Friday, June 27, 2014

Harapan Besar Kepada Kabinet XXL


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

BANYAK orang kita suka catat rekod. Tapi kebanyakan rekod yang orang kita catat adalah dalam kategori lawak atau standard Malaysia saja.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang tidak gemar kepada rekod lawak, saya bersyukur kerana kita (mungkin) belum berjaya mencatatkan rekod kabinet terbesar di dunia. Itu pun belum tentu. Minta pencerahan para pembaca.

Dan oleh sebab pasukan bola kita masih dalam kategori jaguh kampung maka tidak adalah rekod pemain kita melakukan perbuatan yang mencatat rekod seperti yang dilakukan oleh penjaring gol Uruguay, Luis “the biter” Suarez.

Suarez ada rekod gigit
Sebagai penyokong Uruguay, saya menyokong penuh keputusan Fédération Internationale de Futbol Association (FIFA) menggantung beliau sebanyak sembilan perlawanan Piala Dunia dan mengharamkannya selama empat bulan kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini. Suarez ni dia ada rekod suka tokak!

Sumbangan Biar Besar Juga

Berbalik kepada penambahan bilangan anggota kabinet Mohd Najib Abdul Razak kepada 35 orang pada 25 Jun, ia mungkin berupa rekod nasional. Minta sesiapa sahkan!

Saya tidak ingat kalau ada Perdana Menteri sebelum beliau yang mempunyai kabinet sebesar itu. Nampaknya Perdana Menteri kita ini suka besar. Kalau beliau melawat kampung dan pekan, beliau khabarnya mahu sambutan besar-besaran.

Tun Abdul Razak Hussein bertongkat melawat kampung, memanjat tiang bulat rumah rakyat miskin untuk mencari penyelesaian dan membawa pembangunan. Tidak ada sambutan raksasa, tidak ada siaran langsung.

Satu laporan tahun 2011 berkata, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia - 71 orang anggota. Kalah kepada Korea Utara dan Kenya.

Tetapi apabila saya menghitung anggota kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30. Kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Mohd Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda.

Mengikut laporan 2011 itu lagi, purata bilangan ahli kabinet negara di dunia adalah 30. Jadi dengan 35 orang, kita telah “berjaya” mengatasi purata dunia.

Oleh sebab Perdana Menteri suka besar maka kita pun berhak untuk berharapan besar juga. Jadi harapan XXL kita adalah  kabinet XXL Mohd Najib akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.

Rugi XXL lah kita kalau kabinet XXL itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja.

Wallahuaklam. Selamat berpuasa Ramadan.

33 comments:

ku_seman said...

Datuk, bagi saya sebahagian besar yang dilantik dalam kabinet lebih kepada memberi kerja kepada ahli politik yang menganggur. Kalau kita tengok menteri di JPM sekarang ini boleh dianggap terlalu banyak, boleh tubuh satu pasukan bola sepak. Memang ada bidang tugas yang diberi itu penting macam hal ehwal Islam dan undang undang. Bidang bidang lain yang ditugaskan kepada seseorang menteri JPM boleh dibuat oleh menteri yang bukan di JPM. Satu lagi Datuk, melantik senator sekarang ini macam nak bagi imbuhan kepada ahli politik yang kalah. Dahlah kalah lantik pula jadi senator lepas itu boleh duduk dalam kabinet. Apa hal yang menang pula tetapi tidak dilantik? Kalau saya seorang ahli politik UMNO tentu saya "terbakar" bila calon yang kalah di Kajang boleh jadi Timbalan Menteri. Tetapi orang UMNO baik, tak mengertek. Diam saja. Adakah pemimpin UMNO telah dikasi (kembiri)?

azhar said...

salam dakj

suka besar buat saya tersenyum.mungkin XXXL lebih digemari.

terlalu susah rasanya untuk memaksa diri merasai gembira/baik dengan lantikan tersebut.

wankamarul701 said...

Ingatkan baju je saiz XXL..

Anonymous said...

hehehe....kelakar juga datuk ni.

besi said...

selamat menyambut ramadan dato.
Kabinet XXL..tersenyum membacanya.
Malaysia selalu BOLEH ...

berasiam said...

salam DAKJ

mungkin bukan kabinet sahaja yang besar, akta hasutan yang mahu dimansuhkan pun bakal digantikan dengan 3 akta baru. buang 1 masuk 3. hebat tu. cuma pada angkanya sahaja hebat. sebab isi yang 3 tu tak mampu nak tampung 1 akta yang dimansuh.

peliknya najib ini, sebagai ahli politik, sepatutnya mahukan kuasa. najib bertindak sebaliknya, mengurangkan kuasa. buang akta bermaksud hakis kuasa. orang lain pinda akta untuk tambah kuasa. yang ini mansuh terus. kalau tak minat dengan kuasa, bagilah kat orang lain yang mahu dan tahu menggunakan kuasa.

makin besar kabinet makin sukar nak kawal. sebelum ini dah bermasalah dengan timbalan menteri dari hindraf sampai terpaksa disingkir. kj pun suka bercakap macam dia menteri pelbagai kementerian. hal polis pun dia menyibuk. ada menteri yang keluar kenyataan kata hapus ruang bangsa/kaum dalam borang rasmi. itu masa kebinet kecil. dah besar ni mesti lagi bermacam ragamnya. tengoklah sama ada semuanya terkawal atau sebaliknya.

Hunter said...

Teringat saya satu joke yang mengatakan orang Pahang memang suka yang besar-besar. He..he..

abdullahngah said...

Besar adalah kuantiti bukan kualiti.

Yang giutamakan ialah kualiti bukan kuatiti.

Inilah yang membuat bangsa sendirir menjadi mangsa di negara sendiri

Apa makna besar tapi lembek. Apa makna banyak macam buih.

Ini yang berlaku pada kerajaan perdana menteri dan timbalkan perdana berwajah Melayu.

Tetapi, berjiwa orang asing.

Seperkara lagi mereka pentingkan diri sendiri setelah diberi amanah.

Lahuma said...

Dato.

Memang antara Kabinet yang saiz besar dalam sejarah.
Apa nak buat sudah terpaksa.Nak jaga hati pengundi Cina.
Lagi pun Cina dengan pemimpin Melayu memang tak dapat dipisahkan.
Antara kuasa politik dengan kuasa ekonomi.
Persen dan komisen sudah lama terjalin.

Perlantikan ini sudah tentu menelan kos yang amat tinggi dari Gaji,elaun,kemudahan,staff sokongan(setpol,Setiausaha dsbnya).

Sepatutnya PM Najib kena gugur mana-mana menteri yang lembab,tak ada idea,berlagak,tak berjiwa rakyat.Suka dilambung-lambung.Ini termasuk juga Timbalan Menteri yang lembik dan lembab.

Simpati pun ada juga pada PM Najib.Macam macam isu timbul yang sukar hendak ditenggelamkan.Ini disebabkan barisan sokongan kabinernya yang tak berkualiti.

Sepatutnya semua menteri dan timbalan Menteri kena kerap turun padang mengkut portfolio masing segera.

Rakyat sedang berhadapan dengan kesusahan dan tekanan hidup kerana kuasa beli yang kian lemah dikalangan rakyat.

Semoga barisan kabinet PM Najib yang bersaiz XXL ini bukan lagi kabinet retorik.

Tak perlu dengan istilah dalam pertimbangan atau mungkin.
Lemah sangat nampak.

Terima kasih Dato.

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

Jalan cerita bertuahnya MCA dan Gerakan hampir sama dengan seorang kawan yang sana-sama ke Marang, Terengganu untuk mencandat sotong.

Sampai di Marang dia tidak bersama ke laut mencandat sotong di atas alasan yang tidak diketahui.Dia menunggu di hotel.

Seawal pagi esoknya dia telah siap sedia di tepi pantai menunggu kawan-kawan pulang dari mencandat sotong.

Hasil tangkapan sotong dibahagi sama rata di tepi pantai. Dia yang tidak perlu bersengkang mata mencandat sotong di tengah laut masih mendapat bahagian yang sama dengan orang lain.

Itulah tuah badan namanya!

Timbangtara said...

Salam Tok..

Kabinet kita macam badan orang yang bertambah gemuk (obes) banyak lemak banyak gula banyak garam.. yang mudah mengundang kapada pelbagai penyakit..

Kalau nak sihat doktor selalu menasihatkan kita untuk jaga badan.. Itulah ibaratnya..

Marhaban ya Ramadan..


T kasih Tok.


msh said...

Salam Dato.

"Biar kecil tapi rajin"...
...kalau besar (XXXL) tapi malas buat apa.

Sebenarnya...banyak kebaikannya dgn kata2 org putih 'lean & mean'...jika kita guna pakai untuk kerja2 pentadbiran apa pun...Pentadbiran Negara tak terkecuali.


Jelas....ramainya anggota Menteri Kabinet kita hingga meyerupai tetamu dimajlis kenduri kahwin.

Bila dah ramai...banyaklah belanja...gaji bulanan.....elaun keraian....elaun perjalanan..dlm dan luar negara...elaun penginapan..atau serba mak nenek elaun lah..

Ini tidak termasuk...Setiausaha politik..akhbar...PA itu ini.

Oohh syok sungguh serupa dimajlis makan kenduri.

Tapi apakan daya Dato..'its his call'.

Kita Rakyat kena terimalah...kita yg majoriti Melayu dari Umno yg telah memilih pucuk pimpinan masa PAU
nah inilah yg kita dapat.

Kalau kita dah tak suka dan tak boleh menerima...nampaknya kenalah kita;

#jgn mengundi
#demo..mcm Pkr
#kutuk dlm blog2...tapi kena berhati2..nanti kena saman.
#duduk diam2.
#lompat parti.
#menderita dlm kesepian.

Harap ada penyelesaian....minta Melayu2 yg veteran dan berpangkat atau berpengaruh cepat2 lakukan sesuatu.

Terima kasih.

msh




A KADIR JASIN said...

1. Saya masih rasa tidak perlu beri jawatan kepada MCA dan Gerakan. Belum ada bukti mereka mula dapat sokongan Cina.

2. Perdana Menteri tak boleh buang menteri dari parti-parti lain, khususnya Umno, walaupun sehaprak mana pun mereka, semata-mata untuk beri laluan kepada menteri Cina MCA dan Gerakan.

3. Kabinet besar, belanja pun besar. Lebih-lebih lagilah ditambah pemborosan dan pembaziran.

4. Seminggu dua ini saya keluar masuk GHKL. Gambar menteri (SENATOR Dr Subramaniam Sathasivam) ada di merata tempat sampai dalam bilik rawatan rapi neuorosurgery. Apakah perlu gambar menteri dalam ICU? Kalau menteri dalam ICU itu berita. Cetak gambar menteri bukan percuma.

5. Namun anak-anak perempuan yang merawat pesakit di wad itu sangat sopan dan mesra. Terima kasih anakanda sekalian. Bukan semua jururawat sombong. Kadang-kadang pesakit dan suku sakat mereka yang buat hal. Terima kasih Datuk Dr Saffari!

6. Ada pembahas kutuk saya kononnya memalukan orang Kedah dengan menulis rencana ini. Tapi tak pula berani beri nama, hatta samaran. Kalau penakut bukan anak Kedah lah! Saya peranakan Kedah tapi sejak 1969 cari makan di Selangor/WP dan sejak 1980’an mengundi di Selangor.

7. Dalam rencana ini saya tidak sentuh isteri PM. Jadi tak eloklah kita babitkan BELIAU dalam perbahasan kita.

Terima kasih.

Led Zeppellin said...

Datuk,
Saya heran.Isu kabinet xxl ini sejak zaman Pak Lah lagi di bangkitkan.Tapi bak kata budak-budak sekarang,"ada aku kisah".So depa memang tak angkat pot,Datuk.Isu rakyat depa tak peduli,setakat isu kabinet saiz besar tu apa la sangat.

rahimlpp@yahoo.com said...

Dato'@ Semakin rancak dan mendebarkan. Dato sudah meninggalkan muara menongkah arus ke hulu mencari pucuk pangkis untuk meyedapkan rasa. Hari semakin redup disegari hujan renyai-renyai tetapi perjalanan semakin sukar kerana air semakin deras . Hujan di hulu semakin lebat membawa limpahan air dari bukit dan gunong. Menongkah arus terus untuk mencari perlindungan bukan itu matlmat Dato tetapi perlu ke hulu mencari pucuk pangkis buat menyedapkan selera rasa. Arus air semakin deras dan mula berombak kecil. Segera Dato melihat kalau-kalau ada lubang kecil dalam sampan yang boleh membawa padah dalam mengharungi air yang deras. Berpatah balik ke muara sudah terlambat kerana perjalanan sudah dipertengahan dan kemungkinan mencari persimpangan untuk berteduh sementara sehingga arus sadikit reda. Akhirnya sampai ke Dato ke hulu sungai untuk mencari paku pakis yang melata?

Iklas,
rahim

Ketil folks said...

PM can't dropped any of the ministers at will. He is not that foolish to do that. Any abrupt changes mid-term (the cabinet is only a year old mind you) will only invite backlash and repercussion. No one in the cabinet likes to be shown exit door. nobody likes to be booted out half way into the job. It will be such a huge embarrassment if it were happened to any of them. The humiliation is so huge and big and unbearable it makes the one at the receiving end couldn't thinking straight. Do you remember what former Terengganu MB, Mat Said did after he'd been booted out unceremoniously?
The PM doesn't want to repeat the same mistake. He has already enough on his plate and have no intention to add more to it. So you have XXL cabinet size like Kadir Jasin said. Nobody lose their jobs and everyone is happy. As for the statistics, there is a job growth for this month and unemployment is on the decline.

Al said...

Salam Dato'

Just want to add ... dah la tambah menteris & timbalam menteris ... yet PM still need to use the expensive & wasteful (more of con job if I can say so myself) on many matters ?? Why laaa ??

org jasin said...

xxl cabinet adalah satu kelebihan buat PM Najib.

org jasin said...

Itu lah politik.

OKJ said...

Salam Dato Kadir

Pertamanya, tentang FIFA world cup, semua pasukan dr Asia gulung tikar dan dah balik kampong seperti yg saya jangkakan. Spain, Portugal, Italy juga dah bungkus, mungkin sebab mat salleh tak larat nak main bola di tengah panas terik. Uruguay kehilangan Suarez sebab suka gigit orang. Tak boleh nak salahkan beliau sebab sifat lelaki memang suka menggigit. Saya juga suka gigit org tapi dekat bini sendiri je.

Keduanya, tentang saix XXL, setakat ini saiz saya L. Tapi ramai juga kawan-kawan saya yg saiznya dah XL dan XXL. Kalau purata menteri cabinet dunia 30, ini bermaksud campur tolak 5 masih lagi dikira sah dan bukannya outlier. Jadinya, kenapa pula Dato’ kata saiz cabinet kita XXL, sedangkan ikut statistic, ianya masih lagi L je. Tak baiklah cakap macam tu terutama di ambang bulan Ramadan ini.

Akhir kata, selamat berpuasa sebulan Ramadan. Berpuasa bermakna menahan diri. Jadinya, diharap kita dapat sama-sama menahan diri dan meningkat ibadah semaximum yg mungkin. Dirharap Dato’ dan rakan-rakan pembahas memaafkan saya jika komen saya sedikit menyentuh hati & perasaan sesiapa. Sekian TQ.

awang batuburok said...

Salam Ramadhan Dato AKJ,

Memang benar Dato, sekarang penguasa negara memang penggemar XXL...
Hutang negara pun dah mencapai saiz XXL berbanding dgn GDP negara.
Khabarnya dalam Seri Perdana pun dah saiz XXL termasuk perabut dan mangkuk tandas,
Benarkah begitu?

tebing tinggi said...


Orang tua-tua kata ,besar periuk besarlah keraknya.

Maka lebih banyaklah pembaziran ,dan harubiru pon akan bertambah.

sama-samalah kita nilaikanya nanti, yang pasti tidak nampak langkah penambahbaikan.

Najib adalah Najib ,tidak akan berubah.

Syabas kapada ahli-ahli UMNO yang mencalunkan pimpinan yang sebagini.
Semoga Melayu tidak lenyap dari mukabumi ini.

maae said...

Salam Ramadhan Al Mubarak kepada Datuk dan semua Pengomentar Islam

Cari dan hayati lah semoga mendapat Rahmat dan pahala XXXL... Semoga PM Najib dapat hidayah kesukaan XXXL nya.

Ingat dunia, ingat akhirat, mertabatkan Islam dan Ummah, jadi Umat Nabi Muhammad, sebaik-baik JIHAD yang wajib di patuhi.

Memerangi kafirun harbi dan munafik adalah Jihad berterusan. Memerangi sesama saudara Islam sememang nya tempat di Neraka Jahanam !!

Kita pilih jalan lurus yang lebih hebat dari XXXL...

kampong lad said...

TOKAK

sat tegelak, sat tesenyum, dah dekat 10 minit dok lagu ni tok kadiaq oi....teringat masa kecik2 dulu (nakai saja bukan jahat), tokak buah moktan tak masak lagi penuh dgn semut....selamat berpuasa

abu bakar aman said...

Pepatah bapak borek anak rintik tak bole dipakai lg kalau nak bandingkan Tun Razak dan Pm najib. Bulan puasa. Cuma ada versi pepatah baru utk pm najib....

Kampong man said...

Salam Dato,

1.Lama dah tak menulis dalam blog Dato ini kerana terlalu sibuk menguruskan kerja company sendiri dan menjayakan satu Reunion yang besar.Maklumlah sudah 45 tahun tidak dapat berkumpul.Ya, semasa Dato baru sampai di Kuala Lumpur kami sibuk cuba mendudukI HSC (Science) kerana itu sahaja jalan terbaik untuk masuk ke universiti dan universiti yang ada pun hanya UM pada masa itu.Dato boleh bayang tak mengikuti kursus engineering di UM ketika itu terutama pada kami anak kampong?.Di UM pun boleh kira dengan jari penuntut melayu yang ada dengan berbagai diskriminasi lagi.Ini semua tahu.

Alhamdulillah, classmate kami berjaya menjadi VC UM dan roomate saya pula beberapa kali telah pun menjadi Dean of Eng Faculty UM that we malays can never dream of then.Message nya simple.Education is the way forward for anak bangsa.

2.Sekarang pula saya lebih mempromosikan BUSINESS is the way forward selain dari education.Sebenarnya saya telah amat boring dengan kritikan dan cemuhan di blog blog pada PM yang di pilih rakyat secara demokratik ini.Nampaknya macam semua tak kena pada Najib.Pada saya berat mata memandang berat lagi bahu memikul.It is his prerogative to have small or big cabinet as he deems fit as our PM .Tak gitu?.Give him the space to manage this nation.The irony is we do not have anyone else who is better than him in my view at this time.It took him more than 30 years in politics to be where he is today.Granted, he is not perfect. Who is anyway ,right ?.Kabinet besar dan kechik pun menjadi isu.Apa lah ini semua so trivial. Anyway.

3.To me it is time for his UMNO and BN to consolidate and his ruling party cannot afford disintegration anymore in the absence of a good opposition so far to ensure that he secured back his 2/3 majority needed. Najib has to uphold that BN spirit of power sharing formula that has been proven working the last 55 years by bringing back his component parties into the fold.You will notice that that BN fix deposits Sabah and Sarawak too has become very relevent now or his BN can smell dust next GE.It is his long term strategic planning for his BN surely.Najib needs all the hands to ensure that his ministers and deputies function.He knows best his requirement.If he fails just vote him and his BN out.In short the size if his new cabinet is no big deal at all.Cheers and salam ramadan to dear all here.Thank you.

Rawa Lanun-Bahasa said...

Salaam

Bagaimana Malaysia boleh membantu ASEAN dan PRC dalam membangunkan ekonomi di rantau South China Seas kalau tiada menteri dari MCA dan Gerakan patutkah kita ajukan kepada YAB khairi jamaluddin?

msh said...

Salam Dato.

Buat Dato dan semua pembahas Islam;
Selamat Berpuasa dan Beramal Ibadat dibulan yg mulia ini.

Hari ini 'front page' Mingguan berkata.."mesin judi haram berleluasa bagai tidak mampu dibanteras....Angkara Siapa?"...

Senyum Kambing bertanya;
..."Apa agensi penguat kuasa buat?"

Dulu masa isu Syiah tengah Panas sebelum PAU...Menteri Dlm Negeri..bukan main Gah....ada bukti gred A...tentang Sabu...bla bla.

Pihak polis pun mrmberi statistik...tentang adanya lebih 200ribu pengikut Syiah....bla2..
Hingga kehari ini....isu Syiah masih tidak ditangani dgn berkesan...Sabu masih senyum seperti biasa...mungkin dihati dia berkata..."Gred A kepala hotak hang Zahid.....hang pun kuat gempak...kenchin.... mcm aku dan Anwar juga".

Itulah 'standard'....Pak Menteri XXL Najib.

Sy tak terperanjat jika polis ada semua statistik operasi haram ini dan jumlah betapa ramainya org yg sebangsa Najib...Hishamuddin...Zahid...Mahyudin....sebangsa Dato...sebangsa saya..yg kununnya dijaga...dibelai...tetapi menjadi Mangsa tauke2 judi Cina diseluruh Negara.

Org Melayu paling ramai terlibat...itu yg diperkatakan...apa kah Zahid atau Najib dan Mahyuddin terlepas pandang?

Nmpak mcm tulah....seperti cerita2...rumah urut yg beroperasi milik tauje Cina betul2 depan balai polis...cerita yg cukup lawak....kena cekup...pagi ini..petang buka balik....kena cekup seminggu lepas tu....besok buka lagi..sebulan kemudian kena cekup pula ...esok hari saja buka balik....
Mcm olok2 saja.....sama dgn Gred A Syiah....mcm olok2 juga..

Inikah yg dikatakan Menteri size XXL Najib....

Semua yg keliling dia...memang 'kamcheng'....jadi Menteri terpilih belaka..

Jadi sy rasa ked mesin judi ini akan berterusan sehingga PM dan KDN dapa menteri baru lah.

Terima kasih

imlan adabi said...

Adakah jumlah anggota kabinet yang besar bermakna akan ramai yang tak buat kerja atau semakin ramai yang buat kerja.

msh said...

Salam Dato.

Sy sengaja nak fokus pd point 1. ..Dato lontar diatas.

....."Najib tidak perlu memberi tempat pd MCA dan Gerakan dlm Kabinet...."

Sy sngat setuju.
Rasanya dah smpai masa kita dgn cara kita...cukup2 lah berbaik...buktikan dulu kejujuran dan semangat setiakawan...mereka tak ubah kawan yg boleh dikutip ditepi jalan saja.

Ali Rastam..Ghani..termasuk Najib.dan ramai lagi dah kena berdarah-darah dgn jawan2 mereka dari Cina MCA...

Apa masih tak faham lagikah permainan mereka?..

Lihat apa kata YTL pd kerajaan Melayu selepas dia kebas kekayaan berbillion-billion Ringgit.
Lihat apa sikap Top Glove Berhad pd Kerajaan Melayu selepas mndpt serba satu kontrak dari Kerajaan Melayu.

Malah..boleh dikatakan hampir 90% Cina taj berminat pun
nak bekerjasama dgn Kerajaan BN...jadi apa perlu yg Najib terhegeh-hegeh sngat dgn MCA dan Gerakan ini..

Bukan kah dia sampai bertanya "apa lagi Cina mahu?."

Biarlah mereka sedar siapa yg memerlukan siapa.

"They have to earn it...no more free ride".

Org dulu telah meninggal 1001 Peribahasa dan Bidalan yg boleh dianggap Hikmat untuk kita belajar dan buat Pedoman...tetapi nmpaknta masih juga tak faham2 lagi.

Inilah Ketua Umno yg org kata;

."Cerdik tak boleh dipakai..Bodoh tak boleh diajar".

Mereka semua pandai..mereja semua tahu belaka....mereka yg handal sebab mereka yg dipilih.... cara mentadbir Negara adalah kepandaian mereka....tok sah dok ajak
....sebab itu dah hampir 60 tahun Merdeka....

'Hardcore Poor & Urban Poor' diMonopoli oleh org Melayu sahaja.

Mereka semua Menteri Melayu dari Kabinet XXL....sibuk selalu... meeting sana sini dan ada jala juga sibuk buat business dan berlumba2 dgn kontraktor Melayu sebangsa....kerap juga dok terkam kontrak yg diagih oleh Kerajaan yg mereka juga kuasai...pd kontraktor Melayu.

Apa buta kah mereka semua yg hampir 60 tahun Merdeka...bangsa sendiri dihimpit kesengsaraan?

Mungkin...sebab yg kaya dan senang adalah mereka...kroni dan sahabat handai serta tawke2 Cina yg jadi rakan rakan mereka yg semuanya kaya2 belaka...mcm mana nak nampak siMelayu yg Papa Kedana yg bukan dlm 'circle' mereka.

Harap2 Najib dan mereka sedar bahawa "Baik biar berpada2...Jahat jika Perlu"....apa gunanya 'Gunting dlm Lipatan?"...kalau tersilap mendapat luka..

"Biar musuh di luar dari musuh dlm selimut"

Terima Kasih.
Msh


Lahuma said...

Dato.

Malaysia negara Islam.

Judi-judi sana sini.
Yang jadi pelanggan majoriti Melayu.
Ada Melayu UMNo.
Ada Melayu Pas
Ada Melayu PKR
Ada Melayu Perkasa.

Tauke Judi Cina
Penguatkausa majoriti Melayu.

Yang berjudi bukan orang kaya pun
Kebanyakan nya miskin.

Tahniab surat khabar Mingguan.
Sekali sekala nampak garang juga.
Mungkin arahan dari atas.

Melayu kian rosak

Dalam politik
Dalam ekonomi
Dalam agama
dalam pendidikan.
Dan lain lain lagi.

Ceramah perdana
Forum perdana
Seminar perdana
Tanyalah ustaz ustazah

Kem ibadat dimerata tempat.

Maksiat dan kemungkaran lagi betambah.
Rasuah dan judi sudah lumrah.

Apa nak jadi dengan Melayu.

Terima kasih Dato.

msh said...

Salam Dato.

KESAN DARI LAPURAN MUKA DEPAN MINGGUAN MALAYSIA 2 HARI YG LEPAS MENGENAI JUDI HARAM YG BERLELUASA;

# Menteri KDN berkata;
1."Saya sendiri sudah menerima BANYAK MAKLUM BALAS supaya aktiviti seumpama itu PERLU DIBANTERAS HABIS-HABISAN".

2."Tindakan TEGAS penguatkuasa KDN rasuah."

# Utusan berkata lagi;
1. Aktiviti mesin judi haram tak mungkin dapat dibanteras....SELAGI RASUAH
MENJADI-JADI.

2.Malaysia mempunyai undang2 membanteras judi paling lengkap didunia...TETAPI TIDAK DIGUNA SEPENUHNYA.

3. Akibatnya pengusaha...TIDAK PERNAH RASA GERUN...apalagi bila penguat kuasa DISOGOK.

4. Apa yg berlaku...premis diserbu TETAPI MASIH BOLEH BEROPERASI SEMULA.

5. Ikut undang2 premis DISITA..BEKALAN AIR & ELEKTRIK DIPOTONG.

6.Pengusaha DIDENDA dlm jumlah yg BESAR..

Tindakan yg sepatutnya dilakukan.....TETAPI TELAH TIDAK DILAKUKAN MALAH WARGA ASING TANPA PERMIT BEBAS DIAMBIL BEKERJA.....
Akibatnya pengusaha judi haram terus kaya....manakala penduduk setempat diancam pelbagai masalah sosial.

7. Hapus judi hanyalah KHAYALAN.


# Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan berkata;
"Tubuhkan segera Pasukan Khas bagi menangani gejala rasuah anggota penguat kuasa yg terbabit dlm kerja membanteras judi haram".


# Sumber2 lain pula berkata;
"Pengusaha mesin judi haram dilindungi kumpulan samseng".


# NGO...Majlis Belia Malaysia berkata;
"Siasat PBT yg mengeluarkan lesen perjudian."


Dato...
BANYAK SEKALI YG TELAH DIPERKATAKAN TENTANG KEGIATAN JUDI HARAM DALAM TEMPUH 2 HARI SAHAJA...

Utusan menulis dgn nada yg cukup Sinis dan Pesimistik... 2 Menteri...1NGO...serta org ramai telah memberi komen dan reaksi tentang gejala yg cukup bahaya ini.

Ini bukan lagi perkara kecil yg boleh dipandang sepi oleh pihak berwajib. Ini adalah wabak penyakit yg mesti di bendung dan ditangani SELALU dgn 'Kadar Segera'...seperti arahan yg kita biasa dengar.

Persoalannya... siapakah pihak berwajib yg bertanggung jawab?

KDN...KPKT..Menteri dibawah 'PM Dept' ..DPM..PM.atau MTEN?

Apa pun rakyat tidak peduli Kementerian atau Menteri mana sekali pun..pokoknya KEGIATAN HARAM SEBEGINI SEPATUTNYA TELAH LAMA DIBENDUNG DAN TANGANI OLEH KERAJAAN...BUKAN TUNGGU LAPURAN AKHBAR BARU BERTINDAK.

Tidak perlu diulas lagi kesan dari kegiatan ini dari sudut sosial yg melibatkan 'along'..samseng..ragut..pendatang haram..bankrapsi....pergaduhan rumah tangga.....isteri2 yg jadi mangsa dsb.

Kalau KDN...KPKT...Menteri2 dari Kerajaan XXL termasuk TPM & PM juga menganggap isu kegiatan judi haram ini isu kecil dan bukan isu penting untuk dibanteraskan dgn kadar segera.
Isu apa yg dikira lebih penting?
Ini belum lagi kita menyoal tentang 'demography' bangsa yg menjadi mangsa...dan yg menjadi kaya raya.

Rakyat cuma mahu kehidupan yg sempurna dan selesa...kegiatan2 seperti ini jelas membahayakan... justeru itu....sesuatu mestilah dilakukan dgn kadar yg segera.

Dato...apa guna kita bercakap pasal transformasi itu ini....pasal 2020...bla bla...sedangkan perkara yg menjahanam bangsa dgn masalah sosial yg berpanjangan seperti ini kita biarkan?.

Lebih baik kita halalkan saja judi haram ini dan sekali gus menghapuskan rasuah dari kalangan penguat kuasa....sebab pengusaha tidak lagi perlu memberi rasuah....dan juga mengurangkan beban kerja polis supaya tidak perlu buang masa menangkap siapa2 lagi.

Apa pun kita tunggu dan lihat sajalah...'aksi' Pak2 Menteri kita....sy berkongsi dgn apa yg dikatakan oleh Utusan..
Kerajaan cuma 'olok2' saja....buat undang2 tapi tak buat apa2...

Org Kedah kata..
Menteri2 Umno ni..
"Cakap saja degraih....habok pun tarrak..kencin saja."

Sy bertanya...."Adakah ini yg Perjuang Kemerdekaan mahu dari Pemimpin Melayu untuk org Melayu? "

Terima kasih..
Msh



cifarelli said...

Datuk,

Persoalan yang perlu kita fikir ialah tentang Ds Najib sebagai PM.Apa yang telah dibuat oleh beliau tak satupun membantu orang melayu dan juga rakyat kebanyakan.BRiM,pemansuhan ISA,1Malaysia,dan macam macam lagi transformasi yang dibuat,mencetus kontroversi dikalanganrakyat.Perkara terbaru ialah lantikan menteri dari bangsa cina.Saya yakin bukan semua ini yang penyokong Umno mahukan.

Perkara pokok di sini ialah masih layakkah beliau menjadi Pm,setelah kita menyaksikan segala keputusan yang telah dibuatnya selama ini?

Sebelum banyak lagi keputusan keputusan sedemikian rupa berterusan,pada saya elok kita mendesak beliau berehat dan memberi laluan kepada orang lain.Semua keputusan yang dibuat beliau ternyata tidak bijak.

Beliau mengamal dasar liberal melampau.Sebagai orang melayu,saya begitu keluh kesah dalam tahun tahun kebelakangan ini.Risau,marah dan sedih.Ini ditambah lagi dengan kuasabeli yang semakin mengecil dari hari ke hari.Mana letaknya slogan'rakyat didahulukan'?

Fikir fikir,renung renungkan...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).