Tuesday, October 04, 2011

Cerita Tandas Dalam Dua Era


A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan pengenalan  “anonymous”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

KALAU cerita bersunat atau, macam kata pembahas Hanezam, masuk jawi, zaman dulu kala asing kepada generasi Dasar Ekonomi Baru, bayangkan pula cerita buang air besar.

Buang air kecil, tak payah ceritalah. Di mana ada belukar atau semak, di situlah kita lakukan. Lelaki perempuan sama saja. Yang berbeza, sejenis berdiri, sejenis lagi bercangkung. Daripada situlah agaknya datang ungkapan, guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

Tapi memang pun kita kencing berlari iaitu sewaktu dikejar  kerbau atau lembu jantan tengah mengawan, dihambat orang gila dan anjing gila. Dulu, di kampung ada ramai orang gila dan banyak anjing gila – rabid dogs. Sekarang anjing liar banyak di pekan-pekan manakala kampung-kampung pula dicerobohi babi hutan.

Zaman saya kanak-kanak dulu, ramai orang kampung pelihara kerbau dan lembu sabung. Haiwan “macho” ini cukup garang. Semua hendak dikejar dan ditanduknya. Ada pun yang kena tanduk sampai mati.

Jadi, bila kita buang air kecil tepi belukar, kita kena berhati-hati dan bersedia untuk lari lintang pukang bila kerbau atau lembu pelaga muncul. Itu belum diambil kira tebuan tanah dan penyengat.

Kalau kena sengat di tangan atau dahi bolehlah sapu minyak cap kapak atau minyak geliga. Tapi kalau yang kena sengat itu senjata sulit kita, pilihlah antara sakit kena toksin penyengat atau panas minyak cap kapak.

Yang rumit ialah buang air besar. Sebab buang air besar ambil masa dan banyak anggota sulit yang terdedah, kita kenalah lebih berhati-hati pilih tempat.

Masa itu mana ada tandas tetap. Hanya bila Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein memperkenalkan Rancangan Pembangunan Luar Bandar dan beri subsidi tandas curah barulah kita bina tandas kekal dan sempurna.

Pada zaman pra-Rancangan Pembangunan Luar Bandar, kita sahut panggilan alam semula jadi di tebing sungai, di atas jambatan buluh, di pangkal pokok, di dalam hutan mengkuang dan di atas batas bendang.

Selain berjaga-jaga takut ada orang nampak, kita kena berhati-hati takut dipatuk ular, digigit pacat dan diserbu ayam yang kelaparan. Dulu itulah antara sumber makanan utama ayam.

Sekarang ayam dah jadi ayam ponen, ayam pondan dan ayam darai. Dah naik tocang sebab makan makanan import – jagung dari Thailand, gandum dari Australia dan kacang soya dari Brazil. Harga mahal tapi daging tak sedap macam ayam lepas bebas – free ranging chicken – zaman dulu kala yang makan makanan asli dan organik.

Di kampung pun dah ramai yang pakai “flush toilet” dalam rumah. Dulu jijik guna tandas duduk. Sekarang tandas cangkung tak “cool” lagi. Sebenarnya tandas duduk berguna. Tunggulah bila dah tua --  bila lutut, tumit dan punggung dah tak kuat lagi.

Akhir kalam, terima kasih dan didoakan keampunan untuk roh Tun Abdul Razak kerana memperkenalkan Rancangan Pembangunan Luar Bandar dan memberikan subsidi tandas curah. Benda kecil tapi faedahnya besar.

41 comments:

Dr. Shark said...

Assalamualaikum Tuan,

Boleh kah saya nak mintak kebenaran untuk menjadikan artikel ini sebuah monolog di Universiti saya? Dr Shark, Universiti Teknologi Petronas.

Yuen said...

Syukur pada Allah. Saya lahir tahun 1967, tandas di sekolah hanya dua batang kayu 4inx4in utk letak kaki. Diletak melintang pada lubang sedalam 5 kaki. Bukan tandas curah. Tandas terus! cuma ada dinding dan pintu yang melindung. Di rumah, lagi la... langsung tak ada. Sebab keliling kampung byk hutan dan ladang ubi kayu. Satu kg sama saja. Sekarang jauh berbeza. Syukur pada Allah.

ab said...

Salam dato,


Sedikit cerita tentang kemajuan jamban awam dinegara lain.


Bab tandas ni saya ingat elok ketua ketua negeri dan negara kita serta dato bandar serta yang dipertua majis tempatan melawat Paris....



Tandas awam disana lebih baik dari ditandas dihotel 6-7 bintang di KL!..


Tandas awam diParis adadiserata tepi jalan, ada satu dalam 2-3 kilometer.Setiap tandas besar nya hampir sebesar besar mini wilayah dulu ditegak punggong atas kepala... senang sikit gambaranya!.


Tandas awam disana `fully automated' dengan rounded sliding door....butang vacant, wait, cleanning, atau dysfunction.


Selepas `kerja' kita,dia minta kita pam tandas,cuci tangan,lepas kita keluar dibasuh mangkuk tandas dan LANTAI tandas,lepas tu tiup angin untuk bersih kan....SEMUANYA FULLY AUTOMATIC!....TA ADA TUKANG JAGA TANDAS,TIADA PENCUCI TANDAS!....


Paling lama dia bagi `chance' ialah 15 minit,kalau lebih dia buka pintu balik!!..tu dia kalau `kerja'kita tak siap bolih kelam kabut laa...


Yang LUCU ialah kedai kedai diParis sentiasa basuh kali lima dan jalan depan kedai diwaktu pagi jam 6-7pagi,walaupun ada
lori cuci jalan,mula mula saya heran tapi lama lama say tahu sebabnya....pasai apa tau tak?...kutu kutu brahaq depa minum mabuk malam dan pancut kencing kat serata tempat kat kai lima kedai dan dinding kedai!!.


Yang saya tak jumpa ialah tahi orang atas `pediastrian walk'.



Saya teringat,KALAU LA ada tandas awam macam kat malaysia kan bagus... tapi nanti ada kutu yang curi jamban pulak! ..



Abu Bakar Ab Rahman

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Ayat terkahir tu memang ada ummpph. "Benda kecil tapi faedahnya besar" adalah sangat berdesing bagi orang-orang yang membuat "Benda besar tapi faedahnya kecil".

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

A KADIR JASIN said...

1. Dr. Shark, terima kasih dan dipersilakan. Musim banjir, kita panjat pokok untuk menyelesaikan tuntutan alam. Ikan seluang, temekong dan keli tunggu di bawah. Sekarang ikan ternakan makan pellet, tak sedap;

2. Sdr Azman, tandas curah Tun Razak nampak kecil, tapi faedahnya besar. Berbagai penyakit cacing dan jangkitan lain dapat diatasi. Kampung bersih dan tak bau busuk lagi.

3. Sdr Yuen, tandas di Sekolah Malayu saya baik sikit. Tapi kita pilih untuk melepas dalam kebun getah pasal lebih bersih dan tak busuk;

4. Sdr ab, bukan di Paris saja. Di semua negara "kafir" Barat macam tu. Boleh tidur dalam tandas. Di negara Islam macam Malaysia, tandas masjid pun hauuu. Islam suruh bersih, tapi ramai umatnya pengotor. Sedih.

Terima kasih.

Dr. Shark said...

Terima kasih Datuk, bila nak di pentaskan nanti, saya khabarkan kepada Datuk. Boleh Datuk datang kalau sudi. Dr Shark, UTP

abdullahngah said...

zaman itu walaupun buang air baik besar dan kecil tak macam zaman sekarang.

Zaman sekarang macam macam penyakit duduk dalam tubuh rakyat.

zaman dulu tak demikian. Cuma penyakit puru kelihatan mengila. Tapi tak berbahaya macam orang zaman kini.

Taraf hidup yang dikatakan susah tak sama dengan zaman kini, tapi makan mewah.

mereka yang hidup ditepi sungai makan udang tiap hari. Kini walaupun ada pendapatan nak makan udang payah, kerana harganya mahal.

Kadang kadang sebulan sekali pun tak mampu beli udang galah. Dulu tiap tiap hari makan gulainya.

pasal tandas walaupun zamans sekarang ada tandas duduk dan cangkung hyendak buang air kadang kadang terhalang.

mengapa? busuk tidak diurus, hatta tandas mesjid. Demikian juga tandas awam yang berbayar.

kebanyakan sangat menjijikkan.

kueh bakar said...

ye pakcik.

utusan hari ni ada citer pasal india dan china masih banyak 'tandas open'..

saya kecil2 dulu
berhati2 kalau pergi pantai..
pantai juga banyak tahi.

terpijak!
arghhhhhhhhhhh!!!!

kadang gila juga pikir.
pantai yang indah dan damai
ada juga tahi manusia

kerap bernostalgia pakcik..

rahimlpp@yahoo.com said...

Y. Bhg Dato@ Saya tertarik dengan rumusan Dato' program pembangunan yang nampak kecil tetapi banyak faidahnya ,jauh sekali dari pembaziran. Pokok pangkalnya zaman Tun Razak dulu setiap sen yang dibelanjakan ada faidah dan akauntabiliti. Tidak ada kroni yang nak ambil untung berlebihan. Sekarang berbeda. Kerajaan tidak perihatin kepada value for money. Matlamat sudah berubah kepada memberi faidah kepada kroni. Sebab itu kita lihat banyak benda pelik berlaku dalam perbelanjaan Kerajaan dari scandal yang kecil sehingga yang besar berbillion ringgit saperti scandal di Port Kelang.
2. Musim perayaan Kerajaan berbelanja berpuloh juta ringgit. Di setiap Kementerian dari peringkat Ketua Pengarah sehingga Menteri semuanya sibuk mengadakan jamuan rumah terbuka sempena sambutan hari raya. Perbelanjaan ditanggung oleh Wang rakyat. Semua sibuk dengan rumah terbuka sepanjang bulan. Kerja pejabat ada yang tergendala kerana terlalu banyak majlis rumah terbuka. Lebih baik peruntukan Kerajaan digunakan untuk tujuan lebih berfaidah saperti kenaikan taraf tandas awam supaya setanding dengan tandas awam di negara maju yang lain.
3. Cadangan saya ini nampak kecil tetapi boleh memberi impak yang besar dari segi mengubah sikap kepada memberi nilai yang sebenarnya bagi setiap sen Wang rakyat dan menghapuskan tabiat suka membazir dalam perbelajaan Kerajaaan serta ikut contoh Tun Razak.

Iklas,
Rahim

Anonymous said...

Salam DAKJ

Seronok dengar cerita lama ni. Saya beranak tahun 1960, hasil usaha kerajaan satu kampong sama2 buat gotong royong bina jamban curah di perbuat dari tin kitar semula minyak tanah, di bentukan v untuk curah air ke lubang di belakang jamban Kayu yang setinggi 2 kaki dari aras tanah.

Mmmm..... semua alat jamban ni kitar semula, Kayu atap zinc, pintu zinc....

Kita di zaman 60an dah go green.

Kamal

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq,

Tempat feveret masa kecik dulu atas pokok manggis.Satu pokok tu cukup strategik pasai satu ranting duduk mencakung.tangan pula pegang ranting depan yang sikit keatas.Cukup stabil dan daun pun rimbun.

Berak ni satu nikmat Tok.Masa tu la dok berangan macam macam.Jamban susah pasai design untuk orang tua.kangkang tak cukup.Kalu kat tanah,kadang kadang tak dan nak puas,ayam dah mai nak makan.

Bila berdepan tandas duduk,mula mula macam tak boleh keluaq.Mau tak mau kena naik mencangkung baru lega.Paling lawak bila musim sejuk,macam duduk atas ais. siap bawak selimut Tok!

La ni jamban dan macam kutub khanah mini.Sambil dok baca,berfikir dan berinternet pun boleh,ianya satu kenikmatan dan kadang kadang sampai 2 batang rokok.Masih dok jadi tempat berangan angan dan dapat idea baru maupun strategi baru.

TK

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk,

Bertuahnya generasi sekarang,bila hendak membuang air besar,lintang pukang lari balik kerumah. Zaman kita dulu,bila nak buang air besar,lari lintang pukang kedalam semak,ketepi paya atau sungai.
Saya pula dok nusut belakang timbunan ' tahi udang ketak '.
- Guru Pencen, Lubuk Merbau.

Hamba Allah said...

Dato dulu punya cerita.Belakang rumah nenek saya simpan pokok kopi bagi rimbun.Dekat pokok kopi ada pula pokok kedudok.Disitulah dijadikan tandas berselerak.Kalau bertinggung pun orang lain tak nampak.Yang nampak kita ialah burung kelicap.Masa itu ok lah >Dalam kampung jarak antara satu rumah jauh-jauh.Kalau malam kena bawa pelita minyak gaih letak jauh sikit dalam jarak 6 kaki.Depan pelita ialah timba dan air.Alahai serba susahnya zaman dulu.

Tapi Datuk hari ini walaupun maju ada masih ada manusia pengotor.Ada tandas elok pun mereka tak bertanggung jawab.

Anonymous said...

Harun Lazim

Tandas hari ini tidak secanggih tandas dahulu. Dahulu ada tandas pusing. Kita buang air besar belakang pokok. Bila ada orang lalu kita keliling pokok untuk lindung diri kita dilihat orang. Itu namanya tandas pusing.

Selain itu kita juga ada tandas terbang. Biasanya tandas terbang berfungsi waktu malam. Kalau takut nak buang air besar dalam semak, kita buang dalam tempurung kelapa. Kemudian kita baling tempurung kelapa dalam semak.

Masa Tun Abdul Razak perkenalkan tandas tetap ada cerita yang tidak dapat dihapus dari ingatan. Budak kecil jatuh dalam tandas. Oleh kerana lubang tandas . Tapi tidaklah sampai ke bawah. Ketiaknya tersangkut pada lubang tandas.

Kemudian ada tandas angkut. Awal tahun 70 an tandas seperti ini masih wujud. Seorang saudara rapat dapat gelaran Mat T..k kerana kerjanya angkat najis.

Aduyai... tandas pun nak ungkit .

Harun Lazim

zakariron said...

pasal aper tuhan bagi kulup xxx,sebab nak suruh kita jaga kebersihan cuci dalam kulup setiap kali kencing dan mandi,siapa tiada displin macam tu lama2 kenalah penyakit....tapi agamawan bagi idea supaya tak payah cuci buang terus kulup..mungkin lebih bersih tetapi displin penjagaan rapi kurang di pedulikan....

zakariron said...

masih ingat lagi umurku baya2 tadika atau lebih kecil,saya di kg pauh,behrang stesen,perak sekitar 70an..masa tu org tua melepas belakang rumah belukar atau kebun getah,anak2 tepi rumah jer dimakan ayam..mandipun air perigi dan sungai kecil,api pun belum masuk malam2 pakai pelita lagi...lepas tu pindah kg padang akhir 70an,ayah buat tandas curah belakang rumah..kemudian ayah berniaga sekejap di behrang ulu,masa tu guna tandas tinggi yg ada macam baldi besar di bawah,seminggu sekali ada org angkut 'khazanah' tu...maka sekitar akhir 80an pindah serdang barulah merasa tandas duduk...akhir 90an di tempat kerja siap ada tandas duduk pancut air otomatik,cuci tanpa tangan....
hahaha itulah kisahku..agaknya apa lagi utk akan dtg...

bab tandas duduk ni dah ada sejak era zaman purba di china,roman dan bangsa bertamadun lain bekasnya masih boleh dilihat hingga kini...

Anonymous said...

Cakap pasal tandas saya nak cadangkan di masjid-masjid dan public toilet di sediakan tandas duduk. Tandas cangkong tidak sesuai untuk keluarga emas macam saya. Lutut dah tak bermaya nak cangkong lama-lama. Satu masaalah bagi saya dan mungkin kepada kebanyakan warga tua. CHANGE !!!

Mengenang kembali kisah lama teringat saya cangkong di atas batang pokok kelapa condong untuk "berlepas" dengan berkain pelikat. Boleh mengkhayalkan apabila batang kelapa boleh digoyang bila di henjut-henjut sementara menunggu habis "berlepas". Satu pengalaman yang sungguh melucukan apabila dikenang kembali.Lepas tu cari air perigi to complete the session. Begitulah keadaannya di kampong. Sekarang tandas dah canggih dan berbagai jenama dan harganya mencecah ribuan ringgit.

Pok Teh

langitbiru said...

Assalamualaikum dato,
2 artikel terakhir dato ni lain macam sikit-masuk jawi, ayam ponen dan tandas

Bab tandas,seingat saya dah bincang dah sebelum ni

Dato terimakasih kepada Tun Razak,ada makna tersirat kpd anaknya ke Dato? Ye lah,sebab banyak 'legasi' Tun Razak dihapuskan oleh anaknya, Najib!

Ada juga dok baca blogger umno. Dari umno Bhg Tun Razak kata kpd Muhyidin, anak paria.

Bab hudud pun kenyataan Muhyiddin jauh beza dgn Najib

Terbaru, Najib sokong nemawee, tapi _Utusan Malaysia istihar 'perang' dgn nemawee

Pening juga Dato no!

langitbiru said...

Assalamualaikum dato,
2 artikel terakhir dato ni lain macam sikit-masuk jawi, ayam ponen dan tandas

Bab tandas,seingat saya dah bincang dah sebelum ni

Dato terimakasih kepada Tun Razak,ada makna tersirat kpd anaknya ke Dato? Ye lah,sebab banyak 'legasi' Tun Razak dihapuskan oleh anaknya, Najib!

Ada juga dok baca blogger umno. Dari umno Bhg Tun Razak kata kpd Muhyidin, anak paria.

Bab hudud pun kenyataan Muhyiddin jauh beza dgn Najib

Terbaru, Najib sokong nemawee, tapi _Utusan Malaysia istihar 'perang' dgn nemawee

Pening juga Dato no!

awang batuburok said...

Salam Dato'..

Dalam tahun 50an - 60an kami orang kampung dipersisiran pantai timur melepaskan hajat di tepi pantai sambil menikmati hembusan angin laut cina selatan yang sepoi-sepoi bahasa, jadi tak lah berbau sangat.

Yang bestnya Dato, kat tepi pantai ada sistem yang kami panggil "auto flush" dan "auto wash" iaitu luncuran ombak yang laju yang berfungsi 2 dalam satu. Yang bahayanya kalau tak biasa atau salah timing dgn orang-orangnya sekali ditarik ombak masuk kelaut, basah kuyup semua kain sarong.

Apabila kerajaan mengadakan kempen membina tandas curah, semuanya dilakukan secara bergotong-royong bersama jiran tetangga. Masa itu tak ada kontraktor kelas F yang berebut-rebut nak buat projek tandas, jadi kos nya sangat menjimatkan sebab tak ada kroni politik yang berebut-rebut nak dapatkan komisyen projek kerajaan macam zaman sekarang.

Akhir kalam, terima kasih Dato kerana membawa kita semua ke alam nostalgia dan terima kasih kapada pemimpin negara pada masa itu yang cakna kapada kebajikan rakyat walaupun dlm perkara-perkara yang kecil tetapi sangat besar faedahnya....

glassman said...

Mungkin pertama kali saya komen. Tapi bukan nak komen. cuma nak minta share di facebook.. :)))

Anonymous said...

Salam DAKJ dan semua pembahas,

Saya pun ada nostalgia berkenaan tandas curah subsidi ini.. Awal 80'an dulu masa saya kecil lagi. Kerana terbiasa menunaikan hajat di dlm suasana semulajadi, saya ingat lagi cuma guna 3 atau 4 kali, kemudian hampir 2-3 tahun saya tak gunakan tandas tersebut. Maklumlah tak biasa dengan suasana terkepung.. rasa sesak nafas. Masa itu cuma dapat mangkuk dan simen lantai sahaja, jadi dinding, pintu dan bumbung atas usaha arwah bapa saya sendiri menggunakan zing buruk. Cuba bayangkan jika 'emergency' pula waktu tengahari panas terik... tersengih sendiri bila teringatkan waktu itu. Bila diganti dengan dinding papan dan atap rumbia, baru ada selera gunakan tandas tersebut..

Sekarang semuanya mudah, tandas berlantai dan berdindingkan tile atau mozaik, senang dibersihkan... lepas hajat tinggal flush sahaja, tapi segelintir manusia2 sekarang pun suka ambil mudah... sisa sendiri pun tak mahu flush... entahlah, dunia oh dunia

OM76

Dr. Shark said...

salam semua, saya teruja dengan cerita cerita pembahas semua. Saya nak mintak kebenaran semua untuk mengambil pengalaman tuan tuan semua untuk di jadikan skrip teater Monolog saya. Dr. Shark, UTP

A KADIR JASIN said...

1. Sdr Glassman, terima kasih. Sdr boleh siarkan rencara in dalam Facebook Sdr. Tapi sebutlah atau pautkanlah kepada blog kita ini. Sila baca nota di atas kepala blog ini.

2. Dr. Shark, terima kasih kerana akan pentaskan rencana ini sebagai monolog di Universiti Sdr. Insya-Allah kalau ada masa saya akan cuba hadir. Sila hubungi saya di Blog ini;

3. Sdr Doncin Cai minta komen tidak disiarkan. Kalau mahu email saya, sila dapatkan daripada majalah Business Times atau mana-mana penerbitan Berita Publishing. terima kasi.

usabukata said...

dato kj,

dulu tak panggil tandas tapi jamban.
sekarang kalau panggil jamban maksudnya dah lain.

usabukata

Tinta Hitam said...

Datuk,

Saya pun mendoakan kesejahteraan Allahyarham Tun Razak ni.Byk jasa dia pd rakyat.Tu sbb dia sentiasa dipuji oleh kawan dan lawan..Salah satu jasa beliau adalah projek projek luarbandara berjalan pesat bila dia jadi PM.Projek paip air,elektrik dan lain lain berlaku dizamannya.Penduduk kampung hanya bayar minimum utk kemudahan kemudahan itu.Selebihnya disubsidi oleh kerajaan Malaysia.Kena ingat masa tu Malaysia ni masih negara membangun dan miskin.Tapi mampu pulak bagi subsidi.Mengapa sekarang negara kita yg diwar warkan kaya raya dan sentiasa berjaya tetiba tak mampu bagi subsidi pd rakyat tapi mampu bagi subsidi pd tokeh tokeh IPP?

Anonymous said...

Datuk kata:

Di semua negara "kafir" Barat macam tu. Boleh tidur dalam tandas. Di negara Islam macam Malaysia, tandas masjid pun hauuu. Islam suruh bersih, tapi ramai umatnya pengotor. Sedih.

comment:

Ini memperlihatkan kebanyakan personalti pentadbir masjid pengotor orangnya, tidak mengambil perhatian berat tentang mustahaknya kebersihan tandas. Begitu juga pengguna tandas. Mereka tidak perihatin tentang perlunya menjaga kebersihan tandas selepas digunakan.

Di sekolah-sekolah pun begitu. Ramai guru-guru besar tidak memberikan keutamaan tentang kebersihan tandas. Murid-murid tidak diajar dan displinkan tentang cara pengunaan tandas supaya sentiasa bersih.

Ini semua perlukan perubahan sikap.

Mentaliti orang kita belum berubah lagi tentang hal kebersihan bukan sahaja dimasjid malahan di rumah sendiri pun.

Satu cara untuk menukar sikap rakyat tentang kebersihan ialah melalui penayangan filem dokumentari di TV dengan memaparkan contoh-contoh tahap kebersihan dinegara "kafir". Dan tayangan ini diulang bertubi-tubi dengan menunjukan bagaimana indahnya kalau kita amalkan kebersihan ketahap world class!!

Selagi sikap ini tidak diubah jangan mimpilah nak mengakui negara kita sebagai negara yang dah maju. Maluuuuuu !!


Pok Teh

Anonymous said...

Salam Dato',

Menarik tulisan kali ini. Sesekali mengimbau zaman dulu. Saya juga tidak terkecuali merasai situasi tersebut diawal 70an. Kesan yang tidak boleh dilupakan ialah sering dihingapi tunngau (sejenis binatang kecil berwarna merah yang sering hingap dialat sulit yang mengakibatkan sedikit bengkak dan gatal)akibat seluar dalam yang terhad.....
Hmmm...suatu era kehidupan yang penuh kesusahan tetapi penuh kebahagian.

A KADIR JASIN said...

1. Tiga puluh, 40 tahun dari sekarang anak-cucu kita akan bernostalgia mengenai Iphone 5 dan Ipad;

2. Saya kerap lakukan tandas terbang pasal takut nak turun rumah waktu malam atau kerana hujan. Buat atas kertas bungkus barang dan lempar jauh-jauh. Bangun pagi bersih dimakan ayam dan kura-kura;

3. Kemudian tandas serkup. Kita buat apa yang perlu dan serkup dengan tempurung. Sekali, masa menumpang di rumah kawan (Samsuri) di Kg Sawa, Pendang, kita buat tandas serkup lepas tu terus naik bas sekolah UTC ke Alor Star.

Bila kita balik, Mak Jam (isteri Pak Saad Janggut) mengamuk. Masa pungut tempurang nak bakar kueh dia jumpa bahan organik peninggalan kita. Dia repot kepada Pak Ad. Malam kami kena rotan;

4. Tahun 1969, masa jadi pemberita kadet, ikut Tun Razak ke Pusat Latihan Belia Dusun Tua. Polis ada tapi duduk jauh-jauh. Jadi bila beliau "walkabout" belia dan orang kampung kerumum beliau. Itu "walkabut" zaman dulu.

Terima kasih.

Anonymous said...

Malacca to house one of the largest bird parks in Southeast Asia


MALACCA: A bird park, one of the largest in Southeast Asia with 6,000 birds from 300 species, will be built on a 1.8ha site at the Botanical Garden in Ayer Keroh here.

Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said this latest tourism product was part of the second phase of the landscape development and tourism facility project located within the 92.5 hectare Botanical Garden.

"Apart from the bird park, other projects include a watch tower, renovation of chalets and landscaping upgrade of the Botanical Garden. A fountain will also be built at the garden," he said after performing the groundbreaking ceremony for RM30mil bird park here Wednesday.

The project, he said, is expected to be completed in 20 months.

The bird park is expected to provide competition for Singapore's Jurung Bird Park. Bernama

comment:

Kalau nak buat sesuatu mestilah world class dan mendatangkan keuntungan kepada negara. Kalau tidak jangan habiskan wang rakyat semata-mata nak buat project untuk nak bagi kroni kontraktor hidup. Lepas itu bila project dah siap penyelegaraan taman tidak terselia. Terbiar sahaja taman tu!! Budget tak cukup pasal tak ramai yang datang !!

Nyonya Melaka

Tinta Hitam said...

Datuk,

Saya ketawa berdekah dekah pasal tandas terbang ni.Mmg betul zaman dulu tandas jauh dan didlm semak.Siapa yg berani keluar mlm.Kita dididik takut pd langsuyar,hantu itu hantu ini.

Skg ni tandas terbang dah tiada dah.Yg ada lagi teruk.Duit kita terbang sekitar 20 bil-38 billion setahun melalui rasuah,money laundering etc etc..

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Adalah harapan saya ada orang yang membukukan peristiwa-pristiwa lampau seperti yang Dato' ceritakan dengan begitu indah sekali.Bangsa kita kaya dengan adat dan sistem kehidupan yang bertemadun. Malangnya ada satu era dimana terdapat sebahaghian dari bangsa kita yang terikut-ikut dengan cara hidup Barat sehingga ada yang malu dilahirkan sebagai Melayu.Jika zaman kegemilangan kita tidak ditulis maka tidak heranlah jika disuatu hari bangsa Melayu dikatakan sebelum datangnya penjajah adalah mundur dan duduk atas pokok.Sekarang baru saya faham mengapa moyang saya tidak membenarkan Kerajaan mengambil salah seorang dari Aki saya untuk di latih di England.

Saya ingat lagi falsafah Allahyarham Tun Abdul Razak tidak meniru bulat-bulat sistem dan cara hidup Barat.Beliau sedar bukan semuanya yang datang dari Barat baik dan jika kita tidak peka bangsa kita akan menghadapi masalah.Ini sudah pun berlaku. Kejayaan besar yang kita capai melalui Dasar Pelajaran Negara dan Dasar Ekonomi Baru sedang dirobohkan dan diganti dengan sistem yang akan menyebabkan anak bangsa cicir semula seperti sebelum tahun tujuhpuluhan.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya

Orang tua said...

Tok

cerita tandas ini tidak akan memberi kesan kepada generasi muda kita yang lahir dalam dunia di hujung jari.

baru masuk PLKN pun dah komplen pasal tandas, makan, tilam dan latihan fizikal tengah panas.

Yang lebih menghairankan, ibu bapa yang pernah lalui zaman tandas tradisional ni pulak yang lebih kuah dari sudu risaukan anak mereka.


Tak faham betul

generasi x said...

Salam Dato Kadir

Membaca posting Dato kali ini dan juga komen pembaca blog dato tentang tandas di kampung zaman dahulu.

Saya agak terkejut bila megetahui bahawa waktu zaman Tun Razak baru orang desa di Malaya baru mengenal sistem tandas yang lebih higenik.

Dan saya lebih terkejut bila baca orang desa melepaskan hajat di merata rata tempat yang mereka rasa sempat dan sesuai. Tandas segera, tandas terbang, tandas pusing dan pelbagai lagi yang tidak higenik.

Pada mulanya saya ingatkan AK Jailani melepas hajat dalam semak dalam filem Doremi (lewat 60an ) adalah jenaka sahaja tetapi baru hari ini saya tahu ia adalah kesah benar.

Jadi saya rasa budaya kebiasaan melepaskan hajat generasi dulu inilah yang membuat tandas awam kita tidak bersih baik di bandar besar mahupun di pekan.

Saya perhatikan ( kecuali di sekolah atau pejabat ) sejak awal 80an bila tandas awam banyak diperkenalkan hingga akhir tahun 90an budaya itu masih terbawa bawa dari desa.

Kecuali dimillineum baru ini, barulah kita nampak "sedikit perubahan" ditandas awam yang di bawa oleh kesedaran generasi muda kami.

Anonymous said...

Dato,

Zaman dulu, boleh dikatakan rumah2 kampung sentiasa 'open-house', makan sentiasa ada, pokok2 buah sekampung empunya,

.. jamban tak sempurna tetapi makanan jenuh...

Sekarang ni, ramai fakir miskin, nu kat Somalia tengah kebuluran takde makanan.

Tapi ... ada baca cerita, dari kalangan orang Islam kita ni, ada yang jamban pun diperbuat/di salut dengan emas!!!

kayamiskin

kamarul said...

As salam Dato',

Semoga Dato' akan sentiasa dalam rahmat Allah swt supaya boleh Dato' berkarya lagi di masa depan. Insyallah.

Cerita pasai tandas dua zaman (saya lahir tahun 65)di sebuah kg di Selangor. Pada tahun2 berkenaan - akhir 60 dan awal 70an, kebanyakan tandas (terutama di kg2 nie), tandas curah (kalo ade), di buat jauh2 dari rumah. Kalo ade keadaan yang memaksa (di tengah2 malam), alangkah siksanya. Ye lah, nak ajak teman satu hal. Yang nak menemana tu pulak, "penakut" jugak macam kita, sat sat tanya, dah sudah ke belum? Punyalah tension, kena pulak zaman tu, penuh dengan cerita2 pasai macam2 hantu..lagi buat kita takut. Tapi sekarang, orang ramai "nampaknya" dah macam tak takut kat hantu2 tersebut. Makin banyak cerita hantu keluar, baik di pawagam, tv dsb. Em...betul betul zaman dah berubah. Apa komen Dato' pasal ini?

Boleh hide my ID? Tks.

Anonymous said...

Projek kecil manfaat besar...ramai merasa.. itulah falsafah dulu...

la ni..
lepas pilihanraya
projek besar manfaat tahun 2020.. merasa dua tiga org

makin dekat pilihanraya
projek makin kecil... baru orang ramai nak merasa...

dato',

dulu masa kemarau (angin timur ... nyaman sekali musim tu malam2) lepas menuai.. banyak bendang tiba-tiba tumbuh pokok tembikai dalam bendang...
hehe..

Anak tanjung

Anonymous said...

Dato',
Saya rasa Dato' ni macam umno juga. Kita tengah hot gila bahas isu panas tiba2 keluar isu ayam ponen, jawi dan jamban pula. Bukan apa Dato', post terkini Dato' tu betul2 mengusik jiwa saya. Teringat zaman remaja dulu, zaman yg tak akan kembali lagi. Zaman yg banyak kena sengat dek tebuan kerana hobi saya lastik sarang tebuan. Kalau ada sarang tebuan dekat rumah, tuannya suruh saya lastik dgn kerang biar tebuan tu pindah.
Bila Dato' sebut pasal babi hutan masuk kg saya nak cerita sikit apa sebabnya. Depa marah sbb banyak sangat hutan balak kena tebang. Sebenarnya depa nak kebandar nak siasat hasil balak tadi masuk kat poket sapa.
Di kg banyak babi hutan tapi di bandar banyak pula anjing liar. Di KL ada satu spesis anjing yg hanya dilatih untuk tugas2 khas saja. Anjing2 ni sentiasa patuh dan tunggu arahan saja tak kira masa.
Jumpa lagi utk kisah2 lain pula.

Hassan, Putrajaya.

Khairul-Dean said...

Dato Kadir,
Salaams

Dalam memolekkan lagi cerita tandas dalam dua era tiada pandailah kita. Perkara kecil besar faedah yang bermain di kepala hanya PRU-13 dilambat-lambatkan biar ke saat akhir.

Di hati di sebalik irama surah Duha mahunya perkara Hudud di Kelantan diizin dilaksanakan; tetapi bukanlah ia perkara kecil.

Maaf.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

A Kadir Jasin said,

Tahun 1969, masa jadi pemberita kadet, ikut Tun Razak ke Pusat Latihan Belia Dusun Tua...

Tok,
Mungkin tidak ada orang bagitau Tun Razak bahawa kawasan PLBDT tu berhantu dan perkara pelek2 terutamanya waktu malam berlaku.
Antara cerita yang kami dengar,

1. Dengar bunyi cakaran dinding 'zinc' barrrack tidur.
2. Mlm tidur diatas katil, bangun pagi di tepi longkang
3. Ada yang lena tidur dengan 'balancing act' ditepian katil dan yang paling menakutkan ada yang kena kacau ketika melepas dlm tandas 4x4 'body works' dari zinc.

Ini ada cerita 'Hantu tandas'

Pada suatu malam yg gelap gulita, seorang pelatih sakit perut lepas 'dinner' dan bergegas ketandas yg agak jauh dari barrack tidur. Bila menghampiri jamban yang terbuka itu dia terbau busuk. Dia berpatah balik mengambil sebaldi air sambil menyumpah orang yang tidak bersihkan tandas sesudah melepas.. dah la tu perut dia sedang memulas..

Dalam keadaan gelap, lantas dia menyimbah air sebaldi setibanya kembali kepintu tandas..ketika itu juga keluar suara jeritan kuat dari dalam tandas. Apalagi lintang pukang le dia lari balik tanpa menunaikan hajat..heboh satu barrack pasal 'hantu tandas' tadi.

Keesokan hari waktu minum pagi baru tahu apa yang sebenarnya berlaku...
Apa lagi, terkekeh2 sampai senak perut le gelak mereka..

Kalian nak tahu apa yang sebenarnya berlaku?....

Buat le andaian sendiri...

HAHAHAHAHAHAHAHA

ALFATIHAH, AMIN
Ps..mungkin ada para pembahas antara batch pertama PLBDT yang tahu cerita ini..

affendi hussain said...

Salam Dato',

Kebersihan, "hygiene awareness" & yg seumpama..ini bertitik tolak dari ilmu pengetahuan yg mencorak tahap kesedaran & acuan mentaliti seseorg..

Contoh: zaman dulu org tak reti apa dia bakteria & virus sgt.. sebab tu tak berapa kisah soal kebersihan hatta kpd rutin yg paling mudah basuh tangan dgn sabun & air sebelum makan.

Pepatah Inggeris yg berkaitan..
Ignorance is bliss..

Bila dah tau lainlah perspektif & tindakannya..atas lojik ini, sebab itulah negara2 maju mcm EU & Jepun tandas2 mereka sgt bersih.. malah pengalaman saya guna tandas super auto kat Jepun.. masuk & tutup pintu jer, penutup toilet bowl buka sendiri..touch panel utk flush guna sensor infra red..water jet spray sendiri target tepat ke lubang gerak beritma mcm jakuzi..tak perlu sentuh lansung.. bila minima sentuhan maka mencegah bakteria utk melekat ditangan kita..

Ada juga negara yg kira dah setaraf negara maju dari segi infrastruktur & GDP mcm China dgn keretapi 350km/j, tetapi "toilet mentality" masih mcm 5000 tahun dulu yg sangat mereka banggakan..pengalaman saya kt China lihat org yg berak tak tutup pintu.. najis bersepah-sepah sana sini hingga ke dlm tempat kencing, walhal kt stesen keretapi laju antara Tianjin ke Beijing..kat Hongkong lain pula, DNA yg sama, muka yg sama, tetapi perangai berbeza..jauh bersih..terima kasih kpd British yg ajar mereka cara kencing berak lebih beradap.

India tak payah cakap lah, kalau anda ke Madras, ibu negeri Tamil Nadhu yg kebanyakan keturunan kaum India kita berasal, anda akan tahu langit tinggi atau rendah kat Malaysia ni..cukuplah saya melihat perbezaan kebersihan tandas di "langit" & di "bumi"..

Tips perjalanan: Kat India & China baik kosongkan apa saja dlm usus & pundi kencing di hotel sebelum keluar..

Malaysia berada diawang-awangan..kita masih belum kritikal.. yg menyumbang kekotoran tandas awam kini adalah pendatang2 asing negara dunia ke3 yg di tempat asal mereka sistem tandas flush pun tak ada & segelintir rakyat yg masih bermentaliti pendatang atau kampung walau dah 50thn merdeka..

p/s: kalau ikut mentaliti kampung, sungai dijaga bersih..arwah mak saya cerita dulu sapa buang bangkai/berak dlm sungai siaplah kalau kantoi..harini org senang hati buang sampah & manusia dlm sungai..salah konsep zaman moden ni..patut panggil mentaliti "setinggan".. bukan "kampung".

macam2 ada..sekian.

wasalam

("/)

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).