Thursday, May 30, 2013

Kesan Positif Sekatan dan Imbangan Selepas PRU13


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

PEPATAH Melayu ada berkata, sekali air bah sekali pasir berubah. Alhamdulillah, selepas Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu telah nampak banyak perkembangan positif di kalangan semua pihak yang terbabit. Saya perhatikan hal-hal berikut telah berlaku:-

1. Rakyat jelata nampaknya tidak lagi mahu kerajaan yang membolot (monopolistic). Mereka sudah berasa kebaikan checks and balances (sekatan dan imbangan) yang kuat di Parlimen dan dalam Dewan Undangan Negeri.

2. Pembahagian semula kuasa sedang berlaku. Keengganan majistret merestui permohonan polis untuk menahan reman tiga ahli dan aktivis politik pembangkang, iaitu Chua Tian Chang aka Tian Chua, Tamrin Abdul Ghafar dan Haris Ibrahim adalah contoh pembahagian semula kuasa itu.

Lagipun, dengan semakin banyaknya kes kematian ketika reman, Ketua Polis Negara baru, Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri yang baru, Ahmad Zahid Hamidi wajiblah lebih berhati-hati menggunakan kuasa reman.

Hadkanlah penggunaannya kepada kes-kes berat di mana orang yang disyaki mungkin lari dan tidak dapat dikesan. Kes bukan jenayah berat dan membabitkan orang ternama yang susah hendak lari, tidak perlulah minta tahanan reman.

Polis kerjalah kuat sikit. Soal siasat mereka sampai tengah malam atau awal pagi. Tidak perlulah tahan mereka di dalam lokap dan polis balik rumah tidur. Kalau tahan mereka dan terjadi sesuatu yang tidak diingini di dalam lokap, polis juga yang susah.

3. Dalam arena parti, kedudukan Mohd Najib Abdul Razak akan terus dipertikaikan. Cuma mungkin tidak lantang seperti berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas PRU 2008 kerana Tun Dr Mahathir Mohamad lebih mesra dengan Mohd Najib dan banyak daripada blogger yang dulu anti-Abdullah kini pro-Mohd Najib. Mereka mungkin tidak akan menyokong sebarang gerakan negatif terhadap Mohd Najib malah mungkin 'mendajalkan' (demonise) sesiapa yang cuba menjatuhkan Mohd Najib.

4. Kita sudah tengok komen-komen keras membelasah Tun Daim Zainuddin apabila beliau mengkritik Mohd Najib dan penasihatnya dalam temu ramah dengan akhbar China Press yang disiarkan sepenuhnya dalam blog ini (dan dipetik oleh banyak pihak).

5. Dr Mahathir, Daim dan beberapa blogger bebas akan menjadi penentu sama ada masa depan Mohd Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri akan diperdebatkan secara terbuka.

6. Dengan adanya beberapa orang tokoh kanan Umno yang kalah PRU 5 Mei lalu seperti Mohd Ali Rustam dan Abdul Ghani Othman, kemungkinan Umno kembali ke era yang lebih demokratik dan terbuka ketika mana Presiden dicabar atas landasan hak dan demokrasi, mungkin berulang kembali. Orang lama tentu masih ingat bagaimana Sulaiman Palestin mencabar Tun Hussein Onn dan Tengku Razaleigh mencabar Dr Mahathir.

Apa-apa pun, Abdullah kini boleh mengangkat tinggi kepala kerana tuduhan bahawa prestasi beliau dalam PRU 2008 hambar tidak lagi tepat sebab pencapaian Mohd Najib lebih teruk walaupun disokong oleh Dr Mahathir dan Daim. Melihat kepada pencapaian Mohd Najib, saya sendiri berasa terlebih mengkritik Abdullah selepas PRU 2008.

Suka atau tidak Mohd Najib dan para petugas yang mengendalikan “Bilik Perang” (War Room) BN harus secara ikhlas, terbuka dan telus mengakui bahawa cakap besar mereka telah memakan diri dan mereka kalah kepada Abdullah dan Budak-Budak Tingkat Empatnya.

7. Alhamdulillah sudah ada anggota Kabinet yang berakal yang nampak apa yang berada di hadapan dan mengambil langkah jangkaan (pre-empt) seperti dibuat oleh Menteri Pelancongan Mohd Nazri Abdul Aziz mengarahkan supaya wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menduduki jawatankuasa tender kementeriannya.

8. Daim dalam temu ramah dengan China Press, antara lain berkata keutamaan rakyat jelata bukan ETP atau GTP, tetapi adalah 1) rasuah 2) urus tadbir yang baik 3) keselamatan 4) pendidikan 5) inflasi 6) masalah kemiskinan bandar dan 7) pengangguran siswazah muda. (Tidak beberapa hari selepas itu tersiar berita beberapa orang kenamaan, termasuk anak perempuan seorang menteri dirompak.)

9. Daim telah menemui Dr Mahathir di Putrajaya beberapa hari selepas PRU 5 Mei di mana mereka dikatakan telah membuat “review” keputusannya serta tindakan jangka pendek dan sederhana yang akan mereka lakukan.

10. Sudah nampak tanda-tanda awal yang sebahagian kecil media arus perdana dan pengamal mereka telah menyedari bahawa cara laporan mereka ketika PRU lalu bukan sahaja tidak berkesan malah merugikan BN. Akhbar The Star misalnya, telah mula berundur dalam beberapa aspek laporannya. Ini tidak memeranjatkan kerana tsunami Cina yang Mohd Najib ungkapkan itu menyentuh langsung peranan The Star sebagai akhbar milik MCA dan suara masyarakat Cina dalam BN.

Kesimpulannya, kalau rakyat jelata khasnya para pengundi mahu apa yang mereka lakukan pada 5 Mei lalu memberi kesan positif kepada diri mereka dan negara, mereka harulah terus memerhati, memberi tunjuk ajar dan mengkritik wakil-wakil yang mereka pilih tidak kira daripada parti mana.

Insya-Allah kita akan mendapat lebih banyak kebaikan daripada amalan demokrasi kita.


49 comments:

ku_seman said...

Assalammualaikum Datuk, saya setuju apabila kerajaan tidak mendapat majoriti besar misalnya dua pertiga dalam pilihan raya, dengan sendirinya akan wujud sekatan dan imbangan. Sebenarnya hanya pilihan raya kita sahaja yang gundah gulana bila kerajaan tak dapat dua pertiga. Di negara lain kebanyakannya hanya menang tapi tipis sahaja.
Kalau kerajaan dapat dua pertiga, bukannya kita tak suka. Tapi keadaan ini mewujudkan monopoli. Sekarang ini kerajaan mesti berhati-hati untuk membuat sesuatu.
Tapi kerana panik tidak dapat dua pertiga macam PRU 12 dulu, BN pula mengambil banyak langkah silap. Semua ini disebabkan gelabah terlebih sangat. Misalnya untuk mengekalkan kembali dua pertiga dalam PRU 13, BN melonggokkan segalanya kepada Cina dan India hingga orang Melayu rasa dipinggirkan. Tapi tengoklah sekarang, longgok macam manapun, Cina tetap tak sokong. Sepatutnya BN yakni kerajaan jangan terlalu panik hingga mengorbankan hak orang Melayu untuk membeli undi Cina dan India. Pernahkah kita terfikir di Putrajaya akan ada kuil Hindu terbesar? Berapa kerat sahaja Hindu di Putrajaya. Tapi perkara ini berlaku kerana hendak mengambil hati orang India. Bantuan kepada SJKC jangan cakaplah, mengalah sekolah agama. Bagi saya keadaan sekarang bagus untuk rakyat, tapi menjadi tak bagus bila kerajaan panik dan orang Melayu yang tak banyak meminta itu dan ini menjadi mangsa.

wankamarul701 said...

Artikel China Press yang menemuramah Tun Daim tu, Dato' terjemah sendiri ke? he3

Hj Kassim said...

Dato.

Penasehat Najib yang paling tak guna ialah isterinya Rosmah.Bagaimana hendak sack dia kechuali Cerai.

Najib mana ada telok.QC.

Ucapan Najib baru baru ini maseh puji isterinya.

UMNO lebeh besarvdari Najib dan keluarga.Saya harap ahli ahli UMNO akan buka mata dan buat pemilehan terbaik dalam UMNO election

QalamQabut said...

Saya ingin memberi senyum sinis bila penulis mengatakan ‘Apa-apa pun, Abdullah kini boleh mengangkat tinggi kepala kerana tuduhan bahawa prestasi beliau dalam PRU 2008 hambar tidak lagi tepat sebab pencapaian Mohd Najib lebih teruk walaupun disokong oleh Dr Mahathir dan Daim.’

Sila bandingkan pencapaian UMNO dalam PRU12 dan PRU13. Pengundi Melayu lari dari UMNO (dan BN) disebabkan prestasi Abdullah yang menyedihkan. Jika Tun M tidak merajuk dan membuat roadshow pun umum sudah tahu kelemahannya sebagai pentadbir nombor satu negara. Najib memang tiada pilihan kecuali menarik turun Abdullah jika mahu UMNO terus relevan dan berkuasa.

Kemerosotan BN dalam PRU13 bukan kerana UMNO atau Najib, tetapi tsunami pengundi Cina yang ingin merampas kuasa. Mereka tinggalkan MCA dan Gerakan terkontang-kanting dan bulat-bulat menyokong DAP dan Pakatan. Itu impian mereka. Mereka ketepikan semua nilai-nilai budi, jasa, sumbangan dan apa saja yang diperjuangkan dan disumbangkan MCA dan Gerakan selama ini semata-mata ingin satu perubahan besar di negara ini iaitu merampas kuasa politik pula setelah sekian lama memegang kuasa ekonomi. Ya, mereka tidak puas hati, belum cukup, mahukan lebih lagi segala apa yang ada di bumi Malaysia ini.

Orang Cina sudah ditiupkan dengan api keyakinan yang cukup kuat bahawa Ini Kali Lah mereka akan berjaya, pasti berjaya. Mereka percaya gelombang PRU12 akan terus kuat melonjakkan mereka ke mercu kejayaan. Tetapi mereka tidak sangka orang Melayu sudah berpatah balik menyokong UMNO setelah Abdullah tiada. Maka terselaklah niat busuk mereka bila UMNO masih lagi dapat bertahan sebagai pemerintah.

Walaupun UMNO BN kelihatan lemah selepas PRU13 ini, semangat Melayu semakin kuat, semakin bersatu padu sebagaimana orang Cina bersatu padu menjelang pilihanraya yang baru lalu. Maka libasan-libasan balas akan diterima oleh orang Cina atas pengkhianatan dan perangai tidak mengenang budi mereka yang secara total dan terancang cuba menjatuhkan UMNO BN. Memang tiada niat lain jika 99 peratus orang Cina memangkah DAP dan Pakatan.

mad said...

memang betul tulisan dato, tapi sayang seribu kali sayang rakyat malaysia terlepas peluang untuk benar-benar membuat perubahan dan memecut negara ke wawasan negara maju dgn memartabatkan pakatan rakyat menerajui negara pada pru lalu. saya masih sangsi perubahan yg diwar-warkan oleh kerajan bn yg bagi saya cuma perubahan kosmetik saja - seperti biasa. tiada keyakinan saya disitu

apa yg kita perlu sekarang ialah membebaskan media perdana, sistem kehakiman dan jabatan-jabatan penting negara dari pengaruh politik. amat mustahil ini akan berlaku selagi kerajaan bn berkuasa. semua orang tahu hal ini, sebab itulah berlaku tsunami rakyat malaysia.

Unknown said...

1. Orang salah (okt) yg d tahan reman d lokap mesti berada dlm lokap antara jam 6 hingga 6 pagi.

2.Seorang peg penyiasat bukan hanya menjalankan siasatan ke atas seorang okt shj bahkan ramai lg. Kesibukan melawat tmpt kejadian, merakam percakapan pengadu/saksi, menjalankan soal siasat dsbnya menyebabkan keperluan reman d perlukan oleh peg penyiasat.

awangbatuburok said...


Salam Datuk,

Bagi mendapat sistem demokrasi yang sebaik mungkin untuk rakyat, negara memerlukan pengurus proses PRU iaitu SPR yang terbaik, amanah, telus dan mempunyai rasa bertanggungjawab yang tinggi terhadap rakyat yang membayar gaji mereka. Selagi SPR bertuankan kapada ahli politik dan tidak bertuankan kpd rakyat dan negara selama itu lah sistem demokrasi kita berada di bawah tahap negara spt Zimbabwe dan seumpamanya.

Kalau perkara yang paling asas spt dakwat kekal tidak dapat diuruskan, tak tahu lah apa lagi yang nak dicakapkan....

Wallahualam.

Zamk said...

Salam Dato'. Saya amat bersetuju dengan pandangan ini. Bravo wassalam.

ab said...

Salam Dato,




PRU13 dan keputusannya menunjukan:



PM dan kabinet MESTI BALIK KEPADA KEHENDAK DAN PERLAKSANAAN kepentingan rakyat yang termaktub didalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.




Saya tidak pandai undang undang, tetapi perlembagaan DOK SURUH KERAJAAN MENGUTAMAKAN orang melayu, kalau sekarang saya fikir maksudnya bumiputra/melayu.




Kerajaan kena buang `quota' 30% dan sebagainya....



Perlembagaan memperuntukan SEBANYAK YANG DIMAHUKAN TANPA HAD untuk bahasa melayu,ugama islam, bilangan sekolah melayu,sekolah ugama islam,bilangan tempat dikolej dan university,dan bilangan tempat rakyat bumiputra/melayu disektor pentadbiran awam.




PERLEMBAGAAN juga memperuntukan TIDAK ADA HAD keluasan Tanah rizab melayu,bilangan permit dan lesen perniagaan untuk bumiputra, tiada had jenis perniagaan untuk bumiputra/melayu.




PERLEMBAGAAN juga memperuntukan TAMBAHAN TANAH RIZAB melayu, TANPA HAD disepanjang masa....




Tuan PM, please throw away your slogans with all the transformasi , TP,TePi dan macam macam Pi..




PLEASE DO TRANSFORM THE peruntukan didalam perlembagaan, REALISED THE contents of the CONSTITUTION for bumiputra/ melayu...AS PROVIDED FOR US by the constitution.





KALAU bumiputra/melayu minta /mohon/tambah Tanah rizab,bagi saja ,JANGAN DOK kona sana kona sini..




Kalau minta/mohon lesen dan permit, lulusan saja laa...sampai 60-70% dari jumlah SELURUH lessen/permit jenis perniagaan yang sama...




Kalau biasiswa dimohon, beri sampai had 60-70% dan HIDUPKAN BALIK DERMASISWA....



KALAU mohon masuk kolej/university...TERIMA SEMUA SEKALI MELAYU/BUMIPUTRA YANG MENCAPAI HAD kemasukan minima..kalau tak cukup tempat, BUAT TEMPAT BARU, TOSAH dok kata tak bolih,tak sesuai dll.




Kalau mohon pekerjaan, terimalah SEMUA BUMPUTRA/MELAYU yang ada kelayakan minima,tosah dok pusing sana,pusng sini...



Saya dan bumiputra lain sentiasa dok tengok perangai dan tingkah laku Tuan PM dan Kabinet Malaysia.




BUATLA balik `bank' yang mudah berurusan dengan usahawan kecil bumiputra,TOK SAH la nak minta `loan-collateral' sampai tak dapat disediakan!..muntah darah dan mati terjegeie laa depa...





KALAU mampu transformasi peruntukan perlembagaan sebagaimana yang termaktub,KAMI DIBELAKANG TUAN, kalau hampa `kecoq' kami akan `matikan' kamu semua....




Tolong ingat, tak sapa pun suruh dema masuk politik,jadi ketua,jadi menteri dll...you pilih sendiri,SO DO NOT PASS THE BUCK,you are the BUCK!.






Abu Bakar Ab Rahman

man dego said...

Ringkasnya ...... Najib patut berhenti. Maleyu akan rugi dengan bijaksana alanya. ..... saaaatuuuu malaaaaysiaaa.

Unknown said...

ASLKUM DAKJ

1. Untung betul Selangor ada sultan yg boleh bertindak check n balance terhadap kuasa eksekutif.

2. Hendaknya titah Sultan agar kerajaan Selangor tunai manifesto diterima pakai jugak oleh kerajaan UBN.

3. Cuma Din Melaka tak pasti waktu kerajaan UBN berkuasa di Selangor, sultan ada ke beri titah yg sama. Boleh Kg Man tolong semakkan.

4. Kalau boleh titah jugak pd Kerajaan Persekutuan hospital shah alam tu kenapa la ni tak siap dan pastikan kosnya tak bertambah spt projek kerajaan UBN yg lain. Kerana menyusahkan rakyat .

Unknown said...

Aslkum Dakj

Sdr ab saya sokong pendapat tuan 110% demi memperkasakan slogan ketuanan Melayu.

Kalau UBN dpt laksanakan permintaan sdr ab yg saya kira jugak menjadibidaman Melayu lain, susah Anwar dan PR nak menang sebarang kerusi.

DAN TAK PERLULAH UBN PERGUNA SPR DAN POLIS BUAT MACAM KERENAH TIPU RAKYAT.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Bagi sayalah, kesan PRU kali ini memperlihatkan sokongan orang Melayu masih tidak berbelah bagi, malah makin kuat kepada UMNO berbanding masa zaman Pak Lah dulu. Rasanya, cuma Dato je buat-buat tak nampak. Sebab itulah PAS kalah teruk inikali. Tapi terpaksalah menggunakan undi popular untuk menutup malu seperti diungkit beberapa kali oleh Sdr langitbiru. Kesian sungguh saya rasa. Takapalah, mungkin boleh mencuba lainkali pula.

Keduanya, kesan PRU kali lebih menampakkan siapakah sebenarnya munafik yg nyata? Yg berjanji akan bersara jika masih kalah, yg melemparkan fitnah banglasialah, blackoutlah, mengundi 2 kalilah dan sebagainya. Yg peliknya, kenapa Dato’ juga buat buat tak nampak isu sebesar ini sedangkan Al Quran dgn jelas mengatakan fitnah itu lebih bahaya dari membunuh? Kenapa asyik salah priority, Dato’?

Ketiganya, tsunami Cina memang jelas pada PRU ini dimana >90% tidak mengundi BN. Adakah ini baik untuk masyarakat berbilang bangsa? Kenapa Dato’ tak cuba mengupas isu sepenting ini tapi sebok pula mengulas tentang penasihat PM. Saya bukannya nak menyebelahi sesiapa pun, tapi eloklah kita jangan menyebok dgn kerja orang lain. Para pembaca bukannya nak membincangkan perkara remeh- temeh spt penasihat PMlah, tapi perkara yg utama dan besar, yg menjadi agenda Negara. Ini kerana saya lihat para pembahas di blog Dato’ bukan calang-calang ilmu mereka.

Keempat, kebebasan di dalam Islam bersyarat bukannya membenarkan segala bentuk fitnah disiarkan. Oleh itu, menjadi t/jwb Dato’ untuk menapis segala bentuk fitnah terhadap Dato’ Seri PM, Datin Seri, UMNO dan BN di dalam blog ini dan bukannya menyiarkannya juga dan menyuruh pembaca menilai sendiri. Apa punya demokrasi ni.

Akhir kata, kenapa dengan Dato’ ni? Saya dgn ini mencabar Dato’ mengupas isu utama yg saya sebutkan di atas jika berani lah. Sekian TQ.

Lahuma said...

Dato.

Pasca PRU 13.
------------------

Antara inbangan dan imbangan pasca PRU 13.
Ada baik dan ada buruknya.
Baiknya BN tak bolehlah joli dengan kuasa yang ada .Kalau tidak menteri dan kabinet jadi ranggi dan naik tocang.
Dari PM sampai budak pejabat semua jadi naik tocang.Begitu juga menteri yang lainnya.
Nak harap wakil rakyat indah cerita dari rupa.Merela pun kipas lebih dari ribut.

Tak baiknya ialah pembangkang yang dipilih oleh rakyat nampak condong pada isu perkauman yang melampau.

Seolah-olah bila jadi pembangkang wajib anti Melayu/Islam.Lebih mendukacitan pembangkang bukan Melayu.Depan Melayu/Islam cakap lain.Belakang Melayu/Islam cakap lain.

Keraguan pada pembangkang pun ada juga.jangan harap sangat pembangkang nak bela Melayu/Islam.

Oleh itu rakyat kena lihat dan nilai peranan pembangkang sekarang disamping memantau amalan buruk kerajaan BN.

Alangkah cantiknya kalau pembangkang telus dan membela rakyat ikut prinsip kesdilan.

PRU 13 telah selesai.Cuma kumpulan PR yang masih belum puas hati.Ini pun satu penyakit dalam politik Malaysia.

Rakyat tak perlu ikut rentak politik begini.Biar politik ikut rentak rakyat.

Orang Melayu pun kena waspada juga jangan sampai kampung tergadai.Pemimpin politik ini mereka duit berlungguk.Susah susah mereka boleh cabut lari luar negeri.Tinggal rakyat yang mati katak dinegara sendiri.

Melayu/Islam bila ada kuasa macam Kerajaan BN/UMNO jangan lupa diri dan mudah gelap mata.Kabur dengan rembat rezeki rakyat.

Kita juga berharap kaedah pengasingan kuasa antara perundangan,kehakiman dan eksekutif dapat dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.

Biarlah ketiga-tiga bidang ini dapat berfungsi dengan baik.

PM Najib dan kabinetnya faham akan keputusan PRU 13 dengan penolakan majoriti Cina.

Bagi pehak pembangkang pula tak perlu jadi juara cina sahaja.

Sebab riak ikan diair sudaj kenal jantan betinanya.

Semoga demokrasi hidup subur di Malaysia yang dulunya Tanah Melayu.

Jumpa lagi.

Terima kasih.

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Apabila mahkamah mengetepikan permohonan polis untuk menahan reman suspek, bukanlah maknanya telah berlaku imbangan yang diharapkan. Institusi mahkamah juga bertanggung jawab ke atas kesejahteraan negara, sebagai salah satu daripada tiga cabang kerajaan. Sepatutnya wujud kerjasama dan persefahaman dalam pelaksanaan undang-undang antara yang menggubal, yang menguatkuasa dan yang menghakimi. Untuk menuduh polis tidak bekerja keras dalam siasatan, hampir sama dengan tuduhan sandiwara di sana sini oleh pihak berkepentingan politik.

Sekatan dan imbangan bukan sahaja terbatas kepada kuasa politik atau pemerintahan. Dalam ekonomi juga perlu berlaku perkara yang serupa jika kesaksamaan mahu ditegakkan. Tanpa kesaksamaan ekonomi sepertimana yang berlangsung di Malaysia, tidak akan wujud kestabilan dalam erti kata sebenarnya. Kuasa politik yang diperolehi hendaklah digunakan sebaik-baiknya untuk mencetuskan usaha memastikan kesaksamaan ekonomi tercapai. Dominasi, monopoli atau apa sahaja istilah yang mahu digunakan, oleh Cina dalam ekonomi Malaysia memerlukan sekatan dan imbangan untuk mewujudkan kesaksamaan.

Tindakan boikot produk Cina yang hanya bersandarkan semangat semata-mata tidak akan mampu mencapai matlamat kesaksamaan ekonomi. Jaringan rantaian nilai yang baharu diperlukan untuk memastikan Melayu Bumiputera benar-benar berperanan sebagai pemain yang aktif dalam ekonomi negara. Hitler, Sukarnoe dan selainnya yang berusaha mengakhiri monopoli ekonomi kumpulan tertentu hampir berjaya kerana sokongan kuasa yang mereka gunakan untuk mencapai matlamat berkenaan. Sewajarnyalah kerajaan kini turut campur tangan dalam tindakan boikot yang sedang berlangsung dengan membantu mwujudkan saluran ekonomi alternatif yang ditunjangi oleh Melayu Bumiputera untuk menyaingi dominasi Cina. Itulah bentuk sekatan dan imbangan ekonomi yang perlu dirintis oleh kerajaan menggunakan kuasa daripada mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

Jika Najib masih malu-malu untuk mempelopori gerakan sedemikian, kita memerlukan ketegasan PAU untuk menaikkan pemimpin yang lebih berwibawa mewujudkan sekatan dan imbangan ke arah kesaksamaan ekonomi negara kita.

azhar said...

salam dakj

umno menang kerana orang melayu dan ia perlu kembali kepada orang melayu dengan membawa segala keistimewaan yang telah diperuntukan dalam perlembagaan kepada orang melayu.

hak hak orang melayu tidak boleh diserah hak kepada bangsa lain.

setiap pembangunan perlu difikir keperluan orang melayu/bumiputra dahulu.

Melayu/bumiputra didahulukan.

Mat Laut said...

DAKJ,

" Hj Kassim12:19 PM
Dato.

Penasehat Najib yang paling tak guna ialah isterinya Rosmah.Bagaimana hendak sack dia kechuali Cerai.

Najib mana ada telok.QC."

Beginilah kata kata yang datang dari saorang Haji.Mendoakan cerai demi kuasa politik gara gara tidak perolehi haji mabror.Jaga sikit mulut tu tuan haji ya.Allah tak galakan kita merobohkan mesjid.Faham?

Quantum Metal Consultant said...

apakah dato merasakan selama ini, semasa bn menang 2/3 rakyat telah dizalimi.

kesan positif - apakah seelepas kerajaan sekarang, majoriti mudah - kehidupan rakyat lebih baik dari sebelum.

apakah nasib sebangsa dengan datuk lebih terjamin di kerajaan sekarang?

Melayu atas, melayu pertengahan atau melayu miskin yg masih menjadi majoriti.

Aku bukan politician said...

Aslm dakj,

Secara umunya saya tidak suka kepada kedua-dua gaya pemerintahan pak lah mahupun najib. Tak perlu saya komen panjang tentang ini.

Tentang prestasi najib dan pak lah, kalau dilihat daripada angka absolute semata-mata memang prestasi najib kurang baik berbanding pak lah. Tetapi kalau dilihat secara arah aliran, najib dapat mengekang kemerosotan pru 12 pada pru 13, berbanding pak lah yang merudum daripada pencapaian atau mandat besar pru 11 kepada pru 12.

Walau bagaimanapun, saya tidak fikir prestasi najib ini adalah kerana rakyat yakin dengan pentadbiran najib, tetapi kerana orang melayu risau dengan layanan istimewa dan berlebih-lebihan yang diterima oleh bangsa lain terutama cina apatah lagi dengan kerakusan dan kegelojohan ahli politik bukan melayu yang meminta kesamarataan dan pelbagai lagi tuntutan atas nama rakyat (berapa ramai sangat la rakyat yang ahli politik bukan melayu wakili, jadi menteri pun jaga bangsa sendiri saja, cth. Timbalan menteri pelajaran, wee ka siong yang memperjuangkan sekolah vernakular).

Ini ditambah dengan sikap segolongan ahli politik dan personaliti kontroversi yang mula mempertikaikan elemen kenegaraan seperti lagu negaraku dan bendera malaysia dan sikap kurang ajar yang tidak boleh diterima di dalam budaya melayu sebagai bangsa teras negara malaysia.

Berdasarkan barisan kabinet yang dipilih, tidak nampak kesungguhan pentadbiran najib untuk transform. Tetapi mungkin najib tidak mempunyai banyak pilihan kerana sentimen politik akar umbi adalah berbeza dengan sentimen politik peringkat nasional dan ini mempengaruhi kelangsungan politik najib.

Sekian.

Aku bukan politician

DIN MALACCA said...

Salam Dato,

Saya merasa perubahan paling besar aka tsunami Umno ke arah positif akan berlaku bila direct vote akan di jalankan PAU tidak lama lagi bila 146,500 AJK cawangan dan bahagian UMNO yang akan mengundi untuk memilih MT,VP, Timbalan Presiden dan Presiden.....

Bila sistem ini di buat, Maka Umno akan menjadi lebih demokrasi dan bersih kerana tiada lagi diktator dalam parti seperti Lim kit siang dan LGE dalam DAP, nepotisme Anwar dan keluarganya dalam PKR dan juga para ustad khalwat didalam PAS yang menjadi barisan pemimpin.....


Buat pertama kali dalam sejarahnya, Umno sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik

melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.

setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai:

* 146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.

* Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.

baca seterusnya...


Jom, kita masuk UMNO

Pak Lang Rembau said...

YBhg. Dato', saya sokong hujah-hujah yang Dato' kemukakan dan saya beranggapan bahawa Dato' mempunyai pendirian 'seorang Melayu yang tidak mahu membodoh-bodohkan orang Melayu'! Ramai Melayu yang cakap politik dengan membodoh-bodohkan orang Melayu. Mereka membodohkan orang Melayu dengan berhujah bahawa Melayu bersatu padu menyokong UMNO dalam PRU baru lalu. Sedangkan daripada perangkaan yang dikeluarkan oleh SPR menunjukkan jumlah Melayu yang mengundi UMNO ialah 3.2 juta (berdasarkan undi di 88 kawasan parlimen yang dimenangi UMNO). Tetapi pengundi Melayu keseluruhannya ialah 7.8 juta. Mana perginya undi 4.6 juta lagi. Apakah itu bukti Melayu bersatu padu undi UMNO? Jangan jadi Melayu yang membodoh-bodohkan orang Melayu.

Lembah Tasnim said...

Salam Datuk ..

Saya sangat setuju dengan Datuk tentang kesan posifif bila kerajaan yang memerintah tidak lagi dapat 2/3 mejority, sangat banyak kebaikanya untuk rakyat.

Sebelum ini kita tidak pernah dengar BR1M, kedai 1Malaysia dll,
malah BN, untuk Negeri Selangor menawarkan 56 perkara menifesto/akujanji -bukan sikit- termasuk meneruskan pemberian 20 meter padu air percuma, yang memang diberi oleh PR.

Saya berpendapat imbangan kuasa ini bukan dari sudut politik sahaja, termasuklah urusan perniagaan, kalau ada persaingan kita boleh dapat harga yang murah dengan quality yang terjamin.

Saya sangat-sangat berharap suatu hari nanti -jangan terlalu lama- akan ada satu syarikat lain macam ASTRO.

Ingatlah dalam mencari kebersihan jiwa Bakhil itu satu sifat yang keji.


TQ Datuk.

Hanezam said...

Salam Datuk,

Kita boleh pilih untuk terus moyok sebab hilang 2/3 majoriti atau kita teruskan hidup lagi 5 tahun dengan majoriti mudah di tangan. Rasa-rasanya nak dapat balik 2/3 majoriti adalah mustahil, kecuali khayalan saya sejak dulu tercapai ie PAS masuk BN. Saya ingin juga yang bagus-bagus dalam PAS diiktiraf. Saya tidak fikir trend mengundi orang Cina akan berganjak selepas ini, sampai mereka dapat apa yang mereka hajat.

Sangat setuju majoriti mudah nipiskan monopoli kerajaan, tingkatkan sekatan dan imbangan dalam banyak aspek urus tadbir. Berlambak lagi manfaat yang rakyat jelata akan dapat dalam situasi ini.

Satu lagi kesan positif, dan lebih penting tentunya; kita masih boleh terus lantang bersuara di sini.Era sekat suara orang sudah berlalu. Kita baca pendapat songsang dalam diam, atau kita jangan baca langsung; terus bakulsampahkan. Pilih menjadi selektif untuk amankan jiwa raga. Ini cara baru untuk hidup bebas-tekanan dalam era 'simple majority'.

Saya menanggap seperti berikut :PRU 2004 ajar kita macam mana undi Cina secara bersesama boleh tolong BN capai majoriti 2/3 tercantik. PRU 2008 ajar kita apa jadi bila Melayu urban secara bersesama lepas geram dekat peti undi. PRU 2013 ajar apa undi cina secara bersesama boleh buat bila undi Melayu pecah, walaupun sokongan utk UMNO meningkat.

Tentu kita boleh bayangkan gabungan kesan-kesan ini pada PRU akan datang.

Dah ngantuk.
Salaam.

Hj Kasim said...

Mat Laut.

Saya berkata mengenai isteri Najib ,Rosmah ada asasnya.

Saya kenal Rosmah dari University Malaya tahun 1971 sahingga sekarang.

Anak perempuan dia dari perkahwinannya yang awak,berkawin dengan Fazri,anak Dato Yaakop,orang Alor Merah juga kawan saya dari University.

Saya tahu apa yang Rosmah buat kapada Najib.Najib itu kena QC.ini bukan fitnah.Ini betul.

Kawan saya,juga saorang Penasehat Najib,memberitahu saya,penasehat utama yang perlu Najib berhentikan ialah Rosmah.
Saya tanya dia bagaimana Najib hendak berhentikan Rosmah.
Jawab dia Cerai.

Bukan saya henak meroboh mesjib.Ungapan ini di keluarkan kerana terlalu marah dan sacara jenaka.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Khas untuk OKJ penyokong tegar UMNO.

1. DAIM dan Dakj pun penyokong Umno tapi taklah sampai tak berani tegur bos Okj, Najib tu.

2. Checks n balances mesti ada sebab pemimpin tu bukannya malaikat. JADI OKJ JANGAN ANGGAP TULISAN DAKJ MENGENAI C N B SEBAGAI REMEH.

3. Kslau polis minta magistrate reman tersangka curi rogol edar dadah dan bunuh tiada yg pertikai. TAPI BILA POLIS MINTA MAHKAMAH REMAN PENGKRITIK KRAJAAN TENTU RAKYAT TANYA DAN MARAH. ADAKAH PILIS NAK BULI, NAK TAKUT2KAN ATAU BAK IKUT PERINTAH MENTERI ZALIM.

4 Pak Lah menang 140 jerusi Tapi bos Okj iaitu Najib cuma menang 133 kerusi. Prestasi lebih buruk. Kalau mengaku dan letak jawatan adalah maruah sedikit. Ini tidak. PENCACAI NAJIB SIBUK SALAHKAN ORG LAIN DEMI PESUNGKAN RAKYAT DRPD ISU SEBENAR. KPD OKJ, SIAPA YG LEBIH MUNAFIK?

BERSAMBUNG

Unknown said...

Aslkum Dakj

sambungan khas buat Okj si penyokong tegar Najib.

1. Kalau Okj ada mata hati dan kemahuan untuk cari kebenaran yg dituntut agama, tak susah nak cari bukti tentang penipuan bos2 Okj dalam setiap pilihan raya. Selain drpd yg empunya diri tampil menceritakan bgm belisu diarah oleh bos askar memangkah utk askar2 lain, takkan Okj tak ikuti pendengaran RCI SABAH? Dan dgn pengaruh yg Okj ada tak kan tak boleh dptkan info drpd kakitangan lain2 pangkat di SPR, POLIS DAN JPN BERKAITAN OPERASI IC SEGARA, UNDI BERKALI2 DAN NYAH NAMA PENYOKONG PR TANPA PENGETAHWAN DAN MENDAFTAR NAMA TANPAIZIN?

2 Dah berapa ramai kroni Okj dalam UBN terpalit malah didapati bersalah oleh mahkamah spt kes KHIR TOYO. Sebagai s.eorang islam yg sering takut pd perlakuan munafik dan fitnah, tak malukah Okj bila lihat yg satu kapal dgn Okj terpalit dgn kes rasuah, salahguna kuasa dan bunuh. Okj sebagai org cerdik tentu tak bergantung pd apa utusan dan tv kata mengenai bos2 Okj. Jangan mudah kata org lain fitnah atau munafik. TAKUT2 BALIK KEBATANG HIDUNG SENDIRI.

3. Siapa tak kenal Daim dan Zam yg jugak totok terhadap UMNO. Adakah hilang sokongan mereka pd UMNO bila mereka kritik Najib dan penasihat beliau? JANGAN2 OKJ JUGAK SALAH SEORANG PENASIHAT NAJIB YG LEBIHVKUAH DARI LAUK TAK. PATUTLAH KRITIKAN TERHADAP PENASIHAT DIANGGAP REMEH.

4.Saya dengar bajet tahun 2013 untuk Kementerian Pelancongan telah habis diagih oleh mantan menteri pd kroni sebelum PRU 13. Tujuh bulan ni mebteri baru gigit jari. Perangai UBN lagi.

5. Walaupun Din Melaka bukan peminat Daim tapi terimakasih pd beliau bila minta Najib selesai isu siswazah graduan Melayu menggangur yg dibebani hutang PTPTN BERBILLION RGT. UNTUK PENGETAHWAH SEMUA ANWAR PD TAHUN 1988 ADALAH PENGERUSI JAWATANKUASA KABINET MENGENAI SISWAZAH MENGGANGUR. MEREKA WAKTUVITU PETIHATIN DGN NASIB SISWAZAH PENGGANGUR TERUTAMA MELAYU WALAUPUN WAKTU ITU TIADAVHUTABG PTPTN. OKJ MANA PENDIRIAN ANDA.

abdullahngah said...

Ali Rustam patut kalah, kerana terbabit dengan rasuah dan disahkan oleh umno.

Jika umno mahu berubah sangat tidak patut simpan orang macam itu.

Isa Samad masih nasib baik, masih menang miskipun terbabit dengan rasuah punca umno jatuh lagi.

A KADIR JASIN said...

1. Satu lagi contoh kesan positif PRU13 ialah apabila makin banyak pemimpin Umno/BN yang realistik mengakui kelemahan diri. Syabas YB Nur Jazlan kerana menerima realiti. Sila layari
http://www.malaysiakini.com/news/231653

2. Pakatan Rakyat terus martabatkan wanita dengan melantik YB Hannah Yeoh sebagai speaker DUN wanita yang pertama dalam sejarah. Tahniah YB Abdul Khalid Ibrahim.

3. Kalau Umno/BN terus menanam tebu di tepi bibir mengenai peranan wanita, ia akan terus dipinggirkan oleh pengundi, khasnya generasi muda dan terpelajar wanita.

4. Wanita dalam "kitchen cabinet" tak aci dan tak sah.

Terima kasih.

Ali gemok said...

Dato.
TS Mahayuddin katabdia tak mahu rock the boat.Dia tak mahu mencabar Najib.
Apa kata Dato kita meminta Tengku Razaligh Hamzah mencabar Najib unok jawatan President UMNO.

Saya rasa dia amat layak.

Mari kita pujok Tengku Razaligh meneraajui UMNO/BN

Lahuma said...

Dato.

Negatifnya pun ada juga.Salah satu daropadanya ialah bila Persatuan Cina Dong Zong makin bertambah lemaknya kerana DAP/PKR berdiri dibelakangnya.

Yang lain pun ada lagi.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

1. Pembahas Ali Gemok, dalam bahasa Inggeris ada ungkapan "rock the boat". Dalam bahasa Melayu ada atau tidak ungkapan yang serupa?

2. Yang saya tahu, masa kanak-kanak dulu, salah satu cara membuang air dan sampah sarap dari dalam perahu ialah dengan "melenggangkannya" dari sebelah ke sebalah. Bila air sudah sampai ke perut perahu barulah kita kuak dengan tangan atau timba.

3. So, to me, literally speaking, rocking the boat can produce positive results. We also rocked the perahu when it got stuck to sunken trees or when it landed on sandbanks. The question is how. If we leave the rocking to people who are unfamiliar with boats, sampans and perahu, we may end up drowning ourselves. But Muhyiddin grew up not far from the Muar River, so I assume he is familiar with how to save a boat from sinking.

4. Sdr Lahuma, kalau PM boleh "embrace" (memeluk) bekas ketua Hindraf, melantiknya senator kemudian menjadikannya timbalan menteri, apalah salahnya kalau benar DAP/PKR kini berdiri di belakang Dong Zong? PM pun cuba berbaik-baik dengan persatuan Cina itu.

Terima kasih.

minah ronggeng said...

Datuk,

Nurul Izzah dihalang masuk ke Sabah pasai apa?

Musa Aman ingat Sabah tu BAPAK dia punya ka?

minah ronggeng

Lahuma said...

Dato.

Kesan negatif yang nombor 2 ialah dimana UMNO/PAS sudah jadi tak ada TELOQ untuk menjadi suara Melayu/Islam kerana takut hilang undi Cina.
Pas terlalu takut pada DAP/PKR.
Alhirnya UMNO tetap hilang undi Cina.
Pas pula hilang undi Melayu/Islam di beberapa kawasan majoriti Melayu/Islam.

Yang kaut untung DAP/PKR.

Ada lagi yg negatif.
Semoga tidak ada lagi Melayu/Islam tendang tempayan kerana guruhnya.

Jumpa lagi.

terima kasih.

OKJ said...

Salam Dato kadir

Masih lagi tajuk kesan PRU 13 ni, hari ini Dato’ Seri Presiden mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera parti orang Melayu UMNO kerana menjadi parti terkuat sekali lagi bagi seluruh Malaysia. Malah katanya, UMNO memenangi 88 kerusi iaitu dekat menyamai 89 kerusi yg dimenangi oleh DAP, PKR dan PAS. Dalam bahasa mudahnya, tiga lawan satu pun masih seri. Hebat! Hebat! dan Dahsyat!!! Macam Ultraman……….

Bagi sayalah, secara simboliknya, Dato’ Seri Presiden memang betul-betul menghargai usaha keras para pemberi nasihat, yg juga bergandingan dgn seluruh jentera parti serta para blogger (pro kerajaan dan kebenaran) untuk mencapai matlamat bersama. Usaha keras sesetengah pihak untuk melaga-lagakan mereka nampaknya tidak berhasil langsung dan GAGAL sama sekali. Diulangi, gagal sama sekali.

Sebabnya, nama pun penasihat, maknanya hanya memberi nasihat bukannya memberi perintah macam residen Inggeris. Dato’ Seri juga faham keputusan terakhir adalah ditangan beliau. jadi kenapa nak salahkan orang lain pula. Saya cukup ‘respect’ dgn falsafah hidup Dato’ Seri Presiden. Macam inilah ketua yg bertanggungjawab.

Cuma dari riak wajahnya, beliau cukup kesal dan pilu dgn tsunami Cina pada PRU 13 lalu (juga disedari oleh sesetengah pemerhati yg teliti spt Sdr Langitbiru). Cuma, beliau masih tersenyum semasa perjumpaan Ah Jib Gor baru2 ini tetapi kali ini senyumannya penuh berMAKNA. Sekian TQ.

p/s maaf Dato' sebab banyak pula hantar komen sebab rasa begitu terharu dgn keberanian dan t/j pemimpn No 1 kita.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Konsep checks n balances telah diguna pakai di negara maju hingga membawa kesejahteraan hidup rakyat ketahap yg sangat membanggakan.

Baru2 ini Australia diistihar negara dimana rakyatnya paling gembira.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Terima kasih kerana Dakj telah membangkitkan konsep c n b.

Banyak negsra maju termasuk Australia dan Amerika telah lama menerapkan nilai c n b yg telah sebati dgn nilai hidup dan bernegara mereka.

Antara lain c n b yg mereka amalkan ialah:

1. Sistem dua parti yg diberi peluang silih berganti untuk jadi kerajaan.

2. Seseorang presiden di Amerika hanya boleh pegang jawatan tak lebih 2 penggal atau 8 tahun. Selain drpd beri peluang pd muka baru yg tak kurang hebatnya cara ini tidak sempat memberi peluang kpd pemimpin menjadi diktator atau membina dinasti spt raja2.

3.Kuasa melantik jawatan penting tidak terletak pd tangan seorang atau dua sahaja tetapi mesti melibatkan parlimen. Presiden atau perdana menteri boleh mencadabgkan calun drpd kawan atau sesiapa yg berkebolehan kpd parlimen, akan tetapi selepas calon berkenaan dilantik prrsiden atau perdana menteri tiada kuasa melucutkan jawatan dgn sewenang2nya atas alasan org berkenaan tidak boleh jadi kuda tunggangan mana2 parti politik. Kalau di Amerika antara jawatan yg tidak boleh diputuskan oleh presiden secara kuku besi adalah Setiausaha Negara, Setiausaha Pertahanan, Gobenor bank negara, Ketua Angkatan Tentera dan Peguam Negara.

CUBA KITA BANDINGKAN SITUASI C N B DI ATAS. ADA TAK DI MALAYSIA?

KALAU TIADA JABGAN MIMPI MALAYSIA NAK MAJU PD 2020. SYOK SENDIRI ISTIHAR SEBAGAI NRGARA MAJU BOLEHLAH. TAK PAYAH PAKAI PIAWAIAN ANTARA BANGSA. MALAYSIA KAN ADA JADI DIRI DAN ADAT KETIMURAN SENDIRI.

Kamal pahang said...

Dato.
Hari ini salepas meshuarat MKT UMNO,Najib berkata UMNO emerge stronger salepas. GE13,

Ha ha ha Saya teingat cerita saorang ketua negara kita yang pergi merasmi pembukaan sabuah Mesjid.Sabagai pembesar Negeri sudah tentu ucapan nya di sediakan oleh pegawai akhbarnya untok di baca.

Antara ungkapan ucapannya berbunyi saperti berikut."Beta amat berbesar hari pada hai ini dapat mencemar duli datang merasmikan mesjid yang di bena dengan berkat sumbangan kewangan dari pendudok kampong ini.Di tambah pula dengan keadan chuacha yang baik pada hai ini,ia nya memeriahkan lagi upacara hari ini." Pada masa pembesar negeri itu sedang beruchap hujan tiba tiba turun dengan lebat .

Oleh kerana ucapan itu di sediakan lebeh awal dan di tulis untok dibaca,maka ianya terus membaca tampa mempedlikan chuacha yang suah bertukar.

Saya ingat Najib ini memanglah anak bangsawan,yang tidak berpijak di bumi dan tinggal di kayangan.

zahir said...

a'kum dato
saya rasa dato dah hilang kemahiran analisa pru13
jelas prestasi umno meningkat terutama sokongan melayu, indian dan bumiputera... ataupun sengaja tak nak beri kredit pada fakta
Cina tolak bn bukan kerana rasuah...tapi kerana kuasa...manakan betul pasal rasuah padahal merekalah yg pelopor dan memajukan budaya rasuah

Kampong man said...

Salam Dato',

1.Pada mulanya saya memikirkan mahu berhenti dulu sementara atau mengurangkan komen diblog tuan atas faktor masa.Tambahan pula terlalu banyak berbalas balas pantun is bad for health. It is better one seek for SANITY.Just what I am doing and some others too I believe.

Teringat saya di zaman muda remaja dulu dengan nyanyian Don Mc Lean -"VINCENT" Starry starry night,menceritakan tentang saorang pelukis terkenal Belanda Vincent Van Gogh yang hanya mashor satelah beliau mati di umur muda.Beliau berjaya melukis lebih dari 2100 artworks dan bukanlah saorang yang senang didampingi. Karya beliau di hargai hingga kehari ini.Antara lyrics chorusnya:

..Now I understand what you tried to say to me.
And how you suffered for your SANITY
How you tried to set them free
They would not listen, they did not know how.
Perhaps they'll listen now.....!!

Banyak mereka yang ternama menjadi mashor/terkenal dan jasa dan kerja mereka di dikenang satelah mereka mati saperti Van Gogh.

2.Pada Mat Laut terima kasih pada satu teguran yang baik.Perkataan"Cerai" sepatutnya tidak boleh dipermainkan walaupun bagi tujuan berjenaka .Title Haji come with responsibilty too.Saya yakin Najib has his own mind.For now he is our PM .Our spouse is always our spouse, someone who share our problems and our success sahinggalah bercerai mati sebaiknya.

3.Rasanya saya juga mengenali madam sekurangnya melalui rakan/partner saya sekarang sdra AANC, madam EX,bertahun tahun hingga kehari ini disatu pejabat. Saya juga dijemput hadhir kemajlis akad nikah madam dan Najib di Gedong Lalang awal 80han ketika kami berjiran.Saya yakin pada komitmen dan kesungguhan Najib dan beliau telah pun diberi mandat penuh sebagai PM kita untuk lima tahun. Sebaiknya kita tidak mahu campur tangan dalam urusan rumah tangga orang lain.Tak gitu ?. Kita boleh tidak bersetuju dengan fahaman politik tak ada hal pun.

DAKJ, maaf kerana lari dari tajuk. Overpolitiking boleh jadi banyak yang gila dan stress.What a big relief that PRU 13 is finally over and BN is still the choice again.What can I say. Maaf.Good night and Thank you sir.


A KADIR JASIN said...

Lagi yang berubah selepas PRU13.

1.Umno tambah kuat kata Presidennya.

2. Bung Mokhtar Radin yang berani terus berani. Katanya, sekatan ke atas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah perlu ditarik balik kerana beliau bukan ancaman kepada negeri itu. Beliau menggesa kerajaan negeri Sabah memberikan alasan kukuh terhadap langkah yang dianggapnya sebagai “kesilapan” besar dan satu “bencana”.

3. Tidak berubah - kita warganegara Malaysia belum tentu boleh masuk Sabah dan Sarawak tetapi pendatang haram dan pengganas bersenjata boleh.

4. Wanita Umno masih taat setia dan berdiam diri walaupun tidak dapat tempat dalam Kabinet.

Terima kasih.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Bukankah Institusi Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara yg menghabiskan berjuta2 rgt duit rakyat ujud demi untuk checks n balances dalam rangka menjaga kebahgian rakyat?

Kalau Agong ada kuasa lantik PM dan Pengerusi SPR, apakah Agong tiada kuasa lucut jawatan mereka? Paling tidak Agong mesti ada kuasa siasat PM dan SPR telah laksana tugas dgn betul terutama dalam urusan perjalanan PILIHAN RAYA TANPA PENIPUAN?

Kalau Agong tiada kuasa, nungkin kita kena belajar lagi. Sebab banyak perkara yg tak betul di Malaysia.

Betullah apa yg pencacai UMNO laung dgn bangganya iaitu UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA......MENIPU DAN TAK KAN PERNAH DITANGKAP.

din Setiawangsa said...

Din Melaka masih terus menjadi askar anai anai Anu-war Penipuan?.Mana 40,000 Bangla, ada blackout ke ?,.Dakwat luntur saje ke?.Anu-war lah yang patut ditangkap kerana ada di warwarkan terdapat elemen treason dalam isu Lahat Datu oleh penghianat bangsa dan negara dari ketua pembanfkang ini.Tunggu....

Agong diberi kuasa lantik PM ?.Kalau fikiran dan pemahaman cetek dengan perlembagaan negara maka terdapatlah cadangan bodoh saperti ini.Sila menang 2/3 dulu sekira mahu ubah perlembagaan.

Sekira PAS boleh menerima kemenangan BN di PRU 13 kenapa tidak DAP dan Anu-war/PKR ?.

bodoh biribiri said...


Kalau Umno, harus halalkan,dan diterima tak kira salah atau tidak, menipu atau tidak semua kena terima dengan hati terbuka.

Kan saperti Mahathir kata, tiada Umno mati orang Melayu. Biarlah hak rakyat jelata dikorek oleh pemimpin dan kroni.


Mustapha Ong said...

Semua betul mahupun salah tentu ada jawapannya. Kita semua perlu mematuhi Undang2 yang kita gubahkan di Dewan Parliament yang mulia itu. Yang sebenarnya, Rakyat Negeri Sabah bimbang tercetus nya pergerakan Black 505 jika ia berlaku ketika atau selepas lawatan Nurul Izzah. Tiada sesiapa pun boleh menjamin keselamatan Rakyat dan Negeri Sabah oleh disebabkan emosi manusia tidak mudah dikawal.

Pada hakikat nya keselamatan tidak boleh dipolitikkan oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah yang mempunyai autonomi dalam perihal immigration mahupun pihak pembangkang yang sedang menimbulkan huru hala di negara pada masakini.

CT Tanjung Perak said...

Datuk kata: 4. Wanita Umno masih taat setia dan berdiam diri walaupun tidak dapat tempat dalam Kabinet

Soalnya, macam mana Wanita Umno hendak bersuara kalau kedudukan Ketuanya sendiri lemah.

Naib ketua pula sudah berpatah arang.

Maka tinggallah anak-anak terkapai-kapai.

Saya tidak yakin ada mana-mana ahli Wanita Umno lain yang berani bersuara sebab masing-masing mahu jaga periuk nasi dan mahu jaga undi dalam pemilihan parti nanti.


Alahai, Melayuku Melayu layu!

sukakeranarakyat untung said...

Pada pendapat saya,keputusan PRU 13 ini bukan apa apa melainkan suatu bantahan rakyat yang waras -bukan berimosi atas laungan bangsa dan agama -tetapi yang sedar bahawa negara tersayang telah disalah urus sehingga rakyat tidak berasa selamat lagi kerana kadar jenayah yang tinggi dan kedudukan kewangan yang amat membimbangkan.

Salahgunakuasa juga berleluasa dan pengurusan yang tidak efektif.

Orang Tiong Hua dan bukan Tiong Hua yang betul betul cinta akan negara telah sedar bahawa halatuju kewangan negara tidak boleh diambil ringan lagi.

Mereka semua ingin menyekat salah tadbirurus negara.

Walaupun gagal mengubah kerajaan, suatu mesej yang jelas dikirimkan kepada kerajaan mengenai apa yang rakyat tidak senanghati tentang.

Untuk menutupkan pekara ini, maka suatu perang psaikoloji (propaganda) menuding jari kepada suatu bangsa dimajukan untuk menarik perhatian umum daripada pekara sebenarnya sokongan terjatuh dengan begitu besar.

Kesan positif ialah, kerajaan tiada pilihan lagi tetapi untuk melaksanakan langkah langkah untuk memperbaiki apa yang lemah atau buruk.

Ini akan menutungkan rakyat dan negara.

Semua rakyat dapat melihat macam mana semasa Mahathir mendapat 2/3 majoriti , macam mana dia telah mengambil tindakan sesukahati sehingga negara mengalami kerugian berbillion billion ringgit.


Saya berasa rakyat tidak ingin melihat BN mendapat 2/3 majoriti pada masa akan datang pun kerana boleh melihat bagaimana bongkaknya Umno semasa itu.Sehingga kewangan negara tidak ditadbir dengan berhemah.

Fikir Tajam said...

Salam DAKJ,

Bahagian 1

1. Benar CNB amat diperlukan bagi memastikan kerajaan yg dipilih rakyat melaksanakan amanah dengan betul, wibawa lagi berakauntabiliti.

2. Kemenangan BN pada PRU13 yang lalu adalah dengan izin ALLAH jua meski berhadapan dengan pelbagai fitnah/tohmahan oleh RBArmy yg digerakkan sjak sekian lama oleh DAP.

3. Malah The Star biarpun dimiliki oleh MCA ternyata mendukung hasrat HITAM puak-puak Evangelista secara terang-terangan termasuklah oleh Hannah Yeoh Si Jerusubang yg Datuk angkat2 itu pabila dinobatkan sebagai speaker.

4. Sebagaimana ulasan saya sebelum ini, bertetepatan dengan komen oleh Sdr Zahir, bahawa Datuk semakin hilang ketajaman pena malah seakan lenyap idelisme bertunjangkan kepada jatidiri bangsa, agama dan negara.

5. Isu-isu pokok yg sepatutnya dibahaskan, dikupas seperti PERANCANGAN JAHAT CINA DAP untuk meRepublikkan Malaysia, menghapuskan MARA, menguburkan agenda memperkasa anak bangsa melalui semangat DEB tidak disentuh langsung. Kelicikan puak Evangelista Kristian yg menguasai DAP tak diusik. Ketamakan dan HALOBA serta BIADAP puak yg mendukung idealisme Zionis-Israel ini hampir tak berani disentuh oleh Datuk.

6. Bukan tarafnya Datuk nak bercerita pasal PM Najib perlu menceraikan isteri beliau, kisah Bung Mokhtar yg mengenyam itu menyalak membela Nurulizzah. Bukankah Bung itu juga sebelum ini yg mencerca dan mencela Proton kerana mengeluarkan Inspira? Bukankah Bung yg tergiur pada artis ini yg melengkingkan suara menyatakan bahawa Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary bak Raja? Bung ini sudah dirasuk elemen komunis sebagaimana jua Datuk yg hanya memakai topeng Nasionalis palsu!

7. Tahniah kepada Sdr QalamQabut yg begitu bijak membezakan pencapaian Pak Lah si Flip-Flop itu dgn Najib. Saya pernah menegur sebelum ini analisis remeh Datuk. Tolonglah belahar semula konsep asas Aritmetik. Pak Lah hilang Perak dan Kedah. Najib kembalikannya semula di PRU13. Pak Lah cuma upaya peroleh 79 kerusi parlimen yg dikuasai UMNO tapi Najib mencapai 88 kerusi. Simple mathematics Datuk!

8. Paklah dapat 140 kerusi dan Najib hanya 133 kerusi parlimen DISEBABKAN perancangan jahat DAP dan sokongan total masyarakat Cina waima MCA dan Gerakn! Mereka ini (MCA dan Gerakan) adalah gunting dalam lipatan! Sila baca blog ini utk maklumat lanjut: helenang.wordpress.com

9. Syabas juga diucapkan kepada Sdr Abu Bakar Ab Rahman, OKJ, Azhar, Kluangman dan din Setiawangsa. Kupasan anda sungguh bernas dan menepati nuansa pasca PRU13. Percayalah Tsunami Cina memang berlaku. Baca blog helenang.wordpress.com. Buka minda dan matahati.

10. Manusia(?) seperti Din Melaka dan mad said ternyata tidak berpijak di bumi nyata. Mereka menulis hanya untuk melepaskan geram dan dendam kesumat. Saya bukanlah taksub pada PM Najib. Saya juga kritik beliau tapi tidaklah sehingga mendoakan beliau menceraikan isterinya seperti Haji itu. Juga tidaklah seperti burung kakak tua melontarkan 'Altantuya Abuya' sebagaimana pernah dipekikkan oleh DAKJ sendiri.

Fikir Tajam said...

Salam DAKJ,

Bahagian 2

1. Sejak awal PM Najib meneriakkan 1Malaysia saya perhatikan bahawa kita masyarakat Melayu menyambut baik demi PERPADUAN. Sedangkan kaum Cina khususnya DAP melengkingkan 'SAMA RATA SAMA RASA'.

2. Ada peniaga Cina di pekan kecil bilang bahawa 1Malaysia adalah perancangan jahat kerajaan BN untuk merosakkan perniagaan mereka khususnya produk seperti KR1M dan PR1MA. Mereka sama sekali tidak upaya menyembunyikan NIAT SEBENAR MAHU MONOPOLI segenap aspek perniagaan di Malaysia.

3. Tindakan PM Najib terlalu memberi muka kepada kaum Cina dengan pelbagai peruntukan untuk SJKC dan Kolej Universiti Cina sangat mengguris hati masyarakat Melayu. Nah! Tsunami Cina adalah tanda terima kasih mereka kepada Ah Jib Gor!

4. Pada 5 Mei PRU13 lepas, saya mengundi di SK Cheng yg sangat daif infrastukturnya. Bangunan sangat usang. Padang kecil, sekolah sempit, malah bangunan kayu era British pun masih ada! Seawal pagi kam Cina sudah berbondong-bondong berbaris mahu mengundi dengan kelibat agen-agen pemuda Cina DAP yg berambut dan berpakaian ala artis Hong Kong. Malah pegawai besar SPR pun terdiri dari kaum Cina juga!

5. Amat memalukan! Kaum Cina yg datang mengundi sangat angkuh lagi SOMBONG! Jawapannya mudah saja. Sekolah KEBANGSAAN sangat daif! Bangunan buruk. Kerusi meja buruk. Dewan tak uasah cakaplah memang tiada punya. Tolong tunjuk mana satu sekolah kebangsaan yg punya dewan? Anak saya bersekolah di SK Paya Rumput yg bertaraf sekolah Kluster Kecemerlangan itupun tak punya dewan! Kasihan anak-anak berbaris dan duduk atas tar jalan setiap kali perhimpunan dan acara besar sekolah.

Fikir Tajam said...

Salam DAKJ,

Bahagian 3

6. Kerajaan pimp[inan PM Najib MESTI MEMPERKASAKAN sekolah KEBANGSAAN! Kalau tidak jangan panggil sekolah KEBANGSAAN. Panggil sekolah Melayu Atap saja. Sekolah Kebangsaan sewajarnya diberi taraf NASIONAL. Infrastrukturnya mesti bertaraf Nasional. Ini tidak Kementerian Pendidikan asyik seboh menyalak pasal Pelan Pembangunan Pendidikan TAPI sekolah kebangsaan sangat daif.

7. Isu-isu seperti inilah DAKJ patut sentuh dan perjuangkan. Bukan sekadar buat analisis 'trivial' yg banyak memberi kredit kpada PKR dan DAP. Sudahlah PKR dan DAP termasuk MCA, MIC dan Gerakan langsung tidak menyahut peri pentingnya mendidik anak-anak bangsa kita di sebuah sekolah. Di bawah satu bumbung, satu sistem pendidikan demi kelangsungan bangsa dan wajah Malaysia. Percayalah dengan meninggalkan sistem pendidikan caca-marba seperti sekarang ini yg terpisah-pisah untuk diwarisi oleh GENERASI AKAN DATANG ibarat 'bom jangka' dan sangat tidak bertanggungjawab.

8. Saya sangat menunggu-nunggu lontaran idea besar daripada DAKJ seumpama perlunya Sistem Satu Sekolah tapi ternyata hampa. Apakah DAKJ juga lebih senang mengambil pendekatan populis seperti PM Najib dan sebelumnya dengan membiarkan sistem pendidikan 'chaotic' ini diwarisi turun temurun?

9. Ironinya DAKJ juga seakan merestui segala perjuangan Dong Zhong dengan merelakan peranan PKR/DAP di belakang mereka. Ingatlah Datuk. Masa kita semakin hampir. Kenapa tidak digunakan masa yg semakin singkat ini untuk berbuat sesuatu yg memberi manfaat kepada generasi akan datang. Tidakkah pena Datuk bisa saja memberi impak yg besar terhadap dunia pendidikan keseluruhannya sekiranya Datuk peruntukkan sedikit masa yg berbaki untuk sama-sama memikirkan, mengutarakan pandangan dan menghujahkan secara tuntas kewajaran idea Sistem Satu Sekolah untuk semua.

10. Datuk nampaknya mengambil berat tentang isu PPSMI yg mana Datuk sangat percaya bahawa BI akan mengubah lanskap kefahaman pelajar terhadap kedua-dua subjek tersebut. Meskipun saya antara pelaksana PPSMI di IPT namun secara prinsipnya pendekatan YB Tun Dr Mahathir itu bukanlah kena pada tempatnya. Lain yg luka lain tempay yg dibebat. Begitu juga pandangan pemangku Presiden Gerakan yg menyarankan BN menjadi parti tunggal. Bayangkan seorang guru yg kesemua pelajarnya GAGAL dalam peperiksaan mencadangkan kepada pihak Kementerian Pelajaran pendekatan terbaik untuk mencapai kecemerlangan!. Ironinya Pak Totok dalam UMNO ada yg menonong mengiyakan! Sejarah jawapannya Datuk. Lupakah suatu ketika Gerakan berada dalam pembangkang di kaa tragedi 13 Mei 1969 dulu? Juga Simple Mathematics Datuk. Gerakan dan PPP kedua-dua prti yg menyarankan BN sebagai parti tunggal menyalak bahawa mereka adalah parti pelbagai laum. Hakikatnya berapa peratus kaum Cina dlm Jawatankuasa Pusat Gerakan. Juga berapa peratus kaum India dalam Jawatankuasa Pusat DAP. Begitu juga kononnya DAP menyalak sama yg mereka parti pelbagai kaum. Walhal berapa peratus kaum Cina dalam CEC DAP. Jangan lupa Zairil itu sebenarnya berbangsa Cina! Dia hanya anak tiri Arwah Tan Sri Khir Johari.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).