Thursday, May 29, 2014

Di Malaysia Kita Macam-macam Ada


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

DENGAN izin dan permohonan maaf. Ini cerita peribadi. Alhamdulillah, saya selamat balik semula ke tanah air. April dan Mei bulan bapa dan atuk.

Mula-mula ke Adelaide, Australia untuk konvokesyen anak perempuan saya di University of Adelaide dan lepas itu ke Zurich, Switzerland untuk melawat anak-anak dan cucu – dua anak dan tiga cucu.

Di Australia musim gugur dan di Switzerland musim bunga.

Tetapi, bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Lagilah gembira saya apabila tiba saja di KLIA, saya “diberikan” sambutan “truly Malaysia”.

Cik imigresen yang periksa pasport saya tak pun angkat kepala bila saya bagi ucap selamat. Biasalah bagi penjawat awam sekarang majoriti dia bertudung.

Jadi kalau muka saya berubah kerana pembedahan plastik atau suntik botox hatta saya guna pasport curi sekali pun rasa-rasanya dia tak perasan. Saya tidak buat pembedahan plastik, tak suntik botox dan tak guna pasport curi!

Di negara lain, mereka ramah. Termasuklah di negara kafir. Mereka buat “small talk” (borak) dengan kita. Kita yang tak buat salah rasa seronok dan lega. Yang buat salah boleh dikesan melalui reaksi mereka.

Kalau layanan sambil lewa cik imigresen belum meyakinkan saya yang saya selamat tiba di tanah air tercinta, pengalaman di ruang bagasi membuktikan secara sahih dan mutakhir bahawa saya sememangnya sudah kembali ke Malaysia. (Boleh dengar di sini).

Seperti biasa, penumpang dan ejen bagasi berebut-rebut memungut beg yang keluar perlahan-lahan dan tidak teratur.

Tetapi pada malam saya tiba, peristiwa yang mengesahkan kepada saya yang saya sudah berasa di Malaysia truly Asia ialah salah sebuah daripada dua tandas di ruang bagasi ditutup kerana tidak ada air. Ingatkan catuan air sudah berakhir!

Apa-apa pun, saya gembira kembali ke Malaysia yang, macam kata satu promo Astro, “macam-macam ada”. Rogol, bunuh, rompak, langgar, terbalik – sebut saja.

Sudah kena nasi lemak dan teh si kosong panas nipis. Kata orang Kedah, haghi ni nak pi pekena ghoti canai pulak. Jom!

Orang putih kata, "it's nothing like home". Buruk dan baik inilah negara kita, Malaysia. Wallahuaklam.


14 comments:

The Eugenist said...

Selamat Kembali ke Malaysia, The Bolehland Datuk...

Alfatihah dan salam takziah juga kepada keluarga DiRaja Perak di atas kemangkatan DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah..

Vagrant John said...

Dato'

Semalat Kembali ke tanahair!

Kata orang putih, 'home sweet home'.

Bila kita pesan dan inginkan 'improvement' atas perkhimatan awam kita, kita dengar menteri pertahankan kita ni tahap taraf dunia.

Balik kepada realiti, realiti dunia ketiga

tandas kotor, jalan kotor, debris-debris kontractor, jalan sesak, tidak selamat korek sini tampal sana

tapi, Malaysia kan Selamat dan makmur, hidup rakyat semakin senang dan lenang hasil pentabiran Najib yang mendahulukan rakyat utamakan pencapaian

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

Sebenarnya sangat susah saya hendak melekehkan agensi perkhidmatan awam kerana telah berlaku anjakan ke arah lebih baik.

Baru-baru ini saya berurusan dengan sebuah hospital kerajaan di tempat saya untuk mendapatkan salinan dokumen tuntutan insurans.

Layanan dari 'Kaunter Pertanyaan dan pengawal keselamatan memuaskan.

Malangnya apabila berurusan dengan 2 orang jururawat saya menghadapi kesukaran. Mereka bukan sahaja tidak mahu membantu malah bersungut-sungut kerana staf di Unit lain mengarahkan saya berjumpa mereka. Apabila tidak tahan dengan 'kesabaran' saya kerana saya masih merayu belas kasihan mereka, salah seorang daripada mereka minta saya berjumpa sendiri dengan seorang doktor yang berada tidak jauh dari situ dengan muka masam (kerana mungkin mengganggu kerja routine mereka.

Saya berjumpa dengan doktor itu (doktor perempuan muda Melayu) dan menerangkan masalah saya. Beliau meminta saya menunggu sebentar dan akan menyelesaikan masalah kecil saya. Urusan saya selesai.

Terima kasih doktor siswazah muda.

Apakah yang perlu saya ucapkan kepada 2 orang jururawat keturunan Melayu (awal 30-an)di hospital kerajaan terkenal di Ampang itu?

Wan Kamarul Ariffin said...

memang betul datuk mcm2 ada.. Cadbury pun ada babi.. astaga..

Zed-85 said...

Dato'

Saya setuju benar, hujan mas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Baik lagi diri sendiri.

Ada juga kebenaran, layanan Mat Salleh di negara Eropah lebih baik.

Walaupun orang kafir, nak kata kuat beragama pun tidak, namun mereka ini ada nilai-nilai baik atau “good values”. Mat Salleh buat baik berdasarkan nilai-nalai yang baik dalam masyarakat mereka.

Kalau kita pergi Mc Donald pun, burgernya sama di Eropah, layanan juga nak ikut sama. Ada sebut thank you, enjoy your meal dan lain-lain.

Kalau pergi kedai mamak, makan roti canai tidak disebut “enjoy your meal”. Thank you pun tidak ada.

Tapi dekat negara Eropah, walaupun ramai orang dari India dan Pakistan, susah hendak cari roti channai atau roti prata.

Rupa-rupanya, saya difahamkan roti canai (roti prata) dibawak oleh orang selatan India zaman dulu.

Orang Perkasa dan UMNO fanatik kata kalau kaum pendatang tak puas hati, boleh balik semula ke negara asal.

Macamana pulak dengan roti canai yang kita makan sudah berdekad lamanya, adakah pendatang nak bawak balik semula ke negara asal.

Selamat pulang ke tanah-air.

Sallam

looes74 said...

Kadir,
This is getting very interesting.

http://tukartiub.blogspot.com/2014/05/tunggu-pengumuman.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+TukarTiub+%28Tukar+Tiub%29

I wonder if it would be better to have the dissolution of dun so that people like Kampung man to be extremely happy if UMNO were to win big in terengganu.

However, does UMNO have testicular fortitute or in spanish cojones. Hahahaha!

Mohdali said...

Salam Datuk n Selamat pulang,

Pada awalnya semasa Datuk berada lebih 5000KM di luar negara, saya teringin juga untuk memesan untuk Datuk berbuat sesuatu. Kerana memikirkan siapalah saya untuk berbuat demikian ianya saya batalkan. Saya warga-emas seperti Datuk tapi masih menghempas tulang mencari rezeki bekerja setelah bersara.

Pesanan yang ingin saya sampaikan ialah agar dapat Datuk memerhati dan mengamati samada papantanda di jalan-jalan mereka diserabuti dengan stiker iklan haram seperti yang terlihat di kebanyakan papantanda jalan di negara kita dan sekatan Polis di lorong seleko jalan jam 10 pagi.

Maksud saya, kalau sama keadaannya tidak bolehlah nak disalahkan hanya Datuk Bandar atau ketua jabatan kita sahaja yang tidur dengan mata celik dan bekerja dengan mata pejam kerana itu sudah jadi standard alam golbal. Ada pun kita penguatkuasa yang gah uniformnya, ia masih tidak bermakna kerana mereka juga bekerja dengan mata pejam. Dalam kepala hanya hukum, saman denda atau pau mana yang sempat. Kebolehan untuk membenteras jauh sekali.

Membaca pengalaman Datuk di airpot ianya tidak menghairankan sangat kalau ada pegawai imigresen bersikap sedemikian kerana itulah standard sikap kebanyakan pegawai kerajaan. Berbeza dengan tugas jururawat, kalau kerja 8 jam selama lapan jam itulah mereka terpaksa berdiri,berjalan melunaskan tugas. Melayan orang sakit dengan melayan kerenah orang mulia seperti Datuk jauh bezanya. Senyum banyak nanti dikata miang terutama oleh pegawai perempuan. Bengis mudah sahaja dikata sombong. Sebenarnya pegawai tu dah kenal Datuk dan dah tenung Datuk sebelum Datuk menyedarinya. wasalam.

A KADIR JASIN said...

Sdra Mohdali,

1. Saya pun masih kerja lagi. Badan masih ok dan otak pun kira-kira macam tu juga. Lagi pun bila kerja dengan swasta dan kerja sendiri kita tak ada pencen. Kita tak bergantung kepada kerajaan.

2. Lagi pun elok kita terus kerja dan cergas. Saya tengok ramai kawan-kawan seusia atau lebih muda yang jadi layu, longlai dan berpenyakit bila pencen.

2. Salah satu ciri negara maju adalah disiplin. Di dua negara yang saya lawati itu mereka cukup disiplin. Tak adalah pegawai kerajaan dan pekerja swata curi tulung habiskan masa di kantin dan kedai mamak.

3. Nak tahu banyaknya penjawat awam curi tulang tunggu hari Khamis. Penuh kedai mamak dengan pelanggan berbaju batik. Yang pakai baju batik waktu kerja hari Khamis boleh kata semuanya kakitangan kerajaan.

4. Punyalah disispin dan berilmu orang negara maju sampai cucu perempun saya umur 4 tahun pun tahu siput jenis mana yang dilindungi dan tak boleh dibunuh walaupun makan tanaman. Mereka buat macam tok nenek kita - bentuk buluh masa rebung! Tapi kita tak ikut.

5. Di negara kita yang tua bangka dan yang berkedudukan tinggi pun tak berdisplin malah ada yang ajar orang muda seleweng dan pecah amanah.

6. Sebab itulah saya kata kita tak akan jadi negara maju.

7. Logo taman Wawasan 2020 di hadapan RTM di bahu Lebuh Raya Persekutuan pun dah lama ditumbihi rumput. Saya rasa Wawasan 2020 sekarang hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir. Sebut pasal takut kepada Dr Mahathir.

Terima kasih.

sy said...

salam Datuk

Alhamdulillah ... kita ada negara macam ni. Semua kena terus usaha jadi lebih baik.


macam budaya berbasikal kat kl boleh kesubur dan luaskan begitu juga budaya 'good values' kena mula dimana mana. contoh baik adalah singapore perkasakan good values terutama tahap sekolah rendah mereka tahun ni.

salam
sy

Urang Awak said...

Salam Dato,

Sepertimana jua Dato, saya juga telah selamat kembali ke tanah air dengan pesawat AK553 petang semalam dari Vientiane dimana saya telah menghabiskan masa selama 40 hari backpacking dari Vietnam-Cambodia-Thailand-Laos bersama2 dengan anak lelaki saya yang pulang bercuti (summer holiday) dari Canada. Disebabkan kesuntukan masa, saya tidak berkesempatan untuk mengikuti blog Dato buat sekian lama dan terasa agak kerinduan jua rasanya.

Banyak perkara yang saya pelajari dari pengalaman saya selama berada lebih sebulan mengembara secara backpacking (sememangnya hobi saya) dari setiap ceruk, kota dan desa di Indo-China dan diantara negara yang saya kagumi adalah negara vietnam.

Dari pengamatan saya, negara Vietnam berpotensi menjadi salah sebuah negara yang termaju di Indo-China malah didalam negara2 Asean itu sendiri.

Kesopanan, budibahasa, kemurahan hati, discipline serta atika kerja yang tinggi, kerajinan dan kesungguhan rakyatnya akan menyumbang kepada kemajuan dan pencapaian negara tersebut didalam tempoh 10-15 tahun yang akan datang. Saya juga amat terkejut dan tersentak setelah mendapati bahawa IT teknologi mereka telah mendahului kita didalam semua katogari. Terasa juga malu jua saya dibuatnya... Bayangkan betapa negara yang baru bangun dari kemusnahan akibat peperangan mampu menyediakan WIFI percuma disetiap kedai makan yang hanya mempunyai 3-4 meja sahaja (Di Malaysia kalau hanya terdapat 3-4 meja makan boleh dikategorikan hanyalah sebuah warung kecil sahaja) Internet disana 2-3x lebih laju dari kita di Malaysia malah kita boleh menonton movie tanpa tersekat-sekat. Di Cambodia pula perkhidmatan bus malam yang saya naiki dari Kampot ke Phnom Penh menyediakan WiFi percuma kepada penumpang.

Hmmm.... Disepanjang 40 hari pengembaraan saya di 4 buah negara di Indo-China tidak kelihatan langsung papan2 tanda, kain rentang serta billboard yang menyuruh rakyat mereka bersyukur dan berterima kasih kepada pemerintah...

Wallahualam

awang batuburok said...

Salam pagi Jumaat dan selamat kembali kebumi bertuah Dato,

Untuk mencari kebaikan, kehebatan jatidiri dan kemuliaan, resepinya sudah ada didepan mata kita sejak lebih ratusan malah ribuan tahun iaitu alquran dan hadith Rasulullah SAW. Sayangnya resepi itu tidak diterokai dan dihayati oleh masyarakat kita. Malah sistem pendidikan kita sudah pulohan tahun dan jutaan ringgit dibelanjakan semakin tersasar dan menjauhi resepi tersebut.
Resepi yang salah, ditambah pula dgn pencemaran budaya dlm masyarakat melayu-islam khususnya, telah membawa kpd kehinaan yang sangat mengaibkan umat melayu-islam sendiri.
Sampai bila generasi demi generasi umat melayu-islam terus menjadi bahan eksperiment penguasa-penguasa yg rakus dan tidak ada halatuju/jatidiri agama dan bangsa.
Sesak nafas kita dibuatnya kalau memikirkan kebobrokan yg sedang berlaku dibumi bertuah ini...Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, lindungi dan selamatkanlah kami dari Fitnah Dajjal dan Kumpulan Syaitan Yg Dikenali dan juga Syaitan yg tidak kami kenali....aminnn

Gurindam Jiwa said...

Saya tertarik dengan komen pengundi Ampang. Kalau di hospital swasta, layanannya first class berbanding hospital kerajaan. Kalau di hospital swasta nurse-nursenya ramah-tamah dan lembut dan anda di layan seperti raja. Tak seperti hospital kerajaan. Apabila saya tegur supaya jangan kasar sangat kalau pegang tangan patient untuk disuntik ubat, dengan selamba dia menjawab; "jangan risau sangat, tak matinya.."
Nurse-nurse hospital kerajaan masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Masih ingatkah lagi tentang sekeping gambar yang 'went viral' di alam maya yang menunjukkan perilaku 3 jururawat yang meniru gelagat raja bomoh dia atas tikar pandan terbang. Dimanakah perkara tersebut berlaku? hospital mana? It showed that these people didn't take their job seriously. Theirs, together with physicians are noble profession catering to people who are in need. When they took a time out to perform that kind stunt, it is just unacceptable as if they didn't have much work to do. You give a bad name to your profession and your paymaster.

cannonkapit said...

Hanya di Malaysia- di setiap dinding sekolah akan ditulis/dilukis(kadang2 dlm bentuk mural)2 perkara utama iaitu Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.Stereotype di seluruh negara walaupun tiada arahan atau surat pekeliling jabatan pendidikan.Ada tak perkara ni berlaku di negara2 maju??

abg sam said...

Salam Datuk
Apa khabar, tentu rasa seronok pergi di negara maju yang aman dan sentosa salah satu ciri negara Maju adalah rasa selamat. Tetapi di Malaysia saban hari macam-macam berita jenayah yang tak masuk akal, dimana silapnya? suka tak suka kita kena terima Malaysia menjadi sebuah Negara yang kita tidak kenali lagi. Malah tanah kelahiran kita telah dicemari dengan segala anasir jahat dan jijik. Inilah nasib warganegara, cerita seorang ibu di kelantan MENYEBAT seorang pemuda yang merogol anaknya disiar luas dalam media sosial menvgemparkan negara, itu seorang ibu di kampung yang mengambil tindakan pembelaan meskipun beliau boleh sahaja menebas kepala perogol anak beliau tapi masih ada warganegara yang menasihati menunggu polis. Di kawasan rumah dan kampung kita bagaimana?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).