Saturday, July 19, 2014

MH17: Kita Masih Tidak Tegas


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

UPDATE, July 23 - Malaysian protestors made demand on Putin.

The Malaysian Insider picture by Najjua Zulkefli 
ORIGINAL POST

TERIMA kasih kepada masyarakat antarabangsa dan pemimpin dunia kerana peduli kes penembakan jatuh pesawat MH17 milik MAS di sempadan Ukraine-Rusia Khamis lalu.

Pada hari Jumaat Presiden Amerika, Barrack Obama menyifatkan peristiwa itu sebagai “outrage of unspeakable proportions” dan mengisytiharkannya sebagai amaran keras kepada pemimpin Eropah.

Igor Girkin, bekas pegawai Tentera Rusia "mengaku" tembak MH17
Apa yang Obama tidak lakukan secara terbuka dan tersurat adalah menuduh Rusia terbabit dalam perbuatan terkutuk itu. Namun beliau berkata, pemberontak pro-Rusia di Ukraine mustahil mempunyai keupayaan untuk menembak jatuh sebuah pesawat yang sedang terbang di paras 33,000 kaki tanpa bantuan atau campur tangan Rusia.

Di negaranya sendiri Obama dikritik dan dikutuk kerana membuat kenyataan sambil lewa mengenai penembakan jatuh MH17 beberapa jam selepas ia berlaku. Ini memaksa beliau membuat kenyataan lebih tegas semalam.

Di pihak kita pula, saya tertanya-tanya adakah pemerintah kita cukup tegas, keras dan pantas? Adakah kita membawa kes itu ke persada antarabangsa, khususnya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Saya berharap dan berdoa begitulah.

Pada malam kejadian, saya menghantar SMS kepada seorang pengarang di New Straits Times bertanya apakah  Wisma Putra telah memanggil Duta Rusia dan Duta Ukraine.

Saya kecewa dengan  tindakan lembik (terlalu diplomatik) pemerintah kita dalam hal ini. Pemerintah kita sepatutnya dari awal lagi membuat kenyataan tegas dan keras meminta campur tangan PBB dan agensi-agensi penerbangan antarabangsa serta mengutuk mana-mana negara yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan perbuatan ganas itu.

Bukan sama cakap klise
Tidak cucup sekadar membuat kenyataan mengenai “swif justice” (keadilan serta-merta) dan klise “we will leave no stone unturned.” Realitinya kita tidak pun mempunyai kapasiti untuk terbalikkan beberapa ketul batu. Tidak perlulah kita berpura-pura dan berlagak sombong.

Lihat sajalah misteri kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu. Sebenarnya, selepas 132 hari kita masih seperti kelawar di siang hari. Itu pun setelah dibantu oleh berpuluh-puluh buah negara sahabat yang lebih maju daripada kita.

Pemerintah Tidak Lagi “Hands-on

Pemerintah kita juga perlu mengaku bertanggungjawab kerana tidak mengambil berat mengenai operasi MAS yang terus menggunakan laluan berbahaya itu walaupun banyak negara dan syarikat penerbangan antarabangsa telah lama mengelakkannya.

Inilah sikap buruk kita yang banyak membawa mudarat dan musibah yang berulang kali dan semakin hari semakin teruk. Kita lalai dan suka mencari jalan mudah. Kita seolah-olah menyerah kepada nasib.

Cakap pemimpin semakin tidak dipedulikan hatta oleh kakitangan awam sendiri. Ini adalah kerana ramai yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat semakin jauh daripada realiti kehidupan seharian rakyat jelata. Mereka tidak lagi “hands-on” macam Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam tragedi MH17 ini, waris penumpang mempunyai asas meminta ganti rugi luar biasa atau mengenakan saman ke atas MAS.

Dalam kaitan yang sama, rasanya eloklah pemerintah meletakkan MAS di bawah kelolaan “Administrator” (pentadbir) sebelum dibaikpulih, dijual atau ditutup.

Maaf cakap, saya rasa pengurusan MAS tidak berdaya lagi menangani isu-isu harian apatah lagi menangani krisis imej yang teruk akibat tragedi MH370 dan kini MH17.

MAS tidak dapat lagi menjanjikan “reasonable safety” (keselamatan yang berpatutan) kepada penumpang, khususnya yang menaiki pesawat MAS melalui perkongsian kod (code sharing). Wallahuaklam.


53 comments:

Kawanlama said...

100% setuju kenyataan Datuk ini, lihatlah nak istihar kubar bendera setengah tiang pun nak tunggu begitu lama.

Joe Black said...

Datuk,

Jika Hishamuddin masih menjadi Pemangku Menteri Pengangkutan mungkin kita akan kerap mendengar beliau mengistihar BERATUS KALI bahawa kejadian ini adalah "UNPRECEDENTED". Nasib baik menteri baru tidak ikut jejaknya kalau tidak muak rakyat Malaysia mendengar perkataan itu.

Untuk dihormati Malaysia sebagai Negeri yang amat Kecil perlu Pemimpin yang Gah Serta Charismatic dan bukan seorang yang lembik. Dah la kita kecil pemimpin pun Lembik...Siapa nak ambil perhatian. Dulu Najib bergantung pada Perdana Menteri Australia Tony Abbot. Kali ini tak kan masih nak bergantung pada Tony Abbot lagi.






Unknown said...

malaysia bukan amerika. malaysia bukan kuasa besar yang ada "moral high ground" untuk mengutuk kuasa yang lebih besar seperti russsia.

belanda pun tak berani nak mengutuk terang-terangan russia kerana russia adalah rakan dagang terbesar belanda. russia memberi lebih 50% sumber tenega kepada belanda dan belanda tak sanggup untuk "antagonize" russia.

tetapi, kejadiaan ini tak bermakna belanda/EU and AS tidak akan mengambil tindakan tegas (economic sanction / open war), tetapi konfrontasi antara negara-negara maju and kuasa besar (yang mempunyai kerusi kekal di UN security concil) adalah perkara yang mereka ingin elakkan.

PenganutPAS said...

Mmg patut pun bukan Datuk Perdana Menteri Malaysia.

Kenapa perlu memanggil Duta jika Datuk boleh telefon terus kepada President negara berkenaan

berasiam said...

salam DAKJ

sejak selepas PRU 2013, imej kerajaan dilihat semakin hari semakin tercemar dek gaya kepemimpinan yang ditunjukkan oleh pemimpin no 1 kerajaan sendiri. sikap dan caranya menangani perkara-perkara yang timbul, baik di dalam mahpun di luar negara memang tidak menggambarkan wajah yang tegas, berani dan jujur. setiap kali berucap, kata-kata yang diluahkan kelihatan bukan terbit dari lubuk hatinya tetapi beliau hanya sebagai penuturnya sahaja. kalau dahulu sebagai anggota pasukan, beliau dikenali sebagai pemain strategi selamat, sebagai pemimpin no 1 pun, beliau masih memperlihatkan tindak tanduk yang serupa. acuan yang dibina oleh menantu semasa era pak lah sebagai perdana menteri nampaknya terus berkembang pada zaman beliau. maka segalanya disandarkan kepada penasihat dan perunding sehinggakan kabinet, perkhidmatan awam dan parti yang mendokonganya naik ditinggalkan dalam merangka keputusan untuk kerajaan dan negara.

terpulang kepada beliau untuk mengubah imejnya yang dipersepsikan sebagai lembik dan lembab kepada yang lebih tegas dan berwibawa pada masa akan datang. pada perhimpunan agung umno yang bakal berlangsung, hendaknya akan ada ucapan penangguhan yang tidak diskripkan agar menegur secara berhemah presiden yang menang tanpa bertanding pada pamilihan lalu. biarlah perhimpunan agung umno kali ini bergegar dan panas dengan kelantangan perwakilan supaya presiden disedarkan dari lamunan dan mimpi liberalnya. mungkinkah mukhriz boleh diharapkan untuk mengangkat suara akar umbi pada perhimpunan kali ini?

zainal abidin awang kechik said...

Bila kita lantang dengan sokong Palestinian kita siap sebut Dan agong kan mereka .. macam main bunga api ..mereka turun kan mas 17 di tanah mereka...kalau zaman tun ..senyap senyap utk kem di kawasan tersebut

Dosa terlampau banyak tok Dan tlrasuah

Bala mai


Salaam aidil fitri

SolitaireHunter said...

Setelah beberapa kali diserang penculik di Sabah baru di ketahui bahawa tidak ada SOP jelas untuk menembak pengganas. Sesudah Flight 17 ditembak baru sedar yang laluan itu tidak selamat. Sesudah banyak nyawa melayang baharu pihak berkuasa nak baiki jalanraya yang berbahaya. Itulah dasar 'sudah terhantuk baru tengadah'

Unknown said...

Saya amat heran kenapa yg hadir di sidang pengumuman itu ialah dua sepupu dan bkn Menteri Pengangkutan.

Seems this country now is being run by the TWO cousins !!!

Leman said...

Saya setuju sekiranya MAS dijual atau diambil alih. Namun MAS yang masih menghadapi krisis MH370 dan yang terbaru MH17,sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk dijalankan pengambilalihan.Sudah jatuh ditimpa tangga pula. MAS perlu menunjukkan rasa kebertanggungjawaban ke atas kedua-dua insiden ini dahulu sebelum melepaskan diri dia. MAS masih memerlukan tempoh bertenang untuk menentukan halatuju syarikat. Belum selesai satu isu sudah timbul satu isu baru. Keadaan ini perlu ditangani dengan bijak. Insiden ini bukalah semudah kemalangan jalanraya dimana pemilik kenderaan yang "total lost" mengambil jalan singkat melupuskan kenderaan atau menjual kenderaan mereka dengan kadar yang segera kerana dikhuatiri badi sial dibawa sepanjang hidup. Soalnya, sekiranya MAS bukan lagi menjadi satu entiti kerajaan, adakah keselamatan Malaysia sama sekali tidak akan terancam? Pada pandangan saya tidak. Malaysia masih perlu berdepan dengan tekanan negara kuasa-kuasa besar seperti Amerika dengan pujuk rayu TPPA, China dengan persempadanan wilayah apatah lagi Rusia yang kemaruk kuasa untuk menubuhkan semula negara kesatuan baru untuk melawan musuh-mushnya. Jika tidak melalui pesawat, pelabagi lagi cara dan usaha lain yang digunakan untuk menakut-nakutkan Malaysia.Untuk isu MH17, saya tidak fikir PM kita terlalu bersantai untuk menangani krisis. Sedangkan ahli keluarga dia sendiri turut terlibat di dalam nahas. Rakyat mungkin mengharapkan tindakan agresif dari pemerintah untuk menangani krisis ini. Tapi apa gunanya sekiranya bersuara lantang mengherdik gergasi tetapi akhirnya rakyat negara sendiri yang terancam. Hubungan luar perlu diuruskan secara berhemah teliti. Dalam keadaan ini Malaysia tersepit. Peralatan ketenteraan datangnya dari Russia. Latihan ketenteraan bersama dijalankan dengan US pula. Kita bukan keturunan badang betubuh kecil memakan muntah Jin semata-mata untuk menjadi kuat. Apa yang diharapkan selepas ini, Malaysia perlu memuktamadkan untuk kita berada di proksi mana di antara negara-negara kuasa besar ini demi kepentingan keselamatan dan juga perjalanan ekonomi negara. Saya akui saya kurang arif bekenaan hal-hal diplomatik apatah lagi ekonomi. Tetapi ini hanyalah pandangan peribadi saya. Sekiranya Datuk tidak "berkenan" dengan cara pengurusan kerajaan mahupun MAS di dalam isu ini, sekurang-kurangnya berilah sokongan mahupun cadangan (mungkin secara lansung, melaui perantara atau surat terbuka)kepada pihak yang disasarkan.Allah tidak menguji mereka sahaja, Allah sedang menguji kita semua. Maaf sekiranya saya terkasar bahasa. Salam Ramadhan.

Urang Awak said...

Salam Ramadhan Dato,

Saya percaya kekesalan yang Dato rasai mengenai masaalah yang melibatkan kepentingan nasional sejak akhir2 ini juga turut dirasai oleh kebanyakan rakyat jelata tak kira bangsa maupun aliran politik.

Dato, MAS diibarat seperti jatuh ditimpa tangga. Sepertimana yang kita ketahui bahawa MAS buat sekian lama merupakan salah sebuah syarikat penerbangan yang terunggul didunia dimana seringkali mendapat pengitirafan (International Awards) saban tahun berturut2. Di Asia pula MAS telah berjaya menduduki “ranking” ke 2 selapas SIA disuatu ketika dulu

Kini MAS telah jatuh dari zaman kegemilangannya setelah kehadiran banyak tangan2 tertentu yang tidak mempunyai kelayakan professional serta etika kerja yang tinggi. Kini tiada siapa yang perduli lagi tentang arah tuju MAS kerana MAS dianggap bukan lagi lubuk DUIT.

Masih ingat kah Dato disuatu masa dahulu seorang pembesar MAS telah membeli lukisan yang bernilai jutaan ringgit bukan untuk digantung didalam pesawat tetapi didalam pejabat pembesar tersebut. Saya percaya bahawa pembesar tersebut bukannya dari kalangan peminat lukisan yang memahami tentang seni tetapi hanyalah sekadar untuk bermegah2.

Apa yang telah terjadi kepada MAS Catering? MAS Catering Sdn Bhd disuatu masa dahulu merupakan satu2nya anak syarikat MAS yang paling berjaya. Saya masih ingat lagi disekitar tahun 80an dimana kebanyakan “regular travelers” dari serata dunia sering memilh untuk menaiki pesawat MAS semata2 kerana keenakan sajian makanan Melayu serta bermutu tinggi. Difahamkan selain dari Mas, syarikat tersebut juga menerima tempahan dari syarikat2 pernerbangan yang lain. Persoalannya kenapa ada tangan2 yang mengacau syarikat tersebut dan seterusnya menjualkannya kepada abang kepada bekas pembesar nombor 1 negara? Selepas ianya dijual, kenapa MAS dipaksa menandatangai perjanjian dengan syarikat tersebut selama 25 tahun? Masih ingatkah komen yang dibuat oleh Chef Wan baru2 ini tetang nasi lemak yang dihidangkan? ……”MAS telah memalukan makanan Melayu didunia dengan menghidangkan Nasi Lemak Telanjang”. Hahahah…!!

Semasa MAS diterajui oleh “Tawkey Minyak” MAS telah mencairkan aset2 secara besar2an diserata dunia bagi tujuan menceriakan dan mengindahkan lagi “Balance Sheet/ Financial Statement” untuk penyedap mata buat seketika. Timbul keraguan kenapa tiada tender terbuka dibuat? Saya difahamkan apartment kepunyaan MAS yang terletak di kota London telah dijual kepada anak bekas pembesar nombor 1 negara dengan menggunakan atas nama “Tawkey Kereta” dan telah menjanjikan pengambilalihan syarikat Proton kepada Tawkey tersebut (kini telahpun Allahyarham) sebagai balasan.

Saya percaya selain MAS ada banyak lagi syarikat2 GLC yang akan tenat selapas ini kerana terdapat tangan pengacau2 yang kebal dari tindakan undang2. Mereka adalah makhluk2 yang tak pernah bersyukur dan tak pernah “rasa kenyang”

Wallahualam.

maae said...

Salam Datuk,

1. Jika Datuk kata Malaysia tidak tegas, saya setuju. Dalam negara sendiri pun ketegasan tidak kena tempat. Sebenar nya majoriti rakyat berdiri teguh belakang PM. Cuma beliau banyak mengecewakan kerana tidak sehaluan majoriti. Apa lagi bila tokoh-tokoh menasihati, memberi pandangan. Kata beliau, terbuka dan bebas. Jika ikut rentetan, untuk siapa? Untung siapa? Kadangkala PM sendiri, seolah nya, menyokong pembangkang ! Bukan kah kecelaruan identiti ?

2. Malang atau tidak MH17, memang satu petaka kezaliman manusia. Umpama kezaliman pemimpin yahudi Israel terhadap bangsa Palestin. Sebelum ini konflik Ukraine-Russia menggoncang strategi Amerika sehingga ke peringkat ingin campur tangan dan mengenakan sekatan antarabangsa. Sekarang Malaysia mengguna teknolgi tentera Russia dan Perancis. Cara lain kita tidak maklum. Tersalah tembak atau satu konspirasi, PM dan Kementerian Luar boleh menghidu. Cuma lawatan Obama ke Malaysia membuatkan pencatur kuasa yahudi Amerika menjadi tidak senang. Malaysia di 'spotlight' kan. Obama memang secara rahsia menyokong Islam dari kenyataan2 dan perilaku nya dalam beberapa ruang dan peluang. Cuma kuasa nya di mata dunia no 1, tetapi tidak berkemampuan merealisasikan secara nyata kerana kekangan. Semua orang Islam pun tahu jika benar 'secrecy' nya begitu.

3. Juga PM Najib. Malaysia negara kecil. Perrmainan ingin ke Piala berprestij Dunia. Harap boleh meniru German, bersabar, menyusun semula biar pun tiga musim tertinggal, yang kita tahu pasukan yang hebat dari segi taktikal, kerjasama pemain-pemain yang patuh kelas 1 berbanding Brazil yang di puja, memang hebat tradisi dalam arena bolasepak semenjak Pele. Mereka terlampau yakin dan ghairah sehingga terjunam ke dasar ! Semoga PM Najib tidak meniru Brazil.

Yang tersirat dan tersurat tidak lah kita tahu. Cuma keperluan Malaysia mesti 'advance' dalam menjaga keselamatan Luar dan Dalam Negara. Keselamatan bukan perkara RETORIK. Malaysia mesti mengemaskini kepakaran satu atau dua langkah ke hadapan. Peka persekitaran dan pergolakan dunia dan dalam negara sendiri. Bukan kah Melayu hebat dalam perencanaan dan melakar masa depan Malaysia? Bukan kah sudah di lalui dan saksikan ? Kenapa di biar genggam di pihak lawan ! Biar mereka meroyan, kerana dalam hati kecil mereka mengagkui seribu kebaikan.

Kembalikan Sikap dan Protokol yang di beri Amanah. Perkara ini terlalu longgar. Percayakan mereka yang telah berikrar sumpah AlQuran.

PM Najib semesti nya boleh menjadi Jagoan. Genetik nya seorang yang berpegangan dan duduk di atas platfom yang tidak perlukan sanjungan. Allah SWT itu suka kepada ketegasan. Rahsia NYA tunduk ikhlas dan patuh bila berhadapan dengan NYA. Innalillah waiina ilahi rojiun. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada yang teraniaya. Insya Allah.

mtgbertam said...

Nanti ada menteri juara lawak kata 'negara luar kagum cara malaysia mengendalikan bencana'.....haprak punya menteri.

The Lawgiver said...

Datuk, In the time of tragedy like this, it is hard and unwise to apportion blame, except on the perpetrators be they the rebels or/and the Russians.

But being responsible human beings, someone must take responsibility here in Malaysia and in the body field in Ukraine.

Indeed we thank the international community for coming to the aid of all so tragically involved in this second incident involving MAS.

If our government is worth its salt, it too must take responsibility (not blame) to ensure that the best and the foremost is done to bring this sad sad episode to its final conclusion.

And this must embrace the future of MAS. Its poor luck cannot be allowed to risk the lives of passengers and continue to bleed our financial resources.

Clearly repeated mistakes had been made in managing the airline from its privatisation, renationalisation, the bungling Idris Jala asset unbundling and the takeover of its fleet by Khazanah.

The time for cliche and beating around the bush is over. Let us take the painful decision of spending money (maybe billion of ringgits) to pay off Mas staff and close down MAS instead of bleeding billions every year. After that if we want resurrect MAS we can start on a clean slate and with a viable business model.

Salaam.

Aidil said...

posting datuk ni ada kebenaran terutama tentang kurang ketegasan pemimpin. tapi saya tak bersetuju tentang pendapat Datuk tentang MAS tidak memantau route yang merbahaya. kita yg bukan pakar dalam aviation mungkin tak berapa faham yang kita tahu seolah-olah kita sengaja mencari nahas melalui air-space begitu. hakikatnya air-space Syria dan banyak negara bergolak masih dilalui oleh pesawat2 komersil. adakah mereka ini bodoh melalui air-space2 begitu? ada justifikasinya dan itu sebab kita kena memahami sebelum menyalahkan syarikat penerbangan. sama juga dengan syarikat2 yg konon mengelak ruang udara tersebut. hanya ada 2 syarikat yg tak melalui itupun bukan atas dasar safety tp lebih dasar ekonomi/penjimatan minyak. malahan syarikat2 yg based di UK dan US seperti British airways masih ada penerbangan ke Kiev walaupun dalam media mereka kata mereka mengelak melalui Ukraine secara keseluruhan.

Johari Shafie said...

Assalam Dato,
Saya amat setuju, yang pemerintah tidak lagi"Hands-on".Yang dipilih untuk menerajui parti ,kementerian,GLC banyak yang ikut telunjuk atau Yes Boss saja.

jumbeaux said...

Salam Datuk,

I am equally curious why there is no outrage from our leaders. Just teary, touchy, feely emotions being shown on strategic FB and Twitter posts. This led to the same from the masses. I'm getting dizzy with all the memes posted.

Keep calm and carry on Malaysia..

Kawanlama said...

AsSlm Sdra Leman, saya ingin rujuk kepada "Tapi apa gunanya sekiranya bersuara lantang mengherdik gergasi tetapi akhirnya rakyat negara sendiri yang terancam."

Suara lantang bukan lah menunjukkan ketegasan, tapi ketegasan itu hendaklah jelas nampak dibuat dengan kenyataan yang berdasarkan menjaga hak rakyat secara bertanggungjawab, bukan sentiasa cari jalan selamat yang akhirnya negara kita tidak diseganni lagi.

D-Zong said...

Vladimir Putin or Bloodymir Putin?
Now the true color of the KGB is showing in Putin. His hand is bloody until he hands over the perpetrators to face international justice. Russia has the history of shooting down civilian planes.

Hanezam said...

Salam Datuk,

1. Setuju dengan Datuk; "lembik" adalah deskripsi paling tepat menggambarkan kepimpinan kita hari ini, walaupun tanpa melihat isu tragedi MH17 ini;

2. Lembik dan kurang diplomasi adalah kerana dasar main selamat, yang tidak boleh digunapakai dalam keadaan persis perang semacam ini.

3. Setuju dengan Datuk; dua tragedi skala besar (setakat ini) dalam masa yang dekat adalah satu 'bala'. Sudah dengar ceramah agama kat blog lain; musibah adalah ujian daripada Allah. Tapi kita juga tidak harus berhenti berfikir, kalau-kalau semua musibah itu terjadi disebabkan perbuatan tangan-tangan kita sendiri. Bila kita kata bala, kita bukan salahkan Allah, tapi kita sebenarnya reflect kepada diri kita.

4. It all boils down to what Najib himself attributed as a 'lack of leadership'. The children of Gaza are being butchered today for their leaders' want of leadership.

Err... naper ek Najib buat analogi pasal 'lack of leadership' masa Brazil kalah hari tu ? Kalau Najib arif sentimen rakyat/netizen dia takkan berani nak sebut 'lack of leadership' pun, kan ? Saja je nak bagi peluru hidup dekat lawan.

A KADIR JASIN said...

Terima kasih para pembahas.

1. Masih ada pembahas, khususnya yang mengutuk saya dan menyokong pemerintah, menghantar komen "anonymous".

2. Kalau sokong kerajaan dan kutuk saya, mengapa nak guna nama samaran pun takut? Atau tak yakin dengan hujah sendiri? Atau sekadar memenuhi syarat upahan?

3. Inilah akibat apabila perang berlaku di Eropah. Mereka ada senjata canggih yang boleh cari sasaran berbatu-batu di udara.

4. Di Afghanistan, Iraq, Syria dan Somalia pejuang tidak ada senjata sanggih macam di Ukraine dan Rusia.

5. Jadi bila guna ruang udara asing, kita kenalah bezakan yang masa satu berisiko rendah dan yang mana satu berisiko tinggi.

Terima kasih.

Joe Black said...

Dato'

Mengimbas balik pada kejadian yang menimpa Malaysia dalam masa beberapa tahun ini, adakah mungkin Malaysia sedang Mengalami Syndrome "The Hidden Hand".

Kita belum tahu Siapa kah itu "Hidden Hand" yang menekan butang Missile System yang mengsasar MH17. Sebelum ini kita juga tidak tahu siapakah atau apakah itu "Hidden Hand" yang menyebabkan MH370 hilang entah kemana. Adakah Altantuya dibunuh atas arahan "Hidden Hand" atau dibunuh dengan tiada sebab? Mungkin kita akan dapat jawapannya dari Mahkamah Rayuan nanti. Adakah mereka mereka yang maut jatuh dari bangunan MACC satu kemalangan atau angkara "Hidden Hand"?
Penganalisa hari ini sudah membuat kesimpulan bahawa olih sebab sebab yang tertentu, "Hidden Hand" yang menjatuhkan MH17 mungkin tidak akan diketahui. Begitu juga dengan kes kes yang lain.

Mereka yang percaya pada natural law atas sudut "Karma", berpegang bahawa semua perbuatan sama ada baik atau buruk yang kita buat akan meninggal kesannya. Walau pun mangsa yang terkorban cuma seinsan kesannya tak semestinya sama. Jadi buatlah baik kerana kita akan dibalas dengan kebaikan.

Lahuma said...

Dato.

Kalau tidak tegas memang betul pun.
Barangkali PM Najib selalu berfikir berulang kali sebelum nak buat sesuatu.
Ada baik dan ada tak baiknya.

PM Najib ada kabinetnya.Apa peranan kabinetnya.Adakah kabinetnya sama seperti kabinet didapur .Untuk hiasan jiran atau tetamu luar.Atau tempat simpan barangan berharga.

Pemimpin selalunya mempunyai daya berfikir luar biasa dan hebat.
Pemimpin Malaysia hari ini mana kelihatan mampu berfikir luar biasa.

Yang kita nampak pemimpin kerajaan hari daya fikirnya macamana nak cari nama mudah dan cepat.
Amalan beri umpan pada rakyat dari beri kail.

Mh 17 adalah satu peristiwa malang bagi Malaysia.
Nyawa yang terkorban tak terkira lagi

Kerugian wang ringgit pun amat banyak.

Disinilah mampukah PM Najib bertelagah dengan kuasa besar Russia dan Amerika yang ada kuasa veto dalam PBB.

PM Najib mempunyai penasihat dikelilingnya yang bertaraf rendah dimata global.Gagal untuk menakluki isu-isu antarabangsa yang kian serabut dan tegang.

Kalau dilihat dalam UMNO sendiri pun kian serabut gagal diatasi.Inikan pula isu antarabangsa.

Sepapatutnya kerajaan dan pembangkang wajib duduk semeja dan tidur sebantal.

Banyak gunting gunting bahaya.

Soalan MH 17 Kita Masih Tidak Tegas mungkin ada sesustu yang tersurat dan tersirat.

Terima kasih Dato.

Unknown said...

Salam dato'
Org Ns kato pemimpin kito ni lomau dah mcm biskut masuk angin

Unknown said...

Dear A Kadir Jasin,

I agree with you on the remark that the Malaysia leader is being further and further away from the lives of Malaysia people who have voted for them in the first place.
I miss the 90s when I was a carefree teenager where I can walk everywhere and anywhere without the slight worry about meeting some snatch thief and some creepy rapist cum murderer.
On why MAS still using the Ukraine route although other airline have shunned the route? Maybe its deeply rooted in the Malaysia"tidak apa" mentality where if as long as no tragedy strike yet, so its OK to use the route.

Timbangtara said...

Salam Tok..

Kotak Hitam MH17 Malaysia punya.. kalau mereka tak nak bagi.. apa yang Menteri kita boleh buat.

Tq Tok..

wankamarul701 said...

Sampai sana kena tunggu lampu hijau pula. Main lampu-lampu pulak dah time-time cemas macam ni. Silap2 sampai 25 hb pun tak boleh buat apa.

Suffian said...

Dato...

setuju dgn Joe Black . " Hidden Hand " atau tangan2 ghaib pernah dibangkitkan oleh mendiang Karpal tentang keputusan2 pelik mahkamah kita.
kita ingat kita dah pandai dlm permainan "Hidden Hand" , sekarang Barat sedang mengajar kita apa itu Hidden Hand. Buat jahat dibalas jahat . Tkasih.

cifarelli said...

Datuk,

Ketua negara Malaysia lembik.Saya sangat sangat setuju.

Dengan bahasa mudah saya katakan 'PM sekarang tidak berkebolehan membuat keputusan tepat dan tepat.

Kita dah tengok berapa banyak isu dimana keputusan yang dibuat tidak bijak,sangat lambat dan selalunya menjadi kontroversi.

Betul tak kawan kawan ?

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Samseng kampung

Izinkan saya mengulas sedikit panjang. Dari artikel Dato’ kali ini, saya rasalah Dato’ masih lagi tidak nampak permasalahan yg sebenar yg sedang dihadapi oleh Malaysia sekarang. Dato’ juga nampaknya menganggap kedua-dua kes MH370 dan MH17 adalah 2 kes yg berasingan….

Dato’. Bagi sayalah, kedua-duanya telah dirancang dgn begitu teliti. Tidak perasan lagi ke yg kedua-dua pilot tidak membuat sebarang distress call sebelum hilang secara tiba-tiba dari radar. Ini bermaksud kedua-dua pilot tidak menjangkakan sesuatu yg amat buruk akan berlaku. Nasib baik dlm kes MH17, saksi mata dan video telah diambil kira. Begitu juga dgn MH370, tetapi sayangnya menteri kita kata ianya hanyalah spekulasi terhadap setiap saksi mata (eye witness) dan DIBAKULSAMPAHKAN, dan juga beliau lebih percayakan bunyi “ping”. NAH !!!! Akibatnya, pisang berbuah kali kedua. So, sekarang, siapa yg patut dibakul sampahkan???

Dato’ Kadir. setahu saya, kita tidak mempunyai masalah dgn Negara Ukraine mahupun Rusia hatta pemberontak Ukraine. Tak pernah pula rakyat kita melarikan anak dara mereka, atau meliwat anak teruna mereka, atau ditangkap khalwat dgn bini mereka. Tetapi kenapakah k/t MAS masih ditembak? Kita tahu mereka memerlukan wang utk revolusi, TETAPI persoalan sebenarnya, siapakah yg mengupah mereka utk menembak jatuh pesawat kita? yg saya percaya dibayar dgn begitu lumayan oleh pihak ketiga…..

Tugas negara sekarang adalah mencari siapakah pihak ketiga tersebut, yg begitu berdendam dgn Malaysia? Yg sanggup melakukan apa saja utk menjatuhkan Malaysia. Sebab itulah saya mencadangkan suruhanjaya bebas dan diketuai oleh org bijak pandai dan luas pengalaman seperti Tun Dr Mahathir bagi mencari siapakah pihak ketiga tersebut. Ini bagi mengelakkan pisang berbuah berkali-kali lagi.

Akhir kata, kita juga tidak perlulah bersikap ala-ala samseng kampong nak panggil duta-duta tersebut seperti cadangan Dato’, tetapi kita perlulah lebih smart dari musuh kita. Sekian TQ.

Wira Jaya said...

Sila fahamkan rangkaian elemen-elemen berikut dalam memahami insiden MH 370 dan MH 17: Dajjal- Satanic Lucifer - Illuminati- Freemason - New World Order - Zionist/Israel/Yahudi - USA - Konspirasi - Geostrategik - Hegemony - Laut Cina Selatan - Malaysia (Melayu, Islam, Beraja)- Malaysia stabil melebihi 50 thn - Pawn in the game. Tengoklah dengan pandangan mata hati

Fikir Tajam said...

Assalam DAKJ,

DAKJ telah melontarkan idea yg sangat hampeh. Tak layak bagi seorang Tokoh Wartawan Negara.

Apakah DAKJ juga sama wave length dengan A. Samad Said?

Tolong jangan bersikap kebudak-budakan. Mencadangkan duta Rusia & Ukraine dipanggil oleh Wisma Putera suatu idea yg 'trivial'. Janganlah berfikir seperti budak lepasan sekolah.

Peribahasa Melayu dulu ada sebut tarik rambut tepung tak berserak.

Jangan jadi gopoh macam Pak Lah yg tak pasal-pasal suruh Azmi Khalid minta maaf dengan China.

Jangan gopoh seperti Anwar Ibrahim yg tak sabar-sabar nak jadi PM dan mendabik dada kononnya dialah Menteri Kewangan yg hebat (budak Sastera Melayu).

Jangan gopoh seperti Najib yg kelamkalibut hapuskan ISA dan tubuh MPKN yg rata-ratanya dianggotai oleh liberalis.

Jangan gopoh seperti Nik Aziz yg menonong pecat Nasharuddin dari Timbalan Presiden PAS hanya kerana menyokong perpaduan Melayu.

Jangan gopoh seperti Mustafa Ali hingga tak kenal lagi mana dosa mana pahala libas betina.

wankamarul701 said...

Mohd Najib Berjaya berunding dengan puak pemberontak untuk mendapatkan kotak hitam. Tindakan harus dipuji.

Orang Kampung said...

Apakah kejadian ini satu kebetulan atau perancangan, apakah juga kejadian ke atas MH370 satu kebetulan atau perancangan atau adakah juga peristiwa Lahad Datu satu kebetulan atau perancangan ATAU adakah ketiga-tiganya ada petalian strategi untuk mencapai satu matlamat tersembunyi dalam geopolitik negara

Suffian said...

Salam Dato Kadir

OKJ....

saya tak fikir anda betul2 sayang/hormati Tun Dr M . Tun dah hampir 90 usianya. Tak ada manusia kekal hebat sepanjang masa. Maradona sangat hebat di piala dunia tahun 1986 tapi dia tak sama lagi 4 tahun kemudiannya.
Berilah peluang Tun berehat dan lakukan apa yg sepatutnya bagi orang yg dah berumur hampir 90 tahun. Tkasih .

Tinta Hitam said...

Datuk,
Kita rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur keramna mempunyai "wanita pertama" yg berjiwa besi.DS Rosmah telah SMS Presiden Putin supaya menghubungi PM Malaysia mengenai peristiwa MH17 ni..Obama pun tak boleh buat mcm tu..Kih3

A KADIR JASIN said...

1. Sdr Tinta Hitam, laporan Sin Chew yang mengatakan DS Rosmah Mansor meminta seorang kawan beliau yang juga kawan Presiden Putin agar menalifon PM rasa bukan berita yang disahkan. Namun kalau betullah Rosmah sangat berpengaruh. Ini mengukuhkan lagi hujah saya selema ini yang beliau perlu diberi peluang menerajui negara.

2. Sdr Wan Kamarul Ariffin, saya tidak pasti sama ada laporan yang mengatakan PM berunding dengan pemberontak Ukraine berita sah atau khabar angin. Cuma saya harap kita tidak beri apa-apa macam duit atau janji kepada mereka.

3. Sdr Fikiran Tajan, adalah perkara biasa dalam perhubungan luar dan diplomasi bagi tuan rumah memanggil (summoned) duta asing apabila berlaku sesuatu yang buruk yang membabitkan negara tuan rumah. Setidak-tidaknya pun untuk catatan (record) bahawa kita mengambil berat apa yang berlaku kepada MH17.

4. Dalam tragedi seperti MH370 dan MH17 tidak perlulah sesiapa atau mana-mana pihak cuba menonjolkan diri sebagai wira. There’s no winner in a tragedy of this magnitude only victim. We are all victims.

Terima kasih.

Joe Black said...

Datuk,

Komen Datuk tentang apa yang telah berlaku diantara wakil kerajaan dan Pemberontak perlu di bincang olih kedua belah pihak Dewan(BN dan Pembangkang) apabila sidang Parlimen tentang MH17 berjalan nanti.

Jika ada wang yang di janjikan kepada Pemberontak, Kerajaan harus memberitahu Parlimen berapakah yang telah dijanjikan.

Lahuma said...

Dato.

Hari ini satu Sidang Khas Parlimen mengenai MH 17 akan diadakan.
Khabarnya semua MP akan punyai satu mimpi yang sama atas bantal yang berlainan.

Kita juga patut ikuti sidang ini sejauh mana penglibatan MP kedua-dua pihak dalam membicarakan isu MH 17.

Serombong meriam hendak di tuju pada siapa.PBB ke atau kuasa-kuasa besar yang punya angkara yang menjadi penaja dan penaung pada setiap konflik politi dunia hari ini.

Sehingga kini siapa yang bertanggung jawab tembak MH 17 belum terjawab.
Cuma yang berlaku pula ialah Peperangan Maklumat dari peringkat antarabangsa.

Rusia pertahan diri kata Ukraine .Ukraine pula tuduh pemisah Pro Rusis.

AS juga tuduh Rusia sebagai dalang pergolakan di Ukraine.

Setiap konflik mesti ada dalang.

Begitulah juga apa yang berlaku di Lahad Datu.
Satu dalang dari dalam.Satu lagi dalang dari luar.

Kalau sidang khas Parlimen MH 17 hambar dan lesu maka sia sia persidangan hari ini.

Harapan pihak kerajaan dapat memnghurai fakta dan maklumat yang terbaik.

Begitu juga pihak Pakatan Rakyat dapat mendedahkan dan membela mangsa yang terkorban serta imej negara.

Rakyat mahu tahu semua ini.

Harapan agar tidak ada MP yang cuma lena dan pakar pasang telinga sepanjang sidang ini berjalan.

Inngat semua MP dibayar berbagai elaun sepanjang sidang ini.

Adakah mereka benar-benar suara rakyat.

Terima kasih Dato.

wankamarul701 said...

Tula..ada sembang dengan kawan. Takkan bagi macam tu je tak da apa-apa janji seperti bagi suaka politik dll. Wallahua'lam.

Firdaus Abas said...

Salam Dato'

Minta dato' komen mengenai kejayaan rundingan yang dikepalai dato' najib berkaitan MH17.

My personal opinion is despite of what he promised or gave if there is any to Alexander Borodai, he earn my respect for this successful deal with the Ukranian separatist.

He and his diplomatic team and delegates of MH17 really done what other big and powerful nation failed to do.

Negara - negara besar cuma dok bercakap berdegar degar.. action tak dak..

Orang Melayu menggunakan kepandaian berbudi bahasa, cakap berlapik dan lenggok bahasa yang tidak menyakitkan hati ini lah yang telah berjaya mencapai kejayaan rundingan.

Dato', on this MH17 matter we should acknowledge Dato' Najib and hope that he used this intelligent capacity on other issues as well in our country to again prosperous our country. Perhaps this is not an one-off thing.

Wassalam

abdullah ngah said...

saya sangat kesal dengan sikap Datuk yang telah iktirap dengan pemberontak Rusia terhadap Ukraie yang sudah merdeka itu.

ab said...

Salam Dato,




Saya ucapkan tahniah kepada PM dan kerajaan kerana uruskan kes MH17 ni dengan cemerlang...



Tinggal tunggu keputusan siapa tembak dan siapa suruh tembak..



KALAU BOLIH,TENTU SANGAT ELOK KALAU `PROTOCOL MH17' ni digunakan untuk semua urusan masaalah dalam negeri..baik masaalah ekonomi,masaalah social,masaalah ugama, masaalah politik dll..




SELAMAT HARI RAYA TUAN PM dan keluarga tuan...


Selamat hari raya tuan Dato Kadir dan keluarga juga.


Abu Bakar Ab Rahman

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Daripada kata-katanya dapat kita ketahui sama ada seseorang itu 'Fikir Tajam' atau 'Fikir Tumpul' atau 'Langsung Tak Berotak untuk ber'Fikir'.

Oleh sebab dia tak berotak untuk berfikir, dia tak kenal lagi mana dosa mana pahala; lantas dia menuduh Mustafa Ali 'libas betina'
seolah-olah dia melihat dengan mata kepalanya sendiri Mustafa Ali sedang melibas seorang betina.

Akal singkat sungguh sehingga tak sedar betapa besarnya dosa dia sehingga tergamak mengesahkan yang Mustafa Ali melakukannya. Na'uzubillahiminzalik.

Kalau dia seorang beriman, dia WAJIB mohon ampun dan maaf kepada Mustafa Ali. Kalau tidak, di akhirat nanti, jatuh muflislah dia. Sekali lagi na'uzubillahiminzalik.

Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.

matpenang said...

Sdr fikir tajam,

Ramai yang anda perlu mohon maaf andai tuduhan anda tidak betul, sebelum expiry date anda tiba. Bahkan jika pembaca menyebarkan tuduhan ini, saya tiada gambaran bagaimana anda akan dituntut pembalasan di hari pembalasan nanti.

Percaya atau tidak, saya hanya menyampai apa yang bakal anda temui.

Fikir Tajam said...

Hanya MEDIOCRE yg tak habis-habis fikir ada aspek 'give n take' dalam perundingan tersebut.

Kalau ya sekalipun yg DAKJ benci sesangat dengan DS Najib tak kan sampai begitu NAIVE pemikiran strategies Datuk.

Tolong jangan sekali-kali rendahkan pemikiran pembaca blog Datuk. Lebih dahsyat lagi tolonglah jangan underated yourself.

Hanya JAUHARI mengenal maknikam.

Jangan terikut-ikut gaya school of thought PAS dan DAP/PKR yg akan membidas apa sahaja demi political mileage mereka.

Seperti saya lontarkan semalam... jangan GOPOH GAPAH menangani dan membuat analisis seronok sendiri dalam tragedi ini.

Hormatilah jiwa yg telah melayang juga kaum keluarga yg menanggung kesedihan.

Oustanding people akan lihat pelbagai sudut dan lapisan. Jangan tengok permukaan sahaja seperti Anwar Ibrahim yg kerap rujuk buku itu buku ini, sarjana itu sarjana ini walhal dia cuma baca sinopsisnya saja.

LOMPONG! TONG KOSONG!

Fikir Tajam said...

As Salam DAKJ,

Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya.

Insan rasional tahu membeda the do's and the don't. Tahu mana kaca mana merjan.

Yang kecil dikasihi yang tua dihormati.

Jika salah ditegur malah boleh saja dikritik. Tapi jika benar kenapa membisu SERIBU BAHASA?

Tolonglah DAKJ. Jangan rendah hinakan kedudukan DAKJ sebagai seorang Tokoh Wartawan Terbilang lagi tersohor di tanahir tercinta ini.

Saya hormat pandangan DAKJ malah dalam banyak perkara kita 'sekapal' menegur tindak tanduk kerajaan yg ternyata merugikan BANGSA & AGAMA. Contoh terbaik adalah ISA yg telah dihapuskan oleh DS Najib. Pembentukan MPKN yg dimanipulasi puak Liberalis.

DS Najib sememangnya seorang 'condom man' sejak era Pak Lah lagi. Beliau diam menikus tatkala ramai khalayak UMNO menyanggah 'flip-flop' Pak Lah termasuk Tun M dan TS Muhyiddin sendiri.

Bagaimanapun cara beliau menangani tragedi MH370 dan MH17 wajar diberi merit. Jujurlah Datuk. Yg benar kita akui yg salah kita sanggah. DAKJ akan lebih berwibawa sekiranya bersikap BUDIMAN mengakui apa yg betul.

Tapi ternyata DAKJ lebih suka duplicate karakter DS Najib...PLAY SAFE.

Pemikiran tahap budak lepasan sekolah sahaja yg dibenaknya telah dihantui oleh filem SAMPAH David Teo mengenai Gangsterisme yg memikirkan ada aspek tawar menawar dalam perundingan tersebut.

Atau sememangnya hati DAKJ pun sama HITAM seperti hati Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Nga Kor Meng, Tony Pua, Ong Kian Meng, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Mustafa Ali, Husam Musa dan ramai juga MUSIBAT UMNO seperti Musa Hitam, Kadir Sheikh Fadhir, Muhammad Taib, yg tahap IQ mereka approaches zero.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Semalam, menteri Rusia mengeluarkan bukti bervideo adanya kapalterbang lain, (yg ditutup transponder bagi mengelak dikesan) berlegar-legar di kawasan MH17 ditembak jatuh seterusnya membuat “airturn back”... Sebijik macam kes MH370 yg juga dikatakan ditutup transpondernya, tapi sayangnya menteri kita kata “airturn back” itu adalah MH370 sendiri. Itulah standard menteri dan perisikan kita berbanding dgn menteri dan perisikan Rusia. Bagai langit dan bumi standardnya.

Juga sebelah MH17, rupanya ada kt Singapore yg melalui jalan yg sama. Ini bermaksud MAS dan juga syarikat penerbangan yg lain menggunakan laluan tersebut yg memang digazettkan dan ditetapkan sebagai laluan antarbangsa. Jadinya, MAS memang tidak bersalah dalam hal ini.

Juga Rusia mempertikaikan siapa mengarahkan MAS melencung hingga 40 km dari laluan sebenar dan diarahkan turun sehingga 30000 kaki. Jawapannya pasti ada di dlm kotak hitam tersebut. Sebab itulah separatist Ukraine menyerahkan kotak hitam itu terus kepada Dato’ Seri Najib tanpa ada apa-apa syarat tambahan. Mereka cuma mahukan seluruh dunia mengetahui siapakah yg berlaku dajal sebenarnya, supaya kebenaran dapat ditegakkan.

Begitulah rasa hormat mereka kepada kepimpinan Dato’ Seri Najib dan mereka juga meletakkan sepenuh kepercayaan kepada perdana menteri kita utk menegakkan kebenaran.

Akhir kata, saya rasa sekarang dah jelas sebenarnya siapakah “pihak ketiga” seperti yg saya maksudkan sebelum ini. Sebab itulah saya selalu ingatkan supaya jangan salah memilih kawan, nanti kena main hidup-hidup. Sekian TQ.

berasiam said...

salam DAKJ

yang buat cerita tentang wang tebusan adalah rafizi ramli, ahli parlimen pandan yang bukan anak jati selangor tapi menang atas sokongan solid daripada orang cina. sama juga coraknya dengan media asing yang buat macam-macam cerita dongeng syok sendiri tentang tragedi MH17 tanpa bukti yang sah dan meyakinkan. seperti lazimnya, ada yang percaya pada cerita dongeng seolah-olah fakta yang benar. mungkin juga yang percaya terdapat wang dilibatkan dalam rundingan kerana di dalam negara, pm selalu menggunakan wang sebagai gula-gula. di peringkat antarabangsa najib berjaya dengan kaedah perundingan, di negara sendiri belau setakat ini belum berjaya menggunakan kaedah serupa. faktor utamanya adalah kejujuran. pihak di ukraine tenyata lebih jujur dalam perundingan hingga najib mampu mencapai kejayaan dalam tempoh singkat. di dalam negara, wujud kumpulan yang sentiasa mengambil kesempatan mempermainkan sikap najib yang suka berlembut. seribu kali berunding pun dan mereka beroleh apa yang mereka tuntut pun, mereka akan terus tidak berpuas hati dan membuat tuntutan yang lain pula. bagi menangani sikap sebeginilah najib diharapkan akan menunjukkan ketegasan agar kepentingan majoriti terus terjamin dan keutuhan negara kekal terpelihara.

perundingan memanglah kaedah bertamadun untuk menyelesaikan sebarang pertikaian namun dengan sikap melampau yang menuntut segalanya tanpa tolak ansur, ketegasan perlu digunakan.

Joe Black said...

Datuk,

As For Fikir Tajam....

Ignore Him...
If you pay no Attention to him, he may not slink away, but he will grow increasingly desperate, increasingly coherent, and (best of all) increasingly unhappy. The happier your life, the more miserable his. This person is his own enemy and it is one of life's delights to watch him go beserk. But really, to enjoy this one should never give him any attention.

Although I must say...his Idiocy does not make him totally wrong. Treat the crticism as if it has been produced by the monkey with the typewriter, that is to see it as a lucky shot that happened to hit the mark. That way you'll still keep your pride while denigrating the source and live longer.

Selamat Hari Raya Datuk and take it easy...

A KADIR JASIN said...

1. Terima kasih kepada semua para pembahas, khususnya Sdr Fikir Tajam.

2. Kalau isu memuji PM kerana menyelesaikan masalah akses kepada tapak MH17 terhempas terlalu penting bagi sesetengah orang, tak apalah. Saya turut mengiktiraf tindakan beliau. Itulah pun tujuan kita memilih pemimpin dan kerajaan – untuk membuat yang baik dan betul.

3. Kalau saya ketua pemisah Ukraine, saya pun akan berunding dengan Mohd Najib. Bagi saya ia umpama pujuk dicita ulam mendatang.

4. Apa yang PM Malaysia lakukan itu membawa maksud saya sebagai ketua pemisah diiktiraf oleh sebuah negara asing yang berdaulat.

5. Lagipun, kerjasama yang ketua pemisahan itu berikan akan meredakan kutukan dunia ke atas gerakannya dan mungkin juga meringankan beban tanggungjawab seandainya dihadapkan ke Mahkamah Antarabangsa Jenayah Perang kerana menembak jatuh MH17.

6. Apa pula perasaan atau reaksi kerajaan Ukraine apabila ada negara luar yang berunding terus dengan pemberontak dan pengganas di negara mereka?

7. Yang penting sekarang pasukan pencari dan penyiasat ada akses kepada tapak bencana dan legalah sedikit hati keluarga mangsa.

Terima kasih.

wankamarul701 said...

Takpela Dakj, mayat warganegara Malaysia lebih penting dari nak jaga hati pemimpin Kerajaan Ukraine.. Hmmm...

saloi said...

PM Arseniy Yatsenyuk hanyalah budak suruhan US...

Kampong man said...

DAKJ,

1.I have no problem at all in what sdra Fikir Tajam said.He speaks the truth and I am in agreement to most of what he said.I would instead ignore of what Joe Black comment on that possibility of money changing hand as his asumption, berperangka buruk kata orang Melayu Islam.That is not very nice.

2.We all know that Najib effort to secure the blackbox received recognition and praise worldwide especially the western hovernmentd as reported by WSJ.Joe Black should read that article(recrive mostl read in the internet) .The international community in awe of Najib handling of MH17 tragedy.The risk Najib made is paid off.It is not tantamount to recognition of the rebel.Please get this right.

3.Further , the entire parliament is in one voice in support of Najib effort and handling of MH17.Who cares what those negative thinkers wish to say and attempt to belittle the PM effort in this tragedy.They will continue to do so and they will turn a blind eye when credits are due.Shouldn't we Malaysians be behind our PM and be united at this time ?.

SELAMAT HARI RAYA to fellow muslims and have a safe journey back to your kampung.Cheers.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).