About Me

My Photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).

Saturday, April 30, 2011

Ada Implikasi Baik Majlis Perundingan Media

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

MUTAKHIR, 1 Mei --JARANG sekali pembesar tanah air atau pegawai mereka yang menunjuk peduli kepada blog kita ini. Tak apalah, itu hak mereka. Jadi apabila seorang pegawai media pemerintah menghantar SMS memperbetulkan kesilapan dalam blog ini, saya cukup gembira.

Dia menulis: "Salam Tok, kdn ialah Kementerian Dalam Negeri bukan Keselamatan Dalam Negeri. Harap diperbetulkan dalam entri terbaru Dato. Tq."

Saya jawab: "Pasai tu kot negeri macam tak selamat. Akan perbetul. Tk."


Dia jawab balik: "Ha ha ha saya faham maksud Dato. Tks jua."


Baiklah, saya silap. Bukan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri tetapi Kementerian Dalam Negeri.


[Posting Asal]



DUA peristiwa membabitkan media massa berlaku dalam masa seminggu ini. Pertama Persidangan Blogger dan kedua majlis tahunan penyampaian Anugerah Kewartawanan Malaysia.

Majlis pertama anjuran Blog House Malaysia pada 24 April dihadiri Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Saya tidak hadir kerana “jaga” cucu yang balik bercuti dari Switzerland. Namun saya sudah mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan blogger kerana berjaya menganjur persidangan itu.

Majlis kedua juga dihebahkan akan diserikan oleh Perdana Menteri. Tetapi beliau tidak hadir dan digantikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim.

Inilah antara jarang kali Malam Wartawan tidak diserikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Lazimnya kalau Perdana Menteri setuju datang tetapi kerana sebab-sebab sangat mendesak tidak dapat hadir, Timbalan Perdana Menteri akan hadir.

Tetapi majlis malam tadi diselamatkan oleh analisis bernas Rais mengenai situasi media massa Malaysia dan pengumuman beliau mengenai cadangan bersama Kementerian Penerangan dan Keselamatan Dalam Negeri menubuhkan Majlis Perundingan Media Malaysia.

Inilah antara ucapan paling bernas, berfokus dan relevan kepada pengamal dan pemilik media massa sejak sekian lama. Terima kasih kepada Rais kerana memandang berat perhimpunan para wartawan, eksekutif media dan pelanggan mereka dengan memberi ucapan yang serius.

Saya dimaklumkan oleh seorang petugas kanan Pejabat Perdana Menteri yang Mohd Najib tidak dapat menunaikan janji kerana di saat majlis dua jam setengah itu diadakan beliau dalam penerbangan ke Kuala Terengganu untuk satu majlis pagi ini.

Saya bersetuju dengan kebanyakan hujan Rais dalam analisisnya, terutama sekali aspek saling sokong menyokong antara media tradisional dan media baru serta pentingnya kesemua pihak mengamalkan tahap etika dan tanggungjawab yang tinggi.

Atas kesedaran itu, saya neutral mengenai penubuhan Majlis Perundingan Media. Kalau ia dapat mempertingkatkan kredibiliti dan integriti media massa agar dapat berfungsi sebagai “fourth estate” yang bebas dan bertanggungjawab saya menyokongnya.

Jadi amatlah penting keanggotaan majlis itu mencerminkan sifat dan corak media massa kontemporari Malaysia. Seelok-eloknya, ia juga turut diwakili oleh pemimpin-pemimpin masyarakat sivil yang berwibawa.

Dalam pengalaman saya berurusan dengan jabatan dan agensi yang “berkuasa” ke atas media massa, ada kalanya saya berasa sangat takut dan hampa kerana pegawai yang ditugaskan itu jelas amat cetek dan hambar pengetahuannya mengenai media. Jadi perundingan di peringkat tertinggi diharap dapat mengatasi masalah penguatkuasaan sesuka hati (arbitrary) dan berpilih-pilih.

Saturday, April 23, 2011

Emel 1Malaysia: Siapa Punya, Siapa Kena Bayar?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

UPDATE, 26 April -- (Malaysiakini) - Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun Zainal Mokhtar (Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad) juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

1. Dalam bahasa yang mudah, kerajaan tidak bayar atau beri apa-apa kepada Tricubes, tetapi agensi kerajaan yang guna Emel 1Malaysia syarikat itu kena bayar 50 sen setiap satu emel; dan

2. Yang dikhuatiri ialah agensi-agensi kerajaan akan "dikerah" untuk guna perkhidmatan Tricubes dan mereka ini pula akan secara diam-diam "charge" pelanggan mereka dalam bentuk surcharge atau bayaran perkhidmatan. Kalau terpaksa guna juga,  jangan "pass" kos tambahan kepada pelanggan. Tanggung sendiri.   

 Posting Asal

APABILA Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan “Look East Policy” pada tahun 1981, pengedar tempatan satu jenama kereta Jepun menyiarkan iklan yang bunyi lebih kurang: “Pandang Ke Timur Beli Kereta Jepun”.

Adalah perkara biasa bagi kalangan perniagaan mengambil kesempatan daripada apa saja dasar, rancangan dan slogan kerajaan untuk mencari keuntungan.

Beberapa bulan sebelum Abdullah Ahmad Badawi ditekan untuk meletakkan jawatan pada awal 2009, sebuah syarikat telah membina pintu gerbang raksasa merentangi Jalan Syed Putra untuk mengiklankan Islam Hadhari.

Apabila Abdullah turun, maka iklan itu diturunkan dan kini digantikan dengan iklan mempromosikan 1Malaysia.

Beberapa hari kebelakangan ini, tercetus satu lagi kontroversi. Kali ini mengenai apa yang dijenamakan sebagai “1Malaysia E-mail”.

Sejak Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, memperkenalkan 1Malaysia, banyak papan iklan yang didirikan bagi mempromosi dan meniru slogan itu sehingga ada yang seoleh-oleh mempersendakannya.

Dengan menggunakan angka satu (1) sebagai logo, ada yang mendakwa merekalah cat nombor satu di Malaysia. Kalau tidak di Malaysia, di Jepun. Atau teh nombor satu di Negeri China dan syarikat telekomunikasi nombor 1 di merata dunia.

Dalam hal emel 1Malaysi ini, yang menjadi pertikaian adalah penjelasan yang bercanggah daripada pihak-pihak yang terbabit.

Mohd Najib menulis dalam akaun Twitternya: "Let me clarify that the 1Malaysia Email is a private sector project. No public money is involved, and it's entirely voluntary."

(Biar saya jelaskan yang Emel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Tidak ada wang awam terbabit, dan ia adalah sepenuhnya sukarela.)

Tetapi Pengarah Perkhidmatan NKEA bagi Pengisian dan Infrastruktur Komunikasi, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, pula berkata kerajaan akan membayar 50 sen bagi setiap emel kepada pemenang konsesi iaitu Tricubes Bhd.

Mohd Najib adalah Perdana Menteri dan Pemandu/NKEA bertanggungjawab kepada beliau. Jadi cakap siapa kita hendak percaya – Perdana Menteri atau budak-budak NKEA?

Kalau ikut cakap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kita kena percaya cakap Perdana Menteri kerana pada pandangan Khairy, budak Pemandu/NKEA berkenaan adalah “Little Napoleon” yang memandai-mandai.

Jadi, macam kita pegang kerbau pada cucuk hidungnya, kita akan pegang Mohd Najib pada cakapnya iaitu “Emel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Tidak ada wang awam terbabit dan adalah sepenuhnya sukarela”. Wallahualam.

Setiausaha Publisiti DAP yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula menyifatkan kenyataan-kenyataan mengenai '1Malaysia E-mail' sebagai amat mengelirukan.

Bukan Kaedah Yang Jadi Masalah

YANG menjadi masalah dalam urusan dengan kerajaan bukan surat, emel atau urusan lisan, tetapi sikap kakitangan awam, termasuklah menteri.

Menukarkan surat dengan emel, walaupun didakwa lebih murah dan cepat, tidak akan menyelesaikan masalah kalau kakitangan awam terus curi tulang dan tidak amanah.

Dalam masa dua tiga bulan ini saya (atau pihak-pihak yang mewakili saya) telah mengutus tiga pucuk surat kepada pihak berkuasa – sepucuk kepada seorang menteri, sepucuk kepada pegawai Jabatan Akauntan Negara dan sepucuk kepada setiausaha akhbar seorang menteri.

Surat kepada menteri langsung tidak dilayan. Surat pengesahan penerimaan pun tidak ada. Bukan minta apa pun, sekadar memberi rujukan watak kepada seorang doktor swasta untuk satu anugerah.

Surat kepada Jabatan Akauntan Negara mengambil masa lebih dua bulan untuk dijawab. Itu pun selepas yang mengancam menulis mengenainya dalam blog.

Saya bertanya kepada Jabatan Akauntan Negara macam mana nama, nombor Mykad, nombor kad pengenalan lama dan alamat rumah saya boleh jatuh ke tangan sebuah agensi swasta yang mendakwa saya ada wang di bawah Akta Wang Tidak Dituntut (Unclaimed Monies Act) yang diuruskan oleh jabatan berkenaan.

Surat kepada Setiausaha Akhbar Menteri pula mengenai keruntuhan tapak pembinaan bangunan 10 tingkat di hadapan pejabat saya di Jalan Klang Lama.

Bila ditanya, pegawai itu kata sudah dipanjangkan kepada pegawai yang bertanggungjawab. Jawapan pihak berkuasa entah bila akan sampai (kalau ada), tetapi saya sudah pun berjaya menghubungi pemaju.

Itu saya. Tak apalah, kira bicara saya agak panjang. Kalau lain tak jalan, saya boleh tulis dalam blog atau mengadu kepada surat khabar. Tetapi apa halnya dengan rakyat biasa?

Sikap dan sifat buruk macam inilah yang menyebabkan slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" menjadi bahan lawak jenaka rakyat jelata.

Takut-takut Emel 1Malaysia juga akan menjadi bahan lawak jenaka. Tetapi yang lebih saya takuti adalah manakala rakyat jelata ketawa terbahak-bahak, pemegang konsesi ketawa berdekah-dekah sepanjang jalan menuju bank dengan duit secekak.

Barang dijauhkan Allah satu lagi musibah.

Sunday, April 17, 2011

BN Kekalkan Penguasaan Ke Atas DUN Sarawak


A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SEPERTI dijangka, Barisan Nasional mempertahankan penguasaan ke atas Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan kelebihan dua-pertiga.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat memperoleh lebih banyak kerusi daripada pilihan raya negeri 2006. DAP mendapat 12 kerusi dan PKR 3. Hanya seorang daripada 41 calon bebas menang.

Menurut Bernama, BN memperoleh 55 kerusi. Dalam PRN 2006, BN memenangi 63 kerusi.

Ramalan popular yang mengatakan PR mungkin menang hingga 17 kerusi hampir-hampir tepat apabila ia memperoleh 15 kerusi.

Kesimpulannya, BN semakin lemah dan PR semakin kuat di Sarawak, tetapi tidak sehebat atau sekuat yang diuar-uarkan.

Ini memberi petanda kurang baik kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang. BN bergantung besar kepada Sarawak untuk mengekalkan kuasa di peringkat pusat.

Di kalangan komponen PR, DAP kekal sebagai parti dominan di Sarawak. Manakala pendekatan angkat muat PKR tidak membawa hasil. Walaupun ia meletakkan 49 calon, hanya tiga menang. Pas terus tidak signifikan.

Parti negeri, SNAP tidak mendapat sebarang kerusi walaupun bertanding di dua puluh enam kawasan.

Majoriti pemilih Cina mengundi DAP menyebabkan parti Cina BN, SUPP kalah teruk. Ia menang hanya enam daripada 19 kerusi yang diperuntukkan kepadanya.

Majoriti undi Melayu, Bidayuh, Dayak (Iban) dan kaum-kaum Bumiputera lain terus memihak kepada BN dengan memberi kemenangan padu kepada PBB. PRS dan SPDP juga cemerlang.

Taib Mahmud telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri walaupun berjanji akan mengundurkan diri. Ramalan mengatakan dia akan meletakkan jawatan KM apabila tempoh perkhidmatan Yang Di Pertua Negeri, Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng berakhir kerana Taib diuar-uarkan mahu mengisi jawatan itu.

Tuesday, April 12, 2011

Could Sarawak Be DAP's Next Conquest?


A Kadir Jasin

[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

GIVEN Sarawak’s ethnic and religious characteristics, it looks like the DAP’s best bet after Penang. That may not happen during this Saturday’s state polls, but some time in the future.

When the party’s supreme leader, Lim Kit Siang, declared in the Chinese-dominated Miri on April 10, that “there is something special in the air in Miri - in fact, even for Sarawak - next Saturday” the gut instinct is to accuse him of engaging in political rhetoric.

We don’t have to wait long to see the real worth of Lim’s exuberance. This Saturday’s polling in the state election will determine if indeed the DAP has a brighter future in Sarawak.

His Miri declaration is reminiscence of the Lim’s Tanjung One project in the mid-1980s that saw him unseating Dr Koh Tsu Koon from the Tanjung parliamentary seat and winning the Kampung Kolam state seat. His audacity and brinkmanship helped the DAP to win nine other state seats.

In the 1990 Tanjung Two project, Lim dethroned the late Gerakan founder and Penang Chief Minister, Dr Lim Chong Eu, from the Padang Kota (state) seat and retained the Tanjung parliamentary seat. The party was just three seats short of winning the state.

Although Tanjung Three project in 1995 and the subsequent general elections did not bear the desired results, the party’ perseverance paid off in 2008.

Could Sarawak offer a similar challenge and possibility to the DAP? To begin with, not unlike Penang, the political wind has been blowing hot and cold for the DAP in the state.

In the 2006 state polls, the DAP garnered 18.9 per cent of the votes that translated into six seats, making it the most successful opponent of the state Barisan Nasional.

The most compelling characteristic of Sarawak that suggests it could be the next conquest for the DAP is its ethnicity.

Although the natives Dayaks (the Ibans and Bidayuh) make up the bulk of the state’s population, the Chinese form the single largest cohesive group followed by the Malays and Melanaus. It is estimated that the Dayaks and other native people make up 44 per cent of the population, Chinese 26 per cent and the Malay and Melanau the remaining 30 per cent.

Lim had declared that Miri was finally waking up to the prospects of political change and might very well be in the frontline of the party’s battle to wrest Sarawak from the state BN. He said while the war was far from won, signs were looking up.

Still the DAP, with its overwhelmingly Chinese character, cannot expect a major win in the ethnically divided state unless it works with the local parties. Depending solely on its federal allies -- the PKR and Pas – is unlikely to improve its fortune.

PKR and Pas are insignificant in Sarawak. In the 2006 state polls, the former obtained only 8.6 per cent of the votes and a solitary seat while the latter a miniscule 0.3 per cent.

The failure of Pakatan Rakyat, in particular the PKR, to forge a comprehensive election pact with the state parties suggests that parochialism is a major hurdle facing any national party wanting to set foot in the state, bearing in mind that Sarawak is the only state in the federation where the BN is represented by state-based parties.

The future of the DAP is Sarawak depends on its ability to work with the state-based parties other than just the opposition Sarawak National Party (SNAP). O it could co-opt native leaders into its ranks, which will make it less of a Chinese-based party and more Sarawakian in nature.

With its vast natural wealth and huge political weight, Sarawak's is a dream state for any political party and the DAP knows that.

Monday, April 04, 2011

BN lawan PR: Peranan Mahkamah Pendapat Umum

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

LEBIH satu dekad lalu, ketika Barisan Nasional masih berupa “the master of the castle” (tuan mahligai) dan pembangkang berpecah-belah, saya membuat ramalan mengenai kemungkinan BN berpakat dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP). 

Saya juga meramalkan kemungkinan DAP merampas Pulau Pinang. Ramalan itu saya buat setelah DAP mengalihkan pandangannya daripada cuba menguasai Melaka kepada menakluki Pulau Pinang.

Sekarang BN masih “the master of the castle”, tetapi mahligai dan kubu pertahanannya tidak sekuat dulu lagi. Sudah ada pinggir dan penjuru yang ditawan musuh. Pulau Pinang sudah jatuh ke tangan DAP dan rakan-rakan Pakatan Rakyatnya pada pilihan raya umum 2008. Begitu juga Selangor, Kedah, Kelantan dan Perak. Tetapi penarikan diri beberapa Ahli Dewan Undangan PR dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menyebabkan Perak jatuh balik ke tangan BN.

Pada PRU itu, pembangkang membuktikan bagaimana perjanjian pilihan raya boleh membawa kejayaan. Tetapi sejak itu, kesepakatan antara DAP, Parti Islam se-Malaysia (Pas) dan PKR sudah tidak padu lagi. Ini diburukkan lagi oleh masalah dalaman PKR.

Ujian Pilihan Raya Sarawak

HARAPAN PKR memainkan peranan sebagai orang tengah nampaknya tambah luntur seperti yang sedang berlaku dalam rundingan pembahagian kerusi pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini. PKR dan DAP mengalami kesukaran bersetuju dengan parti sekutu mereka di Sarawak iaitu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan antara satu sama lain.

Sebagai parti negeri, SNAP mempunyai kekuatan moral untuk membuat tuntutan walaupun ia tidaklah terlalu kuat. Manakala DAP dan PKR pula terpaksa berhati-hati agar tidak dilihat atau ditutuh membuli parti negeri. Pas tidak mempunyai masalah besar kerana peranannya di Sarawak terhad.

Ketidaksepakatan ini mencerahkan harapan BN Sarawak untuk terus menguasai negeri itu walaupun ia mempunyai masalah sendiri, khasnya pewarisan kepemimpinan BN negeri selepas Abdul Taib Mahmud.

Jika diandaikan benar bahawa BN telah mengalami pemulihan, namun ia tidaklah sekuat seperti pada PRU 2004. Apa yang akan membantu BN pada PRU akan datang adalah keretakan di kalangan parti-parti PR dan masalah dalaman PKR.

Hakikat pemulihan BN dan kelemahan PR ini paling disedari oleh DAP. Kepemimpinan DAP tahu kedudukan sebenar PR, khasnya kemampuan PKR terus menjadi orang tengah. Ini adalah kerana Pengerusi DAP, Karpal Singh terbabit membela ketua de fakto PR, Anwar Ibrahim, dalam kes liwat keduanya. Dia tentu tahu apa yang sebenarnya berlaku atau setidak-tidaknya pun dia boleh menjangka apa yang akan berlaku seterusnya.

DAP sedar tanpa PKR sebagai pemangkin, kerjasamanya dengan Pas akan terburai akibat perbezaan ideologi dan dasar yang terlalu luas. Lagipun, DAP dan Pas tidak saling bergantung untuk terus memerintah negeri-negeri yang mereka kuasai.

DAP boleh memerintah Pulau Pinang tanpa Pas kerana Pas hanya menyumbangkan satu kerusi sahaja, tetapi ia memerlukan PKR yang menguasai tujuh kerusi. Manakala Pas boleh terus memerintah Kelantan tanpa PKR, tetapi memerlukan PKR dan DAP di Kedah.

Apakah tidak mustahil DAP berpakat dengan BN untuk memerintah Pulau Pinang seperti yang dilakukan oleh Parti Gerakan Rakyat Malaysia pada tahun 1969?

Gerakan, sebagai parti pembangkang, menewaskan Perikatan di negeri itu dalam PRU 1969. Ia menubuhkan kerajaan campuran dengan Perikatan dan kemudiannya menyertai BN. Gerakan menerajui Pulau Pinang selama 39 tahun sebelum ditewaskan oleh DAP pada PRU lalu.

Kalau pengundi Pulau Pinang yang majoritinya bukan Melayu boleh memberi mandat kepada Gerakan selama hampir 40 tahun, adalah tidak mustahil mereka akan memberi mandat yang sama panjang kepada DAP.

Sebagai kaum pedagang dan profesional, orang bukan Melayu, khasnya Cina, sedar bahawa untuk mengubah keadaan dan membawa kemajuan, DAP memerlukan masa yang cukup lama.

Soalnya bolehkah pengundi menerima pakatan atau kerjasama DAP-BN setelah mereka mula merasa dan melihat kebaikan daripada mempunyai pembangkang yang kuat?

Tidak dapat dinafikan iaitu mempunyai pembangkang yang kuat memberi kesan positif kepada sistem pengawasan dan perimbangan (check and balance).

DAP Menampakkan Pragmatisme

HAL ini disedari oleh DAP. Manakala ia akan terus mengasak BN di Parlimen, tetapi ia akan melakukan apa saja demi mempertahankan angsa bertelur emas dan permata nilamnya iaitu Pulau Pinang. Ini termasuklah berjinak-jinak dengan kerajaan pusat demi menjamin negeri itu terus mendapat peruntukan pembangunan.

Jadi saya tidak hairan langsung apabila media atas talian melaporkan yang kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan kesediaannya menggugurkan Pelan Induk Pembangunannya demi “membantu Putrajaya melaksanakan Program Transformasi Wilayah Besar Pulau Pinang.”

Portal berita bebas Malaysian Insider pada 2 April melaporkan bahawa Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mengalu-alukan langkah kerajaan pusat sambil berkata kerajaan negeri bersedia menawarkan sepenuh komitmen kepada inisiatif kerajaan pusat itu.

“Pulau Pinang mengalu-alukan inisiatif kerajaan pusat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk sama-sama memajukan Pelan Induk Wilayah Besar Pulau Pinang yang pada akhirnya akan menghasilkan sebuah bandar raya bercantum (urban conurbation) selaras dengan wawasan kerajaan negeri Pulau Pinang mewujudkan sebuah bandar raya pintar antarabangsa.”

Ini bukan cakap-cakap kedai kopi kerana Guan Eng mengeluarkan sebuah kenyataan khas mengenainya.
Tambah beliau: “Sebagi menyahut dan membuktikan keikhlasan serta komitmen kita kepada tawaran Perdana Menteri, kerajaan negeri bersedia mengenepikan Pelan Induk Perindustrian 2011-2015 yang sudah pun siap.”

DAP mengambil sikap pragmatik ini kerana kepemimpinannya sedar bahawa tanpa bekerjasama dengan kerajaan pusat, kemajuan Pulau Pinang mustahil boleh dikekalkan apatah lagi dipesatkan. Mohd Najib pula mahu menggunakan janji pembangunan itu untuk menjinakkan semula pengundi negeri itu kepada BN.

Saya mungkin silap (besar) kalau saya katakan bahawa kepemimpinan pusat yang dipelopori Umno lebih mudah atau lebih suka bekerjasama dengan DAP di Pulau Pinang daripada dengan PKR di Selangor dan dengan Pas di Kelantan dan Kedah.

Kalau tanggapan saya ini betul atau ada sedikit kebenaran, saya takut (amat takut) iaitu yang akan kerugian adalah orang Melayu yang berupa kaum majoriti di Kedah dan Kelantan.

Hatta di Selangor yang kaya itu pun, nasib orang Melayu mungkin tidak terbela kalau permusuhan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri menular dan merebak ke dalam arena ekonomi dan pembangunan.

Peranan Sistem Pengawasan dan Perimbangan

KESIMPULANNYA, manakala BN dikatakan semakin pulih dan PR semakin lemah, persoalan yang harus difahami adalah selera pengundi.

Apakah mereka akan terus mengekalkan pembangkang yang kuat demi menjamin pewujudan sistem pengawasan dan perimbangan (check and balance) yang mantap atau mereka akan kembali kepada monopoli kuasa oleh BN?

Saya rasa pengundi, khas di bandar dan di kalangan kelas menengah tanpa mengira bangsa atau kaum, akan terus memberi pertimbangan serius kepada peranan pembangkang yang kuat bagi menjamin kewujudan sistem pengawasan dan perimbangan (check and balance) yang mantap.

Perwatakan calon mungkin akan mendapat keutamaan yang lebih tinggi daripada pengundi berbanding parti atau janji-janji pilihan raya memandangkan ramainya para Yang Berhormat sekarang, sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang, yang terbabit dengan pelbagai jenayah dan kegiatan tidak bermoral.

Dengan wujudnya persekitaran media massa yang lebih bebas dan demokratik serta terlindung daripada kawalan pemerintah, “mahkamah pendapat umum” (the court of public opinion) akan memainkan peranan penting mengadili moral, prestasi dan integriti pemimpin dan bakal pemimpin.

Era hegemoni dan pembolotan kuasa oleh BN mungkin sudah berlalu. Walaupun pada zahirnya PR nampak tidak sekuat PRU 2008, namun potensinya untuk terus menjadi pencabar kepada BN tidak boleh dinafikan.

Manakala BN dan PR boleh berikrar dan berjanji dengan manifesto yang hebat bunyinya, tetapi pengundi, khasnya di bandar dan di kalangan kelas menengah, mempunyai aspirasi dan tuntutan mereka sendiri. Politik pangkah parti mungkin tidak mutlak lagi.

Saturday, April 02, 2011

Don't Allow Penile Rating To Bear Us Down


­­­A Kadir Jasin

[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

EARTHQUAKES and tsunamis may have spared us the misery. Our economy is doing reasonably well although inflation is rising and our people are up to the neck in debts.

Crime is still a cause for concern although Home Ministry and the police keep telling us that crime rates are falling.

So while Home Minister is being escorted by risen-wailing police outsiders through the City’s logjam, the scared residents barricade themselves behind barbwires and makeshift gates.

Putting my favourite teh si kosong and roti canai on the plus list, Malaysia is still a good place to be. Never mind that some sick-in-the-head people are trying hard to turn our political scene into a cesspool.

But please take note. I say Malaysia is still a good place to be still. It means that I may not be so in the future unless we take good governance seriously.

I have lived long enough to tolerate these discomforts, but when some smart Alec researchers and census takers slotted Malaysia at lowly 106 in the global ranking of the size of manhood, I am perturbed.

I would not dare speculate that the Malaysian womenfolk are disturbed by the findings.

According to media reports, which quoted various national medical, governmental, academic and sexology institutions, men from the Democratic Republic of Congo are the most endowed.

They claimed that Congolese men came out top with the manhood averaging 7.1 inches or 18cm in length. That’s more than half the length of the ruler that my “cruel” teachers used to knock my head and knuckles with.

Second came the Ecuadorian men with 6.9 inches (17.5cm), Ghanaian 6.8 inches (17.3cm), Colombian with 6.7 inches (17cm) and Venezuelan men with 6.7 inches or 17cm.

At number 7 is Lebanon, followed by Jamaica at number 12, Brazil at number 15, France at number 17, Czech Republic at number 22, the Netherlands at number 27, Italy at number 31.

Egypt was placed at number 33, Denmark at number 42, Mexico at number 49, Morocco at number 51, Sweden at number 58, Greece at number 61, Chile at number 64, Germany at number 68, Norway at number 72.

United Kingdom was at number 82, Spain at number 85, Australia at number 94, USA at number 98, Ireland at number 99, Romania at number 101.

It seems that the average length of the manhood of Malaysian men is pretty mediocre that no reports mentioned how long it is.

Then again what’s the point of having a massive manhood if we cannot apprehend a couple of acid throwers who are now terrorising school children and teachers in Bangsar and Little India?

But we can take some consolation in the fact that we beat the Japanese who were positioned 110, the Chinese (112), Indians (116), Thais (117) and South Koreans (119). The damnation is we lost to Indonesia who came out 104.

We never know how well we stand up to the Singaporeans. Despite their huge economic success and constantly high global rating in many areas, the standing of their manhood appears to have escaped attention. The reports make no mention of Singapore.

I hope our less than complimentary manhood ranking will not cause mass hysteria. But for those who are unhappy with the size and length of their manhood, I am indifferent if they resort to penile enlargement treatment. They can look it up in the Internet.

But for most, I suggest that they stick to Tongkat Ali and believe in the edict that while size may boost one’s ego, what counts is prestasi (performance).

Most of all, we should never ever allow this disappointing penile ranking to plunge us into mass hysteria that could lead to a more damaging consequence namely being afflicted with the “koro syndrome”.

In a simple non-medical term, koro is an affliction whereby the testicles shrank and disappeared from the scrota. When this happens, the sufferers are usually unable to engage in sexual activities.

I had written extensively about the “koro syndrome” in the posting dated June 17, 2008 entitled Would Koro Victims Like To Speak Up?

 So, do not allow our mediocre penile rating to bear us down. It may not even be authoritative. Let’s try to make every bit of it work. Have a pleasant weekend.