Thursday, January 31, 2013

Masjid Ditentang, Universiti Ditatang


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

TAMPALAN ini sekadar menyuarakan ketakjuban saya terhadap sikap dan pemikiran sesetengah orang Malaysia mengenai dua perkembangan yang berasingan tetapi dengan kata kunci yang sama atau hampir sama iaitu Cina/China.

Apabila Persatuan Cina Islam Malaysia mengumumkan cadangan membina sebuah masjid sendiri di Kuala Lumpur dengan bercirikan reka bentuk Cina tidak berapa lama dulu, ada pihak menentangnya.

Alhamdulillah, bukan semua orang Islam yang tertutup hatinya dan Masjid Cina Islam Malaysia itu, insya-Allah, akan jadi kenyataan.

Orang yang menentang atau tidak menyetujui cadangan itu sama ada tidak tahu apa-apa mengenai Islam atau buta sejarah. Islam bukan untuk bangsa dan orang tertentu sahaja. Islam untuk semua yang beriman kepada Allah, Tuhan yang satu.

Hanya orang yang buta sejarah saja menentang cadangan masjid itu semata-mata kerana reka bentuk Cinanya. Mungkin mereka tidak tahu yang antara masjid tertua dan tercantik di dunia adalah di China.

Mungkin mereka juga tidak tahu bahawa Islam sampai ke China seawal 616-18 Masihi dibawa oleh sahabat-sahabat Rasulullah sendiri dan bilangan umat Islam China lebih ramai daripada orang Islam Malaysia. Menurut pusat penyelidikan Pew, berdasarkan bancian kerajaan China, ada kira-kira 22 juta orang Islam di negara itu.

Alhamdulillah, saya berkesempatan melawat beberapa buah masjid lama di Beijing dan sekitarnya beberapa tahun lalu. Saya amat kagum dengan sejarah dan reka bentuknya.

(Pemandangan di dalam sebuah masjid di Negeri China)

Anehnya, apabila Universiti Xiamen, China, mengumumkan cadangan membuka kampus di Malaysia, pelbagai pihak mengalu-alukannya. Saya tidak pula terbaca ada pihak yang membantah. Menurut laporan media, kampus di Salak Tinggi, Selangor, itu berupa kampus seberang laut pertama bagi sebuah institusi pengajian tinggi China.

Saya lebih selesa dengan sebuah masjid yang berekabentuk Cina dan dimiliki oleh orang Cina Islam Malaysia daripada sebuah institusi pengajian tinggi China atau mana-mana negara pun.

Saya tahu, semua orang Islam babas keluar masuk mengerjakan ibadat di sebuah masjid Cina Islam, tetapi sebuah universiti asing tentu ada agenda dan seleranya sendiri walaupun kampusnya di Malaysia.  Wallahualam.

30 comments:

Abgbent said...

Assalamualaikum, wbt Datuk KJ yang saya hormati,

Tampalan kali ini amat penuh makna dan memberikan mesej yang amat bermanafaat untuk renungan rakyat Malaysia...

Moga-moga adalah pihak atasan yang memahami dan seterusnya berupaya mengambil tindakan yang sewajarnya.

Abgbent

wankamarul701 said...

Salam Tuan.Agenda universiti apa sebenarnya? Macam universiti Singapore yang bercadang tubuh di Pulau Pinang.

Din Klang said...

Dato

GRO dan tukang urut warga Cina tidak di tentang oleh orang cina perempuan Malaysia walaupun dibawa masuk oleh geng DAP.

Cadangan MCA membawa masuk orang gaji warga Cina di tentang pula oleh mereka.

pelik tapi itulah kenyataan sikap double standard orang Cina Malaysia.

berbeza dengan sikap membabi buta fakta oleh orang Melayu Malaysia tentang Masjid dan Universiti Cina.

Unknown said...

Sejak 1953 pendidik-pendidik Cina telah memperjuangkan Universiti Merdeka beraliran Cina tetapi disekitar 1960an apabila kaum ini semakin galak membuat tuntutan mereka telah ditentang hebat oleh cendekiawan Melayu yang menganggap tuntutan ini sudah melampau.

Majalah Jiaoshi Zazhi (15/12/1974 : 15-24) menganggap penubuhuan universiti beraliran Cina ini sebagai usaha untuk mengukuhkan kepentingan orang Cina dan akan berperanan sebagai satu kubu pertahan bahasa dan budaya Cina untuk menentang ancaman dan pengaruh bahasa dan budaya Melayu. (Ref : Politik Dongjiaozong – dalam pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia).

Pada tahun 1968 di dalam perutusan sempena perayaan Tahun Baru Cina PM, Tunku Abdul Rahman telah menolak penubuhan Universiti Merdeka kerana menurut Tunku penubuhan ini akan menyebabkan penyokong-penyokongnya masih dianggap orang Cina dan bukan orang Malaysia.

Hari ini perjuangan golongan ini seperti pucuk dicita ulam mendatang

man dego said...

Salam universiti cina itu guna bahasa apa datok?

rozais al-anamy said...

Assalam Dato',
Saya perhatikan, semakin dekat dengan tarikh pilihanraya, semakin banyak pula keputusan pelik-pelik yang dibuat oleh pihak kerajaan - dari ura-ura pembinaan kuil terbesar di presint 20 putrajaya, sijil halal hindraf, dan hal ini pula.

Saya jadi terfikir, dalam keadaan waraskah semua keputusan ini dibuat? kalaupun pak menteri mamai semasa keputusan ini dibuat, takkanlah para penasihat pun turut lelap?

nonbal said...

Saya sangat bersetuju dan sangat mengiktiraf pandangan tuan... Kadang2 rakyat malaysia ni lebih takutkan kucing berbanding harimau, lebih takutkan hantu dari tuhan.... Wallahualam.

doncin cai said...

...
sebenonya, artikel ini, nak di tujukan kepada siapa ? kepada pihak mana ? betul, di tujukan kepada golongan yang menentang pembinaan mesjid yang di rancangkan, masalahnya siapa tu ?
adakah, yang ber ia ia setuju/tidak menghalang, pembinaan kampus universiti xiamen tu ialah mereka yang menentang pembinaan mesjid tadi, sebab cuma "pelbagai pihak" yang mengalu alukan untuk membuka kampus universiti tersebut...maksudnya, bukan semua pihak yang bersetuju...
kalau saya se orang sahaja yang blur, tentang hal ini... saya minta maaf

Mantinns said...

Ybhg Datuk,

Entahlah Datuk. Saya tidak pernah dengar pula ada orang bantah pembinaan masjid Cina di negara kita. Mungkin perkara ini tidak begitu besar sehingga sampai kepada orang ramai.

Lagipun, kita bukan tidak biasa dengan masjid yang dikaitkan dengan bangsa lain. Di tengah-tengah Kuala Lumpur ada Masjid India. Menjelang hari raya berduyun-duyun orang membanjiri Jalan Masjid India dan sembahyang di situ.

Di Pulau Pinang ada Masjid Kapitan Keling. Masjid yang bersejarah. Agaknya adakah datuk nenek kita pertikaikan kewujudan Masjid ini.

Di Kedah ada nama Kampung Masjid Jawa. Kalau kampungnyanama begitu sudah tentu ada masjid Jawanya. Kedah bukan ramai orang Jawa pun.

Yang saya tidak jumpa Masjid Melayu. Kalau ada Masjid Melayu tolong info saya.

Agaknya yang tentang itu orang UMNO kot. UMNO jugak yang kena. Kasihan dia.

Kita sudah tubuh Universiti Kebangsaan Malaysia. Kita tidak boleh bina Masjid Kebansaan Malaysia kerana masjid tiada kaitan dengan bangsa. Masjid tempat ibadat orang Islam. Kalau orang lain hendak guna perkataan masjid utuk merujuk tempat ibadat mereka bagaimana?

Wallahualam.

U.P

Saudara Doncin Cai

Saudata tuduh saya terlalu ghairah. Saudara kata saya komen dan buat ulasan dengan nama lain.
Saudara tuduh saya laju sangat.

Saudara tersalah indentiti.
Hati hati dengan identiti.

Identiti penting. Ramai orang yang terbunuh kerana tersalah identiti.

Ramai yang dapat mengundi kerana ada identiti card.

Saudara terlalu laju. Nasihat saya saudara perlahan sedikit membuat kesimpulan.

I closed my case. Keeps the change.










Mato said...

Agenda apa kebenda Pak Kadir? Nak bagi budak-budak belajar je la agendanya.

Yang universiti/kolej Islam dan sekolah pondok yang bersepah-sepah dengan tok guru import (overstay pakai sosial pass) dari pakistan, syria, indonesia dan patani tu agenda siapa pulak?

Yang mat saleh punya macam Nottingham University/ Monash dan terbaru Malborough kat Wilayah Iskandar tu agenda mat saleh nak jajah negara kita kot?

Orang Melayu memang kuat teori konspirasi. Dia nampak yang tak elok saja. Sebab tu Anwar Ibrahim nyawa politiknya panjang.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Setuju sangat2 dgn pendapat Dakj pasal masjid masyarakat Cina Islam yg rupanya lain dari masjid Melayu.

Malah lagi banyak masjid yg hendak dibina masyarakat Cina Islam lagi baik.

Secara tak langsung mereka boleh tayang pd Cina kafir yg berlumba2 pilih ugama kristian tapi degil betul nak terima Islam di Malaysia ni.

Atau bukan degil, tapi mereka keliru gara2 majoriti Melayu yg perintah negara dah berabad ni berperangai tak islamik langsung.

Kalau semakin ramai Cina faham dan anuti Islam setelah punya masjid sendiri, saya rasa gembiralah PAS dan PKR. dan sakitlah hati pemimpin tertentu UMNO yg sememangnya takut bila umat Islam benar2 faham dan praktik Islam.

Mantinns said...

Ybhg Datuk Kadir.

Tiada pemikiran di sini. Sekadar keluhan.

Malang nasib kita. Orang ambil kesempatan atas cita-cita kita. Apabila kita Kita bercita-cita untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi perubatan dan pelancongan kesihatan , orang bawa masuk tukang urut dan GRO dari luar negara atas tiket ini. (kata Din Klang)

Kita bercita-cita menjadikan negara sebagai pusat pendidikan di rantau ini, orang ceroboh dasar pendidikan kita. Kita buat universiti, kita jemput universiti luar buat kampus di sini. Mereka guna bahasa dan guna matawang mereka. Dengar khabar University Nottingham di Semenyih minta pelajar mereka bayar yuran dalam Pound Sterling. Bukankah ini mencabar kedaulatan negara.

Kita permudah visa pelajar. Orang bawa masuk Mat(a) Gelap Afrika. Bukannya semua Mat Gelap yang masuk i dengan visa pelajar belajar di universiti. Universiti Lagenda di Mantin dipenuhi Mat Gelap. Timbul gejala sosial hingga" berperang " dengan penduduk tempatan Pekan ini sudah jadi Chicago Malaysia. Pelajar tempatan sudah hilang selera belajar di sini dek terlalu ramai Mat Gelap.

Kehadiran mereka ini ramai hinga boleh buat liga bola sepak. Tahun lepas ada liga bola sepak negara-negara Afrika di Mantin . Gabungan pelajar Universiti Lagenda dan Nottingham University @Semenyih.

Wallahualam.

Iyola Jang.
Apo nak dikato.
Alahai anak omak.

Unknown said...

SALAM JUMAAT UNTUK DATO,MASJID ADALAH GUDANG ILMU SEMENTARA UNIVERSITI IALAH TEMPAT MENIMBA ILMU KEDUA-DUA NYA TAK BOLEH DIPISAHKAN WALAU SEJARAK MANA PUN MESTI DIDEKATKAN TANPA ADA RASA SYAK WASANGKA DIA NYA MESTI DIGABUNGKAN. SEKIAN ULASAN PENDEK SAYA,

Profesor Pencen, Bangi said...

Datuk YM,

1. Projek Masjik Tioghua Muslim itu ditantang umumnya atas dasar budaya dan bahasa yakni arkitektur Cina dan bahasa Mandarin, bukan atas dasar agama.

2. Bersabit budaya, rasa yakin orang yang menantang itu jahil berkenaan budaya Cina Islam. Mereka mungkin tidak tahu berkenaan batapa kayanya budaya Cina Islam cocok pula dengan akidah.

3. Tantang bahasa pula, saya yakin oraang yang bantah itu alpa atau tidak tahu yang penganut Islam bertutur dan guna pelbagai bahasa. Kita orang Melayu/Indonesia pun guna bahasa kita dan bukan bahasa Arab untuk belajar dan amalkan agama.

4. Hal universiti dari China, itu rumit dan sensitif. Wajib didalami dan difahami betul-betul. Tanya dulu berapa ramai orang bukan China di UTAR? Berapa ramai orang Melayu/Bumiputera di IPTS? Saya rasa UTAR pun akan tercabar apabila Universiti dari negeri China buka kampus di Malaysia.

5. Pasti mereka ada agenda dan matlamat apabila mereka buka kampus di Malaysia. Macam Datuk pernah kata, tidak ada altruisme dalam tindakan manusia apatah lagi apabila babitkan negara dan nasionalisme, dan negara itu pula negara raksasa yang tengah naik disegi geopolitik, ekonomi dan militari.

Salam

Profesor Pencen, Bangi

Lahuma said...

Dato.

Universiti dan masjid Cina/China.

Kedua-duanya tempat mulia dan baik.
Masaalahnya ialah kerana cerita dan gelora KERUH DIHULU maka KERUHLAH DIHILIR.

Satu lagi bila bahagian KEPALANYA BUSUK maka BAHAGIAN BADANNYA PUN JADI BUSUK.

Begitulah sukarnya hendak rungkai segala titik hitam yang menghantui pemikiran semua.

Ada kaitan krisis perkauman sesama Melayu dan krisis perkauman antara kaum.

Ini lah nilai songsang yang amat bahaya yang kian panas dalam negara yang dulunya bernama Tanah Melayu.

Yang besar terpaksa tunduk pada yang kurang besar.

Ikut resmi padi.Makin berisi makin tunduk.Akhlirnya dimakan tikus atau pun dihanyut air bah.Paling nasib baik tumbuh sendiri tempat dia rebah.

Berpa ramai yang sedar apa luahan Dato ini.

Boleh jadi mereka sedang Happy go lucky tanpa bala.

Terima kasih.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Penubuhan universiti swasta termasuk cawangan universiti luar negeri.

Komen saya ialah:

1. pd zaman 1970an di mana pemimpin UMNO belum berapa kenal rasuah anak2 Melayu yg pandai ada biasiswa dari sekolsh rendah hinggalah ke U awam. Yg dpt aggregate 17 pun kalau subjek sainsnya bagus akan dihantar belajar ke London, Australia New Zealand. Bahasa Inggeris mereka bagus2.

2. Zaman 1980 an saya masih ingat betapa senang anak Melayu lulusan ITM dgn CGPA 2.8 pun ada pinjaman MARA untuk belajar keluar negara.

3 zaman 1990an menyaksikan kebangkitan kolej swasta secara mendadak. Untuk kelihatan gah dikaca mata awam maka buat pertama kali bilangan pelajar yg mendapat gred 1 SPM memebihi pelajar yg mendapat gred 3. Adakah tiba2 pelajar jadi pandai? Tentu tidak. Tapi mereka beruntung kerana mempunyai kerajaan yg terror menipu dgn merendahkan markah lulus, seterusnya meramaikan bilangan gred 1 yg kalau masuk kolej atau U swasta tak lah nampak low klas.

3. Janganlah bodoh sangat. Setiap pemilik U swasta adalah kroni atau pihak yg perlu keluar umpan untuk dpt lesen. Kerajaan yg dah termakan budi atau mengharap imbuhan bulanan harus mereka lagi skim tipu rakyat iaitu PTPTN yg dijadikan badan pemberi pinjam kpd rakyat yg akhirnya dirompak oleh kolej atau U swasta dan penaung mereka UMNOBN.

4 Kaum Cina rata2 lebih banyak duit telah memanafaatkan duit PTPTN untuk ke U Swasta yg ada reputasi. Tinggallah Melayu memenuhkan kolej yg setakat mampu buat program kembar dgn U spt UUM yg orang tau rata2 pilihan terakhir.

5. Hari ini bila kewangan kerajaan UMNOBN lebih tenat maka pemimpin terpaksa jual lesen U swasta dgn harga murah termasuk mengadai maruah negara. Bukankah itu yg Cina dan India duka.

abdullahngah said...

PELIK juga ya. Kuil hindu Putrjaya tak ditentang.

Jika Kuil hindu boleh dibina dengan izin kerajaan sangat wajar mesjid China islam dapat izin kerajaan wasatiyyah.

Saya dengar majalah Islam TV Al Hijrah umat islam di China 20 peratus nisbah penduduknya satu bilion lebih itu.

Bermakna, dengan nisbah tersebut umat islam di China 200 jutalah.

Kena ingat juga umat Islam terbahagi kepada 73 puak.Satu puak saja yang diterima keislamannya.

Nabi SAW sendiri yang sebut begitu.

AnaQarbana said...

Saya percaya Melayu Islam yang merungut ini seorang PAS Tegar...mamat ini mempersoal dan mempertikaikan kenapa Kerajaan BN membina banyak masjid dan membina masjid besar..katanya siapa anak pi sembahyang...mana ada orang nak sembahyang...buang duit saja...sebab tulah kerajaan islam PAS Kelantan tak bina masjid....

doncin cai said...

@Mantinns
...saya minta maaf kerana buruk sangka terhadap tuan.. mungkin di sebabkan, saya ni seorang yang "goroh garah"...

@Din Klang
.... lama beno tuan tidak menulis di ruang ini...pada saya, tuan adalah di antara "otai" mengikuti penulisan DAKJ...teruskan....

@tuantanah dan pembahas semua...

...apa cerita sebeno-benonya tentang kes mendiang william... takziah kepada keluarganya..

tk

ab said...

Salam Dato,




Saya tidak setuju dengan tajuk tulisan dato kali ini...



`Kutu kutu brahak' yang tentang masjid tu nak kena bagitau pasai apa depa tak setuju dengan masjid, sama ada tak setuju degan pembinaan
masjid atau atau tak suka bentuk masjid?...


Kalau dok `tentang' bina masjid punya pasai,depa tu patut kena bantai kaw kaw punya....



TETAPI kalau tidak suka bentuk masjid, itu lebih bersifat kosmetik la.. TANYA BALIK depa nak yang bentuk macam mana?...TANYA balik kat depa yang warak' warak' tu macamana rupa asal bentuk masjid masjidilharam, masjid quba dan masjid nabawi..?



Perihal buat`cawangan cawangan' universiti universiti luar negara di malaysia ni dah jadi buah mulut yang lebih banyak tak berapa sedap bunyinya... Tetapi HAMPIR KESEMUA rasa tak seronok, sakit hati dan tambahan masalah masalah sosial, LEBIH BERSIFAT kurang teliti enforcement aspects...



Yang jelas, ramai orang luar MAHU MELABUR bina universiti di negara ini ( untung atau rugi tak tau lagi sebab hai ni memerlukan bertahun tahun lama masanya),dan RAMAI sungguh pelajar pelajar betui dan pelajar pelajar palsu datang dan tinggal disini..TENTU KELUARGA MEREKA yakin tentang pelajaran mereka disini, keselamatan mereka disini termasuk DEPA selamat buat kecoh,mabuk,juai dadah,seludup dadah dan orang, menipu dan lain lain aktiviti kat negara ini!.


Saya pernah menulis dulu dalam 20-30 tahun lagi kita akan melihat pelbagai komuniti di negara ini, ada komuniti afrika,iran, nepal,iraq,vietnam,kemboja, `newchina' dll dan tidak mustahil disatu hari nanti mereka ada wakil di majlis perbandaran,jadi ADUN dan MP...sekarang ni pun dah ada orang mai dari indonesia jadi MP dan juga jadi ketua ketua parti politik tempatan dah!..


Pelbagai aktiviti perniagaan, aktiviti sosial, aktiviti antisosial, aktiviti tradisional, keugamaan,aktiviti etnik/kultur
akan bercambah dan akan lebih `meriah' laa malaysia ini!


Orang Melayu bolih lah terus komplain kat sana komplain kat sini,sorak sana sorak sini,demo sana demo sini...TETAPI KALAU MASIH DOK SEGAN DAN KETEGAQ DAN BALOQ LIAT, hampa bolih la jadi satu dari pelbagai `komuniti' `pelbagai bangsa dan ugama' dan pelbagai perangai dan masaalah baru ini....




Yang jelas ialah, mereka mereka `pendatang pendatang' kategori baru
ini LEBIH MUDAH menyesuaikan diri mereka sesama mereka di Malaysia, berbanding dengan ORANG MELAYU, INDIA, DAN CINA malaysia punya nampak macam semakin SUSAH DAN SEMAKIN tak dapat MENYESUAIKAN diri mereka di Malaysia.... macam a real ticking time bomb awating explosion..fuse pendek punya!



Agak agak Malaysia ni nak jadi beberapa negara baru ka ni?


Abu Bakar Ab Rahman

raja2u said...

Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang dihormati.Saya dapati cara orang kita berfikir sudah berlainan. Susah hendak meng ia atau menidak kerana sistem pembelajaran mungkin sudah berubah.Sebagai contoh saya telah membuat profil sebuah koperasi.Dalam beberapa gambar di profil tersebut saya masukkan sekeping gambar ahli koperasi sedang berdoa disatu majlis doa selamat.Seorang lembaga pengarah tidak bersetuju dengan gambar itu kerana dikatakan ia tidak melambangkan kejayaan dimata ahli koporat.
Kita perlu berpandangan jauh bila mengambil sesuatu keputusan untuk melindungi hak kita.Bahaya membawa masuk universiti asing kerana ada kemungkinan kita menjadi orang asing dinegeri sendiri jika rakyat kita yang berbilang kaum memberi keutamaan kepada universiti tersebut dari universiti tempatan. Kalau kita hendak mempelajari sesuatu yang asing lebih baik kita pergi ketempat tersebut untuk mempelajarinya untuk mendapat barang yang tulin.Nabi kita menyuruh kita menambah pengetahuan keluar negara , hatta kenegara Cina.
Saya lihat kita masih berkelahi sesama kita atas isu yang tidak membaiki ekonomi atau pengetahuan kita.Yang pasti adalah berlumba-lumba menunjukkan keburukan sendiri yang akhirnya menempatkan orang kita ditempat yang menghinakan.Marilah kita berdoa semoga orang kita sedar semula dan mengikuti jalan yang lurus.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya

shaz said...

Assalam

Sudah tidak cukup dengan universiti dan pusat pengajian tinggi yang mengaku diri universiti untuk membawa masuk pelbagai manusia yang berlagak sebagai pelajar tetapi menguruskan kegiatan jenayah selain menjadi sesuatu yang jelek dimata, saya tak pasti apa pula yang akan dibawa menerusi universiti dari China ini.

Bukan untuk menjatuhkan maruah negara tersebut, tetapi apa yang datang daripada China itu keberangkalian yang elok dan telus adalah hampir sifar.

Apakah yang terselindung dikepala menteri pengajian tinggi dalam perkara ini jika universiti dari China tersebut diberi persetujuan.

JIka iapun pilihanraya akan menjelang tidak lama lagi, ini bukanlah satu cara yang baik untuk mengambil hati orang yang bukan berbangsa Melayu.

Unknown said...

Salam dato. Cuma nak ucapkan selamat kepada dato semoga hari ini sehat terus sehat dan berbahagia bersama keluarga.....masjid tempat beramal ibadah sewajar nya pebinaan nya kita sebagai umat islam sokong la dengan rasa keimanan....universiti ditubuhkan untuk mencambahkan ilmu tapi bukan mencambahkan masaalah akan tetapi apa yang saya lihat universiti yang ditubuhkan bercorak swasta menimbulkan masaalah setempat kerana pelajar2 dari kalangan mat gelap tidak menghormati hak orang tempatan disekitar tempat mereka tinggal.

Kes ini sepatutnya yang di ambil perhatian oleh kita semua. WASSALAM DATO JOM KITA SARAPAN...

Lahuma said...

Dato.

Rumusan dan kesimpulannya,
Mudah sahaja.
Pro Pas,
Pro UMNO,
Pro PKR
Serta lain -lainnya,
Tidak berani buka mulut,
Nak bantah,
Nak tegur,
Nak kritik,
Kerana,
Takut yang amat-amat sangat,
Hilang undi Cina,
Menjelang PRU 13 nanti.

Hebat sekadar pendekar silat pulut.

Terima kasih.

Buah Kerdas said...

Mukmin sejati tidak akan menentang pembinaan sebuah masjid. Mukmin Melayu atau mukmin parti mungkin menentang pembinaan masjid yang tidak bercirikan "Melayu" atau partinya. Ada pun rekabentuk masjid di Malaysia sekarang ini bukanlah asli ciri Melayu.

Saya fikir hanya ada dua sahaja agenda pembinaan IPT asing di negara ini. (1) Membuat untung dengan menjadikan pendidikan sebagai komoditi (2) Menyebarkan pengaruh negara yang ampunya IPT itu kepada pelajar yang belajar di IPT mereka. Kedudukan Malaysia yang strategik, ekonomi negara yang baik, kesetabilan politik dan keselamatan yang memuaskan, meyakinkan negara besar melabur dalam bidang IPT di sini.

IPTA kita sendiri sedang merangkak-rangkak untuk menempatkan diri dalan senarai antara 200 IPT terbaik dunia. Kita ada APEX University dan Research University, kita banjiri IPTA kita dengan international students (mostly from Indonesia, Iran, Arab countries and Africa). Not only that, we hire international lecturers (on contract basis) mostly from Bangladesh, Pakistan, India and Indonesia. Some 60+ year old Britons are also among the international lecturers. These second tier hired lecturers are expected to boost up R&D and publication activities in our IPTAs. Until now, our IPTAs are not even close to the perimeter of world's 200 best universities. BTW, two Singapore's IPTA are already in the top 200 group.

Kesian kita.

Mustapha Ong said...

Salam saudaraku AKJ,

Apabila kita membicarakan dua perkara yang agak penting kepada masyarakat kita sebagai ummah Islam dan rakyat Malaysia, kedua-dua nya pembinaan masjid dan universiti ada mempunyai kepentingan kepada negara Malaysia yang tercinta ini.

Biarlah saya memberi sedikit komen mengenai pembinaan masjid dengan berbentukkan ciri akitek Cina yang ada seperti di Kelantan dan Trengganu.Jika saya tidak silap dan kini Kerajaan BN di Perak telah meluluskan pembinaan sebuah masjid yang serupa di negeri itu atas usahasama MACMA (Persatuan Cina Islam)dan pihak Jabatan Islam Negeri Perak dengan sokongan NGO Islam tempatan. Alhamdulillah atas usaha membina masjid yang akan membawa fitrah dan hidayah kepada perkembangan agama Islam kita di negara ini.

Di Malaysia amat unik sekali..ada masjid Jawa, masjid India, masjid Pakistan, masjid Indonesia, masjid Siam, masjid Arab. Semua sudah ada tetapi adakah kita pernah dengar ada masjid Melayu atau masjid Cina? Jadi apa salah nya jika kita membenarkan pembinaan masjid ciri akitek Cina yang memang cantik dan menarik sekali seperti beribu-ribu masjid di seluruh negeri Cina, yang jumlah penganut Islam nya mencecah sampai 200 juta atau lebih!

Tentang pembinaan Universiti dari negeri China untuk bertapak di Malaysia,ia adalah satu langkah dan perkembangan melalui usaha dan kerjasama kedua-dua kerajaan dalam bidang pendidikan yang sihat tanpa apa-apa agenda politik mahupun ekonomi. Pada pendapat saya, Malaysia harus menjadi sebuah hub pendidikan dan pengajian diperingkat universiti yang ungguh serta masyhor di rantau ini.

Negeri China adalah sebuah negara yang kini pesat membangun dengan ekonomi nya yang kukuh dengan pelaburan asing yang amat tinggi dari Amerika syarikat, UK, Europa, Russia dan negara ASEAN.Kita jangan lupa tentang ajaran agama Islam kita yang suci mengikut Al-Qu'ran...jika kita nak menuntut ilmu, tuntutlah sampai negeri Cina!Jadi sebagai seorang ummah Islam,kita harus percaya kepada kebesaran Allah dan janganlah kita hina dan pandang rendah kepada kekuatan dan kemegahan penganut-penganut Islam di negeri China.

pak cik said...

Dato dan pembahas.

Saya rasa isu ini patut di bahaskan secara berasingan.

Bab Masjid, cerita lain

Bab Universiti, cerita lain.

Di Cina, yang Islam masuk lebih awal dari di Tanah Melayu, masjid awalnya semua berciri Cina @ Pagoda dan tiada yang berciri kubah.

Mungkin kerana arkitek Cina dulu cuma tahu bina masjid sebegitu rupa dan juga mungkin kerana designnya sesuai dengan budaya dan cuaca mereka.

KIta pun dulu masjid dan surau lama semuanya berciri Melayu Nusantara yang bersesuaian dengan iklim kita.

Entah kenapa dan bila pulak suaru dan masjid kita berubah mempunyai kubah pula.

Adakah kubah itu sunnah atau sebagai identiti senang bagi orang luar nak tahu di mana masjid atau surau terletak sedangkan semua surau dan masjid mempunyai papan tanda dan corong suara.

cerita bab universiti pula, rasanya bab ilmu ini, tak perlu lah kita terlalu tegas sangat, asal sentiasa di pantau dan memberi manafaat kepada rakyat, apasalah nya.

sedangkan rakyat kita sekarang (tak kira bangsa ) ramai yang sedang belajar di Cina dalam pelbagai jurusan ( dalam bahsa Mandarin ) dan mereka termasuk yang di bawah tajaan kerajaan.

ambil yang jernih, dan tapiskan yang keruh.

Tinta Hitam said...

Masjid Cina,Masjid Keling,masjid nama apa shj tiada masalah.Yg menentang pembinaan ini dulu adalah Jabatan Ugama Islam.Saya kurang faham kenapa tak boleh

Pada saya pembinaan Masjid China ini dpt membantu mempergiatkan dakwah dikalangan masyarakat cina.

Jadi apa masalahnya..

Rawa Lanun-Bahasa said...

Cucu Cicit Cheng Hoe
(melayu berdarah panglima cina)

bagaikan lagu dan irama
bagaikan melayu dan agama
tanpa taqwa semua insan sama

mesjid russia universiti russia
mesjid arab universiti arab
mesjid parsi universiti parsi
mesjid usa universiti usa

telah roboh kota melaka
madinah baru melayu belaka
tanpa ilmu dan iman hidup celaka




terima kasih

Saji said...

Sdr pak cik


"Di Cina, yang Islam masuk lebih awal dari di Tanah Melayu, masjid awalnya semua berciri Cina @ Pagoda dan tiada yang berciri kubah.

Mungkin kerana arkitek Cina dulu cuma tahu bina masjid sebegitu rupa dan juga mungkin kerana designnya sesuai dengan budaya dan cuaca mereka."

Dari sudut ilmu seni bina/arkitek ada kebenarannya pandangan sdr di atas.

"KIta pun dulu masjid dan surau lama semuanya berciri Melayu Nusantara yang bersesuaian dengan iklim kita.

Entah kenapa dan bila pulak suaru dan masjid kita berubah mempunyai kubah pula.

Adakah kubah itu sunnah atau sebagai identiti senang bagi orang luar nak tahu di mana masjid atau surau terletak sedangkan semua surau dan masjid mempunyai papan tanda dan corong suara."

1/ Seorang pelajar arkitek tahun akhir ijazah seni bina di UK (junior saya) memilih projek masjid/mosque di Malaysia sebagai projek tisisnya tak boleh jawab kepada pemeriksa luar apabila pemeriksa tanyakan soalan why dome/kubah?

2/ Reka bentuk kubah/dome merupakan pengaruh dari senibina bangsa Rom atau Roman yang mana tentera Islam pernah menyerangnya itu.

3/ Kubah pertama yang dibina di Rom ialah untuk tempat bakar mayat.


4/ Kemunculan reka bentuk kubah ada kaitan dengan ciptaan arca/arch yang dibina menggunakan bahan batu bata sebelumya.

5/ Daripada komen2 rakan pembahas termasuk Dakj, kenapa tidak rujuk kepada begitu banyak masjid2 lama di Malaka dan masjid negerinya yang bercirikan reka bentuk masjid di Negara Cina itu ?

...SAJI

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).