Tuesday, August 27, 2013

Kedamaian Rimba dan "Hantu" Altantuya


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

HUJUNG minggu di Pulau Banding dan Tasik Temengor, Hulu Perak melapangkan dada seolah-olah lebih jauh dari Kuala Lumpur dan Putrajaya lebih melegakan.

Terima kasih kepada (Tan Sri) Mustapha Kamal Abu Bakar, kerana meminta pandangan orang luar – badan-badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, penyelidik dan wartawan tua – dalam usaha beliau membangunkan Pulau Banding sebagai gerbang Taman Diraja Royal Belum.

Hujung minggu yang baru berlalu ahli sains, penyelidik, pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri serta sahabat alam semula jadi hadir simposium anjuran Yayasan Pulau Banding bagi membincangkan hasil ekspedisi ke Sungai Enam pada akhir tahun 2011. Yayasan Pulau Banding dibiayai oleh Mustapha dan para penderma.

Harapan Kepada Generasi Muda

HATTA ucapan dari lubuk hati Exco muda Kerajaan Perak, Nolee Ashilin Mohammed Radzi turut melapangkan dada. Bahasa Melayunya bagus, bahasa Inggeris tidak ada cacat cela.

Alhamdulillah masih ada pemimpin muda politik yang idealistik dan bercakap dari hati. Doa saya orang muda seperti beliau tidak akan dirosakkan dan menjadi korup akibat kuasa atau dicantas oleh politikus tua yang tamak kuasa.

Kalau pemilihan kepemimpinan parti-parti politik, khasnya Umno pasca PRU13 tidak menghasilkan lebih banyak pemimpin muda, kita harus menganggapnya sebagai satu kegagalan dan tanda nyata bahawa suara generasi muda masih tidak dihargai.

Generasi lama yang idealistik dan bergiat cergas atas dasar perjuangan tidak banyak lagi yang tinggal. Generasi yang berkuasa semakin korup dan tandus semangat perjuangan. Harapan kita adalah kepada generasi muda – kepada anak-anak dan cucu-cucu kita.

Terima kasih kepada penyelidik Awang Noor Abdyul Ghani yang mengajar saya mengenai “stumpage”. Dengan izin, I am stumped to learn that forestry authorities are charging lower premiums for forest concessions than professionally accessed. No wonder loggers became overnight millionaires, states ending up logging larger and large tracks of forests to earn revenue and we are losing pristine forests and precious water catchment areas. Something is not right here!

Dan kepada yang lain juga kerana menjalankan penyelidikan yang sangat berguna. Langkah seterusnya adalah berkongsi dengan khalayak dalam bahasa yang mereka boleh fahami agar mereka juga komited melindungi alam semula jadi anugerah Tuhan itu.

Hantu Lapar dan "Hantu" Altantuya

KITA boleh lari secara fizikal dari hingar-bingar dan kacau-bilau kota, tetapi kita tidak boleh lari daripada khabar beritanya.

Seorang lagi wartawan tua berbisik: “You tahu apa jadi di mahkamah dengan kes Altantuya?”

Kita semu sudah baca, tengok dan dengar. Mahkamah Rayuan dengan majoriti mutlak tiga hakim membuang kes dan membebaskan (acquitted and discharged) Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar atas tuduhan membunuh Altantuya Shaaribuu.

Peguam Negara, Abdul Ghani Patail kata bukan salah pendakwa. Jadi dia akan merayu kepada Mahkamah Persekutuan.

Kalau Mahkamah Persekutuan setuju dengar, kes ini akan masuk pusingan akhir. Ditakdirkan Mahkamah Persekutuan setuju dengan Mahkamah Rayuan, habislah cerita Azilah dan Sirul dan pembunuhan sensasi Altantuya akan kembali menjadi misteri yang akan terus menghantui banyak orang.

Kalau Mahkamah Persekutuan setuju dengan Mahkamah rayuan, Azilah dan Sirul bebas sebebas-bebasnya daripada tuduhan membunuh Altantuya. Mereka tidak boleh dituduh lagi dengan tuduhan itu kerana, dalam hukum undang-undang, ia dikatakan “double jeopardy”. Seseorang tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama dua kali.

“Who Killed Altantuya?” Tanya akhbar The Star Sabtu lalu. Saya pun nak tumpang Tanya: Did the butler do it? If he didn’t, did he know who did? Or the butler did it but won’t admit?

Ah, if only Sherlock Holmes and his sidekick, Dr Watson, are alive we could try to secure their services to solve the crime as we now do with so many local and international advisors, consultants and special officers.

Alas Holmes and Watson were fictional although Antantuya’s murder was as sensational and having all the conspiratorial twists that peppered Holmes’ London exploits.

Kes ini belumlah selesai. Beberapa kemungkinan boleh berlaku. Mahkamah Persekutuan boleh bersetuju dengan Mahkamah Rayuan atau kes ini boleh dibicarakan semula di hadapan hakim yang berbeza. Sementara itu, “hantu” Altantuya akan terus mengganggu dan oleh sebab ini adalah kes mahkamah, saya tidak akan menyiarkan komen yang ada unsur menghina mahkamah atau subjudice.

NOTA Kaki: Syabas Menteri (Keselamatan) Dalam Negeri baru Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara baru, Abdul Khalid Abu Bakar kerana ada tulang belakang dan tidak asyik minta maaf. Cantas 1% penjenayah, penjahat dan penyangak demi kesejahteraan 99% rakyat jelata yang patuhi undang-undang. Tapi cantas juga anggota polis kambing hitam yang sama jahat dengan penjenayah, penjahat dan penyangak. Insya-Allah rakyat sokong.

22 comments:

ab said...

Salam dato,



Dato damai dirimba.



Saya damai cuti raya,kat rumah tepi belukar...



Dalam 2-3 minggu ni,ada 2 leaders kat Malaysia...2 dari 29-30 juta orang!.



Walaupun sikit sangat,saya tetap gembira dan puas hati dengan sifat tegas keduanya mengenai tugas mereka.



Kedua mereka,Dato Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Abdul Khalid Abu Bakar...HARAPAN SAYA,keduanya kan jadi `catalyst' kepada yang lain yang `malu alah' nak bertegas...



Nanti ada la `kutu kutu braqhak' buat hai sabo mereka kedua ni, macam selalu sebelum ni,....kalau bagus sangat, depa di `ubah' ketempat/jawatan lain...bagi `sejuk' balik!.



La ni dah sampai nak `bajet' punya `angin' dah ni....kata cukai syarikat/persaorangan nak dikurangkan? betui ka ni? bisnis pun bukan bagus sangat dah pun...



TAPI PETRONAS kata depa pun dapat kurang duit masuk,dividen dan cukai untuk gomen pun kurang dah ni.....RAPID kat Johor bolih kena `pospon'..



So apa cerita keretapi laju KL-Singapura, lebuhraya baru utara selatan,lebuhraya `transserawak-sabah'....ADA JADI KA, ada `gantung' ka?




PNB tower 100 tingkat jadi ka?



Nampak PM macam nak terpa TPPA dan GST la ni!....




Saya rasa macam `senak perut' la kat gomen ni...geram pun ada, sayang pun ada,menyampah pun ada....



Bila la gamaknya kita nak dapat PM jantan (macam dua orang itu) ni dato?




Abu Bakar Ab Rahman











maae said...

Salam Datuk,

1. Gandingan tulisan lama dan tulisan baru ni. Macam Umno untuk pemilihan kali ini. Mesti ada yang lama berganding dengan yang baru. Baru lah si Tua-Tua ada segan silu bila hendak berparti, berdansa, berdangdut, berjoget dan bersuka ria meraikan "durian runtuh". Malu pada anak-anak yang perlukan bimbingan, pengajaran dan nasihat yang betul agar mereka menjadi mulia dan jujur di masa hadapan. Baru semua orang hormat.

2. Macam sekarang, jenayah berleluasa, gangster di keliling kita, penyagak, penyamun, perompak, maling bersuka ria dalam tempat-tempat maksiat keliling kota, di tepi balai polis pun ada, di depan mata apa lagi nak di curiga. Belum lagi di kira jenayah kolar putih dan kolar biru yang lagi licik membara. Kolar politik jangan bicara, semua bulat bulat belaka.

3. Syukur masih ada di atas sana buka telinga, buka mata. Tindakan serta merta. Alhamdulillah dan terimakasih kepada Wira Negara. Mohon jika di beri masa, semua boleh di kawal seperti sedia kala. Yang berhemah dan berilmu tidak lagi celupar bicara Yang muda duduk dan hormat pada yang tua, membuat kerja demi nusa dan bangsa, memenuhi cita-cita semua. Yang berkuasa, bijaksana meneraju negara jangan menderhaka kepada Rakyat, Raja dan Negara. Jangan sesekali kepada Melayu dan Bumiputera.

4. Jangan lupa kaum India dan Cina di didik menjadi rakyat yang setia dan berbudi bahasa. Hingga di hidang madu, tuba juga yang mereka cipta sebagai laba di samping mengasak dan membunuh di alam siber, demi RM yang berkuasa. Jenayah di bela, pelaku nya di belai demi hak asasi manusia. Apa mereka lupa nyawa siapa galang ganti nya ? Hidup siapa bakal di porak peranda ? Kenapa BODOH SOMBONG SEMACAM AJE ?

5. Citra tari "endless possibilities" tidak dapat saya menduga. Al kisah jika di bayangkan cerita Pak Pandir atau Mat Jenin pun saya percaya. Jika di ibarat luncai terjun dengan labu-labu nya, apa yang boleh di kata. Jika dulu Datuk berseloka beruk mak yeh, kelapa tua, kelapa muda menghempap kepala, sampai bila Penjaga nya menepuk dahi tahan derita sengsara, di permain di persenda berbagai rupa. Di beri ingat melepaskan nya dalam hutan belantara masih juga naik basikal bersama. Entahlah, bila terantuk, patut nya bernuhasabah, masih lagi tidak mahu mengadah melihat halangan di atas kepala.

Nyanyian blues melayu Ito, "apo nak di kato" kita karoake bersama. KJ nyanyi lagu rap waghih kito, Rembau most wanted....yo !

Mencari jalan pulang.... luahan rasa berbual santai berbicara. Mohon maaf pada semua...

(maaf Datuk, sentimental rap n blues lak kali niih...)

Lahuma said...

Dato.

Ramai tertanya-tanya dan menjadi tanda tanya tentang cerita Altantuya ini.
Apakah motif pembunuhannya?
Tentu ada sebabnya.

Terima kasih.

safiai saad said...

I just want to comment othe issue of Atlantuya.I think to be fair to the rakyat we have to read the ratio decidendi of the case.The judges have given the answer to the case,in which there is indeed questionable evidence and the real evidence.The key facts is that there is breakdown in the chain of evidence.
Certainly the AG understand this and thus there was reasonable doubt in this case.
The problem with this case is also progressing in newspaper with person of questionable cridibility came out withou oath to give evidence in people court.So unfortunately their ideas were creeping into the court room.explosive material used is C4,but not even mention in court.Who mentioned this material.I guest you know who.
The other thing those lawyer that represent the accused are well known lawyer in their profession.The fact that they won the case,why you don't the people accept it.Why only karpal Singh is the good lawyer in alaysia.Shafie Abdullah is also good is'n it.
Sdr Kadir,let the court decide based on the fact and evidence adduced in court not other material that are not presented in court.
I think Malaysian want the court to listen to them,otherwise the court is not good.The message is clear if you strongly believed in seperation of power between legislative,executive and judiciary,we should allow these institutions play their Muslim,we akhirat court which will be give us the most justice.
If you read late Augustine Paul judgement case on Anuar,you can safely said that judge is fair after all.I know this statement invite rebuttal,let us called oranges is oranges even though you dont like it's taste.Justice is the precussor for civil society for today and after life. Thanks Sdr Kadir.

azhar said...

salam dakj

saya berharap Dato Amad Zahid dan Ketua polis negara dapat menghapuskan pendatang haram.pekerja dan pelancong tamat tempoh.mereka ini terlalu ramai sampai menganggu kehidupan dan peluang pekerjaan rakyat malaysia.

juga berharap dapat menghapuskan visa ketika tiba serta memeriksa secara ketat bagi pelancong/pelajar yang datang dari negara yang banyak membawa dadah ke malaysia.

imlan adabi said...

Saya rasa cemburu bila Datuk tulis mengenai kedamaain rimba. Saya tak boleh menghayati keindahan rimba kerana halangan fizikal yang dialami. Bagaimanapun mulai Sabtu ni saya nak memandu ke Kelantan, ke kampung halaman dan nak tinjau kesan hakisan pantai di Pantai Cahaya Bulan, Pantai Sabak dan kawasan lain yang mengalami fenomena alam.
Hakisan ombak boleh mengecilkan saiz pantai timur. Kelantan dan Terengganu mungkin mengecil, tapi pengaruh PAS tetap subur. Saya nak mendalami perasaan penduduk yang jauh ddaripada pandangan pembesar negara

jebat said...

Salam takzim, DAKJ,

Saya hormat dan sanjung ketegasan dua insan terhormat itu.

Tapi mereka harus ingat dan jaga diri serta hati-hati.

Bendahara Paduka Raja Melaka pernah berpesan kepada anaknya:

"jangan kamu menerima atau memakai gelaran 'SERI MAHARAJA' kerana ia akan meyebabkan orang memandang serong terhadap kamu.

Satu cerita lagi, Sultan Melaka (kalau tak silap Sultan Mudzafar Shah) meronda seniri waktu malam bagi menghapuskan jenayah di Melaka. Baginda bertembung dengan pencuri,lalu bertindak. Kesan dari tindakan baginda Melaka jadi aman. Bendahara dan Mangkubumi sedar akan tanggung jawab mereka.

Satu cerita ladi yang paling penting ialah cerita Sayidina Omar Al Khatab. Beliau tidak percya bulat bulat kepada pembesar nya. Sebalik nya beliau keluar malam untuk mengetahui apa yang berlaku.

Paling penting sekali KEJUJURAN Sayidina Omar patut di contohi.

Muga ALLAH akan memelihara mereka berdua. Amin !!!

Lahuma said...

Dato.

Pemilihan UMNO.Konon nak cari pemimpin tarbaik.Punya nak cari pemimpin sampai bertumbok pun ada dalam pemilihan dicawangan UMNO.
Nak pilih UMNO main CURI AYAM banyak berlaku.
Selepas DAP VS ROS.Maka UMNO VS ROS pula selepas ini.

Terima kasih.

azmi kb said...

Salam Dato'

kalau tak silap saya, seseorang yg telah dibebaskan oleh mahkamah tidak boleh dituduh lagi dgn tuduhan yg sama, ia dikenali sebagai res judicata.

kalau saya silap pohon diperbetulkan.

azmi kb

wahi said...

tuan,

jangan lupa cantas juga sekiranya ada pak-pak menteri yang jahat,samsing dan ganas

A KADIR JASIN said...

1. Sdr Azmi kb, daripada pembacaan saya, res judicata merujuk kepada kes sivil bukan kes jenayah.

2. Sila baca komen pembahas Safiai Saad.

Terima kasih.

Abd Rahim said...

Y.Bhg Dato' @The Altantuya case becomes a high profile case because it involves personalities related to the office of PM. To me this is just another case of murder and the accused are brought to court to be given a fair trial under our system of justices. The Public Prosecutor had done to their best abilities to argue in the court based on evidences gathered from police investigation and the High Court had found the two policemen were guilty to the charge. The accused under our law has the right to appeal to the Court of Appeal . This is not the first time the Court of Appeal had reversed the decision of the Hight Court and we should be proud of our system of justice that the accused is given the right to prove his is innocent by rebutting the prosecution at the appeal court. This is another lesson to the Public Prosecutor that police must do thorough investigation in any criminal case before the accused is brought to court for trial. I believe in the principle of membebaskan 10 orang bersalah daripada menghukom seorang yang tidak bersalah. Menghormati institusi kehakiman adalah tunggak kekuatan sistem demokrasi. Iklas,

jebat said...

Salam takzim, DAKJ,


PEMILIHAN UMNO ?

Satu pemiliahn separuh terpimpin. Bukan pemiliham yamh benar benar bebas !!!!

Kalau betul anakjantan berilah peluang pemiliham cara bebas. Buka bertandingan kepada semua.

Jangan ada TEKANAN serta UGUTAN kepada caluan caluan bertanding.

BARU JANTAN NAMANYA !!

HARI said...

azmi kb...ianya adalah "double jeopardy" - res judicata adalah untuk kes sivil di mana kes telahpun dibicarakan penuh dan telah diputuskan...nak rayu boleh tapi tak boleh bicara semula kecuali kalau mahkamah rayuan suruh bicara semula...terpakai juga untuk kes jenayah

zainal abidin awang kechik said...

Tok Bila saya pi makan di satay house di UK ni pun Tanya Siapa bunuh antantunya ..saya kata yang Maha kuasa sahaja yang Maha mengetahui..
Majalah UK sibuk nak serang Syria...yang menarik di Malaya ni.Bila mana banyak peminpin buat dosa Rakyat yang tangung bala yang akan sampai ...

Malaya akan aman Bila umno sedaq dari mimpi ngri..
Bila kita tengok depa kata kita tentang...akhir sekali tun Abdullah terpaksa ke hospital tentera untuk rawatan kaki dia..Alhamdullilah dah muka sembuh.



Salam untuk to sekeluarga

jebat said...

Sdr. Zainal Abidin Awang Kecik,

Yang tidoq lena dan bermimpi bukan UMNO. Tapi pemimpin UMNO. Yang di lamun mimpi pun bukan UMNO tapi pemimpin UMNO.

UMNO tidak mempunyai JASAD. Jadi ia tak MIMPI.

PEMIMPIN UMNO mimpi menyembelih ayam padahal ie menyembelih orang MELAYU.

Marilah kita sama sama sedar dan berjuang.

PILIH PEMIMPIN YANG JUJUR DAN TIDAK MEYEMBELIH BANSANYA.

Temuk said...

Assalam Dato'

Keselamatan/keamanan negara:
Kata autoriti, telah berlaku penurunan kadar jenayah di negara kita. Tapi rakyat amat yakin kuantiti kes jenayah atau/dan kualitinya (yang semakin mengerikan) menampakkan peningkatan yang jelas. Apalah agaknya indikator-indikator yang negara gunakan untuk mengukur kadar jenayah kita itu.....

Kos hidup:
Tidak cerdik saya mahu memikirkan apakah mekanisme termolek untuk mengawal harga barang dan perkhidmatan kita hari ini. Usahlah dikira petani atau nelayan miskin. Para pesara kerajaan pun, bagaimanalah dengan wang simpanan KWSP (gaji dulu) ataupun dengan wang persaraan bulanan, mereka boleh pastikan kehidupan mereka punyai kualiti.....

1st time reading your blog. I love it!

mamat said...

Saya sokong tindakan DAZH, bukan macam menteri dulu, kalau tidak tak jadi mace ni

Din Melaka said...

Aslkum dakj

Minta izin .

Apalah nasib orang malaysia terutamanya melayu yg dah dijajah oleh pemimpin UMNO dgn bantuan konco mereka sejak 56 tahun lalu.

Anak cucu makin merempat. Nak beli rumah tiada duit. Dah kawin masih menumpang rumah ibu bapa macam sardin.

Dulu ada biasiswa sekarang hutang PTPTN untuk kenyangkan kroni yg buka kolej awasta.

Gaji seciput itupun kalau ada kerja. Gaji pegawai melayu baru CIMB BANK cuma tak sampai 2000 rgt sebulan. Tapi gaji pegawai INDIA dan CINA berkali ganda. CEO Melayu tapi anak bangsawan gaji berjuta sebulan.

Saya terpaksa ulang2 soal ini agar melayu yg masih belum bodoh kerana masih cukup makan berzat bangkit sedarkan orang lain.

hakim mahkamah tinggi gagi 40000 rgt sebulan dah tak tau buat pendengaran kes. Yg mereka tau buang kes atas alasan teknikal.

Nilai nyawa semakin murah gara2 pembunuhan dan rompakan. Kerajaan kata negara senakin aman tapi kenapa semakin banyak taman perumahan ada pengawal sendiri. Pembohong betul.

Perlukah kibar bendera jika ia bererti menyokong penjajah baru.

Betulkah melayu sudah merdeka

Din Kalut said...

Ramai Melayu sebenarnya sudah merdeka.Yang belum Merdeka ialah Din Melaka kerana egonya.

Lahuma said...

Dato.

Harga minyak naik lagi 0.20 seliter.
Kalau kereta kita selalu isi 20 liter.Bermakna kita kena tambah wang lagi 4.00.
Kalau isi penuh tangki lagi banyak kena tambah.
Kenapa PM Najib gelojoh sangat.Janganlah naik mendadak 0.20.PM Najib dan para penasihatnya tidak belajar sebaiknya dari tindakan Mantan PM Tun Dollah dulu yang juga gelojoh dengan harga minyak.

Kalau ya pun naiklah harga minyak dengan gaya perlahan dimulai dengan 0.10 .

Tunggulah selepas ini rakyat akan terus ditekan dengan kenaikan harga barang yang lebih dari itu.

Keluhan pengguna makin resah dan gelisah waktu ini.

Menteri dan pegawai tinggi kerajaan masih tidur lena dibuai mimpi.
Rakyat dihantui tekanan hidup yang menakutkan.

Orang Kedah bertanya.
BN MENANG KEDAH SENANG.
Betoi ke ni.

Dulu Pais(PAS) perintah jadi hampas.

Terima kasih.

Kampong man said...

Salam Dato dan rakan pembahas yang dihormati

1.Terdapat rakan rakan kita disini amat terlalu ghairah membodohkan bangsanya sendiri ,orang Melayu, konon bangsanya merempat, berhutang PTPTN,mengibar bendera tidak perlu kerana ia lebih pada menyokong penjajah baru dan berbagai lagi.Sayang sekali sesungguhnya mereka jenis begini tidak akan bershukur dan akan berterusan bersikap NEGATIF.Mereka akan terus berpolitik saolah olah kita akan mengadakan PRU 14 bulan depan. Bukankah kita baru sahaja memberi mandat penuh pada satu kerajaan memerintah negara ini untuk empat atau lima tahun mendatang?.

Kita mahu mencari KEDAMAIAN, KEHARMONIAN dan PERPADUAN satelah banyak di gobek disebabkan perbezaan ideologi politik demi kuasa. Kita semua sayang pada bumi bertuah ini ,tanah tumpahnya darah kita.Tak gitu ?.

2.Ramai yang menyalahkan bangsanya sedangkan mereka tidak pun menolong membantu menyelasaikan masaalah.Bukankah baik kita sama sama memberi SOLUTION pada permasaalahan bangsa.Bang bang bang, thank you mem does not help kata orang puteh.

3.Harus diingat orang Cina yang datang kenegara ini mencari kekayaan dan kehidupan baru adalah mereka yang susah di tanah besar China dulu dan kini mereka lebih berjaya dan memonopoli ekonomi negara.Kini mereka mahukan kekuatan politik pula melalui parti extremist dan racis DAP dsn mereka menolak MCA yang moderat.Nak salahkan siapa ?.

4.Kepada rakan Cina dan rakan kita yang tidak tahu bershukur, mereka mungkin berminat membaca penulisan Tun Dr Mahathir bertajuk "Chinese Better off After Merdeka" di NST bertarikh 27 July 2013 ( Ref: Dah Ikhwan Weblog).Baca dan hayatilah.

5.In short,it is the coalition concept of POWER SHARING by various political parties that represent each major race that makes the formula works all these 56 years.Read the article and digest. Kurangkan dok sibuk bersikap negatif dan berpolitik tak habis habis.

6.DAP tidak boleh memesongkan masyarakat Cina dengan cara pemikiran ala Cina Singapura yang lebeh mementingkan hanya satu kaum mereka sahaja saperti apa yang terjadi pada orang Melayu minoriti di sana.Kaum minoriti Cina di Malaysia tidak ditindas begitu.

7.Tun said ,It is unthinkable for any race , Chinese or Malay, to take everything for themselves,to dominate the economy or the politics of Malaysia.BUT the DAP strives to make a Singapore out of Malaysia where the Chinese wield political and economic power.Isshhh....

DAP managed to convince the Chinese(90%) that it is probably workable (like Singapore PAP) and that the idea of not sharing with the Malays of economic and political appear insupportable by DAP accusing MCA being lackeys of UMNO.

DAP has shown that in Penang.It is the principle of sharing that has made this country that what we see today else we will all be DOOMED!.

"ORANG TAMAK SELALU RUGI" Kata datok saya.Gracias.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).