Wednesday, November 02, 2011

Dialog Kedai Kopi 2Malaysia


A kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan pengenalan  “anonymous”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

KELMARIN, saya mengadakan dialog kedai kopi 2Malaysia tanpa dirancang dengan seorang kawan yang pernah bekerja di bawah saya di akhbar New Straits Times selama lebih 20 tahun.

Kami pernah diseret ke mahkamah kerana tulisannya mengenai pembekalan kepada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998.

Saya katakan 2Malaysia kerana kita adalah dua individu daripada dua bangsa berlainan. Dia berbangsa Punjabi dan saya Melayu. Ramai orang Malaysia keliru antara Punjabi dan Benggali. Mereka kerap mencampuradukkannya.

Sebagai penjelasan, Punjabi berasal dari wilayah Punjab di India dan Pakistan. Di India, ada sebuah negeri bernama Punjab yang majoriti penduduknya berbangsa Punjabi dan mereka amnya beragama Sikh. Punjab adalah antara negeri paling maju di negara dan menjadi jelapang gandumnya.

Orang Benggali pula berasal dari negeri Bengal  di Teluk Benggala. Mereka daripada berbagai agama, tetapi majoriti adalah Hindu dan Islam.

Orang Punjabi makan capati, orang Benggali makan nasi atau roti. Bila kita kata roti Benggali, ia adalah roti yang pada suatu masa dulu dibuat oleh orang Benggali Islam.

Sebelum saya sebutkan inti pati dialog 2Malaysia dengan kawan Singh itu, eloklah saya membuat penjelasan yang dia nampaknya begitu kuat menyokong Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak. Antara isi kandungan dialog kami ialah:

1. Saya mengesahkan andaian beliau yang saya bukanlah “the Oracle of Syed Putra” aka Pendeta Syed Putera yang kerap dipetik oleh SakmonkolAKA47 aka Mohd. Ariff Sabri Abdul Aziz (Datuk), bekas ADUN BN (Umno) Pekan (2004-08), dalam tulisannya;

2. Tanggapan beliau yang saya akrab dengan Perdana Menteri dan pandangan saya sering diminta oleh beliau adalah meleset;

3. Tidak ada jaringan antara Perdana Menteri dan saya. Hanya seorang dua saja pegawai-pegawai beliau yang, sekali-sekala, bersembang dengan saya, itu pun atas kapasiti peribadi kerana mereka kawan-kawan lama saya;

4. Ramai orang Melayu masih komited dan sayangkan Umno, tetapi mereka mempunyai masalah dengan kepemimpinan parti itu. Istilah benci, menyampah dan meluat kerap digunakan;

5. Kelemahan Umno, perpecahan orang Melayu sejak pilihan raya umum 2008 dan dasar-dasar Kerajaan Pusat BN serta Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai merugikan orang Melayu dan mengancam agama Islam menyebabkan orang Melayu memandang ke arah Raja-Raja mereka;

6. Aktivisme Istana semakin ketara. Raja-Raja Melayu semakin kerap bertindak dan membuat kenyataan ke atas hal-hal berkaitan orang Melayu dan agama Islam yang gagal ditangani oleh kepemimpinan politik atau sengaja digembar-gemburkan untuk tujuan politik;

7. Kalau kepemimpinan Mohd Najib tidak berusaha menangani isu-isu Melayu/Islam dan memahami pemikiran Raja-Raja Melayu,  Umno akan mengalami masalah pada pilihan raya umum akan datang, termasuk dalam menentukan kepemimpinan, khasnya di peringkat negeri;

8. Panglima-panglima perang aka warlords Umno masih berleluasa, terus bercakaran dan mempamerkan kehidupan mewah, boros dan disyaki (baru jadi Senator, dah buat rumah ibarat istana);

9. Tidak mustahil Kerajaan-Kerajaan Negeri PR enggan membubarkan DUN kalau PRU diadakan terlalu awal. Taktik mencetuskan kekeliruan adalah senjata berkesan bagi PR;

10. Dalam pada itu, Perdana Menteri mungkin terdesak untuk mengadakan PRU sebelum pertengahan tahun hadapan kalau beliau berharap untuk meraih manfaat daripada janji-janji Belanjawan 2012 dan mengelak daripada prospeks ekonomi global yang kacau-bilau;

11. Wujud kebimbangan dan ketidakpastian di kalangan pelabur, khasnya pelabur besar, terhadap ekonomi pasca-PRU ke-13, apatah lagi sekiranya ditakdirkan BN kalah. Ramai pelabur, sama ada telah “membekukan sementara” pelaburan atau membawa keluar modal mereka;

12. Antara petanda trend ini adalah kegiatan “taking private” syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia oleh pemegang saham majoriti mereka dan kurangnya kegiatan tawaran permulaan awam (Initial Public Offering/IPO). Terbaru dalam kegiatan “taking private” ini ialah tawaran billionaire Robert Kuok “menghakmilik-peribadikan” Jernih Insurance Berhad;

13. Kata kawan saya itu, Perdana Menteri tidak akan bertolak-ansur mengenai penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Secara peribadi saya tidak menyokong pemansuhan ISA dan penghapusan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik; dan

14. Akhir sekali, saya kata saya sangat bimbang Malaysia akan menjadi negara yang "dicintai" hanya oleh orang miskin yang tidak dapat lari ke mana-mana, sedangkan orang berharta cabut dengan modal mereka ke luar negara ibarat habis manis sepah dibuang. Wallahualam.

69 comments:

saji said...

Dakj

"4. Ramai orang Melayu masih komited dan sayangkan Umno, tetapi mereka mempunyai masalah dengan kepemimpinan parti itu. Istilah benci, menyampah dan meluat kerap digunakan;"

Walaupun ramai orang Melayu kita benci, menyampah dan meluat kat UMNO, pokoknya, DSNajib dan panglima-panglima perang aka warlords UMNO tahu sangat makcik2 dan pakcik2 orang Melayu di ulu2, di kampung2, di pinggir2 bandar, di kawasan2 penempatan FELDA dan penerima pencen kerajaan mudah dirasuah semasa PRU. Cuma kali ini mereka macam segan sikit apabila sogokan rasuah dibuat dalam bentuk belanjawan negara.

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

LAYARI: http://sustainablelivinginstitute.blogspot.com

Posting on Thursday, October 27, 2011: "UMNO NOT NEP BASTARDIZED THE MALAYS"

The role of government is to distribute wealth and take care of the welfare of each and every one of its citizen. The poor, needy, disabled, and old should receive special attention. It may entail taking money from one groups of citizens and giving it to another, for example in the case of taxation.

What this means is that the government is a form of tongkat to all. It is only in the matter of degrees as to how much of a tongkat individuals, families or groups of citizens deserve and given. It is in the giving that is wronged by governments.

Tongkat is now becoming a bad word. NEP meant for affirmative action for the Malays and bumiputras has boomeranged. Over time it has bastardized the beneficiaries according to Najib. We are hiding behind NEP he further said.

Many of us have nothing to hide for we have nothing. It is only the politicians who want to hide or ignore the problems of the underdogs and sweep them under the carpet. This strategy of the good look factor to win votes. Blame the child but not the rod?

There is nothing with UMNO. It is the politicians who have abused UMNO. It is a springboard to jettison many to ambitious self-serving interests using UMNO to get rich quick, practice cronyism, corruption. Many cling to their positions till die standing. To say that NEP is a bloody tongkat then UMNO is a bloodier tongkat!

Many deadwoods are parasites who do not pick a thing in their many years in UMNO. They play safe. I rub your back and you rub my back. These are the people who hide behind UMNO. Yet the leadership still favour them. This resulted in mediocrity and that breeds insecurity in the party.

By such an analogy, then UMNO is the tongkat that has dangerously and blatantly bastardized the Malays. If that is so, it should be disbanded! With that the question of abolishing NEP does not arise.

Due to the bastardizing effect of UMNO and its being the strong arm of the government, by the same token it has weakened and bastardized its master.

Which one is of greater bastardization factor for the Malays and bumiputras?

Anonymous said...

Salam Tuan,

Tolong saya, saya mahu jumpa PM Dato Sri Najib, seperti En Saiful Bukari, saya dapat VSS dan sudah setahun tidak dapat kerja yang di pohon. Saya mahu PM tolong saya. Boleh ke tuan ?

Meru

Khairul-Dean Mohamed said...

Dato Kadir,
Salam sejahtera


Terima kasih kerana guna huruf yang senang dikenali mata yang sudah lama memandang dunia.

Dialog Kedai Kopi ini saya baca dan persoalan yang timbul hanya dua dan satunya dari lanjutan "Bazir Wang Negara Satu Pengkhianatan" dan cerita yang dibawa oleh Sdr Sufian Idrus:

Datuk,

Dari sebuah akhbar di Australia Barat baru-baru ini;
"Gathering for the Commonwealth summit has been an opportunity for a shopping spree and sightseeing around Perth for many delegates and visitors.
A few city retailers reaped the rewards, with one first lady known to have bought $150,000 worth of WA pearls, while Malaysian Prime Minister Najib Razak's daughter is believed to have spent $60,000 in David Jones."


Dari mana datang ongkos perbelanjaan Rosmah? Sekiranya menggunakan line of credit institusi perbankan saya tak mahu tahu.

Persoalan saya timbul dari kandungan #6 - Aktivisme Istana semakin ketara: Apa beza perilaku Istana dan Rosmah?

Maaf sekiranya tak lalu Dato nak jawab; dan salam takzim kepada semua khusus Sdr Sufian.

Terima Kasih

Anonymous said...

Dengan izin dan salam, saya tertarik dengan pendapat Datuk no. 14 "
14. Akhir sekali, saya kata saya sangat bimbang Malaysia akan menjadi negara yang "dicintai" hanya oleh orang miskin yang tidak dapat lari ke mana-mana, sedangkan orang berharta cabut dengan modal mereka ke luar negara ibarat habis manis sepah dibuang. Wallahualam."

Sudah lama jadi Tok. Cina dan India kaya dan professional buat Malaysia batu loncatan saja Tok. Mereka datang tanah Melayu sebagai kuli dan penagih candu. Tapi kita orang Melayu baik, nasi kita kongsi dengan mereka.

Bila mereka kaya, kita bagi pula kerakyatan. mereka hantar duit balik India dan curi-curi hantar balik China komunis. Anak cucu mereka mengaji luar negara dan tak balik lagi. Kalau ada can jadi jutawan atau dapat kontrak besar atau jadi konsultan, baru balik guna insentif Talent Corp. Melayu nganga.

Mereka akan lari Tok. Itu budaya mereka. Hari ini The Star kata, separuh orang-orang kaya di negeri China bercita-cita hendak berhijrah ke Amerika, Kanada dan negara negara barat. Kalau cina China pun nak cabut Tok, apa nak hairan cina dan india Malaysia. Melayu kaya dan berpelajaran orang putih pun dah banyak cabut. Akhir yang tinggal melayu papa yang tak boleh pergi mana-mana. Masa tu yang senang orang Indon, Kemboja, Myanmar dan Bangla. Melayu do mabuk politik sampai terlondeh seluar.

Romainoor

ab said...

Salam dato,



Saya berpendapat orang luar yang cerdik akan tetap `berduyun duyun' ke negara ini kerana perkiraan kedai kopi saya tentang ekonomi malaysia lebih kurang macam begini:-




1. Kerajaan/perbendaharaan AKAN BERTERUSAN menambah duit baru dalam negera setiap hari dengan MELAKUKAN PELBAGAI PEMBINAAN STUKTUR, MEMBELI/PELBAGAI PERKHIDMATAN, PEMBELIAN PERALATAN dsb.


Tetapi perbendaharaan(treasury) tidak BOLIH CETAK DUIT!.


Kerajaan/perbendaharaan pinjam duit dari bank komersial/financial firms dalam negeri atau luar negeri...



2. Bank komersial/finance firms dimalaysia tak cukup duit tunai kalau dikumpulkan semua tunai, deposit,matured loans papers(bon atau lain lain) untuk tujuan # 1 itu. Kerajaan dan bank negara tahu
jumlah duit semasa dalam negara setiap hari...



OLIH ITU bank komersial/ financal firms AKAN PINJAM DARI BANK NEGARA/ bank luar negara(melalui bank negara juga akhirnya).



3.BANK NEGARA cetak duit ringgit baru. Nilai duit baru dicetak adalah harga kertas dan kontrak cetak saja olih bank negara....lepas itu bank negara JUAL PINJAMAN DUIT DENGAN
FAEDAH MURAH kepada bank komersial/financial firms...dan
mereka ini pula jual duit itu pula dengan harga MAHAL untuk pelbagai tujuan#1disamping perniagaan lain lain...



Daann setiap hariii..bertambah lah duit baru dikalangan rakyat malaysia dan orang luar dimalaysia....!!.

Duit baru ini termasuk jumlah
faedah yang kerajaan perlukan untuk bayar balik...


Kalau diteliti,kerajaan tidak perlu duit cash macam kita untuk kegunaan kerajaan, minta pinjam dari mana mana bank tengah malam pun kerajaan dapat duit cash!.



KERAJAAN TAK PINJAM DARI BANK NEGARA!...mesti melalui bank komersial atau financial firm!

INILAH `TRICK' EKONOMI BARAT..



Bolih semak/teliti balik bila kerajaan pinjam duit kurang dari tahun sebelumnya?


Setiap tahun jumlah pinjaman MAKIN NAIK, sebab itu lah cara kerajaan TAMBAH DUIT BARU baru dalam negara...


Orang orang luar yang cerdik akan datang berduyun untuk ambil duit negara dan gunakan duit ini untuk tukar dengan aset tanah, bangunan, keendraan,dll dinegara mereka!...


Rakyat malaysia sebaiknya buat begitu juga,kerana dengan hampir 2-3 juta orang luar ini,kuat kerja,tak bayar cukai,guna pelbagai subsidi dihospital, disekolah,lebuhraya, petrol,disel elktrik dll....depa `sapu' subsidi,dapat banyak cash,tak bayar cukai...DAN dapat aset yang lebih murah dan lebih besar di Indonesia,kemboja,nepal,bangladesh,india,filipina dll....


So kenapa kerajaan tidak galakan rakyat malaysia buat begitu?...
Secara tidak langsung `menambah harta /aset' rakyat negara ini juga...kalau tidak melebarkan `indirect territory'....


Bukan setakat berkahwin lagi di indon,india,siam,lambuk dll!!.


Abu Bakar Ab Rahman

din klang said...

Assalammualaikum Dato'

terima kasih kerana terus mencuit dan mencubit pentadbiran Najib BN
Komen saya:

1. Umno tak akan hilang sokongan kuasa jika terus menolong Melayu menjadi senang termasuk ketua dan ajk bahagian. yang Melayu marah bila sekolah keb daif, biasiswa tak ada spt dulu, hospital juga daif, gaji org melayu rendah, tapi kerajaan dgn senang hati beri peruntukan beratus juta rgt pd keluarga SATU org menteri untuk projek lembu yg gagal pulak tu.

2. Sokongan org melayu pd raja2 jugak tidak akan hilang jika org melayu yakin raja2 memang benar2 adil, tidak menolak pilihan rakyat, perihatin, berjiwa rakyat dan bersama2 mereka dalam kepayahan hidup. Melihat realiti hidup sekarang kita fikirlah sendiri. Kalau pemimpin termasuk raja2 nak kesenangan rakyat pun ada keinginan juga.

3. Saya masih ingat dalam laporan ketua audit negara beberapa tahun lalu beliau membankitkan sebanyak RM26b wang negara lesap kerana faktor ketirisan sewaktu kerajaan berbelanja. Kalau kita campur dgn ketirisan di peringkat kerajaan negeri dan kerajaan tempatan BN entah beberapa billion rgt lagi.Kalau dicampur pulak dgn kegagalan mengutip hasil negara yg disengajakan dlm bentuk pemberian hak atau lesen tertentu spt AP entah berapa billion lagi.
4. Sebagai rakyat saya mengharapkan
kerajaan menurunkan hutang negara sehingga menjadi kosong supaya generasi akan dtg tidak dibebankan. Tapi hutang tu dah meninggkat setiap tahun sehingga setiap rakyat dibebankan dgn hutang sebanyak Rm16,000 seorang.

5.Sewaktu Suharto jatuh berapa ramai jutawan Cina lari ke singapore dan Hong Kong bersama wang mereka. Soal taat setia tak timbul. Sekarang pun dgn bantuan kerajaan yg rasuah mereka terus menjarah hak dan harta negara terutamanya rakyat peribumi dan parking wang mereka di luar neg. Apakah tiada persamaan dgn hartawan2 di Malaysia(tak kira kaum?) sekarang ini?

Sejarah kerajaan termasuk raja jahat tumbang sering berulang bila rakyat marah

Din Klang

Anonymous said...

1. Terakhir saya terbaca Tan Sri Lee Shin Cheng sedang berusaha 'taking private' IOI Plantation.

2. Kalau negara ini akhirnya akan hanya 'dicintai' orang miskin mungkin masih boleh selamat. Yang dikhuatirkan ialah kebangkitan golongan miskin secara massal menentang kerajaan yang tidak dapat bersabar lagi melihat kekayaan negara dirampas dan dirompak di depan mata mereka dan dilarikan ke luar negara. Walhal mereka terus miskin dan papa-kedana. Jangan sesekali underestimate kekuatan golongan ini. Hunger was the main source of the French Revolution.

3. Tiba-tiba Nalakarupan dilantik menjadi Senator. Sebelum itu Ezam. Nampaknya jalan pintas nak dapat kedudukan dalam kerajaan BN ialah keluar dari parti pembangkang dan kemudian buat bising terhadap partinya dulu dan pemimpinnya. Bagaimanakah agaknya perasaan orang UMNO/BN yang merasakan diri mereka telah banyak berjasa ?

ZMS

Orang Kampung said...

Dato; Istilah ramai orang meluat,benci menyampah pada kepimpinan UMNO cukup popurlar sekali di Kedah.

Apa yg Dato kata semua hampir betul dari segi gaya hidup yg mewah walaupun baru jadi panglima.

Cakap pun susah.Tak cakap pun susah.
Mata sakit.Telinga pedih mendengar.

Sekian terima kasih Dato.

mtgbertam said...

Dato'.

Nak tanya depa di putrajaya kot-kot depa baca, rakyat dah senak dengan kebanjiran warga asing ni apa tindakan depa?

Yang lain bagi teman2 ulas la.

awang batuburok said...

Salam Sejahtera Dato dan para pengunjung semua,

Apa pun yang berlaku keatas negara yg tercinta ini kita tak boleh persalahkan orang lain.

Allah SWT telah mengurniakan kita aqal dan sumber kekayaan yang begitu banyak untuk negara yg tercinta ini. Sejauhmana dan semenjak bila kita gunakan aqal dan sumber pemberian Allah SWT untuk kita tunaikan amanah sebagai khalifah dimuka bumi ini. Sudah lebih 50tahun kita diberi peluang untuk memilih pemimpin dan pemerintah, apakah kayu pengukur yg kita gunakan untuk memilih pemimpin dan pemerintah? Dalam sistem demokrasi tidak ada siapa yg akan jadi pemimpin atau ketua kalau tidak dipilih oleh rakyat. Walaupun ada yg mendakwa rakyat ditipu dlm sistem pilihanraya; Kalau mudah ditipu, itu salah siapa? Kenapa rakyat mudah sangat ditipu oleh penyangak dan perompak khazanah negara sehingga mereka ditabal sebagai pemerintah?

Elok lah kita bermuhasabah dan perbetulkan diri kita sendiri, ahli keluarga dan jiran tetangga supaya tidak mudah ditipu oleh penyangak dan "kawak". Tak kuasa kita nak bergaduh dengan penyangak dan perompak, memang dah kerja dia macam tu. Apa yang penting kita perlu mencerdikkan diri kita supaya tak kena tipu oleh dajjal yang sama untuk kali ke-13....ada faham ke?

vinnan said...

'Sudah lama jadi Tok. Cina dan India kaya dan professional buat Malaysia batu loncatan saja Tok. Mereka datang tanah Melayu sebagai kuli dan penagih candu. Tapi kita orang Melayu baik, nasi kita kongsi dengan mereka.'

Kongsi apa? Orang Melayu dibawah jajahan British miskin merana di kampung. Orang Cina dan India yang membangunkan kawasan bandar dan aktivity perniagaan yang juga menguntungkan orang Melayu. Anak-anak UMNOputeri and UMNOputera yang ramai menuntut di sekolah swasta macam anak Najib. Merekalah yang sedang membuat persediaan lari dari Malaysia bila darah negara habis disedut meraka
Paling penting jangan sangka orang Cina diMalaysia sama dengan yang ada di Cina. Jangan harap kami akan lari bila UMNO hantar Mat Rempit mereka. Kami akan pertahankan hak kami walaupun berdepan dengan parang panjang UMNO..

sujini said...

Datuk Kadir,

Hanya ingin menyentuh satu tajuk perbincangan
Datuk, iaitu tentang PPSMI.

Betulkah Datuk tidak menyokong pemansuhan
PPSMI?

Jika tidak keberatan bolehkah Datuk
memperjelaskan sekali lagi kenapa PPSMI
ini perlu diteruskan?

Munkin saya tidak mengikuti tajuk tampalan Datuk mengenai PPSMI dahulu.

PPSMI akan melibatkan anak saya yang masih di sekolah menengah. Begitu juga dengan anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara yang masih bersekolah.

Terima kasih Datuk.

abdullahngah said...

Kalau orang Melayu mempunyai masalah dengan kepemimpinan parti umno/BN yang di istilahkan benci, menyampah dan meluat sudah tentu calon yang tak bersih pasti tak menang.

Jadi menyampah dan meluat orang melayu pada kepimpinan umno hanya atas kertas saja.

Tak lebih daripada itu.

Mereka bukan menyampah dan meluat sebaliknya 67 orang Melayu masih komited dan sayangkan Umno miskipun pemimpinnya macam "dajal"

Lebih lebih lagi yang mengatakan dia menyampah dan meluat itu macam dajal juga,kerana mengundi dajal.

Kalau tidak mana mungkin calon calon dajal yang jelas dajal boleh menang dengan mudah dalam setiap pilihanraya umum.

Orang Melayu sudah sekian lama dibeli oleh pemimpin umno.

Dapat saja duit RM 50.00 hilang segala dan mudah lupa akan apa yang menimpa mereka.

Seperkara lagi kebanyakan orang Melayu telah ditambat hatinya dengan habuan (rasuah) yang dianggap hadiah (tak salah)dari pemimpin melayu.

Pada hal itu adalah rasuah yang akan dibalas azab yang pedih diakhirat nanti.

Dengan itulah hati mereka cinta dan sayang pada kejahatan dan benci pada kebaikan.

Atas sebab itulah kepimpinan dajal pun boleh menang dengan mudah dalam setiap kali musim pilihanraya umum.

oleh itu menyampah dan meluat itu hanya dibibir mulut saja dihati tidak.

Dapat duit hilang segala.

Bagi saya umno akan memerintah selagi ada banyak duit hatta melakukan salahgunakuasa dan penyeleweangan sekali pun.

Orang melayu tak marah dengan laporan Audit negara yang jelas melakukan penyeleweangan suatu pengkhianatan.

Cuba bayangkan binolkular marin yang berharga RM1,940 di beli pada harga RM 56,350.

Didapati 2,805 peratus lebih mahal.

Percayalah orang Melayu tak marah pun dan tak benci pun.Jika mereka benci sudah lama umno berkubur, kerana segala yang berlaku itu adalah direstui kepimpinan umno sejak sekian lama.

ab said...

Salam dato,

INI berita' kat bloomberg dalam 20 minit lalu...


DIA NI BUAT cerita baru kat depa....PRU13 nanti semua BN bungkuih.....outa dia ni nombor berapa ribu ni?


Malaysia Spring’ Approaches in Anwar Vision

Goh Seng Chong/Bloomberg
Anwar Ibrahim, leader of the opposition, right, reacts as his daughter, Nurul Izzah, looks on in parliament in Kuala Lumpur, Malaysia.
Anwar Ibrahim, leader of the opposition, right, reacts as his daughter, Nurul Izzah, looks on in parliament in Kuala Lumpur, Malaysia. Photographer: Goh Seng Chong/Bloomberg
Malaysia’s opposition leader, Anwar Ibrahim, said that in the nation’s next election, his People’s Alliance coalition will end five decades of rule by the National Front as a trend toward democracy strengthens across southeast Asia.
“We’re taking over the government at the rate we’re going,” Anwar said in an interview yesterday at his office in parliament in Kuala Lumpur, citing as a sign of support a July 9 rally where thousands marched and called for greater fairness in election practices. Currently on trial for sodomy -- a charge he says was influenced by the ruling party -- he predicted that the opposition would be boosted even if he is convicted.
An opposition victory would build on gains made in 2008, when Prime Minister Najib Razak’s coalition had its slimmest election win since the country became independent in 1957. In a year that has seen autocratic regimes swept from power in a Middle East upheaval known as the “Arab Spring,” neighboring Singapore saw a record vote for the opposition in May, and Myanmar released some political rivals from jail last month.
“When will the ‘Malaysia Spring’ be? The next elections,” said Anwar, 64, a former deputy prime minister, anticipating that a vote will come anytime from the end of December to March. “Hopefully, we’ll do ours in a peaceful democratic process.”
Jailed, Then Freed
Once the designated successor of Prime Minister Mahathir Mohamad, who ruled from 1981 to 2003, Anwar was removed from office and tried in 1998 for abuse of power and having sex with a man, which is an offense in Malaysia. He was imprisoned for six years before the sodomy charge was overturned. Barred from politics for four years after being released from jail, he then led the opposition to its 2008 election result.
A conviction in his second trial on sodomy charges is a “foregone conclusion,” said Anwar, who could be jailed for as long as 20 years if found guilty. Najib’s administration has said that the trial, which is scheduled to resume Nov. 23, isn’t politically motivated.
While an election isn’t due until 2013, Najib announced a budget last month that stoked speculation about an earlier vote. The plan gives cash to low-income families, raises civil servants’ pay and boosts spending on railways to spur growth at a time when global economic risks cloud the outlook for Malaysian exports.
Najib, 58, has sought to broaden the appeal of the ruling party, rolling back decades-old protectionist policies, opening up service industries to foreign investors and easing rules on ethnic-Malay ownership in companies.
Seeking to bolster his public image after July street protests in the capital led to the arrest of more than 1,600 people, Najib has also pledged to abolish a 51-year-old law allowing the government to detain citizens without trial.



Abu Bakar Ab Rahman


Abu Bakar Ab Rahman

A KADIR JASIN said...

Pembahas Sujini, antara lain, berkata:
"Betulkah Datuk tidak menyokong pemansuhan PPSMI?"

Jawanbnya, BETUL. Untuk penjelasan sila baca balik posting-posting lalu.

Tak perlulah saya ulang banyak kali sangat.

Terima kasih.

ab said...

continue...



Falling Poll Numbers
Support for Najib slipped to 59 percent in August from 65 percent in May, according to a survey by the Merdeka Center for Opinion Research, an independent research institute based near Kuala Lumpur.
“The opposition will probably win more seats, but an outright victory is doubtful,” said Afif Bin Pasuni, a professor at the S.
Rajaratnam School of International Studies in Singapore. “If Anwar is convicted, it’ll be difficult to hold the opposition together because they have very different political ideologies -- Anwar is adept at handling these differences.”
The People’s Alliance opposition group includes Anwar’s People’s Justice Party; the Pan-Malaysian Islamic Party, some of whose members espouse the implementation of Islamic law; and the Democratic Action Party, whose secretary-general is Penang Chief Minister Lim Guan Eng, Malaysia’s only ethnic-Chinese state leader.
Coalition Differences
Theft, illicit sex, alcohol consumption and renouncing Islam are crimes under hudud, or Islamic law, and punishment can involve whipping, stoning to death or amputation of limbs. The Pan-Malaysian Islamic Party’s support for implementing hudud has faced objections from the Democratic Action Party. Anwar said that while coalition members are free to articulate their views, they cannot compel others to agree.
If he is convicted, Anwar said, a “mechanism” has been put in place for leadership succession. He declined to identify who would take his place.
The alliance anticipates winning more than 40 percent of the vote in the states of Johor and Pahang, making gains in Negeri Sembilan and Terengganu and getting majorities in the five states it won in 2008, Anwar said.
“The trend for freedom and democracy is irreversible,” said Anwar, who tells his party leaders to read French author Alexis de Tocqueville’s 19th-century political work “Democracy in America.” “We should be able to do much better.”
To contact the reporter on this story: Ranjeetha Pakiam in Kuala Lumpur at rpakiam@bloomberg.net



Abu Bakar Ab Rahman

saji said...

Sdr abdullahngah

Kalau ikut cerita Nabi Yunus AS yang marah sangat kat penduduk di sebuah tempat bernama Ninawa kerana menolak dakwahnya supaya mereka meninggalkan perbuatan menyembah berhala dan menyegutukan Allah kepada menyembah Allah yang mencipta mereka, individu orang Melayu -Islam yang benci, menyampah dan meluat kat pemimpin dan warlords UMNO sudah tentu mereka mengambil pendirian tidak lagi menyokong UMNO. Tak gitu sdr?

...SAJI

ahli umnongok BONGOK said...

Wahai orang orang yang bodoh apabila kamu telah berjaya dibodohkan maka hendaklah kamu sentiasa menjadi bodoh kerana kebodohan kamu itu adalah tanda bahawa kamu telah betul betul bodoh. Jika kamu bertemu dengan ayat ayat semiotik ini maka hendaknya pecah kebodohan kamu itu agar kamu menjadi insan yang bertakwa – ayat tt.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. Abdullahngah antara lain menulis...
Dapat saja duit RM 50.00 hilang segala dan mudah lupa akan apa yang menimpa mereka.

Tepat sekali sdrku, masa demon-strasi gerakan Reformasi kat Masjid Kampung Baru suatu ketika dahulu... itulah jumlah anak buah kami disogokkan sebagai peserta 'iblis-trasi' tersebut.

2 x 5 dan 5 x 2 = the kettle calling the pot black and the pot calling the kettle black.
UH... HU...

Salam kasih sayang dan mohon maaf.

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Left is Right thru the Mirror.

ujang kutik @ ibrahim saleh said...

Dato',

Ya,'Orang Miskin' tidak akan dapat lari kerana terperangkap di jurang yang amat curam dan dalam.

Undur mati, ke hadapan lagi cepat mati.

Anonymous said...

DAKJ,

Minta lalu ke topik berbeza.

Telur ayam gred B kini sudah RM10.00 satu papan (30 biji) manakala gred A RM11.20.

(SARCASM TONE)(Tahniah kepada pemerintah. Maklum saja, Idris Jala baru sahaja buat statement kononnya ETP adalah mengikut perancangan. Mudah-mudahan selepas penguatkuasaan GST nanti impak sama kepada ETP dapat diharapkan.)(SARCASM TONE)

p/s Isu ekonomi, bajet dan laporan audit, DAKJ tak bincang ke masa dailog?

Fed Up

Khairul-Dean Mohamed said...

Dato Kadir
Salam Sejahtera

Perkara 13: PPSMI

Cadangan kita untuk mewarnaceriakan kemelut PAGE.

Sedia maklum, kita ada sekolah-sekolah kebangsaan jenis Tionghua dan Tamil dan sekolah-kolej persendirian di seluruh negara, lebih-lebih lagi di Semenanjung dari di Sabah dan Sarawak. Biarkan sahajalah sekolah-sekolah ini mengambil dan menyesuaikan PPSMI dalam sukatan pelajaran mereka.

Sekolah kebangsaan jenis Melayu(?) kerajaan biarkan ikut pelan dan perancangan Kementerian. Kita tengoklah kesungguhan serta cerdik-lemah pemikiran YB Menteri, kakitangan kementerian dan anggota akademi serta pentabiran sekolah-sekolah kebangsaan jenis Melayu disetiap pelusuk tanah air tercinta ini menjayakan pendidikan anak bangsa dan maruah negara.

Sekiranya ada ibu-bapa dan penjaga yang yakin bahawa kaedah PPSMI itu lebih menguntungkan mereka dan anak-anak mereka kita syorkan mereka mendaftarkan anak-anak dan jagaan mereka mereka di sekolah-sekolah kebangsaan jenis bukan Melayu ini dan biarlah mereka menanggung kos pembelajaran yang terbabit untuk anak-anak mereka secara sukarela dan berusaha menjayakan pelajaran anak-anak mereka mahupun jagaan mereka.

Peruntukan untuk menjayakan sekolah kebangsaan Melayu itu mesti didahulukan dan diutamakan dari sekolah-sekolah kebangsaan
yang lainnya.

Dalam hal kewajiban mahir dalam bahasa kebangsaan yang disayangi, perkara ini semestinya setiap pelajar boleh lulus cemerlang dalam kertas peperiksaan Bahasa Malaysia yang dipertingkatkan dari segi mutu dan kecanggihan terutama kesusasteraan Melayu.

Inilah cadangan kecil saya yang mahu dikongsi bersama kita-kita yang di blog Dato Kadir dan juga YB Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada saya sepandai-pandai orang barat negara-negara maju di zaman sekarang hanyalah pandai menipu dan berlaku zalim dalam perkonomian dan perang beralatkan teknologi moderen.

Sekian dan salam hormat.

Anonymous said...

datuk..

apa kriteria yang digunakan oleh kerajaan najib-rosmah untuk menganugerahkan seseorang itu Senator?

tak heran lah kalau tak lama lagi si eskay pon leh dapat Senator...hehehe

and on a serious note, this is the sign of a falling government!

minah ronggeng

Anonymous said...

Sdr Meru..

Saudara boleh jumpa dengan PM..tapi syarat awalnya perlu diliwat oleh DSAI dahulu.


minah ronggeng

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

ab said,

Falling Poll Numbers
Support for Najib slipped to 59 percent in August from 65 percent in May, according to a survey by the Merdeka Center for Opinion Research, an independent research institute based near Kuala Lumpur.

Salam kasih sayang sdrku,

Do the survey include the opinion of the rakyat on the FLOM image?

If so, we believe that for as long as that image is not 'erased' from the public eyes comes GE 13, all the PM Najib strategies to boost BN chances will come to naught and he can kiss goodbye to the Chair in Putrajaya after the GE... mark my words!

ALFATIHAH, AMIN
Ps.. If Najib and/or his aides are brave enough, we appeal(short of begging)go tell the FLOM to mind her business (duties) from the behind and not in the front of the PM Najib...ie. STOP HOGGING THE LIMELIGHT, PLEASSSE.. Arrrrgh

husin syedmohamad said...

Datuk,
1/ Sudah kama mencari jawapan berkaitan " Taking Private" , seterusnya menilai trend kedudukan taking private tersebut.
2/ Tidak bersetuju Sains dan matematik diajar dalam Bahasa Inggeris ,pelajaran lain dalam bahasa melayu kerana penggunaan terma ( jargon) dan formula tidak membantu pelajar memahami Sains dan matematik , juga tidak membantu memahami Bahasa Inggeris. Lebih baik jika disediakan sekolah Inggeris seperti ( special malay class)untuk yang ingin memilih sekolah medium Inggeris. Untuk memhami Bahasa Inggeris memerlukan belajar bahasa Inggeris subjek melibatkan bahasa tetapi bukan sains dan matematik.
3/ Banyak dasar dan pelaksanaan dasar BN/UMNO tidak menguntungkan Melayu dalam jangka panjang, tetapi untuk memilih alternative juga tidak memberikan keyakinan ia akan mebawa kebaikkan.
4/ Untuk rakyat membuat keputusan rational memerlukan maklumat terbuka pelbagai pandangan berbeza. Jika sebahagian besar kelompok rakyat hanya menerima satu pandangan/maklumat sahaja tidak mungkin mampu membuat pilhan wajar. Dibimbangi akan tiba ketika semua akan rugi, apabila telah terhimpit kedinding..

Rao Lanun-Bahaso said...

Sdr Samurai Melayu,
Salaams

Do you think it is fair to blame someone else for Najib son of Rahah's short comings?

To be frank, a Malay Totok will say that Najib pembawaannya kurang baik because it is impolite to say Najib anak Tun Razak Muka Bawa Sial, right?

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato' Kadir,
Salam Sejahtera

(without fear or favor)

Berkaitan #11: Keyakinan
(ko-ed by round 13)


Saturday November 5, 2011

Dr M weighs in on Langkawi’s future development

...“I don’t know how it (the RM420mil) will be spent, but if they give the money to me, I will know how,” Dr Mahathir said, dra-wing laughter during his keynote address at the launching of Four Points by Sheraton Langkawi Resort in Langkawi...
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/11/5/north/9843271&sec=North

ko-ed in round 13.

What is the odds like, o Mahaguru ku?

Salam Hormat

Hamba Allah said...

Dato.Orang miskin selalu kena naya.Orang miskin selalu dapat kuah.Isi orang lain punya.Orang miskin cuma jadi tukang sorak dan tukang bangga syok bagi pihak orang lain.Nasib baik ada orang miskin boleh juga orang kaya dapat nama kerana bantu orang miskin.

Hamba Allah.

din klang said...

Salam DAKJ

Walaupun saya ahli UMNO Kg Baru KL, saya akan bermatian kempen untuk memenangkan PR dlm PRU 13 nanti.

Soal tak berapa yakin pd pimpinan mereka dalam menjaga kepentingan melayu dan negara memang la ada.

Tapi cuba kita fikir2kan hujah berikut:



1. pernah ke Anuar, Nik Aziz, Hj Hadi, Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang terpalit dgn mana2 rasuah atau pencurian harta rakyat?

2. Kalau Umno BN benar2 bersih kenapa perlu ada macam2 undang2 menindas rakyat(untuk menutup kecurangan mereka) seperti Akta Hasutan, Akta Polis, Akta Rahsia Rasmi, Akta Cetak,Akta Universiti dll.

3. Setiap kali membaca laporan Audit negara, sakit betul hati ini bila mengetahwi berbillion2 rgt wang rakyat lesap kerana perbelanjaan yg tak perlu, perbelanjaan tanpa tender terbuka, agihan pd kroni,perbelanjaan utk hasil kerja yg tak bermutu, perbelanjaan yg sengaja di tinggikan dll.

4.Rakyat termasuk pelajar dipaksa berhutang berbillion rgt dgn PTPTN , suatu janji dan harapan palsu(sebab ramai graduan terutama melayu masih menggangur dgn hutang berpuluh ribu rgt setiap org), asalkan kroni iaitu mereka yg diberi lesen2(tentunya setelah merasuah penguasa UMNO BN) universiti/kolej swasta meraih kutipan berbillion rgt setiap tahun.

Rakyat , terutama org Melayu fikir2kan lah. Masa depan anak2 kita sedang dihancurkan oleh pimpinan UMNO dan penyangak( seperti MCA, MIC, Gerakan, PERKASA, PBB dll) yg sentiasa berada di keliling mereka.Apa kata kita beralih pd PR pulak . Sekali cukup lah

Din Klang

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Iinkan,

Sdr. Rao Lanun-Bahaso said,

Do you think it is fair to blame someone else for Najib son of Rahah's short comings?

Salam kasih sayang Sdrku,

We saw more than just the 'SPLASH', so we will answer the question with a question;

Do you think it's fair to implicate the honourable mother and father for their son's short comings?

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada Dakj dan pengunjung the Scribe yang berugama Islam..

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Jangan hanya lihat pada percikan air yang disebabkan oleh balingan seketul batu, lihat juga pada alunan air (ripples) menuju ketepian..Betul?

A KADIR JASIN said...

Sdr Hamba Allah,

1. Sebab itulah kita WAJIB buat apa saja yang betul supaya orang Melayu/Islam tak terus jadi orang susah. Saya tahu erti susah sebab latar belakang saya pun orang susah juga;

2. Orang Melayu/Islam WAJIB kaya di segi harta benda, ilmu dan budi pekerti;

3. Adakah kita mahu orang Melayu/Islam terus jadi rakyat kelas dua dalam semua hal, termasuk politik, sedangkan mereka adalah peribumi dan penduduk majoroti negara ini?; dan

4. Orang Melayu/Islam mestilah bermentaliti orang berjaya kalau mereka mahu berjaya. Tak guna cakap mengenai kepemimpinan Melayu dan kuasa politik Melayu kalau orang Melayu/Islam terus tertinggal dan makin hari makin jauh di belakang.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dah lama Mat tak mai tumpang sekali
Tapi blog Tok Kadir Mat baca hari-hari
Zaman la surat khabar tak cukup lagi
Dok asyik cerita pasai laki dan bini.

La ni orang kita kuat merapu
Hari Raya Korban pun buat tak tentu
Hantar ucapan yang kita pun tak tahu
Bahasa Jawa, tamil atau Urdu.

Yang berkuasa lagilah nala
Apa depa buat kita pening kepala
Tak masuk akai susah nak percaya
Bila Nalla dilantik Ahli Dewan Negara.

Tok ingat ka lagi siapa dia?
Dalam kes Anwar bia banyak cerita
Buat kelaku yang kita tak percaya
Dok, tak dok jadi YB Dewan Negara.

Tu lah yang dah jadi dengan Malaysia
Macam-macam cerita lawak jenaka
Tapi kita nak gelak pun tak boleh juga
Pasai mana baik negara turut terkena.

Di Kedah ni pun apa kurang
Dalam Umno lagi dok perang
Tapi angan-angan nak menang
Basha lawan Mahdzir malam dan siang.

Ustaz Azizan dia kena steady
Jaga rakyat, jaga negeri
Kes banjir jangan jadi lagi
Silap-silap Pas boleh pi.

Mat Tunjang la ni balik buat bendang
Projek kecik dah makin kurang
Lawan tikus dan simput gondang
Nak cari buruh bukanlah senang.

Menteri dok cakap di Putrajaya
Hal kampung depa tak tau apa
Bila mai dikepung di jaga
Satu apa pun kita tak boleh cerita.

Cubalah mai jumpa rakyat
Cerita depa sangat menyayat
Serangan serangga makin hebat
Tikus dan siput dah tak ada ubat.

Dok tunggu PM mai jalan-jalan
Dalam kampong kawasan pedalaman
Jangan dok asyik di dalam pekan
Macamlah undi kita tak ada peranan.

Mat Tunjung minta berhenti
Nak pi bendang tengok padi
Sewa trektor naik lagi
Pekerja Siam susah nak cari.


Mat Tunjang Enterprise

Anonymous said...

Datuk, I think, quite by default, the BN may, once again, win the GE. The BN is weak and, largely, unpopular with the majority of the Malays and generally rejected by the Chinese and Indians. It's seen as corrupt and uninspiring; a copycat of what the Pakatan stands for. But Pakatan has also lost its shines since 2008 due to internal squabbles, yawning ideological differences between Pas and DAP and Anwar's declining popularity.

Thus, the voters, despite their growing dislike and distrust of the BN, may be forced to make a choice between the bad and the worse. BN is bad, but the PR could be worse. If only the PR lives up to its 2008 idealism, the choice would have been clearer and simpler. The voters may be more willing to dump the BN and take a risk with the PR.

Come the next GE, Malaysians are not voting for a good government but for the better of two bad choices. How sad that our politics has degenerated instead of improving with time. Political maturity is a farce. On the contrary, the majority of Malaysians, the younger ones especially, are becoming shallower, lacking intellect and devoid of any kind of idealism.

Be mindful Datuk that great civilizations like Greek and Italian (Roman) are crumbling. They are now bringing all of us down. We could be heading their way if we continue to be represented by greedy,corrupt and unimaginative politicians.

We could be proud of Tunku, Tun Razak and Dr M, but could we say the same with the rest? And what future does the future holds for us? I am terrified.

The Lawgiver

Rao Lanun-Bahaso said...

Sdr Samurai Melayu,



Terima Kasih Anak Bapak

so it is impolite to say
Najib Anak Rahah DAN Anak Razak
Memang Muka Bawa Sial!


Serbat setitik merah susu sebelanga
marahnya bapa merahnya sepasang telinga
ibu menyusu terdengar batuk di tangga
mayat bapa terbujur mulut anak ternganga

The dead can't talk the talk nor walk the walk
though they may churn-n-turn
in their graves the wish of his tribe
the leader should reflect

don't pick a fight
neither with a girl
nor a woman nor a lady
but silent is assent

in other words,

kalau aku benci anak
aku benci bapaknya
aku benci emaknya
aku benci tujuh keturunannya

and smile, be you tuah or jebat
be the tamingsari with them and you

come let us play the game of the seven often repeated: let play the flower or the fire or the iron from afar or close quarters: let death be the prize in the real world.
comprende? ada faham Samurai Melayu


i won't go looking for najib but if i see him and he is close by i will spit him in huis face.

Rao Lanun-Bahaso said...

Dengan Izin:

Harga Diri
by Sasterawan Negara Usman Awang on Sunday, 06 November 2011 at 11:02

Pusaka diterima oleh ahli waris
Cinta bisa diresapkan ke dada gadis
Dengan mesra atau palsu semata
Segala bisa pudar dirungkup masa

Tapi harga diri mahal sekali
Seribu pusaka dan seribu cinta
Sukar ditukar sebagai ganti
Sebab pusakadan cinta berharga
Yang berserakan dalam rebutan manusia
Tidak berwajah dalam nilai kemuliaan sejati

Harga diri mahal sekali
Peliharalah jika sudah dimiliki


Maaf dan salam teramat hormat

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. Din Klang antara lain berkata,

..kenapa perlu ada macam2 undang2 menindas rakyat(untuk menutup kecurangan mereka) seperti Akta Hasutan, Akta Polis, Akta Rahsia Rasmi, Akta Cetak,Akta Universiti dll.
...
Apa kata kita beralih pd PR pulak . Sekali cukup lah

Salam kasih sayang Sdrku,

Setuju!.. tapi kenapa panjang sangat hujah2 sdr. hingga susah perokok (pendek akal kata TDM)macam kami fikirkan.

KEPADA ORANG PENDEK AKAL INI SENANG SAJA.. APA KATA KITA BUANGKAN SAJA SEMUA UNDANG2 YANG TELAH DILULUSKAN KERAJAAN PERIKATAN/BN SEJAK MERDEKA DAN SURUH PEMIMPIN2 'BERSIH' PR YANG SDR. SANJUNG MENGGUBAL UNDANG2 BARU YANG TIDAK MENINDAS RAKYAT DAN MEMBERI HAK ASASI MENENTUKAN CARA HIDUP TANPA BATASAN SETIAP RAKYAT TERMASUKLAH KEBEBASAN BERKHAWIN DAN MELIWAT SESAMA SEJENIS,KEBEBASAN BERAGAMA ,BERBAHASA,BERKERJA/BERNIAGA, CITARASA MAKANAN DAN MINUMAN DAN LAIN2 PERKARA YANG RAKYAT INGINKAN.
HALAL DAN HARAM NYA LETAK TEPI. ITU ADALAH HAK INDIVIDU MENENTUKAN.

UNTUK MENYENANGKAN KERAJAAN PR NANTI, SURUH SAJA LIM KIT SIANG DAN ANGKUH SINGH BERSALIN PERLEMBAGAAN DAN UNDANG2 DENGAN KERAJAAN PAP SINGAPURA YANG TELAH MEMBUNTINGKAN DAN MELAHIRKAN DAP DEMI MEMPERJUANGKAN 'KEADILAN'NYA DINEGARA TERCINTA INI.


TIADA 'Akta Hasutan, Akta Polis, Akta Rahsia Rasmi, Akta Cetak,Akta Universiti dll'. DI NEGARA SINGAPURA KERANA TIADA KECURANGAN HENDAK DITUTUP KERAJAAN 'MERITOKRASI' NYA.

MAKA AKAN TERBENTUK LAH SEBUAH NEGARA' MERITOKRASI ALA DAP DAN KEBAJIKAN ALA PAS DAN KEADILAN ALA PKR YANG MAJU JAYA, AMAN MERDEKA DAN ADIL SEKSAMA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA JIKA DITAKDIRKAN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH...NAUZUBILLAH

KETIKA INI SUDAH ADA CONTOH 'KEADILAN' KEPIMPINAN P.PINANG 'BERSIHKAN' GERAI PERNIAGAAN KAUM YANG MEREKA ANGGAP 'HARAM JADAH' DAN KEPIMPINAN NEGERI PERAK YANG 'MEMBERSIHKAN' HAK MILIK TANAH KAUM YANG TERTINDAS DARI T.O.L KEPADA 999 TAHUN...
HARAM JADAH NYA KERAJAAN PR PULAU PINANG DAN PR PERAK (YG PENDEK UMURNYA).

MOHON MAAF..ORANG PENDEK AKAL MACAM KAMI NI MEMANG SUSAH NAK FIKIR PANJANG SEBELUM BERKATA MACAM SDR.

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Boleh tak PR hapuskan hadlaju diLebuh Raya?...teringin juga 'test' kuasa Porsche Cayenne.ikut akta Polis BN, dijamin kena saman..'Corrt juga selesei..kata Angkuh Singh...huhu

d said...

Assalammualaikum DAKJ

Izinkan saya menambah:

1. Kalau bilangan dan peratusan penunggang motorsikal yg tak mau berhenti ketika lampu merah diambil kira dalam menentukan tahap kepatuhan warganegara malaysia kepada undang2 negara maka kita semua harus menangis. Sebab kalau bapa borik anak tentu rintik. Dan kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

2. Saya berpendapat perdana menteri UMNO termasuk tunku banyak membuat dasar2 yg merugi Melayu. Walaupun perdana menteri lain juga hampas(kecuali Tun Razak), yg paling hebat rekod kemungkaranya dipegang secara bersama oleh Mahadir dan Najib.

3. Musuh politik di ISA kan. Yg tak takut pd ISA difitnah liwat.

4. Hakim, polis, peguam negara, SPRM, SPR di paksa jadi jahat.

5. Peraturan dikuatkuasa atau dilonggar bergantung samada menguntung/merugi UMNO BN.

6. Malang sekali demi perpaduan Melayu(walaupun menbelakangkan hukum Allah) maka masih ramai melayu menyokong malah sanggup bersekongkol memutar belit kebenaran demi sedikit habuan dunia.

7. Cakap ulamak sudah tak dpt didengar sebab tak diberi tauliah. yg tinggal hanyalah syarahan ulamak jahat atau ulamak cari makan yg diberi tauliah oleh konco UMNO.

Wajiblah kita sebagai rakyat mencuba PR pulak meneraju Putra Jaya.

Persoalannya ialah, dgn adanya pelbagai tipu muslihat UMNO BN spt undi hantu, undi berkali2,undi pos, rasuah undi dll boleh ke PR menang?

Jawapnya masih boleh asal saja kta mencontohi pengundi Kelantan yg memberikan tidak kurang 80% undi kpd PAS dan PKR.

Din Klang

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Salam kasih sayang Sdr. Rao Lanun-bahaso,

Ribuan terima kasih mengingatkan kami akan hari pulangnya kerahmatullah (29hb Nov 2001) seorang sasterawan negara yang kami sayangi, allahyarham abang Usman Awang...sudah hampir 10 tahun lamanya tetapi terasa macam arwah masih berada disisi kami pabila membaca sumbangan sdr. diatas.

Kami mohon moga dilimpahi rohnya dengan Sinaran Zat Kasih dan Sayang Allah S.W.T..

Bismillahirrahmanirrahim
ALFATIHAH, AMIN.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. Rao Lanun-Bahaso said,

i won't go looking for najib but if i see him and he is close by i will spit him in huis face.

Salam kasih sayang sdrku,

Kalau aku mungkin sampai hati meludah mukanya kerana sanggup melayan permohonan nafsu...

Kalau saya/kami/hamba mungkin tidak sampai hati kerana tak sanggup melawan permohonan iman..

ada faham kah Sdr Rao Lanun-Bahaso

ALFATIHAH, AMIN
PS. perpatah Minangkabau ' Iyo dek urang, lalu dek awak', Kalau tekuruang biar diluar, terimpik biar diateh, berduo, biar ditangah.. maaf guna bahaso urang awak..

Anonymous said...

Kata orang :

1.Orang miskin fikir apa nak makan hari ini.

2.Dah senang sikit mula fikir kat mana nak bawa keluarga makan.

3.Yang berada akan fikir dimana nak belanja kawan-kawan makan.

4.Yang kaya hanya fikir siapa dia nak makan.

Di sini ramai yang kategori 3 kot. Tak ada yang nak sembang pasai harga telor, hu, hu, hu.....

Fed Up

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir,

saya sedang mentelaah The Bangkok Post. Berat cerita: jangan baju merah bergaduh dengan baju kuning, cukuplah. Persoalannya pada saya ongkos pembinaan semula ditengah gawat ekonomi.

Namun, orang Siam ini gagah orangnya. 'Baptism by water for Yinglick Shinawatra' and I hope the all the best for her and Thailand.

Salam Hormat.


Sdr Samurai Melayu,

I do not understand you; I don't speak Minangkabau; in fact I hate their adat pepateh.

I understand only this: "Najib has got to go after PRU13"

Fikir-fikirkan: Keputusan PRU13 'is not good; but either bad or ugly' unless you and your crew can come up with a super miracle. Can you?

My crew and I want to prevent the Three Lines from taking center stage. But maybe that would be best - being a republic.

hijau kuning merah

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.

Sunggah menarik membaca komen Dato' orang Melayu Islam perlu berdaya maju dan memperkasakan diri dengan menaikkan taraf sara hidup supaya tidak bergantung dengan orang lain. Syukur kita kepada Allah kerana telah mendedahkan kepada kita kepincangan yang telah berlaku di negara yang kita cintai. Sekarang kita telah tahu serba sedikit apa yang sebenarnya berlaku dan kita kurangkanlah berdebat dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah kepada kedudukan kita. Allah minta selalu melihat keliling kita dan menggunakan akal kita untuk berfikir dan tidak menjadi pak turut sahaja. Hentikan marah kepada UMNO kerana apa yang dilakukannya adalah perjuangannya masakini sebagai UMNO Baru. UMNO sekarang adalah berlainan dengan UMNO dahulu yang berusaha mempertahankan Bangsa , Ugama dan Negara.Marilah kita lihat secara fakta dan bukannya secara emosi. UMNO dulu mempertahankan Raja tetapi UMNO Baru telah menggunakan parlimen untuk mengurangkan kuasa Raja. UMNO dahulu mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu dan bercita-cita menjadikan Bahasa Melayu sebagai salah satu Bahasa Rasmi Bangsa-Bangsa Bersatu. UMNO sekarang mengiktiraf Bahasa Inggeris sebagai bahasa global dan Malaysia akan hanya berjaya melalui bahasa Inggeris.
Saya membangkitkan perkara ini supaya kita tidak terus keliru yang akhirnya kita hanyut.Janganlah kita terus bertengkar sesama kita tetapi tujukan perhatian apa yang kita perlukan untuk maju.Ketahuilah Perlembagaan sesebuah parti politik dan mengambil tindakan sewajarnya dan tidak melalui apa yang diucapkan pemimpin-pemimpin itu sahaja. Bebaskanlah diri kita dari kongkongan mana-mana pihak.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Dalam kontek Malaysia, kerajaan banyak menggunakan sumber dalaman, dan tidak begitu mencari sumber luaran.(maksudnya kerajaan mengguna duit rakyat,EPF,PNB)dan sebaginye untok memacu kegiatan ekonominya.

Malaysia masih berhutang tapi tidak seperti negare Eropah yang hampir muflis,sehinggakan untok membayar gaji mereka berhutang.

Setuju dengan kawan pak Kadir bahawe perlu kite sebagai rakyat menyokong tindakan kerajaan sekarang.

Tetapi kerajaan perlu juge sedar bahawe tidak semua pembangunan yang dibuat dapat menafaatnye kepade rayat bawahan.

Kami perlukan pembelaan yang sewajarnye.Jika tidak kami akan dibuai keraguan,dan pembangkang akan memunipulasi keadaan.

doncin cai said...

kenapa tiada siapa peduli isu oleh sdra "fed up"
kome dah kaye ye....!!!!
mun kaye, cabut le dari malaya ni !!

Anonymous said...

Salam...

Sdr. Fed Up.
Baru ni balik kampung di Sg. Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor sempena Aidil Adha.Dimana letaknya kg. sg air tawar? 100 km lebih dari Kuala Lumpur ni...bersempadanan dgn negeri Perak dan dipisahkan oleh Sg. Bernam, tapi dibahagian kuala. Majoriti penduduknya mengusahakan tanaman kelapa, pisang dan ada yang telah beralih arah ke kelapa sawit itupun BAGI....yang mempunyai duit lebih atau sanggup mencagarkan tanah ke bank pertanian bagi mendapatkan modal pusingan untuk menanam sawit.

Yang sedihnya...mereka yang berumur 30-40 yang menetap disini terasa juga kesan kenaikan harga barang seperti di bandar. Bagi yang berusia dan mempunyai anak-anak bekerjaya ikhlas menghulur rm100-200 seorg tiap-tiap bulan tu kira bersyukur la. Ok...berbalik pada cerita telur tadi...telur ayam GRED C di Kg. sg. air tawar ni ialah rm 3.60 bagi sepuluh biji. Bermakna 0.36 sen sebiji. Apa pilihan yg org kampung saya ada? Di sini(Lembah Klang) byk pasaraya besar dan pasar borong sekurang2nya. Ada juga yg menawarkan telur GRED A 0.33 sen sebiji.Tu belum harga produk-produk hasil pengeluaran kilang yang lain tu.Jika ada yang berfikiran orang kampung beruntung kerana ada tanah untuk membela ayam itik dan bercucuk tanam, realitinya dah berkurang dah penduduk nak mengerjakan semua tu.Kepada pemimpin suatu idea penyelesaian perlu difikirkan dan dilaksanakan!

Untuk makluman semua....pada pilihanraya ke12 yang lepas...majaroti BN menang bagi DUN SG. AIR TAWAR ialah 300 undi lebih sahaja. Untuk pilihanraya ke13 yang akan datang ni....tak tahu lah saya untuk satu DUN di Negeri Selangor yang nampak ke tak nampak pimpinan di Putrajaya tu.

Sekian
Man
Kg. Dato' Hormat.S.A.T

Papadem said...

Mamat bernama Saji ni agaknya buta tak nampak di Kelantan pun, kerajaan PAS mencuri hasil balak walaupun tanah diwarta rizab hutan simpan. Sebab tu dia nampak kuman di seberang laut, tahi gajah depan mata yang dah terpalit di muka, tak perasan pulak bahunya.

Anonymous said...

Salam Dato,

Kesian dgn Rukun Negara yang Dato' pamerkan di sebelah kiri blog ini.

Oleh kerana Rukun Negara ini bukan lagi pegangan Pembesar-Pembesar umno maka Saya cadangkan Dato memikirkan rukun negara yg baru bersesuaian dgn amalan yg sedang dipraktikan oleh Pembesar umno.

Drp; Zuki Ahmad

awang batuburok said...

Salam EidulAdha Dato,

"Akhir sekali, saya kata saya sangat bimbang Malaysia akan menjadi negara yang "dicintai" hanya oleh orang miskin yang tidak dapat lari ke mana-mana, sedangkan orang berharta cabut dengan modal mereka ke luar negara ibarat habis manis sepah dibuang."

Kenyataan diatas bukan lagi andaian atau hypotisis, tetapi sudah menjadi kenyataan dan fakta sejarah.

Apabila sistem pemerintahan negara dikuasai oleh kapitalisma dan kronisma, segala khazanah negara dan harta rakyat telah disepah(baca di songlap) dan dipindahkan ke akaun dan eset luar negara. Inilah yang berlaku dinegara umat islam di timur-tengah dan afrika utara spt Tunisia, Mesir, Libya dll. Mereka tidak melabur apa-apa modal, yang mereka "leburkan" ialah khazanah negara dan harta benda milik rakyat untuk di sepah dan di songlap keluar negara.

Apa khabar lembu-lembu di ladang NFC? Apa khabar kapal selam TLDM?
Apa khabar Stadium Sultan Mizan diTrg? Apa khabar Menara Wawasan?
Apa khabar MAS?Apa khabar PERWAJA?
Apa khabar EPF? Apa khabar TEKUN?
Apa khabar Bank Bumiputera?

Di harap semuanya sihat-sihat sokmo.....

Anonymous said...

Salam Dato;

Seronok juga membaca komen-komen dari Samurai Melayu. Aktif betul dia mempertahankan Perasuah, Pembunuh< Penyeleweng, Salahguna kuasa.

Pada saya cara beliau mempertahankan Pembesar-Pembesar umno ni tak ubah seperti menegak benang basah.

Lagi banyak komen beliau lagi meluat saya membacanya.

Samurai Melayu dibaratkan pelengkap kepada kejatuhan umno. Siapalah yang mengupah beliau.

drp: salam iman

Anonymous said...

dato'

Apa guna kuasa politik kalau orang melayu masih lagi miskin dan lebih teruk lagi berfikiran mundur!

Dalam hal ini tidak ada yang lebih bersalah dari UMNO dan BN yang tidak mementingkan dasar pendidikkan dalam membangunkan negara.

Rakyat yang cerdik boleh menilai sendiri mana yang baik dan yang buruk. Dan itulah yang paling ditakuti pemimpin half past six macam DPM kita.

Cuba lihat keterangan beliau ketika menjawab isu ppsmi. Sungguh tidak menyakinkan dan terpancar hakikat tidak ikhlas dalam menjalankan tugas.

Melayu perlu tukar kepimpinan kepada yang lebih baik dari BN mahupun PR tampa mengira dari kaum apa pemimpin tersebut.

AZ

Khairul-Dean Mohamed said...

DAKJ
Salam Sejahtera

Perkara 13: PPSMI
(sekuel awal)

Maafkan saya, DAKJ, tetapi saya lihat dalam hal ini semacam perkara ini sudah jadi mengarut:

MCA Raises Issue Of Funding For SJMK With Muhyiddin


Bangsa yang tidak ada maruah mudah dibeli.

Terima Kasih


... --- ...

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Salam kasih dan sayang sdr. salam iman,

Terima kasih kerana seronok membaca komen2 kami dan mohon maaf jika meluatkan.Kami hanya mampu menjawab dengan gelengan kepala saja..

Tetapi komen2 Sdr.Rao Lanun-bahaso, kami teliti setiap baris( kepala menggeleng juga dari pangkal kiri hingga kehujung kanan ayat2nya)untuk memahami dan memuaskan fahaman.

Ribuan terima kasih sdrku Rao Lanun-bahaso... kami sangat menghargainya ilmu dan pengetahuan tuan.

YANG TERSURAT ITU PENGETAHUAN
YANG TERSIRAT ITU ILMU

ALFATIHAH, AMIN
Ps.. Bagi kami yang pendek akal ini, ILMU dan PENGETAHUAN memberi kepuasan hidup didunia dan kesempurnaan kekal diakhirat.. wallahualam.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. Rao Lanun-Bahaso said,
...
My crew and I want to prevent the Three Lines from taking center stage. But maybe that would be best - being a republic.

hijau kuning merah

Salam kasih sayang sdrku,

We dreamt of a Grand design when Pak Sheikh was brought into UMNO and that after he succeeded will create history as the first modern era Caliph of the Islamic Republic of Malaysia.. BUT???

Manusia merancang, Allah S.W.T jua yang 'Kun faya Kun' kan..

The colour of the T/Lights..
GO..CAUTION..STOP!

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Past..Present..Future.
Mohon sdr. salam iman jangan
baca, tambah meluat lagi..hehe

langitbiru said...

Pada 6 November, 2011, PM twit


"Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai," kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya, dipetik oleh BERNAMA.

Saya amat terkejut bila PM kata, "urusan haji kami sudah selesai" pada 6 November.

Apa maksud Haji Najib dan Hajjah Rosmah, urusan haji sudah selesai?

Belum bermabit (bermalam) di Mina dan belum melontar 3 jamrah,bagaimana urusan haji sudah selesai?

Rukun dan Wajib haji tak lengkap, macammana boleh kata urusan haji sudah selesai?

.....Jamil Khir ada bersama, nanti beliau boleh tolong jelaskan lah kot!

Anonymous said...

Man Kg Dato' Hormat,

Nampaknya di kampung saudara, harga telurnya lagi brutal. Harga telur gred C di sana sama dengan harga telur gred B di tempat saya.

Adakah saya patut rasa bersyukur jika diambil pendirian "Malaysia tidak teruk seperti beberapa negara eropah yang hampir muflis" sebagai kayu ukur?

Yang saya sakit hati, harga telur ini banyak meningkatnya berbanding dengan harga semasa raya puasa tempohari.

Dalam MSM pula kecoh harga barang basah naik; peniaga salahkan banjir di thailand manakala kerajaan salahkan peniaga.

Skrip yang sama sejak dulu. Dan harga naik juga.

Saya sudah cuba tarik perhatian pembaca blog ini sejak dulu lagi terutama dengan "bajet impian" atau "budget wishlist" saya.

Apa nak kata, di blog ini tidak ramai yang minat. Walaupun ramai yang mengaku prihatin dengan rakyat marhaen.

Kini saya tengah cuba "menahan ketawa" bila Noh kata bajet RM250 juta adalah untuk menggemukkan lembu sebelum dijual sekaligus menegaskan "salah faham" Audit Negara.

Siap offer lagi kepada 3 orang pembangkang. Apa yang MP pembangkang tahu pasal ternak lembu.

Kalau 1 orang kampung ambil projek untuk 3 ekor lembu, berapa ramai boleh join projek dengan RM250 juta?

Dalam ladang NFC yang sudah digerakkan, ada ke letakkan syarat berapa peratus pekerja tempatan? Jangan ingat anak muda tak mahu terima kerja kontrak mengikut musim jika ditawarkan surat perakuan dan sijil.

Berbalik kepada isu yang saudara ketengahkan, tentang makin ramai orang kampung yang tanam sawit.

Saya pendekkan begini saja. Jika ada tanah dan bawa ke bank, mana yang senang lulus; cadangan tanam sawit kah atau cadangan tanam sayur?

Nakkan bantuan kerajaan, yang mana senang dapat; bantuan untuk pertanian kah atau bantuan untuk pertanian komoditi?

Pemutihan kilang haram di Selangor pernah dengarkan? Pemutihan tanah pertanian haram pernah dengar ke?

Apa-apapun terima kasih kerana beri perhatian kepada komen yang yang terdahulu.

Fed Up

Anonymous said...

Khairul Dean Mohamed,

Dalam artikel itu, ada disebut jawatan Gabenor dari pihak SJKC.

Kalau saya tak silap, Gabenor boleh jadi guru besar atau kepala PIBG. Ada kuasa besar dalam mengurus dana termasuklah dalam urusan pelaburan. (jika salah harap betulkan).

Dengan andaian maklumat saya itu betul, kenapa tidak seragam sistem pengurusan sekolah? Adakah sampai begitu berbeza sistem urus-tadbir sekolah SK dan SJK?

Bila bantuan kewangan dari kerajaan dipersoalkan, bagi saya isu perbezaan ini perlu menjadi salah satu faktor pertimbangan.

Fed Up

Khairul-Dean Mohamed said...

Sdr Fed Up,

Saya amat setuju dengan Sdr Fed Up Bila bantuan kewangan dari kerajaan dipersoalkan, bagi saya isu perbezaan ini perlu menjadi salah satu faktor pertimbangan.

Pekara yang saya ingin saya timbulkan adalah berkaitan dengan PPSMI yang dikaitkan dengan tuntutan PAGE baru-baru ini bukan hal pengurusan sekolah.

Saya cuma lihat seolah-olah tekanan dibuat supaya Bahasa Melayu(?) di SK pun dipinggirkan. Saya lihat ada pihak yang tidak rela Bahasa Malaysia diberi peluang untuk membuktikan keupayaan ianya boleh menjadi bahasa yang dapat menguasai bidang Sains dan Teknologi.

Pada saya, logiknya, SKJ baik Tionghua mahupun Tamil harus menerima PPSMI sebagai memenuhi tuntutan PAGE serta dapat memajukan SKJ itu sendiri.

Bukankah SKJ dan Negara akan lebih beruntung sekiranya ada lebih ramai anak-anak Melayu juga yang sudi ke SKJ untuk pendidikan bermutu? Mereka dapat menguasai tiga bahasa; dan kita tahu China dan India adalah kuasa ekonomi baru di rantau ini.

Maaf sekiranya bahasa saya tunggang terbalik kerana saya menggunakan Translator bagi menyampaikan pendapat saya dalam lidah ibunda. (tak ke hawau)


Terima Kasih.

Rao Lanun-Bahaso said...

Sdr Samurai Melayu,
Salam Sejahtera

Being A Republic
(occupy wall street)

Pendek cerita: di zaman ini yakni Post Sub Prime Fiasco-EuroZone Debt Crisis, sebarang tindakan oleh Three Line akan buka pintu kepada campur-tangan kuasa-kuasa asing yang mahu memastikan negara ini dapat menyumbang dengan berkesan kepada ekonomi dunia yang penduduknya telah mencecah 7 billion manusia. Kestabilan dan Human Rights akan menjadi panduan-musabab kepada tindakan mereka melalui negara wakil mereka. Mungkin kerana sumber Oil&Gas dan Agriculture, mungkin tidak.

Harus diingat bahawa Singapura adalah negara anak emas kerana ianya satu 'Banking&Financial Centre' amat penting di rantau ini. Jakarta mendahului Bangkok. Sdr Samurai boleh mempertikaikan kenyataan saya.

Sila rujuk lapuran Al-Jazeera: Indonesia to increase military spending; dan IMF chief warns of a 'lost decade' for global economy.

Terima Kasih.


Dato Kadir,

Mungkin pakar ekonomi di blog Dato' Kadir yakni dan saperi Sdr Azman, Sdr Affendi, Sdr Fed-Up serta pakar strategy Sdr Lawgiver, Sdr The Greatteadrinkerdownsouth boleh memberi pandangan yang lebih jitu.

Harapan saya begitulah, Dato Kadir.

Salam Teramat Takzim, Mahaguru ku.

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir,

Terlupa saya mahu berterima kasih indah syair gurindam dari Sdr Mat Tunjang Enterprise -terlalu indah kata rangkapnya; dan keberhadiran Sdr Saji pakar QS.

Salam Takzim

saji said...

Sdr Papadem

Kalau sdr anak jantan ada cukup bukti kerajaan PAS mencuri hasil balak di kawasan tanah diwarta rizab hutan simpan saya nak tengok sdr buat lapuran kes kecuraian tersebut kepada pihak SPRM.

din klang said...

Assalamualaikum DAKJ

Mujurlah masih ada kakitangan kerajaan yg masih jujur dan tegas spt Ketua audit Negara yg mengeluarkan laporan yg bebas tanpa takut pd UMNO BN.

Jesteru itu dptlah rakyat menghitung2 berapa billion wang rakyat termasuk org Melayu yg telah dirompak oleh pembesar2 UMNO termasuk org yg sepatutnya menjadi payung atau ketua agama Islam.

Kepada pembahas2 marilah kita terus berusaha memujuk rakyat terutama penyokong UMNO BN agar sedar bahawa selama ini mereka juga ada saham dosa kerana bersama2 menegakkan regim jahat memerintah negara.

Jikalau 50% saja penyokong tegar UMNO meninggalkan regim jahat ini, apa jua tipu muslihat UMNO dan SPR yg terkenal menipu dlm pilihan raya
tidak akan berhasil.

Ingatlah org2 melayu, yg namanya ibadat itu tak terhenti pada bab sembahyang, puasa , haji dan korban sahaja, walaupun itu lah pemahaman yg hendak diterapkan oleh ulamak2 UMNO kpd kita agar leka sehingga tak tergerak hati umtuk menentang kezaliman pemimpin UMNO.

Din Klang

Anonymous said...

Khairul Deen Mohamed,

Pendapat peribadi saya, soal peruntukan kewangan dan soal PPSMI/MBM MBI adalah dua isu berbeza.

SJKC sudah diberi kebebasan mentadbir dana sebegitu sekali, apa lagi yang mereka nak. Bagi sekolah SK yang kena ikat tangan oleh birokrasi kewangan kerajaan tentulah kebergantungan mereka kepada dana awam adalah lebih besar.

PAGE nak tuntut PPSMI, lebih baik PAGE tuntut penjelasan, kenapa sedikit sangat guru yang diangkat ketahap pengurusan jabatan-jabatan dibawah Kementerian Pendidikan.

Dalam kes-kes tertentu, ada guru yang mencecah gred JUSA C tapi masih kekal tempatnya disekolah tanpa berpeluang menggunakan pengalamannya untuk menyumbang kepada pengukuhan polisi.

Contoh mudah : Ramai ibubapa hanya hulur duit atau selebih-lebihnya memastikan anak hadir kesekolah untuk projek keceriaan sekolah. Mereka tidak dapat menggambarkan yang guru itu sudah begitu banyak menghabiskan masa sebagai guru merangkap tukang kebun merangkap apa lagi bagi menjayakan projek keceriaan itu.

Jika PAGE nak berjuang, berjuanglah supaya guru lebih banyak masa untuk sesi PNP (pengajaran dan pembelajaran) dengan anak-anak mereka. Nescaya matematik dan sains jika diajar dalam bahasa arab sekalipun tidak akan menjadi masalah.

Fed Up

Anonymous said...

Rao Lanun Bahaso,

Dah banyak kali saya komen dalam blog ini.

1.Banyak negara lain dah lama mengurangkan rezab dalam USD. Kita belum.

2.Banyak negara lain dah lama naikkan rezab emas. Kita belum.

3.Dependancy terhadap import makanan kita masih meningkat walaupun ungkapan "bumi kita bumi bertuah - subur dan makmur" tidak pernah lupa diungkapkan.

4.Polisi penswastaan sudah bertukar jadi polisi "Malaysia Inc." bilamana peruncit tempatan terpaksa bersaing dengan GLC.

5.Tidak mengaplikasikan apa yang dihujah kepada rakyat marhaen pada diri sendiri. Terutama dalam aspek berhutang dan ubah gaya hidup. Sekaligus menjadikan perkataan "ironi" sebagai suatu ungkapan yang sering menjadi sebutan.

Itu ringkasannya.

Fed Up

din klang said...

Assalamualaikum DAKJ

Pasal wang rakyat sebanyak RM250jt yg hangus gara2 diserah kpd kroni.

1.apalah ada pd RM250jt berbanding dgn komisyen beratus jt dlm kes beli kapal selam.

2. apalah ada pd komisyen ratusan juta jika dibanding dgn ribuan juta dalam kes PKFZ.


3, apalah juga ada dgn ribuan juta berbanding dgn puluhan ribu juta kerugian rakyat dalam kes2 spt BMF, Bank Bumiputra, Perwaja, MAS, MISC, anugerah AP dan PETRONAS.

4. falasafahnya ialah oleh kerana org lain kebas lebih besar (dan tak rasa berdosa pun dan masih disokong oleh ramai Melayu) takkan aku tak boleh kebas jumlah yg lebih kecil?

5. kalau kerajaan UMNO BN tak tau bgm nak agih wang beribu2 juta itu, kan lebih baik di agih sama rata pd ahli dan jawatankuasa cawangan UMNO seluruh negara. Sekurang2nya 3 juta ahli UMNO tidaklah melopong je. Atau jika wang beribu juta itu diagih kepada beribu2 usahawan Melayu ramai juga yg akan jadi jutawaan kerana takkan mungkin semuanya akan gagal bila berniaga.

Wahai rakyat, fikir2kan lah masa dpn anak cucu.

Din klang

Khairul-Dean Mohamed said...

DAKJ
Salam Sejahtera

Meniru si Rawa Lanun-Bahasa:

Bring Down Najib!
(mengapa dan apa hujahnya)

kam min fiatin qowliilatin
ghorlabat fi'atan khatiiratan
bi iznillah

si marhaen umno mengucapkan terima kasih bebanyak kepada semua dan terkhusus F-Up :)

dan sesungguhnya allah berserta orang yang sabar


Salam Teramat Takzim Mahaguru-ku

saji said...

Sdr Fed Up

Nak wat camne, kita seperti Arab Saudi negara sekutu Amarika

Anonymous said...

Saji,

Maka tidak boleh salahkan anak muda jika ada yang tidak faham maksud merdeka.

Fed Up

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).