About Me

My Photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).

Thursday, October 18, 2012

Ciri Anarki Dalam Media Massa


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

PAGI tadi, saya berpeluang berinteraksi dengan ahli akademik dan pelajar komunikasi dari lima buah universiti awam bagi membincangkan tajuk Media Massa: Antara Demokrasi dan Anarki.

Saya amat gembira dengan reaksi mereka terhadap pembentangan saya, terutama sekali dengan ulasan dan pertanyaan mereka.

Wacana itu dianjurkan bersama oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Press Forum of Asia (PFA) bertempat di Hotel Royal Bintang, Damansara bagi meraikan anugerah Tokoh Wartawan Negara yang saya terima 16 Julai lalu.

Dalam pembentangan itu, saya memetik tulisan Prof Gordon Graham, Universiti Aberdeen, Scotland, bagi mentakrifkan anarki.

Graham, antara lain menulis (dengan izin): “The word 'anarchy' is understood in two ways, one positive and one negative. In the positive use, the way in which celebrated anarchists such as Proudhon and Kropotkin used it, anarchy is absence of government, and for that reason freedom from the coercive power of the state. The negative and more commonplace use of anarchy also denotes the absense of government, but precisely for that reason, it is thought of as a condition of lawlessness and chaos. In short, anarchy - society without the state - can be regarded as an ideal or as a danger.”

Saya mulakan dengan bertanya: “Di mana letaknya media massa, khasnya media massa Malaysia, dalam konteks amalan demokrasi dan kecenderungan kepada anarki sekarang?”

Kalau kita ikut definisi di atas, media massa boleh menjadi agen demokrasi dan boleh juga menjadi agen anarki.

Orang yang menentang kerajaan atau tidak mahukan kerajaan (anarkis) tentu menuduh media massa anarkis kalau media massa menyokong atau memihak kepada pemerintah. Sebaliknya, kalau media massa memihak atau menyokong mereka, mereka tentu berkata media demokratik.

Kalau sebelum ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT), media tradisional berkuasa mutlak dan bebas memilih siapa yang hendak disokong, siapa yang hendak ditentang dan di mana hendak berkecuali.

Tetapi, bermula dengan era ICT yang menjadikan internet sebagai pemangkin dan pendaya/pemboleh (enabler) pada tahun 1960 dan menjadi menular pada awal 1990-an, monopoli maklumat dan propaganda oleh media tradisional, khasnya kelompok arus perdana, mula pecah.

Anjakan ICT/Internet Di Malaysia

Ironi, di Malaysia (Tun) Dr Mahathir Mohamad mempelopori revolusi ICT dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia dan menjamin kebebasan alam siber, tetapi yang memanfaatkannya pada akhir 1990-an ialah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat daripada kerajaan dan sekali gus hilang kawalan ke atas media arus perdana. Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar menjadi komisar media massa.

Dalam perang besar media berikutan pemecatan Anwar itu, media digital mendapat anjakan radikal. Ia mula menyerang media arus perdana (MAP) yang sebelum itu kebal. Laman-laman web pro-Anwar (Maha Zalim, Maha Firaun) menggambarkan MAP sebagai “anarchic” manakala pihak-pihak tertentu dalam MAP pula melihat jaminan kebebasan alam siber sedang digunakan secara “anarchic.”

Kesilapan besar pemerintah dan MAP adalah memperkecil dan mempersendakan kemampuan media digital, terutama pada zaman (Tun) Abdullah Ahmad Badawi apabila MAP ditegah memetik daripada blog manakala blogger diberi pelbagai jolokan menghina seperti goblok, penembak curi dan “monkey” (monyet).

Apa yang mereka tidak sedar ketika itu adalah maki hamun mereka itu membantu membangkitkan keinginan masyarakat untuk mengetahui siapa atau apa bendanya goblok, penembak curi dan “monkey” itu. Menjelang Pilihan Raya Umum 2008, media alternatif yang dipacu oleh internet sudah memperoleh nyawa dan rohnya sendiri, dan digunakan dengan meluas dan berkesan oleh pembangkang.

Unsur-Unsur Anarki Media

Kita tidak dapat menafikan lagi bahawa unsur-unsur anarki sudah mula muncul dalam media massa kita, khasnya yang berasaskan internet.

Pendemokrasian masyarakat melalui internet melahirkan apa yang dipanggil kewartawanan warga atau citizen journalism di mana orang biasa bertindak sebagai perakam, pemaklum dan pengulas – umumnya tanpa dikawal atau diupah oleh sesiapa.

Hasil pacuan teknologi komunikasi digital yang pantas dan umumnya murah atau percuma, warga menjadi pewarta. Tetapi, kerana mereka tidak terlatih mengenai selok-belok kewartawanan, tidak arif mengenai undang-undang dan etika serta terlalu ghairah, mereka mentakrifkan kebebasan secara literal. Maka timbulkan unsur-unsur anarki dalam komunikasi digital.

Prof. Graham menulis: “Since the authority of the state, though not identical with its power, indirectly rests upon that power, the potential for the internet to diminish the power of the state by creating spheres of activity indifferent to it, is at the same time a potential to diminish the authority of government. It is for this reason that an anarchist might welcome it.”

Pengkaji dan cendekiawan Barat telah memperkenalkan istilah “cyber anarchy or crypto anarchy”. Apakah Julian Assange, pengasas Wikileaks, seorang Cyber Anarchist atau Cyber Angel – anarkis siber atau malaikat siber?

Unsur-unsur anarki media ini sudah pun jelas di Malaysia. Kita sudah lihat bagaimana pemilik portal berita, blogger dan pemegang akaun Facebook serta Twitter secara terang-terangan berbohong, memutarbelitkan fakta dan enggan mengamalkan hak menjawab (right of reply). Ini bukan sahaja berlaku dalam gelanggang internet, tetapi mula menular menjangkiti media tradisional dan arus perdana.

Korupsi dan Komersialisasi Alam Siber

Tetapi, seperti apa juga penemuan sains, teknologi dan kegiatan manusia, media internet dan kewartawanan warga sudah mula dikorupsikan. Blog, akaun Facebook dan Twitter sudah dikorupkan oleh politikus dan kapitalis. Hari ini, ada lebih banyak blog upahan daripada blog peribadi.

Di Malaysia, banyak blogger yang pada awalnya bebas, berkecuali atau antigolongan yang berkuasa (anti-establishment) kini tidak bebas dan tidak berkecuali lagi. Malah ada yang sudah bertukar menjadi pro-establishment. Ada antara mereka menjadi sedemikian kerana pilihan ideologi dan banyak juga kerana pertimbangan ekonomi.

Kesimpulan

1. ICT memberi kesan mendemokrasikan maklumat;

2. Telah memecahkan monopoli media tradisional/arus perdana ke atas maklumat dan pendiayahan;

3. Jaminan kebebasan siber dan kesukaran kawalan fizikal mendedahkan penyebaran maklumat siber kepada berbagai-bagai bentuk korupsi;

4. Anarki siber atau anarki kripto sudah menjadi sebahagian daripada landskap komunikasi massa;

5. ICT dan internet sudah mula melahirkan satu generasi tanpa sempadan, tanpa wajah yang sangat terdedah kepada “hearsay” – cakap mulut;

6. Mengancam segala bentuk kuasa atau autoriti, termasuk agama;

7. Akan memainkan peranan yang lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang berbanding PRU 2008. Kalau dalam PRU 2008, penggunaan internet dimonopoli oleh pembangkang, kini parti-parti pemerintah juga cergas menggunakan media alternatif; dan

8. Dikhuatiri banyak pemilih tidak akan keluar mengundi kerana keliru manakala yang keluar mengundi pula akan membuat pilihan tanpa kefahaman yang jelas dan mendalam.

21 comments:

Prince of Noob said...

Salam Dato'

Saya boleh faham kalau para blogger buat cerita yang palsu dan fitnah kerana mereka boleh jadi sesiapa sahaja dan tidak memerlukan etika jurnalis, tapi adalah lebih menyedihkan apabila para wartawan dan editor media massa mainstream melaporkan berita palsu dan fitnah malah ada berita yang sumbernya diperolehi melalui blog2 yang kesahihannya sangat boleh dipertikaikan. Kemana hilangnya nilai serta etika kewartawanan dan journalism?

http://buasirotak.blogspot.com/

ismailrich said...

Datuk.
Syabas kerana telah berjaya mengupas sesuatu perkara yang kurang diberi perhatian masyarakat kini. Hendaknyalah, masyarakat memberi penilaian yang seadil-adilnya bila disogok dengan maklumat-maklumat di media yang ada sekarang.

mohd paizal said...

betul kata datuk kadir bagi pengundi yang tidak pro mana2 macam saya, rasa macam terpanggil untuk tidak mengundi sebab dah nampak macam dua kali lima je ahli politik ni...a kata b ...lepas tu b..kata c ..jadi mana yang betulnye sebab kalau antara pas ngan umno mungkin nampak perbezaannye...tapi sekarang antara umno ngan pkr memang nampak ketara samanye...

XERONINE said...

Kesimpulan
1. ICT memberi kesan mendemokrasikan maklumat;

2. Telah memecahkan monopoli media tradisional/arus perdana ke atas maklumat dan pendiayahan;

3. Jaminan kebebasan siber dan kesukaran kawalan fizikal mendedahkan penyebaran maklumat siber kepada berbagai bentuk korupsi;

4. Anarki siber atau anarki kripto sudah menjadi sebahagian daripada landskap komunikasi massa;

5. ICT dan Internet sudah mula melahirkan satu generasi tanpa sempadan, tanpa wajah yang sangat terdedah kepada “hearsay” – cakap mulut;

6. Mengancam segala bentuk kuasa atau autoriti, termasuk agama;

7. Akan memainkan peranan yang lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang berbanding PRU 2008. Kalau dalam PRU 2008, penggunaan Internet dimonopoli oleh pembangkang, kini parti-parti pemerintah juga cergas menggunakan media alternatif; dan

8. Dikhuatiri banyak pemilih tidak akan keluar mengundi kerana keliru manakala yang keluar mengundi pula akan membuat pilihan tanpa kefahaman yang jelas dan mendalam.

...:) excellent statements for a Delphi Technique ... sure boleh cuba bila kita punya begitu ramai experts ... :)

XERONINE

Rawa Lanun-Bahasa said...

Sempurna Maya
(guru segala mahaguru)


Makanya Spin-master kenalah kerja
lebih pintar cerdik dan berani
lebih masa tanjam usaha

demi islam-agama
demi melayu-bangsa
demi negara-dunia

pendek-kata astro itu lebih baik
ipo dari fgv, serta ihh tetapi
lebih kurang risikonya

siapa kawal internet dan ict
kawal dunia dan minda
generasi cerdik bodoh
adam dan hawa

antara cinta dan nafsu
antara anarkis dan patriot
rukun iman enam perkara

si-buta membaca kelopak braille
melayu berkuasa di bumi anbia
sukar nafsu menerimanya
cinta itu buta dalam kilauan
cahaya berseri-seri

demi islam-agama
demi melayu-bangsa
demi negara-dunia

tabaarak
kata kunci


Sekian

Tinta HItam said...

Datuk,

Hasil dari ledakan teknologi maklumat skg PR dan BN hampir hampir "on equal ground" didlm bidang media..Media Perdana efektif.Tapi hanya pd golongan tua shj..UMNO takut nak berhdapan dgn golongan muda didlm media siber.Sbb didlm meldia siber udg2nya ialah adil pd kedua dua pihak.Kedua dua pihak boleh menyampaikan hujah msg msg tanpa ditapis spt mana mana pihak.INi yg UMNO takut

Takut sbb mereka takda isi utk dihujahkan .Asyik asyik cakap UMNO berjasa pd negara.Wang UMNO diberi pd rakyat.Kononnya UMNO sampai rebeh poket sbb berkorban utk rakyat.Jadi rakyat perlu tunduk menyembah UMNO tanpa sebarang alasan..Itulah contoh kualiti hujah UMNO.They blurted out rubbish.Takda kelas.Lepas itu blogger blogger UMNO akan buat cerita sensasi dan bila disiasat majoriti adalah bohong.Ini menjatuhkan kredibiliti blogger blogger PR.Akhirnya org tak percaya..Jadi UMNO kalah didlm aspek media perdana sbb orang dah tak beli dah akhbar pro UMNO.UMNO juga kalah didlm media siber sebab org ramai malas nak melayari berita berita bohong mereka.?

Ianya berlainan dgn hujah hujah yg diberikan blogger blogger PR.Mmg betul ada juga gaya bahasa mereka diluar batas kesopanan tetapi perlu perlu diingat disini gaya bahasa blogger blogger UMNO sendiri adalah jauh lebih teruk lagi.Datuk buatlah perbandingan,Insyaallah Datuk akan dpt lihat perbezaannya.

Samada wujudnya ciri anarki didlm media massa siber atau perdana ianya masih boleh diperdebatkan dgn lebih lanjut lagi.Tidak dinafikan dan kemungkinan juga fitrah internet ini sukar ditapis inusr unsur anarki sukar dielakkan

Mohd Taib Kamin said...

Assalamualaikum Datuk.

Saya telah membaca berita dalam Utusan Malysia melapurkan berita 'Media digital wujudkan generasi tanpa sempadan' dimana Datuk menjadi tetamu dalam Wacana Tokoh Komunikasi Massa anjuran MPI.

Saya tertarik dengan kenyataan Datuk yang menggambarkan rasa gelisah Datuk apabila golongan remaja dan kanak kanak menjadi mangsa kepada orang yang 'sakit otak' terutama mereka yang ketagih dengan laman sosial seperti Facebook dan twitter.

Dalam konteks jenayah orang, 'sakit otak' adalah penjenyah dan remaja dan kanak2 ini adalah mengsa jenayah. Soalnya adakah kita harus mendiamkan diri dan berpura pura 'buta' untuk mengelak dari memikul tanggung jawab? Kita selalu terpekik kesana sani sini menyatakan bahawa 'belia hari ini adalah pemimpin masa depan'. Tetapi jika belia hari ini diasuh dengan moral jijik, adakah mereka satu hari nanti layak memimpin negara? Hari ini melalui media sosial, ada dikalngan golongan remaja sedang diajar dan diasuh untuk menjadikan 'kurang ajar' sebagai budaya hidup mereka. Ada diantara mereka yang sudah tidak malu melondehkan seluar mereka dikhalayak ramai. Generasi itukah yang kita harapkan untuk menjadi pemimpin masa depan?.

Soalnya siapakah yang sebenarnya harus memikul tanggung jawab untuk memperbetulkan kepincangan yang kita sama2 hadapi hari ini?. Wallahualam.

Kolek Kecil said...

Syed Naquib Al Attas ada bangkitkan dalam penulisannya menyatakan bahawa kepesatan teknologi dan ICT menyebabkan lambakan 'ilmu' di luar sana, yang tidak apsti sahihnya atau tidak.

Kalau dulu, orang susah mencari sumber ilmu.

Sekarang orang susah nak mengesahkan ilmu.

Sedang cabang dan peringkat ilmu itu banyak peringkat, dengan asas maklumat.

Maklumat inilah yang dijaja di dunia siber.

Yang membelinya kita.

Yang menggunakannya kita.

Yang merasa puas atau tidak kita juga.

Dan kemudian, kita jual pula maklumat yang sama, atau telah dimodifikasi.

Dan orang lain pula membeli.

Pusingannya terus berlaku, dan kerugiannya pada nilai masyarakat semakin meruncing.

TRANSIT 56 said...

Salam, Dato'
Dalam keghairahan media arus perdana mempertahankan status kuo pemerintah dan pembongkaran penyelewengan kerajaan oleh media lidah pembangkang memang sulit untuk massa menilai secara saksama akan mana yang fakta dan mana yang "hear and say"..Saya tidak nampak mana-mana media yang betul-betul neutral dan beretika.Yang wujud ialah pembolotan media oleh kedua-dua pihak bila berjaya menguasai @memepertahankan kerusi.Suara pihak lawan akan dibungkamkan...(seperti sepinya berita BN bila dikuasai pembangkang) meski kita memekik melolong mempertahankan kebebasan media..Tepatlah akan berlaku kecelaruan pertimbangan seperti yang disimpulkan oleh Dato'..Dan sebagai seorang yang benar-benar beriman hendaklah kita menggunakan lensa wahyu untuk menilai benar tidaknya sesuatu berita/maklumat. (Wallahua'lam )

Lahuma said...

Dato.

Media Massa.

Kita sedang dan akan berdepan dengan krisis nilai antara yg benar dgn tak benar.

Media dan sekutu dengannya fungsinya ialah menegak benang basah dan menegakkan benang kering.

Diupah sama ada basah atau kering benang mesti ditegakkan.Semua menjadi.

Media Kerajaan BN terlalu syok sendiri.Manakala Media PR sentiasa naik angin marah-marah .Semua orang tak betul.

Media fitnah ,kondem dan PELECE(bahasa orang Kedah) menjadi-jadi.

Rakyat yg hidup dalam negera merdeka lebih 54 tahun kena celik maklumat dan celik segalanya.

Minda kita akan diracun dan dijolok dgn berbagai maklumat demi melariskan produk mereka.

Tak mustahil demi kuasa dan pengaruh nak rebut kuasa garam pun akan dimaniskan seperti madu.Hebat peranan media.


BN/PR akan gunakan 3M dalam strategi iaitu Media/Money/Mechinary.Kedua -dua ada BN/PR ada faktor ini.

Rakyat kena tapis semua ini maklumat berkepentingan ini.

Ada dulu haram sekarang sebaliknya.
Dulu tak boleh sekarang boleh begitulah sebaliknya.

Semuanya angkra Teras Media kita ialah politik yg menjadi upahan.

Rakyat bijak dan celik maklumat negara aman lagi sejahtera.

Terima kasih.

azhar said...

salam Dakj

internet telah membantu menzahirkan maklumat dari sumber tanpa batasan dalam semua hal dan keadaan dalam bentuk tulisan,gambar serta suara dengan cepat dan meluas.

samada internet ada atau tidak kita tak mampu mengawal maklumat dan sumbernya tapi kita boleh kawal pengendali maklumat.

apa yang berlaku ialah manusia perlu mengunakan akalnya memproses semua maklumat yang sampai kepadanya.






ab said...

Salam dato,



Whoaa,nampaknya `otak' dato lebih pantas dari jari laa...takpa la silap sikit sana sini,tapi `massage' tulisan tetap jelas.


Saya tertarik dengan quotation dato,`....Since the authority of the state, though not identical with its power, indirectly rests upon that power, the potential for the internet to diminish the power of the state by creating spheres of activity indifferent to it, is at the same time a potential to diminish the authority of government. It is for this reason that an anarchist might welcome it.”....'



Pada saya USA itu luas wilayahnya,`power' USA melebihi sempadan wilayahnya, `authority' USA sekarang dan untuk beberapa dekad akan datang pulak adalah meliputi seluruh dunia dan angkasa lepas....



Israel pulak kecil wilayahnya, `authority' nya meliputi seluruh timur tengah, dan `power' dia/proxy dia/zionis adalah `ilmu duit,ilmu belit dan ilmu ekonomi' meliputi separuh dunia sekurang kurangnya.....



China pulak besar wilayahnya,terhad `authority' dan `power' MASA kini, tak tau lagi masa depan....



Singapura pulak wilayah sangat kecil,`power' kuat dan `authority' sepenuhnya...dalam kontek wilayah dan populasinya.



Malaysia, satu wilayah kecil, kelihatan`powerless',dan `authority' dalam wilayah kecil ini pun dah berterabur dah sejak 2004, makin hari makin teruk!..



SAYA percaya `censorship authority' mesti perlu ada berteraskan `this is a small nation with a very limited resources of power and authority by `world' standard, at least at
present...



WITHOUT `censorship authority' this small nation may prone to becoming smaller nations sooner or later...each maybe smaller than the present `red dot' on world map in size,power and authority!.



A government without `censorship authority' is no longer worth administering a nation fulfilling description of democracy in 21st century....TAK PAYAH LANTIK WAKIL RAKYAT, SEMUA ORANG BOLIH CAKAP,TULIS DAN BUAT APA SAJA IKUT SUKA DIA laa!...



Lagi baik jadi a socialist nation dengan limitless `socialisation' of expression of thought and acts of and by each citizen ......ADA MAU KA?.


Abu Bakar Ab Rahman

Rawa Lanun-Bahasa said...

Tuanku Di Makkah
(apalah doa untuk malaysia dan oic)

Sdr Lagi baik jadi a socialist nation dengan limitless `socialisation' of expression of thought and acts of and by each citizen,
Salam Hormat

Apakah pernah akan terjadi Muslim hidup dalam sebuah negara masyarakat tamaddun di Malaysia yang mana boleh ditakrifkan sebagai demokratik sosialisma beraja?

Apakah struktur msyarakat ini asing dalam islam sapertimananya demokrasi ala barat?

- retorik

apakah 'idle hands is the factory of the devil' menjurus kepada 'numb minds follow
dead or alive?'

aliph! said ahmad
baaaaa! said the sheep
taaaaa! ketak ketak boom! kata
gendang hindu

anarkis kejahilan
patriot terpimpin

while wahhabis are as strange as sunnis and syiahs
progress and the rate of change
is reflected in the inflation numbers
-are you happy about it?
asked tuanku his bed mate the king of saud
kata lanunbahasa



salam eid-akbar, The Scribe

Saji said...

Salam Dakj,

"8. Dikhuatiri banyak pemilih tidak akan keluar mengundi kerana keliru manakala yang keluar mengundi pula akan membuat pilihan tanpa kefahaman yang jelas dan mendalam."

Bagi saya, yang keluru tu ialah kalangan rakyat Malaysia yang sama ada mereka tidak berpegang kepada idologi politik tertentu atau tidak berpegang kepada nilai / value tertentu.

...SAJI

mohd paizal said...

berita terbaru menzahirkan lagi bukan melayu dinegara kita...itu lah yang saya nampak dalam negara kita sebagai rakyat kecewa dengan bangsa melayu itu sendiri...dap dah terangkan pendiriannye dan sekarang mca pun dah menerangkan pendiriannya..sebab tu saya cakap tak payah pergi mengundi buat habis duit minyak pegi tempat mengundi...sebab pkr dengan umno kepalanye sama....kenapa masa pas keseoranggan orang melayu tak nak memilih mereka....jadi saya cadangkan kita istihar negara kita negara sekular je abis cerita....dan kita ikut orang eropah...tak payahlah pejabat agama nak sibuk2 tangkap orang berkhalwat dalam rumah lagi sebab perkara paling penting yang terang2
kena laksanakan pun tak dapat dilaksanakan.....kalau dulu hudud ala pas yang taknak dilaksanakan...jadi kenalah bijak pandai melayu kat malaysia ni laksanakan hudud yang dituntut agama....

Abdullah Sulaiman said...

Saya melihat blogger seperti sesuatu bisnes saham. Jika dia bertanggungjawab dan menghalusi setiap tulisannya, dia akan terselamat dari api neraka. Sebaliknya, jika dia memetik kata-kata yang tak tahu betul atau salah, dan kemudian mengulas mengikut perspektif yang menjurus kepada fitnah.. maka dia mengutip dosa yang bertimbun-timbun. Saya tak suka sama sekali dengan "bisnes" ini. Nabi SAW meminta kita menjaga lidah... menulis juga adalah lidah. Wallahualam.

Abdullah Sulaiman said...

Saya melihat blogger seperti sesuatu bisnes saham. Jika dia bertanggungjawab dan menghalusi setiap tulisannya, dia akan terselamat dari api neraka. Sebaliknya, jika dia memetik kata-kata yang tak tahu betul atau salah, dan kemudian mengulas mengikut perspektif yang menjurus kepada fitnah.. maka dia mengutip dosa yang bertimbun-timbun. Saya tak suka sama sekali dengan "bisnes" ini. Nabi SAW meminta kita menjaga lidah... menulis juga adalah lidah. Wallahualam.

awang batuburok said...

Dikhuatiri banyak pemilih tidak akan keluar mengundi kerana keliru manakala yang keluar mengundi pula akan membuat pilihan tanpa kefahaman yang jelas dan mendalam.

Salam Dato',

Sebenarnya kekhuatiran diatas telah berlaku berdekad-berdekad lamanya kerana tidak ada pendemokrasian dalam media massa arus perdana yang lebih berperanan sebagai ejen propaganda politik dan tidak bersikap demokratik kapada pihak yang tidak menyokong parti yang memerintah. Kalau institusi Raja boleh dihina dan diperlekehkan sebegitu rupa dalam krisis Tun Mahathir Vs Raja-raja Melayu dahulu. Apalah sangat ahli politik dan rakyat marhaen yang cuba menentang kumpulan penguasa feudal yang telah begitu lama berkuasa dan mabuk kuasa.

Maka adalah munasabah pihak-pihak yg dinafikan hak mereka selama berdekad-dekad lamanya bangkit menggunakan ruang yg mereka perolehi sekarang ini meniru budaya media propaganda yang telah menjadi budaya dlm masyarakat Malaysia.
Untuk memBERSIH budaya burok ini mengkin memerlukan beberapa dekad dan generasi BERSIH.

Salam Eiduladha untuk Dato sekeluarga. Maaf Zahir Batin.

nur man said...

Kita tidak dapat lari hasil daripada fenomena ledakan teknologi maklumat hari ini. Apa yang memandu kita hayalah keimanaan kita kepada Allah dan kebijaksanaa kita untuk menilai. Letaklah kita di mana keadaan sekali pun selagi pegangan kita adalah al quran dan hadis, insyAllah kita akan selamat.

Abu Syahmi said...

Assalamualaikum Dato'

Apa yang Dato' perturunkan adalah jelas dan nyata. Dalam membicarakan tentang penulisan dengan aspek etika, adab dan budaya orang Melayu dan sahsiah diri tetapi masih tidak mampu memberi pengajaran kepada ramai orang, mungkin peringatan mengenai aspek DI BALIK SANA boleh memberi sedikit getaran jiwa. Saya ada menukil dalam blog saya dengan tajuk BLOGGER, DUNIA SIBER DAN MUFLIS AKHIRAT

http://bicarasalaf.blogspot.com/

abdullahngah said...

Pada saya orang bijak pandai sahaja yang keliru.

Yang tak bijak pandai tak mungkin keliru.

Lebih lebih lagi bagi yang miskin.

Yang mskin ini akan beri undi kepada yang banyak membantunya.

Mereka tak fikir siapa yang akan memerintah negara ini.

Manakala yang bijak pandai duduk fikir itu dan ini.

Nak undi Pakatan rakyat parti itu tak mampu memerintah.

Lebih lebih lagi Anwar tak layak menjadi perdana menteri.

Yang layak jadi perdana menteri Tun Mahahtir seorang saja.

Demikianlah pemikiran orang bijak pandai.

Orang miskin tak pernah fikir pasal itu. Asal dapat benda menjadilah ia.

Sebab itu umno beri "ikan" kepada rakyat, agar mereka terus menerus jadi miskin.

Apabila miskin senang nak pacing.