Wednesday, April 15, 2015

Engkau Tidak Keseorangan


A Kadir Jasin

(Puisi buat orang tua kita, Tun Dr Mahathir)



ENGKAU tidak keseorangan
Suaramu tidak hilang dalam kebisingan
Amanatmu tidak boleh disekat dihalang
Atau dilenyapkan oleh genderang perang.

Biarkan mereka meniupkan nafiri
Mendabik dada menunjuk berani
Biarkan mereka julang sang dewata
Biarkan mereka bersumpah setia
Menyanyikan lagu-lagu cinta
Sambil berkata:
“Kami cintakanmu sang dewata.”

Biarkan dia dijulang sejuta manusia
Biarkan dia disanjung demi kuasa
Biarkan dia dipuja kerana wang berjuta
Kerana engkau lebih besar daripada itu
Engkau tidak perlu puji dan puja palsu.

Engkau tidak keseorangan
Suaramu tidak hilang dalam keriuhan
Amanatmu tidak pudar kerana cemuhan
Atau dilenyapkan oleh sejuta tuduhan.

Biarkan mereka mengutuk mencacimu
Biarkan mereka menyumpah seranah namamu
Memanggilmu orang tua gila
Kerana azammu membela bangsa dan negara
Kerana pedulimu kepada rakyat jelata.

Biarkan mereka mendabik dada
Biarkan mereka tunjuk perkasa
Kerana kekuatanmu bukan pada senjata
Bukan pada penyokong palsu berjuta
Bukan pada kedudukan dan kuasa
Tetapi pada azam sekeras waja
Pada minda yang tiada taranya.

Engkau keseorangan ..bersendirian?

Jauh sekali, umpama air dengan api
Engkau punya ramai kawan dan teman
Engkau punya anak-anak yang cintanya sejati
Generasi yang engkau didik dan besarkan
Dengan idealisme dan perjuangan
Merekalah bala tenteramu
Merekalah pengarak panji-panjimu
Merekalah peniup nafirimu
Merekalah pemalu genderang perangmu.

Perjuangan-mu belum selesai
Bahtera kita dilanda ombak badai
Bahtera merdeka pusaka ibunda
Yang kita bina dengan keringat dan air mata
Berdosalah kita seandainya ia terkandas
Dirampas dirampok tangan-tangan ganas.

Anak-anakmu masih ingat luahan hatimu
“....Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan.”

Perjuanganmu belum selesai
Jangan biarkan hati anak-anakmu terlerai
Jangan biarkan negara kita hancur berkecai
Insya-Allah hasrat murni kita akan tercapai.






47 comments:

  1. Datuk KJ..not only Tun M not alone. You too !. Majority of Msians enjoys and support your blog Datuk. Dont stop writing...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Datuk.

    Demi bangsa, agama & negara sesungguhnya perjuangan kita belum selesai.

    Bey

    ReplyDelete
  3. Tiada kata seindah bahasa. .. Hati tersentuh jiwa membara. .Sekali melangkah berundur tiada. ..Putrajaya bukan tempat bersuka ria. ..Ayuh kita gemblengkan tenaga yang masih bersisa. .Bukankah hidup persinggahan sementara ? Maka jadikanlah ia sesuatu yang bermakna pada nusa dan bangsa !!

    ReplyDelete
  4. The Rakyat cannot tahan it anymore;
    Rasuah has gained in-roads to every sphere;
    Commission rules the roost in daily life;
    The weed has grown much better than good plants!

    The Kampung People are the most affected one;
    Corruption stays in forms, guises galore;
    GST Taxes are worse and thanks to PM
    GST is the prime cause for price-rise;

    They don’t produce anything on this earth
    except live as a parasite and plundering national wealth. Commission has turned to be the way of life;
    Curi & Songlap are not a crime anymore for corrupted;

    Wawasan 2020 has been stifled by corruption;
    MACC had been toothless all life-time;
    They set certain policy for each of two different users.
    One for shark and one for ikan bilis.

    We have shark and we have scoffing dog
    The shark no longer stays in deeper seas;
    The stray dog no longer comes out at night
    These 2 creatures are getting stronger, gone too far and wide;
    They are the scum of this planet

    ReplyDelete
  5. Salam Dato Kadir Jasin

    Gurindam Dato’ mengguris hati
    Bersama Tun mempertahankan parti
    Prinsip orang-orang lama amat terpuji
    Yg betul disokong, yg salah dikeji

    Indah sungguh anak-anak bertahfiz
    Bertaranum, berzanji berlagu lunak
    Oh!!! Kesiannya sungguh melihat Mukhriz
    Ditelan mati pak, diluah mati mak

    Tun Mahathir amat marah
    Kerajaan berbelanja tidak berkhemah
    Duit gomen macam duit mak bapak
    Spending spree dgn 1MDB

    Cukai GST halal difatwakan
    Peniaga ditekan, semua rakyat disuruh berkorban
    Tak kita kecil besar, tua muda juga fakir miskin
    Anehnya, gaji YB-YB akan dinaikkan
    Dan beli jet baru dalam perancangan
    Adakah Moto Rakyat didahulukan sudah dilupakan?????


    Akhir kata,

    Eloklah YAB PM diberi peluang
    Untuk mengukur popularitinya sebagai pemimpin
    Di PKR Permatang Pauh dan juga Rompin
    Jika keduanya, UMNO tewas berjuang
    Eloklah batton diserahkan kpd ketua pemuda / Tan Sri Muhyiddin
    Sebelum UMNO dan BN akhirnya ditalkin.

    Sekian, TQ.

    ReplyDelete
  6. Pizi Jihat12:50 AM

    tqvm Dato'... excellent & very nice one... sedihhh... mohon share Dato'..

    ReplyDelete
  7. Taufik 19906:48 AM

    Nenda Tun,

    Nenda tidak keseorangan. Kami generasi yang lahir pada zaman nenda mentadbir negara tidak akan membiarkan nenda bersendirian.

    Ya Allah berilah kesihatan yang baik kepada nenda ku untuk memimpin kami meneruskan perjuangan memelihara tanah air dan bangsa Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Assalamulaikum pak kadir yang dihormati sedap puisi tersebut perjuangan belum selesai memang benar kerana perjuangan orang melayu perlu telus dan bersih. Kelihatan nya disini TDM bersama majoriti rakyat sementara DSN perjuangan nya berlandaskan kuasa dan sokongan munafiq sokongan pura2 sudah tentu banyak persoalan akan timbul siapa yang TDM nak tonjolkan untuk menerajui negara yang penuh dengan hutang semuanya tanda ???????? belum ada jawapan DSN juga tiada jawapan apa yang beliau pertahankan pada masa ini dua2 kem hanya mengundang polimik kata mengata sahaja sedangkan rakyat tetap rindukan sentuhan DSAI dalam menangani kemelut politik kata nista. Berubah la untuk membina negara jadi sejahtera kepada rakyat seluruh malaysia. Tk dato pak kadir.

    ReplyDelete
  9. Zed-858:28 AM

    Sallam Dato'

    Tujuan UMNO ditubuhkan bukanlah untuk menjulang Sang Dewata tetapi untuk menjulang semua orang melayu dan rakyat jelata.

    Saya tidak pikir Tun Mahathir keseorangan malah ramai yang dibelakangnya cuma tidak ada potret/gambarnya dijulang.

    ReplyDelete
  10. Sanggah si Tanggang

    Berpuluh purnama aku berkelana
    Menjejak ilmu tujuh benua
    Ikut perkenan memanda menteri
    Demi ilmu aku turuti

    Walau mulanya berat di hati
    Tinggalkan ibu tinggallah negeri
    Namun kupikul beban diberi
    Demi cintaku pada pertiwi

    Dari selangkah jadi sepelaung
    Susah manapun tetap bertekun
    Kerna ku tahu akhirkan untung
    Bukan sehari mungkin berkurun

    Kerja menuntut bukanlah mudah
    Ku hampar minda demi menadah
    Lagikan beza bahasa bermadah
    Lidah yang lancar jadi tak petah

    Adap berdagang ke negeri orang
    Bumi dipijak langit dijunjung
    Bukan tindak cakap sebarang
    Bak rusa sesat masuk ke kampung

    Tiba hari lengkaplah misi
    Tinggal pulang untuk berbakti
    Temu kembali jejak awalan
    Makin rindu yang ditinggalkan

    Bila sampai kampung halaman
    Hilang rindu jadi igauan
    Mana pergi yang kebiasaan?
    Mana mari pembaharuan?

    “Masa kamu tiada di sisi
    Memanda menteri bertukar ganti
    Mula yang asal lurus tujuan
    Tiba yang baru tercari jalan”

    “Sesal kami tiada guna
    Asal menteri punya geliga
    Sebab tamak bertukar jua
    Dapat pengganti tak jadi apa”

    Apa guna memendam rasa
    tiada siapa ambil peduli
    apa guna ku mengembara
    tiada bakti pada pertiwi

    Takkan rimbun tanpa membaja
    Cantik bunga berkembang mekar
    Takkan jadi tanpa mencuba
    Mulai dari nafas yang segar

    Adat ke hulu menongkah arus
    Air yang deras ku lawan jua
    Adat cemburu tak akan telus
    Domba mana kutepis jua

    Pinta jala diberi jaring
    Janji lepas betuk di tangga
    Tiba jasa tak ambil pusing
    Janji kota apa dikata

    Dagangku dagang dari seberang
    Datang berdagang mengharap peluang
    Datangku tandang sanggah si Tanggang
    Datang menghalang musuh ptualang

    Biar kering air di kali
    Air diempang bekal kemarau
    Biar kering darah sendiri
    Asal budi mekar serantau

    Andai melentur si awan larat
    Jangan dibiar putus alunan
    Andai gugur sebelum tamat
    Jangan dikenang jadi tuguan

    Ben Toeng

    ReplyDelete
  11. Marhein UTARA9:19 AM

    SEMUA rakyat dikenakan GST;
    Rakyat marhein perit terperi;
    Konon-konon capai berpendapatan tinggi;
    Itulah kepandaian mamak-mamak menteri.

    Rakyat mula bayar GST;
    Pakat dok tunggu PRU14 utk mengundi;
    PRU 13 mengundi KATI;
    PM 'I LUV U' adakah masih di hatiiiiiii ???.....

    ReplyDelete
  12. Rakyat marhain diam membara
    Suara gempita dikata pembinasa
    Bijak mentadbir fokus semasa
    Yang tergadai rakyat jelata

    Suara ayahanda mencuci luka
    Walau pedih tetap bersuara
    Kerana jati melayunya membela bangsa
    Takkan jasamu mudah dilupa

    Melayu jati harganya tinggi
    Pemimpin agung jasanya terperi

    Ayahanda Tun usah bimbang usah bimbang usah khuatir
    Perjuangan mu bukan tawar menawar
    Perjuangan hanya meminta Malaysia terjaga
    Dari malapetaka yang membayangi mata

    Ayahanda tidak akan dibiar berseorangan..

    ReplyDelete
  13. Tun Dr.M amat cerdik. Puisi Dato AKJ sangat secocok dengan pendirian dan semangat nationalisma Tun. Terima Kaseh Dato AKJ.

    Jangan ingat bila Blog CheDet tukar ke tajuk 'Hudud PAS', beliau sudah kendurkan asakan terhadap Najib.
    Shahidan Kassim pernah berkata; Najib bagi pihak UMNO 1Malaysia akan buat pendirian mengenai Hudud PAS, 'minggu depan'. Dah 4 minggu masih tiada apa pengumuman.

    Nampaknya DS Najib mempunyai lagi satu masaalah besar. Kalau UMNO 1Malaysia sokong Hudud PAS, sudah pasti Party komponen dalam BN akan membantah keras, terutamanya dari Sabah dan Sarawak. Bantahan dari MCA & MIC tidak perlu digusarkan sangat kerana kerusi yang mereka wakili pun, adalah ikhsan pengundi majoriti Melayu.

    Nampak gayanya, Najib terpaksa tunggu selepas PRK Permatang Pauh dan Rompin untuk buat pendirian mengenai Hudud PAS. Atau akhirnya, beliau akan serah pada 'naluri-hati' setiap ADUN dan Ahli Parlimen UMNO, untuk buat keputusan samada menyokong atau tidak, Hudud PAS. Maknanya, pendirian UMNO 1Malaysia mengenai Hudud PAS, adalah terbuka untuk dilaksanakan di Kelantan.

    ReplyDelete
  14. Joe Black10:07 AM

    Datuk,

    Watch and see the Same People who are demonising him now will be Sobbing and Exuding Crocodile Tears whilst beating their Chest and Crying...He was a Great man and how they adored him!!! When he passes on.

    ReplyDelete
  15. Sejarah mencatatkan
    Firaun ditenggelamkan
    Dalam lautan
    Akibat kesombongan
    Bongkak tak keruan
    Boros keterlaluan
    Demi diulik kekuasaan
    Itulah Firaun
    Yang amat dimurkai Tuhan
    Kisah berzaman zaman
    Dicatat dalam quran
    Penuh pengajaran
    Sama samalah bermuhasabah sebagai peringatan
    Demi mendapat keredaan Tuhan
    Agar tiada lagi musibah dan ujian
    Menimpa bangsa, agama dan watan .

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  16. DAKJ,

    Di akhir-akhir ini, antara mereka yg paling lantang menyuarakan sokongan kepada Najib ialah KJ. Saya cuma ingin mengingatkan Najib dan kuncu-kuncunya, pelanduk selalu melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk.

    Berhati-hatilah . Jangan terlalu ghairah untuk mendapatkan sokongan.

    ReplyDelete
  17. Maybank - ethnic cleansing (cara tepat - malay cleansing) - ABTW - berani kerana benar - pepatah Melayu tidak luput jati diri nya. Namun Melayu mana yang sudi membela ? Tolong perbetulkan kerana suasana terjadi di depan mata...

    Kepada PM Najib - Tun M tidak keseorangan. Hati nya ikhlas, sekilas pandang dalam jangka umur beliau, masih mampu memerhatikan kita. Nyata nya, dari pandangan orang biasa, Tun M tidak memerlukan apa-apa selain menginginkan anak-anak bangsa terus berdiri perkasa. Jika kita rebah tersungkur, tiada DOKTOR lagi yang sudi merawat kita secara peribadi kerana kita sudah cacat anggota, tiada siapa yang sudi kecuali di humbankan ke longkang saja ! Hakikat hidup melayu sekarang.

    ReplyDelete
  18. Joe Black12:44 PM

    Datuk,

    While others are saying that it's a Beautiful Swan...All Tun M is doing is simply pointing out to UMNO members that.. if it Quacks like a duck and Walks like a duck it's a Duck!

    The duck is happily waddling around swearing that he is a Swan!!

    ReplyDelete
  19. Diskman2:46 PM

    Tun tidak keseorangan.

    http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/04/16/We-are-tired-of-constant-flak-Maicci-boss-tells-Dr-M/

    Kalau hidup dengan ular jangan tak bawak pengetuk
    Kalau ular nak makan mintak bagi nyawa
    Berita diatas buat orang yang tahu tersedak-sedak
    Nak nasihat Tun tapi dia ni siapa

    ReplyDelete
  20. Lahuma3:18 PM

    Dato.

    Ada orang berkata bila PM Najib disokong sana sini dalam kerabatnya.

    PM Najib umpama seketul ais yang kukoh ketulannya.
    Ramai lah penjilat ketul ais itu.

    Tapi percayalah bila ketula ais itu cair kerana kepanasan ramailah yang kata sokong terpacak menjulang akan lari cari keketulan ais yang lain.

    Semua ini adalah lakonan dan hipokrat nombor satu dalam UMNO.

    UMNO sudah kian teruk umpama lori yang kena langgar.
    Huru hara dan kocak sana sini.

    Dr Mahatihr hanya bersin dan batuk-batuk pun seluruh UMNO kelam kabut macam istihar perang.

    Kaki ampu dan bodek sudah risau dan bimbang takut hilang tempat isu uncang.

    PM Najib kena rapat semula dengan kumpulan yang lama-lama dan seangkata dengannya.

    PM Najib cipta jurang yang cukup teruk dengan kumpulan lama-lama.

    Penasihat PM Najib pun kena lah cerdik sikit.

    Jangan hanya pandang pengundi Y sahaja.

    Pengundi T kena layan juga.

    Masaalah dan konflik PM Najib ini macam perahu yang sudah melunjur ditengaH laut.

    PM Najin hanya menunggu hari sahaja.

    Begitulah sengsaranya jadi pemimpin waktu ini.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  21. nor ishak ismail4:16 PM

    Yang pasti Chedet tidak keseorangan. Ramai dan riuh salakan rakyat menunggu jawapan Najib, walaupun dah cuba dijawab tempohari tapi jawapan semacam cincai sahaja.

    Begitu juga dgn laporan audit yang akan dibentangkan nanti, laporannya tidak akan memberi jawapan apa-apa, format dan tidakannya sama seperti laporan audit tahunan yang saban tahun dilaporkan...seperti spana RM50 tapi dibeli RM500...tapi berapa orang yang telah didakwa atau disumbatkan dalam penjara.

    Lebih baik keseorangan daripada dapat sokongan daripada "orang-orang" (scarecrow). "Orang-orang" ini biasa dipacak dikawasan sawah untuk menakutkan burung drp memakan padi. Maka di sekeliling Najib muncullah "orang-orang" seperti KJ (yg menyokong 1Malaysia tidak Wawasan 2020), Malek Hassan (Kalau ayam mahal makan daging), Maslan (Kalau sadin mahal makan ikan), Ismail Sabri (Siapa yg tolak sumpah laknat Najib ia sama dgn tolak Allah), Hishammuddin (tiap-tiap hari soalan Chedet berubah-ubah macam mana nak jawab).

    Najib perlu sedar yg beliau hadapi sekarang ini adalah rakyat bukannya burung dan "orang-orang"nya perlu elakan drp memberi jawapan banggang seperti dinyatakan. Rakyat adalah manusia, berakal dan semakin cerdik ditambah lagi dengan adanya arus media elektronik. Rakyat perlu jawapan dan justifikasi satu persatu daripada Najib. Tidak perlu tunggu Audit sebab ia tidak akan memberi sebarang makna. Kalau tidak berupaya juga untuk beri jawapan maka UMNO akan kalah pada PRU14 nanti.

    Kalau tak mau juga mengaku atau beri jawapan, cara yang terbaik adalah Najib letak jawatan sebagai PM sekali dgn "orang-orang"nya.

    ReplyDelete
  22. Jasa Tun M tidak akan dilupakan. orang yang melupakannya adalah orang buta hati

    ReplyDelete
  23. saya sokong sangat untuk jatuhkan Najib,kerana salahgunakuasa yang teramat sangat. penting diri sendiri dalam memerintah negara.

    Dulu Tun Mashathir berjaya jatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi, tetapi kali nampak gaya tun Mahathir akan gagal.

    lebih lebih lagi Najib adalah anak didik tun Mahathir cukup bijaksana menolak dan managkis serangan demi serangan, macam Tun Mahathir yang juga bijaksana tengkis serangan musuh dalam sehingga dapat bertahan selama 22 tahun jadi perdana menteri.

    24 April 2015 ini, jika mukhriz buat keputusan melawan arus sudah pasti tun mahathir akan gagal kali ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Abdullah Ngah

      Najib tidak akan jatuh kerana TDM dok menjatuhkan. Kedudukan Najib sekarang begitu kukuh kerana kekukuhan kedudukan beliau sekarang telah diperfected dengan begitu sempurna sekali untuk kukuh sekukuhnya selama 22 tahun oleh TDM sendiri.

      Najib hanya mengambil kesempatan kedudukan sekarang yang ibarat kata takkan tergugat sampai bila2. Najib sepatutnya berterima kasih kepada TDM yang telah m3ncipta kedudukan tersebut.

      Satu-satu peluang tipis yang ada untuk menurunkan Najib ialah ahli-ahli UMNO yang berpihak kepada TDM bersama rakyat mengalahkan UMNO dan BN dalam Pru 14 nanti.

      Delete
  24. Assalamualaikum wbt...

    Tun M bukan sebarang pemimpin..
    Tanyakan pada margaret thatcher, bush dan blair...
    Tanyakan pada israel zionis...
    Tanyakan pada bangsa Moro, selatan Thai, Bosnia, Palestin dan sebagainya...
    Tanyakan pada OIC, PLO, UN...
    Tanyakan siapa Mahathir..
    Orangnya belum tiba, reputasinya sudah kemana2..

    Tun M tidak berseorangan..
    Andai beliau calonkan diri menjadi PM besok..
    Hari ini beliau sudah dipilih..
    Kami menyokong bukan dgn membabi buta..
    Bukan dengan julang2 dan gelak tawa..
    Dan kami tidak mengharap 'pink form' juga..
    Seperti sebahagian mereka..
    Disebelah sana..

    Kami sekadar mengharap negara untuk..
    kembali pada 'common sense' yg masuk akal..
    kembali pada jenayah yg rendah..
    kembali pada ekonomi yg kukuh..
    kembali pada pemimpin yg tidak bodoh..
    kembali pada kebebasan berpatutan..

    Kami tidak inginkan pemimpin yg djulang..
    kerana tender dan projek..
    kerana pink form..
    kerana kesenangan sendiri..
    kerana mahukan populariti..

    Kami tidak inginkan pemimpin..
    Yg menjahanamkan negara..
    Yg memalukan bangsa..
    Yg mendiamkan keadaan semasa..
    Yg mempertahankan pemangsa..
    Yg cakap ikut selera..
    Yg tidak dapat mengawal kroni dan keluarga..
    Dari mencampuri urusan negara..

    Apa yg ditanya Tun M..
    adalah apa yg ditanya rakyat 1M..
    andai kau bijak wahai pemimpin..
    jawablah dengan terang, benar dan sebijak2nya..
    kadang soalan bukan kerana mahukan jawapan..
    tp untuk menilai kau dan kebenaran..
    rakyat tidak bodoh..
    dan kami mahukan jawapan..
    seperti mana Tun M..

    Wassalam..

    ReplyDelete
  25. AsSlm Datuk,

    Tiada apa yang dikhuatirkan jika UMNO Baru akan kalah dalam pilihanraya akan datang untuk kesejahteraan rakyat jelata.

    Terima lah akan ketentuan Allah dan janganlah gundah gelana ye...hidup kena teruskan dan Malaysia akan terus sejahtera insyaAllah

    ReplyDelete
  26. sejati7:04 PM

    Dato AKJ, terima kasih di atas sajak yang menyentuh hati ini. The 'silent majority' sangat menghargai TunM. Kami hidup membesar di bawah pemerintahannya . Generasi yang melihat siri 'Oshin' dan 'He-Man' dan pernah menjadi bangga menjadi rakyat Malaysia di bawah idea 'Malaysia Boleh'. Amatlah malang sekiranya UMNO tidak dapat menilai 'intan' dan 'kaca' ketika ini. UMNO bukan hanya milik ahli UMNO. Kami yang tidak beerdaftar dengan mana2 parti melihat dengan penuh teliti susulan dan rentetan kenyataan2 yang dikeluarkan. Kalau UMNO masih bersikap 'defensive' dan masih 'in denial' tentang 1MDB, Scorpene dan skandal yg lain2, tunggulah GE14. Anda semua mungkin terduduk dengan keputusan GE14. Pada masa itu, jgn siapapun buka mulut kerana kami rakyat hanya akan cakap 'I told you so..'. Terima kasih TunM kerana bersura untuk rakyat marhaen seperti kami (meminjam kata Che Ta). We love u Tun! We are solid rock behind you!!

    ReplyDelete
  27. Salam Dato.

    Mesej seterang kristal.

    Tun M tidak keseorgan....ini suatu hakikat yg Penggilap Epal...Penjilat Presiden wajib ketahui.

    K J sbgai Ketua Pemuda bersama2 Penggilap Epal yg lain...boleh menyuruh semua anggota Pemuda menjulang Presiden setinggi langit sekali pun....tetapi hakikatnya ia tidak menjanji atau menjamin apa2 lagi pd beliau.

    Berpura2lah tunjuk 'sayang' pd Dewa dan Dewi anda selagi boleh.....lagi tinggi dia dilambung lagi baik sebab bila jatuh lagi AZAB sakitnya....bukan lagi patah riuk tetapi terus ke ICU.

    Cukup2lah menutup aib dan kemungkaran....Rakyat sudah letih dan kini jemu dgn kelaku dia dan bini...juga dgn Penggilap2 Epal serupa kamu.

    Dato memang betul Tun M tidak keseorngan.....berjuta dibelakang beliau.

    Apa pun Dato....sy yakin bahawa Tun M melakukan semua ini bukan kerana nama...bukan kerana takut dipenjarakan jika BN kalah GE14.(seperti spekulasi dlm blog Zamkata)...bukan kerana jambatan bengkok...dan bukan kerana mahu anak dia menjadi lebih berkuasa tanpa Najib...tetapi kerana;

    'BANGSA...UGAMA DAN NEGARA'.

    Rakyat....termasuk Dato...RD....pembahas2 yg senada dan sy terutama tetap bersama Tun M dlm perkara ini.

    Tun yg dihormati...Tun tidak keseorangan !!!!

    terima kasih.
    msh

    ReplyDelete
  28. Salam Dato.

    Mesej seterang kristal.

    Tun M tidak keseorgan....ini suatu hakikat yg Penggilap Epal...Penjilat Presiden wajib ketahui.

    K J sbgai Ketua Pemuda bersama2 Penggilap Epal yg lain...boleh menyuruh semua anggota Pemuda menjulang Presiden setinggi langit sekali pun....tetapi hakikatnya ia tidak menjanji atau menjamin apa2 lagi pd beliau.

    Berpura2lah tunjuk 'sayang' pd Dewa dan Dewi anda selagi boleh.....lagi tinggi dia dilambung lagi baik sebab bila jatuh lagi AZAB sakitnya....bukan lagi patah riuk tetapi terus ke ICU.

    Cukup2lah menutup aib dan kemungkaran....Rakyat sudah letih dan kini jemu dgn kelaku dia dan bini...juga dgn Penggilap2 Epal serupa kamu.

    Dato memang betul Tun M tidak keseorngan.....berjuta dibelakang beliau.

    Apa pun Dato....sy yakin bahawa Tun M melakukan semua ini bukan kerana nama...bukan kerana takut dipenjarakan jika BN kalah GE14.(seperti spekulasi dlm blog Zamkata)...bukan kerana jambatan bengkok...dan bukan kerana mahu anak dia menjadi lebih berkuasa tanpa Najib...tetapi kerana;

    'BANGSA...UGAMA DAN NEGARA'.

    Rakyat....termasuk Dato...RD....pembahas2 yg senada dan sy terutama tetap bersama Tun M dlm perkara ini.

    Tun yg dihormati...Tun tidak keseorangan !!!!

    terima kasih.
    msh

    ReplyDelete
  29. kulat hijau7:59 PM

    TUN M sebenarnya sunyi , tersirat ia menyikirkan golongan yang malas berfikir dalam UMNO , selepas ini pasti TUN M kembali ke arena politik UMNO dan menarajui UMNO kembali, sinar politik baru UMNO akan menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  30. matpenang8:20 PM

    Salam dato',

    Kalau umno bungkus lepas pru14 atau kalau najib jatuh, macamana la puak2 yang dok.hidup atas belas ihsan projek anugerah rundingan terus.
    Lepas pru12 pun ramai yang jual harrier, alphard dll kerana desakan hidup. Yang jual rumah pun tak kurang juga.
    Gamaknya yang dikumpul kj untuk sokong pm ni adalah dari puak2 ni.

    ReplyDelete
  31. salam dato,

    saya amat sedih bila membaca yg tun berasa yg dia keseorangan.

    memberi sokongan melalui media alternative secara individu adalah satu uasaha yg baik.

    olih kerana beberapa artis popular telah memberi sokongan terbuka kpd tun, apa kata kalau kita mengembeling tenaga dan anjurkan satu concert percuma "you will never walk alone" (meminjam ,anthem Liverpool fc)

    saya akan cuba utarakan idea ini kpd dato siti melalui dato k.jika kedua mereka bersetuju saya harap dato tiada keberatan utk membantu menjayakan nya.

    sungguh pun kita perlu mencari sponsor, namun saya percaya setiap artis yg bersetuju mengambil bahagian tidak akan mengenakan apa2 bayaran.

    jika kita berjaya mengumpulkan 'audience' berbagai lapisan utk mendengar 'amanat tun',sudah tentu tun akan berasa tidak keseorangan lagi.

    lets do this for the grand n wise statseman.

    ReplyDelete
  32. Salam Datuk.

    Terima kasih atas puisi yg sungguh menyentuh perasaan. Sebak saya baca berulangkali, airmata tak dapat saya tahan. Saya sedih bila teringat Tun Dr Mahathir yg diperkecilkan oleh manusia2 hipokrit yg tidak mengenang budi, malah lebih dari itu mereka tergamak kurang ajar dgn orang tua demi kerakusan kedudukan mrk. Betul, nanti suatu hari bila Tun sudah tak ada lagi barulah mereka2 ini juga yg berguling2 menangis airmata darah, mrk tak dpt kembalikan masa utk minta maaf. Sombongnya mereka si penggilap kasut.

    Ayuh kita sama2 berdoa mohon kpd Allah agar Tun Dr Mahathir diberkatiNya dgn kesehatan dan usia yg lanjut lagi agar dia dapat bersama2 dgn kita membetulkan apa yg tak betul dan mempastikan bangsa anak Melayu tidak lenyap di bumi sendiri dek ditelan oleh pemangsa2 rakus.

    Ayuh rakyat kita berdiri teguh bersama Tun. Kepada pemimpin2 UMNO BN yg masih boleh berfikir, jangan takut hanya kerana sesuap nasi dan kedudukan kalian. Sadarlah, jangan sampai terlewat.

    ReplyDelete
  33. ismail muda11:00 PM

    Tabik Tun...

    ReplyDelete
  34. Assalam pak kadir yang bergelar dato tapi dia tidak akan terguris kalau aku panggil dia kadir rambut putih memory nya tajam ingatan nya masih segar tentu banyak kisah silam yang perlu beliau kenang.....bersama TDM terlalu lama sebelum itu beliau bersama TUN RAZAK dan TUN HUSSEIN ONN sudah tentu kita dapat mengimbau antara dulu dan sekarang apa yang membezakan nya....kalau dulu rasuah sorok tapi sekarang sudah terbuka bagaikan dunia tiada langit lagi..itu la nasib nya generasi sekarang...untuk perubahan mari kita sokong PR....N TDM. tk pak kadir...

    ReplyDelete
  35. Rata rata sokong Tun M..

    ReplyDelete
  36. leleaq12:43 AM

    Datuk,

    Kasihan Najibul,semua ini dek kerana nafsu besar RM.Orangnya pun besar,kan.kan...

    Orang kalau nak berbini,kenalah belajar bagaimana nak menjadi ketua rumahtangga dan bini patuh dan hormat laki.

    KaLau dulu dulu laki yang jadi begini dikata kena nasi kangkang,sekarang apa nak sebut tak tau lah.

    Elok sangatlah kiranya Najibul istiqamah,duduk dalam gua sorang sorang,pikir dah berapa banyak musibah terjadi dan menjadi.

    Sebagai rakyat negara Pasir Bedengung yang dicintai,eloklah kiranya kita ramai ramai pakat setuju ganti yang mana patut.

    Pengganti samada MY atau Stopa.Ada setuju..???

    ReplyDelete
  37. Tumpang sekaki Datuk,

    Negarawan Terbilang

    Permata nibong diikat suasa,
    Walaupun tua masih berbisa.

    Padi disabit hingga ke tunas,
    Fikiran tajam ideanya bernas.

    Kelapa pandan banyak nira,
    Budi dan jasanya tidak terkira.

    20.01.2015
    Bukit Tambun, Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  38. JohorMali10:39 AM

    DAKJ,

    This 'hero worshipping' should be tempered with the fact that no one is infallible or "maksum"

    ReplyDelete
  39. Salam Dato Akj.

    Pada pendapat hamba, kelmarin adalah hari paling tidak 'sihat' untuk Institusi Raja Melayu yang hamba amat junjung-tinggi dan kasihi.

    Dalam suasana politik hari ini, masyarakat Melayu dan bumiputera amat-amat memerlukan Institusi Raja-Raja, sebagai 'last line of defense'. Hamba anggap Institusi Raja seperti 'Harta-pusaka' kepada orang Melayu. Dalam keadaan Melayu sudah pecah 3, dan mungkin 4, Tuanku tidak boleh sama-sekali membayangkan sokongan kepada ahli politik atau mana-mana Party politik. Party mana pun yang menang atau dalam situasi Hung-Parliament, pada PRU, Tuanku MESTI bersikap berkecuali. Jika Tuanku kerap mengeluarkan kenyataan atau pendapat mengenai Politik, takut nanti pemberita akan sentiasa tanya Tuanku soalan mengenai Politik juga.

    Jika Tuanku kerap masuk campur dalam politik, takut nanti, Institusi Raja tidak lagi dipandang Mulia oleh pihak yang Tuanku tidak sokong. Syak-wasangka akan timbul, bahawa ada campur-tangan Istana dalam memilih Ahli Politik, menjawat sesuatu jawatan. Sudah tentu ini membawa message tidak baik untuk kesejahteraan Negara dan Institusi Raja sendiri.

    Ampun Tuanku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong RD 300%.

      Apa guna laungan Sultan sebagai payung kpd rakyat kalau mereka di lihat memihak.

      Dalam demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan takkan UMNO je boleh tegur Raja2 sebagaimana mereka pernah buat 1993.

      Adat berpolitik ada masa panas. Ada masa tegang.

      Bagaimanapun politik adalah hak rakyat yg bukan untuk Raja.

      Dalam sejarah ada raja turun tahta demi nak berpolitik.

      Memang di alu alukan.

      Delete
  40. kabui9:49 PM

    Datuk, Sebenarnya Najib selama ini cuba untuk merasa selesa dan menyenangkan hati sendiri dengan sokongan ketua ketua Umno tersebut.

    Saya dapat rasa bahawa hakikatnya jiwa beliau sudah kacau bilau,tidur takkan boleh lena,makan tak lalu dan mandi pun naik malas.

    Sokongan sebenar ialah apabila orang ramai tanpa dipaksa menyatakan kebanggaan dengan pemimpin mereka.Keadaan sebaliknya berlaku kepada beliau sekarang.Sungguuh malang bagi rakyat Malaysia kini.Mendapat pemimpin yang Syok Sendiri.

    Andaikan seratus ribu orang menyatakan sokongan,berbelas belas juta pula berpendirian sama seperti Tun.

    Buktinya ialah jika kita melihat komen di dalam blog blog mana pun,jarang yang kita jumpa menyokong Najib.

    Jika Muhyiddin mengumumkan beliau kecewa dengan Najib hari ini,esoknya Najib akan mula memikirkan di mana patut beliau menyewa rumah.

    Sayang sekali, Muhyiddin tak ada kekuatan sebegitu rupa,masih menanti dan berharap nasib akan menyebelahinya.

    Harap Shafie Afdal bantu.

    ReplyDelete
  41. Assalam pak kadir. Cuitan hamba rakyat yang tak kaya tak miskin terhimpit hidup dik kerana GST di kantin tempat saya dulu air tin hanya Rm 1.50 sen sekarang Rm 1.60 sen naik ke turun tu dato ang bijaksana itu la yang rakyat dapat dari pemimpin yang memikirkan gaji mereka tanpa menghiraukan pendapatan rakyat marahen macam saya. Puisi hanya gurindam penyedap halua telinga namun dia tidak akan kemana selagi kita hanya mengeluh sahaja tanpa mahu berfikir. Guna la akal untuk menjadi rakyat yang dihormati dan punya harga diri maruah mesti dipertahankan. SELAMAT MALAM DATO TK.

    ReplyDelete
  42. 1. Cik Rosiah dan para pembahas, seorang penyelidek ekonomi sebuah GLC memberitahu saya, hasil kenaikan gaji dan elaun baru-baru ini, Ahli Parlimen kita kini tergolong dalam kumpulan 1% yang berpendapatan paling tinggi di negara kita.

    2. Orang putih kata, top 1% of the income band. Kumpulan yaang sama dengan jutawan dan bilion-wan.

    3. Manakala berjuta rakyat jelata tidak bergaji tetap atau bergaji bawah daripada kadar minimum RM900 sebulan.

    4. Itu pun sidang dewan mereka ponteng juga.

    Wallahuaklam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  43. Competente10:22 PM

    DAKJ,

    Najib hanya tahu bergantung kepada sokongan pemimpin UMNO dan lain-lain pemimpin BN. Sedarkah beliau bahawa rakyat yang mengundi tidak lagi menyokong beliau? Jika UMNO dan BN terus menyokong Najib, silap-silap UMNO dan BN akan rebah bersama-sama Najib.

    Dengan segala perkembangan yang timbul; GST, kenaikan harga barangan, gaji ditahap terendah berbanding kuasa membeli, kewangan negara hilang akibat 1MDB, dan macam-macam isu lagi, keputusan Permatang Pauh dan Rompin akan menjadi amat menarik.

    Kita lihat sama ada pengundi di kawasan tersebut pandai membuat keputusan.

    Lebih-lebih lagi dalam keadaan DAP dan PKR juga telah menampakkan hanya menjaga kepentingan golongan tertentu sahaja, manakala PAS dalam keadaan bingung akibat pertelagahan.

    -Competente-

    ReplyDelete