Monday, April 13, 2015

Siapa Akan Ganti JJ Sebagai Strategis PM?


A Kadir Jasin


UPDATE, 14 April – SATU lagi persoalan. Adalah tanpa JJ, kaedah komunikasi Mohd Najib akan bertambah baik atau makin buruk? Temu ramah TV beliau yang kononnya untuk menjawab semua soalan dikatakan tidak menjawab apa-apa. SOAL TAK JAWAB, kata Tun Dr Mahathir dalam post terbaru blognya. (Baca di sini).

Pemuda Umno pula "usung" Perdana Menteri. Tapi jaga-jaga. Macam tak "steady" saja! Silap-silap Saudara Khairy Jamaluddin jadi Ketua Pembangkan termuda dalam Dewan Rakyat.

Usung jangan tak usung, tapi nampak tak berapa "steady"
POSTING ASAL



DENGAN maaf dan tanpa prejudis. Saya tidak menulis apa-apa mengenai kematian tragik (Tan Sri) Jamaluddin Mohd Jarjis pada 4 April lalu sebab saya kenal beliau lama dan boleh dikatakan rapat juga.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]


Kali terakhir saya berjumpa beliau beberapa bulan lalu kerana beliau ingin menceritakan kepada saya mengenai Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad yang beliau adalah pengerusinya.

Masalahnya apabila kita kenal seseorang dan dia meninggal dunia secara tragik, kita akan mendapati sukar memilih bahasa yang sesuai untuk meluahkan perasaan kita dan menceritakan apa yang kita tahu.

Saya mengenali beliau sebagai jurutera muda dan pensyarah Universiti Malaya kerana minat beliau dalam politik dan kesediaan beliau memberi pandangan mengenai isu-isu semasa.

Imej beliau dibantu oleh hakikat bahawa bapanya, yang dikenali di kalangan wartawan jenayah sebagai “Tuan” Mohd Jarjis, pernah menjadi Ketua Polis Negeri Pahang dan Terengganu, dan apabila bersara menjadi pensyarah sambilan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Saya berasa perlu menulis rencana lebih seminggu selepas pemergian JJ kerana seorang kawan yang boleh dikira akrab dengan Allahyarham berkata saya wajar menulis mengenai beliau, tetapi dengan mengkhususkannya kepada peranan beliau sebagai ketua turus de facto Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak.

JJ Sebagai Chief of Staff PM

Jadi kami berbincang mengenai siapa JJ kepada Mohd Najib. Kata kawan saya itu, peranan (dan jasa) JJ wajar dicatatkan untuk diketahui dan diadili oleh umum.

Kesimpulan yang boleh saya buat hasil daripada perbincangan dengan kawan saya itu dan daripada sumber-sumber lain ialah JJ adalah strategis, penasihat, sahabat dan “family friend” nombor satu Perdana Menteri.

Beliaulah yang merangka dan melaksanakan dasar komunikasi dan penjenamaan (branding) Perdana Menteri yang melahirkan pemerintahan ala Presiden Amerika (American presidential style) oleh Mohd Najib. Sekali gus acuan itu menjadikan JJ ketua turus (chief of staff).

Sebab itulah kita lihat Mohd Najib memerintah seolah-olah beliau seorang presiden dengan barisan kakitangan, penasihat dan pegawai khas sendiri. Gaya pentadbiran ini memisahkan beliau daripada parti dan, dalam hal-hal tertentu – seperti 1Malaysia Development Berhad – memisahkan beliau daripada Kabinet. Sedangkan sistem kita adalah sistem ala Westminster.

Tidak hairanlah kalau agensi berita Perancis, L’Agence France-Presse (AFP) dalam laporannya mengenai kematian JJ menyebut JJ sebagai Chief of Staff Perdana Menteri. Bagi saya jolokan itu amat tepat sekali walaupun jawatan itu tidak wujud dalam tatanama (nomenclature) perjawatan Jabatan Perkhidmatan Awam.

JJ rakan nombor satu AS di Malaysia
Dalam kapasiti sebagai ketua turus itulah beliau menentukan segala tindak-tanduk Perdana Menteri dengan melaksanakan apa yang beliau pelajari mengenai pentadbiran ala White House (Rumah Putih) ketika menjadi duta ke Amerika Syarikat antara tahun 2009 dan 2012.

Perlu disebutkan juga bahawa JJ ada sahabat nombor satu Amerika Syarikat di Malaysia. Bendera di Kedutaan Amerika di ibu negara dikibarkan separuh tiang pada 5 April bagi menghormati beliau.

Kawan JJ itu memberitahu saya, beliau mengasaskan perhubungan akrab Malaysia-Amerika atas landasan bahawa musuh bersama Malaysia dan Amerika adalah China. 

Separuh tiang cara Kedutaan Amerika tunjuk hormat

Strategi JJ Tonjolkan Mohd Najib


Beliau berperanan merangka strategi politik dan pentadbiran Mohd Najib. Manifestasi kepakaran (handiwork) beliau ialah kempen Pilihan Raya Umum 2013 di mana Mohd Najib ditonjolkan sebagai simbol utama.

Maka timbullah slogan-slogan seperti “I Love PM” dan “Sokong Saya Undi BN” serta penggunaan media baru seperti Facebook dan Twitter untuk mempromosikan Perdana Menteri. Dalam kempen PRU 2013 peranan Umno dan BN tidak menonjol kononnya Mohd Najib lebih laku daripada Umno atau BN.

Itulah kaedah yang digunakan oleh para strategis Presiden Barrack Obama ketika Pilihan Raya Presiden Amerika tahun 2008 di mana Obama menang besar. 

JJ dikatakan pencetus slogan "I Love PM"
Allahyarham pernah membuat panggilan telefon kepada saya dari Washington DC bagi menyatakan betapa berlainannya Obama berbanding Presiden-Presiden Amerika sebelum itu. Serta-merta kami berbeza pendapat.

Tetapi strategi yang sama yang beliau gunakan bagi pihak Mohd Najib tidak berhasil. Barisan Nasional hampir kalah dilanda Tsunami Cina (meminjam ungkapan Mohd Najib) dan banyak pihak, termasuk (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan (Tun) Daim Zainuddin, secara terbuka berkata prestasi buruk BN berpunca daripada kesilapan strategi oleh “penasihat half-past six”.

Namun hampir tidak ada siapa menuding jari ke arah JJ. Sebaliknya beliau menjadi lebih berpengaruh dan disanjung oleh Mohd Najib dan digeruni oleh orang di sekeliling Perdana Menteri. Hatta Umno dikatakan mendengar cakap beliau.

PM Hilang Orang Kanan


Kawan JJ itu berkata, kematian tragik beliau memberi kesan besar kepada pentadbiran Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Apatah lagi turut terkorban ialah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, (Datuk) Azlin Alias. JJ dan Azlin ibarat jari dengan kuku.

Selain memegang kunci kepada jentera politik, propaganda dan penjenamaan Mohd Najib, Allahyarham juga diketahui memainkan peranan penting dalam pembiayaan politik (political funding) Perdana Menteri.

Jadi siapakah yang akan menggantikan beliau sebagai operator nombor satu PMO dan sejauh manakah pembiayaan politik Perdana Menteri terjejas akibat kematian mengejut beliau?

Ada pihak mengatakan Setiausaha Agung Umno merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku (Teuku) Adnan Mansor mungkin mengisi kekosongan itu. Ini berdasarkan kenyaringan beliau membela dan mempertahankan Perdana Menteri.

Namun saya kurang yakin dengan ramalan ini. Rasanya sukar bagi Mohd Najib mencari pengganti serupa JJ.

Ada orang yang tahu mengenai Perdana Menteri atau yang telah melihat gerak-geri beliau selepas kematian JJ mengatakan kesan emosi dan fizikal terhadap Mohd Najib sangat jelas.

Wallahuaklam.


33 comments:

RD. said...

Salam Dato.

Yang paling saya risau mengenai Kerajaan kita hari ini adalah, apabila Dato menulis;
"Kawan JJ itu memberitahu saya, beliau mengasaskan perhubungan akrab Malaysia-Amerika atas landasan bahawa musuh bersama Malaysia dan Amerika adalah China."

Pada saya, Malaysia lebih terpelihara dan beruntung jika kita bersikap berkecuali dan tidak berpihak kepada mana-mana kuasa besar dunia. Oleh itu, kedua-dua Amerika dan Cina/Russia akan lebih berbaik-baik dan cuba 'mengambil-hati' kita.
Lihat saja negara yang menjadi sekutu kuat Amerika sebelah sini. Semuanya bertelingkah dengan China mengenai sempadan atau perebutan Pulau.

Pasal itu saya amat risau jika Pakatan menang PRU 14 nanti. Sudah tentu Anwar akan dibebaskan, dan kita akan menjadi sekutu-kuat Amerika. Akhirnya kita terpaksa bina pengkalan tentera Amerika di Sabah untuk 'menjaga' Terumbu Layang-Layang dan lain-lain Pulau di Sarawak. Negara akan sentiasa berada dalam suasana perang.

Alibata said...

Ahmad Maslan, Ismail Sabri ataupun Hassan Malek; yang begitu berkewibawaan

Unknown said...

Salam Datuk, saya juga mempunyai pertanyaan yang sama . Tapi saya tak boleh tanya memandangkan allahyarham orang kuat PM. Saya juga tertanya tanya adakah dasar luar Malaysia khususnya dengan AS akan berubah selepas ketiadaan Allahyarham? Ini kerana banyak memuji allahyarham membawa presiden AS melawat kita selepas lebih setengah abad tak ada presiden AS datang terutama era Dr Mahathir yang menentang dasar AS. Orang kita ni Datuk, presiden Obama datang adalah rahmat yang sangat besar. Saya pun hairan.

joe black said...

Datuk,

Iklim diPejabat Najib dan Perwatakan Najib dengan Rosmah mirip arus Cerita "House of Cards" yang sedang ditayangkan di HyppTv.

Mungkin iklim Najib dan JJ lebih mirip kepada siri TV Britain "Yes Prime Minister" sebab Ketua Penasihat PM didalam siri itu lebih berpengaruh sapertimana JJ berpengaruh dengan DS Najib.

Adakah patut bagi mereka yang menganggap kehilangan kedua orang terkanan Najib sebagai petanda "end of days" bagi peranan Najib sebagai PM? Cuma tuhan sahaja yang tahu.

Bagi mereka yang mengaitkan sumpah yang dibuat olih Najib dengan pengesahan bahawa ianya mendapat restu Allah....JANGAN. Cuma Allah sahaja yang tahu dan bukanya manusia. Malapetaka yang dihadapi orang orang terkanan Najib serta penumpang penumpang MH370 dan MH 17 sepatutnya mengingati kita akan kuasa Allah.

Kuman said...

Ini lah Kuasa Allah S.W.T. Is it good for Malaysia. Walluhalam.

Realiti sux said...

Bukan nak kata apa tapi kalau dah belajar luar negara, dapat tengok adat resam orang pun kluarkan idea mcm JJ ni, elok je duduk kampung bela monyet ajar petik kelapa pastu meniaga parut kelapa. Idea semua mengarut. Sama lah mcm najib. Elok pegi cari bot, bila dtg musim monsun suruh dia turun laut moga2 dia karam atau sesat kat mana2 pulau.

Rahmat said...

Bukan pakar strategi. Tapi lebih kepada tukang atur-susun. Yang tu yang sebenarnya.

Praxis said...

Good, objective reporting.

China has never conquered anybody, far or near.

Malay mind is a collective mind, and I suppose the British systems more conducive than the wild very wild west, which has never tamed it's mind

How can we admit ourselves to high office without such knowledge, learning or understanding?

Ibrahim D said...

Sdr Alibata tidak menyatakan asas pemilihan saudara. Mungkin analisis SWOT boleh membantu.

JohorMali said...

DAKJ,

Mungkin saru langkah yang drastic Najib boleh lakukan ialah meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, call for EGM and offer himself as a candidate for the President's post.

He might win hands down or return as President unopposed and becomes a hero or perished into oblivion if he looses.

Whatever the outcome, UMNO will become significantly stronger and relevant to counter any negative innuendos in the name of democracy.

And most importantly all his destractors should hold their peace should he emerge as the victor

aku said...

Kadiag, salaam, apa yg hang dok melalutlalut ni, Kadiag oi. Bukan yg depa kata nak siku dia masa tabai Pres. Widodo ka yg 'penasihat' utama dia...? Hang jgn dok buat pening Kadiag oi...!!

aku said...
This comment has been removed by a blog administrator.
faqqirulkhoir said...

Kadiag, salaam, apa yg hang dok melalutlalut ni, Kadiag oi. Bukan yg depa kata nak siku dia masa tabai Pres. Widodo ka yg 'penasihat' utama dia...? Hang saja buat kelakak kot !!

zainal abidin awang kechik said...

Rasa Nya tiada keperluan...Tok

usabukata said...

DAKJ,

1. semua yang berlaku atas ketentuan ALLAH jua.
2. kemuskilan saya yang pertama ialah kenapa dua orang penting pm menaiki helikopter persendirian yang berisiko keselamatannya dengan pemaju prima?
3. kemuskilan saya yang kedua ialah ada berapa ramai bekas juruterbang tentera amerika kat malaysia ni?
4. kemuskilan saya yang ketiga ialah ada berapa ramai perempuan kyrgystan kat malaysia ni?

usabukata

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Kalau tidak salah saya, D.JJ adalah juga salah seorang anggota "war room" semasa pilihanraya lepas.

Tidak salah saya rasa kalau beliau ambil cara berkempen di Amerika cuma perlu disesuaikan sedikit dengan situasi di Malaysia yang lebih mirip sistem British.

Branding dan slogan yang dibawa dalam PRU lepas seperti "Janji ditepati", "rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan", pentadbiran Najib haruslah berkemampuan untuk menjadikannya ia kenyataan. Hal ini tidak begitu meyakinkan.

Saya pernah berjumpa dengan Allahyarham Dr.JJ. Nampaknya orangnya baik.

Saya setuju dengan pandangan yang Najib kehilangan salah seorang yang baik dalam pentadbirannya.

RD. said...

I agree with Praxis.

I don't see China as a threat to Malaysia, unless we are very close with the West, especially the US.

That is why I don't agree with Najib attitude of giving priority watching the EPL. A leader for Malaysia just cannot be seen cheering for an ex-colonialist team.

nor ishak ismail said...

Saya tak salahkan Pak Kadir jika gaya penulisan Pak Kadir (buat masa ini) agak "cool" tentang aruah JJ, itulah dia contoh kawan sejati.

Setelah mengetahui JJ ini rupanya "Ketua Staff" atau salah seorang "Ahli Strateji" terkanan PM. Maka saya teringat bahawa PM kita ni selain drp JJ pernah diceritakan ada ramai konsultan yang kerjanya bagi nasihat pada PM. Antaranya yg saya dengar adalah seperti JhLow, sekumpulan pakar "mat salih", sekumpulan pakar "yahudi" dan sebagainya. Apapun setelah 6 tahun jadi PM dan hasil daripada nasihat drp pakar-pakar dan strategis tadi, maka kita dapat melihat hasilnya hari ini...dan kita juga tidak dapat meramalkan apa akan jadi pada tahun-tahun yang mendatang kalau keadaannya masih begini.

Dalam keadaan persekitaran politik dan sosio-ekonmi sekarang ini, persoalan tentang siapa akan ganti JJ yang Pak Kadir lontarkan, bunyinya seakan pertanyaan "intro" Rod Sterling dalam cerita TV hitam puteh "The Twilight Zone". Bagaimanapun Saudara Alibata mencadangkan 3 nama yang sangat berwibawa katanya. Saudara Ibrahim Darus kata "SWOT Analysis" perlu dibuat untuk menilai 3 nama ini?. Tapi pada saya sejak seminggu dua ini 3 nama ini sering mempamirkan kebanggangannya. Pak Kadir pula mengatakan ada pihak pilih Tengku Adnan...sebab nyaring katanye?? Bagaimanapun Pak Kadir telah tunjuk kebijaksanaan apabila tidak yakin dgn cadangan tersebut. Sebenarnya Chedet dah lama beritahu bahawa penasihat dan strategis PM kesemuanya adalah penasihat "half-past six". Apa yg perlu dilakukan sekarang PM perlu turun dan UMNO perlu dibentuk semula.

berasiam said...

Assala.ualaikum DAKJ

Yang layak dan lebih bwrwibawa untuk jawab soalan DAKJ ini ialah orang yang melantik itu sendiri. Alangkan soalan Tun Dr Mahathir banyak tak berjawab, DAKJ tambah lagi buat apa. Yang pergi biarlah pergi dan damailah
di sana hendaknya. Yang ditinggalkan buat tahlil pada malam yang sama wawancara di tv3 disiarkan. Wawancara yang sekarang dikenali sebagai soal tak jawab. Tun Dr Mahathir pula yang jawab satu persatu yang orang persoalkan tentang tindakannya menggesa najib turun.

Jaafar said...

dato Kadir

JJ juga merupakan penyimpan wang yang katanya untok membiayai pilehanraya UMNO.

Ada dua deal yang JJ buat di mana yang yang perlu di bayar untoka deal pertama sabanyak $100 juta dan deal kedua $80 juta.

Saya tak tahu apa akan jadi kapada wang ini kerana projek ini sudah di beri tapi beluam sempat completed.

Kawan saya tanya kapada siapa harus bayar wang ini sebab JJ meninggal.

Saya boleh beri nama orang yangbperlu bayar wang ini. Dan deal yang terlibat.

eri said...

kahkahkah..... more like a dumb n dumber team up ja....pandai alibata bergurau...

Unknown said...

What is good abt the US?. Pada saya tidak ada satu pun yg boleh di bangga atau cemerlang yg dtg dr negara itu. Mungkin senjata2 canggeh utk melagakn kaum atau sesuatu agama.

Malah Obama sebagai presiden kulit hitam juga saya liat seperti boneka aja. Tetap kulit putih yg di dalam Congress mau Democrats atau Republican yg menguasai negara itu dengan dukungan Yahudi

Netanyahu aja boleh berpidato dlm Congress tanpa minta izin dr Obama.

Kalau negara ini cuba ikut atau meniru cara US besar kemungkinan Yahudi juga di benarkan bertapak di negara ini.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Org Melayu memang ada kepercayaan tersendiri yg kadang2 tahyul .

Tapi sebagai org tua TDM harus lebih berhati2 bila berbicara. Kerana percakapan kita adalah juga doa.

Siapa tau doa TDM tentang kekalahan UBN kepada PR dalam PRU 14 nanti dimakbul Allah. Tiada yg nustahil.

Gara2 terlalu sombong manusia selalu lupa diri hingga dtg waktu Allah datangkan bala.bila kehilangan kuasa.

A KADIR JASIN said...

1. Pembahas Jaafar dan para pembahas lain yang saya hormati. Saudara Jaafar, antara lain berkata, “….Saya tak tahu apa akan jadi kapada wang ini kerana projek ini sudah di beri tapi beluam sempat completed. Kawan saya tanya kapada siapa harus bayar wang ini sebab JJ meninggal. Saya boleh beri nama orang yangbperlu bayar wang ini. Dan deal yang terlibat.”

2. Saya mohon kita berhati-hati membuat dakwaan dan andaian kerana Allahyarham dan semua dalam pesawat malang itu tidak lagi bersama kita. Justeru itu mereka tidak dapat mempertahankan diri. Atas dasar itu saya tidak menyiarkan ulasan pembahas Umar Abdul Aziz mengenai senarai penumpang helikopter yang terhempas itu.

3. Siapa mereka dan apa motif mereka berada dalam pesawat itu adalah tanggungjawab pihak berkuasa menyiasat. Ini amat sukar kerana yang terlibat tidak dapat bercerita atau membela diri.

4. Nasihat saya kepada Sdr Jaafar, laporkanlah kepada PM atau Bendahari Umno dan sebagai jaminan laporkan juga kepada pihak ketiga yang bebas seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC). Saya difahamkan MACC sedang berusaha mencadangkan “peraturan” mengenai pembiayaan politik.

Terima kasih.

pengundi Melayu said...

Dato
yang paling sesuai untuk ganti JJ untuk jadi chief of staff Najib adalah RM

Joe Black said...

Dato'

Nak Tahu siapa akan ganti JJ sebagai strategis PM...Senang saja.

Siapa yang menasihati PM supaya kebumikan JJ di Tanah Pengkebumian Hero atau Wira negara dia lah penasihat yang baru.

Jika Najib membuat keputusan tersebut dengan tidak mendapat nasihati dari sesiapa, maka kita tahu lah bahawa dia tidak punya penasihat selepas pemergian JJ.

Strategis Najib sendiri dipanggil "Strategy Based on Expediency" Hence "Anything will do"...Yaitu apa saja pun bolih. Ini cuma berkesan jika ada wang. Dalam masa jangka panjang ia akan makan tuan, sapertimana yang cuba dinasihati olih Tun M.

NadirR said...

Dato' AKJ,
Kemeriahan suasana sokong menyokong dah mcm pesta kat Malaysia ni... hari2 ade jer ! Jika semalam Pemuda melambung DSN...mungkin hari ni Puteri mengusung pula... tapi yg PASTI kemeriahan pesta sokong menyokong berterusan... pedulikan persoalan utama...
Keperitan rakyat yg tengah buat 'pembetulan perbelanjaan'akibat GST ingin sgt nak tahu kemana pergi puluhan bilion yg di tanya Tun M... rasanya tak salah Tun M tanya...
Inilah UMNO gagal merasa denyutan nadi rakyat .... Sebaliknya sibuk retorik sana sini...
Pengalaman lalu PRU13, GAGAL mengajar golongan VVIP@BANGSAWAN UMNO...

princess jiji said...

tansri JJ orang yang baik dan pemurah..byk amal jariahnya yg kita tidak tahu..Alfatihah..

Unknown said...

Daniel Noor.

Sekarang ni pun bukan setakat bertapak tapi dah berakar umbi.

Saya tak suka Yahudi satu bangsa yg di laknat Allah zaman berzaman. Sejak dulu mereka tak pernah suka Islam.

Tapi itulah bangsa yg pemerintah kita berkiblat termasuk jadikan penasihat. Tapi loyar buruk tuduh Anwar pulak yg baik dgn Yahudi/ Amerika.

Dasar munafik pemimpin dan penjilat UMNO

Tapi sejahat2 Amerika dan Yahudi mereka tak sumbat org sendiri ke penjara atas putar belit dan perbezaan politik dgn tuduhan yg pemandu teksi pun faham.

Mereka sangat jaga org atau kaum Mereka. Di Malaysia kalau yg bukan UBN dianggap musuh negara dan boleh diperlakukan ikut undang2 lain.

Di Israel sendiri mahkamah pendakwa dan polis ada penjara bekas presiden yg rasuah sebab mereka tak ikut telunjuk org politik. Bab yg itu kita gagal tiru.

Unknown said...

DAKJ.

Kalau kita suka simpan aib org maka Allah akan jaga aib kita.

Bila mati secara tiba2 melalui kecelakaan ngeri maka banyak soalan rakyat akan tanya.

JJ mesti jasa besar kpd Najib kalau pun bukan rakyat hingga layak ke makam pahlawan.

Macam peristiwa kehilangan MH370, malapetaka kejatuhan helikopter yg membawa JJ membuatkan rakyat terpaksa tanya banyak soalan yg sebahgiannya DAKJ sendiri tak berani siarkan.

Takut2 didatangi org berseragam kul 3 pagi.

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Nak ikut amerika ke, jepun ke, arab ke, korea ke, tak ada salahnya. Asalkan yang diikut tu benda2 yang positif. Jangan ikut yang kita rasa syok aja. Contohnya nak ikut cara presiden amerika kononnya. Memang mereka bukan Islam tapi mereka ada sistem yang jauh lebih telus daripada kita. Pemilihan presidennya mirip kepada baiah yang Islam promosikan. Republikan pilih seorang, demokrat pilih seorang. Calon2 ini akan dipilih pula oleh (wakil) rakyat. Calon yang kalah tidak diketepikan terus. Itu dari segi pemilihan.

Yang lebih utama adalah dari sudut kebertangungjawaban pemegang jawatan. Watergate telah memaksa presiden meletak jawatan. Terus diganti oleh naib presiden. Bukan kepentingan diri yang diutamakan tapi kepentingan negara didahulukan.

1mdb bukan macam kes perwaja atau konsortium perkapalan dsb. Kes yang lain itu melibatkan syarikat yang dah lama tertubuh dan pernah untung tanpa guna aset kurniaan kerajaan. 1mdb ditubuhkan oleh kerajaan sendiri kemudian berhutang merata2 dengan kadar bunga dan beri komisen yang tinggi kepada perunding serta terbabit dalam pelbagai urys niaga yang begitu meragukan. Duit yang dikatakan ada pun tak tau ada kat mana sebenarnya. Konon keputusan tubuh 1mdb dari perdana menteri dan dia mengaku bertanggung jawab. Ikutlah cara presiden amerika, letak jawatan dulu baru siasatan boleh berjalan dengan bebas. Mungkin jj dah bagi tau kawan baik dia tentang sikap kebertanggungjawaban presiden amerika yang pm kena ikut tapi belum sempat dilaksanakan. Sekarang jj dah tiada maka wang rm180 juta yang jaafar sebutkan tu eloklah diberi kepada rumah2 anak yatim. Adakah jj tercatat sebagai pemegang amanah umno?

master said...

Jawapannya tiada pengganti. Sebab semua dalam UMNO tak boleh pakai. Sokongan membawa rebah.

Almarhum Jamaluddin Jarjis adalah orang yang hebat dalam bidangnya yang tersendiri sebagai Jurutera Elektrik dan juga Pensyarah dan mungkin juga sebagai Sahabat.

Walaupun ramai yang kritik pakaian JJ ketika melapor diri ke United States bertemu Obama tapi itulah yang membuat US kagum dan sanggup menurunkan bendera US setengah tiang di kedutaannya di Kuala Lumpur. Bagaimanapun tiada manusia yang sempurna. Al-Fatihah.

Cuma saya nak tanya DSKJ dan jua Tun Mahathir:

1) Sirul itu kali pertamakah bunuh orang? Sebab dari cara pembunuhan Altantuya dilakukan Sirul memang macam sangat profesional. First time ke bunuh orang? Saya nak tanya Tun Mahathir yang beriya-iya nak jaga Sirul selepas 9.

2) Adakah kemungkinan kecil bahawa Tun Mahathir terlibat dengan pembunuhan Altantyua memandangkan Sirul adalah bekas bodyguard Tun Mahathir.

3) Mahkamah perlu soal siasat bekas Perdana Menteri Tun Mahathir dan juga Musa Safri, bekas ketua Sirul iaitu si pembunuh Altantuya.

Sekian.

usin said...

Datuk apa cerita kwsp sekarang ni dah nak pinda peraturan had umur pengeluaran wang kepada 60 tahun pulak?!!

Saya lagi dua tahun pencen umur 55. Bagilah saya peluang keluar duit umur pencen saya tu. Bagilah saya peluang merasa duit pencen. Sebab selepas usia itu rasanya nikmat pegang duit banyak2 pun dah berkurangan.

Pentadbiran Mohd Najib ni nampaknya memang benar2 membunuh rakyat jelata marhaen. Dia bolehlah belanja mewah sebab makan kekayaan keluarga. Tengoklah majlis perkahwinan anak perempuan dia hampir menyamai anakanda sultan brunei. Kami orang kampung kais pagi makan pagi saja Dato'.

Tolonglah Dato' tulis sikit pasal kwsp ni.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).