Sunday, February 22, 2015

FGV: Dari Fantasi Kepada Cerita Ngeri


A Kadir Jasin

DALAM perbahasan tampalan (post) yang lalu, pembahas RAWA LANUN-BAHASA, mengulas (dalam bahasa Inggeris) berbunyi: “1MDB is not a big issue for UMNO; rather it is FGV. But you might not think so now. Think about it.

[1MDB bukan isu besar bagi UMNO; sebaliknya isu besar ialah FGV. Tetapi anda mungkin tidak berfikir begitu sekarang. Cuba fikirkan.]

 

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]


Saya setuju. Isu Felda Global Ventures Berhad (FGV) umpama retak menanti belah. Setidak-tidaknya pun dalam jangka masa pendek dan sederhana.

Sama seperti 1Malaysia Development Berhad, FGV adalah gagasan Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak. Kalau dalam 1MDB Mohd Najib adalah pengerusi lembaga penasihatnya, dalam Felda beliau adalah mentornya. Beliaulah yang memutuskan penubuhan FGV bagi mengambil alih bahagian perdagangan Felda.

FGV adalah gagasan Mohd Najib
 Apa yang RAWA LANUN-BAHASA kata itu tepat. Sejak tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraian sahamnya di Bursa Malaysia pada akhir Jun 2012, FGV telah bertukar menjadi satu lagi masalah rumit bagi Perdana Menteri dan orang kepercayaannya (Tan Sri) Mohd Isa Abdul Samad.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang amat berpengaruh ke atas Mohd Najib itu adalah pengerusi Felda dan FGV.

Mohd Isa amat berpengaruh ke atas Mohd Najib
Fantasi Bertukar Jadi Cerita Ngeri

Daripada cerita fantasi dewa-dewi pada hari penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada 28 Jun, 2012 FGV telah bertukar menjadi episod ngeri.

Setelah melonjak naik daripada harga IPO RM4.55 kepada RM5.39 pada hari pertama diniagakan, harga saham FGV jatuh secara berterusan untuk ditutup pada kadar RM2.82 sebelum cuti Tahun Baru Cina minggu lepas.

Ini bermakna nilai sahamnya telah merosot 38% berbanding harga tawaran awal. Dalam perdagangan 52-minggu berakhir minggu lalu, saham FGV diniagakan antara RM2.02 dan RM4.70.

Dalam bahasa mudah, para pelabur yang membeli saham FGV ketika IPO, termasuk puluhan ribu peneroka Felda, telah mengalami kerugian atas kertas sebanyak RM1,730 bagi setiap 1,000 unit saham FGV yang mereka beli.

Yang meminjam untuk membeli saham itu tentulah lebih teruk. Mereka mungkin telah dipaksa menjual saham mereka oleh pemberi pinjaman atau terpaksa menambah cagaran.

Suka atau tidak kita terpaksa mengakui bahawa prospek jangka pendek dan sederhana FGV tidak begitu cerah. Bukan sahaja ia mengalami masalah kejatuhan harga minyak kelapa sawit dan getah malah kegiatan pengilangannya juga turut terjejas akibat kelembapan ekonomi dunia dan kejatuhan kadar tukaran ringgit.

Ia mencatatkan kerugian sebanyak RM12 juta bagi suku tahun antara Julai dan September tahun lalu. Pada bulan November lalu, CIMB menurunkan perakuan saham FGV daripada pegang (hold) kepada kurangkan (reduce). Ertinya kurangkan pegangan saham FGV.

Tambah memburukkan lagi keadaan bagi FGV adalah kelembapan luar biasa pasaran saham tempatan. Bursa Malaysia adalah antara pasaran saham sedang membangun (emerging markets) paling buruk pencapaiannya tahun lalu.

Misalnya, bagi tempoh antara 31 Disember 2013 dan 29 Disember 2014, pasaran saham India naik 29.4% (dalam dolar Amerika), Indonesia naik 21.2% dan Thailand naik 15.4%, tetapi Bursa Malaysia jatuh 5.3%.

Lambat laun Mohd Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan mentor Felda terpaksa menangani dan menjawab isu berkaitan kejatuhan saham FGV dan kemerosotan perniagaannya serta kesannya ke atas masyarakat peneroka.

Wallahuaklam.

31 comments:

Abdullah Ngah said...

jawatn perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta menteri menteri merupakan jawatan jangka pendek, maka segala rancangan yang dirancang oleh kerajaan adalah rangangan jangka pendek yang tamak

kampong lad said...

Salam Tok Kadiaq,

1. kelapa sawit - fgv tidak boleh ujud sekiranya mat salleh tak bawa mai pokok2 (getah juga) ke-malaya. almarhum tun razak menyediakan peluang kpd melayu utk memperbaiki taraf hidup. jadi, peneroka dulu2 mengalami berbagai rintangan semasa depa dok pugaq hutan2 belantara. kena patok ulaq, demam malaria & sebagainya. setakat nak jampi serapah saja tak jadi. dgn lain perkataan, hasil dari titik peluh & keringat sendiri. dlm hal ini, almarhum tun razak memang berjasa, tapi apa kena mengena kenapa anak dia?

2. 1mdb & fgv walaupun berbeza tapi ada persamaan. harta (modal) rakyat/peneroka dijadikan milik peribadi.

3. emerging market - malaysia didlm kategori ni semenjak awal 90an. DAH LAMA DAH. 2015 masih emerging lagi ka? ish, ish, ish!

banggoi petai said...

Senang jaa tu jawapan mohd najib nanti. ...Itu semua mengarut! totally rubbish! ! Hahahaa. ..Mati laa kita rakyat bawahan dengan kelaku loi tambah cemerkap mohd najib ni. ..

yeop_sepet said...

Salam Dato.

Kesian kepada peneroka2 Felda,drp geran tanah tukar kpd lot saham.FGV adalah kerja Conman isa samad dan najib menipu org Melayu peneroka Felda. Cerdik mana yg nak tukar asset kpd bentuk lot saham?

berasiam said...

Salam DAKJ

FGV dah tersenarai rugi rm12 juta. 1mdb yang dlm proses ke dalam senarai rugi dekat rm500 juta. Macam mana nak masuk senarai sedangkan syarat nak masuk senarai kena catat untung beberapa tahun berturut2. Entiti yang DSN tubuh sendiri ruginya ratusan juta. Yang almarhum Tun Abdul Razak asaskan pun jadi rugi bila DSN kendalikan. Yang mengerikan, lebih 50 kawasan parlimen tertumpu di kawasan Felda. Jika berlaku sesuatu yang buruk terhadap FGV, sudah pasti kerusi berkenaan akan terjejas. Masalah 1mdb mungkin tudak tertumpu kepada golongan tertentu, FGV berkait rapat dengan lebih 50 kerusi Parlimen Umno. Demikianlah gambaran ringkas ceritera ngeri untuk DSN dan Umno berkaitan FGV.

maae said...

Perlu di ingat :-

1. Penyenaraian syarikat dalam bursa saham amat bagus dalam dunia koporat gergasi dan ini memang cita-cita sesebuah syarikat kerana di situ lah indeks sesebuah syarikat menjadi rujukan. Malah jika masa dan ketika nya bertepatan dan seimbang, kata terma bursa itu "bullish atau bearish" tidak mustahil modal bertambah besar untuk mengembang atau sebalik nya. Ini yang terjadi kepada FGV

2. Lantaran itu, orang utama di FGV mesti bijak bermain dengan sentimen yang berpandukan kemajuan dan kejayaan aktiviti syarikat. Sentimen positif sudah tentu melonjakkan harga. Malah reputasi individu itu sendiri amat di nilai oleh para spekulator di samping pasaran semasa. Jika tiada sentimen juga tidak baik untuk pergerakan geraf.

3. Malang nya FGV di anggap milik peribadi, sentimen peribadi dan bertindak berunsurkan cara peribadi sehingga sesuatu keadaan orang-orang tidak berkenaan seolah nya tidak bijak menjaga reputasi syarikat, melibatkan konflik dan penguasaan. Itu yang saya lihat. Berbeza dengan pergerakan multi-billion co. lain yang di urus melebihi sangkaan biasa dan bijak mengurus kewangan, pasaran dan harta sehingga boleh sahaja menjadi piawai antarabangsa.

FGV perlu pengubahsuaian. PM Najib mesti segera dengan "major overhaul" jika inginkan FGV kembali bersinar.

This is purely business, not politic.

awang batuburok said...

Salam Dato,

Agaknya inilah karma "Haram Jadah" yg PM sebut dalam ucapan dihadapan peneroka-,peneroka Felda beberapa purnama yg lalu.

CB said...

`Utterly Rubbish` said Najib.

Najib believes saham FGV akan naik RM20.00 dalam masa 20 tahun dari sekarang dan 1MDB akan untung RM1 billion selepas siap nya filem filem block busters:-

1. Wolf of KLSE
2. Wolf of KL Central
3. Wolf of PutraJaya
4. Wolf of Cyberjaya and finally
5. Wolf of Pekan

Psst.. Arul Kanda is preparing the scripts of the wolves now...

ismail muda said...

Datuk, izinkn saya mengulas sikit hal FGV.
Fgv ni dulunya 100% felda punya selepas felda dikerah melabur di US & Canada. Di bwah FGv ada felda holdings yg dikuasai 49% oleh felda dan 51% dikuasai Koperasi Pemodalan Felda sebuah koop milik peneroka dan staff. Tahun 2009, felda beli sykt gula Kok Bros. MSM kemudiannya disenaraikan di Bursa. Bila dah seronok MSM listing, timbul lah idea nak listing fgv.
Kempen listing FGV ibarat nak pergi perang. Siang mlm heboh satu negara. Seribu janji ditabur kpd peneroka. Akhirnya sebelum listing, dapat lah penroka durian runtuh rm15 ribu seorg.
Ringkaskan cerita, ketika FGV hendak disenaraikan, Pengurusan Tertinggi felda yg menyuarakan beberapa hal mengenai masa depan felda, telah dikenakan tindakan luar biasa. KP felda dihantar bertugas ke Rome. Timbalan2 & Pengarah Kanan dipeti sejuk dan dipoolkan. Antara isu yg dibangkitkan ialah masa depan felda yg kehilangan pendpatan tahunan rm2 bilion setahun kerana menyerahkan tanah milik felda kira2 900ribu ekar utk tujuan listing. Isu lain ialah bagaimana felda nak sustaine dan menjalanlan operasinya tanpa peruntukan dan masa depan Koperasi Permodalan yg terumbang ambing akibat pengstrukturan yg dibuat oleh FGV.
Mentri yg jaga felda iaitu M Najib tidak mengendahkan pandangan pengurusan felda. Sebaliknya Najib mesti meneruskan penyenaraian FGV. Arahannya kpd isa smad jelas. By hook or by crook, fgv must on. Isa menjadi org terpenting dan sgt dipercayai oleh mentrinya. Tak siapa bole nafi.
Sesudah dilisting, harga melonjak sekejap atas rm5. Kemudiannya turun berputar2 rm4 & hingga lah menjunam dari harga kaunter rm4.55 ke rm2.02.
Senario business dlm fgv tak menentu. Business di US Canada hampir lingkup. Byak lah pengstrukturan yg dibuat oleh CEOnya. Ini telah mengakibatkan pendapatan KPF terjejas. Tahun 2014, fgv makin tenat. Lalu merengek minta KPf menjual pegangan 51% dlm felda holdings. FGV berjaya membeli pegangan KPf dgn harga yg tidak manasabah dan sgt murah rm2.2 bilion. Selepas menguasai felda hol, saham fgv masih merudum. Sbbnya cost CPO makin tinggi, capital exp yg sgt besar. Maklom lah fgv bayak duit lepas listing. Dibeli lah Pontian Plant dan estate2 di Sarawak dll. Transaksi pembelian ini penuh tanda tanya kerana harga yg tinggi yg tak masuk akal.
Yg jadi isu skrg KPF sebuah kooperasi terbesar milik penroka sudah terlepas pegangan dlm felda hol. Tidak mungkin lagi KPF bole enjoy memberi dividen tahunan 15% kpd peneroka seluruh negara spt di masa lampau!
Felda terumbang ambing setelah hilang tanah 900 ekar utk dipajak kpd fgv 99 tahun. Felda tidak mewah spt dulu. Felda hilang rm2 bilion setahun. Sebaliknya felda terbeban membayar cukai tanah, cess dan apa2 premium tamb kpd state govern ke atas tanah yg dipajak kpd fgv. Sgt pelik. Patutnya yg menyewa lah (fgv) membayar cukai. Kadar sewa pulak tak manasabah. Perkara2 ini lah yg dibangkitkan oleh top management felda satu ketika dulu.
Isa samd bukan saja menguasai FGV tetapi jugak felda, yayasan felda, felda hold, felda invest, dll. Ia tidak ada track record menjaga sykt bursa. Akibatnya, pengurusan dlm fgv, felda kian lemah dan tiada integriti. Kawalan kos makin longgar. Ini telah sbbkan felda alami defesit budget yg sgt ketara. Ada laporan menyebut, tunai felda amat kritikal dan hanya bole bertahan setahun dua saja.
Felda ada 54 seat Parlimen. Felda perlu bajet yg cukup utk social prog, sara hidup peneroka, duit raya bonus, 2nd gen education, menyara gaji staff, harta modal dll. FGV sudah lepas tgn kerana ia milik awam, tak bole membantu felda walau apa cara pun. Jika isu felda tidak ditangani, jgn harap peti undi akan memihak kpd kerajaan
Tiada tanda2 PM Najib akan buat perubahan kpd pucuk pimpinan felda & fgv kerana Najib masih berpegang kpd data undi PRU lampau. Tetapi isu dalaman & integriti yg lemah dl felda akan pengaruhi masy penroka. Lihat lah betapa teruknya felda mengurus lot2 peneroka seluruh negara skrg sehingga pendpatan peneroka terjejas. Felda bukan lagi ikon land development authority tetapi lebih teruk dari agensi tanah pinggir....

omong said...

Tu laaaa...bergantung sangat pada penasihat aka con-sultants...
Pastu...ikut sangat cakap madam...
Confirm haru biru jadinye...

Unknown said...

Aslkum DAKJ

1. Sewaktu hendak mengapungkan saham FGV bermacam2 temberang di buat oleh pentadbiran Najib hingga ramai peneroka yg tergiur berhutang untuk membeli saham yg mahal.

kini hutang Felda harus dibayar. Hutang beli saham FGV juga. Dahlah harapkan diveden FGV macam menunggu buah tak gugur, harga sawit pulak jatuh teruk.

Entah apa badi yg terlekat pd peneroka dan pemegang saham FGV sejak Najib terlibat.

2. Dah la tabung rakyat dipaksa beli, harga permulaan yg ditetapkan tinggi mengila hingga RM4.55. Kalau bukan saham kerajaan UBN harga IPO RM2.50 dianggap berpatutan.

Bagaimana pihak berkuasa SC boleh begitu bermurah hati membenarkan harga yg tinggi tu.

Tak pasal2 pelabur TH, pencarum EPF dan LTAT dirugikan , tidak ketinggalan pelabur runcit Melayu yg dok percaya utusan.

3. Yg tidak bersetuju dgn IPO FGV telah di pecat termasuk org besar Felda. Isa Samad yg terkenal di dapati tiada moral kerana didapati bersalah oleh lembaga disiplin , gara2merasuah perwakilan UMNO dibawa masuk ke Felda oleh Najib untuk menjadi tikus membaiki labu.

4. Selepas dpt wang baru menerusi IPO apa yg lsa Samad dan kawan2 buat dgn duit berbillion tu?

Cash is king kata org. Kalau sementara menunggu peluang membeli aset2 baru pd harga murah, FGV sepatutnya dah peroleh pendapatan beratus juta rgt hanya dgn beli bon kerajaan atau letak di simpanan tetap bank yg jauh lebih selamat.

Persoalannya dgn membeli bon atau melabur di FD bank org tertentu yg berkuasa atas FELDA dan FGV tak mungkin kaya raya dpt kick backs.

Maka itulah sebabnya sebaik saja FGV dot wang berbillion maka duit tu pun dihamburkan melalui pembelian2 yg pelik2 bagai tak sabar menanti hari siang.

Belum pun 3 tahun selepas IPO, FGV dah nak sedut duit rajyat lagi. Berkat kehebatan pasukan Najib- Isa Samad.

5. Bila harga sawit dunia jatuh jsngan ingat FGV saja yg mengeluh.

Syarikat berasas peladangan yg lain spt Sime Darby, IOI, KL KEPONG juga terkena bahangnya.

Tapi cuba lihat betapa cerdik mereka mengatur tunai dan kewangan mereka hinggakan mereka tetap merekod keuntungan dan harga saham mereka tak jatuh banyak spt saham FGV .

6. Baik sektor korporat mau pun kerajaan kalau lanun yg jadi kepala maka rosaklah rakyat/ stakeholders.

Sebab itu ada syarlkat untung ada syarikat rugi atau dirompak hingga dirugikan macam TNB , PERWAJA MAS , PROTON dan kini FGV.

7. Sejak zaman TDM nampak gayanya tradisi menyusahkan rakyat melalui projek perhabis beras terus diperjuang oleh pemimpin UBN

Itulsh gamaknya definasi perjuangan bagi mereka.

Rakyat cerdik tak mau pilih mereka.

msh said...

Salam Dato.

Sah....rakyat berbangsa Melayu memang mudah diperdayakan.

Ini yg selalu terjadi...kerana sejak dulu2 lagi...kita memang satu bangsa yg cukup 'simple... too trusting and easy meat'...untuk org yg hendak menipu...walau pun dari kalangan bangsa sendiri.

Lihat saja;

Umno dgn cara dia....memperdayakan bangsa.

Pas pula dgn cara Islam dia...fatwa itu ini....jamin syurga bila sokong Parti.

Keadilan pula dgn cara yg tersendiri menipu bangsa sendiri.....sehingga Peliwat...Pembohong...Tukang Karut pun dianggap 'Wira'.

Dap Lakhnatullah tidak perlu huraian lagi... ikut tumpang sekaki masuk jarum memperdayakan bangsa Melayu.....hingga MP Cina 'celup' pun dikatakan Melayu...untuk menunjuk bahawa parti ini berbilang bangsa.

Kira Melayu asyik kena 'main' saja.

Betul dgn kata Rawa Lanun Bahasa...isu ini besar untuk Umno tangani.....dan umum tahu ianya telah dilakukan dgn cukup sistematik dan 'timely'.... menjelang tahun akhir untuk menghadapi GE13.

Dihasilkan semata2 untuk memastikan undi ribuan warga Felda kekal dgn Umno....agar kedudukan ketua lagi kukuh.

Hata....segala apa cerita 'fantasi dewa dewi' kini menjadi mimpi ngeri yg tidak terkira pd ribuan pemegang saham FGV....kerana telah kerugian RM1,700 untuk 1 lot saham yg telah jatuh dari harga IPO.

Yg memimjam duit untuk membeli dan jika masih lagi memegang saham ini...tentunya kecewa teramat sangat.

Kerana sikap semula jadi bangsa yg terlalu 'trusting' maka ramailah warga Felda yg 'frust' menungging dgn mainan ketua2 terlibat.

Perkara adil atau tidak adil .. bukan penting buat ketua2 yg terlibat termasuk Pengerusi Syarikat.....janji matlamat mereka tercapai.

Undi pun dapat dan tentu nya 'fulus' pun masuk masa saham melonjak naik dihari pertama saham disenaraikan.

Sedih....cukup sedih dgn cara pemimpin No 1 kita memimpin.

Sy setuju....bahawa ini adalah mimpi ngeri buat warga Felda...tetapi mungkin tidak jadi hal langsung buat Pengerusi nyabdan masalah besar buat Umno....tetapi mungkin tidak.. buat Presiden Parti.


Terima kasih.

thegreatteadrinkerdownsouth said...

Good morning, Datuk. I hope you won't mind me commenting in English.

What's the raison d'etre for setting up Felda and it's successor FGV? Is it social, socio-economic or pure business and profit-driven?

It is hard, even with the most savvy and talented management, to harmoniously meld all these objectives to the satisfaction of shareholders and stakeholders.

More to the point, as Malaysia transitions to a high value-added services-driven economy, is there any mileage (other than political) in pursuing a low-margin commodity business like palm oil?

It is time that the government faced up to realities and started asking the hard questions.

Do we really want to compete with Indonesia to become the lowest-cost producer of palm oil in the world?

Or are we better off moving up the economic and value-added chain that is part of becoming a "developed country"?

We are going to be facing an era of wide-ranging free trade agreements (FTAs). Are we preparing ourselves for an environment where investments and talent flow freely across national borders with little or no restrictions?

What is the relevance of FGV in this context?

Pakcik said...

Org tak reti berniaga toksah lah dilibatkan dengan perniagaan lebih lebih lagi perniagaan berbillion ringgit. Silap sikit saja, boleh rugi beratus juta.

ismail muda said...

Maaf Datuk, pembetulan...sebelum fgv listed, tanah yg diurus felda ada dua kategori. Satu, milik peneroka seluruh negara 10 ekar seorg luas 1.3 juta ekar. Dua, tanah komersial milik felda ( tak berpeneroka) luas kira2 860 ribu ekar dan bukannya 900 ekar. Tanah ini lah yg dipajak kpd FGV 99 tahun utk tujuan listing. Tkasih

Unknown said...

Aslkum DAKJ

Terima kasih tak terhingga kepada sdr Ismail Muda kerana maklumat sangat berguna.

UBN sejak zaman TDM dan TDZ tidak rasa bersalah menghapus sistem pembelian melalui tender terbuka maka bermulalah menggunakan tektik menbeli pd harga mahal2 untuk menghalalkan perompakan wang rakyat.

Agaknya menangis arwah Tun Razak bila melihat nasib Felda sekarang.

zainal abidin awang kechik said...

Tok... Mala petaka menanti di hujung tanjong...

ismail muda said...

Nak tambah sikit la Datuk. Pasal isu fgv ni kena btg hidung sendiri. Ramai jugak sedara mara masuk felda. Jadi, ikut sikit lah perkembangannya.
Ketika nak dilisting dulu, Kerajaan beri alasan felda tak bole terlibat dgn business kerana bertentangan dasar GRIB. Selain itu, alasan lain listing nak tambah modal dan terokai pasaran global serta nak dpatkan penyertaan pelabur asing explore world market la katakan. Itu antara alasan Kerajaan mengapa FGV dilisting.
Peliknya sesudah FGV disenaraikan di Bursa, tiba2 pulak felda dibenarkan meniaga!!! Felda Investment Corp (FIC) ditubuhkan dgn pelbagai pelaburan baru & tak berkait lansung dgn aktiviti felda. FIC beli hotel di London dgn pelaburan amat besar dan terlibat dgn industri hotel dlm negara. Ada org kata kalau beli hotel di London, komisonnya sah/legal. Dalam negara ni tak tau lah, tapi harga yg dibeli felda 'luar biasa.'. Berkait dgn nak tambah modal, felda sebenarnya byak tunai/modal sebelum fgv listing. Felda mampu byar early settlement loan world bank rm2.2 bilion sebelum isa samad dtg felda. Ada sbb kenapa felda melangsaikan hutang dan tidak mahu menyimpan tunai terlalu byak...! Skrg, tiba2 felda berhutang dgn KWSP dan bank lebih rm6 bilion??? Ni apa cerita???
Sebelum FGV listing, felda sudah lama terlibat dgn rangkaian business di luar negara dgn rakan business yg kuat. Ie..P&G Kuantan, untung saban tahun.
Kalau tak silap, 419 juta unit saham fgv diuntukkn kpd awam. Melihat laporan Bloomberg, Genting Bhd dikatakan pernah memegang 405 juta unit saham fgv selepas disenaraikan dm masa 19 hari!?? Agak2 lah siapa yg bertuah mendpat untung dari jualan saham FGV dari poroksi ini???
Penyenaraian FGV bukan lah nak tambah modal atau terokai business besar. Felda sudah lama terlibat dan berkecimpung dlm aktiviti hiliran dan mendpat rakan niaga yg kuat di luar negara. Akan tetapi, kedatangan isa samd di fgv dan felda bukan lah berita yg baik buat org Melayu khusunya peneroka dan staff felda... PM Najib mesti membetulkan felda dan fgv serta merta dan menyayahkan individu yg tak layak...

msh said...

Salam Dato.

Semua in jadi permainan belaka buat mereka yg berkuasa.

Pedulikan buat sementara ribuan rakyat Melayu Felda yg tertipu dan menderita dgn isu saham FGV ini mereka.

Percayalah.....menjelang GE14 nanti
Presiden Parti dan Boss No 1 Felda akan pasti memperkenalkan pula skim yg baru untuk mengambil hati disamping menampung bebanan kerugian yg dialami sekarang.

Lagi pun org kata 'Melayu mudah Lupa'....apa yg nak dirisaukan.

Bila skim atau rencana yg baru diperkenalkan kelak untuk 'cover' apa2 kerugian.....seperti biasa ketua2 akan 'balun' lagi keuntungan darinya dan warga Felda pun senyum lebar...lupa habis malapetaka atau mimpi ngeri yg mereka alami sekarang.

Huh....dajal sungguh sikap mereka.

Melayu mudah sekali diperkotak katikan.

Lagi pun Boss No 1 Felda pun ada sejarah silam dia bila mana Umno sendiri telah 'banned' dia kerana salah laku....dia umpama 'tikus diberi mandat membaiki labu'.

Tapi...yg memilih pun 2x5 sahaja.

Apa pun kita yg rakyat Melayu marhain telah melakukan kesilapan besar memilih ketua2 yg sebegini.

Terima kasih.

yeop_sepet said...

Nasi dah Jd bubur,tak boleh patah balik. Its beyond Damage control lg. Drp mula lg,Felda tak patut di 'wall street' kan. Drp mula lg,langkah deregulation banking system kita oleh najib,menampakkan move utk 'IPO'kan segala yg ada bwh langit Malaysia nie.

Malindo said...

Salam Hormat DKJ,sebetulnya lama saya tak minat berbahas hal investment arms Malaysia,malas nak dengar.Lama dulu saya pernah jemput Khazanal Nasional jpa saya di Jakarta,nak tunjukkan apa saya buat dapat di Indonesia(FYI:saya bangsa melayu,anak M'sia jati dan PT(PMA/FDI) saya di Indonesia owned 70% dan istri saya org Sumatera owned 30%)dan saya.hanya punya 1 istri dan nikah kami terdaftar di kedua Negara.Project saya viable dan dpt kelulusan Pemerintah Indonesia,bangunkan Hydro Power (IPP)dgn Kontrak jualan(PPA)ke PT PLN/TNB Indonesia selama 20 tahun,berkapisitas 15MW.Ini jawab Khazanah"kami hanya melabur melalui GLC Malaysia,tak direct tuan"kata saya"saya lebih faham Indonesia.akhirnya saya malas.2 tahun yg lalu 2 GLC Msia melabur langsung buat Renewable Energy di Indonesia dan GAGAL.DAN perusahaan saya bersama istri berjaya dgn kami jual harta kami utk projek Hydro Power kami,malas perusahaan saya dgn istri hanya satu satu perusahaan Msia yg tersenarai sbg IPP di seluruh Jawa Barat dan Banten.dua dua syarikat GLC Msia tersebut hebat sbg IPP di.Msia tapi gagal disini(Indonesia).Dan skrg ada institusi kewangan Msia kejar2 saya dan istri.Jawapan saya"Tak minat,takut anda salah gunakan duit rakyat yg antaranya duit ayah saya bayar cukai/pajak and we(saya dan istri)good now,anak melayu yg kerdil yg pernah ditolak dulu".Salam hormat.(Malindo)

bat8 said...

Dato

Penyenaraian FGV adalah satu scam untuk mendapat duit untuk PRU 13 dan bagi sekelompok manusia terpilih untuk buat duit berkepok2 dgn cara mudah dengan mengadai harta orang lain. Kot mana nak spin pun kesini juga jawapannya.

Sukar nak percaya?.....itulah hakikatnya!

K-Dean said...

Apa nak dihiraukan Mohd Najib dalam hal perancangan ekonomi oleh kerjaan dan kabinet beliau yang agak kacau-bilau persis perancangan ekonomi oleh kerajaan Amerka Syarikat sifatnya.

Katakunci lakibini Mohd Najib-Rosmah adalah kerjasama PAS-UMNO.

Bila tu?

Salam hormat, Pak Kadir Jasin.

Unknown said...

Salam DAKJ,
Saya berhujah lari dari isu FGV.

1. PRK Permatang Pauh akan diadakan
selepas pengistiharan rasmi SPR setelah tempoh 14 hari sabit hukuman ke atas DSAI tanpa rayuan pengampunan.Ini bermakna sehari dua lagi.

2. BN/UMNO sudah tentu sedang mengenal pasti calon bakal bertanding. PR/PKR pula mengikut spekulasi akan memberi laluan kepada seorang lagi anak perempuan DSAI iaitu Nurul Nuha bertanding di Permatang Pauh.

3. Saya menyeru kepada DSD Wan Azizah supaya PR tidak mencalonkan
Nurul Nuha. Saya yakin kalau beliau bertanding, kemenangan akan berpihak kepada PR kerana sentimen rakyat Permatang Pauh yang bersimpati kepada nasib yang menimpa DSAI. Namun, persepsi umum bahawa PKR parti keluarga DSAI akan memberi kesan negatif yang tidak boleh disangkal lagi. PR kena terima hakikat ini.

4. Sebagai alternatif, saya cadangkan PR mencalonkan anak lelaki Almarhum Dato Fadzil Nor yang sekarang ini adalah penceramah bebas. Saya tengok biodata dan tulisannya di blog Al Husseyn. Berkelulusan Master dalam bidang syariah. Bertanding tidak kira atas tiket PKR atau PAS. Janji wakili PR.

5. Pencalonan begini tidak asing di Malaysia. Zul Kulim pernah bertanding atas tiket BN di Shah Alam. PSM tanding atas tiket PKR di Damansara. Ibrahim Ali atas tiket PAS di Pasir Mas. Calon bukan anak tempatan pula Dr Hatta bertanding di Kuala Krai, Kelantan dan ramai lagi.

6. Saya percaya jika ditanya kepada DSAI sekalipun, beliau akan pertimbangkannya. Ini hanya PRK. Tapi percayalah, banyak hikmah yang akan diperolehi dari perkara ini, sama ada oleh PKR, PAS dan PR secara keseluruhannya. Ia juga akan menjadi asas baru bagi memilih calon bagi semua parti di Malaysia. Sekurang-kurangnya dapat membendung perebutan kuasa mengekalkan jawatan diperingkat kawasan/bahagian khususnya bagi UMNO yang ketua bahagiannya ingin berkuasa hingga mati.

Ayuh, fikirkanlah dengan rasional atas nama kemaslahatan ummah.

Wallahuaklam.

Kawanlama said...

You are absolutely right...

Vinnan said...

Msg,

Yang Mamak tu celapa? Jangan kamu divert attention dari lanun BN yang kesemuanya Melayu-Islam. Orang Melayu yang mati-mati mahu sokong UMNO. Salad orang bukan Melayu-Islam ke?

Unknown said...

Aslkum DAKJ

Rakyat dan kerajaan wajib belajar dari masaalah hutang Greece.

Greece dah gagal bayar hutang walaupun dah beberapa kali diberi penanguhan oleh rakan2 dalam EU.

Greece ibarat dah jatuh ditimpa tangga. Serba salah tak tau nak mula dari mana nak selesai dosa hutang kerajaan terdahulu

EC letak syarat agarkerajaan baru Greece berjinat. Bererti tak boleh lebih belanja. Nak lebih belanja macam mana duitnya pun tak ada.

Bila kerajaan tak berbelanja maka ekonomi semakin menguncup. Ekonomi menguncup bererti macam mana nak bayar hutang yg menggunung lebih USD366B tu.

Ekonomi menguncup bererti ramai rakyat menganggur. Bererti rakyat tiada duit untuk berbelanja. Akibatnya semakin mengecillah ekonomi Greece.

Putaran maut ini akan berterusan tak tau hingga bila.

Jangan harap sektor swasta boleh jadi pemangkin sebab awal2 lagi kroni dah cabut lari. Mungkin dah lama pindah wang ke bank Swiss.

Kecuali keajaipan berlaku maka rakyat Greece akan terus menderita untuk beberapa dekad akan datang.

Pencen pesara mereka pun dah lama kena potong kerana kerajaan tak punya wang.

Rakyat Greece tak bersalah langsung dalam malapetaka ini?

Soalnya kenapa mereka biarkan kerajaan korup memerintah berdekad2?

Malaysia masih ok ke? Maklumlah kitakan serba boleh.

Tak cukup dgn IMDB suruh depa buat pulak sepuluh lagi IMDB.

Bukan Mangsa Banjir. said...

Dato,'

Inilah mala petaka yang akan terjadi apabila kita menyerahkan sesuatu urusan kepada bukan ahlinya. Ahli politik menguruskan perniagaan yang bernilai berbillion sedangkan nak urus perniagaan berpuluh ringgit pun tak pernah dilakukannya.
Lantikan Isa Samad masih boleh diterima sekiranya beliau mampu menjadi seorang yang boleh dengar cakap atau nasihat pegawai pegawai dibawahnya yang mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam bidang yang mereka ceburi dan dah terbukti mampu memberi Felda keuntungan untuk bertahun-tahun lamanya sebelum penyenaraian di lakukan.

Pemimpin atau ketua yang baik akan mendengar setiap rintihan/keluhan atau pujian. Pemimpin yang hanya mahu mendengar pujian sahaja dan menolak semua cemuhan akan menghadapi cemuhan bila dia tidak lagi memimpin.

Bukan Mangsa Banjir.

Unknown said...

Asklum DAKJ

Betul sangat pendapat sdr Bukan Mangsa Banjir tu.

Kerajaan jujur dan bersih tiada bisnis dalam bisnis.

Barulah kegiatan perompakan harta rakyat dapat dibendung.

Terima kasih.

Abu said...

Melayu bodoh.

Unknown said...

FGV terutamanya bahagian engineering tu patut lupuskan lah.bagilah pampasan sikit..tak guna simpan pekerja yang tak kompeten.
Projek patut siap setahun jadi 2 tahun..sikit2 salahkan kontraktor..macam mereka mmemang pakar tak pernah nak salah.
COO pun tak nampak lagi apa hasil yng dibawanya..Bahagian Engineering memeang penuh dengan PR. CEO enginering pun tak kisah dengan ini..Biarkan pebuh dengan orang PR kalau pru 14 bn kalah, dah senang, pelapis dah banyak keje situ.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).