Thursday, December 26, 2013

Government Decisions Burden the People, says Dr M

A Kadir Jasin 

NO anonymous comments please!

TUN Dr Mahathir Mohamad has been silent about the government for a while. He must have his reasons.

Today he posted an article in his blog saying, among other things, that lately Malaysian individuals and businesses have to come up with more money because of the many increases in cost due to Government policy decisions.

We must accept that the Government needs more money with the passage of time, he said.

"But should the increase be as big as the Government says?"

"Should the taxes and rates come all at the same time?" he asked.

Read more here.

41 comments:

Din Kalut said...

Confirm dah tahu apa Din Melaka nak komen.

anti syaitan said...


Salam Dato,

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya;
Kemiskinan boleh membawa kapada kekufuran.....

Inilah perkara yang sangat dikehendaki dan disukai oleh Kumpulan Syaitan Yang DiKenali.

Din Pekan said...

Betul sekali kata TDM tu. Elok saja dari dulu Ah Jib Gor lantik TDM jadi consultant dia instead of Omar Ong, Idris Jala and all others. Taklah habis RM7.2b for nothing!

din klang said...


Dato

The decision are made by the advisers and consultants of Najib.

So the government servant and the kitchen cabinet has to follow... what can they do ?

what else can we say but to remind Najib it is the voters that elected him and his BN parties into power.... and not his advisers and consultants..

Enuf is enuf and we dont want to be looked stupid..like din melaka

Unknown said...

Heh heh...org kata...org yg bijaksana berlajar dari "Pengalaman Org lain".
...Nampaknya PM kita tak belajar apa2lah..
Sabelum ini..semasa Anwar jadi Menteri Kewangan....haru biru jadinya...'NPL'..dan apa2 Pinjaman bank telah diperketatkan dan lebih 3 bulan saja tak dibayar 'facility recalled'..diarahkannya BNM supaya 'interest rate' dinaikan hingga jadi 18% dan maksimum 23%...akhir sekali direkomennya Negara menerima IMF.
Dizaman Paklah...disuruh Rakyat UBAH CARA HIDUP...jika tak tahan dgn harga Petrol yg Gomen naikan..hah? Bilamana beliau mahu Kontraktor atau 'Developer' Perumahan membina Perumahan berkonsepkan 'Built first and sell'..bertujuan menjaga kepentingab Rakyat kunon..diarahkan Menteri Perumahan..agar berjumpa dan berbincang dgn Kontraktor ..'developer' Perumahan ..untuk suatu formula..Menteri tersebut memberitahu.." No Boss.they cannot do...they wll loose money"..."End of story"..siapa Boss.siapa 'Subordinate'?..akhirnya 'status quo'.lah..rumah tetap mahal dan kualiti makin teruk....ini tak termasuk perkara2 lain lagi..yg Rakyat 'Dipaksa' menanggung..
Ini cuma 2 contoh besar saja..
Secara kebetulan...kedua2 bukan berkelulusan Ekonomi atau Perakaunan.. tapi ini pun kira tak adillah jika di buat ukuran...sebab diNegara2 Maju yg lain pun PM atau Presiden bukanlah yg dari bidang Ekonomi atau Perakaunan...LKY pun berkelulusan Perundangan.
Kini giliran Najib...dia pun bukan berkelulusan Perakaunan atau Ekonomi...oooops..
Tapi dlm Pentadbiran Syarikat...seorg CEO tidak lagi perlu..'tecnical skill' yg tinggi...beliau perlu lebih Arif tentang 'Conceptual Skill'...itu yg lebih diutamakan.....jadi pengalaman2 dari org lain termaksuk pengalaman sendiri pun sudah cukup untuk bertindak dgn Wajar dan Bijaksana dan penuh 'Empathy' dgn segala apa polisi yg memberi impak pd rakyat..lagi pun itulah tanggung jawab Gomen..apa perlu diterangkan lagi?.
Bila Tun M kata... bila Presiden Peranchis naikan Korperat tax 50%... ahli perniagaan terus beralih ke Negara lain.
..Bagaimana pula dgn Rakyat Malaysia yg menanggung beban dari kenaikan kos sara hidup yg kerterlaluan ini...berpunca dari Pentadbiran kurang cerdik Gomen ini?
Apa pun..yg ramai menderita adalah org yg memilih beliau dan jentera2 dia yg dari Parti Umnolah..

Aiseyman....mcm tikus perbaiki labulah..jadinya.

Sufian Idrus said...

Datuk,

Masalah terbesar DS Najib dan para pemimpin UMNO ialah mereka menganggap bahawa beban kenaikan harga hanya melibatkan para pembangkang. Pada fikiran DS Najib hanya pembangkang sahaja yang tidak bersetuju akan peningkatan cukai, kenaikan tarif elektrik, penarikan subsidi petrol, gula dan sebagainya, dan lain-lain tindakan kerajaan yang mengakibatkan kenaikan harga barangan lain. Mungkin DS Najib berfikir bahawa hanya pembangkang sahaja yang mengalami kenaikan kos hidup.

Kepada rakyat biasa, DS Najib berpendapat BR1M sudah memadai untuk menyara hidup rakyat untuk setahun.

Apa rakyat biasa boleh buat? Kesempitan semakin dirasai. Tetapi, jika kita bersuara, kita akan dilabel sebagai pembangkang.

Sufian Idrus

din klang said...

Hahaha

Merry xmas and a HAPPY new year.

Najib's advisers and consultants are making him looks like an idiot and TDM article more or less has confirm it.

Next they will blacklist TDM... just like during slumberjack time.

but unlike slumberjack who make a record clean sweep during his first GE, najib survive cukup makan saja and yet his advisors tell him thats he got the full mandate

Unknown said...

Aslkum Dakj

Nak kutuk Najib lebih2 orang akan tempelak Mahathir semula.

Bukankah Mahathir yg bukan main lobi naikkan Najib demi jatuhkan Dolah?

Ini contoh bala besar pd negara dan rakyat bila pemimpin disalah pilih.

Kepada penulis upahan diblog ni carilah kerja lain. Atau jangan minta kenaikan gaji besar sebab gaji kalian bukan dibayar kerajaan ketua2 UMNO dari poket sendiri tapi dari kantong rskyat.

Bagaimanspun tshniah kepada Mahathir kerana berjaya memandulkan sebahgian besar penentang beliau kecuali org2 macam Anwar dan ketua2 PAS serta DAP yg otai2.

Syok jugak tenguk lanun perang penyamun.

Bukan nak doa yg tak baik tapi nak sgt tenguk mereka2 ni dihina Allah kersna dosa2 mereka sendiri.

joe black said...

Dato'

Tun Dr Mahathir's message is extremely subtle to the point of being simply a lesson in good governance.

It is not enough to highlight Najib's callous approach towards governing the country.

Unfortunately, his unbending hatred towards his nemesis Anwar Ibrahim will continue to deter him from speaking firmly against Najib's people unfriendly policies, for fear that this will benefit Anwar and the oposition. And Najib knows this.

Hence only others like yourself is in a position to speak for those on the receiving end of Najib's pummeling.

awang batuburok said...

Sdr Sufian Idrus,

Takut sangat ke dituduh sebagai pembangkang? Apakah dosanya sebesar dosa rasuah dan menipu rakyat?

Competente said...

Datuk,

The oppositions that we have in the Parliament today are merely oppositions; they exists to oppose. These people led by Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang and Hadi Awang will oppose to everything that the government does. They tend to jeopardise any good effort of the government. I do not think that we need these kind of people.

On the other hand, we have another bunch of people in the Parliaments that live by apple polishing. They are led someone who did not anything, but boasts about himself and his wife.

Malaysians need go intellectual critics, not merely oppositions nor apple polishers.

-Competente-

Unknown said...

You get what you voted for.

Majority of people voted the incumbent government right, or NOT?

To BN, they still think they are what the majority wants.

Current majority comes as a result gerrymandering. Most pple still don't think how critical is this.

Look at our FT Minister, his constituency is about 20,000, but decides the fate of all the pple in FT.

If you feel that your spending power reduces, find ways to earn more. This is the message conveyed by the government.

Cost of living increases, affecting the pple.

But on the other hand wastage continues.

What some others say maybe true, he cant even control his wife.

What makes him able to control the calls of increase by party warlords, GLC (electricity), government agencies (GST), petrol, and other necessities

Do we have pple more capable than the current gov administration to manage this country?

Yes or No?

Anonymous said...

Sufian,
It's simply because UMNO including Madhater believes that melayus including you would support UMNO forever. It's time that you guys should convince the UMNO aunties & uncles the peril of UMNO. Why UMNO must be annihilated? In Singapore, PKMS led Alliance received trashing from the melayus with the sang saka spirit. The Sarawak melayus don't give a damn on UMNO by placing their bets on multiracial PBB. Who can forget the Brunei Sultan would prefer to buddy buddy with LKY ? It's strange that Brunei would prefer to open land for singapore military trainings. Just like King Hassan of Jordan, Bolkiah knew who their friends are

Lahuma said...

Dato.

Kita pun hairan binti ajaib kenapa PM Najib yang mengepalai kerajaan langsung tidak menggunakan kepakaran ahli ekonomi tempatan,profesor ekonnomi dari IPTA/S tempatan yang begitu punya banyak.

Merancang dan merangka ekonomu negara memerlukan kepakaran dan pengalaman tempatan yang diakui setanding dengan negara luar yang haprak pun ada.

Inilah yang dimaksudkan Dr Mahathir.Jimat kos dan elak pembaziran yang tak tentu fasal.

Persoalannya apa fungsi MT UMNO,EXCO Wanita.Pemuda ,Puteri bincang menasihati parti dan kerajaan.Mereka ini amat dekat dengan pimpinan kerajaan.

Apa pula kabinet buat dalam memutuskan semua dasar untuk kebaikan dan kesan pada rakyat.
Semua ahli kabinet adalah pilihan rakyat melalui pilihanraya.Tak dengar suara kegelisahan rakyat.

Jangan bila Dr Mahathir buka mulut baru ada nilai atau tindakan atau marah pada orang tua itu.

Apa pemimpin UMNO semua perongkat buat dalam hendak betulkan keadaan bila banyak perkara sudah terkeluar dari landasan.

Sumbangan BRIM pada rakyat bukan jalan muktamnad meredakan sakit dan derira rakyat.Jumlah purata keniakan kos hidup berganda daripada BRIM yang diberi pada rakyat.

Pemimpin luar UMNO pun sudah mula sokong teguran Dr Mahathir.Satu ambil kesempatan.Kedua memang benar apa Dr Mahatihr kata.

Kalau macam ini punya cerita UMNO dalam bahaya.Tak pasal-pasal cari punca bergaduh dengan PERKASA pula.Ada juga tokoh UMNO takut bayang-bayang sendiri atau bodek dan ampu.

Pokok pangkalnya mana dia pemimpin atasan UMNO yang susah payah tawar nak jawatan.Apakah mereka angguk semata.

Kasihan pakar -pakar ekonomi dan profesor ekonomi tenpatan yang tak gunak.Kita susui orang luar.Kita laparkan pakar-pakar kita.

2014 adalah tahun penuh cabaran atau era kepayahan.

Terima kasih Dato.

kubu gadang said...

Aiyaa...Tetiba Tung bersuara yae...hu hu hu

NYESAL la aku sokong dan pangkah Ameno.....hu hu hu

Dulu ulang alik kerja bayar tol saja dah RM7 sehari. La ni RM12 sehari. Tu baru pi kerja la... kalau nak keluar shopping ka, ronda ronda ka, kena lagi tol....

Nasib la rumah aku di kelilingi lebuhraya .... timur barat utara selatan semua terkena tol la...

eh eh... nasib la dapat PM ini macam.....

Semua penasihat PM hebat hebat woooo.....

yang tak hebat tu Najimovic la..... ikut je yae apa kata penasihat.....hemmmm ...


Jom gi nyanyi, jangan gi ngaji...hik hik hik..this is ameno song la...

bersatu kita bersatu......
dengan khianat tipu melayu.....

sambung sendiri la yae.....

budak kilang said...

As Salam dato..

Pabila Dr M berbicara..

Ada najib peduli? Kah3..

Unknown said...

BARANG NAIK istilah BN dan penyokong nya pun kata BAGUS NAIK kalau tak naik tak untung jadi dia kata siapa tak mahu untung boleh la balik kampong,,,,,kat kampong barang murah ke dato?. Kat negara kita ini rakyat nya masih kurang bijak tahap 80% itu sebab nya mereka tak kisah naik ke turun ke cuma setekat cakap apa boleh buat dah barang naik ikut jer ler....dalam umno atau BN tidak ada orang yang bijak dalam ekonomi seperti YB RAFIZI tapi KJ pun pandai dalam ekonomi tapi duduk kat belia dan sukan jadi dia tak ada suara la...entah ler apa akan berlaku ikut stastistik ekonomi eropah dan juga amerika akan mengalami kerosotan yang teruk untuk tahun depan apakah kesan yang akan di rasai oleh kita semua mungkin dato ada jawapan nya. sekian terima kasih..

Sulaiman said...

Najib had lost the control of the govertment.He must resign.Otherwise co e 14GE,UMNO can say good bye.

pensioner said...

Salaam Dato Kadir

Saya rasa golongan bangsawan ini tidak faham erti susah dan survival.

Kalau kita lihat pada Najib dan Hshamudin, sejak kecil kehidupan mereka sentiasa terjaga dan dalam keadaan selesa. Kesenangan mereka bukan sahaja dari peringkat bapa, bahkan dari peringkat Dato dari kedua dua pihak. Hisham dan Najib berkongsi Dato iaitu Tan Sri Noah dari susur ibu mereka. Manakala bapa dan Dato mereka pula juga merupakan bangsawan dan bekas PM...

Kalau Dato bertanya mereka pernah ke mereka terpaksa mengikat perut dengan memakan maggi atau roti sahaja, saya pasti mereka tidak dapat gambarkan bagaimana keadaan nya yg sebenar..

Jika di lihat dari jawatan pula, semua jawatan yg mereka menang ada lah di beri kan dan bukan perlu menempuh segala cabaran.

Pada saya, orang yg tidak pernah mengharungi erti kata survival yg orang awam perlu lalui belum layak di jadi kan pemimpin.... Jika setakat bercakap sahaja burung kakak tua atau burung gagak pun tiada beza nya.

Yg lebih menakutkan pemimpin seperti ini lebih mementingkan ideologi mereka sendiri dari memahami dan memenuhi keperluan rakyat.

Lebih menakutkan apabila pemimpin pelapis turut menyokong corak ini...

Manakala cadangan dari pehak konsultan yg tidak mengerti langsung budaya dan selok belok rakyat tempatan pemimpin ini telan bulat bulat...

Nampak nya kita seperti kembali kepada zaman menyembah penjajah kulit puteh.

Apakah pemimpin kita semakin bodoh atau memang mereka terlalu naif akibat du lahirkan dalam sangkar emas dan sudu perak.

Sedar lah bangsa ku

A KADIR JASIN said...

This is what another of Mohd Najib's cabinet member has to say about us Malaysians - we don't complain we support.

"KUALA LUMPUR: Malaysians support the various price hikes, as evident from the lack of complaints made to the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry, said its minister Datuk Seri Hasan Malek on Friday.

"We haven't received any complaints. People have not complained, which means there is support. We don't control the price, the consumers control it," he told reporters at a press conference here after Aeon's Back to School campaign launch.

Hasan also urged businesses to be considerate.

"Please help the ministry and don't raise prices unreasonably."

He said ministry officers would be monitoring businesses, and asked for consumers who noticed unfair price hikes to lodge a complaint.

"We aim to work with other agencies such as the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), the Road Transport Department (JPJ) and so on.

On former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad's statement that the Government should cut costs instead of raising prices, Hasan said he respected but disagreed with the former premier's views.

...Those seeking to make a complaint can call the ministry hotline at 1-800-886-800, or email e-aduan@kpdnkk.gov.my."

From The Star Online

Unknown said...

Aslkum Dakj

Berita hari ni, SPRM mengambil keterangan pegawai kanan polis bergelar Datuk atas tuduhan pencucian wang haram rm6jt..

Kalau benar SPRM mau siasat polis silap2 hari bulan mereka tak de masa nak buat kerja lain.

Kalau 5% sahaja anggota dan pegawai tertinggi polis yg rasuah (samada terbukti atau tidak) bererti seramai 4000 org terlibat rasuah..... Satu jumlah yg sgt konservatif. Dan kalau jumlah collection bulanan drpd toke judi, toke rumah urut, bapa ayam , sindiket dadah , kaki pukul dan samseng minta wang perlindungan dll yg terlibat setiap bulan berjumlah rm1jt sebulan maka jumlah rasuah yg bertukar tangan ialah rm4b seluruh Malaysia per bulan.

Sekali pandang mungkin nampak Din Melaka membesar2kan cerita. Akan tetapi kalau kita berlapang jiwa dgn memerhatikan laporan bahawa rm120b setahun yg dibawa keluar negara secara gelap tanpa melalui sistem perbankan maka jumlsh rm4b tu nampak realistik.

Rasuah mempunyai kesan negatif langsung kerana ia menaikkan kos of doing business yg akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Tahukah anda, kalau susah nak dapat calling visa membawa masuk pekerja asing, anda cari saja kroni yg sedia ada stok pekerja asing dan bayar saja rm3000 setahun bagi setiap pekerja drpd kroni berkenaan. Bayaran kpd org tengah ni bukankah jugak satu bentuk penindasan oleh kroni terhadap peniaga tulin yg tentunya bakal menaikkan kos pengeluaran?


Agaknya itulah contoh bagaimana ketua2UMNO yg perjuang agama, bangsa dan negara dulu kini dan selamanya, menurut pemahaman penyokong spt kg man.


Lain kali harap2 Mahathir bila nak menegur kerajaan mestilah lebih spesifik.

Hanezam said...

My dearest Datuk Kadiag,

0. We deserve the PM that we get. Kalau kita secara amnya adalah bongok, kita akan dapat satu PM yang bongok sepadan dengan tahap kebongokan kita itu.

1. Keadaan telah menjadi begitu gawat. Yang dah sewel pun ada kat blog Datuk ni. He he he ..

2. Semenjak komen saya terakhir di blog ini, banyak yang telah mengambil tempat. Saya ingin sekali nak sertai KKA, sekurang-kurangnya jadi pencatit minit. Tapi tak boleh sebab chek takut kena tangkap. ha ha ..

3. Saya amat berharap Najib dapat dipujuk supaya angkat bungkuih dengan segera dalam keadaan aman tenteram, semacamana time Pak Lah angkat bungkuih dulu. This time around, let us all do Tun Dr M proud by picking the right candidate, once and for all. Datuk tak dak idea ka sapa yang lebih berkualiti ?

Ahli Umno said...

Selepas 5 tahun menjasi PM dan berbelanja sebanyak Rm 7 billion...ini kah hasil yang Najib hadiah kan kepada kita... Terutama nya oengundi BN

PENGUNDI AMPANG said...


Datuk AKJ,

Kata kunci ke atas dijelaskan oleh ulasan Datuk (7.31pm)dan penjenguk Sufian Idrus. Sufian menulis:

Masalah terbesar DS Najib dan para pemimpin UMNO ialah mereka menganggap bahawa beban kenaikan harga hanya melibatkan para pembangkang. Pada fikiran DS Najib hanya pembangkang sahaja yang tidak bersetuju akan peningkatan cukai, kenaikan tarif elektrik, penarikan subsidi petrol, gula dan sebagainya, dan lain-lain tindakan kerajaan yang mengakibatkan kenaikan harga barangan lain. Mungkin DS Najib berfikir bahawa hanya pembangkang sahaja yang mengalami kenaikan kos hidup.

Kepada rakyat biasa, DS Najib berpendapat BR1M sudah memadai untuk menyara hidup rakyat untuk setahun.

Apa rakyat biasa boleh buat? Kesempitan semakin dirasai. Tetapi, jika kita bersuara, kita akan dilabel sebagai pembangkang.

Sehubungan ini, inilah 'jahatnya' penyokong UMNO-BN. Jahatnya penyokong UMNO-BN menyebabkan YAB PM menjadi keliru antara yang betul dengan yang salah.

Ces!

joe black said...

Dato'

Nampaknya Blogger Blogger Zombies dan Menteri Kurang Akal sudah mula bergerak full gear untuk menangani bantahan terhadap kenaikan harga sara hidup akibat tindakan kerajaan megurangkan subsidi dan menaikkan harga essential services.

Ada pula yang mengatakan bahawa sebenarnya rakyat tidak membantah.

Apa yang mereka tak nampak adalah kenaikan harga essential items cuma akan bermula dari Januari 2014. Jadi olih kerana kita masih dalam tahun 2013 kesan kenaikan harga belum dirasai
i.e dalam ungakapan bahasa inggeris " The Bite is yet to Come". Gigitan belum dirasai.

Jika harimau sedang menerkam sudah tentu mangsa akan menjerit walau pun gigitan belum sampai pada sasaran nya. Olih kerana mangsa tidak memekek bukan bermakna gigitan tak akan terjadi. Mungkin Menteri yang menggangap mangsa tidak menjerit ingat rakyat Malaysia semua berani berdepan dengan sang harimau!

Walau pun tahun depan dalam kalendar Cina adalah tahun kuda...Sang harimau kepunyaan DS Najib sudah mula mengendap untuk membaham si kuda yang memang tak punya pekekan yang kuat sama saperti rakyat Malaysia biasa.

najib manukau said...

This is never, I repeat never an idea of Mahathir, it has been suggested by hundred of bloggers since the new taxes were proposed. Therefore don't ever give the credit of this idea to the former PM. Please write without fear or favour !

abdullahngah said...

Tun Mahathir cakap begitu tidak lain dan tidak bukkan handak "bersih" kekotorannya semasa menjadi perdana menteri selama 20 tahun lenih.

Sekarang ini rakyat bodoh akan kata Tun Mahahtir lebih bersih berbanding dengan Tun Abdullah dan Mohd najib. itu sahaja tidak lebih daripada itu.

Mereka dua kali lima saja. Sesiapa sahaja yang jadi perdana menteri sama sahaja. Rakus dengan pulus.

Anak anak jadi kayaraya, mari mana pulus nya begitu banyak.kalau tidak baham pitis negara.

jumbeaux said...

Salam Datuk,

Austerity starts at home. Rakyat would not be complaining had there been a more holistic plan that involves a review of all types of expenditures and sources of incomes.

Earnestness is needed.

ab said...

Salam Dato,




PM dah tukar diri dari ``a leader'
dah jadi `a destroyer' dah ni.





Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ini akan bukan berakhir lepas dia blah or KO..



INI BUKAN TREND MAIN MAIN PUNYA LAA!...



HE HAS OPENED A POISONOUS PANDORA BOX AND HE HAS LOST THE KEY!.



The prices of good and services are going to be out of anybody control from now onward.



Akan bertambah banyak keluarga dan ahli keluarga yang akan mengalami kesulitan, yang menambah lagi masaalah keluarga berpunca dari terdesak kekurangan duit. Pergaduhan ahli keluarga, penceraian , penderaan mental/ fizkal,ponteng kerja, ponteng sekolah,school dropouts
,penagihan dadah,rasuah dll.



THE PM AND THE GOVERNMENT HAVE CROSSED THE LINE AS THE PROTECTOR OF THE PEOPLE, and have starting hoodwinking people.



I find it becomes harder to forgive them with each day passing by.....AND forget about accepting them at all.



Soon, they will start a FIGHT WITH THE PEOPLE.



Abu Bakar Ab Rahman

din kolot said...

Din melaka ni pun dah jadi kurang cerdik macam Anwar dan Najib... kalau nak tukar topik yg kami tengah bincang bukak lah blog sendiri....goblok

kubu gadang said...

Errrr…..aik….alahai….inilah Menteri pilihan PM kito……hebat woooo……..

Tal wat komplen kata rakyat terima…..syukurrrr…… perrrgh….

Hebak kau….

Dah 2 kali gua undi ameno dalam pru……… puuiihhh…. Nyesal gila!

Dulu gua cukup marah woooo…kalau orang kata profesor to profesor kangkong….. …

Gua juga cukup marah wooo… kalau orang kata menteri yang gua pangkah dulu tu menteri cap ayam…..ayam brand maaa….. wa cukup marah wooo….

Itu dulu lah….. la ni bayar bil air RM50. Letrik RM200. Tol RM7/day=RM210/m. . Keta Preve RM700/m. Sewa umah RM1000/mo. PTPTN pung dok bayar lagi woooo…..

ITU semua bayar bayar hangus dah RM2100/m. Gaji gua RM3500/m. Nk tampung kos hidup gua kena buat part time manyyaak la wooo…

2014, semua akang naik….. gaji gua tok takat tu jugak….

Aiyaaa…… ini PM gua pangkah faham ka masalah gua…….

Aiyoo….. minguu lepas Nampak orang jadi superman wooo….

Terjun dari tingkat 18…… kesian dia… tak boleh terbang…….

Ini semua gara-gara kos hidup woooo…. Hu huh u….

Jom gi nyanyi, jangan gi ngaji...hik hik hik..this is ameno song la...

bersatu kita bersatu......
dengan khianat tipu melayu.....

sambung sendiri la yae.....

NYESAL la aku sokong dan pangkah Ameno.....hu hu hu

kubu gadang said...

Rosmah’s son paid RM110 million for New York penthouse, reports portal(Minsider)

Waaaa…….hebat wooooo……. Inilah contoh malayu yang Berjaya……

Haaahhaaaa…. Mana utusang Malaysia, berita hairang, dan tv3 tuu….. ini wajib woooo…..buat ulasan sebagai cuntoh terladan kepada anak-anak muda …….

Jadi melayu geemilang, cemerlang, teerrrbilang…..jangang masuk longkang maaa….

Elok sangat la wooo….. ini masa sangat sesuai la nak bagi motivasi anak muda untuk Berjaya….

Tol naik bukan alasan tidak Berjaya…….hek

hik hik hik

Terbaaeeekkkk dari NajiBoRos Maah …………

bersatu kita bersatu......
dengan khianat tipu melayu.....

sambung sendiri la yae.....

NYESAL la aku sokong dan pangkah Ameno.....hu hu hu

Mustapha Ong said...

Salam Saudara DAKJ,

Kenaikan atau keturunan harga2 barang dan perkhidmatan tidak ada di tangan kuasa gomen mahupun rakyat. Ia adalah soal "supply and demand" dan juga faktur2 yang lain di pasaran yang terbuka. Ia juga adalah satu phenomenal di semua negara2 yang membangun. Cuma saya rasa agar kesal atas pendapat dan kritikan sesetengah bekas pimimpin terdahulu yang harus bertanggungjawab atas kenaikan harga barang2 dan perkhidmatan termasuk bayaran tol. Mereka termasuk Mantan PM Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Tun Daim dan lain2 pimimpin yang mungkin tersilap dalam perhitungan mereka memeteraikan perjanjian2 yang agar melampau sehingga berkuatkuasa sehingga 25 atau 30 tahun kehadapan. Sekarang apabila Kerajaan BN di bawah kepimpinan Najib, mereka lah yang kuat mengkritik atas persoalan kenaikan harga barang2 tanpa memberi sebarang cadangan yang boleh menyelesaikan masalah negara yang kian membimbangkan kesejahteraan rakyat.

fed up said...

Mustapha Ong,

Bisnes apa yang kerajaan tidak ada dalam tangannya? GLC tu apa? PNB tu apa? Salah besar jika anda kata harga bukan dalam tangan kerajaan.

Dan jika sudah ter"anugerah"kan kontrak jangka panjang sekalipun, apa gunanya kerajaan diberi kuasa mencukai? Bukankah dahulu ada cukai bagi keuntungan luar biasa bagi eksport sawit?

Harap Mustapha Ong tak lupa, negara kita bukan mengamalkan total kapitalisme. Begitu banyak perniagaan yang dibenarkan beroperasi secara monopoli.

Mana dia orang yang kata "dia diberi mandat jadi PM, pandailah dia buat kerja, jangan kacau dia"?

Mana dia yang asyik salahkan rakyat Malaysia kerana tidak reti-reti nak ubah gaya hidup?

Kepada mereka ini, sila tanya pemandu anda, kerani anda ataupun peniaga-peniaga sarapan (atau kueh mueh / goreng-gorengan untuk minum petang) di kaki lima jalanraya, samada mereka setuju dengan anda.

Bagi yang kata, kenaikan harga ini sedikit sangat tempiasnya kepada orang kampung, sila balik kaji semula. Berbanding masa Najib mula jadi PM dengan sekarang, ada beza tak harga dedak, benih dan baja?

p/s Berapa peratus harga minyak, gula, tol dan elektrik naik? Berapa pula peratus gaji kebanyakan pekerja di Malaysia naik?

Masih Fedup

Anonymous said...

Kubu,
LKY has said so in his powderful bahasa melayu in the Malaysia parliament that having several melayu millionaires. Madhater made the mistakes by creating several malay millionaires. LAT (Ipoh Mari punya) coined these jokers as melayu barus.
If you bother to read singapore history, you would see the melayus tak rela kenna tipu terang oleh UMNO. Not even Yunku or Khir Johari can help UMNO from gaining those melayu majority seats.

Jumbeaux,
When leaders refuse to be frugal themselves, don't ask the rakyat to begin HOME ECONOMICS at home.

Ngah,
That's what I have saying all the time.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Mustapha Ong

Zaman Mahathir jadi PM dulu ramai yg anggap beliau macam tuhan.

Mahathir cakap satu, ramai yg puji 10)

Sekarang zaman org mendewakan Najib.

Ramai betul hipokrit di kalangan yg bernama nama Islam.

Memualkan.

Saji said...

Sdr Paqar Buildrs

PM DSNTR berkelulusan EKOMOMI INDUSTRI dari UK.

Sdr Lahuma

"Kita pun hairan binti ajaib kenapa PM Najib yang mengepalai kerajaan langsung tidak menggunakan kepakaran ahli ekonomi tempatan,profesor ekonnomi dari IPTA/S tempatan yang begitu punya banyak.

Merancang dan merangka ekonomu negara memerlukan kepakaran dan pengalaman tempatan yang diakui setanding dengan negara luar yang haprak pun ada."

Yang saya lihat konsultan2 dilantik oleh kerajaan PM Najib bagi menguat dan mengesahkan kehendak atau agenda Najib sendiri. Sebagai contoh, Idris Jala pernah buat kenyataan tentang kebaikan projek kerajaan dikontrakan secara rundingan terus atau direct negotiation (DN). Padahal semua konsultan tahu, rata2 kontrak DN Kerajaan Malaysia kosnya tinggi tetapi tidak menjamin kualiti. Dan di kalangan konsultan ukur bahan, arkitek dan jurutera, mereka tahu syarat bagi menawarkan kontrak secara DN ialah bila mana projek melibatkan kerja pakar dan wujud sebuah syarikat kontraktor yang mampu melakukannya.

Saji

joe black said...

Sdr Mustapha,

Your Defence of Najib is lame...
Maybe your Son Omar Ong could do better, but then again being a novice in the oil industry he's busy trying to find out where oil comes from and how it is produced. Even he will need another 10 years before he can know maybe 10% of the Industry. But we expect Najib to let him head Petronas well before that (i.e when our oil runs out!).

Its not just Supply and Demand..Its about the Management of the Country. If Najib cannot manage and Transform UMNO, we cannot expect him to be able to manage the country. If you read Dr M's Comments, he is talking about MANAGEMENT of the country and not just about supply and demand. So don't point the finger at those that came before Najib and blame them just because Najib is an utterly useless manager.

Unknown said...

Bila kita memperkatakan pm disalah nasihat oleh penasihat maka penasihat perlulah dialihkan. Tapi kita harus ingat penasihat hanya menasihati apa yg mereka rasakan baik. Betul penasihat harus dipersalahkan Tapi bagaimana yg mendengar nasihat juga harus arif dlm menimbang nasihat yg diberi. Sebarang kegagalan maka kedua2 pihak mesti bertanggungjawap. Tidak adil memperkatakan hanya penasihat yg bersalah. Justeru pemimpin yg gagal harus bertanggungjawap sepenuhnya dan secara gentlemen meninggalkan kerusi kuasa dan dipindahkan kpd yg lain.kita rata2 tahu era pimpinan sekarang adalah yg paling teruk dialami oleh rakyat. Menteri2 juga agak tidak bijak dlm memberi jawapan kpd permasalahan rakyat. Jawapan yg diberi tidak layak dikeluar drp seorg yg bertaraf menteri. Ini jelas mempersoalkan apakah mereka layak menjadi seorg pemimpin bertaraf menteri dan yg paling x bernasib baik adalah mereka yg mengundi pemimpin2 tersebut kerana kenaikan kos terpaksa ditanggung mereka juga tanpa pengecualian...

zahari said...

Tak jadi masaalah kalau perlu tukar.Tukar tidak semesti akan lebih baik.Boleh beri nama siapa yang layak ? dan kenapa kena tukar ?.bukan kah kita baru saja memilig BN memerintah ?.Siapa awak?.

Kulaan Niring said...

Salam 1Blogger...

Persoalan saya kenapa datuk beria2 kritik tanpa asas pentadbiran Najib jika nak dibandingkan dengan 20 tahun pentadbiran Tun M... berilah masa 20 tahun baru buat perbandingan...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).