Anwar, Nik Aziz & Hadi Awang.

5) Bila pemimpin majoriti dah tak jaga org majority, itu isyarat tanda mereka akan tumbang.. Dlm sejarah tamadun China apabila kemarau, kebuluran & malapetaka melanda, ia adalah mandat dari Tuhan utk menumbangkan & menggantikan dinasti pemerintah.

5) Dan kita sbg org Malaysia, Muslim & Melayu terutamanya tak perlu risau kerana kita sentiasa menghasilkan bakat baru, tak seperti Singapura.

6) Tak perlu risau jika tiada Najib, Hishamudin atau kesinambungan selepas R.A.H.M.A.N.. berlambak-lambak 'talent' di luar sana.

Hanya menunggu peluang, mencari peluang dengan syarat selamat tak di palang atau diganyang pemimpin semasa tersayang..

Salam Ramadhan Mubarak 1432H

Wallahualam

(",)

Anonymous said...

hairulfitri,

What a shame to call me upahan UMNO. If I were you I won't brand others as upahan PAS, UMNO or PKR. It reflects how low your level of intelligence is!! Shame on you!! A debate is a debate. So it is best for you to debate according to whatever views you have. But to say that somebody is being paid or (upahan) without knowing the truth is really fitnah of the first order. No class, indeed!!!

I suggest you stop accusing anybody who is not having same wavelength with you as penulis upahan. Satu penghinaan kepada penulis komen diblog Datuk ini.

Jinah

Anonymous said...

hairulfitri kata,

kerajaan UMNOBN yg selalu mengganas rasuah selama ini telah merompak pemandu teksi dengan memberi permit teksi kpd syarikat kroni dan bukannya langsung kepada pemandu teksi.

comment:

Dahsyat sekali sdra menuduh UMNO merompak memandu teksi!!

Sdra reflect balik dan fikirkan dengan tenang mengapa permit teksi diberikan kepada syarikat dan tidak diberi kepada individu . Apa tujuan asalnya? The pros and the cons!!

Jinah

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ

Sdr Jinah dan pembahas budiman

1. Pemimpin UMNO memang suka menindas rakyat dan mereka akan gunakan segala media yg mereka kawal(disamping menutup media yg melawan mereka) untuk menagih sokongan rakyat yg kurang cerdik atau cerdik tapi memilih untuk bersekongkol.Apakah lagi justifikasi sdr yg mengiakan perbuatan pemimpin UMNO menidakkan permit teksi kepada individu? Satu permit setiap pemandu tidak mungkin menyebabkan pemandu berkenaan menjadi kaya. Akan tetapi penjimatan Rm1500(tanpa org tengah) sebulan tentu akan membuatkan pemandu berkenaan hidup seperti manusia biasa. Susah sangat ke nak faham hujah ini.

2.Dlm sudut pelajaran pemimpin UMNO memang hipokrit. Anak Melayu dipaksa ke sekolah Melayu apabila UMNO yg kononnya memperjuangkan dasar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menghapuskan semua sekolah Ingeris. Tapi tanpa segan silu Najib Razak sendiri dihantar belajar di England. Anak2 Mahadhir sendiri belajar keluar negeri. Sekarang anak Najib juga pergi kesekolah luar neg/ sek antara bangsa.
Anak2 Melayu lain berkobar2 belajar di sek melayu. Sayangnya bila bahasa Inggeris mereka tidak bagus , org Melayu yg minda mereka telah dijajah mengutuk Melayu sendiri. Cina dan India apalagi tompang 2 mangkoklah.
Kalau ada suara mencadang utk menghidupkan semula aliran Inggeris pemimpin hipokrit inilah yg dengan "LANTANG KONON" membantah. Mereka juga dgn tiba2 "mendengar" dan "akur" bantahan kumpulan penulis Melayu.

Kenapa soal2 lain spt soal pegnswastaan, tol lebohraya,pilihanraya bersih,mahkamah bebas drpd campur tgn politik dan pemberian lesen pd pengeluar letrik swasta mereka tak pernah mau dengar pendapat NGO termasuk NGO Melayu?

Kenapa ye Sdr Jinah?

Anonymous said...

Kadir said,“But now you don’t have that kind of environment,” Abdul Kadir told The Malaysian Insider, citing the current circumstances has pushed him to join Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) where he can voice out issues that could not within his own party.

comment:

Stupid Kadir. When he was a Minister he was really haprak. He made a lot of blunders. Now act pulak cakap UMNO doesn't allow dissent. What rubbish he is talking. Baca je lah blog-blog di internet temasuk blog Datuk yang kadang kala hentam juga UMNO dengan lantang. Saya pun hentam UMNO tapi orang kata saya UMNO trooper juga atau penulis upahan.

Apa benda lah si Kadir ni. Cermin lah muka sendiri apa yang dia dah buat kat UMNO. Nothing.!!!

Jinah

Anonymous said...

hairulfitri,

Nak tanya berapa ribu penuntut Melayu yang dapat belajar luar negeri atas tajaan Mara, JPA dan lain-lain agensi kerajaan?

Nak tanya berapa ramai permit teksi yang diberi kepada individu di pajakkan kepada orang lain dan tidak diusahakan sendiri?

Jinah

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ dan pembahas.

Apabila bekas menteri UMNO spt Ku Li dan Tan Sri Kadiak mengkritik pimpinan tertinggi UMNO sebagai mereka2 yg tak boleh menerima pendapat yg berbeza maka orang lain tak perlulah cuba nak menegak benang basah.

Pemimpin UMNO ADALAH DIKTATOR tak kira di peringkat mana mereka berada sama ada dicawangan, bahgian, negeri maupun pusat. Yg menang dan kalah menggunakan beratus ribu rgt atau malah berjuta semasa bartanding.Kumpulan yg kalah disisih macam ahli parti pembangkang.Ku Li sendiri disisih/dinafikan hak bertanding jawatan presiden UMNO.

Dah cantik bila Ku Li dan Kadiak kritik pemimpin UMNO. Lebih cantik jika mereka tinggalkan UMNO demi kebaikan mereka sendiri iaitu tak bersekongkol atau bertolong2an dgn pemimpin UMNO dalam melaku kemungkaran.Better late than never.

Tak gitu sdr Jinah?

hairulfitri said...

ASlkum DAKJ dan pembahas

Sdr Jinah

Memanglah dah beribu2 Melayu mendapat biasiswa belajar keluar neg melalui MARA,JPA dsbnya.

Soalan yg lebih relevan yg sdr Jinah patut tanya pd kerajaan yg sdr puja2 ialah kenapa pada tahun 1970an dan 1980an secara bandingan dgn jumlah penduduk Melayu ketika itu, jumlah peruntukan biasiswa/pinjaman untuk pelajar Melayu keluar neg ketika ini jauh lebih kecil, dalam keadaan GDP kita telah meningkat berkali2 ganda?

Soalan kedua ialah kalau kerajaan UMNO benar2 berjuang untuk Melayu kenapa hapuskan HAK ISTIMEWA MELAYU spt biasiswa pd pelajar Melayu dan gantikan dgn PTPTN, secara tak langsung menurunkan/menyamakan taraf Melayu sebagai penduduk peribumi dgn bukan peribumi.

Sebagai org Islam saya tak ada masaalah kerajaan jaga memberi biasiswa pd non bumi yg miskin tapi jangan la sampai menghapuskan hak Melayu yg sedia ada.

Pasal individu memajakkan teksi pd org lain saya yakin itu perbuatan ahli atau kroni UMNO kerana mereka mempunyai lebih drpd satu permit.Jadi selayaknya permit BERLEBIHAN mereka ditarik dan diberi pd ramai orang yg memerlukan.

Sehubungan dgn itu bukankah perbuatan syarikat kroni yg dpt beribu2 permit mempelawa org persaorangan menggunakan/menyewa permit teksi mereka jugak boleh membawa erti MEMAJAKKAN.

Tak gitu sdr Jinah

langitbiru said...

Mula-mula PERKASA

Tiba-tiba muncul KITA

Akhir-akhir ini, seruan AMANAH

Persamaannya, SEMUA adalah serpihan UMNOBN.

Persamaannya, SEMUA nya adalah 'sokong membawa rebah' kpd UMNOBN.

ATAU UMNOBN sekarang seumpama 'retak menunggu belah'

Anonymous said...

hairulfitri,

Terus terang saya kata jawapan sdra tidak bijak! Ada cacatnya dan tidak perlu saya jawab selanjutnya. Sdra hanya cuba hendak mempertahankan hujah sdra dengan memberi alasan-alasan yang kurang bijak.

It doesn't make sense.

Jinah

hang_nadim2 said...

Salam Datuk dan Salam Semua

Saya tertarik dengan tulisan ku seman dan Jinah

ku seman kata,

Mengenai semester disesuaikan dengan perayaan Deepavali, saya sikit pun tak terkejut. Memang itulah sikap kita yang sangat baik hati hingga rakyat Melayu hampir mati makan hati. Tengoklah belum apa-apa lagi MIC minta seorang lagi menteri diberi kepada MIC. Bab Hindu, MIC dan orang India sangat sensitif Datuk. Sebab itulah kita layan permintaan MIC meminda Interlok. Tak apalah Datuk, kita bagilah apa yang mereka minta.


comment:

Komen sdra diharap tidak mewakili majoriti bangsa sdra seolah-olah dah macam putus asa. Saya boleh membuat rumusan bahawa perkara yang disebutkan oleh sdra diatas menjurus kepada kebodohan bukan sahaja dari pemimpin Melayu malahan juga kepada orang Melayu keseluruhannya. Pepatah Melayu kata BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH. Maka inilah akibatnya. Nak salahkan pemimpin sahaja adalah tidak adil? Sebenarnya Pemimpin Melayu baik dari UMNO, PAS dan PKR dah diperkudakan dan dilaga-lagakan. Desakan dari kaum lain akan berterusan selagi Melayu tidak bersatu kerana suara Pemimpin Melayu dah tak boleh pakai lagi kerana kaum lain anggap pemimpin Melayu seperti orang "pekak, buta dan bisu". Kaum lain dah tak ambil "pot" atau tak kisah. Suara orang Melayu dah jadi suara "BAPUK" atau pemimpin Melayu seperti dah kena ikat hidung mereka dengan tali dan diheret kemana-mana depa suka baik Najib, Anwar atau pun Nik Aziz. Semuanya dah kena "con" !! Yeh! Yeh! Yeh !! Melopong dan terloponglah orang Melayu. Yang ada pada orang Melayu hanya tinggal satu sahaja iaitu mereka pandai berbahas untuk berlaga sama sendiri!!

Fikir-fikirkanlah dan teruskanlah perjuangan menghancurkan bangsa sendiri untuk terus terlopong!!

Kaum lain apabila dihadapan pemimpin Melayu akan terus berkata "Guo caya sama lu", Najib, Anwar dan Nik Aziz. Tapi dibelakang depa kata " Aiya! Ayo! Bodoh punya Melayu tak bersatu. Guo semua sudah bersatu. Sekalang guo dapat macam-macam apa guo mahu!! yeh, yeh, yeh!

Sekarang kita lihat Najib dah tersepit, Anwar dan Nik Aziz pun juga dah tersepit. Semuanya nak ambil hati kaum lain kerana mereka seolah-olah dah jadi "kingmaker" atau sebagai penentuan untuk menjatuh dan menaikan pemimpin Melayu bukan orang Melayu sendiri. Jadi pemimpin Melayu terpaksa berkorban atau menggadaikan maruah bangsa mereka untuk nak ambil hati semata-mata kerana hendakkan kuasa, baik Najib, Anwar atau Nik Aziz. Prinsip mereka untuk memperjuangkan bangsa telah ditinggalkan atau di gugat secara halus oleh kaum lain.

Apa sebabnya ini berlaku? Tidak boleh dinafikan lagi bahawa ianya adalah kerana perpaduan orang Melayu sudah retak seribu !!!

LONG LIVE MELAYU !!! he, he, he.....

Jinah


Komen

1)Bagi saya, tiada masalah yang tidak dapat di atasi, dan tiada penyakit yang tiada ubat. Melainkan tidak izin Allah.
2)Sebenarnya orang melayu memerlukan seorang pemimpin yang adil, bijak, dan taqwa kepada Allah. Selagi orang melayu tidak mempunyai pemimpin tersebut, selagi itulah orang melayu bermasalah, dan selagi itulah Malaysia tidak menjadi sebuah negara contoh.

Sekian Terima Kasih
Harap Maaf
Wassalam

langitbiru said...

Langitbiru

PM Malaysia : R.A.H.M.A.N

Seorang sahabat kata, PM malaysia seterusnya mungkin juga R.A.H.M.A.N.

.....Razaleigh...kemudian Anwar..!!!

Anonymous said...

Langitbiru,

Segala-gala Melayu di alam politik Semenanjung Malaysia ini adalah serpihan UMNO, baik PAS mahupun PKR sendiri..

Nak fanatik pun jgnlah main taram je.. fikir dulu..

Semua sama, sokong membawa rebah kpd umat Melayu beragama Islam. 2x5

Cermin-cerminlah diri nak mengata org.

-Pemerhati PBB-

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ

Sdr jinah , perbuatan sdr yg terus menanggap hujah balas org lain sebagai cacat, tak bijak dsbnya adalah kata2 hampas yg tidak menunjukkan kecerdikan sdr pula

Kalau hujah saya pasal biasiswa kpd pelajar Melaya semakin kurang dan pemberian permit teksi pd sykt kroni adalah kerana gara2 pembaziran,ketirisan dan ketidak perihatinan kerajaan pujaan anda iaitu UMNO, maka sdr kemukakanlah hujah yg lebih jitu.

Memang dasar penulis upahan yg malas buat homework. Mungkin tak lama lagi akan kena pecat.

Mohd Khairul Anwar said...

Salaam Dato' KJ

Saya sebagai orang Pendang sangat bangga dengan pendirian YBhg Dato'. Harap media msm bagi ruang kepada idea bernas ini.

Saya rasa Pongal akan diminta dijadikan cuti umum tak lama lagi. Mana ada di dunia kumpulan penduduk yang kurang dari 10% dari populasi sesebuah negara minta macam-macam. Saya masih ingat kata Samy Vellu, 10% aje kuil yang ada di negara ini "halal" yang lain tanpa izin.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Mengenai cadangna utk melatih pendatang pendantang tanpa izin melakukan aktiviti pelbagai utk negara kita ni,UMNO telah puan melakukannya.Mereka sedang nmelatih 1.2 juta PATI utk turut serta dlm PRU13 ini sebagi pengundi.Skg heboh bagaiman telah pun dijumpai seoran gbernama Mismah yg dpt status "PR" pd pagi bila petang dia dah jadi warga Malaysia dan didaftarkan sebagia pengundi di Kuala Selangor.Bukti ini jeas UMNO akan melakukan apa shj demi temboloknya.Jika perlu mereka menggadaikan Malaysia ini,mereka tidak akan teragask agak utk melakukannya.Byang pd masa akan dtg berapa ramai lagi yg akan mendapat kerakyatan Malaysia tanpa masalah sehingga akhir nya PATI ini menjadi majoriti dan megnuasa negara ini.Pd UMNO langkah langkah ini adalah amat patriotik penyokong penyokong meeka amat berbangga diatas kebijksanaan pemimpin pemimpin mereka utk mengembalikan pengaruh UMNO pd masyarakat

langitbiru said...

"Segala-gala Melayu di alam politik Semenanjung Malaysia ini adalah serpihan UMNO, baik PAS mahupun PKR sendiri.."

Sebelum merdeka, Gerakan Hizbul Muslimin dengan berpaksikan AGAMA dan kaum Melayu, meniup api perjuangan, JIHAD menentang Penjajah British. British mengambil langkah amat keras kepada pejuang Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh para ulama dan cendikiawan Melayu.

Tahun 1940an, beberapa tahun yang mana kebanyakan Bangsa Penjajah mula meleraikan ikatannya kepada Tanah Jajahan mereka. Satu persatu tanah jajahan diberi kemerdekaan. Penjajah British begitu senang dengan kumpulan elit Melayu, yang akhirnya menubuhkan UMNO pada 1946.

Dalam pada itu, tekanan berterusan dilakukan kepada pemimpin Melayu Islam Hizbul Muslimin. Kumpulan ini tidak sehaluan dengan UMNO. Namun, untuk 'menyelamatkan diri' dari penjajah zalim British, mereka menyertai UMNO dibawah Biro Agama UMNO. Mereka mula meniup slogan HIDUP MELAYU. Inilah 'perkahwinan' pertama antara 2 kumpulan yang berbeza DASAR PERJUANGAN DAN IDEOLOGINYA. 'Perkahwinan' ini dilangsungkan dengan MEMBUBAR gerakan Hizbul Muslimin, masuk UMNO.

'Perkahwinan' ini tidak bertahan lama. Selain dasar perjuangan dan ideologi yang berbeza, mereka berbeza lagi sekali 'kriteria' untuk kemerdekaan. Akhirnya, mereka keluar UMNO. Mereka tidak menubuhkan kembali Hizbul Muslimin yang diharamkan British, sebaliknya menubuh parti baru, PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS).

Jadi, PAS bukan berasal dari UMNO atau serpihan UMNO. PAS mengistiharkan 'kriteria' kemerdekaan dari British adalah KEMERDEKAAN SEPARUH MASAK.

UMNO menerima kerakyatan warganegara automatik lebih sejuta kaum Cina dan India DEMI untuk 'kemerdekaan separuh masak'. UMNO membuang menendang keluar ulama-ulama dan cendikiawan Melayu Islam sebaliknya mewujudkan perikatan dengan kaum pendatang.

13 Mei 1969, rentetan kemenangan dalam pilihanraya (kaum pendatang yang menentang UMNO), tercetus peristiwa berdarah.

Sejurus kemudian, berlangsung peristiwa RUJUK antara 2 parti Melayu- Pas dan UMNO-'Perkahwinan Kedua'. TAPI kali ini, PAS tidak membubarkan partinya sebagaimana Hizbul Muslimin dulu. Sekali lagi, perkahwinan ini gagal. PAS ditalak 2.

Akhir-akhir ini, PAS dilamar lagi oleh 'bekas suaminya'. LAmaran bukan kerana CINTA, tapi kerana cemburu buta kerana 'bekas isterinya' bertunang dengan musuh ketatnya DAP. lamaran kerana dirinya mula hilang kepercayaan dari kaumnya dan 'kaum pendatang'.

Belajar dari kegagalan 2 perkahwinannya yang lalu, PAS menolak lamaran UMNO, kerana lamaran itu bukan diatas dasar CINTA KERANA ALLAH, tapi cinta kepada kuasa.

JAngan kita beriman di samping manusia, TAPI kufur disamping Allah, nauzubillah.

Kesimpulannya, PAS bukan serpihan UMNO.

Benar, Semangat 46 serpihan UMNO.
Benar, KITA serpihan UMNO
Benar, PERKASA serpihan UMNO
Benar, PKR serpihan UMNO
Benar, AMANAH serpihan UMNOBN

Kalau begitu banyak serpihan, mampukah TIANG SERI (UMNO) bertahan?

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ dan pembahas budiman


Kpd Sdr Langit Biru

Terima kasih memberi penerangan yg sgt jelas lagi berguna kepada org ramai termasuk saya yg buta atau samar2 pasal sejarah konon perjuangan UMNO dalam konteks kemerdekaan negara

Orang Melayu masih ramai ditipu oleh sejarahwan UMNO yg terus memutarbelitkan fakta seolah2 PEMIMPIN mereka lah pahlawan bangsa yg wajib ditaati , digeruni, yg pandai memerintah dan dijadikan tempat meminta pertolongan dulu, kini dan selamanya.

Pada mereka atas dasar perjuangan Melayu maka tipu undi pun tak pe.Tak berdosa.
Demi menghapuskan orang yg mereka gelar petualang atau pengkhianat bangsa maka penggunaan jentera kerajaan seperti polis, hakim dan pendakwa adalah dihalalkan...tak pe tak berdosa.

Atas nama perpaduan Melayu maka Parti Semangat 46 ditelan UMNO.Mujur PAS dan PKR tak termakan propaganda media UMNO yg pengarangnya mungkin lebih takut pemimpin UMNO berbanding Allah.

Perangai sebahgian ahli atau penyokong UMNO jelas mengingatkan kita tentang persamaan dgn degilnya kaum Yahudi apabila memberi seribu satu alasan apabila Nabi Musa memerintah mereka menyembah HANYA Allah.

Tapi kita tak boleh berputus asa. Betul masih ramai Melayu berkiblat MALAH ADAKALANYA SEOLAH2 BERTUHANKAN UMNO. Melalui penerangan yg berterusan tanpa jemu SERTA BERHEMAH dari orang yg cintakan akhirat melebihi dunia maka lebih ramai Melayu akan mendapat hidayah dan seterusnya mentalakkan UMNO.

Fikir2lan lah. Kalau masih tak dpt buat keputusan sila berjumpa seberapa ramai ustaz(pewaris nabi dan rasul) untuk panduan. Tolong jgn tanya org yg beri pandangan ikut logik akal semata2.

Hairulfitri

Anonymous said...

hairulfitri kata:

Kalau masih tak dpt buat keputusan sila berjumpa seberapa ramai ustaz(pewaris nabi dan rasul) untuk panduan. Tolong jgn tanya org yg beri pandangan ikut logik akal semata2.

comment:

Zaman sekarang ada bermacam-macam jenis manusia yang bergelar ustaz dianggap sebagai pewaris nabi dan rasul. Ada ustaz celibirity, ada ustaz politik, ada ustaz celup dan ada juga ustaz dual-personality!

Jadi yang mana satu yang layak dipanggil ustaz pewaris nabi dan rasul? Siapa yang berhak boleh mengiktiraf seorang ustaz itu pewaris nabi dan rasul?

Sikap sdra yang kuat menafikan segala-galanya peranan UMNO dalam memperjuangkan hak orang Melayu tidak boleh disangkal lagi. Teruskanlah perjuangan sdra itu asalkan sdra bahagia!! Jiwa sdra bukan jiwa UMNO. Jadi apa yang UMNO lakukan semuanya dianggap berdosa!! Tidak ada yang halal. Semuanya haram!! Syabas!!

Jinah

Anonymous said...

Tinta Hitam,

Your comment doesn't make sense. Merapu-rapu !! Full of unfounded allegations!! How I wish to agree with your comment but it is all pure rubbish!!

Jinah

Anonymous said...

hairulfitri kata:

Kalau hujah saya pasal biasiswa kpd pelajar Melaya semakin kurang dan pemberian permit teksi pd sykt kroni adalah kerana gara2 pembaziran,ketirisan dan ketidak perihatinan kerajaan pujaan anda iaitu UMNO, maka sdr kemukakanlah hujah yg lebih jitu.


comment:

Apa gunanya saya kemukakan hujah sdra yang saya anggap banyak menjurus kepada hujah yang bersifat fitnah dan tidak berasas. You must substantiate your accusation with evidence and facts! Barulah hujah sdra boleh saya akui dan hormati sebagai hujah yang ikhlas dan bijak!!

Jinah

Anonymous said...

langitbiru kata:

Benar, Semangat 46 serpihan UMNO.
Benar, KITA serpihan UMNO
Benar, PERKASA serpihan UMNO
Benar, PKR serpihan UMNO
Benar, AMANAH serpihan UMNOBN

Kalau begitu banyak serpihan, mampukah TIANG SERI (UMNO) bertahan?

comment:

Tentu sekali UMNO tak mampu bertahan. UMNO pun akan jadi serpihan juga.

Tapi yang malang sekali ialah orang Melayu mungkin semuanya nanti akan jadi serpihan juga akhirnya dalam negaranya sendiri. Wallahualam!!.

Jinah

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ dan pembahas yg dirahmati

Sekiranya Allah kabulkan doa saya dan ramai lagi org Melayu lain, inshaAllah UMNO akan menjadi parti serpihan. Waktu itu taulah nasib pemimpin2 besar UMNO dan org yg selama ini senang lenang mencuri harta rakyat dgn restu pemimpin2 UMNO.

Orang Melayu dibawah pemimpin PR yg telah selama ini terbukti bersih atau terkenal belum pernah mencuri harta rakyat, TIDAK AKAN MENJADI BANGSA SERPIHAN, seperti yg cuba diwar2kan oleh sdr Jinah...sang penulis upahan UMNO.

Orang Melayu hendaklah yakin dan percaya bahawa masih ramai org Melayu di luar sana yg jujur pd rakyat.Kalau memang org spt Nik Aziz, Hj Hadi dan Anuar terpalit dgn kes salah guna kuasa dan rasuah, sdr2 ingat polis/SPRM akan duduk diam? Oleh yg demikian jangan sekali2 diperbodoh oleh propaganda UMNO bahawa "pemimpin parti lain pun 2x5 temberang jika berkuasa nanti".

Sebab itu kita harus berani memberi peluang kepada UMNO menjadi PEMBANGKANG. Kalau tidak, bila lagi kita nak cuba kebolehan pemimpin alternatif spt Nik Aziz, Hj Hadi, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Tony Pua, Sivarasa, Azmin Ali dan berlambak2 lagi pemegang ijazah Phd yg menjadi penyokong/simpatisan PR.

Saya hanya berkehendakan yg terbaik untuk memimpin negara. Pemimpin yg mencuri, hipokrit, tindas, fitnah org seks/liwat, berpoya2 tentunya jauh panggang dari api.

Anonymous said...

nak baca komen pun x de mood bila byk sgant komen merapu si jinah ni keluar

VOG

About Me

My Photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).