Sunday, June 30, 2013

Bank Pembangunan: Pinjaman Kepada Tan Sri Kenneth Eswaran "Rahsia"


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

SEPERTI saya sebutkan dalam posting berjudul “Putera Mahkota Baru Dunia Niaga” 22 Jun lalu (baca di sini), majalah Malaysian Business (MB) telah menghantar soalan kepada Bank Pembangunan Malaydia Berhad (BPMB) meminta pengesahan atau penafian laporan pinjaman RM500 juta kepada syarikat penyiaran milik Kenneth Eswaran.

Akhbar The Star/ANN pada 8 Jun memetik Eswaran sebagai berkata ABNXcess telah memperoleh pinjaman setengah billion daripada BPMB (baca di sini).

[He is looking at 2.5 billion ringgit for a 10 year period and for starters, ABN has secured about 500 million ringgit loan from Bank Pembangunan. In addition to that, shareholders have provided funding to jumpstart the project. Eswaran says that amount of funding is enough for 7 years for the first phase of the project.]

Berikut adalah soalan MB kepada BPMB:

Subject: Fwd: Malaysian Business: Disbursement Loan and Kenneth Eswaran

Salam Nor Sham,

This is MIor Azhar, associate editor for Malaysian Business magazine. I believe my writer Joshua has contacted you earlier regarding the loan given by Bank Pembangunan to ABNxcess owned by Tan Sri KK Eswaran (which was reported in The Star News paper on June 8 - attached). Also attached is our previous article on Tan Sri Eswaran and ANBxcess publsihed in our June 16 issue.
We really would like to have Bank Pembangunan's confirmation on this matter. We are following up on this issue and therefore would like to know if

1. The loan has been approved? If yes, when? How long does it take to process the loan application by ABNxcess?

2. We would also like to know the basis of the loan as I believe that RM500 million is the ceiling for your loan disbursement? Is it a usual practice for the bank to approve such big amount to a new set-up? If not, why the special treatment for ABNxcess?
I really hope you can revert with the answers latest by today as we are going to print an article regarding this matter and would like Bank Pembangunan to have a say on its participation. You can call me at 0169937875.
Thank you so much for your help.
Mior

Pada 28 Jun, Nor Sham, bagi pihak BPMB, menghantar emel berbunyi:

 “En. Mior ..  
As per our earlier email, we are sorry to inform you that due to the Duty of Secrecy under BAFIA .. we are unable to reveal any information to any party ..”

Thank you.”

Pendek panjangnya, Bank Pembangunan milik kerajaan Malaysia berkata: “Seperti dalam e-mel kami yang terdahulu, kami memohon maaf untuk memaklumkan kepada anda, disebabkan tanggungjawab kerahsiaan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) .. kami tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat kepada mana-mana pihak..”

Jadi kita tidak akan tahu sama ada BPMB meluluskan pinjaman raksasa itu kepada stesen TV digital Eswaran atau tidak.

Sementara itu, dalam kolum saya “Other Thots” dalam keluaran 1 Julai saya menggesa agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai ketelusan, Paul Low Seng Kuan, dijadikan pemeriksa kerajaan.

Antara lain, saya menulis: “In fact he should be made the chief scrutineer of the government and given the power to observe any process which requires rigorous oversight, either to prevent the occurrence of corruption or genuine mistakes like, for examples, the recent appointment of Tan Sri Nor Mohamed Yackop as Deputy Chairman of Khazanah Nasional Berhad and the repeated delays in the completion of terminal two of the Kuala Lumpur International Airport.”

Baiklah kita tahu ada BAFIA. Tetapi adakah semua urusan bank rahsia? Kalau rahsia, apa halnya dengan dakwaan terbuka Eswaran yang dia sudah memperoleh RM500 juta pinjaman daripada BPMB? Siapa yang bercakap benar ni?

Dan takkanlah identiti pembekal dakwat tak boleh padam yang terpadam pun rahsia juga? Wallahualam.

27 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Walaupun isu ini adalah antara bank, editor majalah dan org awam - tanggungjawab masih pada kerajaan sebab bahananya najib yg pikul

Najib sedar, dah ikrar, nak atasi Dan lawan 'persepsi' di kalangan rakyat atas 'fitnah? Dan dakyah/dakwaan pembangkang atau pro pembangkang atau pro kebenaran dengan cara yg mcm mana?

Ada sekatan' tetapi najib juga Ada kelonggaran Dan cara bagaimana sesuatu rahsia diperjelaskan.

Jika tidak, rakyat akan terus dng persepsi rahsia adalah korupsi.



Urang Awak said...

Sememangnya umum telah mengetahui bahawa sejak dari dahulu lagi orang2 tertentu didalam parti politik telah banyak mencampuri hal ehwal serta urusan2 perbankan di negara ini. Kita boleh lihat sebelum ini betapa banyaknya bank2 gergasi seperti BBMB, UMBC, Sime Bank, Bank Rakyat dll telah semuanya telah kerugian dan akhirnya terpaksa ditutup akibat dari urusan yang tidak telus.

Saya pernah berkhidmat sebagai penolong pengurus disebuah institusi kewangan di ibu negara disekitar tahun 80-90an dan tahu betapa peritnya untuk menjadi seorang yang benar2 mengikut garis panduan untuk meluluskan sesuatu pinjaman. Malah rakan saya pernah diugut untuk ditukarkan di daerah pendalaman di Sabah/Sarawak jika gagal mengkut arahan orang atasan.

Bukan setakat mencampuri urusan perbankan sahaja malah mereka telah mencampuri sektor2 lain seperti judiciary, kepolisian, Jabatan Agama, Pusat Zakat dll.

Sudah sampai masanya kita belajar dari kehancuran, kerugian serta kesilapan yang telah lalu dan biarlah orang2 professional menguruskan bidang mereka masing2 kerana mereka digaji/dilantik memang bagi tujuan untuk memajukan sesebuah organasasi.

safiai saad said...

I think in the name of business efficacy the bank required that the loan application have to undergo detail scrutiny of various committee before that loan is approved.
The viability of the project,the capacity to pay and the asset quality to be used as collateral also need to be studied.Only then the bank will approve.But in Malaysia,there is always a Malaysia way as stated by fellow writer Urang Awak,in order to show one is very efficient.
The question is that there is no law that allow us to peek on such transaction.Even we go to court to unveil it such intention will not be supported by the court,then how are we as citizen could help to prevent corruption and malpractised in this country.
They use to have OSA act where we are not privillaged to know the detail but that has been repealed.
I guest we can complain directly to SPRM to alert them on such transaction.whistle Blower Act ?
I conclude as a good citizen you have done a good reporting on this matter but I guest your hand is tied.

Lahuma said...

Dato.

Rahsia dalam rahsia.
------------------------------

Rupanya sukar benar jadi orang Melayu di bumi Tanah Melayu.
BRIM 500 pun sudah gah sangat.
Beruntung juga bukan Melayu di Tanah Melayu.

Mungkin PM Najib sudah lupa yang kerajaan BN hari ini 133 itu adalah kerajaan sumbangan undi orang kampung.

Makan jadilah kerajaan Orang Kampung.

Orang Kampung masih dapat kuah dan tulang rupanya.

Isi-isi hanyalah hiasan sahaja.

Terima kadih.

Lembah Tasnim said...

Salm Datuk..


Dalam isu ini bagaimana nak hilangkan 'persepsi' jika urusan tidak kelihatan telus.

Memang sedih kalau saya tak silap.. suatu masa dulu ada berita tentang wang Zakat, Baitul Mal, urusan kewangan masjid pun berlaku keteritisan. Apatah lagi bank biasa.

Dalam pada itu pula mereka-mereka yang menyokong kepada kebenaran akan dianggap sebagai penyokong pembangkang.

Maaf Datuk Kalau agak Kasar.. TQ.



Unknown said...

Aslkum Dakj

Syabas dan tahniah kerana follow up isu kroni dpt pinjaman 500jt daripada dana rakyat di BPMB.

Kasian juga dgn wartawan di Malaysia nak cari berita. Ada BAFIA la. Ada OSA la.

Bagaimana kerajaan kejam
dunia spt UBN lindung kekejaman mereka sumua org dah tau pun.

Kesian Melayu. Boleh ke dpt 50000 rgt drpd BPMB?

TOOLBOX said...

YBhg Datuk

1. Nampaknya YAB Najib tak belajar & serik dengan kes towkay karpet. Harini makan bersuap, esok-lusa dia gigit tangan yang menyuap.

2. Satu lagi tindakan kurang cerdik YAB Najib adalah mengitar-semula menteri dan pengerusi GLC yang non-performing. Sebagai contoh, saya tak nampak relevannya pelantikan Ng Yen Yen dan hujah untuk menarik pelancung dari China agak dangkal.

Toolbox

Dato Malek said...

Dato Kadir.
Bank Pembangunan di tubohkan di bawah akta yang lain dan bukan banking act.Ia nya tidak di bawah penagwasan Bank Negara.Oleh itu isnya tidak tertaalok kapada BAFIA.

Bagitu juga dengan Bank Raayat.Ianya dituboh di bawah cooperative act.jadi ianya tidak tertaalok dibawah pengawasan Bank Negara.

Bagitu juga dengan MBSB ia nya juga tidak tertaalok kapada BAFIA kerana di tubohkan dibawah money lending act.

Nampaknya pegawai bank itu kelentong you.

Cetusan said...

Assalam,,nampaknya nak kena pencen dulu baru buka rahsia..

din klang said...

Salam din melaka aka lembah tasnim....

Sebagai Pencacai tegar anwar sekeluarga tak perlu lah buat komen sampai 2 kali....bunyi nya tetap sama juga....macam masa anwar dalam umno dulu juga...lagi besaq ketirisan yang dia lantak..

Apa pun Dato tq atas dedahkan isu ini.

Hanezam said...

Salam Datuk,

Saya membaca bersama-sama posting ini posting yang lepas 22 Jun, dan artikel Kunta Kinte Datuk di BH 28 Jun. Sesungguhnya membaca sambil meneka dalam kesamaran adalah sangat memenatkan.

Saya simpulkan seperti berikut (mungkin juga silap)

1. Ungkapan 'Dracula jaga bank darah' adalah lebih kena sebab isu di tangan melibatkan kemungkinan penyelewengan/pembaziran dana sebuah bank.

2. Dah cukuplah saluran tv yang dah ada. Berapa banyak lagi stesen tv yang kita nak ? Cukup-cukuplah yang dah ada ni pun. Tak tertengok dah.

3. Tak payahlah BP salur keluar dana tersebut. RM500 juta besar jumlahnya dan banyak lagi benda berfaedah dapat dibuat untuk rakyat.

4. Saya berharap rakyat secara bersama-sama dapat berbuat sesuatu untuk menyelamatkan dana ini.

Allah selamatkan Malaysia.

Datuk,
Akhir-akhir ini banyak isu mengaitkan Rosmah. Lepas PRU13 makin menjadi-jadi pula. Kat blog-blog lain pun sama, pakat bangkitkan isu ini. Saya ada soalan celupar, tapi nak simpan dulu.



leekh said...

COngratulations fellow Kedahan! I hope your concern has everything to do with your concern for transparency and corruption and not because his name is Eswaran.

kundoq13 said...

Datuk,

Nampaknya orang ramai sudah tahu berkenaan Eswaran ini.Semua juga tahu apa jawapan BPMB.Ertinya semua beranggapan siapa yang memberi perintah supaya bank memberi jawapan begitu.Semua ini arahan Najib.Kalau tidak pun,Najib yang setuju semua ini.

Saya faham inilah inti pada tulisan Datuk kali ini,Tentang salah laku kerajaan dan tidak berubahnya Najib.

Datuk membawa isu membuat pembaca berfikir,tertanya-tanya dan meniup api kemarahan yang meluap-luap.

Datuk membawa pembaca bagi pihak Datuk untuk marah,benci,dan menuturkan kata-kata huduh pada Najib dan kerajaan.Pembahaslah yang memangku bagi pihak Datuk,sedangkan Datuk memerhati dari jauh.

Saya rasa kepada Datuk telah sampai masa untuk kita sama-sama terus dan terang dalam perkara sebegini.Jalan selamat yang datuk pilih memberi beban kepada pembahas yang semestinya cepat respon.Apa kata Datuk lebih dulu mengandaikan perkara ini dan pembaca akan susur kemudian.

Saya sedar memang Datuk ada kekuatan dan prihatin kerana membawa cerita ini kepada umum.Di sini lebih telus daripada kerajaan yang ada ini.

Saya minta Datuk buat satu posting tentang arah kerajaan samada sudah mula berubah atau perlu diubah pada November ini,setidak-tidaknya pada PRU 14 nanti.Tumpang masih awal,nak baiki pun gamak la lagi,Datuk.

Minta maaf kalau Datuk rasa nak marah.Saya hanya mahu maklum kepada Datuk.Tak pamer takpa.

ab said...

Salam Dato.





PINJAMAN PERIBADI?. Amboi, baiknya bank ni.

SIHAT KA chairman bank ni.

Sihat ka auditor bank ni?.





PM tak `rasa' ka depa nak `penanya' melayu lagi ka?




Bolih tak bank negara senaraikan berapa orang `hartawan' di negara ni yang `habis'/selesai bayar hutang peribadi dibank melebihi 50 juta ringgit semasa hayat..?



Ada 12 orang tak dato?..yang lain tu senarai TAK BOLIH, DAN TAK MUNGKIN bayar hutang itu sampai bila bila pun, hingga kat dunia lain nanti tu...



La ni pun ada seorang menteri besaq , masih tak bayar hutang peribadinya melebihi 80 juta ringgit sejak hampir 20 tahun dulu, dia ni pun akan keok nanti,dan akan faraidkan hutang juga .....





Apa apa cerita pun dalam hal ini saya kira PM bolih juga ada `influence' dan `cloud' dalam hal hutang ini .



Mana la tau kalau dia angguk ; masuk, kalau dia geleng;tak masuk,tak bolih.




Jom kita ramai ramai pi mintak PM `rekomen' kita kat bank untuk beri pinjaman peribadi nak buat bank kat Palestine ka,buat kolam air kat sudan ka,buat`FELDA-like' estate kat kemboja ka,beli atau pajak gunung kat kawasan pahang buat kuari melayu ka, buat kilang rail kereta api ka dll....MASA AGM UMNO NANTI kita `korek' la kes ni nanti minta presiden mai tolong UMNO pulak!.



Alah, bukan banyak pun, kalau sorang 100 juta,dalam 100 orang dah OK tu,tak gitu dato?.



KADANG KADANG `rahsia' bolih bermaksud `kongsi'....



Abu Bakar Ab Rahman

zainal abidin awang kechik said...

Zaman Bala Akan turun kepada UMNO yang kianat kepada pelembangaan ASAS PERNUBUHAN UMNO..

YANG MENARIK NYA.. BILA MANA PEMINPIN UMNO TIDAK BOLEH DI TEGUR, DAN DI BERI PANDANGAN...
TUN DAIM... TUN MAHADHIR.. SIBUK DENGAN PROGRAM... TUN ABDULLAH SIBUK membimbang kan Kesihatan yang tak menentu..
NAJIB SIBUK promosi transpomasi popular nya.. Muhyidin DAH JADI Yakut (takut) ..mana DIA MELAYU DI MALAYA NI..

Poliitik MELAYU DAH masuk zaman BISU pekak DAN tuli...MB PAHANG DAN TERENGGANU TAHU pedih nya dengan NAJIB PUNYA pukulan..
" YA ALLAH BERIKAN NAJIB PERTUNJUK.. DAN AMPUNI LAH DOSA DAN KELEMAHAN NYA"


SELAMAT posa tok

MAT KAMPAU said...

Salam DKJ,

It is really sickening when one hears how duit rakyat is being abused. BAFIA is not a "shield" to corrupt practices.

Najib's government owes it to the rakyat to disclose the true nature of the BPMB loan.But the leaders do not care a damn now. They have five years to plunder the country's riches or abuse their positions.

To the crooked leaders , please be reminded that there are precedents when past PMs and Presidents have been criminally prosecuted. The long arms of the laws will haunt you forever for the wrongs you did to the rakyat.

MAT KAMPAU

Lahuma said...

Dato.

BRIM 500 bukan rahsia.
Yang menjadi rahsia bila BPMB 500 juta.

Nampak gaya pembangkang pun senyap saja.PKR/DAP/PAS susah bisu.

Kalau isu NFC dulu pembangkang bukan main lompat dan macam gila-gila.Itu pun 250 juta sahaja.

Apakah ada double standard dalam memperjuangan sesuatu.

Agenda apa agaknya semua.
Melayu semua tak betul dan rasuah.
Bila orang lain diam sahaja.

Melayu mangsa semua keadaan.
Politik.
Ekonomi.
Pelajaran.
Budaya.
Agama Islam.
Kemudahan.

Ramai yang tak faham.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Non,

Non dengar dak ungakapn MB satu tahun?

Macam Pak Lah pada penggal kedua jadi PM satu tahun.

Non orang lama Umno, cuba "check". Saya dengar MB Pahang, Terengganu dan NS adalah 3 MB satu tahun.

Cuba Non "check" dengan "hero-hero" Umno, adalah 3 MB satu tahun bersamaan PM satu tahun macam Pak Lah.

Ya, Pak Lah tak sihat. Saya melawat dia di IJN. Harap dia dah sihat.

Tapi Non, orang lama Pemuda Umno macam Non dah tinggal gusi. Gigi pun dah longgak. Depa tak pandang lagi.

Terima kasih.

Cetusan said...

Ohh lupa atuk pesan jika nak untung diri, tak perlu kritik komen, join sekali..sama sama dapat saham..ramai kwan nanti..

Journo said...

Tok Kadir,

a. There's a diffence between development bank (DB), in this case BPMB, and commercial bank (CB). DB funds high risk start-ups and under the control of the government. CB tends to fund proven ongoing projects. BD loans are cheaper than CB loans.

b. But I do not see anywhere that ICT and entertainment are in the priority funding lists of BPMB, unless ABNXcess is classified under technology which is one of 4 target sectors of BPMB fundings. But ABNXcess looks more like broadcasting and entertainment because the technology side is provided by Telcos.

c. No matter some commentators blamed political interference, finally the BPMB board of directors and management will be held responsible, and in proves cases of mismanagement and CBT, they will be the ones facing the musics, not their political masters.

d. I am assured by the fact that there are many tan sris and hajis on the board of BPMB. I know they will live up to their royal titles and their holy titles.

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Dato’
Hemmm….Dato semakin lantang la ni To’!
In shaa Allah Dato’, kalau pena menulis yang benar dan hak menentang kezaliman, pahala berganda-ganda. Itu yang dimaksudkan sebuah hadis sahih diriwayatkan An-Nasa'i,

"Jihad yang paling utama ialah kata-kata yang benar di hadapan pemimpin yang zalim"

Urang Awak berkata benar berdasarkan pengalamannya. Sebenarnya, bukan sahaja di bank, tetapi semua institusi kerajaan dan GLC, termasuklah Khazanah, MAS dan lain-lain semua dipergunakan sebaik mungkin oleh UMNO.

Institusi kerajaan seperti SPR, SPRM, PDRM apa-apalah…..semuanya dibawah telunjuk UMNO.

APa lagi nak di KATA?

Ahli perniagaan, Amir Bazli SAMAN Zahid atas dakwaan “Serangan Dan Cubaan Bunuh”. Presiden Mahkamah Rayuan merangkap Hakim Mahkamah Persekutuan , Tan Sri Md Raus, bersama 5 ahli panel hakim yang lain memutuskan KES SAMAN KE ATAS ZAHID itu di dengar di Mahkamah Tinggi.

Itu ahli perniagaan yang ada duit, boleh lah dia saman menyaman hatta menteri sekalipun….kita rakyat biasa boleh saman???

Apa Peguam Negara nak buat????

Di Parlimen pula, sebelum PRU Parlimen memutuskan untuk guna DAKWAT KEKAL. Itu keputusan Parlimen…..selepas PRU beratus lapuran polis dibuat dakwat tak kekal, termasuk HARUN DIN buat lapuran polis…..apa kata Aziz?????

Bila terbongkar dakwat guna pewarna MAKANAN, macammacam dalih pula keluar…..TG (bukan ori Tg) ADNAN kata, Malaysia TAK PERLU DAKWAT KEKAL sebab Malaysia bukan Negara ke 3………Apa lagi nak dikata??? Parlimen lulus TAPI seorang pembesar UMNO buat alasan sebaliknya disokong oleh Media Utusan, Media Prima…..PARLIMEN PUN DEPA TOLAK MAIN MAIN Je…

Hakim VT Singham putuskan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur, Khalid selaku Ketua Polis Selangor bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian Kugan yang mati dalam tahanan polis dibalai Polis Taipan…..

Apa lagi nak dikata??? Boleh Zahid Hamidi arahkan siasatan ke atas Khalid????
Apa lagi nak dikata???Boleh Khalid siasat Zahid atas dakwaan “Serangan Dan Cubaan Bunuh”????

AKTA??? ENEKMEN???UNDANG-UNDANG???PERLEMBAGAAN???OSA,BAFIA,etc!!!!
SEMUA KEPENTINGAN NEGARA HARI INI SUDAH JADI MAINAN ORANG-ORANG UMNO………

KONKLUSION BOLEH BUAT……..UMNO PENYAMUN!!!!

MalaysianKita said...

'Dracula jaga bank darah' tu satu ungkapan baru lah..

Ungkapan lama, "Harapkan pagar, pagar makan padi".

Ungkapan Tok Arab; "Pengembala kambing jaga kambing dari serigala, bagaimana pengembala itu serigala"?

.....rumusan UMNO jaga Negara...

UMNO PENYAMUN!!!!

wankamarul701 said...

Saman Halim Saad belum selesai timbul pula isu pinjaman rm500 m.. hmmm...

MalaysianKita said...

Abdul Azeez UMNOPUTRA dilantik PENGERUSI TABUNG HAJI.....

APA LAGI NAK DIKATA?????

Journo said...

Tok Kadir,

a. The funding of ABNXcess aside, which I agree, may have some political bearing and transparency issue, ABN, as a news channel, if fairly independent.

b. I read ABN news online and I find them balanced. Before the May 5th GE they even reported Anwar's predictions that the PR will will win.

c. Today they reported Tony Pua saying the crime rates are high when commenting on break-in at Khairy's house. Can read more here http://news.abnxcess.com/2013/07/tony-pua-burglary-at-khairys-house-proves-high-crime-rate-is-not-perception/

d. So we will make the distinction the business side of ABN and its balanced reporting. It is certainly more balanced and free that RTM, Bernama, TV3, The Star and NSTP. Bravo TS Eswaran!

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Bank Pembangunan terletak di bawah seliaan MITI. Tok Pa Menteri yang diberi tangung jawab untuk menjaga bank ini. Dulu Bank Pembangunan di bawah KPUN. Mungkin ini salah satu natijah KPUN dihapuskan oleh Najib. Jauh juga pandangan PM kita ini. 10 Tabung diberi kepada seorang Eswaran. Baiknya Najib. Bank-bank lain yang tertakluk di bawah BAFIA di selia oleh kementerian mana agaknya?

Mesyuarat cawangan UMNO bermula 15 Julai 2013 akan menyaksikan sekurang-kurangnya sebuah cawangan di Selangor akan menyokong Muhyiddin sebagai Presiden UMNO, insyaa Allah

abdullahngah said...

saya masih belum lupa dengan kes pembunuhan jalil Ibrahim dulu.

Bank bumputra tutup dek orang parti politik.

Tak mustahil Bak Islam pun mampus dek kerja orang politik.Bank Muamalah juga dengar kabar nak jual.

Pasti ada kes yang membabitkan kelancaran urusniaganya.

Belabur di Afrikalah puncanya. Sekarang Najib umum pula akan berlabur sekali lagi di neraga punca bank bumiputera mampus.

Tidak mustahil bank pembangunan juga akan mampus jika tidak dibendung kes orang politik yang gila kumpul harta.

lebih lebih lagi mereka kebal dan ada lesen tak mudah didakwa.

Ini disebut orang orang nombor satu SPRM dengan kataanya SPRM tak cukup undang undang.

Maka itulah berlaku dan terus menerus berlaku jika umno/BN memerintah negara ini.

oleh itu, maka wajarlah KU LI kata umno pengkhianat.

Maaf jika melampau.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).