Saturday, February 25, 2012

Mahathir, Azizan Dalam Lampu Sorot Politik

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

DUA orang Kedah nampaknya menjadi sasaran kempen politik ketika ini. Pertama (Datuk) Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah dan kedua (Tun) Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri.

Azizan dilaporkan oleh media massa arus perdana dan alternatif sedang menghadapi krisis tidak percaya oleh beberapa orang Ahli Majlis Kerja Kerajaan daripada parti beliau sendiri iaitu Pas.

Dr Mahathir pula diasak oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk ketua agung DAP, Lim Kit Siang, berikutan penyelesaian luar mahkamah kes saman yang membabitkan bekas pengerusi, Tajudin Ramli, dan beberapa buah syarikat milik Khazanah Nasional Berhad.

Sekurang-kurangnya dua daripada Exco Pas – Phahrolrazi Mohd Nawawi dan Dr Ismail Salleh - dilaporkan tidak mahu dilantik semula ke jawatan itu “kerana kurang yakin dengan kepemimpinan Azizan.”

Azizan pula dilaporkan akan membuat kejutan pada hari Selasa 28 Feb ini setelah “mendapat mandat daripada kepemimpinan tertinggi parti bagi mengelakkan krisis politik.”

Dr Mahathir dilaporkan tidak mahu mengulas mengenai penyelesaian luar mahkamah yang membabitkan Tajudin, tetapi sekali lagi menafikan yang beliau “memaksa” Tajudin membeli Mas. Dr Mahathir mahu orang ramai membuat penilaian sendiri.

Pada 24 Feb, Malaysian Insider melaporkan bahawa Kit Siang mahu Putrajaya memulakan pengauditan penuh ke atas apa yang beliau sifatkan sebagai kerugian berbilion-bilion ringgit akibat skandal kewangan ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Hakikat bahawa asakan dalam parti terhadap Azizan berlaku ketika cakap-cakap pilihan raya semakin hangat, mencetuskan andaian bahawa perebutan kuasa sedang berlaku dalam Pas Kedah.

Berbanding dengan dua orang Exco yang disebutkan itu, memanglah Azizan kurang dinamik. Azizan adalah orang lama. Gaya dan daya kepemimpinan beliau juga gaya dan daya orang lama – tidak konfrontasi dan tidak menonjol, tetapi disenangi kawan dan lawan.

Gaya dan cara beliau yang sederhana itulah menyebabkan sukar bagi parti-parti lawan, khasnya Umno, menyerang beliau secara berdepan. Tetapi ramai pula pemimpin Pas yang bimbang gaya dan daya beliau yang sederhana itu melemahkan Pas.

Biar apa pun, kalau perselisihan dalam kepemimpinan Pas Kedah itu meruncing menjadi krisis, ia, secara tidak sengaja – dengan izin “by default” - akan mencerahkan harapan Umno/BN merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Dr Mahathir pula semakin hebat dikritik oleh PR serta oleh elemen-elemen anti-BN dan anti-Kerajaan kerana beliau dilihat sebagai kembali cergas dalam politik kepartian. Malah ada di kalangan mereka yang berpendapat bahawa, dalam hal-hal tertentu, Dr Mahathir lebih berpengaruh dan berwibawa daripada Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak.

Jadi, adalah tugas mereka memusnahkan pengaruh dan kewibawaan beliau pada saat-saat beliau nampak begitu intim dengan Mohd Najib dan semakin cergas dalam arena politik parti.

Kalau dalam PRU 2008 kritikan terbuka beliau terhadap kepemimpinan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi “menguntungkan” pembangkang, sokongan beliau terhadap Mohd Najib mungkin “merugikan” mereka. Jadi tidak hairanlah mereka menyerang dan memburuk-burukkan beliau.

Kesimpulannya, tolak campur darab dan bahagi, PRU nanti akan dimenangi oleh BN atau PR bukan kerana mereka kuat, tetapi kerana lawan mereka lemah.

Seperti kata ahli politik Inggeris, Ken Livingstone, “If Voting Changed Anything They'd Abolish it.” (Kalau Pilihan Raya Mengubah Sesuatu, Mereka Pasti Telah Mengharamkannya). Wallahualam.


29 comments:

Anonymous said...

Walau apa pun saya akan memberitahu anak2, cucu2, cicit2 atau sispa saja generasi akan datang bahawa punca kemusnahan negara dan budaya Melayu ialah manusia yang bernama Mahathir, orang Kedah.

-sayapunmelayu -

din klang said...

Aslkum Dakj

Kalau kita banding prestasi menteri besar Umno Kedah dgn Ust Azizan prestasi Ust Azizan termasuk golongan superb.

Sebabnya jelas. Hasil bertambah dgn banyak, hutang berjaya dibayar, tuduhan rasuah pun tak de, jauh sekali daripada rasuah. Bayangka kalau wakil Pas yg lain kalalah org macam Hasan Ali jadi menteri besar Kedah....mungkin negeri dijual pd Umno atau bos Umno iaitu MCA.

Bandingkan juga prestasi Ust Azizan sebagai menteri besar Pas/ PR dgn pengkhianat bangsa spt Muhammad Md Taib, Anak Toyo, Isa Samad,Idris Jusoh danGhani Osman.

Rakyat Kedah harus faham bahawa ketika ini ada dari puak Umno yg kaya dgn wang sedang berusaha menaja individu tertentu dlm Pas yg perangainya lebih kurang Hasan Ali untuk menumbangkan kerajaan Islam Pas di Kedah.

Berkasih dan berseteru dgn Pas atau Ust Azizan mestilah atas dasar kerana Allah bukan kerana pengaruh Utusan atau tv 3

Komen psl Mahadir bersambung.

Din Klang

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Memanglah strategi sesebuah parti politik adalah cuba meragui orang ramai bersabit kemantapan parti lawan dengan menimbulkan beberapa desus desas samada benar atau rekaan semata-mata bagi menghakis kewibawaan parti lawan.Cuma masa ini ianya tidak semudah dahulu kerana kepantasan penyebaran maklumat boleh menyekat sebarang maklumat yang tidak benar dari merebak.

Siapa perintah Kedah tidak menjadi hal kerana rakyat Kedah boleh menerima siapa sahaja kerana suasana di Kedah adalah sama sahaja kerana tidak banyak yang boleh direbut ahli politik kerana keadaan sosio ekonominya mendatar.

Seandainya UMNO mengakui kekalahan BN dalam PRU ke 12 adalah atas kesilapan teknikal kerana ada pemimpin yang meminta ahli mengurangkan mejority BN keadaan tidaklah sepincang yang terdapat sekarang. Masa yang diperlukan untuk merapatkan semula ahli-ahli parti telah habis digunakan untuk memburuk-burukan parti lawan. Dengan berbuat demikian ianya menonjolkan lagi parti lawan sehingga ianya sekarang diterima sebagai parti alternatif bagi menerajui Kerajaan.Begitu juga dengan sewenang-wenangnya membuat pertuduhan dan membawa kes ke Mahkamah telah membolehkan isu dibincang dengan meluas yang dengan tidak secara langsung orang yang dahulunya hanya tahu BN sekarang turut tahu mengenai parti lain.

Kita sekarang betul-betul dalam keadaan tidak pasti kearah mana politik kita akan tuju memandangkan banyak fakta perlu ditimbang sebelum mengundi,

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya

din klang said...

Aslkum Dakj

Sambungan....pasal Mahathir Mohamad(MM)
pulak

1. MM bukan saja perlu ditanya dan dipertanggungjawap soal bailout MAS tapi banyak lagi yg semuanya melibatkan kerugian beratus billion kpd negara. Dah muak rasanya kalau contoh2nya diulang.

2 Sepandai2 MM tertipu juga beliau dgn tokoh pelakon Melayu tersohor iaitu Abdullah Badawi sehingga MM sanggup menyerahkan kuasa kpd org yg salah( yg layak bukan Abdullah tapi sibebas rasuah dan salah guna kuasa iaitu Anuar Ibrahim)

3.Benar banyak pembangunan fizikal dpt dilihat zaman MM. Tapi pd harga hutang negara yg sgt tinggi yg perlu dibayar oleh rakyat entah berapagenerasi akan datang. Hendak bukti sila banding hutang negara pd1981 dgn 2002. Pelik dan sedihnya perangai berhutang ni bertambah2 pd zaman Abdullah dan Najib.

4. Kalau Abdullah pelakon hebat apa kurangnya dgn MM. Bab menangis dia nombor satu mengalahkan perempuan. Begitu jugak dgn semangat ultra Melayunya ketika menulis the Malay Dilemma? Cakap tak serupa bikin. Kawan2 Cinanya yg hidup kaya raya sebagai instant billionaire tapi usahawan Melayu satu persatu lingkup/ dilingkup atau bisnis mereka dijamkan. Macam MM membuang Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anuar begitulah beliau melenyapkan bisnismen Melayu spt Halim Saad, Rashid Husseindan Tajudin Ramli. Pokoknya jgn buat MM marah. Dendam nya pd Anuar hingga sekarang dan hingga tergamak menggunakan aparat negara membuat fitnah yg paling keji....iaitu menuduh Anuar sodomi apabila keadaan waktu jelas menunjukkan populariti Anuar dikalangan ahli Umno jauh melebihi MM.Dan terbaru MM berkokok lagi soal Anuar dikatakan menyokobg Israel.

5. Dengan penghakisan hak org Melayu dizaman MM, saya rasa dosa MM pd org Melayu yg menggunung harapan mereka belum tentu terbayar. Kan lebih baik MM menebus dosa2 pd org Melayu dgn bertaubat dan berusaha menumbangkan rejim zalim Najib

Akhir sekali saya doa agar Allah panjangkan umur MM.....betul2 panjang

Din Klang

Anonymous said...

Azizan mula diserang oleh pakatannya sendiri bila beliau menggunakan AUKU untuk mengantung pelajar di Institusi kelolaan kerajaan Kedah. Dan yang paling membuat DS Anwar mengamuk sakan hingga menggerakkan mahasiswa supaya membalikkan gambar azizan ialah selepas azizan kata, "buku jingga bukan seperti al-Quran untuk (wajib) di ikut".

Saya percaya, mana-mana yang lantang mengkritik anwar akan senasib seperti Hassan Ali & Bekas Imam Masjid negara yang juga MP PAS. MP PAS ini dibuang dari jawatan Suruhanjaya PAS III gara2 menentang anwar dalam parlimen masa anwar setuju benarkan nama Allah diguna dalam Bible Bahasa Melayu.

PAS tak boleh tunjuk orang-orang anwar seperti Azmin ali 'tunjuk' supaya PAS pecat Hassan.

Osman

din klang said...

Aslkum Dakj

Apalah malang nasib negara tercinta ni.

Bila disuruh ketua wanita Umno agar berundur agar kes NFC tidak mendatangkan masaalah pd Umno. Beliau menjawab" pemimpin Umno mana yg tak bermasaalah". Selamba gile

Di tanya pulak pd mantan pm Mahathir soal bailout MAS bernilaiRM1.8 b beliau tak rasa bersalah langsung malah memperbandingkan pulak kerugian negara zaman Abdullah yg menurutnya jauh lebih besar.

Nasib baik orang Umno kaya2 dan pemaaf atau....

Din Klang

GoldTrex said...

Dato',

LKS seperti yang kita sedia maklum adalah orang suruhan LKY. Kita juga sedia maklum LKY amat tidak senang dengan Tun Mahathir, kerana sejarah telah menunjukkan kpd kita semua, hanya Tun Mahathir sahaja yang pandai dan telah berjaya menjadi 'matador' yang tangkas, jika kita umpamakan perangai dan tidak tanduk LKS dan juga LKY sebagai 'bull in the ring'.

Disudut yang lain, sebenarnya DAP dan PR tidak ada musuh politik lagi. DS Najib telah mengumpan dan mengujam rakyat Malaysia, termasuk Cina dan India, kau-kau. Kalau terus kutuk DS Najib, mereka takut kehilangan pangaruh dan undi.

Perlu juga diingat, semasa zaman Slumberjack dulu, DAP, Pas serta PKR tidak bernafsu sangat mengasak beliau. Hanya Tun Mahathir lah pada masa itu, tidak penat-penat bersuara. Malah beliau telah menjadi one-man opposition team.

Sudah tentu PR mahu mengulangi strategi yang sama. Maka itulah sebabnya Tun Mahathir tidak habis2 diasak. Padahal, Tun sudah bersara sejak tahin 2003 lagi. Kalau tak kutuk Tun, depa sudah tidak apa nak buat. Tidak ada isu yang berani mereka bawa!!

Terima kaseh

Economis Kampong

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir
Salam Hormat

Jangan Risau, Jangan Sasau
(mahaguru pakai kalkulator jenis apa)

Darab pi tolak mai
komsyen jangang lupa

Jangan risau wahai Mahaguruku
sekarang kerjanya untuk PRU13
semakin mudah UMNO memenangi PRU13
130 kerusi parlimen - taklah semudah itu nak 136

Darab pi tolak mai
komsyen jangang lupa

Debat baru-baru ini isyarat diberi
pulau mutiara, kelantan, tetap tak berubah
selangor menunggu isyarat sultan
terpulanglah perlis ke kedah
selera berubah

Darab pi tolak mai
komsyen jangang lupa

UMNO tak lemah, bn yang lemah
mca lemah, gerakan lembab
harap-harapnya semua keling undi pas
malangnya do'a awang adek tak menjadi

Darab pi tolak mai
komsyen jangang lupa

Najib eloklah pergi buat umrah
pakai duit zakat imalaysia

Darab pi tolak mai
komsyen jangang lupa


terima kasih kerana berkongsi maklumat dan pendapat, Dato


Sekian dan Teima Kasih Ole-ole Bandung

Don Klang said...

Dato

Najib dengar nasihat Mahathir
Anwar pula dengar cakap yahudi
Kemudian Nik AZiz dengar alasan Anwar
Lepas tu Hj Hadi turut kata Nik Aziz
Tapi Karpal singh malas nak layan Hj Hadi
Last sekali Guan Eng yang dapat jadi khalifah.

Yang melopong mulut dengar ceramah kat kedai mamak orang kita juga.

din klang said...

Aslkum Dakj

sdr ekonomis kampong dan don klang
Pernah dengar perumpamaan berbunyi" kokok berderai2, ekor main taik".

Itulahkesimpulan saya terhadap perangai MM. Di pentas dunia konon nak jadi hero negara ketiga, dalam negara sendiri penuh dgn kecurangan, penipuan, pengkhianatan dll

Sdr nak tau kenapa Cina Singapura kaya dan maju sementara Melayu Singapura miskin dan mundur?
Dan kenapa pulak Cina di Malaysia juga kaya raya dan Melayu Malaysia papa kedana?

Jawapannya Lky membuat perkara yg betul sementara MM dan PM selepas beliaumembuat perkara yg tak betul

Tak perlulah sdr berdua nak menyedapkan hati dgn menyalahkan LKY atas kekurabgan diri sendiri.

Din Klang

JJ @ Jawa Johor said...

Dato

sekarang Ustad Badrul Amin PKR yang dalam lampu sorot politik.


Bukan Mahathir atau Azizan.

Anonymous said...

Salam DAKJ

Don Klang,
Bukankah Tun Mahathir sudah mengatakan Melayu mudah lupa?

Sejarah Singapura masih terngiang2 lagi di cuping telinga.

Sukarnya Melayu kalau sudah taksub berbanding ethnik lain yang menggunakan akal walaupun 1000 tahun akan datang.

Tak sabarnya Melayu walaupun bersemangat berbanding dengan ethnik lain apabila mengejar kekayaan dan kekuasaan.

Kerajaan begitu jerih melaungkan perpaduan antara kaum tapi Melayu sendiri tidak mengiktiraf perpaduan di kalangan mereka sendiri.

Kalau apa2 pun yang pergi melayang disebabkan kurangnya kasih sayang.

-sayangseribukalisayang

doncin cai said...

@tuantanah
salam
.... saya kurang faham tentang " orang lama " yang tuan maksudkan.... adakah " orang baru " lebih dinamik dari pengertian tuan...

@din klang
...kadang2 saya keliru bilamana orang2 bulan mengambang, langsung tidak memberi sebarang kredit terhadap hasan ali setelah beliau di pecat dari pas....

orang alim kita hormati kerana ilmunya
orang "lama" kita hormati kerana pengalamannya
kanak2 kita hormati kerana mereka kurang dosa...

ab said...

Salam Dato,



DAH cukup dah `rempah ratus' lingkup melayu kat malaysia ni dah!.....



Melayu A...di`gambarkan'..hitammmm
Melayu B ....di`gambarkan'..hitammm
Melayu C...di`gambarkan'...hitammm



Projek felda dikatakan `buat melayu
felda papa'......

Projek KLIA-2 dikatakan `buat habis duit rakyat'.....

Projek lynas dikatakan `buat pendek umuq rakyat'.......

Projek iskandar dikatakan `pendek'kan umuq raja.....


Kalau ingatan saya betui, masa buat PLUS,KLIA,Putrajaya,Wilayah persekutuan,pelabuhan kelang `baru' dulu macam ni juga la `bunyi' orang yang `pandai pandai' dan `cerdik cerdik' dulu punya `syarahan demi syarahan'....


SOALAN SAYA ialah:


Ada ka melayu kata ada india dan cina punya muka dalam katagori `hitammmmmm'....ni?



Ada ka melayu kata ada cina dan india akan `mati' olih projek projek ini...




Ada ka `projek projek' orang melayu buat, YANG BUKAN ada kaitan dengan kerajaan yang BETUI BETUI DAH MENINGGIKAN MERTABAT, MENINGGIKAN EKONOMI ORANG MELAYU teramai selama ini?...



Kalau saya ada sayap,saya terbang dan lihat melayu kat malaysia ni, saya `ketawa kuat' sebab saya tenguk depa ni memang betui betui bodo punya manusia... dah ada peluang depa bagi kat orang,ada nama depa juai kat orang,ada tanah depa derma kat orang,ada anak depa halau pi kat orang,ada bini depa sewa kat orang, dan ADA NYAWA depa juai kat setan!



ORANG MELAYU ada nama betui betui `melayu' tak?..ka ni pun dah juai jugak dah?....orang asli ada jugak nama yang ori, bawang ka,belon ka,orang jepun ada nama ori jepun,orang india pun macam tu,cina pun macam tu..MELAYU?


Saya hormat dato sebab `Kadir' tu ori,nama bapa dato pun ori juga....keep up the ori dato!.



Abu Bakar Ab Rahman

mtgbertam said...

Dr Mahathir pernah hina Nabi Muhammad SAW. Dia kata Nabi SAW tidak bercukur kerana tiada gilette pada waktu itu.

Dr M terlalu ego untuk menerima ketentuan Allah mengenai Nabi SAW yang tidak membuat sesuatu melainkan kesemuanya adalag wahyu dari Allah (ayat al-quran).

Kalau ada yang tidak menyanggah hinaan beliau, bahkan tetap menyanjung mereka akan dibangkitkan bersama pemimpin yang disokong mereka. (Juga lihat tafsir al-quran).

Justeru, pandai2 la kome2 semua meletakkan sokongan...

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr.doncin cai berkata,

orang alim kita hormati kerana ilmunya
orang "lama" kita hormati kerana pengalamannya
kanak2 kita hormati kerana mereka kurang dosa...

Terima kasih dan kami balas sdrku dengan SENYUMAN... satu2nya nilai murni yang kami percaya hanya dianugerahkan kepada umat manusia tetapi kurang dipancarkan sesama manusia.

Wallahualam.

ALFATIHAH, AMIN

Lahuma said...

Salam Dato;

Apa yg terjadi pada Melayu di Tanah Melayu sejak Merdeka kerana Pemimpin Politik Melayu,Pegawai Kerajaan Melayu dan Orang Melayu sendiri.

Jatuh bangun Melayu kerana Melayu suka berkelahi tak ada nokhtah.Sesama parti Melayu bergaduh.Dalam parti sendiri pun gaduh.Dalam pejabat pun Melayu gaduh.Dalam kampung dan taman pun gaduh soal dan isu kecil sahaja.

Bila ada kuasa lupa daratan dan lautan.Anggap rakyat macam bola ping pong atas meja.Yang tak ada kuasa jadi gila kuasa dan gila talak.Macamana Melayu nak hebat.

Mana satu titik pertemuan dan ikatan Melayu.Sepatutnya Islam sebagai payung Melayu pun dah hancur.Islam pula dijadikan modal kepentingan politik.

Masyarakat Cina moto mereka ialah ekonomi,pendidikan dan budaya diatas.Inilah alat penyatuan mereka.Politik sekadar pakaian sementara dan kuda untuk mancapai moto tersebut.

Melayu asyik cakaran dimuka sesama sendiri.Ada parti Islam pun lagi nampak celaru macam nak gadai Islam.Ada parti Melayu Bersatu pun dah nampak macam nak jual Melayu.

Cerdik pandai Melayu pun cakap banyak tegak benang basah.dalil itu dan dalil ini.Tapi Melayu makin teruk juga.

Kalau ada kuasa kena amanah lah.
Kalau ada ilmu kena amal lah ilmu itu.Cakap kena serupa bikin.

Dato,

Dekat PRU 13 politik Melayu makin rancak dan panas.Apa salahnya Melayu kurangkan berpolitik semata untuk kekuatan politik Melayu.Tak guna juara politik tapi kain politik Melayu makin terlondeh sikit demi sedikit.

Dekat PRU 13 rakyat makin manja atau dimanjakan.Keliru antara tanggung jawab dan gula-gula.
Satu mungkin takut hilang kuasa.Manakala satu lagi menaruh harapan untuk berkuasa.

Hikmahnya politik Malaysia memerlukan seimbang antara kerajaan dan pembangkang.Lebih penting politik Melayu hendaklah kuat dan mantap.

Cukup lah .dengan politik Pak Pandir Moden.

Terima kasih.

din klang said...

Aslkum Dakj

Sdr Doncin Cai

Cara sdr berbicara seolah2 PAS tidak reti mengenang jasa si Hasan Ali.

Persepsi sdr tu tak betul. Jasa Hasan Ali yg lalu waktu berkempen kesana kemari dlm PRu 1999, 2004dan 2008 tidak mungkin dilupakan.

Hasan Ali hanya.terpaksa dilupakanoleh jawatan kuasa pusat PAS apabila dia memilih jalan sendiri yg tak cocok langsung dgn peraturan berorganisasi.

Lupakah sdr bagaimana berlembut sikap TG Nik Aziz dan TG Hadi apabila menjemput sendiri Hasan berbincang dirumah Nik Aziz beberapa hari sebelum pemecatan Hasan.

Sdr juga tentu ingat bagaimana Lee Lam Tai keluar Dap, beliau lebih condong menyokong dasar2 UmnoBn. Tapi dalam berbuat demikian beliau tidak pernah mengutuk parti lama beliau.

Nah sekarang cuba sdr Doncin Cai bandingkan Hasan Ali dgn sikafir Lee Lam Tai.

Jelas Pas cuma mau mempertahankan diri.

Din Klang

Anonymous said...

Don Klang, tepat sekali perhatian anda; malang tidak akan disetujui din klang kerana menghina kaumnya, orang pas yang dulunya pkr yang dulunya mic.


i-care

oranglamajuga said...

Begitulah orang melayu. Depa lebih suka pemimpin yang mai kenduri dengan tengok orang mati daripada yang pi mesyuarat selesaikan masalah Rakyat.

Azizan tuu memang tak larat dah, taktaulah pimpinan atasan tak nampak ataupun nak main selamat.

Silap-Silap, kedah boleh jatuh balik pada depa turn.

besi said...

dato.. ustaz azizan nampak garang(cengai).. tapi dasarnya lembut. tapi rasanya org PAS tak ada masalah kalau kena lantik atau tak dilantik...sebabnya PAS selalu kalah dlm PRU msknanya sudah biasa dengan keadaan tiada berjawatan...

pasal TUN.. malas komen la dato.. TUN selalu ckp org malaysia tak matang lagi.. no komen la..

Anonymous said...

Dear Dato

Would appreciate if you can give your insights on viability of Lynas. Who is the one approving this project?

To many, this project, is hazardous and should be considered at all, as it affect the health and livelihood of the pple.

Given our 1Malaysia style, tak ape attitute, where we cant even do up a proper roof, I really do not have confidence that the gov can manage the waste properly.

A project where, Austalia a country few times of our size having so big land, yet, being shunned away, and find its foot in Msia. Do you think it is beneficial to pple of kuantan?

Best is, 10 year tax exempt to Lynas, benefits to polluting our country. What the heck are good leader of our country are thinking.

This is utmost cruelty.

Regards
NoL

veteran said...

Din Kling ni mamai ke apa ni?

Hasan Ali ditolak oleh PAS hanya kerana nak tegakkan hak Islam. PAS tak bagi ruang langsung untuk beliau bergerak. Malahan terus dipecat, baru terhegeh-hegeh nak panggil suruh merayu.

Apa yang dibuat oleh Hasan Ali yang kononnya melanggar peraturan PAS?

Membuat pemeriksaan ke atas kehadiran orang Islam di majlis Kristian?

Blanket ban ke atas 7-eleven yang menjual minuman keras di Shah Alam?

Banyak lagi nak cakap, tapi memang memalukan parti sahaja.

Sudah-sudah lah bersekongkol dengan kafir Harbi tuu.

Apa jenis kaki-bodek lah kamu ni Din Kling, sampai benda batil pun tak boleh nampak lagi.

Rao Lanun-Bahaso said...

Kalau Ken Livingsstone seorang politikus maka itu kata-kata kosong orang mabuk kuasa.

abdullahngah said...

Kebanyakan pemimpin umno tak berani nak Tun Mahathir Mohamad, kerana barangsiapa lawan dia, dia kerat dan pecat.

Manakala Ustaz Azizan Razak boleh dikatakan semua orang dibawahnya tak segan silu lawan bulat bulat.

Disini dapat kita lihat perangai orang umno dan pas berbeza.

Orang umno takut hilang jawatan, kerana jawatan segala gala, termasuk boleh jadi jutawan segera.

Orang pas tak kisah dengan jawatan dan pangkat. Tak dinafikan ada juga yang kejar pangkat, tapi tak sampai ke mana.

Orang sanggup bilang jawatan manakala orang umno tak demikian.

Tun Mahathir punca orang melayu jadi kaya, tapi kaya hutang, bukan berpuluh juta malahan ada yang berhutang berbilion ringgit.

Anonymous said...

saudara din klang..
Emosi saudara mencerminkan keperibadian dan tahap akademik saudara. Doa saudara di hujung coretan terlalu kontra dan janggal dibandingkan dengan maki hamun dan tuduhan saudara kepada orang lain.

Jgn jadikan ruangan komen The Scribe ini medan luahan emosi politik cetek saudara.. Ini mimbar ilmu!

Sekian.

Saya Ibrahim Kamarudin dari Perak

Anonymous said...

Ye ke Mahathir dan Azizan berada dalam "lampu sorot" politik?

Saya ingatkan NFC yang telah mula mentafsir polis sebagai tidak faham peraturan korporat.

Saya ingatkan 1CARE yang terlalu banyak flip-flop antara menteri dan kepala penjawat awam kesihatan.

Saya ingatkan harga minyak yang tak turun-turun walaupun telah agak lama harga dunia stabil di USD100.

p/s Daripada tanya Mahathir pasal MAS, lagi baik tanya siapa yang luluskan penyelesaian luar mahkamah kepada Tajudin.

P/s Kedah dalam data terkini, nombor empat dalam senarai negeri-negeri yang paling besar FDI. Lagi pula, PAS pusat tak kecoh pun...

Fed Up

Rao Lanun-Bahaso said...

Benar cerita lampu sorot yang diperturunkan oleh Dato' Kadir;
makanya dengan Dato' A Kadir Jasin izinlah.

Interogasi Guantanamo: Infidel!
(cari sakit ala spanish inquisition)

lagi dipukul lagi menjadi
lagi disepak lagi berdiri
ho-hoi apalah nak jadi
salahkan nasib badan sendiri


Che Det sedang disiasat atas tuduhan menyatakan hudud pas itu ciptaan tuhan oleh pengunjung blognya!

lagi dipukul lagi menjadi
lagi disepak lagi berdiri
ho-hoi apalah nak jadi
salahkan nasib badan sendiri


Telitikan:
Peminat2 dan penyokong2 Tun amat sayang kepada Tun sebab itu depa tegur dengan ikhlas dan berani semata2 nak keselamatan Tun dunia dan akhirat seprti “nhuda March 2, 2012 at 1:15 am mewakili Adik Hilal Asyraf.” Pemimpin pembangkang ramai yang seronok dapat memutarbelitkan kenyataan Tun itu. Bagaimanapun ada juga yang nampak benar2 dan bersungguh2 nak bertukar pandangan secara perbincangan terus dengan Tun seprti Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat yang ada menulis di blog
http://www.eperjuangan.com/2012/03/warkah-biru-buat-tun-dr-mahathir.html#links

http://chedet.cc/blog/?p=708#comment-137623

lagi dipukul lagi menjadi
lagi disepak lagi berdiri
ho-hoi apalah nak jadi
salahkan nasib badan sendiri


Cerita cahaya lampu sorot ini betul cuma kuasanya dari bateri usang: pukul dalam gelap.

lagi dipukul lagi menjadi
lagi disepak lagi berdiri
ho-hoi apalah nak jadi
salahkan nasib badan sendiri


YAB Azizan MB terakhir pas di Kedah,
apalah YB pas nak berebut-rebut
- atau pasal itulah agaknya.

lagi dipukul lagi menjadi
lagi disepak lagi berdiri
ho-hoi apalah nak jadi
salahkan nasib badan sendiri


(dizaman dahulu katanya kuda askar napoleon masuk dewan sembahyang mesjid di kaherah - ini kerana fakta belum dipertontonkan; pseudo-evidence banyak. Tetapi semikinya Kenyataan Daim(Tun) dalam China Press lebih bermakna: hung parliament: http://dukeofumno.blogspot.com/2012/03/pru13-ramalan-tun-daim-zainuddin.html)


Sekian.

Rao Lanun-Bahaso said...

Dengan Izin.

Daim warns of hung parliament
Posted on 5 March 2012 - 05:30am
Last updated on 5 March 2012 - 11:43am

Kong See Hoh
newsdesk@thesundaily.com

UMNO veteran Tun Daim Zainuddin (pix) does not discount the possibility of a hung parliament if many people choose not to vote in the next general election as a result of too much political bickering and mudslinging...

http://www.thesundaily.my/news/312892

Terasanya ada orang yang tidak sedap perutnya dengan berita ini.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).