Friday, September 20, 2013

AES: Siapa Tanggung Kosnya Sekarang?


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

OPERASI dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan (lalu lintas) Automatik (AES) telah diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perkara itu sudah berkuatkuasa dan membabitkan semua lokasi AES yang sedia ada.

Saya setuju dan terima kasih kerana menurunkan kompaun daripada RM300 kepada RM150.

Tetapi apa maksudnya? Siapa yang tanggung kos pemasangan sistem itu? Adakah dua syarikat swasta yang membekalkan sistem itu (yang dicamkan sebagai Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd) tidak lagi terbabit?

Mempromosikan AES

 Kalau tidak lagi terbabit, adakah mereka telah dibayar kos membekalkan sistem itu dan berapa pula jumlah pampasan yang dibayar kepada mereka?

Atau apakah PDRM ambil alih daripada JPJ tetapi dua syarikat itu masih mendapat potongan saman yang dibayar oleh pemilik kenderaan?

Pastinya tentu bukan ambil alih begitu saja. Apatah lagi dua syarikat terlibat itu dikaitkan dengan seorang budak Tingkat Empat, Pejabat Perdana Menteri (PMO), yang dikatakan sangat berpengaruh.

Kamera AES

Silap-silap lagi menguntungkan mereka. Kalau dulu kena tunggu pemandu bayar saman baru dapat “cut” (habuan) mereka, kini mereka mungkin telah dibayar “lump sum” apa yang mereka belanjakan campur “lost of future income” sekali.

Kalau belum dijelaskan, tolonglah jelaskan. Ini duit rakyat dan operasinya libatkan rakyat. Jangan lupa ikrar janji ditepati.

Boleh jadi juga, operasi dipindahkan daripada JPJ kepada PDRM tapi perjanjian tak berubah – maksudnya walhasil balik asal, itu pasal tak hasil. Tapi tak masuk akal sebab jumlah kompaun telah dikurangkan separuh. Wallahualam.

13 comments:

ajai62 said...

Assalam Tuan

Katanya harga projek yang ditawarkan pun sudah terlalu tinggi dan tak masuk akal... belum lagi dikira keuntungan bila saman di bayar... katalah kalau harga satu kamera RM100,000. X 831 kamera = RM 83,100,000 itu pun dah dikira terlalu mahal... takanlah termasuk infrastructure untuk operasi sampai RM 700 juta tu.... Belum saman di bayar syarikat dah untung atas angin... Apa cerita... Lagi mahu bayar pampasan ke???? Jadi macam kes jambatan bengkok dan Double Tracking Rail Track... kalau trak silap...

Lahuma said...

Dato.

Saya nampak projek ini macam peribahasa klasik kata.TARIK PUN MAKAN.SURUNG PUN DIA MAKAN.

Saja nak tahulah Dato.

Siapakah yang dimaksudkan oleh Daro tentang budak tingkat empat itu.
Ada lagi gaya urus tadbir macam itu.

Hebat Dato pandai korek untuk sarapan kami yang bersama Dato selalu.

AES ini bukan tak baik.Bagus untuk keselamatn jalan raya.Elak kemalangan.Bukan nak kurang kemalanagn.Dua ungkapan yang maknanya berbeza.

Pengguna Lebuah raya di Malyasia pun satu hal juga.Tak ada disiplin dan bertimbang rasa.
Yang pakai lebai dan ketayap pun ingat ke tertib di jalan raya.Ada juga yang LOKLAK.

Dato.

Satu lagi apa kelebihan pada motosikal berkuasa tinggi yang jadi lebuh raya macam bapak mereka punya.Bila mereka lalu semua kereta kena beri laluan ketepi.

Trafik.JPJ,SPAD,PLUS tolong beri jawapan atau ulasan sedikit.Ramai kurang faham.Bila mereka lalu sahaja habis semua kereta kena ketepi.


Ramai pengguna lain marah-marah.Mereka pun bukan lalu percuma.Kena bayar tol juga.Lain lah kalau trfik yg iring VVIP,VIP ,ambulan dan yang ada kecemasan.

AES ini bagi saya positif kalau kerajaan laksankan dengan baik.Ikut peraturan kaedah kutipan hasil negara.

Kos tentunya wajib ada.Soal siapa tanggung pun kena telus dan jelas.Jangan projek AES ini jadi projek cari makan ketas bahu rakyat.

Apa kata seleruh pengguna lehuh raya pandu 110km sahaja.Pengguna kena satu hati.

Lagi pun pandu laju ini bahaya maut pada diri sendiri dan oranhg lain.

Yang pasti AES ada pihak buat duit.
Kalau tak mahu bayar sama pandulah ikut arahan.

Terima kasih Dato.

hayamwurok said...

DAKJ,

Memang sahih akhirnya rakyat yang juga kena tanggung, depa yang duduk atas perut kenyang duit banyak orang kampung macam saya terus-terusan berhempas pulas mencari sesuap nasi pagi dan petang. BUdak tingkat empat tu dan geng-geng depa lah jugak yang dok kebas MAS Catering sampai la ni MAS merana. Bayangkan MAS catering tu antara sumber kewangan MAS paling tinggi depa pi ambik tak lama lepas tu depa jual kat orang lain pulak. memang pandai lah GLC dan gomen buat keputusan. Depa dah agak kot orang lain semua bodoh mana boleh tau..

maae said...

Salam Datuk,

Kes ini kerajaan dan badan terlibat kena jelaskan terperinci. Bukan umuman sahaja tanpa lapuran awam.

Harap mereka paparkan lapuran tersebut segera.

marhaem said...

Salam Dato

Kita lihat penasihat bijak ditngkat 4 PMO seolah olah kuat dan kebal dari sebarang serangan.

Setahu saya lah jika kebal samada dia memakai tangkal atau dia di lindungi oleh Tuan nya yang lebih kuat.

Kalau tidak.masakan di sana sini semua orang bising dengan sikap dia tetapi kepala negara macam buat tak dengar saja.

Kebetulan pulak yg memangku kementerian ini dan membuat pengumuman berita gumbira ini jugak ada bau bau bacang.

Wallah Hualam

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk,

Kalau kita yang tanggung, ini kerja tidak senonoh.

Lembah Tasnim said...

Salam Tok..

Dinegara kita ni banyak benda yang dah terlajak..nak betulkan perkara yang dah terlajak ni susah mungkin tak bolih dibetulkan langsung.. nasi kalau dah terlajak jadi bubur nak makan pakai tangan dah tak bolih.. dah bocor celah-celah jari..

Cuba kita bertegas dari dulu dalam semua perkara termasuk JPJ orang yang buat kesalahan lalu lintas terus saman.. jangan ada cerita bawah meja.. kalau JPJ jalankan tugas dengan jujur tak perlu AES.. buang duit saja..

Kadang-kadang kita tengok ada pemandu motosikal bawak roti yang tergantung penuh, depan belakang kanan kiri, macam timbunan roti bergerak dijalan raya.. tak salah kaa.. apa ini..

Rakyat Malaysia dah lali dengan benda-banda yang melanggar undang-undang dah jadi perkara biasa dah tak kesah..


TQ Tok..

Tinta Hitam said...

Datuk,

Siapa yg tanggung kos AES? Rakyat Malaysia.Siapa yg kaya dgn AES? Kroni UMNO dan MCA....Ini adalah cara terbaru utk merompak wang rakyat....Buat satu perjanjian.Masukkan klausa pampasan yg lumayan jika mungkir janji.

Pastikan penjanjian tak jalan.Pampasan kononnya terpaksa dibayar..Berapa nilai pampasan? Rahsia.Apa butir butir perjanjian ? Rahsia..

Sapa sokong mereka mereka ini?

Joe Black said...

Kalau membaca tulisan Dato' kali ini nampaknya lebih banyak Soalan yanb timbul dari jawapan(More Question than Answers).

Ada Baiknya jika diambang pilihanraya masa depan diadakan bahasan terbuka diantara pengetua parti kerajaan dan lawan tentang polisi polisi masing masing. Masa itu lah kita sebagai rakyat dapat melihat apa yang akan dilakukan atau dijanjikan tercatat. Contohnya kes AES ini. Sekarang sudah terlewat sebab AES tidak mendapat liputan sewajarnya sebelum pilihanraya. Jika rakyat tahu hal sebenarnya mungkin mereka akan fikir dua kali sebelum mengundi. Jangan pula kata berdebat itu bukan budaya kita (kalau begitu tak payah lah ada blog blog yang siang malam berdebat). Untuk mereka yang tak puas hati dengan AES masih belum terlewat sebab empat tahun lagi mereka bolih ubah undi mereka.

esa adam said...

Salam Datuk,

Hishammuddin tak boleh buat satu sweeping statement kata kerajaan akan ambil alih.

Banyak yg dah buat perbanding cost per camera yg tak masuk akal. Disitu dah build in profit margin.

Juga ada tak klus2 future profit jika ambil alih. Yang inilah dosa besar kerajaan kepada rakyat. Kalau ambil alih pun janganlah masukkan future profit. Klus ni patut diharamkan dalam mana2 projek privatisation. Tak buat apa2 untung masuk berpuluh-puluh tahun.

sujini said...

Datuk,

1. Kes AES sama seperti projek jambatan bengkok; projek landasan letrik berkembar dan keretapi laju.

2. Akibat pentadbiran yang tak telus dan ketirisan yang tak terkawal akhirnya kerajaan terpaksa berbelanja lebih.

3. Era Flip-Flop kembali lagi.

mtgbertam said...

Datuk,

Ada masterplan, baik dengan menteri.

zainal abidin awang kechik said...

Salam tok
Setahu saya KSP telah mengarahakan may bank dan CIMB UNTUK memanjangkan hutang syarikat konsensi sebelum pru 13 hari tu..


Salm

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).