Thursday, January 22, 2015

PM-Anwar: Burung Sebulu Terbang Beregu


A Kadir Jasin

BANYAK pihak bertanya saya mengenai tulisan (Tan Sri) Zainuddin Maidin aka Zam dalam blognya pada 19 Januari lepas bertajuk “salam terakhir Zam pada penulisan politik semasa.”

 

Zam sudah beri penjelasan dan saya pun sudah berpuisi dalam blog beliau. Apa pun saya terpaksa hormati keputusan beliau walaupun saya berkata kepada beliau yang beliau perlu terus berjuang.

 

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

 

Nampaknya Zam kecewa dan begitu tersentuh apabila teguran beliau terhadap pemerintah, khususnya kepada kawan lamanya Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, dianggap persekongkolan dengan (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan (Tun) Daim Zainuddin.

 

Zam kata beliau bukan penulis upahan dan tidak pernah menjadi penulis upahan. Bagi saya itu hujah teknikal. Saya adalah penulis upahan. Saya katakan begitu kerana memang saya diupah menulis oleh syarikat saya dan saya juga diberi upah oleh akhbar dan majalah yang menyiarkan karya saya. Perdana Menteri pun diupah untuk memerintah negara. Makan upah halal tidak salah.

 

Cuma dalam menulis blog ini saja tidak diupah atau ditaja oleh sesiapa. Sebaliknya saya keluarkan duit sendiri dan guna masa sendiri.

 

Awal dan akhir, saya adalah wartawan. Saya tidak pernah merajuk, tidak pernah mogok seni dan tidak pernah tutup blog saya.

 

Saya menulis sejak di bangku sekolah lagi dan menjadi wartawan tanpa putus-putus sejak tahun 1969. Tahun ini masuk tahun ke-46 saya jadi wartawan dan bulan hadapan genaplah sembilan tahun blog ini.

 

Tidak seperti Zam dan beberapa orang wartawan lain, saya tidak tergoda dengan politik dan tidak “bercuti” daripada kewartawanan untuk menjadi Yang Berhormat atau menteri. Jadi tidak adalah apa-apa yang boleh menyebabkan saya dalam dilema, serba salah dan gusar apabila menulis mengenai politik dan orang politik.

 

Zam dan beberapa orang wartawan-politikus memilih untuk menjadi makhluk dua alam yang melompat antara dunia kewartawanan dan politik. Itu hak dan pilihan mereka. Saya memilih untuk kekal sebagai seorang wartawan.

Anwar dan Mohd Najib ceria menikmati "a cuppa"

 

Berkenaan perang media yang menyebabkan Zam turut terseret dan terpalit, pendapat saya adalah seperti berikut:

 

1. Perdana Menteri tidak menyangka bahawa dua orang penjaga (guardians) politiknya - Dr Mahathir dan Daim – boleh menjadi begitu kritikal terhadap beliau sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, suami dan presiden parti.

 

2. Pada mulanya beliau menggunakan taktik berdiam diri ala "elegant silence" (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, disusuli dengan berjumpa sendiri dengan Dr Mahathir dan Daim. Tetapi tindakan susulan beliau tidak meyakinkan kedua-dua orang lama itu dan mereka terus bersuara.

 

3. Daripada taktik pertahan diri, Mohd Najib dan pakar-pakar perang sarafnya berpindah kepada taktik serangan dengan melantik Ketua Pembangkang, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, sebagai protagonis utama.

 

4. Premis mereka adalah ancaman terdekat terhadap Mohd Najib ialah Dr Mahathir dan Daim. Dalam masa terdekat dua orang veteran itu boleh menggugat kedudukan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

 

5. Jadi keutamaan Mohd Najib adalah mengatasi cabaran yang berpunca daripada Dr Mahathir dan Daim. Maka menjatuhkan imej dan kewibawaan mereka adalah pilihan utama dan terbaik bagi Mohd Najib.

 

6. Anwar juga ancaman kepada beliau tetapi tidak segera seperti ancaman Dr Mahathir dan Daim. Ancaman Anwar adalah apabila pilihan raya umum diadakan tiga atau empat tahun dari sekarang. Dalam tempoh itu mungkin Anwar bukan ancaman lagi!

 

7. Tindakan Mohd Najib dan jentera diayahnya menyerang Daim melalui media arus perdana (MAP) kawalan Umno adalah strategi luar biasa yang boleh menjadi senjata makan tuan. Ia mengalih fokus Anwar daripada kerajaan kepada Daim dan Dr Mahathir. Mohd Najib tentu tahu bahawa Dr Mahathir, Daim dan Anwar adalah trio yang sangat berpengaruh ketika Anwar dalam Umno dan kerajaan sedangkan beliau sendiri sekadar pelakon tambahan. Jadi melaga-lagakan bekas "tiga sahabat" itu adalah strategi bijak. Hatta Anwar sendiri tidak sedar dan termasuk perangkap perang saraf Mohd Najib.

 

8. Selain isu kredibiliti dan audiens, MAP tidak rugi apa-apa dengan memberi pentas kepada Anwar kerana apabila (atau sekiranya) Dr Mahathir dan Daim berjaya difitnah dan dilenyapkan, tinggallah Anwar sebagai musuh tunggal yang mudah diuruskan.

Zaman dolu-dolu: Birds of a feather stick together

 

9. Daripada tindak-tanduk MAP menggunakan Anwar sebagai jurucakap timbullah gambaran bahawa Anwar masih mempunyai simpatisan (simpathizers) di kalangan eksekutif, pengarang dan wartawan MAP.

 

10. Kemungkinan wujud hasrat tersirat dan persefahaman belakang tabir berbentuk quit pro quo di antara Mohd Najib dan Anwar memandangkan kedua-dua mereka mempunyai “isu-isu” yang mungkin boleh dirungkaikan atau, setidak-tidaknya pun, dikurangkan impaknya kalau mereka saling bantu membantu. Kata ungkapan Inggeris “birds of a feather stick together.”

 

11. Akhir sekali, dalam politik tidak ada musuh yang kekal. Yang kekal hanyalah kepentingan bersama. Kalau Anwar boleh berkasih-kasihan dengan Dr Mahathir selama 16 tahun dalam Umno dan kerajaan, tidaklah mustahil bagi Anwar bercumbu-cumbuan dengan Mohd Najib. Kalau ini permainan catur, Anwar pasti tahu Mohd Najib lebih mudah dimakan berbanding Dr Mahathir dan Daim.

Wallahuaklam.

57 comments:

wankamarul701 said...

Berita Publishing - Dakj ke Tuannya?

Hang Kasturi said...

As Salam DAKJ..ZAM sebagai seorang ahli politik dan wartawan sepatutnya punyai semangat juang yang lebih jitu..tapi ZAM merajuk pula..kami pohon ZAM teruskan perjuangan menulis melalui blognya yang begitu popular. Bila blog Dt dan ZAM digabungkan, ianya lebih hebat dan rakyat pasti dapat banyak manfaat..ayuh Tan Sri ambil balik pena dan terus blog...

A KADIR JASIN said...

Pembahas Seri Nara al-Diraja,

1. BPSB ada beberapa pemegang saham.

2. Saya bekerja dengan PBSB jadi dapatlah upah.

3. Sebagai pemegang saham saya kenalah carum modal.

Terima kasih.

wankamarul701 said...

Ooo. Pernah juga layari website Berita Publishing. Tengok Dakj editor-in-chief. Sebab tu tanya. Terima kasih Dakj.

Bustanul Bey said...

Salam Datuk,

Pada hemat saya, antara AI dan Najib, AI lebih pengalaman dan bijak dlm mengatur strategi politik beliau berbanding Najib. Najib tak pernah melalui ranjau politik berbanding AI dan Mahathir. Jadi pendekatan beliau lebih bersifat jangka pendek, yg tak menguntungkan jangka panjang. AI ada aura dlm penampilan beliau, sering kali ini menjadi senjata beliau dlm memukau orang, malah ramai yg telah tertipu oleh beliau, termasuklah Mahathir.

Jadi pada saya ia bakal menjadi jerat makan tuan kepada Najib. Tunggu dan saksikan lah, hanya masa akan menentukannya.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Beberapa senario yg boleh di perhatikan.

1. Najib gaduh dgn TDM, TDZ, TSZM dan Anwar serentak peluang Najib nak menang amat tipis.

2. Watak paling lemah iaitu TSZM nampak gayanya telah pun di amankan oleh geng2 Najib dgn mudah.

Ada sesetengah penentang kerajaan akan lemah longlai apabila fail2 masa silam diri sendiri atau keluarga terdekat dibentangkan depan mata.

Sementara taktik ini mungkin efektif terhadap personaliti spt TSZM, taktif sebegini tak digeruni oleh TDM dan TDZ.

Sementara Anwar pulak memang tak punya apa2 fail sehingga pemerintah terpaksa merikacipta fail dan skrip spt sodomi.

3. Anwar sangat konsisten sejak tahun 1999 mengatakan beliau sebagai mantan TPM dan menteri kewangan mempunyai bukti2 yg boleh mensabitkan TDZ dgn amalan rasuah.

4. Bila TDM bersatu dgn TDZ melawan Najib dan bila MAP mula membangkitkan kemungkinan rasuah TDZ maka inilah peluang Anwar mengetengahkan bukti yg ada ditangan beliau.

Sudah tentu Anwar akan di tuduh bersekongkol dgn Najib.

Siapa peduli! Mana tau kalau2 berhadapan dgn senario ini tiba2 hakim2 mahkamah persekutuan dapat mimpi akan pesan2 dari Putrajaya. Maka terlepaslah Anwar drpd sodomi2 dan malu besarlah org2 yg mencipta fitnah sodomi sejak 1998 lagi.

5. Apa2 pun Mahyuddin dan penyokong2 beliau sedang menunggu dgn penuh debaran.

kampong lad said...

'taatilah mereka yg tidak meminta upah dari kamu utk diri mereka, dan mereka lah yg mendapat petunjuk'.(obey those who do not ask any payment from you for themselves, and they who receive guidance').

ini allah taala yg kata melalui lidah pesuruhnya. surah apa & ayat berapa, sendiri cari. inilah salah satu kriteria pemimpin yg mutlak. yg dok ada sekarang hanya pemimpin2 politik & pemerintah. pemimpin, pada masa yg sama boleh jadi pemerintah tetapi pemerintah tak mesti jadi pemimpin.

slick said...

Itu pasal nuar lambat dijatuh hukum.Ini org masih berguna untuk game politik yg kotor ini. Nampak nya rakyat jadi lembu lah. Muhiddin..tolong ambil alih cepat, nuar mungkin bebas.

Quantum Metal Consultant said...

Saya berpendapat ramai pengomen yang memberi kritikan kepada Najib tidak mempunyai apa-apa kepentingan pun, sekadar menasihat dan ingin melihat benda baik jadi elok atau lebih elok - lebih kepda satu perasaan sayang dan tanggungjawab.

Tetapi apabila tidak dihargai malah dituduh yang bukan-bukan, antara respon spontan ialah - lantak engkau lah !!!!!

Hubungan Najib Anwar atau nasib Anwar selepas ini di tangan undang-undang akan selalu diperhatikan oleh rakyat.

Setiap permulaan ada penghujungnya..

imlan adabi said...

Penjaja berita mengaitkan pertemuan di Jakarta.. betul atau tidak bukannya isu. Paling penting agenda Anwar dan Najib ketika ini selari. Musuh bersama manuskrip bersama. Mungkin senario politik berbeza tak lama lagi. Kirimkan salam pada Zam... buruknya merayu

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam dato,




Ini lah kebijaksaan serta amalan orang melayu/bumiputra terbaik dan terkini didunia........bercakaran dan bergaduh,kalau bolih bunuh sesama sendiri.


Melayu/bumiputra sebegini bukanlah pengikut islam seperti didalam alquran.



Non muslim sedang bersungguh sungguh memerintah dunia dan memenafaatkan segala rezeki didunia,untuk kehidupan dunia yang lebih baik dan selesa....macam tertulis dan ajaran islam didalam quran.



Bosan,benci,menyampah dan sangat meluat!.



Abu Bakar Ab Rahman

Anak Aji Mamud said...

hai DAKJ, saya baru nak cuba post a comment....

msh said...

Salam Dato.

Tun M dan Daim...sudah lepas masa.

Najib tengah berkuasa....Anwar pun sudah lepas masa tetapi masih kemaruk tak habis2 dan tak sudah2.

Ungkapan 'burung sebulu..terbang beregu' ini ditujukan khas pd PM - Anwar...memang tepat.

Tetapi sbgai rakyat...dan sbgai seorg Melayu sy kira percaturan sedemikian demi kuasa dan kepenting diri...adalah suatu sikap yg cukup dajal.. lekeh dan hina sekali.

Memperjudikan negara...bangsa dan ugama secara begini cukup...Si#* sekali

Tada ada lagi perkataan yg lebih keji dan hina yg dpt sy sebutkan pd mereka 2 org ini.

Sy cuma berdoa agar...AllahTaala menjatuhkan bala pd mereka.

Amin.

RD. said...

Sejak Utusan dan TV3 mula berganding untuk 'menikam' Dr.M dan Daim, saya mula rasa loya. Kedua-dua media inilah yang menjadi jaguh membela nasib mangsa liwat, Saiful. (Dengar khabar, isteri Saiful, bekas wartawan TV3 sudah ambil VSS dan tidak setuju haluan yang diambil oleh majikan).

"Tindakan Mohd Najib dan jentera diayahnya menyerang Daim melalui media arus perdana (MAP) kawalan Umno adalah strategi luar biasa yang boleh menjadi senjata makan tuan".

Saya setuju. Dengan menggunakan Anwar, pengundi yang pernah menyokong BN, terutamanya UMNO, akan jadi hairan dan kebinggungan. Dalam benak mereka, Anwar sudah jadi malaikat(Angel)!
Apa yang keluar dari Anwar, sudah boleh dipercayai sebagai keluar dari mulut wali atau Anugerah Tuhan?
-Benarkah ada 40,000 pengundi Bangladesh, PRU lepas? (Sebagai contoh).
-Benarkah Najib mengarah C4 Altantuya? (Sirul Azhar yang didapati bersalah membunuh Altantuya, mungkin sedang di soal-siasat oleh FBI? /Polis Australia, la ni.) Apa-apa maklumat yang MatSalleh dapat dari Sirul boleh digunakan untuk 'picit telor' Najib. (Untuk sign TPPA; sebagai contoh)

-Betul ke, mangsa mahaliwat, Saiful ada berjumpa dengan Najib sebelum membuat laporan Polis.

Nampak gayanya, Anwar akan berjaya merayu Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan bersalah beliau. Sudah tertangguh hampir 3 (tiga) bulan! Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria memerlukan 3 bulan untuk meneliti penghujahan kedua-dua pihak berhubung isu-isu yang dibangkitkan dalam rayuan tersebut?

Nasib baik perebutan kalimah Allah menyebelahi Kerajaan yang dipimpin Najib. Harap Anwar akur dan berhenti menyebelahi The Herald.

Pak Teh Omar said...

Dato',

Salam.

Inilah antara keistimewaan orang Melayu - bergaduh sesama sendiri untuk mencapai kepentingan peribadi sedangkan kaum lain bergaduh sesama sendiri untuk menjaga hak kaum mereka.

Hari ini Mubarak pula dilapor mempertahankan tindakan TV3 menyerang Tun Daim.

Apa nak jadi dengan orang kita Melayu ni Dato'? Yang salah laku disanjung, yang buat onar dipuji, yang menimbulkan huru-hara dianggap hero bangsa sedangkan orang yang tidak ada kepentingan apa-apa dan cuba membantu memperbaiki kesilapan pula dituduh pembawa fitnah dan pembunuh bangsa.

Takkan dalam berjuta ahli Umno tidak ada yang buka mata dan tahu menilai mana buruk dan baik? Jahil sangatkah mereka? Dangkal sangatkah akal mereka?

Dato' mesti terus menulis, tetapi pada masa yang sama juga Dato' harus berhati-hati sebab musuh Dato' terlalu banyak di luar sana, termasuk kawan-kawan Dato' yang pernah Dato' bantu sewaktu mereka tergapai-gapai suatu ketika dulu. Dato' adalah harapan kami walaupun kami tahu Dato' sebenarnya sedang meletakkan leher Dato' pada papan pemenggal.

Ya Allah, engkau selamatkan hambaMu bernama Abdul Kadir Jasin ini. Semoga dia berjaya dalam perjuangannya kalau tidak di mata mereka, dia berjaya di sisiMu Ya Allah. Ameen

Mangsa Banjir 2014 said...

Dato',
Andaian Dato' mengenai gandinagn Anwar/Najib mungkin benar dan mungkin silap. Walau apa pun kedua-dua mereka saling mempergunakan satu sama lain dan mungkin Najib akan bongkar dosa silam Dr M/Daim dan Dr M/Daim akan bongkar dosa Najib pada masa dulu. Dosa Anwar memang telah terbongkar dan tak apa-apa lagi nak di telanjangkan. sekarang samada Dr M /Daim akan bogelkan Najib atau Najib bogelkan Dr M/Daim yang pasti beruntung ialah Anwar.
Siapa perangkap siapa masih belum muktamad. Yang rugi pastinya Najib kerana beliau masih bertakhta dan pembogelan yang berterusan oleh DR M/Daim akan menyebabkan Najib hilang takhta di PRU 14 nanti.

Mangsa Banjir

zainal abidin awang kechik said...

Teringat kita Misah kita ..
esok untuk siapa


Saya bertanya kepada ulamak besar di kelantan..
Ya Habib.. Mengapa Allah turun bencana di negara ini..
" berkata dia.. Dengan sayu...sesungguh meraka terlampau banyak dosa.. Kerana selera mereka Dan berkelakuan seperti Anak Anak raja di zaman dahulu kala...

Unknown said...

Assalamualaikum Dato utk kompromi HTH presiden baru umno MM timbalan...comform Aman. Saya ketua Umno Cawangan umur 39 dari Melaka. Still prefer TSMY president MM deputy, Thanks

Rawa Lanun-Bahasa said...

Pak Kadir
Salam Hormat

Pak Kadir suka berseloroh memangnya. Alhamdulillah; elok ada sedikit rempah ratus senda gurau dalam sembang-sembang di blog.

Kita yang gelak terguling di lantai kerana membaca cerita ala bollywood zamkata nak tahu juga kalau gang pro Che Det berani bikin demonstrasi jalanan dan ini yang paling tak digemari Pekan kerana Pekan ada semacam fobia nak kaeal demonstrasi jalanan. Ini kata setengah masak marhean UMNO Tanjung ini yang sangat suka pada Ratu Minang bak nak gila dan bila tengok coli emas bikin Habib Jewels terus saja nampak si Ratu Minang memakainya. Nak pengsan terbayang indah rupa dari khabar imiginasi kita.

Maaf kerana Chet Det is a no show kalau nak lawan Pekan. Daim jangan katalah tikusnya.

Salam takzim


berasiam said...

Ayat 21 surah Yaasin

berasiam said...

Salam DAKJ,
Ramai ahli Umno yang dah celik dan amat sedar kemungkaran yang sedang berlaku dan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti dan kerajaan. Hanya kalangan pemimpin khususnya di peringkat tertinggi dan pertengahan (bahagian) yang merelakan tindakan mungkar itu. Semakin banyak cawangan sedang dan akan lenyap dari persidangan bahagian parti saban tahun kerana tidak reda dengan apa yang berlaku, jika keadaan tidak berubah. Semakin kuatkah Umno di bawah kepemimpinan presiden sekarang?

Unknown said...

Aslkum DAKJ

1. Sudah semakin jelas Dato' Kadir memang rapat dgn TDM dan TDZ berbanding Najib maupun gandingan Najib-Anwar.

2. Di Amerika, setiap kali pemimpin Republican bertekak dengan Demokrat mereka berhujah dengan tenang dan penuh dengan hujah bernas.

Di Malaysia apabila pemimpin UMNOBN tak larat nak hujah dgn pemimpin pembangkang maka Akta Hasutan jadi penyelamat.

3. Di Amerika bila Obama menang ke atas Hiliary Clinton dan John Kerry dalam perebutan menjadi wakil Demokrat untuk maju sebagai calon presiden tiada pulak kita dengar mereka perang besar. Malah kedua2 yg kalah tu di lantik oleh Obama sebagai Setiausaha Negara Amerika.

Kalau di Malaysia kalau ada yg cuba lawan presiden UMNO akan di lanyak sampai lumat.

Itu pun nasih ramai org UMNO maaf cakap berbangga dengan budi bahasa pemimpin mereka.

4. Bila Najib dah tak sebulu dgn TDZ barulah MAP mula membuka pekong dakwaan rasuah terhadap TDZ.

Hari ni org kuat Najib iaitu presiden Mubarak bersetuju serta menyokong tindakan TV3 membuka pekong rasuah TDZ.

Persoalan yg selalu ditanya oleh masyarakat cerdik adalah bukankah sejak 1998 lagi Anwar dah lantang menuduh TDZ tu rasuah tapi tak ramai yg ambil kisah. PM waktu tu buat2 bodo je.

Ini bererti dikalangan pemimpin UMNO fail kamusemua, aku (presiden) simpan baik2 selagi kamu tak lawan aku.

5. Memang confirmlah persepsi rakyat bahawa UMNO parti penuh pemimpin penting diri yg berkumpul untuk membahgi2 harta rakyat.

Kenyataan di atas dibukti lagi oleh dapatan EIU yg dikeluar hari ini bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi yg rosak, cacat, tempang dan tak betul.

msh said...

Amin ya rabul alamin

Unknown said...

Assalamualaikum...

1. PM merendah2kan kekuatan tdm, tdz

2. Org2 media prima sendiri berasa muak dan tidak selesa apabila harus tunduk pada kaki2 bodek

3. Menggunakan lawan utk menundukkan kawan adalah strategi lama dlm peradaban melayu. Akhir kisah, tanah tergadai dan kuasa terjajah..

4. Dari menjawab persoalan2 yg ditimbulkan tdm/tdz..pm pilih utk bertindak utk menyerang yg juga menimbulkan lg persoalan kewarasan strategi dan pemikiran beliau..

5. Dalam situasi dunia dan politik sekarang, bijaklah pm sekiranya mengambil pendapat dan pikiran orang2 terdahulu yg jauh mengenal dunia

6. Statistik semasa menunjukkan PM kehilangan kepercayaan dan sokongan lebih 50% rakyat Malaysia..fikirkan statistik rakyat yg mau kan tdm kembali meski agak mustahil...

7. PM akan kalah. TDM dan TDZ bukan lawannya..

Tasnim said...

Nampaknya kesan pemecatan Anwar masih berlarutan hingga kehari ini.

Penyokong Umno jadi bingung nak sokong siapa, PM dan Anwar atau TDM dan TDZ.

InsyaAllah.. kebenaran pasti akan muncul suatu hari nanti.

Tq Tok..

wankamarul701 said...

Zam seorang wartawan jadi Menteri Penerangan setelah masuk politik.

Kalau Dakj masuk politik boleh jadi Menteri Kewangan kot sebab lantang kritik dasar-dasar ekonomi kerajaan.
Hi3.

JMS said...

DAKJ,

Menjelang PRU 13 yg lepas, beberapa isu besar yg boleh menggugat kemenangan BN telah tercetus dan Najib dilihat tidak mampu menanganinya dgn berkesan. Malah orang ramai juga berpendapat flip-flop Najib lebih teruk drpd AAB.

Dalam beberapa forum yg dihadiri TDM, para peserta telah membangkitkan perkara ini. Nasihat yg diberikan ialah janganlah Najib dan pentadbirannya dikritik habis-habisan sehingga boleh dieksploitasi oleh PR, justeru memberi kemenangan kpdnya dlm PRU terse but. Berilah kemenangan kpd BN dulu dan selepas itu, kalau lah nak kritik, kritiklah.

Dari sini ternyata TDM meletakkan kepentingan UMNO/BN drpd segala-galanya. Apa yg dilakukan beliau skrng adalah untuk memperbaiki keadaan kerana UMNO/BN masih mempunyai masa untuk membuat persiapan dan menyusun strategi yg jitu untuk PRU 14 yg akan datang.

Malanganya, budak-budak hingusan yang bersiffat amateurish yang berada disekeliling Najib mentafsirkan kritik TDM sebagai serangan peribadi terhadap bos mereka daripada melihat gambar besar keseluruhannya. Mungkin juga tindakan mereka dipengaruhi agenda-agenda peribadi mereka sendiri tetapi d luar bacaan Najib.

Satu peringatan kpd mereka , semenjak disingkirkan drpd UMNO oleh TAR, TDM telah menghadapi apa jua hambatan dan tentangan dengan jayanya, baik politik, ekonomi dll. Bagi mereka yg pernah turut serta dalam rombongan TDM ke luar negara semasa menjadi PM tentu dapat sama merasakan aura TDM ketika berucap dan berhadapan dgn wartawan-wartawan luar negeri. Oleh itu, saya khuatir strategi anda akan makan diri sendiri. Berhati-hatilah.....

JMS said...
This comment has been removed by a blog administrator.
JohorMali said...

DAKJ,
Manifestasi para politik negara dan mungkin seantero dunia, "...cakap tak serupa bikin..!!!"

Praxis said...

Perceptive, life-long commitment to objectivity and profession on your part.!

nick said...

Yang berada di keliling Najib bukan budak hingusan tetapi orang2 tua tak sedar diri. Di keliling Pak Lah dulu mungkin budak hingusan. Hari ini budak2 hingusan dari zaman Pak Lah terus digunakan dan idea mereka dicampur dengan dendam orang2 tua tak sedar diri zaman Najib maka jadilah masalah yg bukan saja berganda, tapi pelik. Segala apa dibuat serba tak kena kerana objektif setiap dari mereka berbeza. Persamaan kedua kumpulan ini hanyalah dari segi tiada pengalaman. Budak hingusan tak ada pengalaman dan hanya mengharap kelulusan luar negara dan gaya, manakala golongan tua tak sedar diri pula terdiri dari melayu kampungan yang tiada pengalaman apa2 selain politiking sejak dari muda. Lebih teruk apabila Najib langsung menolak mentah2 nasihat dan idea golongan berpengalaman serta pencinta bangsa yang tulin. Entah apalah yg difikirkannya.....

msh said...

Salam Dato.

Dato... apakah kesudahannya...dgn kemelut politik negara ini?

Atau lebih tepat....adakah Najib berterusan memimpin negara hingga GE14 ...DAN MENYEBABKAN KEHANCURAN PARTI UMNO?

Dari hujah Dato...Najib yg sebulu...bercumbu dan kini terbang bersama dgn Anwar.

Bagi org Melayu Islam...apa alasan sekali pun yg dia beri tetap tidak boleh diterima...bila telah memilih sekutu seorg ini.

Kita pun tidak perlu menghuraikan lagi tentang buruk...baik...kuat atau lemah makhluk yg Najib bercumbu ini...sebab umum pun telah lama mengenali dia.

Tetapi jika ini percaturan Najib....ALAMAT MAMPUSLAH BANGSA DAN UGAMA DIKERJAKAN MEREKA.

Lagi pun... banyak yg telah mereka rungkai dan robek dari hak2...agenda...kuasa...agihan kekayaan Melayu... dan kedudukan ugama Islam dsb..dgn cara memandai2 yg tiada batasan oleh mereka 24/7.

Justeru itu...Umno mesti..tidak ..bertindak ASAP.....MENCARI PENGGANTI....dari diMUSNAHKAN OLEH KETUA2 SEPERTI MEREKA BERDUA.

Terima kasih

Alias Dasuki said...

Kalau kesebuluan Najib-Anwar dikhuatiri sangat, bagaimana kesebuluan Daim-Mahathir boleh diterima dengan senang hati ? Sedangkan bukti memaparkan Daim dan Mahathir (& keluarga) yang melimpah ruah dengan kekayaan meragukan. Mungkin Yang Maha Esa pun dah muak melindungi perbuatan durjana mereka.Perkembangan yang berlaku dipercayai ketentuan yang diatur selari dengan janjiNYA untuk memperlihatkan natijah dosa-dosa masing-masing sebelum mati. Maha Suci ALLAH.

Buah Kerdas said...

Antara budaya UMNO sekarang ialah yang menang dapat semua manakala yang kalah dilanyak supaya mampus. Ironinya, itu BUKAN budaya bangsa Melayu sejati. Kalau kita baca Sejarah Melayu, Raja pun tidak boleh memalukan rakyatnya. Tetapi telah menjadi catatan sejarah bahawa telah ada orang yang berkuasa dalam UMNO memalukan musuhnya melampaui tatasusila bangsa Melayu.

Pada hemat saya, Tun AAB tidak termasuk dalam kelomppok pemimpin UMNO yang melampau itu. TAAB lebih rela dirinya dimalukan daripada terus berpegang pada tampuk kuasa dengan mengamalkan winner takes all sambil bertindak melampaui batas budaya bangsa. Tindakan TAAB telah menyelamatkan UMNO daripada berpecxah semula. Dalam keadaannya sekarang, DS Najib Razak boleh kekal ditempatnya dengan bermain politik winner takes all kerana sudah menjadi budaya sebahagian besar pembesar UMNO untuk menempatkan diri mereka dalam kelompok yang sedang menang. Kalau ada tanda-tanda kedudukan DSNR telah goyah dan tidak dapat diselamatkan maka mereka akan dengan cepat ramai-ramai masuk kekelompok tuan baru kerana takut tertinggal bot. Senario ini amat jelas berlaku semasa isu pertukaran jawatan MB Perlis, Trengganu, Melaka dan Johor.

Saki baki penyokong Tun Dr Mahathir dan Tun Daim sebenarnya tinggal sedikit kerana mereka tidak memegang kuasa lagi. Andainya DSNR membenarkan siasatan penuh dan seterusnya pertuuduhan di mahkamah ke atas apa jua laporan polis yang telah dibuat ke atas TDM dan TDZ dan afidavit pertuduhan dimuatkan kedalam MAP, kesannya ialah pukulan TKO kepada TDM dan TDZ. Permainan tak beretika dan melampaui batas budaya bangsa Melayu ini TELAH kita saksikan dulu. DSNR adalah seorang yang berjiwa lembut tetapi tidak mustahil beliau memilih kaedah brutal ini demi menyelamatkan dirinya. Dengan kuasa yang ada pada seorang PM terlalu mudah untuk membenam warlord UMNO kalau beliau mahu bertindak demikian.

Sejarah UMNO telah mencatatkan permusuhan (politik) Tun Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh dan dalam tempoh satu penggal sahaja mereka bergabung tenaga untuk menentang kumpulan yang satu lagi. Tentulah tidak mustahil pula jika DS Anwar bergabung dengan DSNR bagi memadamkan ancaman dan tekanan dari TDM-TDZ. If anything, Dato Ibrahim Ali mungkin juga boleh diajak untuk menyemarakkan genderang perang.

adion said...


Najib was never tested in the real world right from the day he was born.

Everything was spoon fed from the day he win Pekan after Arwah Tun Razak passed away until the day Mahyuddin fight for him to take over Pak Lah position.

Lahuma said...

Dato.

Penentuan masa depan negara dan bangsa bukan ditentukan oleh orang UMNO lagi.Masa depan negara PRU 14 nanti ditentukan oleh pengundi yang bebas dari ikatan ideologi parti.Begitu juga lain-lain parti.

Para gurka Anwar dan Najib sudah mula buat kerja untuk capai matlamat bos mereka.

Sudah pasti wang akan berguguran macam daun getah.

Bukan politi wang tetapi wang politik sebagai imbuhan muafakat.

Maka jika jadi kenyataan maka isu liwat dan altantuya akan tamat disini sahaja.

Yang akan terinaya ialah PAS disatu pihak.DAP pula dipihak satu lagi.

Demi menjaga dan kepentingan politik peribadi tak mustahil sama sekali.

Masakan pokok kayu bergoyang kalau tak ada tiupan angin.

Dr M ,Daim dan Ku Li tunggulah cabaran ini.

Terima kasih Dato.

awang batuburok said...

Salam Dato,

Memang benar kata kata TDM beberapa purnama yg lalu, UMNO sudah rosak dan merosakkan sistem ekonomi dan politik Malaysia...

Mungkin jangkahayatnya telah sampai ke penghujung....Wallahualam.

Unknown said...

Aslkum DAKJ

Banyak sangat perkara yg telah diperkatakan tentang teruknya pentadbiran dan personaliti Najib.

Dgn kes pembunuhan Altantuya yg bodo. Ada pembunuh tapi tak ada motif atau tukang arah.

Kes rasuah beli kapal selam.

Kes penjualan tanah2 milik kerajaan pd kroni pd harga murah2 tanpa tender terbuka.

Kes kenaikan tarif lertrik berganda yg tak seimbang dgn kenaikan bahan bakar minyak hingga menyusahkan rakyat. Kenapa mereka tak mau mengikuti jejak kerajaan PR Selangor yg berjaya pertahan tarif air demi tak menyusah rakyat?

Kes hutang dan janinan kerajaan yg mengerunkan dalam masa 5 tahun hingga dengan mudah nengalahkan prestasi hutang zaman 22 tahun perintah negara.

Kes hutang mega IMDB yg menampakkan bunga2 beberapa bank spt Maybk milik majoriti pelabur ASB boleh berpotensi merudum.

Kes campur tangan keluarga dalam urusan pentadbiran negara secara berani tanpa berselindung tak pernah kita dengar pd zaman PM2 terdahulu.

Kes pencerobohan oleh penasihat2 PM terhadap bidang kuasa kakitabgan awam sekali gus menyisihkan kuasa Melayu.

Walaupun saya bukan peminat TDM, berdasar hujah2 di atas saya menyokong hasrat murni beliau menjatuhkan Najib.

Watak2 lain tu cuma pelakon tambahan je.

JMS said...

Sdr Nick.,

Tk kerana menambah asam garam dan serbuk perisa kpd pandangan saya..

Unknown said...

Assalamulaikum dato yang dihormati dan dikasihi semoga sentiasa didalam rahmat ALLAH dan juga sentiasa sehat wal afiat, Bumi ini milik ALLAH dan kita juga didatangkan dari ALLAH dan pasti akan kembali kepada ALLAH jua maka sebelum kembali kita semak2 la diri kita ini tiket apa yang kita nak bawa kedalam kubur sebelum kealam akhirat sudah tentu kita akan disoal siasat siapa kita begitulah yang akan berlaku adakah kita termasuk dalam golongan yang rugi atau yang beruntung. Selagi nafas masih wujud dalam tubuh badan kita memohon la keampunan dari ALLAH dan minta maaf sesama hamba ALLAH insha ALLAH selamat dunia dan akhirat, Dato huraikan begitu panjang untung rugi dan kecewa nya seseorang serta ramalan yang akan berlaku dan juga telaan dato ada seseorang akan rugi itu la rutin nya dunia politik melayu dialam melayu dan yang pasti rugi orang melayu juga. Kumpulan yang bertarung sekarang ini umpama anjing dengan gajah dan lembu dengan harimau siapa yang tewas hanya masa yang menentukan nya tapi bagi orang melayu sama sahaja kalau tak jadi pengemis pun tetap akan menjadi peminta sedekah isu orang2 melayu masih menjadi topik yang hangat dari rempit ke jati diri semua nya dikaitakan dengan melayu dan pertelingkahan kumpulan NAJIB berelingkah dengan kumpulan TDM TDZ juga melibatkan orang melayu dan ditambah santan lemak manis oleh kumpulan DSAI maka isu nya sudah jadi panas macam orang masak daging kari kawah tapi sayang nya bila sudah masak jadi busuk sudah tidak boleh ditelan lagi begitu la hakikat politik orang melayu masa kini......NAJIB sudah boleh tersenyum sebab ZAM sudah stop of word because frusted situation.....ok yang tinggal TDM n TDZ yang tidak mampu untuk menulis dan memandang dunia disekeliling mereka. Apa lagi yang ada kepada orang melayu wahai dato yang budiman mungkin benar la lagu YANG ADA HANYA SEGEMGAM SEPI dan pepatah melayu akan berkumandang menuding jari terhadap orang lain kita suka hati melihat keaiban orang satu kesukaan sedang diri sendiri penuh dengan taik kerbau. Tidak rugi DSAI bersama najib tidak la untung TDM dan TDZ dok kretik NAJIB kerana mereka2 ini adalah hasil dari kawah yang sama juga hati dan perasaan mereka tetap kepada UMNO. sekian wa alaikumsalam,

msh said...

Salam Dato.

Nmpak nya...Najib kini berjaya mengalih pandangan ramai....dari isu kelemahan dia memimpin kpd isu rasuah TDZ.....TDM dll.

Isu sebenarnya....ialah DIA.

Dia sbgai Presiden Parti Umno dan juga PM Malaysia yg sejak lebih 6 tahun memerintah tetapi telah gagal dan tidak berkeupayaan dlm banyak perkara.

Tetapi dia masih mahu kekal sbgai Presiden dan PM negara sehingga GE14.

Siapa yg cuba menghalang akan dilanggar oleh beliau....dan Zam pun sudah angkat bendera putih....dan mungkin ramai lagi blogger2 lain akan turut sama.

Dan sy percaya....meriam (bukan pistol) pun sudah dihalakan pd Dato....
...cuma nenunggu masa membakar sumbu sahaja.

Inilah politik org Melayu....kuat dan hebat dgn bangsa sendiri saja.

MUSUH YG DILUAR DAN SEBENAR....SEPERTI PUAK2 .PEMBANGKANG ATAU PUAK PELAMPAU YG ANTI APA SAJA MELAYU YG MAHU MENGAMBIL ALIH KUASA MELAYU PUN MEREKA TIDAK NMPAK LAGI.

Dangkal dan bodoh sekali....kerana kuasa dan survival diri...bangsa dan ugama diperjudikan.

Terima kasih.


bat8 said...

Najib bukan berjiwa lembut. Jiwa lembut itu glove luaran untuk melindungi sikap brutal,cunningness and merciless yang reckless. Ramai orang mengatakan TDM juga brutal, cunning dan reckless dalam menghadapi penentangan. Tetapi ada beza yang ketara. TDM mungkin brutal, cunning dan merciless terhadap musuh-musuh politiknya tetapi cerdik dalam tindakan. Tetapi Najib lagi bahaya sebab selalu reckless dalam tindakannya. Itu beza antara TDM dan Najib. Najib xde sempadan bila tersepit, semua boleh buat janji terlepas dia sorang.

Maaf for being blunt n direct!

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Sangat bersetuju dgn pendapat bat8.

Nampaknya gayanya satu persatu rekod buruk TDM berjaya diatasi oleh Najib dengan mudah dan dalam tenpuh yg singkat pulak.

Mungkin kerana itulah TDM rasa resah gelisah.

Lebih cepat Najib tumbang dan lebih cepat UMNO terkubur maka biarlah Allah ganti dgn pemerintah yg lebih bersih dari dosa..

nick said...

I agree. The problem is many dont see Najib that way. Yg terkejut dgn serangan atas TDM dan TDZ juga tak dpt terima hakikat tht Najib cud be behind it. Those who hit the two Tuns the hardest got to go 'jalan2' with him in London. Now...doesnt tht show wht kind of man he really is?

Lahuma said...

Dato.

Untuk memastikan UMNO terus nampak remaja seperti yang dilangkan PM Najib eloklah secara terhormat undur diri segera.
Pandangan umum terhadap PM Najib kian menurun dari setiap saat.
Pegawai dan penasihatnya pun telah gagal menjalankan tugas untuk menjulang bos mereka.
Kerana mereka mengutamakan kepentingan diri mereka.
Kumpulan cium tangan pun sudah siap sedia untuk beralih pada tangan yang lain.
Hendak harap 100% pada pemimpin UMNO yang ada hari ini termasuk MKTnya ramai main selamat dan masa depan mereka.
PRU 14 tidak menjanjikan kemenangan pada BN dan UMNO.
UMNO dan BN gagal kerana pemimpinnya gagal dalam banyak perkara.
UMNO cuma berkisar dalam kelompok mereka sahaja.Belum berubah masih ditakok lama.
Yang peliknya PAS pun serupa juga.Hadapi penyakit yang sama.Apa nak jadi pada parti Melayu.PKR selama ini tumpang berteduh payung Pas dan DAP.Sebab itu DAP lebih yakin segalanya

Sampai kini pemimpin Melayu UMNO khasnya masih berselesa dangan kuasa yang ada.

Semoga Anwar tidak menjadi PM walaupun Najib undur.

Terima kasih Dato..

Mangsa Banjir. said...

Salam Dato',

Guru kencing berdiri dan anak murid kencing berlari. kalau guru pun dah tak beretika, janganlah harap anak murid yang di asuhnya akan lebih beradab.
Kalau nak membersihkan tangki najis, jangan mencuci dari dalam kerna kita akan terpalit dengan najis yang cuba di cuci.
UMNO dah kutai, terlalu selesa dengan memerintah Malaysia sejak merdeka dari British. Kebiasaan gaya memerintah telah menjadi suatu cara hidup parti ini. Nak berkuasa kena guna duit, nak di pilih kena guna duit, "politik wang" menjadi kemestian.Semuanya ada permulaan..dari mana ia bermula? Nak jatuhkan seseorang , mereka akan merekacipta salah laku samada wang atau seks.Kebanyakkannya adalah dengan pornografik. Siapa yang memulakan...Tidak beretika atau berakhlak bukan satu pilihan buat pemimpin UMNO yang korup dan gila kuasa.Tikam belakang atau tikam depan suatu lumrah. Kuasa menghasilkan kekayaan yang melampau dan sehingga semua benda nak di lahap. Pelapis yang ingin naik tanpa wang,tidak akan mendapat sokongan atau undi. Nak sokongan, mesti diselitkan dengan projek atau wang. Kalau ada jawatan menteri lebih mudah, kalau setakat ketua bahagian, pencen kat situ aje lah..tak kemana.SIapa yang memulakan..pada zaman siapa UMNO makin teruk korupnya? Tunku? Tun Razak? Tun Hussein? Tun Mahathir? Tun Abdullah? atau mungkin juga Tun Najib (mungkin dapat Tun bila letak jawatan)..Kalau setakat belajar tinggi ilmu dunia atau agama tanpa akhlak yang baik.. semua akan jadi seperti sekarang.. Mana hala kepimpinan Najib.?.Memacu Malaysia kearah kemuflisan atau ke arah wawasan 2020? Najib dikelilingi oleh mereka yang "sokong membawa rebah" dan masing-masing nak jaga perut..
Najib perlu berundur seperti TDM atau TAB sebelum pRU 14 menghukum beliau..
Kalau dah jatuh dari tempat yang tinggi..Sejarah akan terus bercerita dari turun temurun.. Mungkin lebih dari 7 keturunan seperti lagenda Mahsuri.. Wallahualam.

Mangsa banjir

Mzmz said...

Firstly, ade tak yg nak support ds khairuddin on his 1mdb report? If yg ini pon xde org nak buat, then sia2 lah kite bertekak di blog mcm ni...acaner

wankamarul701 said...

Kesian pembahas-pembahas. Tulis panjang berjela-jela Dakj tak balas.

Ali kadir said...

Kadir.
UMNO di bawah Najib nampak beserabut betul.
Najib macam orang bodoh.
Ia nya lebeh terok dari Pak Lah.
Saya takut jika ia tidak di ganti UMNO/BN akan kalah dalam pilehan raya akan datang.

Kenapa Mahayuddin diam dalam hal ini.saya tidak faham.
Pada hal Najib lebeh teruk dari Pak Lah.

Masa Pak Lah letak jawatan,Mahayuddin lah yang mendesaknya dalam MKT.

Salain dari Najib membawa masaalah dalam UMNO,
Zaid Hamidi dan Hishamuddin juga sudah mula bergasak.

Zaid kata yang memulakan expose surat dia kapada FBI ia lah South China Morning Post,akhbar Hong Kong yang di mileki oleh Ribert Kouk,Kawan baik bapa Hishmuddin,Tun Hussein.

Orang orang Melayu juga suda mula fedup dengan gelagat pemimpin Melayu,baik dalam UMNO,Pas dan PKR.

Ada kah dengan perletakan jawatan Najib,masaalah ini akan selesai.

UMNO memerlukan pemimpin yang baru ,yang lebeh berseh dan tegas.

Ada orang orang UMNO sekarang sudah melihat kapada Tengku Razaligh sabagai pemimpin baru.

Soal nya bagaimana hendak menjatohkan Najib.
Melalui UMNO,mustahil kerana Najib dan orang orang nya kontrol MKT.
Jika di buat pemilehan UMNO yang baru,tak mungkin Najib boleh di luchutkan.

Hanya melaui vote of no confident dalam Parliment.
Ini mesti datang dari MP UMNO sendiri.

Siapa yang mahu memulakannya.
Tengku Razaligh.
Saya tidak yakin dia ada gut.?

Salam.

Rawa Lanun-Bahasa said...

Pak Kadir
Salam Hormat

Pasal apa mahu siasat 1MDB?

Aopa salah 'busiess model' 1MDB?

Bukankah 1MDB itu semacam soverign wealth fund saperti yang telah diuar-uarkan?

Baru RM200 juta rugi dah nak panik?

Maaf tetapi eloktah kalau peng-komplain keluarkan buku 1 dalil kukuh kenapa 1MDB mesti dibubarkan dalam masa tersingkat kalau tak boleh dapat 50 dalil corot.

Salam hormat.

A KADIR JASIN said...

1. Pembahas Rawa Lanun-Bahasa, antara lain, menulis:

"Pasal apa mahu siasat 1MDB?
Aopa salah 'busiess model' 1MDB?
Bukankah 1MDB itu semacam soverign wealth fund saperti yang telah diuar-uarkan?
Baru RM200 juta rugi dah nak panik?"

2. Silap. 1MDB rugi lebih daripada RM200 juta. Mohon baca laporan The Star di bawah:

"KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd posted net losses of RM665.36mil in the financial year ended March 31, 2014, which was a stark contrast with the net profit of RM778.24mil in the previous financial year.

In its filing with the Companies Commission of Malaysia (CCM), it showed that pre-tax loss was RM669.55mil. Its revenue was RM4.258bil.

1MDB said in a statement late Wednesday that it had lodged the accounts. Its auditor is Deloitte.

In FY13, it made net profit of RM778.243mil in FY ended March 31, 2013 while profit before tax was RM877.67mil. Its revenue was RM2.592bil."

3. Ini belum diambil kira kerugian terkumpul dan kerugian modal asal yang dianggarkan RM500 juta.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Rawa Lanun-Bahasa said...

Pak kadir
Salam Hormat

Dengan Izin dan dari
http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/11/07/1MDB-records-RM6654mil-losses-on-higher-finance-costs/?style=biz

"In a related development, 1MDB stated that RM4bil of the US$2.3bil (RM7.2bil) that has been invested with a fund in Cayman Islands had been returned since the end of the financial year to March 2014.

“A dividend of RM435mil from these investments had been received and would be accounted for in the next financial year ending March 31, 2015,” the fund said in the statement late yesterday.
"

Pak Kadir boleh hentam pasal 'detail accountings' tapi saya mohon 'investors confidence' dengan CEO baru yang mungkin 'finance-wizard' dari kandang Qatar.

Kenapa mahu panik?
(dulu masa bina KLIA, PLUS dan Sepang F1 Circuit, banyak kata membazir).

Saya benci riba. Tetapi 1MDB bukan syarikat saya. Pekan kata apa yang telah dikatan dan mungkin besar CEO ada strategi yang bila tutup kedai bila perlu 1MDB tak rugi tetapi semacam Mahaleel(Tengku) beli kilang motosikal di Itali. Maaf; belum boleh tekan panik button.

Mungkin dalam 16bulan UMNO undi; maka masih ada masa untuk 1MDB 'to perform' dan bagi cantik Pekan, Pak Kadir.

Salam Hormat

Ali Kadir said...

Dato Kadir.

Saya setuju dengan jawapan Dato.
Kapada Rawa Lanun bahasa,awak kena lah baca apa yang jadi dengan wang 1MDB.

Wang KWAP yang mereka pakai sabanyak $4 billions,mana pergi wang itu.
Kerajaan guarantee $'5 billion mana pergi wang itu.
Mereka beli lombong arang batu di Mongolia,dengar kata Lombong arang batu pun tak ada,mana pergi wang itu.
Anak Rosmah buat filem Wolf of Wall street,beli apartment di Hollywood dan New York,wang nya dari mana.
Wang yang di hantar ka cayment island sabanyak $7 billion,jika wang itu di bawa balek,dia masok bank mana.ini pertanyaan dari Tun Mahathir.
Jika wang itu di bawa balek,kenapa pinjaman dari Maybank,Affin bank dan MBSB maseh belum di bayar.

Mereka guna wang 1MDB untok beli derivitive product.semua dah rugi.
Apa dah jadi dengan Petro Saudi.Dengan kata Pak Arab ini pun dah sapu wang 1MDB dan sekarang mereka janji hendak bayar balek dalam tempoh 10 tahun.
Apa kah jaminan yang Pak Arab ini akan bayar balek.Apa akan jadi jika mereka tak boleh bayar.


Sampai sekarang 1 MDB tidak boleh beri jawapan yang memuaskan.Sebab itu Tu Mahathir dah naik angin.


Rawa Lanun-Bahasa said...

Pak Kadir,
Salam Hormat


http://www.kiplinger.com/tool/investing/T041-S001-top-performing-mutual-funds/index.php
(Top-Performing Mutual Funds by Category - Large-Company Stock Funds)

Berapa 1MDB kena bayar 'interest payment on regular@bunga and Islamic bonds'(7%) tiap-tiap tahun?

Siapa pemegang bonds 1MDB?
Apa kata kalau 1MDB melabur di Russia(17%) dan tidak di Top-Performing Mutual Funds(18-24%)?

Dan siapakah mereka dalam 'Senior Leadership', 'Board of Directors' dan 'Board of Advisors' of 1MDB?

Saya benci riba, Pak Kadir tetapi tak semua manusia pegang fiqh Islam serupa saya walaupun dia kata dia muslim. Namun, 'respect your adversary' kata Tok Bisu.

Apakah strategi mereka - TunM dan Pekan boy?

Salam Hormat

Unknown said...

Aslkum DAKJ

1. Pasal IMDB semua rakyat patut panik sebab saya 99% yakin ia bakal menjadi malapetaka kewangan terbesar dalam sejarah negara lebih besar dari kerugian rakyat rm9b dalam kes PKFZ.

2. Modal berbayar rm1jt tapi hutang rm42b. Walaupun kerajaan Najib sibuk mempertahankan bahawa harta IMDB lebih besar dari hutang rm42b tu saya sangat tak yakin.

3.Kenapa? Kalau IMDB tu teguh telus dan benar kenapa dah beberapa kali auditor bebasnya meletakkan jawatan.

Sebagai perbandingan kita kaji Sime Darby. Syarikat gergasi ni yg diketahwi diurus secara sangat baik. Pernah ke kita lihat auditor bebas Sime Darby dipersulit hingga terpaksa berundur?

Dalam dunia korporat auditor bebas akan meletak jawatan apabila beliau tak boleh lagi memberi jaminan bahawa akaun syarikat yg bakal disahkan itu benar2 telah disediakan dengan benar dan adil hingga tidak mengeliru atau membohong para pembaca. Sebagai contoh sesuatu syarikat itu sebenarnya rugi tetapi mau di sahkan sebagai untung.

4. Bank Negara sebagai badan bebas mengawal selia bank2 tak pasal2 terheret pening kepala bila IMDB dah dua kali gagal bayar hutang berbillion rgt pd maybk dan rhb bk. Kalau Bank Negara tidak memberi kelulusan khas kepada penangguhan bayar hutang oleh IMDB maka terpaksalah kedua2 bank rakyat tersebut merekodkan kerugian berbillion rgt. Kita masih tak panik ke?

Apa akan terjadi dgn kerugian bank2? Kita rakyat lah yg secara bersama berkongsi tolong serap rugi2 spt itu.

Dah banyak kali pun. Tapi tak ramai drpd kita yg faham terutama yg hanya pandai medabik dada sambil melaung hidup Melayu.

5. Kalaulah IMDB tak bermasaalah kenapa dah 3/4 kali tukar CEO. Agaknya CEO Melayu yg lepas2 tu tak cukup pandai cover tuannya hingga terpaksa ditukar dgn CEO India.

Bagi saya kita bukan saja harus panik tapi harus marah.

6. Kalau kualiti aset dan keuntungan IMDB hebat sangat kenapa hingga sekarang kerajaan Najib masih gagal menjual saham IMDB di Bursa Malaysia demi untuk mendapat balik modal yg telah dilaburkan?

7. Untuk seketika bulan hadapan perhatian rakyat akan di alihkan dari masaalah IMDB dan ekonomi oleh pihak tertentu apabila sdr Anwar didapati tidak bersalah dalam kes sodomi 2 . InshaAllah.

Berdasar hujah2 di atas dsh tiba masanya TSMY ganti sebagai PM.

Unknown said...

Aslkum DAKJ

Saya suka Sdr Ali Kadir ada usaha berhujah.

Mari ramai2 meriahkan blog DAKJ.

zack said...

Anwar tak ada apa2 fail? Pemerintah cipta bukti? You mean the forensic evidence were all created and planted? All policemen, doctors, prosecutors, judges, witnesses were also conspiring against him? So why the he** did karpal accused him of the same crime way earlier before Anwar was sacked? Get real man..!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).