About Me

My Photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).

Friday, January 04, 2013

Faktor Calon Lebih Penting


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

KITA sudah bincang hal “Salah Pilih Kawan Hidup Tak Keruan” yang nampaknya makin sensasi dan sarat dengan teori konspirasi. Ramai mungkin mendapati jalan cerita dan watak-watak dalam “reality show” itu memualkan, tetapi itulah realiti “pertunjukan sebenar”.

Terima kasih kepada pembahas kerana tekun membincangkan tajuk “Bumiputera Warga Ekonomi Kelas Ketiga”. Seperti biasa dan seperti dijangka, tidak ada jawapan atau respons daripada pihak berkuasa. Tidak mengapa. Sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai, kita ada hak dan kita ada jalan. Ada ubi ada batas...

Keheningan pagi pasca subuh di desa tengah sawah dipecahkan oleh cerita ibu kepada jiran saya yang menjadi mangsa ragut di dalam kedai mamak Maidin ketika tengah hari buta beberapa hari lalu. Kota atau desa, Malaya sama saja. Janji sana janji sini, jenayah dan kemelaratan menjadi-jadi. Masya-Allah.

Dalam tampalan kali ini, mari kita bincang mengenai satu tajuk yang hangat diperkatakan, iaitu yang mana lebih penting - parti atau calon?

Saya mulakan dengan bertanya yang mana datang dulu – manusia atau parti politik? Tentunyalah manusia yang datang dulu, bermula dengan Nabi Allah Adam. Allah cipta Nabi Adam dan daripada Baginda, Allah ciptakan Hawa. Lepas itu bermulalah keturunan manusia dan evolusi yang dilaluinya.

Jadi bagi saya, manusialah yang lebih penting. Parti, persatuan dan pertubuhan adalah ciptaan manusia. Kalau manusia yang menubuhkan dan menganggotai sesebuah organisasi itu baik, maka baiklah organisasi itu. Tapi kalau orang yang menubuhkan organisasi itu jahat maka jahatlah organisasi itu. Contohnya, kongsi gelap dan sindiket jenayah.

Tujuan Parti Politik Asalnya Baik


Asal-usulnya, orang baiklah yang menubuhkan parti politik. Pada zaman penjajahan, mereka tubuh parti politik untuk tuntut kemerdekaan. Mereka bukan saja orang baik, tetapi juga cerdik, berwawasan dan kental semangat perjuangan. Mereka tubuh parti politik atas landasan perjuangan.

Jarang sangatlah orang tubuh parti untuk tujuan buruk. Tetapi kita perlu juga ingat, iaitu apa yang baik bagi seseorang, tidak semestinya baik bagi orang lain.

Misalnya, walaupun pergerakan Nazi dibenci kerana kekejamannya, tetapi masih ada orang di Barat yang cuba hidupkan semula ideologi Nazi dengan menubuhkan pergerakan Nazi baru (neo-Nazi) dan mengamalkan dasar keagungan orang kulit putih (white superemacy).

Di banyak negara bekas Empayar Soviet pula, parti komunis telah dibubarkan atau diharamkan, tetapi ada yang berjaya dihidupkan semula dan menang pilihan raya. Mereka berjaya kerana dasar dan calon mereka lebih diyakini.

Banyak juga parti yang ditubuhkan oleh orang baik dan berjasa kepada rakyat jelata akhirnya menjadi tidak baik apabila disusupi oleh orang tidak baik yang berjuang untuk diri sendiri dan abaikan rakyat jelata.

Pada zaman penjajahan, orang tak berapa kira sangat mutu pemimpin sebab yang mereka mahu adalah kemerdekaan. Masa itu, bukan orang cerdik dan baik saja menjadi pemimpin politik. Ramai yang tidak berapa cerdik dan tidak berapa baik turut menjadi pemimpin kerana mereka berani.

Hari ini, walaupun boleh kata semua negara tanah jajahan sudah merdeka, orang berani masih berguna, tetapi yang lebih kita perlukan adalah orang baik, orang cerdik dan orang bersih.

Idealisme Lawan Realiti


Namun, idealisme ini lebih mudah diucapkan daripada dilaksanakan kerana ramai orang baik, orang cerdik dan orang bersih tidak berminat menyertai politik atau mereka tidak diterima oleh kepemimpinan parti.

Tidak kurang pula bilangan orang baik, orang cerdik dan orang bersih menjadi korup apabila menyertai politik dan mendapat kuasa.

Jadi yang mana lebih utama, parti atau calon? Parti, persatuan dan pertubuhan akan baik kalau dipimpin oleh orang baik dan disokong oleh orang baik juga. Jawapannya, calonlah yang lebih utama.

Lagipun, dalam sistem pilihan raya kita, kita tidak pangkah parti, kita pangkah calon. Yang bertanding bukan parti tapi calon. Sebab itulah orang yang tidak berparti pun boleh jadi calon – calon bebas.

Semua parti baik. Setidak-tidaknya pun tidak melanggar undang-undang sebab itulah didaftarkan dan dibenarkan mengemukakan calon. Yang jadi masalah kepada parti adalah calon. Sebab itulah waktu penamaan calon, ada yang ditolak. Jadi dari awal lagi, faktor calon penting. Orang muflis atau yang ada rekod jenayah misalnya, tidak diterima menjadi calon.

Jadi, elok sangatlah proses penapisan calon diperketat dan dilaksanakan dengan telus dan diyakini. Seelok-eloknya calon mestilah bersih, sihat tubuh badan dan akal, baik budi pekerti dan berhemah tinggi.

Mana-mana parti pun akan kata mereka parti yang baik. Tapi kalau orang yang wakili parti tak baik, macam mana parti nak baik? Jadi, balik semula kepada hujah asal, iaitu kalau pemimpin baik, maka baiklah sesebuah parti atau pertubuhan. Tapi kalau pemimpin half-past six, macam mana parti nak jadi parti kelas dunia.

Inilah tugas berat dan dilema pengundi. Kalau mereka salah pilih kerana terlalu ketaasuban kepada parti dan kegilaan kepada pemimpin (cult) mereka juga akhirnya menderita.

Tetapi sekiranya pengundi menjadikan calon dan bukan parti sebagai faktor penentu, saya yakin parti-parti yang bertanding dan peka terhadap pemikiran semasa akan memilih calon-calon yang lebih baik, lebih bersih, lebih sihat badan dan akal, lebih muda dan lebih berwibawa.

Kayu reput, kayu hanyut, paku karat dan paku longgar bolehlah dibersarakan dan mereka duduklah diam-diam, jangan sabotaj dan bersyukurlah dengan pencen yang rakyat bagi. Pengundi, pembayar cukai dan rakyat jelata pula janganlah dewa-dewakan para Yang Berhormat dan anak bini mereka sampai mereka jadi kaduk naik junjung, lebih sudu daripada kuah. Wallahualam.

50 comments:

ab said...

Salam dato,




Saya pilih calun dari dulu.



Tetapi, ada calun yang `jadi' dan ada juga calun yang tak `menjadi' walaupun terpilih.



Tidak pernah`terlalu mengharapkan' calun untuk mengubah kehidupan saya.



I work for my living,the best that i can...so far alhamdulillah, cukup makan keluarga,ada sikit simpanan untuk sakit demam dll.



And i am still working now...




Abu Bakar Ab Rahman




Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Cuba kita tidak bertiori. Kalau budaya dalam UMNO nak menang ketua cawangan pun la ni perlu rasuah beribu malah berjuta rgt. Orang2 ini dan konconya lah yg akan berjuang antara mereka untuk menang pulak...tentu dgn cara kotor....di peringkat UMNO bahgian. Inikah muka2 yg boleh jadi calon baik?

Ada pulak org yg terkenal baik sejak dibangku sekolah hingga terkenal seluruh dunia, akhirnya masuk UMNO....konon nak jadi calon dan ubah UMNO dari dalam. Akhirnya terbuang dihina oleh puak UMNO sendiri.

Ada jugak golongan uztaz atau berimej agama ...masuk UMNO jadi panglima, menjual ayat2 Allah dgn habuan dunia. Nak tanya mana pergi ust Nakaei dan ust Firdaus bekas imam masjid negara?

Ada pulak yg berimej agama, dah elok2 tak bersama UMNO, tiba2 berbaik dgn dasar2 UMNO.

Prinsip saya ialah dalam senario politik Malaysia, kalau seseorang itu baik dan disayangi Allah, maka dia tidak akan tergior dgn bujukan setan agar menyertai UMNO.

Moral cerita ialah kalau UMNO dah penuh dgn org jahat bagaimana nak jumpa calon baik?

Yg tinggal hanya harapan dan bisikan setan.

Raison D'etre said...

Salam,

Setuju sangat calon lagi penting daripada parti tapi senario sekarang yangmana ahli parti kena "tow the party line" yang lahir dari ketaksuban terhadap politico-fuedo-class boleh menyebabkan pengundi mengundi berdasarkan prinsip yang dipelopori parti.

Cantik komen AKJ hat yang last sekali sebelum menutup posting.

JohorMali said...

DAKJ,
Kalau di kawasan undi kampung saya ( Kubu kuat Perikatan/BN) Calunnya ;
Bung Mkhtr vs Karpal S - saya pangkah Karpal
C S Lek vs NikAjis - saya pangkah C S Lek
Najib vs L G Eng - saya pangkah Najib
Bung Mkhtr vs Nuar - saya cabut luar negeri.

Rosiah Ismail said...

Salam jumaat kepada dato hari baik dan mulia mari kita solat jumaat agar hidupa mendapat rahmat. Calun itu lebih penting dari parti sebab yang nak membawa isu setempat ialah wakil rakyat yang dipilih bukan parti yang akan memabawa isu setempat. Isu nasional baru parti atau pemimpin parti yang membawanya tentang ini rakyat tak peduli. sekian dato jumaat..wassalam selamat menunakan solat jumaat...

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Blog Dakj saya rasa sangat menyumbang dalam erti menyedikan ruang untuk menyalurkan kritik membina.

Saya memohon agar penulis yg tak serious pergilah cari blog2 lain.

Adakah mereka fikir ruang Dakj ni untuk bahan lawak?

Kalau Melayu nak maju, belajarlah menghormati org lain.

Unknown said...

Salam Datuk,

Cara mengundi yang saya tengah pertimbangkan untuk PRU akan datang:

Parti bertanding sama baik, saya pilih calon.
Parti bertanding tidak sama baik, saya pilih calon.
Calon bertanding sama baik, saya pilih parti.
Calon bertanding sama tidak baik, saya tidak keluar mengundi.
Parti dan calon bertanding sama tidak baik, memang saya tidak akan keluar mengundi.

Dasa

buah kerdas said...

Sesuai sangat tajuk tampalan Dato' ini kerana PRU13 dah semakin hampir. Saya amat betuju dengan cadangan Dato' supaya kita lebih mementingkan faktor calon daripada faktor parti.

Sejarah PRU12 telah menjadi bukti kukuh bahawa pemilihan berdasarkan parti tidak menjanjikan kepastian bahawa calon yang dipilih mampu meneruskan aspirasui pemilih. YB Hassan Ali, YB Ibrahim Ali, YB Zulkifli Nordin dan beberapa lagi YB DUN Perak menang kerana mereka bernaung dibawah lambang PAS, PKR atau DAP. Sentimen pengundi memihak kepada mereka kerana faktor parti, tetapi setelah terpilih, mereka bertindak ikut kepentingan peribadi. Begitu juga dengan sekian ramai YB dari UMNO, mereka terplilih kerana faktor UMNO tetapi tingkahlaku mereka tidak memenuhi aspirasi pemilih yang percayakan UMNO. Bak kata bijak pandai, kita boleh temberang semua orang pada satu-satu masa, tetapi kita tidak boleh berbuat begitu selamanya. Tergamaknya keluarga Shahrizat Jalil menerima projek NFC dan menyalahgunakan dana yang yang mereka terima adalah, seperti kata ompotih, "tip of the iceberg" tentang betapa bejatnya perilaku sebahagian orang-orang (YB dan sejenis dengannya)yang terpilih melalui UMNO. Akhirnya, reputasi UMNO sebagai pembela bangsa Melayu tercalar hari demi hari sehinggalah kepada apa yang sedang berlaku sekarang. Hari ini UMNO gugup bila berdepan dengan PAS dan seriau juga dengan PKR; inilah gara-gara perilaku elit politik UMNO yang menyangka suratkhabar, radio dan TV boleh terus menerus "spin" cerita menggambarkan mereka pejuang pembela bangsa.

Tetapi Dato', dalam konteks negara kita memilih berdasarkan calon ada juga sangkaknya. Kita tidak mempunyai mekanisme yang berkesan dalam mengenali calon, sebaliknya saban hari kita disogokkan dengan maklumat daripada instrumen kerajaan (TV dan radio) dan akhbar pro-kerajaan yang berkempen untuk UMNO/BN. Sumber alternatif seperti internet, walaupun ada impaknya, hanya tiba kepada khalayak yang relatif kecil dan terhad. Kempen PRU memerlukan dana yang besar, sekali lagi UMNO/BN mempunyai kelebihan berbanding lawannya. Akhirnya, calon dibawah payung UMNO/BN selalu menikmati persepsi lebih hebat dari lawan mereka, terutama bagi kawasan luar bandar. Calon bebas, kalau yang tidak berduit, hampir pasti kalah dengan hilang wang pertaruhan.

Walhasil balik asal; walau pun sepatutnya mengundi berdasarkan faktor calon tetapi amalannya keadaan memaksa kita mengundi berdasarkan parti. Walaupun kita boleh berharap agar parti memilih calon yang bijak, sihat, jujur dan bersih, akan tetapi proses lobi-melobi untuk menjadi calon dan percaturan politik menyebabkan semua parti meletakkan "winnable candidates" sahaja. Itulah sebabnya saban kali ada PRU, kita jumpa calon-calon kitar semula yang sudah ada rekod bermasalah, baik dari UMNO/BN atau pun PAS/PKR/DAP.

Bagaimana pun kedaan sudah semakin baik. Zaman siapa saja calon UMNO/DAP/PAS pasti menang telah berlalu. Kita menunggu bila pula agaknya, media massa Malaysia bertindak sebagai media massa untuk semua supaya demokrasi betul-betul subur disini. Demokrasi bukan sekadar mengadakan PRU tetapi jalan-jalan untuk sebuah pilihanraya yang bersih dan adil mesti turut sama didemokrasikan.

buah kerdas said...

Sesuai sangat tajuk tampalan Dato' ini kerana PRU13 dah semakin hampir. Saya amat betuju dengan cadangan Dato' supaya kita lebih mementingkan faktor calon daripada faktor parti.

Sejarah PRU12 telah menjadi bukti kukuh bahawa pemilihan berdasarkan parti tidak menjanjikan kepastian bahawa calon yang dipilih mampu meneruskan aspirasui pemilih. YB Hassan Ali, YB Ibrahim Ali, YB Zulkifli Nordin dan beberapa lagi YB DUN Perak menang kerana mereka bernaung dibawah lambang PAS, PKR atau DAP. Sentimen pengundi memihak kepada mereka kerana faktor parti, tetapi setelah terpilih, mereka bertindak ikut kepentingan peribadi. Begitu juga dengan sekian ramai YB dari UMNO, mereka terplilih kerana faktor UMNO tetapi tingkahlaku mereka tidak memenuhi aspirasi pemilih yang percayakan UMNO. Bak kata bijak pandai, kita boleh temberang semua orang pada satu-satu masa, tetapi kita tidak boleh berbuat begitu selamanya. Tergamaknya keluarga Shahrizat Jalil menerima projek NFC dan menyalahgunakan dana yang yang mereka terima adalah, seperti kata ompotih, "tip of the iceberg" tentang betapa bejatnya perilaku sebahagian orang-orang (YB dan sejenis dengannya)yang terpilih melalui UMNO. Akhirnya, reputasi UMNO sebagai pembela bangsa Melayu tercalar hari demi hari sehinggalah kepada apa yang sedang berlaku sekarang. Hari ini UMNO gugup bila berdepan dengan PAS dan seriau juga dengan PKR; inilah gara-gara perilaku elit politik UMNO yang menyangka suratkhabar, radio dan TV boleh terus menerus "spin" cerita menggambarkan mereka pejuang pembela bangsa.

Tetapi Dato', dalam konteks negara kita memilih berdasarkan calon ada juga sangkaknya. Kita tidak mempunyai mekanisme yang berkesan dalam mengenali calon, sebaliknya saban hari kita disogokkan dengan maklumat daripada instrumen kerajaan (TV dan radio) dan akhbar pro-kerajaan yang berkempen untuk UMNO/BN. Sumber alternatif seperti internet, walaupun ada impaknya, hanya tiba kepada khalayak yang relatif kecil dan terhad. Kempen PRU memerlukan dana yang besar, sekali lagi UMNO/BN mempunyai kelebihan berbanding lawannya. Akhirnya, calon dibawah payung UMNO/BN selalu menikmati persepsi lebih hebat dari lawan mereka, terutama bagi kawasan luar bandar. Calon bebas, kalau yang tidak berduit, hampir pasti kalah dengan hilang wang pertaruhan.

Walhasil balik asal; walau pun sepatutnya mengundi berdasarkan faktor calon tetapi amalannya keadaan memaksa kita mengundi berdasarkan parti. Walaupun kita boleh berharap agar parti memilih calon yang bijak, sihat, jujur dan bersih, akan tetapi proses lobi-melobi untuk menjadi calon dan percaturan politik menyebabkan semua parti meletakkan "winnable candidates" sahaja. Itulah sebabnya saban kali ada PRU, kita jumpa calon-calon kitar semula yang sudah ada rekod bermasalah, baik dari UMNO/BN atau pun PAS/PKR/DAP.

Bagaimana pun kedaan sudah semakin baik. Zaman siapa saja calon UMNO/DAP/PAS pasti menang telah berlalu. Kita menunggu bila pula agaknya, media massa Malaysia bertindak sebagai media massa untuk semua supaya demokrasi betul-betul subur disini. Demokrasi bukan sekadar mengadakan PRU tetapi jalan-jalan untuk sebuah pilihanraya yang bersih dan adil mesti turut sama didemokrasikan.

x-umno said...

Assalamualaikum Datuk. Izinkan saya.

Pada pandangan saya, PRU13 telah menjadi pertembungan parti. Samada kita pilih parti pemerintah sedia ada atau beri peluang kepada pemerintah baru.

Majoriti kita di Malaysia tiada keistimewaan untuk memilih calon boleh menang. Malah di sesetengah tempat, nak pilih parti pun tidak boleh sebab bila pilihanraya, bukan simbol parti yg dipilih, tetapi simbol dacing yg muncul 5 tahun sekali. Lepas pilihanraya, kau jaga kroni parti kau, aku jaga kroni parti aku. Puncanya:

1. Calon dipilih berdasarkan puak presiden parti.
2. Kekangan media perdana dan sumber kewangan yg diwarisi pemerintah kerana tidak pernah kalah sejak merdeka.
3. Kekangan berdebat secara terbuka kerana dikatakan bukan budaya kita walaupun di sekolah lagi kita telah diajar berdebat dan berpidato.
4. Kekangan bersuara yg hanya terhad di kalangan peguam dan di sebalik internet sahaja.

Sejarah telah menunjukkan kita, apabila kita mengundi parti secara membabi-buta, kita kehilangan banyak calon yg layak. Suka hati presiden parti sahaja memberikan calon payung terjun dari parti Gerakan, MIC dan MCA untuk memerintah meskipun terdapat ramai lagi pemimpin setempat yg layak. Perpaduan konon. Bila sudah bagi, nak minta balik kerana pengundi sudah menolak mereka, kita kena penyakit k0r0 (pinjam istilah DAKJ). Malah, dikatakan rasis.

Jika cadang nak letak calon Melayu di kawasan tradisi MCA/Gerakan/DAP, kita diugut dengan kata-kata, "kalau letak calon Melayu, Cina India takkan bagi undi!". Terus hilang faktor MCA/MIC/Gerakan/DAP. Walhal, masa letak calon bukan Melayu semasa pengundi Melayu melebihi 80%, tidak pula dikatakan Melayu takkan undi.

Di kalangan UMNO baru pula, calon dipilih berdasarkan puak presiden parti. Kita boleh lihat di Johor bagaimana jika baik dengan menantu PM, Ketua Pemuda yg tidak berjasa atau orang kuat samseng Pekida pun boleh jadi calon dan menang.

Kesimpulannya, kalau calon itu diterima oleh masyarakat setempat kerana jasa dan kemampuannya, tidak kira atas simbol parti mana dia bertanding, dia pasti menang. Persoalannya, bagaimana calon hendak melepasi kekangan di atas?

Jika boleh melepasi kekangan yg saya sebutkan di atas, maka bermulalah era memilih calon dan bukan parti.

Buktinya kita dapat lihat pada 2008 di mana faktor kemenangan ramai calon pembangkang adalah kerana mereka mendapat tempias populariti bekas calon parti pemerintah. Tambahan pula mereka yg tersisih dari parti pemerintah ini telah membongkar semua harapan dan janji palsu yg dipercayai bulat-bulat selama ini.

Terima kasih.

Lahuma said...

Dato.

Faktor calon lebih penting.
Kemas dan mantap kupasan Dato.

Setidaknya pengundi dan rakyat tidak diperbodohkan.
Semoga semua parti politik yang gila nak jadi kerajaan dan jawatan tidak ambil sikap dengan menonjolkan CALON CINCAI dalam PRU 13 nanti.
Bila ada ramai calon cincai maka wujudlah pemimpin cincai..

Calon cincai inilah bila jadi YB gila pula hendak jadi TOKE.Inilah yg berlaku terhadap pemimpin cincai semua parti hari ini.

Hendak berpolitik hari ini kena juga berilmu.Jangan pakai tangkap muat sahaja.Amanat orang politik macam sekim cepat kaya.

Orang Melayu memang hebat dengan sekim cepat kaya.Yang kaya tuan penganjur sekim.Yang malang pengikut sekim.

Pengundi juga kena ada menisfesto tentang nak pilih calon macam Dato ulas dengan tepat sekali.

Calon cium tangan Presiden atau Mursyidul Am tak boleh pakai lagi.

Soal umur bukanlah ukuran mutlak.Janji sehat,mampu jaga rakyat.Bukan jaga kroni dan geng sahaja.

Kalau berumur ok undilah dia.Yang muda pun kalau tak layak tak payah lah.

Percayalah Calon Cincai tetap akan ada dalam PRU 13 nanti atas faktor kaki bodek,cium tangan,kawan-kawan.terhutang budi atau faktor taat setia.

Terima kasih.

TOOLBOX said...

Datuk

Kajian persepsi politik belia di kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang yang dilakukan oleh Mohd Fuad Mat Jali et al. (2011) mendapati 76% responden belia menyatakan mereka memilih calon yang mesra rakyat dan calon tempatan sebagai wakil mereka. Parti yang memperjuangkan isu pembangunan dan kemiskinan menjadi pilihan utama mereka dan berpendapat parti politik tidak boleh menyentuh isu peribadi semasa berkempen.

Menurut Junaidi Awang Besar et al. (2011) berdasarkan soal selidik dan pemerhatian pra Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, dari segi kriteria pemilihan calon, 81.7% responden menyatakan mereka memilih calon yang mesra rakyat. Faktor sokongan pengundi Melayu juga mempengaruhi pola pengundian bagi etnik Melayu yang berdasarkan kepada lima ciri budaya politik Melayu iaitu Sultan/Raja, Islam, Bahasa Melayu, ekonomi dan politik baru.

Kajian mengenai pengaruh populariti calon dalam Pilihan Raya Kecil P185 Batu Sapi (Junaidi et al., 2012) mendapati bahawa pola pengundian pengundi Bumiputera Islam cenderung dipengaruhi oleh sentimen politik pembangunan, manakala pengundi Cina cenderung kepada sentimen politik nasional semasa.

Kajian senario pilihan raya ke-12 di Sabah: antara calon atau parti (Ansir & Ajis 2008) mendapati pengundi Cina mengundi atas nama wakilnya dan bukan parti yang diwakili, secara umumnya pengundi masyarakat Islam menolak calon pemerintah, walaubagaimanpun faktor politik wang mampu merubah keputusan yang memihak kepada calon pemerintah. Majoriti pengundi masih lagi selesa dan selamat dibawah parti pemerintah yang sedia ada dan tidak berani untuk menukar kerajaan. Kesimpulannya prestasi parti pemerintah dan politik wang mampu mengekalkan sokongan kepada rakyat.

Kajian kriteria pemilihan calon dan parti dalam pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak (Junaidi et al., 2011) mendapati responden memilih calon yang berjiwa dan mesra rakyat, diikuti personaliti kepimpinan yang baik, jujur dan amanah serta tidak mengamalkan rasuah. Bagi parti politik pula, mereka akan memilih parti yang memperjuangkan ketelusan, keadilan, hak asasi dan anti-rasuah serta yang mampu membawa pembangunan dan membasmi kemiskinan. Kawasan luar bandar masih dikaitkan dengan sentimen politik pembangunan manakala di kawasan bandar dipengaruhi kesedaran pengundi terhadap pentingnya isu kemanusiaan sejagat seperti isu ekonomi makro, rasuah, ketelusan, hak asasi serta isu kepemimpinan.

Toolbox

azmus said...

Salam Dato,

Masih ada lagikah calun UMNO orang bersih dan amanah ?

Ahli UMNO dari bawah sampai atas semua makan rasuah
Nak jadi Ketua Cawangan rasuah,
Nak jadi Ketua Bahagian rasuah,
Nak jadi Perwakilan rasuah
Nak jadi Ahli Majlis Twertinggi Rasuah
Nak jadi Ketua Pergerakan rasuah,
Nak jadi Naib Presiden rasuah
Nak jadi Timbalan Presiden Rasuah
Naka jadi Presiden paling besar rasuah

Ada rasuah bentuk wang ringgit,
Ada rasuah bentuk lantikan Lembaga Pengarah GLC,
Bentuk rasuah melancong keluar negeri banyak sekali,
Jugak termasuk Umrah dan Haji,
Termasuk janji di beri projek sana dan sini,

Jadi Ketua Bahagian top top terus pakai BMW atau Merc,
Biznes apa , office entah di mana,
Ketua Pemuda Bahagian sekarang lagi hebat,
BMW atau Merc dah tak pandang,
Porche Cayenne sudah jadi mainan,
Mereka inilah master 10 percent

Kalau calon dpd UMNO tak ada beza antara calon atau parti.Same saje. UMNO sudah repuk dari akar umbi hingga kepucuk. Repuk menanti hancur di PRU13.

OKJ said...

Salam Dato’ A Kadir Jasin.

Saya tak kisah kalau Dato’ pilih Lim Guan Eng atas faktor calon sebab itu memang hak seseorang, lagipun Dato’ pernah puji melangit “bravo, bravo, bravo” 3 kali dekat dia. Dan dia pun pernah panggil “sifu” dekat Dato’. Tapi, saya harap Dato’ masih setia dgn UMNO BN.

Bagi sayalah, parti lebih utama dari calon. Sebabnya, perlembagaan kita mengatakan parti yg menang majoriti akan membentuk kerajaan, BUKANnya calon yg mendapat undi yg terbanyak menjadi PM.

Seperti kata sdr Langitbiru, manusia dihisab diakhirat nanti bersama pemimpinnya. Maka dgn itu, rasanya org Islam yg beriman tidak akan sekali-kali memangkah parti yg para pemimpinnya bermasalah moral yg serius yg dilaknati Allah (diharap termasuk Din Melaka dan Pn Rosiah). Juga mukmin tidak akan memangkah parti yg mempunyai amanat yg sesat, yg difatwakan terpesong oleh Majlis Fatwa, yg hanya dipercayai oleh org-org sendiri seperti sdr yangretibase. Juga umat islam di Malaysia tidak sesekali memangkah parti yg meminta kalimah Allah diguna pakai selain Islam. Kerana hanya org-org yg kufur sahaja membenarkan kalimah Allah untuk agama selain Islam seperti kata Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din berpandukan surah Al Ikhlas.

Akhir kata, undilah UMNO, anda selamat. Insyaallah. Hidup UMNO!!!!! Hidup BN!!!!! Sekian TQ.

saifuddin ali said...

Amalan politik dah bertahun-tahun,
Masa kempen sekampung dok menjaja
pilih parti atau calun
yang penting mesti rajin buat kerja

Masa kempen tampalposter seluruh desa
bila menang hidung pun tak nampak
hai politician, peganglah amanah taburlah jasa
jgnlah harta rakyat habis dirompak

Demam election makin panas
baik calon hijau baik calon biru
kalau kempen, x pyhlah ganas-ganas
kpd Dato.. Selamat tahun baru..

Mantinns said...

Saya suka part yang Datuk kata ada orang terlalu ideal tu. Dan Datuk kata orang yang baik bila dah masuk politik jadi buruk. Mengikut pemahaman saya tu.

Mantinns said...

Calon mudah berubah. Boleh dibeli. Senang lompat.

Calon Bebas menang tidak membawa makna.

Calon yang tidak sehaluan dengan dasar parti tidak berdaya dalam politik.

Undilah BN
Undilah PR

Politik budak kampus yang sepatutnya dinilai pada calon pun sudah jadi macam politik parti.

doncin cai said...

DAKJ, Rosiah Ismail, OKJ, fed up, abu bakar abd rahman, Saji, Lahuma, JohorMali, Din Melaka,don kadok, Faizal Zakaria, Prince of Noob,XERONINE, Lahuma, x-umno,awangbatuburuk, Abdul Rahim Ahmad, TOOLBOX, din klang (?), Tinta Hitam,langitbiru, YangBenar dll

.. harapan saya, ada le wakil dari calon yang menang dalam GE13 nanti mendesak kerajaan yang baru.. agar menyelesaikan masalah "slot machine" di pekan/bandar dalam negeri yang sekarang ini di perintah oleh kedua dua belah pihak....
... untuk pembahas2 di sini, try2 le luangkan masa untuk singgah di premis "slot machine" ini, agar dapat menyaksikan bagaimana Melayu yang di katakan third class, cuma menganggap duit yang di cari, serupa macam daun2 kayu woooo... tk

A KADIR JASIN said...

Kalau tak silap saya, bukan parti yang tubuh kerajaan di Malaysia.

Ikut perlembagaan, yang tubuh atau ketuai kerajaan adalah Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti ahli dewan bukan parti.

Perkara 43 Perlembagaan (Jemaah Menteri) berbunyi: Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.

Biasanya ketua parti yang ada paling ramai ahli di dalam Dewan Rakyatlah yang dilantik PM. Tapi tak semestinya begitu. Kalau ketua parti kalah pilihan raya atau tidak layak kerana sesuatu sebab, ahli lain boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menjadi PM.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Doncin Cai, antara lain, menulis: " untuk pembahas2 di sini, try2 le luangkan masa untuk singgah di premis "slot machine" ini, agar dapat menyaksikan bagaimana Melayu yang di katakan third class, cuma menganggap duit yang di cari, serupa macam daun2 kayu woooo.."

Kebetulan, seminggu lalu, seorang bekas Menteri Kewangan yang haramkan slot machine masa dia jadi menteri, beritahu saya, judi slot machine kini berleluasa semula.

Katanya, ada seorang tauke (Cina) dianggarkan membuat keuntungan RM100 juta sebulan daripada mesin slot.

Kalau dibagi lesen judi, orang cacat pengelihatan pun boleh jadi kaya raya.

Ini ada kaitan dengan isu Bumiputera Warga Ekonomi Kelas Tiga, khasnya yang beragama Islam.

Banyak kegiatan ekonomi lumayan di negara kita orang Islam tak boleh (tak sanggup) ambil bahagian macam judi dan arak. Bidang ini eksklusif untuk bukan Islam/bukan Melayu. Itupun ada yang kata Melayu tekan mereka.

Yang haram macam dadah dan pelacuran pun jana kekayaan kepada kaum dan individu yang dalam khazanah katanya tidak ada istilah halal dan haram. Yang ada adalah duit dan keuntungan.

Wallahualam.

Rosiah Ismail said...

SALAM DATO. Calun itu lebih penting dari parti kedua-dua nya sama penting parti ada jawatankuasanya untuk memilih calun dan rakyat ada kuasa untuk mengundi calun yang dipilih oleh parti jika parti salah pilih calun merana la parti tersebut jika rakyat salah memilih calun merana juga untuk tempoh selama mana dia menjadi YB dan rakyat gigit jari la sepanjang masa tersebut.
Konsep nya mudah saja rakyat la jadi penentu dan rakyat juga yang akan terima musibah nya jika salah memilih calun. Ada pembahas menyatakan supaya saya tetap memilih BN/UMNO itu satu rayuan yang patut diberi perhatian yang srius kerana parti tersebut dalam keadaan separuh nazak jika ikut tradisi melayu kalau orang dah separuh nazak mereka adakan himpunan keluarga atau jemput orang2 kampong untuk baca yasin betul ke dato saya tak pasti tapi memang begitu la budaya nya. Siapakah yang nak selamatkan UMNO/BN hanya rakyat sahaja. Sekarang ini UMNO/BN pun menghapi masaalah dengan pelbagai isu seperti isu PENJUAL karpet dan tanah yang masih beku tapi panas..setekat ini dulu dato jumpa lagi wassalam..

TOOLBOX said...

Datuk

1. "Ramai mungkin mendapati jalan cerita dan watak-watak dalam “reality show” itu memualkan, tetapi itulah realiti “pertunjukan sebenar”."

Sehingga tarikh komen ini dan dengan terbitnya Black Rose 1.0 nampaknya masih tiada sebarang respon berbentuk penafian atau tindakan samada oleh tuan punya badan atau menteri yang bertanggungjawab di KDN sedikit sebanyak ianya mempengaruhi persepsi khalayak terhadap reality show tersebut.

2. "Jadi, elok sangatlah proses penapisan calon diperketat dan dilaksanakan dengan telus dan diyakini. Seelok-eloknya calon mestilah bersih, sihat tubuh badan dan akal, baik budi pekerti dan berhemah tinggi."

Pendapat saya jika kayu reput, kayu hanyut, paku karat dan paku longgar yang Datuk sebut masih mampu melepasi tapisan berkenaan, khalayak akan beranggapan bahawa ianya hanya bersifat kosmetik sahaja; bukan bertujuan untuk perubahan secara total. Sama seperti penubuhan berbagai suruhanjaya sebelum ini yang bukan saja dipersenda oleh pembangkang malah dipertikaikan oleh beberapa pemimpin kerajaan.

3. Berbalik kepada persoalan calon atau parti saya bersetuju dengan pandangan Datuk; "orang cerdik dan orang bersih tidak berminat menyertai politik atau mereka tidak diterima oleh kepemimpinan parti", akibatnya seperti yang Datuk sebut sebelum ini; "kita benar-benar ketandusan kepemimpinan sehingga tidak ada lagi orang baik, orang bersih dan orang cerdik yang boleh kita pilih memimpin".

4. Pendapat saya PRU13 pengundi Bumiputera Islam rasanya akan terus meletakkan faktor pembangunan di depan faktor calon terutama di kubu kuat kerajaan.

Toolbox

Rosiah Ismail said...

Salam dato. Apakah dalam memilih calun untuk menjadi wakil rakyat kita juga tersenarai sebagai warga pengundi kelas ketiga juga ke tanpa meneliti calun itu kita pilih dan apabila sudah dipilih tak buat kerja asyik jual air liur sahaja....kadang2 kita pening dah ada PERKASA timbul lagi JARINGAN pula akhir sekali kena pecat dari pas timbul pula JATI semuanya al-konon2 nya nak jaga hak2 orang melayu akan tetapi melayu sama sahaja tiada perubahan dari segi sikap dan juga cara untuk hidup. Dato baruu2 ini saya ada masuk dalam cyber cafee kawasan itu majoriti nya cina sedikit india melayu kurang sangat tapi yang pelik nya pengunjung nya ramai remaja melayu khususnya para pelajar mungkin tingkatan satu hingga ketingkatan lima sungguh asyik bermain game dengan suara terjerit termasuk la bahasa kesat yang terkeluar dari mulut mereka2 ini apakah ini juga kesan dari salah memilih calun wakil rakyat yang banyak jadi yes man didewan rakyat.Oh ini la nasib kita dato. Jumpa lagi wassalam...

Lahuma said...

Dato.

Isu Amanat Hadi.

Kita buang masa saja.
Anggaplah amanat hadi ini sebagai sekim cepat kaya.
Pelabur yg tak ada ilmu gopoh,gelojoh,ego ,jahil kena musibah.

Kesihan pada cikgu yg tulis buku kafir kah aku.
Memang betul pun bukan semua cikgu cerdik dan berilmu.Kebetulan jadi cikgu.

Inilah puncanya terima bulat-bulat amanah orang.Sesal kemudian tak berguna dan memalukan diri sendiri sahaja.

Sebab itu faktor calon amat-amat penting.agar segala unsur sekim cepat kaya yang menghantui fikiran orang Melayu/Isam dikuburkan.

Jadilah manusia Melayu/Islam yang berilmu dan berakal mampu berfikir.Barulah tidak ada lagi sekim cepat kaya dala pembohongan politik.Menjelang PRU 13 tak adalah pujuk rayu.lebut tengkok,bodek rakyat,serang lawan.Rakyat kena stabil pemerhatian rentak pemimpin politil kini.

Rakyat jangan di buli dan di jual beli.

Calon penting.Parti kemudian

Terima kasih..








Saji said...

Salam Dakj

Saya pilih parti dan calun parti yang masih kuat dengan idelisme yang diperjuangkannya dan sesuai dengan idelisme saya.Kebetulan saya mengundi di Parlimen Titiwangsa yang saya rasa tidak ada masalah dengannya.

,,,SAJI

awangbatuburok said...

Salam sejahtera Datuk,

Majoriti pengundi dinegara Malaysia masih terkongkong dalam kepompong politik taksub-kepartian dan perkauman. Inilah realiti yang tidak dapat dinafikan.

Para pengundi perlu diberi hak seadilnya untuk memilih wakil mereka (nama pun wakil rakyat) dengan diberi peluang untuk mendapat maklumat secara telus dan seimbang dari media milik rakyat seperti RTM dan seumpamanya. Kalau media milik rakyat dijadikan alat menyebarkan propaganda sebelah pihak sahaja bagaimana rakyat akan dapat menilai calun mana dan parti mana yang lebih baik; umpama memaksa pelajar mengambil peperiksaan tanpa diberi peluang untuk mengulangkaji dan mengetahui apa sukatan dan tajuk yang akan diuji.

Amat malang sekali setelah lebih 50tahun merdeka sistem PRU kita masih kuno dan lebih rendah dari kelas tiga.....wallahualam.

abdullahngah said...

Ukuran buruk baik seseorang itu berbeza satu sama lain.

Orang baik pada Datuk ialah orang yang tidak langgar undang undang.

Bermakna Datuk Seri Mohd Najib orang baiklah.

Bukan setakat baik saja malah beliau orang cerdik.

Pendek kata para pemimpin umno hari boleh dikatakan beik belaka. mulut manis.

Janji itu dan janji ini untuk membela rakyat jelata. Tapi melayu hidup derita.

Rakyat jelata juga kata Najib baik, kerana dapat wang RM 500.

Atas sebab itulah Datuk tak lari dari umno. Undi, saya tak tahu.

Nampak gaya datuk pilih calon bukan pilih parti.

itulah ukuran datuk pada kerajaan yang memerintah sekarang.

Semua mahu orang baik. mana ada orang suka pada oranh jahat.

Tetapi kita kena ingat orang baik pada kita mungkin tidak baik pada orang lain.

Oleh itu untuk menilai orang baik kena ikut ajaran islam.

Orang baik orang yang ikut perintah Allah dan Rasul.

Jika mereka tak ikut perintah Allah jelas mereka itu orang jahat.

Bukan setakat itu saja, mereka zalim, walaupun buat baik dengan rakyat jelata.beri itu dan beri ini.

Sebab itu, umno walaupun pada asalnya bertujuan baik, tetapi sekarang umno jadi parti tempat orang baik beruk dan kecing.

Malah umno sudah jadi parti tong tahi, kerana para pemimpin yang baik dan cerdek beruk didalamnya. penuhnya dengan tahi.

Barasianapa yang masuk umno dan sokong umno, maka mereka masuk dalam tong tahi dan sokong tahi dilomur pada tubuh para pemimpin yang dianggap baik den cerdik.

XERONINE said...

Assalamualaikum Datuk ...

Parti pun ye ... calun pun ye ... tengok keadaan ...

To saudara Doncincai yang membuatkan saya tersedak ... saya tambah sikit lagi ... kecik-kecik main tembak-tembak di computer games ... dah besar main tembak-tembak di slot machine ...

... ilal liqa' biizniLLAH

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Kalau di Australia yg telah terbukti mempunyi sistem tadbir urus yg adil, telus, bersih dan cekap tak kira yg memang tu parti buruh atau parti konsovertif mungkin pengundi sangat berkira soal calon.

Tapi kalau di Malaysia. UMNOBN itu sinonim dgn half past six, pendakwaan terpilih, hakim yg berat sebelah, kontrek dgn kroni yg berat sebelah merugikan rakyat,gaji purata Melayu di biarkan rendah supaya sentiasa bergantung dgn.
belas kasihan kerajaan UMNOBN, hospital kerajaan yg daif, sekolah kerajaan yg tak de duit nak tukar kerusi meja, terpaksa minta sedekah pd org polutik rasuah UMNO BN melalui PIBG, anak muda Melayu yg berhutang berbillion rgt pd PTPTN dll.

Oleh yg demikian calon UMNOBN hendaklah ditolak secara BORONGAN dan kita beri peluang pulak pd parti lain

Apa yg sdr Lahuma cakap tu memang benar. Soal AMANAT HADI tu soal kecil, jangan difikirkan sebab kita asal lahir Islam, nama Islam dah guarantee Islam lah tu. Kata siapa? tentulah kata pemimpin UMNO serta burung kakaktua mereka. Tapi sebagai org yg tak tinggi pengetahwan Islam saya nak bertanya OKJ dan Lahuma kenapa sebelum pengantin dinikahkan , tok kadi ketuai majlis mengucap dua kalimah?

Jadi jangan ambil ringan soal akidah yg cuba di peringatkan memalui AMANAT HADI..

Kenapa undang2 penjajah Inggeris boleh kita ikut tanpa soal jawab tapi bila ada suara yg hendak undang2 Islam maka orang yg mengaku Islam tanpa malu pd Allah menolak terang2an dgn pelbagai alasan.

Kalau Melayu Islam bersatu, hendak Islam sebenar.maka kafir yg bernama CSL, KARPAL,LGE atau siapa saja akan akur.Kalau UMNO tak nak ikut Islam sepenuhnya jangan pulak letak kesalahan pd AMANAT HAD atau pd PAS.

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato'dgn. izin.

Saya pilih parti. Sebuah parti ialah satu pasukan yang akan menentukan masa depan negara dan rakyat berasaskan undang2 negara tertinggi,Perlembagaan Negara.

Yang pasti saya TIDAK AKAN PILIH parti yang dipimpin oleh orang yg. sombong dan bongkak. Orang yg.sanggup menghina ALLAH dgn. mengatakan Allah pun mencarut hanya kerana nak mempertahankan kejijikan buku Shahnum Ahmad, Shit (tahi) ,menghina Nabi Muhammad sebagai dilahirkan sama dgn.mamat2 yang lain, mempersendakan Allah dgn. mengatakan Allah duduk bersila di atas arasyh,mengkafirkan sesama Islam.Tidak ada pendirian. Dulu memperjuangkan negara Islam, membangun bersama Islam skrg. memperjuangkan Negara berkebajikan. Bersengkokol dgn. parti yang terang2 anti Islam.

Tidak juga parti yang dipimpin oleh anak beranak.Pemimpin yang moralnya
amat 'diragui kesucianya'. Moral tercalar di mana2. Kelihatan terlalu liberal termasuk hal2 agama Islam. Orang yang tidak segan silu menghina negara sendiri di luar negara. Orang yang suka meminta pertolongan orang luar untuk menjahanamkan negara sendiri.

Jauh sekali parti perkauman. Jelas membenci Islam dan orang2 Melayu. Pandai bermuka-muka hingga sanggup membaca sepotong dua ayat Qur'an walaupun TIDAK percaya denganya. Hinggakan tersungkur sebuah parti Islam (konon)yang gagah (dulu) di kakinya.

Kalau begitu parti mana ? Tak lain tak bukan BN !!!! UMNO !!!!! Sama samalah kita berjuang wahai parti parti dlm BN.Kita bina sebuah negar yang aman dan damai.

Terlentang minum embun,tersungkur makan tanah, namun di PRU 13 nanti pangkah BN. Hidup BN!!!,hidup UMNO !!!

Salam hormat,
Lat Juno

Prince of Noob said...

saya setuju dengan faktor calon lebih penting, dan kalau nak mengundi nanti pun saya akan tengok latar belakang dan prestasi calon itu sendiri, tak kira la dia tu dari bn ke, pr ke, yg penting dia ada ketokohan dan boleh buat kerja untuk kawasan yang diwakilinya. dan kalau kerusi bn dan pr 50-50 di parlimen, saya sokong kalau wujudkan kerajaan campuran, biar masing2 rasa tak begitu berkuasa dan kurangla rasa angkuh dan riak.

Prince Noob

x-umno said...

Sdr Doncin Cai, antara lain, menulis: " untuk pembahas2 di sini, try2 le luangkan masa untuk singgah di premis "slot machine" ini, agar dapat menyaksikan bagaimana Melayu yang di katakan third class, cuma menganggap duit yang di cari, serupa macam daun2 kayu woooo.."

Tak payah cakap. Rakyat semua tahu. Pemimpin setempat sahaja buat-buat tak tahu. Bukan orang Melayu sahaja yang tahi judi. Semua bangsa ada.

Kaki judi ini kategori takda kelas. Sama macam pemimpin Islam yang bagi pada tokey judi bukit tinggi selama 999 tahun atau yang luluskan semua lesen judi di Malaysia ini.

Sejak KPN bertukar baru dan undang-undang buang daerah dimansuhkan, judi haram ini mula tumbuh bagai cendawan lepas hujan.

Polis atau Majlis Tempatan atau Ketua Bahagian yang melindunginya, tiadalah kita rakyat biasa ini yang berani menuduh.

Umpama mentimun dengan durian. Digelek kita luka, menggelek pun kita luka.

Yang pasti, ini kelemahan pemerintah sedia ada.

Undilah parti pembangkang pula ....

Abd Rahim Ahmad said...

Y. Bhg Dato'@ Massalah kita yang dok bercakap banyak ini, kebanyakan adalah pemerhati diluar gelanggang. Kita hanya melihat dari tepi gelanggang. Samada kita takut, tak berani , malas atau tak yakin untuk masuk bersilat dalam gelanggang. Kita dok buat komen bermacam tetapi pesilat-pesilat dalam gelanggang tak peduli kepada kita pun. Akhirnya kita jadi kecewa kerana pesilat pilehan kita tewas atau tidak bersilat ikut rentak yang kita mahu.

2. Kalau nak rasa sakit atau tidak, beranikan diri masuk dalam gelanggang dan bersilatlah sebaik mungkin untuk menepis sepakan atau terjahan lawan yang lain. Kalau kita rasa boleh masuklah Parti yang kita yakin boleh memperjuangkan idealisma kita.

Iklas,
Rahim

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Hanya orang yang tidak beriman serta tidak bertaqwa kepada Allah SWT yang tergamak memilih orang kafir sperti Chua Soi Lek yang sudah terbukti berfiil perangai lucah sebagai pemimpinnya, tetapi sebaliknya dia tergamak pula menolak seorang ulama Rabbani seperti TG Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Alangkah hinanya seorang Melayu Islam solih yang bernama Nik Aziz pada sisinya; dan alangkah mulianya seorang Cina kafir tolih yang bernama Chua Soi Lek pada sisinya.

Sebagai individu Muslim yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, saya secara peribadi berpegang teguh pada matlamat mendapat 'redho' Allah dalam setiap peri laku dan gerak-geri saya, lebih-lebih lagi dalam memilih pemimpin dan kerajaan.

Oleh sebab di negara kita ini, hanya PAS merupakan parti Islam yang berhasrat menjunjung tinggi akan Titah Perintah Allah SWT, maka wajib bagi saya mengundi calon daripada parti PAS. Semua parti lain, termasuk parti OKJ dan Lat Juno, ialah parti politik sekular lagi fasiq. Malang sungguh, terlentang minum embun, tersungkur makan tanah, tetapi hanya sekadar memangkah parti fasiq.

Akhir kata, keimanan serta keyakinan saya kepada al-Quran teguh seteguh-teguhnya. Oleh yang demikian, saya menyeru saudara saudari sekalian menghayati Ayat 124 daripada Surah an-Nisa'. Natijahnya, saya yakin, semua orang yang beriman dengan al-Quran, pasti akan menyokong perjuangan PAS, insya-Allah.

Wassalam. Tolong maafi saya. Saya ikhlas.

Wira Jaya said...

Salam Dato'

Mengambilkira konteks politik Malaysia, saya memilih UMNO/BN bagi menjamin survival orang Melayu. Namun faktor iklim politik semasa menyebabkan UMNO/BN akan menempuh junam maut jika tidak cermat dalam memilih calon-calon mereka bertanding dalam pilihanraya.

Percayalah jika Allah SWT ingin mendatangkan musibah kepada sesuatu umat, akan dihantarNya pemimpin yang zalim sebagai ketua. Kepada mereka yang terpekik terlolong mengecam kerajaan kroni, rasuah dll. Tapi bila anak nak masuk U cari org politik suruh rekomen. Nak tukar anak yg bekerja di Sabah dan Sarawak ke Semenanjung minta tolong kroni. Bila polis trafik tangkap tak ada lesen memandu, cepat-cepat hulur RM 10. Kontraktor kelas F yg baru balik haji, hulur RM 30 kat budak peon pejabat supaya 'adjust' fail permohonan tender. (Lari tajuk sikit nih, apapun inilah Melayuku)

Bukan nak membela kemaksiatan pemimpin tetapi yang pasti peliwat, pembunuh C4, penipu harta, pencela, peminum arak, penzina akan masuk neraka kalau tak bertaubat. Dalam masa yang sama ada cara nak berinteraksi dengan pemimpin, ada hak-hak pemimpin dan ada hak-hak rakyat seperti mana yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, cuma lantaran segan nak belajar ramai yang keliru, malah memburukkan keadaan terdapat sesetengah pemuka agama yang mendoktrinasikan/mengelirukan agama Islam mengikut versi mereka sendiri. Namun saya percaya ramai rakyat Malaysia yang masih waras dan tahu letak duduk perkara sebenar.

Semoga Allah SWT terus merahmati negara Malaysia ini dengan mengurniakan pemimpin yang baik

JohorMali said...

Siapakah ulama Rabbani, siapakah insan bernama Nik Aziz?
Siapakah beriman dengan Al Quran, siapakah insan yang sentiasa mentafsir ikut hawa nafsu,
Siapakah yang anuti politik fasiq, dan siapakah yang sedang bercengkerama dengan parti fasiq?
Natijahnya, jangan sewenang wenangnya berselindung dan mempergunakan agama saya, Islam, untuk caci, cerca, hina umat Islam ysng tidak senang dengan satu kumpulan siasah bernama PAS

x-umno said...

"Wira Jaya said...Mengambilkira konteks politik Malaysia, saya memilih UMNO/BN bagi menjamin survival orang Melayu....."

Boleh jelaskan survival tu?

Kalau survival bermakna Melayu boleh mintak tolong kroni, takut kena pindah kerja, kelas F, rasuah dan sewaktu dengannya.... maka tak hairanlah saudara akan undi BN.

Saya bagi contoh sedikit. Survival yg telah dibuat oleh BN.
1. Buang nama Melayu dalam bahasa dan negara. Penjajah pun tak berani buat. Mandarin, Tamil, urdhu etc tetap tak diubah. B.Melayu dan semenanjung tanah Melayu diubah dengan dibuang Melayunya. Perpaduan konon.
2. Bahasa apa yang diutamakan sekarang untuk hidup bekerja di Malaysia atau dulunya dikenali Tanah Melayu?
3. Mana lebih tinggi nilainya. Tanah yang dikurnia pada Melayu atau Tanah Melayu yg diberi kepada bukan Melayu?
4. Mana lebih kekal lama. Pajakan tanah kerajaan pada Melayu atau bukan Melayu? Klu: Genting Highland.
5. Apa kata pemimpin UMNO bila berucap di Majlis bukan Melayu?
6. Kerajaan manakah yang memberikan kerakyatan dan status kaum bukan Melayu kepada Melayu? Indon jadi Melayu, Kutty jadi Melayu, Tak lahir di Tanah Melayu jadi Melayu, bla bla bla

Janganlah cerita survival Melayu kalau tidak tahu bagaimana derita kami Orang Melayu yang menunggu lebih 400 tahun untuk hidup di Tanah Melayu yang merdeka ini. Sedangkan berjuta pekerja import diberi kerakyatan sewenang-wenangnya oleh BN.

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato' dgn. izin.

Yangretibase kata," Semua parti lain termasuk parti OKJ dan Lat Juno ialah parti politik sekular lagi fasiq." Saya pasti yang dimaksudkan ialah UMNO.

Saya minta yangretibase dan yang sependapat dgnnya, Din Melaka ikut serta bagus jugak, berikan fakta2 berasaskan Al Qur'an dan Hadis kenapa Yangretibase kata UMNO fasiq.

Yang duk bersahabat dgn dua parti fasiq lain tu, hukumnya macamana pulak ?

Saya akan jawap dan ulas kemudian.

Salam hormat.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Tak payah susah2 cari bukti bertulis. Cuba tenguk bangunan perniagaan di semua bandar di Malaysia 99% milik bukan Melayu. Nilainya bukan million tapi billion.....milik Melayu mana ye..Takkan lah Melayu Pas atau Melayu Pkr pulak nak dipersalahkan selama lebih 55 tahun ni.

Ada orang kutuk pemimpin pembangkang sebagai sombong, bongkak, hina nabi, hina Allah
, melencung dari perjuangan Islam yg asal mengkafirkan sesama umat Islam, tunduk pd kafir DAP dll.,

Yg hairannya siapa kata pemimpin pembangkang tu sombong dan bongkak kalau bukan hanya fitnah media. Siapa kata pemimpin PAS hina Allah, nabi dan mengkafirkan sesama Islam kalau bukan kerja jahat orang media UMNOBN!!!. Pernah kah media kerajaan beri peluang kpd yg tertuduh buat penjelasan

Apa guna kita diberi otak kalau tak boleh cari kebenaran sendiritanpa terus percaya bulat2 atau bergantung pd satu sumber maklumat iaitu media kepunyaan parti fasiq UMNOBN shj?

Ertinya yg punya diri tak punya otak atau kalau ada pun jenis otak pembelit tak mau kebenaran.

Yg menyakitkan hati kanapa org yg sama diam seribu bahasa terhadap segala kejahatan, pembohongan, dan terkini kesamsenganpemimpin UMNOBN?

Konon demi survival Melayu....yg macam mana? Yg kais pagi makan pagi?.

Saya berdoa tak ramai yg punya prinsip hidup macam OKJ, LAT JUNO dan WIRA JAYA.

Mantinns said...

Elok juga bua5 seperti di Libya yang memperuntukkan kerusi untuk calon bukan parti di beberapa kawasan mengundi.

Saji said...

Sdr Lat Juno

"Yang pasti saya TIDAK AKAN PILIH parti yang dipimpin oleh orang yg. sombong dan bongkak. Orang yg.sanggup menghina ALLAH dgn. mengatakan Allah pun mencarut hanya kerana nak mempertahankan kejijikan buku Shahnum Ahmad, Shit (tahi) ,menghina Nabi Muhammad sebagai dilahirkan sama dgn.mamat2 yang lain, mempersendakan Allah dgn. mengatakan Allah duduk bersila di atas arasyh,mengkafirkan sesama Islam.Tidak ada pendirian. Dulu memperjuangkan negara Islam, membangun bersama Islam skrg. memperjuangkan Negara berkebajikan. Bersengkokol dgn. parti yang terang2 anti Islam."

Kalau sdr seorang Jeneral askar yang sedang mengetui peperangan tiba2 sdr dapati musuh terlalu kuat, adakah sdr terus melawan musuh atau berundur dulu dengan berazam menyambung semula perang untuk mengalahkan musuh ?


...SAJI

Rosiah Ismail said...

Salam kepada dato dan juga kepada semua yang ada di ruangan bahas dato. Tugas pemilih adalah amat berat berbanding calun kerana kepada pemilih diletakan 100% tanggungjawab untuk memilih calun menjadi wakil rakyat jika salah memilih maka buruk padahnya dan musibah yang akan diterima jangan fikir kalau calun itu memang kaki rasuah kaki betina kemudian di undi oleh pemilih calun itu menang dan kita tidak dipertanggungjawabkan. Sebelum memilih calun para pemilih mesti tahu akan peribadinya cara kerjanya hartanya dari mana dia dapat pasti soalan mungkar nangkir sedang menunggu para pemilih sekira nya para pemilih memang sudah mengetahui akan perihal si calun tersebut...kepada yang menjadi calun hati2 rakyat malaysia sudah bijak maklumat sudah ada didalam kepala masing2 para pemimpin parti juga kena hati2 meletakan calun kerana jika calun itu memang tidak baik dia akan ditolak oleh para pemilih...jadi kena selidiki siapa calun itu..sekian dato nak kerja dulu cari fulus...wassalam.

Lahuma said...

Dato.

Bahan sumber politik PRU 13.
Dato,
Kalau ada masa lapang atau hendak memanjangkan lagi isu dan judul ini apa kata menjelang PRU 13 ini Dato terbitkan satu buku yang judulnya FAKTOR CALON LEBIH PENTING untuk santapan minda dan jiwa para pengundi.

Lagi pun banyak pembahas setia dan kurang setia Dato meyokong saranan Dato .

Rasanya InsyaAllah buku akan laris macam goreng pisang dikalangan pembaca.Kalau bagi percuma lagi bagus.

Setidak-setidaknya buku Dato ini jadi sumber pelajar aliran politik di IPT dan pengamal politik kita.

Kita semua kena ingat dan ambii tahu bahawa 40% pengundi Malaysia adalah atas pagar tanpa parti.

40% itu banyak jangan pandang sebelah mata.Mereka ini tidak terikat dengan Amanat Hadi atau mana -mana amanat PKR,UMNO,DAP,MCA,MIC,Gerakan atau PBB,SUPP.

Lagi satu orang Melayu yang hendak mengundi nanti kena juga ambil tahu bahawa 170 kerusi adalah kawasan majoriti orang Melayu.

Dalam tangan kalau Melayu tidak celaru dengan kepentingan masing-masing.

Takpayah lah hendak tiru cara Mesir ,Tunusia,Libya atau Syria.
Orang Arab memang suka gaduh sejak dari dulu lagi.Melayu jangan tiru perangai Arab.Rugi agama dan bangsa.

Apa lah yang ada ceramah parti Melayu dan separuh Melayu pun banyak bicara tentang hilangnya KEHORMATAN DIRI sesama sendiri.

Rumusan nya kehormatan diri masing-masing berada dihujung tanduk.

Apa rakyat dan pengundi kena buat ialah undi calon yang baik-baik.Parti hanyalah pakaian mereka.

Terima kasih..

abdullahngah said...

Ukuran baik buruk seseorang menurut manusia adalah "relatif"Ini buklan hakiki sepertimana yang dinyatakan Allah.

Sememangnya tidak boleh pakai, kerana manusia yang menilai itu juga "dua kali lima".

Sama ada pilih calon ke sama saja. Ia tidak boleh berubah.

Orang jahat, jika berbakti, terutama memberi wang atau kemudahan kemudahan lain pasti dianggap baik.

Sebab itu hari ini 90 peratus rakyat jelata, terutama yang mengaku islam jadi mangsa penipuan.

Orang jahat sanggup bersumpah dengan nama Allah untuk menyakinkan rakyat yang dia berada dipihak yang benar.

Sebab itu Allah larang kita bersumpah dengan nama Allah, kerana kebanyakan sumpah yang dilakukan oleh manusia dusta belaka.

Tok Hakim mahkamah dikatakan sangat tidak senang hati dengan saksi skasi yang bersumpah dengan nama Allah.

Kesimpulannya, manusia tidak boleh kenalpasti calon itu baik dan calon jahat, kerana berlakon untuk jadi baik agar dapat undi.

Beri wang RM 500 kepada rakyat juga suatu lakonan yang membuat rakyat "salahpilih", sedangkan pilihcalon ini bukan perkara kecil.

Ia sangat besar. Bayangkan untuk beri amanah kepada calon yang kita undi. Tiba tiba calon yang kita pilih dan menang itu tidak amanah.

Jika pemimpin yang kita undi itu tidak amanah, maka dosa kita sama juga dengan dosanya. Ini bukan boleh main main.

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato' dgn. izin,

Terima kasih kpd. Sdr. SAJI kerana merujuk tulisan saya.

Sebagai seorang General, kalau mendapati musuh terlalu kuat,saya akan menilai keadaan.

Kalau musuh dikepalai oleh General LGE atau setara,saya akan berjuang terus kerana ini adalah JIHAD.Biar berputih tulang jangan berputih mata.Biar mati berkalang tanah dari hidup bercermin bangkai.

Kalau musuh dikepalai oleh General TGHA,saya undur dan berunding. Kerana dia memimpin tentera Islam seperti saya tetapi telah tergoda dek sepotong dua ayat Qur'an yg. dibaca oleh orang kanan General LGE dan LGE dilantik sebagai OMAR ABDUL AZIZ yg.masih kafir.Kalau TGHA tak nak berunding saya akan perangi tenteranya habis-habisan.Gengam bara api biar sampai jadi arang.

Kalau bersamanya ada LGE dan DSAI saya akan berjuang ke titisan darah yang terakhir kerana ini jugak JIHAD.Tetapi kalau bersama mereka ada GS, saya akan undur.Saya akan menyerah kalah kerana saya pasti akan kalah secara fizikal. Mungkin hancur lebur.

Sebelum saya dihukum bunuh,saya akan berdoa kpd ALLAH agar memberikan pembalasan yang setimpal kerana mereka bersengkokol dgn.orang2 kafir memerangi orang2 Islam.

Salam hormat.

mtgbertam said...

Ketika parlimen meluluskan sesuatu peraturan yang menekan rakyat, apakah yb2 pemerintah ada yang berani bersuara menyongsang? Atau jaga periuk nasi dan kedudukan dalam parti?

Cth, ppsmi, gst. Banyak lagi tapi pikir yang tu dulu.

Wira Jaya said...

Golongan mana yang dakwa pegang tiket ke syurga? Golongan mana yang mengkafirkan orang sesuka hati? Golongan mana yang menggunakan mimbar masjid mengeji dan mencela orang? Golongan mana yang menyalahguna ayat-ayat al-Quran bagi menyokong perjuangan mereka yang batil? Apakah perjuangan politik mereka selaras dengan sunnah Rasullullah, sahabat, tabiin dan tabiut tabiin?

Ini adalah persoalan tauhid tetapi diketepikan oleh sesetengah golongan politik yang bertopengkan agama. Sayang, kononnya berteraskan Islam tetapi merojakkan agama dengan falsafah, logik akal dan terperangkap dengan dakyah Yahudi. Akibatnya orang-orang seperti Din Melaka turut terkeliru dan jadi taksub tahap dewa. Belum apa-apa mazahir Islam dah fail.

Pergilah cari guru-guru yang mursyid utk belajar agama dan sejarah Islam bukannya dok bawah dagu tok-tok guru yang meniupkan ratib perpecahan dan kebencian sesama ummah. Ya, dosa maksiat sendiri tanggung waima pemimpin atau rakyat tetapi dalam masa yang sama Sahih Bukhari dan Muslim serta sunan sittah banyak meriwayatkan hadith-hadith berkaitan dengan hubungan pemerintah dan rakyat. Tapi apakah perlu mewujudkan satu kedosaan untuk menghapuskan kedosaan yang lain?

Yangretibase said...

Assalamualaikum Lat Juno, DAKJ dan semua,

Berikut ialah jawapan saya kepada Lat Juno yang meminta saya membuktikan bahawa UMNO itu fasiq bernaskan al-Quran dan al-hadith. Namun, cukup memadalah untuk saya membuktikannya berdasarkan nas al-Quran sahaja.

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman dalam Surah al-Maidah: 44 yang bermaksud "barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh-Nya, maka mereka itu 'kafir'".

Berdasarkan Ayat 44 al-Maidah ini, oleh sebab kerajaan UMNO 'tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah SWT, maka jatuh kafirlah UMNO. UMNO memang sengaja tidak melaksanakan sistem pemerintahan Islam yang perlembagaannya berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah, tetapi sebaliknya kerajaan UMNO mengguna pakai perlembagaan sekular yang digubal oleh manusia sekular.

Kemudian, firman Allah dalam Ayat 45 daripada Surah yang sama bermaksud bahawa "barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu 'zalim'". Pengertian daripada maksud Ayat ini menunjukkan bahawa UMNO itu bersifat zalim.

Seterusnya, firman Allah dalam Ayat 47 daripada Surah al-Maidah juga yang bermaksud bahawa "barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu 'FASIQ'.

Sangat jelas daripada pengertian daripada maksud Ayat 47 al-Maidah ini bahawa UMNO itu 'FASIQ'.

Secara peribadi saya berpendapat bahawa sekiranya UMNO tidak jatuh kafir sekalipun, UMNO sahlah sebuah parti fasiq dan kerajaan FASIQ. Maka secara langsung, manusia yang bersekongkol serta bersubahat secara membabi buta dengan parti fasiq dan kerajaan fasiq itu menjadi fasiq semuanya.
Ingatlah bahawa tempat kembali manusia fasiq ialah neraka.

Ayat-Ayat al-Maidah 48 dan 49 juga sangat berkaitan. Di samping itu, silalah saudara Lat Juno meneliti Ayat 2 dan 3 daripada Surah Ibrahim.

Marilah kita umat Islam Malaysia semua beriman serta beramal secara holistiknya dengan kesemua 6,236 Ayat al-Quran. Sesungguhnya, Allah SWT tidak sekali-kali memerintahkan manusia melakukan sesuatu yang manusia tidak berupaya melakukannya. Mahasuci Allah daripada sifat zalim.

Tolong jaga 'masa depan' haqiqi kita 'di sana'. Semoga kita selamat sejahtera di sana, insya-Allah.

Wassalam. Maafi saya. Saya ikhlas.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Terima kasih kpd Yangretibase bantu beri penjelasan kenapa UMNO dan yg menyokongnya digolongkan sebagai fasiq.

Memang pedas dan perit nak terima nasihat terutama yg sudah terlalu jauh terlanjur.

Kalau peristiwa bagaimana degil dan banyak soal jawab kaum Yahudi di zaman nabi Musa, yang memberi pelbagai alasan dan membuat soalan bodoh ketika di perintahkan oleh Allah berkorban seekor sapi maka fahamlah kita kenapa sangat susah nak buka pintu hati penyokong UMNO menerima kebaikan.

Beruntunglah mereka yg dulu terbabas tapi sekarang keluar meninggalkan UMNO.

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato'dgn. izin lagi,

Terima kasih kpd. Sdr.Yangretibase dan Sdr.Din Melaka memberi jawapan yg. baik kenapa UMNO kafir/ fasiq.

Ayat2 itu saya dah bincangkan dgn. kawan2 dlm. tahun 1973. Ustaz Fadhil Noor, Ustaz Ahmad Awang dan seorang lagi (lupa nama) adalah ustaz2 di UTM masa itu.Mereka tak terlibat.

PAS berada dlm. BN,1974-1977. Pesuruhjaya dan Ketua Dewan Ulama' PAS ketika itu ialah TGNA.

Kafir / Fasiq ke mereka selama 3 tahun bersama BN ?

BN ( UMNO ),pendapat saya, sebenar tidak mampu memutuskan mengikut apa yang ditentukan Allah berasaskan surah Al Maidah, ayat 44 . Undang2 berkenaan tidak ada . Tidak ada sesiapa yang mempunyai kepakaran untuk menggubalnya. Undang2 ini sebenarnya dlm.pembangunan.

PAS mampu.Maka terhasillah Rang Undang2 Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah ( Hudud & Qisas ) Terengganu. Dengar2 ianya dibuat oleh orang luar bukan dibuat oleh TGHA dan TGNA.

Ianya ditolak oleh Kerajaan Persekutuan.

Tun Mahathir kata," UMNO tidak menolak undang2 Hudud, tetapi kita,Kerajaan Persekutuan, menolak undang2 yg. dicipta oleh PAS atas kepentingan politik ." Disamping itu banyak kepincangan.

TGHA telah berjanji," Kalau PAS menang pilihanraya ini, sebelum ayam berkokok esok,kita akan laksanakan hukum hudud." Allah kabulkan impian PAS. Dari tahun 1999 - tahun 2004, memerintah Terengganu,TGHA tidak menunaikan janjinya. Dia hanya berbohong kpd. rakyat Terengganu.Ingatlah berbohong ialah salah satu sifat orang2 munafik.
PRU selepas itu Allah tamatkan pemerintahan PAS.Dikembalikan kpd. BN.

Berasas juga kata2 Tun Mahathir yg.rang hudud berkenaan dibuat oleh PAS atas kepentingan politik.

Apabila PAS bersama DAP ( yang lebih Islamik kata Din Melaka) dan PKR dlm satu bilik tidur,laungan hudud ini sayup2 kedengaran sekali sekala. Tak lama lagi mungkin tak kedengaran langsung.Terlentuklah seekor Harimau Malaya dlm. dakapan mesra DAP.Lenyaplah juga semangat Membangun Bersama Islam yang berkobar-kobar bersama ulikan mautnya.

Ucapan dasar Presiden dlm. muktamar pun dah hambar.Nak sebut hudud pun terketar-ketar.Apa tidaknya 'sahabat' sebelah sentiasa menjeleng dan berdehem.

Sekali-sekala beranikan diri,itupun setelah 'sahabat' angguk beri jalan." Hudud ni 0.001 peratus je dlm Islam," Kata TGHA dgn suara merendah diri.Sampuk Penghulu Kedah," Hudud ni perkara kecil dlm. Islam." Penghulu Perak pulak kata," Orang yang desak saya laksanakan Hudud di Perak ni nak lagakan antara kaum." Dgn. tergagap-gagap Penghulu Selangor kata," Macammana nak laksanakan hudud di Selangor.."

Amanat Haji Hadi telah menyebabkan banyak kemusnahan hubungan tali silaturrahim di Besut. Saya dan keluarga terlibat secara langsung.Pedihnya hingga terasa hingga sekarang.

Teringat sabda Nabi Muhammad," Tak masuk syurga orang2 yg.memutuskan tali silaturrahim." Tak masuk syurga tu,maknanya masuk neraka la kut.

PAS syok dlm.pelukan,belaian mesra dan kata2 cinta DAPPKR hingga semangat perjuangan Membangun Bersama Islam hanyut seperti kayu buruk di Sungai Klang yg.berlumpur.

Sdr.Yangretibase dan Sdr.Din Melaka serta kawan2 seperjuangan, kejutkanlah TGNA dan TGHA agar tersedar dari lena, ke Putra Jaya bersama DAPPKR hanya satu mimpi.

Nampaknya UMNO dan PAS. 2x5 dan 5x2.

Marilah kita bersama, UMNOPAS, menyusun balatentera berjuang dgn. gagah dan membentuk sebuah pemerintahan Islam yang sebenar.

Salam hormat.