Wednesday, March 05, 2014

Malays and Muslims Are Not Weak


A Kadir Jasin

REMINDER: No inflammatory comments will be published.

THE most ardent supporters of PAS are not necessarily the most pious. The most nationalists of the Malays are not necessarily members of Umno.

But these are the people who will most likely be in the forefront of jihad if the sensitivities of the Muslims continue to be insulted and the feelings of the Malays belittle.

Wrong to Underestimate Malay-Muslim Resolve to Defend Islam
Umno and PAS stand to lose further respect and trust of the Muslims and the Malays if they continue to "play wayang" over the Allah issue.

The Malay-Muslim NGO like Perkasa, JATI, ISMA, PEKIDA and PerTIGA will gain traction. They Malay-Muslim voice will become louder and less partisan. 

The Malays and Muslims benefit from the emergence of independent, non-partisan Malay-Muslim NGOs.
 
Muslim-Malay NGOs protesting in front of Palace of Justice in Putrajaya
The protest in front of the Palace of Justice in Putrajaya today (March 5) is the manifestation of the growing impatience of the Muslims over the instigation by those bent challenging the status quo.

These people are taking advantage of what they perceive to be the weakness of the Malays and Muslims. They could be terribly wrong.

The Malay political leadership may be at its weakest. But this cannot be taken to mean that the resolve of the Malays and the Muslims too are weak.

On the contrary, the opposite could be true. To the Malays and Muslims, Allah is supreme.

May Allah protect us all and may good sense prevail.

18 comments:

Wan Kamarul Ariffin said...

Paling-paling komang tugas PM ialah menjaga kestabilan agama dan kaum. Ibarat memakai tengkolok berduri di atas kepala.

Dapat dilihat bahawa isu-isu agama dan kaum yang sering timbul pada setiap hari menunjukkan kelemahan seorang perdana menteri.

Abgbent said...

Terima kasih Ybhg DKJ,

Izinkan saya meluahkan rasa di sini. Ya, saya amat bersetuju dgn Datuk KJ dan berharap mereka akan tahu bhw kepimpinan saya boleh berubah2 sejajar dgn keperluan semasa, khususnya bilamana menyentuh fundamental saya iaitu agama.

Saya tidak memerlukan Najib Razak andai dia bukan tempat utk saya berpaut, begitu juga amnnya UMNO.

Perjuangan saya didlm kehidupan ini adalah agama saya, Islam. Saya tidak memerlukan kekayaan yg melimpah ruah apatah lagi kekuasaan dan kemasyuran di dunia andai galas gantinya adalah agama saya.

Ya, saya juga sanggup berjuang dan berkorban utk mempertahankan bhw ALLAH adalah Tuhan Yang Esa, bukannya tiga menjadi satu.

din klang said...

Salam Dato

asalnya Umno ( Pekembar ) adalah dari gabungan persatuan dan kesatuan Melayu (NGO) dari seluruh semenanjung.

Kemudian PAS pula berpecah dari Umno.

Jadi pemimpin PAS dan UMNO jangan lupa asas sejarah parti mereka dulu adalah dari NGO Melayu yang cintakan Agama Bangsa dan Tanahair

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

Berderau darah saya ketika pembahas kedua mencatatkan 'Datuk KJ'. Saya ingatkan YB MP daerah asal saya Rembau, YB KJ-bila pula beliau dianugerah 'Datuk'.

Di ketika YB Rembau mendapat 'Datuk' suatu ketika nanti, khalayak akan keliru antara Datuk KJ (Khairy Jamaludin) dengan Datuk KJ (Kadir Jasin).

Sekalipun saya di luar 'sistem', saya tidak dapat sembunyikan keasyikkan kepada pesona 'Datuk KJ' sedia ada (A Kadir Jasin) dengan 'Datuk KJ' di dalam pembikinan(YB Khairy Jamaludin).

Nota:Saya plagiat ungkapan 'sistem' dari artikal seorang yang sangat tinggi akademiknya yang pernah Datuk 'sakat' dalam The Scribe A Kadir Jasin'.

Lahuma said...

Dato.


Pas cakap sahaja menegak Islam.
Makin lama makin lesu dan kendur.
Islam Pas cuma dibibir ustaz-ustaz dan ulamak politik dia saja.
UMNO pun serupa nama saja parti kerajaan yang memerintah.Ada kuasa tapi punya takut lebih drp tikus tanah.
PKR parti rojak yang tak lebih mirip tindas Melayu/Islam.

Yang naik tocang NGO dan parti yang asalnya pun anti Melayu dan Islam.

UMNO makin hilang taring kerana kita pun tak faham.
Pemimpin UMNO cuba lari dari PERKASA,JATI atau mana-mana NGO Melayu yang ingin tegak Islam.

Pemimpin UMNO cuma bermain dengan kelompoknya sahaja.Banyak Melayu-Melayu lama dipinggirkan.

Era Najib dilihat terlalu banyak main selamat.Sehingga tercawa pada barisan yang dubawahnya.

Kerana nak jaga undi kelompok tertentu akhirnya hilang undi dalam kantung sendiri.

Pas pun makin dikuasai oleh kumpulan cari tempat nak berkuasa.
Aura Keislamannya makin longgar.

Pas memang berjaya dapat kuasa.tetapi hala tuju Islamnya makin terkubur.

Dengar kata PERKASA akan jadi parti politik pada PRU 14 nanti kalau UMNO masih macam sekarang.Persiapan awalnya bila struktur organisasinya disusun ikut Parlimen.

Pecah lagilah Melayu kalau jadi kenyataan.

Macam-macam boleh berlaku yang menanti keruntuhan Melayu.

Ibarat bangunan yang kian condong.Silap-silap haribulan rebah .

Terima kasih Dato.

zed-85 said...

Dato’

Kalau Dato’ rujuk Hikayat Hang Tuah (Bab 7), ada satu perenggan mengatakan dalam satu majlis perkahwinan, orang Melaka diberikan arak untuk minum dan menari. Hang Tuah mempunyai kuasa untuk menukarkan arak menjadi air dan tidak menjadi mabuk.

Cerita yang lebih kurang sama ada di dalam bible di mana di dalam satu majlis perkahwinan kononnya Nabi Isa menggunakan mukjizatnya menukarkan air menjadi arak.

Hikayat Hang Tuah diterbitkan pada tahun 1908 dan antara yang bertanggungjawap dalam penerbitan dan penterjemahan adalah Willian Shellabear, seorang mubaligh Kristian. William Shellabear mengikut bacaan saya juga bertanggungjawap kepada pertejemahan Bible ke dalam bahasa melayu. (Sila rujuk Hikayat Hang Tuah, wikipedia)

Pada pandangan saya, kita harus menerima kenyataan bahawa Malaysia baru 57 tahun merdeka tetapi kita dijajah lebih 300 tahun oleh penjajah yang membawa agama Kristian. Tugas mubaligh Kristian adalah menyebarkan agama mereka dan adalah juga tanggungjawap kita pula sebagai orang Islam menyebarkan dakwah.

Faktor sejarah perlu ada dalam membuat pertimbangan. Kitab Bible yang digunakan di Sarawak dan Sabah yang mana perkataan “Allah” digunakan sudah ada sebelum merdeka dan lebih seratus tahun.

Bukan satu perkara mudah kita hendak meminta orang Sabah dan Sarawak perbetulkan sepertimana hendak ditukar bahasa inggeris ke bahasa melayu dalam matematik dan sains di sekolah. Bukan satu perkara yang mudah juga kalau kita hendak suruh Idris Jala dan orang Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung merubah cara mereka menyebut Tuhan.

Kita diwajibkan dalam Islam untuk menuntut ilmu agama supaya kita tidak keliru dengan dakyah yang tidak betul. Ilmu agama yang ada di dalam diri akan menjadi satu benteng orang Islam.

Di zaman ini, bukan sahaja agama Kristian menjadi satu cabaran yang besar kepada orang Islam seperti dahulu. Banyak lagi perkara di zaman moden ini yang boleh menyebabkan orang Islam keliru kalau tidak cukup ilmu agama. Saya mengambil bidang Sains, sewaktu di Pra-Univerisity, saya teringat penyarah Biology mengatakan bahawa suka atau tidak, asal manusia adalah daripada spesis “Ape” atau monyet (sepertimana gambar haiwan di blog Dato’) . Yang bercakap orang melayu kelulusan berpangkat Prof. dan pakai tudung. Yang mendengar pun kebanyakkannya pelajar orang melayu, ternganga. Mengikut ingatan saya ada 2 pensyarah melayu yang berkata perkara serupa. Bayangkan sekiranya orang yang mendengar tidak cukup pengetahuan agama.

Berkenaan dengan Perkasa, mengikut media massa, ia bukan NGO terkecuali (Non-partisan) tetapi dibiayai oleh UMNO.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Dato’ ni ‘tak aci’ betul lah. Baru sehari tulis tentang Anwar dan ditegur oleh pembahas Hj Ismail tentang tangan yg kena gigit, Dato’ terus tukar topic. Relax la Dato’!!!!!

Berbalik kpd topic terbaru, sebenarnya, kalimah Allah sudah pun diputuskan oleh Kerajaan UMNO utk Islam sahaja. Penggunaan di Sabah & Sarawak adalah warisan sejarah mereka dan sebelum borneo menjadi sebahagian Malaysia lagi. Kebijaksanaan ketua2 UMNO pada masa itu iaitu Tunku Abd Rahman bersama Tun Razak iaitu ayahanda kpd YAB Dato’ Seri Presiden, setelah mengambil kira pelbagai sudut dan mengkaji “risk & benefit” secara mendalam, terhasillah Malaysia. Sekarang, kita dah tuai ‘hasilnya’ dlm mengembangkan syariat Islam. Benda yg sensitive ni rasanya tak perlulah saya bagi contoh & bercerita lebih panjang lagi, yg boleh mengguris perasaan sesiapa, OK.

Kita contohilah cara Rasullullah SAW berdakwah secara tertib dan “gradual”. Janganlah gopoh sangat macam PAS, belum apa-apa, sebok nak buat hudud PAS. Bila kena ke batang hidung sendiri, mulalah kata video tu besi. Minta disiasat video tersebut dgn lebih lanjut pun takut. Bukan sekali, tapi dah banyak kali dah pun.

UMNO sebuah parti Islam cuma mengingatkan bahawa setiap umat islam yg beriman termasuklah para ulama, doktor, laywer, accountant, engenier, arkitek, guru, pensyarah dan para hakim muslim akan dalil NAQLI, “Allah itu maha esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada satupun yg serupa dengannya” dari Al Quran, surah Al Ikhlas, yg WAJIB menjadi pegangan AKIDAH setiap muslim yg beriman, dan mengatasi segala dalil akli iaitu ilmu-ilmu duniawi. Jadinya, perlukah saya beri clue lagi? Inilah UMNO, diam ubi beisi. Sekian TQ.

fazillah said...

Salam semua,

Objective Pakatan adalah untuk kuburkan UMNO. Objective DAP adalah untuk kuburkan Melayu.

Dengan kelemahan yang amat ketara dalam UMNO, kemungkinan besar boleh dikuburkan.

Dengan perpecahan kaum melayu, kemungkinan besar DAP dapat capai impiannya.

Bukannya parti2 PKR, PAS yang ramai pengikutnya adalah Melayu Islam tidak sedar objectif DAP yang sebenarnya tetapi oleh kerana keinginan yang teramat untuk menglenyapkan UMNO mereka sanggup mempergadaikan bangsa dan ugama.

BIla Islam dicabar memang rakyat melayu islam akan mengambil jalan untuk mempertahankannya tetapi akan berlaku kekecohan. Itu adalah jalan yang sepatutnya dielakkan.

Tidakkah boleh diterima oleh PKR dan PAS bahawa sekiranya DAP yang menerajui negara, maka akan hilang seterusnya kedudukan melayu dan Islam. Inilah yang patut dilindungi. Bersatulah wahai Melayu Islam and tunjukkkan kepada DAP secara aman yang mereka tidak boleh mengambil alih negara kita ini.

Kampong man said...

Salam Dato,

1.Inilah kesan nya apabila ada yang melihat Islam lemah dan orang Melayu Islam itu sendiri lemah dan berpecah pecah demi KUASA politik dan kini Melayu Islam pula mula hilang kuasa politik.Apabila ada orang Melayu Islam itu sendiri mengamalkan PLURALISMA dalam ugama, politik,budaya dan philisopi atas nama KETERBUKAAN dan acuan DEMOKRASI ala barat maka ada kaum dan agama lain yang mula naik cocang bersuara kuat kerana sifat kita orang Melayu yang lembut , punyai tolerennsi tinggi dan penyabar yang tidak ada pada mereka.Mereka salah anggapan sama sekali.Tidak akan ada kompromi dan toleransi dalam isu agama. Dengar tu !.Teringat kembali cerita NATRAH satu perjuangan demi agama Islam.Syabas pada semua NGO di Putrajaya semalam.

2.DSAI pula kini amat hebat dan sungguh bijak menggunakan kebijaksanaan dan charisma beliau berpidato, terpulang siapa pendengar nya demi meraih sokongan dan memancing undi kaum dan penganut ugama lain dalam banyak isu(eg :isu air Langat 2) termasoklah juga dalam isu kalimah Allah kini..

3.Ramai rakyat kita sekarang telah banyak terdedah dengan pemikiran cara barat di zaman GLOBISASI kini dan mereka mula ketepikan cara perjuangan lama yang konon nya tidak lagi boleh diguna pakai.Malah ada rakan saya penyokong Anwar/PKR tegar bilang "Kampong man macam katak bawah tempurung.Bukankah kita kini di zaman 'globilsation ' and things are very colourful " katanya Sempat dia menghantatar WhatApps difinasi Globalisation pada saya berbunyi saperti dibawah:

"Question : What is the truest definition of Globalization ?

Answer : Princess Diana's death .

Question : How come ?

Answer :An English princess with an

Egyptian boyfriend crashes in a

French tunnel, driving a

German car with a

Dutch engine, driven by a

Belgian who was drunk on

Scottish whisky: followed closely by

Italian Paparazzis in

Japanese motorcycles; treated by an

American doctor, using

Brazilian medicines.

And moreover this is sent to you by a

Malay...

using
American

(Steve job's) technology, and you're probably reading this on your iPhone or Samsung or blackberry , that use

Taiwanese chips, and a

Korean screen, assembled by

Bangladeshi workers in a

Singapore plant, transported by

PAKISTANI lorry-drivers, .... . That is

"" Globalisation ..." . "

Dia menyindir saya secara sinis.Bedebah punya orang!!.

Wallahwuallam.

Suffian said...

Assalamualaikum....Dato KJ ,

ada beberapa persoalan yg dibangkitkan oleh Hj Ismail dlm posting yg lalu , tentang saham, million, rumah tropicana, Anwar...saya harap Dato dapat menjawabnya.
Isu kalimah Allah...saya kurang jelas sebenarnya, yg saya nampak isu tersebut telah dimanipulasikan oleh pihak2 tertentu yg sudah terdesak survival politiknya.Saya heran kenapa pulak isu tersebut tak jadi isu besar di Mesir, lubuk ulama2 tersohor. Jadi, jgn salahkan melayu2 yg tak berselera nak kecoh2 isu tersebut.

azhar said...

Salam DAKJ

Allah memang telah menyelamatkan orang islam dan agamanya di malaysia.

lihat PRU13 lebih 95 peratus kaum kafir cina tidak mengundi BN(melayu/islam tunggak)kerajaan BN tak tumbang.

kaum melayu/islam dan India ramai kembali Ke BN.

semua ini kuasa Allah jua.

kita mesti ingat apa peminpin pakatan rakyat sering kata -apa-apa keputusan mestilah dipersetujui ketiga-tiga parti.Adakah islam terbela jika DAP tak setuju.

Agus said...

OKJ 2x5 Din Melaka.

Kalau Din Melaka penyokong tegar Anwar Ibrahim@PKR, OKJ pulak penyokong kuat Mohd Najib@UMNO.

Dua-dua tak boleh pakai.

Mana MissPassat dah lama tak muncul? Rindu pulak. Apalah OKJ...dengan MissPassat pun boleh lawan gaduh sampai merajuk MissPassat...

OKJ,

Buat keputusan dan bertindak atas keputusan yang dibuat adalah dua perkara berbeza. Betul, kalimah Allah sudah pun diputuskan oleh Kerajaan UMNO untuk Islam sahaja. Tapi apa sudah jadi? Apakah isu itu semakin reda? Pada zaman Tun Dr Mahathir dulu tidak timbul pun soal ini, tapi kenapa sejak kebelakangan makin menjadi-jadi orang bukan Melayu cuit Melayu?

Dasar terbuka yang diamalkan oleh Pak Lah telah memakan diri apabila Mohd Najib pula terlalu lemah dalam urusan tindakan.

Lihat apa jadi dengan dasar Kurikulum Bersepadu di sekolah. Kerajaan buat keputusan dan kemudian tiba waktu tindakan, huru-hara dan akhirnya terpaksa ditangguhkan.

OKJ, tak payahlah nak cuba menegakkan benang yang basah...

Dan tak payahlah suruh Dato' AKJ relax kalau OKJ diajak untuk jumpa Dato' AKJ pun tak berani! Orang yang banyak alasan adalah orang yang penakut.

Chill bro...saya mohon maaf.


wanitabukittinggi said...

Datuk,

Pada pandangan saya isu yang harus ditangani oleh pemimpin Islam atau pun majoriti rakyat Islam dinegara ini ialah memilihara keselamatan dan perpaduan negara.

Demi perpaduan dan keselamatan negara kita tidak boleh membiarkan sesiapa saja merosakkannya. Ini kerana jika tiada perpaduan dan keselamatan maka negara akan menjadi macam negara-negara di Timur Tengah dan di Afrika sekarang.

Sudah termaklum bahawa majoriti kaum Islam di Semenanjong telah menganggap bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk mereka. Keadaan semasa tidak mengizinkan untuk kita berdebat lebih lanjut mengenai samada pihak gereja boleh guna atau tak boleh guna nama Allah.
Oleh itu dinasihatkan adalah lebih baik bagi Padri Andrew dan juga pihak Mahkamah menerima hakikat ini.

Kita tidak mahu melihat huru-hara dinegara ini semata-mata Yang Ariff hendak menegakkan kebenaran berasaskan bukti fizikal.

Didalam Islam nyawa mengatasi hukum. Contohnya dalam keadaan darurat Islam membenarkan memakan daging yang terlarang jika tiada makanan halal. Ini membuktikan Islam meletak nyawa atas hukum. Ini adalah Hukum Allah.

Oleh itu saya berharap panel 5 Hakim yang diantara mereka orang Islam supaya memikir masak-masak bahawa nyawa harus diberi keutamaan daripada hukum buatan manusia yang semata-mata untuk menegakkan kebenaran.

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

1. Dikatakan bahawa sekitar 60% orang Melayu menyokong UMNO-BN dalam PRU 13. Justeru itu, pemimpin/penyokong UMNO-BN dan beberapa pembahas mendabik dada, “ Tanpa undi etnik Tionghwa pun kita menang “.

2. Namun, di sebalik pengakuan berdegar-degar itu, orang Melayu ditakut-takutkan pula bahawa kononnya kelangsungan masa hadapan orang Melayu dalam bahaya jika orang Melayu berpecah-belah dan tidak menyokong UMNO-BN.

3. PAS dan PKR pula dipersalahkan kerana kononnya PAS yang ‘diperkudakan’ dan PKR yang ‘memperjuangkan agenda peribadi pemimpin tertentu ’merangsang kaum lain ‘naik lemak’.

4. Katakanlah angka keramat 60% itu fakta, UMNO-BN tidak perlu bimbang sangat dengan isu ‘ perpecahan ’ orang Melayu. Itulah juga angkanya lebih kurang semasa BN (UMNO, MCA dan MIC) kuat. Yang lemah ialah BN dan bukannya UMNO-BN . BN menjadi lemah kerana etnik Tionghwa MCA lari ke DAP.

5. UMNO-BN yang ada kuasa jagalah baik-baik orang Melayu/peribumi. UMNO-BN mungkin kurang peka akan jasa orang Melayu/peribumi yang menyokong mereka ketika BN menang besar. Bagaimanapun, adalah mustahil UMNO-BN yang kelihatan sehat walafiat dan masih siuman tidak terkesan langsung dengan jasa 60% pengundi Melayu yang kebanyakkannya menetap di kampung dan pedalaman dalam PRU 13.

6. Hati kecil UMNO-BN tentu faham sangat-sangat apa yang perlu ‘dipersembahkan’ kepada golongan 60 % Melayu yang berjasa tetapi tidak banyak cakap dan juga 40 % lagi yang berkeliaran di luar. Walaupun di luar, mereka Melayu/peribumi juga. Kecuali golongan Melayu tertentu, orang Melayu pada umumnya sudah letih mengaku ketinggalan keretapi dalam hampir semua bidang. Bagaimanapun, itulah hakikatnya.

Timbangtara said...

Salam Tok..

Dengan penuh bersemangat.. orang Melayu-Muslim lelaki dan perempuan muda tua.. dari berbagai-bagai pertubuhan samaada politik dan NGO.. berkumpul untuk mempertahankan kalimah ALLAH.. Khusus untuk orang Melayu-islam diMalaysia Barat sahaja tidak diSabah dan Serawak..

Nak bersangka baik pada mereka yang berkumpul.. "berapa ramai agaknya yang menunaikan solat Dzuhur"

T kasih Tok..

Urang Awak said...

Salam Dato,

Hahaha… memang orang2 Melayu pantang dicabar dan sepertimana yang kita sedia ketahui, orang2 Melayu memang terkenal mempunyai 2 jenis sifat iaitu “MELATAH & MENGAMUK.

Kedua sifat2 tersebut tidak terdapat didalam mana2 batang tubuh lain2 bangsa didunia melainkan bangsa Melayu sahaja. Oleh sebab itulah didalam mana2 edisi kamus English perkataan “AMUK” terpaksa dicedok dari bahasa Melayu bererti “MENGAMUK”.

Masaalah kekeliruan panggilan “Allah” tidak pernah menjadi controversy sejak dari zaman Rasulullah lagi sehinggalah ianya dibangkitkan dengan begitu hangat sekali didalam 2-3 tahun kebelakangan ini. Malah 8 juta penganut Kristian Koptic yang berbangsa Arab yang bertaburan di bumi Mesir, Syria, Palestin, Libya, Jordan, Iraq dan lain2 negara Arab bebas memanggil tuhan dengan nama Allah.

Ok… mari kita sama2 rungkaikan serta membahaskan isu ini secara terbuka. Semua jenis manusia berasal dari Adam & Hawa. Maka tanpa Adam (as) tiada manusia yang akan mengenal apa dan siapa itu TUHAN. Sejak dari zaman kenabian atau para2 anbia tiada kedapatan nama yang specific (nama khusus) bagi Tuhan. Tidak seperti agama2 lain mereka ada nama2 khas bagi tuhan2 mereka seperti “Kali”, “Subramaniam” dan sebagainya.

Didalam kitab Yahudi (bahasa Hebrew & Aramaic) mereka menyebut YAHWEH sebagai Tuhan mereka. Selain dari itu terdapat juga panggilan2 lain dimana ianya bergantung kepada tujuan ayat seperti ADONAI (Tuan) atau EHOLIM (Pencipta) dan ada 2-3 lagi panggilan untuk Tuhan yang tidak perlu disebutkan disini. Didalam bahasa Arab pula mereka menyebut ALLAH yang membawa maksud Tuhan.

Kesimpulannya para2 nabi sejak dari zaman nabi Ibrahim, Musa, Isa & akhir sekali nabi Muhammad (saw) memanggil Tuhan dengan nama yang berlainan mengikut bahasa masing2 kerana TIADA NAMA KHUSUS Bagi Tuhan. Malah sebelum Nabi saw diutuskan wahyu, masyarakat Arab Jahilliah di Kota Mekah telahpun menggunakan perkataan Allah bagi tuhan2 berhala terdapat dikeliling kota Mekah pada masa itu.

Didalam kontek ini saya amat setuju dengan penjelasan serta pandangan yang telah diberikan oleh Dr. Asri . Rujukan : http://youtu.be/CZf0MHu5pwM.

Melatah…? Ini adalah sifat yang kedua terdapat pada umat Melayu. Siapakah anda untuk memutuskan Syiah itu tidak Islam? Bukan kah rukun Islam itu hanya 5 perkara sahaja dan ianya diakui, dikongsi, serta dianuti serta oleh semua jenis gulungan didunia ini yang mengaku muslim. Setakat ini tiada bantahan dari mana2 negara Islam yang melarang mana2 umat Syiah untuk memasuki 2 Kota Suci untuk mengerjakan ibadah.

Persoalannya kalaulah mereka bukan Islam kenapa mereka dijemput disetiap kali berlangsungnya Tilawah Al-Quran serta dibayai kos penginapan/ makanan ? Kenapa pula kita menerima bacaan dari seorang yang bukan Islam (Syiah) dan seterusnya mengitiraf salah seorang dari mereka sebagai naib johan pada Tilawah 2012 yang lepas? Para2 imam, mufti, ulamak semua tolong jawab…. Jangan anda2 semua bikin kepala pusing serta bagi confuse kepada umat2 Islam di negara ini.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Sebagai prinsip asas secara umum, orang Islam wajib berpegang pada 'kebenaran' sesuatu hakikat berdasarkan 'kebenaran' fakta yang bersifat ilmiah.

Mungkin tidak mustahil "Malays and Muslims Are Not Weak" untuk berjihad menentang orang kafir yang memperlekehi mereka, namun mereka tidak cukup kuat untuk berpegang pada kebenaran sesuatu hakikat.

Sukalah saya mengambil kesempatan untuk kesekian kalinya dalam blog DAKJ yang berprestij tinggi ini bagi menerangkan berkenaan hakikat kebenaran kalimah 'Allah' seperti berikut:

1. Kalimah "Allah' ialah nama 'Tuhan Yang maha Esa'.

2. Kalimah 'Allah' merupakan hak mutlak lagi ekslusif milik Allah SWT.

3. Tiada nas al-Quran atau al-Hadith yang melarang sesiapa jua daripada makhluk Allah daripada menggunakan nama 'Allah' itu.

4. Orang Islam tidak dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menjaga nama-Nya itu daripada digunakan oleh orang kafir.

5. Al-Quran yang terdapat kalimah 'Allah' di dalamnya diturunkan untuk sekalian manusia.
5.1: "Ya ayyuhannas ... - wahai manusia (seluruhnya) ..."
5.2: "Ya ayyuhallazi naa manu ... - wahai orang beriman ..."
5.3: "Ya ayyuhal kafirun ... - wahai orang kafir ..."
5.4: Oleh yang demikian, sesiapa jua daripada makhluk Allah berhak membaca dan menyebut kalimah 'Allah'.

6. Tiada suatu pihak jua daripada makhluk Allah yang berhak sama ada membenarkan atau tidak membenarkan pihak lain daripada menggunakan kalimah 'Allah'.

7. Kita hayati dan kita wajib patuhi arahan Allah dalam al-Quran: al-Kafirun: 6 yang bermaksud, "Bagi kamu agama kamu; dan bagi aku agama aku".
7.1: Dengan kata lain, orang beriman tidak perlu masuk campur dalam urusan agama orang kafir.

Wassalam.


Pengakuan:
(Saya sekali-kali tidak mempertikaikan ketetapan negara bahawa kalimah Allah ekslusif untuk orang Islam sahaja).

zainal abidin awang kechik said...

Terima kasih tok.. Selamat berjuang

Salam Dari Miami

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).