Friday, December 30, 2011

Charging Should Not Diminish MACC Probe

A Kadir Jasin

(If you are commenting “anonymously”, please state your name/pseudonym at the beginning and end of your comment. Thank you.)

THE ONLINE media reported today that a businessman, Shamsubahrin Ismail, had been charged in the Kuala Lumpur Sessions Court with two counts of cheating the National Feedlot Corporation (NFC) Chairman, Dr Mohamad salleh Ismail.

The accused is the CEO of Shamsubahrin Ismail Resources Sdn Bhd. He pleaded not guilty. He is charged with inducing Dr Mohamad Salleh to pay him for his services and then duping the latter. The offence was alleged to have taken place at a restaurant in Bukit Tunku at 6pm last Nov 20.

Shamsubahrin was detained on Dec 21, allegedly trying to bribe several commercial crimes investigations department (CCID) officers probing the NFC business conduct with about RM1.7mil to avoid arrest. The reports did not state what had happened to his alleged attempt to bribe the policemen. Maybe that will come later.

His charging, however, should not diminish the importance and the urgency of the ongoing investigations by the Malaysian Anti-Corruption Commission against the NFC for alleged misused of government funds.

The NFC became a controversy when the Auditor General, in his latest annual report, said the company had failed to meet its cattle production target and, it was later revealed, that it had made substantial investments in unrelated activities, including real estate.

It had since become the fodder for the Oppositions, partly because, Dr Mohamad Salleh is the husband of the Woman, Family and Community Development Minister, Shahrizat Abdul Jalil.

NFC had been given a RM250-million loan by the Government to turn the local cattle industry into a large-scale business and make Malaysia self sufficient in beef.

31 comments:

Adnan Ahmad said...

skrin asap kah?

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir
Salam Hormat PRU13

Justice Is Blind
(si-jahil yang tak nampak)

Saya setuju dengan pandangan Dato - biarkan MACC terus menyiasat - dan biarkan shahrizat bertanding di Lembah Pantai.

Yang jadi tumpuan sekarang adalah prestasi Pendakwa Raya dan Mahkamah kerana negara yang berwawasan Mahkamahnya bebas bersih cekap dan amanah dan tidak dipengaruhi dengan sentimen kepartian. Apa kata Dato A Kadir Jasin?

Dari cerita Dato, nampak seolah-olah shahrizat bersuamikan seorang yang kurang cekap dalam urusan perniagaan.

Dari cerita-cerita dalam sesawang anwar akan bersumpah selepas menjelajah negara demi kebersihan, kecekapan dan amanah institusi Mahkamah.

Apakah Mahkamah mahu terus adil dan berhemah setelah belajar dari pengalaman dalam peristiwa lalu - sekiranya Mahkamah tidak tahu 'Justice is blind', maka jahil dan tempanglah dia dan ianya akan melakukan kezaliman kepada semua yang tagihkan keadilan dan hikmah Yang Arif semua.

Salam Hormat dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012, Datok A Kadir Jasin dan pembahas semua.

Anonymous said...

Mmg pelik betul la...

Orang nak tahu kenapa duit RM250 juta digunakan kpd perkara2 yg tak sepatutnya...

Ni la dia Lembu punya keje sapi dpt nama...

Ko bertanding la Kak Ijat... Macam la rakyat bodoh sgt...

Pemerhati Bebas

Anonymous said...

Sesekali makan daging yang lembut dan enak teringat ini mungkin lembu kak Ijat... Maklumlah lembu tinggal dalam bilik aircond..

Malik
salam

Anonymous said...

Yang tak sedapnya, dah kalah PRU12 tapi tetap dilantik jadi senator. Nak dikatakan sebab dia ketua sayap Wanita, tak ada pulak ketua sayap Pemuda jadi senator.

Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kita sama-sama tengok macam mana si tukang lantik mencuci tangannya.

Fed Up

Anonymous said...

Like many others, I was caught by surprise when Shamsubahrin was arrested and charged in court instead of the main culprits alleged in the NFC scandal.

I wonder whether MACC is adopting similar approach to that of an IIB's former senior vice president who was arrested, charged and pleaded guilty.

ZMS

Anonymous said...

Selamat Tahun Baru Dato',
Semoga Allah mengurniakian rahmat kepada Dato' dan keluarga.


Negara-negara lain dilanda pelbagai krisis (demokrasi di negara-negara Arab, masalah kewangan di Eropah, kegawatan di USA). Saya harap dan berdoa keadaan negara terus cemerlang pada tahun yang akan datang.


Yang paling gembira menjelang tahun baru ini pastinya Tan Sri Rafidah. Pepatah bahasa Inggeris yang jelas mengambarkan ini berbunyi begini.

'S(He) who laughs last, laughs the best'

Salam hormat,
Fireman Sam

Anonymous said...

Tok tulis orang putih
Mat baca tertatih-tatih
Bahasa Mat Salleh kurang boleh
Belajar sikit-sikit tak pernah berlatih.

Cerita lembu tah pi ke mana
Orang lain pula yang kena
Konon tipu tuan yang empunya
Kita dok baca terpinga-pinga.

Janganlah dok buat alih cerita
Duit RM250 juta rakyat yang punya
Jangan dok tipu rakyat 1Malaysia
Depa tak undi kerusi pi tah ke mana.

Kita selamat ribut dan taufan
Tak ada gempa bumi atau gegaran
Banjir dan bah dalam kawalan
Tapi cara lain pula bala Tuhan.

Tipu sana tipu sini
Masuk poket anak dan bini
Itulah bala dari Ilahi
Pasai pemimpin kurang pekerti.

Janganlah kita buat mudah
Nanti semua tangguh padah
Yang senang boleh jadi susah
Yang miskin lagilah bermasaalah.

Mat Tunjang nak berhenti dulu
Kapada Tok diucap selamat tahun baru
Harap negara kita tidak bercelaru
Selamatlah kita ke anak cucu.

Mat Tunjang Enterprise

Anonymous said...

"Yang paling gembira menjelang tahun baru ini pastinya Tan Sri Rafidah."

Ingatkan yang paling sakan gelak adalah Datuk Bandar.

Fed Up

Anonymous said...

Dear Dato'

Apalah yg nak di hairankan sangat.

Mahkamah di Malaysia boleh mendapati bersalah 2 org polis didakwa membunuh seorang warga asing tanpa mempersoalkan motifnya.

Pemerhati bebas

usabukata said...

dato,

macam mana ni?
apa sudah jadi?
lain punya isu, lain pulak yang jadi.
baru sedar kena tipu ke atau dah pusing cerita?
kalau ikut logik akal saya memang tak patut suami atau isteri atau anak atau adik beradik atau emak bapak seseorang menteri diberikan kemudahan sebegini dari dana awam.

usabukata

nota kaki.

dato,
sekarang musim emak bapak mohon anak-anak masuk sekolah asrama. tak ada ke sprm lakukan siasatan berapa ramai yang masuk sekolah asrama ikut pintu belakang?
dengar khabar macam-macam boleh berlaku? walaupun menteri pelajaran kata ramai anak orang miskin dierima masuk tetapi berapa ramai pulak anak orang yang ada kabel besar tapi tak memenuhi syarat dapat masuk?

pakteh adam said...

Salam Sejahtera atas Dato

1. Pembersihan ini apa yang sebenarnya di dambakan majoriti rakyat Malaysia.
2. DS Najib walaupun dilihat berkecuali, tetapi WAJIB menampakkan kesungguhan pembersihan ini dilakukan dengan tiada persepsi "smoke screen"
3. IIB dan Khazanah tidak dapat dipisahkan. MACC perlu mencari urutan talian ini wa'ima sampai ke Istana Johor.
4. DAP dan MCA tidak relevan didalam penentuan barisan kepimpinan Baru. Melayu jika dapat di kumpulkan didalam satu kenduri, Insya'Allah kita kuat kembali

Anonymous said...

Salam Dato,

Yang kena tipu tu Doktor,
Yang menipu tu Datuk,
Yang senyum tersipu tu loyar burok,
Habis rakyat 1 Malaysia jadi haru biru,
Dok dengar berita lembu tipu lembu.

Selamat tahun baharu Datuk

djoenoes

OKJ said...

Salam Dato’ A Kadir Jasin

Selamat tahun baru saya ucapkan kepada Dato’ dan semua pengunjung blog Dato’. Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada KP-KP yg menghantar SMS ucapan selamat tahun baru kpd saya. Terharu pulak rasanya tapi takut juga kalau mereka sebenar tersilap hantar SMS.

Saya ada bertemu dgn Dato’ Seri Sharizat semasa di Hotel Oberoi Madinah. Letaknya betul2 bersebelahan dgn Masjidil Nabawi. Ramah orangnya dan tidak lokek dgn senyuman. Beliau juga sanggup memberikan org lain naik lift dulu semasa nak naik lift. Juga bagi sayalah, hanya org-org yg dijemput menjadi tetamu Allah saja yg akan datang ke tanah suci. Sebabnya manusia hanya merancang, tetapi Allah yg menentukan.

Oleh yg demikian, saya berharap, eloklah tahun baru ni kita berazam baru. Cukup-cukuplah asyik rasa tak paus hati dan cuba mencari kesalahan org lain. Sama-samalah kita menghayati Surah Al Kahfi ayat 54; “Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.”

Akhir kata, memang lumrah manusia tak pernah berpuas hati dan banyak songelnya. Tapi eloklah kita kawal perasaan tak berpa molek tu. Ustaz kata, kalau berkemampuan, buatlah haji 5-6 tahun sekali untuk memperbaiki amalan diri. Saya cadangkan eloklah pasang niat pergi Mekah buat Umrah setahun sekali. Sekian TQ.

Gengis Khan said...

Dato'
I think it is time for this Mamak women to call it a day. Every day she stays is costing the BN heavily.

Orang Kampung said...

Salam Tahun Baru 2012 Dato.

Tahun 2012 dijangka PRU 13.
Semua parti sudah bersedia cari kuasa.
Ada parti yang bertahan kuasa yg ada.
Bila berkuasa nanti untuk siapa.

untuk rakyat.
untuk negara.
untuk agama.
untuk bangsa.
untuk sahabat.
untuk keluarga.
untuk isteri.
untuk suami.
untuk anak-anak.
untuk siapa-siapa sahaja.

Dato inilah bicara rakyat sepanjang waktu dan masa.

Terima kasih.

AnaQarbana said...

UMNO Ketandusan pemimpin berwibawa, yang ada itu sahaja...dikitar semula.....walaupun tak berdaya,,,nak buat macam mana, bos kata OK, ahli UMNO tukang anggok saja, yes sir....No problem sir....bos always right....dalam PRU ke-13 nanti...ramai calon kitar semula akan bertanding semula....akibatnya....kalah semula....

Anonymous said...

Datuk,
Saya sokong saranan usabukata dalam nota kakinya.

-- BALANGLAMA

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir.

Selamat tahun baru diucapkan kepada tuan empunya blog dan kepade semua pembaca dan peminat blog ini.Semoga hari ini akan menjadi lebih baik dari hari semalam,amin.

Teringat lagi kiriman pak Kadir berkenaan "Ayam jantan vs bersunat".

Yang ini pula berkenaan "Lembu Betina vs Lembu Jantan".

Perumpamaan "Sekor lembu membawa lumpur habis semua terpalit"agak bersesuaian didalam membicarakan topik ini.

Kredebeliti kerajaan diragui,sementelah memang ade pandangan serong terhadanya,jadi kerajaan semestinya membersihkan tanggapan serong itu,dengan bertindak tegas dan adil serta tidak kelihatan memehak.

Dalam kontek pemimpin politik pula,kita masih ditakuk lame,pemimpin kite tidak berjiwa besar,masih mahu bergayut pada talian hayat politik,kalau dibandingkan dengan negara seperti Jepun dan banyak negara Eropah, meraka berani mengambil tanggung jawab dan sedia berundur jika tindakan mereka tidak selari dengan kehendak rakyat.

Tranformasi? tidakkah pemimpin juge perlukan tranformasi? fikir fikirkan lah wahai pemimpin.

saji said...

Salam Dakj dan pembahas

"His charging, however, should not diminish the importance and the urgency of the ongoing investigations by the Malaysian Anti-Corruption Commission against the NFC for alleged misused of government funds.

The NFC became a controversy when the Auditor General, in his latest annual report, said the company had failed to meet its cattle production target and, it was later revealed, that it had made substantial investments in unrelated activities, including real estate. "

Saya terus tertanya-tanya adakah wujud klausa/clause dalam syarat-syarat kontrak/condations of contract di antara NFC dan Kerajaan yang diwakili oleh Jabatan Haiwan, Kementerian Asas Tani yang ditulis dengan jelas melarang pihak NFC membuat pelaburan yang tidak ada kaitan langsung dan tidak langsung dengan aktiviti-aktiviti pembangunan NFC?

buyong said...

Dato,
Maaf lari topik. Apa masalahnya Auku sampai pelajar sanggup berguling atas jalan?

Competente said...

Datuk,

Agak terkejut juga; rupa-rupanya alkisah daging lembu keluaran Malaysia heboh diperkatakan di luar negara, khususnya di Eropah. Kononnya kualiti daging lembu di Malaysia amat tinggi kerana lembu-lembunya tinggal di kondominium, bukannya di ladang-ladang atau fidlot sebagaimana lembu-lembu di Belanda atau New Zealand.

Sudah menjadi 'international' kisah ini rupanya.


-Competente-

ab said...

Salam dato,



Berniaga bela lembu tu bagus.
berniaga anak beranak pun bagus juga,tak percaya tanya peniaga cina dan india..kalau melayu berniaga anak beranak apa pasai tak bolih?.



Modal perniagaan tersebut adalah pinjaman...saya nak tanya nama BANK
yang beri pinjaman itu.Bank mana?.


Apa sandaran bank itu untuk layak pinjam RM250 juta, bayar balik 30 tahun dan siapa penjaminya?..untuk pinjaman bela lembu....


Saya pun teringin nak bela lembu kalau macam ni punya baguih!.


JANGAN BERITAHU saya ini adalah `pinjaman' dari kerajaan....!.ADA KA BANK yang namanya BANK KERAJAAN?.


Syarikat tu nak beli kondo ka,beli kereta mercedes benz ka, pi makan angin anak beranak ka..itu dia punya pasal la.....TAPI APA BUSINESS model dia?...


Bela lembu ka? import lembu ka,jual kulit lembu ka,jual daging lembu ka,atau jual taik lembu?


Atau beli saham kepentingan KFC,Ayamas,Bonia,Mydin,CCM dll...jadi sumber bekal `raw materials' berkaitan industri lembu


Atau buat hotel,motel,kolej, universiti dll kat ladang lembu?


Tanah ladang lembu tu kalau tak silap kerajaan negeri punya, pajak kut ni....



Atau ni satu skim ala madoff?...


NI sekoq shamsubaharin mana pulak ni? siapa dia ni.. siapa dia ni dalam skim `a bigger picture'?..



Dato, berapa pendapatan `sah' seorang ahli politik di Malaysia?..ahli parlimen ka, adun ka,senator ka dll....



BERAPA PULA PERBELANJAAN..yang perlu untuk aktiviti berpolitik dan persediaan untuk PRU?....



SAYA YAKIN sangat ahli politik kita `cari' sumber duit lain untuk aktiviti politik dan persediaan untuk PRU.



SOALANYA ialah duit dari sumber lain ini SAH ka?,halal ka?,bolih dapat setiap hari ka?,ada BAYAQ CUKAI ka keatas pendapatan ini?...


Kes NFC ini bukan kah dalam kategori ini?


Abu Bakar Ab Rahman

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Projek NFC mempunyai matlamat untuk mempastikan Negara mempunyai bekalan daging mencukopi.Projek ini diletakan dibawah pengawasan Kementerian Pertanian. Saya berpendapat nasi belum menjadi bubor dan wang yang bagitu banyak yang telah dikeluarkan masih boleh diselamatkan sekiranya semua pihak berkepentingan memberi fokus untuk mempastikan wang rakyat yang dibelanjakan mencapai matlamat sebenarnya.
2. Kementerian Pertanian harus ambil tanggong jawap untuk pastikan setiap ringgit yang dibelanjakan mendatangkan hasil saperti yang dirancang diperingkat awal. Kemungkinan, sekiranya ada peruntukan dalam perjanjian pimjaman antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat NFC membolehkan Kerajaan mengambil aleh operasi projek dan harta Syarikat sekiranya Syarikat NFC gagal melaksanakan projek tersebut. Langkah ini boleh mempastikan setiap sen yang boleh diselamatkan akan kembali ke akaun Kerajaan.
3. Saya tidak yakin dengan kemampuan Syarikat NFC untuk meneruskan projek dengan jayanya dalam keadaan publisiti dan tanggapan masyarakat yang bagitu negatif mengenai pengurusan Syarikat tersebut. Sekiranya dibiarkan maka yang rugi akhirnya Kerajaan dan rakyat.
4. Kerajaan boleh bertindak segera dengan melantik mana-mana GLC untuk mengambil aleh operasi dan harta Syarikat NFC dengan segera. Kerajaan tidak perlu terus tunduk dengan dakyah pihak parti pembangkang mengenai projek ini kerana saya yakin projek ini masih mempunyai kemungkinan mencapai matlmat saperti perancangan asal.Kalau tidak bagaimana projek ini boleh mendapat kelulusan Kerajaan selepas dihalusi oleh pakar-pakar di Kementerian Pertanian, EPU dan Kementerian Kewangan.
5. Saya berpendapat Kerajaan melalui Kementerian Pertanian harus bertindak segera kerana projek ini mempunyai komponen grant yang telah dibelanjakan. Sekiranya Kerajaan masih yakin dengan keupayaan Syarikat meneruskan projek ini,perkara yang paling pokok adalah melihat kepada jangkaan aliran tunainya samada boleh atau tidak Syarikat NFC membayar balik pimjaman mengikut terma perjanjian yang telah dipersetujui.
6. Sekarang ini bukan lagi masa untuk mempersoalkan mengapa Syarikat NFC yang pemiliknya ada kaitan dengan seorang Menteri Kabinet. Kerajaan patut yakinkan rakyat bahawa projek ini masih berdaya maju dan setiap sen yang dibelanjakan akan mendatangkan faidah kepada Negara. Rakyat kena yakin dengan isntitusi Kerajaan yang sedang lakukan siasatan kemungkinan berlaku salah laku dan sebagainya tetapi yang lebih penting rakyat mesti diberi keyakinan bahawa setiap sen yang di belanjakan ada faidahnya kepada Negara.
7. Kita tidak boleh bersyak wasangka burok atau membuat tanggapan burok sebelum kita berusaha mencari jalan penyelesaian. Pihak Syarikat NFC juga harus menyakinkan orang ramai bahawa setiap sen yang dipinjam akan dibayar balik dan Syarikat komited untuk mencapai matlamat asal projek atau berterus terang dengan Kerajaan sekiranya Syarikat sudah lari dari matlmat asal. Ingatlah tidak ada manusia yang boleh selamat sekiranya kita gagal melaksanakan amanah yang kita tanggung.Kalau kita selamat di dunia tetapi belum pasti Allah SWT meredhai perbuatan kita.

iklas,
Rahim

Anonymous said...

di tg piai dan pontian johor banyak penternak lembu kecil-kcilan. mereka ada pengalaman dan sepatutnya merekalah yg diberikan soft loan utk ternal lembu nfc. confirm mereka tidakakan beli condo di bangsar mahupun orchard road....

drmuzi

A KADIR JASIN said...

1.Minta banyak-banyak maaf kerana lambat siarkan komen. Balik daripada tengok cucu di luar negara terus deman. Maklumlah orang tropikal, bila ke negeri sejuk, kalah sikit;

2. Pembahas "Competence" buat jenaka yang daging lembu Malaysia bagus sebab tinggal di kondo.

3. Ketika di negara cucu saya, kami pergi "jogging" dalam suhu bawah sifar di sebuah ladang lembu. Di sana, mereka menetang lembu ibarat minyak yang penuh. Kebanyakan ladang lembu mereka diisytiharkan bio dan hasilnya lebih mahal daripada lembu biasa. Tapi tak dengarlah pula lembu mereka tinggal di kondo. Tapi dalam musim sejuk macam sekarang, mereka simpan haiwan ternakan mereka dalam kandang yang tertutup.

Terima kasih.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Mungkin org lain begitu bodoh dan Shamsul Baharin ni adalh punca segala masalah dlm NFC..Saya dan ramai lagi tidak termasuk dlm golongan bodoh ini.Kami tahu Shamsul Baharin ni hanya "diversion" shj dari isu sebenar penyalahgunaan peruntukan lembu RM250j.

Sampai skg saya tak tahu.Apa yg shamsul baharin tipu NFC sehingga NFC terbeli kondo diKL dan Singapura,daging lembu tajaan rakyat Malaysia diimpot kerestoran2 mewah milik keluarga Shahrizat di Singapura,tajaan umrah pd shahrizat sekeluarga,bercuti keluar negeri?

Hebat sungguh shamsul Baharin ni ye? Seterusnya jgn lupa kenyataan Sharizat baru baru ni yga menyata" Pemimpin UMNO mana yg tidak bermasalah" .Saya tafsirkan sebagai terlibat dgn rasuah

anakbuah said...

Sdr Pemerhati bebas,

"Mahkamah di Malaysia boleh mendapati bersalah 2 org polis didakwa membunuh seorang warga asing tanpa mempersoalkan motifnya."

# Yg ni saya tak terkata apa lagi dah klasik! Mcm la kita ni bodoh sangat!!!

Anonymous said...

"Kemungkinan, sekiranya ada peruntukan dalam perjanjian pimjaman antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat NFC membolehkan Kerajaan mengambil aleh operasi projek dan harta Syarikat sekiranya Syarikat NFC gagal melaksanakan projek tersebut."

Patutnya bila sahaja Ketua Audit Negara masukkan dalam laporan, sudah dibatalkan pinjaman manakala mana jumlah yang telah diguna dibayar balik atau aset syarikat dirampas.

Tak payah tunggu gagal atau tidak.

Itu barulah namanya soft loan untuk projek lembu.

Lain lah jika soft loan itu dalam bentuk pinjaman terbuka (macam personal loan dari bank).

Fed Up

Anonymous said...

Ada pembahas kata TS Rafidah pastinya gembira di tahun baru ini tapi tak dengar pula komen beliau tentang apa yg berlaku kpd Shahrizat sekarang. Saya setuju TS Rafidah memangnya gembira tapi tak berani menunjukkannya secara terbuka kerana Shahrizat akan menyerang balas dengan kes pemberian saham kpd menantu ...

dpd: tau sama tau

kermitt said...

Mengapa tidak disalurkan kepada menteri pertanian ke atau peladang ke.. asal ada loophole buat duit nak disapu ajer.. tak takut Allah kut? macam mana nak mintak maaf dengan jutaan rakyat Malaysia kat akhirat nanti?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).