Tuesday, June 11, 2013

Kurangkan Protokol Dan Jangan Boros


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

MEMANG saya tidak bercadang untuk menulis mengenai politik buat sementara waktu kerana menghormati cadangan kartunis Lat seperti yang saya nyatakan dalam rencana sebelum ini.

Tetapi beberapa komen dalam posting berkenaan dan satu cerita tidak masuk akal yang saya dengar, saya terpaksa kembali menyentuh mengenai politik.

1. Saya sekali lagi mohon para pembahas agar berhati-hati dan tepat apabila memetik daripada al-Quran atau Hadis. Saya tidak akan menyekat sesiapa pun memetik dan merujuk kepada al-Quran dan Hadis, tetapi saya sendiri bukanlah pakar jadi saya amat bergantung kepada pihak yang membuat petikan atau rujukan.

2. Pembahas “raja2u” pula, antara lain menulis:  “Kita hendaklah berlapang dada dengan orang politik. Mereka ada lesen besar untuk buat apa sahaja.”

3. Saya mohon tidak setuju. Malah saya anggap pendirian seperti itu salah dan menjadi punca mengapa orang politik kita berasa mereka ada lesen besar untuk berbuat apa sahaja. Sebaliknya kita wajib mengingatkan mereka bahawa mereka tertakluk kepada undang-undang dan “lesen besar” mereka itu adalah milik pengundi, pembayar cukai dan rakyat jelata keseluruhannya.

4. Marilah kita membuat ketetapan bahawa kita akan menegur dan mengkritik para Yang Berhormat kita sekiranya apa yang mereka lakukan menyalahi undang-undang, membazir dan merugikan rakyat jelata.

5. Kita kurangkan protokol dalam perhubungan kita dengan mereka dan tidak membazirkan wang serta waktu menyambut dan menjamu mereka.

6. Anggota Kabinet dan timbalan menteri, khususnya yang baru dilantik janganlah fikir pejabat baru, kereta baru dan peruntukan baru. Tidak perlulah ‘bersetuju’ dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) kalau mereka bercadang membelanjakan berpuluh-puluh juta ringgit mengubah suai dan memperbaiki pejabat serta kediaman rasmi. Saya terkejut mendengar daripada ‘mulut kuda’ sendiri bahawa pengubahsuaian dan kerja-kerja membaiki dua kediaman rasmi pembesar negara memakan belanja lebih RM40 juta. Kalau benarlah berita ini, nyatalah telah berlaku pembaziran, pemborosan dan kemewahan yang melampau.

7. Saya mendengar satu cerita yang luar biasa apabila pengarang dan beberapa orang wartawan Sinar Harian menemui seorang pembesar Umno yang berjawatan penting di ibu pejabat parti itu. Mesejnya kepada Sinar Harian lebih kurang begini: “Surat khabar kamu tidak menyokong Umno/BN dalam PRU lalu. Kamu tidak perlu membuat liputan mengenai kegiatan saya dan tidak perlu menjemput saya untuk upacara kamu.” Untuk menyeronokkan cerita dan berteka-teki, saya sengaja tidak mendedahkan siapa pembesar yang, macam kata pembahas “raju2u”, ada lesen besar untuk buat apa sahaja. Kalau inilah pekerti dan kepakaran para pembesar Umno, parti itu akan mati bunuh diri.

8. Dan sesiapa yang berminat dalam pungutan suara bolehlah lawati blog Syed Akbar Ali di sini untuk mengambil bahagian.

Wallahualam.

29 comments:

kluangman said...

saya juga sudah mula kurangkan tulisan politik kerana sebelum pru 'mereka' sudah terlepas mata Dan telinga untuk mendengar Dan membaca apa yg rakyat suarakan..inikan pula selepas pru13.

Mungkin Ada baik kita lebih jadi penonton buat masa ini dari jadi penyebok.

Kita terus sokong hanya pada kebenaran Dan tukang catit 'detik2 kemerosotan Dan kejatuhan empayar umno di Malaysia dibawah kepimpinan terakhir najib bin abd razak sekadar menyempurnakan teori RAHMAN'

abdullahngah said...

Saya sangat setuju bahawa orang politik ada lesen besar boleh buat apa sahaja.

Terutama sekali perdana menteri timbalan menteri dan menteri menteri termasuk menteri besar dan ketua menteri.

Mereka boleh buat apa sahaja hatta rasuah sekalipun.

Dari segi Islam siapapun orangnya tak harus menggunakan lesen besar, kecuali para nabi dan rasuah (maksum)

Mungkin orang politik di malaysia seolah olah maksum. Makan rasuah pun tak boleh disabitkan bersalah miskipun ada dinyatakn dalam iklan "rasuah itu jenayah".

Rasuah Jenayah tetapi mereka (orang politik) tidak dikelasfikasikan sebagai penjenayah.

Mereka bebas boleh buat apa sahaja sehingga ada antaranya jadi kaya segera.

Mustapha Ong said...

Salam saudaraku DAKJ,

Tajuk biicara kita awal Minggu ini amat menarik khususnya kepada YB2 yang baru hendak merasa kedudukan mereka di Barisan Kerajaan, Parliament dan DUN. Hem! Kurang protocol dan jangan boros amat tepat jika YB2 benar tidak membesar kepala dan berlagak seperti pemimpin di atas pagar.

Setiap kali kita memilih Kerajaan baru pada selesai nya PRU, Rakyat akan mengalami dengan berbagai- bagai perangai YB2 baru dan mendengar jumaah perbelanjaan untuk mengubahsuai pejabat dan kediaman rasmi ketua -ketua anggota pentadbiran Kerajaan kita, termasuklah Istana Negara dan Istana-Istana Raja2 Negeri.

Mengenai soal protokol, memang dah jadi lunas nya dimana kadang2 bermacam janji2 YB Menteri2 tetap tinggal janji sahaja disebabkan protokol dsb nya. Jarang sekali kita dapat berurusan terus dengan YB Menteri2 tanpa melalui peraturan protokol yang diketatkan oleh pegawai2 istimewa menjaga pintu Pejabat. Ada juga mereka yang beranggap lebih penting dan berkuasa daripada boss mereka. Kita tidak boleh menyalahkan YB2 Menteri oleh sebab kadang2 mereka pun tidak diberitahu tentang sesuatu temujanji atau perkara2 yang sebenarnya. Pada pengalaman saya di luar Negeri agar tidak begitu dan para Menteri2 mereka lebih Mesa dan terbuka.

Dalam konteks ini dan melalui mesej yang dipertunjukkan oleh Rakyat menerusi keputusan PRU13 yang telah memberi tanda2 tidak kepuasan hati rakyat terdapan pemerintahan Kerajaan BN, maka adalah diharapkan perangai YB2 Menteri berubah. Segala keputusan kos pembangunan atas segala perubahan dan sebagainya perlu di lakukan dengan lebih berkhemah dengan bertanggungjawab dan berintegriti.

ab said...

Salam Dato,




Tajuk yang bagus.



Bolihkah saya minta dato senaraikan
nama pemimpin pemimpin negara, besar atau tidak besar,sejak Dato melibatkan diri dengan mereka dari dahulu hingga sekarang; yang dato fikirkan KURANG PROTOKOL DAN JANGAN BOROS....



Saja nak tau, sebab saya msih mencari cari icon islam dan icon melayu sejak 100 tahun lalu....




Lagi 10 tahun,2020 atau tepat lagi 2024 ni genaplah 100 tahun empire kerajaan Ottoman runtuh sepenuhnya..




Islam is weak(? weaker/weakening) and the melayu/bumiputra is still without an icon; the previously enslaved community pun dah ada icon depa (N Mandela),dibenua yang teruk dengan sebahagian besar penduduk papa kedana pun ada icon depa (Ghandi)...



Abu Bakar Ab Rahman

Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad said...

Kalau kita tengok sikap Tun Daim zainuddin semasa dalam kerajaan yang diceritakan dalam buku 'Daim: Insan di Sebalik Enigma', beliau menghantar menu kepada rombongan luar negara apa yang ingin dimakan apabila ingin melawat Malaysia. Beliau membenci pembaziran. Begitu juga apabila rombongan Bob Morton dari Singapura apabila datang melawat beliau. Apa yang dihidangkan? Cuma bubur nasi sahaje. Pemimpin Umno sekarang?..hmmm...

Kampong man said...

Salam Dato',

1.Masaalah kita orang Malaysia kini kita sudah terlalu taksub pada politik berpanjangan.Walaupun celik politik ini bagus tetapi kini sudah sampai ketahap tidak sihat, tahap kebencian pulak.Para blogger di kedua pihak terus memainkan isu politik tidak habis habis.Very unsettling indeed.

2.Di zaman persekolahan saya dulu di STAR, Ipoh majallah Readers Digest menjadi langganan bulanan bagi memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris kerana kami dari kampong perlu melalui kelas peralihan(Remove Class) setahun.Kolum 'Laughter is the best medicine' dalam Readers Digest ini sentiasa ditunggu kerana melucukan.

3.Benar,ramai yang stress dan bengkak hati kerana parti mereka kalah dan tidak mahu menerima kekalahan dengan lebih terbuka menyalahkan SPRlah PDRMlah dan kini PKR gagal menghormati undang undang dan syarat berkumpul secara aman.Sudah sudah lah.LAIN KALI LAH.

4.Dari sudut lain pula ada juga kebaikanya.Kita boleh let off steam dan perasaan yang terpendam bagi melepaskan geram .Yang penting kita berhemah dan dapat bersetuju tidak bersetuju,jujur dan ikhlas dan move on.

5.Kita perlu kepelbagaian bagi mengurangkan dan mengurus stress dari bahang politik keterlaluan. Bagi peminat seni berbagai bagai acara yang ada di merata rata tempat. Di Istana Negara baru baru ini ada P.Ramlee dalam Kenangan-Jamal Abdillah.Saya berpeluang menghadhiri nya.Sebagai peminat seni selalunya saya tidak lepas menonton pementasan disana.Puteri Gunung Ledang, Mak Yong,The Cats umpamanya. Saya hanya pernah dengar nama Rose Chan ni sahaja. Dengarnya minah ni buat banyak performance di BB Park.Betul ke?.BB Park amat hebat tempatnya saperti Happy World di Singapura saya dengar. Sekarang BB Park sudah jadi Low Yatt tempat alat elektronik bagi gadget man.

Laughter is always the best medicine. Kartoon Dato Lat sentiasa humourous mungkin sebab saya Kampong man dan bukan Superman.Takhniah Lat.Teruskan berkarya.Salam sekadar berceloteh satelah berbalas pantun di blog rakan baik saya Aspan Alias.

Adam Bachek said...

Salam DKJ,
Semuanya bergantung pada sikap.Adakah mereka sanggup berbelanja sebegitu kalau duit diperolehi dengan titik peluh mereka sendiri ?

Perbelanjaan juga merupakan peluang business untuk penyokong2 mereka.

Bagi mereka, ini adalah merupakan " make hay while the sun shines "

Adam Bachek

raja2u said...

Assalamualaikum.

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Satu tajuk yang bukan sahaja menarik tetapi juga perlu diambil tindakan bagi membetulkan keadaan.Nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran adalah tanggungjawab kita bersama.

Tidak cukup kita meluahkan perasaan kita sahaja tetapi perlu mewujudkan suatu sistem yang dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi. Dalam perkara mengawal pemborosan kita perlu mengaktifkan semula fungsi EPU. Dengan menteri yang baru kita tentukan beliau memainkan peranan sebenar beliau seperti yang diamanahkan rakyat dan tidak memanaskan kerusi sahaja. Tiada siapa boleh melaksanakan sesuatu projek atau perkhidmatan sebelum ianya dikaji EPU dari sudut samada bajet ada untuk tujuan tersebut, ianya betul-betul diperlukan, kosnya berpatutan dan negara mampu untuk melaksanakannya. Ini terpakai bagi semua golongan rakyat termasuk semua peringkat pemimpin dengan tiada berkecuali. Rakyat dan wakil rakyat perlu memberi pandangan membina dan dibahaskan di Parlimen jika keluar lapuran Audit mengenainya.Jika perkara itu serious maka bolehlah dibuat usul memotong gaji Menteri yang berkenaan kerana kecuaian.

Kalau dahulu ramai dari orang kita tumpang gembira dengan lapuran kejayaan negara dalam negara , serantau dan antarabangsa walaupun kedudukan mereka ditahap itu juga maka adalah wajar mulai dari sekarang kita tentukan wakil rakyat yang kita pilih mengenengahkah keperluan kita untuk tindakan sewajarnya. Mudah-mudahan ini akan menyebukan mereka berkerja untuk rakyat dan tidak berpolitik sahaja.

Raja Abdul Rahman
Pencetus Strategic Vision
Petaling Jaya

Lahuma said...

Dato.

Prptokol dan boros.
---------------------

Jika benar apa yang Dato cerita maka rumusan beginilah.

Itu baru 133 kerusi.
Kalau 203 tak payah cakaplah.

Selepas baca tulisan Dato.Saya hubungi kawan-kawan.

1.Bekas pemimpin UMNO yg pernah ada jawatan juga bergelar Dato macam Dato.

2.Tokoh yang sedang berjawatan agak baik dalam UMNO.

3Rakyat biasa sebagai pengundi yang berpelajaran tinggi dan bersosial dalam semua lapisan rakyat.

Ketiga-tiga manusia ini mempunyai persepsi dan realiti yang sama macam Dato tulis.

Rupanya ramai yang sama rasa dan sama segala macam.

Habis macamana UMNO nak bertegak lama.


Baru 36 hari jadi kerajaan sudah kelabu asap.

Jumpa lagi.Terima kasih.

Ibni Ismail said...

Tuan,

Saya setuju bahawa dalam senario sekarang ini, Ahli politik sememangnya mempunyai lesen besar untuk buat apa sahaja.

Ahli politik ini termasuklah dari pemerintah dan juga pembangkang.

Sekiranya tuan ingin mempelopori gagasan yang tuan nyatakan dalam posting ini makanya tuan kena mulakan dengan mendedahkan setiap keborosan yang dilakukan oleh ahli politik.

Lesen besar ahli politik selain datangnya dari pengikut tegar, juga datangnya dari pelapor (wartawan) yang diamanah kan untuk melapor tetapi hanya melapor secara terpilih.

Harap2 setelah tuan tidak bertuankan ahli politik, pelaporan tuan diharapkan lebih telus dan tepat tanpa berpilih pilih..

Rawa Lanun-Bahasa said...

Komen The Scribe:

Tetapi beberapa komen dalam posting berkenaan dan satu cerita tidak masuk akal

Saya tidak jumpa komen-komen itu, The Scribe -
yang mana satu?
Maaf kita bukan ceredik
tengok rose kita keraih
kena usik sikit nisyan - tak tahan
tanya mat pkr aiskrim sedap tak?

Apapun ada last call di chedet.cc:


Rawa Lanun-Bahasa
June 11, 2013 at 11:41 AM | Permalink

Your comment is awaiting moderation

Dear Tun Dr Mahathir@blog admin

The grass is indeed greener on this side of the fence.
Said the punggok looking at the moon in the shadow
and the cats mowed in agreement

partin words from karkun cum anis
so sweet and so so manis
my love to her and sharizat

while i recite for a reality show
- satan get thee behind me

a tired general let him rest
and wish him all the best, Tun

bila rumi menari jawi berjoget

Golongan spt kamu dlm UMNO lah yg menyebabkan Melayu mundur kerana menganggap agama sbg penghalang kemajuan

:) I (:
anisa's Gravatar anisa
June 11, 2013 at 1:32 AM | Permalink

Assalamualaikum

Rawa Lanun-Bahasa, org spt kankurock mengajak kpd kebaikan daan beramal ibadat, bagaimana kamu boleh pula mengherdik golongan2 mcm ini.


Maaf dan telah terlalu banyak ampun dan maaf dari mahaguru
namun every plunder must come with a comment or foot note:

Umno, parti itu akan mati bunuh diri

sebelum mampus dia mengelupor dulu
kita nak tengok kalau tersembur
kalimah tertera merah

masa dia dok mengelupor itu
dan sebelum adalah waktu dia
mengamok - bahaya

jadi pakai helmet jaket superbaikers
setan dibelakang ku


Salam Hormat Pendekar Lapok

ku_seman said...

Saya setuju dengan Datuk Kadir, orang politik @ YB tidak boleh buat sesuka hati kononnya mereka mempunyai lesen besar. Malah saya sangat setuju sikap tidak berani mengkritik YB yang membuatkan ada sesetengah YB lupa diri. Kalau ini berlaku yang salah ialah mereka yang bersikap berdiam diri walaupun YB atau YAB tergelincir dari landasan. Kerana itu saya akan menyertai Datuk untuk terus mengkritik orang politik tidak kira BN atau pembangkang atas dasar yang membina. Saya fikir tidak guna saya ada pen tetapi tidak berani menulis untuk kepentingan umum bukan kepentingan kelompok tertentu. Ada YB yang marah bila kita kritik Amerika Syarikat kononnya kita bergantung hidup kepada Amerika Syarikat. YB macam ini kita tak mahu. Tapi saya akan terus tulis apa yang saya fikir boleh memberi sumbangan kepada orang ramai. Saya tidak mahu digelar "wartawan terbaik" kerana tidak mengkritik pihak yang perlu dikritik. Dapat gelaran "wartawan haprak" pun tak apa asalkan saya boleh menulis untuk kepentingan orang ramai.

Ahmad saad said...

Dato Kadir.

Di Jakarta ada Gabenor baru Jokawi.Dia ini kerja untok membaiki tahap kehidupan pendudok di Jakarta.Kerja siang malam dan yang pentingnya tiada protokol langsong.

Semua orang boleh berjumpa dengan dia untok menyatakan masaalahnya.

Popullarity nya bagitu tinggi sekali.Baru baru ini bila di buat survet untok calon President Indonesia tahun 2014, Nama nya di atas sekali.Nambor dua ialah bos partynya Proboyo.

Boleh kah pemimpin UMNO dan Pak Menteri kita buat macam Jokawi.

drlangitbiru penang said...

Assalamualaikum Dato'

Tajuk yang baik dan menarik.

Saya fikir hanya segelintir sahaja pemimpin UMNO yang tak boros, tak membazir.

Cerita naskah PRU dan Lambhogini tu dah cukuplah kita ambil iktibar.

Macammana tak boros, duit tu duit rakyat!

Kalau dalam pemilihan UMNO, semua guna duit, yang UMNO guna istilah POLITIK WANG, yang maksud sebenar adalah BELI UNDI, atau bahasa mudahnya RASUAH POLITIK, bila menang pemilihan jangan harap mereka ini menegakkan Syariah dan Syiar Islam!

Sebab, Islam mengajar kita MAKANAN yang dimakan akan jadi darah daging kita, kalau SUMBERNYA HARAM, hati dan nafsu nya cenderung kepada perkara haram.

Kalau pokok pangkalnya RASUAH, jangan berharap sangatlah mereka ini jadi pejuang dan pembela Islam.

ps BOROS adalah saudara rapat Syaitan!

MalaysianInsaf pilih Islam sebagai satu cara hidup.

kerispuaka said...

ahli parlimen UMNO/BN berebut2 nak jadi Menteri atau Timbalan Menteri bukan sebab nak berbakti kepada rakyat tapi sebab nak berebut2 kaut kekayaan.

kundoq13 said...

Datok,

Yang sebenarnya,pemimpin bukanlah kita yang pilih,tetapi pemimpin yang pilih pemimpin.Pemimpin akan pilih orang yang 'ngam dengan dia,dengar katanya dan tak melawan.Lagi satu,pandai bodek dan puji dia.Kita hanya disuruh sokong sahaja.

Bila pemimpin yang mencadang atau memberi bayang sapa-sapa yang dia mahu,kebanyakan jiwa melayu ini menurutlah kata ketua.Inilah pemimpin yang ada kini dan kita hanya berangan-angan tentang adanya pemimpin berjiwa besar dalam kerajaan.

Jenuhlah kita bercakap dan minta pemimpin jangan boros,berjiwa rakyat dan apa-apa lagi.Semua sia-sia bila kita tidak dapat memilih pemimpin.Begitulah sekarang ini sampai rakyat terpaksa minta pada pemimpin supaya berhemah,bukannya pemimpin sendiri yang patut sedar akan tanggungjawabnya.

Tidak seorang pun dalam barisan pemimpin terkini yang berkarisma dan berpandangan jauh dan seorang pun saya tak respek,Datok.

terima kasih tuan.

antisyaitan said...


Salam Sejahtera semua,

Saya menyeru rakyat Malaysia yang beragama Islam supaya banyakkan membaca Surah Yasin dan bertekad menjauhi syaitan samada "Yang DiKenali" atau "Yang Tidak DiKenali" kerana sememangnya syaitan itu kerjanya memperbodohkan dan menyesatkan manusia.

Sesungguhnya tidak ada istilah BERSARA dalam kehidupan golongan syaitan sehingga hari kiamat apabila alam ini dihancurkan dan ditamatkan riwayat oleh Allah SWT.

Pak Cik said...

Salam Dato

saya baca blog Dato ini lebih banyak fokus pada kelemahan para pemimpin BN/Umno dan juga PR macam cerita kedai mamak.

Sebagai bekas ketua pengarang kumpulan akhbar yang berpengaruh di kalangan pembaca suatu ketika dahulu, Dato sepatutnya LEBIH menekankan isu, masalah dan harapan rakyat marhaem.

Tapi Dato banyak buang masa dengan kerenah para polikus yang sentiasa bermuka muka itu.

Malaysia memerlukan lebih ramai Rahim Kajai yang menulis mewakili suara rakyat.

Mungkin Dato masih terbawa bawa dengan cara pengarang di zaman 80an dan 90an dahulu.

kami sudah bosan dengan cerita politikus Mat Yeh

doncin cai said...

...
elok sangat tindakan yang akan awak lakukan tu @ ku seman ...
bukan apa, pernah tengok awak tu di jemput oleh stesen tv tak lama dulu... kena terima hakikat, yang awak tu sememangnya mempunyai kepakaran dalam penulisan tetapi agak kurang sangat secara lisan... begitu juga kepada @tuantanah... mana2 yang nampak silap, balun le... dulu, ia le ada alasan takutkan orang kat "belakang".. la ni dah freelance...kalau deme tak berubah juga, tak ada salah nya untuk kita ber "kalih"...

Lembah Tasnim said...

Salam Datuk..

KALAU BENARLAH BERITA INI (meminjam kata-kata Datuk) ubah suai kediaman rasmi memakan belanja melebihi RM40 juta? Aduhai!! Alangkah banyaknya.. Sangat banyak..

Bagi saya orang kampung yang hidup dalam suasana kampung, masih memakai kereta nasional negara WIRA LAMA model tahun 1997, (belum mampu tukar kereta) jumlah sebanyak itu tidak pernah terbayang telah dibelajakan oleh mereka yang hidup dalam kemewahan dan kuasa.

Sikap dan kata-kata sombong, takabbur, bongkak seorang pembesar UMNO terhadap wartawan Sinar Harian, mencerminka akhlak yang buruk bagi seorang pemimpin.

Kalau itulah contoh pemimpin kita, artinya mereka langsung tidak menyelami perasaan dan kehidupan rakyat yang dibebani dengan harga barang yang mahal dan hutang keliling pinggang.

Nampaknya pemimpin Umno masih tidak sedar lagi, mereka hanya akan sedar bila kuasa sudah tidak ada lagi.


TQ Datuk.



maae said...

Salam Datuk,

1. Mohon Datuk cari dan cungkil lagi kebenaran nya. Maklumlah sekarang zaman politik fitnah di mana yang dongeng menjadi benar dan yang benar di tenggelamkan. Jadi 'kuda' pun masih 'tak ape'. Jangan pula red bean bintang tiga yang dedahkan.

2. Jika realiti nya itu sudah berlaku, maka beruk mat yeh memang suka memulas kelapa muda untuk di hempas atas kepala tuan nya.Kera dapat bunga atau belacan,perangai nya tetap sama. He..he..Pasal rose chan,banyak keistimewaan nya...sebab itu lah mereka yang ghairah tertipu dan terkedu macam babi yang di pulas ekor masuk dalam sangkar rotan(praktis penternak cina waktu dulu), di hantar dan tunggu saat maut apabila bakal di renjat rod voltan tinggi di cucuh pada dua bela tengkuk dalam rumah sembelih! Bunyikan...he..he

3.Sembelihan orang Islam tetap mula dengan nama Allah SWT. Malang nya sebahagian kita amat suka beli dan makan daging renjat! Lalu di kabarkan bahawa tali Allah dan sunnah Rasul itu menjadikan kita terkebelakang! Kata nya, penyebab melayu itu mundur dan masih hidup dalam zaman jahilliyah! MasyaAllah ! Dahsyat sekali pemahanan liberal, kapitalis, komunis atau sekular atau apa-apa saja fahaman ciptaan manusia... sehingga protokol menjadikan manusia ini lupa diri dan suka membazir kerana ada nya 'tali' kuasa manusia.

4. Yamseng atau cheers Datuk! Jangan peduli melayu lagi... bola pimpong atau penutup botol boleh lenjun...he..he..

Lahuma said...

Dato.

Isu KSU sambung kontrak lagi.

Apa dah jadi Dato.Rupanya pegawai kerajaan pun ada isu politik mereka juga.Ingat ke orang politik sahaja kelam kabut.

Sepatutnya cukup usia berenti sahajalah.60 tahun punya usia molek sangat rehat fikiran dan badan.

Masih ada manusia yang kejar dunia sampai tak ada nokhtak.

Antara dasar kerajaan dan dasar pegawai kerajaan.

Masih bercelaru.

Terima kasih.

Adam Bachek said...

Salam DKJ,

Diakui susah dapat keterangan tentang salah guna kuasa oleh individu tertentu.Dalam konteks ini , peranan "whistle blower" boleh dipakai.

"Eyes and ears" rakyat berada di semua Kementerian dan Jabatan/agencies kerajaan. Kes Lembu Sharizat sebagai contoh.Ini adalah " moral tool" yang berkesan sebagai "checks and balances" terhadap salah guna kuasa/korupsi.

Adam Bachek

Adam Bachek said...

Salam DKJ,

Just to pen down some thoughts on politics.

DEMOCRACY is an expensive ideology.Those poor political animals would solicit financial support from investors to win elections and be appointed to important position of power. Then pay back time while at the same time to make as much money as possible for themselves within 1 term.

The rich political animals will not be that desperate in soliciting financial support. Still it is investments to become richer.

Proof : Poor Ketua Bahagian UMNO suddenly seen driving Mercedes S Class and those with dashing disposition driving Ferrari etc.

Adam Bachek

banggoi petai said...

bagus tok Ong bagi nasihat ini dengan c Omar Ong. . dia kan sebantal seselimut dengan PIEM kesayangan kita. . lagi mujarab kesan nasihat tok Ong kalau c Omar yang jadi Jin penyampainya. . betul kan?

mtgbertam said...

Dato',

Tukaq nama kementerian pun ada implikasi kos pada papantanda, letter head dan yang berkaitan dengannya.

Renovation ofis ni melibatkan kebanyakan ketua2, termasuk kp, tksu, ksu, ocpd, oc, hatta ketua balai pun perabis duit ubahsuai pejabat.

Banyak duit habis tokkkk.....!!!!

PENGUNDI AMPANG said...

Ybhg.Dato',

Petikan dari buku 'TEROMBA (Dato' Dr Mohd. Rosli Saludin)

Banyak gila antara gila
Gila kuasa paling bahaya

Din Klang said...

din melaka

lahabau engkau tukau nama pulak jadi lembah tasnim.

tulisan engkau macam kerbau kena gigit ulau tu sama aje.

piang tak boleh di ajau la engkau.

zulhairy said...

Saya tahu siapa pembesar UMNO itu. Sebab saya kenal wartawan SINAR tu

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).