Monday, June 17, 2013

Pujukan Moral Boleh Nyahkan Ahli Politik Rasuah


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

PADA 13 Jun, saya dijemput menyertai pengarang media massa lain ke majlis taklimat tertutup Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM/MACC) – sesuatu yang jarang berlaku kepada saya sejak meletakkan jawatan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad pada tahun 2000.

Jadi saya mulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada SPRM (yang sama sebut BPR/ACA), khasnya kepada Ketua Pesuruhjayanya, (Tan Sri) Abu Kassim Mohamed, kerana menjemput saya.

Syabas kepada SPRM di atas kejayaan menambah bilangan penyiasatan, pendakwaan, sabitan (conviction), rampasan harta dan membantu kerajaan mengesan penyelak cukai korporat.

Daripada taklimat dan perbincangan lebih dua jam itu, saya bertambah yakin bahawa undang-undang semata-mata tidak akan berjaya dan berupaya mengatasi gejala rasuah yang termasuk di dalam pentakrifannya penyalahgunaan kuasa.

Berikut adalah pendapat, pemerhatian dan cadangan dua sen saya kepada SPRM dan mana-mana juga individu dan kumpulan yang mengambil berat mengenai rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mahu membanterasnya daripada menjadi lebih buruk:

1. Antara isu besar yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi Cina, undi bandar dan undi pemilih muda adalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di mana imej BN semakin dipertikaikan, sama ada kerana persepsi atau realiti.

2. Dengan bertambahnya bilangan wakil pembangkang dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri, cabaran terhadap Kerajaan BN berkaitan isu ini akan meningkat. Tetapi peperangan terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa bukanlah untuk menyelamatkan Kerajaan BN, tetapi adalah untuk menyelamatkan negara.

3. Cadangan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah yang dianggotai oleh Barisan Nasional dan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) wajib diberi pertimbangan segera oleh Parlimen.

4. Undang-undang pencegahan rasuah boleh dipinda dan diperkukuhkan, tetapi pembasmian rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak akan berjaya selagi aspek moral dan ketelusan tidak dilaksanakan. Banyak kes-kes berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa lebih berupa kes moral daripada undang-undang. Contohnya, Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh mengisytiharkan percanggahan kepentingan (conflict of interest) dan menarik diri daripada membuat keputusan apabila projek, kontrak dan permohonan yang dibincangkan membabitkan ahli keluarga atau kawan akrab mereka. Tetapi semua orang tahu, iaitu sekalipun mesyuarat diserahkan kepada orang lain, misalnya Ketua Setiausaha Kementerian atau Ahli Exco, pengaruh Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri tetap ada. Mereka hanya perlu “mengenyitkan mata” dan yang perlu berlaku akan berlaku.

5. Cadangan supaya Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Ahli Exco tidak membenarkan ahli keluarga mereka terbabit dengan projek dan aset negara, seperti tanah dan konsesi balak, perlu dipertimbangkan.

6. Adalah kebiasaan sejak sekian lama bagi pegawai-pegawai tinggi kerajaan, hakim, pegawai tinggi polis dan tentera diambil sebagai pengarah atau rakan kongsi oleh sektor swasta sebaik sahaja mereka bersara. Bukan itu saja, banyak daripada mereka menyertai syarikat atau usahawan yang dulunya mereka tolong ketika dalam perkhidmatan awam. Untuk tujuan ini eloklah diwujudkan satu tempoh idah atau “cool off period”, mungkin setahun dua atau lebih sebelum mereka boleh menyertai sektor swasta ataupun memohon kontrak-kontrak kerajaan.

7. Di mana siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) tidak memperoleh cukup bukti untuk mendakwa anggota Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua pegawai eksekutif sektor swasta, pihak pejabat Peguam Negara perlu diarah supaya membentangkan laporan penyiasatan itu untuk pengetahuan umum. Kaedah ini boleh membantu, secara moral, menyingkirkan anggota Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua pegawai eksekutif sektor swasta yang terbabit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, tetapi tidak cukup bukti atau tidak dapat didakwa atas sebab-sebab teknikal.

8. Pemberian kontrak secara terbuka dan telus bukanlah perkara asing bagi negara kita. Pada tahun 70-an dan 80-an, pemberian kontrak kerajaan amat telus dan terbuka sehinggakan wakil media dijemput membuat liputan pembukaan tender dan pemberian kontrak.

9. Bagi mengelakkan pilihan raya dijadikan sebagai alasan mengutip wang dan berkemungkinan juga diambil peluang untuk melalukan money laundering adalah amat perlu diwujudkan satu kaedah yang telus dan terbuka berkaitan pembiayaan politik (political funding).

10. Di peringkat bawahan pula, rasuah telah banyak berkurangan hasil daripada penambahbaikan sistem dan urusan di pejabat-pejabat kerajaan. Penggunaan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT), khususnya urusan atas talian, telah banyak menutup peluang kakitangan awam meminta rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

11. Pihak penguatkuasaan, khasnya SPRM, perlu mengkaji dan bertindak tegas terhadap apa yang disebut sebagai rasuah bersindiket (syndicated corruption) di mana pihak penguat kuasa melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa secara berpasukan. Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Operasi dan Pentadbiran PDRM 2004/2005 mendapati kegiatan seperti itu berlaku dalam PDRM di mana setiap peringkat kakitangan terbabit dengan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa, khususnya di peringkat polis daerah. Ia juga berlaku di cawangan-cawangan penguat kuasa yang lain. Masalahnya, bagaimanakah pihak penguatkuasaan boleh memerangi dan membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa kalau mereka sendiri dianggotai oleh kakitangan yang menyeleweng?

12. Undang-undang sahaja tidak memadai. Peperangan terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa perlu juga merangkumi aspek moral. Sekalipun anggota Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua pegawai eksekutif sektor swasta tidak dapat didakwa kerana kekurangan bukti, mereka boleh “dimalukan” supaya meletakkan jawatan atau hadapi kemungkinan ditolak oleh rakyat jelata.

13. Pujukan moral (moral suasion) boleh digunakan sebagai senjata menyekat perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan memaksa mereka yang terbabit, tetapi tidak dapat didakwa kerana kekurangan bukti supaya meletakkan jawatan.

Wallahualam.

19 comments:

safiai saad said...

Pandangan sdr amat menarik,tetapi dirasakan kita masih tidak berkesan.Kalau dilihat akan negara yang indek korupsi nya baik saperti nagara scandinavia,singapura,malah negara eropah yang lain ada beberapa perkara yang dapat kita pelajari:
1. tindakan menyekat korrupsi harus dimulakan dari atas (top down approach)
2.Pegawai dan kakitangan perlu yang terbaik. pengambilan mereka tidak seharusnya mengikut prosedure biasa.Mereka yang dari private sector harus diambil bekerjadengan SPRM.
3.Moral,ugama memanglah perlu tetapi ia memerlukan masa untuk menerapkan,apa yang kita mahu swift and speedy action.
4.Kerajaan seharusnya berani mendengar dan mengambil tindakan terhadap rungutan rakyat atau peserta ekonomi.jangan asyik nak sweep under carpet.
5.cadangan yang sdr kemukakan adalah baik belaka tetapi we need action,and the action must be fast.
5. Saya harap mahkamah sendiri harus memberi tujok ajar keoada pendakwa bagaimana satu case hendak dijalanka.Kalah kerana procedure,technical evidence,sampai bila nak selesaikan masaalah di nagara kita
terima kasih

Azahari Rahman said...

ambil contoh negara yg paling sedikit jenayah ini.baik jadi tauladan..buruk adi sempadan.malu bertanya sesat jln ler jwbnya

Rawa Lanun-Bahasa said...

Syabas, Dato' Abdul Kadir kerana buah fikiran dua sen yang amat berat ini.

Hairan kenapa ianya mengingatkan berita Rafizi and Mohd Ariff - PR’s weapons of maths destruction head to Parliament (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rafizi-and-mohd-ariff-prs-weapons-of-maths-destruction-head-to-parliament/)

Setuju pujukan moral boleh nyahkan ahli politik rasuah.

Terima Kasih

School Of Tots said...

Kefahaman agama bisa mencegah Rasuah. Melalui pendidikan dan media massa, pahatkan diminda bahawa rasuah itu HARAM. Haram itu DOSA. DOSA itu balasannya NERAKA. Setiap hasil dari Rasuah adalah HARAM. Jika makan hasil rasuah maka jadi darah daging yang HARAM. Rasuah boleh terlepas dari Pihak Berkuasa tapi tidak akan terlepas dari pengetahuan Yang Maha Kuasa ALLAH SWT. You will be burned in HELL !! Selagi mana manusia tolak agama atau sekadar percaya tapi tidak yakin maka selagi itu Rasuah akan terus berleluasa.

kluangman said...

SPRM wajar diletakkan di bawah penguasaan Dan pengawasan pembangkang sebagai satu perimbangan kuasa - check and balance.

Jika kerajaan serious Dan berani kerana benar, wajar dilaksanakan.

Hanya mahkamah mempunyai kuasa mutlak membuat hukuman berdasarkan bukti.

Memalukan secara moral Sangat tidak wajar kerana sprm sendiri terdedah kpd penyalahgunaan kuasa, ia lebih kpd asas syak wasangka.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Saya bersyukur kerana masih afa penulis berpengaruh yg masih faham sangat terhadap malapetaka yg akan menimpa rakyat gara2 rasuah

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

1. Tahniah dan tkasih banyak2 kpd Dakj kerana timbulkan kembali tajuk rasuah

2. Kasihan dan simpati saya kepada org Melayu miskin atau cukup makan yg mungkin kerana kurang ilmu hingga masih memilih pemimpin UBN yg bergelumang dgn rasuah dan kebas hsrta rakyat .

3 Ucapan padan muka kpd Melayu yg miskin harta dan moral yg tak mau menggunakan akal yg dikurniakan Allah hingga lebih percaya pd pemimpin UMNO drpd ustaz PAS .Jangan salahkan org lain jika negara penuh perasuah sebab anda sendiri tak bermoral maka Allah ciptakan pemimpin teruk macam anda jugak.

4.Kepada golongan seterusnya yg berpendidukan tinggi tapi cari makan macamburung kakak tua. Macam sesetengah VC U yg lebih UMNO dari ahli UMNO sendir mengiakan setiap perbuatan menteri UMNO demi sesuap nasi dan habuan upah jawatan JUSA A atau turus 3, tanpa mengambil kira implikasi rasuah dan salah guna kuasa pd anak bangsa sendiri. InshaAllah di akhirat nanti org macam saya akan menuntut bukan saja pd bangsawan UMNO yg jahat tetapi jugak pembodek mereka dari golongan ini yg sengsja bersekongkol dan memutar belit untuk mempengaruhi atau mengugut rakyat yg lemah.

5 Dakj jangan terlalu idealis. Kalau dari peringkat cawangan dah rasuah dan brutal adakah lagi peluang untuk tidak jahat di peringkat negeri dan persekutuan? Tolonglah berhenti bermimpi dan berharap.

6. Pertukaran kerajaan jahat seluruh dunia termaduk jiran kita INDONESIA DAN FILIPINA telah banyak meningkat kesejahteraan rakyat, walsupun perlukan masa.

7 Sayangnya di MALAYSIA slogan hidup MELAYU TERLALU POWER HINGGA MELENYAPKAN ISU KERAJAAN JAHAT.

MUNGKIN KITA KENA DOA DAN USAHA LEBIH LAGI.

Maek said...

Datuk.
Ikut sahaja di Indnesia,KPK di bawah Parlimnt.
Jadi Oresident Indineianoun kena siasat.Bsannya di perjara kerana rasuah di Bank Negara Indonesia.

Atau ikut sahaja di Singapora.
Jika menterinkena siasat rasuah,besokna dia bunoh iri.

Lembah Tasnim said...

Salam Datuk..

Rasuah sudah menjadi darah daging yang berakar umbi diMalaysia, samaada dari pekerja biasa, pegawai tinggi, maupun ahli politik terutama dikalangan orang Melayu. Itulah persepsi kebanyakan rakyat malaysia.

Ada beberapa perkara yang perlu diambil berat:

1. KETEGASAN amat perlu untuk membenteras rasuah, tanpa ketegasan ianya hanya tinggal angan-angan sahaja.

2. DIDIKKAN AGAMA menjadi KEWAJIPAN untuk mereka yang
beragama Islam. kerana agama membentuk moral mereka yang mengamalkanya.

3. DIDIKKAN MORAL untuk mereka yang bukan beragma Ialam.

Yang jadi masaalah ialah orang yang diberi kuasa untuk membenteras rasuah mereka juga terlibat dengan kegiatan tersebut walupun tidak semua begitu.

Hendak solat Maghrib. TQ Datuk..

A KADIR JASIN said...

Maaf terkeluar tajuk, tetapi oleh kerana ada pembahas dan saya pun ada menerima beberapa SMS mengenai kononnya berlaku pertemuan antara PM, Mohd Najib, dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, di Jakarta, saya ingin merujuk kepada berita penafian oleh Anwar.

Manakala Jurucakap Jabatan Perdana Menteri pula menjawab pertanyaan saya dengan berkata bahawa tidak ada pertemuan seperti itu.

Namun, hakikat kedua-dua mereka berada serentak di ibu negara Indonesia itu pastinya mencetuskan pelbagai ramalan dan persoalan.

Terima kasih.

Lahuma said...

Dato.

Gejala rasuah.
---------------------

Rasuah memang haram dan salah disisi undang-undang.

Bila Dato kata Cina tolak BN kerana isu rasuah saya kurang yakin atas isu ini.

Cina tolak BN bukan faktor rasuah sangat.Ada faktor lain yang lebih utama bagi mereka.

Bukan orang politik sahaja rasuah.
Orang berniaga pun rasuah juga.Pegawai kerajaan pun rasuah juga.Terutama pegawai tinggi yang ada kuasa atau pengawal urusan projek.

Apa jadi bila penguatkuasaan undang-undang tegas dijalankan.Bagaimana pegawai tinggi kastam maut ditembak.Pegawai SPRM diugut seperti dilapor dalam media.

Tegas pun salah.Longgar lagi masaalah.

Kadang-kadang antara pengamal rasuah dan anti rasuah sama sahaja.

Antara mulut dan iman tak sama.Inilah masaalah.

Pemimpin politik dengan rasuah sudah jadi sati persepsi yang cukup tabal kerana amalan darah daging mereka bermula dengan rasuah nak dapat jawatan.Terutama dalam UMNO itu sendiri.

Semoga PM Najib dapat bereskan tanggapan buruk ini dizamannya sendiri.

Jika tidak PRU 14 tidak ada jaminan lagi untuk UMNO/BN.

PM Najib kena bebaskan isu amalan rasuah dalam UMNO dan kerejaan serta egensinya.

Antara gejala yang paling tua dalam dunia ialah rasuah dan pelacuran

Terima kasih.



azhar said...

Salam dakj

pengetahuan apa itu rasuah dan bahaya rasuah perlu diberitahu/diajar kepada semua orang dari peringkat sekolah rendah lagi.

semua ahli politik,peminpin dan kakitangan kerajaan perlu angkat sumpah dengan nama Allah tidak akan mengamalkan rasuah dan jika mereka lakukan mereka sedia dilaknat oleh Allah dan menerima hukuman disisi undang -undang negara.


kluangman said...

Kepercayaan atas penafian tersebut sukar diterima, mereka pernah berjanji dlm kelambu tetapi kedua duanya mungkir.

Mereka 'terpaksa perlu' berjumpa lagi di mana sahaja walaupun terpaksa 'bercium mulut' kerana masa utk masing2 semakin singkat terutama untuk anwar.

Kepercayaan rakyat ke at as mereka semakin letuh, letur, lentur, luntuh, runtuh.

Din Kalut said...

Din Melaka tak tahu ke.Ust Paslah yang lesap wanga tabung memali.

besi said...

Dato AKJ.. kenapa meletakan nilai pendapat dato 2 sen sahaja? ada sesiapa yang memperli blog dato ke?

mad said...

masalah rasuah ini akan sendirinya terlerai dan dapat diatasi dgn berkesan sekiranya rakyat malaysia dgn majoriti 70% mengundi pakatan rakyat pru tempoh hari.
seperti kata safiai saad, menyekat korupsi harus dimulakan dari atas (top down approach), tapi masalahnya di malaysia yg diataslah paling banyak rasuah. kalau tidak million, billion2 setahun berlaku ketirisan wang negara. ini disahkan oleh ketua audit negara sendiri, tahun demi tahun.
rakyat malaysia terlepas peluang besar memperbaiki masalah serius negara ini pru lalu. nampaknya 51% undi popular belum mampu mengubah kerajaan. dengan sistem spr yg dsedia ada mungkin dgn 70% saja mampu menaikkan pr menjadi pemerintah dan seterusnya membasmi rasuah dgn skala besar, bermula dari atas.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Kpd En Mad terima kasih banyak2.

Paparan yg ringkas tapi sgt menyumbang kpd kemuliaan.

Ramon said...

Dari kepala sampai ke usus dah busuk macamana nak banteras? Kepala tu yg elok dicantas dulu.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Din Kalut.

Din Melaka memsng tak tau pasal Tabung Memali dikebas oleh ust PAS spt yg didakwa oleh Din Kalut.

Kalau Din Kalut TAK BODOH cuba cerita lebih panjang siapa ust yg terlibat, dah didapati bersalah ke belum dan berapa juta atau billion jumlah yg terlibat.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).