Monday, September 26, 2011

Antara "Dajal" Dan Laut Dalam


A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan  “anonymously”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

DALAM bahasa Inggeris ada satu ungkapan yang berbunyi “between the devil and the deep blue sea”. Diterjemahkan literal ke bahasa Melayu ia bererti di antara dajal dan laut dalam yang biru warnanya.

Ia merujuk kepada dua pilihan saya sama besar ancamannya. Ungkapan ini tidak asing kepada kepemimpinan politik dan orang ramai yang berpendidikan Inggeris, tetapi mungkin dianggap kasar atau kesat oleh yang tidak biasa dengannya.

Dalam konteks pilihan raya umum yang akan datang, apakah ini pilihan yang ada kepada kita?

Boleh jadi kerana tanggapan umum terhadap orang politik begitu negatif maka jarang mereka mengaitkan orang politik dengan laut dalam yang biru airnya.

Mereka lebih kerap mengaitkan politik dan orang politik dengan dajal. Maka diciptakan pula frasa yang berbunyi “it’s better the devil know than the devil you don’t” – lebih baik dajal yang kita kenali dengan yang tidak kita kenali.

Di Barat yang kini menjadi “kiblat” politik ramai Melayu dan bukan Melayu liberal, mereka sangat tidak menyukai dan jarang sekali mempercayai orang politik. Jadi, jolokan “devil” itu kerap dirujukkan kepada mereka.

Hatta seorang pembesar politik yang dikagumi kerana kehebatan tindak tanduk dan tipu-helahnya pun dikaitkan juga dengan dajal. Dia dikatakan “devilishly clever” – cerdik macam dajal.
  
Pilihan Dalam PRU Akan Datang

Jadi, menjelang PRU akan datang, apakah pilihan yang ada kepada pemilih di Malaysia – adakah di antara dajal dan laut dalam yang biru warnanya atau antara dajal yang mereka kenal dengan yang tidak mereka kenal?

Minta dijauhkan Allah, pilihan yang akan dikemukakan kepada kita nanti hendaknya bukanlah dajal sebaliknya insan-insan yang boleh kita panggil pemimpin.

Barisan Nasional/Perikatan telah menguasai politik Malaysia (Malaya) sejak Pilihan Raya Dewan Perundangan Malaya tahun 1955. Di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat pula, hanya Pas mempunyai rekod yang lama mentadbir negeri. DAP dan PKR baru pada tahun 2008 berkongsi memerintah negeri.

BN menjadi sangat lemah ketika pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menang besar pada PRU 2004 dan kalah teruk pada PRU 2008.

Abdullah menjadi mangsa liberalisasi politik yang tidak terancang dan pembawa-larian pentadbirannya oleh beberapa kerat “insider” yang digelar Budak-Budak Tingkat Empat. Mereka terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan pegawai-pegawai peribadi beliau.

Mohd Najib Abdul Razak naik menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 apabila Abdullah dihambat keluar oleh gabungan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Naib Presiden kanan Umno masa itu, Muhyiddin Mohd Yassin.

Atas sebab itu, Mohd Najib terpaksa berhati-hati apabila berurusan dengan Dr Mahathir dan Muhyiddin yang kini timbalan beliau merangkap Timbalan Presiden Umno.

Abdullah cuba menjadikan “Islam Hadhari” wadah perjuangannya dan jatuh tersungkur. Hari ini, Islam Hadhari hampir-hampir tidak disebut lagi.

Mohd Najib mempunyai jauh lebih banyak gagasan dan slogan. Daripada 1Malaysia kepada rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), Pemandu, KPI, NKRA dan pada malam menjelang Hari Malaysia 16 September lalu, memperkenalkan pula “cool factor” dengan mencadangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) serta beberapa akta polok yang lain.

Banyak pihak menyindir dan menyelar retorik beliau, tetapi kerana kepandaian beliau dan “handlers” beliau memperkenalkan satu demi satu penjenamaan, rakyat jelata keliru dan akhirnya lupa janji-janji yang belum ditunaikan atau gagal pelaksanaannya sebaliknya gembira dengan janji-janji baru yang diperkenalkan satu demi satu.

Injit-Injit Semut Mohd Najib

Ada kalanya beliau memaksa pembangkang menari mengikut rentak beliau dan ada masanya rentak tarian beliau sama dengan rentak pembangkang.

Apabila beliau menguar-uarkan “package” liberalisasi politik yang termasuk pemansuhan AKDN, rentak beliau sama dengan rentak pembangkang sekian lama berkempen menghapuskan Akta itu.

Tetapi, pokok pangkalnya Mohd Najib, Umno dan BN akan diadili mengikut kriteria yang lebih asas dan fundamental seperti prestasi ekonomi, kenaikan kos sara hidup, pengangguran, kadar jenayah dan isu-isu harian.

Pemansuhan AKDN mungkin mempopularkan Perdana Menteri di kalangan pengundi minoriti Cina dan India, tetapi akan menimbulkan masalah di kalangan pengundi majoriti Melayu yang selama lebih 40 menjadi penyokong kuat ISA.

Jentera BN meramalkan prestasi baik pada PRU akan datang, termasuk menawan semula Selangor. Kalau keyakinan ini ada asasnya, ia bukanlah kerana BN telah menjadi lebih kuat, tetapi kerana PR menjadi lebih lemah.

Perkembangan dalam parti-parti PR dan di antara mereka memberi gambaran wujudnya masalah ideologi, dasar dan pendekatan yang luas.

Tarik tali antara Pas dan DAP mengenai Negara Islam/Hukum Hudud lawan sekularisme tidak membantu memperkukuhkan PR manakala isu kesinambungan kepemimpinan terumbang ambil akibat kes mahkamah ketua mereka, Anwar Ibrahim.

Keceloparan Timbalan Presiden baru Pas, Mohamad Sabu, membantu Umno kerana ramai anggota pasukan bersenjata dan perasanya marah kepada Pas. Undi pos polis dan tentera sudah dalam tangan BN.

Tetapi dengan mencadangkan pemansuhan ISA, Mohd Najib mungkin melukakan perasaan kelompok yang sama yang mengorbankan nyawa dan jasad mempertahankan negara daripada keganasan komunis dan pelampau-pelampau lain.

Duit Senjata Mohd Najib

Senjata utama Perdana Menteri adalah memberikan peruntukan khas kepada kelompok-kelompok tertentu yang menguasai peti undi.

Ini boleh beliau lakukan dengan mudah kerana beliau menyimpan banyak peruntukan belanjawan di JPM dan Kementerian Kewangan yang kedua-duanya beliau kawal.

Manakala senjata pembangkang pula adalah  kejayaan mereka memaksa Kerajaan menari dengan rentak dan irama mereka.


Antara senjata tajam yang berjaya mereka gunakan adalah tujuk perasaan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Akibat kecelaruan Kerajaan menangani tunjuk perasaan itu, PR yang bersekongkol dengan Bersih, mendapat faedah di luar jangkaan.

Walaupun Kerajaan menafikannya, tetapi majoriti berpendapat tunjuk perasaan itu telah memaksa Kerajaan bertindak balas dengan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

Pembangkang juga mempunyai bukti yang kuat bagi mendakwa yang kerana tekanan merekalah, Mohd Najib bertindak balas dengan mengemukakan pemansuhan AKDN dan beberapa akta lagi yang selama ini mereka tentang.

Bergantung kepada bila Kerajaan membentangkan rang undang-undang pemansuhan AKDN, Pembangkang terpaksa menyokongnya, tetapi mereka belum tentu akan menyokong rang undang-undang bagi mewujudkan dua akta keselamatan baru bagi menggantikan AKDN.

Bukanlah kemenangan bagi pembangkang kalau satu akta dimansuhkan, tetapi diganti oleh dua akta baru.

Melainkan BN memperoleh semula kelebihan suara dua pertiga di Dewan Rakyat dalam PRU akan datang, ia terpaksa meminta bantuan PR bagi meluluskan  dua rang undang-undang keselamatan itu. Ini bermakna, rang undang-undang itu perlu didrafkan sebagai rang undang-undang dua pihak yang membabitkan BN dan PR.

Pendek kata, walaupun kita tidak mahu pilihan kita dalam PRU akan datang menjadi “Pilihan Hobson” iaitu pilihan antara dua dajal  --  dajal yang kita kenal dengan dajal yang kita tidak kenal --  kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa yang akan menentunya adalah parti-parti yang bertanding.

Merekalah yang akan menentukan sama ada calon-calon yang mereka kemukakan dan manifesto yang mereka tawarkan cukup bersih untuk secara sahih mencampak jauh unsur-unsur dajal yang kita takuti itu atau mereka akan mengemukakan watak-watak dan piagam yang sama.

Wallahualam.

66 comments:

Anonymous said...

Telah dibaca.

Sangat memuaskan. TQ.

-anti komunis-

d'enricher said...

Dato,

Maaflah, rasanya Istilah Dajal itu kurang tepat lah kerana kita kena terima bahawa istilah itu 'specific' kepada mahluk akhir zaman ciptaan Allah.

Ia ada makna yang tersendiri walaupaun ramai mempunyai anggapan bahawa ada maksud yang tersirat.

Devil (Boleh jadi Hantu ke puaka ke)tapi bukan dajal.

Seperti kata Dato, walaupun ramai juga yang mengatakan bahawa "it is better the devil you know than the the devil you don't", yang kita cari pemimpin yang berwibawa.

Kalau lah sistem kita ini boleh kearah "KEADILAN" pastinya tak kira devil you know ke tak, dia buat pasal masuk mahkamah dan apabila sah ... penjara.

Kalau Hukum Allah dipraktikkan, kalau sah ... potong tangan ke, rejam ke dan sebagainya.

Yang pasti, hukum itu akan menjadi "deterent", tapi kalau dah berani buat tanggunglah risikonya.

A.Alshukor.

peon twin tower said...

Dato

Membaca posting Dato kali ini.

kadang kala bukan devil we dont know ataupun deep blue sea yang rakyat marhaem mahu jauhi, akan tetapi the few angel yang berada di sekeliling Najib yang kita ragui.

Anonymous said...

peringatan dato mengenai dr m & my adalah sesuatu yg perlu diberi perhatian oleh umno dan pm

hang dajjai

Mat Debu said...

Dia dipilih oleh orang melayu. Dari parti meleyu.Tindakannya menyakiti hati meleyu. Jika ini berlaku dia memang dajal.

Anonymous said...

Salam Dato',
Mungkin kita patut elak Dajjal yang kita tahu/kenal/known. Dajjal yang belum dikenali mungkin bukan Dajjal. Kalau Dajjal juga, then kita elak mereka semula dalam piihanraya sesuai dengan semangat demokrasi yang kita semua amalkan. Salam- Din

The Eugenist said...

Salam..

Uncle Kadir,

Dalam keadaan politik yang serba "unpredictable" dewasa ini, syaitan yang kita kenali pun boleh merubah menjadi malaikat yang paling ditakuti..

Hesmel Faznee Faisal

ORANGUTAN PENANG said...

BRAVO TOK KADIAQ,

A brave man is a man who dares to look the Devil in the face and tell him he is a Devil.

A politician is the devil's quilted anvil; He fashions all sins on him, and the blows are never heard.

JANGAN TABSUB KENGKAWAN,PR ATAU BN

TK

abdullahngah said...

Datuk,

Saya nak tanya sikit, mengapa Datuk kata,Abdullah menjadi mangsa liberalisasi politik yang "tidak terancang" dan pembawa-larian pentadbirannya oleh beberapa kerat “insider” yang digelar Budak-Budak Tingkat Empat. Mereka terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan pegawai-pegawai peribadi beliau.

Perkataan "Menjadi mangsa" jelaa ia dilakukan secara terancang punya Tun Abdullah letak jawatan, kerana tertekan oleh suatu perancangan menguling.

Bagi saya, jika Tun Abdullah tak letak jawatan pasti akan berlaku pergulingan macam Tun Mahathir Mohammad lakukan keatas Tun Husein Onn dulu.

Bagi saya yang naik sekarang ini terdiri daripada golongan dajal dajil kecil yang jika dibiar kekal memerintah akan menjadi dajal besar pula.

Muhammad Rafiq said...

Salam Dato',

Saya berasa resah kebanyakan orang bertepatan dengan pendapat Dato': "... Umno dan BN akan diadili mengikut kriteria yang lebih asas dan fundamental seperti prestasi ekonomi, kenaikan kos sara hidup, pengangguran, kadar jenayah dan isu-isu harian."

Selain itu, prestasi UMNO masa kini tidaklah membayangkan apa-apa ledakan pembaharuan yang berimpak besar, jika dinilai dari pelbagai sudut.

Saya setuju pentadbiran Najib tidak ubah dari penjenamaan belaka. Sesiapa yang faham Ekonomi akan dapat menilai dengan cepat bahawa program-program yang diuar Najib hanyalah 're-branding' (penjenamaan semula) atau 'reengineering' (merekayasakan) dalam tahap tepu.

Memandangkan Najib tidak mempunyai ketrampilan kepimpinan yang menyerlah serta gemar amat untuk 'outsource' pemikiran, kemimpinan beliau hanyalah 1-2 peratus jika dibandingkan dengan arwah bapanya.

Transformasi tidak boleh dilihat dan diukur hanya dalam beberapa tahun. Mengapa kecoh-kecoh 'Bapa Transformasi? Bukankah itu 'penjenamaan' namanya?

Muhammad Rafiq

saji said...

Salam Dakj,

Yang saya tahu, orang-orang UMNO/BN dan penyokong kuatnya yang menggunakan ungkapan “between the devil and the deep blue sea”/di antara dajal dan laut dalam yang biru warnanya ini untuk mengatakan, UMNO/BN lebih baik daripada yang tidak baik.

Anonymous said...

Kerana itulah selama ini saya mengesyorkan undi diberi mengikut calun dan bukan mengikut parti.

Meminjam tinta DAKJ, adakalanya kerajaan memaksa pembangkang mengikut rentak tarinya. Adakala, kerajaan yang menari ikut rentak pembangkang.

Bila masanya antara mereka yang menari ikut rentak rakyat?

Kerana itu, penting untuk mengundi calun yang paling berkebolehan dan dipercayai tanpa mengira parti.

Fed Up

Anonymous said...

1. “between the devil and the deep blue sea”. 2. It’s better the devil you know than the devil you don’t”

Ungkapan 1 mengingatkan saya kepada perbicaraan Datuk Mokhtar Hashim dahulu:

Abu Talib Othman: I put it to you that you're now caught between the devil and the deep blue sea.

Datuk Mokhtar: I don't understand the question.

Ungkapan 2 pula mengingatkan saya kepada kata-kata Anuar Musa dalam meyuarat agung tahunan UMNO 1981 atau 1982 di mana Anuar (masa itu penyokong kuat Ku Li) cuba memperlekehkan ucapan Mahathir yg menyebut ungkapan tersebut dalam merujuk kepada Musa Hitam (the devil that he knows) dan Ku Li (the devil that he doesn't know). Kata Anuar: Devil tetap devil sama ada you kenal atau tak kenal. Ianya sama sahaja.

dpd: org lama

besi said...

dato...harapnya pemimpin2 kita baik sebelah BN dan PR ada usaha yg lebih unggul dlm menyelamatkan negara kita dari malapetaka ekonomi. ( ayam sekilo rm11.20 dah)
income macam tue gak.....masalah global lagi ke? aduh.....

abdullahngah said...

Rakyat negara kita terutama yang menamakan dirinya melayu Islam ini tak tahu nak pilih pemimpin yang tak dajal, kerana mereka telah lama didajjal.

Seorang dajal yang telah didajjalkan oleh dajjal musthail akan memilih calon wakil rakyat yang tak dajjal.

Mereka pasti memilih calon wakil rakyat yang terang terangan dajjal yang bermata dua yang tak lain dan tak bukan bermakna pada mereka.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
affendi hussain said...

Kalau PAS pandai, dia letak calon kat semua kerusi MCA, Gerakan & MIC yg majoriti pengundi kawasannya Melayu jika UMNO/BN masih tidak berupaya mendengar suara akar umbinya..pasti PAS tidak kerana cintanya pada DAP dalam pelukan Pakatan.

Sentimen semasa, org Melayu beragama Islam lama dah makan hati dgn tingkah laku & tindak tanduk kaum minoriti..

PAS & UMNO tak perlu sebut perubahan atau transformasi jikalau masih lagi menjadi pencacai cinta yg maha menyedihkan ini yg meletakkan status umat Islam Malaysia di lapik kaki pentas politik & sosio-ekonomi..PKR boleh dilupakan saja kerana di situlah lubuk2 makhluk politik mutasi.

PAS & UMNO..Org ludah ke muka pun masih ada rasa cinta ke? Mau layan lagi ke Dr. Porno & co., anak beranak neo-sosialis & singh tak pakai serban?

Pathetic.

("/)

berasiam said...

Salam Datuk AKJ,

Agak mengelirukan tentang keperluan majoriti dua pertiga di Parlimen dengan penggubalan undang-undang dan pindaan Perlembagaan. Rasanya majoriti dua pertiga hanya diperlukan dalam kes pindaan Perlembagaan. Untuk mansuh akta dan gubal yang baru mencukupi hanya dengan majoriti mudah sahaja. Jadi kerajaan tidak perlu risau dan terpaksa ikut rentak pembangkang untuk gubal dan luluskan undang-undang baru walaupun tidak memiliki majoriti dua pertiga di Parlimen.

awang batuburok said...

Salam Dato,

Apa pun istilah yang digunakan perkara yang paling penting ialah bagaimana nak mewujudkan sistem demokrasi yang membentuk semua pihak, samada parti yang menang atau parti yang kalah supaya tahu menghormati hak rakyat untuk membuat pilihan secara telus dan adil.

Jangan ada penipuan yang sangat menjolok mata, jangan ada sikap membalas dendam kesumat yang menafikan hak rakyat yang tidak menyokong parti yang menang maupun parti yang kalah.

Setelah PRU nanti hormatilah keputusan majoriti rakyat, tunaikanlah amanah yang diberikan oleh rakyat. Ingatlah menunaikan amanah itulah yang akan menjadi penentu kemenangan atau kekalahan yang hakiki, yg hanya diketahui apabila kita dibangkitkan untuk diadili oleh Allah SWT di padang mahsyar nanti.

Samada kita memilih Dajal atau Laut Biru Yang dalam, kesemuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti. Kita tidak ada pilihan dan tidak boleh melarikan diri dari pengadilan Allah SWT. Itulah aqidah ISLAM....

husin syedmohamad said...

Datuk,
1/ Bagaimana kehidupan anak cucu jika pemimpin- pemimpin yang mampu di pilih hanya terdiri dari hantu/ syaitan . Pemilihan hanya mencari terbaik dari yang terburuk. Mungkin itu satu kenyataan senario semasa.
2/ Ucapan/ungkapan dari ahli politik , ke dua pihak , nampak lebih retorik dan lakunan dari kebenaran. Jika ada kebenaran belum dapat di rasai hasil kenyataan tersebut.
3/ Sangat sukar kah menyatakan kebenaran walau pahit?. Ia dapat diterima rakyat. Bagaimana mungkin maklumat menteri bercanggah dengan ketua profesional?. Itu antara ungkapan menteri dengan ketua Bank Negara. Kenyataan Governor Bank Negara lebih diyakini kerana di tampan perangkaan dan unjuran.
4/ Usah disalah ahli politik, kenapa kita mempercayai mereka?. Adakah kerana kita tidak ada pilihan?. Adakah kita hanya boleh memilih antara dua hantu dan bukan dua manusia yang kita boleh terima kesilapan mereka tapi bukan kesalahan mereka.

doncin cai said...

@tuan tanah
salam
tolong kasi tau e-mail address.. ada perkara yang akan saya hantar..
ty
------------------------------------
untuk tajuk ini... komen saya ialah.. kerajaan sekarang dah tiada duit.. bas sekolah yang rosak, kos pembaikan dalam 15k...pun tak mampu nak bayar !!
gamaknya pelbagai kemungkinan sebab apa terjadi :
- memang duit sengaja tidak di gunakan... persiapan untuk election kut !!!!!
- atau memang betul betul tiada duit

Anonymous said...

Asslamualaikum Dato'

Maaf mencelah... Seperti yang diketengahkan oleh pembahas d'enricher, saya juga merasakan persamaan watak antagonis yang Dato' bayangkan dengan istilah "dajal" kurang tepat, malah agak keterlaluan.

Terjemahan Dajjal dalam bahasa Inggeris ialah Anti-Christ, iaitu makhluk yang memusuhi Nabi Isa a.s. dan agama yang dianuti oleh Nabi Isa a.s. serta pengikut-pengikutnya.

Mungkin lebih lembut mengibaratkan watak-watak antagonis yang Dato' kemukakan ini dengan panggilan "jembalang" ke.... Jadi tak adalah mereka dilihat sebagai memusuhi agama ahli kitab... Wallahu'alam...


Mom-o-Success

Anonymous said...

Samdol said.....Tetapi dengan mencadangkan pemansuhan ISA, Mohd Najib mungkin melukakan perasaan kelompok yang sama yang mengorbankan nyawa dan jasad mempertahankan negara daripada keganasan komunis dan pelampau-pelampau lain.... itu sudah pasti..serupa Paklah dah calar imej pdrm dgn suruhajaya bebal dia..yg dia sendiri sebagai tim menteri KDN dan Menteri KDN tidak tahu kelemahan dan ketinggal dalam bagai bidang ...undi Pos dan keluarga ipar dui dan sauadar meka dan sahabat andai lari ke pakatann.. Dato perasaan berapa byk undi Pos yg rosak .. Kali ini saya ingat tak mustahil....

saji said...

Salam Dakj,

Melainkan UMNO berterus terang mengatakan Malaysia negara sekular, tidakkah di kalangan parti-parti dalam BN juga wujud masalah ideologi, dasar dan pendekatan, kalaupun tak luas?

saji said...

Sdr Fed Up

Kalau tidak keberatan, boleh sdr berikan nama calon BN dan PR di kawasan sdr pada PRU 12 dulu?

Anonymous said...

Ybhg Datuk Kadir

Harun Lazim menulis

Cerita pasal Devil, saya pun ingin mengimbau cerita Daredevil yang dibuat pada tahun 2003. Cerita ini dipadankan daripada komik superhero Amerika yang juga menggunakan tajuk yang sama. Cerita ini tentang seorang peguam cacat yang memperjuangkan hak asasi rakyat. Suaranya sangat lantang dalam memperjuangkan hak asasi dan hak sama rata. Sehingga pada suatu hari beliau berkata "Langkah Mayat dia dulu kalau mahu tegakkan negara Islam".

Adapun yang mengketengah konsep negara Islam ini adalah seorang Devil Buster. Seorang yang tinggi ilmunya yang sangat dihormati semua golongan. Jarang orang memberin komen buruk kepada Devil Buster ini.

Maka di atas ketentuan yang sukar untukn difahami bersepakatlah antara hero Daredevil dan Devil Buster untuk menjatuhkan Pemerintahan Devil Berantai. Jika Harimau Berantai amat digeruni, apa lagi dengan Devil Berantai . Adapun pemerintahan ini mendapat nama jolokan sedemikian kerana one after another pembesarnya kononnya sama sahaja. Ibarat mata rantai basikal yang sukar untuk dibezakan

Persetiaan antara Daredevil dan Devil Buster bukan susah sangat untuk difahami. Kita runtuhkan rumah yang ada dahulu. Kemudian baru kita fikirkan apa bentuk rumah yang akan dibina. Selagi rumah lama ada, bagaimana kita hendak buat rumah baru.

Pemikiran macam ini pun bahaya jugak. Tenguk sajalah apa yang berlaku di kampung ibrahim Libya. Pakat ramai ramai lawan Gadaffi. Lepas Ghadaffi tewas pakat lawan sama sendiri. Orang Berghenzi kata mereka patut jadi kepala kerana mereka yang mula pemberontakan. Orang Misurata kata merekalah yang lawan habis-habisan kerana di Misurata Pertempuran paling dahsat. Orang Zintan pun tidak mahu diperlekeh perjuangan mereka. Akhirnya NATO kata akulah yang patut jadi ketua kerana akulah yang bom senjata berat Ghadaffi. NATO kata tanpa jet pejuangnya jangan harap boleh tewaskan Ghadaffi. Akhirnnya NATO yang jadi ketua.

Cerita Clash of The Devil ini tidak ada kesudahan. Ceritaanya diBluetooth dari telinga ke telinga sehingga terganggu produktiviti.

Tenguk Red Devil bertarung dengan MU mungkin boleh hilangkan rimas.

Anonymous said...

Dato'

Saya ingin komen satu sahaja.

Berkenaan dengan pilihan, "It’s better the devil you know than the devil you don’t”

Saya rasa perkara yang paling utama adalah ketika ini, kita ada "pilihan". Tidak sama dengan dulu kerana 10 tahun yang lepas PR tidak wujud.

Dengan sebab ada "pilihan" ini, lanskap politik negara kita berubah daripada dahulu.

Ada yang cuba untuk sedaya upaya untuk menamatkan "pilihan" ini supaya kita kembali ke zaman politik zaman sebelum.

Apakan sebenarnya impak "pilihan" ini kepada rakyat kita dan negara secara keseluruhan.? adakah baik atau buruk? mungkin ini boleh didebatkan.

Pada pandangan saya,

"it is better to able to choose a better devil from the two then not to be able to have a choice at all"

South Man

Hj Munawir said...

Dato.

Tulisan Dato agak keliru.Ada kah Dato mencadangkan kapada raayat dalam PRU akan datang kita memileh Dajal yang kita kenal dan biasa dari Dajal yang belum kita Kenal.Ini bermaana Dato mencadangkan kita memileh BN.

Cabaran Najib dalam PRU akan datang datang dari dalam rumahnya.Dia mesti menghapuskan Dajal itu dahulu.


Ramai orang UMNO sekarang merasakan yang Najib ,demi hendak menjaga dan mengambil hati kaum cina dan India telah menjalankan banyak polisi yang tidak menyenangkan ramai orang Melayu.

Ada kah orang Cina akan mengundi BN.Jawabnya tidak.Mereka telah merasa blood dan mereka mahu banyak lagi darah.Dalam kerusi Parliment UMNO sabanyak 82 kerusi,UMNO tidak akan menang dalam 50 kerusi tampa sokongan kaum Cina dan India.Ini yang merunsingkan Najib.

Pendapat saya Najib perlu mengubal samula sistem pilehanraya dan meniru apa yang di buat oleh Singapura ia itu Group MP,jika BN mahu terus berkuasa.Kawasan Pilehan raya juga perlu di pinda samula.Najib hanya lah berupaya membuat semua ini jika ia suspent Parliment dan guna kuasa dharurat.Jika tidak BN akan kiss good bye.

Jika kedua2 puak Dajal,ramai pengundi dalam PRU akan datang mahu mencuba Dajal yang baru.

Saya tidak tahu bagaimana BN mahu menawan samula Selangor,Kedah dan Peneng.Selangor telah di tabir dengan baik.Reserve Kerajaan negeri telah mencecah 1.2 billion ringgit.Jika kita pergi di Peneng dan bertanyaq orang Cina di sana semuanya sokong DAP.Orang Melayu pun dah nampak yang kerajaan DAP banyak menolong mereka.Kroni2 UMNO sudah lari lintang pukang.

Di Kedah pula,mengikut Dato Affifuddin,orang lama UMNO,selagi Dato Azizan menjadi MB sukar bagi UMNO Kedah untok menawannya.Apa lagi UMNO kedah sekarang di ketuai oleh sdr Bashah selaku Ketua Perhubongan.Mengikut Affifuddin,sdr Basha LCE pun tak lulus.

Kelangtan pula selagi ada Nik Aziuz sukar bagi UMNO untok menawannya.Jika BN tidak hati2 Terangganu pun akan Jatoh.

Nasib luncai lah Dato.

maae said...

Salam Datuk,

1.Bila Datuk kisahkan dajjal, ramai manusia sekarang tak percaya atas kewujudan dan bala bencana akibat kezaliman nya. Dan 'Blue ocean' di gambarkan laut cetek, mudah di teroka yang mesti di redah dengan 'kepercayaan'. Insan-insan di anggap komoditi.(perkataan insan di gunakan merujuk pada yang beriman dan berakidah)

2.Kita faham dalam strategi niaga 'blue ocean' bererti tiada Pesaing. Peraturan BELUM tercipta. Kita buat seperti Mat Jenin sudah lama impi kan. Lupakan pesaing dan lupakan peraturan semasa. Maka sepantas kilat kita lupakan apa yang memadai , mencukupi buat ketika ini, mengharap situasi atau pasaran bulat tidak di teroka yang lebih memberi keuntungan berganda-ganda.

3.Konon lengkap prasarana nya selari teknologi, melangkaui selera manusia, kita mesti monopoli dan berjaya. Maka benar lah Mat Jenin dulu bukan berkhayal semata-mata kerana dia mengamalkan 'blue ocean strategi'. Gaya mirip dajjal, ingin kaya dan terus mengumpul kekayaan bergunung-gunung, maka sikap kasar berterusan menzalimi dan menipu fitrah manusia biasa dari segi moral dan kilauan material pada kualiti tidak seberapa yang di paksa terima.

4.Di Malaysia, dajjal belum lagi hebat seperti di bahagian dunia sebelah sana. Srategy 'blue ocean' di sini bagai ALAT RENJATAN terus melemahkan kita semua, bersikap melepaskan pucuk masing-masing, hingga akhir nya kita yang di jadikan berpisah-pisah, terkeliru keharuan membuat pilihan di antara kebenaran dan pendustaan.

5.Bukan melayu di anggap ASET bernilai tinggi (mereka terhasil dari komoditi per.6). Spekulasi kegunaan masa depan. Jitu bulat pasaran tanpa pesaing tersedia, demi meraih laba berganda-ganda dalam pasaran di cipta untuk di nikmati mereka sampai bila-bila.

6. Melayu di perdagangkan 'setaraf dengan komoditi lambakan'. Dajjal- dajjal melayu sendiri menganggap majoriti melayu biasa 'red ocean that more and more bloody'. Mesti di pecahkan, di leraikan dan di bungkus dalam pek-pek kecil untuk di monopoli sebahgian nya dalam 'pasaran untuk bersantai' tanpa gangguan pesaing, tanpa peraturan, tanpa apa-apa juga kemudaratan kerugian.

7.Sungguh sedih...Pemimpin2 dan Tokoh2 Melayu, semua nya sudah tenggelam ! Apa pilihan yang kita ada ?

Orang Kampung said...

Salam Dato:

Merujuk istilah dajal ini.Bukan dalam politik sahaja ada dajal.Dalam pejabat kerajaan pun ada dajal.Dalam syarikat swasta pun ada dajal.Dalam bisnes pun ada gajal.Dalam NGO pun ada dajal.Dajal ini ada dimana-mana.Ada yg kita kenal dan ada yang kita tak kenal.
Sumbangan dajal tak lain tak bukan merosakkan yang baik.Dato Najib pun kena kerja kuat lagi melihat agar dalam pentadbiran kerajaan tidak dipengaruhi dajal.Begitu juga dalam partinya sendiri iaitu UMNO agar tidak dipagari oleh dajal-dajal sakti yg akan merosakan umno dan dirinya.
Untuk PRU 13 nanti sudah menjadi kwajipan Dato Najib supaya kenal pasti betul-betul calon dari sepesis dajal ini jangan diberi tempat.Jika tersilap pilih janganh Dato Najib salahkan rakyat atau pengundi lagi.Dato Najib jangan lah jadi juara retorik banyak sangat.Lihatlah segala kebajikan rakyat bawahan dan kumpulan pertengahan.

Saya bersetujulah istilah Dato ini dengan dajal.memang sesuai pun diregukan dengan istilah ini.Siapa makan cabai biarlah dia sendiri terasa.

Orang Kampung.

Apok.... said...

Dato' KJ,

Saya ke tandas. Saya dapati orang yang menggunakan tandas sebelumnya tidak flush n**** yang dibuangnya. Saya tidak selesa untuk menunaikan hajat tanpa menghapuskan peninggalan pengguna sebelumnya. Saya flush dulu baru buang hajat. Setelah selesai, saya juga tidak dapat menyahkan hasil buangan saya tadi kerana tangki air tadi belum mencukupi kadar untuk di flush. Lalu saya menyesal menyalahkan orang tadi kerana dia juga mungkin mengalami nasib yang sama seperti saya. Saya yakin proses ini akan bersambung tak habis-habis kecualilah ada seorang pengguna yang datang ke tandas tersebut lalu flush tanpa menunaikan sebarang hajat...

Maaf jika tulisan ini agak memualkan dipagi hari.....

langitbiru said...

Saya mulakan bicara dengan sebuah hadis sahih, riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.

Sabda Rasulullah saw: “Tolonglah saudaramu yang ZALIM dan yang DIZALIMI”.

Aku berkata: “Wahai Rasulullah saw, aku boleh menolong yang dizalimi. Bagaimanakah pula boleh menolong yang ZALIM?”

Jawab Rasulullah saw: “Engkau MELARANG dia membuat KEZALIMAN, maka demikianlah engkau menolongnya”.

Dalam konteks siasah kenegaraan, lazimnya yang berlaku zalim adalah orang yang berkuasa, atau pemimpin pemerintahan Negara. Sejarah Empayar Islam sendiri telah memaparkan peristiwa kezaliman dan kejahatan oleh pemerintah,WALAUPUN PEMERINTAH MELAKSANAKAN SISTEM NEGARA ISLAM, yang diwarisi dari Generasi Terbaik Sepanjang Zaman (Generasi Sahabat) yang ditarbiah secara langsung oleh Muhammad saw.

4 Ulama utama Mazhab Islam, kesemuanya diseksa oleh pemerintah yang mendukung Sistem Negara Islam, namun ulama’ zaman silih berganti tidak berganjak dari berdiri menjalankan tugas syariat mereka dan terus menentang penyelewengan pemerintah dengan yakin dan berani, dengan harta dan nyawa, KERANA ITULAH URUSAN SEPANJANG ZAMAN BAGI ULAMA, memastikan pemerintah Islam melaksanakan hukum-hukum syariat Islam, dengan seadil-adilnya, tanpa kezaliman dan kejahatan didalamnya.

BEZANYA HARI INI, hukum-hukum Syariat Islam, sudah terpadam dan dipadam dalam perlembagaan Negara, dan diangkatnya undang-undang yang dibuat oleh bekas penjajah. Maka, Jihad Islam semakin berduri semakin berliku, YANG PERTAMANYA, perlu mengangkat kembali hukum-hukum Syariat Islam ke dalam perlembagaan Negara, dan YANG KEDUA SETERUSNYA, meniti jalan-jalan yang ditinggalkan oleh ulama sebelumnya iaitu, memastikan pemerintah Islam melaksanakan hukum-hukum syariat Islam, dengan seadil-adilnya, tanpa kezaliman dan kejahatan didalamnya.

Demikianlah maksud hadis di atas di dalam kontek siasah, iaitu MENOLONG PEMIMPIN YANG ZALIM, dari menzalimi amanah Allah swt, ke atas rakyat dan Negara.

langitbiru said...

Kembali kita menghalusi ayat-ayat dari surah Al-Maidah, mengenai pemimpin yang KUFUR, FASIK DAN ZALIM.

Inilah ancaman secara langsung dan terus dari Allah swt, kewajiban berhukum dengan hukum Allah, sebagai timbangan mengadili antara manusia. Tiada kita jumpai mana-mana nas, ancaman serentak Allah kepada manusia, tiga serangkai di atas sebagai KUFUR,FASIK,DAN ZALIM, dalam ibadah-ibadah khusus, sebagaimana kewajiban melaksanakan hukum-hukum Syariat Allah oleh pemimpin Negara Islam.

CUKUPLAH ATAU MEMADAILAH kita berbicara mengenai ZALIM sahaja (tinggal dulu FASIK, dan KUFUR).


Firman Allah swt dalam Surah Al-A’raf, ayat 44;

“Kemudian seorang (Malaikat) mengumumkan diantara kedua golongan itu: “Kutukan Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim”.


Firman Allah swt dalam surah Asy Syu’ara, ayat 227;

“Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.”


Firman Allah dalam Surah Ibrahim, ayat 42-43;

“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammmad) mengira, bahawa Allah swt lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah MEMBERI TANGGUH kepada mereka sampai hari yang ada waktu itu mata (mereka) terbeliak, mereka datang bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan mengangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong”

Dan Saidina Muhammad saw Rasul yang mulia bersabda;

“Mana-mana pemimpin yang mengkhianati rakyatnya maka dia di dalam neraka”. (HR At-Tabrani)

Dan bersabda Baginda lagi;

“Siapa-siapa yang diberi kuasa oleh Allah swt untuk memimpin rakyat lalu dia tidak melengkapi mereka dengan nasihat kecuali dia diharamkan syurga kepadanya” (HR Bukhari).

Saya tujukan nasihat ini kepada para pemimpin Negara kita, pemimpin Islam yang berkuasa, supaya menjadi seorang yang selayaknya digelar Ulil Amri. Ulil Amri seorang yang TAAT kepada Allah, TAAT kepada Rasulullah, yang menjadikan Quran dan HAdis sebagai perlembagaan dirinya dan negaranya. Mereka yang ZALIM, sudah tentu terkeluar daripada definasi Ulil Amri.

Bagi mereka yang sengaja (selepas diberi peringatan) “membutakan hati” mereka, “membutakan perut” mereka, jadi buta hati dan buta perut, kenallah saya siapa Dajjal, siapa Lautan Biru yang dalam, dan siapa kedua-duanya. Sesungguhnya, dan sebenarnya, sesiapa yang berada diantara kedua-duanya (Dajjal dan Lautan Biru yang dalam) yang berjalan lurus menuju Nur Illahi, itulah orang-orang yang berjaya!

mtgbertam said...

Dato',

Yang dok perabih kekayaan negara untuk suku sakat dan kroni, meninggalkan kesusahan kepada rakyat terbanyak ni saya tak pasti boleh panggil dajal atau tidak. Yang pasti, penyamun.

Anonymous said...

Dato' AKJ said;
"Jentera BN meramalkan prestasi baik pada PRU akan datang, termasuk menawan semula Selangor. Kalau keyakinan ini ada asasnya, ia bukanlah kerana BN telah menjadi lebih kuat, tetapi kerana PR menjadi lebih lemah."

As'kum Dato',

Dalam tafsiran demokrasi, siapa yang mendapat undi majoriti, walaupun dengan kelebihan satu undi sekali pun maka dia akan diisytihar sebagai pemenang. Dia akan berkuasa dan dikira lebih kuat daripada yang kalah.Soal samada berkesan atau tidak, itu soal nombor dua.

dan kajang.

Arman said...

Datuk begitu berminat untuk bercakap berkenaan Najib berserta gaya pentadbirannya, tetapi Datuk tidak pernah langsung membuat ulasan berkenaan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor - pembangunannya, pemimpinnya, isu-isu tempatannya, permasalahannya.

Barangkali kerana Datuk hanya didedahkan kepada isu nasional, ataupun mungkin tidak 'cakna' kepada isu-isu kenegerian.

langitbiru said...

Assalamualaikum Sdr Affendi Hussain,

(Saya copy &paste dari tajuk lepas, yang saya fikir ada kaitan dengan tajuk sekarang)

“Pendapat saya, kedua-dua PAS & UMNO perlu bermuafakat dan duduk semeja berbincang hal bersama ini dan lantiklah panel2 org bijak pandai dalam & luar negara utk merangka draf hudud yg mengikut peredaran zaman seperti mana kejayaan perlaksanaan sistem kewangan Islam. Perkara ini perlu dikemudi ulama2 berilmu sebenar, bukan ulama2 totok politik sedia ada”.

(Pertamanya, saya bukan jurucakap PAS)
Alhamdulillah dan berbanyak-banyak terimakasih kerana menyokong Undang-Undang Islam. SEBENARNYA, soal parti mana dulu atau kemudian berusaha menegakkan Undang-Undang Islam itu tak penting, yang penting Undang-Undang Islam itu dibukukan di dalam Perlembagaan Negara dan ditegakkan. Alasan keadaan tak kondusif itu HANYA datang dari orang yang tiada fikrah jihad harakah Islamiah.

Dalam konteks Malaysia, YANG SEBENAR-BENARNYA, pilihan atau ‘bola’ berada di tangan parti tunjang Kerajaan Persekutuan, UMNO.

Mutakhir ini, MCA & Gerakan tegas dan mengancam (UMNO) akan keluar BN jika UMNO laksana hudud.

Juga, DAP tegas dan mengancam (PAS) akan keluar PR jika PAS laksana hudud.

(REAKSI SEGERA NAJIB, Persekutuan akan halang PAS laksana hudud, dan UMNO takkan laksana hudud)

(REAKSI SEGERA NIK AZIZ, DAP nak keluar PR, keluar lah, tak kisah)

JIKALAU UMNO BIJAK DAN IKHLAS MENYATUPADUKAN MELAYU-ISLAM, biarkan MCA,Gerakan,MIC keluar BN, dan kahwin dengan PAS. MASAKAN TIDAK, semua kawasan majority Melayu-Islam akan ditandingi oleh adik-kakak PAS-UMNO. 2/3 majoriti dalam tangan!!! MENGAPA TIDAK??

Pada pandangan saya, matlamat PAS adalah Perundangan Islam dilaksanakan, bukannya merebut jawatan PM,DPM atau Menteri Kabinet. Pun begitu, mereka perlu juga memegang kuasa kerajaan, suara mereka boleh menentukan perjalanan Kerajaan. Jika UMNO pandai mengurus Negara dan Kewangan Negara dengan baik ,disamping bidang kehakiman berlandaskan Perundangan Islam, maka tiada sebab KHUSUS untuk PAS terus menentang UMNO.

PAS-UMNO boleh mengambil contoh Saudi Arabia, kuasa kepimpinan Kerajaan ditangan Al-Saud manakala keagamaan,dan keadilan di tangan Al-Wahhab.

langitbiru said...

MASA KONDUSIF?

Lebih jauh masa dari zaman “Generasi Terbaik Sepanjang Zaman” yang berdampingan dengan Rasullulah saw, lebih kendur, lebih nipis, lebih lemah tunjang akidah dan keimanan Umat Islam, kerana serangan bertaliarus tanpa sedar atau tidak sedar dari pelbagai pemikiran seperti Marxis,Israilliyat,Komunis, Kapitalis, Sekularisme dan segala macam ISME, YANG semuanya menentang ISLAM, TIADA yang menyokong Islam.

(Tetapi HAKIKATNYA, Islam tidak memerlukan pertolongan pemikiran segala ISME ini, cukuplah ALlah swt sebagai penolongnya).

Dulu, orang nak sebut Tongkat Ali Kacip Fatimah (TAKF) teramat malu, sekarang semua siaran TV ada iklan TAKF. Dulu TV siaran TV1 dan TV2 hitam puteh sahaja, sekarang puluhan ASTRO Beyond, BlueRay dsb SEBAGAI ANALOGI penyumbang kepada keserabutan minda, melupai suruhan Allahswt.

HUDUD/KISAS/TAKZIR perlu diberi LALUAN melalui jalan-jalan sepertimana PERBANKAN ISLAM. Segala kekuatan tenaga, usaha, fikiran difokus dipusatkan kepada Perundangan Islam DAN DIBENARKAN berjalan terlebih dahulu sebagaimana (perbankanIslam), mana yang tempang perlu diperbaiki, kerana ISLAM itu sendiri bersifat DINAMIK, bukan static membelakangi zaman.

DAN JANGAN LUPA hakikat Keamanan Negara, Percambahan Ekonomi yang lebih mampan, Keadilan Sosial akan mendapat nikmat dari Allah swt kesan dari pelaksanaan Perundangan Islam(InsyaAllah),

Itu JAMINAN KELANGSUNGAN HIDUP dari Allah swt.

Jaminan siapakah yang lebih baik dari Allah swt???

2:179 Dan dalam kisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa. (Al-Baqarah)

Sufian Idrus said...

Datuk,

Pemimpin harus mempunyai peribadi yang mulia. Dapat memimpin dirinya dan keluarganya agar mematuhi suruhan Allah dan menjauhi larangan Allah. Jika diri dan keluarga sendiri dapat dipimpin, barulah terbukti bahawa beliau mempunyai kebolehan untuk memimpin orang lain. Jika diri dan keluarga sendiri pun tunggang-langgang; bagaimana beliau mampu untuk memimpin jutaan orang.

Ahli-ahli UMNO, PAS mahupun PKR adalah dikalangan orang-orang Melayu Islam. Kesemuanya berpegang teguh kepada tali Allah, dan cuba sedaya upaya untuk memajukan diri dalam segala aspek selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Maka, tidak perlulah terlalu memilih pemimpin mengikut parti. Tetapi selidikilah peribadi pemimpin yang hendak dipilih.

Janganlah pilih orang-orang yang bercakap besar tetapi tidak melaksanakan apa yang dikatakannya. Orang sebegini adalah penipu. Slogan adalah tidak penting, tetapi perbuatan yang harus jadi ukuran. Orang yang penuh dengan slogan adalah ibarat iklan bergerak.

Anonymous said...

Saji,

MP saya sekarang Dr Dzul Kuala Selangor.

Kenapa tanya? Saya harap, Saji nak ajak bincang bukan tentang pilihan saya tetapi tentang pilihan pengundi.

Tempat tinggal saya agak baru. Dalam 5 tahun pra PRU12, projek masjid berdekatan sudah 3 kali tender dan re-tender. Setiap kali re-tender, nilai kontrak naik sekurang-kurang 50%. Itu belum campur dengan duit kutipan derma penduduk setempat.

Pos PRU12, dalam setahun dah siap.

Alhamdulillah, selepas masjid siap dan ahli digerakkan dengan teratur, kini tiada lagi peniaga kedai dan gerai yang kena pau dengan samseng malah kes pecah rumah juga amat sedikit.

Selain itu, banyak masalah jual-beli, cukai dan strata yang telah didapati dimudahkan prosesnya. Ini amat membantu bagi perumahan ini yang relatifnya masih baru dan banyak pula rumah kosong.

Agaknya bos Majlis Daerah tidak lagi risau dan tertekan takut dapat anugerah penyapu.

Kesimpulannya, kita perlu tahu samada calun berkenaan faham tentang kemahuan penduduk setempat.

Fed Up

Anonymous said...

TV3SUKU MEMBERITAHU
AHMAD SARBAINI MATI KERANA NAHAS...
BUKAN BUNUH DIRI..
BUKAN DIBUNUH...
BUKAN MAIN TERJUN TINGKAP...
BUKAN MAIN KEJAR2...
BUKAN MAIN KONDA KONDI...

TAPI...MATI KERANA NAHAS...

NAHAS JALAN RAYA???
NAHAS TANAH RUNTUH??

Anonymous said...

surat kabo ari ni tunjuk gambar najib tgh kayun beskal... tapi.. kenapa xde gambar rosmah kayuh basikal bersama2 dia???? wakakaka... sila jawabbbb org tua bodoh...

Anonymous said...

datok
didoakan agar umno kalah

zmmy

Anonymous said...

assalamualaikum wbt...

1. ulasan DS najib tentang hukum hudud sangat memeranjatkan, memalukan, dan sangat tidak bijak. ulasan seorang yg naif

2. hukum Allah adalah sebaik2 hukum di muka bumi..

3. bak kata seorang bijaksana, hukum hudud tak akan mampu dilaksanakn di malaysia sekiranya org2 melayu islam, parti2 melayu islam, NGO2 melayu islam tidak bersatu padu..

4. bagus DS nik aziz berdiri teguh mempertahankn huku hudud..salahnya kenapa harus berpakat dengan DAP. DAP bermatian2 mempertahankan sekularisme malaysia dan mati2 menghalang hudud..

5. dan kita org islam tidak ada masalah membenarkan pemimpin DAP ini berceramah, berucap dalam masjid..siap mendoakan kesejahteraan mereka lagi dalam masjid

6. bodohnya melayu

7. berbunuhan sesama sendiri dan bermesra dengan musuh..

8. memalukan

wassalam

HAPRAK PENAT

Pak Din Kedah said...

Dato.

Saya baru membaca satu tulisan yang menarek bagaimana Steve Job CEO Apple mengalahkan Bill Gate Microsof.

Pada tahun 1997 Appeal cumputer hampir bankrup dan mengalami kerugian hampir 1 billon US.Steve Job yang baru mengambil aleh Appeal pada tahun itu telah memutuskan untok berkerjasa sama dengan Bill Gate dan Microsof.Ramai pemegang saham Appeal pada masa itu marah dengan tindakan Job.

Pada tahun ini 2011.salepas 14 tahun,Appeal cumputer telah dapat mengalah kan Microsof.Saham Appeal computer pada hari ini bernilai hampir 350 billion US dan nilai saham Microsof hanya 200 billion.PC market hampir mati dan mocrosof maseh tidak tahu bagaimana hendak mengatasinya.

Steve job berkata "Cara yang paling baik untok menghapuskan musoh kita yang kuat ialah kita harus berkerjasa dengannya"

Jadi saya rasa Dato cara yang paling baik untok mematikan Dajal dajal yang kita tidak kenal ia lah kena lah rendah diri dan berketjasa sama dengan mereka.

Bila PAS masok BN di zaman Asri,ramai orang UMNO marah.Bila PAS kena terajang keluar dari BN,ia mengambil masa hampir 20 tahun untok menawan samula Kelantan.Itu pun dengan bantuan tengku Razaligh yang keluar dari UMNO.

sujini said...

Datuk Kadir,

Topik Datuk ini berlanjutan daripada tampalan yang lepas.

1. Adakah ini bermaksud PRU hampir
dekat?

2. Adakah DS Najib berdegil untuk
mengadakan PRU pada tahun ini
juga walaupun telah dinasihati
oleh Tun Dr Mahathir sebaliknya?

3. Berkaitan analogi Datuk "Antara
"Dajal" dan Laut Dalam" memang
tepat sekali.

4. Sememangnya rakyat sebagai
pemilih tiada pilihan yang
terbaik.

5. Oleh itu kita terpaksa pilih
"the lesser of the two evils".

6. Tetapi pernahkah kita terfikir
bahawa DS Najib munkin berada
dalam keadaan tersepit seperti
diantara Dajal dan Laut Dalam?

7. Selama ini kaum majoriti di
Malaysia amat mempersoalkan
segala tindakan beliau yang
mengelirukan.

8. Adakah beliau bersungguh-sungguh
untuk memperbaiki labu yang
telah dirosakkan oleh Ketuanya
sebelum ini?

9. Atau pun adakah perbuatannya
semata-mata ibarat tupai
memperbaiki labu?

10. Kita sebagai pemilih harus
bijak mentafsirkan keadaan
ini.

11. Apakata kita beri satu
kali lagi peluang kepada the
"lesser evil". Manalah tahu
munkin dia sebenarnya "The
lucky devil".

Waullah hu'alam.

saji said...

Sdr Fed Up

Berdasarkan nama calun PR untuk kawasan parlimen sdr iaitu Dr Dzul yang sdr berikan itu, saya percaya, para pengundi Melayu khasnya termasuk sdr sendiri pada PRU 12 bagi kawasan Kuala Selangor dulu tidak ada masalah untuk memilih calun yang lebih baik dari segi ilmu dan tanggugjawapan, setidak-tidaknya di antara calun PR dengan BN (yang sdr berikan namanya), meskipun ada orang yang menganggap parti yang Dr Dzul wakili sebagai dajal yang tidak kenali.

Maksud saya, syor sdr - undi diberi mengikut calun dan bukan mengikut parti agak sesuai dan mudah diaplikasikan di kawasan parlimen sdr.

Bahkan keadaannya sama untuk kawasan parlimen Titiwagsa di kawasan saya mengundi, meskipun pengundi Melayunya boleh tahan ramai.

Tetapi, bagaimana jika wujud keadaan di mana kedua2 calun yang mewakili PR dan BN jenis orang berilmu tetapi tanggungjawpannya dipersoalkan atau sebaliknya, di samping kedua2nya tidak begitu dikenali?

Maksud saya, tidakkah parti yang masing2 wakili yang akan menentukan pemilihan di antaranya?

...SAJI

saji said...

Sdr Fed Up

(pembetulan)

Bahkan keadaannya sama untuk kawasan parlimen Titiwagsa iaitu di kawasan saya mengundi, meskipun pengundi bukan Melayunya boleh tahan ramai.

saji said...

Sdr sufian Idrus

"Pemimpin harus mempunyai peribadi yang mulia. Dapat memimpin dirinya dan keluarganya agar mematuhi suruhan Allah dan menjauhi larangan Allah. Jika diri dan keluarga sendiri dapat dipimpin, barulah terbukti bahawa beliau mempunyai kebolehan untuk memimpin orang lain. Jika diri dan keluarga sendiri pun tunggang-langgang; bagaimana beliau mampu untuk memimpin jutaan orang."

Jika sdr terima pemilihan WAKIL rakyat dalam PRU atau PRK adalah berdasarkan Hukum al WAKALAH Islam atau Melayunya WAKIL-MEWAKIL, maka syarat yang Syarak tetapkan bagi calun WAKIL rakyat ialah berikut:

a) Orang yang boleh dipertanggungjawabkan iaitu sempurna akal, cukup umur dan pintar.

b) Orang yang mempunyai kuasa untuk mengendalikan perkara yang diWAKIL (tanggungjawab wakil rakyat).

Maksud saya, Syarak tidak pun meletakkan faktor peribadi mulia dan daya kepemimpinan sebagai syarat WAKIL atau orang yang me WAKIL seperti yang sdr cadangkan di atas.

Saya timbulkan perkara di atas kerana, akhir2 ini,dirasakan negara bukan sahaja kekurangan calun2 WAKIL rakyat yang memiliki peribadi mulia, malah yang memiliki daya kepimpinan juga atau kebanyakannya adalah dajal yang kita tahu dan kenal yang mana, jika dijadikan syarat kepada Hukum al Wakalah tersebut, ia akan memperlihatkan Hukum al Wakalah Islam sebagai ajaran Islam atau sistem perundangan Islam yang tidak dinamik dan pragmatik, dari segi pemilihan calun PRU atau PRK, khasnya.

Bahkan jika sdr perhalusi dan gunakan dua syarat bagi calun WAKIL rakyat yang Syarak sudah tetapkan itu, sdr dan seluruh rakyat yang lain tidak akan mempersoal mana-mana PM kita dari segi akhlak atau peribadi mulianya!

...SAJI

Anonymous said...

Saji,

Saya tak suka sebenarnya untuk "spell-out" everything. Sebab nak orang berfikir.

Tapi memandangkan kita berbincang, saya boleh kongsi.

Kata kunci, fikir dan buat diluar kotak.

Semasa tiada PRU orang biasanya akan berinteraksi dengan parti yang mereka pro manakala yang atas pagar tidak ambil peduli.

Saya kenali ahli dan pejabat cawangan semua parti-parti yang ada. Saya akan cari muka-muka ini di masjid, di kedai, di mesyuarat PIBG, dimajlis gotong-royong, dimajlis kenduri, majlis baca yasin. Dan saya bertegur sapa, tanya soalan dan jawab soalan.

Kita akan jumpa little emperor dan yang prihatin.

Bila tarikh penamaan dan pengundian mula diumumkan, orang mula spekulasi siapa calun dan siapa lebih baik.

Saya pula akan hanya pasang telinga; ambil dan simpan maklumat.

Bila pencalunan dibuat dan kempen bermula, orang biasanya sudah ada calun dalam kepala calun yang lebih digemari.

Masa ini jika tiba-tiba ada calun bebas pada hari pencalunan, saya anggap sebagai buang masa kerana anggapkan mereka sebagai bidan terjun.

Maklumat yang saya simpan tadi, akan saya tanya kepada muka-muka yang saya sebut tadi bila berjumpa. Jika tidak, saya cari masa ceramah atau masa mereka datang ke rumah.

Masa calun atau wakil parti beri ceramah, saya angkat tangan tanya soalan. Saya juga ambil perhatian isi ceramah mereka.

Jangan terkejut, tetapi bukan semua calun sombong. Calon yang baik, dia minta saya tunggu sampai lepas ceramah untuk jawab secara peribadi memandang jadual padat. Malah saya pernah dijemput salat bersama sebelum mula berdailog secara peribadi.

Dan jangan takut mengundi calon yang dilihat tidak ada harapan menang. Mengundi calun yang kalah tidak bermakna hak anda untuk meminta khidmat dari calun yang menang menjadi luput.

Ini cara saya guna hak saya sebagai pengundi. Guna hak semasa mengundi dan guna hak untuk meminta khidmat dari DUN dan MP yang terpilih (samada yang saya pangkah atau tidak).

Fed Up

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Dajjal ke, syaitan ke,ia adelah musuh semua umat islam.Hanya dajjal(yang juga makhlok Allah)tapi hanya diturunkan pabila di akhir zaman, kerjanya hanya untuk menyesatkan umat Islam, yang penting pengertian maksud dajjal dalam kontek perbicaraan kita.

Mane mungkin Pas untok meletakkan calon mereka di kawasan mca atau gerakan kerana sudah pastilah ia bertentangan dengan kehendak abang besar mereka,Pas hanya dapat kerusi lebihan Pakatan rakyat dan Dap saje, kalau tak percaye kene tengok pru 13 nanti, kenape?
1.Pas tak cukup duit untuk biaya kempen pilihanraye nanti,oleh kerana itulah mati matian mereka mempertahankan persepakatan ini.

Siape yang paling berpengaruh dalam pakatan? sudah tentu si mata satu(Dajjal la tu)mereke mempunyai berbagai sumber kewangan dari dalam dan luar negare.Mungkin boleh mengalahkan kekuatan parti memerentah, dari sumber kewangan la.

PM nampaknya begitu teruja untok memesongkan pemikiran rakyat supaya tidak terikut ikut dalam kancah politik asia barat.Bak kate pepatah melayu"berat mate yang memandang berat lagi bahu yang memikul" diharapkan PM tidak mudah hilang punca.

Yang terkini PM juga telah mengumumkan selogan meritokrasi.

Anonymous said...

Dato',

Jantung you ok? Saya tengok visitors you sudah berapi-api berdebat. Rilek Dato' ya...orang kita nih kalau berpolitik memang macam itu. Mudah sangat dipengaruhi Dajal......

Anonymous said...

Semua pemimpin politik dalam sesebuah parti memang ada pemimpin "Dajal". Baik dalam parti pemerentah atau pun parti pembangkang.

Kesimpulannya 2 x 5 !! No big deal!!

Yang penting kita jangan jadi sama dajal memilih pemimpin yang kita tahu memang dajal. Akhirnya rakyat pun jadi dajal dan menurun ke anak cucu pun jadi dajal !!!

Dajal lawan dajal. Akhirnya dua-dua mati "dibunuh" oleh dajal yang lebeh besar lagi. Iaitu dajal yang bernama "NAFSU" !!!


Begitulah ceritanya!!

Wak Mubari

A KADIR JASIN said...

MOHON persefahaman:-

1. Dajal/dajjal dalam konteks perbahasan kali ini adalah ungkapan, bukan dajal/dajjal dalam konteks al-Quran. Tolong jangan keliru dan jangan buat persamaan;

2. Dua ungkapan mengenai dajal/dajjal itu berasal daripada bahasa Inggeris. Tidak ada ungakapan seperti itu dalam bahasa dan budaya kita;

3. Saya mengambil risiko menggunakan dua ungapan itu kerana ramai ahli politik yang berorientasi Barat tahu wujudnya ungkapan itu dan ada yang menggunakannya dalam konteks tempatan;

4. Tapi ini tidak bermakna kita memanggil mereka dajal, apatah lagi merujukkannya kepada ahli politik tertentu sebagai dajal/dajjal;

5. Komen seperti itu dan di mana pembahas membahasakan diri mereka "aku" atau "kau" serta menggunakan bahasa kesat akan saya bakulsampahkan; dan

6. Saya tahu ramai pembahas baru dalam blog kita ini. Saya alu-alukan mereka, tapi tolong hormati tatasusila perbahasan. Tak guna kita tuduh orang dajal atau jembalang, kalau bahasa kita sendiri kasar, kesat dan lucah.

Terima kasih.

affendi hussain said...

Salam Dato',

Macammana si anonymous 3:28 PM dgn gaya bahasa "manusia minda istimewa" ala2 cacat otak tu boleh lepas?

Kesian kan mereka.. ckp mcm berani je tetapi hakikatnya bacul takde telur..

Rasanya saya ni antara watak awal yg guna nama sendiri ikut ejaan IC di dlm blog Dato'.. nobody can sign in as me, except me, myself & I. Itu namanya maruah Dato'..

wasalam

("/)

Anonymous said...

Saya mungkin silap tapi saya dapati yang minat bercakap pasal "known devil vs unknown devil" ini samada :

1.Menyokong undi BN
2.Menyokong undi rosak / tidak mengundi langsung.

Yang menyokong undi PR saya dapati tidak peduli (kecuali masa menyertai bahas) pasal "known/unknown devil" ini.

Akhir kata, pengundi semasa dalam dilema mengundi akan melihat kedalam diri. Dan yang dekat dihati pengundi adalah isu ekonomi dan masa depan anak-anak (pendidikan).

Jika nak yakinkan yang BUKAN dari parti anda, yakinkanlah mereka dalam dua isu tersebut.

Jika tidak sedarlah yang anda hanya dapat menyakinkan orang yang sudah yakin dan tidak perlu untuk diyakinkan.

Fed Up

Rao Lanunbahasa said...

Kenapalah mahaguru ku yang ku kasihi tiada mahu lepas cerita tetapi ke dalam bakul sampahnya sungut si lanunbahasa teringat kan basikal dan orang pahang di sri tanjung pinang kenapalah this devil of a kodiang from pendang man kan dato abdul kadir?

salaams dan salam takzim

Rao Lanunbahaso said...

Scribe jangan silap anonymous 3;28 dengan saya anggap sama cyber realities real world sinners
i have a free verse Presiden Kuda Kayu on your fabebook.

salaams

ps love your work affendi. but betcha facebook has been hacked and wikileaks good - assange? salaams

affendi hussain said...

Slm sdr langitbiru,

1) Saya tak rasa DAP akan keluar Pakatan, sebaliknya DAP & PKR akan mengeluarkan PAS dari Pakatan.. kedua-duanya berkongsi platform pemikiran yg sama terutama perspektif tentang Islam dgn puak2 Artikel 11 menjadi tunjang pimpinan mereka.

3)Boleh ke kawin dan salahkan org yg meminang kalau yg dipinang tak berkenan dan 'wali' nya (Nik Aziz) pun tak hingin? Bab kawin parti ni tak boleh selesai bawa lari ke Selatan Thailand..Salah pilihan atau salah bola?

(Harap tak lari analogi saya samakan Nik Aziz sbg 'wali PAS', kalau ikut gelaran 'wali' Anwar Ibrahim beri kpd beliau, saya pun segan nak sebut, teruk bunyinya..untung anugerah tuhan tu skrg, jadi suci murni dlm pelukan Pakatan)

4) Kalau saya dilantik jadi 'wali hakim' habis semua kepala2 dinosour UMNO & PAS saya cantas ganti baru dgn org2 berilmu.. senang sikit nak kahwin bila setaraf.. ikut sunnah Nabi.

5) Jika betul matlamat PAS konsisten "PERUNDANGAN ISLAM", negara Islam takkan dipinda, tiada kompromi lansung menjadi negara kebajikan yg berteraskan sosialisme adik beradik komunisme..pengaruh DAP kah guna acuan "Middle Malaysia" tu?

6) Hudud Arab Saudi pun ada yg bagi saya tak kena juga, keluarga as-Saud seolah ada imuniti.. hakikatnya kita perlu kaji & revamp semula model2 hukum hudud sedia ada dgn bantuan ulama2 tersohor dunia.

7) Dalam mana2 perundangan jenayah pun matlamat akhir (end product) adalah keadilan & keamanan sosial.

INPUT (kes jenayah) -> PROSES (perundangan & hukum) -> PRODUK AKHIR (keadilan & keamanan sosial)-> PENGUATKUASAAN..

flow kitaran ini disambung menjadi bulatan dgn 'penguatkuasaan' kembali ke 'input'.

8) Jika sdr boleh nampak flow ini, maka sdr akan faham yg saya juga bukan seorg jurucakap UMNO. Saya berbincang dari aspek teknikal isu ini.. jika proses itu "half-baked" hasilnya akan jadi "half-past-six". realiti itu pahit mcm ubat, analoginya tiada doktor yg boleh paksa pesakit degilnya makan ubat & setelah diberi penerangan penyakitnya.. w/pun pesakit itu marah, menyumpah & makin hamun, yg sakit itu tetap dia, bukan si doktor.

9) Hudud Allah adalah proses terbaik, kerana lengkap dgn nilai kemanusian & pencegahan melalui pengajaran & pembelajaran umum yakni mengikut fitrah manusia. Manusia ini fitrahnya ada kalanya perlu dilayan keras kerana statusnya disisi Allah boleh lebih tinggi dari malaikat dan lebih rendah dari binatang. Jika ikut hukum ciptaan sedia ada tu yg banyak layan kerenah liberisasi, kebebasan tanpa batasan dll..

10) Umat Islam sendiri pun dah terjangkit smp ke tahap liberisasi akidah mcm kes merestui penggunaan nama Allah oleh Kristian Katholik Herald.

11)"ISLAM itu sendiri bersifat DINAMIK, bukan static membelakangi zaman."

Betul, semasa saya bicara hal perbankan Islam pun ada yg kutuk kononnya zaman nabi dulu mana ada sistem perbankan... Dia juga lupa zaman Nabi dulu mana ada org beli rumah/kereta nak berhutang mcm dia (yg kelakar, cuba pula menjuarai hudud.. pelik bin ajaib.. muka welfare.)
Ia jelas menghina hukum Islam seolah-olah tak releven utk masa kini.... kalau begitu, buat apa dia guna komputer atau naik kereta.. naiklah unta, cari yg betina, 2nd car boleh dilahirkan, buat khemah atau rumah dari bata tanah, tak payahlah beli rumah moden sibuk kutuk bank.. Rasanya dia bodek hudud PAS atas sebab "welfare" (kebajikan) tu lah.

12)Disebabkan kedinamikan inilah, atas maslahat untuk keadilan.. teknologi2 sedia-ada spt digital,DNA, kimia & bioteknologi perlu disesuaipakai utk implementasi perlaksanaan hudud & qisas.. bukan jadi otak unta mengandaikan perakam video itu tiada nyawa, mata & telinga utk jd saksi..

wallahualam & wasallam

("/)

Yangretibase said...

Assalamualaikum,
Adapun sebahagian daripada ciri atau sifat dajal pada zaman kontemporari ini adalah seperti berikut:

1. Lebih mengutamakan dunia daripada akhirat.
2. Lebih malu kepada manusia berbanding Allah SWT.
3. Lebih 'hormat' kepada manusia berbanding Allah SWT.
4. Membenci ulama Rabbani. Memuji ulama su'.
5. Merestui pelabelan Islam syumul sebagai Islam Hadhari.
6. Melabelkan Islam syumul sebagai Islam PAS.
7. Melabelkan Hukum Hudud Allah sebagai Hukum Hudud PAS.
8. Menyokong sistem sekular secara membabi buta.
9. Kurang yakin dengan janji Allah.
10.Kurang beramal dengan al-Quran.
11.Kurang mengamalkan Sunnah Rasulullah.
12.Prasangka buruk yang melampau terhadap jemaah yang memperjuangkan Islam.

Wassalam.

langitbiru said...

Assalamualaikum Sdr Affendi hussain

Saya setuju, soal perincian secara detail dan mendalam hukum-hukum hudud, KITA SERAH KPD PAKAR. Tiada masalah.

MASALAHNYA, Pihak Kerajaan Yang Berkuasa, LANGSUNG TIADA INISIATIF kearah tersebut, jauh sekali memberi pendidikan/pelajaran kepada semua rakyat akan kebaikan Hukum Syariat Islam.
SEBALIKNYA, MENAKUT-NAKUTKAN BUKAN ISLAM ADALAH!

Kerajaan Persekutuan melalui UMNO lah yang sepatutnya panggil semua pakar-pakar rangka Hudud/Kisas.

"7) Dalam mana2 perundangan jenayah pun matlamat akhir (end product) adalah keadilan & keamanan sosial.

INPUT (kes jenayah) -> PROSES (perundangan & hukum) -> PRODUK AKHIR (keadilan & keamanan sosial)-> PENGUATKUASAAN..

flow kitaran ini disambung menjadi bulatan dgn 'penguatkuasaan' kembali ke 'input'."

Benar, dan FLOW KITARAN hudud/kisas sebenarnya sama dengan flow kitaran undang-undang sivil. Semuanya sama termasuk jentera penguatkuasa. Analoginya, seperti sembelih ayam, semua sama, tapi kalau tak penuhi rukun dan syaratnya, satu jadi bangkai satu jadi halal dimakan!

MASALAH DENGAN HUDUD/KISAS adalah mereka melihat/gambarkan tentang PRODUK AKHIR semata-mata, sedangkan untuk mencapai ke tahap PRODUK AKHIR , iaitu PROSES (perundangan dan hukum) amat berhati-hati, amat cermat, demi untuk jaga keadilan.

Sebagai perbandingan, dalam undang-undang sivil, SESIAPA sahaja boleh jadi SAKSI. Perompak, penyamun tarbus, perogol, penipu,penyangak rasuah SEMUANYA boleh jadi saksi dalam undang-undang sivil.

DALAM undang-undang ISLAM, saksi dikenakan syarat-syarat, criteria yang amat ketat, contohnya 4 lelaki yang berwibawa dalam kes tuduhan zina. MAKNANYA, tak semudah menyebut dengan kata-kata merejam dengan batu sampai mati bagi lelaki/perempuan (yang sudah berkahwin) yang disabitkan zina. Sama juga dengan potong tangan.

TAPI, dalam undang-undang sivil, kalau ditangkap ada herion sebesar kotak mancis, hukuman gantung mati mandatory, jumpa sebutir peluru hidup pun gantung sampai mati, YANG MANA saksi-saksi kearah itu sesiapa saja boleh jadi saksi. INI tak pula bising-bising!

POKOK PANGKAL DISINI, KALAU SEMUA ADA KESEDARAN TENTANG SYARIAT HUDUD/KISAS, SEMUA PARTI MELAYU-ISLAM WAJIB BERGABUNG DAN BERSAMA MENYOKONG DAN MENJAYAKANNYA.

KATAKANLAH HARI INI UMNO-PAS BUAT PERISTIHARAN BERSAMA, KITA AKAN LAKSANAKAN HUDUD/KISAS DALAM AMSA 4-5 TAHUN LAGI. MAKA MASA 4-5 TAHUN TERSEBUT PERLU MENYEDIAKAN SEGALA KEPERLUAN KONDUSIF UNTUK LAKSANAKANNYA.

……………………NAK SERIBU DAYA!

Anonymous said...

Langibiru,

"DALAM undang-undang ISLAM, saksi dikenakan syarat-syarat, criteria yang amat ketat, contohnya 4 lelaki yang berwibawa dalam kes tuduhan zina. MAKNANYA, tak semudah menyebut dengan kata-kata merejam dengan batu sampai mati bagi lelaki/perempuan (yang sudah berkahwin) yang disabitkan zina. Sama juga dengan potong tangan."

Kerana politik jugalah maka ramai orang islam (apatah lagi yang bukan islam) menganggapkan jika tidak ada empat saksi maka langsung tak boleh dakwa penzina. Sedangkan ini adalah pandangan yang salah.

Tidak ramai yang tahu apa itu takzir dan lain-lain aspek pengadilan dalam islam. Yang ramai tahu adalah semata-mata sup tangan dan 4 orang saksi yang berada ditempat kejadian zina.

Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man sudah ajak muzakarah, termasuk dengan UMNO sebagai wakil kerajaan, untuk membetulkan tafsir dan persepsi tentang Hudud.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-asri-disyor-ketuai-muzakarah-hudud-dicadang-pas/

Kini bola dikaki UMNO.

Jika UMNO benar-benar mahu membuktikan yang Hudud Kelantan itu tidak lebih dari "Hudud PAS".....

Fed Up

affendi hussain said...

Sdr langitbiru,

Kenyataan sdr:-

"..tak semudah menyebut dengan kata-kata merejam dengan batu sampai mati bagi lelaki/perempuan (yang sudah berkahwin) yang disabitkan zina. Sama juga dengan potong tangan.

TAPI, dalam undang-undang sivil, kalau ditangkap ada herion sebesar kotak mancis, hukuman gantung mati mandatory, jumpa sebutir peluru hidup pun gantung sampai mati, YANG MANA saksi-saksi kearah itu sesiapa saja boleh jadi saksi.".


membenarkan firman Allah s.w.t dibawah:-


"Dan dalam kisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa. (Al-Baqarah, 2:179)

mungkin yg menentangnya mcm karpal singh disebabkan kemahiran putar-belit hingga timbul keraguan munasabah dah tak boleh cari makan lagi..begitu juga dgn lawyer2 pro Artikel 11 & juga pendakwaraya & hakim2 mahkamah sivil.

jazakallahhukhaira..

wasalam

("/)

raja2u said...

Assalamualaikum,

Yang Bhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Ada satu lagi masalah yang kita perlu hadapi disamping "Between the devil and the deep blue sea."Ianya adalah "The devil in disguise".

Sedar tak sedar keadaan sudah berubah sejak PRU ke 12.Sekarang orang sudah dapat menerima konsep dua parti.Hasil dari heboh isu Hudud MCA dan Gerakan telah menyatakan tidak akan bersama dengan UMNO bersabit dengan isu Hudud dan dipehak PR pula DAP bersetuju Hudud dilaksanakan di Kelantan tetapi tidak diperingkat Persekutuan.Ini bermakna akan muncul dimasa hadapan wakil rakyat bebas untuk tidak mengundi atau tidak mengundi bersama gabungan parti mereka bagi isu-isu tertentu.

Jika ini jelas akan berlaku maka kita bolehlah mengundi calun-calun yang boleh dipercayai dan berhidmat untuk kepentingan rakyat sebagai pilihan pertama dan meletakkan pilihan parti sebagai yang kedua.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

affendi hussain said...

Salam semua,

Firman Allah s.w.t:

Alif Lam Mim..

"Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa" (Al-Baqarah, 2 : 2)

Al-Quran tiada keraguan padanya kerana tiada sebarang bentuk "human error", Kalamullah yg terpelihara, maka memang sesuailah fitrahnya menjadi petunjuk.

Bolehkah Kitab Injil yang begitu banyak keraguan munasabah masih dikategorikan sebagai Kitabullah untuk menjadi sumber rujukan (petunjuk) untuk umat Islam hari ini??

Sudah tentu tidak, kerana Bible yg dipinda terlalu penuh dengan kesilapan manusia masakan masih selayaknya disamakan sebagai Kitabullah wa Kalamullah.

Dan persoalan utama:-

Bolehkah Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kerajaan Negeri Kelantan (Hukum Hudud) ciptaan PAS, disamakan dengan Hudud Allah untuk dijadikan petunjuk jika ada beberapa perkara percanggahan dengan hukum dalam al-Quran??

Sebarang percanggahan jelas antara hukum dalam Al-Quran dengan hukum petikan karangan buku2 kitab manusia harus dikira "null & void"..

Samalah mcm kes perkara pahala solat sunat tarawih yg digembur melampau2 melebihi solat fardhu walhal org di Tanah Arab pun tak pernah tengok dari kitab mana dtg ajaran ni & sumber2 hadis sahih berkaitan yg kita di Tanah Melayu dok percaya berdekad-dekad turun temurun.

Tepuk dada, tanya minda & sekeh kepala..

p/s: PAS tak perlu risau lg calon pengganti Mat Sabu, andai kata beliau "mati syahid" di baling bom petrol oleh samseng2, gara2 menyokong Mat Indera dan "pejuang kemerdekaan" yang menyerang Balai Bukit Kepong..

Dah ada 2 calon yg setaraf kualiti pemikiran & sesuai sbg pengganti Mat Sabu di The Scribe:-

1) Tinta Hitam
2) Yangretibase

W/pun menafi bagai nak rak, Mat Sabu kantoi dgn rakaman ucapan disiar dlm Youtube manakala LGE dgn rakaman temuramah.. sebab tu Presiden mereka menolak saksi video atas dasar tiada nyawa, mata & telinga.. sekalung tahniah!

Ada lagi versi Dajal politik kontemporari rupanya.. masuklah, ikutlah & minumlah air parti politik ku, kalian akan ku jamin masok ke syorga..jika memilih yg sana, kalian ku jamin masok naraka..

wasalam

("/)

langitbiru said...

Assalamualaikum Sdr Affendi Hussain dan semua,

SEBENARNYA, 'HUKUM HUDUD' SUDAH PUN DILAKSANAKAN DI MALAYSIA, DI BAWAH KUASA MAHKAMAH SYARIAH.

LEBIH DIKENALI UNDANG-UNDANG SYARIAH.


Perlembagaan Malaysia 1984

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:

1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja

2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau

3. 3 tahun penjara atau

4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau

5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)


INILAH 'HUKUM HUDUD, HUKUM SYARIAH' MALAYSIA.

SAYA TAK TAHU PULA DARI MANA KERAJAAN MALAYSIA DAPAT HUKUM-HUKUM INI!


Yang menarik juga, perkara (1)

1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja

Maknanya, kalau HUKUMAN HUDUD,KISAS, TAKZIR dibuat berlandaskan Quran,Hadis, Sunnah Sirah Rasulullah saw, MEMPERBAHARUI HUKUMAN SEDIA ADA DIATAS, iainya TETAP TIDAK MELIBATKAN ORG BUKAN ISLAM.

DAN SAYA BERPENDAPAT, TIBA MASANYA HUKUMAN MAHKAMAH SYARIAH PERLU DIPERKASAKAN DENGAN HUKUM,HUKUM YANG JELAS TERDAPAT DALAM QURAN,HADIS, SUNNAH SAW.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).