Wednesday, June 06, 2012

A380: Era Baru, Cabaran Lama

A Kadir Jasin

[SILA guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih]

BERAT maksimumnya ketika terbang naik (maximum takeoff weight/MTOW) adalah 560 tan metrik, iaitu bersamaan dengan berat 605 buah kereta Proton Saga baru tanpa muatan.

Ia boleh memuatkan sehingga 853 penumpang, iaitu bersamaan dengan muatan 170 buah kereta Proton Saga dan terbang sejauh 15,400 kilometer, iaitu lebih dua kali ganda jarak antara Kuala Lumpur dan Jeddah.

Itulah kapal terbang Airbus A380 yang menjadi pesawat terbaru dan terbesar Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Semalam saya dijemput menyertai penerbangan ujian pesawat itu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Langkawi tanpa mendarat. Turut serta adalah bekas Perdana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad, pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Jauhari Yahya, wakil media massa, ejen pelancongan, pelanggan istimewa dan kakitangan MAS.

(Tun Dr Mahathir melawat Kabin)

Menurut Kapten Kamarudin Kamilin, salah seorang daripada tiga pemandu yang bergilir menerbangkan pesawat itu, inilah kali pertama pesawat itu naik ke udara setelah sampai dari kilangnya di Perancis pada 29 Mei lalu.

Pesawat A380 MAS itu boleh memuat 496 penumpang dalam tiga kelas dan dijangka memulakan penerbangan antara KLIA dan Lapangan Terbang Heathrow, London 1 Julai ini.

Inilah kemajuan penerbangan sejak dua bersaudara Orville Wright dan Wilbur Wright menerbangkan pesawat Wright Flier di Kitty Hawk, North Carolina, Amerika Syarikat pada 17 Disember, 1903.

(Md Nor dengan Bruno Navet wakil EADS)

Hari ini, menjelajah dengan kapal terbang sudah menjadi perkara biasa. Bagi orang Islam Malaysia, paling-paling tidak pun untuk mengerjakan haji.

Pada waktu MAS memesan enam buah pesawat A380nya itu, harga sebuah adalah kira-kira AS$300 juta (RM950 juta) bersamaan harga 24,000 buah kereta Proton Saga FLX 1.3 atau 38,400 unit kondo rakyat Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada kadar harga tawaran. (Harga spekulasi dan lelong oleh bank sudah mencecah RM65,000).

Pengenalan pesawat raksasa termoden itu berlaku pada saat MAS sedang mengalami masalah perniagaan yang paling genting dalam 40 tahun sejarahnya. Bagi tahun 2011, MAS melaporkan kerugian RM2.52 bilion (kos pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua kira-kira RM3 bilion).

(Pemandangan Kabin Serba Canggih)

KdalaJadi, dalam MAS dan penumpang penerbangan ujian itu bergembira dan berbangga dapat terbang dengan pesawat komersial terbesar dalam sejarah, perkiraan yang lebih afdal adalah bagaimana menyelamatkan MAS.

Dalam keadaan di mana industri penerbangan menjadi semakin bersaing, harga minyak yang tinggi dan ekonomi dunia yang tidak menentu, menyelamatkan MAS menjadi semakin sukar dan mencabar.

Semua pihak yang terbabit dengannya – daripada kerajaan yang menjadi pemegang saham dan pembiaya utama MAS kepada pengurusan dan kakitangannya – perlulah realistik dan pragmatik kalau mereka mahu menjamin kelangsungan (survival) MAS.

Ingatlah, ada had dan batasan kepada kemampuan kerajaan dan pembayar cukai membantu MAS dan kesediaan pembiaya swasta terus membiayai MAS.

Ingatlah juga yang banyak syarikat penerbangan nasional dan swasta ikonik telah muflis dan hilang dari ruang udara. Pada 6 Feb lalu, syarikat penerbangan Hungary, Malev muflis dan berhenti terbang selepas beroperasi 66 tahun.

Saya sudah pun memberikan nasihat dan pandangan dua sen saya kepada kawan-kawan yang kini mengendalikan MAS yang dulunya bersama-sama saya dalam The New Straits Times Press Malaysia Berhad.

Bagi saya, dalam keadaan di mana MAS berada sekarang, penerbangan seronok-seronok (joyride) bukanlah istilah yang tepat. Lebih molek kalau disebut penerbangan ujian laluan (route proving), penerbangan penghargaan atau penerbangan apresiasi - beri penghargaan kepada yang menolong dan mengapresiasi kehebatan pesawat baru itu. Wallahualam.

31 comments:

Unknown said...

The new Chairman of the Board of MAS, should now performed key structural changes and see whether MAS can still be salvaged given it niche operation.

Malaysia now has a new National Carrier, AIRASIA, the low cost carrier, even though AIRASIA has a much shorter corporate history it has shown the world that it can be successful.

All Nationally Owned Carrier - Old Dinosaur, that are not able to adapt to the new surrounding will soon be extinct. Its like selling CANDLES when all homes are now already using the LIGHT BULB.

We should be pragmatic, when even national carriers the likes of QANTAS and Singapore Airlines are now seeing the need to make necessary adjustments.

MAS should not ask for more handouts from MONEY paid by hard working Malaysian. We have seen our savings disappear into BIG BLACK holes sucked up by inefficient GLC which are no longer profitable.

I would VOTE OUT UMNO for clearly not being able to appoint suitably qualified management and clearly interfereing in the Corporate Governance of GLC where they are clearly not needed for those that are doing well

Lets close the chapter on MAS eventhough they have done us proud in the past. We must not maintain a bleeder at the expanse of the taxpayers hard earned savings.


OrangBaruLahir .... can the new Chairman of the Board do a successful turnaround without asking for more handouts ...

ab said...

Salam dato,



Susah betui beniaga kapai terbang ni laa..


Senang rugi sungguh.


Quantas pun dah kata keuntungan tahun ni turun lebih 90%.

Cathay Pacific pun macam itu juga.

British Airway dah depa juai kat spain..sebab rugi juga.

MAS kena la `pulun' sugguh sungguh
dalam beniaga ni, glamour tu glamour lah, tapi `bottom line' kena jaga baik baik dan kuat kuat...


Fedex pun `retires' 40-50 kapai terbang depa tahun ni,sebab `business climate' tak bagus..


Jetblue dan easyjet dua dua `low cost/ budget flights' pun problem juga.

Tinggai `air asia' saja yang `very profitable' kata depa,tak tau betui ka tidak.


Apa pun kalau MAS `beli minyak' dari sumber Petronas didalam dan luar negara tak bolih ka?..bayaq dan pinjam pakai duit ringgit bukan dollar.


Apa cerita hai `food catering' dan `cargo service' MAS?...ni pun `good revenue' punya..


Ingat tak cerita apa dah jadi kat air cargo company bunyi macam `apamiles' kat KL yang dah bungkus sebab tipu teruk sangat..kapai terbang yang depa kata ada pun sebenaqnya tak ada pun!..tu pun KLCI listed jugak...


Ni masa bisness rugi nampaknya, harap harap `toing' naik balik 2-3 tahun lagi....tu pun kalau tak
`perang' berebut pelanggan dan `price undercut'....


Abu Bakar Ab Rahman

Unknown said...

Maaf Dato' tersedak saya tengah makan tadi ....

Dah dengar perkembangan terbaru tentang kes rasuah pembelian kapal selam Malaysia - Peranchis, kes ini telah dibentangkan dalam Parlimen Peranchis oleh wakil rakyat bernama Evarist Bartolo

boleh dibaca disini
http://malaysia-today.net/mtcolumns/special-reports/49806-maltese-company-implicated-in-french-anti-corruption-sting

1.... ulasan saya, sepertinya pehak Peranchis macam cuci tangan, dan menyiapkan " tali gantung ", seolah-olah yang bersalah sepenuh nya adalah Menteri Pertahanan Malaysia dulu, merangkap Perdana Menteri Malaysia sekarang

2.... ulasan saya, dalam keadaan Malaysia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, masyarakat antarabangsa sudah pasti mengatakan - " ya, memang betul Kerajaan Malaysia, adalah kerajaan yang mengamalkan rasuah "

3.... ulasan saya, sudah pasti perkara ini akan melahirkan pandangan burok terhadap Malaysia oleh mana-mana pelabur yang ingin melabur di Malaysia

4.... ulasan saya, "the Prime Minister absolute silence, the Ministry of Defence, and the Foreign Ministry absolute silence shall confirm the voters suspicion that Prime Minister is guilty of all the crimes" dan apa saja yang dibentangkan diParlimen Peranchis.

5.... Viva Le France

OrangBaruLahir

Iskandar PT said...

Salam Dato',
Kenapa MAS rugi? Mas rugi kerana pengendali nya sekadar makan gaji.
Kenapa Air asia untung?
Air asia untung kerana pengendalinya adalah tuan punyer Air asia.

Anak parit.

Iskandar PT said...

Salam Dato',
Mas rugi disebabkan peringkat pengurusan tertinggi nya sekadar makan gaji dan mereka membelanjakan wang operasi MAS tanpa berhemah dan ketelusan walaupun mereka di audit, tindakan salahlaku mereka hanya sekadar dibuang kerja atau diarahkan meletak jawatan. Air asia telah 10 tahun beroperasi terus mencatatkan keuntungan kerana CEO nya adalah tuan punya syarikat, mereka membelanjakan wang dari poket mereka sendiri dan tentunya sekiranya mereka tak berhemah mereka akan mengalami kerugian yang akan mereka rasai kepayahan untuk membayar hutang yang mereka letak atas kepala mereka sendiri.
Kita boleh lihat bagaimana dalam masa 10 tahun Air Asia mewujudkan rangkaian hotel Tune di seluruh negara dengan kadar "reasonable" berbanding MAS yang hanya mampu membuat hutang dan kerugian berbillion ringgit.
MAS sekadar berbangga dengan A 380 yang pastinya akan meningkatkan kerugian MAS pada tahun mendatang. Apakah MAS mampu menjana pendapatan dari A380 yang baru diterimanya? Atau MAS sekadar gah punyai A 380 seperti SIA,Qantas, Etihad .
MAS memerlukan transformasi atau revolusi secara total untuk mengelakkan ia terus mengumpulkan hutang.
Apa perlunya kepelbagaian perniagaan MAS sekiranya kesemuanya hanya menambah beban rakyat untuk memikul biawak sebesar A380.
Saya percaya MAS mampu untuk bangkit sekiranya ianya diserahkan kepada pengendali yang pakar dalam bidang tersebut, atau mungkin sudah tiba masanya MAS di jual secara longgok di pasaran terbuka seperti British Airways.

Wallahualam.

Iskandar PT

Tinta Hitam said...

Datuk,

MAS boleh membuat untung jika diberi kepada yang betul betul profesional dan jujur menjalankan tugasnya.Satu lagi syarat adalah jgn ada campurtangan politik yg merugikan perniagaan MAS.Campurtangan politik sepatutnya adalah utk memperkemaskan dan menambahkan daya maju MAS..

Mengapa MAS boleh teruk spt skg? Tanya lah pd UMNO.UMNO ertanggungjawab terus terhadap apa yg berlaku pd MAS.UMNO yg melantik kroni kroninya menerajui MAS.Kroni kroni bkn dilantik kerana kecekapan dan kredibiliti mereke tetapi lbh kepada kesetiaan dan sanggup melakukan apa shj utk UMNO.

"Joyride" yg dibuat baru baru ini adalah salah satu bentuk kos yg tidak sepatutnya berlaku didlm keadaan MAS yg nazak ini.Bila kita telah nazak setiap detik dan RM adalah amat berharga..

A KADIR JASIN said...

Terima kasih Sdr Tinta Hitam dan pembahas lain.

1. Sebenarnya bukan "joyride" macam bawa anak-anak yatim pada musim raya. Tak ada anak yatim dalam penerbangan itu. MAS silap atau tak tahu bagi label.

2. Ia adalah "route proving" atau ujian laluan yang bertujuan menguji pelbagai aspek operasi.

3. Ini termasuklah simulasi kecemasan perubatan dalam penerbangan, "pendaratan kecemasan" dan cari tempat pendaratan alternatif kalau KLIA tutup. Sebab itu kita terbang melintasi Langkawi dan Subang.

4. Kemudian kita duduk di atas landasan selama hampir setengah jam untuk sejukkan brek.

5. Jadi ia bukan "joyride", tapi inilah bahana bila bahasa Melayu tak boleh, bahasa orang putih pun kurang. Tujuan baik, tapi dapat nama buruk

6. Definitely it wasn't a joyride. In fact, to some esteemed members it was an unhappy ride because they had to spent more time on the plane than told. Ada yang terlepas mesyuarat dan temujanji.

Terima Kasih

abdullahngah said...

Kebanyakan hairan MAS rugi, sedangkan Asia tidak.

Pada saya mana ada GLC untung, setakat ini.

Kalau untung mana mungkin sudah 30 GLC di negara ini dijual.

Dan 10 buah syarikat di bawah PNB dilupuskan.

MAS macam mana nak untung. Dalam rugi beli kapal terbang baru harganya hampir satu bilion sebuah.

Rugi RM 2.5 bilion tambah beban beli kapal terbang baru harganya hampir RM3 bilion lagi.

Mana nak untung.

Competency questioned said...

Dato

Macam mana MAS nak di turnaround jika CEO nya yg pernah kerja dengan Dato pun baru nak faham selok.belok perniagaan kapalterbang?

2. Pengerusi Khazanah, Pengerusi sekarang MAS dan Deputy MD aka co-CEO (pesalah langgar peraturan syarikat) adalah sebahagian dari pasukan yg membawa program WAU yg konon untuk pusingkan ke arah untung MAS tetapi sampai sekarang WAU masih tidak membawa keuntungan yg stabil, malah asyik rugi.

Dengan badut-badut saja yg terbukti gagal dan masih kanak2mentah dlm.dunia airline, bagaimana harapan MAS untuk maju dan bersaing dlm suasana industeri yg lebih mencabar.

Lagi mencabar apabila industeri perlu berhadapan dengan sykt penerbangan Timur Tengah yg mempu.yai `unlimited capial` dan hanya mahu `market domination` tanpa ada perkiraan `profit and loss`.

Badut-badut yg menerajui MAS pula masih berfikiran 'inside the box' atau kata perumpamaan macam katak bawah tempurong.

Maaf Dato jika agak kasar komen saya terhadap kawan-kawan Dato, tetapi biar mereka sedar apa pandangan masyarakat yg memahami sedit sebanyak permasaalahan MAS.

Dengan jari jemari Airasia serta rancangan jahat tersorok mereka2 dlm kerajaan, khazanah dan keluarga kepkmpinan, saya tak beri peluang lansung dgn badut ini yg diletak ketua sarkas Tan Sri Azman Mokhtar.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

A classic case of "PENNY FOOLISH POUND INSANE" HAHA

ORANGUTAN PENANG

awang batuburok said...

Salam Sejahtera Dato'

Maaf Dato, orang kampung saya minta tolong tanyakan satu soalan.

Apa kriteria yang digunakan dalam pemilihan delegasi yang dibawa semasa penerbangan "route proving" ke, "joyride" ke, tak kisahlah apa istilah pun. Apakah mereka semua pakar-pakar yang mewakili semua aspek penerbangan komersial?

Ex-banker said...

Datuk AKJ, it has been a long while. Being a pensioner, health and time sometimes do not allow me the luxury of commenting in your blog.

1. I am provoked by some comments on MAS, partly because I was involved as a younger banker in the first private flotation of MAS shares in the 1980s. Tan sri Rashid Hussein was given that honour and I was one of his runners.

2. I think MAS must be saved and I am confident it can be saved, but everybody must bear the bullets, especially the bloated MAS establishment.

3. I know TS Md Nor personally. He is the best that MAS can hope in the present situation. He is clean and incorruptible. He silently built up CIMB long before Nazir came in and claimed credit. CIMB had its beginning in Fleet Group, once the Umno investment arm.

4. I did not know Ahmad Jauhari, but he is an experienced engineer and executive having worked for the NST, Segari Power and Malakoff.

5. These people can save MAS if there is no negative interference from political masters and if they are not sabotaged by the MAS unions and staff associations. MAS people are too protected and because of that many are lazy, unscrupulous and even corrupt.

6. To be profitable again, MAS must compete with its rivals who have stolen many of its customer since it had been shrinking its routes and destinations.

7. Finally, MAS must be allowed to reduce its manpower drastically from the present 20,000 to perhaps half. It worthwhile considering a generous VSS even if MAS has to borrow.

Ex-banker

Ishak said...

Mas beli A380 macam cerita orang Orang Kedah ada bendang dua relong beli kereta Mercedes.Bira papa asal bergaya.
Goverment should wind up MAS and use let A Asia become our National Airline.

Dont be emotional on national carrier.Air France,Alitalia ,Swiss Air semua sudah lenyap.

Hanezam said...

Salam,
Datuk dan pembaca-pembaca Datuk,

Alangkah ruginya saya dan satu Malaysia bila pembaca-pembaca Datuk yang tahu pasal-pasal FGV, MAS dsbnya tapi dok diam saja tak nak komen apa-apa. Ringan-ringankanlah jari-jari anda itu utk letak komen kat sini.

Pak Engku said...

Salam dato'
Saya baca surat khabar Berita Harian hari ini diruangan Kunta Kinte, penulisan yang sama mengenai MAS dangaya penulisan serta fakta yang sama seperti blog dato. Adakah kunta Kinte adalah orang yang sama?

Pak Engku

Rawa Lanun-Bahasa said...

Kalau mahu tutup MAS nanti ada Siasatan DiRaja mana duit pergi.

Banyak cerita.

Apapun, bagaimana rasa keselesaan pesawat A380 MAS itu?

Berapa kos pemberhentian pekerja MAS nanti? BR1M pusingan kedua?

A KADIR JASIN said...

1. Pak Ungku, lebih kurang macam tu la. Pojok Kunta Kinte itu saya penakan sejak 1986 kalau tak silap. Budak-budak Universiti Malaya dah bukukan beberapa tahun lalu.

2. Hanezam, mungkin tidak ramai lagi yang mengulas sebab saya ketatkan syarat supaya guna Google Account atau Name/URL. Mungkin mereka takut indentiti mereka diketahui. Saya pun tak faham mengapa orang kita takut sangat identiti mereka diketahui.

3. Sdr Ishak, Air France dan Alitalia ada lagi. Swiss Air muflis pada tahun 2002 han diambil alih of syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa.

4. Masalah MAS bukan tiada pembeli atau AirAsia tak boleh ambil alih peranannya, tetapi implikasi politik mungkin terlalu berat, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya.

5. Saya setuju dengan sesetengaah rumusan pembahas Ex-Banker khasnya mengenai pengurangan kakitangan melalui VSS. Walaupun mahal pada permulaan, tetapi penjimatan dan peningkatan produktiviti mungkin boleh membayar balik kos VSS. Wallahualam.

Terima kasih

Jamaludin said...

salam tuk kadir,

nak tanya - adakah columnis nama kunta kinte kat berita harian tu ialah datuk?

artikel kunta kinte ngan ulasan datuk tentang A380 ni 99% sama lah isi kandungan dia..

Jamaludin said...

dakj = kunta kinte?

Jaja said...

Salam hormat DAKJ,

Dari dulu hingga sekarang MAS jadi transpot saya kerana keutuhan dan keselesaannya. Sebagai penumpang memang sangat memuji MAS tak berkira-kira tentang tambang.

Tapi yang buat hal "cempiang" dalaman. Cabaran yang sama dan tak berubah.

Jaja said...

Salam hormat DAKJ,

Istilah "joyride"..ahaha jadi satu kekeliruan? Itu cuma istilah untuk pilot(juruterbang).
MAS jadi "Sitting duck" bukan bermaksud itik sedang berehat. Tapi satu target mudah..

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Maaf lama tak hantar komen. Ingat malas dah nak tulis sebab Dato’ selalu sangat hentam YAB Dato’ Seri Presiden dan Datin Seri. Kalau yg betul tu OK, tapi tentang gossip tu yang ‘tak OK”. Sebabnya, kebenaran masih tak tahu lagi tapi dah disebarkan utk dijadikan isu. Diharap lepas ni Dato’ tulis tentang fakta bukannya gossip-gossip lagi.

Bisness kapal terbang ni saya tak tahu sangat. Orang kata airbus ringan sikit dari boeing. Tapi saya cukup seronok masa naik kapal terbang jenis Embraer. Tak bergoyang sangat dan naik dan turun pun ‘smooth’.

Berikut adalah cadangan saya kepada MAS:-

1. Buangkan system kasta (1st Class/ Business class) dalam MAS sebab org Malaysia menyampah dengan sista kasta. Dan tak ramai pun yg naik.
2. Catalog Temptation utk jual beli dihapuskan sebab tak nampak org belipun.
3. Harga tiket kena murah sikit sesuai dgn pendapatan org Malaysia. Kalau tidak, hanya berapa org Melayu jelah yg naik kapal terbang.
4. Hidangan arak dihapuskan terus dan digantikan dengan ice cream.
5. Masuk waktu solat diumumkan supaya penumpang boleh niat jama’ / qasar atau niat menghormati waktu.
6. Macam Saudi Air, doa musafir dibacakan sebelum perjalanan. Apa salahnya MAS pun buat sama. Yg baik tak salah kita ikut.
7. Enrich card pulak, mata ganjaran tambahan diberikan kepada siapa yg bayar tiket. Barulah ikhlas dan adil.
8. KLIA terutama satelit terminal juga mesti lebih di Malaysiakan sebab lebih banyak kedai jual barangan Mat Salleh dari jual barangan tempatan.
9. Akhir-akhir ini, sebahagian juruterbang kita nampaknya tak berapa cekap sebab bila landing, bunyinya kuat sangat sampai ramai penumpang yg tengah tidur pun terjaga. Saya cadangkan kalau landing ‘smooth’, kita ramai-ramai tepuk tangan tanda penghargaaan atas kecekapan pilot. Barulah naik semangat mereka. Sekian TQ.

A KADIR JASIN said...

1. Sdr OKJ, antara lain menulis: "
Maaf lama tak hantar komen. Ingat malas dah nak tulis sebab Dato’ selalu sangat hentam YAB Dato’ Seri Presiden dan Datin Seri. Kalau yg betul tu OK, tapi tentang gossip tu yang ‘tak OK”. Sebabnya, kebenaran masih tak tahu lagi tapi dah disebarkan utk dijadikan isu. Diharap lepas ni Dato’ tulis tentang fakta bukannya gossip-gossip lagi".

Saya kurang pasti posting mana mengenai PM dan isteri yang Sdr OKJ maksudkan.

Namun begitu, sama ada "gossip" atau fakta, susah hendak dipastikan. Kalau fakta, tidak ada siapa di kalangan penasihat dan pegawai khas PM/isteri yang sahkan. Dan kalau gosip, tidak ada siapa di kalangan penasihat, pegawai khas dan operator media PM/isteri nafikan. Boleh jadi mereka tak baca tulisan saya dan, kerana itu, mereka pun tak baca juga komen Sdr OKJ yang mempertahankan mereka. Wallahuala.

2. Jaja, saya tak kata tak boleh guna istilah "joyride". Memang MAS dari semasa ke semasa buat joyride untuk anak-anak yatim dan OKU. Tapi yang saya sertai itu pastinya bukan joyride. Kapten pun berpeluh bila brek terlalu panas dan kena tunggu sampai dekat setengah jam sebelum boleh terbang semula. Saya pernah sertai "route proving" Airbus A340 dari Singapura ke Paris. Tapi lagi terperinci dan bermaklumat. Wartawan dimaklumkan setiap perkembangan. Kita turut mengalami kejatuhan tekanan usara kabin menyebabkan corong oksigen jatuh.

3. Sdr Jamaluddin, mengenai Kunta Kinte dalam Berita Harian, saya dah jawab dalam komen kepada Pak Ungku. Itu antara nom de plume saya.

4. Sdr Awang Batuburok berkata: "Apa kriteria yang digunakan dalam pemilihan delegasi yang dibawa semasa penerbangan "route proving" ke, "joyride" ke, tak kisahlah apa istilah pun. Apakah mereka semua pakar-pakar yang mewakili semua aspek penerbangan komersial?"

Saya tak tahu apa kriterianya. Tapi dalam penerbangan itu ada bekas PM, ada wartawan, jurugambar dan jurukamera, ada wakil industri pelancongan dan perhotelan, wakil insuran udara, wakil pengeluar A380 dan kakitangan MAS.

Terima kasih.

Lahuma said...

Dato.

Ramai kata dan puji AirAsia untung.MAS selalu rugi.
Tapi katanya AirAsia pun penat juga.Hutang keliling pinggang.AirAsia murah pada rupa sahaja.kadang-kadang seksa pun ada.
MAS jadi penat dan letih kerana GLC sahaja.Secara adilnya banyak juga syarikat penerbangan negara lain didunia yang jadi penat dan gulong tilam.

Barangkali adat berniaga ada rugi dan kurang untung.

Dengar cerita elaun lembaga pengarah tak kurang makin naik dalam MAS.

Kalau MAS penat dan leleh wajar elaun geng atas pucuk itu dikurangkan banyak sikit.

Kena kasihan kakitangan yang nak hidup juga.

Apa pun bagi saya perhidmatan MAS memang terbaik jika dibanding dengan yang lain.

Puas hati dengan bayaran yg dikenakan.

Tak ada guna nama sahaja murah tapi tak terasa darah kita dihisap secara terhormat.

MAS perlu hadapi ini semua dengan tabah dan profesional yg sebenar.

Apa pun saya adalah pelanggan tetap MAS dalam dan luar negeri.

Terima kasih.

xairlinepilot said...

Salam DAKJ serta para komentar2 semua...

DAKJ telah menceritakan tentang MTOW A380 akan tetapi harus juga menceritakan tentang MLW (Max Landing Weight) dan AZFW (Aircraft Zero Fuel Weight).

Kita boleh membuat perumpamaan ttg MTOW seperti beban yg ditanggung oleh pihak MH... menanggung berat hutang secara max. Akan tetapi, kita harus bersandarkan pada AZFW, dimana jika tiada bebanan kos yg tinggi terbabit termasuklah gaji2 pihak pengurusa tertinggi yg saya syorkan haruslah dikurangkan mengikut kesesuaian pendapatan semasa pihak MH. Dengan cara ini, sekaligus dapat mengimbangi kos bebanan yg sediaada ditanggung. Langkah yang terakhir sekali, MLW yang mana pihak MH harus juga membuang mana2 pengurusan yg tidak berdaya maju dan melaksanakan "multi tasking concept" dimana pengurusan membuat 2-3 kerja seorang, ini besesuaian kerana MLW juga adalah satu langkah untuk memastikan kapalterbang dapat mendarat dengan selamat dan "smooth" jika berat kapal besesuaian dengan jarak landasan dan keadaan cuaca dengan membuang atau "dumping" JET A1 atau minyak kapalterbang. Muga2 dgn langkah ini dapat menyelanatkjan MH daripada terkubur terus di pesada angkasa.

Kita juga harus belajar drp QR, EK dan GF. Bagaimana mereka boleh lagi mencapai keuntungan dpm aviation industry?

tokman said...

MAS daripada awal telah silap meletakan Lembaga Pengarah dan Pasukan Pengurusan orang2 politik atau ada kaitan dengan politik dan bukan mereka2 yang professional sampai ada tiap2 bulan pergi keLondon. Semua yang ada kaitan dengan MAS nak ambil kesempatan terutama pemimpin2 politik semasa mereka masih berkuasa, 'berkhidmat' dengan MAS......semua orang tahu hal ini tapi semua nak sembunyi hal yang sebenar! Jika masih naK pulihkan MAS maka orang2 politik jangan campur tangan!

Ex-banker said...

Datuk, I hold out the hope that MAS could still be revived, but all concerned must be willing to bite the bullet and swallow the bitter pill.

MAS should consider the following:-

1. Staff cut to 10,000 or at most 15,000 via VSS.

2. The senior and middle level staff must take a pay cut.

3. Bring in proven airline managers from successful Asian and European airlines. This is what the Gulf airlines have been doing.

4. No more special treatments to politicians and civil servants. They must pay like all of us and travel economy so that 1st and business classes seats can be sold to paying customers. If they want to travel 1st or Business, they pay the difference themselves.

5. MAS efficiency and quality of onboard services have declined in recent years.

6. Old MAS A330 and early Boeing 777 cannot compete with SIA, Emirates and Qantas in onboard entertainment which is a key attraction to families and young passengers.

Ex-banker

Lahuma said...

Dato.

Didoakan agar MAS terus segar dan kukuh.

Orang tua-tua kita sejak zama berzaman telah beri nasihat kalau nak berjaya dan berhasil.

Kalau tukang kayu berilah kerja-kerja kayu padanya.
Kalau tukang besi berilah kerja-kerja besi padanya.
Kalau tukang kasut punb begitu juga.

Jangan tukang kayu diberi kerja welding besi.Jahanamlah jadi.

Rasanya begitulah juga dengan MAS dan lainnya.

Nak salah dan hukum orang politik 100 peratus tak adil juga.
Orang bukan politik pun ada juga yang lebih tarbus dan penyamun terhormat.

MAS ini juga terpaksa tanggung kos perhidmatan domestik sama ada di Tanah Melayu atau Sabah/Sarawak.

MAS juga ada perhidmatan seluruh dunia.

SIA-Singapore mana ada domestik.

Jika nak banding dengan yg lain rasanya kurang tepat.

Apa pun MAS kena ada pengurusan yg cekap dan amanah serta beriman dengan RM dan lainnya.

Strategi perlu advance bukan berada dibelakang.Bila penat baru nak kalut.

Harapan agar MAS terus menjadi unngul .Lebih -lebih lagi dengan

pesawat baru nya.

Terima kasih.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Cerita pasal MAS cerita lamalah pak Kadir,naik menyampah,dah sejak azali lagi, kalau kita lihat buku prestasinya, rugi rugi rugi memanjang,bila dah ramai sangat yang ambil pusing mereka buatlah untung sikit,lepas tu bila dah lupa walhasil balik asal,apa maknanya tu?.

Sepatutnya dah lama kerajaan bagi kata dua kepada pengurusan MAS dan yang paling tidak memuaskan hati adalah seseorang yang belum dibuktikan berjaya untuk memulihkan MAS,(adakah dengan polisi buang pekerja dan jual aset sahaja sudah memadai dan menjadikan MAS telah pulih?)beliau telah ditukarkan kejawatan yang lebih mencabar,ia itu menjadi penasihat kerajaan pula.Sekarang kita semua telah lihat bahawa MAS masih dalam kerugian yang amat memilukan,tetapi beliau boleh cuci tangan dan masih ditabal sebagai penyelamat MAS.

Pembangkang mencari kesempatan sahaja untuk memukul canang,bagaimana kurupnya sang pemerintah mentadbir negara.Seharusnya perkara dibawa ke kabinet untuk di bincang dan rakyat harus tahu apa yang terjadi, kerana ianya adalah salah guna wang rakyat.Sebagai pemimpin GLC mereka mesti bertanggungjawab.

Lahuma said...

Dato.

Saja nak tanya sikit.

Apa yg kita bahas sampai naik BERAPI ini ada kah mana-mana pihak yang berkenaan ambil perhatian apa yang dibahaskan.

Terima kasih.

Rawa Lanun-Bahasa said...

Dengan Izin


Not My Fear:

http://www.businessweek.com/news/2012-06-13/felda-said-to-raise-3-dot-3-billion-in-malaysian-share-sale
Same as Sime

The IPO values Felda at 14.2 times estimated full-year earnings, one of the people said. That’s similar to local rival Sime Darby Bhd. (SIME), the world’s largest palm oil company by acreage. Singapore’s Golden Agri-Resources Ltd. trades at 9.3 times estimated earnings, data compiled by Bloomberg show.

A statement will be made on the pricing in a few days, Felda Global spokeswoman Izan Hussain said by phone yesterday.

Felda Global is selling $1.1 billion of shares to 12 so- called cornerstone investors, including the country’s biggest pension funds, according to a term sheet for the deal. Those buyers have pledge to hold the shares for a minimum 180 days in return for guaranteed allocations, the document showed…

Keeping one’s eye on the sparrow, CHEDET.
Pekan delays election till end.

sekian dan berharap 'hope not to have to keep my word of a lanun-bahasa's bid of 2.20 now from the 2-80 to 3-20'

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).