Tuesday, September 23, 2014

MB Baru Selangor Uji Kelangsungan Pakatan Rakyat


A Kadir Jasin


[KOMEN anonymous dan kesat tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Nama samaran dibenarkan.]

SAMA ada Pakatan Rakyat berada di ambang kemusnahan atau sedang memasuki zaman baru, bergantung kepada reaksinya terhadap pelantikan Mohd Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor hari ini.

Mohd Azmin angkat sumpah jawatan MB Selangor - TV1/Malaysiakini
Yang pasti beliau bukanlah pilihan sukarela Parti Keadilan Rakyat. Beliau lebih berupa kehendak Istana.

PKR terpaksa merestui pencalonan beliau di saat-saat akhir setelah segala usaha “memaksa” Istana menerima Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal tidak berhasil.

Kalau PKR boleh bertolak-ansur dan menerima ketentuan ini dengan kewarasan (wisdom), Mohd Azmin boleh menjadi MB tanpa gangguan dan boleh membuktikan sama ada beliau mampu atau tidak mentadbir Selangor yang telah mengorbankan banyak MB.

Tetapi kalau PKR masih berkeras dan berdendam, besar kemungkinan Mohd Azmin akan menjadi seorang lagi MB Selangor yang dilanda sial dan Pakatan Rakyat menjadi semakin tidak relevan kepada rakyat Selangor.

PKR dan penyokong fanatik Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim boleh menggunakan pelbagai cara untuk mengganggu gugat kedudukan Mohd Azmin seperti yang mereka lakukan terhadap Abdul Khalid Ibrahim dalam masa beberapa bulan terakhir ini.

Harapan Mohd Azmin satu saja – keakraban dan taat setia beliau yang begitu lama dan tidak berbelah bahagi terhadap Anwar. Beliau begitu sabar dan pasrah dikutuk, dicaci dan dimaki hamun semata-mata kerana taat dan setia kepada Anwar.

Selama 16 tahun Anwar di dalam Umno dan sepanjang Mohd Azmin menjadi pegawai peribadinya, saya telah melihat dan mendengar sendiri bagaimana Mohd Azmin difitnah, dicaci dan dimaki kerana kesetiaannya. Namun beliau tetap setia.

Azmin, 50 tahun dan isterinya Shamsidar Taharin
Kalau PKR masih berkeras mahu memaksakan kehendaknya ke atas semua pihak, khususnya pengundi Selangor, semata-mata kerana mahukan dinasti Anwar, saya rasa pengundi dan rakyat jelata Selangor perlu menimbang semula sokongan kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Drama dan lawak politik Selangor di bawah PR tidak lagi lucu. Sejak tercetusnya krisis MB Selangor, parti-parti PR nampak seakan-akan orang mabuk todi dan gian ganja.

Ia juga menguji kebijaksanaan dan keberkesanan Anwar sebagai ketua atas nama (de facto) PR. Kalau PKR, PAS dan DAP masih berasa bertanggungjawab terhadap pengundi yang memilih mereka dan pembayar cukai yang memberi upah kepada mereka maka mereka perlulah berhenti membuat lawak. Jenaka mereka tidak lucu lagi.

Dan PAS yang calar-balar terkena ledakan dalaman PKR dan dicaci cerca oleh DAP perlulah memikirkan semula bentuk perkongsiannya dengan dua parti liberal itu.

Sangat hodoh dan memalukan apabila PAS bercakaran sesama sendiri umpama ayam jantan dalam serkap semata-mata kerana acahan PKR dan DAP.

Sebagai parti berideologikan Islam dan tertua di kalangan parti-parti PR, PAS tidak sepatutnya membiarkan dirinya diperalatkan.

Wallahuaklam.

23 comments:

wankamarul701 said...

Azmin katanya anak angkat Dr. Mahathir dulu. Tapi lepas krisis 1998 anwar - Mahathir. Azmin lari ikut anwar tubuh pkr.

awang batuburok said...


Salam Dato,

Rasanya semua ahli-ahli politik dalam PR perlu berterus terang dan hentikan lawak Trojan Horse....

Mana-mana ahli yang teringin dan kepingin sangat untuk berketuakan Anwar Ibrahim dan Isteri elok lah ishtihar masuk PKR, yang ingin berketuakan Lim Kit Siang and Son eloklah masuk DAP, yang ingin berketuakan Abdul Hadi Awang and Sons eloklah masuk PAS.

wallahualam.......

samurai melayu said...
This comment has been removed by the author.
samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ,

Tahniah kpd Anwar kerana akhirnya impiannya inginkan Azmin Ali meneraju pentadbiran Negeri Selangor tercapai..

Sememangnya dari detik Selangor dikuasai PR Anwar mahukan Azmin hanya ditolak dengan kerasnya oleh PAS dan DAP..

Mungkin 'Langkah Kajang' yang dikatakan memakan tuan sebenarnya adalah ' Wayang Kulit' Anwar untuk 'memaksa' DAP dan PAS menerima Azmin Ali sebagai MB dalam keadaan Terdesak?

Bagaimana pun kami ucapkan terima kasih kepada baginda Sultan yang telah melantik anak orang Selangor dan bukan sebaliknya

Daulat Tuanku

Alfatihah, Aamiin

Ps. Serampang dua mata

ismail muda said...

Ingatkan ketua penerangan umno (mat maslan) nak ucap tahniah kpd MB baru Selangor. Beliau mengulas benda bukan2. Patutnya sama2 kita ucap tahniah pada MB Selangor baru dan doakan rakyat sejahtera, negeri makmur.
Pemikiran pemimpin kita masih tahap lama dan menyonsang arus dalam memajukan negara & bangsa. Sampai bila2 pun kita dok berperang sesama kita.
Tahniah YAB Azmin & harapan Selangor ditadbir lebih bagus.

Led Zeppelin said...

Datuk,

Setuju sangat-sangat.Sudah-sudah lah berpolitik tu.Buat la kerja untuk rakyat Selangor dan majukan negeri ini yang di katakan negeri paling maju di Malaysia.Penat la Datuk nak baca cerita-cerita yang tak berfaedah macam apa yang jadi pada TSKI.Buktikan kita orang Melayu boleh buat kerja,tidak korup atau lazy dan dishonest seperti yang di luahkan oleh mantan PM.

MOKHTAR said...

SALAM DATO,

TUANKU TIADA ADA PILIHAN CALON TERBAIK UNTUK JAWATAN MB SELANGOR TANPA MENGAMBIL KIRA KESTABILAN POLITIK JANGKA PANJANG DISELANGOR DAN JUGA POLITICAL BACKLASH DARIPADA DSAI & SUPPORTERS.

KITA BERHARAP YB AZMIN DAPAT NEUTRALIZE DSAI & SUPPORTERS UNTUK MEMERINTAH SELANGOR TANPA GANGGUAN POLITIK DARIPADA MEREKA.MELUCUT JAWATAN PENASIHAT EKONOMI ADALAH TINDAKAN BIJAK KEARAH TERSEBUT & PASTIKAN ' ISTERI YANG SAYANG DSAI' TIADA DILANTIK DALAM EXCO NEGERI.SAYA BERHARAP YB AZMIN BUKANLAH 'VOICE CONTROL PUPPET' MB.
DSAI TIADA AKAN BERDIAM ATAU PUN BERHENTI DRAMA LAWAKNYA.. BELIAU AKAN TERUS MENCARI SKRIP BARU DENGAN SOKONGAN BADUT2NYA DAN JUGA DAP..ORANG BIASA KATA ' MAYBE IT REQUIRES AN ANIMAL TO PROSPER IN POLITICS '

msh said...

Salam Dato,

Akhirnya Azmin menjadi MB Selangor.

Kira masih calon dari PKR bukan dari Dap dan bukan juga dari Pas.

Agak anti-klimaks juga.

Ini kerana sy mengharap agar calon Pas yg dipilih Sultan...itu pun jika betul Pas menghatar nama dari org mereka seperti yg didakwa.

Atau pun gempak saja.

Tetapi kalau kita lihat betul2....bukan kah kedudukan Khalid sbgai MB telah menjadi suatu isu buat Azmin dari peringkat awal lagi dan menjadi lebih terang diperingkat ke2 pemerintahan PR?

Bukankah Azmin juga disebut2 mengganti Khalid semasa dia (Khalid) didlm tugas lagi cuma Ketua Umum ketika itu menghadapi delimma dan tekanan dari bini dan anak untuk melakukan nya?

Pokoknya...Khalid memang hendak 'dibuang' kerjayanya sbgai MB dan Azmin merupakan penggantinya..cuma keadaan tidak mengizinkan saja.

Erti kata dgn apa cara sekali pun Khalid mesti 'dinyahkan' dan diganti oleh Azmin.

Tetapi bilamana adanya Kajang move....pelan kerja telah bertukar sedikit sebanyak dan tiba2 menjadi cukup kelam kabut lagi bila Ketua Umum dijatuhkan hukuman penjara pula.

Tetapi setelah bini berjaya memenangi kerusi Kajang....bini pula dikira 'the best choice' untuk jawatan MB menggantikan Khalid dan bukan lagi Azmin.

Dlm bab ini sy kira niat mula menggantikan Khalid dgn Azmin masih tetap tercapai.

Tetapi apa yg boleh kita faham ialah betapa 'jujur dan tingginya tahap setiakawan' yg dipamerkan oleh Pas pd sekutu yg seperti ini...atau pun memang tanpa Pas sedari.. mereka (Pas) memang suatu parti yg bodoh ditahap yg paling tinggi dan memang suka dipergunakan begini.

Terima Kasih











zainal abidin awang kechik said...

Selamat bertugas... Moga bertahan lama...

Joe Black said...

Dato'

Memang tepat sekali komen Dato' tentang pengorbanan Azmin. Bolih dikatakan penubuhan PKR usaha sama Anwar dan Azmin. Maka wajarlah Azmin dijadikan MB Selangor bukan sahaja dari segi wakil yang layak dari PKR tetapi juga atas bakat beliau sebagai seorang ahli politik yang sudah matang berjaya mengharungi ujian ujian yang amat perit selama ini.

wak segen said...

Yang mahukan Khaled di pecat dari awal lagi ialah Azmin. Kajang move hanya lah satu 'distraction' dari perkara ini.
Akhir nya Azmin juga yang dapat jadi MB dengan tidak nampak ini ada lah keinginan Anwar.
Anwar has won the game over everyone including.. his PR partners , within PKR and his own wife and family.
Anwar the master conspirator at his best.

Lahuma said...

Dato.

Tahniah Azmin kerana jadi MB Selangor negeri yang terkaya diMalaysia.
Yang beriya -iya nak jadi MB pada asalnya ialah Anwar.Tak menjadi kerana kesnya.Di cadangkan pada isterinya Wan Azizah kebetulan Presiden PKR.Pun tak menjadi.
Habis pecah belah berselerak Pakatan Rakyat.DAP taat sungguh pada Anwar yang diannggap Tok Kong mereka.
Tahniah pada Hadi Awang kerana berjaya terlepas dari kurungan Anwar.

Azmin yang mulut sahaja tak mahu dan menolak pencadangan untuk jawatan MB.Jangan percayalah kalau siapa -siapa kata tak mahu jawatan yang hebat macam MB.

Kesian Mat Sabu yang kena hantam dalam muktamar.Dia cuba elak dengan jawapan yang kurang cerdik.

Masa depan PR nampak macam ada retak sana sini.Kerana Anwar juga PKR retak.PAS jadi serabut.

Istana pun bijak juga.Disinilah dapat kita lihat bahawa peranan Raja Berpelembagaan ada juga kelebihannya.Ada bidang kuasa masing-masing.

Selagi nama manusia dia hanyalah merancang.Ketentuan dari Maha Kuasa jua.

Sukar nak ramal era Azmin yang baru sehari dua ini.

Semoga rakyat Selangor bukanlah jenis YES Sir atau kaki anggok sahaja.

UMNO pula masih di takok lama.

Terima kasih Dato..

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

PKR, DAP dan Dua ADUN ' Barua ' boleh berdiri tanpa sokongan ADUN Pas & UMNO.

Mungkinkah PAS akan dikenakan dengan cara tidak melantik wakil parti itu sebagai exco?

maae said...

Apa yang dilemma :-

1. Azmin memiliki dua ijazah, di khabarkan. Selama nya setia pembantu peribadi Anwar. Akhir-akhir di katakan sedikit pergeseran dan sedikit bawa diri.

2. Pemansuhan Penasihat Ekonomi Sel dan Pej. yang diakukan oleh Khalid, berkemungkinan tidak Azmin terlibat ? Dari analisa peribadi saya, besar kemungkinan.. Khalid pasti sudah tahu pengganti nya, cuma tidak di umum kerana protokol kerajaan. Lantaran itu Azmin tidak mahu beliau di jadikan de facto. Azmin ingin bertindak atas kuasa yang di miliki kelak secara nyata.
Pada hemat saya, Azmin sudah masak cara Anwar. Beliau sudah tentu sahaja dapat mengatasi masaalah tersebut di mana Khalid menjadi mangsa.

3. Jika Azmin berubah angin, bertaubat dan bersedia beramanah, maka doa nya ketika di Tanah Suci termakbul jua..insyaAllah...

Kata nya - Dia akan tadbir dan perintah cara sendiri. Kita lihat apa maksud nya...

tebing tinggi said...


Agak kurang tepat ,mengatakan perlantikan Azmin sebagai kehendak Istana.

Sebagaimana yang diketahwi PAS menolak pelantikan ,walaupon menghantar nama-nama sebagaimana disarankan . Kesimpulanya pelantikan Azmin kerana penolakan calon-calon dari PAS ,yang ingin menjaga hubongan dan menunjokan semangat setia-kawan , malangnya tindakan tidak langsong dihargai.

Bagitulah kalau memileh ,'syitan' sebagai kawan ,( ulangan kata-kata Nik Aziz) yang rela berkawan dengan syitan dari berkawan dengan UMNO.

sy4 said...

salam hormat, salam sejahtera. Dato', semua

azmin dah dapat peluang perintah dan tadbir negeri , bolehlah terus manfaat seoptima, bukti kan untuk rakyat setempat & Malaysia.
ia bonus package utk Azmin, walau ia bukan asal plan.
boleh lah review strategi . pihak yg bukan seteru kena la respond wajar.

otai kepala parti pun kena bertenang, terus objektif , dan semua yg baik akan susul.
otai yg baik, kenalah jujur dgn diri & amanah . jika selepas diuji & tak reti pula nilai prestasi sendiri, nak tak nak sahabat jamaah la yg kena fikirkan jln nya.
saya & rakyat cuma nak prkara yg paling baik . siapa boleh deliver kami support.

we love Malaysia
salaam
sy4

jumbeaux said...

Salam Datuk,

Masa akan menentukan siapa yang menang di dalam pelantikan Azmin ini.

PKR dan DAP mungkin sudah berjaya mendapat seorang MB yang lebih mendengar kata.

BN mungkin gembira kerana Azmin banyak "skeleton in the closet" untuk di serang nanti.

Yang kesiannya rakyat Selangor kerana telah hilang seorang MB yang cekap dan amanah.

Johan said...

Dato'. Azmin sebagai MB kena taat pada Sultan dan bukannya pada parti. Itu janji setianya.

A KADIR JASIN said...

1. Dengan izin. Saya rasa saya boleh berbincang mengenai politik Selangor, khususnya pelantikan Mohd Azmin sebagai MB, secara yang agak authoritative kerana saya penduduk Selangor/WP sejak 1969 dan mengundi di Selangor sejak 1970-an. Saya kenal Anwar secara peribadi apabila beliau masuk Umno pada tahun 1982 dan Azmin apabila beliau mula bertugas untuk Anwar.
2. Ada pembahas yang mahu Mohd Azmin bebas daripada Anwar dan ada yang berpendapat beliau akan menjadi boneka Anwar. Realitinya mereka adalah rakan sekerja yang sangat akrab dan kesetiaan Mohd Azmin kepada Anwar adalah realiti.
3. Cuma sebagai MB, beliau bukan sekadar melaksanakan kehendak parti dan akur kepada kuasa Anwar dan Dr Wan Azizah sebagai ketua parti, malah beliau juga bertanggungjawab terhadap rakan-rakan Pakatan Rakyat dan paling utama kepada rakyat jelata Selangor.
4. Adalah mustahil bagi beliau memisahkan diri daripada Anwar dan partinya atau cuba meniru Umno yang menolak pemimpin lama malah mempersendakan mereka seperti yang dilakukan ke atas (Tun) Dr Mahathir oleh pengganti-penggantinya.
5. Kalau di segi “kekayaan” ilmu dan pengalaman, Mohd Azmin mungkin mengatasi Abdul Khalid. Abdul Khalid orang korporat. Mohd Azmin ada pengalaman pentadbiran dan pengurusan yang luas dan lama sebagai orang paling kanan di kalangan pegawai peribadi Anwar.
6. Saya yakin beliau tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang perlu dijauhi sebagai MB kerana beliau berada, melihat dan terbabit terus dengan apa yang Anwar lakukan (buruk dan baik) sebagai Timbalan Presiden Umno, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Yang baik boleh beliau jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan.
7. Saya yakin Mohd Azmin tahu iaitu ramai orang tahu mengenai kesetiaan beliau kepada Anwar dan pertalian beliau dengan mentor-mentornya ketika beliau dan Anwar berada dalam Umno dan kerajaan. Beliau wajib melakukan yang terbaik untuk Selangor, rakyat dan penduduknya.

Terima kasih.

azhar said...

salam DAKJ

berebut jawatan dah selesai.

lepas ini mereka nak berebut apa pulak?

perangai mereka amat memualkan.

maae said...

Kita lihat barisan exco nya nanti. Ini gambaran yang kita boleh kaji sehingga 90% tepat. Betul Datuk ?

din klang said...

Dato

beranikah Azmin sebagai MB selangor dan juga merangkap Timbalan Presiden PKR melantik Wan Azizah yang juga merangkap Presiden PKR sebagai ahli Exco Selangor

Dan sanggupkah Wan Azizah menerimanya ?

wahi said...

Dato'marilah kita sama-sama doakan supaya Azmin Ali depot menerajui negeri Selangor dengan baik dan telus. Usahlah kita mencari2 kelemahan sedangkan beliau belum lagi bermula.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).