Monday, April 28, 2014

Obama Kata Minoriti dan Bukan Islam Dianaktirikan


Obamakata


[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

PRESIDEN Amerika, Barrack Hussein Obama telah mengenakan “sumpah” ke atas negara kita.

Kata tetamu Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak itu: "Malaysia tidak akan menjadi  negara maju sekiranya masih mendistriminasikan  golongan bukan Islam dan monoriti."

Obama dan Mohd Najib: Saat "Magical"
Kalau ini bukan campur tangan dan provokasi, saya tidak tahulah apa. Lagipun saya hanya membaca laporan mengenainya dari media bebas atas talian.

Berita itu hanya menjadi arus perdana bila Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi, menyangkalnya. Malaysian Insider memetik beliau sebagai menyelar Barack Obama kerana menyifatkan Malaysia tidak berlaku adil dalam konteks agama kepada semua kaum.

"Kita berikan peluang yang sama kepada bukan Islam dan kerajaan Malaysia berlaku adil kepada semua agama.

"Saya tidak fikir ada halangan untuk mengamalkan agama di sini. Berat sebelah dalam agama perlu dijauhi kerana kita perlu menghormati agama lain supaya agama lain menghormati agama kita,” katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Bengkel Keadilan Jenayah Penyeludupan Manusia kali ke-4 Asean di Kuala Lumpur hari ini. (Baca di sini).

Syabas Dr Ahmad Zahid. Tidak sia-sia perwakilan Umno memilih anda sebagai Naib Presiden paling popular dalam pemilihan Umno baru lalu. Alhamdulillah masih ada pemuka Umno yang tidak dijangkiti sindrom koro.

Portal berita Malaysiakini, antara lain, memetik Obama berkata:

"Ini negara majoriti Muslim. Ada masanya mereka yang bukan Islam melihat diri mereka kekurangan atau menghadapi permusuhan.

"Tiada negara yang boleh berjaya sekiranya sebahagian penduduknya dipinggirkan dan didiskriminasi.

"Malaysia tidak akan berjaya sekiranya bukan Islam tidak mempunyai peluang sama seperti yang lain."

Saya kurang pasti apa “treatment” media arus perdana kepada berita campur tangan Obama itu.

Kalau Naib Presiden Al Gore, pada tahun 1998, sekadar memuji Anwar Ibrahim dan reformasi, Obama kali ini menuduh Malaysia menganaktirikan kaum minoriti dan orang bukan Islam.

Kalaulah benar apa yang dilaporkan itu, tidakkah tindakan Obama itu berupa satu bentuk provokasi halus yang sangat mendalam dan meluas implikasi tersiratnya?

Siapakah yang ditindas dan berasa tertekan? Siapa yang membuka kotak pandora dengan menuntut agar mereka juga dibenarkan mengguna kalimah Allah?

Apakah kaum minoriti dan orang bukan Islam di negara ini ditindas, tidak dibenarkan beribadat dan hidup papa kedana?

Apa ceritanya dengan gereja yang berpuluh di Brickfields, Jalan Gasing dan Sentul? Apa halnya dengan kuil Hindu di merata simpang jalan, bawah pokok besar dan gua itu? Apa ceritanya kuil Buddha dan wat Siam, Gundwara Sikh dan tokong Cina di merata pelosok tanah air? Dan siapa yang menguasai ekonomi?

Soalnya, adakah orang Melayu dan Islam hendak berdiam diri terhadap campur tangan Obama itu semata-mata kerana ada orang yang sangat “gumbira” dapat berkereta dengan beliau atau beliau membisikkan puji-pujian ke telinga orang itu?

Secara tidak langsung, Obama telah melantik diri beliau sebagai jurucakap rakyat Malaysia yang “mengacum” kepada beliau kononnya mereka dengan dahsyat sekali didiskriminasikan oleh orang Melayu dan orang Islam.

Wallahuaklam.

39 comments:

Nikah Siam said...

Saya rasa sebenarnya statement tu dah kena spin. Maksud Obama lain. Obama komen tentang kejayaan Malaysia sekarang. Kalau minoriti dan agama lain ditindas, Malaysia tidak akan berjaya seperti sekarang. Malaysia akan terus mundur dan terus kekal sebagai negara mundur.

Bukan seperti yang dispin.

Zed-85 said...

Data'

Zaman sekarang zaman IT, kita boleh lihat dan dengar dalam 2 dimensi video ucapan Obama.
Sila rujuk link dibawah, (ucapan Obama)

http://www.youtube.com/watch?v=irG1bqHWhJI

Pandangan saya ucapan sebenar dalam video dan apa dilaporkan tidak 100% sama.

Sebenarnya Obama dalam sesi soal jawap bermula bercerita berkenaan dengan negara Myanmar yang mana telah mula proses demokrasi. Orang Islam adalah gologan minoriti.

Malangnya di Myanmar, politik perkauman menyebabkan orang Islam minority mendapat diskriminasi.

Kemudian beliau membandingkan dan mengatakan perihal diskriminasi secara “umum” , iaitu diskriminasi terhadap kaum minority, dan juga golongan wanita yang akan merugikan negara.

Obama mencadangkan politik yang sihat dan berfaedah adalah politik yang membawa semua rakyat bersama bukan berpecah belah.

Saya tidak nampak ucapan beliau begitu negatif sekali.

Saya nampak ada kebenarannya di negara kita bila ada golongan yang berapi-rapi dengan semangat perkauman tetapi tidak pula berapi-rapi bila berlakunya kemungkaran yang melibat rasuah, ketirisan dll.

Mengikut Obama lagi, beliau akan datang lagi pada akhir tahun.

Saya berharap Dato Zahid Hamidi boleh bersama dalam forum sebegini sekali lagi dan ungkal cakap Obama dalam forum yang bersama.

Barulah ada dialog yang bermanfaat dan beliau mempamerkan diri sebagai pemimpin bertaraf dunia.

rambo said...

Either obama who spent his childhood in jakarta is a nerd or his ambassador to Malaysia is dumb....

The whole world knows about Malaysia.

Even dap also might said stupid obama

maae said...

Salam Datuk,

1. Mereka tuduh PM Najib bertuhankan Amerika. Mereka tidak sedar bahawa mereka yang sangat berTuhan kan Obama untuk mendengar ' doa-doa' mereka. To' Pe Kong dah putus tangan kanan kena 'hudud' sudah jadi tuhan cacat ! Tuhan kaya hanya untuk mereka...

2. Surat - surat yang di tulis Pua dan geng nya berbau hasutan. Konon nya mereka hidup dalam serba kekurangan, ibaratkan Obama sebagai pewaris abdi, mengalami nasib yang sama seperti mereka. Kini Obama punya kuasa mutlak boleh lah Malaysia di hukum mengikut kata-kata hasutan tersebut, kunun nya...kata Tun M. Obama buka seorang bodoh seperti anggapan mereka. Ini hubungan Nusa dan bangsa yang mesti terjalin erat atas nama diplomatik. Begitu juga kehendak China. Perlukah OM Najib menjual maruah nya ?

3. Menyusahkan saja manusia- manusia yang tidak sedar dek untung ini. Lain kali dalam apa jua keadaan, Kerajaan Malaysia mesti ' jatuh hukum secukup nya' kepada petualang-petualang negara yang suka melabel Kerajaan dengan fitnah yang bukan-bukan. Sudah sampai masa kita bergerak memajukan dan menyelesaikan apa-apa yang tertangguh. Keselamatan Malaysia mesti di utamakan. Mereka yang mengungkit dan menghidupkan provokasi permasaalahan mesti di malarkan sebagai pembangkang yang memberi sumbangan. Bukan lagi konon nya hak asasi manusia. All craps and bullshit talkin' though...

4. Pendajjal ini tidak suka cara Malaysia, tidak perlu keriau! Paling baik berhijrah lah ke negara lain yang sangat memerlukan khidmat mereka sesuai dengan hidup persamaan yang mereka idamkan. Jika tiada, shut up, really shut up... kata KJ.

Malaysia buka tempat nya menjadi juara untuk jenis-jenis pembinasa yang ikut cara nafsu dan kata selera. Majoriti tidak mahukan duri dalam daging yang akhir kita sakit dan merana.

abg sam said...

Salam Datuk
Memang inilah tujuan Amerika Syarikat dok mengata Malaysia kejam dan zalim padahal yang mereka usir penduduk pribumi di Diego Gracia tu apa kejadahnya. Saya rasa penduduk bukan Islam di Malaysia paling beruntung besar jika dibandingkan dengan penduduk islam. Lihatlah Malaysia dicanang Negara Islam tapi berhala tertinggi, terbesar, tercantik, termahal dan terberada di Malaysia. Saya pernah mengembara ke Lubnan pada 2 tahun lepas, Negara yang unik hasil campur tangan Amerika yang memisahkan ras kaum di Lubnan dengan memberi jawatan presiden kepada golongan Kristian meskipun Penduduk islam merupakan majoriti. Malah lebih menjengkelkan lagi pelarian palestin yang lari dari perang pada 1948 dari Tebing barat dan gaza serta bermastautin dinafikan hak kerakyatan walaupun telah menetap lebih 40-50 tahun lampau. Malah anak pelarian palestin yang lahir di Lubnan turut tidak diiktiraf sebagai Rakyat Lubana meskipun dari aspek bahasa dan agama serta keturunan adalah sama. Suka atau tidak Malaysia telah terlebih gear dalam memberi muka kepada rakyat. Sudah diberi betis henndak kan ponggong pula. TetapI Pemimpin Pembangkang dan Kerajaan mempunyai formula yang mudah. Keadilan di Negara Malaysia hanya boleh diselesaikan dengan mengambil harta pusaka pribumi untuk di agih kepada rakyat Malaysia lain yang dikatakan tertindas. Wasalam

Unknown said...

with the current state of journalism (if there is still such as thing), this statement could be put out of context. nothing was given about what obama said before and after he said that statement.

plus, things like "affirmative action" is a norm in the global context. just look at most US allies and partners, most of them practice "affirmative actions" where the majority or the ruling minority stack the odds in their favour. somehow, "affirmative action" is overblown in malaysia as though the rest of the world is not practicing it.

henry kissinger said it best: "america has no permanent friends of foes; only interests". malaysia in basic terms, nothing more than a strategic partner for US to contain their biggest worry in asia: People's Republic of China.

American in Malaysia said...


Its either Obama is dumb or his representative in Malaysia is dumber or bias....
he's an american chinese isnt he ?

Vagrant John said...

Dato,

http://www.youtube.com/watch?v=irG1bqHWhJI

Bagi mengelakkan quote of out context, saya minta Dato and para pembahas tengok lah apa message yang hendak disampaikan kepada generasi generasi muda, bakal pemimpin kita.

1. Rasa banga kepada UM, kerana Presiden Amerika sanggup meluangkan masa beliau memberi pandang beliau atas negara yang demokrasi berpelbagai eknik and agama.

2. Ini adalah mesaj yang positif,agar generasi muda kita tidak bersifat discriminasi. Ia tidak mengena dengan campur tangan dalam hal ehwah Malaysia.

Beliau 'engage' dan sampaikan mesaj kepada pelajar-pelajar, dan bukan 'orang orang lama' yang mungkin tidak akan faham ataupun walaupun faham tapi 'main bodoh'.

3. Kita seharusnya benchmark peminpin kita dengan stateman seperti Obama. Berucaplah dengan penuh keyakinan, and sentiasa bersedia berhadapan dengan persoalan, mempertahankan pendirian dengan fakta yang cukup konkrit, and berintelek.

4. Cukuplah 'pojaan' saya kepada Obama, silap-silap nanti kena dilabel tidak patriotik.

Lahuma said...

Dato.

Baru PM Najib tahu yang kedatangan Obama itu tidak memberi apa-apa faedah pada dirinys dan kerajaan UMNO/BN .

PM Najib belum sedar diri dan ada kejantanan tulin dengan membawa Obama ke Malaysia.Ibarat bawa kerengga masuk dalam seluarnya sendiri.

Dalam percaturan dan strategi politik sama ada peringkat nasional ,serantau atau global menampakkan PM Najib bukanlah cerdik dan pintar.

Sebab itu Obama dengan SINIS dan SINDIR kerajaan dan Parti Najib.
Obama adalah alat YAHUDI dan ingij melihat apa yang berlaku diMalaysia di kucar kacirkan.

Buang masa , haibis duit dan memalukan imej kerajaan yang dikatakan kerajaan Islam Malaysia.
Duta Malaysia ke AS pun kena soroklah muka mereka ditempat lain.

Adakah Pas dan Hadi Awang seronok dan tepuk tangan gembira akan kenyataan Obama ini.Atau pun Pas tumpang semangkok berita pahit ini.

Anwar seperti biasa dia asal kutuk kerajaab itulah kejayaan nya.Anwar bukan pejuang rasional untuk agama Islam dan bangsa Melayu.Dia penting selera dan cita-cita besar dirinya.

Memalukan kita segala kerja buat PM Najib yang membawa kerenaga dalam selaurnya.

Habislah masa depan PM Najib.Kedatangan Obama membuatkan kita tersentak dengan menghina Islam dan Melayu.

Agenda Yahudi telah kian mantap yang dibawa oleh Obama.

PM Najib dan segala penasihatnyalah yang perlu bertanggung jawab bersusah payah menjilat Obama.

Imej PM Najib terus menjunam.
Maka PM Malysia sudah jadi PM Pak Lebai Malang.
Juga PM Labu Labi.

Terima kasih Dato.

XERONINE said...

Salam Datuk,

selepas sesi pengabadian, kita ke sesi pengabdian pula ye ... that is kalau mata dan hati masih kabur oleh meriah gah dunia ...

terima kasih

Saji said...

Salam Dakj,


"Portal berita Malaysiakini, antara lain, memetik Obama berkata:
"Ini negara majoriti Muslim. Ada masanya mereka yang bukan Islam melihat diri mereka kekurangan atau menghadapi permusuhan.

"Tiada negara yang boleh berjaya sekiranya sebahagian penduduknya dipinggirkan dan didiskriminasi.

"Malaysia tidak akan berjaya sekiranya bukan Islam tidak mempunyai peluang sama seperti yang lain." "

Saya kira B Obama menekankan meritorkrasi dilaksanakan oleh pemerintah Malaysia dalam semua bidang, kerana ia (meritorkrasi) merupakan antara ciri utama pengurusan negara maju. Maksudnya, siapa di kalsngsn rakyat yang ada merit atau keahlian maksud Islamnya diletakkan untuk melaksanakan pekerjaan yang sesuai dengan meritnya atau keahliannya.

PM Najib tahu pentingnya meritorkrasi. Jika tidak, masakan ia merupakan sebahgian daripada intipati gagasan IMalaysia beliau.

Untuk lebih jelas dan meyakinkan, Obama sepatututnya memberikan contoh negara2 lain yang mempunyai latar belakang seperti Malaysia yang seadnya yang tidak melakukan diskriminasi kaum minoritinya tetapi menjadi negara maju.

Dari sudut lain, mengapa pula negara yang rakyat kaum mijoritinya didiskriminasi boleh menjadi negara maju, seperti Ngara Afrika Selatan suatu ketika dulu.




SAJI

M Nazrul H Nazirmuddin said...

Saya rasa Dato' AKJ membacanya dalam konteks yang berlainan.

thegreatteadrinkerdownsouth said...

What about proselytizing, Dato'?

Aren't all religions deemed to be "equal"?

Or, as George Orwell wrote in "Animal Farm", some are more equal than others!

berasiam said...

Salam DAKJ

Acara tidak rasmi Obama makan durian Musang King di tepi jalan lebih santai. Akibatnya pasukan keselamatannya tidak membenarkannya naik pesawat rasminya. Bau durian dari mulut Obama sudah cukup untuk mengaktifkan penggera keselamatan Air Force 1. Tapi sebab dia pemerintah tertinggi, tidak ada tindakan susulan dibuat selain tangguhkan penerbangan. Khabarnya, 1st Lady yang arahkan pasukan keselamatan bertindak sedemikian.

Obama nak cakap apa, itu urusan dialah. Yang penting, kerajaan kita tahu apa yang patut dibuat dan apa yang tidak perlu dilakukan demi kepentingan negara khususnya rakyat. Nampaknya Obama pun termakan hasutan NGO yang ditemuinya. Yang patut disalahkan manusia seperti Ambiga yang tenyata memebrikan gambaran yang salah an memburukkan kerajaan dan negara kepada Obama. Kalau Zahid betul-betul serius, ambillah tindakan yang sepatutnya terhadap manusia-manusia yang tak mengenang budi ini. Jangan cuma menempelak Obama tetapi melepaskan mereka yang menghasutnya. Barylah tak koro........

HSoc said...

Sama seperti pemimpin Malaysia yang mengecam apartheid di Afrika Selatan dulu dan juga penindasan mengikut kaum di Palestin atas rasa kemanusiaan, mungkin Obama juga demikian.

Apakah tidak benar kata beliau bahawa ada masanya mereka yang bukan Islam melihat diri mereka kekurangan atau menghadapi permusuhan? Tatkala ummah Kristian meluahkan rasa tertindas kerana tidak dibenarkan melafazkan kalimah Allah, tatkala mereka merasakan ada permusuhan apabila mereka yang berkuasa membuat kenyataan keras terhadap mereka dan merampas kitab suci mereka, tatkala orang bukan Islam dilarang menyebut pelbagai perkataan.

Kenyataannya, memang ramai orang bukan Islam yang rasa kekurangan atau menghadapi permusuhan. Ini fakta. Obama tidak pun berkata orang Islam bertindak zalim dan sebagainya.

Hafies Yazhar said...

You should not make that kind of controversial post, for people had look up at you for quite sometimes. Abit of thinking should help rather making a judgement and creating more issues towards Malaysia. Freedom of speech is what you have, but freedom of creating a major disaster could end what we had achieve this many years. What you said, forgive me if sound harsh, but reflect your stupidity. You a writer yourself for such a long time, which i can say i admire your work, but for such post to come out from you, its really unbelievable. at a time like this, your generation should get down from the platform, and let young generation decide which is best and which is wrong.

thanks, and i dont mind if this comment wont be allow to be show.

Anonymous said...

Should the President, also a civil rights lawyer, not speak up on his conscience? If my neighbour's husband is battering their family & they sought help from me or a guest-relative... should we keep silent in the name of non-interference of another family's affairs?

Conscience & fundamental ethics are universal. There is a limit to every measure a borderline abuser thinks & affirms as 'right & logical' to do. And please what is so wrong with speaking out of concern & helpfulness for those who feel oppressed? Would your blessed Prophet not, truly?

mad said...

saya cuma tersenyum sinis membaca komen pembaca memuji-memuja presiden paling berkuasa dunia ini. sedarlah org melayu obama ini sebenarnya cuma puppet kepada org2 yg berkuasa di belakang yg sentiasa tidak kelihatan iaitu kumpulan elite illuminati.
kalau perkara ini pun tuan-tuan tak sedar maka jangan haraplah tuan-tuan boleh lepas dari fitnah dajal, kerana illuminati ini adalah org2 dajal. kepada Allah kita memohon perlindungan.

Timbangtara said...

Salam Tok..

Obama datang ka Malaysia, kemudian jumpa NGO seperti Suhakam.

Sekarang pula NGO yang menyokong kerajaan seperti PERKASA terlalu lantang seolah-olah membuat cabaran..

juga keputusan mahkamah mengenai kalimah ALLAH tidak menyebelahi mereka.. adakah dengan ini mereka merasa seperti menghadapi permusuhan..

Selama ini kita membiarkan segala bentuk berhala didirikan dengan begitu gah sekali.. sepatutnya kita bolih kawal dari awal lagi..

Sebagai orang Islam kita kurang selesa dengan pemandangan seperti ini.. yang dulu jarang kita melihatnya..

Nampaknya lawatan Obama bukan lawatan makan angin..

Terima kasih Tok..

Kampong man said...

1.Sdra Lahuma,

Saya tidak setuju dengan pandangan Lahuma pada Najib yang digambarkan amat negatif sekali.Sedangkan pada keseluruhannya kehadhiran Obama adalah satu kejayaan BESAR padanya dan kerajaan Malaysia pimpinannya.Ia nya telah dapat memberi pemafaman dua hala negara yang amat positif sekali selain dari pemeteraian beberapa MOU yang mencecah berbillion ringgit.Ini baik dari segi perkembangan ekonomi bersama.

2. Saya melihat banyak pandangan baik dan positif dari komen komen pembahas hasil dari kehadiran Obama ke Malaysia dalam posting ini.Malaysikini tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia dan terkenal dengan artikal yang konon nya kritikal dan objectif tetapi sayang masih tetap berupa sebagai lidah pembangkang atas nama freedom of expression.Ini kita semua tahu.

3 Kerajaan pimpinan Najib saya lihat akan tetap terus memberi khidmat baik dengan berbagai penambahbaikan pada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ugama. Malaysia masih tetap menjadi negara contoh untuk banyak negara lain 'emulate' dalam kepelbagaian ini pada pandangan saya.

4.Kaum dan ugama minoriti tidak perlu risau dan gusar pada Malaysia.Saya lebih risau pada kecenderungan mereka mengamalkan diskriminasi dalam perniagaan dengan berbagai 'Business Obstacles ' hanya untuk kaum nya sahaja dan juga diskriminasi dalam peluang pekerjaan untuk bumiputra dimana kaum minoriti ini tidak mengamalkan keterbukaan. Saya saorang entrepreneur berpengalaman saya tahu sedangkan saya mengamalkan keterbukaan dan colour blind.Siang tadi saya ke Low Yat plaza mencari peralatan IT.Nah lihat sajalah disana sebagai contoh.Siapa yang mendominasi?.

5.Dari segi kebebasan berugama pula rasanya Malaysia adalah contoh terbaik.Kita mungkin punyai berbagai bagai isu tertentu tetapi 'Which country doesn't' dan rasanya juga banyak yang telah dan diselesaikan dengan cara baik , berhemah mengikut undang undang dan perlembagaan yang kita semua harus menghormati nya.

6.Dimana brother Anwar ,ketua pembangkang ketika Obama disini ?.Malah Obama langsung tidak berminat dengan nya berbanding lawatan Al Gore dulu.Bukan kah ini satu petanda arah pada parti pembangkang PR yang kini amat bercelaru terutama dalam isu hudud (Refer :Kenyataan Setiausha DAP Anthony Loke dalam akhbar Sinar semalam).DAP mencabar Pas keluar PR sekira masih terus mahukan hudud di Kelantan atau negara.Saya amat tersinggung dengan kenyataan ini.Kita mahukan pembangkang yang kuat tetapi tanpa Pas dalam PR bermakna PR ajan terus menjadi pembangkang FOREVER lah nampaknya.DAP tidak perlu terlalu arrogan dengan kejayaan mendadak mereka di PRU lepas.Scenarios can change for or against them.Sebaliknya pula Pas ini pula terlalu lemah dan tercorot dari segi kemenangan di parliament dengan hanya 21 kerusi.Solution terbaik anjuran saya adalah terusksn Perpaduan Ummah, Malay unity dan teruskan Muzakarah dan menerima baik perbezaan ideoligi politik.Wassallam.

zainal abidin awang kechik said...

Pandangan tok yang Jauh Dari manusia normal , selamat berpuasa rejab, syaaban , ramadhan


Salam

azhar said...

salam Dakj

saya tak baca lagi full statement Obama tapi dari berita TV yang saya lihat dan dengar apa fikiran spontan saya befikir adalah kejayaan negara adalah disebabkan kita tidak menindas mana-mana kaum seperti di negara tertentu.

untuk menilai sikap obama atau amerika keatas negara kita atau negara lain saya rasa tanpa dia datang dan berucap disini pun kita boleh menilaikanya.setiap hari kita disajikan dengan input/maklumat yang boleh dianalisa/dikaji dari banyak sumber.

walau bagaimana pun kehadiran nya itu adalah baik untuk malaysia.

lain -lain yang kita tak tahu eloklah di uruskan oleh peminpin kita sebaik mungkin.

A KADIR JASIN said...

1. An American President is an American President. It does not matter he is White or mixed, Democrat or Republican.

2. I had made many trips to the US since the early 1980's. Once I traveled the whole length and breadth of the huge continent as a guest of the State Department's FVP and two of my children graduated from US universities.

3. Ordinary Americans are generally nice but their knowledge of the outside world is poor. That's why the US Government, under the influence of the Jewish and MIC (military industrial complex) lobbies, has been able to hoodwink average Americans to sacrifice their sons and daughters in many futile, bloody wars around the world.

4. What America cannot win by way of wars, it wins by way of deceit and intimidation presented to the unsuspecting world as friendship, camaraderie and diplomacy.

5. One debater commented that this posting reflected my stupidity. That's ok. But having said that, he/she said he/she does not mind if I don't publish his comment. Why shouldn't I. So his/her damnation of me had been duly posted.

6. Obama has to prove to the liberals in his own country that he spoke up against alleged racial and religious discrimination in Malaysia after failing to scare off Russia in the ongoing Ukrainian crisis. He can't bully Russia, but he may succeed with a small country like Malaysia.

Thank you.

Zed-85 said...

Saudara Kampong Man,

Saya kerap juga ke Menara Law Yat.

Sebenarnya ada juga orang melayu yang bekerja di Low Yat, terutamanya di kedai yang besar seperti Sri Komputer, Viewnet dan All IT Store.

Ada yang berasal dari Kelantan dan ada yang sudah lama berkerja di sana.

Ada juga yang tuan punya kedai cina buka banyak unit kedai atas nama syarikat yang sama dan berlainan di Menara Low Yat. Saya tidak nampak kedai orang melayu tetapi Pakistan ada.

Untuk mengatakan orang cina secara total 100% mendiskriminasi orang melayu dalam peluang pekerjaan , saya rasa tidak begitu benar.

Di syarikat guaman cina juga banyak ada orang melayu yang bekerja terutamanya golongan wanita.

Diskriminasi memang tidak baik tidak kira datang dari kaum yang mana.

Sallam

looes74 said...

Rambo,
What are you smoking? Can I have some? Hahahaha!

Sam,
Obama has been very kind already lor. Wait till you listen to what Al Gore got to say. I believe Madhater would have dropped dead. In fact, Al Gore said that in front of Madhater. Kadir Jasin should know very clearly

Unknown,
Affirmative action in USA is taking care of the minorities such as the Blacks. But in Malaysia, it is to enrich cronies & rent seekers. Plus plenty of mamaks who claim to be melayus or bumis

John,
If people buay song with Obama, be like Madhater. He has started barking. Hahahaha!

Saji said...

Sdr/sdi maae

"4. Pendajjal ini tidak suka cara Malaysia, tidak perlu keriau! Paling baik berhijrah lah ke negara lain yang sangat memerlukan khidmat mereka sesuai dengan hidup persamaan yang mereka idamkan. Jika tiada, shut up, really shut up... kata KJ.

Malaysia buka tempat nya menjadi juara untuk jenis-jenis pembinasa yang ikut cara nafsu dan kata selera. Majoriti tidak mahukan duri dalam daging yang akhir kita sakit dan merana. "

Manusia, seperti yang maae tahu, dikurniakan Allah dengan bermacam2 nafsu- amarah, lawamah, mutmainah, raudiah, maridah dan kamaliah.

Bagi saya, rungutan2 rakyat bukan Islam (yang tidak sedap didengar oleh orang Melayu seperti mereka dianaktirikan) yang tempuh hari disampaikan kepada B Obama melalui NGO terbabit berkenaan tidak lebih daripada jelmaan nafsu jahat mereka- amarah (berbangga buat jahat iaitu menyakitkan hati orangMelayu/Islam) dan lawamah (menyedari tindakan menyakitkan hati orang Melayu/Islam itu akan menimbukan kemarahan orang Melayu/Islam seperti yang maae tunjukan di atas, tetapi tidak serik melakukannya).

Persoalan yang saya tertanya2, adakah kerana mereka makan makanan tidak halal dan babi khasnya yang menyebabkan mereka terjebak dengan nafsu amarah dan lawamah?

Jika ya, kenapa orang Islam yang makan makanan halal dan tidak makan babi berbangga menindas sesama Islam hanya kerana perbezaan politik dan tidak serik2 menerima rasuah?

Atau, walaupun orang Islam yang makan makanan halal dan tidak makan babi itu, mereka ada masalah iman?


SAJI

msh said...

Salam Dato.

Bagi sy...apa yg diperkatakan oleh Obama sebagai tetamu Negara sngat tidak wajar dan boleh ditakrifkan sbgai biadap.
Ada pembahas yg masih mahu mendegar apa yg mereka mahu dengar dan tidak menerima mesej atau intipati sebenar.
Obama bijak berkata2 dan dia mulai cerita bagaimana rakyat minoriti Islam ditindas diMyammar dan walau pun diperintah secara demokrasi penindasan serupa ini juga tidak akan menjamin kejayaan pd Negara tersebut.
Disini sy kurang pasti apa sebenarnya yg dia nak kiaskan sebagai contoh tentang diskriminasi dan penindasan terhadap rakyat minoriti atau pun contoh yg demokrasi tidak akan berjaya jika rakyat minoriti merasai mereka tertekan atau ditindas?
Cekap memang cekap cara dia membawa senario penindasan kaum majoriti keatas kaum minoriti saperti yg terjadi diMyamar dgn cara 'putar belit' begini.
Maaf jika sy memandang cara begini agak kotor kerana perkara saperti penindasan dan pembunuhan beramai2 keatas kaum minoriti tidak pernah terjadi diMalaysia...justeru itu contoh yg diberi itu tidak tepat....malah mengelirukan dan mengundang rasa tidak selesa pd kaum minoriti diMalaysia dan mungkin memberi mesej yg agak menghasut.
Sebagai seorgn ahli politik dan Presiden pd negara Besar bernama Amerika....sahlah dia merasai diri dia kebal dan saperti Dato katakan..."Obama melantik diri beliau sebagai jurucakap rakyat Malaysia yg 'mengacum' kpd........".
BBila sy fikir sejenak....sy bertanya..adakah Obama ini betul2 faham tentang politik dalaman diMalaysia? Jika dia betul2 faham....apa yg dia katakan itu tidak sepatutnya dikatakan.
Ataupun dia memang faham senario politik dalaman diMalaysia tetapi masih mahu bercakap pasal topik penindasan dgn mesej dan nada jelas yg ianya wujud dan dipraktis disini.
Jika tidak kenapa pula dia masih lantang berkata secara umum yg mana2 negara yg mengamal demokrasi pun akan menemui kegagalan jika rakyat minoroti merasai diri mereka tertekan dan didiskriminasi.
Dato...ini yg dikatakan Persepsi telah berjaya menengelamkan fakta.
Kebenaran atau fakta tidak penting lagi....malah bagi org yg pandai berkata2 saperti Obama ini cuma mahu mendegar apa yg dia mahu dan berkata apa yg dia fikir betul saja atas nama..."i am the President of America"...
Anda semua mesti dengar dan akur dgn cakapan aku.

Inilah masaalahnya bila Ketua Melayu kita kurang berani bertindak terhadap puak2 'mengacum' saperti Comangoyg dgn lantang memutar belit fakta pasal...tiada kebebasan berugama...kaum minoriti ditindas....tiada kebebasan bersuara...dll..
Cara kita dipersoalkan.....bagamana pula cara Singapura?

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato'

We may hate American policies and its loudmouth but it is the only system to date that has stood the test of time & able to cultivate progress in terms of humankind's thinking.

Can we fool ourself thinking that we have a better system or can someone with very humble origin like Obama be the President of UMNO in the future.

The way I see it now only the moneyed kind and the ones with bin Tun Mahathir or bin Tun Razak or bin Tun Hussein are the ones who gets the better chance even without having to prove themselves.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Pertama, saya mengucapkan tahniah kepada Dato’ kerana rasanya inilah kali pertama Dato’ menunjukkan sifat patrotisme kepada Negara di dlm blog Dato’ ni. Nada Dato’ hampir sama dgn nada Tun Mahathir. Macamtulah.

Keduanya, kalau Dato’ perasan, “buah tangan” Mr Obama ke Malaysia ialah beliau malas nak berjumpa Anwar. Katanya, tak elok mengulas kes yg masih lagi turun naik court. Ini bermaksud, presiden Amerika pun tahu kes meliwat staff sendiri. Malu !!! malu !!!!! Sebijik macam disuarakan Raja Bomoh Malaysia. Itulah dia buah tangan yg menusuk kalbu.

Dan yg tak dapat lupa, Mr Obama dan Dato’ Seri Najib bersama-sama ambil gambar selfie, memperlihatkan betapa baiknya hubungan antara kedua pemimpin besar tersebut. Juga tahniah Sdr KJ kerana tak penat-penat sambut dan hantar balik presiden Amerika.

Akhir kata, selepas memuji kerajaan, artikel Dato’ yg selanjutnya BIASANYA akan menghentam kerjaan pulak. Jadi, saya nak tengok kali ini samada betul tak calculation saya. Sekian TQ.

p.s – maaf sebab sibuk sikit seminggu ni. Selamat hari buruh.

Zed-85 said...

Saudara MSH,

Komen Saudara

Inilah masaalahnya bila Ketua Melayu kita kurang berani bertindak terhadap puak2 'mengacum' saperti Comangoyg dgn lantang memutar belit fakta pasal...tiada kebebasan berugama...kaum minoriti ditindas....tiada kebebasan bersuara...dll..
Cara kita dipersoalkan.....bagamana pula cara Singapura?

Komen Saya,

Kalau nak banding populasi Singapura, hanya 5 juta, Malaysia 6 kali lebih besar dari jumlah penduduk (30juta).

Dari segi saiz, Malaysia lebih 450 kali ganda lebih besar ditambah dengan kekayaan minyak, gas, hasil galian, kayu balak dan lain-lain.

Mengapa Singapura lebih kaya dari Malaysia?

Adakah ini kerana pentadbiran?

Baru-baru ini, PAC menyatakan rel keretapi yang dibina hanya 1km tapi harganya 100 juta?

Adakah rel keretapi dibina dengan landasan emas?

Kita banyak mengatakan perihal kaum lain tetapi bagaimana dengan perihal orang melayu sendiri yang mengambil wang rakyat yang diperuntukkan pembangunan negara dan orang melayu?

Hanezam said...

Salam Datuk dan tuan-tuan sekalian,

Jangan terlepas pandang bahawa golongan minoriti yang terangkum di dalam perbincangan ini juga adalah golongan LGBT yang menuntut hak-hak mereka sama seperti di negara-negara maju sekarang ini. Selepas keputusan Mahkamah Rayuan 2013 Seksualiti Merdeka diam sekejap, sampailah selepas pilihanraya 2013. Tetapi jangan kita fikir mereka akan terus diam. Perjuangan mereka belum selesai. Kita ini semua tak maju selagi masih belum dapat menerima mereka.

Nak juga Obama datang Malaysia, kan ? Tahun lepas dah nak datang tapi terbantut sebab 'US government shutdown' Oktober 2013. {Tuan-tuan fikirkanlah juga kenapa sebuah negara besar,tapi berbelanja dengan defisit, masih lagi mampu menaja USD berbilion-bilion program-program 'keamanan sejagat' UN dan sebagainya}.

Sebagai PM, tentulah Najib mengidam sekali jika pengiktirafan Malaysia sebagai negara maju itu dibuat ketika dalam eranya. Jadi, tak pa lah bagi can Obama datang dan ajar kita macam mana nak jadi negara maju.

Anonymous said...

Obama bercakap benarlah tu! Ingat boleh selindung system nazi+apartheid yang dijalankan oleh pukimak cibai UMNO tu?

Anonymous said...

Sudahlah kadir, lu kaki jilat mahathir mamak pukimak satu dunia tahu,

OKJ said...

Salam Dato A Kadir Jasin

Saya baru je membaca report MH370 yg dikeluarkan. Bagi sayalah, tak professional langsung dan banyak lompang-lompang dan juga clue-clue yg diabaikan. Patutlah tak jumpa-jumpa sampai sekarang.

Apa kata kalau saya cadangkan Dato’ kupas sedikit mengenai report tersebut. Banyak benda yg saya nak bagi cadangan dan komen utk kita sama-sama memperbaiki dan buat post mortem. Itu pun kalau Dato’ sudi dan bolehlah kita membantu sedikit sebanyak pencarian MH370 tersebut atas rasa patriotisme. Sekian TQ.

msh said...

Salam Dato dab tn2 sekalian.

Sdra Zed-85.
Terima kasih atas 'response' tn.

Sy faham dan akur bahawa...cara pentadbiran pemerintah yg.mampu memberi kejayaan kpd sesebuah negara.

Majunya sesebuah negara itu terhasil dari pentadbirnya yg cekap...bijak...amanah.serta.berwawasan.
Amerika..negara2 maju diEropah...Korea...Jepun dan banyak lagi yg maju Singapura termasuk tentu berpaksikan kepada kebijaksanaan pemerintah mentadbir negara mereka.

Ini sy tidak menafikan...cuma dlm isu ini sy hairan kerana Obama masih beranggapan yg negara kita masih mengamalkan PENINDASAN TERHADAP KAUM MINORITI....ini yg tersirat didlm mesej beliau.

Itu tidak adil...dan memberi contoh penindasan kaum minoriti saperti yg terjadi diMyamar itu seakan bermaksud yg ia diamalkan oleh pemerintah Malaysis adalah tidak tepat dan langsung tidak benar.

Isu disini ialah 'penindasan terhadap kaum minoriti dlm kebebasan berugama...bersuara...peluang kehidupan yg baik..' disuarakan oleh Obama seakan2 ianya wujud dan diamalkan...

Ini mungkin persepsi beliau atau pun gambaran yg diberi dari 'pengacum' yg tidak lain tidak bukan dari puak2 pembangkang...anti-kerajaan dan Ngo2 yg rata2 dari bukan Melayu yg sengaja mahu 'discredit' pemerintahan org2 Melayu.
Sy bertanya....adakah penindasan kaum..sekatan berugama...sekatan peluang perkerjaan...sekatan kepada pengumpulan harta baik wang dan hartanah hingga terjadi apa2 rampasan terhadap hak2 minoriti diamalkan terhadap kaum minoriti yg majoritinya Cina dilakukan oleh pemerintah Melayu?

Ini isunya....malah kalau mereka (golongan minoriti) ini ditekan....bagaimana pula dari 20 billionaire orng Malaysia...80% adalah org Cina?..
Bagaimana pula org yg 'Rasa Takut dan Tertekan ini' atau 'supressed or oppressed' ini bolih ada lebih dari 80% Syarikat yg tersenarai di BSKL?
Pernah kah kita dengar gereja atau kuil yg bersepah2...dibangunan Pejabat ...dirumah kedai....di balik lorong...dibandar2...dibakar atau dirobohkan olih majoriti Melayu?
Jika semua ini kita faham...dan tahu jngan lah pula ada ug dari minoriti ini bercerita lain diluar negara.

Mereja yg minoriti ini memang sudah mndpt banyak munafaat dari Negara ini tapi masih juga tidak puas2...fitnah yg dilontarkan.
Sy juga tidak nafikan yg ketirisan dan salah guna kuasa masih kuat wujud terutama dlm pembahagian kontrak2 kpd kroni2....dan pembelanjaan wang yg dilakujan sewenang2 oleh pemerintah. Melayu dari Umno....dan ini cukup menyakitkan hati sekali....tetapi dlm konteks yg topik ini adalah Penindasan majoriti Melayu pd minoriti Cina yg sy tidak setuju dgn apa yg Obama katakan.....KERANA IA TIDAK BENAR...

Terima kasih

awang batuburok said...

Salam pagi jumaat Dato,

Ummat islam hanya akan dihurmati apabila kita berakhlak dengan islam.
Kalau siang malam menipu, songlap harta rakyat, berlaku zalim hatta kpd umat islam sendiri (rampasan royalti petroleum terengganu dan kelantan) jgn kita harapkan org bukan islam menghormati pemimpin org islam yg korup dan khianat kpd amanah rakyat.....ini lah bala dan kehinaan yg Allah SWT peringatkan dlm kitab AlQuran. Nauzubillah.

Saji said...

Sdr msh

Tidak ada bezanya B Obama dan DSNajib dalam memilih dan membuat sesuatu analogi bagi meyakinkan orang lain yang susah diyakininya.

Keduanya orang politik dan pemimpin negara yang apabila berhujah memberi dan menjawab kritikan dirasuk pemikiran/isme pasca moden/post modernism , dalam erti kata, berlebih2an di samping penuh kepalsuan. Umpama tiang2 silinder dengan diameter 1800mm yang menghiasi ruang dalaman Pusat Beli -Belah Subang Parade di Subang Jaya.

Kalau Obama memilih penduduk minoriti Islam Manymar sebagai anaologi bagi menjelas dan meyakinkan bahawa selagi penduduk minoriti disesebuah negara ditindas ia tidak akan memajukan negara tersebut seperti Malaysia, Najib pula memilih harga kangkung yang terun tempuh hari sebagai analogi untuk menjelas dan meyakinkan kepada rakyatnya bahawa harga barangan tempatan ada juga yang turun.

SAJI

Zed-85 said...

Saudara msh,

Saya setuju dengan saudara keadaan kita di Malaysia tidak sama dengan keadaan di Myanmar yang mana keadaan orang Islam dalam keadaan sangat dhaif.

Sebenarnya, ada perbedaan pendapat tentang apa yang dinyatakan Obama.

Dalam ucapan dasarnya tidak ada sebut berkenaan soal kaum tetapi pada waktu sessi soal jawap, ada orang bertanya tentang perkara ini.

Kalau pertanyaan ini ditujukan kepada Presiden Bush mungkin jawapnya tidak sama dengan Obama.

Presiden yang berkulit hitam itu mengatakan diskriminasi berlaku di negaranya sendiri pada waktu dahulu yang antara sebab berlakunya perang saudara dan diskriminasi berlaku sehingga sekarang.

Pada ketika dahulu, kaum kulit hitam dijual di Amerika seperti haiwan ternakan dan berlakunya kegiatan sivil yang lama oleh warganegara kulit hitam yang menentang diskriminasi. Nampaknya berubah persepsi masyarakat Amerika terhadap gologan kulit hitam dan bukti yang jelas adalah Presiden yang dipilih kali ini.

Oleh kerana latarbelakang Presiden Obama sedemikian, soal kaum mungkin adalah soalan yang lebih sensatif baginya.

Pada pandangan peribadi saya, secara keseluruhan, ucapannya saya anggap positif terutamanya nasihatnya kepada golongan pelajar Univerisiti Malaya supaya tidak hanya mengejarkan title dalam kerjaya tetapi cuba mencari kerjaya yang boleh memanfaatkan masyarakat kerana ini akan membuatkan hidup lebih bermakna. Mengejarkan kerjaya yang hanya memanfaatkan diri sendiri, dunia seseorang itu akan menjadi kecil, katanya.

Soal diskriminasi (iaitu bersifat tidak adil terhadap kaum lain) bukan satu persoalan yang mudah.
Sewaktu saya bekerja dahulu di Syarikat GLC melayu, saya ditugaskan untuk “interview” pekerja. Saya orang melayu, adalah tidak jujur kalau saya katakan di sini saya tidak melebihkan bangsa saya sendiri dalam membuat penilaian. Tetapi, kalau terlampau sangat diskriminasi sampai seorang bangsa asing pun tidak boleh diambil bekerja, saya rasa itu tidak betul.

Saya rasa diskriminasi di Malaysia ada bukan tidak ada, dan diskriminasi berlaku di merata dunia. Di Malaysia, tidaklah seburuk di tempat lain tetapi masih ada ruang yang besar untuk diperbaiki, terutamanya dalam politik yang ketika ini menggunakan politik perkauman sebagai insentif untuk mengaut undi.

Semut Api said...

Awangbatuburuk dari kelumpuk pwmbangkang kata:

"Kalau siang malam menipu, songlap harta rakyat, berlaku zalim hatta kpd umat islam sendiri (rampasan royalti petroleum terengganu dan kelantan) jgn kita harapkan.."

Ada rampasan ke ?.
Setahu saya Terengganu perolehi royalti minyak mengikut perjanjian PDA ia itu 5%.

Bagi Kelantan tidak ada minyak di jumpai mengikut perjanjian selama ini kecuali di kawasan sempadan Malaysia-Thailand (JDA).

Kalau tak tahu undang undang perkongsian jangan buat komen bodoh kerana seronok berpolitik.Ada faham.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).