Wednesday, July 02, 2014

Beberapa Ekor Kerbau Bawa Lumpur 1Malaysia Terpalit


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


MUTAKHIR – Khidmat pesanan ringkas (SMS) The Star memetik Wisma Putera sebagai berkata Muhammad Rizalman Ismail akan dihantar balik ke New Zealand bagi menghadapi tuduhan pecah rumah dan menyerang dengan tujuan merogol.

POSTING ASAL

KALAU pada suatu masa dulu kita benci kepada "the ugly Americans" - orang Amerika yang berperangai buruk apabila di luar negara, kini kita berdepan dengan kecelakaan yang sama.

Semakin ramai warganegara Malaysia membuat kerja-kerja kotor di luar negara sehingga membusukkan nama negara.

Ada yang ditangkap kerana menyeludup dadah dan hidupan liar. Ada yang ditangkap kerana menipu kontrak. Ada yang menjadi anggota sindiket judi dan pelacuran. Ada yang dipenjarakan kerana mendera anak.


Bernama melaporkan yang dalam enam bulan pertama tahun 2012, seramai 2,500 rakyat Malaysia ditahan di penjara luar negara atas pelbagai kesalahan. Dewan Negara diberitahu antara kesalahan yang dilakukan ialah menyeludup dadah, membunuh, memalsukan kad kredit, kesalahan komersial, mencuri, kesalahan imigresen, menipu serta memalsukan dokumen, dan penyeludupan manusia.


Yang terbaru seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikenali sebagai Pegawai Waran 2 Muhammad Rizalman Ismail yang bertugas di Suruhanjaya Malaysia di New Zealand dituduh pecah rumah dan mencabul kehormatan.

Masya-Allah! Kalau betul dakwaan kerajaan New Zealand itu, malu besarlah kita. Melayu dan Islam pula tu!

Kerbau bawa lumpur 1Malaysia terpalit

Kita mempunyai perhubungan yang sangat baik dengan negara itu. Ia telah memberi bermacam-macam bantuan kepada negara kita sejak tahun 1949 lagi, termasuk memerangi komunis.

Kalau orang Islam dan orang Melayu tidak mahu terpalit dengan lumpur akibat peristiwa ini, mereka wajib mengutuknya. Sungguh malang. Nama ambil sempena nama Nabi tetapi perangai, masya-Allah.

Kalau Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan tidak bertindak tegas, mereka juga wajib dikutuk. Saya cabar Menteri Luar dan Menteri Pertahanan agar bertindak tegas demi membersihkan nama negara.

Saya kenal siapa kedua-dua menteri itu. Jadi tidak perlulah saya sebut nama mereka di sini. Yang dari Sabah itu saya kenal zaman mudanya sebagai ahli perniagaan. Yang dari Johor saya kenal sejak dia menteri belia lagi. Bapanya pun saya kenal.


Mengenai ATM, saya tidak mahu ulas panjang. Kita semua sudah tahu prestasi ATM, khususnya TUDM dalam peristiwa kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu.

Sebagai haiwan purba yang tidak pupus, saya nostalgia mengenai masa lampau ATM yang cemerlang melawan komunis dan mengharumkan nama Malaysia di Congo dan merata pelosok dunia.

Jadi bapak-bapak menteri dan bapak-bapak jeneral tolonglah tunjuk kesungguhan dan profesionalisme. Janganlah lembik, lembut dan apologetik tidak kena tempat.

Khusus buat para YB menteri, sila buktikan yang anda ada tulang belakang.

Jangan biarkan 1Malaysia terpalit kotor akibat beberapa ekor kerbau yang bawa lumpur.

Wallahuaklam.

34 comments:

Unknown said...

Salam Ramadhan..

"Yang terbaru seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikenali sebagai Pegawai Waran 2 Muhammad Rizalman Ismail yang bertugas di Suruhanjaya Malaysia di New Zealand dituduh pecah rumah dan mencabul kehormatan.

Masya-Allah! Kalau betul dakwaan kerajaan New Zealand itu, malu besarlah kita. Melayu dan Islam pula tu!"

Saya pun malu kalau betul...
Harap2 x betul..

Anees Khan said...

Aslkm wtb Dato,

Saya setuju dengan pandangan Dato tapi saya rasa ada baiknya kita tunggu hasil siasatan menyeluruh kes tersebut sebelum kita jatuh hukuman. Setuju benar tentang Pak-Pak Menteri kita ni Dato, apatah lagi Jeneral-Jeneral kita yang ada, lebih politik dari ahli politik.

ab said...

Salam dato,



Satu berita buruk,lebih lebih lagi dibulan ramadhan..


Dia ni jantan ka lelaki?.


Kalau jantan, dia ni SENGKEK THE WORSE, nak main pompuan pun mau free punya!...bukan saya nak suruh berzina,tapi dia dah dekat dah tu pun(kalau betui berita itu).


Why not pay la,kan ada `service' macam tu kat mana mana pun..


Kalau dia lelaki, cepat cepat la dia hebah apa yang berlaku disana malam itu.


Buat malu negara dan umat islam saja lah ni...


Abu Bakar Ab Rahman

The Lawgiver said...

Datuk Salaam,

1. If the said person is believed to have committed a criminal offence in a foreign country, the evocation of diplomatic immunity may not be the best recourse.

2. He should be allowed to be investigated by the local authority with the High Commission's assistance.

3. We cannot allow our diplomats and attaches (military/police) to think that they can commit crime because they enjoy diplomatic immunity.

4. I hope the Wisma Putra and Mindef have good sense to work with NZ police in their investigations so that things will be transparent and internationally acceptable.

The Lawgiver

Unknown said...

Salam Dato,

1. Pak menteri kita akan kata isolated cases, semuanya ok.

2. Mahkamah Tinggi NZ sudah lepaskan suppression, nama didedah, nama negara dan nama TUDM sudah tercemar.

3. Kalau jenayah dilakukan di negara luar, patut la ikuti undang undang luar negara dan lawan kes ini secara professional dan Suspend imuniti pegawai sehingga dibuktikan tidak bersalah, ini adalah hak pegawai ini untuk mempertahan tuduhan begini, tidak wajar bertuduh di wisma putra ataupun kem tudm.

imlan adabi said...

Datuk, masih ada ke tulang belakang tokoh kita?
Dah banyak kali berlaku insiden membabitkan dunia antarabangsa, kita kekal menyiasat dan menyiasat.
Kes MH370 membuktikan kita sentiasa di belakang pada pasukan penyelamat lain. Justeru, kita mencari dan mencari tanpa pasti apa yang dicari.
Sekarang isu rakyat kita jadi pengganas di luar Negara hebih diperkatakan. Saya orang Kelantan dan tahu ada suku sakat di sana yang terbabit dengan PULO -- Gerakan pemisah di selatan Thailand.
Kes cabul dan ceroboh babitkan pegawai diplomat tak boleh diterima. Beginikah imej orang Melayu dan Islam..
OK Datuk... bravoooo... selamat beribadat

Unknown said...

KADIAG, SALAAM, HANG KALU PASAI NZ DAN KERBAU BLAKANG ROMAH DOLUDOLU NOSTALGIA SAKAN NO.

A KADIR JASIN said...

1. Terima kasih Sdr Imlan Abadi atas ucap selamat anda. Sekarang imam solat tarawih orang muda. Mereka pula hafal Quran. Baca ayat panjang-panjang. Jemaah tua lembut lutut. Lapan rakaat gagah. Elok juga imam muda yang segar-bugar ingat dan peduli jemaah tua yang lemah-longlai.

2. Sdr/Sdri Taosuotaosuo soa, kampung saya dulu banyak kerbau. NZ banyak lembu. Masa budak-budak, tok wan dan ayah ajar saya mandikan berbau pakai temelong. Kerbau kesayangan kita bersih berminyak kena mandi dan berus. Tapi bila berkawan dengan kerbau kotor, ia pun kotor balik. Belah petang kendor kerbau dan lembu atas batas bendang.

3. Kerbau sebenarnya pembersih. Dalam kandang kerbau akan berak dan kencing di satu penjuru yang sama. Lembu berak di mana-mana.

4. Kita tak ada sex education. Kita belajar mengenai birds and bees daripada kerbau, lembu, ayam dan itik. Kita berguru kepada alam sekeliling.

Terima kasih.

Led Zeppelin said...

Assalamualaikum Dato'

Yang jadi kemusykilan saya atau lebih tepat lagi,kemarahan saya,sorang Melayu buat hal tapi semua Melayu di muka bumi Malaysia ni nak dikaitkan dan di salahkan.Tak percaya?Tengok saja lah komen-komen yang ada di media sosial berkaitan dengan isu ini.Kita tidak nafikan hak mereka untuk komen,tapi sedarlah yang terlibat seorang tak bermakna semua orang Melayu berkelakuan demikian.

msh said...

Salam Dato.

Kerana betina....jantan jadi lingkup.

Apa yg bolih dikatakan lagi..bila dah naik syeh...inilah jadinya.

Malu pd isteri sendiri....pd keluarga....pd masyarakat....pd semualah.

Hhmmmm...nasi sudah menjadi bubur...hukuman yg menanti.

Angka 2500 dari Bernama tentang jumlah rakyat Malaysia yg dipenjarakan diluar negara pd 6 bulan pertama tahun 2012 kira cukup tinggi.

Sudah smpai masa...kerajaan berbuat sesuatu....perkara begini tidak boleh dibiarkan berlarutan...langkah2 yg lebih drastik dan realistik mesti dilakukan demi menjaga nama baik negara.

Ianya bermula dari dlm rumah sendiri dulu.
Segapa apa jenis kekangan dan saringan terhadap mana2 individu yg mempunyai rekod jenayah lampau atau berpotensi melakukan nya
hendaklah dilakukan bermula dari dlm negara lagi.

Terima kasih.


Lahuma said...

Dato.

Ini bukan salah kerajaan dan ATM 100%.
Disiplin individu itu yang membawa malapetaka kepada kerajaan dan Organisasi ATM.

Saya rasa ini isu kecil sahaja.Bicara sahajalah ikut undang-undang NZ.
Media melaporkan individu berkenaan akan dihantar semula ke NZ untuk siasatan selanjutnya.

Labih malu rakyat Iran jadi ajen dan kaldai dadah ke Malaysia.
Bawa pelacur masuk Malaysia.

Sumber kjerajaan yang haram speperti judi dan maksiat berleluasa di Malaysia.

Isu di NZ ini .Lain kali kriteria pemilihan untuk bertugas di luar negera kenalah teliti sikit.Mungkin unsur kroni juga berlaku masa pemilihan.

Orang Kedah kata masih ada pegawai kita yang LOKLAK dan Tak Senonoh dihantar bertugas diluar negara.

Tepat peribahasa dato.Beberapa ekor kerbau bawa lumpur 1 Malaysia terpalit.

Banyak kes macam peribahasa ini di Malaysia kini seperti:

1.rasuah
2.tak amanah
3.akhlak rendah
4.salah guna kuasa

Dato cuma pusing topik sahaja.Nampak ringan macam bertih.

Terima kasih Dato.

Helang Rimba said...
This comment has been removed by the author.
A KADIR JASIN said...

1. Sdr Lahuma, antara lain, berkata: "Tepat peribahasa dato.Beberapa ekor kerbau bawa lumpur 1 Malaysia terpalit."

2. Kalau anak kerbau yang bawa yoi boleh palit satu kandang, bayangkan bila ibu dan bapak kerbau pula yang bawa lanyau!

3. Sdr msh, antara lain, berkata: "
Angka 2500 dari Bernama tentang jumlah rakyat Malaysia yg dipenjarakan diluar negara pd 6 bulan pertama tahun 2012 kira cukup tinggi.

"Sudah smpai masa...kerajaan berbuat sesuatu....perkara begini tidak boleh dibiarkan berlarutan...langkah2 yg lebih drastik dan realistik mesti dilakukan demi menjaga nama baik negara."

4. Sebab itulah banyak negara masih kenakan visa ke atas kita dan yang lain pula ketatkan syarat visa.

Terima kasih.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
berasiam said...

salam DAKJ

mungkin generasi 30-an kita sekarang ini memang ramai yang berperangai macam itu. 5 orang yang polis cari kerana terlibat aktiviti militan pun dalam lingkungan 30-an. ada suatu petunjuk di situ yang mungkin perlu dikaji mengapa yang berusia 30-an sekarang ini ramai yang jadi lain macam. KP parti politik yang usia 30-an pun kena masukkan sekali dalam kajian kot. manalah tau terjangkit dengan kawan-kawannya sekali.

apa pun spekulasi yang berlaku hanya jika berita berkenaan benar. biarlah pihak polis sana selesai melakukan siasatan dan janganlah kerana adanya kekebalan diplomatik menjejaslkan tugas mereka menyiasat. yang lari ke kedutaan negara lain bila timbul dakwaan jenayah ke atasnya pun mesti semua ingat.

masalah saringan yang longgar atau langsung tidak dibuat memungkinkan perkara sebegini terjadi. teringat mendiang steve jobs yang mahu dilantik ke jawatankuasa kerajaan us, segala maklumat peribadinya disiasat hinggakan kes dia disaman kerana kesalahan lalu lintas pun dia kena jelaskan. itu di us. di negara kita, nak jadi wakil rakyat pun tidak ada proses saringan. maka terpilihlah penipu menjadi ketua parti politik dan sebagainya.

cangkui cap boya said...

Datuk k,

Isu kalimah Allah,isu penghinaan ramadan dan hari raya,isu yb cina ceramah dalam masjid,joget di perkarangan masjid oleh wanita cina,isu murtad yang berleluasa dan bebas dan entah apa apa lagi isu yang kita sedia maklum berlaku begitu banyak kini.

Saya kecewa semua ini berlaku dan masanya dalam 4 ke 5 tahun kebelakangan ini sahaja.Semakin hari semakin kerap.Kenapa?

Maju atau runtuh sebuah negara atau bangsa kerana pemerintah.Ketua yang lemah bererti ia kurang ilmu.Sesiapa pun akan ambil peluang bila ketua kurang cerdik,samada raja atau Pm.

Pada saya,kes di NZ ini tidaklah besar.Pemerintah yang tidak bijak menjadikan kes ini berpanjangan dan dibesarkan.

Saya syorkan Ds N baca kitab sejarah Islam atau sejarah dunia bagaimana nak menjadi ketua yang dihormati rakyat ataupun dunia.Tiru sajalah dari sejarah kalau tak tahu sangat.

Jangan nanti kami yang melayu ini malu mengaku orang melayu dek kerana kesalahan kesilapan yang 'tuan Najib' buat.Sejarah telah dicatit bahawa ianya sedang menuju kearah itu kini.

Zed-85 said...

Dato’

Saya setuju dengan Dato’, sembahyang terawih zaman sekarang kadangkala terlampau lama dan memberatkan terutamanya bagi yang telah berumur. Kadangkala sampai lebih jam 10.30 malam baru habis.

Saya lebih suka ikut cara lama, setakat menggunakan Juz Amma dan surah yang pendek-pendek tetapi sampai 20 rakaat terawih. Ada juga surau-surau yang mengamalkan cara lama.

Saya pernah mengikuti terawih di luar negara, bacaanya panjang, setiap hari satu juzuk tetapi yang baca adalah benar-benar professional dan bacaannya sedap didengar. Di sini banyak yang muda dan berlatih untuk hafal.

Di bulan puasa digalakkan amalan ibadah dan juga bersedekah. Bulan ramadhan adalah bulan yang digalakkan untuk beringat kepada golongan yang susah.

Kalau hendak tahu berapa ramai orang melayu yang susah, kita dapat lihat bulan Ramadhan yang minta bantuan zakat dan makanan.

Malangnya tahun ini, Setiausaha Agung UMNO mengarahkan diberhentikan bantuan makanan oleh NGO untuk orang melayu Islam yang susah. Agaknya zaman sekarang UMNO lebih cenderung untuk memberikan bantuan kepada orang melayu yang kaya dan senang sahaja.

Selamat Beribadat kepada Semua.

Abdullah Ngah said...

kata datuk, Ada yang ditangkap kerana menyeludup dadah dan hidupan liar. Ada yang ditangkap kerana menipu kontrak. Ada yang menjadi anggota sindiket judi dan pelacuran. Ada yang dipenjarakan kerana mendera anak.

Jika Datuk tujukan dengan berkata ada yang dipenjara kerana mendera anak terhadap pegawai diplomatik kita yang dipenjara kerana mendera anaknya sangat sangat saya kesali, kerana merotan anak anak yang tak solat adalah perintah Rasulullah SAW terhadap mukmin.

Masya Allah, kerana boleh berkata demikian terhadap pegawai diplomatik yang praktik ajaran islam agar anak naka patuh mengerjakan solat.

Tahukah anda, 85 peratus umat islam yang mengaku masih beriman tidak mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.

Apakah merotan anak anak itu mendera namanya. Orang kafir memang suka sangat jika orang islam tidak solat, kerana solat itu tiang agama.

Apabila tak solat maka jadilah umat Islam macam kafir. itulah yang diperjuangkan oleh kafir, agar umat Islam jadi macam kafir juga, maka menanglah mereka.


rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Selamat berpuasa dan berterawih. Semoga Dato'terus ada kekuatan untuk menulis demi ugama, bangsa dan tanah air.

2. Cerita mengenai kerbau ni sangat menarik. Manusia yang suka buat kesalahan di luar negara mungkin otak mereka macam otak kerbau. Mereka mungkin tak fikir implikasi kepada nama baik bangsa dan negara.

3. Semasa saya kecil,kerbau adalah makhluk suruhan yang setia.Tok Wan atau Cai saya ,bahasa orang Baling,pelihara banyak ekor kerbau. Ada seekor kerbau jantan besar yang menjadi kesayangannya. Saya masih ingat pada satu petang semua orang kampong keluar untuk melihat pertarongan antara kerbau jantan milek Cai saya dengan kerbau jantan yang dipelihara oleh seorang kampong lain bertaraf "gedebe"bernama Tok Lateh Bom. Persaiangan sangat sengit dan mengambil masa beberapa jam.

4. Itulah hiburan orang kampong dikawasan terpencil didairah Baling dipersekitaran tahun kemerdekaan. Sekarang kerbau sudah pupus kerana kawasan sawah telah menjadi kampong. Penduduk kampong sudah moden.Setiap rumah sudah ada motosikal atau kereta.Bersyukur kerana kejayaan DEB.

5. Malangnya budaya kerbau masih belum terhapus dikalangan orang kita. Kerbau yang ganas dan bengis mudah ditewaskan bila dicucuk hidung.Pemimpin kita pun sama.Hilang segalanya dan boleh ditarik kearah mana sahaja bila hidung mereka sudah dicucuk macam kerbau jantan bengis yang dipelihara oleh Cai saya.

Semoga berkat doa orang islam di bulan Ramadhan ini akan membawa kemakmuran kepada negara dan memberi keinsafan kepada pemimpin-peminpin yang hidung mereka sedang dicucuk oleh anasir jahat.

iklas,
rahim

A KADIR JASIN said...

Sdr rahimlpp,

1. Baling mencetus kenangan. Saya sangat biasa dengan Baling. Antara tempat yang kerap saya lawati sebagai pemberita muda tahun 1970-an dan 80-an.

2. Tok Wan saya bela sekandang kerbau. Musim kemarau lepas. Musim buat bendang kurung.

3. waktu pagi perah susu guna tabung yang diperbuat daripada buluh.

4. Bila dimasak, kita tunggu lemah naik di permukaan sebab itulah yang paling sedap.

5. Pelaga kerbau hiburan/judi kampung zaman dulu. Sabung ayam pun digemari juga.

6. Kerbau jantan bila mengawan susah nak kawal. Silap-silap kita kena hambat. Bertempiaran lari naik pokok.

7. Kadang-kadang ia ikut kerbau betina berhari-hari. Jangan harap nak boleh tangkap dan heret bawa balik.

8. Bukan semua kerbau boleh dicucuk hidung dan diheret.

Wallahuaklam.

A KADIR JASIN said...

Sdr Abdullah Ngah, antara lain, berkata"kata datuk, Ada yang ditangkap kerana menyeludup dadah dan hidupan liar. Ada yang ditangkap kerana menipu kontrak. Ada yang menjadi anggota sindiket judi dan pelacuran. Ada yang dipenjarakan kerana mendera anak.

Jika Datuk tujukan dengan berkata ada yang dipenjara kerana mendera anak terhadap pegawai diplomatik kita yang dipenjara kerana mendera anaknya sangat sangat saya kesali, kerana merotan anak anak yang tak solat adalah perintah Rasulullah SAW terhadap mukmin."

Terima kasih.

1. Lelaki Melayu/Islam yang dipenjarakan di Sweden kerana pukul anak itu bukan diplomat. Dia kakitangan Pelancongan Malaysia.

2. Saya tidaklah jahil sampai tidak tahu satu benda pun mengenai agama. Saya tahu kita boleh “pukul” anak kita yang belum dewasa sebagai “amaran” kalau tidak tunai sembahyang.

3. Tapi bagi saya, hanya ibu bapa yang gagal, tidak tunjuk contoh yang baik dan panas baran saja terpaksa pukul anak supaya solat.

4. Ibu bapa saya tidak pernah pukul saya supaya solat dan saya tidak perlu pukul anak-anak saya supaya solat. Saya tengok ibu bapa saya solat dan saya solat. Anak-anak saya pun macam itu jugalah masa mereka dalam jagaan saya.

5. Kalau hendak sangat amalkan hukum agama sampai perlu pukul anak, janganlah pergi ke negara kafir yang tak iktiraf hukum Islam. Ada banyak negara Islam atau duduk saja di Malaysia. Tapi di Malaysia pun kalau pukul anak sampai peringkat dera, boleh masuk jel juga.

6. Kalau kamu tu diplomat atau pegawai yang bertugas di negera orang, jangalah buat macam rumah sendiri. Di negara kita pun kalau dera anak, pecah rumah, menyerang dan merogol tetap salah. Rogol binatang pun salah.

7. Bukankah kita orang Islam disuruh membaca dan berfikir?

Wallahuaklam.

wahi said...

Dato,

Perangai orang Islam/melayu sekarng lebih teruk lagi drp perangai orang kapir.Tengoklah anak2 muda majoriti penagih dadah manakala yang dewasanya pula mengabaikan suruhan agama.seperti yang dicatat 85% orang islam sudah tidak menunai solat penuh 5 waktu. apa nak jadi kita dato?

Wirama emas said...

Saudara Abdullah Ngah,
Janganlah saudara membaca dan mendengar daripada sebelah pihak sahaja. Ya, memang benar negara Sweden tidak sepatutnya menangkap dan menghukum mereka hanya kerana memukul anak yang tidak solat, akan tetapi adakah benar mereka memukul anak mereka kerana tidak menunaikan solat?
Jika tiada bukti yang mencukupi, takkanlah pihak berkuasa Sweden sewenang-wenangnya menangkap dan mendakwa mereka. Mereka tidak akan pressed charge pasangan tersebut jika tiada kes. Setelah dibicarakan, barulah kita dapat lihat apa yang benar-benar terjadi. Segala-galanya terdedah. Kita yang berada di tanah air hanya menggeleng-gelengkan kepala.
Marilah sama-sama kita bermuhasabah dan mengambil pengiktibaran daripada kejadian tersebut. Anak adalah anugerah tuhan. Dek kerana terlalu marah, janganlah kita sampai mencederakan fizikal dan emosi mereka. Apabila ianya kerap terjadi, you will leave them scarred for life.

A.Z said...

"85% orang melayu tak solat 5 waktu..."

Ada juga yang solat sampai dahi lebam tapi rasuah amalkan juga...

ISIL pun solat juga, tua-muda, wanita, kanak-kanak dia bunuh juga

hipokrit saja orang islam ni...

maae said...

Oghang kampung den panggil 'kobau'. Teghingat lak kisah mail kobau yang hangit di paparan berita satu masa dulu...

Tentera ni ada satu macam gile sikit. Kalau dia hendak sesuatu, kepala gila lah mereka guna.. ini stail tentera yang boleh menjaga keamanan kita... dulu bertembung polis tak boleh langsung...ego semacam je.. nak gaduh je.. he..he.. anak-anak dara dulu kata kepala krek.. tapi suka sangat..setiap 25 hb bini tentera terima gaji gak.. melaram semacam. Jadi kes Rizalman ini mungkin ada sikit krek kut...jadi mail kobau lak !

Sebelum ni kes seludup pistol. Senyap je. Apa-apa lun kita tak perlu melatahlah. Bapak Anifah ini faham sangat macam kes-kes Tuk sebut. Lebih teruk dari itu pun ada.Kisah DSAI bila berada di luar negara, lagi teruk penghinaan di lakukan. Semua tidak baik bila sebut Melayu Umno, Malaysia dan cara pemerintahan.

Lagi malu ! Kobau lago kalau begondam (berendam) habis semua betina di keliling nya hendak di lapun ! Bukan lumpur terpalit, habis satu kandang bermandi lumpur !!

Natijah, orang melayu suka bela kerbau terpaksa juga mandi lumpur... lumpur pun lumpur lah. Berbaloi. Buat kenduri kahwin sekor kerbau, lauk daging nya berlebih-lebih boleh di agih pula kepada sanak saudara, berbanding sekor lembu pawah kekurangan daging !

Pasal kobau, lombu-lombu melongoh, ambil kesempatan !

Lahuma said...

Dato.

Saya amat setuju olahan dipara 5.
Yang penting asuhan dan disiplin.

Hari ini kenapa ramai anak anak Melayu jadi ketagih air ketum dan dadah.

Ibu bapa sudah luar kawalan terhadap anak mereka.Undang undang pun sudah tak jadi apa lagi.

Saya amat sedih ditempat saya dimana penjulan air ketum sudah jadi perkara biasa.Kemudian katanya ditambah bahan bahan lain untuk memberi kekuatan tambahan yang memberi mudarat pada fizikal.

Pada hal ibu bapa mereka ada yang Pak Lebai yang mengajar ada ilmu,
Anak tokoh tempatan.

Punca segala masaalah gejala sosial ini bermula dari sini.Jenayah ,ragut dan sebagainya.

Satu lagi penyakit hari ini.Judi haram dan pusat hiburan.Di tempat majoriti Melayu ,Pekan kecil Melayu seperti Sungai Petani,Baling,Sik ,Kulim sudah bercambah pusat pusat perosak anak bangsa kita.

Siapa yang beri lesen.
Siapa penguatkuasa.
Siapa gangster kawal pusat ini

Semua Melayu.

Boleh kah mereka ini kita simbolikkan sebagai kerbau juga.

Terima kasih Dato.

OKJ said...

Salam Dato Kadir

Bercakap tentang kerbau ni, saya pernah tolong org patah tulang rusuk dan tembus paru-parunya sebab kena tanduk kerbau. Tanduknya juga penuh dgn lumpur dan membawa kuman burkhodeira pseudomallei, sejenis kuman superbug. Perlu diberi iv antibiotic samada 3rd atau 4th generation cephalosporin atau carbopenum utk beberapa minggu. Mak datuk, mahal betul ubat tersebut. Selepas tu, kena makan ubat makan pula sehingga 6 bulan baru boleh betul-betul baik. Nasib baik kerjaan bagi free, kalau tak, tak tahu nak cakplah.

Keduanya, saya berasa amat sedih sebab Brazil kehilangan Neymar. Beliau dirempuh dari belakan g menggunakan lutut oleh pemain Colombia. Katanya, tulang belakangnya retak dan mengambil masa beberapa minggu utk pulih. Susah nak bayangkan Brazil tanpa Neymar. Nasib baik tak lumpuh je. Mungkin pengganti yg terbaik adalah William yg bermain utk Chelsea sekarang. Itu je pilihan yg ada.

Akhir kata, mutu pengadilan world cup kali ini memang mengecewakan. Neymar patah tulang belakang pun, pemain yg bertanggungjawab boleh terlepas dan tak kena kad merah. Jadinya, kita tak boleh salahkan mutu pengadilan liga M kita. Sudah tiba masanya ternologi video diperluaskan utk membantu masar kasar manusia dlm membuat keputusan tepat. Kesian pemain-pemain superstar yg selalu kena tackle. Saya pun dulu kena tackle dari belakang sampai tak boleh main bola berminggu minggu macam Neymar. Sekian TQ.

msh said...

Salam Dato.

'Point No 7' Dato...

"bukan kah kita org Islam disuruh membaca dan berfikir?"...

Saranan 'point' ini...cukup penting diikuti..

Tetapi kita pun tahu ....org Melayu Islam memang kurang membaca...dan didlm bab berfikir pula....pun kurang juga.

Sy berani berkata yg org Melayu dari semua peringkat umur bukanlah bangsa yg kuat membaca...lihat sahaja remaja2 Melayu pun kita dan tahu sebab kita pun begitu juga masa muda dulu.

Majoriti Melayu lebih gemar kepada perkara2 yg 'simple' dan ramai juga yg gemar pd hiburan.

Bila memilih kerja pula....cuma memilih kerja2 yg senang sahaja... tidak berat dan lebih kpd kerja2 yg tidak mermerlukan berfikir...atau senang berkata......'kerja2 yg kurang pakai otak'.

Bila dan kurang membaca.....otak pun tidaklah begitu cerdas.

Jadi apa yg boleh diharapkan sangat pada otak yg tidak cerdas untuk berfikir?

Untuk menikmati hiburan kita tidak perlu berfikir....tetapi untuk mendapat ilmu pengetahuan kita kena membaca dan juga berfikir.

Justeru itu...bila dan kurang membaca...kurangkah ilmu pengetahuan......
bila dah kurang...apa yg nak difikirkan lagi?.

Lagi pun org kata kerja berfikir ini...bukankah kerja mudah...malah didlm bidang "Management Studies & Programme" ada juga kajian yg dibuat mengenai perkara2 tentang 'Pemikiran'.

Ramai tokoh2 Pemikir atau 'Management Thinker' setuju bahawa....."thinking is a very difficult thing to do".

Sy mungkin di anggap salah dan cuma berlandaskan kpd teori sahaja dan tiada dalil atau kajian santifik untuk membuktikan;
"yg orng yg kurang membaca juga adalah orang yg kurang berkebolehan untuk berfikir ".

Tetapi setelah lebih dari 15 tahun berkerja didlm syarikat perbankan diperingkat 'pengurusan'...dan lebih daru 20 tahun dlm bidang perniagaan sy percaya bahawa didlm banyak perkara...bab berfikir memang sukar dilakukan....dan org Melayu memang kurang berfikir... jika dibandingkan dgn bangsa Cina.

Sy juga beranggapan bahawa disebabkan kurang berfikirlah dan sentiasa ambil jln mudah didlm banyak perkara... juga puncanya bilamana kita sentiasa menghadapi banyak masalah dan membuat banyak kesilapan.

Ini juga menyebakan kita dipandang rendah....kurang berkeyakinan dan selalu sahaja 'dibelasah' oleh bangsa Cina dlm banyak segi.
Pemimpin Melayu pun tidak terkecuali.

Walau pun mereka (pemimpin Melayu) tahu betapa pentingnya kerja2 berfikir ini....tetapi sekadar tahu dan mengadakan platfom sahaja....tetapi tiada program yg betul2 konkrit dilakukan untuk nembetulkan atau meningkatkan kebolehan berfikir ini.

Akibat dari kurang berfikir tentang banyak perkara ...kita telah dengan tidak sedari....menjadi diri kita lemah dan kurang berdaya saing dgn bangsa Cina dan juga dgn bangsa2 lain didunia ini.

Wallahualam.


Msh

A KADIR JASIN said...

1. Terima kasih Sdr (Dr)OKJ atas pencerahan mengenai rawatan ditanduk kerbau.

2. Di kampung saya, waktu saya kanak-kanak dulu, orang kena tanduk kerbau atau lembu dan dipatuk ular bisa perkara biasa. Ada yang mati serta merta. Ada yang mati kerana lambat atau tidak dapat rawatan. Ada yang buruk kaki atau tangan kena patut ular kapak (pit viper).

3. Ya, saya akui sistem perubatan awam kita antara terbaik di dunia. Yang kita mahu ianya dikekalkan atau diperbaiki bukan menurun kerana ketidak-cekapan atau kekurangan wang.

4. Hospital kerajaan selamatkan tok (perempuan) saya daripada patukan ulang tedung dan tok wan (lelaki) saya daripada TB.

5. Ayah saya tidak mahu ke hospital kerajaan. Dia kata doktor dan nurse kerajaan "sombong".

6. Adik saya baru saja menjalani pembedahan otak untuk buang tumor (bukan barah) di Institut Neurosurgeri HKL oleh Datuk Dr Saffari. Alhamdulillah dia bertambah pulih. Jururawat semua bangsa dan agama sangat prihatin.

7. Ya, saya nampak Neymar kena rempuh dengan lutut dari belakang.
Lepas Uruguay terkeluar, saya sokong Jerman. Pada tahun 1977 saya berkursus tiga bulan di West Berlin dan pernah tengok Bundes Liga.

Selamat berbuka kepada Sdr (Dr) OKJ dan semua pembahas serta pembaca.

jebat said...


Salam Takzim,


Kerbau oh kerbau !!
Nasib mu sungguh baik di Malaysia !!

Kamu boleh jadi MENTERI !!

Kalau di Negara lain kamu akan jadi KORBAN atau di KORBANKAN.

Begitu pun kamu tidak bersyukur.

Kamu bawa lumpur untuk di PLITKAN kepada orang lain !!


Tapi ya lah nama pun KERBAU.

Kamu tak tahu lumpur itu apa.

KERBAU OH KERBAU !!

MEMANG PATUT KAMU DI KORBAN KAN HARI RAYA AIDILADHA DEPAN (pru 14)

KERBAU H KERBAU ...


Terima kasih





abdullahngah said...

Apalah guna membaca dan berfikir jika tidak mengalamkannya.

Demikian juga kealiman yang dimiliki tanpa beramal.

Kita tahu tak tutup aurat tak ada cam masuk syurga.

Bukan setakat itu sahaja, malah segala amal tidak diterima.

nampaknya masih ada yang percaya dengan orang kafir.

kalau berfikir dan membaca mengapa tak ingat dengan kes kafir Rusia dan Sepanyol menghapuska akar umbi benih Islam Islam.

zainal abidin awang kechik said...

Nafsu mereka Samad dengan PEMINPIN mereka

wankamarul701 said...

Datuk,saya ada terbaca buku Mohd Najib selepas Tsunami Cina yang memuatkan artikel mengenai pemerkasaaan Bumiputera.

Ada penganalisa ekonomi yang mengatakan bahawa tidak sampai 50% majority Bumiputera menyimpan dalam ASB dengan purata simpanannya adalah kurang dari RM700. Oleh itu, tiada gunanya ASB 2 ditubuhkan.

Akan tetapi, di Tabung Haji menurut laman webnya, pendeposit adalah seramai 8.304 juta orang dengan jumlah simpanan pendeposit adalah RM45.7 billion. Secara puratanya, simpanan setiap orang ialah RM5,503.

Adakah orang-orang melayu dan bumiputera lebih cenderung menyimpan selain ASB dengan menyimpan di badan-badan amanah yang lain? Apa pandangan Datuk?

wankamarul701 said...

Takpun Datuk kupas isu ini untuk entri akan datang.he3

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).