Tuesday, September 11, 2012

Isu Nasharuddin: PAS Sudah Sedar


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

KALAU saya secara terbuka mengkritik kepemimpinan PAS apabila memecat Dr Hassan Ali kerana bertelingkah dengan Adun DAP Selangor, Ronnie Liew, kali ini saya memuji mereka kerana tidak memecat Nasharuddin Md Isa kerana bertikam lidah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan muncul bersama Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, di Makkah Ramadhan lalu.

Malah, mengikut portal berita Malaysian Insider yang memetik Presiden PAS, Haji Hadi Awang, Majlis Syura PAS yang bersidang Ahad lalu, tidak pun membincangkan soal pemecatan bekas timbalan presiden PAS itu.

Sesetengah pemerhati dan penganalisis politik melihat tindakan Majlis Syura tidak menimbangkan sebarang tindakan ke atas Nasharuddin sebagai tanda bahawa ia tidak tunduk kepada tekanan golongan liberal dan mesra PKR dalam parti itu.

Golongan ini dikatakan tidak senang hati dengan kelantangan Nasharuddin melawan DAP dalam isu Negara Islam dan menjalin perhubungan persaudaraan dengan sesetengah pemuka Umno.

Setelah melihat bagaimana Dr Hassan memperoleh pengikut dan khalayaknya sendiri setelah dipecat Januari lepas, pihak-pihak panas baran dalam PAS tentu sedar bahawa sebagai bekas timbalan presiden dan Ahli Dewan Rakyat, Nasharuddin akan mempunyai bilangan pengikut dan audiens yang lebih besar.

Sebarang tindakan ke atas beliau akan dilihat sebagai kepemimpinan PAS semakin tunduk dan akur kepada telunjuk DAP dan PKR. Ini pastinya tidak akan menyenangkan hati majoriti ahli dan penyokong PAS, dan akan memudaratkan parti itu dalam pilihan raya akan datang.

Acu Pistol di Jelajah Merdeka

Mengenai seorang pengawal keselamatan upahan rombongan Jelajah Merdeka Rakyat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, mengacukan pistol ke arah orang awam yang dikatakan penyokong Umno, ia tidak memeranjatkan saya.

Selama 16 tahun dalam Umno dan kerajaan, Anwar senang dan selesa dengan kehadiran pengawal keselamatan rasmi dan persendirian yang mengelilingi beliau. Antara mereka terdapat bekas anggota polis dan komando tentera yang menjadi pengawal keselamatan sukarela beliau dan keluarganya.

Lagi pun, kempen Jelajah Merdeka Rakyat itu jelas menyerupai kempen Pilihan Raya Presiden Amerika yang sedang berlangsung sekarang yang lengkap dengan jet persendirian, bas dan kereta api mewah serta pengawal keselamatan yang tegap dan garang. Banyak orang tahu yang Anwar cukup mesra dan selesa dengan kaedah dan cara Amerika.

Tahniah NST Kerana Pendedahan

Akhbar New Straits Times pada 10 September membuat pendedahan mengenai penjenayah yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sedang menunggu hari untuk dibebaskan dan menguasai semula empayar jenayah mereka.

Kerana menjangkakan anomali seperti inilah saya, sejak awal lagi, membantah keras pemansuhan ISA, Ordinan Darurat dan Akta Buang Daerah. Menurut NST, daripada 30 tahanan ISA yang belum dibebaskan dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting, Perak, dianggarkan 20 adalah penyeludup manusia (human traffickers).

Pengawasan oleh pihak berkuasa mendapati peningkatan  komunikasi di antara ketua-ketua sindiket itu dengan orang suruhan mereka di luar.

Seperti telah saya hujahkan, undang-undang keselamatan dan ketenteraman awam seperti ISA, Ordinan Darurat dan Akta Buang Daerah adalah untuk melindungi majoriti rakyat jelata yang cintakan negara dan patuh kepada undang-undang daripada segelintir yang subversif dan ganas.

Tetapi kerana kurang kefahaman, tergesa-gesa dan tunduk kepada tekanan golongan liberal, undang-undang perlindungan yang ternyata berguna itu dimansuhkan.

Tidak hairanlah kalau polis sendiri mengakui yang banyak tahanan Ordinan Darurat dan Buang Daerah yang dibebaskan selepas akta-akta itu dimansuhkan telah kembali melakukan jenayah dan berbunuhan sama sendiri.

Saya bersyukur kepada Allah apabila penjenayah dan penjahat yang dibebaskan itu saling berbunuhan kerana dengan itu kuranglah ancaman terhadap rakyat jelata yang hormat dan taat kepada undang-undang.

Wallahualam. Tak tahulah apa dah jadi dengan negara kita. Nampak seolah-olah hak asasi segelintir penjenayah mengatasi hak asasi majoriti rakyat jelata.

52 comments:

Brahim Nyior said...

Saya bersetuju bahawa Majlis Syura PAS sudah mula sedar pengaruh buruk Anwarinas dalam parti tersebut hingga memberi konotasi negatif akar umbi terhadap kepemimpinan Hadi.

Datuk, saya juga ucapkan terima kasih terjemahan yang santai dan menarik untuk Doktor Umum: Memoir Tun Dr. M.

Apabila ia diterjemahkan, ramai Melayu kampung menyedari tentang sepak terajang yang dilalui oleh Tun semasa dalam parti.

Terima kasih sekali lagi.

Mat said...

Ni lah masalahnya...

Bila Tok Jib tak sudah-sudah memberi muka kepada golongan minoriti.

Quantum Metal Consultant said...

Isu nasha belum selesai kerana sikap dendam, baran Dr nik aziz ketara ketahui, hanya menanti satu lagi isu untuk Nash a disingkirkan terutama kalau Nasha mempamerkan sikap tidak tunduk pada anwar

Tidak mungkin puak anwarinas membiarkan mat sabu terancam Dan jika nasha mendominasi pas semula, tidak mustahil has an Ali kembali kepangkuan pas.

Realitinya dato, kit a memerlukan pm Yang cerdik Dan berani, an war menepati ciri2 itu, menyamai ciri2 tun m.

Mungkin tun sindir najib...lebih baik pilih a war Yang jahat tap I cerdik Dan berani dari pilih najib Yang baik tetapi lembik Dan Ken a control

abdullahngah said...

Sangat tidak patut membebas pejenayah yang ditahan dibawah akta ISA.

Itu satu kesilapan besar yang dilakukan oleh kerajaan Najib.

Kalau benar begitu.Memang ada udang disebalik batu.

Mereka itu mesti didakwa dimahkamah. sabit kesalahan jatuh hukuman penjara.Hukum mereka.

jika benar benar mereka terbabit, patut digantung sampai mati.

Kan dah kacau.bunuh situ bunuh sini hari hari orang kena bunuh, macam negara "mafia".

Pejenayah mana mungkin boleh jadi baik.memang itulah kerjaya mereka.

masuk keluar penjara pun mereka tak insaf.mereka tetap memilih kerjaya itu juga.

para pemimpin yang makan rasuah mustahil boleh tolak rasuah.

Malahan ada sesetengah meminta jika mahu masuk melabur bayar dulu 10 persen.

Oleh itu mana ada penjenayah mahu berhenti jadi pejenayah.lebih lebih hasilnya lumayan. kerjanya walaupun payah tapi mudah. Mereka lebih bahagia jadi penjenayah.

kadang kadang ada kerjasama dengan orang besar yang jaga keselamatan negara.

Atas sebab itu juga mereka itu dibebaskan dan Najib setuju ISA dimansuhkan, walaupun Datuk sangat tidak setuju.

ab said...

Salam dato,



Nampak macam ada lagi `flashes' islam, bagus ni.


Nanti ada la kut `bodyguard' makan tuan, dah banyak kali terjadi dah ni...


Pada saya, sukar untuk menilai samada orang melayu akan
akan `menang' atau `kalah' dalam
implosi akai dan akhlak dalam 10 tahun terkini...kita tenguk laa nanti.



Aqal dan akhlak melayu sudah `terubah' dalam 10 tahun terkini, melayu kini sebenarnya adalah mereka dikalangan belia dan remaja sekarang...ITU LAH MELAYU malaysia dalam `buku' baru.



Samaada `berjaya' ka `gagal' ka tak ada sapa dapat mengagak atau merancang...sebab tiada piawaian sebelumnya.



Aqal dan akhlak melayu generasi dato dan saya terbentuk dilingkungan tanpa internet,TV dan social media....TETAPI ITU bukan bermakna ITU ADALAH PIAWAIAN aqal dan akhlak melayu.



DEPA ni dah jadi orang lain dah ni....tak bolih `to enforce you values' kat depa.


Pasai tu laa depa ubah undang undang...



Abu Bakar Ab Rahman

Mat keluang said...

Dato Kadir.
Saya amat terkejut dengan komen Dato mengenai Anwar yang menggunakan bas untok pergi berkempen.kerana meniru apa yang di buat oleh Obama.

Ada kah Dato dari suKu sakat orang Asli Jakun

Wake up Dato.

Mat keluang said...

Dato Kadir.
Saya amat terkejut dengan komen Dato mengenai Anwar yang menggunakan bas untok pergi berkempen.kerana meniru apa yang di buat oleh Obama.

Ada kah Dato dari suKu sakat orang Asli Jakun

Wake up Dato.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

3 dalam 1 kali ni nampaknya.

1.Dalam kes Nasha,Pas main kayu 3,kerana PRU dah dekat,mana mungkin kehilangan pengundi di saat akhir,Nasha kena sedar dan kena buat aku janji dengan Hadi,kalau Nasha nak tunggu, Hadi kene berani tolong Nasha,tapi kalau Hadi dah dijanji habuan belakangi Nasha,jawabnya Nasha masuk peti sejuk la.

2.Itu kerja orang yang dah terlalu tertekan, tapi walaubagaimana tertekan pon sebagai orang profesional itu bukan cara yang betul,(wajah sebenar telah menjelma)masyarakat mesti sedar bahawa syaitan akan menjelmakan diri dalam berbagai wajah.

3.Yang ini dan yanng ke 2 ada pertalian,mereka akan buat apa sahaja untuk mendapat apa yang mereka hajati, berhati hatilah bangsa ku.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Nampak macam Dato'mengeluh panjang di perenggan terakhir posting kali ini.

2. Dato' perlu faham kepada komitment Najib untuk melakukan pelbagai transformasi sebagai janji BN kepada rakyat termasuklah transformasi politik. Kesannya mungkin menyebabkan kita mengeluh panjang tetapi itulah yang dikatakan janji ditepati sapertimana slogan sambutan Merdeka.

3. Kesan transformasi tersebut kepada pencapaian BN dalam pilehanraya akan datang belum lagi tentu.Ramaijuga dikalangan kita yang rasa kecewa kerana terlalu banyak konsesi politik untuk menarik hati pengundi.

4. Paling ketara bila ISA tidak dapat digunakan lagi untuk menghalang orang-orang yang berniat jahat kearah menghancurkan kestabilan politik dan ancaman kepada ekonomi negara.

5. Ungkapan tunas dicantas sudah tidak relevan lagi. Tunggu sehingga huru hara dan kacau bilau sudah berlaku baru boleh diambil tindakan mengikut proses undang-undang.

6. Walau bagaimana pun kita harus tunggu kesan transformasi politik Najib samada BN berjaya atau tidak dalam pilehanraya nanti,hanya dalam tempoh 6 bulan.

iklas,
Rahim

Rawa Lanun-Bahasa said...

YBhg The Scribe
Salam Hormat

Nego Jangan Tak Nego
(wal hasil balik asal)

Hasilnya pertemuan Bacok-Pekan di Mekah al Mukarramah ada pada pengumanan oleh Pekan di Vladivostok semasa APEC Summit.

Tun M di beri kepercayaan untuk membawa pembangunan di 'Pattani' dan...

Kira, Bacok ini umpan hidup.

Salam Hormat.

Mohd Taib Kamin said...

Isu Nasharuddin. Pas Sudah Sedar. Benarkah? Tau hanya sekadar cuba menyembunyikan realiti 'retak menanti belah' yang sedang berlaku dalam Pas?

Saya melihat tidak memecat Nasharuddin sebagai menifestasi dan bukti bahawa Pas tidak konsistan dalam banyak perkara. Dr Hasan Ali melontarkan secara vocal penentangan terhadap sekutu2 Pas ie PKR dan DAP disebalik isu murtad dan LGBT. Dr Hasan Ali bukan dipecat tetapi 'ditendang' dari Pas kerana mengikut Nik Aziz, Dr Hasan Ali 'berperangai tidak senonoh' hanya kerana mahu mempertahankan aqidah umat Islam yang telah dan sedang dipesongkan oleh golongan tertentu.

Nasharudiin lebih vocal apabila apabila tanpa 'berlapik' mahukan Pas keluar dari Pakatan Rakyat dan berani menyebut nama Karpal Singh secara khusus. Jika dinilai ternyata 'dosa' Nasharuddin lebih besar dari dosa Dr Hasan Ali. Soalnya mengapa tidakan serupa tidak diambil keatas Nasharuddin? Kenapa Nasharuddin yang dianggap 'sampah' oleh Nik Aziz tidak dinyahkan? Adakah 'sampah' lebih bernilai dari manusia yang berperangai 'tidak senonoh'?

Apa pun dari sudut positifnya, saya melihat ada sedikit 'keberanian' yang ditunjukan oleh pemimpin Pas dalam mendepani siu tersebut kerana mereka 'belajar' sedikit dari isu Dr Hasan Ali. Umum mengetahwi Nasharuddin secara terbuka telah memberikan sokongan kepada Dr Hasan Ali. Penubuhan JATI telah memberi tamparan kepada Pas. Jika Nasharuddin dipecat sudah pasti tamparan lebih kuat dan mungkin bolih 'mencacatkan' lagi Pas yang sedia berada dalam kecacatan.

Saya berdoa dan berharap agar Pas akan lebih 'berani' selepas ini dalam menyatakan yang haq dan yang batil bukan bercakap merapu.

Wallahualam.

artarm, tawau said...

salam datuk,

kekadang saya nampak kerajaan sekarang ni macam 'minta puji' atau berlagak berlebihan agar dipuji oleh golongan pendesak/ minoriti walaupun memudaratkan rakyat.

mungkin jika berlaku peristiwa '9/11' di malaysia, barulah kelam kabut nak restore ISA dan akta darurat dll yang sewaktu dengannya.

saya tartanya-tanya adakah penjenayah2 ini, golongan minoriti yang mengecam ISA dan penuntut hak liberalisasi keluar mengundi pada PRU lepas dan akan datang?. fikir2 kan lah. wassalam

A KADIR JASIN said...

Sdr Rahim, antara lain berkata: "6. Walau bagaimana pun kita harus tunggu kesan transformasi politik Najib samada BN berjaya atau tidak dalam pilehanraya nanti,hanya dalam tempoh 6 bulan."

Itulah yang membimbangkan saya. Meminjam ungkapan Tun Dr Mahathir. takut-takut kita terpaksa memilih antara dua "devil" - devil yang kita kenal dengan yang kita tidak kenal.

Rasa saya Dr Mahathir kenal dengan apa saja "devil" yang beliau maksudkan.

Soalnya, adakah semua pemilih kenal dengan "devil-devil" yang menawarkan diri dan menabur janji? Wallahualam.

Terima kasih.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. A Kadir Jasin said..

Tak tahulah apa dah jadi dengan negara kita. Nampak seolah-olah hak asasi segelintir penjenayah mengatasi hak asasi majoriti rakyat jelata.

" Nampak tembak, Tunggu tembak, Lari tembak"... itu saja kami rasa hak pihak yg berkuasa yg setanding hak asasi segelintir penjenayah mengatasi hak asasi majoriti rakyat jelata.

Wallahualam.

ALFATIHAH, AMIN

ab said...

Salam dato,



Nampak macam ada lagi `flashes' islam, bagus ni.


Nanti ada la kut `bodyguard' makan tuan, dah banyak kali terjadi dah ni...


Pada saya, sukar untuk menilai samada orang melayu akan
akan `menang' atau `kalah' dalam implosi akai dan akhlak dalam 10 tahun terkini...kita tenguk laa nanti.



Aqal dan akhlak melayu sudah `terubah' dalam 10 tahun terkini, melayu kini sebenarnya adalah mereka dikalangan belia dan remaja sekarang...ITU LAH MELAYU malaysia dalam `buku' baru.



Samaada `berjaya' ka `gagal' ka tak ada sapa dapat mengagak atau merancang...sebab tiada piawaian sebelumnya.



Aqal dan akhlak melayu generasi dato dan saya terbentuk dilingkungan tanpa internet,TV dan social media....TETAPI ITU bukan bermakna ITU ADALAH PIAWAIAN aqal dan akhlak melayu.



DEPA ni dah jadi orang lain dah ni....tak bolih `to enforce your values' kat depa.


Pasai tu laa depa ubah undang undang...



Abu Bakar Ab Rahman

A KADIR JASIN said...

Sdr Mat keluang, antara lain menulis: "Ada kah Dato dari suKu sakat orang Asli Jakun.'

1. Saya bukan dari suku sakat orang Asli Jakun.

2. Kalau saya suku sakat Orang Asli Jakun pun saya tetap bangga macam saya bangga jadi orang Melayu.

3. Saya tak pandang rendah Orang Asli atau mana-mana kaum dan bangsa asalkan akhlak mereka mulia dan pemikiran mereka waras.

Terima kasih.

borhan said...

UMNO memang sangat berharap agar Nasharuddin dipancung dari PAS. Jika ini terjadi, ia akan menjadi keuntungan kepada UMNO kerana Nasharuddin boleh digunakan sepenuhnya sebagai modal untuk menyerang PAS dalam kempen PR13 nanti.UMNO mahukan jadikan Nasharuddin Hasan Ali no.2.

Atas nama perpaduan Melayu yang mana Nasharuddin memang seronok mencanangnya tentulah Nasharuddin akan menjadi umpan besar buat UMNO.Tetapi pucuk pimpinan PAS tidak tidak mengcangkup umpan itu dan hanya melayan kes Nasharuddin sebagai isu kecil. Nasharuddin digantung oleh PAS tidak bertali tetapi dikurung dalam sangkar buruk. Bagaimanapun UMNO tentulah masih berusaha untuk menjadikan Nasharuddin sebagai Hassan Ali no.2

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

A KADIR JASIN said,
...
Saya tak pandang rendah Orang Asli atau mana-mana kaum dan bangsa asalkan akhlak mereka mulia dan pemikiran mereka waras.

What you see is what you get...
A 10-pointer in ARCHERY and a 50- pointer in DARTS...it's the bull's-eye, dear Datuk!

ALFATIHAH, AMIN
Ps.. Hebatnya Botak seorang penjenayah ditakuti, hebatnya botak seorang pemikir digeruni..hehe

L:ahuma said...

Dato.

Isu Nasharudin dan PAS.

Mungkin kerana provokasi pihak media perdana dan UMNO maka PAS buat keputusan sebaliknya supaya ramalan musuh tak betul cuma jadi batu api sahaja.

Saya rasa manusia yang paling tak gembira dengan keputusan PAS ini ialah Mat Sabu pesaingan hebat dalam PAS semasa bertarung kerusi Timbalan Presiden PAS.

Lagi pun sekali pandang siapa pewaris PAS yang terbaik antara Mat Sabu dengan Nasharudin.
Budak sekolah TASKI pun akan pilih Nasharudin.

Nasharudin tewas dulu kerana ada roh luar biasa meresap dalam PAS.Terpukau semua PAS antara pilih kaca atau berlian.Pakat kelabu mata.

Nasharudin belum boleh tidur lena dan syok sendiri.Ada lagi halangan atau hukuman menantinya dalam PRU 13 nanti.

Ramai meramalkan Nasharudin tidak akan dipilih semula untuk menjadi calon.Masuk peti sejuk.

Dengar cerita PRU kali ini semua kerusi di Kelantan hanya untuk tokoh dari kelantan sahaja.Makna kta ramai tokoh politik PAS pendatang terpaksa balik cari kerusi dinegeri masing-masing.

PAS adalah sebuah parti politik mahu kuasa.Kena ikut rentak semasa.Bila terdesak akan buat apa sahaja.Itulah rekod PAS.

Yang cerdik main politik setakat ini ialah Anwar Berahim.Makan keliling.Dia ada kaki dalam BN dan Pakatam Rakyat termasuk PAS.

Itulah politik sekali banjir sekali pantai berubah.Sabar sahajalah Nasharudin .Masa depan dia ibarat untung sabut atau untung ketul batu dgn air.

Terima kasih.

Anonymous said...

nampak sangat kadir jasin ne ,tak membaca blog pr kan,maklumlahh kelat umno katakan,no duit no kerja,buka ke .beruk umno membuat provokasi kasi dahulu,baling cat merak kat bas,dari dulu lagi bila pr buat ceramah umno buat kacau,maklumlahh bila ceramah umno terpaksa bagi makan mee,duit,cabutan bertuah,macam kadir jasin tak biasa ge ceramah umno,melalak bagai nak gila,macam perempuan jalan ,yang umno sokong,
-lagi satu cara anwar buat ceramah pakai bas pun buka pakai duit kera jaan umno pun,yang saya tahu umno je pakai kera jaan,pakai guru guru,murid sekolah/
-rupanya seorang bekas wartawan yang mindanya kosong,
-ada duit ada kerja,

Anonymous said...

kekelatan kadir jasin umno ne lahh,umno suka,macam tun mahadir kata,yang pandai masuk pas,yang bodoh je,masuk umno,

Anonymous said...

bekas wartawan tapi tak sedar ,macam mana perkara tu berlaku,siapa yang mulakan dulu,kenapa dia berlaku,

XERONINE said...

Aduh saudara yang berkata

"Ada kah Dato dari suKu sakat orang Asli Jakun ... "

Why not Jahut, Temuan, Senoi etc .. senarai penuh di bawah ...

ORANG ASLI

Semang
-Bateq
-Jahai
-Kensiu
-Kintak
-Lanoh
-Mendriq
Senoi
-Che Wong
-Jah Hut / Jah Het
-Mahmeri / Mah Meri
-Semai
-Semoq Beri
-Temiar
Melayu Proto
-Jakun
-Orang Kanaq
-Orang Kuala
-Orang Seletar
-Semelai
-Temuan

Dan 5,610 orang dari mereka yang disenaraikan di atas adalah Islam (2008)

Terima kasih

Saji said...

Salam Dakj

Agak2 Dato' kalau orang kuat UMNO dalam kedudukan Nasharuddin buat kelaku macam Nasharuddin -hari2 memburuk2kan UMNO berkaitan Hudud dan Negara Islam dan menghentam orang kuat MCA, CSL kerana menghina Hudud dan menolak Negara Islam adakah UMNO akan memecatnya?


...SAJI

Rawa Lanun-Bahasa said...

Dengan Izin


Meanwhile; 11/11: Swingin'
(harry and the sultans came to town)

la la-la la la-la
la la-la la la-la

no hope no change: barack obama
he is a dalmatian in the white house
almost white for clintons' spot on
over to you mitt - he loves the wealth
and death comes to the messenger in libya
a yellow rubber duckie for the president

la la-la la la-la
la la-la la la-la

mr bojangles that's what he is
and the middle east cracking to pieces
while the three kings look to the heavens
dance, obama; dance, mitt

la la-la la la-la
la la-la la la-la

dance mitt; dance obama
while the fiddler plays a tune
he upped and died - the dog
on a hot afternoon will have his day

la la-la la la-la
la la-la la la-la

a hung parliament by design
and the three kings:
gold, frankincense and myrrh
dance pekan; dance permatang pauh
while a samurai died laughin'

la la-la la la-la
la la-la la la-la

la ilaha illallah
muhammadur-rasulullah


Salam Takzim Laguna Mersing

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdrku Rawa Lanun-Bahasa,

...still, the Samurai sits on the dock of the bay but this time enjoying the RL-B Rhapsody...

la ilaha illallah
muhammadur-rasulullah

ALFATIHAH, AAMIIN
Ps. Mati dalam Imaaan, kata saudagar Lanun..haha

berasiam said...

Salam Datuk A Kadir Jasin

Betui ka yang pandai saja masuk pas? nama pun dah pas, memanglah yang masuk semua pas, tak ada yang kantoi (fail), mungkin sebab itu tun sebut macam itu kot. bahasa orang tua-tua ni kadang kena fikir dalam-dalam sebelum dapat tangkap maksudnya.

pandai pun, pandai tang mana satu. pandai cari bini putih melepak kat kemboja bila menang pilihanraya kot. pandai putar ayat qur'an pun kira pandai gak. macam-macam pandai sungguh orang pas ni. pandai pilih artis janda untuk jadi umpan ceramah pun ye. puja artis pun salah satu petunjuk kiamat rasanya. pas pun dah nak mengkiamatkan diri sendiri le agaknya.

timbalan dan naib presiden pas pun pandai belaka. graduan spm tu kira pandailah. janji pas. pandai mengutuk tuan rumah dalam blog tuan rumah sendiri pun, mesti kerja pasti pas. bukan begitu, Datuk......

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Tak terceritakan oleh ku kenapa dan mengapa, malah siapa?.
Tetapi aku sanggup mati kerananya,kenapa, mengapa malah siapa?.
Aku milik mu kenapa mengapa malah siapa? tak terdaya aku menjawabnya.

Allahuakbar..Allah yang maha besar...

fed up said...

Apa yang pelik jika isu Nasya tidak dibincangkan. Saya jangka, dalam membincang calun PRU13, nama Nasya tidak juga timbul.

Yang pelik, berdasarkan kata DAKJ, tahanan ISA diawasi dan dikesan membuat perhubungan dengan geng-geng lamanya. Jika begitu sekali pengawasannya, kenapa belum cukup bukti untuk membuat dakwaan yang sesuai?

Isu terbaru, dakwaan Rafizi terhadap NFC.

Soalan yang jarang diketengahkan walaupun ramai yang memikirkannya:

1.Kenapa kerajaan memberi semua pinjaman sekaligus sedangkan projeknya berfasa.

2.Lambakan duit RM250 juta membolehkan aliran tunai ke luar negara dari NFC di Malaysia kepada anak syarikatnya di Singapura.

3.Kenapa perlu menubuhkan anak syarikat di luar negara sedangkan fungsi yang sama boleh dilakukan dari syarikat didalam Malaysia.

Fed Up

mat debu said...

Dengan ketiadaan akta ini barula kita tau polis kita cekap ke? Ngaga ke? selama ni mereka ni tidak diuji kecekapan mereka ........ tetapi pada saya ...... dengan keadaan la..ni ia masih memerlukan akta ni.

Ibni Ismail said...

Salam,

PAS sebenarnya bukan sudah sedar tetapi masih tidak sedar akan percaturan strategi UMNO melalui media.

PAS terperangkap dengan mainan media arus perdana. Semasa pemilihan timbalan presiden tempohari, utusan mendendangkan rentak seolah olah nasha adalah pemimpin pilihan UMNO. Ini menyebabkan majoriti pemilih beralih arah kepada Mat Sabu. Pada saya, UMNO memang mahukan Mat Sabu sebagai timbalan presiden PAS atas muslihat politik mereka.

Apabila Nasha sepatutnya dipecat kerana kesalahan beliau lebih besar dari Hassan Ali, utusan memainkan peranan mendendangkan lagu bahawa adalah arahan anwar dan karpal singh supaya nasha dipecat. makanya PAS pun enggan memecat nasha.

PAS sewajarnya arif dengan game media UMNO ini. Untuk gantikan UMNO, PAS bukan sahaja perlu tidak korup tetapi mestilah lebih bijak dari UMNO.

raja2u said...

Assalamualaikum,
YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Agak sedih melihat orang Melayu tidak teragak-agak menghentam Melayu lain.Sedih melihat orang Melayu tidak bersungguh-sungguh mahukan perpaduan tidak kira apa kedudukan politik mereka. Yang nampak ada gulongan yang tidak berhenti-henti menjadi batu api supaya lawan mereka berpecah.Selepas berbuat demikian ada pula hati mengatakan orang Melayu bodoh dimana kesudahannya mereka akan kalah kerana tidak sepakat.Pada saya orang Melayu hari ini tidak bodoh. Mereka tahu apa yang berlaku. Contohnya pada 13 Mei mereka bersatu bila keadaan memerlukan demikian.Apa yang kita baca dalam blog berlainan dengan apa terdapat dikalanagan orang Melayu luar bandar.Apa yang sebenarnya berlaku katakan diKuala Lumpur cepat sampai dikampong bukannya melalui radio ,TV dan akhbar tetapi lapuran terus kerana mereka turun sendiri samada dengan kereta atau motor melihat apa yang berlaku.Jadi adalah tidak mudah mengetahui apa yang akan berlaku di PRU 13. Kita tunggu sahajalah keputusannya. Keadaan sebenar apa yang berlaku di negara kita sudah diketahui umum dan sukar menutupnya,Tidak apa yang perlu kita bimbangkan kerana kali ini pengundi akan memileh sesiapa yang mereka percayai.Tindakan PAS tidak memecat YB Nasharuddin menunjukkan kematangan dalam membenarkan perbezaan pendapat untuk tujuan satu.

Mika Angel-0 said...

YBhg The Scribe
Salam Hormat


Salam Hari Malaysia
(selamat datang prince william and kate)

09: berasiam : sepat : samurai melayu : fed up : azman et al :

Dire Straits - Sultans of Swing (Full Cover) : for prince william and duchess kate middleton : malaysia day salaams.

Terima Kasih harimautuuhutara@musangsiguntang@chetdet.co.cc

ps
the samurai melayu is still alive and kickin'

life is the present
allah
alpha omega
zahir walbathin
ahad

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Saya berharap agar Dato’ dapat bersabar dgn fitnah ‘ada duit ada kerja’ yg dilemparkan ke atas Dato’ oleh org PR. Inilah kerja routine sebahagian mereka, memfitnah YAB Dato Seri Presiden, Datin Seri, UMNO dan BN. Sekarang, nampaknya Dato’ pula yg diserang dan difitnah. Sebenarnya, fitnah ni sangat besar dosanya. Sebab itulah, hanya golongan yg tak beriman saja yg berani memfitnah. Juga berani menjadikan kaum dimurkai Allah sebagai ketua dan kawan-kawan mereka. Se‘kepala’lah katakan.

W/pun blog Dato’ terbuka kpd sesiapa sahaja utk berbahas, saya berharap agar Dato’ tidak lagi menyiarkan komen-komen pembahas yg berunsur fitnah supaya kita tidak terjebak sama dgn sipelaku fitnah ni. Tak pasal-pasa dapat nanti ‘dosa kering’. Biarlah kita jadikan blog Dato’ ni medan perdebatan dikalangan org-org yg berilmu sahaja. Imam Syafie ada berkata “Aku boleh berdebat dgn 10 orang berilmu tetapi aku tidak boleh berhujah dgn org yg jahil.”

Selepas difitnah ‘ada duit ada kerja’ kena pada diri sendiri, saya harap Dato’ sudah tersedar dari lamunan dan dapat menilai yg mana kaca dan yg mana permata. Dgn begitu jauhnya perjalanan dan luasnya pengalaman serta tinggi ilmu yg timba sehingga kini, saya dapat merasakan, jauh di sudut hati Dato’ sebenarnya mengetahui pihak yg manakah dijalan yg benar & diredoi kerana hanya jauhari mengenal manikam. Janganlah marahkan nyamuk, kelambu habis dibakar. Sekian TQ.

awang batuburok said...



"PAS adalah sebuah parti politik mahu kuasa.Kena ikut rentak semasa.Bila terdesak akan buat apa sahaja.Itulah rekod PAS...."

Inilah kenyataan yang paling kelakar yang pernah saya baca dlm Blog Dato KJ. Mana ada parti politik yang bergerak siang malam kerana TAK MAHU kuasa.

Mungkin UMNO/BN hari ini satu-satunya parti politik yang ditubuhkan kerana TIDAK MAHU KUASA dan TIDAK MAHU MENGIKUT KEPERLUAN SEMASA.

Maaf kalau terkasar bahasa kerana tak tertahan dgn komen yg sebegitu *******!!!!

A KADIR JASIN said...

Sdr OKJ dan rakan-rakan,

1. Saya tidak ada masalah orang panggil saya dengan bermacam nama dan tuduh saya dengan bermacam tuduhan.

2. Apabila saya membuka blog ini pada tahun 2006, saya sedar bukan semua pembahas matang, waras dan wajar.

3. Empat puluh tahun lebih dalam dunia media - belajar dan mengajar - saya berasa cukup yakin yang bukan semua orang yang mengaku matang sebenarnya matang. Malah lebih banyak tidak matang kerana mereka tidak boleh menerima perbezaan pendapat dan mereka tidak menghormati hak orang lain.

4. Sesiapa saja yang tidak sependapat dengan mereka akan dikecam, dituduh dan diberikan pelbagai gelaran.

5. Ada yang meduduh saya penulis upahan. Ada yang tuduh saya Umno tegar dan ada juga yang kata saya penyokong kuat Anwar. MasyaAllah.

6. Kalau saya blogger upahan, saya carilah orang, parti atau pihak yang paling banyak duit dan pemurah. Kalau nak dikira, saya dah lebih daripa umur pencen. Tapi kerana saya tidak bekerja dengan kerajaan, maka saya tak ada pencen. Kerana tak ada pencen, kenalah terus kerja untuk tokok simpanan KWSP dan aset yang saya kumpul selama ini.

7. Tetapi menulis blog ini, saya tak dapat satu sen pun. Tapi kalau nak maki dan nak cemoh juga, silalah. Lebih baik maki dab cemoh saya untuk melepaskan geram daripada mengamok bunuh orang.

8. Kesedihan saya selama 40 lebih jadi wartawan ialah masyarakat kita makin hari makin tohor pemikiran, terlalu taasub kepada politik parti dan kurang toleransi terhadap kepelbagaian pendapat. Wallahualam.

SmartTinta said...

Tuan Datok Kadir dan Saudara lain-lain,

Tulisan Tok itu cuba menggambarkan menbentuk persepsi secara halus memburukkan banyak pihak. contoh: Anwar guna bas cara amerika kan anwar suka amerika, jadi pemimipin umno tidak suka amerika, konon. Tapi pemimpin umno munafik diam2 sokong amerika yahudi bayar consultant fee puluh juta untuk naikkan nama najib. Itu dato kadir tak mahu cerita. Itu kezaliman. banyak lagi contoh2 lain. lepas tu orang kata jakun la apa la datok nak terasa hati. jadi wartawan 100 tahun masih bias!tulis macam ni.Udah lah Tok bawa bertaubat, matilah dgn bersih jagan terpalit kezaliman. tinggallah assobiah(ketua buat jahat pun sokong juga mcm PEKIDA PERKASA) Yng penting Akhirat berjaya, kubur dah panggil2 mari2. Jangan jadi macam mahathir. maaf Tok saya tegur ikhlas kerana Allah,sayangkan sesama saudara kita akan bersama lagi di akirat.Apa yang kita tulis ini akan dibentangkan lai di ULTIMATE SUPREME COURT akhirat.

Rawa Lanun-Bahasa said...

Senyum Fed Up, Senyum NFC
(lembu gila cuci duit)

Pekan Umno Division Ready For General Election, Says Najib

tersenyum membaca lapuran twitt pekan.
bila lagi?

senyum kambing, lembu, sapi, seladang, unta semua: kalau pekan tiada raya korban

pijak lalat,...
lim guan eng tokong hidup
sedih ustaz


sekian dan tq

Rawa Lanun-Bahasa said...

Dengan Izin.


Free Malaysia
(the solehuun inherit the earth)

Dear CHEDET,
Salam Hari Malaysia

We know what the Middle-East means to you; and the plight of the Palestinians.

But the kepala crook, head of stick says, "You can't even handle PAS and Patani here - don't dream of helping the Palestinians without the Chinese"


Salam Takzim.



We don't need all the chinese all the time;
we need some of the chinese all the time


Maaf kerana bosan dengan isu pak arab bebeh

doncin cai said...

@ sepat...
udah makan ubat ke ?
komen tuan amat sesuai jika di hantar ke blog ..
1. gerakan anti pkr
2. milosuam
3. tukartiub
4. papagomo

Rawa Lanun-Bahasa said...

YBhg The Scribe
Salam hari Malaysia

Innocence of Muslims
(a low-budget by a coptic b nakoula)

what can i say
apalah yang boleh ku katakan


Ya Nabi Salamun Alaika - Raihan


the malays are sensible; ya habibi


Salaams

mohd paizal said...

orang melayu kena bijak dalam memilih parti politik, contoh paling ketara kaum cina dalam memilih parti mewakili mereka, itulah yang saya mahu dengan bangsa kita, tak salah kita tukar parti yang memerintah...kalau tak berjaya kita boleh tukar lagi...dan jangan kita lupa cina dan india telah jadi saudara senegara kita dan kita wajib juga melindunggi mereka selagi mereka taat setia kepada raja kita...

mohd paizal

Lahuma said...

Dato.

Mengenai kuasa.
Kuasa ini ada macam-macam keadaan.

1.ada kuasa tapi tak berkuasa.
2.ada kuasa kena kongsi kuasa.
3.ada kuasa mabuk dengan kuasa.

Yang untung ialah broker kuasa.

Terima kasih.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. Smart Tinta said,

...Yng penting Akhirat berjaya, kubur dah panggil2 mari2. Jangan jadi macam mahathir. maaf Tok saya tegur ikhlas kerana Allah,sayangkan sesama saudara kita akan bersama lagi di akirat.Apa yang kita tulis ini akan dibentangkan lai di ULTIMATE SUPREME COURT akhirat.

Kami, antara 'Saudara lain-lain', tidak 'nampak' keikhlasan( antara sifat manusia yang beriman) dengan teguran Sdr. tetapi 'ternampak' sikap hasat dengki(antara sikap orang bernafsu...),tohor pemikiran.

Kami memohon agar saudara tingkatkan darjah daripada seorang yang berpengetahuan dengan Nafsu kepada seorang manusia yg berilmu dengan Iman...

Wallahualam.

ALFATIHAH, AAMIIN
pS. Ikhlas, suci, jujur,benar... seimbang dan beriringan.

Saji said...

Sdr lahuma

Bagaimana dengan ada KUASA tapi disalahguna?

Jaja said...

Salam Yg Di Hormati DAKJ,

Bercelaru . Bila ada perasaan yang tidak memuaskan hati,timbullah sikap membenci yang tidak ada penghujungnya. Keluarlah bermacam-macam ikut suka hati. Bukan kesah pun untuk mencari resolusi. Lebih mengutamakan emosi.

Sekurang-kurangnya hormatilah laman orang. Biarlah beradab.

Agaknya taksub yang membuat kita hilang kematangan dan bahasa. Haha "one-way ticket" ...
Kupaslah bukam menghempas.

Maaf kerana mencelah.




luqman husaini said...

Mat Kluang,

jangan lah sebut-sebut pasal suku kaum Jakun, seolah-olah memandang rendah dan mengaitkan mereka dengan kemunduran

Banyak daripada suku sakat Jakun yang dah berjaya di pelbagai bidang profesional di negara.

saya juga pernah belajar di sekolah berasrama penuh terkemuka di Malaysia, guru saya adalah seorang daripada suku Jakun.


zbk mmc said...

tolong la DKJ hangan jadi hipokrit..

wa hormat lu pasai ilmu lu...

terasa macam lu punya ilmu , takda makna..

kermitt said...

isu nasha: nasha masih selamat.. tapi selepas pru13 belum tentu, pada pandangan saya beliau terlalu mesra media umno (tv3,utusan).. umum mengetahui media umno ini sangat dibenci oleh pendokong PAS, maka amatlah salah langkah apabila dilihat mesra media umno.. biarpun beliau cuba memperjuangkan pendapatnya.. PAS perlu keluar dari kepompong perkauman untuk berjaya membentuk kerajaan pusat.. fokus kali ini adalah menjadikan UMNO pembangkang dan mengangkat kembali integriti kehakiman dan dunia suratkhabar negara agar bebas dari hegemoni BN/UMNO.. mengenai bas jelajah rakyat DSAI, mengapa perlu diserang sebegitu rupa, tak cukupkah dengan tv,radio,surat khabar umno kudakan ini dengan bas pun takut? kalau berpolitik biarlah matang dan anak jantan.. gelanggang pertandingan perlu rata.. selagi tak rata maka tak hairan BERSIH 4.0,5.0,6.0 bakal menyusul.. prediksi saya.. di bandar bandar UMNO bungkus.. UMNO hanya boleh menang di JB sahaja.. dan saya tak pelek kalau PR kalah, tapi saya pelek kalau BN kalah..

Unknown said...

Salam dakj,
Tuan cubalah utk tidak bias. Ilmu tuan yang tinggi biarlah digunakan dengan baik, tanpaberpihak

Unknown said...

Bermula sebagai pemimpin pelajar Anwar nak jd PM, masa jd Presiden ABIM nak jd PM, Masuk UMNO nak jd PM n sekarang pun nak jd PM, Anwar tetap nak jd PM kat mana mana dia berada, dia akan gunakan apa aja yang ada dkelilingnya sebaik mungkin, Anwar orangnya cukup bijak berpolitik, Syabas Anwar...( tp maaf i tetap undi BN PRU13 ) ...

Unknown said...

Salam dato hebat juga komen2 mereka ini komen yang tiada mutu tiada nilai cuma bagaikan ayam berkokok pukul 4 pagi cari rezeki makan tidur sampai masa kena sembelih. Dato mengutarakan 3 perkara untuk dinilai oleh akal kita mengikut fikiran yang waras tanpa serabut.USTAZ NASHARUDIN MAT ISA sama juga macam IBRAHIM ALI yang diberi peluang oleh TGNA untuk bertanding dikerusi tersebut atas tiket PAS NASHA dipilih kerana bliau adalah timbalan presiden PAS dan ibrahim ali sebagai orang bebas jika menang dalam PRU12 beliau akan menjadi ahli PAS namun kata2 tidak dikota itulah janji melayu janji yang tidak ditepati...tutup buku la isu nya sebab anjing tetap anjing walaupun dibantu ditolong dia tetap akan gigit orang yang membantunya. Isu anwar apa yang nak dikejutkan apa yang nak dihairankan sama ada dia macam yahudi atau macam apa pun dia tetap anwar dia bijak ke dia bodoh ke dia adalah tetap anwar yang punya cita2 nya tersendiri seperti orang lain juga yang tidak lari dari puak2 yahudi PM sendiri pun ada menyimpan yahudi sebagai penasihat nya,,,,mahathir masa dia jadi PM pun penasihat ekonomi nya orang yahudi juga....tutup buku la cerita itu kerana PM dan MAHATHIR pun dah salam dengan SOROS yang kata mahathir bapa segala penipu dan bapa segala pembohongan ada pada soros..ISA ini kes lama kes yang berjuntai-juntai natijahnya..tepuk dahi nak tanya siapa keselamatan kita terancamkah pada masa ini....guna akal la...sekian dato saya nak teruskan kerja saya semula al-maklum la saya ini hanya pekerja kilang percetakan yang perlu kerja...ADA KERJA ADA DUIT...TAK ADA KERJA TAK ADA DUIT KALAU DAH DUIT TAK ADA SILAP2 BINI PUN LARI....BEGINI LA NASIB PEKERJA KILANG SEPERTI SAYA NASIB NYA SAMA SEPERTI PEKERJA NEPAL DAN BANGLADESH.....ORANG BERAYA SAYA KENA BUAT KERJA WALAUPUN MALAM HARI.......JANJI ADA KERJA ADA DUIT...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).